1 00:00:46,254 --> 00:00:49,966 DESTINED WITH YOU 2 00:01:31,716 --> 00:01:33,176 EPISOD 10 3 00:01:35,762 --> 00:01:38,348 PANGGILAN TAK DIJAWAB: PENJAWAT AWAM LEE HONG-JO 4 00:03:09,272 --> 00:03:11,107 Awak tak pergi bercuti. 5 00:03:15,153 --> 00:03:17,155 Awak telefon nak halang saya pergi? 6 00:03:21,618 --> 00:03:22,619 Betul. 7 00:03:23,369 --> 00:03:24,996 Saya nak halang awak pergi. 8 00:03:31,127 --> 00:03:33,546 Tapi tak sangka awak datang sampai ke sini. 9 00:03:35,340 --> 00:03:37,967 Mantera menjadi juga nampaknya. 10 00:03:40,053 --> 00:03:41,846 Saya cuba sekali lagi. 11 00:03:41,930 --> 00:03:44,265 Saya nak tengok ia menjadi atau tak. 12 00:04:11,793 --> 00:04:12,835 Tak penting… 13 00:04:18,383 --> 00:04:19,926 mantera menjadi atau tak. 14 00:04:25,515 --> 00:04:26,557 Saya cinta awak. 15 00:04:52,083 --> 00:04:53,459 Mak! 16 00:05:04,095 --> 00:05:05,513 Peliknya. 17 00:05:05,596 --> 00:05:09,142 Tiba-tiba luahkan perasaan. 18 00:05:10,518 --> 00:05:12,103 Tentulah tiba-tiba. 19 00:05:12,186 --> 00:05:14,731 "Saya luahkan perasaan 9:30 malam nanti. Sedia." 20 00:05:14,814 --> 00:05:16,107 Siapa luah begitu? 21 00:05:16,858 --> 00:05:17,900 Kenapa marah? 22 00:05:17,984 --> 00:05:19,736 - Tak marah. - Awak marah. 23 00:05:19,819 --> 00:05:20,987 Awak tinggi suara. 24 00:05:21,070 --> 00:05:22,739 Saya kata saya tak marah. 25 00:05:28,119 --> 00:05:29,287 Saya cuma malu. 26 00:05:35,835 --> 00:05:37,754 Saya ingatkan awak jenis orang… 27 00:05:40,423 --> 00:05:41,799 yang takkan rasa malu. 28 00:05:42,842 --> 00:05:45,678 Awak dah berpunya, mudahnya cakap cintakan saya. 29 00:05:49,724 --> 00:05:50,892 Tak mudah. 30 00:05:52,935 --> 00:05:55,188 Maknanya awak tak bermoral. 31 00:05:55,813 --> 00:05:58,024 Awak curang sekarang. 32 00:05:59,776 --> 00:06:00,693 Saya tak curang. 33 00:06:07,450 --> 00:06:08,534 Tunggu saya. 34 00:06:13,206 --> 00:06:14,373 Saya akan dekati awak, 35 00:06:14,999 --> 00:06:16,167 dengan jujur. 36 00:06:19,545 --> 00:06:22,840 Jadi saya nak awak tunggu saya dengan jujur juga. 37 00:06:25,134 --> 00:06:27,303 Saya sentiasa jujur. 38 00:06:27,386 --> 00:06:29,847 Saya jauh lebih jujur daripada awak. 39 00:06:30,640 --> 00:06:33,059 Seumur hidup, tak pernah berteman lelaki. 40 00:06:35,478 --> 00:06:37,355 Fikiran awak tak jujur. 41 00:06:38,689 --> 00:06:40,525 Jadi fikiran saya kotor? 42 00:06:40,608 --> 00:06:41,901 Kwon Jae-gyeong. 43 00:06:41,984 --> 00:06:43,069 Awak suka dia. 44 00:06:45,571 --> 00:06:47,490 Perasaan itu masih ada. 45 00:06:50,118 --> 00:06:52,703 Itu bertepuk sebelah tangan saja. 46 00:06:54,372 --> 00:06:56,124 Awak malah cintakan dia? 47 00:06:58,793 --> 00:07:01,546 Siapa kata bertepuk sebelah tangan dikira cinta? 48 00:07:01,629 --> 00:07:04,173 Masih dikira "cinta" tak berbalas. 49 00:07:05,424 --> 00:07:07,093 Jangan buat kepada lelaki lain. 50 00:07:07,844 --> 00:07:08,886 Saya tak suka. 51 00:07:18,187 --> 00:07:20,773 Awak dah sihat? 52 00:07:21,607 --> 00:07:23,025 Awak tentu sangat risau. 53 00:07:24,110 --> 00:07:25,445 Sin-yu, awak kata 54 00:07:25,528 --> 00:07:28,322 tak penting mantera berkesan atau tak. 55 00:07:28,990 --> 00:07:30,366 Tapi penting bagi saya. 56 00:07:32,160 --> 00:07:34,287 Saya risau tentang patung sihir. 57 00:07:34,370 --> 00:07:35,580 Jadi, hati-hati. 58 00:07:38,207 --> 00:07:39,125 Baiklah. 59 00:07:42,962 --> 00:07:45,089 Jangan demam sebab angin sejuk pula. 60 00:07:45,173 --> 00:07:46,924 - Baliklah rumah. - Awak dulu. 61 00:07:47,425 --> 00:07:49,218 Saya cakap dulu. 62 00:07:49,302 --> 00:07:50,261 Baliklah. 63 00:07:51,179 --> 00:07:53,473 Saya tak nak balik sampai awak balik. 64 00:07:53,556 --> 00:07:54,974 Sejuknya. 65 00:07:55,683 --> 00:07:57,894 Awak kata saya tak patut kena angin sejuk. 66 00:08:03,524 --> 00:08:04,734 Baiklah. 67 00:08:06,110 --> 00:08:06,986 Saya balik. 68 00:08:08,988 --> 00:08:10,072 Saya minta diri. 69 00:08:17,997 --> 00:08:18,831 Pergilah. 70 00:08:26,088 --> 00:08:27,298 Saya kata, pergi. 71 00:08:51,906 --> 00:08:54,450 Saya rasa dulu pun saya mencintai dia. 72 00:08:57,620 --> 00:08:58,454 Pemandangan itu. 73 00:09:00,248 --> 00:09:01,165 Bau itu. 74 00:09:04,252 --> 00:09:05,461 Perasaan itu. 75 00:09:08,297 --> 00:09:10,049 Semuanya jelas. 76 00:09:13,678 --> 00:09:16,013 Malah perasan saya ketika itu. 77 00:09:18,349 --> 00:09:19,934 Semua terasa nyata. 78 00:09:21,185 --> 00:09:22,395 Akhirnya. 79 00:09:22,979 --> 00:09:24,480 Ada seorang lagi 80 00:09:25,565 --> 00:09:27,191 yang ingat kehidupan silam. 81 00:09:28,734 --> 00:09:30,361 Betul itu kehidupan lalu saya? 82 00:09:31,279 --> 00:09:33,781 Ramai orang ingat kehidupan lalu mereka. 83 00:09:34,407 --> 00:09:35,408 Lebih yang dijangka. 84 00:09:35,992 --> 00:09:37,618 Saya juga ingat semua. 85 00:09:38,369 --> 00:09:40,663 Takdir yang tak dapat dipisahkan, 86 00:09:42,290 --> 00:09:43,416 inikah maksud puan? 87 00:09:44,125 --> 00:09:46,919 Karma sekuat rantai besi. 88 00:09:47,003 --> 00:09:49,797 Karma tak lenyap walau selepas jutaan tahun. 89 00:09:51,215 --> 00:09:52,925 Tapi kenapa saya saja yang nampak 90 00:09:53,426 --> 00:09:55,177 dan ingat tentangnya? 91 00:09:57,054 --> 00:09:58,222 Apa kata beritahu dia? 92 00:10:01,767 --> 00:10:02,643 Saya tak nak. 93 00:10:03,144 --> 00:10:04,770 Kamu tak nak nampak gila. 94 00:10:06,981 --> 00:10:07,815 Saja tak nak. 95 00:10:09,400 --> 00:10:11,068 Entah kenapa saya rasa takut. 96 00:10:12,320 --> 00:10:13,946 Manusia dan takdir mereka 97 00:10:14,530 --> 00:10:16,574 boleh bersama pada masa berbeza. 98 00:10:17,491 --> 00:10:19,577 Kamu lahir semula selepas tempoh yang lama. 99 00:10:20,077 --> 00:10:22,955 Hiduplah mengikut takdir yang kamu temui. 100 00:10:23,831 --> 00:10:28,002 Api takkan menyala di tempat yang sudah terbakar hangus. 101 00:10:28,085 --> 00:10:30,004 Pastikan kamu tak menyesal. 102 00:10:36,677 --> 00:10:40,181 PUSAT JAGAAN NURI 103 00:10:46,395 --> 00:10:51,233 NA-YEON 104 00:10:59,116 --> 00:11:02,036 SIN-YU 105 00:11:14,882 --> 00:11:16,717 Hei, ini… 106 00:11:19,095 --> 00:11:22,264 Wiski ini daripada filem Decision To Leave. 107 00:11:23,015 --> 00:11:25,101 Tahu kenapa saya pilih wiski ini? 108 00:11:26,477 --> 00:11:28,104 Supaya awak boleh tinggalkan dia. 109 00:11:30,439 --> 00:11:31,482 Saya tak nak. 110 00:11:33,609 --> 00:11:35,778 Lelaki tak suka wanita yang berkeras. 111 00:11:38,239 --> 00:11:40,324 Jika tak, hubungan kami akan tamat. 112 00:11:43,285 --> 00:11:45,454 Kenapa hidup begini dengan muka cantik? 113 00:11:46,122 --> 00:11:48,165 Jika saya wanita secantik awak, 114 00:11:48,249 --> 00:11:49,417 saya takkan begini. 115 00:11:51,293 --> 00:11:53,170 Saya sangat suka Sin-yu. 116 00:11:57,091 --> 00:11:59,009 Jadi kenapa tidur dengan saya? 117 00:11:59,760 --> 00:12:02,263 Sebab dia tak mengisi kesunyian saya. 118 00:12:21,115 --> 00:12:22,741 Hye-jeong pergi bercuti. 119 00:12:22,825 --> 00:12:24,493 Rumah kosong. Jom masuk. 120 00:12:25,411 --> 00:12:26,328 Tak nak. 121 00:12:27,204 --> 00:12:28,122 Masuk kereta. 122 00:12:46,724 --> 00:12:48,642 Dah fikir masak-masak semalam? 123 00:12:52,104 --> 00:12:53,063 Kita nak ke mana? 124 00:12:53,689 --> 00:12:55,357 Ke mana-mana pun, jom lekas. 125 00:12:55,441 --> 00:12:57,651 - Na-yeon. - Nak makan ramyeon di Sungai Han? 126 00:12:58,152 --> 00:13:00,779 Awak tak pernah cuba, bukan? Katanya, sedap. 127 00:13:00,863 --> 00:13:03,949 Kita ke mana pun, perjalanan balik nanti tetap teruk. 128 00:13:04,992 --> 00:13:06,327 Saya cakap di sini saja. 129 00:13:06,410 --> 00:13:07,286 Jangan. 130 00:13:08,412 --> 00:13:09,830 Saya tak nak dengar. 131 00:13:17,254 --> 00:13:18,422 Na-yeon. 132 00:13:21,425 --> 00:13:22,760 Awak kata dah tamatkan. 133 00:13:24,303 --> 00:13:25,221 Saya tak boleh. 134 00:13:27,431 --> 00:13:28,641 Saya maafkan. 135 00:13:28,724 --> 00:13:30,559 Saya akan abaikan. 136 00:13:30,643 --> 00:13:32,311 Awak kata goyah sekejap. 137 00:13:34,855 --> 00:13:37,274 Saya tak tahu bezakan perasaan goyah 138 00:13:38,859 --> 00:13:40,194 dengan cinta. 139 00:13:44,073 --> 00:13:46,158 Sejak kita mula bersama, 140 00:13:46,951 --> 00:13:49,036 awak tak pernah luah cinta kepada saya. 141 00:13:50,955 --> 00:13:53,123 Sekarang awak kata cintakan Hong-jo? 142 00:14:02,174 --> 00:14:03,092 Tak masuk akal. 143 00:14:03,801 --> 00:14:06,929 Saya faham kalau dia lebih baik daripada saya. 144 00:14:07,513 --> 00:14:08,597 Dia bukan sesiapa. 145 00:14:13,352 --> 00:14:15,104 Awak cuma keliru. 146 00:14:15,813 --> 00:14:18,107 Awak cuma kasihan atau simpati dengan dia. 147 00:14:18,190 --> 00:14:21,235 Sebab itu awak fikirkan dia. Awak salah anggap itu cinta. 148 00:14:30,661 --> 00:14:32,329 Awak berhak menilai saya. 149 00:14:33,080 --> 00:14:34,832 - Saya paling teruk. - Ya. 150 00:14:35,749 --> 00:14:36,709 Awak paling teruk. 151 00:14:38,252 --> 00:14:39,628 Tergamak buat saya begini? 152 00:15:22,713 --> 00:15:24,715 Maaf awak sendirian waktu Krismas. 153 00:15:27,843 --> 00:15:30,137 Awak dah jujur sekarang? 154 00:15:31,805 --> 00:15:32,723 Ya. 155 00:15:40,397 --> 00:15:41,857 Jangan terima. 156 00:15:44,109 --> 00:15:45,319 - En. Kwon. - Bunga? 157 00:15:45,402 --> 00:15:47,905 Dia tak berhak beri awak bunga. Ikut saya. 158 00:15:49,198 --> 00:15:50,240 Jangan pergi. 159 00:15:50,324 --> 00:15:51,742 Lepaskan dia. 160 00:15:51,825 --> 00:15:53,035 Awak lepaskan dulu. 161 00:15:53,118 --> 00:15:54,078 Awak lepaskan. 162 00:15:54,161 --> 00:15:55,287 - Lepaskan. - Lepas. 163 00:15:56,080 --> 00:15:57,039 Mari sini. 164 00:15:57,122 --> 00:15:58,791 Saya akan bahagiakan awak. 165 00:15:58,874 --> 00:16:01,418 Saya boleh buat awak lebih bahagia. Awak pun tahu. 166 00:16:01,502 --> 00:16:03,921 Jangan bergaduh sebab saya. 167 00:16:04,004 --> 00:16:05,339 Saya boleh bahagiakan awak. 168 00:16:05,422 --> 00:16:06,507 Lepaskan dia. 169 00:16:06,590 --> 00:16:07,925 - Lepas. - Saya kata, lepas. 170 00:16:08,008 --> 00:16:09,426 Kamu berdua. 171 00:16:09,510 --> 00:16:11,804 Jangan bergaduh sebab saya. 172 00:16:11,887 --> 00:16:14,056 Aduhai. Sin-yu! 173 00:16:14,139 --> 00:16:15,641 - Hati-hati. - Hati-hati. 174 00:16:36,078 --> 00:16:38,372 Kenapa manusia boleh berimaginasi? 175 00:16:41,917 --> 00:16:43,293 Sia-sia rasa teruja. 176 00:16:45,796 --> 00:16:46,630 BANDAR ONJU 177 00:16:46,714 --> 00:16:48,590 Bagaimana Krismas awak? 178 00:16:48,674 --> 00:16:49,675 Saya… 179 00:16:50,509 --> 00:16:52,052 Tiada janji temu atau Gi-hoon. 180 00:16:52,136 --> 00:16:54,596 Saya luangkan cuti bersedih dengan YouTube. 181 00:16:54,680 --> 00:16:57,433 Tahun depan, saya akan pastikan cuti saya romantik. 182 00:16:59,268 --> 00:17:00,519 Dengan lelaki itu. 183 00:17:08,277 --> 00:17:09,194 En. Jang. 184 00:17:09,278 --> 00:17:11,280 Akhirnya dapat jumpa awak. 185 00:17:11,363 --> 00:17:13,907 Saya terkejut dengar awak cuti sakit. 186 00:17:13,991 --> 00:17:16,326 Jangan sakit lagi. 187 00:17:19,329 --> 00:17:21,457 Okey. Bagaimana tidur awak? 188 00:17:22,124 --> 00:17:25,252 Ya, nyenyak, saya jenis tidur mati, jadi… 189 00:17:25,335 --> 00:17:26,879 Awak pula, Hong-jo? 190 00:17:30,382 --> 00:17:32,217 Saya juga tidur nyenyak. 191 00:17:33,969 --> 00:17:35,220 Baguslah. 192 00:17:38,974 --> 00:17:40,392 Tingkat 16. 193 00:17:41,226 --> 00:17:42,227 Tingkat 12. 194 00:17:44,354 --> 00:17:46,273 Tumpang lalu. Maaf. 195 00:17:47,483 --> 00:17:48,609 Maaf. 196 00:17:48,692 --> 00:17:50,027 Tiada ruang. 197 00:17:54,907 --> 00:17:56,075 Pintu akan ditutup. 198 00:18:00,537 --> 00:18:02,664 En. Jang, tinggi betul awak. 199 00:18:02,748 --> 00:18:05,000 Seimbang betul nisbah badan awak. 200 00:18:05,084 --> 00:18:07,127 Nisbah badan saya pula macam serangga. 201 00:18:07,211 --> 00:18:09,004 Kepala, dada dan perut. 202 00:18:18,764 --> 00:18:20,265 Saya dah sampai. 203 00:18:26,939 --> 00:18:28,190 Pintu dibuka. 204 00:18:29,691 --> 00:18:30,859 Saya nak keluar. 205 00:18:45,541 --> 00:18:47,334 Bagaimana dengan pemasangan CCTV? 206 00:18:48,085 --> 00:18:49,586 Harganya agak mahal. 207 00:18:49,670 --> 00:18:51,171 Awak akan bayar, bukan? 208 00:18:51,255 --> 00:18:53,882 Asalkan awak hantar gambar tempat ia dipasang. 209 00:18:54,466 --> 00:18:56,969 Kenapa? Ingat saya nak kenakan caj lebih? 210 00:18:57,553 --> 00:18:58,679 Tak apa. Saya bayar. 211 00:18:58,762 --> 00:19:01,014 Saya bukan kedekut macam awak. 212 00:19:01,098 --> 00:19:02,641 Awaklah kedekut. 213 00:19:03,225 --> 00:19:06,061 Awak ajak saya makan tengah hari di kafeteria. 214 00:19:06,645 --> 00:19:10,357 Sotong goreng kilas dan sup kimchi kafeteria kita gabungan terbaik. 215 00:19:13,318 --> 00:19:15,487 Pilihan makanan awak macam budak-budak. 216 00:19:16,071 --> 00:19:18,907 Nampak? Dia tak makan resam goreng kilas. 217 00:19:18,991 --> 00:19:20,200 Saya bukan budak-budak. 218 00:19:20,284 --> 00:19:21,827 Saya cuma tak makan resam. 219 00:19:21,910 --> 00:19:23,120 Ada kenangan buruk. 220 00:19:23,704 --> 00:19:26,623 Ada orang dipatuk ular ketika makan resam. 221 00:19:28,876 --> 00:19:30,085 Siapa dipatuk ular? 222 00:19:35,924 --> 00:19:38,468 Tiada apa-apa. Makanlah. 223 00:19:44,600 --> 00:19:46,727 Kenapa En. Gong tak pergi janji temu? 224 00:19:46,810 --> 00:19:48,812 Janji temu dia bukan isu sekarang. 225 00:19:48,896 --> 00:19:50,063 Kita yang perlu. 226 00:19:50,147 --> 00:19:51,523 En. Idola ada di sana. 227 00:19:52,274 --> 00:19:54,026 En. Idola? Siapa? 228 00:19:54,109 --> 00:19:55,903 Tiga lelaki paling saya suka. 229 00:19:55,986 --> 00:19:57,863 En. Jang, En. Kwon dan Gi-dong. 230 00:19:57,946 --> 00:20:01,033 Tiga lelaki, tiga wanita. Macam dah berjanji temu. 231 00:20:01,783 --> 00:20:02,993 Kita tak boleh. 232 00:20:04,620 --> 00:20:05,871 Teman wanitanya ada. 233 00:20:06,496 --> 00:20:07,456 Boleh makan sekali? 234 00:20:16,757 --> 00:20:19,301 Cantiknya dia dan mereka belum berpisah. 235 00:20:19,384 --> 00:20:21,845 Sakit mata betul. Saya tak patut ke sini. 236 00:20:25,849 --> 00:20:26,850 Nak tanya sikit. 237 00:20:27,726 --> 00:20:31,021 Awak mungkin tak selesa dengan soalan ini, tapi… 238 00:20:31,104 --> 00:20:32,272 Jadi jangan tanya. 239 00:20:32,356 --> 00:20:33,899 Bagaimana kamu boleh bersama? 240 00:20:36,068 --> 00:20:38,111 Saya yang asyik pikat dia. 241 00:20:38,195 --> 00:20:40,614 Wanita secantik awak pun mulakan langkah pertama. 242 00:20:41,949 --> 00:20:45,160 Jika kamu masih bujang, saya boleh kenalkan dengan kawan. 243 00:20:46,411 --> 00:20:47,996 Boleh juga. 244 00:20:48,497 --> 00:20:49,873 Saya tak nak. 245 00:20:50,832 --> 00:20:51,667 Kenapa? 246 00:20:51,750 --> 00:20:54,294 Awak bukannya bercinta dengan sesiapa pun. 247 00:20:55,462 --> 00:20:56,922 Ada wanita yang saya suka. 248 00:21:00,550 --> 00:21:02,261 Apa kata awak cuba? 249 00:21:02,344 --> 00:21:04,680 Awak takkan bersama dengan dia pun. 250 00:21:06,723 --> 00:21:09,685 Awak dingin, tapi lembut hati dengan kegigihan dia. 251 00:21:09,768 --> 00:21:11,436 Begitu. 252 00:21:11,520 --> 00:21:13,647 Awak nak gigih memikat dia juga? 253 00:21:13,730 --> 00:21:15,232 Saya tak perlu. 254 00:21:15,315 --> 00:21:16,525 Saya jumpa dia saja. 255 00:21:17,734 --> 00:21:19,987 Jumpa saja tak bermakna apa-apa. 256 00:21:20,070 --> 00:21:23,740 Takkan nak letak harapan sedangkan ia tak menjamin apa-apa. 257 00:21:25,200 --> 00:21:26,451 Kenapa dengan awak? 258 00:21:27,703 --> 00:21:29,037 Saya ada cakap? 259 00:21:29,788 --> 00:21:32,082 Kamu berdua bagai pinang dibelah dua. 260 00:21:53,353 --> 00:21:55,355 Boleh minum teh di pejabat awak? 261 00:21:56,064 --> 00:21:58,108 Awak tarik perhatian di kafeteria tadi. 262 00:21:58,191 --> 00:22:00,736 Saya rasa tak selesa. 263 00:22:02,029 --> 00:22:04,740 Tak selesa sebab Hong-jo, bukan? 264 00:22:04,823 --> 00:22:08,410 Saya dah berjanji, jadi saya berusaha tepati janji saya. 265 00:22:08,493 --> 00:22:10,078 Jadi jangan nak menyindir. 266 00:22:30,640 --> 00:22:33,185 Hai, Hong-jo dari Bahagian Binaan Jalur Hijau. 267 00:22:46,615 --> 00:22:47,699 Bagaimana 268 00:22:49,242 --> 00:22:50,452 makan tengah hari awak? 269 00:22:53,538 --> 00:22:54,498 Baik saja. 270 00:22:57,501 --> 00:22:58,627 Awak 271 00:22:58,710 --> 00:23:03,006 nak beritahu saya apa-apa? 272 00:23:06,676 --> 00:23:09,638 Tentang stesen makan kucing, ia salah. Awak perlu tutup. 273 00:23:09,721 --> 00:23:12,432 Awak tak boleh biarkan kecuali ubah peraturan. 274 00:23:14,810 --> 00:23:17,104 Itu saja awak nak cakap? 275 00:23:22,192 --> 00:23:24,486 Sentiasa bawa alat pertahanan diri awak. 276 00:23:28,323 --> 00:23:29,449 Baiklah. 277 00:23:53,390 --> 00:23:55,267 Hai, saya penasihat undang-undang. 278 00:23:55,350 --> 00:23:58,019 Boleh saya lihat pendaftaran perniagaan, 279 00:23:58,103 --> 00:24:02,482 maklumat pendaftaran dan meterai Taman Landskap Hijau? 280 00:24:08,488 --> 00:24:11,950 Apa bagusnya benda ini sampai dia asyik meleteri saya? 281 00:24:14,369 --> 00:24:16,788 Terima kasih berinya semula. 282 00:24:16,872 --> 00:24:18,957 Susah-susah puan datang sini. 283 00:24:19,040 --> 00:24:21,042 Saya boleh hantar lepas kerja. 284 00:24:22,210 --> 00:24:24,129 Alang-alang ada kerja di sini. 285 00:24:25,672 --> 00:24:28,925 Kemurungan saya makin teruk kebelakangan ini. 286 00:24:29,676 --> 00:24:30,969 Saya pergi kaunseling. 287 00:24:31,595 --> 00:24:34,306 Puan jumpa pakar psikiatri? 288 00:24:34,890 --> 00:24:37,058 Tak. Tukang tilik. 289 00:24:38,476 --> 00:24:39,311 Tukang tilik? 290 00:24:40,103 --> 00:24:43,648 Jumpa tukang tilik ketika murung buat saya rasa lebih baik. 291 00:24:45,567 --> 00:24:47,068 Dia hebat betul. 292 00:24:47,152 --> 00:24:49,196 Sebaik saja saya duduk, dia kata, 293 00:24:49,696 --> 00:24:51,698 "Awak ke sini disebabkan lelaki." 294 00:24:52,782 --> 00:24:53,742 Betul cakap dia. 295 00:24:55,118 --> 00:24:56,494 Itu saya pun boleh teka. 296 00:24:56,578 --> 00:24:58,413 Lelaki ada masalah wanita, 297 00:24:58,496 --> 00:24:59,998 wanita ada masalah lelaki. 298 00:25:00,081 --> 00:25:01,499 Ketara betul. 299 00:25:01,583 --> 00:25:03,335 Langsung tak ketara. 300 00:25:05,170 --> 00:25:07,839 Suami saya menjengkelkan betul 301 00:25:09,049 --> 00:25:10,800 dan saya risaukan Sin-yu. 302 00:25:12,302 --> 00:25:13,887 Jika puan murung, 303 00:25:14,679 --> 00:25:16,848 apa kata puan berlakon semula? 304 00:25:21,436 --> 00:25:25,190 Orang kata jangan buat kalau dah terlewat. 305 00:25:27,150 --> 00:25:28,568 Dah terlewat bagi saya. 306 00:25:35,742 --> 00:25:39,287 YOON NA-YEON 307 00:25:47,545 --> 00:25:49,130 Hai. Kenapa? 308 00:25:52,217 --> 00:25:54,469 Awak nak saya berpisah dengan dia, bukan? 309 00:25:55,929 --> 00:25:57,847 Tapi itu takkan berlaku. 310 00:25:57,931 --> 00:25:59,516 Tarikh perkahwinan dah tetap. 311 00:26:00,976 --> 00:26:05,397 Kenapa telefon saya untuk cakap begini? Takkan nak saya sambut bunga pula. 312 00:26:05,480 --> 00:26:07,107 Supaya awak sedar diri. 313 00:26:07,190 --> 00:26:10,819 Sama macam awak anggap kita kawan, 314 00:26:10,902 --> 00:26:13,154 awak tersilap lagi. 315 00:26:13,947 --> 00:26:16,491 Fikir yang Sin-yu akan dekati awak. 316 00:26:18,827 --> 00:26:20,829 Ada sesuatu berlaku antara kamu. 317 00:26:20,912 --> 00:26:22,247 Kami mungkin tinggal sekali. 318 00:26:22,330 --> 00:26:23,915 Ibu bapanya minta. 319 00:26:23,999 --> 00:26:25,417 Tentulah. 320 00:26:25,500 --> 00:26:29,921 Kami dah bersama selama dua tahun, tinggal bersama sepanjang masa. 321 00:26:30,005 --> 00:26:31,673 Kami tak nak berpisah. 322 00:26:32,799 --> 00:26:35,010 Sin-yu tak suka pegang tangan. 323 00:26:35,093 --> 00:26:36,303 Terutamanya musim sejuk. 324 00:26:36,386 --> 00:26:39,222 Dia risau tangan dia buat tangan saya sejuk juga. 325 00:26:40,015 --> 00:26:42,559 Dia susah nak tidur, tapi apabila saya usap kepala, 326 00:26:42,642 --> 00:26:43,852 cepat dia terlelap. 327 00:26:43,935 --> 00:26:45,520 Perlukah saya tahu? 328 00:26:46,021 --> 00:26:47,939 Saya langsung tak nak tahu. 329 00:26:49,316 --> 00:26:52,235 Awak tak pernah berhubungan lama, bukan? 330 00:26:54,612 --> 00:26:57,198 Banyak boleh jadi dalam hubungan jangka panjang. 331 00:26:57,782 --> 00:26:58,992 Bergaduh dan berbaik. 332 00:26:59,075 --> 00:27:00,702 Awak rapat dan menjauh. 333 00:27:01,202 --> 00:27:02,662 Kemudian rapat semula. 334 00:27:03,371 --> 00:27:05,707 Kami tak boleh berpisah semudah itu. 335 00:27:07,083 --> 00:27:08,585 Hubungan macam itulah. 336 00:27:08,668 --> 00:27:10,211 Dia mungkin goyah seketika, 337 00:27:10,795 --> 00:27:12,380 tapi akhirnya dia kembali. 338 00:27:17,344 --> 00:27:19,095 Nampaknya awak gelisah, 339 00:27:19,179 --> 00:27:21,514 sebab awak cakap perkara tak perlu. 340 00:27:22,515 --> 00:27:24,601 Malam semalam pun dia bersama saya. 341 00:27:26,144 --> 00:27:26,978 Hong-jo. 342 00:27:27,562 --> 00:27:29,147 Jangan terlalu percaya lelaki. 343 00:27:30,857 --> 00:27:32,859 Sin-yu pun lelaki juga. 344 00:27:40,241 --> 00:27:42,202 CEO suruh saya tanyakan 345 00:27:42,285 --> 00:27:43,870 sama ada awak nak kembali. 346 00:27:43,953 --> 00:27:46,373 Saya tak bercadang nak kembali. 347 00:27:48,416 --> 00:27:50,126 Seronok kerja di Dewan Bandaraya? 348 00:27:50,210 --> 00:27:51,127 Tak bosankah? 349 00:27:51,711 --> 00:27:52,545 Seronok. 350 00:27:53,505 --> 00:27:56,132 Walaupun keadaan agak susah sekarang. 351 00:27:57,092 --> 00:27:58,134 Yalah, 352 00:27:58,218 --> 00:28:00,053 semua kerja susah. 353 00:28:01,388 --> 00:28:03,264 Tapi, berlakon bunyinya seronok. 354 00:28:06,142 --> 00:28:07,394 Berlakon bagaimana? 355 00:28:08,895 --> 00:28:10,605 Bukan berpura-pura. 356 00:28:10,688 --> 00:28:12,899 Berlakon, macam kerja pelakon itu. 357 00:28:12,982 --> 00:28:13,900 Jangan. 358 00:28:13,983 --> 00:28:15,485 Awak tiada bakat berlakon. 359 00:28:16,277 --> 00:28:18,238 Bukannya saya nak jadi pelakon. 360 00:28:18,321 --> 00:28:20,073 Saya yang berlakon sekarang. 361 00:28:20,865 --> 00:28:23,201 Saya rindukan dia. Saya nak bersama dia. 362 00:28:23,785 --> 00:28:26,663 Rasa nak gila dibuatnya, tapi saya berlagak okey. 363 00:28:27,789 --> 00:28:29,749 Jika rindu dia, suruh dia datang. 364 00:28:30,458 --> 00:28:33,002 Awak tak minum pun. Membazir wain saja. 365 00:28:33,628 --> 00:28:36,047 CEO beri saya kad korporat, 366 00:28:36,131 --> 00:28:38,591 saya beli wain mahal. Harganya lebih sejuta won. 367 00:28:38,675 --> 00:28:40,552 Telefon Na-yeon. Kita minum bersama. 368 00:28:45,515 --> 00:28:47,934 Saya perlu jujur dengan awak. 369 00:28:48,017 --> 00:28:49,436 Bila awak tak jujur? 370 00:28:51,062 --> 00:28:51,980 Macam saya agak. 371 00:28:54,023 --> 00:28:55,400 Saya suka seseorang. 372 00:28:59,571 --> 00:29:00,405 Apa? 373 00:29:02,824 --> 00:29:05,076 Siapa? Apa jadi? 374 00:29:05,160 --> 00:29:07,370 Awak susah nak jatuh hati. 375 00:29:08,121 --> 00:29:11,499 Ini kali pertama saya dengar awak cakap suka seseorang. 376 00:29:20,633 --> 00:29:22,302 Hei, bangunlah. 377 00:29:23,011 --> 00:29:24,304 Balik tidur. 378 00:29:26,973 --> 00:29:28,683 Telefon Sin-yu. 379 00:29:29,309 --> 00:29:30,852 Saya rindu dia. 380 00:29:34,564 --> 00:29:35,940 Saya telefon pemandu. 381 00:29:36,024 --> 00:29:37,442 Di mana kereta awak? 382 00:29:38,485 --> 00:29:39,778 Awak tak nak tahukah? 383 00:29:41,154 --> 00:29:43,239 Jika saya beritahu dia saya di sini, 384 00:29:43,323 --> 00:29:46,868 dia akan datang atau tak? 385 00:29:55,752 --> 00:29:57,629 Awak percaya kelahiran semula? 386 00:29:57,712 --> 00:29:59,130 Tentulah. 387 00:29:59,714 --> 00:30:01,341 Jadi awak akan faham. 388 00:30:02,550 --> 00:30:03,551 Sebenarnya, 389 00:30:04,636 --> 00:30:06,763 saya mencintai dia sejak dulu. 390 00:30:08,431 --> 00:30:09,474 Cinta pertama awak. 391 00:30:10,642 --> 00:30:12,185 Dari sekolah rendah? 392 00:30:12,268 --> 00:30:13,978 Atau dari tadika? 393 00:30:14,062 --> 00:30:15,522 LEE HONG-JO 394 00:30:17,649 --> 00:30:18,608 Tak. 395 00:30:19,692 --> 00:30:21,402 Lama sebelum itu. 396 00:30:21,486 --> 00:30:24,072 Lagi lama? 397 00:30:24,155 --> 00:30:27,242 Kamu lahir di hospital yang sama? Jangan jadi bodoh. 398 00:30:27,325 --> 00:30:28,952 Saya perlu jawab panggilan. 399 00:30:34,040 --> 00:30:34,874 Ya. 400 00:30:42,006 --> 00:30:42,882 Awak di mana? 401 00:31:16,958 --> 00:31:17,876 Awak dah sampai. 402 00:31:19,460 --> 00:31:20,628 Uruskan Na-yeon. 403 00:31:25,884 --> 00:31:29,429 Apa yang berlaku? Pelik kamu minum bersama. 404 00:31:32,056 --> 00:31:33,766 Dia telefon saya. 405 00:31:33,850 --> 00:31:35,101 Saya tiada pilihan. 406 00:31:35,768 --> 00:31:38,104 Dia cakap hal mengarut dan ini berlaku. 407 00:31:39,397 --> 00:31:40,648 Cakap apa? 408 00:31:42,692 --> 00:31:44,277 Hal yang saya tak nak tahu. 409 00:31:49,282 --> 00:31:51,701 Apa pun dia cakap, jangan peduli. 410 00:31:51,784 --> 00:31:53,244 Macam mana saya tak peduli? 411 00:31:53,786 --> 00:31:56,623 Awak tahu apa saya fikir selepas telefon awak? 412 00:32:00,543 --> 00:32:01,544 Kita cakap nanti. 413 00:32:05,048 --> 00:32:05,965 Pergi dulu. 414 00:32:18,186 --> 00:32:19,896 Tak sangka dia betul-betul datang. 415 00:33:45,606 --> 00:33:46,607 En. Kwon? 416 00:33:56,284 --> 00:33:57,118 Saya minta maaf. 417 00:33:57,910 --> 00:33:59,328 Saya tak tahu itu awak. 418 00:34:00,455 --> 00:34:04,333 Apa awak buat waktu tengah malam? 419 00:34:04,417 --> 00:34:06,544 Saya cuma nak kongsi makanan. 420 00:34:11,299 --> 00:34:13,217 Tuan rumah hantar bungkusan. 421 00:34:13,301 --> 00:34:14,969 Ada nota di dalam 422 00:34:15,887 --> 00:34:18,014 dengan kimchi dan telur, 423 00:34:18,639 --> 00:34:21,059 katanya saya patut kongsi dengan awak. 424 00:34:22,518 --> 00:34:24,937 Kalau ya pun, tak perlu datang lewat begini. 425 00:34:26,647 --> 00:34:27,815 Sebab dah lewatlah, 426 00:34:28,566 --> 00:34:29,567 saya risau 427 00:34:30,109 --> 00:34:31,527 jika awak selamat balik. 428 00:34:32,779 --> 00:34:34,989 Kami pasang CCTV untuk lindungi awak dan… 429 00:34:35,865 --> 00:34:36,741 Aduhai. 430 00:34:39,660 --> 00:34:40,661 Saya minta maaf. 431 00:34:44,415 --> 00:34:45,416 Kalau rasa bersalah, 432 00:34:46,084 --> 00:34:47,293 jadi teman saya. 433 00:34:48,753 --> 00:34:49,754 Apa? 434 00:34:54,717 --> 00:34:56,803 Awak menolak selepas sembur muka saya? 435 00:34:58,513 --> 00:34:59,388 Baiklah. 436 00:35:06,312 --> 00:35:07,855 Perlu balik, tapi tak nampak. 437 00:35:08,773 --> 00:35:09,982 Saya butakah? 438 00:35:13,569 --> 00:35:15,404 Tak boleh hadiri perjumpaan pun. 439 00:35:18,241 --> 00:35:19,367 Siapa awak? 440 00:35:20,159 --> 00:35:21,786 Mahu jadi teman saya? 441 00:35:22,912 --> 00:35:23,955 Saya pergi. 442 00:35:24,455 --> 00:35:26,040 Puas hati? 443 00:35:28,417 --> 00:35:29,418 Awak dah janji. 444 00:35:48,354 --> 00:35:49,355 Awak dah bangun. 445 00:35:58,197 --> 00:35:59,615 Kenapa awak di sini? 446 00:36:00,992 --> 00:36:02,785 Kita boleh ke rumah awak. 447 00:36:04,453 --> 00:36:05,538 Jangan salah faham. 448 00:36:06,455 --> 00:36:08,541 Saya datang nak cakap sesuatu. 449 00:36:08,624 --> 00:36:09,959 Sebab itu saya tunggu. 450 00:36:10,751 --> 00:36:12,253 Jangan jumpa Hong-jo. 451 00:36:15,590 --> 00:36:16,799 Awak memang kejam. 452 00:36:16,883 --> 00:36:18,885 Saya sedia dengar awak cakap begitu. 453 00:36:49,040 --> 00:36:51,083 Malam semalam pun dia bersama saya. 454 00:37:31,207 --> 00:37:32,458 Saya pergi dulu. 455 00:37:33,209 --> 00:37:34,293 Selamat bekerja. 456 00:37:36,712 --> 00:37:38,422 Terima kasih. Jumpa nanti. 457 00:37:38,506 --> 00:37:39,632 Jumpa nanti. 458 00:37:51,352 --> 00:37:53,437 JANG SIN-YU, PENASIHAT UNDANG-UNDANG 459 00:38:02,822 --> 00:38:04,240 Helo. Lee Hong-jo bercakap. 460 00:38:04,323 --> 00:38:05,783 Datang pejabat saya sekarang. 461 00:38:07,535 --> 00:38:08,494 Apa halnya? 462 00:38:08,577 --> 00:38:10,621 Datang nanti, tahulah. 463 00:38:26,512 --> 00:38:27,513 Duduk. 464 00:38:32,727 --> 00:38:34,103 Kenapa datang begitu? 465 00:38:38,566 --> 00:38:39,942 Apa maksud awak? 466 00:38:40,026 --> 00:38:41,694 Kenapa awak bersiap cantik? 467 00:38:41,777 --> 00:38:43,195 Suka hati sayalah. 468 00:38:43,279 --> 00:38:45,573 Saya tahu awak turun kereta tadi. 469 00:38:46,282 --> 00:38:50,036 Apa orang fikir jika mereka tahu awak datang dengan Jae-gyeong? 470 00:38:50,119 --> 00:38:51,329 Boleh jadi salah faham. 471 00:38:51,412 --> 00:38:52,621 Awak pula? 472 00:38:52,705 --> 00:38:53,831 - Saya? - Malam semalam. 473 00:38:54,415 --> 00:38:55,666 Kenapa buat begitu? 474 00:38:56,751 --> 00:38:57,585 Awak cemburu? 475 00:38:57,668 --> 00:38:59,295 Bukan cemburu. Jengkel. 476 00:38:59,378 --> 00:39:00,671 Apa permainan awak? 477 00:39:00,755 --> 00:39:02,214 Awak suruh saya tunggu. 478 00:39:02,298 --> 00:39:05,343 Awak kata awak tunggu, tapi datang kerja dengan dia. 479 00:39:05,426 --> 00:39:06,969 Ya, kami datang sama. 480 00:39:07,053 --> 00:39:10,348 Masa perjalanan saya jadi pendek dari 40 ke 20 minit. 481 00:39:10,431 --> 00:39:12,016 Awak janji akan jujur. 482 00:39:12,099 --> 00:39:14,060 Awak pun tak jujur. 483 00:39:14,977 --> 00:39:18,230 Awak tahu apa saya fikir ketika tunggu awak di bar? 484 00:39:18,856 --> 00:39:22,109 Saya tak nak awak datang jemput Na-yeon. 485 00:39:22,193 --> 00:39:23,402 Itu yang saya fikir. 486 00:39:23,986 --> 00:39:25,696 Saya harap pasangan berpisah. 487 00:39:25,780 --> 00:39:27,531 Saya risau awak takkan berpisah. 488 00:39:27,615 --> 00:39:30,826 Saya curiga dan cemburu tentang apa yang mungkin jadi. 489 00:39:31,994 --> 00:39:35,081 Awak tahu betapa teruk perasaan ini? 490 00:39:37,458 --> 00:39:40,002 Sebab itu awak rapat dengan Jae-gyeong? 491 00:39:40,086 --> 00:39:41,796 Awak juga bersama Na-yeon. 492 00:39:41,879 --> 00:39:43,047 Tak sama. 493 00:39:43,130 --> 00:39:44,965 Saya malah luah cinta kepada awak. 494 00:39:45,049 --> 00:39:46,509 Awak masih tak percaya? 495 00:39:48,636 --> 00:39:49,970 Tapi bukan saya saja. 496 00:39:50,054 --> 00:39:52,390 Banyak orang yang awak cintai. 497 00:39:52,473 --> 00:39:57,520 Jadi awak boleh mencintai ramai orang dalam masa yang sama? 498 00:39:57,603 --> 00:39:59,438 Awak suka saya dan Jae-gyeong. 499 00:39:59,522 --> 00:40:01,440 Mungkin. Saya pun tak pasti. 500 00:40:01,524 --> 00:40:03,651 Sebab sikap awak yang mengelirukan. 501 00:40:09,782 --> 00:40:11,283 Kata-kata tak cukup nampaknya. 502 00:40:48,988 --> 00:40:49,947 Apa awak buat? 503 00:40:50,489 --> 00:40:52,032 Awak tak bersikap jujur. 504 00:40:52,575 --> 00:40:54,618 Saya buat begini sebab saya tak jujur. 505 00:41:12,636 --> 00:41:13,846 En. Jang. 506 00:41:19,518 --> 00:41:20,394 Kamu. 507 00:41:21,061 --> 00:41:22,354 Apa kamu buat? 508 00:41:23,189 --> 00:41:24,148 Tak nampakkah? 509 00:41:25,149 --> 00:41:26,233 Kami berunding. 510 00:41:29,737 --> 00:41:32,490 Saya rasa awak tolak dia. 511 00:41:32,573 --> 00:41:34,658 Tak. Kerusi menggelongsor sendiri. 512 00:41:34,742 --> 00:41:37,495 - Rodanya elok. - Mereka letak pelincir? 513 00:41:39,079 --> 00:41:40,498 Terima kasih atas rundingan. 514 00:41:40,581 --> 00:41:41,582 Terima kasih. 515 00:41:45,085 --> 00:41:47,338 Boleh awak ketuk pintu sebelum masuk? 516 00:41:47,421 --> 00:41:49,673 Saya guna kupon untuknya. 517 00:41:50,674 --> 00:41:52,676 Kupon luput tahun ini. Kenapa? 518 00:41:52,760 --> 00:41:55,679 En. Kwon pergi perjumpaan pasangan hari ini. 519 00:41:55,763 --> 00:41:57,806 Dia tak beritahu siapa pasangannya. 520 00:41:58,349 --> 00:42:00,226 - Nak saya siasat? - Jangan siasat. 521 00:42:01,185 --> 00:42:02,186 Dan 522 00:42:02,686 --> 00:42:03,687 keluar. 523 00:42:04,188 --> 00:42:06,065 Sekarang. 524 00:42:07,650 --> 00:42:08,651 Sekarang? 525 00:42:19,662 --> 00:42:20,746 Cik Ma. 526 00:42:20,829 --> 00:42:22,998 Saya dah hantar laporan perniagaan. 527 00:42:23,082 --> 00:42:24,416 Saya sedang baca. 528 00:42:25,042 --> 00:42:26,544 BANDAR ONJU SEPARA TAHUN 2023 529 00:42:26,627 --> 00:42:28,379 Kerja saya dah siap, 530 00:42:28,462 --> 00:42:30,130 boleh saya balik awal? 531 00:42:33,717 --> 00:42:35,636 Kenapa awak bersiap kemas? 532 00:42:35,719 --> 00:42:38,556 Beri saya sebab kukuh untuk ponteng. 533 00:42:38,639 --> 00:42:40,182 Saya bukan ponteng. 534 00:42:40,266 --> 00:42:41,433 Ada janji temu. 535 00:42:44,353 --> 00:42:45,271 Saya dah agak. 536 00:42:45,354 --> 00:42:47,731 Sebab itu awak bersiap segak hari ini. 537 00:42:48,607 --> 00:42:49,650 Aduhai. 538 00:42:49,733 --> 00:42:51,735 Janji temu awak masih menjadi? 539 00:42:52,278 --> 00:42:53,320 Gigih betul. 540 00:42:55,698 --> 00:42:56,699 Tak boleh balik awal. 541 00:42:58,659 --> 00:43:01,870 Jika tak boleh balik awal, saya nak ke tandas. 542 00:43:02,705 --> 00:43:04,999 Saya ke tandas sekarang. 543 00:43:09,128 --> 00:43:10,462 Awak nampak kacak! 544 00:43:22,433 --> 00:43:23,434 Gong. 545 00:43:25,394 --> 00:43:26,937 Saya belanja makan malam. 546 00:43:27,771 --> 00:43:29,857 Saya dah kata nak pergi janji temu. 547 00:43:31,817 --> 00:43:35,237 Tentulah saya tak nak awak pergi. Apa lagi maksudnya? 548 00:43:44,246 --> 00:43:46,874 Muka dan mata awak nampak dah elok sekarang. 549 00:43:47,583 --> 00:43:50,044 Semalaman saya urutnya memikirkan awak. 550 00:43:51,170 --> 00:43:53,505 Patutlah saya mimpi buruk. 551 00:43:55,132 --> 00:43:56,175 Bukan perkara buruk. 552 00:43:57,009 --> 00:43:59,178 Saya asyik teringat awak, jadi saya senyum. 553 00:44:01,472 --> 00:44:04,058 Hong-jo. Saya nak cakap sikit. 554 00:44:05,559 --> 00:44:07,936 Awak mungkin terkejut tiba-tiba dengar. 555 00:44:08,020 --> 00:44:10,522 Perjumpaan pasangan dibatalkan? 556 00:44:11,857 --> 00:44:12,775 Bagaimana tahu? 557 00:44:13,484 --> 00:44:14,652 Betul-betul batal? 558 00:44:15,527 --> 00:44:17,237 - Ya. - Kenapa? 559 00:44:19,198 --> 00:44:20,783 Perjumpaan untuk pasangan, 560 00:44:20,866 --> 00:44:23,285 tapi ada dua pasangan baru berpisah. 561 00:44:26,288 --> 00:44:28,290 Jadi kita nak ke mana sekarang? 562 00:44:31,335 --> 00:44:32,920 Ada sesuatu pada muka awak. 563 00:44:33,003 --> 00:44:34,713 - Cantik? - Bagaimana awak tahu? 564 00:44:53,816 --> 00:44:55,567 Lot letak kereta ini sangat besar 565 00:44:56,735 --> 00:44:58,278 dan hanya kita di sini. 566 00:45:01,240 --> 00:45:04,034 Siapa berkelah dengan suhu negatif 12 darjah Celsius? 567 00:45:04,785 --> 00:45:07,287 Jadi kenapa kita buat? 568 00:45:08,914 --> 00:45:10,332 Bukankah cantik? 569 00:45:11,375 --> 00:45:13,919 Pemandangan Seoul dan Sungai Han. 570 00:45:15,129 --> 00:45:16,588 Lama tak berkelah. Saya suka. 571 00:45:18,507 --> 00:45:21,510 Saya tak begitu suka. 572 00:45:22,428 --> 00:45:23,595 Saya sejuk 573 00:45:24,221 --> 00:45:25,097 dan lapar. 574 00:45:27,641 --> 00:45:28,475 Sekejap. 575 00:45:35,107 --> 00:45:36,900 TEMPAH 1 AYAM CILI RANGUP 576 00:45:38,652 --> 00:45:39,903 Sedap, bukan? 577 00:45:39,987 --> 00:45:40,946 Rasa kurang sejuk. 578 00:45:41,029 --> 00:45:42,156 Betul. 579 00:45:42,239 --> 00:45:44,324 Ini tindakan terbaik awak hari ni. 580 00:45:47,578 --> 00:45:50,747 Makan paha ayam. Maknanya saya serah semua kepada awak. 581 00:45:51,457 --> 00:45:52,916 Saya lebih suka dada ayam. 582 00:45:53,876 --> 00:45:54,710 Ini dia. 583 00:45:56,837 --> 00:45:57,671 Dada? 584 00:46:14,813 --> 00:46:16,023 Awak di mana? 585 00:46:32,831 --> 00:46:34,166 Awak tak balas? 586 00:46:39,087 --> 00:46:42,549 Awak pernah berada dalam hubungan jangka panjang? 587 00:46:44,927 --> 00:46:48,889 Jika awak bersama lebih dua tahun, susahkah nak berpisah? 588 00:46:55,479 --> 00:46:56,605 Berpisah mudah. 589 00:46:57,606 --> 00:46:59,566 Yang susahnya bercinta semula. 590 00:47:01,068 --> 00:47:04,279 Lebih lama bersama, lebih lama ambil masa untuk lupakan. 591 00:47:09,284 --> 00:47:10,786 Jika dua tahun bersama, 592 00:47:11,537 --> 00:47:13,914 ambil masa dua tahun untuk lupakan? 593 00:47:16,250 --> 00:47:18,460 Bergantung pada individu, 594 00:47:18,544 --> 00:47:21,004 tapi jika ikhlas ambil berat tentang orang itu, 595 00:47:22,172 --> 00:47:25,884 proses untuk lupakannya mungkin lebih lama. 596 00:47:28,595 --> 00:47:31,640 Ada yang bercinta betul-betul lepas berpisah. 597 00:47:32,849 --> 00:47:35,018 Hubungan sebegitu takkan kekal lama. 598 00:47:35,102 --> 00:47:37,813 Mereka akan bandingkan yang baru dengan bekas kekasih 599 00:47:38,522 --> 00:47:40,524 atau asyik teringat bekas kekasih. 600 00:47:44,611 --> 00:47:45,654 Begitu. 601 00:47:49,783 --> 00:47:51,577 Berpisah bunyinya susah. 602 00:47:51,660 --> 00:47:52,869 Ya, memang susah. 603 00:47:52,953 --> 00:47:54,454 Jangan tunggu Sin-yu. 604 00:47:58,625 --> 00:48:00,669 Saya luahkan perasaan sekarang. 605 00:48:03,672 --> 00:48:05,382 Jangan goyah disebabkan Sin-yu. 606 00:48:06,258 --> 00:48:07,134 Dekati saya. 607 00:48:31,116 --> 00:48:31,950 Milik Hong-jo. 608 00:48:39,916 --> 00:48:43,670 Boleh jadikan cerita seram dengannya? Beritahu rancangan awak. 609 00:48:43,754 --> 00:48:44,630 Saya rasa jijik. 610 00:48:47,007 --> 00:48:47,841 Saya cuma 611 00:48:49,051 --> 00:48:50,594 berhajat. 612 00:48:53,722 --> 00:48:54,598 Hei. 613 00:48:54,681 --> 00:48:56,850 Jika nak buat, buat cepat. 614 00:48:57,392 --> 00:48:58,977 Saya tiada masa nak tunggu. 615 00:51:00,557 --> 00:51:01,516 Aduhai. 616 00:51:02,225 --> 00:51:05,061 Kenapa tutup badan? Saya dah lihat semua semalam. 617 00:51:10,358 --> 00:51:11,193 Makan sarapan. 618 00:51:11,276 --> 00:51:13,320 Kemudian balik, tukar baju, pergi kerja. 619 00:51:13,987 --> 00:51:16,281 Jangan pakai baju sama. Nanti mereka tahu. 620 00:51:16,364 --> 00:51:19,117 Saya pakai baju sama selama seminggu, 621 00:51:19,201 --> 00:51:20,243 jadi tak apa. 622 00:51:22,204 --> 00:51:23,288 Hei. 623 00:51:23,872 --> 00:51:25,332 Kita bercinta mulai hari ini? 624 00:51:26,541 --> 00:51:27,834 Apa awak cakap? 625 00:51:27,918 --> 00:51:29,920 Jangan kolot sangat. 626 00:51:34,674 --> 00:51:35,842 Dia tentu malu. 627 00:51:36,343 --> 00:51:39,054 KENAPA AWAK TAK BALAS? AWAK BERSAMA JAE-GYEONG? 628 00:51:39,137 --> 00:51:41,807 SAYA AKAN TELEFON KALAU AWAK TAK BALAS. SAYA INGATKAN AWAK IKHLAS! 629 00:51:51,608 --> 00:51:52,734 Ini saya, Sin-yu. 630 00:51:52,818 --> 00:51:54,986 Hong-jo, naik atas sekarang. 631 00:52:05,205 --> 00:52:07,249 Hong-jo, kenapa awak tak jawab… 632 00:52:13,713 --> 00:52:15,382 Awak kata awak tepati janji. 633 00:52:16,091 --> 00:52:17,634 Ini tepati janjikah? 634 00:52:18,885 --> 00:52:20,345 Awak mungkir janji. 635 00:52:21,388 --> 00:52:22,681 Tunggulah akibatnya. 636 00:52:34,568 --> 00:52:36,945 Siapa masuk pejabat saya tak ketuk pintu? 637 00:52:39,865 --> 00:52:40,866 Na-yeon. 638 00:52:41,616 --> 00:52:42,826 Kenapa? 639 00:52:42,909 --> 00:52:44,452 Kenapa nampak sedih? 640 00:52:44,536 --> 00:52:45,370 Ayah. 641 00:52:46,204 --> 00:52:47,706 Saya nak minta tolong. 642 00:52:49,708 --> 00:52:51,001 DATUK BANDAR YOON HAK-YEONG 643 00:53:02,137 --> 00:53:05,307 Tak bolehkah datang cepat apabila saya panggil? 644 00:53:08,143 --> 00:53:09,686 Saya ada mesyuarat belanjawan. 645 00:53:10,645 --> 00:53:11,938 Ada sesuatu berlaku? 646 00:53:16,234 --> 00:53:18,403 Lee Hong-jo Bahagian Binaan Jalur Hijau. 647 00:53:18,486 --> 00:53:20,405 Pindahkan dia ke cawangan lain. 648 00:53:21,656 --> 00:53:24,034 - Apa? - Satu lagi. 649 00:53:26,620 --> 00:53:27,871 Tentang Pembinaan Haum… 650 00:53:32,375 --> 00:53:35,170 Awak ikut perangai Gi-dong? Tak reti ketuk pintu? 651 00:53:35,253 --> 00:53:36,713 Apa awak dah buat? 652 00:53:36,796 --> 00:53:38,298 Inikah cara awak? 653 00:53:38,381 --> 00:53:40,175 Inikah sikap awak? 654 00:53:40,258 --> 00:53:42,302 Jelaskan supaya saya faham. 655 00:53:42,385 --> 00:53:45,180 Datuk bandar arah saya pindahkan Hong-jo 656 00:53:45,263 --> 00:53:49,893 sebab dia memburukkan penjawat awam dengan memikat awak. 657 00:53:51,519 --> 00:53:53,063 Ini semua salah awak. 658 00:53:53,688 --> 00:53:57,442 Sebab awak bersikap semberono, orang salah faham dengan dia. 659 00:54:01,488 --> 00:54:04,366 Terima kasih beritahu saya hal yang jadi. 660 00:54:04,950 --> 00:54:07,661 Saya akan uruskan. Awak jangan masuk campur. 661 00:54:07,744 --> 00:54:10,747 Saya akan masuk campur sehingga awak selesaikan. 662 00:54:11,414 --> 00:54:13,333 - Bagaimana nak betulkan? - Malangnya. 663 00:54:13,875 --> 00:54:16,378 Saya terlalu sibuk untuk jelaskan sekarang. 664 00:54:26,012 --> 00:54:26,846 Kenapa ke sini? 665 00:54:30,433 --> 00:54:32,394 Datuk bandar panggil saya. 666 00:54:36,398 --> 00:54:37,482 Tak perlu pergi. 667 00:54:40,819 --> 00:54:41,778 Apa awak buat? 668 00:54:45,407 --> 00:54:46,533 Kita nak ke mana? 669 00:54:46,616 --> 00:54:47,575 Lepaskan saya. 670 00:54:48,159 --> 00:54:49,536 Orang pandang kita. 671 00:54:50,245 --> 00:54:51,371 Aduhai… 672 00:54:51,454 --> 00:54:52,747 Bukan itu Jang Sin-yu? 673 00:54:55,458 --> 00:54:57,293 Orang nampak kita. Apa awak buat? 674 00:54:57,961 --> 00:55:00,005 Khabar angin boleh tersebar. 675 00:55:00,547 --> 00:55:02,924 Saya buat begini sebab itu tak penting. 676 00:55:05,593 --> 00:55:06,886 Masuk kereta. 677 00:55:24,696 --> 00:55:25,822 Pakai tali keselamatan. 678 00:55:25,905 --> 00:55:28,992 Kita nak ke mana? Saya sepatutnya kerja sekarang. 679 00:55:29,576 --> 00:55:30,535 Hantar laporan. 680 00:55:52,849 --> 00:55:54,517 Awak memang tak dengar cakap. 681 00:55:55,101 --> 00:55:57,562 Cakaplah, kenapa awak bertindak begini? 682 00:56:05,320 --> 00:56:06,780 Na-yeon minta saya janji. 683 00:56:07,363 --> 00:56:09,741 Semua di Dewan Bandaraya tahu kami bersama, 684 00:56:10,450 --> 00:56:12,994 jadi dia malu nak kerja jika kami berpisah. 685 00:56:16,247 --> 00:56:18,374 Jadi dia minta saya rahsiakan. 686 00:56:18,958 --> 00:56:20,585 Dia minta saya pura-pura 687 00:56:21,211 --> 00:56:23,922 tiada apa-apa berlaku sampai pembinaan selesai. 688 00:56:26,257 --> 00:56:28,426 Saya terima permintaan dia 689 00:56:29,886 --> 00:56:31,221 disebabkan awak. 690 00:56:34,682 --> 00:56:36,893 Orang baru tahu tentang saya dan Na-yeon, 691 00:56:38,019 --> 00:56:40,688 mereka akan pandang serong awak bersama saya. 692 00:56:43,399 --> 00:56:46,027 Sebab itu saya tak nak terburu-buru. 693 00:56:46,986 --> 00:56:48,488 Saya nak bermula dengan baik, 694 00:56:48,571 --> 00:56:50,490 walaupun kita terpaksa mula lewat. 695 00:56:51,199 --> 00:56:55,829 Saya fikir, itu perkara sewajarnya untuk menghormati awak. 696 00:56:57,622 --> 00:56:59,749 Tapi semua itu tak penting sekarang. 697 00:57:01,042 --> 00:57:03,044 Saya akan pilih awak secara terbuka. 698 00:57:09,592 --> 00:57:12,387 Jadi kita berdua akan ditimpa masalah. 699 00:57:13,555 --> 00:57:15,181 Orang akan menuding jari. 700 00:57:15,849 --> 00:57:16,975 Mereka akan kutuk kita. 701 00:57:19,185 --> 00:57:21,229 Sebab itu saya perlu tahu perasaan awak. 702 00:57:22,897 --> 00:57:24,816 Untuk tahu sejauh mana nak bertindak. 703 00:57:26,609 --> 00:57:27,610 Beritahu saya. 704 00:57:29,320 --> 00:57:31,072 Beritahu saya perasaan awak. 705 00:57:43,168 --> 00:57:44,169 Saya… 706 00:57:51,843 --> 00:57:52,844 rasa 707 00:57:54,012 --> 00:57:55,013 pelik. 708 00:57:58,516 --> 00:57:59,601 Entah kenapa, 709 00:58:00,643 --> 00:58:02,061 rasanya macam dah lama 710 00:58:03,354 --> 00:58:05,773 saya ambil berat tentang awak. 711 00:58:11,988 --> 00:58:12,989 Betul. 712 00:58:15,116 --> 00:58:16,618 Kita saling menyukai. 713 00:58:19,954 --> 00:58:21,706 Walau awak mungkin tak ingat. 714 01:00:50,730 --> 01:00:53,650 DESTINED WITH YOU 715 01:00:53,733 --> 01:00:56,069 Awak alami halusinasi sentuhan lagi? 716 01:00:56,152 --> 01:00:57,320 Awak okey? 717 01:00:57,904 --> 01:00:59,781 Dah lama gejala ini tak muncul. 718 01:00:59,864 --> 01:01:03,117 Tiada mantera untuk guna kepada orang sakit. 719 01:01:03,910 --> 01:01:05,328 Awak kata suka seseorang. 720 01:01:05,411 --> 01:01:06,829 Hong-jo orangnya? 721 01:01:06,913 --> 01:01:08,665 Nak buat, buat betul-betul. 722 01:01:08,748 --> 01:01:10,375 Awak mimpi lagi? 723 01:01:10,458 --> 01:01:12,710 Awak berstatus tinggi dan saya kasta rendah. 724 01:01:13,628 --> 01:01:14,462 Bagaimana, 725 01:01:15,546 --> 01:01:17,757 jika saya musuh ketat awak dulu, 726 01:01:18,800 --> 01:01:19,967 apa pendapat awak? 727 01:01:23,554 --> 01:01:26,432 Terjemahan sari kata oleh Syazwani Mohsin