1 00:00:15,433 --> 00:00:18,061 Selamat malam, Dira sayang. 2 00:00:18,645 --> 00:00:20,981 Mimpi indah. 3 00:00:22,732 --> 00:00:25,151 Saya tertinggal Luna di anjung depan. 4 00:00:25,235 --> 00:00:26,778 Saya tak boleh tidur tanpanya. 5 00:00:26,861 --> 00:00:29,281 Bagaimana kita boleh terlupa anak patung kegemaran kita? 6 00:00:29,364 --> 00:00:32,284 Jangan risau. Ayah kamu akan selamatkannya. 7 00:00:49,050 --> 00:00:50,051 Helo? 8 00:00:50,135 --> 00:00:51,344 Ya, Cik Vanderhouven, 9 00:00:51,428 --> 00:00:54,139 saya diberitahu awak mencari seseorang yang tahu tentang wilayah ini. 10 00:00:54,764 --> 00:00:57,309 Sudah tentu. Saya akan jumpa awak di landasan terbang. 11 00:00:57,392 --> 00:00:58,393 Selamat tinggal. 12 00:01:36,431 --> 00:01:39,351 KUIL BABUN 13 00:01:40,769 --> 00:01:42,687 PASPORT 14 00:01:42,771 --> 00:01:44,731 Semua dah siap. Sedia untuk pergi. 15 00:01:45,398 --> 00:01:48,026 Mak tak tahu jika ia idea yang bagus 16 00:01:48,109 --> 00:01:49,194 untuk kamu ikut. Bukan untuk kali ini. 17 00:01:49,277 --> 00:01:50,195 Sudah tentu saya patut ikut. 18 00:01:50,278 --> 00:01:54,699 Saya dah bawa berus gigi, papan selaju dan banyak pisang untuk monyet. 19 00:02:01,706 --> 00:02:04,376 Jangan harap! Mak tak boleh pergi tanpa kami. 20 00:02:04,459 --> 00:02:06,753 Anak-anak, percayalah, kamu lebih selamat di sini. 21 00:02:06,836 --> 00:02:10,465 Kami tahu mak seorang ibu hebat, tapi, mak juga tak boleh lakukannya sendiri. 22 00:02:10,549 --> 00:02:12,509 Mak hargai kamu berdua nak membantu, 23 00:02:12,592 --> 00:02:15,220 tapi mak takkan bawa kamu ke tempat yang jauh 24 00:02:15,303 --> 00:02:16,805 ke situasi yang berbahaya. 25 00:02:16,888 --> 00:02:19,766 Kamu dah terlalu terdedah dengan bahaya. 26 00:02:19,849 --> 00:02:22,310 Mak, kami berada dalam bahaya tak kira ke mana saja kami pergi, 27 00:02:22,394 --> 00:02:23,895 di sini atau di hutan. 28 00:02:23,979 --> 00:02:26,856 Jika kita tak betulkan keadaan dengan artifak ini dan selamatkan ayah, 29 00:02:26,940 --> 00:02:28,650 giliran kami seterusnya. Mak ingat? 30 00:02:28,733 --> 00:02:32,112 Ya, kami sebahagian daripadanya. Saya tak nak bertukar jadi batu. 31 00:02:33,280 --> 00:02:35,532 Rasanya betul cakap kamu. 32 00:02:35,615 --> 00:02:36,658 Kamu boleh ikut. 33 00:02:36,741 --> 00:02:41,162 Kita mungkin keluarga aneh yang disumpah, tapi tak kira apa pun, kita keluarga. 34 00:02:45,750 --> 00:02:47,168 Turunkan selimut itu. 35 00:02:47,752 --> 00:02:48,879 Fon kepala? 36 00:02:48,962 --> 00:02:50,088 Selepas beberapa kajian, 37 00:02:50,171 --> 00:02:52,716 saya dapati primat rendah ditenangkan dengan muzik menenangkan. 38 00:02:52,799 --> 00:02:56,553 Mak mungkin ketawa, tapi nampaknya ia beri respons kepada jaz perlahan. 39 00:03:01,308 --> 00:03:02,559 Ia bukan mudah. 40 00:03:02,642 --> 00:03:04,728 Pada mulanya ia tak nak memakainya. 41 00:03:04,811 --> 00:03:06,438 Tapi kami paksa. 42 00:03:09,107 --> 00:03:12,193 Pastikan Linda diberi makan tepat pada masa. Dua lalat dan satu cengkerik. 43 00:03:12,277 --> 00:03:13,945 Jangan risau tentangnya. 44 00:03:14,029 --> 00:03:17,449 Kami akan jaga rumah dan cicak kamu semasa ketiadaan kamu. 45 00:03:17,532 --> 00:03:20,619 Tolong pastikan tiada perkara buruk berlaku kepada ayah. 46 00:03:20,702 --> 00:03:23,580 Saya akan jaga dia. Saya janji. 47 00:03:27,000 --> 00:03:30,253 Tak boleh terbang guna penerbangan komersial dengan kepala babun disumpah. 48 00:03:30,337 --> 00:03:33,173 Jadi, bagaimana kita nak ke Congo? 49 00:03:33,256 --> 00:03:36,051 Tolong sebut, "Margie." 50 00:03:40,972 --> 00:03:42,682 Awak cuba dengan gigih? 51 00:03:45,143 --> 00:03:47,354 Semoga bernasib baik lain kali. 52 00:03:47,437 --> 00:03:49,314 Awak berhutang aci engkol. 53 00:03:49,397 --> 00:03:52,150 Awak pula berhutang satu peti minyak enjin. 54 00:03:52,651 --> 00:03:54,653 Si Tua Rufus kehausan. 55 00:04:01,076 --> 00:04:03,703 - Margie! - Hei, budak! 56 00:04:04,829 --> 00:04:06,790 Nampaknya masih bertaruh dengan mereka. 57 00:04:06,873 --> 00:04:09,209 Perlu pastikan pesawat tua ini terbang. 58 00:04:10,210 --> 00:04:14,214 Wah, kamu berdua dah tinggi! 59 00:04:14,297 --> 00:04:16,757 Ketinggian saya bertambah 7.62 sentimeter sejak awak terbangkan kami ke Iceland. 60 00:04:16,841 --> 00:04:19,094 Lebih hangat kali ini. 61 00:04:19,177 --> 00:04:20,804 Sebab itu pilih Congo? 62 00:04:20,887 --> 00:04:25,016 Tak, kami nak pulangkan artifak. Panjang ceritanya. 63 00:04:25,100 --> 00:04:27,602 Saya suka kisah yang panjang. 64 00:04:28,770 --> 00:04:33,441 Kita ada berjam-jam penerbangan untuk awak ceritakan perinciannya kepada saya. 65 00:04:33,525 --> 00:04:35,944 Kanak-kanak paling bertuah di dunia. 66 00:04:36,027 --> 00:04:40,156 Penjelajahan antarabangsa sememangnya pendidikan terbaik. 67 00:04:40,824 --> 00:04:43,410 Di mana Alex? Dia tak ikut? 68 00:04:43,493 --> 00:04:46,246 Tak, dia, sibuk dengan kerja. 69 00:04:47,247 --> 00:04:49,082 Apa pun, cuma kami bertiga. 70 00:04:49,165 --> 00:04:51,251 Baiklah, naiklah. 71 00:04:53,128 --> 00:04:55,088 Mari terbangkannya. 72 00:05:40,675 --> 00:05:42,177 Awak percaya semua ini? 73 00:05:42,260 --> 00:05:43,595 Barang hidup? 74 00:05:43,678 --> 00:05:45,263 Sayap rahsia dalam rumah? 75 00:05:45,347 --> 00:05:46,640 Ayah berubah jadi batu? 76 00:05:46,723 --> 00:05:48,433 Bukan semuanya berita buruk. 77 00:05:48,516 --> 00:05:50,602 Nampaknya kita tetap mengembara di musim panas. 78 00:05:50,685 --> 00:05:54,189 Itu respons awak? Kenapa semuanya lawak bagi awak? 79 00:05:54,272 --> 00:05:56,483 Sebab saya kelakar. 80 00:05:56,566 --> 00:05:59,361 Saya lebih suka tak bercakap tentang hal lain. 81 00:05:59,444 --> 00:06:03,281 - Bagaimana jika ia gagal? - Jangan cakap begitu. Ia akan berjaya. 82 00:06:03,365 --> 00:06:04,366 Ia perlu berjaya. 83 00:06:04,950 --> 00:06:06,034 Kita takkan kehilangan ayah. 84 00:06:06,117 --> 00:06:07,327 Dah seratus tahun, 85 00:06:07,410 --> 00:06:09,829 dan tiada sesiapa berjaya cari cara untuk tamatkan sumpahan ini. 86 00:06:09,913 --> 00:06:13,208 Betul, tapi kita bukan orang lain. 87 00:06:13,750 --> 00:06:14,876 Awak tak takut? 88 00:06:14,960 --> 00:06:18,046 Sudah tentu saya takut, tapi kita perlu bantu ibu. 89 00:06:18,630 --> 00:06:21,508 Ayah cuba lakukannya sendiri dan lihatlah apa berlaku kepadanya. 90 00:06:21,591 --> 00:06:25,178 Satu-satunya cara kita boleh lakukannya adalah sebagai keluarga. 91 00:06:49,286 --> 00:06:54,082 Kita akan mendarat di Perkampungan Tungada sebentar lagi. 92 00:06:54,165 --> 00:06:56,376 Sekiranya berlaku pendaratan kurang selesa, 93 00:06:56,459 --> 00:07:00,422 pastikan dalam posisi bersedia dan ucaplah selamat tinggal. 94 00:07:06,595 --> 00:07:07,846 Mwenda? 95 00:07:07,929 --> 00:07:10,181 Betul. Kamu pasti Keluarga Vanderhouven. 96 00:07:10,265 --> 00:07:12,851 Saya baca artikel awak tentang sejarah wilayah ini. 97 00:07:12,934 --> 00:07:15,687 Ia sangat mengagumkan dan kajiannya sangat lengkap. 98 00:07:15,770 --> 00:07:16,605 Terima kasih. 99 00:07:16,688 --> 00:07:19,608 Nenek moyang saya dah tinggal di Tungada selama beribu-ribu tahun. 100 00:07:19,691 --> 00:07:21,443 Apa yang saya boleh bantu? 101 00:07:21,526 --> 00:07:23,862 Ia agak aneh. 102 00:07:23,945 --> 00:07:25,614 Maksudnya awak datang ke tempat yang betul 103 00:07:25,697 --> 00:07:28,742 sebab perkara aneh juga mula berlaku di sini. 104 00:07:28,825 --> 00:07:29,743 Contohnya? 105 00:07:29,826 --> 00:07:31,786 Marilah. Kita boleh berbual sambil memandu. 106 00:07:31,870 --> 00:07:36,207 Saya akan tunggu di sini dan pastikan Si Tua Rufus dalam keadaan baik. 107 00:07:43,215 --> 00:07:44,966 Cantiknya. 108 00:07:49,596 --> 00:07:51,014 Kenapa ada banyak trak? 109 00:07:51,097 --> 00:07:52,390 Mereka berpindah? 110 00:07:52,474 --> 00:07:53,725 Malangnya, betul. 111 00:07:53,808 --> 00:07:57,187 Ramai yang buat keputusan sukar untuk tinggalkan tanah air nenek moyang. 112 00:07:57,270 --> 00:08:00,315 Tapi mereka percaya ia perlu dibuat untuk lindungi diri mereka. 113 00:08:00,398 --> 00:08:01,983 Lindungi diri daripada apa? 114 00:08:02,067 --> 00:08:05,695 Kami ada masalah yang teruk dengan populasi babun, 115 00:08:05,779 --> 00:08:09,616 dan jika ia tak berakhir segera, kami semua perlu buat keputusan sama. 116 00:08:09,699 --> 00:08:13,995 Saya rasa kecewa apabila fikir seluruh kampung akan ditinggalkan. 117 00:08:14,079 --> 00:08:18,250 Masalah apa yang begitu teruk sehingga keadaan jadi begini? 118 00:08:18,333 --> 00:08:20,794 Kami telah ditakluki. Ia sentiasa menjadi masalah, 119 00:08:20,877 --> 00:08:23,713 tapi sejak kebelakangan ini, tindakannya semakin agresif. 120 00:08:23,797 --> 00:08:27,008 Sejak bila? Minggu lepas? 121 00:08:27,092 --> 00:08:29,219 Ya, ia bermula empat hari lalu. 122 00:08:29,302 --> 00:08:32,681 Waktu itulah Si Taring bangun. Ia bukan kebetulan. 123 00:08:32,764 --> 00:08:36,308 Apa maksud awak dengan "agresif"? 124 00:08:37,018 --> 00:08:39,729 Ia mencuri… Bagaimana saya nak jelaskan? 125 00:08:40,313 --> 00:08:41,565 Kepala kami. 126 00:08:41,648 --> 00:08:42,816 Apa? 127 00:08:42,899 --> 00:08:45,318 Kepala patung dari kedai kami. 128 00:08:47,904 --> 00:08:50,198 Kepala maskot restoran kesayangan kami. 129 00:08:52,158 --> 00:08:54,411 Begitu juga kepala anak patung anak saya. 130 00:08:54,494 --> 00:08:57,289 Ia mencuri kepala dari apa saja yang ia temui. 131 00:08:57,372 --> 00:09:00,208 Kami risau tak lama lagi ia akan cuba penggal kepala kami. 132 00:09:00,792 --> 00:09:03,753 Itu memang bukan sifat biasa babun. 133 00:09:03,837 --> 00:09:04,671 Betul. 134 00:09:04,754 --> 00:09:08,091 Ia bertindak seperti dalam keadaan khayal. 135 00:09:08,174 --> 00:09:10,760 Awak rasa ia ada kaitan dengan kuil babun? 136 00:09:11,344 --> 00:09:14,931 Bantuan apa yang awak perlukan daripada saya sebenarnya? 137 00:09:15,515 --> 00:09:19,644 Kami datang untuk pulangkan sesuatu yang dicuri. 138 00:09:33,491 --> 00:09:36,703 Kami perlu menghantarnya ke kuil. Awak tahu di mana lokasinya? 139 00:09:37,287 --> 00:09:39,331 Kami tak berbincang tentang kuil babun. 140 00:09:39,414 --> 00:09:40,957 Ia tempat yang disumpah. 141 00:09:41,041 --> 00:09:43,168 Disumpah? Kami dah biasa dengannya. 142 00:09:43,251 --> 00:09:46,421 Tolonglah, Mwenda. Apa yang awak boleh beritahu kami? 143 00:09:47,672 --> 00:09:49,674 Kuil itu bukanlah sentiasa disumpah. 144 00:09:49,758 --> 00:09:52,510 Legenda mengatakan, sewaktu manusia menceroboh dahulu 145 00:09:52,594 --> 00:09:55,138 di tanah babun, ia menyerang sebagai pembalasan. 146 00:09:55,222 --> 00:09:57,933 Pada asalnya nenek moyang kami yang membina kuil itu 147 00:09:58,016 --> 00:10:00,143 sebagai tawaran berdamai antara spesies. 148 00:10:00,227 --> 00:10:03,271 Harmoni dicapai selama beratus-ratus tahun. 149 00:10:03,355 --> 00:10:06,107 Kuil itu sangat diraikan. 150 00:10:06,733 --> 00:10:10,028 Kemudian, pada abad sebelum ini, ia dijarah. 151 00:10:10,111 --> 00:10:13,156 - Perdamaian… - Rasanya kita tahu siapa yang menjarah. 152 00:10:13,240 --> 00:10:15,492 - Cornelius orang yang jahat. - …rosak kekal. 153 00:10:15,575 --> 00:10:17,911 Ketegangan antara spesies tak pernah ditunjukkan, 154 00:10:17,994 --> 00:10:19,955 tapi baru-baru inia berubah. 155 00:10:20,038 --> 00:10:23,250 Masalah sekarang dah cukup untuk buat keadaan jadi tak terkawal. 156 00:10:23,333 --> 00:10:27,671 Rasanya kami boleh selesaikan masalah babun dan selamatkan kampung awak. 157 00:10:27,754 --> 00:10:29,214 Tapi kami perlukan bantuan awak. 158 00:10:31,132 --> 00:10:32,175 Baiklah. 159 00:10:32,259 --> 00:10:34,469 Untuk keselamatan anak saya dan kampung ini, 160 00:10:34,553 --> 00:10:36,012 saya akan bawa kamu ke kuil itu. 161 00:10:41,226 --> 00:10:43,019 Saya tak sangka akan melihat sendiri 162 00:10:43,103 --> 00:10:46,273 salah satu artifak suci kami akan dipulangkan semula. 163 00:10:46,356 --> 00:10:49,317 Awak dah jadi biasa dengan sejarah dirampas daripada kamu. 164 00:10:49,401 --> 00:10:51,194 Mungkin kita akan mulakan arah aliran. 165 00:10:51,278 --> 00:10:52,279 Seseorang hanya boleh berharap. 166 00:10:54,364 --> 00:10:57,033 Wah! Sphodromantis congica! 167 00:10:57,117 --> 00:10:59,494 Ia hanya ada di wilayah Afrika ini. 168 00:10:59,578 --> 00:11:01,162 Ayah pasti akan sukakannya. 169 00:11:01,246 --> 00:11:04,374 Ayuh, budak serangga. Kita tiada masa untuk ini. 170 00:11:04,457 --> 00:11:07,085 Tapi ini keajaiban untuk dunia mentadak. 171 00:11:07,752 --> 00:11:09,880 Itu ular kapak spiny bush. Satu patukan boleh membunuh. 172 00:11:14,384 --> 00:11:16,177 Russ, fokus. 173 00:11:28,815 --> 00:11:29,900 Awak dengar? 174 00:11:29,983 --> 00:11:33,403 Maaf. Saya lapar. Saya simpan pisang terakhir untuk… 175 00:11:33,486 --> 00:11:35,030 Tak, dengar. 176 00:11:38,825 --> 00:11:40,243 Babun. Cepat, sembunyi. 177 00:11:50,587 --> 00:11:52,923 Saya akan periksa untuk pastikan ia dah melintas. 178 00:11:53,006 --> 00:11:54,341 Pastikan kamu terus sembunyi. 179 00:11:56,176 --> 00:11:58,053 Saya dah tak nampak ia. 180 00:11:58,136 --> 00:12:00,388 Saya rasa laluan… 181 00:12:01,306 --> 00:12:02,349 Tidak! 182 00:12:02,974 --> 00:12:04,184 Tidak. Berhenti. 183 00:12:06,394 --> 00:12:08,730 Kenapa halang saya? Kita perlu selamatkan dia. 184 00:12:08,813 --> 00:12:12,442 Kita akan selamatkan dia, tapi kita tak boleh bantu jika kita juga ditangkap. 185 00:12:12,525 --> 00:12:15,445 Betul cakap mak. Kita tak ramai. Kita perlu jadi bijak. 186 00:12:15,528 --> 00:12:18,156 Pasti ia menuju ke kuil. Mari ekorinya. 187 00:12:31,253 --> 00:12:33,630 Itu dia. Rupanya sama macam dalam gambar. 188 00:12:35,715 --> 00:12:37,384 Tolong! 189 00:12:45,642 --> 00:12:47,143 Tolong! 190 00:12:47,227 --> 00:12:50,188 Tolong! Lepaskan saya! 191 00:12:56,903 --> 00:12:58,488 Bagaimana kita nak masuk? 192 00:12:58,572 --> 00:13:00,407 Kita guna kunci sama yang mereka guna. 193 00:13:27,225 --> 00:13:30,937 Jadi, kita lepaskan saja kepala ini keluar? 194 00:13:31,021 --> 00:13:33,273 Tak. Rasanya bukan begitu. 195 00:13:33,773 --> 00:13:36,443 Lagipun, kita perlu terus menjaganya sehingga kita jumpa Mwenda. 196 00:13:37,027 --> 00:13:38,778 Mak rasa kita patut ikut arah mana? 197 00:13:39,279 --> 00:13:41,740 "Dari perut raksasa." 198 00:13:43,241 --> 00:13:45,410 Jika itu mulut kuil… 199 00:13:47,662 --> 00:13:52,375 maksudnya ini pasti esofagusnya, maksudnya kita perlu turun ke… 200 00:13:52,459 --> 00:13:54,544 Perut raksasa. 201 00:13:56,922 --> 00:13:59,507 Perutnya? Menjijikkan. 202 00:14:11,811 --> 00:14:13,605 Hati-hati dengan jerangkap samar. 203 00:14:13,688 --> 00:14:15,857 Nampaknya ia dah terbuka, 204 00:14:15,941 --> 00:14:17,901 mungkin semasa Si Taring dicuri. 205 00:14:23,114 --> 00:14:26,368 Bukan semuanya. Hati-hati. 206 00:14:32,582 --> 00:14:33,750 Tutup lampu. 207 00:14:43,510 --> 00:14:45,220 Hampir-hampir. 208 00:14:48,932 --> 00:14:50,475 Kita perlu ke arah mana? 209 00:14:55,730 --> 00:14:58,066 Arah sini, ke kanan. 210 00:14:58,149 --> 00:15:00,235 Wah! Bagaimana awak tahu? 211 00:15:00,318 --> 00:15:02,779 Ada banyak najis monyet baru di sini. 212 00:15:02,862 --> 00:15:04,823 Sangat saintifik. 213 00:15:05,407 --> 00:15:07,993 Awak pasti terkejut sains banyak gunakan najis. 214 00:15:12,747 --> 00:15:15,166 Ia datang semula. Cepat, sembunyi di terowong kiri! 215 00:16:09,179 --> 00:16:10,430 Biar betul, Pandora? 216 00:16:10,513 --> 00:16:11,514 Lari! 217 00:16:31,743 --> 00:16:34,871 - Saya dah tak dengar bunyinya lagi. - Rasanya kita dah selamat. 218 00:16:35,956 --> 00:16:37,916 Selamat datang ke Congo Clown Burger. 219 00:16:42,796 --> 00:16:45,674 Boleh saya ambil pesanan awak? Pesanan. 220 00:16:47,425 --> 00:16:50,720 Boleh saya ambil pesanan awak? Pesanan awak. 221 00:16:52,931 --> 00:16:54,808 Pesanan awak. 222 00:17:10,532 --> 00:17:13,660 Okey, mungkin kita belum selamat. 223 00:17:14,285 --> 00:17:17,622 Tak, tapi, rasanya kita dah jumpa perut raksasa. 224 00:17:21,626 --> 00:17:23,795 Biar betul. 225 00:17:23,879 --> 00:17:25,296 Itu badan Si Taring. 226 00:17:25,380 --> 00:17:28,132 Pasti si babun cuba mencari pengganti kepala itu 227 00:17:52,824 --> 00:17:54,743 Dah tahu apa yang mengawalnya. 228 00:17:54,826 --> 00:17:56,870 Sekejap, jangan. Kami cuba membantu. 229 00:17:56,953 --> 00:17:59,831 Ia mungkin fikir kita datang untuk curi bahagian yang lain. 230 00:18:06,171 --> 00:18:08,256 Pasti ada jalan keluar. 231 00:18:16,389 --> 00:18:17,849 Saya tahu nak buat apa. 232 00:18:19,267 --> 00:18:21,478 Mak, saya boleh buat. 233 00:18:24,981 --> 00:18:25,982 Okey. 234 00:19:30,297 --> 00:19:33,383 Mak tak kisah saya main papan selaju begini dalam rumah? 235 00:19:35,844 --> 00:19:38,930 Tak boleh, tapi ia memang hebat. 236 00:19:40,891 --> 00:19:42,058 Hei! 237 00:19:42,142 --> 00:19:43,476 Mwenda? 238 00:19:43,560 --> 00:19:44,978 Helo! 239 00:19:45,061 --> 00:19:46,563 Tolong! 240 00:19:48,773 --> 00:19:50,025 Kamu berjaya menghalangnya? 241 00:19:50,108 --> 00:19:52,694 Ya. Awak boleh berterima kasih kepada Pandora untuknya. 242 00:19:54,237 --> 00:19:56,031 Baguslah. 243 00:19:56,531 --> 00:19:59,117 Boleh bantu saya keluar? 244 00:20:01,286 --> 00:20:02,537 Terima kasih banyak. 245 00:20:02,621 --> 00:20:05,290 Dengan apa yang kita buat di kuil, keamanan akan dikembalikan. 246 00:20:05,373 --> 00:20:08,001 Kampung ini dan anak saya akan selamat semula. 247 00:20:08,084 --> 00:20:09,669 Gembira kami dapat perbetulkan keadaan. 248 00:20:09,753 --> 00:20:11,922 Jika perlukan bantuan saya lagi, 249 00:20:12,005 --> 00:20:14,633 dan ia tak memerlukan kepala saya dicuri, 250 00:20:14,716 --> 00:20:16,343 kamu tahu di mana nak cari saya. 251 00:20:19,387 --> 00:20:20,931 Selepas semua ini, 252 00:20:21,014 --> 00:20:24,768 mak sedar kamu berdua memang boleh jaga diri. 253 00:20:24,851 --> 00:20:27,187 Ya, tapi mak masih lebih hebat. 254 00:20:27,270 --> 00:20:29,147 Bertahun-tahun pengalaman. 255 00:20:29,231 --> 00:20:30,982 Mari pulang sekarang. 256 00:20:31,066 --> 00:20:35,487 Naik, semua! 257 00:20:45,705 --> 00:20:50,418 Dengar, biskop bergerak secara serong, bukan sisi ke sisi. Faham? 258 00:20:52,045 --> 00:20:54,172 Mungkin kita patut mulakan dengan checkers. 259 00:20:54,839 --> 00:20:56,841 - Ayah! - Kamu dah pulang. 260 00:20:56,925 --> 00:20:58,718 Hidup pahlawan-pahlawan penakluk! 261 00:20:58,802 --> 00:21:00,637 Ia berjaya? Kami berjaya bebaskan ayah? 262 00:21:00,720 --> 00:21:03,098 - Ia gagal. - Kami gagal. 263 00:21:04,057 --> 00:21:05,100 Kamu tak gagal. 264 00:21:05,183 --> 00:21:07,894 Kamu berjaya perbetulkan keadaan untuk rakan emas kita, 265 00:21:07,978 --> 00:21:09,563 sama seperti yang ayah kamu nak buat. 266 00:21:09,646 --> 00:21:12,607 Tapi ia tak menamatkan sumpah. Ia tak kembalikan ayah semula. 267 00:21:12,691 --> 00:21:13,900 Tak, belum lagi. 268 00:21:13,984 --> 00:21:16,778 Saya rasa ia pasti lebih rumit daripada itu. 269 00:21:16,861 --> 00:21:19,281 Kamu perasan ada apa-apa perbezaan tentang jam pasir? 270 00:21:20,699 --> 00:21:23,451 Ia terbalik daripada sebelum ini. 271 00:21:23,535 --> 00:21:26,246 Pasirnya semakin banyak? 272 00:21:26,329 --> 00:21:30,375 Ia bermula semalam selepas kamu pulangkan artifak itu. 273 00:21:30,458 --> 00:21:33,378 Jadia tak lagi jatuh untuk Russ… 274 00:21:33,461 --> 00:21:35,213 Ia mula berundur untuk ayah. 275 00:21:35,297 --> 00:21:37,173 Jadi, jika kita penuhkan jam pasir… 276 00:21:37,257 --> 00:21:38,592 Kita boleh dapat ayah semula. 277 00:21:38,675 --> 00:21:40,093 Betul cakap kamu. 278 00:21:40,176 --> 00:21:43,221 Kita perlu pulangkan semuanya ke tempat asalnya. 279 00:21:43,305 --> 00:21:45,807 Tapi bukan satu artifak saja yang kita perlu pulangkan. 280 00:21:46,558 --> 00:21:48,184 Semuanya sekali. 281 00:21:48,852 --> 00:21:52,522 Mari lakukannya. Banyak kerja yang kita perlu buat. 282 00:22:05,952 --> 00:22:07,329 MUZIUM PAXTON 283 00:23:02,342 --> 00:23:04,344 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid