1 00:00:19,103 --> 00:00:21,814 {\an8}KES BROOKFIELD KANAK-KANAK DIRASUK BERKATA KESAT 2 00:00:21,814 --> 00:00:23,733 {\an8}14/8/80 MASA BERLALU: 1 MINIT 05 SAAT 3 00:00:23,733 --> 00:00:27,612 FILEM INI MEMPUNYAI BABAK CIPTAAN SEMULA BERDASARKAN PERISTIWA YANG DIDOKUMENKAN 4 00:00:33,451 --> 00:00:34,285 Tidak! 5 00:00:34,786 --> 00:00:36,079 Mak ibu kamu. 6 00:00:36,079 --> 00:00:38,164 Kau tak guna. 7 00:00:38,164 --> 00:00:41,334 SEMUA RAKAMAN AUDIO DAN GAMBAR ADALAH BENAR 8 00:00:45,171 --> 00:00:46,798 Apa yang kita ada di sini 9 00:00:46,798 --> 00:00:50,176 ialah konfrontasi antara kebaikan dengan kejahatan, 10 00:00:50,676 --> 00:00:53,387 dan tempat yang kejahatan pilih ialah Connecticut. 11 00:00:54,388 --> 00:00:57,016 PEMBELAAN SYAITAN 12 00:01:00,937 --> 00:01:02,480 Nama saya David Glatzel. 13 00:01:03,815 --> 00:01:07,527 Semasa saya 11 tahun, saya dirasuk oleh syaitan. 14 00:01:08,194 --> 00:01:11,155 Satu perbicaraan pembunuhan aneh akan berlangsung esok di Danbury. 15 00:01:11,155 --> 00:01:13,991 Pokok kes ini ialah dakwaan dirasuk iblis. 16 00:01:14,867 --> 00:01:17,120 Itulah yang peguam seorang remaja Connecticut 17 00:01:17,120 --> 00:01:18,371 akan cuba buktikan. 18 00:01:18,996 --> 00:01:22,834 {\an8}Saya kata, "Kenapa saya di sini?" Dia kata, "Awak baru bunuh kawan awak." 19 00:01:25,419 --> 00:01:27,880 Lelaki yang ditahan bulan lepas kerana membunuh 20 00:01:27,880 --> 00:01:30,258 berkata dia akan mengaku tidak bersalah 21 00:01:30,258 --> 00:01:34,428 kerana dia dirasuk oleh syaitan ketika dia melakukan jenayah itu. 22 00:01:34,428 --> 00:01:35,388 Awak bergurau? 23 00:01:35,388 --> 00:01:37,723 Ada arak. Ada tikaman. 24 00:01:37,723 --> 00:01:40,351 Tak syak lagi dia bersalah. Mengarut. 25 00:01:41,769 --> 00:01:45,606 Kisahnya bermula di rumah di hujung jalan masuk ini, 26 00:01:45,606 --> 00:01:47,358 dengan pasangan Brookfield 27 00:01:47,358 --> 00:01:50,444 yang anak lelaki berusia 11 tahun mula berkelakuan pelik. 28 00:01:51,779 --> 00:01:52,613 Bangun! 29 00:01:52,613 --> 00:01:56,117 Saya tak suka dikenang sebagai budak 11 tahun yang dirasuk... 30 00:01:56,117 --> 00:01:57,910 Sekarang kau akan mati. 31 00:01:58,911 --> 00:02:00,496 ...tapi saya hadapinya setiap hari. 32 00:02:00,496 --> 00:02:04,167 - Kau tak boleh sakiti anak Tuhan. - Jesus akan mati di neraka. 33 00:02:05,251 --> 00:02:08,171 Saya tak pernah beritahu sesiapa tentang ini. 34 00:02:09,505 --> 00:02:11,716 Ia rahsia yang cukup gelap. 35 00:02:12,216 --> 00:02:13,801 Bapa kami, yang ada di syurga... 36 00:02:13,801 --> 00:02:15,845 Murahkanlah rezeki kami... 37 00:02:18,639 --> 00:02:20,641 Kau akan mati! 38 00:02:20,641 --> 00:02:21,726 Amin. 39 00:02:27,273 --> 00:02:31,402 FILEM KELUARGA GLATZEL 40 00:02:37,116 --> 00:02:39,493 Saya nak ceritakan kisah saya 41 00:02:39,493 --> 00:02:42,455 tentang rasukan dan pembunuhan itu 42 00:02:43,456 --> 00:02:44,498 dan Arne Johnson. 43 00:02:46,709 --> 00:02:49,462 Saya nak pastikan keluarga saya digambarkan 44 00:02:49,962 --> 00:02:52,423 dengan tepat. 45 00:02:53,132 --> 00:02:55,968 Saya tahu ada orang reka cerita 46 00:02:56,469 --> 00:03:00,431 dan saya tak suka, jadi saya nak beritahu cerita sebenar. 47 00:03:18,324 --> 00:03:21,244 Semasa saya 11 tahun, saya pendiam. 48 00:03:24,121 --> 00:03:25,206 Hidup saya baik. 49 00:03:26,832 --> 00:03:30,253 Bermain dengan abang-abang saya, masa terbaik dalam hidup saya. 50 00:03:33,089 --> 00:03:35,800 Saya anak lelaki tengah. 51 00:03:36,842 --> 00:03:38,678 Sindrom anak tengah yang biasa. 52 00:03:38,678 --> 00:03:40,805 ABANG DAVID 53 00:03:40,805 --> 00:03:42,598 Saya ada abang, Carl. 54 00:03:43,099 --> 00:03:46,811 Sukar untuk rapat dengannya. 55 00:03:48,104 --> 00:03:50,356 Kadangkala dia macam orang bodoh. 56 00:03:52,066 --> 00:03:53,567 Menyusahkan hidup. 57 00:03:55,695 --> 00:03:56,529 {\an8}ABANG SULUNG DAVID 58 00:03:56,529 --> 00:03:59,282 {\an8}Alan dulu berbeza. 59 00:04:00,157 --> 00:04:03,119 Saya dan David bantu ayah saya dan kerja di garaj. 60 00:04:03,119 --> 00:04:05,454 Alan tak mahu kotor, 61 00:04:05,454 --> 00:04:07,581 jadi dia selalu bersama ibu saya. 62 00:04:10,001 --> 00:04:12,503 Dia boleh bakar kek yang enak. Itu sahaja, 63 00:04:12,503 --> 00:04:15,131 tapi dia agak berbeza daripada kami. 64 00:04:19,010 --> 00:04:22,346 Dulu, kami bukan macam keluarga Amerika, 65 00:04:23,806 --> 00:04:26,142 tapi kami agak normal. 66 00:04:29,478 --> 00:04:34,150 Semuanya bermula apabila kakak saya, Debbie jumpa sebuah rumah di Newtown. 67 00:04:34,150 --> 00:04:37,153 Dia nak tinggal dengan teman lelakinya, Arne. 68 00:04:38,946 --> 00:04:41,824 {\an8}Saya dan Debbie teruja untuk tinggal bersama. 69 00:04:41,824 --> 00:04:44,201 {\an8}Kami merancang untuk berkahwin pada musim bunga. 70 00:04:44,201 --> 00:04:45,745 Kami berusaha untuk berkahwin. 71 00:04:47,371 --> 00:04:48,831 Kami tak sabar. 72 00:04:49,582 --> 00:04:53,461 2 JULAI 1980 73 00:04:53,461 --> 00:04:55,379 Pada 2 Julai, 74 00:04:55,379 --> 00:04:57,965 Debbie jumpa sebuah rumah di Newtown untuk disewa. 75 00:05:02,178 --> 00:05:04,597 Saya agak sedih melihat mereka berpindah. 76 00:05:06,390 --> 00:05:08,517 Saya 11 tahun dan dia kakak saya. 77 00:05:09,143 --> 00:05:15,316 Saya dan abang-abang saya, Alan dan Carl, pergi ke sana untuk bantu mereka pindah. 78 00:05:25,493 --> 00:05:27,411 Rumah itu pelik. 79 00:05:29,455 --> 00:05:32,124 Ada sesuatu yang tak kena. 80 00:05:38,005 --> 00:05:40,341 Saya beri tugas kepada setiap adik-beradik saya. 81 00:05:40,841 --> 00:05:42,843 {\an8}Saya hantar David ke bilik tidur utama, 82 00:05:42,843 --> 00:05:46,430 {\an8}hulurkan penyapu dan minta dia tolong sapu. 83 00:05:48,766 --> 00:05:50,309 Saya tinggalkan dia seorang diri. 84 00:05:51,227 --> 00:05:55,439 Kemudian saya mula buat apa yang perlu, menyental dan mengemas. 85 00:05:58,526 --> 00:06:01,737 Tapi tak lama kemudian, David berlari keluar. 86 00:06:02,238 --> 00:06:04,949 Dia nampak susah hati dan saya tak tahu kenapa. 87 00:06:13,124 --> 00:06:16,919 David kata, "Mak, saya nak balik." Dia kata, "Mak tak boleh pergi." 88 00:06:16,919 --> 00:06:20,506 "Habiskan kerja dulu baru balik." Dia kata, "Saya nak balik sekarang." 89 00:06:22,716 --> 00:06:27,012 Saya cuma nak pergi dari rumah itu sejauh mungkin. 90 00:06:27,513 --> 00:06:29,974 Saya tak beritahu sesiapa sebabnya. 91 00:06:50,828 --> 00:06:53,789 Kami balik dan makan malam. Semuanya okey. 92 00:06:55,916 --> 00:06:56,917 FILEM KELUARGA GLATZEL 93 00:06:56,917 --> 00:07:01,505 Ibu saya pandai memasak. Dia orang Hungary dan Itali, 94 00:07:01,505 --> 00:07:04,216 jadi dia pandai memasak. 95 00:07:05,509 --> 00:07:09,221 Tapi David mengalami hari yang teruk. Ada sesuatu mengganggunya. 96 00:07:10,222 --> 00:07:11,724 Saya tanya, "Kenapa dengan kamu?" 97 00:07:13,434 --> 00:07:15,144 Kami duduk di meja. 98 00:07:15,728 --> 00:07:18,397 Saya mula jelaskan apa yang berlaku pagi itu. 99 00:07:20,733 --> 00:07:24,695 {\an8}AWAL HARI ITU 100 00:07:25,779 --> 00:07:27,781 Saya di bilik tidur itu sendirian. 101 00:07:34,830 --> 00:07:36,540 Tapi saya dapat rasa sesuatu. 102 00:08:10,282 --> 00:08:12,826 Kemudian saya ditolak ke atas katil. 103 00:08:23,629 --> 00:08:24,964 Saya nampak satu imej. 104 00:08:28,300 --> 00:08:31,220 Nampak macam syaitan dalam kostum Halloween. 105 00:08:31,220 --> 00:08:35,683 Matanya hitam seperti arang 106 00:08:36,267 --> 00:08:37,268 dan ia menakutkan saya. 107 00:08:41,355 --> 00:08:44,316 David kata, "Kemudian entiti ini bercakap." 108 00:08:45,859 --> 00:08:49,113 Saya tanya David, "Apa yang lembaga ini beritahu kamu?" 109 00:08:49,613 --> 00:08:51,740 "Ia asyik beritahu saya hati-hati." 110 00:08:52,825 --> 00:08:54,451 Saya kata, "Hati-hati dengan apa?" 111 00:08:54,451 --> 00:08:58,414 Dia asyik beritahu saya, "Ia mahu roh saya." 112 00:09:04,962 --> 00:09:08,382 Dia kata, "Ia akan datang cari saya. Itu yang ia asyik beritahu saya." 113 00:09:08,382 --> 00:09:09,842 "Kalian perlu bantu saya." 114 00:09:09,842 --> 00:09:13,804 Saya tanya, "Dave, kamu ada sentuh apa-apa di dalam almari ubat?" 115 00:09:13,804 --> 00:09:16,098 Dia kata, "Tak, saya tak tipu." 116 00:09:17,850 --> 00:09:20,019 Kami tak percayai dia pada mulanya. 117 00:09:22,438 --> 00:09:23,856 Reaksi ibu saya, 118 00:09:23,856 --> 00:09:27,318 "Sudah lewat malam. Mungkin dia bermimpi." 119 00:09:29,153 --> 00:09:31,155 Judy kata, "Okey, sudahlah." 120 00:09:31,155 --> 00:09:35,868 "Masa untuk tidur, berehat dan kita akan bincang lagi pagi esok." 121 00:09:46,128 --> 00:09:49,506 Malam itu, saya rasa pelik. 122 00:09:50,716 --> 00:09:52,426 Saya cuma nampak imej ini. 123 00:09:55,137 --> 00:09:56,764 Ada sesuatu datang. 124 00:09:59,099 --> 00:10:01,018 Saya mula rasa takut 125 00:10:01,018 --> 00:10:04,063 sebab saya nampak ia semakin dekat dengan rumah kami. 126 00:10:20,788 --> 00:10:22,706 Saya boleh rasa sesuatu memerhatikan saya. 127 00:10:30,130 --> 00:10:31,632 Saya nampak satu lembaga. 128 00:10:44,019 --> 00:10:45,270 Apabila saya tengok semula, 129 00:10:47,064 --> 00:10:48,315 tiada apa-apa di situ. 130 00:10:54,780 --> 00:10:58,826 Saya berjaga dalam gelap dengan mata terbuka semalaman. 131 00:11:06,041 --> 00:11:08,293 Judy risau akan David, 132 00:11:09,211 --> 00:11:14,049 jadi dia telefon Paderi Dennis untuk beritahu apa yang berlaku. 133 00:11:14,550 --> 00:11:17,386 Dia minta dia datang untuk berdoa di rumah ini. 134 00:11:17,886 --> 00:11:18,887 Moga paderi juga diberkati. 135 00:11:21,056 --> 00:11:22,766 Ibu saya alim. 136 00:11:24,351 --> 00:11:29,189 Dia buat kami sertai Perjamuan Suci dan Pengesahan sebagai penganut Katolik. 137 00:11:30,482 --> 00:11:33,068 Kami percaya akan Tuhan dan syaitan. 138 00:11:34,486 --> 00:11:39,783 Apabila Paderi Dennis datang ke rumah, dia membawa sedikit minyak suci, air suci 139 00:11:40,367 --> 00:11:41,618 dan sedikit kemenyan... 140 00:11:41,618 --> 00:11:43,454 Dengan nama Bapa... 141 00:11:43,454 --> 00:11:45,456 ...yang dia guna untuk memberkati 142 00:11:45,456 --> 00:11:48,876 seluruh rumah, setiap bilik, tingkat atas dan bawah. 143 00:11:50,627 --> 00:11:54,923 - Kami fikir ia dah berakhir. - Aku berdoa menentang kejahatan yang... 144 00:11:54,923 --> 00:11:57,509 Tapi ini hanya permulaan. 145 00:12:08,270 --> 00:12:09,229 Oh, Tuhan! 146 00:12:09,229 --> 00:12:11,190 Waktu itu pukul tiga pagi. 147 00:12:11,732 --> 00:12:13,984 David menjerit sekuat hati. 148 00:12:13,984 --> 00:12:17,112 "Ia datang cari saya. Ia akan hukum saya." 149 00:12:21,033 --> 00:12:22,284 Rumah bergemuruh, 150 00:12:24,077 --> 00:12:26,330 macam ada orang langgarnya dengan trak. 151 00:12:28,165 --> 00:12:31,293 Bunyi macam UFO mendarat di atas rumah. 152 00:12:34,421 --> 00:12:37,174 Apa pun ia, ia mahu kami tahu ia ada di sana. 153 00:12:39,176 --> 00:12:41,094 Lampu mula menyala dan terpadam. 154 00:12:43,889 --> 00:12:46,809 Saya dengar kaca jatuh dan pecah. 155 00:12:48,727 --> 00:12:53,398 David cemas dan dia menjerit, "Ia di sini. Ia di atas rumah." 156 00:12:54,525 --> 00:12:57,528 David kata, "Jangan buka pintu. Ia jahat." 157 00:13:00,322 --> 00:13:03,617 Huru-hara itu berterusan selama 30 atau 40 saat... 158 00:13:08,121 --> 00:13:10,082 kemudian semuanya senyap. 159 00:13:23,220 --> 00:13:24,054 Oh, Tuhan. 160 00:13:27,432 --> 00:13:28,392 Saya terpaku. 161 00:13:29,852 --> 00:13:31,937 Okey, kami ada masalah hantu 162 00:13:33,313 --> 00:13:35,941 dan kami tak tahu nak buat apa. 163 00:13:38,777 --> 00:13:40,654 Kami tahu kami perlu dapatkan bantuan. 164 00:13:44,533 --> 00:13:47,202 Ketika itu, jiran sebelah rumah kami 165 00:13:47,703 --> 00:13:50,497 suka membaca kad tarot dan seumpamanya. 166 00:13:50,497 --> 00:13:52,416 Dia kata, "Ibu mertua saya kata 167 00:13:52,416 --> 00:13:55,752 dia pernah jumpa penyiasat psikik beberapa tahun lalu." 168 00:13:56,253 --> 00:13:57,462 "Mungkin mereka boleh bantu." 169 00:13:57,462 --> 00:13:59,756 Debbie kata, "Saya akan minta bantuan sesiapa." 170 00:14:00,299 --> 00:14:02,843 Kami takkan biarkan entiti, 171 00:14:02,843 --> 00:14:07,389 hantu atau sesiapa halau kami dari rumah itu. 172 00:14:07,973 --> 00:14:09,099 Itu rumah kami 173 00:14:09,600 --> 00:14:12,686 dan kami akan pastikan apa saja yang ada di situ 174 00:14:13,186 --> 00:14:15,647 keluar dengan apa cara sekalipun. 175 00:14:16,648 --> 00:14:17,900 Tetamu istimewa kita malam ini, 176 00:14:17,900 --> 00:14:20,569 yang selama 32 tahun menjadi pemburu hantu, 177 00:14:20,569 --> 00:14:25,157 telah menyiasat lebih 3,000 kes rumah berhantu dan rasukan syaitan 178 00:14:25,157 --> 00:14:29,119 dan terlibat dalam banyak penghalauan hantu di seluruh dunia. 179 00:14:29,119 --> 00:14:32,497 Dengar betul-betul dan putuskan sendiri saat kami mempersembahkan, 180 00:14:32,497 --> 00:14:36,251 tuan-tuan dan puan-puan, pemburu hantu Ed dan Lorraine Warren. 181 00:14:45,677 --> 00:14:49,056 Saya bangga dengan datuk dan nenek saya semasa kecil. 182 00:14:51,725 --> 00:14:54,519 Saya lihat mereka dalam akhbar atau televisyen 183 00:14:54,519 --> 00:14:56,229 dan ia sangat hebat. 184 00:14:56,730 --> 00:14:58,065 Tapi sebaliknya, 185 00:14:58,523 --> 00:15:01,026 {\an8}saya juga dianggap budak yang pelik 186 00:15:01,026 --> 00:15:03,445 {\an8}sebab saya ada datuk nenek yang menyeramkan. 187 00:15:03,445 --> 00:15:04,780 {\an8}CUCU ED DAN LORRAINE WARREN 188 00:15:06,615 --> 00:15:10,327 Sebenarnya, saya tak pernah kata, 189 00:15:10,327 --> 00:15:12,496 "Aku nak jadi pakar syaitan." 190 00:15:13,914 --> 00:15:15,916 Saya dilahirkan sebagai pakar syaitan. 191 00:15:16,541 --> 00:15:19,503 Semasa kecil, saya tanya biarawati dan paderi, 192 00:15:20,295 --> 00:15:23,465 {\an8}"Apa halnya dengan hantu dan alam ghaib? Benarkah ia wujud?" 193 00:15:23,465 --> 00:15:25,050 {\an8}"Benarkah syaitan wujud?" 194 00:15:25,050 --> 00:15:28,929 {\an8}Sudah tentu, agama Katolik mengajari kita bahawa semua ini benar. 195 00:15:28,929 --> 00:15:32,307 Nenek saya ada pengalaman berbeza. 196 00:15:33,225 --> 00:15:35,602 - Saya dengar ketawa dan saya tak... - Ketawa? 197 00:15:35,602 --> 00:15:39,231 - Saya tak faham. Saya boleh dengarnya... - Ketawa lelaki atau perempuan? 198 00:15:39,231 --> 00:15:42,109 Saya tak faham kenapa kamu semua tak dengar. 199 00:15:42,109 --> 00:15:45,654 Ketawanya sangat bising di sini. 200 00:15:45,654 --> 00:15:49,199 Dia kata, "Kalau nak buru harimau, pergi ke tempat harimau." 201 00:15:49,199 --> 00:15:51,451 Pergi ke cahaya itu, Charissa. 202 00:15:51,451 --> 00:15:53,578 Saya nak tolong awak. 203 00:15:53,578 --> 00:15:57,916 Tapi mereka tak jadi terkenal sehinggalah... 204 00:15:57,916 --> 00:16:03,338 Seorang pemuda membunuh ayahnya, ibunya, dan empat adik-beradiknya dengan kejam 205 00:16:03,338 --> 00:16:05,507 kerana suara-suara menyuruh dia melakukannya. 206 00:16:05,507 --> 00:16:09,678 Dengan permulaan yang mencabar itu muncul satu buku laris dan satu filem, 207 00:16:09,678 --> 00:16:11,096 The Amityville Horror. 208 00:16:13,724 --> 00:16:17,936 Saya dan Lorraine telah pergi ke beratus-ratus rumah berhantu 209 00:16:17,936 --> 00:16:20,814 dan kami temu bual ramai orang di seluruh dunia. 210 00:16:21,398 --> 00:16:25,944 Pada skala satu hingga sepuluh, Amityville sepuluh. 211 00:16:26,486 --> 00:16:29,990 The Amityville Horror terkenal di peringkat antarabangsa. 212 00:16:29,990 --> 00:16:33,410 Ketika itulah datuk nenek saya jadi terkenal di seluruh dunia. 213 00:16:33,410 --> 00:16:36,329 {\an8}Nombor dua. 214 00:16:39,666 --> 00:16:41,251 Lucunya bagaimana sesuatu 215 00:16:41,251 --> 00:16:44,212 yang begitu menakutkan boleh menjadi rahmat. 216 00:16:44,963 --> 00:16:46,298 Terima kasih, En. Warren. 217 00:16:46,298 --> 00:16:49,509 Ia membantu ramai keluarga selepas itu. 218 00:16:50,594 --> 00:16:53,013 Kami terima banyak surat 219 00:16:53,013 --> 00:16:57,017 daripada orang yang menulis tentang masalah. 220 00:16:57,017 --> 00:16:57,976 Di mana alamatnya? 221 00:16:57,976 --> 00:16:59,019 Peti Pejabat Pos... 222 00:16:59,019 --> 00:17:01,521 Hantar kepada pasangan Warren, Ed dan Lorraine Warren, 223 00:17:01,521 --> 00:17:04,024 Peti Pejabat Pos 41, 224 00:17:04,024 --> 00:17:07,569 Monroe, Connecticut 06468. 225 00:17:09,905 --> 00:17:11,740 Debbie hubungi pasangan Warren. 226 00:17:13,408 --> 00:17:14,326 Ed jawab. 227 00:17:14,326 --> 00:17:17,245 Debbie beritahu siapa dia dan, "Boleh awak tolong kami?" 228 00:17:18,580 --> 00:17:21,291 Ed kata, "Adakah David pernah berjumpa doktor?" 229 00:17:21,291 --> 00:17:22,292 Kami kata, "Tak." 230 00:17:22,292 --> 00:17:24,669 Jadi, Ed kata, "Boleh saya bawa doktor?" 231 00:17:31,802 --> 00:17:33,762 Mereka datang dengan Chevy Chevette. 232 00:17:41,061 --> 00:17:42,771 Ed Warren seorang yang baik. 233 00:17:44,689 --> 00:17:47,192 Dia menenangkan dan yakin. 234 00:17:48,151 --> 00:17:50,112 Dia buat kami rasa lebih selamat. 235 00:17:52,364 --> 00:17:57,035 Kata-kata Lorraine sangat lembut dan tepat. 236 00:17:57,035 --> 00:17:58,745 Judy kata, "Oh, Tuhan, 237 00:17:58,745 --> 00:18:01,456 saya gembira awak di sini dan gembira bertemu awak." 238 00:18:04,251 --> 00:18:08,338 Doktor bawa David ke tepi dan ambil tekanan darahnya. 239 00:18:09,005 --> 00:18:12,801 Dia diuji dari segi psikologi dan terbukti normal. 240 00:18:14,094 --> 00:18:17,889 Dr. Tony tak pernah kata saya gila atau seumpamanya. 241 00:18:17,889 --> 00:18:19,599 Dia kata saya budak normal. 242 00:18:22,644 --> 00:18:25,564 Ed dan Lorraine berhati-hati bercakap dengan kami. 243 00:18:28,316 --> 00:18:31,653 Mereka nak kami jawab soalan, siasat apa yang berlaku. 244 00:18:33,446 --> 00:18:35,240 AUDIO BERIKUT TELAH DIRAKAM 245 00:18:35,240 --> 00:18:36,158 Okey. 246 00:18:36,158 --> 00:18:37,617 ...ANTARA PASANGAN WARREN 247 00:18:37,617 --> 00:18:42,414 DENGAN KELUARGA GLATZEL PADA MUSIM PANAS 1980 248 00:18:42,414 --> 00:18:44,332 David, berikan kami nama penuh awak. 249 00:18:45,250 --> 00:18:48,545 - David Michael Glatzel. - Okey, berapa umur awak, David? 250 00:18:48,545 --> 00:18:50,172 - Dua belas. - Dua belas tahun. 251 00:18:50,755 --> 00:18:52,966 Apa pendapat awak tentang semua ini, David? 252 00:18:53,717 --> 00:18:56,636 Awak nak ia tamat, bukan? Awak nak ia tamat? 253 00:18:57,137 --> 00:18:59,389 - Awak tak mahu ia berterusan, bukan? - Tidak. 254 00:18:59,389 --> 00:19:00,807 Tidak. Okey. 255 00:19:01,308 --> 00:19:03,810 Ada satu babak ganas yang Lorraine ceritakan. 256 00:19:03,810 --> 00:19:05,604 - Lebih daripada satu. - Lebih daripada satu? 257 00:19:05,604 --> 00:19:07,647 Oh, Tuhan, ia berlaku semalaman! 258 00:19:07,647 --> 00:19:10,817 Okey, dengan erti kata lain, ia malam yang huru-hara. 259 00:19:10,817 --> 00:19:14,196 Ya, tapi kami tak boleh bertolak ansur lagi. 260 00:19:14,779 --> 00:19:17,199 Kami tak tipu awak. Kami perlukan bantuan. 261 00:19:17,199 --> 00:19:19,367 Percayalah, kami nak buang benda ini. 262 00:19:20,410 --> 00:19:26,124 Ibu saya sangat berharap ini akan menjadi penawarnya. 263 00:19:28,210 --> 00:19:30,086 Dia mahu keluarganya semula 264 00:19:30,086 --> 00:19:33,381 dan dia mahu kembali ke kehidupan kami sebelum ini. 265 00:19:35,008 --> 00:19:37,802 Orang-orang ini menceritakan kisah-kisah buruk ini, 266 00:19:37,802 --> 00:19:41,973 tapi kami perlu mengalaminya sendiri sebelum menerimanya. 267 00:19:41,973 --> 00:19:44,434 - Baiklah. - Kami perlu lihat. Kami perlu rasainya. 268 00:19:44,434 --> 00:19:48,605 Kami perlu tahu ia ada sebelum kami kata, "Ya, rumah ini berhantu." 269 00:19:49,397 --> 00:19:51,358 Ia beritahu David ia mahu rohnya hari ini. 270 00:19:52,025 --> 00:19:53,693 Apa yang ia cakap tentang roh awak? 271 00:19:54,694 --> 00:19:57,197 Ia cuma nak roh saya. Itu saja. 272 00:19:58,573 --> 00:19:59,574 Ia di sini sekarang? 273 00:20:02,118 --> 00:20:04,913 Ed kata, "Mari kita lihatnya sendiri." 274 00:20:04,913 --> 00:20:08,416 "Ia sangat kuat, ia perlu buktikan yang ia ada di sini." 275 00:20:10,835 --> 00:20:14,506 Saya perlu memprovokasi apa yang ada melalui provokasi agama. 276 00:20:14,506 --> 00:20:17,133 Sebagai orang Kristian, saya akan guna nama Jesus Christ. 277 00:20:17,133 --> 00:20:20,512 Saya akan guna air suci. Saya akan guna salib. 278 00:20:20,512 --> 00:20:22,430 Ini mungkin nampak dramatik, 279 00:20:22,430 --> 00:20:26,518 tapi inilah kaedah yang digunakan oleh penghalau hantu dan pakar syaitan. 280 00:20:27,602 --> 00:20:32,357 Saya memprovokasi sehingga saya saksikan penyataan fizikal berlaku. 281 00:20:33,316 --> 00:20:35,652 Ed kata, "Jika kau ada kuasa, 282 00:20:36,569 --> 00:20:38,905 aku nak kau ketuk meja tiga kali." 283 00:20:48,290 --> 00:20:49,791 Tiba-tiba... 284 00:20:50,333 --> 00:20:53,420 Bang! 285 00:20:54,587 --> 00:20:58,008 Macam ada orang ambil tukul besi untuk pecahkan lantai dapur. 286 00:21:00,176 --> 00:21:02,304 Seluruh dapur mula bergegar. 287 00:21:03,555 --> 00:21:06,891 Lampu berkelip-kelip. Semua orang merasainya. 288 00:21:13,440 --> 00:21:16,568 Ed pandang David dan kata, "Awak takut?" 289 00:21:17,944 --> 00:21:21,031 David kata, "Saya takut sebab ia nak sakiti saya." 290 00:21:21,531 --> 00:21:23,783 "Kerana saya bercakap dengan awak di sini, 291 00:21:23,783 --> 00:21:25,660 kita semua akan dihukum kerana ini." 292 00:21:28,621 --> 00:21:31,124 Ketika itu Lorraine sedang berjalan-jalan. 293 00:21:32,417 --> 00:21:37,130 Semasa masuk sebuah rumah, saya akan lihat, melalui getaran, 294 00:21:37,130 --> 00:21:39,632 dengan berjalan di setiap bilik di rumah itu. 295 00:21:40,508 --> 00:21:42,677 Sebab mesti ada hukum tarikan. 296 00:21:42,677 --> 00:21:46,181 Roh itu perlu tertarik kepada seorang ahli keluarga itu. 297 00:21:49,726 --> 00:21:52,062 Dia mendekati Ed dan berbisik, 298 00:21:52,562 --> 00:21:56,691 "Ada lembaga besar dan gelap di sebelah budak itu." 299 00:21:57,692 --> 00:21:58,568 "Ia jahat." 300 00:22:01,029 --> 00:22:05,116 Kami rasa pelik. Kami tak nampak apa-apa. 301 00:22:07,077 --> 00:22:09,746 Ed dan Lorraine bercakap dengan ibu bapa saya. 302 00:22:10,372 --> 00:22:13,208 "Ini bukan hantu. Ini entiti syaitan." 303 00:22:24,803 --> 00:22:26,179 Saya betul-betul takut. 304 00:22:26,971 --> 00:22:31,101 Seluruh keluarga takut sebab kami tak tahu apa yang berlaku. 305 00:22:33,770 --> 00:22:39,067 Datuk saya kata penghantuan berkembang dalam lima langkah. 306 00:22:40,902 --> 00:22:42,570 {\an8}Ia bermula dengan kebenaran. 307 00:22:44,280 --> 00:22:46,366 {\an8}Seseorang buat sesuatu 308 00:22:46,366 --> 00:22:50,495 {\an8}yang membolehkan paranormal bertapak. 309 00:22:54,958 --> 00:22:57,919 Mungkin papan Ouija, pemujaan atau apa saja. 310 00:22:58,420 --> 00:23:00,338 Kemudian, ada serangan. 311 00:23:00,338 --> 00:23:05,969 Di situlah roh berada di dalam rumah, tapi di luar awak sepenuhnya. 312 00:23:05,969 --> 00:23:09,472 Cuma hantu atau orang tersayang datang melawat 313 00:23:09,472 --> 00:23:11,766 untuk beritahu anda mereka di sana. 314 00:23:11,766 --> 00:23:13,393 Itu perkara normal. 315 00:23:14,144 --> 00:23:16,020 Kemudian, ada penindasan. 316 00:23:16,521 --> 00:23:22,110 Ketika itulah entiti mula mengambil alih kehendak anda. 317 00:23:22,110 --> 00:23:27,115 Anda menunjukkan impuls yang lebih gelap, lebih banyak tingkah laku negatif. 318 00:23:27,866 --> 00:23:33,496 Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, ia terus menguasai anda sepenuhnya. 319 00:23:34,164 --> 00:23:37,959 Ketika itulah anda tiada lagi di sana. Anda tak boleh kawal diri. 320 00:23:37,959 --> 00:23:40,920 Badan anda diambil alih sepenuhnya oleh benda lain. 321 00:23:49,637 --> 00:23:52,974 Ed cukup yakin dalam pertemuan pertama itu 322 00:23:52,974 --> 00:23:56,186 yang David sudah berada di tahap penindasan. 323 00:23:57,103 --> 00:23:58,146 Ed jelaskan 324 00:23:58,146 --> 00:24:03,443 bahawa syaitan itu akan menyebabkan David bertindak berbeza. 325 00:24:03,943 --> 00:24:07,322 Mengawal fikiran dia, menghantar pesanan melalui dia. 326 00:24:07,906 --> 00:24:10,158 Dia akan jadi lebih tak stabil. 327 00:24:15,997 --> 00:24:19,334 Ed Warren pernah lihat ini banyak kali. 328 00:24:19,334 --> 00:24:21,753 Dia kata, "Awak perlu hubungi Gereja." 329 00:24:21,753 --> 00:24:24,839 Ibu saya kata, "Kami dah buat. Kami dah cuba." 330 00:24:24,839 --> 00:24:27,926 Ed bersuara dan kata, "Saya akan tolong awak hubungi mereka." 331 00:24:29,260 --> 00:24:32,013 "Kalian perlu mula merakam perkara ini." 332 00:24:32,013 --> 00:24:35,975 Kumpulkan sebanyak boleh bukti untuk kemukakan kepada Ketua Biskop. 333 00:24:36,476 --> 00:24:39,771 Ketua Biskop Bridgeport akan buat keputusan 334 00:24:40,355 --> 00:24:42,148 tentang perkara yang kami hadapi. 335 00:24:43,399 --> 00:24:45,818 Saya fikir, "Benda ini tak benar. Ia tak berlaku." 336 00:24:45,818 --> 00:24:49,531 "Cuma... dalam kartun dan filem." 337 00:24:51,908 --> 00:24:55,787 Ed dan Lorraine beri amaran kepada kami tentang betapa seriusnya hal ini. 338 00:24:56,746 --> 00:24:58,289 "Jangan ambil mudah." 339 00:24:59,499 --> 00:25:00,708 "Lindungi diri awak, 340 00:25:02,043 --> 00:25:04,337 kerana awak tak tahu bila ia boleh berlaku." 341 00:25:10,510 --> 00:25:13,638 Ibu saya ambil perakam kaset pita audio kami. 342 00:25:15,598 --> 00:25:19,561 Kakak saya beli kamera Polaroid yang ambil gambar segera. 343 00:25:21,354 --> 00:25:24,774 Mulai saat itu, kami mula merekod segalanya. 344 00:25:28,319 --> 00:25:30,488 Kami sedang bercuti musim panas. 345 00:25:30,488 --> 00:25:32,574 Selamat malam, tuan-tuan dan puan-puan... 346 00:25:32,574 --> 00:25:33,866 Tiada siapa sedang tidur. 347 00:25:33,866 --> 00:25:36,619 ...dua calon untuk pencalonan Republikan 348 00:25:36,619 --> 00:25:38,913 untuk jawatan presiden Amerika Syarikat. 349 00:25:39,414 --> 00:25:43,585 Bekas Gabenor Ronald Reagan dari California. Bekas duta... 350 00:25:43,585 --> 00:25:47,088 Kami bergilir-gilir mengawasi David. 351 00:25:47,547 --> 00:25:49,340 Sama ada kita suka atau tidak, 352 00:25:49,340 --> 00:25:52,927 tanggungjawab kita memelihara keamanan dunia 353 00:25:52,927 --> 00:25:57,473 kerana tiada orang lain boleh lakukannya. Kita tak boleh terus... 354 00:26:00,310 --> 00:26:03,438 Kemudian, David mula berkelakuan pelik. 355 00:26:08,026 --> 00:26:08,860 David! 356 00:26:09,485 --> 00:26:10,486 Oh, Tuhan. 357 00:26:12,447 --> 00:26:15,742 GAMBAR-GAMBAR DAN RAKAMAN AUDIO BERIKUT 358 00:26:15,742 --> 00:26:19,162 DIHASILKAN OLEH KELUARGA GLATZEL PADA BULAN OGOS DAN SEPTEMBER 1980 359 00:26:19,162 --> 00:26:21,205 Helo. 360 00:26:21,789 --> 00:26:23,583 Sekarang kau akan mati! 361 00:26:24,584 --> 00:26:26,294 Siapakah kau dan apakah kau? 362 00:26:26,794 --> 00:26:29,047 - Bukan urusan kau. - David. 363 00:26:33,384 --> 00:26:35,720 Mak di sini. Ayuh, bangun. 364 00:26:35,720 --> 00:26:39,015 Keluar cepat. Keluar dari tubuh anak aku. 365 00:26:40,350 --> 00:26:42,810 - Tidak! - Mak ibu kamu. 366 00:26:42,810 --> 00:26:45,229 Kau tak guna. 367 00:26:47,315 --> 00:26:49,150 Sekarang kau akan mati! 368 00:26:54,822 --> 00:26:56,407 Jangan buat begitu! 369 00:26:58,618 --> 00:27:02,080 David, bangun! Oh, Tuhan. Keluar... 370 00:27:02,080 --> 00:27:03,164 Telefon paderi, mak. 371 00:27:03,164 --> 00:27:06,167 - Suruh dia datang rumah sekarang. - Keluar dari tubuh anak aku! 372 00:27:06,167 --> 00:27:07,877 - Tidak! - Jangan ganggu budak ini. 373 00:27:07,877 --> 00:27:08,795 Sini. 374 00:27:08,795 --> 00:27:13,007 - Abang pegang tangan kamu lagi. - Tak guna. 375 00:27:13,007 --> 00:27:14,092 Mula berdoa. 376 00:27:14,092 --> 00:27:16,886 Bapa kami yang ada di syurga, dikuduskanlah namaMu. 377 00:27:16,886 --> 00:27:17,929 Datanglah kerajaanMu, 378 00:27:17,929 --> 00:27:20,682 jadilah kehendakMu, di bumi seperti di syurga. 379 00:27:20,682 --> 00:27:23,935 Murahkanlah rezeki kami dan ampunilah dosa kami, 380 00:27:23,935 --> 00:27:26,229 seperti kami mengampuni orang yang berdosa kepada kami... 381 00:27:31,275 --> 00:27:32,110 Ia menakutkan... 382 00:27:32,110 --> 00:27:33,027 Tinggalkan budak ini. 383 00:27:33,027 --> 00:27:35,988 ...kerana tiba-tiba dia akan menjerit dan berlawan 384 00:27:35,988 --> 00:27:37,407 dan tiada sesiapa di sana. 385 00:27:39,409 --> 00:27:42,078 Pada satu ketika, kami dapat rakam 386 00:27:42,078 --> 00:27:44,580 tangannya di udara memegang sesuatu, 387 00:27:45,289 --> 00:27:49,127 mencekiknya dan dia tarik tangan ini sekuat hati 388 00:27:49,127 --> 00:27:51,254 dari sekitar lehernya. 389 00:27:53,089 --> 00:27:55,299 Tinggalkan budak ini. 390 00:27:55,299 --> 00:27:58,094 Kami rasa seram sejuk. 391 00:27:59,470 --> 00:28:03,766 Ia sangat menakutkan dan kami tak tahu cara untuk tanganinya. 392 00:28:11,482 --> 00:28:13,192 Saya masih ingat saya tercekik, 393 00:28:13,693 --> 00:28:16,487 tapi saya tak ingat benda lain semasa saya pengsan, 394 00:28:17,113 --> 00:28:19,741 atau jika saya pengsan atau apa yang berlaku. 395 00:28:19,741 --> 00:28:21,617 Tiada siapa boleh jawab. 396 00:28:24,162 --> 00:28:26,956 Ia meletihkan mental semua orang, 397 00:28:27,957 --> 00:28:30,585 tapi keadaan menjadi semakin teruk. 398 00:28:34,297 --> 00:28:39,427 Dia ganas dengan semua orang. Dia cuba cekik ibu saya, kakak saya. 399 00:28:39,427 --> 00:28:41,929 Ia berterusan selama beberapa minit atau beberapa jam. 400 00:28:43,306 --> 00:28:45,641 Kami bergilir-gilir tidur. 401 00:28:47,935 --> 00:28:49,729 Kami tak mahu diasingkan. 402 00:28:50,396 --> 00:28:54,859 Kami tahu jika kami bersendirian, peluang kami untuk diserang sangat tinggi. 403 00:29:01,407 --> 00:29:04,243 Seluruh keluarga diserang secara fizikal. 404 00:29:09,290 --> 00:29:11,542 Kami sentiasa berdoa. 405 00:29:12,543 --> 00:29:16,255 Kami fikir jika kami berdoa lebih kuat, ia akan hilang. 406 00:29:19,342 --> 00:29:20,927 Perkara tersukar bagi ibu saya 407 00:29:20,927 --> 00:29:24,889 ialah hakikat bahawa ayah saya tak menyokongnya dalam hal ini. 408 00:29:27,475 --> 00:29:28,351 Dia rasa sunyi. 409 00:29:30,311 --> 00:29:31,729 Ayah saya, ketika ini, 410 00:29:31,729 --> 00:29:34,398 fikir David cuma ada masalah mental. 411 00:29:34,899 --> 00:29:36,400 Dia ingat kami burukkan keadaan. 412 00:29:39,111 --> 00:29:42,114 Jadi, dia jauhkan diri. 413 00:29:42,114 --> 00:29:46,452 Dia buat dua kerja, balik rumah dan tidur. 414 00:29:47,411 --> 00:29:50,039 Keadaan berubah. Daripada makan malam keluarga biasa, 415 00:29:50,039 --> 00:29:52,667 dia asyik bekerja tanpa henti. 416 00:29:54,043 --> 00:29:57,255 Agak lama untuk ayah saya sedar apa yang berlaku. 417 00:29:57,755 --> 00:30:02,301 Ketika itu, sudah terlambat. 418 00:30:06,430 --> 00:30:11,060 Ibu saya hubungi pasangan Warren dan beritahu mereka apa yang berlaku. 419 00:30:11,686 --> 00:30:12,895 Mak ibu kamu. 420 00:30:12,895 --> 00:30:15,356 Kau tak guna. 421 00:30:16,607 --> 00:30:17,984 Jangan buat begitu! 422 00:30:20,361 --> 00:30:23,197 - Dia tak tahu siapa yang buat. - Dia kelipkan mata? 423 00:30:23,197 --> 00:30:27,493 Tak. Matanya tak bergerak. 424 00:30:27,493 --> 00:30:30,246 Jika dia sedar, matanya akan berkelip, bukan? 425 00:30:30,246 --> 00:30:33,291 Dia tak sedarkan diri semasa dia buat begini, semasa ia berlaku? 426 00:30:33,791 --> 00:30:36,127 Ya, saya rasa begitu. Okey. 427 00:30:36,627 --> 00:30:39,589 Ed dan Lorraine beritahu kami yang David dirasuk. 428 00:30:44,427 --> 00:30:45,970 Selepas dirasuk, 429 00:30:45,970 --> 00:30:50,808 {\an8}matlamat utamanya memusnahkan keluarga dan akhirnya, kematian. 430 00:30:51,434 --> 00:30:57,732 Anda akan dibunuh atau orang lain dibunuh. 431 00:30:58,232 --> 00:30:59,483 Ia berlaku. 432 00:31:00,026 --> 00:31:03,654 Dia ke belakang Alan, dia keluarkan ini dan dia kata, "Aku benci semua orang." 433 00:31:04,155 --> 00:31:07,408 "Jika sesiapa dekati aku, aku akan bunuh. Sesiapa saja." 434 00:31:08,326 --> 00:31:10,369 Ibu saya panik. 435 00:31:10,369 --> 00:31:13,748 Dia fikir anaknya akan bunuh diri 436 00:31:15,333 --> 00:31:16,542 atau membunuh orang. 437 00:31:18,336 --> 00:31:21,005 Dia kata, "Kita perlu hentikannya sekarang." 438 00:31:22,715 --> 00:31:25,176 Ed Warren kata, "Awak perlukan penghalauan hantu." 439 00:31:29,764 --> 00:31:31,766 Hal itu mungkin perkara paling menakutkan. 440 00:31:33,726 --> 00:31:37,021 Kami ibarat jabatan polis ghaib. 441 00:31:37,521 --> 00:31:40,775 Kami perlu bawa pesalah ke Gereja. 442 00:31:41,359 --> 00:31:43,569 Kami perlu bawa pesalah kepada penghalau hantu. 443 00:31:44,320 --> 00:31:45,821 Sebab itu saya kata, 444 00:31:46,322 --> 00:31:50,534 apabila syaitan dan roh jahat main kotor, 445 00:31:51,160 --> 00:31:53,412 kita perlu buat perkara yang sama. 446 00:31:57,959 --> 00:32:01,087 Gereja tak buat penghalauan hantu sesuka hati. 447 00:32:01,879 --> 00:32:06,008 Saya tak sedar betapa banyak kertas kerja yang diperlukan untuk penghalauan hantu. 448 00:32:07,802 --> 00:32:09,053 Ini memang hal besar. 449 00:32:13,849 --> 00:32:18,062 {\an8}Proses permohonan penghalauan hantu dalam Gereja Roman Katolik tak mudah, 450 00:32:18,062 --> 00:32:19,105 {\an8}PADERI ORTODOKS RUSIA 451 00:32:19,105 --> 00:32:22,024 {\an8}...terutamanya ketika Ed dan Lorraine masih aktif. 452 00:32:22,024 --> 00:32:25,486 Mengikut pengalaman saya, ramai paderi tak mahu uruskan perkara ini. 453 00:32:25,486 --> 00:32:27,613 Mereka tak mahu berdepan dengan kuasa jahat 454 00:32:29,407 --> 00:32:31,784 dan mereka takut untuk masuk rumah sebegitu. 455 00:32:31,784 --> 00:32:35,413 Jadi, saya faham kenapa orang mencari orang seperti pasangan Warren 456 00:32:35,413 --> 00:32:38,165 kerana paderi mereka sendiri menolak mereka. 457 00:32:38,165 --> 00:32:40,209 Tapi ini tanggungjawab paderi. 458 00:32:40,209 --> 00:32:43,546 Paderi dipanggil untuk buat ini dan bantu mereka. 459 00:32:47,591 --> 00:32:50,011 Saya membesar dalam Gereja Roman Katolik. 460 00:32:50,553 --> 00:32:55,182 Malaikat, iblis dan semua ini berakar umbi dalam sistem kepercayaan. 461 00:32:55,182 --> 00:32:59,520 Namun, saya selalu mempersoal realiti kuasa rohani ini. 462 00:33:00,021 --> 00:33:01,397 Jadi, saya sangat terbuka 463 00:33:01,397 --> 00:33:04,567 dan mencari bukti sama ada ia benar-benar wujud atau tidak. 464 00:33:07,361 --> 00:33:09,739 Orang boleh kata hantu, 465 00:33:09,739 --> 00:33:12,783 rumah hantu dan syaitan cuma perkara mengarut, 466 00:33:13,367 --> 00:33:15,327 tapi syaitan memang wujud. 467 00:33:15,327 --> 00:33:16,996 Banyak syaitan wujud 468 00:33:16,996 --> 00:33:20,416 dan orang ramai yang ragu-ragu ialah perlindungan terbaik syaitan. 469 00:33:20,916 --> 00:33:22,418 Dengan nama Jesus, 470 00:33:23,836 --> 00:33:24,795 keluar! 471 00:33:25,921 --> 00:33:30,468 Bekerja dengan pasangan Warren memang menarik dan mengujakan. 472 00:33:31,343 --> 00:33:34,096 Saya nampak betapa nyata dan bahayanya perkara ini. 473 00:33:42,855 --> 00:33:45,733 Gereja sedar melalui semua bukti yang kami kumpulkan 474 00:33:45,733 --> 00:33:48,444 bahawa perkara ini benar dan mereka perlukan bantuan. 475 00:33:54,825 --> 00:33:57,703 Seorang kardinal dari Gereja Katolik datang. 476 00:33:57,703 --> 00:34:01,499 Dia berpakaian merah dan dia juga memandu Porsche merah. 477 00:34:03,793 --> 00:34:05,628 Seronok bekerja di gereja. 478 00:34:07,630 --> 00:34:09,048 Dia jumpa keluarga kami. 479 00:34:09,632 --> 00:34:13,677 Mereka putuskan ada sesuatu yang perlu dibaiki. 480 00:34:14,470 --> 00:34:19,225 2 SEPTEMBER 1980 SEBULAN KEMUDIAN 481 00:34:19,225 --> 00:34:24,814 Gereja Katolik berikan kami kebenaran untuk lakukan penghalauan hantu kecil. 482 00:34:29,026 --> 00:34:32,530 Mereka jemput keluarga saya ke Gereja St. Joseph di Brookfield. 483 00:34:34,615 --> 00:34:38,244 Saya tak jangka perkara buruk akan berlaku sebab saya di rumah Tuhan. 484 00:34:40,037 --> 00:34:43,791 Paderi Virgulak berikan kami amaran. Dia kata, "Penghalauan hantu ini 485 00:34:43,791 --> 00:34:47,753 boleh jadi begitu berbahaya sehingga kematian boleh berlaku." 486 00:34:49,463 --> 00:34:51,257 Hal itu sangat menakutkan. 487 00:34:53,217 --> 00:34:55,052 Tapi kami tiada pilihan. 488 00:34:55,052 --> 00:34:55,970 Mari berdoa. 489 00:34:55,970 --> 00:34:59,056 Dengan nama Bapa, Putera dan Roh Kudus. 490 00:34:59,640 --> 00:35:01,809 Permulaannya sama dengan misa. 491 00:35:01,809 --> 00:35:05,271 Bapa kami yang ada di syurga, dikuduskanlah namaMu... 492 00:35:05,271 --> 00:35:07,857 Saya cuma ingat berada di gereja itu 493 00:35:08,941 --> 00:35:11,652 dan mereka berdoa. Itu saja yang saya ingat. 494 00:35:11,652 --> 00:35:16,198 Murahkanlah rezeki kami dan ampunilah dosa kami... 495 00:35:16,198 --> 00:35:19,451 Tiba-tiba, seluruh gereja jadi sejuk. 496 00:35:25,666 --> 00:35:27,751 Kami terus sedar ada yang tak kena. 497 00:35:27,751 --> 00:35:31,380 Santa Maria, Ibu Tuhan, lindungi kami... 498 00:35:31,380 --> 00:35:34,592 Dalam beberapa minit, tingkah laku David mula berubah. 499 00:35:35,176 --> 00:35:40,097 AUDIO KELUARGA GLATZEL 500 00:35:42,266 --> 00:35:45,686 Dia mula menggeram, mendesis dan mencemuh paderi itu. 501 00:35:45,686 --> 00:35:48,105 Si jantan gemuk. 502 00:35:48,105 --> 00:35:49,940 Sekarang kau akan mati. 503 00:35:50,858 --> 00:35:52,318 David menggeletar. 504 00:35:54,486 --> 00:35:55,821 Wajahnya berubah. 505 00:35:58,157 --> 00:36:02,077 Saya lihat badannya tersentak dari sisi ke sisi. 506 00:36:02,077 --> 00:36:05,539 Pergi matilah! 507 00:36:09,001 --> 00:36:12,087 Kemudian dia cuba bebaskan diri dan serang Paderi Virgulak, 508 00:36:12,087 --> 00:36:14,256 jadi kami terpaksa tahan dia. 509 00:36:14,757 --> 00:36:20,387 Saya pegang kaki dia. Ed Warren pegang kaki satu lagi. 510 00:36:20,387 --> 00:36:23,265 Sekarang masa untuk... 511 00:36:23,265 --> 00:36:26,685 Dia gerakkan badannya dalam posisi yang kita tak boleh bengkokkan. 512 00:36:27,728 --> 00:36:31,023 Sambil saya pegang dia, saya beritahu dia betapa Jesus sayang dia. 513 00:36:31,815 --> 00:36:34,526 Kau lemah. Jesus jauh lebih kuat daripada kau. 514 00:36:35,110 --> 00:36:37,196 Kau sangat lemah. 515 00:36:37,196 --> 00:36:40,449 Tuhan, ini anak Tuhan. Kau tak boleh sakiti anak Tuhan. 516 00:36:40,449 --> 00:36:42,952 Jesus akan mati di neraka. 517 00:36:42,952 --> 00:36:44,912 Mak sayang kamu. 518 00:36:46,205 --> 00:36:48,791 Ia tahu ini serangan terakhir. 519 00:36:49,458 --> 00:36:52,253 Dia perlukan salib. Berinya kepada saya. Ia sudah diberkati. 520 00:36:52,753 --> 00:36:55,965 Arne ambil salib itu dan letak di dahinya. 521 00:36:56,548 --> 00:36:57,633 Dia di atas kepala kau. 522 00:36:58,592 --> 00:36:59,969 Saya boleh nampak ia berdesir. 523 00:37:00,469 --> 00:37:02,596 Dengan nama Tuhan kami, Jesus Christ... 524 00:37:03,639 --> 00:37:06,141 Pada satu ketika, lidahnya bengkak 525 00:37:06,141 --> 00:37:08,602 sehingga dia tak boleh bernafas. 526 00:37:08,602 --> 00:37:09,853 Dia jadi biru. 527 00:37:09,853 --> 00:37:12,273 Semua orang menjerit. Kami perlu berhenti. 528 00:37:13,565 --> 00:37:16,277 Saya rasa tak berdaya, kosong. 529 00:37:17,653 --> 00:37:20,656 Saya tengking benda ini sekuat hati. 530 00:37:20,656 --> 00:37:24,118 Saya kata, "Jangan ganggu budak ini. Lawan aku." 531 00:37:24,118 --> 00:37:26,161 "Aku di sini. Lawan aku." 532 00:37:29,123 --> 00:37:31,375 Saya rasa kedinginan menyelubungi saya. 533 00:37:31,375 --> 00:37:32,293 Sejuk. 534 00:37:33,752 --> 00:37:37,047 Lorraine kata, "Oh, Tuhan. Apa awak buat?" 535 00:37:40,175 --> 00:37:42,469 Ed kata, "Awak tak boleh buat begini." 536 00:37:42,469 --> 00:37:46,390 Kita tak boleh cabar sebarang jenis entiti syaitan. 537 00:37:47,099 --> 00:37:50,227 Kami pun tak tahu. Dia ingat dia cuba bantu David. 538 00:37:52,646 --> 00:37:56,567 Saya masih ingat datuk saya kata, "Jangan cakap begitu." 539 00:37:56,567 --> 00:38:00,279 "Kata-kata itu akan buat awak diserang." 540 00:38:00,821 --> 00:38:01,864 Betul cakap dia. 541 00:38:04,783 --> 00:38:07,786 Tapi kami rasa ia dah berakhir. 542 00:38:08,620 --> 00:38:10,539 Penghalauan hantu David berjaya. 543 00:38:27,931 --> 00:38:30,100 Saya masih ingat saya gembira. 544 00:38:31,810 --> 00:38:35,022 Saya habiskan banyak masa bermain di luar, 545 00:38:36,774 --> 00:38:39,902 cuba jadi budak yang baik, jadi anak yang baik dalam keluarga. 546 00:38:42,863 --> 00:38:44,198 Ibu saya membakar kek, 547 00:38:45,157 --> 00:38:46,575 buat kami gembira. 548 00:38:49,078 --> 00:38:52,456 Kami sangka kami akan ada permulaan baharu. 549 00:38:55,459 --> 00:38:57,336 Bukan itu yang berlaku. 550 00:39:06,929 --> 00:39:11,183 JABATAN POLIS BANDAR BROOKFIELD 551 00:39:11,183 --> 00:39:14,395 {\an8}Saya sedar ada perkara pelik, 552 00:39:14,395 --> 00:39:15,396 {\an8}DETEKTIF CONNECTICUT 553 00:39:15,396 --> 00:39:18,440 {\an8}...perkara jahat yang dikatakan berlaku di rumah Glatzel. 554 00:39:19,900 --> 00:39:23,529 Ada pegawai polis dapat aduan bising di sana. 555 00:39:24,113 --> 00:39:25,572 Saya detektif bertugas 556 00:39:25,572 --> 00:39:28,867 dan Ed dan Lorraine Warren datang ke jabatan polis lama 557 00:39:28,867 --> 00:39:30,327 di Jalan Jambatan Grays. 558 00:39:31,787 --> 00:39:35,916 Ed Warren memperkenalkan dirinya sebagai pakar syaitan 559 00:39:35,916 --> 00:39:38,585 dan Lorraine Warren memperkenalkan dirinya sebagai psikik. 560 00:39:40,963 --> 00:39:42,965 Lorraine susah hati. 561 00:39:42,965 --> 00:39:47,594 Dia beritahu saya bahawa semasa salah satu upacara penghalauan hantu, 562 00:39:47,594 --> 00:39:50,931 Arne Cheyenne Johnson mencabar syaitan 563 00:39:50,931 --> 00:39:53,851 untuk tinggalkan David Glatzel dan lawan dia. 564 00:39:53,851 --> 00:39:56,145 Lorraine sangat marah tentang itu. 565 00:39:56,145 --> 00:40:00,065 Dia kata, "Dia tak patut buat begitu. Kita tak boleh buat begitu." 566 00:40:00,065 --> 00:40:02,609 Dia tak tahu dia sedang lawan siapa." 567 00:40:02,609 --> 00:40:08,115 Dia kata, "Saya nampak kecederaan serius atau kematian dengan pisau." 568 00:40:08,615 --> 00:40:11,493 Dia nak beritahu kami yang jenayah boleh berlaku. 569 00:40:11,493 --> 00:40:13,996 Yang dia... Saya nak jelaskan. Dia kata, 570 00:40:13,996 --> 00:40:16,331 "Saya nampak hal ini berlaku sebagai psikik." 571 00:40:16,832 --> 00:40:20,169 Dia berterus-terang. Dia tak nampak pelik. 572 00:40:20,169 --> 00:40:21,920 Dia tak berkelakuan pelik. 573 00:40:22,796 --> 00:40:26,800 Saya sangka dia sampaikan apa yang dia percaya 574 00:40:26,800 --> 00:40:29,136 dan padanya, ia benar. 575 00:40:29,136 --> 00:40:33,599 Lihatlah. Nampaknya, ia benar. 576 00:40:41,148 --> 00:40:45,527 Kakak saya bekerja di rumah anjing di Brookfield. 577 00:40:47,237 --> 00:40:48,989 Dia nak mulakan hidup dengan Arne. 578 00:40:50,032 --> 00:40:51,241 {\an8}Saya penjaga anjing. 579 00:40:51,241 --> 00:40:55,954 {\an8}Bos saya ialah Alan Bono, yang menjadi kawan Arne dan saya. 580 00:40:55,954 --> 00:40:57,164 {\an8}BOS DEBBIE 581 00:40:57,164 --> 00:40:59,458 Saya dan Arne akhirnya dapat satu apartmen 582 00:41:00,083 --> 00:41:02,252 apabila saya dapat kerja itu. 583 00:41:05,631 --> 00:41:09,635 {\an8}Kami sangat teruja dapat hidup bersama. 584 00:41:09,635 --> 00:41:12,971 {\an8}Kami boleh tarik nafas dalam-dalam dan biar keadaan reda 585 00:41:12,971 --> 00:41:16,808 selepas semua dugaan dan kesusahan yang kami lalui. 586 00:41:18,644 --> 00:41:22,272 Kami rasa lega. Seperti, "Tamat juga akhirnya." 587 00:41:22,272 --> 00:41:24,608 "Ia dah tamat. Sekarang kita boleh berehat." 588 00:41:32,199 --> 00:41:35,410 Ingat, apabila anda mencabar syaitan, 589 00:41:36,119 --> 00:41:39,998 {\an8}ia tak bertindak pada masa itu juga. 590 00:41:40,582 --> 00:41:43,961 Ia tunggu sehingga anda berada dalam keadaan paling lemah, 591 00:41:43,961 --> 00:41:45,837 kemudian ia menyerang. 592 00:41:49,049 --> 00:41:53,887 16 FEBRUARI 1981 LIMA BULAN SELEPAS PENGHALAUAN HANTU 593 00:41:53,887 --> 00:41:57,015 Saya rasa tak sihat apabila saya dan Debbie bangun pagi itu. 594 00:41:57,516 --> 00:41:59,059 Saya rasa tak begitu sihat. 595 00:42:00,102 --> 00:42:02,854 Kami pergi ke Bridgeport untuk ambil adik-beradik saya 596 00:42:02,854 --> 00:42:05,816 sebab kami ingin meluangkan hujung minggu itu dengan mereka. 597 00:42:08,193 --> 00:42:11,029 Kami jumpa Alan Bono semasa makan tengah hari, 598 00:42:11,029 --> 00:42:13,323 jadi kami minum beberapa gelas wain. 599 00:42:13,323 --> 00:42:17,411 Tapi Alan nampak agak mabuk. 600 00:42:17,411 --> 00:42:20,789 Saya pandang Debbie dan kata, 601 00:42:20,789 --> 00:42:23,375 "Apa kata kita pergi? Ini masa yang sesuai 602 00:42:23,375 --> 00:42:25,711 untuk bawa mereka pergi dari persekitaran ini." 603 00:42:26,336 --> 00:42:29,715 Tiada apa-apa yang buruk berlaku, tapi dia agak kasar. 604 00:42:29,715 --> 00:42:32,634 Saya tak mahu adik-beradik saya berada di situ. 605 00:42:33,427 --> 00:42:35,345 Kami mula menuruni tangga 606 00:42:36,805 --> 00:42:40,684 dan saya sendiri tak ingat apa-apa selepas itu. 607 00:42:47,190 --> 00:42:49,610 Saya rasa waktu itu mungkin tujuh atau lapan malam. 608 00:42:51,737 --> 00:42:53,488 Telefon berdering. 609 00:43:00,412 --> 00:43:02,956 - Helo? - Kakak saya menangis dalam telefon. 610 00:43:04,416 --> 00:43:09,296 Sebelum dia cakap apa-apa, saya terbayang seorang lelaki... 611 00:43:10,380 --> 00:43:11,298 mati. 612 00:43:13,717 --> 00:43:15,385 David, panggil mak! 613 00:43:15,385 --> 00:43:19,514 Tahu-tahu saja, dalam sepuluh saat, ibu saya menjerit. Saya kata, "Oh, Tuhan." 614 00:43:24,186 --> 00:43:27,814 Dia beritahu ayah saya, "Masuk kereta. Kita perlu ke rumah anjing." 615 00:43:29,900 --> 00:43:33,362 David beritahu saya Alan Bono dah mati. 616 00:43:34,613 --> 00:43:36,365 "Bagaimana? Apa maksud awak?" 617 00:43:37,407 --> 00:43:40,452 David kata, "Arne Cheyenne Johnson dirasuk." 618 00:43:42,204 --> 00:43:44,247 "Syaitan itu. Ia bunuh dia." 619 00:43:47,584 --> 00:43:52,089 Saya dapat panggilan daripada penghantar. Saya diberitahu ada tikaman serius. 620 00:43:52,714 --> 00:43:54,633 Kami panggil semua orang. 621 00:43:57,010 --> 00:44:00,639 Deborah Glatzel beritahu unit peronda polis yang tiba 622 00:44:01,139 --> 00:44:03,517 yang Arne dan Allen telah minum arak. 623 00:44:04,393 --> 00:44:09,856 Di apartmen, ada pertengkaran dan ia menjadi pergaduhan fizikal. 624 00:44:09,856 --> 00:44:15,028 Ia berakhir di laman depan rumah anjing kira-kira 13, 15 kaki dari pintu depan. 625 00:44:16,822 --> 00:44:20,659 Semasa pergaduhan ini, Arne keluarkan pisau di dalam sarungnya 626 00:44:21,910 --> 00:44:25,706 dan dia tikam Alan Bono berkali-kali. 627 00:44:27,374 --> 00:44:29,918 Alan Bono cedera parah. 628 00:44:32,838 --> 00:44:36,133 Debbie Glatzel tidak keruan, 629 00:44:36,133 --> 00:44:38,719 berkata Arne menuju ke hutan 630 00:44:38,719 --> 00:44:42,639 dan dia ingat Arne akan pergi ke rumah keluarganya 631 00:44:42,639 --> 00:44:45,559 di Jalan Oak Grove yang tak begitu jauh. 632 00:44:50,397 --> 00:44:52,691 Saya cuma nampak imej Arne. 633 00:44:54,151 --> 00:44:57,112 Saya nampak dia menuju ke rumah saya di Brookfield. 634 00:44:58,697 --> 00:45:02,451 Saya serta-merta tahu Arne dirasuk oleh syaitan. 635 00:45:09,833 --> 00:45:11,793 Adik saya panik. 636 00:45:13,211 --> 00:45:16,715 Dia heret meja dengan saya ke pintu. 637 00:45:16,715 --> 00:45:20,093 Kami kunci pintu dan sekatnya dengan meja sebab dia kata, 638 00:45:20,093 --> 00:45:21,678 "Dia nak bunuh saya." 639 00:45:25,932 --> 00:45:30,145 Saya tak pernah takut langsung dengan Arne Cheyenne Johnson, 640 00:45:30,145 --> 00:45:33,064 tapi apabila David beritahu saya dia dirasuk syaitan, 641 00:45:33,899 --> 00:45:35,525 saya sangat takut. 642 00:45:39,654 --> 00:45:44,075 Pemandu ambulans yang kembali daripada membawa Alan Bono ke hospital 643 00:45:44,659 --> 00:45:47,662 nampak suspek yang sepadan dengan gambaran, 644 00:45:48,580 --> 00:45:52,918 hubungi jabatan polis dan mereka menahannya. 645 00:45:56,004 --> 00:45:57,672 Kalau bukan kerana pemandu ambulans itu, 646 00:45:57,672 --> 00:46:00,842 saya atau adik saya, David mungkin tiada hari ini. 647 00:46:04,763 --> 00:46:06,181 POLIS 648 00:46:06,181 --> 00:46:09,184 Saya ditugaskan untuk memproses Arne Cheyenne Johnson. 649 00:46:09,184 --> 00:46:13,188 Saya ambil cap jarinya. Saya bacakan hak Miranda dia. 650 00:46:13,814 --> 00:46:14,981 {\an8}JABATAN POLIS BROOKFIELD 651 00:46:14,981 --> 00:46:20,445 {\an8}Dia cuma nampak macam ada masalah, terlibat dalam pergaduhan, kusut masai. 652 00:46:20,445 --> 00:46:21,780 {\an8}Ada yang tak kena. 653 00:46:23,698 --> 00:46:27,536 Saya letih. Saya tak boleh berdiri pun. Saya duduk di satu bangku. 654 00:46:28,870 --> 00:46:33,333 Saya tanya dia, "Kenapa saya di sini? Apa yang berlaku?" 655 00:46:33,333 --> 00:46:36,503 Dia kata, "Awak baru bunuh kawan awak." 656 00:46:37,295 --> 00:46:38,547 Saya kata, "Tidak." 657 00:46:39,923 --> 00:46:43,969 Saya tak percaya langsung. Saya kata, "Awak silap." 658 00:46:43,969 --> 00:46:46,054 "Alan tak apa-apa. Kami tinggalkan rumah." 659 00:46:46,054 --> 00:46:49,140 Dia kata, "Tak, dia dah mati dan awak bunuh dia." 660 00:46:51,059 --> 00:46:54,187 Tiada tangisan. Tiada kata-kata "Maafkan saya." 661 00:46:54,187 --> 00:46:56,356 Dia kata, "Saya tak tahu apa yang berlaku." 662 00:46:56,356 --> 00:46:59,901 Dia tak ingat apa-apa tentang pembunuhan itu. 663 00:47:02,153 --> 00:47:03,572 Saya tak pernah sakiti sesiapa. 664 00:47:04,531 --> 00:47:05,532 Tak pernah. 665 00:47:05,532 --> 00:47:08,326 Saya tak pernah ditahan atas apa-apa. 666 00:47:09,119 --> 00:47:11,788 Jadi, saya cakap begitu kepada mereka. 667 00:47:11,788 --> 00:47:14,291 "Tak mungkin saya buat begini. Awak salah orang." 668 00:47:14,291 --> 00:47:17,794 {\an8}JABATAN POLIS BROOKFIELD 669 00:47:20,046 --> 00:47:23,508 {\an8}Dalam kes David Glatzel, apabila Arne Johnson dirasuk 670 00:47:23,508 --> 00:47:27,596 {\an8}akibat membantu dan mencabar entiti syaitan, 671 00:47:27,596 --> 00:47:28,847 ini satu kemungkinan. 672 00:47:28,847 --> 00:47:32,976 Saya pernah lihat dalam kesusasteraan yang hal ini digelar "transmigrasi", 673 00:47:33,518 --> 00:47:37,981 dan di sinilah roh jahat mungkin berpindah daripada orang yang dirasuk 674 00:47:37,981 --> 00:47:40,317 kepada seseorang yang mungkin hadir semasa penghalauan hantu. 675 00:47:43,737 --> 00:47:46,031 Peguam bela di Connecticut akan cuba membuktikan 676 00:47:46,031 --> 00:47:48,241 anak guamnya tidak bersalah atas pembunuhan 677 00:47:48,241 --> 00:47:50,035 kerana defendan berusia 19 tahun itu 678 00:47:50,035 --> 00:47:53,413 berkata kononnya dia dirasuk syaitan ketika pembunuhan itu. 679 00:47:53,413 --> 00:47:58,001 Arne Cheyenne Johnson, 19 tahun, tanpa sejarah keganasan, 680 00:47:58,001 --> 00:48:01,421 didakwa membunuh tuan rumahnya, Alan Bono, 681 00:48:01,421 --> 00:48:05,300 dan mendakwa dia dirasuk syaitan ketika itu dan tidak ingat melakukannya. 682 00:48:06,927 --> 00:48:09,888 Kekasihnya, Deborah Glatzel, yang berada di sana ketika ia berlaku 683 00:48:09,888 --> 00:48:12,182 yang adiknya dikatakan dirasuk, 684 00:48:12,182 --> 00:48:14,267 memberitahu kami apa yang berlaku. 685 00:48:14,267 --> 00:48:18,021 {\an8}Saya tak nampak sebarang tikaman berlaku. Saya berada di tengah-tengah. 686 00:48:18,021 --> 00:48:19,356 {\an8}Apa yang awak nampak? 687 00:48:21,024 --> 00:48:23,318 Cuma tolak-menolak. 688 00:48:23,318 --> 00:48:24,235 Kemudian? 689 00:48:24,986 --> 00:48:27,113 Kemudian semuanya huru-hara. 690 00:48:28,239 --> 00:48:30,659 Debbie rasa ia akan dibuktikan, 691 00:48:31,326 --> 00:48:35,747 rasa yakin yang kami boleh buktikan rasukan syaitan. 692 00:48:36,331 --> 00:48:38,333 Selepas apa yang kami lalui, 693 00:48:39,042 --> 00:48:42,128 hal itu patut membuktikan kepada semua orang yang syaitan wujud. 694 00:48:43,213 --> 00:48:44,923 Peguam Johnson, Martin Minnella, 695 00:48:44,923 --> 00:48:47,050 tidak menyebut tentang syaitan di mahkamah. 696 00:48:47,050 --> 00:48:49,552 {\an8}Sehingga kami dapat keputusan laporan ahli patologi, 697 00:48:49,552 --> 00:48:54,599 {\an8}laporan ahli patologi kami sendiri dan autopsi, kami tak boleh buat apa-apa. 698 00:48:55,183 --> 00:48:58,436 Saya tak percaya akan paranormal dulu. 699 00:48:58,436 --> 00:49:05,026 {\an8}Jadi, sebelum saya terlibat, saya kata saya nak buat kajian. 700 00:49:07,737 --> 00:49:10,323 Ed dan Lorraine Warren beritahu saya, 701 00:49:10,323 --> 00:49:13,702 "Bukan Arne Johnson yang buat." 702 00:49:13,702 --> 00:49:18,748 "Syaitan itu yang ambil alih tubuh Arne 703 00:49:19,249 --> 00:49:21,209 dan bunuh Alan Bono." 704 00:49:23,128 --> 00:49:25,964 Rakan sekerja saya fikir mereka gila 705 00:49:25,964 --> 00:49:30,093 dan kata, "Dengar sini, jauhkan diri daripada kes ini." 706 00:49:30,093 --> 00:49:32,053 Tapi saya nak dengar lagi. 707 00:49:32,053 --> 00:49:34,848 Di luarnya ibarat rumah New England yang aneh. 708 00:49:34,848 --> 00:49:38,518 Di dalamnya ibarat set filem seram Hollywood. 709 00:49:38,518 --> 00:49:41,479 Ia sebuah muzium yang mendokumenkan aktiviti paranormal. 710 00:49:41,980 --> 00:49:43,356 Ed dan Lorraine Warren berkata 711 00:49:43,356 --> 00:49:45,400 semuanya datang daripada peristiwa sebenar. 712 00:49:45,400 --> 00:49:48,570 Saya di dalam bangunan yang mungkin menempatkan... 713 00:49:49,779 --> 00:49:53,783 barang-barang ghaib paling berbahaya di dunia. 714 00:49:55,493 --> 00:49:58,830 Di dalam bilik yang ada pelbagai artifak, 715 00:49:59,330 --> 00:50:03,334 {\an8}ada sebuah patung dengan amaran, "Jangan sentuh patung itu." 716 00:50:03,334 --> 00:50:05,628 {\an8}Saya rasa nama patung itu Annabelle. 717 00:50:05,628 --> 00:50:06,755 {\an8}SYAITAN 718 00:50:06,755 --> 00:50:08,965 Mereka mainkan pita. 719 00:50:10,383 --> 00:50:12,135 Tunggu di sana! 720 00:50:12,135 --> 00:50:13,636 - Tidak! - Ya! 721 00:50:14,512 --> 00:50:15,847 Tunggu di sana! 722 00:50:16,848 --> 00:50:19,809 Pasangan Warren tunjukkan semua bukti mereka. 723 00:50:21,644 --> 00:50:23,146 Buka mata awak, David. 724 00:50:23,772 --> 00:50:27,901 Bagi saya, ia sangat boleh dipercayai. 725 00:50:29,235 --> 00:50:31,780 Saya percaya akan cerita itu, 726 00:50:31,780 --> 00:50:34,407 saya percaya akan pembelaan itu 727 00:50:34,407 --> 00:50:38,828 dan saya juga percaya tiada peguam lain di negeri ini 728 00:50:39,329 --> 00:50:42,499 yang akan mewakili dia dengan pembelaan ini. 729 00:50:44,209 --> 00:50:45,877 "Syaitan yang memaksa saya." 730 00:50:46,461 --> 00:50:49,214 Itulah yang peguam jenayah, Martin Minnella kata 731 00:50:49,214 --> 00:50:52,217 dia akan cuba buktikan apabila anak guamnya dibicarakan. 732 00:50:52,217 --> 00:50:58,515 Pembelaan kami pernah digunakan di England. 733 00:50:58,515 --> 00:51:03,103 Pembelaan rasukan syaitan tak pernah digunakan di Amerika Syarikat. 734 00:51:03,103 --> 00:51:06,106 {\an8}Pendakwaan terhadap Arne Johnson, yang tinggal di tingkat atas, 735 00:51:06,106 --> 00:51:07,899 dijangka pada 19 Mac. 736 00:51:07,899 --> 00:51:10,610 Sudah tiga kes dibicarakan di England. 737 00:51:10,610 --> 00:51:12,987 Dua atas tuduhan membakar, satu atas tuduhan rogol. 738 00:51:12,987 --> 00:51:17,492 Keputusan dalam semua kes, tidak bersalah kerana dirasuk syaitan. 739 00:51:17,992 --> 00:51:20,286 {\an8}Selama 15 tahun saya menjadi wartawan, 740 00:51:20,286 --> 00:51:23,373 {\an8}inilah kisah paling pelik yang saya pernah laporkan. 741 00:51:23,373 --> 00:51:24,833 Lorraine dan Ed Warren, 742 00:51:24,833 --> 00:51:28,253 dikenali sebagai pelajar lama dan pensyarah tentang ilmu ghaib. 743 00:51:28,837 --> 00:51:32,298 Pasangan Warren berkata pengaruh syaitan dalam diri Johnson 744 00:51:32,298 --> 00:51:33,925 yang menyebabkan dia membunuh. 745 00:51:33,925 --> 00:51:38,054 Memahami isu rasukan syaitan dari perspektif wartawan 746 00:51:38,054 --> 00:51:40,056 sangat sukar. 747 00:51:40,682 --> 00:51:43,101 Sebab anda tak boleh buktikannya. 748 00:51:43,101 --> 00:51:44,853 Anda tak boleh nafikannya. 749 00:51:45,353 --> 00:51:49,399 Sebagai wartawan yang bagus, anda cuma boleh cuba cari fakta. 750 00:51:50,984 --> 00:51:54,988 Enam hari selepas ditikam, saya diperkenalkan kepada pasangan Warren. 751 00:51:56,030 --> 00:51:57,991 KANAK-KANAK DIRASUK BERKATA KESAT 752 00:51:57,991 --> 00:51:59,242 Kami minta kebenaran. 753 00:51:59,242 --> 00:52:01,953 Mereka akan berikan saya beberapa pita audio. 754 00:52:01,953 --> 00:52:05,707 Saya boleh mainkannya dalam dua stesen radio 755 00:52:05,707 --> 00:52:07,584 jika saya mahu. 756 00:52:08,376 --> 00:52:10,503 Selamat tengah hari. Ini Mike Allen. 757 00:52:10,503 --> 00:52:13,423 Berita W.I.N.E memperolehi pita-pita yang agak dramatik 758 00:52:13,423 --> 00:52:17,010 yang dikatakan berkaitan dengan kes tikaman maut akibat rasukan syaitan 759 00:52:17,010 --> 00:52:17,927 di Brookfield. 760 00:52:18,595 --> 00:52:21,431 Dengan nama Bapa, Putera dan Roh Kudus, 761 00:52:21,431 --> 00:52:23,224 aku arahkan kau tinggalkan budak ini. 762 00:52:23,224 --> 00:52:26,895 Salib ada di dahi kau. Kau tak boleh sakiti anak Tuhan. 763 00:52:26,895 --> 00:52:29,189 Jesus akan mati di neraka. 764 00:52:29,189 --> 00:52:31,357 Mak sayang kamu. 765 00:52:33,193 --> 00:52:37,238 Saya jangka kami akan terima banyak panggilan telefon 766 00:52:37,238 --> 00:52:39,407 yang kata, "Kenapa awak mainkan pita ini?" 767 00:52:39,407 --> 00:52:40,700 "Awak teruk." 768 00:52:41,784 --> 00:52:44,787 Sebaliknya, ramai orang kata, "Bila awak nak mainkannya lagi?" 769 00:52:47,332 --> 00:52:49,959 Saya terima surat dari seluruh negara, 770 00:52:50,543 --> 00:52:53,963 daripada psikik dan orang dalam bidang paranormal 771 00:52:53,963 --> 00:52:55,924 yang menawarkan khidmat mereka. 772 00:52:55,924 --> 00:52:59,844 Kemudian, ada orang yang tak percaya yang kata, "Awak bergurau?" 773 00:52:59,844 --> 00:53:01,930 "Ada arak. Ada tikaman." 774 00:53:01,930 --> 00:53:03,473 "Tak syak lagi dia bersalah." 775 00:53:03,473 --> 00:53:06,184 "Kenapa awak siarkan pita ini? Mengarut." 776 00:53:06,976 --> 00:53:09,437 Ketika melawat lokasi pembunuhan, tiada satu pun jiran, 777 00:53:09,437 --> 00:53:12,815 termasuk paderi yang terlibat dalam kes itu, mahu bercakap tentangnya. 778 00:53:13,316 --> 00:53:18,905 Saya hubungi paderi yang menghadiri upacara penghalauan hantu itu. 779 00:53:19,489 --> 00:53:23,284 Apa yang saya katakan kepada mereka ialah, "Ada dakwaan 780 00:53:23,868 --> 00:53:27,538 bahawa semasa upacara itu, ada perabot berterbangan, 781 00:53:27,538 --> 00:53:30,416 ada apungan berlaku." 782 00:53:31,376 --> 00:53:36,714 "Saya cuma minta awak cakap, 'Mengarut. Ia tak berlaku.'" 783 00:53:36,714 --> 00:53:40,343 "Kemudian, semuanya selesai." Mereka enggan cakap begitu. 784 00:53:41,594 --> 00:53:47,350 Ed, apa kata awak kepada orang yang kata, "Saya tak percaya semua ini." 785 00:53:47,934 --> 00:53:49,936 Saya harap awak bukan juri. 786 00:53:50,728 --> 00:53:54,524 Kami boleh sokong sejarah kes ini dengan banyak sejarah kes lain 787 00:53:54,524 --> 00:53:57,819 yang kami terlibat dan buktikan tanpa keraguan 788 00:53:57,819 --> 00:54:00,780 bahawa fenomena ghaib berlaku di sini. 789 00:54:13,710 --> 00:54:15,378 Gambar-gambar itu nampak gembira. 790 00:54:16,963 --> 00:54:18,339 {\an8}Saya akuinya. 791 00:54:19,716 --> 00:54:23,386 {\an8}Tapi ada sisi lain apabila pintu itu ditutup. 792 00:54:23,386 --> 00:54:24,971 Itu yang saya boleh kata. 793 00:54:28,224 --> 00:54:30,685 Kami bukan keluarga Amerika yang bahagia. 794 00:54:30,685 --> 00:54:32,186 Ibu saya ada agendanya. 795 00:54:32,186 --> 00:54:35,523 Jika keadaan tak berjalan lancar, dia akan mengamuk. 796 00:54:37,775 --> 00:54:41,863 Di depan orang, dia cuba pamerkan dirinya sebagai orang alim dan seumpamanya, 797 00:54:42,739 --> 00:54:45,074 tapi itu bukan realitinya langsung. 798 00:54:45,658 --> 00:54:49,454 Dia tak pergi gereja atau seumpamanya sehinggalah David dirasuk syaitan. 799 00:54:49,454 --> 00:54:51,914 Apabila Lorraine Warren muncul, 800 00:54:51,914 --> 00:54:53,499 semua orang kata, 801 00:54:53,499 --> 00:54:56,252 "Kita perlu pakai skapular. Kita perlu pakai tasbih." 802 00:54:56,753 --> 00:54:57,879 Saya tak percaya. 803 00:55:00,048 --> 00:55:03,426 Saya berusia 15 tahun ketika adik saya kononnya dirasuk. 804 00:55:05,553 --> 00:55:08,222 Saya tak pernah bercakap di depan kamera 805 00:55:08,222 --> 00:55:10,183 dan saya mahu kebenaran terbongkar 806 00:55:10,933 --> 00:55:13,853 kerana seorang lelaki tak bersalah dibunuh. 807 00:55:14,729 --> 00:55:17,106 Mereka nak kata "syaitan yang memaksa saya"? 808 00:55:17,648 --> 00:55:21,235 Tak benar langsung. Saya tahu kerana saya mengharunginya. 809 00:55:21,736 --> 00:55:23,321 14 JULAI 1980 810 00:55:23,321 --> 00:55:27,367 TUJUH BULAN SEBELUM PEMBUNUHAN ALAN BONO 811 00:55:32,038 --> 00:55:35,249 Saya di luar dan Ed dan Lorraine tiba. 812 00:55:37,377 --> 00:55:40,296 Ed Warren kata, "Apa yang berlaku?" 813 00:55:40,296 --> 00:55:43,591 Saya kata, "Sejujurnya, saya rasa keluarga saya gila." 814 00:55:47,970 --> 00:55:49,430 Saya kata begitu kepada Ed. 815 00:55:53,935 --> 00:55:56,938 Saya tak tahu agenda Ed dan Lorraine Warren 816 00:55:56,938 --> 00:55:58,022 pada mulanya. 817 00:56:00,024 --> 00:56:03,528 Saya hanya duduk dan lihat dan saya rasa ada yang tak kena. 818 00:56:03,528 --> 00:56:05,530 Apa awak akan buat jika awak yang berkuasa? 819 00:56:05,530 --> 00:56:08,991 Mereka duduk di meja dapur untuk bincang isu David. 820 00:56:08,991 --> 00:56:11,702 - Awak tak suka benda ini, bukan? - Tidak. 821 00:56:11,702 --> 00:56:12,620 Mereka kata, 822 00:56:12,620 --> 00:56:16,207 "Dia boleh mula memaki dan meludah pada awak." 823 00:56:16,207 --> 00:56:18,793 "Dia akan mendengus dan menggeram seperti binatang." 824 00:56:19,794 --> 00:56:20,795 Saya pula fikir, 825 00:56:20,795 --> 00:56:24,590 kenapa bercakap tentang subjek itu sedangkan kami duduk di sana? 826 00:56:26,092 --> 00:56:28,803 Suruh anak-anak keluar, turun ke bawah dan buat sesuatu. 827 00:56:29,303 --> 00:56:33,099 Tapi mereka nak pastikan kami dengar. Kami pun dengar. 828 00:56:33,933 --> 00:56:36,394 Seolah-olah awak ajar mereka nak buat apa. 829 00:56:36,394 --> 00:56:38,813 Apa yang dia buat apabila dia bukan David? 830 00:56:39,313 --> 00:56:41,691 - Meludah, mula menyumpah. - Dia banyak menyumpah. 831 00:56:41,691 --> 00:56:44,819 - Menyumpah paderi? - Serta saya. Ya, banyak yang ditujukan... 832 00:56:44,819 --> 00:56:47,321 Awak tak fikir David cukup bijak untuk fahaminya? 833 00:56:48,072 --> 00:56:52,952 Beberapa hari kemudian, David betul-betul buat begitu. 834 00:56:54,078 --> 00:56:56,289 - Baiklah, nak! - Celaka! 835 00:56:56,789 --> 00:56:58,040 Aku akan denda kau! 836 00:56:58,833 --> 00:57:01,878 - David, berhenti. - Kau memang patut mati! 837 00:57:01,878 --> 00:57:05,047 - David, bertenang. - Kau tak layak hidup! 838 00:57:05,923 --> 00:57:06,883 Kau akan mati! 839 00:57:07,800 --> 00:57:09,927 Betina gemuk tak guna. 840 00:57:12,013 --> 00:57:15,099 Pada mulanya, pasangan Warren selalu datang, 841 00:57:15,099 --> 00:57:18,811 setiap selang sehari. Minggu pertama mereka datang setiap hari. 842 00:57:18,811 --> 00:57:22,064 Mak ada di sini. Tolonglah. Pergilah. 843 00:57:22,064 --> 00:57:24,525 Setiap malam mereka pasang kamera. 844 00:57:24,525 --> 00:57:26,611 - Tinggalkan anak aku. - Mikrofon sedia. 845 00:57:26,611 --> 00:57:29,530 - Tidak! - Mak ibu kamu. 846 00:57:29,530 --> 00:57:31,824 Ia jadi pertunjukan. 847 00:57:32,658 --> 00:57:34,285 Jangan buat begitu! 848 00:57:36,329 --> 00:57:40,333 Berhenti! Bangun! Oh, Tuhan! Bangun, cepat! 849 00:57:41,125 --> 00:57:45,421 Daripada menumpukan tenaga untuk bantu David, mereka rakam dia. 850 00:57:47,465 --> 00:57:49,467 Semuanya boleh dibuat secara berbeza. 851 00:57:51,469 --> 00:57:53,471 Ada satu kejadian pada satu malam, 852 00:57:53,471 --> 00:57:59,393 ibu saya menjerit pada David untuk berhenti, bertenang dan duduk. 853 00:57:59,393 --> 00:58:01,812 David mula menghinanya. 854 00:58:01,812 --> 00:58:05,691 Tiba-tiba ayah saya keluar. 855 00:58:05,691 --> 00:58:07,693 - Kau tak layak hidup! - David... 856 00:58:07,693 --> 00:58:08,694 Bangun! 857 00:58:08,694 --> 00:58:09,654 Saya dengar "tampar". 858 00:58:10,530 --> 00:58:11,948 Pergi ke sana dan duduk. 859 00:58:11,948 --> 00:58:13,866 Dia kata, "Ayah kata berhenti." 860 00:58:13,866 --> 00:58:16,202 Cukup! Kamu perlu berhenti. 861 00:58:16,202 --> 00:58:21,541 Sudah tentu, syaitan itu duduk dan diam. 862 00:58:22,542 --> 00:58:24,835 Saya lega setidaknya ia dengar cakap ayah saya. 863 00:58:27,255 --> 00:58:29,632 Okey, sekejap. Okey, mula... 864 00:58:31,425 --> 00:58:34,971 Pada malam pembunuhan itu, saya dan ayah saya bekerja di luar 865 00:58:34,971 --> 00:58:36,556 dan ibu saya menjerit, 866 00:58:37,932 --> 00:58:41,310 "Kita perlu ke rumah anjing. Ada sesuatu berlaku. Debbie cemas." 867 00:58:41,310 --> 00:58:42,728 - Kita perlu pergi. - Baiklah. 868 00:58:51,821 --> 00:58:54,824 Kami tiba di sana dan Debbie kata, "Ada pergaduhan teruk." 869 00:58:54,824 --> 00:58:57,076 "Alan ditikam. Dia di sana." 870 00:58:59,078 --> 00:59:00,371 Alan terbaring di sisinya. 871 00:59:00,371 --> 00:59:02,957 Ketika itulah saya dekatinya dan tegakkan tubuh dia. 872 00:59:02,957 --> 00:59:04,250 Ingat, saya 15 tahun. 873 00:59:04,250 --> 00:59:07,295 Saya tak tahu nak buat apa. Saya tak pernah hadapi semua ini. 874 00:59:07,795 --> 00:59:11,048 Saya masih ingat melihat empat luka tikaman. 875 00:59:12,341 --> 00:59:15,886 Dia tercungap-cungap. Saya asyik beritahu dia, "Alan, bertahan." 876 00:59:20,933 --> 00:59:23,728 Jadi, apa saya nak buat? 877 00:59:23,728 --> 00:59:29,775 Seolah-olah saya tersekat. Faham tak? Cuma... 878 00:59:31,110 --> 00:59:34,614 Saya tak suka perasaan itu... Saya tak cakap tentangnya, sejujurnya. 879 00:59:34,614 --> 00:59:38,492 Saya tak nak ingat perkara itu sebab ia cuma sesuatu... 880 00:59:38,492 --> 00:59:42,705 Saya tak boleh tolong seseorang. Seolah-olah tiada apa saya boleh buat. 881 00:59:43,539 --> 00:59:46,042 Sedih melihat seseorang mati begitu. 882 00:59:51,213 --> 00:59:54,216 Saya tak pernah sangka pembunuhan Alan Bono 883 00:59:54,216 --> 00:59:55,635 ada kaitan dengan David. 884 00:59:57,011 --> 00:59:59,263 Tiada syaitan dalam hal ini. 885 01:00:00,640 --> 01:00:03,476 Arne sangat mencemburui Debbie. 886 01:00:05,394 --> 01:00:09,440 Ada spekulasi bahawa Debbie ada hubungan sulit dengan Alan Bono. 887 01:00:11,233 --> 01:00:14,737 Saya masih ingat Debbie Glatzel datang ke jabatan polis 888 01:00:15,446 --> 01:00:17,907 dan dia kata, "Saya dengar khabar angin 889 01:00:18,407 --> 01:00:23,120 bahawa pembunuhan ini disebabkan cinta tiga segi, 890 01:00:23,120 --> 01:00:28,501 antara saya dan Alan Bono dengan Arne Cheyenne Johnson." 891 01:00:28,501 --> 01:00:32,254 Dia kata, "Tak. Saya pernah ada hubungan dengan Alan Bono." 892 01:00:32,254 --> 01:00:37,093 "Ia sudah tamat dan pembunuhan ini tiada kaitan dengan hal itu." 893 01:00:37,927 --> 01:00:40,888 Satu perbicaraan pembunuhan aneh akan berlangsung esok di Danbury. 894 01:00:40,888 --> 01:00:43,766 Pokok kes ini ialah dakwaan rasukan syaitan. 895 01:00:43,766 --> 01:00:45,393 Jim Van Sickle melaporkan. 896 01:00:46,435 --> 01:00:49,188 {\an8}Adakah syaitan akan hadir di mahkamah purba ini 897 01:00:49,188 --> 01:00:50,940 di Danbury, Connecticut esok? 898 01:00:51,524 --> 01:00:53,776 Mungkinkah ia akan menjadi saksi? 899 01:00:54,735 --> 01:00:57,571 Saya tak tahu perbicaraan akan bermula. 900 01:00:58,072 --> 01:01:01,575 Pada hari pertama perbicaraan, ibu bapa saya berikan saya duit 901 01:01:01,575 --> 01:01:05,663 supaya saya boleh ponteng sekolah dan buat apa saja hari itu. 902 01:01:06,247 --> 01:01:10,918 Mereka takut saya terlibat dalam cerita itu, 903 01:01:12,545 --> 01:01:13,838 kerana saya tahu 904 01:01:15,965 --> 01:01:17,341 semua ini rekaan. 905 01:01:21,721 --> 01:01:26,934 'PERBICARAAN PEMBUNUHAN SYAITAN' BERMULA 28 OKTOBER 1981 906 01:01:26,934 --> 01:01:30,855 MAHKAMAH DAERAH FAIRFIELD 907 01:01:32,273 --> 01:01:34,567 POLIS DANBURY 908 01:01:38,362 --> 01:01:41,657 Kami sekeluarga fikir Arne akan didapati tak bersalah 909 01:01:43,159 --> 01:01:46,370 sebab kami sudah ada paderi, 910 01:01:46,370 --> 01:01:49,749 pasangan Warren, semua bukti yang kami kumpul, 911 01:01:49,749 --> 01:01:51,834 rakaman audio, gambar 912 01:01:52,334 --> 01:01:57,006 dan dapat tunjuk kepada mahkamah yang Arne tak membunuh. 913 01:01:57,757 --> 01:02:00,968 Dia dirasuk kerana dia mencabar syaitan itu. 914 01:02:03,596 --> 01:02:07,349 Pihak pendakwa ingin mengenakan hukuman maksimum 915 01:02:07,349 --> 01:02:08,934 atas sabitan bersalah. 916 01:02:08,934 --> 01:02:11,353 {\an8}Ini sebuah kes yang pihak media 917 01:02:11,854 --> 01:02:16,525 {\an8}dan pasangan Warren telah sedaya-upaya hebahkan 918 01:02:17,067 --> 01:02:19,737 demi kepentingan kewangan mereka. 919 01:02:19,737 --> 01:02:23,199 Namun, bagi saya, ini sebuah rutin 920 01:02:23,199 --> 01:02:26,285 sehingga ia boleh menjadi homisid rutin. 921 01:02:26,285 --> 01:02:30,748 Mereka kata ini cuma kepura-puraan, 922 01:02:30,748 --> 01:02:36,545 yang kami cuba sembunyikan kes pembunuhan biasa. 923 01:02:36,545 --> 01:02:38,422 Jika Arne disabitkan membunuh, 924 01:02:38,422 --> 01:02:41,467 dia akan dipenjarakan 25 tahun hingga seumur hidup. 925 01:02:42,176 --> 01:02:43,761 {\an8}JABATAN SYERIF DAERAH FAIRFIELD 926 01:02:45,346 --> 01:02:48,474 Masuk ke dalam mahkamah sangat sukar. 927 01:02:48,474 --> 01:02:49,934 Semua tempat duduk penuh. 928 01:02:52,561 --> 01:02:54,313 Tiada siapa tahu apa akan berlaku. 929 01:02:54,313 --> 01:02:57,316 Seolah-olah pertarungan akan berlaku 930 01:02:57,316 --> 01:03:01,362 dengan Martin Minnella yang menggunakan pembelaan rasukan syaitan 931 01:03:01,362 --> 01:03:04,406 dan Hakim Robert Callahan perlu buat keputusan 932 01:03:04,406 --> 01:03:06,617 sama ada dia akan membenarkannya atau tidak. 933 01:03:07,701 --> 01:03:10,162 Sejujurnya, ia benar-benar buat saya sedar. 934 01:03:11,580 --> 01:03:14,834 Saya di mahkamah. Saya tak pernah ke sana. 935 01:03:14,834 --> 01:03:16,335 Berdepan penjara 25 tahun hingga seumur hidup. 936 01:03:17,670 --> 01:03:19,463 Saya tak boleh percaya. 937 01:03:24,552 --> 01:03:28,806 Saya percaya anak guam saya boleh bela dirinya. 938 01:03:29,431 --> 01:03:34,562 Biar juri menilai kredibiliti peristiwa yang berlaku. 939 01:03:34,562 --> 01:03:36,689 Bukan hanya percaya pada kepercayaan, 940 01:03:36,689 --> 01:03:41,110 tapi percaya pada bukti fizikal sebenar dan testimoni, 941 01:03:41,652 --> 01:03:44,488 kemudian buat keputusan berdasarkan ini. 942 01:03:45,072 --> 01:03:46,782 Tapi ia tak pernah sampai sejauh itu. 943 01:03:47,491 --> 01:03:50,786 Hakim mendengar duluan dan hujah, kemudian beliau berkata 944 01:03:50,786 --> 01:03:54,665 bahawa rasukan syaitan bukan pembelaan yang boleh diterima. 945 01:03:54,665 --> 01:03:57,501 Ia tidak relevan dalam kes ini dan di mahkamah AS. 946 01:03:57,501 --> 01:03:58,878 Ia bukan sains 947 01:03:58,878 --> 01:04:02,840 dan dia tidak akan membenarkan bukti rasukan syaitan. 948 01:04:03,340 --> 01:04:05,634 Jim Van Sickle, Berita Empat, Danbury. 949 01:04:07,511 --> 01:04:08,637 Saya sangat kecewa. 950 01:04:10,681 --> 01:04:14,101 Saya boleh dengar seluruh keluarga mengeluh, "Oh, Tuhan." 951 01:04:14,602 --> 01:04:17,897 Di mahkamah, anda perlu letak tangan pada Bible dan bersumpah atas Bible. 952 01:04:18,397 --> 01:04:20,482 Tak apa. Selain itu, 953 01:04:20,482 --> 01:04:24,069 mereka tak percaya akan benda ghaib atau syaitan. 954 01:04:25,696 --> 01:04:27,031 Jadi, bagaimana? 955 01:04:27,865 --> 01:04:29,116 Di depan saya, 956 01:04:29,617 --> 01:04:34,872 lima atau enam paderi Katolik yang berada di sana bangun serentak, 957 01:04:34,872 --> 01:04:36,832 seperti sudah dilatih, 958 01:04:36,832 --> 01:04:39,627 dan berarak keluar, tiada khabar berita lagi. 959 01:04:39,627 --> 01:04:43,088 Pihak gereja tak beri komen tentang kes ini. 960 01:04:44,673 --> 01:04:46,216 Saya rasa diabaikan. 961 01:04:47,301 --> 01:04:50,179 Saya tak berpeluang memberitahu perkara sebenar. 962 01:04:51,597 --> 01:04:54,141 Tapi mereka takkan benarkan kebenaran terbongkar, jadi... 963 01:04:54,975 --> 01:04:56,310 Saya rasa hilang arah. 964 01:04:56,936 --> 01:04:58,520 Apa kita nak buat sekarang? 965 01:04:59,021 --> 01:05:01,774 Perbicaraan di Danbury bersambung esok. 966 01:05:08,656 --> 01:05:13,369 Ia menjadi kes yang sangat sukar bagi pihak pembela untuk berhujah 967 01:05:14,411 --> 01:05:18,999 kerana ada kenyataan adik-beradiknya dengan polis yang ditandatangani 968 01:05:18,999 --> 01:05:21,919 yang kata mereka nampak Arne tikam Alan. 969 01:05:21,919 --> 01:05:25,589 Jika anda tak boleh kata, "Dia buat begitu kerana dirasuk syaitan," 970 01:05:25,589 --> 01:05:27,424 anda cuma boleh kata, "Dia tikam dia." 971 01:05:30,260 --> 01:05:34,473 Martin Minnella kata kami hanya boleh mempertahankan diri. 972 01:05:36,433 --> 01:05:39,144 Dia kata, "Itulah rayuan yang kita akan kemukakan." 973 01:05:40,354 --> 01:05:43,607 Tak bersalah atas pembunuhan darjah pertama. Pematian orang. 974 01:05:45,734 --> 01:05:49,238 Masalahnya, mempertahankan diri bukan membalas. 975 01:05:49,738 --> 01:05:52,282 Dengan erti kata lain, jika seseorang serang anda, 976 01:05:52,282 --> 01:05:54,034 anda mungkin tikam dia sekali, 977 01:05:54,034 --> 01:05:56,996 mungkin dua kali, tapi bukan beberapa kali. 978 01:05:56,996 --> 01:05:58,747 Sebab jika anda buat begitu, 979 01:05:59,790 --> 01:06:02,084 itu bukan lagi pertahanan diri. 980 01:06:04,044 --> 01:06:07,131 Untuk tiba-tiba kata ia pertahanan diri, 981 01:06:07,131 --> 01:06:10,884 sedangkan ia bukan begitu pada mulanya, 982 01:06:11,885 --> 01:06:13,679 sudah tentu nampak luar biasa. 983 01:06:14,722 --> 01:06:19,852 Itu saja cara terlepas daripada penjara 25 tahun hingga seumur hidup. 984 01:06:21,228 --> 01:06:22,730 Saya perlu jadi saksi. 985 01:06:24,606 --> 01:06:28,777 Agak sukar untuk jadi saksi kerana saya tak ingat apa yang berlaku. 986 01:06:29,820 --> 01:06:31,488 Itulah yang saya beritahu mereka. 987 01:06:32,781 --> 01:06:37,578 Saya rasa semua orang rasa ini cuma cerita yang amat malang dalam pelbagai tahap. 988 01:06:37,578 --> 01:06:40,164 Tapi pada masa yang sama, ada seseorang yang telah mati 989 01:06:40,164 --> 01:06:44,168 dan seseorang yang menyebabkan kematian itu. Keadilan perlu ditegakkan. 990 01:06:45,586 --> 01:06:50,841 KEPUTUSAN 24 NOVEMBER 1981 991 01:06:57,556 --> 01:06:59,475 Ada ketegangan dalam keluarga. 992 01:07:00,559 --> 01:07:04,396 Kakak saya takut Arne akan disabitkan membunuh 993 01:07:04,396 --> 01:07:06,940 dan dia akan dipenjarakan seumur hidup. 994 01:07:09,526 --> 01:07:13,322 Saya dibawa ke bilik perbicaraan. Bilik itu penuh. 995 01:07:14,281 --> 01:07:17,993 Hakim datang dan dapatkan keputusan daripada mandur juri. 996 01:07:20,037 --> 01:07:21,955 Saya sangat gementar dan takut. 997 01:07:25,542 --> 01:07:29,588 Keputusannya tidak bersalah atas pembunuhan darjah pertama, 998 01:07:29,588 --> 01:07:32,174 bersalah atas pematian orang darjah pertama. 999 01:07:34,802 --> 01:07:36,470 Kemudian penghukuman dibuat. 1000 01:07:37,304 --> 01:07:40,349 Saya ingat kata-kata Hakim Callahan hingga hari ini. 1001 01:07:44,603 --> 01:07:46,021 "Saya tiada pilihan lain 1002 01:07:46,021 --> 01:07:48,065 selain menjatuhkan hukuman maksimum yang dibenarkan." 1003 01:07:48,065 --> 01:07:51,777 "Sepuluh hingga 20 tahun penjara dengan kawalan maksimum." 1004 01:07:54,988 --> 01:07:59,076 Apabila saya dijatuhkan hukuman, Debbie bangun dan beritahu hakim, 1005 01:07:59,827 --> 01:08:02,955 "Callahan, awak sakit. Awak gila." 1006 01:08:04,039 --> 01:08:06,375 Kemudian dia berlari sambil menangis. 1007 01:08:09,586 --> 01:08:12,214 Semasa saya keluar dari mahkamah, 1008 01:08:12,214 --> 01:08:16,802 Debbie melepasi semua jurukamera, berlari ke arah saya untuk cium saya. 1009 01:08:16,802 --> 01:08:17,678 KEKASIH SYAITAN 1010 01:08:20,806 --> 01:08:23,475 Saya beritahu Debbie, "Saya nak awak teruskan hidup." 1011 01:08:23,475 --> 01:08:25,644 "Saya tak tahu apa akan berlaku kepada saya." 1012 01:08:26,645 --> 01:08:28,313 "Dengan cara ini, awak masih ada hidup." 1013 01:08:29,106 --> 01:08:31,650 Dia mula menangis. Dia kata, "Awak tak cintai saya." 1014 01:08:31,650 --> 01:08:34,444 Saya kata, "Saya cintai awak. Saya berikan awak kebebasan." 1015 01:08:34,987 --> 01:08:36,822 Dia kata, "Saya takkan tinggalkan awak." 1016 01:08:39,449 --> 01:08:41,326 Saya selalu cakap dari awal. 1017 01:08:42,619 --> 01:08:43,704 Arne tak bersalah. 1018 01:08:47,457 --> 01:08:49,126 Dia mengharungi macam-macam. 1019 01:08:57,801 --> 01:08:59,386 Ibu saya sangat marah. 1020 01:09:00,804 --> 01:09:03,807 Dia tahu Arne dirasuk syaitan. 1021 01:09:05,350 --> 01:09:07,019 Dia bukan seorang yang ganas. 1022 01:09:07,519 --> 01:09:10,063 Dia kasihan akan Arne. 1023 01:09:11,899 --> 01:09:14,026 Ibu saya mahu kisah itu diceritakan. 1024 01:09:15,444 --> 01:09:18,280 Dia mahu semua orang tahu perkara sebenar. 1025 01:09:21,450 --> 01:09:24,745 Orang di sisi saya ialah ibu kepada anak yang pernah dirasuk 1026 01:09:24,745 --> 01:09:26,788 dan dia di sini untuk berkongsi kisahnya. 1027 01:09:26,788 --> 01:09:28,916 - Apa khabar? - Gembira jumpa awak. 1028 01:09:31,168 --> 01:09:33,128 Beritahu saya keadaan David hari ini. 1029 01:09:33,128 --> 01:09:35,923 Dia tak dirasuk lagi. Ia sudah tamat. 1030 01:09:35,923 --> 01:09:37,883 Baiklah. Normal? 1031 01:09:37,883 --> 01:09:39,676 Sangat normal dan... 1032 01:09:40,886 --> 01:09:42,679 Arne masih ada banyak masalah. 1033 01:09:42,679 --> 01:09:46,141 Ini seorang pemuda yang kini dipenjarakan. 1034 01:09:46,683 --> 01:09:51,021 Dia dihukum penjara 10 hingga 20 tahun atas pematian orang 1035 01:09:51,521 --> 01:09:54,191 kerana sesuatu yang bukan salahnya. 1036 01:09:54,691 --> 01:09:57,486 Selepas perbicaraan, ibu saya pergi ke... 1037 01:09:58,904 --> 01:09:59,738 Hollywood. 1038 01:10:06,328 --> 01:10:07,704 Kami semua naik jet. 1039 01:10:09,665 --> 01:10:13,502 Kami dijemput dengan limusin dan pergi makan malam dengan Dick Clark. 1040 01:10:17,381 --> 01:10:19,466 Dia menikmatinya. Dia sangat teruja 1041 01:10:19,466 --> 01:10:22,803 dan dia tak percaya hal ini berlaku kepada dia. 1042 01:10:24,638 --> 01:10:27,849 Tapi Ed dan Lorraine Warren ada agenda. 1043 01:10:29,685 --> 01:10:31,853 Mereka kata, "Kalian akan jadi jutawan." 1044 01:10:34,273 --> 01:10:37,109 Pasangan Warren beritahu saya mereka akan buat buku. 1045 01:10:37,609 --> 01:10:39,486 Mereka dah ada penulisnya, 1046 01:10:39,486 --> 01:10:42,114 yang saya rasa tulis buku sebelum ini untuk mereka. 1047 01:10:43,740 --> 01:10:46,285 Mereka bawa Encik Brittle untuk berbincang dengan kami 1048 01:10:47,244 --> 01:10:51,748 dan mereka tanya pelbagai soalan. Ed kata, "Tulis cerita yang menakutkan." 1049 01:10:51,748 --> 01:10:54,876 Dia kata, "Tapi saya periksa dan mereka kata ini tak berlaku." 1050 01:10:54,876 --> 01:10:58,547 Ed kata, "Buat saja. Orang cari kita. Mereka percaya cerita yang menakutkan." 1051 01:10:59,047 --> 01:11:01,174 Ed dan Lorraine Warren ambil alih. 1052 01:11:03,176 --> 01:11:06,430 Enam bulan kemudian, pasangan Warren datang dengan kertas kerja 1053 01:11:06,430 --> 01:11:09,266 dan ibu saya tanya, "Patutkah kami cari peguam?" 1054 01:11:09,266 --> 01:11:11,476 Lorraine kata, "Tak, sayang." 1055 01:11:11,476 --> 01:11:14,104 "Agensi William Morris ada ramai peguam." 1056 01:11:14,104 --> 01:11:17,316 Ya, betul. Tapi bukan untuk mereka. Untuk awak. 1057 01:11:20,110 --> 01:11:22,404 {\an8}- Helo. - Hai, Lorraine? Judy. 1058 01:11:22,404 --> 01:11:23,780 {\an8}- Hai, Judy. - Apa khabar? 1059 01:11:23,780 --> 01:11:24,698 {\an8}Bagus, sayang. 1060 01:11:24,698 --> 01:11:26,908 {\an8}- Awak dah dapat tahu apa-apa? - Apa, sayang? 1061 01:11:26,908 --> 01:11:29,828 {\an8}- Tentang buku itu? - Semuanya bagus. 1062 01:11:29,828 --> 01:11:30,954 Okey, bagus. 1063 01:11:30,954 --> 01:11:35,042 Sebab awak berusaha keras untuk ini. Kita dah lalui semua tragedi itu. 1064 01:11:35,042 --> 01:11:37,544 Beginilah, kami juga perlukan wang seperti awak. 1065 01:11:39,838 --> 01:11:43,258 Ibu dan ayah saya dapat 4,500 dolar, 1066 01:11:44,384 --> 01:11:48,013 tapi Ed dan Lorraine Warren dapat 81,000 dolar dan sedikit pertukaran. 1067 01:11:49,681 --> 01:11:52,267 Mereka masih buat duit dengan filem-filem Conjuring. 1068 01:11:52,267 --> 01:11:54,144 {\an8}KES SYAITAN YANG MENGGEMPARKAN AMERIKA 1069 01:11:54,144 --> 01:11:55,395 {\an8}SYAITAN YANG MEMAKSA SAYA 1070 01:11:55,395 --> 01:11:57,814 Lorraine kata saya akan jadi budak kaya 1071 01:11:57,814 --> 01:11:59,483 sebab ada buku ini. 1072 01:12:03,278 --> 01:12:04,863 Itu satu penipuan. 1073 01:12:07,783 --> 01:12:10,285 Pasangan Warren buat banyak duit menggunakan kami. 1074 01:12:11,078 --> 01:12:14,206 Jika mereka boleh buat duit menggunakan anda, mereka akan. 1075 01:12:16,166 --> 01:12:17,876 Mereka takkan lepaskan peluang itu. 1076 01:12:19,878 --> 01:12:24,007 Apabila ibu saya sedar yang dia ditipu, 1077 01:12:25,467 --> 01:12:29,054 dia hilang kepercayaan terhadap mereka. Mereka pandai menipu, 1078 01:12:29,054 --> 01:12:32,307 mereka tahu cara bercakap dengan orang dan cara mempermainkan orang. 1079 01:12:34,768 --> 01:12:36,395 Mereka penipu yang baik. 1080 01:12:41,608 --> 01:12:44,319 Adik saya, David, rasa bersalah atas semua ini. 1081 01:12:45,987 --> 01:12:50,158 Patah hati, sebenarnya, sebab dia tahu Arne tak bersalah. 1082 01:12:54,830 --> 01:12:58,166 Saya takkan berjaya melaluinya tanpa sokongan Debbie. 1083 01:12:59,334 --> 01:13:00,836 Sokongannya berikan saya harapan. 1084 01:13:02,129 --> 01:13:03,880 Kemudian, pada 1985, 1085 01:13:05,173 --> 01:13:07,968 kami berkahwin di penjara. 1086 01:13:09,094 --> 01:13:11,596 Dia nampak sangat cantik. Dia berseri-seri. 1087 01:13:13,181 --> 01:13:15,851 Saya tak sabar nak peluk dia. Ia hebat. 1088 01:13:18,812 --> 01:13:22,107 ARNE CHEYENNE JOHNSON DIBEBASKAN DARI PENJARA PADA TAHUN 1986 1089 01:13:22,107 --> 01:13:28,488 DIA DAN DEBBIE GLATZEL KEKAL BERSAMA SEHINGGA WANITA ITU MATI PADA TAHUN 2021 1090 01:13:30,240 --> 01:13:34,286 Semua ini mengubah hidup saya. Saya menjadi lebih beragama. 1091 01:13:36,705 --> 01:13:37,914 Saya tak dirasuk. 1092 01:13:38,540 --> 01:13:40,292 Saya tak pernah ada penghalauan hantu, 1093 01:13:41,084 --> 01:13:44,546 tapi saya tak dirasuk dan saya tahu melindungi diri. 1094 01:13:45,046 --> 01:13:48,967 Saya tahu doa yang perlu dibaca, jadi saya boleh kawal diri. 1095 01:13:49,509 --> 01:13:51,052 Kepercayaan saya buat saya kuat. 1096 01:13:52,137 --> 01:13:55,390 Semuanya nampaknya baik-baik saja. Hidup diteruskan. 1097 01:13:58,685 --> 01:14:02,564 Saya rasa seluruh kes ini menjejaskan seluruh keluarga kami. 1098 01:14:04,733 --> 01:14:06,193 Semua orang terluka. 1099 01:14:09,237 --> 01:14:14,993 Hidup kami musnah dan sukar untuk membincangkannya. 1100 01:14:14,993 --> 01:14:16,703 Sudah lebih 40 tahun... 1101 01:14:18,497 --> 01:14:21,833 tapi ia telah mengubah kami 1102 01:14:23,210 --> 01:14:27,547 dan mempunyai kesan mendalam terhadap seluruh keluarga. 1103 01:14:30,884 --> 01:14:33,803 Sekarang, kami berpecah. 1104 01:14:33,803 --> 01:14:36,348 Kami semua tak saling bercakap lagi. 1105 01:14:44,773 --> 01:14:45,982 Melihat gambar-gambar ini... 1106 01:14:47,943 --> 01:14:53,865 buat saya takut lagi dan sangat sedih sebab saya budak lelaki 11 tahun 1107 01:14:53,865 --> 01:14:57,327 yang hidup normal sehinggalah perkara ini berlaku. 1108 01:14:59,996 --> 01:15:01,957 Saya perlu hadapinya setiap hari. 1109 01:15:07,170 --> 01:15:10,423 Dalam cerita ini, anda perlu tahu siapa bercakap benar. 1110 01:15:16,304 --> 01:15:20,058 Selepas ibu bapa saya meninggal, saya dan isteri memeriksa barang mereka. 1111 01:15:20,892 --> 01:15:24,145 Ibu saya tulis semuanya. Dia ada OCD. 1112 01:15:26,982 --> 01:15:30,652 Dia tulis nota pada kertas, kalendar atau apa saja. 1113 01:15:35,115 --> 01:15:36,783 Dalam satu nota tertulis, 1114 01:15:36,783 --> 01:15:39,786 "Keluarga makan ubat malam ini dan semuanya baik-baik saja." 1115 01:15:40,287 --> 01:15:42,372 Semasa kami siasat, 1116 01:15:43,540 --> 01:15:46,585 kami sedar ia bukan ubat biasa. 1117 01:15:50,922 --> 01:15:54,718 Kami dapat tahu dia letak Sominex dalam makanan kami. 1118 01:15:56,469 --> 01:15:59,639 Dia berinya kepada seluruh keluarga untuk masa yang lama. 1119 01:16:00,724 --> 01:16:03,101 Ada orang boleh tidur di mana-mana saja. 1120 01:16:03,101 --> 01:16:05,937 {\an8}Namun, adakah tekanan biasa buat anda berjaga malam tadi? 1121 01:16:05,937 --> 01:16:10,609 Ambil Sominex malam ini dan tidur. Sominex tidak sesekali membentuk tabiat. 1122 01:16:10,609 --> 01:16:14,779 {\an8}Ambil dua tablet Sominex seperti arahan untuk tidur yang selamat 1123 01:16:14,779 --> 01:16:16,197 {\an8}dan bangun dengan rasa segar. 1124 01:16:16,197 --> 01:16:18,575 Saya masih ingat ibu saya sediakan makan malam. 1125 01:16:18,575 --> 01:16:20,452 Mangkuknya selalu berasingan daripada mangkuk kami. 1126 01:16:20,452 --> 01:16:23,204 Jika dia makan spageti, semua orang makan dari mangkuk. 1127 01:16:23,204 --> 01:16:26,249 Dia akan asingkan dia punya. "Nak lagi?" Dia kata, "Tak nak." 1128 01:16:28,835 --> 01:16:34,507 Saya percaya ibu saya gunakan Sominex untuk kawal kami dan ayah saya. 1129 01:16:36,635 --> 01:16:40,221 Pada penghujung hari, jika semua orang penat, 1130 01:16:40,805 --> 01:16:43,892 semua orang akan duduk berehat. Tiada masalah lagi. 1131 01:16:46,561 --> 01:16:50,190 Tapi Sominex ada kesan jangka panjang pada manusia. 1132 01:16:50,899 --> 01:16:56,029 Perubahan mood, berat badan bertambah dan halusinasi. 1133 01:16:57,947 --> 01:16:59,449 Ada kemungkinan besar 1134 01:17:00,158 --> 01:17:04,579 yang adik saya, David dah makan benda ini selama bertahun-tahun, 1135 01:17:04,579 --> 01:17:06,122 sehingga dia nampak sesuatu. 1136 01:17:06,122 --> 01:17:07,457 Aku akan bunuh kau. 1137 01:17:08,583 --> 01:17:10,585 Jesus akan mati di neraka. 1138 01:17:11,127 --> 01:17:12,837 Atau dia fikir dia nampak sesuatu. 1139 01:17:14,172 --> 01:17:16,466 Aku akan bunuh kau, tak guna. 1140 01:17:16,966 --> 01:17:20,637 David, Arne, adik saya Alan... 1141 01:17:22,138 --> 01:17:24,683 Mereka semua mangsa pada penghujung hari. 1142 01:17:28,395 --> 01:17:30,605 Ibu saya takkan beri dadah kepada keluarga. 1143 01:17:31,523 --> 01:17:35,402 Ibu saya jaga kami dengan baik. 1144 01:17:37,362 --> 01:17:40,115 Sebenarnya, semasa saya berusia 11 tahun, 1145 01:17:41,241 --> 01:17:46,037 saya dirasuk oleh roh syaitan. 1146 01:17:47,497 --> 01:17:50,917 Itulah kebenarannya. Saya tiada sebab untuk menipu. 1147 01:17:56,589 --> 01:17:59,384 Seperti ayah saya, saya pergi beli besi buruk dan baikinya. 1148 01:18:00,176 --> 01:18:02,887 Kekal bekerja. Sibukkan diri. 1149 01:18:04,681 --> 01:18:07,684 Kerana tangan yang kosong cuma mengundang masalah. 1150 01:20:11,391 --> 01:20:16,396 Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi