1 00:00:37,501 --> 00:00:39,209 Saya balik rumah dah tengah malam. 2 00:00:40,168 --> 00:00:43,043 Setiba di rumah, saya padamkan lampu kereta 3 00:00:43,126 --> 00:00:46,168 agar Harry Pope tak terjaga dek lampu yang terang. 4 00:00:46,251 --> 00:00:48,626 Tak perlu pun. Biliknya masih cerah. 5 00:00:48,709 --> 00:00:50,459 Saya letak kereta, naik ke anjung 6 00:00:50,543 --> 00:00:54,209 sambil kira anak tangga agar tak terlebih langkah di atas. 7 00:00:54,293 --> 00:00:55,959 Satu, dua, tiga, empat. 8 00:01:00,876 --> 00:01:03,751 Saya ke bilik Harry dan senyap-senyap menjengah. 9 00:01:03,834 --> 00:01:07,001 Dia masih belum tidur. Tak bergerak atau berpaling. 10 00:01:07,126 --> 00:01:09,334 Saya dengar dia berbisik perlahan… 11 00:01:09,418 --> 00:01:10,293 Tolong. 12 00:01:10,376 --> 00:01:11,209 "Tolong"? 13 00:01:14,168 --> 00:01:16,418 Saya membuka pintu dan melangkah masuk. 14 00:01:16,501 --> 00:01:17,334 Berhenti. 15 00:01:17,418 --> 00:01:19,209 "Berhenti"? Perlahan sangat. 16 00:01:19,293 --> 00:01:21,459 Macam dia susah nak bercakap. 17 00:01:22,251 --> 00:01:24,001 - Tolong. - "Tolong"? 18 00:01:24,084 --> 00:01:25,501 Kenapa, Harry? 19 00:01:25,584 --> 00:01:27,584 Buka kasut. 20 00:01:28,459 --> 00:01:30,334 "Buka kasut"? 21 00:01:30,418 --> 00:01:33,376 Dia macam George Barling selepas perutnya ditembak 22 00:01:33,459 --> 00:01:35,126 ketika bersandar pada tong, 23 00:01:35,209 --> 00:01:37,918 menahan sakit dan bercakap tentang juruterbang Jepun 24 00:01:38,001 --> 00:01:41,001 dengan suara meneran, tapi perlahan macam Harry. 25 00:01:41,084 --> 00:01:43,334 Dia kemudiannya membongkok 26 00:01:43,418 --> 00:01:44,251 lalu meninggal. 27 00:01:45,043 --> 00:01:46,043 Buka kasut. 28 00:01:46,751 --> 00:01:47,834 "Buka kasut." 29 00:01:49,918 --> 00:01:52,501 Saya tak faham, tapi saya tak membantah. 30 00:01:59,418 --> 00:02:01,251 - Kenapa, Harry? - Jangan sentuh. 31 00:02:03,459 --> 00:02:06,834 Dia baring telentang, hanya tiga suku badannya berselimut, 32 00:02:06,918 --> 00:02:09,209 berpijama jalur dan bermandi peluh. 33 00:02:09,293 --> 00:02:11,626 Panas. Saya pun berpeluh, tapi tak macam dia. 34 00:02:11,709 --> 00:02:13,834 Mukanya basah dan bantalnya lencun. 35 00:02:13,918 --> 00:02:15,376 Saya rasa malaria. 36 00:02:15,459 --> 00:02:16,793 - Kenapa, Harry? - Katam. 37 00:02:16,876 --> 00:02:17,751 - Apa? - Katam. 38 00:02:17,834 --> 00:02:19,168 - "Katam"? - Ular. 39 00:02:20,376 --> 00:02:22,126 Awak dipatuk ular. Bila? 40 00:02:22,209 --> 00:02:23,043 Tak. 41 00:02:23,126 --> 00:02:23,959 Apa? 42 00:02:27,584 --> 00:02:28,793 Belum patuk lagi. 43 00:02:30,834 --> 00:02:33,084 Saya keliru. Saya buat muka hairan. 44 00:02:34,959 --> 00:02:37,793 Katam di atas perut. Tidur. 45 00:02:40,376 --> 00:02:42,376 Saya terlompat ke belakang. 46 00:02:42,459 --> 00:02:45,126 Saya tengok selimut yang menutupi perutnya. 47 00:02:45,209 --> 00:02:47,584 Susah nak tahu jika ada sesuatu di bawahnya. 48 00:02:48,251 --> 00:02:51,376 Betulkah ada ular katam tidur di atas perut awak? 49 00:02:51,459 --> 00:02:52,293 Ya. 50 00:02:59,834 --> 00:03:01,376 Macam mana pula? 51 00:03:01,459 --> 00:03:05,168 Saya tak patut tanya. Saya patut suruh dia diam saja. 52 00:03:06,168 --> 00:03:12,501 Baca sambil baring. Rasa sesuatu di atas dada, belakang buku. 53 00:03:12,584 --> 00:03:13,501 Bergerak-gerak. 54 00:03:15,834 --> 00:03:21,293 Jeling dan ternampak ular katam kecil menjalar di atas baju. 55 00:03:22,126 --> 00:03:24,501 Kecil. Mungkin 25 sentimeter. 56 00:03:25,793 --> 00:03:30,084 Tahu tak boleh bergerak. Baring diam-diam, perhatikannya. 57 00:03:30,168 --> 00:03:33,709 Ingatkan ia akan keluar dari selimut. 58 00:03:33,793 --> 00:03:35,293 Harry terdiam sebentar. 59 00:03:35,376 --> 00:03:39,084 Dia nak pastikan bisikannya tak mengganggu ular itu. 60 00:03:40,501 --> 00:03:42,001 Ia masuk ke dalam. 61 00:03:43,501 --> 00:03:47,543 Rasa di atas baju. Bergerak di atas perut. 62 00:03:48,668 --> 00:03:52,876 Ia berhenti. Sekarang, ia tidur di situ. 63 00:03:56,751 --> 00:03:57,918 Lama saya tunggu. 64 00:03:58,834 --> 00:04:00,168 - Berapa lama? - Lama. 65 00:04:01,293 --> 00:04:04,126 Berjam-jam lamanya. 66 00:04:04,209 --> 00:04:07,001 Dah tak tahan. Nak batuk. 67 00:04:10,418 --> 00:04:11,418 Sebenarnya, 68 00:04:11,501 --> 00:04:13,918 itu perkara biasa bagi ular katam. 69 00:04:14,001 --> 00:04:17,584 Ular merayap di rumah orang dan cari tempat panas. 70 00:04:17,668 --> 00:04:20,751 Yang peliknya, Harry belum dipatuk. 71 00:04:20,834 --> 00:04:23,793 Bisa katam membawa maut, kecuali dapat terus tangkap 72 00:04:23,876 --> 00:04:26,168 dan diberi antivenom segera. 73 00:04:27,001 --> 00:04:29,084 Ularnya halus saja. Serupa ini. 74 00:04:31,376 --> 00:04:33,043 Seekor boleh menyelinap masuk, 75 00:04:33,126 --> 00:04:37,126 contohnya melalui pintu bilik anak kecil yang renggang. 76 00:04:38,709 --> 00:04:42,918 Seorang pengurus estet teh pernah cerita tentang bebiri yang dipatuk. 77 00:04:43,001 --> 00:04:47,293 Apabila bangkai bebiri dibelah, darahnya hitam legam. 78 00:04:51,459 --> 00:04:54,751 "Baiklah, Harry," kata saya. Saya pun berbisik. 79 00:04:54,834 --> 00:04:57,168 "Usah bergerak atau bercakap, kecuali perlu. 80 00:04:57,251 --> 00:04:59,876 Ular tak patuk kalau tak diusik. Sabar." 81 00:05:02,543 --> 00:05:04,251 Saya keluar bilik perlahan-lahan 82 00:05:04,334 --> 00:05:06,751 lalu ambil pisau kecil yang tajam di dapur. 83 00:05:06,834 --> 00:05:11,043 Saya simpan di dalam poket seluar. Sedia untuk guna jika Harry dipatuk. 84 00:05:11,126 --> 00:05:13,501 Sedia untuk toreh Harry dan sedut bisa. 85 00:05:14,501 --> 00:05:17,126 "Harry," kata saya. "Saya rasa elok 86 00:05:17,209 --> 00:05:20,293 saya buka selimut perlahan-lahan dan tengok." 87 00:05:20,918 --> 00:05:22,918 Bodoh. 88 00:05:24,376 --> 00:05:28,251 Suaranya tiada perasaan. Perlahan dan lembut sangat. 89 00:05:28,334 --> 00:05:31,668 Hanya mata dan sudut bibirnya menunjukkan ekspresi. 90 00:05:32,293 --> 00:05:36,126 Jika cerah, ular terkejut. Saya akan mati. 91 00:05:38,126 --> 00:05:39,168 Betul juga. 92 00:05:39,751 --> 00:05:42,959 Apa kata saya buka selimut dan kuis cepat-cepat… 93 00:05:43,043 --> 00:05:44,126 Panggil doktor. 94 00:05:45,918 --> 00:05:48,876 Dia pandang saya macam saya sepatutnya dah panggil. 95 00:05:48,959 --> 00:05:51,668 Doktor. Dah tentu. Ya. Saya panggil Dr. Ganderbai. 96 00:05:51,751 --> 00:05:54,209 Saya berjengket keluar, cari nombor doktor, 97 00:05:54,293 --> 00:05:56,668 angkat telefon dan suruh operator cepat. 98 00:06:01,626 --> 00:06:05,001 - Saya Penyelia Woods. - Helo, En. Woods. Belum tidur? 99 00:06:05,084 --> 00:06:07,209 Datang segera. Bawa serum untuk katam. 100 00:06:07,293 --> 00:06:08,918 Serum? Siapa kena patuk? 101 00:06:09,001 --> 00:06:11,543 Soalannya bingit di telinga saya. 102 00:06:11,626 --> 00:06:12,751 Belum lagi. 103 00:06:12,834 --> 00:06:15,709 Ada seekor di atas perut Harry di bawah selimut. 104 00:06:15,793 --> 00:06:17,959 Sunyi dalam talian selama tiga saat. 105 00:06:19,834 --> 00:06:23,543 Kali ini, Dr. Ganderbai cakap dengan perlahan-lahan… 106 00:06:23,626 --> 00:06:26,501 Suruh dia jangan bergerak atau bercakap. Faham? 107 00:06:26,584 --> 00:06:28,501 - Ya, doktor. - Saya datang. 108 00:06:28,584 --> 00:06:30,376 Dia letak dan saya ke bilik. 109 00:06:33,043 --> 00:06:34,751 Mata Harry ikut saya ke katil. 110 00:06:34,834 --> 00:06:36,709 Doktor datang. Katanya jangan gerak. 111 00:06:37,293 --> 00:06:39,084 Dia ingat saya buat apa selama ini? 112 00:06:39,168 --> 00:06:40,668 Dua-dua jangan bercakap. 113 00:06:40,751 --> 00:06:41,876 Jadi, diamlah. 114 00:06:42,876 --> 00:06:46,126 Otot di tepi mulut yang digunakan untuk senyum 115 00:06:46,209 --> 00:06:48,043 mula menggerenyet sikit 116 00:06:48,126 --> 00:06:50,793 selama beberapa saat selepas dia habis bercakap. 117 00:06:50,876 --> 00:06:53,709 Saya tak suka. Saya juga tak suka cara dia cakap. 118 00:06:54,626 --> 00:06:56,959 Kereta doktor dipandu laju ke laman. 119 00:06:58,709 --> 00:06:59,876 Saya menyambutnya. 120 00:07:03,126 --> 00:07:05,918 - Di mana dia? - Dr. Ganderbai tak tunggu saya jawab. 121 00:07:06,001 --> 00:07:09,334 Dia terus ke ruang tamu dan letak beg di atas kerusi. 122 00:07:09,418 --> 00:07:11,334 Dia pakai selipar rumah jenis lembut. 123 00:07:11,418 --> 00:07:14,334 Langkahnya tak berbunyi, tak ubah macam kucing berjalan. 124 00:07:14,418 --> 00:07:16,418 Harry pandang dengan ekor matanya. 125 00:07:16,501 --> 00:07:19,168 Setibanya di katil, doktor senyum kepada Harry, 126 00:07:19,251 --> 00:07:21,376 menenangkannya, mengangguk macam berkata… 127 00:07:21,459 --> 00:07:24,626 Jangan risau. Mudah saja. Biar Dr. Ganderbai uruskan. 128 00:07:24,709 --> 00:07:26,918 Dia masuk ke dapur dan saya ikut. 129 00:07:28,668 --> 00:07:29,668 Begnya dibuka. 130 00:07:29,751 --> 00:07:33,709 Mula-mula, kena suntik serum, tapi dia tak boleh bergerak langsung. 131 00:07:33,793 --> 00:07:36,043 Botol kecil dan picagari di tangannya. 132 00:07:36,126 --> 00:07:38,876 Jarum ditusuk dan cecair kuning muda disedut. 133 00:07:38,959 --> 00:07:41,418 - Dihulurnya kepada saya. - Pegangkan. 134 00:07:41,501 --> 00:07:42,709 Kami balik ke bilik. 135 00:07:47,834 --> 00:07:49,959 Mata Harry buntang dan bersinar. 136 00:07:50,043 --> 00:07:52,459 Doktor berhati-hati singsing lengan baju Harry 137 00:07:52,543 --> 00:07:54,376 sampai siku tanpa alihkan lengannya. 138 00:07:54,459 --> 00:07:56,751 Dia jauh dari katil dan berbisik… 139 00:07:56,834 --> 00:07:59,959 Saya akan suntik awak. Sikit saja. Jangan bergerak. 140 00:08:00,043 --> 00:08:02,709 Jangan mengeraskan perut. Biar lembik. 141 00:08:02,793 --> 00:08:06,251 Harry tengok picagari. Otot senyumnya menggerenyet semula. 142 00:08:07,251 --> 00:08:10,834 Doktor ambil tiub getah dan ikat pada lengan Harry. 143 00:08:10,918 --> 00:08:13,501 Dia sapu alkohol sikit pada lengannya. 144 00:08:13,584 --> 00:08:16,376 Dia pegang picagari, tengok ukurannya, 145 00:08:16,459 --> 00:08:17,834 dan buang sikit cecairnya. 146 00:08:17,918 --> 00:08:19,793 Muka Harry berpeluh-peluh 147 00:08:19,876 --> 00:08:22,251 sampai berkilat macam pakai krim muka, 148 00:08:22,334 --> 00:08:23,376 melumuri bantal. 149 00:08:23,459 --> 00:08:27,001 Saya nampak urat biru lengannya, bengkak di bawah ikatan. 150 00:08:27,084 --> 00:08:30,376 Jarum di atas urat, diletak sejajar dengan lengan 151 00:08:30,459 --> 00:08:32,793 lalu doktor suntik ke dalam urat 152 00:08:32,876 --> 00:08:35,709 perlahan-lahan, tapi kuat, agar ia masuk dengan lancar. 153 00:08:35,793 --> 00:08:38,751 Harry pejam mata dan buka semula, tapi tak bergerak. 154 00:08:38,834 --> 00:08:41,126 Doktor tunduk, merapati telinga Harry. 155 00:08:41,209 --> 00:08:45,334 Awak akan okey jika dipatuk, tapi jangan bergerak. Sekejap, ya. 156 00:08:46,043 --> 00:08:49,084 - "Dah selamat?" soal saya. - Mungkin selamat, mungkin tak. 157 00:08:49,168 --> 00:08:51,959 Doktor lap dahi dan gigit-gigit bibirnya. 158 00:08:52,043 --> 00:08:55,001 Ada caranya. 159 00:08:55,084 --> 00:08:58,001 Dia bercakap perlahan sambil cuba berfikir. 160 00:08:59,751 --> 00:09:03,168 Kita akan berikan anestetik 161 00:09:03,918 --> 00:09:06,543 kepada haiwan itu di tempatnya. 162 00:09:08,418 --> 00:09:09,876 Cadangannya bagus. 163 00:09:09,959 --> 00:09:11,834 Tak selamat. Ular berdarah sejuk. 164 00:09:11,918 --> 00:09:14,668 Anestetik lambat berkesan pada haiwan darah sejuk, 165 00:09:14,751 --> 00:09:17,543 tapi saya tiada idea lain. Eter atau kloroform? 166 00:09:17,626 --> 00:09:18,668 Saya angguk. 167 00:09:18,751 --> 00:09:21,126 - Mana satu? - Dia tanya saya? Saya tak tahu. 168 00:09:21,209 --> 00:09:22,043 Kloroform! 169 00:09:22,626 --> 00:09:24,709 Dia tarik lengan saya ke ruang tamu. 170 00:09:26,001 --> 00:09:26,918 Pergi rumah saya. 171 00:09:27,001 --> 00:09:28,834 Budak saya akan tunggu awak. 172 00:09:28,918 --> 00:09:30,834 Ini kunci peti racun saya. 173 00:09:30,918 --> 00:09:32,918 Ambil kloroform. Labelnya jingga. 174 00:09:33,001 --> 00:09:36,084 Tengok labelnya. Saya tunggu di sini, jaga dia. 175 00:09:36,168 --> 00:09:37,376 Cepat! 176 00:09:37,459 --> 00:09:39,084 - Kasut… - Tak perlu kasut. 177 00:09:41,793 --> 00:09:45,043 Saya pandu laju. Dalam 15 minit, saya balik bawa botol. 178 00:09:47,793 --> 00:09:51,459 Dia tahu apa kita nak buat, tapi dia semakin takut. 179 00:09:51,543 --> 00:09:53,834 Tak pasti berapa lama dia boleh tahan. 180 00:09:57,334 --> 00:10:00,209 Harry masih baring di atas katil seperti sebelumnya. 181 00:10:00,293 --> 00:10:03,584 Mukanya pucat dan lencun. Dia jeling ke arah saya. 182 00:10:03,668 --> 00:10:05,376 Saya senyum dan angguk. 183 00:10:05,459 --> 00:10:08,209 Doktor ambil tiub yang digunakan tadi, 184 00:10:08,293 --> 00:10:10,501 kini dipasang corong di hujungnya. 185 00:10:10,584 --> 00:10:13,293 Dia buka cadar sikit dari bawah tilam, 186 00:10:13,376 --> 00:10:15,084 masukkan tiub di bawah cadar 187 00:10:15,168 --> 00:10:16,959 dan tolak ke badan Harry. 188 00:10:17,668 --> 00:10:20,084 Entah berapa lama dia masukkan tiub. 189 00:10:20,168 --> 00:10:23,251 Mungkin 20 atau 40 minit. Saya tak nampak tiub bergerak, 190 00:10:23,334 --> 00:10:25,834 tapi tiub yang di luar semakin pendek. 191 00:10:25,918 --> 00:10:27,876 Dr. Ganderbai pun dah berpeluh. 192 00:10:27,959 --> 00:10:30,418 Ada titik peluh di dahi dan di atas bibirnya, 193 00:10:30,501 --> 00:10:31,834 tapi tangannya stabil 194 00:10:31,918 --> 00:10:34,834 dan matanya tetap pada selimut di atas perut Harry. 195 00:10:34,918 --> 00:10:36,918 Dia hulur tangan, minta kloroform. 196 00:10:37,001 --> 00:10:39,918 Saya buka penutup botol dan letak di tangannya. 197 00:10:40,001 --> 00:10:42,543 Saya tak lepas sampai yakin dia dah pegang. 198 00:10:43,209 --> 00:10:47,501 En. Pope, saya akan basahkan tilam. Awak akan rasa sejuk di bawah badan. 199 00:10:47,584 --> 00:10:50,168 - Bersedia dan jangan bergerak. - Buat sajalah! 200 00:10:50,834 --> 00:10:52,543 Pertama kali Harry tinggikan suara. 201 00:10:52,626 --> 00:10:55,751 Doktor pandang dia dan sambung kerja. 202 00:10:55,834 --> 00:10:59,084 Dia tuang sikit ke dalam corong dan tunggu ia mengalir. 203 00:10:59,168 --> 00:11:00,584 Dia tuang lagi dan tunggu. 204 00:11:09,084 --> 00:11:12,209 Bau kloroform yang memeningkan memenuhi bilik, 205 00:11:12,293 --> 00:11:14,043 mengingatkan saya kenangan buruk 206 00:11:14,126 --> 00:11:17,251 jururawat dan doktor di bilik putih yang bermeja putih. 207 00:11:17,334 --> 00:11:18,918 Doktor tuang dengan lancar 208 00:11:19,001 --> 00:11:23,043 dan saya boleh nampak wap tebal macam asap di atas corong kertas itu. 209 00:11:23,626 --> 00:11:26,709 Dia berhenti, tuang sikit lagi dan pulangkan kepada saya. 210 00:11:26,793 --> 00:11:29,126 Tiub ditarik keluar dan dia berdiri. 211 00:11:29,209 --> 00:11:31,793 Tentu dia sangat tertekan melakukan prosedur ini 212 00:11:31,876 --> 00:11:34,126 kerana suaranya jadi begini… 213 00:11:34,209 --> 00:11:36,334 Kita tunggu 15 minit untuk pasti. 214 00:11:36,418 --> 00:11:37,834 Saya nak beritahu Harry. 215 00:11:37,918 --> 00:11:39,834 - Kita tunggu 15… - Saya dengarlah! 216 00:11:39,918 --> 00:11:43,209 Kali ini, Dr. Ganderbai pusing, mukanya merah padam. 217 00:11:43,293 --> 00:11:46,668 Dia tenung Harry, tanpa perasaan. Otot Harry menggerenyet lagi. 218 00:11:46,751 --> 00:11:48,376 Kami tunggu di sebelah katil. 219 00:11:48,459 --> 00:11:50,501 Doktor perhatikan muka Harry 220 00:11:50,584 --> 00:11:53,084 dengan renungan yang sangat tajam. 221 00:11:53,168 --> 00:11:54,793 Dia tumpukan semua tenaga 222 00:11:54,876 --> 00:11:57,418 agar Harry diam dan tak bergerak. 223 00:11:57,501 --> 00:12:00,126 Renungannya tak beralih. Walau tak berbunyi, 224 00:12:00,209 --> 00:12:02,084 dia seakan-akan tengking Harry. 225 00:12:02,168 --> 00:12:04,543 - Macam… - Jangan bergerak! Jangan bercakap! 226 00:12:04,626 --> 00:12:06,918 Jangan sia-siakan semua ini! Faham? 227 00:12:07,959 --> 00:12:10,126 Harry masih terbaring dan menggerenyet, 228 00:12:10,209 --> 00:12:12,293 berpeluh, pejam celik, 229 00:12:12,376 --> 00:12:14,418 tengok saya, cadar dan siling, 230 00:12:14,501 --> 00:12:16,084 tak tengok pun Dr. Ganderbai. 231 00:12:16,168 --> 00:12:18,293 Namun, doktor tetap perhatikan dia. 232 00:12:19,918 --> 00:12:21,959 Macam orang meniup belon besar 233 00:12:22,043 --> 00:12:24,668 yang dah nak meletup. Saya tak boleh berpaling. 234 00:12:24,751 --> 00:12:27,834 Akhirnya doktor angguk. Dia dah sedia untuk teruskan. 235 00:12:28,376 --> 00:12:29,459 Pergi ke sebelah situ. 236 00:12:29,543 --> 00:12:32,334 Kita selak selimut serentak. 237 00:12:32,418 --> 00:12:34,834 Perlahan-lahan. Jangan bergerak, En. Pope. 238 00:12:45,793 --> 00:12:48,084 Seluruh dada Harry terdedah. 239 00:12:48,168 --> 00:12:50,334 Saya nampak tali seluar berwarna putih, 240 00:12:50,418 --> 00:12:51,626 diikat kemas bersimpul. 241 00:12:51,709 --> 00:12:54,418 Ke bawah sikit, saya nampak butang siput mutiara, 242 00:12:54,501 --> 00:12:56,334 pijama saya tak pernah ada, 243 00:12:56,418 --> 00:12:58,543 tiada butang, apatah lagi butang mutiara. 244 00:12:58,626 --> 00:12:59,834 Kenapa ada kalanya kita 245 00:12:59,918 --> 00:13:02,043 terfikir hal bukan-bukan pada saat cemas? 246 00:13:02,126 --> 00:13:03,918 Tiada apa di atas perutnya. 247 00:13:06,584 --> 00:13:07,751 Jangan bergerak. 248 00:13:07,834 --> 00:13:10,793 Doktor intai di sekeliling badan dan di bawah kaki Harry. 249 00:13:10,876 --> 00:13:13,668 Jaga-jaga. Mungkin di dalam seluar atau di mana-mana. 250 00:13:13,751 --> 00:13:14,584 Harry bangun. 251 00:13:16,793 --> 00:13:18,168 Pertama kali dia bergerak. 252 00:13:19,626 --> 00:13:22,459 Dia berdiri di atas katil dan menyepak-nyepak kakinya. 253 00:13:22,543 --> 00:13:24,001 Kami sangka dia dipatuk. 254 00:13:24,084 --> 00:13:25,793 Jadi, doktor cari skalpel, 255 00:13:25,876 --> 00:13:27,751 tapi Harry berhenti meloncat. 256 00:13:27,834 --> 00:13:29,543 Dia tengok tilam dan jerit… 257 00:13:29,626 --> 00:13:30,459 Tak ada! 258 00:13:30,543 --> 00:13:33,126 Doktor berdiri tegak, memandang Harry. 259 00:13:33,209 --> 00:13:35,334 Harry tak apa-apa. Tak kena patuk. 260 00:13:35,418 --> 00:13:37,459 Dia tak akan mati dipatuk. 261 00:13:37,543 --> 00:13:39,168 Semuanya baik-baik saja. 262 00:13:39,251 --> 00:13:40,126 Lebih kuranglah. 263 00:13:41,168 --> 00:13:43,376 Mungkin awak bermimpi, En. Pope. 264 00:13:51,959 --> 00:13:53,043 Cara doktor cakap itu, 265 00:13:53,126 --> 00:13:55,668 saya tahu dia tak berniat mengusik. 266 00:13:55,751 --> 00:13:57,834 Cuma rasa lega selepas tertekan. 267 00:13:57,918 --> 00:14:00,626 Harry tak rasa begitu. Dia tercegat 268 00:14:00,709 --> 00:14:03,501 dan menjegil doktor. Mukanya yang pucat berubah warna. 269 00:14:03,584 --> 00:14:05,834 Maksud awak, saya pembohong? 270 00:14:08,626 --> 00:14:11,043 Doktor tak bergerak sambil pandang Harry. 271 00:14:11,126 --> 00:14:14,334 Harry melangkah. Matanya bersinar. 272 00:14:15,501 --> 00:14:19,001 - Orang Benggali pengotor, tak guna. - "Diam, Harry," kata saya. 273 00:14:19,084 --> 00:14:21,334 - Dahlah pengotor, gelap… - Diam! 274 00:14:21,418 --> 00:14:22,876 - Kasta rendah… - Diamlah! 275 00:14:22,959 --> 00:14:23,834 Cukup! 276 00:14:27,251 --> 00:14:30,001 Doktor keluar bilik. Saya ikut sampai ke anjung. 277 00:14:30,084 --> 00:14:32,209 Dia hilang akal, tak sedar apa dia cakap. 278 00:14:32,293 --> 00:14:35,584 Kami ke kereta Morris Motor lama doktor dalam gelap. 279 00:14:35,668 --> 00:14:36,501 JUT BRITISH 280 00:14:36,584 --> 00:14:39,168 Dia naik. Saya kata, "Awak menakjubkan." 281 00:14:39,251 --> 00:14:41,459 - Awak selamatkan dia. - Taklah. 282 00:14:41,543 --> 00:14:44,293 Mungkin awak… Dia terhutang nyawa kepada awak. 283 00:14:44,376 --> 00:14:47,168 - Doktor, dia terhutang nyawa. - Tak. 284 00:14:49,751 --> 00:14:50,668 Maaf. 285 00:14:52,126 --> 00:14:53,126 Jangan. 286 00:15:00,418 --> 00:15:02,959 Dr. Ganderbai hidupkan enjin lalu pergi. 287 00:15:16,043 --> 00:15:19,459 DAHL MULA MENULIS "POISON" PADA JANUARI 1950. 288 00:15:19,543 --> 00:15:22,376 DIA MENAMAKAN WATAK WOODS 289 00:15:22,459 --> 00:15:26,626 SEMPENA RAKAN JURUTERBANG RAF SKUADRON 80 YANG TERKORBAN DI ATHENS. 290 00:16:28,668 --> 00:16:33,668 {\an8}Terjemahan sari kata oleh H. Segara