1 00:00:02,000 --> 00:00:07,000 Downloaded from YTS.MX 2 00:00:08,000 --> 00:00:13,000 Official YIFY movies site: YTS.MX 3 00:00:31,000 --> 00:00:37,958 JURNAL BERITA "HARI INI" 4 00:00:39,250 --> 00:00:42,458 Pakar tikus datang ke stesen minyak pada sebelah petang. 5 00:00:42,541 --> 00:00:45,458 Dia berjalan dengan gaya yang perlahan. 6 00:00:45,541 --> 00:00:47,875 Langkahnya tak berbunyi di atas kerikil. 7 00:00:47,958 --> 00:00:50,541 Dia bawa beg galas tentera di sebelah bahu. 8 00:00:50,625 --> 00:00:53,291 Jaket korduroinya fesyen lama, berpoket besar. 9 00:00:53,375 --> 00:00:57,041 Seluar korduroinya diikat dengan tali pada paras lutut. 10 00:00:57,125 --> 00:00:58,208 - Helo? - Ya? 11 00:00:58,291 --> 00:00:59,166 Penyiasat roden. 12 00:00:59,250 --> 00:01:02,000 Matanya yang kecil dan gelap melilau meninjau sekitar. 13 00:01:02,083 --> 00:01:03,291 - Pakar tikus? - Saya. 14 00:01:03,375 --> 00:01:05,416 Kurus, kulit kasar, bentuk muka jelas, 15 00:01:05,500 --> 00:01:06,875 dua gigi kuning panjang 16 00:01:06,958 --> 00:01:09,375 terkeluar dari rahang atas pada bibir bawahnya. 17 00:01:09,458 --> 00:01:12,416 Telinganya nipis, bulat dan agak ke belakang. 18 00:01:12,500 --> 00:01:13,875 Matanya hampir hitam, 19 00:01:13,958 --> 00:01:17,166 tapi ada warna kuning apabila dia memandang. 20 00:01:17,250 --> 00:01:19,750 - Cepat awak datang. - Arahan Pejabat Kesihatan. 21 00:01:19,833 --> 00:01:22,041 Awak akan tangkap semua tikus? 22 00:01:22,125 --> 00:01:23,041 - Ya. - Bagaimana? 23 00:01:23,125 --> 00:01:23,958 Ya. Bagaimana? 24 00:01:24,041 --> 00:01:27,250 Bergantung pada jenis dan lokasi. Kaedahnya lain-lain. 25 00:01:27,333 --> 00:01:28,625 - Guna perangkap. - Apa? 26 00:01:28,708 --> 00:01:29,625 - Perangkap. - Apa? 27 00:01:29,708 --> 00:01:30,625 Dia mendengus. 28 00:01:30,708 --> 00:01:32,750 Tak. Tikus bukan arnab. 29 00:01:32,833 --> 00:01:34,083 Dia mendongak 30 00:01:34,166 --> 00:01:37,791 sambil menghidu dengan hidungnya, yang jelas menggerenyet. 31 00:01:37,875 --> 00:01:41,250 Tikus bijak. Kita kena faham dulu, baru boleh tangkap. 32 00:01:41,333 --> 00:01:43,333 Buat kerja ini kena faham tikus. 33 00:01:47,291 --> 00:01:49,625 Nak tahu apa kerja tikus? Memerhatikan kita. 34 00:01:49,708 --> 00:01:52,250 Semasa buat persiapan untuk hapuskan tikus, 35 00:01:52,333 --> 00:01:53,416 kita diperhatikannya. 36 00:01:53,500 --> 00:01:55,291 Tak melibatkan pembetung? 37 00:01:55,375 --> 00:01:56,958 Tak ada. 38 00:01:57,041 --> 00:01:59,500 - Kalau pembetung, payah. - Saya sangka mudah. 39 00:01:59,583 --> 00:02:02,666 Awak silap. Cuba awak buat, saya nak tengok. 40 00:02:02,750 --> 00:02:05,416 Saya nak tahu cara awak buat. 41 00:02:05,500 --> 00:02:06,666 Guna racun, agaknya. 42 00:02:06,750 --> 00:02:08,916 Di mana awak nak letak racun? 43 00:02:09,000 --> 00:02:09,833 Dalam pembetung? 44 00:02:09,916 --> 00:02:11,416 Dia tersenyum gembira. 45 00:02:11,500 --> 00:02:13,208 Dah agak. "Ke dalam pembetung." 46 00:02:13,291 --> 00:02:15,625 Tahu apa akan jadi? Habis hilang. 47 00:02:15,708 --> 00:02:17,625 Racun itu. Pembetung macam sungai. 48 00:02:17,708 --> 00:02:20,875 Baiklah, En. Pakar Tikus. Kalau awak, buat macam mana? 49 00:02:20,958 --> 00:02:22,750 Dia melangkah dekat. 50 00:02:22,833 --> 00:02:25,000 Suaranya jadi perlahan 51 00:02:25,083 --> 00:02:27,708 macam mendedahkan rahsia profesional. 52 00:02:27,791 --> 00:02:30,916 Kita perlu faham tikus itu. Tikus suka menggigit-gigit. 53 00:02:31,000 --> 00:02:33,458 Apa saja kita beri, ia akan gigit. 54 00:02:33,541 --> 00:02:36,583 Jadi, kalau melibatkan pembetung, macam mana? 55 00:02:36,666 --> 00:02:39,500 Suaranya agak serak, tapi lembut macam katak menguak. 56 00:02:39,583 --> 00:02:42,666 Cara dia bercakap penuh semangat, 57 00:02:42,750 --> 00:02:44,708 macam dia seronok menjelaskannya. 58 00:02:44,791 --> 00:02:45,875 Kita masuk ke dalam 59 00:02:45,958 --> 00:02:48,416 dan bawa beg kertas perang biasa 60 00:02:48,500 --> 00:02:51,166 berisi kapur paris. Itu saja. 61 00:02:51,250 --> 00:02:53,583 Sangkut beg itu di atas pembetung 62 00:02:53,666 --> 00:02:56,041 agar ia tergantung, tapi tak sentuh air. 63 00:02:56,125 --> 00:02:58,125 Cukup setakat tikus boleh capai. 64 00:02:58,208 --> 00:02:59,625 Claud ralit dengar. 65 00:02:59,708 --> 00:03:04,375 Tikus berenang di dalam pembetung akan nampak beg itu dan berhenti. 66 00:03:04,458 --> 00:03:06,583 Cium beg. Boleh tahan baunya. 67 00:03:06,666 --> 00:03:08,166 - Ia akan buat apa? - Gigit. 68 00:03:08,250 --> 00:03:11,208 Ya! Ia gigit beg itu dan beg akan koyak. 69 00:03:11,291 --> 00:03:14,708 Penuhlah mulut tikus itu dengan kapur. 70 00:03:14,791 --> 00:03:15,625 Jadi? 71 00:03:15,708 --> 00:03:17,000 Jadi, matilah. 72 00:03:17,708 --> 00:03:19,125 - Ia mati? - Mati kekung. 73 00:03:19,208 --> 00:03:21,458 - Kapur paris… - Ia kembang kalau basah. 74 00:03:21,541 --> 00:03:23,750 Masuk saja organ tikus, terus kembang 75 00:03:23,833 --> 00:03:26,375 dan bunuh ia lebih cepat daripada benda lain. 76 00:03:26,458 --> 00:03:28,166 Sebab itu kena faham tikus. 77 00:03:28,250 --> 00:03:30,291 Dia nampak bangga lain macam. 78 00:03:30,375 --> 00:03:34,291 Tangannya digosok di depan muka. 79 00:03:35,875 --> 00:03:38,250 Di mana tikus? 80 00:03:38,333 --> 00:03:40,791 "Tikus" disebut dengan dalam dan lunak 81 00:03:40,875 --> 00:03:43,000 macam dia berkumur mentega cair. 82 00:03:43,083 --> 00:03:44,666 Di dalam timbunan jerami itu. 83 00:03:44,750 --> 00:03:47,125 - Bukan di dalam? - Tak, hanya di dalam jerami. 84 00:03:47,208 --> 00:03:51,625 Saya yakin di dalam pun ada, curi makanan awak, sebar penyakit. 85 00:03:51,708 --> 00:03:54,958 - Ada penyakit di sini? - Terus pandang saya, dan Claud. 86 00:03:55,041 --> 00:03:56,541 - Semua sihat. - Pasti? 87 00:03:56,625 --> 00:03:58,250 - Ya. - Manalah tahu. 88 00:03:58,333 --> 00:04:01,083 Dia lantik diri jadi pegawai kesihatan awam, 89 00:04:01,166 --> 00:04:03,916 yang kecewa kerana kami tak kena wabak bubonik. 90 00:04:04,000 --> 00:04:07,500 Tak apa, tikus ada di sana. Bagaimana awak nak hapuskan? 91 00:04:07,583 --> 00:04:09,833 Dia tersengih licik. 92 00:04:09,916 --> 00:04:12,333 Dia mengeluarkan satu tin besar daripada beg, 93 00:04:12,416 --> 00:04:14,833 menimbang-nimbang sambil bercakap. 94 00:04:14,916 --> 00:04:17,291 Racun. Racun khas. Racun berbahaya. 95 00:04:17,375 --> 00:04:21,041 Boleh ditangkap kalau mereka tahu awak ada sesudu benda ini. 96 00:04:21,125 --> 00:04:23,333 Ini cukup untuk bunuh sejuta orang. 97 00:04:23,416 --> 00:04:24,750 - Nak tengok? - Nak. 98 00:04:24,833 --> 00:04:27,000 Dia guna syiling untuk buka tin. 99 00:04:27,083 --> 00:04:27,916 Ini dia. 100 00:04:28,000 --> 00:04:31,583 Jelas dia sangat suka benda itu dan dia tunjukkan kepada Claud. 101 00:04:31,666 --> 00:04:33,208 Jagung atau barli, ya? 102 00:04:33,291 --> 00:04:35,666 Oat direndam di dalam racun berbahaya. 103 00:04:35,750 --> 00:04:39,416 Masuk sebiji saja ke dalam mulut, mampus dalam tiga minit. 104 00:04:39,500 --> 00:04:41,541 Saya sentiasa jaga tin ini. 105 00:04:41,625 --> 00:04:43,958 Dia membelai tin itu dan menggoncang perlahan 106 00:04:44,875 --> 00:04:47,083 agar berkersik bijirin oat di dalam. 107 00:04:47,166 --> 00:04:50,458 Tikus awak takkan dapat ini sekarang. Ia takkan makan pun. 108 00:04:50,541 --> 00:04:54,833 Sebab itu kena faham tikus. Ia sangat berwaspada. 109 00:04:54,916 --> 00:04:57,458 Hari ini tikus akan makan oat yang bersih dan sedap, 110 00:04:57,541 --> 00:04:59,375 yang takkan apa-apakannya. 111 00:04:59,458 --> 00:05:02,208 Tikus akan jadi gemuk. Esok, sama juga. 112 00:05:02,291 --> 00:05:04,625 Lusa dan tulat, sama juga. 113 00:05:04,708 --> 00:05:07,375 Rasanya sangat sedap sampai semua tikus daerah ini 114 00:05:07,458 --> 00:05:09,166 akan datang tak lama lagi. 115 00:05:09,250 --> 00:05:10,083 Sangat bijak. 116 00:05:10,166 --> 00:05:13,041 Buat kerja ini kena bijak. Lebih bijak daripada tikus. 117 00:05:13,125 --> 00:05:14,583 Itu sangat penting. 118 00:05:14,666 --> 00:05:16,791 "Kita kena jadi macam tikus," saya kata. 119 00:05:16,875 --> 00:05:18,708 Saya tersasul pula 120 00:05:18,791 --> 00:05:21,416 kerana tak tahan. Saya pandang dia masa itu. 121 00:05:21,500 --> 00:05:23,250 Kesan padanya mengejutkan. 122 00:05:23,333 --> 00:05:24,291 - Betul! - Katanya. 123 00:05:24,375 --> 00:05:26,500 Awak dah faham, betul kata awak. 124 00:05:26,583 --> 00:05:29,541 Penangkap tikus yang bagus perlu jadi macam tikus. 125 00:05:29,625 --> 00:05:31,166 Lebih bijak daripada tikus. 126 00:05:31,250 --> 00:05:33,875 Susah nak jadi begitu, tahu? 127 00:05:34,833 --> 00:05:36,291 Okey, mari kita mulakan. 128 00:05:36,375 --> 00:05:39,583 Lady Leonora Benson minta saya datang cepat ke rumahnya. 129 00:05:39,666 --> 00:05:40,750 Masalah tikus juga? 130 00:05:40,833 --> 00:05:42,666 Semua orang ada masalah tikus. 131 00:05:42,750 --> 00:05:45,041 Dia berjalan perlahan di lorong tepi. 132 00:05:45,125 --> 00:05:47,958 Gaya jalannya betul-betul macam tikus. Pelik juga. 133 00:05:48,041 --> 00:05:51,625 Perlahan, hampir terjengket-jengket, banyak gunakan lutut. 134 00:05:51,708 --> 00:05:54,625 Tiada bunyi langsung semasa dia berjalan di atas kerikil. 135 00:05:54,708 --> 00:05:58,250 Dia panjat pagar dan jalan laju di keliling timbunan jerami 136 00:05:58,333 --> 00:06:00,416 sambil menabur oat di atas tanah. 137 00:06:00,500 --> 00:06:03,083 Esoknya, dia kembali dan ulang prosedur sama. 138 00:06:03,166 --> 00:06:06,083 Dia datang lagi lusa dan tulat. 139 00:06:06,166 --> 00:06:09,500 Akhirnya, pada hari keempat, dia beri oat beracun, 140 00:06:09,583 --> 00:06:12,958 tapi dia tak tabur. Dia letak dalam longgokan kecil 141 00:06:13,041 --> 00:06:14,875 di setiap sudut timbunan jerami. 142 00:06:17,375 --> 00:06:19,041 - Awak ada anjing? - Ya. 143 00:06:19,125 --> 00:06:23,000 Kalau awak nak ia mati terseksa, biarlah ia masuk pagar itu. 144 00:06:23,083 --> 00:06:25,166 Dia datang esoknya untuk ambil yang mati. 145 00:06:25,250 --> 00:06:27,958 Berikan guni terpakai. Saya perlu untuk kumpul tikus. 146 00:06:28,041 --> 00:06:31,541 Dia bukan main angkuh lagi. Mata hitamnya bersinar bangga. 147 00:06:31,625 --> 00:06:34,875 Dia akan tunjukkan hasil tangkapannya kepada penonton. 148 00:06:34,958 --> 00:06:37,833 Claud ambil guni dan kami melintas jalan. 149 00:06:37,916 --> 00:06:39,625 Pakar tikus itu keliling jerami 150 00:06:39,708 --> 00:06:42,500 lalu bongkok untuk periksa satu longgokan racun. 151 00:06:42,583 --> 00:06:44,458 - Ada yang tak kena. - Gumamnya. 152 00:06:44,541 --> 00:06:46,000 Suaranya lembut, tapi marah. 153 00:06:46,083 --> 00:06:49,541 Dia ke longgok lain lalu melutut untuk periksa lebih dekat. 154 00:06:49,625 --> 00:06:52,041 - Ada yang tak kena di sini. - Kenapa? 155 00:06:52,125 --> 00:06:55,208 Dia tak jawab, tapi jelas tikus tak sentuh umpannya. 156 00:06:55,291 --> 00:06:57,416 Saya kata, "Tikus di sini sangat bijak." 157 00:06:57,500 --> 00:06:58,666 Dia sakit hati 158 00:06:58,750 --> 00:07:02,208 dan ia ketara pada muka, hidung dan cara dua gigi kuning 159 00:07:02,291 --> 00:07:04,208 mengetap kuat bibir bawahnya. 160 00:07:04,291 --> 00:07:06,791 - Jangan merepek. - Katanya sambil pandang saya. 161 00:07:06,875 --> 00:07:09,708 Tikus ini tiada masalah. Cuma ada orang beri makan. 162 00:07:09,791 --> 00:07:12,541 Ia ada banyak makanan sedap di suatu tempat. 163 00:07:12,625 --> 00:07:16,708 Tikus takkan menolak oat melainkan ia dah kenyang. 164 00:07:16,791 --> 00:07:18,416 Dia berpaling, muram. 165 00:07:18,500 --> 00:07:22,000 Dia mula kaut oat beracun dengan penyodok tangan 166 00:07:22,083 --> 00:07:24,250 dan simpan semula di dalam tin. 167 00:07:24,333 --> 00:07:27,916 Setelah selesai, kami melintas balik ke seberang. 168 00:07:29,000 --> 00:07:30,875 Dia berdiri di sebelah pam minyak. 169 00:07:30,958 --> 00:07:32,875 Kasihan pakar tikus ini. 170 00:07:32,958 --> 00:07:35,625 Mukanya mula menunjukkan kemurungan. 171 00:07:35,708 --> 00:07:38,041 Dia berdiam kerana gagal, 172 00:07:38,125 --> 00:07:39,500 mata kabur, tak puas hati, 173 00:07:39,583 --> 00:07:42,833 lidah terjelir sikit di sebelah dua gigi kuningnya. 174 00:07:42,916 --> 00:07:45,041 Dia curi-curi memandang saya, 175 00:07:45,125 --> 00:07:46,083 kemudian Claud. 176 00:07:46,166 --> 00:07:48,166 Hidungnya menggerenyet menghidu. 177 00:07:48,250 --> 00:07:51,291 Dia berjengket-jengket, berayun perlahan 178 00:07:51,375 --> 00:07:53,916 lalu dia berkata dengan suara lembut berahsia… 179 00:07:54,000 --> 00:07:55,333 Nak tengok sesuatu? 180 00:07:55,416 --> 00:07:57,708 Jelas dia cuba menebus maruahnya. 181 00:07:57,791 --> 00:07:59,875 - Apa? - Nak tengok perkara menakjubkan? 182 00:07:59,958 --> 00:08:03,000 Dia menyeluk poket jaketnya 183 00:08:03,083 --> 00:08:06,625 dan mengeluarkan seekor tikus besar yang hidup. Dipegangnya kuat. 184 00:08:06,708 --> 00:08:07,625 Ya Tuhan! 185 00:08:08,291 --> 00:08:09,250 Ini dia. Nampak? 186 00:08:09,333 --> 00:08:12,000 Dia membongkok sikit dan memanjangkan leher, 187 00:08:12,083 --> 00:08:15,000 sinis memandang kami sambil memegang tikus besar. 188 00:08:15,083 --> 00:08:18,083 Jari telunjuk dan ibu jarinya mencengkam leher tikus 189 00:08:18,166 --> 00:08:20,500 agar kepalanya tak berpusing dan menggigit. 190 00:08:20,583 --> 00:08:22,416 Awak sentiasa bawa tikus? 191 00:08:22,500 --> 00:08:24,458 Saya sentiasa ada seekor, dua tikus. 192 00:08:24,541 --> 00:08:28,083 Dia menyeluk poket lain dan mengeluarkan seekor… 193 00:08:28,166 --> 00:08:30,708 - Adakah itu feret? - Dia tertawa, berdesis. 194 00:08:30,791 --> 00:08:33,500 Nampaknya feret kenal dia dan duduk diam. 195 00:08:33,583 --> 00:08:35,875 Feret paling cekap bunuh tikus. 196 00:08:35,958 --> 00:08:38,208 Dia pegang kedua-duanya berdekatan. 197 00:08:38,291 --> 00:08:41,541 Hidung feret berada 15 sentimeter dari muka tikus. 198 00:08:41,625 --> 00:08:44,208 Mata kecil merah jambu feret merenung tikus. 199 00:08:44,291 --> 00:08:47,000 Tikus bergelut cuba jauhkan diri daripada pembunuh. 200 00:08:47,083 --> 00:08:48,208 - Sekarang. - Katanya. 201 00:08:48,291 --> 00:08:49,125 Tengok. 202 00:08:51,125 --> 00:08:53,000 Kemeja khakinya terbuka di leher, 203 00:08:53,083 --> 00:08:55,500 lalu dia masukkan tikus ke dalam, 204 00:08:55,583 --> 00:08:56,708 biar kena kulitnya. 205 00:08:56,791 --> 00:08:59,708 Tali pinggang sekat tikus daripada lepas pinggang. 206 00:08:59,791 --> 00:09:01,375 Kemudian dia masukkan feret. 207 00:09:01,458 --> 00:09:04,333 Kekecohan terus tercetus di dalam bajunya. 208 00:09:04,416 --> 00:09:08,000 Nampaknya tikus lari keliling badan dikejar oleh feret. 209 00:09:08,083 --> 00:09:11,833 Benjolan kecil kejar benjolan besar dalam enam atau tujuh pusingan. 210 00:09:11,916 --> 00:09:15,000 Setiap pusingan, ia semakin dekat. 211 00:09:15,083 --> 00:09:17,708 Akhirnya, dua benjolan jadi satu. 212 00:09:17,791 --> 00:09:20,500 Berlaku pergelutan dan terdengar jeritan nyaring. 213 00:09:20,583 --> 00:09:23,750 Sepanjang pertunjukan ini, pakar tikus itu tak bergerak, 214 00:09:23,833 --> 00:09:26,041 kaki terbuka, tangan santai di sisi, 215 00:09:26,125 --> 00:09:29,166 mata gelapnya tenang memandang Claud yang tergamam. 216 00:09:30,041 --> 00:09:33,750 Akhirnya, dia menyeluk ke dalam bajunya 217 00:09:33,833 --> 00:09:35,500 dan mengeluarkan feret. 218 00:09:35,583 --> 00:09:37,958 Sebelah tangan lagi mengeluarkan tikus mati. 219 00:09:38,041 --> 00:09:41,250 Ada kesan darah pada muncung feret yang putih. 220 00:09:42,500 --> 00:09:44,791 "Saya tak sukalah," kata saya. 221 00:09:44,875 --> 00:09:47,791 Tentu awak tak pernah lihat. 222 00:09:47,875 --> 00:09:49,166 Ya, betul. 223 00:09:49,250 --> 00:09:51,916 Tentu perut awak kena gigit nanti. 224 00:09:52,000 --> 00:09:55,833 Kata Claud, tapi dia tertarik dan pakar tikus itu jadi angkuh semula. 225 00:09:55,916 --> 00:09:58,041 Nak tengok sesuatu yang lebih hebat? 226 00:09:58,125 --> 00:10:01,208 Awak takkan percaya kecuali awak tengok sendiri? 227 00:10:01,291 --> 00:10:03,833 Saya pandang Claud dengan rasa bimbang. 228 00:10:05,875 --> 00:10:06,708 Ya. 229 00:10:07,458 --> 00:10:10,916 Pakar tikus itu masukkan tikus dan feret ke poket asal. 230 00:10:11,000 --> 00:10:14,916 Dia menyeluk beg galasnya dan mengeluarkan seekor lagi tikus hidup. 231 00:10:15,000 --> 00:10:15,833 Ya Tuhan! 232 00:10:15,916 --> 00:10:18,291 Saya sentiasa ada seekor, dua tikus. 233 00:10:18,375 --> 00:10:20,291 Buat kerja ini kena faham tikus. 234 00:10:20,375 --> 00:10:22,708 Kenalah ada tikus untuk faham. 235 00:10:22,791 --> 00:10:26,375 Ini tikus pembetung. Dah tua, bijak dan licik. 236 00:10:26,458 --> 00:10:30,000 Nampak ia asyik perhatikan saya? Ia fikir apa saya nak buat. 237 00:10:30,083 --> 00:10:31,416 - Nampak? - Jijiklah. 238 00:10:31,500 --> 00:10:32,750 "Apa awak nak buat?" 239 00:10:32,833 --> 00:10:36,166 Saya dapat rasa saya akan lebih tak suka demonstrasi ini. 240 00:10:36,250 --> 00:10:39,333 - Ambilkan tali. - Claud ambil tali. 241 00:10:39,416 --> 00:10:41,875 Pakar tikus ikat sebelah kaki belakang tikus. 242 00:10:41,958 --> 00:10:44,666 Ia bergelut, tapi pakar tikus pegang kuat. 243 00:10:44,750 --> 00:10:46,291 Ada meja di dalam? 244 00:10:46,375 --> 00:10:48,333 "Kami tak nak tikus di dalam kedai." 245 00:10:48,416 --> 00:10:50,791 Saya perlu meja atau sesuatu yang rata. 246 00:10:50,875 --> 00:10:54,125 Kami ke pam minyak dan dia letak tikus itu di atasnya. 247 00:10:54,208 --> 00:10:57,708 Dia tambat tikus itu pada tiang. 248 00:10:57,791 --> 00:11:00,250 Ia membongkok, tak bergerak dan berwaspada. 249 00:11:00,333 --> 00:11:02,583 Badan besar warna kelabu, mata hitam 250 00:11:02,666 --> 00:11:06,166 dan ekor bersisik berlingkar di atas permukaan logam. 251 00:11:06,250 --> 00:11:08,750 Ia menjeling memerhatikan pakar tikus 252 00:11:08,833 --> 00:11:10,416 dan menunggu tindakannya. 253 00:11:10,500 --> 00:11:14,166 Pakar tikus berundur lalu tikus itu terus tenang. 254 00:11:14,250 --> 00:11:15,625 Ia melabuhkan punggung 255 00:11:15,708 --> 00:11:17,958 dan mula menjilat bulu dada. 256 00:11:18,041 --> 00:11:20,583 Kemudian, ia garu muncung dengan dua kaki depan. 257 00:11:20,666 --> 00:11:23,875 Ia tak peduli akan dua lelaki yang berdiri berdekatan. 258 00:11:23,958 --> 00:11:26,333 - Apa kata kita bertaruh? - Kata pakar tikus. 259 00:11:26,416 --> 00:11:27,875 "Tak nak, terima kasih." 260 00:11:27,958 --> 00:11:31,375 - Suka-suka. Lebih seronok. - Awak nak bertaruh apa? 261 00:11:31,458 --> 00:11:34,250 Saya boleh bunuh tikus itu tanpa guna tangan. 262 00:11:34,333 --> 00:11:36,458 Saya akan simpan tangan di dalam poket. 263 00:11:36,541 --> 00:11:39,250 Nampaknya dia nak buat duit. 264 00:11:39,333 --> 00:11:42,625 Saya tengok tikus yang akan dibunuh dan mula rasa loya, 265 00:11:42,708 --> 00:11:44,625 bukan sebab ia akan dibunuh, 266 00:11:44,708 --> 00:11:47,166 tapi ia akan dibunuh dengan cara istimewa, 267 00:11:47,250 --> 00:11:49,375 iaitu dengan penuh semangat. 268 00:11:49,458 --> 00:11:51,458 - Awak akan tendang. - Tidak. 269 00:11:51,541 --> 00:11:54,000 - Tangan? - Bukan kaki atau tangan. 270 00:11:54,083 --> 00:11:55,708 - Penyekkan? - Tak. 271 00:11:55,791 --> 00:11:57,583 - Tunjuklah. - Taruh satu paun dulu. 272 00:11:57,666 --> 00:11:59,500 Jangan mengarut. Buat apa? 273 00:11:59,583 --> 00:12:01,208 - Nak taruh apa? - Tiada apa-apa. 274 00:12:01,291 --> 00:12:03,166 Okey. Tak jadilah. 275 00:12:03,250 --> 00:12:05,583 - Dia pura-pura buka ikatan. - Satu syiling. 276 00:12:05,666 --> 00:12:07,666 Saya rasa semakin loya. 277 00:12:07,750 --> 00:12:10,375 Hal ini teruk, tapi menarik. 278 00:12:10,458 --> 00:12:12,875 Saya tak mampu pergi atau bergerak. 279 00:12:12,958 --> 00:12:13,916 - Awak pun? - Tak. 280 00:12:14,000 --> 00:12:15,708 Satu syiling kalau saya buat? 281 00:12:15,791 --> 00:12:17,750 - Saya tak nak awak buat. - Duitnya? 282 00:12:17,833 --> 00:12:19,625 Claud letak satu syiling di atas pam. 283 00:12:19,708 --> 00:12:22,500 Pakar tikus letak dua keping enam peni di sebelahnya. 284 00:12:22,583 --> 00:12:23,416 Kita bertaruh. 285 00:12:23,500 --> 00:12:24,750 Saya dan Claud berundur. 286 00:12:24,833 --> 00:12:27,250 Dia langkah ke depan, tangan di dalam poket 287 00:12:27,333 --> 00:12:29,916 dan dia tunduk mendekati tikus itu. 288 00:12:30,000 --> 00:12:31,583 Tikus itu bongkok, takut. 289 00:12:31,666 --> 00:12:34,250 Nampak macam ia akan serang pakar tikus, 290 00:12:34,333 --> 00:12:36,041 tapi ia mula berundur, 291 00:12:36,125 --> 00:12:38,500 perlahan-lahan ke belakang 292 00:12:38,583 --> 00:12:40,708 sampai ikatan di kaki jadi ketat. 293 00:12:40,791 --> 00:12:42,916 Pakar tikus tunduk lebih dekat, 294 00:12:43,000 --> 00:12:45,583 matanya ikut gerak-geri tikus. Tiba-tiba… 295 00:12:45,666 --> 00:12:48,291 - Ia panik. - Ia panik lalu lompat ke udara. 296 00:12:51,166 --> 00:12:54,875 Tali tersentap kuat. Tentu kakinya hampir terkehel. 297 00:12:54,958 --> 00:12:56,458 Ia bongkok semula di tepi, 298 00:12:56,541 --> 00:12:59,416 sejauh yang dibolehkan tali. Misai bergetar, 299 00:12:59,500 --> 00:13:01,291 badan lonjongnya kejang ketakutan. 300 00:13:01,375 --> 00:13:04,750 Ketika itulah, pakar tikus mula mendekatkan mukanya 301 00:13:04,833 --> 00:13:05,958 perlahan-lahan. 302 00:13:06,041 --> 00:13:09,166 Saya nak suruh dia berhenti, tapi tak mampu bercakap. 303 00:13:09,250 --> 00:13:12,750 Saya pasti sesuatu yang buruk akan berlaku. 304 00:13:12,833 --> 00:13:16,291 Sesuatu yang jahat dan kejam, tapi saya perlu tengok. 305 00:13:16,375 --> 00:13:19,666 Jarak di antara kedua-duanya hanya sejengkal. 306 00:13:19,750 --> 00:13:22,458 Tikus itu meleperkan badan, cemas dan takut. 307 00:13:22,541 --> 00:13:23,916 Renungan pakar tikus tajam, 308 00:13:24,000 --> 00:13:27,500 terasa bahaya akan melanda bila-bila masa. 309 00:13:27,583 --> 00:13:30,125 Ternampak bibirnya senyum sekilas lalu. 310 00:13:30,208 --> 00:13:32,041 Tiba-tiba, dia menyerang 311 00:13:32,125 --> 00:13:33,166 seperti seekor ular, 312 00:13:33,250 --> 00:13:36,000 kepalanya diunjur ke depan sepantas kilat… 313 00:13:36,083 --> 00:13:38,125 Gerakan berasal daripada bawah pinggang… 314 00:13:38,208 --> 00:13:40,750 Saya ternampak mulutnya dibuka luas… 315 00:13:40,833 --> 00:13:41,875 Dua gigi kuning… 316 00:13:41,958 --> 00:13:44,625 Mukanya berkernyut kerana mengangakan mulut. 317 00:13:45,958 --> 00:13:47,875 Saya tak nak tengok selebihnya. 318 00:13:47,958 --> 00:13:50,291 Saya pejam mata. Apabila dibuka, 319 00:13:50,375 --> 00:13:51,416 tikus dah mati, 320 00:13:51,500 --> 00:13:54,041 pakar tikus masukkan duit ke dalam poket 321 00:13:54,125 --> 00:13:56,083 dan meludah, mengosongkan mulut. 322 00:13:57,750 --> 00:13:59,875 Itulah bahan gula-gula likuoris. 323 00:13:59,958 --> 00:14:03,875 Kilang besar dan pembuat coklat guna darah tikus untuk buat likuoris. 324 00:14:03,958 --> 00:14:06,083 Setitik darah tikus tak memudaratkan. 325 00:14:08,791 --> 00:14:10,541 Awak sangat menjijikkan. 326 00:14:10,625 --> 00:14:13,083 Tapi awak dah telan banyak kali. 327 00:14:13,166 --> 00:14:16,250 Gula-gula tali likuoris, semuanya ada darah tikus. 328 00:14:16,333 --> 00:14:18,458 Kami tak nak dengar lagi. Terima kasih. 329 00:14:18,541 --> 00:14:21,291 Dididih di dalam kawah besar, menggelegak panas 330 00:14:21,375 --> 00:14:23,416 dan dikacau dengan kayu panjang. 331 00:14:23,500 --> 00:14:25,958 Itu rahsia besar kilang coklat. 332 00:14:26,041 --> 00:14:29,875 Tiada sesiapa tahu kecuali pemburu tikus yang bekalkan bahan itu. 333 00:14:29,958 --> 00:14:32,375 Tiba-tiba, dia perasan penonton dah tak minat. 334 00:14:32,458 --> 00:14:35,583 Muka kami garang, jijik dan merah padam. 335 00:14:36,666 --> 00:14:39,458 Dia berhenti dan berpaling tanpa berkata apa-apa. 336 00:14:39,541 --> 00:14:44,125 Kami tengok saja dia pergi dengan langkahnya yang perlahan. 337 00:14:44,208 --> 00:14:47,083 Langkahnya tak berbunyi walaupun di atas kerikil. 338 00:15:00,375 --> 00:15:01,208 Pelik. 339 00:15:02,083 --> 00:15:04,041 Tikus tak makan oat beracun. 340 00:15:05,375 --> 00:15:09,291 Tentu ada benda sedap di dalam timbunan jerami. 341 00:15:25,750 --> 00:15:28,833 LEWAT 1940-AN, DAHL TINGGAL DI KOTEJ WISTERIA, AMERSHAM. 342 00:15:28,916 --> 00:15:32,000 TEMPAT DIA MENULIS CLAUD'S DOG: 343 00:15:32,083 --> 00:15:34,791 SIRI CERPEN DIILHAMKAN KAWASAN DAN ORANG TEMPATAN. 344 00:15:34,875 --> 00:15:36,666 "THE RATCATCHER" CERPEN KOLEKSI INI. 345 00:16:38,708 --> 00:16:43,708 Terjemahan sari kata oleh H. Segara