1 00:00:13,807 --> 00:00:17,394 Saya dah berlawan dengan babun, anak-anak cicak batu, Noppera-bõ, 2 00:00:17,477 --> 00:00:21,523 utusan, penyelinap dan moyang kita yang sangat jahat. 3 00:00:21,606 --> 00:00:24,776 Tapi saya masih tak boleh guna alatan berkuasa elektrik? 4 00:00:24,859 --> 00:00:26,236 Jadikannya masuk akal. 5 00:00:27,237 --> 00:00:31,324 Ia buat mak rasa mak kawal keselamatan kamu. 6 00:00:31,408 --> 00:00:32,534 Ikut cakap mak, Pan. 7 00:00:32,616 --> 00:00:34,786 Saya faham kesakitan awak, Pandora. 8 00:00:34,869 --> 00:00:36,955 Bertahun-tahun pengalaman berani, 9 00:00:37,038 --> 00:00:39,416 dan saya tak dibenarkan lempar belati. 10 00:00:39,499 --> 00:00:42,252 Saya cadangkan awak pilih hobi yang kurang bergantung 11 00:00:42,335 --> 00:00:44,170 pada ada anggota badan dan otot 12 00:00:44,254 --> 00:00:45,630 dan sasaran tepat. 13 00:00:45,714 --> 00:00:47,257 Ia boleh jadi bahaya. 14 00:00:47,841 --> 00:00:50,051 Russ. Kamu bawa lampu suluh? 15 00:00:52,679 --> 00:00:55,932 Ia terlalu gelap. Saya tak nampak bilik kebal. 16 00:00:56,433 --> 00:00:57,601 Lihatlah itu. 17 00:00:57,684 --> 00:00:59,394 Apa yang awak jumpa? Ada apa-apa yang menarik? 18 00:00:59,477 --> 00:01:01,479 Dinding ditutup oleh briar. 19 00:01:01,563 --> 00:01:03,148 Bagaimana dengan duri merah? 20 00:01:03,231 --> 00:01:06,192 Saya nampak. Saya juga nampak… 21 00:01:06,276 --> 00:01:08,945 Sekejap, apa itu? 22 00:01:41,061 --> 00:01:43,897 RANTAI AZTEC 23 00:01:48,193 --> 00:01:49,611 Helo? 24 00:01:50,820 --> 00:01:53,281 Tiada sesiapa di sana. Sekurang-kurangnya tiada sesiapa yang hidup. 25 00:01:53,365 --> 00:01:54,950 Itulah yang saya takutkan. 26 00:02:03,083 --> 00:02:05,502 Ini yang kamu nampak, Russ? 27 00:02:05,585 --> 00:02:08,045 Ya. Siapa itu? 28 00:02:08,129 --> 00:02:11,716 Ini Apollo. Ayah Alex. Datuk kamu. 29 00:02:11,800 --> 00:02:13,760 Dia tak sendirian. Lihat. 30 00:02:14,886 --> 00:02:19,432 Itu kembar Apollo, Artemis. Mak tak cam yang lain. 31 00:02:19,516 --> 00:02:22,811 Itu Xerxes, datuk Alex. 32 00:02:22,894 --> 00:02:25,647 Freya, anak perempuan Cornelius, kasihan dia. 33 00:02:25,730 --> 00:02:28,525 Tak perlu kenalkan yang ini. 34 00:02:38,785 --> 00:02:40,203 Bilik kebal. 35 00:02:41,788 --> 00:02:45,208 Saya tahu saya perlu ingat kombinasi daripada memori Cornelius. 36 00:03:12,319 --> 00:03:15,780 Ini artifak terakhir? Bola boling? 37 00:03:15,864 --> 00:03:17,824 Lihatlah lekuknya. 38 00:03:20,994 --> 00:03:23,788 Jam pasir ialah bahagian yang hilang. 39 00:03:23,872 --> 00:03:28,126 Betul. Kita kembali kepada permulaan. Penamat pengembaraan kita dah hampir. 40 00:03:33,757 --> 00:03:35,383 Jangan. Linda, jangan! 41 00:03:41,640 --> 00:03:43,058 Linda! Berhenti! 42 00:03:49,898 --> 00:03:51,775 Oh Tuhan! Linda. 43 00:03:57,113 --> 00:03:58,990 Jadi, akhirnya Cornelius dapat peti itu, 44 00:03:59,074 --> 00:04:02,661 tapi apabila dia sentuh jam pasir, ia berubah jadi batu macam Linda. 45 00:04:02,744 --> 00:04:06,706 Tapi Alex tak sentuh jam pasir dan dia masih bertukar jadi batu. 46 00:04:06,790 --> 00:04:09,918 Teori logik saya adalah apabila artifak itu disentuh, 47 00:04:10,001 --> 00:04:14,923 kita akan disumpah, tapi jika mencurinya, keluarga juga akan disumpah. 48 00:04:15,006 --> 00:04:17,800 Sebab itulah briar bawa kita kepada semua artifak itu. 49 00:04:17,884 --> 00:04:20,929 Untuk menterbalikkan sumpahan yang Cornelius mulakan. 50 00:04:21,012 --> 00:04:25,141 Briar bawa kita kepada peti itu, tapi kita tak boleh sentuh? Saya tak faham. 51 00:04:26,226 --> 00:04:28,395 Kita pasti terlepas sesuatu. 52 00:04:32,816 --> 00:04:34,818 Bingo. Tulisan lambang. 53 00:04:35,318 --> 00:04:37,571 Kita perlu terjemahkannya. 54 00:04:38,238 --> 00:04:43,034 "Satukan dua kepingan bersama untuk buka kuasa hebat. 55 00:04:43,118 --> 00:04:46,413 Kepingan ketiga ialah perisai berkuasa." 56 00:04:46,496 --> 00:04:47,789 Kepingan ketiga? 57 00:04:47,872 --> 00:04:49,624 Awak cakap awak lihat ia di mana? 58 00:04:50,208 --> 00:04:53,044 Saya bantu Alex buat kajian untuk bukunya. 59 00:04:53,670 --> 00:04:54,838 Begitu rupanya. 60 00:04:55,672 --> 00:04:58,842 Sky, awak ada masa untuk berbual di pejabat saya? 61 00:05:00,010 --> 00:05:03,263 Baiklah. Saya akan datang nanti. 62 00:05:08,101 --> 00:05:11,271 "Kepingan ketiga"? Ada sesiapa nampak kepingan ketiga? 63 00:05:11,354 --> 00:05:14,024 Mungkin lanun sembunyikannya. Antara perkara pertama awak belajar 64 00:05:14,107 --> 00:05:18,069 sebagai lanun ialah "jangan tanam semua harta karun di satu tempat." 65 00:05:18,153 --> 00:05:20,697 Saya rasa Cornelius tiada masa untuk sembunyikan apa-apa. 66 00:05:20,780 --> 00:05:23,575 Dia seperti terus bertukar jadi batu selepas sentuh jam pasir itu. 67 00:05:23,658 --> 00:05:26,661 Mungkin ia macam kotak teka-teki yang Russ taasub. 68 00:05:27,454 --> 00:05:29,247 Saya bukan taasub. 69 00:05:29,331 --> 00:05:31,875 Awak suka kotak teka-teki. 70 00:05:31,958 --> 00:05:34,377 Awak nak kahwini kotak teka teki… 71 00:05:36,588 --> 00:05:39,007 Tidak! Saya bertukar jadi batu? 72 00:05:41,468 --> 00:05:43,803 - Sebaliknya, hasilnya positif - Hei. 73 00:05:45,931 --> 00:05:47,933 Saya risaukan awak, Sky. 74 00:05:48,016 --> 00:05:50,894 Beberapa bulan lalu, awak nampak sedia untuk terima kerja di sini, 75 00:05:50,977 --> 00:05:53,605 dan sekarang awak sedang usahakan buku Alex? 76 00:05:53,688 --> 00:05:56,816 Georgia, maaf sebab tak hubungi awak semula. 77 00:05:56,900 --> 00:05:59,402 Saya ada rancangan besar untuk awak di muzium ini. 78 00:05:59,486 --> 00:06:01,947 Jika awak dah tak berminat, beritahu saja. 79 00:06:02,030 --> 00:06:03,990 Saya sememangnya sangat berminat. 80 00:06:04,074 --> 00:06:07,911 Cuma saya sibuk dengan anak-anak dan Alex kejar tarikh akhir, jadi… 81 00:06:07,994 --> 00:06:10,789 semua orang membantu. Tapia hampir selesai. 82 00:06:10,872 --> 00:06:12,916 Baiklah. Sementara itu, beritahu saya 83 00:06:12,999 --> 00:06:16,294 jika awak nak bercakap tentang hal lain. 84 00:06:16,378 --> 00:06:18,880 Terima kasih. Semuanya akan okey. 85 00:06:18,964 --> 00:06:21,174 Saya akan berhubung tak lama lagi. 86 00:06:24,302 --> 00:06:30,016 Saya tak jumpa rantai bunga, tapi jumpa penyodok ini di belakang peti. 87 00:06:30,559 --> 00:06:34,479 Peta daripada memori Cornelius. Peti itu datang dari sini. 88 00:06:34,563 --> 00:06:37,065 Kita masih perlu cari rantai itu. 89 00:06:37,148 --> 00:06:39,568 Kami dah cari di merata-rata tempat. Ia tiada di sini. 90 00:06:39,651 --> 00:06:42,362 Ia juga tak disebut dalam jurnal. 91 00:06:42,445 --> 00:06:44,364 Sekejap. Saya teringat sesuatu. 92 00:06:44,447 --> 00:06:45,824 Jangan bergerak, semua. 93 00:06:51,913 --> 00:06:55,417 "The Creepy Chronicle"? Pandora, dari mana kamu dapat semua ini? 94 00:06:55,500 --> 00:06:58,169 Saya melanggan sejak lapan tahun. Ayah cakap tiada masalah. 95 00:06:58,253 --> 00:07:00,171 Sudah tentu dia cakap begitu. 96 00:07:01,006 --> 00:07:03,675 Ini dia. "Bruja Hutan Yucatán." 97 00:07:04,551 --> 00:07:06,928 Maksudnya "ahli sihir" dalam bahasa Sepanyol. 98 00:07:07,512 --> 00:07:08,847 Semua orang tahu. 99 00:07:08,930 --> 00:07:12,475 - Biar saya baca. - Tak perlu. Lihatlah gambarnya. 100 00:07:14,352 --> 00:07:16,354 Itu rantai dari peti. 101 00:07:18,773 --> 00:07:22,652 Sebab peti itu mungkin artifak terakhir, berseronoklah dengan percutian kamu. 102 00:07:23,695 --> 00:07:26,323 Sebenarnya, saya nak minta tolong. 103 00:07:26,406 --> 00:07:30,744 Saya tahu ia… tapi, boleh kamu… 104 00:07:30,827 --> 00:07:33,163 Kami akan jaga ia dengan baik. 105 00:07:35,832 --> 00:07:38,084 Baiklah, anak-anak. Margie menunggu. 106 00:07:49,179 --> 00:07:53,058 Sky, saya perlu tanya, semua artifak yang kita bawa ini, 107 00:07:53,141 --> 00:07:55,602 ia tak langgar undang-undang, bukan? 108 00:07:55,685 --> 00:07:59,522 Dah lama kita berkawan, jadi saya akan berterus terang. 109 00:08:01,608 --> 00:08:03,026 Semua artifak itu… 110 00:08:03,109 --> 00:08:06,238 tiada cara lain untuk katakannya… ia disumpah. 111 00:08:06,321 --> 00:08:09,658 Tapi bukan haram? Lega rasanya. 112 00:08:09,741 --> 00:08:14,037 Kita boleh uruskan sumpah. FBI? Ia isu berbeza. 113 00:08:14,120 --> 00:08:16,081 Betul? Awak tak takut? 114 00:08:16,164 --> 00:08:19,584 Pada mulanya saya sendiri sukar nak percaya, dan ia keluarga saya. 115 00:08:19,668 --> 00:08:23,004 Apabila kawan-kawan beritahu sesuatu, saya percaya mereka. 116 00:08:23,088 --> 00:08:24,297 Semudah itu. 117 00:08:24,381 --> 00:08:26,091 Terima kasih sebab memahami. 118 00:08:26,633 --> 00:08:29,177 Maaf saya tak beritahu lebih awal. 119 00:08:29,261 --> 00:08:32,429 Saya faham. Awak melindungi keluarga. 120 00:08:32,514 --> 00:08:37,519 Tapi, Sky, awak keluarga saya dan saya perlu lindungi awak. 121 00:08:40,480 --> 00:08:44,192 Untuk lukisan seterusnya, saya akan bereksperimen dengan gaya Renaissance. 122 00:08:45,986 --> 00:08:48,280 Saya juga berminat dengan seni tembikar. 123 00:08:48,363 --> 00:08:51,157 Awak mungkin tiada masa untuk begitu banyak hobi baru, Larry. 124 00:08:51,241 --> 00:08:54,286 Keluarga ini mungkin masih perlukan bantuan kita dari semasa ke semasa. 125 00:08:54,369 --> 00:08:56,913 Stan, awak perlu terima realiti. 126 00:08:56,997 --> 00:08:59,708 Selepas sumpahan ini digugurkan dan Alex kembali, 127 00:08:59,791 --> 00:09:01,918 tiada sesiapa akan mahu turun ke sini lagi. 128 00:09:02,002 --> 00:09:04,212 Kita akan bersara, sama ada awak suka atau tidak. 129 00:09:04,296 --> 00:09:05,797 Saya tak sukakannya. 130 00:09:05,881 --> 00:09:11,469 Saya lebih suka hidup saya ada tujuan. Jika saya tak berguna, saya ini apa? 131 00:09:15,765 --> 00:09:18,518 - Kita ada air, makanan… - Serta peta mendaki. 132 00:09:18,602 --> 00:09:21,062 Penjual itu cakap pengemudi tempatan dah tak bekerja di laluan ini lagi 133 00:09:21,146 --> 00:09:23,189 sebab mereka takut kepada ahli sihir dalam hutan. 134 00:09:23,273 --> 00:09:25,233 Nampaknya kita bersendirian. 135 00:09:26,318 --> 00:09:27,444 Bagus. 136 00:09:37,454 --> 00:09:41,374 Kamu bau tak? Ia bunga. Plumeria? 137 00:09:46,171 --> 00:09:48,173 Nampak macam bunga pada rantai. 138 00:09:48,673 --> 00:09:49,883 Ada banyak lagi. 139 00:09:51,384 --> 00:09:55,972 Saya pasti laluan ini berakhir di rumah gula-gula, macam Hansel and Gretel. 140 00:09:56,056 --> 00:09:59,809 Macam kisah dongeng dua kanak-kanak terperangkap, hampir dimakan ahli sihir? 141 00:09:59,893 --> 00:10:02,020 Ya, tapi ada gula-gula. 142 00:10:05,523 --> 00:10:07,442 Bercakap tentang penamat. 143 00:10:11,279 --> 00:10:12,364 Bagaimana sekarang, mak? 144 00:10:12,864 --> 00:10:14,491 Rasanya mak akan masuk. 145 00:10:15,784 --> 00:10:17,702 Tunggu isyarat mak di sini, okey? 146 00:10:30,882 --> 00:10:32,884 - Indahnya. - Wah! 147 00:10:35,595 --> 00:10:37,305 Nampak gula-gula? 148 00:10:38,473 --> 00:10:40,183 Sepatutnya ada gula-gula. 149 00:10:40,267 --> 00:10:41,434 Jangan! 150 00:10:48,024 --> 00:10:50,485 Helo, pengembara. Saya Ania. 151 00:10:50,569 --> 00:10:52,946 Saya kenal awak. 152 00:10:53,530 --> 00:10:55,615 Ramai orang fikir mereka kenal saya 153 00:10:55,699 --> 00:10:57,867 sebab sikap saya yang mesra. 154 00:10:57,951 --> 00:11:01,329 Kamu pasti lapar. Ayuh, mari makan. 155 00:11:01,413 --> 00:11:04,666 Dia ahli arkeologi yang kita nampak dalam memori Cornelius. 156 00:11:04,749 --> 00:11:07,502 - Dia ahli sihir? - Nampak macam dia, 157 00:11:07,586 --> 00:11:09,796 tapi ia berlaku beratus-ratus tahun dahulu. 158 00:11:14,301 --> 00:11:16,011 Semuanya okey? 159 00:11:16,094 --> 00:11:18,722 Kamu tak nak sertai saya makan snek? 160 00:11:18,805 --> 00:11:24,394 Saya buat lebih untuk anak saya, Dahlia, tapi… dia lewat. 161 00:11:24,477 --> 00:11:27,647 Awak dan anak awak dah lama tinggal di sini? 162 00:11:27,731 --> 00:11:29,357 Di Mexico, betul. 163 00:11:29,441 --> 00:11:31,443 Pada mulanya kami kerap berpindah di dalam negara 164 00:11:31,526 --> 00:11:33,737 tapi dah bertahun-tahun saya tinggal di Yucatán. 165 00:11:33,820 --> 00:11:38,283 Ania, rantai awak cantik.Ia dari mana? 166 00:11:38,366 --> 00:11:40,869 Panjang ceritanya. 167 00:11:41,578 --> 00:11:43,830 Mujurlah saya ada banyak masa untuk ceritakannya. 168 00:11:43,914 --> 00:11:47,292 Dahulu, saya pelajar arkeologi 169 00:11:47,375 --> 00:11:50,337 dengan minat terhadap artifak Aztec. 170 00:11:50,420 --> 00:11:55,091 Sangat sukar mengakses maklumat tentang ketamadunan purba dahulu. 171 00:11:55,800 --> 00:11:57,135 Bila? 172 00:11:57,219 --> 00:11:59,095 Dahulu. Jangan menyampuk. 173 00:11:59,179 --> 00:12:01,097 Hanya saya saja wanita dalam kelas. 174 00:12:01,181 --> 00:12:04,684 Tiada siapa layan saya dengan hormat untuk biayai ekspedisi saya 175 00:12:04,768 --> 00:12:08,230 sehinggalah suatu hari, saya bertemu pengumpul misteri. 176 00:12:08,313 --> 00:12:10,440 Dia Cornelius! Moyang kepada moyang kepada moyang kami. 177 00:12:10,941 --> 00:12:12,025 Apa? 178 00:12:12,108 --> 00:12:15,278 Kamu keturunan Cornelius Vanderhouven? 179 00:12:15,362 --> 00:12:17,614 Ya, tapi kami harap kami bukan keturunan dia. 180 00:12:17,697 --> 00:12:19,783 Kami disumpah disebabkan si teruk itu. 181 00:12:19,866 --> 00:12:23,370 Juga sebab artifak yang awak bawakan kepada dia, sebuah peti. 182 00:12:23,453 --> 00:12:26,206 Pertahanan Tiatoani? Ia ada pada kamu? 183 00:12:26,289 --> 00:12:28,792 Bertahun-tahun saya berfikir tentang apa berlaku kepada peti itu. 184 00:12:28,875 --> 00:12:30,794 Apa yang awak boleh beritahu kami tentangnya? 185 00:12:32,128 --> 00:12:35,924 Pada asalnya saya tawarkan untuk bawa Cornelius kepadanya sebab terdesak 186 00:12:36,007 --> 00:12:38,051 untuk lanjutkan kerjaya arkeologi saya. 187 00:12:38,677 --> 00:12:41,012 Tapi semasa perjalanan ke Mexico, 188 00:12:41,096 --> 00:12:42,931 saya mula menyesali keputusan saya. 189 00:12:43,848 --> 00:12:46,810 Dengan perlindungan Pertahanan Tiatoani, 190 00:12:46,893 --> 00:12:49,729 saya akan bebas daripada sebarang akibat. 191 00:12:49,813 --> 00:12:53,483 Pencarian saya takkan pernah gagal! 192 00:12:54,067 --> 00:12:58,446 Pertahanan Tiatoani sepatutnya lindungi ketua hebat daripada kekalahan. 193 00:12:58,530 --> 00:13:03,702 Tapi saya sedar Cornelius layak terima apa saja takdir yang dia nak elakkan. 194 00:13:03,785 --> 00:13:06,955 Saya tahu saya perlu halang dia daripada gunakannya, tapi bagaimana? 195 00:13:07,038 --> 00:13:08,915 Dia tekad untuk memilikinya. 196 00:13:08,999 --> 00:13:12,669 Melalui kajian, mujurlah saya tahu kuasa peti itu 197 00:13:12,752 --> 00:13:17,507 takkan boleh diakses tanpa kepingan ketiga, elemen perisai. 198 00:13:20,427 --> 00:13:22,804 Tapi Cornelius tak tahu. 199 00:13:22,888 --> 00:13:25,098 Nyalakan fius! 200 00:13:36,735 --> 00:13:40,238 Saya jadikan ia matlamat hidup untuk sembunyikan Pertahanan Tiatoani 201 00:13:40,322 --> 00:13:43,825 daripada Cornelius dan orang lain yang akan salah guna kuasa perlindungannya. 202 00:13:43,909 --> 00:13:45,952 Jadi, saya hilangkan diri ke dalam hutan, 203 00:13:46,036 --> 00:13:49,664 di mana kemudiannya saya temui rantai ini yang ada kuasa kehidupan. 204 00:13:49,748 --> 00:13:51,833 Sebab itulah saya masih di sini. 205 00:13:51,917 --> 00:13:53,585 Rantai itu jadikan awak abadi? 206 00:13:53,668 --> 00:13:57,339 Saya tak tahu tentangnya, tapi ia perisai daripada semua bahaya. 207 00:13:57,422 --> 00:13:59,633 Itulah yang kami perlukan untuk sentuh jam pasir. 208 00:13:59,716 --> 00:14:03,303 Ania, ikut kami balik supaya kami boleh gugurkan sumpahan. Tolonglah. 209 00:14:03,386 --> 00:14:06,932 Jika tidak, giliran Russ dan Pandora untuk jadi batu. 210 00:14:07,015 --> 00:14:10,060 Batu? Sudah tentu saya akan bantu. 211 00:14:10,143 --> 00:14:12,395 Keluarga sepatutnya bersatu. 212 00:14:12,479 --> 00:14:16,024 Hebat. Terima kasih. Pesawat kami ada di luar hutan. 213 00:14:16,107 --> 00:14:17,943 Bukan sekarang. Dah gelap. 214 00:14:18,026 --> 00:14:20,946 Mari tidur dan kita bertolak pagi esok. 215 00:14:21,613 --> 00:14:24,115 Masih belum lewat sangat. Matahari belum terbenam. 216 00:14:31,456 --> 00:14:34,251 Dahlia pasti dah pulang sekarang. 217 00:14:34,334 --> 00:14:37,337 Saya akan kenalkan pagi esok. Kamu akan sukakan dia. 218 00:14:39,172 --> 00:14:41,883 Kita perlu buat sesuatu. Kita tak boleh tunggu di sini sepanjang malam. 219 00:14:41,967 --> 00:14:46,471 Saya tak suka cakap begini, tapi kita boleh curi rantai apabila dia tak perasan. 220 00:14:46,555 --> 00:14:48,848 Ia akan jadikan kita sama macam Cornelius. 221 00:14:48,932 --> 00:14:51,393 Jika Ania perlukan masa, kita perlu hormatinya. 222 00:15:00,318 --> 00:15:02,487 - Psst! Russ, awak masih berjaga? - Ya. 223 00:15:02,571 --> 00:15:04,489 Saya dengar seseorang bercakap. Awak dengar? 224 00:15:05,699 --> 00:15:07,742 Pasti Ania atau anaknya. 225 00:15:07,826 --> 00:15:09,953 Saya perlu siasat apa yang berlaku. 226 00:15:11,830 --> 00:15:13,373 Tunggu, saya nak ikut. 227 00:15:24,342 --> 00:15:27,220 Russ, dengar. Itu suaranya. 228 00:15:27,304 --> 00:15:29,890 Itu Ania. Nampak? Mari pulang semula. 229 00:15:29,973 --> 00:15:33,018 Sekejap. Dia bercakap dengan seseorang. Saya nak tahu siapa. 230 00:15:33,685 --> 00:15:37,230 Sayang, mak sangat sedih melihat kamu kesunyian. 231 00:15:37,314 --> 00:15:39,900 Ya, mak faham. 232 00:15:39,983 --> 00:15:42,027 Mak tahu kamu takutkan orang asing, 233 00:15:42,110 --> 00:15:44,112 tapi kanak-kanak itu baik. 234 00:15:44,696 --> 00:15:48,325 - Gadis itu ingatkan mak pada kamu. - Maaf. Alahan. 235 00:15:48,408 --> 00:15:50,452 Hampir tertangkap. Ayuh. 236 00:15:52,370 --> 00:15:53,830 Tak boleh tidur? 237 00:15:54,873 --> 00:15:57,167 Ya. Lesu jet. 238 00:15:57,250 --> 00:16:01,838 Biar saya tunjukkan taman saya. Moonflower indah malam ini. 239 00:16:01,922 --> 00:16:03,340 Rasanya kami nak… 240 00:16:03,423 --> 00:16:06,885 Ayuh, sekejap saja. Kamu takkan pernah melihatnya. 241 00:16:12,974 --> 00:16:16,102 Ia sangat cantik, tapi kami patut tidur. 242 00:16:18,605 --> 00:16:19,648 Tidak! 243 00:16:25,362 --> 00:16:26,488 Apa… 244 00:16:26,571 --> 00:16:28,823 Apa saya beritahu awak tentang Hansel and Gretel? 245 00:16:33,954 --> 00:16:35,038 Anak-anak? 246 00:16:36,623 --> 00:16:40,043 Pandora? Russ? Kamu di mana? 247 00:16:42,087 --> 00:16:44,673 Russ? Pandora? Russ? 248 00:16:49,636 --> 00:16:51,805 Ania? Itu awak? 249 00:16:51,888 --> 00:16:54,891 Awak pasti anak Ania. Dahlia, bukan? 250 00:16:54,975 --> 00:16:58,019 Hai. Saya Sky, dan saya cari anak-anak saya. 251 00:17:01,648 --> 00:17:04,276 Sky. Kenapa awak belum tidur? 252 00:17:06,777 --> 00:17:07,821 Di mana anak-anak saya? 253 00:17:07,904 --> 00:17:10,031 Mereka pergi lihat moonflower saya. 254 00:17:10,114 --> 00:17:13,243 Mereka akan balik sekejap lagi. Sangat gembira ada pelawat. 255 00:17:13,325 --> 00:17:15,370 Ania, kami tiada masa untuk bergurau. 256 00:17:15,453 --> 00:17:17,914 Saya tak bergurau. 257 00:17:17,997 --> 00:17:21,626 Keluarga awak bertanggungjawab atas sumpahan yang rosakkan hidup saya. 258 00:17:21,709 --> 00:17:24,754 Sekurang-kurangnya awak patut temankan kami seketika. 259 00:17:24,838 --> 00:17:28,174 Saya, Russ dan Pandora tiada kaitan dengan sumpahan itu. 260 00:17:28,257 --> 00:17:30,385 Kami semua benci apa yang Cornelius dah buat. 261 00:17:30,468 --> 00:17:32,929 Kami berjuang di pihak yang sama. 262 00:17:33,013 --> 00:17:34,598 Russ, dengar. Suara mak. 263 00:17:34,681 --> 00:17:36,558 Beritahu di mana anak-anak saya! 264 00:17:36,641 --> 00:17:38,435 Mak! Kami di dalam sini! Mak! 265 00:17:38,518 --> 00:17:42,230 Saya habiskan seluruh hidup lindungi dunia daripada Pertahanan Tiatoani, 266 00:17:42,314 --> 00:17:43,899 dan apa yang saya dapat? 267 00:17:43,982 --> 00:17:47,444 Saya dan Dahlia perlu menyelinap dari satu hutan ke hutan lain 268 00:17:47,527 --> 00:17:50,447 sebab orang takut pada saya. Mereka gelar saya ahli sihir. 269 00:17:50,530 --> 00:17:52,657 Suatu hari, saya terjaga, 270 00:17:52,741 --> 00:17:56,202 dan Dahlia, dia jadi begitu. 271 00:17:57,662 --> 00:17:59,497 Saya bersimpati, Ania. 272 00:17:59,581 --> 00:18:02,500 Jika ia berlaku kepada anak-anak saya, pasti saya akan kecewa. 273 00:18:02,584 --> 00:18:05,629 Pencuri peti itu hidupkan sumpahan 274 00:18:05,712 --> 00:18:07,297 untuk keluarga awak dan keluarga kami. 275 00:18:07,380 --> 00:18:09,466 Kita ada peluang untuk hentikannya jika kita… 276 00:18:09,549 --> 00:18:13,929 Berani awak gelar saya pencuri selepas semua yang saya lalui? 277 00:18:17,557 --> 00:18:20,769 - Mak! - Nikmatilah masa bersama keluarga. 278 00:18:22,520 --> 00:18:24,064 Maaf sebab kami tak duduk diam. 279 00:18:24,147 --> 00:18:25,565 Anak-anak mak. 280 00:18:25,649 --> 00:18:28,026 Maaf kamu perlu lalui semua ini. 281 00:18:28,109 --> 00:18:30,403 Kita akan cari idea. Mak tahu kita akan dapat idea. 282 00:18:30,487 --> 00:18:31,988 Ini salah. 283 00:18:32,072 --> 00:18:34,950 Kita bukan berada sejauh ini untuk gugurkan sumpahan dan gagal sekarang! 284 00:18:35,700 --> 00:18:37,244 Ania! 285 00:18:40,747 --> 00:18:43,124 Mereka rosakkan taman mak. 286 00:18:43,208 --> 00:18:45,919 Mereka bersikap macam mak kurung mereka dalam penjara bawah tanah. 287 00:18:46,002 --> 00:18:47,337 Ini syurga. 288 00:18:47,420 --> 00:18:51,049 Lebih bagus daripada yang keluarga Cornelius Vanderhouven layak dapat 289 00:18:51,841 --> 00:18:53,301 Mereka akan bertenang nanti, 290 00:18:53,385 --> 00:18:56,179 dan kamu bertiga akan jadi kawan baik. 291 00:18:56,263 --> 00:18:58,848 Mak tahu. 292 00:19:04,563 --> 00:19:08,858 Tidak, bukan plumeria saya. 293 00:19:12,904 --> 00:19:17,158 Jika awak petik sekuntum plumeria lagi, saya akan pastikan awak menyesal. 294 00:19:17,242 --> 00:19:19,661 Ania, tolong lepaskan kami. 295 00:19:19,744 --> 00:19:24,583 Saya tak boleh biarkan keluarga Cornelius Vanderhouven bebas. 296 00:19:24,666 --> 00:19:26,084 Saya nak keadilan. 297 00:19:26,167 --> 00:19:28,753 Awak mungkin fikir awak wira, tapi ia sebaliknya. 298 00:19:28,837 --> 00:19:30,755 Cornelius takkan dapat peti itu 299 00:19:30,839 --> 00:19:33,258 jika awak tak bawa ia kepadanya. Saya yakin tentangnya. 300 00:19:33,341 --> 00:19:35,969 Awak tak tahu apa-apa, budak. 301 00:19:36,052 --> 00:19:40,140 Saya masih muda. Saya lebih bagus daripada kesilapan penilaian itu. 302 00:19:40,223 --> 00:19:42,017 Tapi awak sedang buat satu lagi kesilapan! 303 00:19:42,100 --> 00:19:44,811 Awak memang melindungi dunia daripada Cornelius waktu itu. 304 00:19:44,895 --> 00:19:45,979 Tapi dia dah tiada sekarang. 305 00:19:46,062 --> 00:19:48,857 Kami cuma nak guna peti itu untuk selamatkan ayah kami. 306 00:19:48,940 --> 00:19:51,610 Dia tak buat salah, sama macam anak awak. 307 00:19:52,402 --> 00:19:54,821 Jika awak kurung kami di sini, awak penjahat. 308 00:19:55,363 --> 00:19:58,116 Siapa akan lindungi dunia daripada awak? 309 00:20:09,544 --> 00:20:11,838 Jangan pandang mak begitu. 310 00:20:11,922 --> 00:20:14,507 Mak cuma nak hukum, Cornelius. 311 00:20:14,591 --> 00:20:17,594 Mak tak tahu keluarga ini akan disumpah juga. 312 00:20:20,013 --> 00:20:24,059 Mak takkan simpan rantai ini jika mak tahu perkara begini akan berlaku. 313 00:20:24,559 --> 00:20:29,272 Apa gunanya ada masa selama ini jika bukan bersama kamu? 314 00:21:07,227 --> 00:21:08,728 Ambillah. 315 00:21:09,896 --> 00:21:12,816 Awak tak perlu… Awak boleh ikut kami. 316 00:21:12,899 --> 00:21:16,778 Saya dah tak nak semua ini. Betul cakap awak. 317 00:21:16,861 --> 00:21:20,365 Saya cuba halang Cornelius daripada ada terlalu banyak kuasa, 318 00:21:20,448 --> 00:21:22,617 dan akhirnya ia merosakkan saya. 319 00:21:22,701 --> 00:21:25,245 Selepas selamatkan ayah awak 320 00:21:25,328 --> 00:21:28,873 pastikan Pertahanan Tiatoani dimusnahkan. 321 00:21:28,957 --> 00:21:33,795 Sama ada kamu lakukannya sendiri atau pemilik asalnya. 322 00:21:33,879 --> 00:21:35,797 Ania, terima kasih. 323 00:21:57,193 --> 00:21:58,945 Mari gunakan kesempatan bulan penuh. 324 00:21:59,029 --> 00:22:02,198 Kamu suruh Alex bersedia. Mak akan ambil jam pasir. 325 00:22:02,282 --> 00:22:03,491 Faham. 326 00:22:08,204 --> 00:22:10,206 Air dah dituang. Masukkan tawaran sekarang. 327 00:22:18,423 --> 00:22:19,424 Ayah? 328 00:22:20,467 --> 00:22:21,635 Dia di mana? 329 00:22:21,718 --> 00:22:24,596 Dia patut dah jawab sekarang. Ada sesuatu yang tak kena. 330 00:23:02,342 --> 00:23:04,344 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid