1 00:00:15,598 --> 00:00:18,685 Saya ketua sami di Kuil Enmyoin. 2 00:00:19,227 --> 00:00:21,646 Saya ketua sami ke-29. 3 00:00:25,734 --> 00:00:29,446 Ramai orang di kuil ini nampak UFO di sekitar sini. 4 00:00:32,782 --> 00:00:34,617 Saya pun pernah nampak UFO… 5 00:00:35,201 --> 00:00:38,246 UFO yang sangat besar, awak tahu? 6 00:00:40,582 --> 00:00:41,458 Di sini. 7 00:00:41,541 --> 00:00:44,252 Sebesar ini. 8 00:00:45,170 --> 00:00:47,630 Ia bergerak begini. 9 00:00:50,300 --> 00:00:53,386 Tapi saya terkejut melihat UFO yang sangat besar. 10 00:00:53,470 --> 00:00:55,096 Saya terus lemah lutut. 11 00:00:57,474 --> 00:00:59,434 Betul. Saya sendiri nampak. 12 00:01:00,769 --> 00:01:02,645 Tiada pilihan selain percaya. 13 00:01:05,732 --> 00:01:10,653 Ia muncul sebelum gempa bumi berlaku. Mungkin 12 atau 13 tahun lalu? 14 00:01:13,073 --> 00:01:14,699 Kami terima berita gempar. 15 00:01:14,783 --> 00:01:19,370 Gempa bumi besar melanda kawasan pantai timur Jepun. 16 00:01:19,454 --> 00:01:20,455 11 MAC 2011 17 00:01:20,538 --> 00:01:24,167 Gempa bumi besar, magnitud 8.9. Pada pukul 2:46 petang. 18 00:01:24,250 --> 00:01:26,586 Sendai merupakan populasi terdekat. 19 00:01:26,669 --> 00:01:28,963 MAGNITUD 8.9 JEPUN - SENDAI - TOKYO 20 00:01:33,259 --> 00:01:35,053 Lautan di sana, bukan? 21 00:01:36,471 --> 00:01:38,598 Dulu ada banyak rumah di sini. 22 00:01:39,474 --> 00:01:41,184 Lautan menjadi setinggi ini. 23 00:01:42,143 --> 00:01:45,897 Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran kepada Jepun, 24 00:01:45,980 --> 00:01:49,150 Rusia, Pulau Marcus, dan Mariana Utara. 25 00:01:49,234 --> 00:01:51,069 …ombak melanda masuk. 26 00:01:51,152 --> 00:01:52,987 Kawasan yang terkesan, 27 00:01:53,071 --> 00:01:55,615 bandar pelabuhan Sendai, bandar terdekat… 28 00:01:55,698 --> 00:01:59,327 Penduduk tepi pantai perlu berpindah ke tempat lebih tinggi. 29 00:02:03,748 --> 00:02:04,749 Laju! 30 00:02:06,126 --> 00:02:07,252 Laju! 31 00:02:13,675 --> 00:02:17,971 Pegawai nuklear mengeluarkan amaran kemungkinan peleburan reaktor nuklear. 32 00:02:18,054 --> 00:02:22,058 Katanya sistem penyejuk tidak berfungsi. 33 00:02:22,142 --> 00:02:25,145 Peleburan "Sindrom China" dan kebocoran sinaran… 34 00:02:25,228 --> 00:02:26,479 Kita kesuntukan masa. 35 00:02:26,563 --> 00:02:28,982 Semakin lama, semakin tinggi kemungkinan 36 00:02:29,065 --> 00:02:30,483 untuk gelombang kedua… 37 00:02:59,262 --> 00:03:02,390 Semasa kemalangan nuklear, UFO datang, bukan? 38 00:03:09,647 --> 00:03:12,150 Banyak UFO, selepas letupan. 39 00:03:13,735 --> 00:03:14,944 Saya terkejut. 40 00:03:32,086 --> 00:03:33,922 Dari dulu lagi, 41 00:03:34,005 --> 00:03:36,758 manusia selalu nampak benda aneh di langit. 42 00:03:36,841 --> 00:03:39,135 Kita bersendirian di alam semesta ini? 43 00:03:39,219 --> 00:03:42,680 Ada sesuatu dalam data yang perlu kita selidik. 44 00:03:42,764 --> 00:03:44,724 Tiada perkara yang kami sembunyi. 45 00:03:44,807 --> 00:03:47,060 Ada kapal angkasa antara planet. 46 00:03:47,143 --> 00:03:49,562 Mungkin itu makhluk asing, matanya besar. 47 00:03:49,646 --> 00:03:52,440 Ada sesuatu yang sangat penting berlaku di sini. 48 00:03:52,523 --> 00:03:54,400 Ia benar dan nyata. 49 00:04:06,120 --> 00:04:10,750 Hari-hari berikutan kemalangan loji kuasa nuklear di Fukushima, 50 00:04:10,833 --> 00:04:14,921 ratusan orang melaporkan penampakan cahaya misteri di langit. 51 00:04:17,548 --> 00:04:23,304 Sesetengah orang kata itu roh manusia yang terkorban dalam tragedi. 52 00:04:25,014 --> 00:04:29,352 Orang lain percaya itu awang-awangan. 53 00:04:36,859 --> 00:04:41,406 CAHAYA DI ATAS FUKUSHIMA 54 00:04:50,290 --> 00:04:53,001 JEPUN TOKYO 55 00:04:54,836 --> 00:04:57,505 LOJI KUASA NUKLEAR FUKUSHIMA 56 00:04:57,588 --> 00:05:02,051 ZON PENGASINGAN 57 00:05:05,388 --> 00:05:10,643 PENYUNTING AKHBAR 58 00:05:17,775 --> 00:05:21,779 Pada 14 Mac, 59 00:05:21,863 --> 00:05:25,658 saya nampak Loji Kuasa Nuklear Fukushima meletup. 60 00:05:25,742 --> 00:05:27,535 Selepas itu, saya ke sini. 61 00:05:30,788 --> 00:05:33,499 Kawan saya tinggal berhampiran pantai. 62 00:05:35,168 --> 00:05:38,755 Saya terfikir, "Saya perlu bantu," jadi saya datang. 63 00:05:39,547 --> 00:05:43,384 Malangnya, kawan saya dah meninggal dunia. 64 00:05:46,095 --> 00:05:50,350 Walaupun kawan saya dah tiada, saya masih boleh bantu. 65 00:05:50,433 --> 00:05:53,144 Saya akan tinggal di sini sebentar. 66 00:05:56,230 --> 00:05:58,733 Sejujurnya, ramai yang terkorban. 67 00:05:59,567 --> 00:06:03,196 Ramai orang terpaksa lari, meninggalkan harta benda. 68 00:06:06,866 --> 00:06:08,785 Banyak kejadian dalam masa lima tahun. 69 00:06:10,286 --> 00:06:12,372 Banyak kisah misteri. 70 00:06:18,961 --> 00:06:22,799 Banyak benda yang telah hanyut ke lautan akibat tsunami. 71 00:06:23,341 --> 00:06:26,594 Saya pergi ke pantai untuk tengok. 72 00:06:28,429 --> 00:06:32,392 Selepas bencana itu, 73 00:06:32,975 --> 00:06:36,479 jika anda tengok arah ini, ada runtuhan batu, 74 00:06:37,146 --> 00:06:42,568 dan arah ini, banyak rumah dan benda telah hanyut dibawa ombak. 75 00:06:42,652 --> 00:06:44,946 Pada masa itu, kami berlima 76 00:06:45,029 --> 00:06:48,699 nampak bebola cahaya di atas lautan. 77 00:06:49,784 --> 00:06:52,829 Ada banyak, dalam satu barisan. 78 00:06:52,912 --> 00:06:54,956 Memang banyak. 79 00:06:55,039 --> 00:06:58,543 Macam bebola cahaya berwarna putih kebiru-biruan. 80 00:07:00,211 --> 00:07:02,880 Ia cahaya yang sangat indah. 81 00:07:08,428 --> 00:07:12,598 ISHINOMAKI 114 KM DARI TAPAK NUKLEAR 82 00:07:18,146 --> 00:07:23,651 Ishinomaki sebuah pekan yang kecil dan ibarat desa, 83 00:07:24,986 --> 00:07:28,448 tiada sesiapa di sini termasuk saya boleh terbayang 84 00:07:29,073 --> 00:07:31,701 yang tsunami akan melanda. 85 00:07:36,122 --> 00:07:40,376 ARTIS VISUAL 86 00:07:40,460 --> 00:07:45,506 Mak saya lahir di pekan pelabuhan kecil ini 87 00:07:45,590 --> 00:07:48,092 dan dia mengajar di sekolah rendah. 88 00:07:50,386 --> 00:07:53,723 Dia sangat suka sekolah rendah ini 89 00:07:53,806 --> 00:07:58,144 dan selalu bercerita tentang pelajar, dia sangat sayang mereka. 90 00:07:59,854 --> 00:08:02,857 Tsunami musnahkan sekolah ini. 91 00:08:07,945 --> 00:08:10,573 Segalanya dah musnah. 92 00:08:40,144 --> 00:08:43,064 Selepas kemudahan nuklear itu meletup, 93 00:08:43,564 --> 00:08:49,320 beberapa orang di kawasan itu beritahu yang mereka nampak UFO. 94 00:08:53,074 --> 00:08:58,037 Saya tidak tahu sebab benda itu datang. 95 00:08:58,788 --> 00:09:04,877 Namun, benda itu muncul dengan berani dan dengan niat. 96 00:09:11,342 --> 00:09:14,554 Saya rasa ada hubungan yang sangat jelas 97 00:09:14,637 --> 00:09:18,516 antara kegiatan UAP dan loji kuasa nuklear, 98 00:09:18,599 --> 00:09:21,769 dan dah banyak dekad perkara ini berlaku. 99 00:09:24,939 --> 00:09:25,856 Pendapat saya, 100 00:09:25,940 --> 00:09:29,318 selepas lebih 30 tahun melakukan kajian mendalam… 101 00:09:29,402 --> 00:09:31,445 SARJANA & PENGARANG 102 00:09:31,529 --> 00:09:35,366 …wujud makhluk asing dengan kepintaran lanjutan yang bekerja 103 00:09:35,449 --> 00:09:38,035 di Bumi dan di lautan. 104 00:09:38,619 --> 00:09:42,957 Salah satu perkara penting yang kita perlu faham 105 00:09:43,040 --> 00:09:44,959 ialah perkara ini berlaku. 106 00:09:45,042 --> 00:09:46,961 JABATAN TENTERA UDARA 107 00:09:47,044 --> 00:09:50,756 Beberapa laporan ubah status milik kerajaan AS 108 00:09:50,840 --> 00:09:55,386 berdekad sebelum ini amat mengagumkan. 109 00:09:55,469 --> 00:09:58,347 Ia langsung tidak taksa. 110 00:09:58,431 --> 00:10:02,435 Dokumentasi FBI. Dokumentasi CIA. 111 00:10:04,103 --> 00:10:06,981 Sejak tahun 1930-an, 112 00:10:07,064 --> 00:10:11,527 sehingga tempoh penyelidikan dalam usaha memahami pembelahan. 113 00:10:13,154 --> 00:10:16,866 Kemudian ia semakin hangat pada tahun 1940-an, 114 00:10:16,949 --> 00:10:23,539 terutamanya selepas peletusan dua bom atom di Jepun pada tahun 1945. 115 00:10:26,792 --> 00:10:29,420 Ia muktamad. Ia kukuh. 116 00:10:29,503 --> 00:10:33,382 Anda nampak satu demi satu kejadian berlaku 117 00:10:34,008 --> 00:10:39,555 berdekatan dengan kawasan yang ada kaitan dengan senjata nuklear. 118 00:10:39,639 --> 00:10:42,516 Los Alamos pada tahun 1940-an. 119 00:10:43,100 --> 00:10:45,353 Makmal Kebangsaan Sandia. 120 00:10:45,853 --> 00:10:49,357 Pangkalan Tentera Udara Kirtland, tempat simpanan senjata nuklear. 121 00:10:49,440 --> 00:10:53,486 Satu demi satu. Sangat terperinci. Tiada satu pun tertinggal. 122 00:10:55,571 --> 00:10:58,824 Jika anda tengok kebanyakan paparan UAP, 123 00:10:58,908 --> 00:11:03,287 menurut keterangan saksi yang sangat boleh percaya, 124 00:11:03,371 --> 00:11:06,415 semua ini ibarat petunjuk kepada kita. 125 00:11:07,792 --> 00:11:11,170 Anda tahu, dalam bencana Fukushima, 126 00:11:11,253 --> 00:11:14,840 ada banyak laporan kegiatan UFO. 127 00:11:17,385 --> 00:11:18,803 Baru nampak UFO! 128 00:11:18,886 --> 00:11:21,555 Sangat rawak, tapi ada UFO terbang. 129 00:11:21,639 --> 00:11:25,559 Mulanya saya sangka pesawat tentera menghantar bekalan kecemasan… 130 00:11:25,643 --> 00:11:27,728 Selain ratusan twit, ada rakaman 131 00:11:27,812 --> 00:11:31,816 cahaya yang tidak dikenali di tapak kemalangan nuklear Fukushima. 132 00:11:43,786 --> 00:11:47,748 Bukan hanya di Fukushima. Pada tahun 1986, di Chernobyl, 133 00:11:47,832 --> 00:11:50,376 apabila Unit 4 kepincangan tugas, 134 00:11:51,544 --> 00:11:56,382 ada banyak laporan kegiatan UFO di sana. 135 00:11:58,801 --> 00:12:01,303 Semasa api marak di Chernobyl, 136 00:12:01,887 --> 00:12:05,307 bacaannya 3,000 miliroentgen, 137 00:12:05,391 --> 00:12:07,685 iaitu unit sinaran pengion. 138 00:12:07,768 --> 00:12:12,481 Semasa api marak, ramai orang nampak kemunculan UFO, 139 00:12:13,149 --> 00:12:19,196 kekal di sana selama tiga minit, pancarkan cahaya ke Unit 4, berlepas. 140 00:12:19,739 --> 00:12:23,784 Mereka ambil bacaan lain dan bacaan menurun kepada 800. 141 00:12:24,410 --> 00:12:25,745 Dalam beberapa minit. 142 00:12:26,412 --> 00:12:30,249 Macam percubaan yang sangat jelas 143 00:12:30,332 --> 00:12:35,463 untuk mengawal bahaya akibat kepincangan tugas. 144 00:12:36,922 --> 00:12:39,425 RAKAMAN DALAMAN NRA UNIT 2 DAN UNIT 3 FDNPP 145 00:12:41,302 --> 00:12:45,931 Semua orang sangat panik apabila loji nuklear meletup. 146 00:12:46,015 --> 00:12:49,018 Kami berpindah dari sana selepas gempa bumi. 147 00:12:50,144 --> 00:12:53,939 Mereka kata, "Kita akan terdedah!" Semua orang pindah keluar. 148 00:12:55,065 --> 00:12:56,901 Menggerunkan, bukan? 149 00:12:58,652 --> 00:13:02,531 …lebih kurang 24 jam lalu, pekan ini penuh dengan 71,000 orang, 150 00:13:02,615 --> 00:13:06,327 sekarang ia telah tenggelam. Tiada bangunan yang terselamat. 151 00:13:06,410 --> 00:13:10,289 Namun, sangat ajaib, tsunami tidak melanda kuil. 152 00:13:12,583 --> 00:13:14,502 Ia digelar "Kuil Keajaiban." 153 00:13:16,837 --> 00:13:21,842 Saya percaya pada kuasa ghaib macam kuasa ketuhanan atau kuasa UFO. 154 00:13:21,926 --> 00:13:24,220 Ia datang untuk membantu kami. 155 00:13:24,303 --> 00:13:26,680 KETUA SAMI, KUIL ENMYOIN 156 00:13:33,103 --> 00:13:37,817 UFO dan makhluk asing dan persoalan tentang ruang angkasa 157 00:13:37,900 --> 00:13:40,986 menjadi pelbagai gambaran dalam budaya popular Jepun… 158 00:13:41,070 --> 00:13:42,613 WARTAWAN & PENGARAH, JAPANAMERICA 159 00:13:42,696 --> 00:13:46,158 …dan banyak kisah anime dan manga berlaku di ruang angkasa. 160 00:13:48,702 --> 00:13:53,249 Apabila orang tanya tentang Astro Boy, "Bagaimana boleh cipta hero 161 00:13:53,332 --> 00:13:55,084 yang terima tenaga atom 162 00:13:55,167 --> 00:14:00,381 sejurus selepas negara itu hancur akibat peletusan bom nuklear?" 163 00:14:00,464 --> 00:14:01,841 Tolong! 164 00:14:01,924 --> 00:14:03,259 Ayah. 165 00:14:03,342 --> 00:14:08,889 Aspek yang lebih penting. Astro Boy separuh manusia, separuh robot. 166 00:14:11,308 --> 00:14:15,855 Ayah dia, si doktor, cipta Astro Boy kerana anak dia meninggal. 167 00:14:16,647 --> 00:14:18,023 Tobio. Anak ayah. 168 00:14:18,107 --> 00:14:20,609 Mudah untuk saya cakap, 169 00:14:20,693 --> 00:14:24,071 "Ahli keluarga si ayah terbunuh semasa perang." 170 00:14:24,655 --> 00:14:30,661 Jadi, "Ayuh guna teknologi untuk cipta benda baharu 171 00:14:30,744 --> 00:14:32,079 demi masa depan." 172 00:14:33,956 --> 00:14:36,584 Ada kepercayaan yang kuat akan teknologi, 173 00:14:36,667 --> 00:14:38,544 yang lahir daripada trauma. 174 00:14:40,880 --> 00:14:43,549 Wah, saya terbang. Saya terbang! 175 00:14:43,632 --> 00:14:45,467 Sebenarnya, itulah 176 00:14:46,343 --> 00:14:51,223 luahan minda separa sedar orang Jepun selepas zaman peperangan. 177 00:14:51,307 --> 00:14:55,185 Perkara yang anda nampak, bermula dengan Astro Boy, 178 00:14:55,269 --> 00:14:57,938 ialah watak-watak yang separuh. 179 00:14:59,773 --> 00:15:01,650 Siapa awak? 180 00:15:01,734 --> 00:15:04,653 Saya Ultraman. 181 00:15:05,446 --> 00:15:06,572 Ultraman? 182 00:15:06,655 --> 00:15:10,034 Watak Ultraman sangat hebat kerana 183 00:15:10,576 --> 00:15:13,787 Ultraman berasal dari planet lain 184 00:15:13,871 --> 00:15:16,332 dan dia buat silap, 185 00:15:17,499 --> 00:15:19,418 berlaku kemalangan, 186 00:15:19,501 --> 00:15:22,171 dan dia terhempas di atas kapal manusia, 187 00:15:23,005 --> 00:15:25,633 yang dikawal oleh lelaki Peronda Sains. 188 00:15:25,716 --> 00:15:29,803 Ultraman buat keputusan, "Saya sangat malu saya terhempas di sini. 189 00:15:29,887 --> 00:15:33,724 Saya akan bergabung dengan dia." Jadi, mereka bergabung, 190 00:15:34,308 --> 00:15:36,310 dan lahirlah Ultraman. 191 00:15:41,523 --> 00:15:45,235 Gabungan makhluk asing dan manusia. Ultraman menyokong tanggapan 192 00:15:45,319 --> 00:15:48,238 bahawa ada makhluk asing yang baik. 193 00:15:49,114 --> 00:15:51,158 Ia mahu melindungi manusia. 194 00:15:51,241 --> 00:15:54,203 Semasa kecil, saya suka tanggapan itu. 195 00:15:57,289 --> 00:16:01,627 Semasa usia saya tujuh tahun, saya terfikir tentang makhluk asing. 196 00:16:04,546 --> 00:16:08,384 Saya tidak boleh bayang rupa makhluk asing. 197 00:16:08,467 --> 00:16:14,390 Namun, kemesraan terasa sangat jelas. 198 00:16:15,391 --> 00:16:17,893 Saya yakin makhluk asing wujud. 199 00:16:18,686 --> 00:16:22,272 Diri saya yang berusia tujuh tahun yakin. 200 00:16:22,356 --> 00:16:25,526 Ia wujud. Ia hanya tidak tunjuk bentuk sebenar, 201 00:16:26,151 --> 00:16:30,155 tapi ia sentiasa memantau kita. 202 00:16:40,249 --> 00:16:44,003 Saya tidak tahu maklumat yang anda mahu dengar, saya profesor. 203 00:16:44,086 --> 00:16:45,713 Saya hanya… 204 00:16:45,796 --> 00:16:47,464 Saya bukan pakar kajian UFO. 205 00:16:48,007 --> 00:16:51,385 Saya profesor pengajian agama. 206 00:16:51,468 --> 00:16:53,345 Saya belajar agama. 207 00:16:53,429 --> 00:16:55,014 PROFESOR & PENGARANG 208 00:16:55,097 --> 00:16:59,018 Kita silap jika kita fokus sama ada ia benar atau tidak. 209 00:16:59,101 --> 00:17:02,604 Kita perlu mencari makna kejadian ini terhadap manusia. 210 00:17:02,688 --> 00:17:06,608 Perkara ini mengubah hidup individu, 211 00:17:06,692 --> 00:17:11,030 dan kepercayaan terhadap UFO kini sistem kepercayaan global baharu. 212 00:17:11,113 --> 00:17:14,408 Ia berbeza dengan agama, tapi macam agama. 213 00:17:14,992 --> 00:17:18,954 Jika anda baca kajian saya, ada kesinambungan, 214 00:17:19,038 --> 00:17:24,668 tema, memandang langit dan nampak benda yang tidak dikenali 215 00:17:24,752 --> 00:17:26,712 dan cuba menyiasat tentang itu. 216 00:17:26,795 --> 00:17:30,632 Sampai sekarang mereka masih nampak sesuatu di langit, 217 00:17:30,716 --> 00:17:35,554 tapi benda yang mereka nampak hari ini, bagi mereka, itu teknologi lanjutan. 218 00:17:35,637 --> 00:17:39,767 Sedangkan beribu tahun lalu, mereka fikir, "Mungkin itu malaikat," 219 00:17:39,850 --> 00:17:41,477 atau "Mungkin syaitan." 220 00:17:42,102 --> 00:17:46,273 Hari ini, mereka pandang atas dan mereka kata, "Itu UFO." 221 00:17:48,942 --> 00:17:52,321 AHLI SAINS KOMPUTER 222 00:17:53,655 --> 00:17:59,953 Secara peribadi, saya berharap UFO wujud. 223 00:18:00,037 --> 00:18:01,747 Namun, jangan menipu saya. 224 00:18:02,372 --> 00:18:04,541 Saya mahu bukti sebenar. 225 00:18:04,625 --> 00:18:08,545 Saya dah cuba cari, tapi tiada. Saya tidak jumpa bukti. 226 00:18:08,629 --> 00:18:10,380 PIRING TERBANG DI LADANG DI NEW MEXICO 227 00:18:10,464 --> 00:18:14,218 Legenda awal UFO bermula pada tahun 1947 di Amerika. 228 00:18:14,301 --> 00:18:19,515 Oleh itu, anda tidak akan jumpa gambar atau lukisan sebelum tahun itu. 229 00:18:19,598 --> 00:18:23,811 Semasa menyelidik, saya sedar yang benda itu wujud di Jepun. 230 00:18:23,894 --> 00:18:27,731 Macam legenda Utsuro-bune, kapal lompang. 231 00:18:34,363 --> 00:18:37,449 Ia bernama "kawaraban," surat khabar ketika itu. 232 00:18:38,992 --> 00:18:44,665 Nampaknya semua rekod merujuk kejadian yang sama pada tahun 1803. 233 00:18:45,457 --> 00:18:50,212 Pada mulanya, saya sangka itu rekod tentang kapal karam milik negara asing. 234 00:18:50,796 --> 00:18:52,756 Tidak, bukan begitu. 235 00:18:53,549 --> 00:18:55,342 Saya buat banyak kajian, 236 00:18:55,425 --> 00:18:59,721 tapi tiada kapal berbentuk itu pada zaman Edo. 237 00:19:02,808 --> 00:19:05,519 Semua dokumen secara konsisten menyebut 238 00:19:05,602 --> 00:19:08,480 tentang tiga tingkap, atau sesuatu macam tingkap. 239 00:19:12,860 --> 00:19:14,862 Satu lagi perkara menarik, 240 00:19:16,238 --> 00:19:19,491 hampir semua dokumen menyebut tentang seorang wanita. 241 00:19:29,293 --> 00:19:34,214 Mereka menggelar ini "bahasa angkasa," tapi saya lebih suka "bahasa ringkas." 242 00:19:34,298 --> 00:19:38,260 Saya perlu mengubah frekuensi yang saya terima menjadi bunyi. 243 00:19:38,886 --> 00:19:41,513 Mungkin muzik atau perkataan, macam… 244 00:19:46,393 --> 00:19:52,399 Melalui ini, saya berhubung dengan alam semesta dan makhluk asing. 245 00:19:54,943 --> 00:19:58,822 GURU DRAMA 246 00:19:59,531 --> 00:20:01,283 Saya makhluk asing. 247 00:20:03,076 --> 00:20:05,412 Saya kelahiran semula banyak bintang. 248 00:20:07,456 --> 00:20:10,250 Sekarang masa penaikan saya, 249 00:20:10,334 --> 00:20:12,961 mungkin menarik untuk saya selidik. 250 00:20:25,641 --> 00:20:26,642 Mari mula. 251 00:20:28,268 --> 00:20:29,269 Sedia. 252 00:20:33,607 --> 00:20:40,155 Jepun tiada agama yang sama maksud macam perkataan dalam bahasa Inggeris. 253 00:20:40,239 --> 00:20:44,159 Agama rasmi. Tiada Sepuluh Rukun. 254 00:20:44,243 --> 00:20:47,412 Ciri-ciri etika dalam budaya Jepun 255 00:20:47,496 --> 00:20:50,457 dipelajari melalui sekolah dan keluarga. 256 00:20:50,540 --> 00:20:55,337 Tingkah laku dan identiti berakar umbi dalam konteks. 257 00:20:55,420 --> 00:21:01,426 Dalam konteks ini, anda perlu pilih tingkah laku dan identiti sendiri. 258 00:21:01,510 --> 00:21:05,347 Dalam konteks lain, anda boleh menjadi sesuatu yang berbeza, 259 00:21:05,430 --> 00:21:07,849 dan itu bukan satu masalah. 260 00:21:09,017 --> 00:21:12,062 Anda boleh menjadi guru, penghibur, 261 00:21:12,145 --> 00:21:15,148 dan pada masa sama, boleh bercakap bahasa ringkas 262 00:21:15,649 --> 00:21:18,652 dan menyeru makhluk asing 263 00:21:18,735 --> 00:21:21,238 dan mungkin anda salah satu makhluk asing. 264 00:21:22,531 --> 00:21:27,035 Peringatan, awak datang ke Bumi 265 00:21:27,119 --> 00:21:30,539 kerana awak sangat teringin untuk buat sesuatu. 266 00:21:31,123 --> 00:21:35,669 Ia misteri dan kekuatan 267 00:21:35,752 --> 00:21:41,758 bahawa orang Jepun boleh menerima sesuatu yang kita anggap paradoks 268 00:21:42,926 --> 00:21:44,386 dan lebih maju. 269 00:21:48,390 --> 00:21:52,978 Gempa Bumi Besar Jepun Timur berlaku, dan tiga bulan selepas itu, 270 00:21:53,061 --> 00:21:56,982 saya dan isteri saya nampak UFO. 271 00:21:57,065 --> 00:21:59,192 Ia perubahan besar bagi kami. 272 00:21:59,276 --> 00:22:02,738 Anda selalu dengar, "Pandangan hidup berubah 180 darjah," 273 00:22:02,821 --> 00:22:04,406 tapi inilah yang berlaku. 274 00:22:05,615 --> 00:22:08,493 Saya rasa selepas pukul dua pagi. 275 00:22:08,577 --> 00:22:13,498 Isteri saya rasa macam ada orang memantau kami. 276 00:22:14,041 --> 00:22:16,668 Jadi dia bangun pada tengah malam. 277 00:22:16,752 --> 00:22:22,049 Dia menjerit, saya bangun dan tengok. Ia memang di sana! 278 00:22:25,427 --> 00:22:27,679 Saya nampak cahaya bulat yang terang, 279 00:22:28,847 --> 00:22:30,849 dan ia menghampiri kami. 280 00:22:30,932 --> 00:22:31,933 ISTERI JIYO 281 00:22:32,517 --> 00:22:34,519 Kami sangat terkejut. 282 00:22:34,603 --> 00:22:38,648 Di depan kami, UFO berwarna emas berlegar begini. 283 00:22:39,566 --> 00:22:42,235 Dia bercakap dengan UFO, 284 00:22:42,319 --> 00:22:45,113 yang kemudian berkelip dengan sangat jelas. 285 00:22:48,283 --> 00:22:50,869 UFO yang keemasan 286 00:22:50,952 --> 00:22:56,166 memancar lampu merah jambu gelap yang sangat terang. 287 00:22:57,125 --> 00:23:02,214 Macam ia berkata, "Semuanya baik!" 288 00:23:02,297 --> 00:23:04,591 Macam dia menjawab "sama-sama." 289 00:23:06,259 --> 00:23:13,100 Kami percaya akan kewujudannya, jadi kami rasa macam ia menjaga kami. 290 00:23:34,037 --> 00:23:38,792 Buat masa yang lama, tiada sesiapa tahu tentang tempat kejadian ini. 291 00:23:38,875 --> 00:23:41,378 Mereka sangka itu tempat fiksyen. 292 00:23:41,461 --> 00:23:48,385 Jika nama tempat itu hanya rekaan, tentu kisah itu pun hanya rekaan, betul? 293 00:23:48,468 --> 00:23:50,637 Itu pun pendapat saya. 294 00:23:52,639 --> 00:23:56,351 Namun, pada tahun 2014, ada penemuan dokumen baharu. 295 00:23:56,435 --> 00:24:00,439 Dokumen itu telah ditemui oleh keluarga Ban, keluarga ninja. 296 00:24:00,522 --> 00:24:03,775 Ada banyak dokumen turun-temurun dalam keluarga Ban. 297 00:24:03,859 --> 00:24:09,072 Dalam satu bahagian, ada beberapa nama tempat, "Hitachihara, Sharihama." 298 00:24:09,656 --> 00:24:15,036 Katanya "Hitachihara" dan Sharihama" mungkin nama tempat sebenar. 299 00:24:16,079 --> 00:24:18,081 SHARIHAMA 188 KM DARI TAPAK NUKLEAR 300 00:24:18,165 --> 00:24:23,295 Pada tahun 1803, katanya Utsuro-bune hanyut di pantai ini. 301 00:24:26,339 --> 00:24:28,967 Mereka nampak Utsuro-bune dari jauh. 302 00:24:29,050 --> 00:24:31,720 Kemudian, mereka naik bot nelayan, 303 00:24:31,803 --> 00:24:36,933 tangkap Utsuro-bune dan tarik kapal itu ke pantai. 304 00:24:37,017 --> 00:24:38,101 Itulah legenda. 305 00:24:39,144 --> 00:24:43,815 Apabila mereka melihat di dalam, mereka nampak wanita yang cantik. 306 00:24:53,200 --> 00:24:57,037 Kisah UFO di Amerika bermula pada tahun 1947, 307 00:24:57,621 --> 00:25:02,250 tapi kejadian ini berlaku pada tahun 1803. 308 00:25:03,126 --> 00:25:07,047 Mungkin ini legenda pertama dunia tentang pelawat dari dunia lain, 309 00:25:07,130 --> 00:25:09,841 datang dengan pesawat berbentuk cakera. 310 00:25:20,560 --> 00:25:24,064 Suatu hari, semasa tidur, saya mengalami mimpi waras, 311 00:25:25,524 --> 00:25:28,443 lima makhluk asing muncul. 312 00:25:29,694 --> 00:25:32,072 Makhluk asing tengah berwarna hijau, 313 00:25:33,031 --> 00:25:36,117 dan di kanan dan kiri berwarna putih dan bercahaya. 314 00:25:37,494 --> 00:25:39,621 Macam putih yang berkilau. 315 00:25:40,205 --> 00:25:43,416 Dah lama saya menunggu, 316 00:25:43,500 --> 00:25:46,836 saya kata, "Ya, akhirnya kamu sampai." 317 00:25:46,920 --> 00:25:50,632 Saya kata, "Ikut suka kamu," dan saya depa lengan saya. 318 00:25:52,050 --> 00:25:57,305 Saya rasa sangat gembira, macam bertemu kawan lama setelah sekian lama. 319 00:25:57,389 --> 00:26:00,392 Saya lepaskan segalanya dan menyerah diri. 320 00:26:01,268 --> 00:26:04,521 Bermula dengan makhluk asing hijau 321 00:26:05,480 --> 00:26:11,236 memancar sesuatu dalam chakra saya. Kesemua makhluk asing buat begitu. 322 00:26:13,738 --> 00:26:18,326 Ia beri saya ketenangan yang saya tidak pernah rasa. 323 00:26:19,619 --> 00:26:23,498 Saya rasa lima makhluk asing itu muncul dalam bentuk 324 00:26:23,582 --> 00:26:26,668 yang mudah untuk saya faham. 325 00:26:28,753 --> 00:26:33,592 Sebenarnya ia cahaya, tapi muncul di depan saya sebagai makhluk asing. 326 00:26:40,557 --> 00:26:42,017 Baik. 327 00:26:43,310 --> 00:26:47,772 Persoalan tentang benda yang kita nampak di langit, 328 00:26:47,856 --> 00:26:50,859 adakah ini objektif atau subjektif? 329 00:26:50,942 --> 00:26:54,404 Betulkah kita nampak? Adakah ia benar? 330 00:26:54,487 --> 00:26:57,741 Jika anda mengkaji rekod sejarah, 331 00:26:57,824 --> 00:26:59,618 terutamanya di Barat, 332 00:26:59,701 --> 00:27:01,953 anda akan sedar yang benda di langit 333 00:27:02,037 --> 00:27:05,540 memang menghasilkan kesan sebenar kepada manusia. 334 00:27:05,624 --> 00:27:09,377 Baik? Salah satu contoh, Stigmata Santo Francis. 335 00:27:11,129 --> 00:27:15,133 Santo Francis nampak sesuatu yang dia gelar "obor." 336 00:27:15,967 --> 00:27:19,012 Ia memancarkan sejenis cahaya. 337 00:27:20,221 --> 00:27:23,350 Dia tersentak akibat cahaya ini. 338 00:27:24,142 --> 00:27:28,563 Dalam tradisi Katolik, dia menerima sesuatu yang digelar stigmata 339 00:27:28,647 --> 00:27:31,566 atau Luka Christ. Tapak tangan dia melecur. 340 00:27:34,402 --> 00:27:37,197 Perihal agama pun sukar untuk kita percaya. 341 00:27:37,280 --> 00:27:40,033 Malaikat turun dan bercakap dengan manusia. 342 00:27:40,116 --> 00:27:41,618 Berjalan di atas air. 343 00:27:41,701 --> 00:27:43,953 Perkara yang sukar untuk percaya, 344 00:27:44,037 --> 00:27:46,748 dan hanya satu saksi yang nampak, 345 00:27:46,831 --> 00:27:49,501 tapi kita percaya tanpa persoalan. 346 00:27:49,584 --> 00:27:53,588 Kenapa pisahkan kategori kepercayaan? 347 00:27:53,672 --> 00:27:55,924 Anda percaya perkara yang mustahil, 348 00:27:56,007 --> 00:27:59,469 tapi anda tidak percaya perkara yang datang dengan bukti, 349 00:27:59,552 --> 00:28:01,179 macam UFO. 350 00:28:14,776 --> 00:28:16,736 ZON PENGASINGAN 5 KM DARI TAPAK NUKLEAR 351 00:28:16,820 --> 00:28:22,033 Kisah tentang hantu dan misteri selalu dianggap menarik dan menakutkan. 352 00:28:22,117 --> 00:28:26,913 Kita anggap hantu menakutkan, tapi sebenarnya tidak patut pun. 353 00:28:26,996 --> 00:28:29,958 Penduduk di Fukushima, Miyagi, dan Iwate, 354 00:28:30,041 --> 00:28:32,877 yang berdepan dengan gempa bumi, 355 00:28:32,961 --> 00:28:38,174 mereka rasa orang yang tinggal dengan mereka kembali. 356 00:28:39,884 --> 00:28:43,805 Semasa mencari orang di dalam kereta, 357 00:28:45,014 --> 00:28:49,602 selalunya akan nampak cahaya yang terang, pucat dan kabur 358 00:28:49,686 --> 00:28:52,814 muncul di tempat macam ini. 359 00:28:52,897 --> 00:28:57,861 Jika ada sesuatu di sini atau di sini, mungkin seseorang meninggal di sana. 360 00:28:57,944 --> 00:29:00,905 Jika ada di kawasan ini atau tempat duduk pemandu. 361 00:29:00,989 --> 00:29:04,409 Anda boleh bayangkan begitu. 362 00:29:06,161 --> 00:29:07,787 Awak tahu tentang hitodama? 363 00:29:07,871 --> 00:29:13,793 Macam bebola api atau bebola cahaya yang terang, terapung di satu tempat. 364 00:29:13,877 --> 00:29:15,920 Saya pernah tengok beberapa kali. 365 00:29:17,922 --> 00:29:22,260 Menurut kepercayaan orang Jepun, apabila seseorang meninggal, 366 00:29:22,343 --> 00:29:25,472 roh berubah menjadi bebola cahaya dan naik ke langit. 367 00:29:42,363 --> 00:29:45,074 Selepas bencana besar macam gempa bumi, 368 00:29:45,158 --> 00:29:47,410 selepas ramai orang meninggal dunia, 369 00:29:47,494 --> 00:29:51,039 jika anda nampak bebola cahaya, saya percaya itu bukan UFO, 370 00:29:51,122 --> 00:29:54,167 tapi sebaliknya roh manusia, hitodama. 371 00:29:54,250 --> 00:29:57,962 Itulah pandangan dan pemikiran kami. 372 00:29:59,589 --> 00:30:03,426 Perkara misteri kerap berlaku sama macam kehidupan seharian kita. 373 00:30:03,510 --> 00:30:08,014 Ia berkekalan, sama macam meneruskan kehidupan seharian. 374 00:30:08,097 --> 00:30:10,600 Saya rasa itu sangat penting. 375 00:30:16,564 --> 00:30:20,985 Saya lahir dan membesar di sini. 376 00:30:21,528 --> 00:30:28,117 Tempat ini sangat hidup. Ia sangat bertenaga. 377 00:30:29,077 --> 00:30:31,871 Sesetengah orang kata tempat ini pintu syurga. 378 00:30:34,707 --> 00:30:40,046 Saya rasa UFO mungkin suka keadaan di sini 379 00:30:40,672 --> 00:30:44,384 dan berkumpul di tempat begini. Itulah pendapat saya. 380 00:30:49,305 --> 00:30:50,807 Tarik nafas dalam-dalam. 381 00:30:52,267 --> 00:30:53,101 Tahan. 382 00:30:54,143 --> 00:30:56,437 Cerita rakyat Jepun penuh dengan kisah 383 00:30:56,521 --> 00:30:59,148 tentang roh di sekeliling anda. 384 00:30:59,232 --> 00:31:03,319 Hayao Miyazaki, salah satu filem paling popular di dunia 385 00:31:03,403 --> 00:31:05,154 ialah My Neighbor Totoro. 386 00:31:06,364 --> 00:31:11,035 Totoro makhluk besar berbulu yang mungkin menggerunkan. 387 00:31:12,829 --> 00:31:16,124 Mulut dia penuh dengan gigi yang besar. 388 00:31:17,292 --> 00:31:20,962 Tapi apabila saya menemu bual Miyazaki sendiri dan tanya dia, 389 00:31:21,045 --> 00:31:23,464 "Encik Miyazaki, Totoro itu apa?" 390 00:31:24,173 --> 00:31:27,176 Dia terus jawab, "Totoro itu Totoro. 391 00:31:27,844 --> 00:31:28,970 Ia hanya Totoro." 392 00:31:30,680 --> 00:31:34,309 Saya rasa kuasa ghaib dan semula jadi dalam seni Jepun, 393 00:31:34,392 --> 00:31:36,311 dalam kepekaan Jepun, 394 00:31:36,394 --> 00:31:39,856 saling berhubung dan berkait, 395 00:31:40,398 --> 00:31:41,733 tapi pada masa sama, 396 00:31:42,233 --> 00:31:45,361 anda tidak anggap itu entiti berasingan. 397 00:31:45,445 --> 00:31:47,488 Ia tidak perlu berkait. 398 00:31:47,572 --> 00:31:49,824 Bukan dua perkara yang perlu bersama. 399 00:31:49,908 --> 00:31:53,453 Ia satu perkara yang sama. 400 00:31:54,078 --> 00:31:56,581 Telefon pihak akhbar! Ada UFO! 401 00:31:56,664 --> 00:31:58,041 SUARA SAKSI SEBENAR 402 00:31:58,124 --> 00:32:00,752 Ada UFO! 403 00:32:01,502 --> 00:32:02,837 Saya tidak nampak pun. 404 00:32:02,921 --> 00:32:05,173 Tengok, ada UFO lain! 405 00:32:05,256 --> 00:32:11,721 Saya tidak pernah tengok UFO! Banyak betul UFO! 406 00:32:11,804 --> 00:32:13,640 Memang ada saksi. 407 00:32:13,723 --> 00:32:19,020 Ada saksi yang nampak UFO dan makhluk asing. 408 00:32:19,854 --> 00:32:21,856 Apa pun, itu hanya keterangan. 409 00:32:21,940 --> 00:32:26,152 Kemungkinan yang sebenarnya itu kapal terbang sangat tinggi. 410 00:32:26,903 --> 00:32:29,739 Mungkin perkara sama berlaku pada 11 Mac. 411 00:32:30,782 --> 00:32:34,118 LOJI KUASA NUKLEAR FUKUSHIMA, 2011 412 00:32:34,661 --> 00:32:37,455 Saya tidak perlu bukti. 413 00:32:37,997 --> 00:32:40,917 Saya tidak perlu kebendaan. 414 00:32:41,000 --> 00:32:45,296 Lebih penting, lebih baik kita rasa hubungan itu. 415 00:32:48,758 --> 00:32:51,552 Saya cuba kurang bercakap tentang makhluk asing. 416 00:32:51,636 --> 00:32:53,888 Orang sangka saya dah cukup gila. 417 00:32:58,893 --> 00:33:01,854 Saya tidak kisah jika orang sangka saya gila, 418 00:33:02,438 --> 00:33:04,857 tapi sayang jika tidak memahami mesej. 419 00:33:10,071 --> 00:33:14,409 Pada 11 Mac, ada cahaya. UFO datang. 420 00:33:14,993 --> 00:33:18,329 Ia buat sesuatu untuk melindungi Bumi. 421 00:33:18,413 --> 00:33:21,582 Banyak perkara berlaku. 422 00:33:28,089 --> 00:33:30,383 Apa pun, saya tidak terkejut. 423 00:33:33,011 --> 00:33:38,683 Jika saya makhluk asing, makhluk luar bumi, 424 00:33:38,766 --> 00:33:41,185 dan banyak tenaga muncul, 425 00:33:42,186 --> 00:33:45,565 sudah tentu saya akan periksa tempat itu. 426 00:33:57,285 --> 00:34:00,913 Jika anda memiliki beratus laporan kejadian UAP… 427 00:34:00,997 --> 00:34:04,667 DOS SINARAN MAKSIMUM YANG DIUKUR LEBIH KURANG 15 MILISIEVERT PER JAM 428 00:34:04,751 --> 00:34:06,836 …di tapak nuklear anda, 429 00:34:06,919 --> 00:34:09,172 itu mesej yang sangat jelas. 430 00:34:09,255 --> 00:34:11,716 KELAB MEDIA KEBANGSAAN 431 00:34:11,799 --> 00:34:13,551 Nama saya Robert Salas. 432 00:34:13,634 --> 00:34:15,970 PEGAWAI PELANCAR MISIL USAF 433 00:34:16,054 --> 00:34:17,472 Pada Mac 1967, 434 00:34:17,555 --> 00:34:20,641 saya bertugas di Pangkalan Tentera Udara Malmstrom, Montana, 435 00:34:22,018 --> 00:34:23,978 sebagai pegawai pelancar misil. 436 00:34:24,062 --> 00:34:28,066 Saya 18 meter di bawah tanah, di dalam kapsul, 437 00:34:29,108 --> 00:34:34,280 memantau dan mengawal sepuluh misil nuklear. 438 00:34:35,740 --> 00:34:41,537 Saya periksa 39 keterangan dari tahun 1940-an hingga tahun 1990-an. 439 00:34:41,621 --> 00:34:43,456 Tempoh masa 50 tahun. 440 00:34:43,539 --> 00:34:49,295 Semua keterangan saksi memiliki konsistensi tertentu, 441 00:34:49,378 --> 00:34:52,673 iaitu, "UAP tiba di tapak." 442 00:34:52,757 --> 00:34:54,300 Saya terima panggilan, 443 00:34:55,676 --> 00:34:58,888 mereka nampak cahaya yang pelik terbang di langit. 444 00:35:00,556 --> 00:35:02,475 Saya tidak ambil peduli, 445 00:35:03,059 --> 00:35:07,021 suruh mereka telefon apabila perkara yang lebih ketara berlaku. 446 00:35:07,105 --> 00:35:11,150 Sama ada Pangkalan Tentera Udara Malmstrom, 447 00:35:11,234 --> 00:35:16,531 FE Warren atau Minot, itu tidak penting. 448 00:35:16,614 --> 00:35:19,659 Saya terima panggilan lain, selepas itu. 449 00:35:20,284 --> 00:35:24,205 Kali ini, nada yang lebih keras, macam… 450 00:35:24,288 --> 00:35:26,958 Suara yang sangat ketakutan. 451 00:35:28,459 --> 00:35:34,340 Dia kata ada objek merah yang terang dan bersinar 452 00:35:34,423 --> 00:35:36,134 berlegar di luar pagar depan. 453 00:35:36,217 --> 00:35:39,095 Ia ruang udara terkawal. Ia berlegar. 454 00:35:39,178 --> 00:35:43,057 Ia memancarkan cahaya pada senjata nuklear. 455 00:35:43,141 --> 00:35:44,475 Selepas panggilan itu, 456 00:35:44,559 --> 00:35:49,147 senjata saya mula tidak berfungsi, satu demi satu. 457 00:35:49,230 --> 00:35:51,149 Keadaan tiada jalan. 458 00:35:51,232 --> 00:35:53,943 Keadaan tiada jalan maknanya tidak boleh guna. 459 00:35:54,026 --> 00:35:57,113 Kejadian itu bukan berlaku di satu tempat saja. 460 00:35:59,240 --> 00:36:02,118 Sekali lagi, pagi itu, selepas lapor diri… 461 00:36:02,201 --> 00:36:04,036 KAWASAN TERLARANG KAKITANGAN SAJA 462 00:36:04,120 --> 00:36:08,082 …kami terima maklumat yang kejadian sama berlaku 463 00:36:08,166 --> 00:36:09,584 di Echo Flight. 464 00:36:09,667 --> 00:36:13,421 Kesemua sepuluh senjata gagal berfungsi dalam situasi sama… 465 00:36:13,504 --> 00:36:15,464 KEGAGALAN BELUM DIKENAL PASTI 466 00:36:15,548 --> 00:36:18,217 …di tempat berlakunya penampakan UFO. 467 00:36:29,478 --> 00:36:32,815 Ia loji kuasa nuklear, jadi ada tenaga radioaktif, betul? 468 00:36:32,899 --> 00:36:39,572 Saya rasa UFO datang untuk bantu manusia, atau mungkin, menyelaras tenaga itu. 469 00:36:40,239 --> 00:36:42,116 Itu teori saya. 470 00:36:42,950 --> 00:36:47,496 Saya rasa mungkin itu sebabnya kerosakan tidak terlalu teruk. 471 00:36:50,875 --> 00:36:54,754 Apabila orang Jepun bercakap tentang makhluk asing, 472 00:36:54,837 --> 00:36:57,757 UFO, atau sebab kedatangan, 473 00:36:57,840 --> 00:37:02,762 mereka bercakap tentang mencapai atau memulihkan keseimbangan. 474 00:37:02,845 --> 00:37:06,724 Kehidupan moden tiada harmoni. 475 00:37:06,807 --> 00:37:12,688 Pandangan yang baik ialah makhluk asing, atau apa saja gelarannya, 476 00:37:12,772 --> 00:37:15,316 prihatin atau risau 477 00:37:15,399 --> 00:37:19,904 dan cuba mengembalikan keseimbangan dunia. 478 00:37:21,405 --> 00:37:26,160 "Wahai penduduk Bumi, saudara dan saudari. 479 00:37:26,244 --> 00:37:30,498 Anda dah mula guna tenaga nuklear. 480 00:37:31,666 --> 00:37:36,045 Bagus anda telah banyak berkembang, 481 00:37:36,128 --> 00:37:37,922 dalam aspek teknologi, 482 00:37:38,005 --> 00:37:41,300 tapi kami akan sentiasa memantau anda." 483 00:37:46,555 --> 00:37:48,891 Kuasa nuklear sangat berbahaya. 484 00:37:50,685 --> 00:37:55,398 Jika kanak-kanak masuk dapur dan cuba memasak menggunakan kuali, 485 00:37:55,481 --> 00:37:58,818 jika budak itu berusia tiga tahun, situasi itu berbahaya. 486 00:38:00,069 --> 00:38:02,321 Ibu bapa perlu memantau mereka. 487 00:38:03,322 --> 00:38:05,950 Mungkin macam itu perasaan makhluk asing. 488 00:38:07,910 --> 00:38:10,288 Perlu takut akan makhluk asing? 489 00:38:10,371 --> 00:38:12,290 Tidak perlu takut. 490 00:38:12,373 --> 00:38:17,044 Tidak. Makhluk asing macam orang Jepun. Anggap makhluk asing sekutu manusia. 491 00:38:18,629 --> 00:38:21,799 Saya tidak pernah jumpa makhluk asing yang kejam. 492 00:38:23,759 --> 00:38:28,431 Saya rasa makhluk asing datang untuk mengekalkan keseimbangan yang betul. 493 00:38:32,018 --> 00:38:34,520 Cara makhluk asing luah rasa sayang. 494 00:38:37,898 --> 00:38:39,525 Saya rasa inilah kepintaran 495 00:38:39,608 --> 00:38:43,529 yang mengenal kemampuan kreativiti manusia 496 00:38:44,113 --> 00:38:46,615 dan mahu memeliharanya. 497 00:38:48,743 --> 00:38:51,537 Inilah kepintaran yang kisah akan kita. 498 00:38:51,620 --> 00:38:55,207 Saya rasa kepintaran ini tidak mahu kita pupus. 499 00:38:58,085 --> 00:39:02,214 Itulah pesanan kepada kita. 500 00:39:02,298 --> 00:39:05,384 "Kami di sisi kamu. 501 00:39:06,719 --> 00:39:10,264 Buka hati dan minda kamu. 502 00:39:11,349 --> 00:39:12,892 Kami mahu membantu kamu 503 00:39:13,809 --> 00:39:17,355 dan harap boleh saling mengenali." 504 00:39:17,438 --> 00:39:20,399 Saya rasa itu pesanan sebenar. 505 00:39:22,985 --> 00:39:28,657 Bencana itu merupakan pengalaman yang meruntun jiwa saya. 506 00:39:30,493 --> 00:39:35,790 Tapi semasa pertemuan dengan UFO, tatkala tenaga itu menyelubungi diri saya, 507 00:39:37,124 --> 00:39:40,294 akhirnya saya rasa sangat lega. 508 00:39:40,378 --> 00:39:46,050 Itu sebabnya kewujudan makhluk asing merupakan satu kebaikan. 509 00:39:49,637 --> 00:39:51,013 UFO satu kejadian. 510 00:39:52,348 --> 00:39:56,018 Apabila seseorang ada pengalaman, contohnya mereka nampak UFO, 511 00:39:56,102 --> 00:39:57,812 mereka berubah selepas itu. 512 00:39:58,396 --> 00:39:59,855 Ini kedengaran pelik, 513 00:39:59,939 --> 00:40:03,818 tapi hubungan dengan kosmos berubah bagi mereka yang terlibat. 514 00:40:04,402 --> 00:40:07,029 Macam pengalaman tukar agama. 515 00:40:07,113 --> 00:40:10,199 Pandangan dunia dan cara mereka bekerja berubah. 516 00:40:10,282 --> 00:40:12,701 Ia mengubah hubungan mereka dengan orang. 517 00:40:12,785 --> 00:40:15,871 Pada dasar, mengubah mereka sepenuhnya. 518 00:40:20,292 --> 00:40:25,506 Pada tahun 2016, saya mengalami "penculikan astral." 519 00:40:27,591 --> 00:40:32,680 Hanya badan astral saya diculik dan dibawa masuk ke dalam UFO. 520 00:40:36,976 --> 00:40:39,395 Ada skrin di depan saya. 521 00:40:42,106 --> 00:40:46,068 Ini perkara yang saya belajar di dalam bilik audiovisual UFO. 522 00:40:48,154 --> 00:40:49,905 Saya tahu yang Bumi bernyawa. 523 00:40:51,574 --> 00:40:56,620 Ada banyak insiden. Semua orang berdepan dengan trauma. 524 00:41:00,082 --> 00:41:01,333 Dalam situasi ini, 525 00:41:02,084 --> 00:41:07,882 orang mungkin akan saling membenci atau rasa iri dengan satu sama lain. 526 00:41:07,965 --> 00:41:14,430 Pada dasar, kesedaran kita kabur. 527 00:41:15,973 --> 00:41:18,142 Kita perlu bersihkan kesedaran kita. 528 00:41:19,685 --> 00:41:24,690 Contoh, semasa kecil, 529 00:41:26,150 --> 00:41:31,363 kesedaran bayi baru lahir yang tiada bias. 530 00:41:32,156 --> 00:41:34,575 Kita perlu bersihkan kesedaran kita, 531 00:41:34,658 --> 00:41:38,787 dan jika kita bersihkan diri kita, ketamadunan kosmos menunggu kita. 532 00:41:40,247 --> 00:41:45,002 Kemudian Bumi akan bersinar dengan cahaya emas. 533 00:41:45,085 --> 00:41:47,755 Itu paparan terakhir pada skrin. 534 00:41:48,547 --> 00:41:50,591 Masa depan Bumi cerah. 535 00:41:51,175 --> 00:41:56,263 Zaman Emas akan menyapa Bumi. 536 00:42:08,776 --> 00:42:11,862 Ada sebab manusia lahir di Bumi, betul? 537 00:42:13,113 --> 00:42:16,283 Jadi kita perlu berusaha mengekalkan keamanan dunia. 538 00:42:16,367 --> 00:42:18,702 Memang ia kuasa yang tidak kelihatan, 539 00:42:18,786 --> 00:42:24,792 macam kuasa Tuhan, kuasa UFO yang kita perlu pinjam daripada makhluk ini. 540 00:42:29,755 --> 00:42:31,257 Apabila bercakap tentang UFO, 541 00:42:31,340 --> 00:42:37,471 saya rasa orang Jepun memiliki kebolehan untuk menerima misteri 542 00:42:37,555 --> 00:42:38,847 dan biar ia berlaku. 543 00:42:39,807 --> 00:42:42,518 Bukan mereka nampak benda yang berbeza. 544 00:42:42,601 --> 00:42:47,064 Penceritaan tentang pengalaman 545 00:42:47,147 --> 00:42:50,651 yang membezakan orang Amerika dan orang Jepun. 546 00:42:51,735 --> 00:42:55,698 Ibarat perbezaan yang saling melengkapi. 547 00:42:56,574 --> 00:43:00,953 Misteri UFO dan makhluk asing 548 00:43:02,329 --> 00:43:04,123 akan kekal. 549 00:43:05,082 --> 00:43:06,542 Cukuplah. 550 00:43:12,631 --> 00:43:17,052 Saya nampak yang manusia memiliki jiwa yang murni. 551 00:43:17,595 --> 00:43:20,347 Manusia sangat indah. 552 00:43:21,599 --> 00:43:24,184 Semua orang sebenarnya baik. 553 00:43:24,977 --> 00:43:28,147 Itulah yang cahaya itu tunjuk kepada saya. 554 00:44:42,346 --> 00:44:45,891 Terjemahan sari kata oleh Zarifah Kamarulhisham