1 00:00:16,079 --> 00:00:17,080 Hati-hati, semua. 2 00:00:17,080 --> 00:00:21,668 Briar cuma beri pandangan sekilas tapi ayah tahu artifak ini berkuasa. 3 00:00:22,377 --> 00:00:24,379 Boleh awak jalan laju sikit? 4 00:00:24,379 --> 00:00:27,465 Beberapa minggu lalu, boneka gunakan saya ke India, 5 00:00:27,465 --> 00:00:30,051 dan labu mengintip rasa tak selamat kita yang paling mendalam. 6 00:00:30,051 --> 00:00:32,052 Saya tak nak ambil risiko. 7 00:00:37,267 --> 00:00:38,351 Ini dia. 8 00:00:38,351 --> 00:00:41,396 "Kekang Tuah, 1886." 9 00:00:45,900 --> 00:00:47,569 Bau telur busuk. 10 00:00:47,569 --> 00:00:49,487 Saya rasa ia batu belerang. 11 00:00:49,487 --> 00:00:53,575 Bau yang paling kerap dikaitkan dengan dunia bawah tanah. Hebat. 12 00:00:59,205 --> 00:01:00,915 Ini dia. Hati-hati! 13 00:01:26,566 --> 00:01:29,485 KEKANG GOODLUCK 14 00:01:30,820 --> 00:01:33,698 Sumpahannya adalah bunyinya macam rodeo dan berbau busuk? 15 00:01:33,698 --> 00:01:35,366 Taklah terlalu teruk. 16 00:01:36,534 --> 00:01:38,453 Ini dia! 17 00:01:40,038 --> 00:01:41,789 Baunya busuk, kawan. 18 00:01:41,789 --> 00:01:46,669 Kukuhkan lagi sebab untuk ke New Mexico dan batalkan sumpahan pada kekang segera. 19 00:01:46,669 --> 00:01:47,837 Bukan semua orang boleh pergi. 20 00:01:47,837 --> 00:01:50,381 Kita ada bukti kukuh tentang penceroboh... 21 00:01:50,381 --> 00:01:51,507 Reben hitam. 22 00:01:51,507 --> 00:01:54,677 Reben hitam itu menyelongkar seluruh tempat ini. 23 00:01:54,677 --> 00:01:58,306 Jika kita semua pergi, Sayap Larangan takkan terjaga. 24 00:01:58,306 --> 00:02:00,475 Maaf, encik. 25 00:02:00,475 --> 00:02:01,809 Saya ada di sini. 26 00:02:01,809 --> 00:02:04,354 Tak. Maksud awak, kami ada di sini. 27 00:02:04,354 --> 00:02:06,439 Ayah pun ada. Ayah tak nak ikut. 28 00:02:06,439 --> 00:02:09,609 Ayah pasti itu idea yang bagus? Bagaimana dengan masalah pengsan? 29 00:02:09,609 --> 00:02:10,777 Tepat sekali. 30 00:02:10,777 --> 00:02:13,863 Selepas dua misi lalu, lebih selamat untuk kamu jika ayah tinggal di rumah. 31 00:02:13,863 --> 00:02:16,366 Lagipun, ayah nak berada di rumah untuk berdepan penceroboh itu. 32 00:02:16,366 --> 00:02:18,076 Saya suka ketegangan ini, kawan. 33 00:02:18,076 --> 00:02:22,914 Saya pasti kita boleh perhatikan reben hitam dan tamatkan salah lakunya. 34 00:02:22,914 --> 00:02:24,040 Ia dah selesai. 35 00:02:24,040 --> 00:02:26,125 Kami bertiga akan lindungi manor. 36 00:02:26,125 --> 00:02:29,295 Kami pula akan keluar ke Wild Wild West bersama ibu. 37 00:02:29,295 --> 00:02:33,216 Kita akan ke dok pada tengah hari. Mak perlu singgah tempat kerja dahulu. 38 00:02:33,216 --> 00:02:35,093 Georgia nak jumpa mak. 39 00:02:37,595 --> 00:02:41,683 Terus terang saja, Sky. Kenapa awak selidik tentang Lapis Scarab? 40 00:02:41,683 --> 00:02:42,767 Bagaimana awak tahu? 41 00:02:42,767 --> 00:02:45,562 Awak pinjam semua yang kita ada tentangnya dari arkib. 42 00:02:45,562 --> 00:02:50,024 Kenapa awak kaji tentang scarab yang dicuri dari muzium ini? 43 00:02:50,024 --> 00:02:52,485 - Dicuri? - Sebab kami tak beritahu sesiapa. 44 00:02:52,485 --> 00:02:56,531 - Georgia, saya... - Awak pula sangat berminat padanya. 45 00:02:56,531 --> 00:02:59,868 Saya sumpah saya tak tahu ia dicuri. 46 00:03:00,451 --> 00:03:02,871 Saya dah rancang lebih awal. 47 00:03:02,871 --> 00:03:04,664 Selepas pameran Babylon, 48 00:03:04,664 --> 00:03:07,792 saya harap nak teruskan dengan harta karun Mesir. 49 00:03:15,383 --> 00:03:18,011 Saya sentiasa hargai sikap proaktif awak. 50 00:03:18,011 --> 00:03:19,888 Berseronoklah di New Mexico. 51 00:03:20,555 --> 00:03:21,598 Terima kasih. 52 00:03:24,976 --> 00:03:28,897 Sky Vanderhouven tahu lebih banyak daripada yang dia dedahkan. 53 00:03:28,897 --> 00:03:31,441 Jadi, apa yang kita ada kali ini? 54 00:03:32,108 --> 00:03:34,777 Phew! Awak rendam ia dalam air pembetung? 55 00:03:35,737 --> 00:03:36,946 Kekang. 56 00:03:36,946 --> 00:03:39,032 Saya suka kuda. 57 00:03:39,032 --> 00:03:41,409 Ia pesawat di daratan. 58 00:03:41,409 --> 00:03:46,080 Ia pemilik koboi terkenal bernama Omar "Big O" Goodluck. 59 00:03:46,080 --> 00:03:47,665 Dia dan adik-beradiknya mula menggembala lembu 60 00:03:47,665 --> 00:03:50,627 selepas Pengisytiharan Pembebasan menamatkan perhambaan mereka. 61 00:03:50,627 --> 00:03:54,047 Sekejap. Tiada sesiapa di sekolah pernah sebut wujudnya koboi kulit hitam. 62 00:03:54,047 --> 00:03:57,467 Sejarawan mendedahkan 20 peratus koboi ialah orang kulit hitam. 63 00:03:57,467 --> 00:03:59,385 Ada beberapa orang ahli keluarga kita juga koboi. Betul, bukan, mak? 64 00:03:59,385 --> 00:04:00,887 Memang betul. 65 00:04:00,887 --> 00:04:04,933 Moyang kepada moyang kepada moyang Bud koboi yang agak terkenal dahulu. 66 00:04:04,933 --> 00:04:08,394 Bud jadi koboi di era sama dengan Goodluck Bersaudara. 67 00:04:08,394 --> 00:04:11,022 Dia turunkan banyak cerita tentang 68 00:04:11,022 --> 00:04:14,859 cara mereka pindahkan banyak lembu menyeberangi rupa bumi berbahaya. 69 00:04:14,859 --> 00:04:18,655 Di setiap hentian, mereka akan buat persembahan dalam persembahan Wild West. 70 00:04:19,864 --> 00:04:21,616 Patutlah mereka terkenal. 71 00:04:21,616 --> 00:04:25,203 Dikatakan ada nombor 777 dijahit pada jaket mereka, 72 00:04:25,203 --> 00:04:27,038 jadi semua orang kenal mereka. 73 00:04:27,038 --> 00:04:29,582 Semua tujuh bertuah. Nasib yang baik. 74 00:04:29,582 --> 00:04:30,875 Pemasaran bijak. 75 00:04:31,376 --> 00:04:34,629 Artifak ini memang buat saya teruja. 76 00:04:34,629 --> 00:04:36,172 Saya nak ikut kamu. 77 00:04:36,839 --> 00:04:37,966 Entahlah. 78 00:04:37,966 --> 00:04:41,928 Semua misi berbahaya. Kami berdepan dengan sumpahan. 79 00:04:41,928 --> 00:04:44,430 Saya pernah beritahu saya hidup untuk bahaya? 80 00:04:44,430 --> 00:04:48,977 Sebenarnya, mak dah biasa ada dua orang dewasa bekerja selepas Alex kembali. 81 00:04:48,977 --> 00:04:51,604 Lagipun, kita tahu Margie memang cekap. 82 00:04:51,604 --> 00:04:52,730 Selamat datang. 83 00:04:57,944 --> 00:05:02,198 Reben hitam itu sukar ditangkap. Bagaimana kita nak menangkapnya? 84 00:05:02,198 --> 00:05:03,449 Saya ada rancangan. 85 00:05:03,449 --> 00:05:07,036 Kita akan gunakan robot Russ untuk gerakkan artifak ke Hub, 86 00:05:07,036 --> 00:05:09,622 kemudian kita "beredar." 87 00:05:09,622 --> 00:05:12,750 Sementara reben hitam memeriksa semua artifak, 88 00:05:12,750 --> 00:05:15,920 kita akan keluar dari persembunyian dan menangkapnya. 89 00:05:16,796 --> 00:05:18,423 Itu bijak. 90 00:05:19,007 --> 00:05:23,094 Idea awak dengan helah licik hampir menyaingi saya. 91 00:05:26,264 --> 00:05:28,808 Sangat indah di luar sana. 92 00:05:31,227 --> 00:05:34,939 Melainkan tanda hangus hitam yang tak menyenangkan. 93 00:05:35,565 --> 00:05:39,068 Kita patut kembali untuk percutian bebas sumpahan nanti. 94 00:05:39,068 --> 00:05:40,987 Mak tak perlu yakinkan Pandora. 95 00:05:41,696 --> 00:05:45,533 Ini mengingatkan mak kepada lawatan ke ladang keluarga semasa kecil. 96 00:05:45,533 --> 00:05:50,914 Kami masak makan malam atas api, berlatih helah tali dari era rodeo datuk, 97 00:05:50,914 --> 00:05:52,498 dan sebelum tidur, 98 00:05:52,498 --> 00:05:55,793 dia akan bercerita tentang pengembaraan keluarga kami di West. 99 00:05:55,793 --> 00:05:57,795 Mak patut menulisnya. 100 00:05:57,795 --> 00:06:00,757 Kami bukan hanya perlu tahu tentang nenek moyang ayah. 101 00:06:00,757 --> 00:06:03,426 Mak juga patut wariskan legasi datuk mak 102 00:06:03,426 --> 00:06:06,179 dengan ajar kami helah rodeo hebat. 103 00:06:06,179 --> 00:06:08,806 Mak mungkin pandai buat beberapa helah. 104 00:06:08,806 --> 00:06:10,725 Beri tanjul itu. 105 00:06:16,272 --> 00:06:17,899 Kita ada masalah. 106 00:06:28,952 --> 00:06:30,495 Goodluck Bersaudara. 107 00:06:48,680 --> 00:06:50,723 - Russ! - Lepaskan saya! 108 00:06:54,018 --> 00:06:57,689 Terimalah, penunggang kuda dungu! 109 00:06:59,566 --> 00:07:00,733 Pergi dari sini. 110 00:07:01,317 --> 00:07:02,986 Tidak! Margie! 111 00:07:09,826 --> 00:07:13,496 Semuanya salah saya. Margie ditangkap sebab selamatkan saya dan... 112 00:07:13,496 --> 00:07:14,789 Jangan fikir begitu. 113 00:07:14,789 --> 00:07:17,709 Koboi-koboi itu yang bertanggungjawab. 114 00:07:17,709 --> 00:07:19,794 Kita perlu fokus pada selamatkan Margie. 115 00:07:19,794 --> 00:07:23,006 Betul cakap mak. Ayuh. Kita perlu bergerak jika nak kejar mereka. 116 00:07:24,924 --> 00:07:26,467 Bertahan, Margie. 117 00:07:33,182 --> 00:07:34,517 Awak buat saya pening. 118 00:07:34,517 --> 00:07:36,769 Jika saya muntah, ia akan terkena paha awak. 119 00:08:20,980 --> 00:08:22,482 Dari mana mak dapatkannya? 120 00:08:22,482 --> 00:08:24,817 Mak sewa dari ladang ternak terdekat. 121 00:08:24,817 --> 00:08:28,947 Jika kita nak kejar koboi-koboi itu, kita perlu buat dengan betul. 122 00:08:28,947 --> 00:08:30,490 Semangat yang bagus. 123 00:08:30,490 --> 00:08:33,200 Pemilik ladang ternak itu beritahu tiada sesiapa pernah keluar dari sini. 124 00:08:33,200 --> 00:08:36,663 Nampaknya tanah ini dah disumpah selama lebih seratus tahun, 125 00:08:36,663 --> 00:08:39,748 sejak enam orang hilang secara misteri. 126 00:08:39,748 --> 00:08:43,253 Mak minta dia terangkan, tapi dia tak nak bercakap tentangnya. 127 00:08:43,253 --> 00:08:45,213 Bunyinya macam tugas untuk kita. 128 00:08:45,213 --> 00:08:47,757 Sekurang-kurangnya Goodluck jadikannya mudah untuk kita ekorinya. 129 00:09:14,826 --> 00:09:17,078 Makanlah habuk saya, koboi pelatih. 130 00:09:29,424 --> 00:09:32,677 Siap. Ini pasti cukup untuk menarik penceroboh kita ke tempat terbuka. 131 00:09:32,677 --> 00:09:34,929 Syabas. Mari beredar. 132 00:09:36,514 --> 00:09:38,808 Sudahlah, semua. Masa untuk tidur. 133 00:09:50,361 --> 00:09:53,406 Stan! Alex! Kamu di mana? 134 00:09:53,406 --> 00:09:54,782 Saya di sini. 135 00:09:54,782 --> 00:09:57,660 Gema itu jadikannya sukar untuk ikut suara awak. 136 00:09:58,161 --> 00:10:01,372 Memang hebat, dia serang kita dalam gelap. 137 00:10:01,372 --> 00:10:03,708 Dedahkan diri awak, pengecut. 138 00:10:07,086 --> 00:10:09,297 Apa niat awak? Lepaskan saya, penjahat. 139 00:10:14,761 --> 00:10:16,596 Pasti itu reben hitam. 140 00:10:16,596 --> 00:10:19,224 - Rancangan terdedah. - Siapa awak? 141 00:10:19,224 --> 00:10:20,683 Apa awak dah buat kepada kawan-kawan saya? 142 00:10:22,310 --> 00:10:23,728 Alex dalam masalah. 143 00:10:31,361 --> 00:10:33,696 Wah! Mahkamah lama. 144 00:10:34,280 --> 00:10:38,826 Ya. Jelas sekali tempat itu bermakna untuk mereka. 145 00:10:39,953 --> 00:10:42,413 Harapnya ada sesuatu di sini yang boleh bantu kita cari Margie. 146 00:10:49,504 --> 00:10:52,090 Awak ada rancangan genius untuk membukanya? 147 00:10:52,090 --> 00:10:53,383 Semestinya. 148 00:11:07,313 --> 00:11:11,317 "Goodluck Bersaudara lawan bandar Litchfield, New Mexico." 149 00:11:11,317 --> 00:11:12,569 "KEKANG GOODLUCK 1886" 150 00:11:12,569 --> 00:11:16,072 Nampaknya petani kulit putih mendakwa Goodluck Bersaudara mencuri. 151 00:11:16,072 --> 00:11:18,199 Adik-beradik itu bertegas mereka tidak bersalah, 152 00:11:19,284 --> 00:11:22,161 tapi kekang sangat mahal yang dimiliki Omar Goodluck dipetik 153 00:11:22,161 --> 00:11:24,873 sebagai bukti mereka memiliki dana haram. 154 00:11:24,873 --> 00:11:28,251 Itu mengarut. Goodluck pernah jadi koboi terkenal. 155 00:11:28,918 --> 00:11:30,753 Mereka tak perlu mencuri untuk dapatkan pendapatan. 156 00:11:30,753 --> 00:11:32,755 Abang paling tua mendakwa mereka kumpulkan gaji 157 00:11:32,755 --> 00:11:34,549 untuk beli kekang untuk Omar. 158 00:11:34,549 --> 00:11:37,427 Ia hadiah untuk mengalu-alukannya menyertai perniagaan keluarga. 159 00:11:38,511 --> 00:11:41,097 Mereka membelinya daripada lelaki kulit putih bernama Ben Harwood, 160 00:11:41,723 --> 00:11:46,102 tapi dia enggan beri keterangan bagi pihak mereka dan tak tunjukkan rekod jualan. 161 00:11:46,102 --> 00:11:50,064 Secara kebetulan, dakwaan mencuri terhadap Harwood digugurkan selepas perbicaraan. 162 00:11:51,024 --> 00:11:52,817 Itu adil? 163 00:11:52,817 --> 00:11:56,487 Mungkin Ben Harwood mencuri daripada petani dan menipu untuk selamatkan diri. 164 00:11:56,487 --> 00:12:00,116 Ada kemungkinan. Keadilan sempadan jarang berlaku adil. 165 00:12:00,116 --> 00:12:01,701 Adik-beradik itu didakwa, 166 00:12:01,701 --> 00:12:05,371 dihukum keluar dari bandar melalui gurun, berjalan kaki semasa matahari terbit. 167 00:12:06,331 --> 00:12:10,168 Tak mungkin mereka akan selamat. Pada asasnya ia hukuman mati. 168 00:12:10,168 --> 00:12:12,587 Tekaan saya selepas adik-beradik itu mati di gurun, 169 00:12:12,587 --> 00:12:15,131 mereka kembali dalam betuk sekarang, disumpah. 170 00:12:15,131 --> 00:12:17,550 Keberangan mereka tak benarkan mereka bersemadi. 171 00:12:17,550 --> 00:12:21,179 Mereka pasti berang sebab perbicaraan mereka adalah penipuan perkauman. 172 00:12:21,179 --> 00:12:22,555 Mak tahu mak pasti marah. 173 00:12:22,555 --> 00:12:24,098 Enam orang hilang. 174 00:12:24,098 --> 00:12:26,476 Russ, berapa ramai jurinya? 175 00:12:26,476 --> 00:12:27,560 Enam. 176 00:12:33,233 --> 00:12:37,695 En., Goodluck, kami berniat baik. 177 00:12:38,488 --> 00:12:41,449 Kami kesal mendengar apa yang berlaku semasa perbicaraan kamu. 178 00:12:43,868 --> 00:12:45,495 Okey, rancangan baru. 179 00:12:45,495 --> 00:12:46,579 Lari! 180 00:13:02,136 --> 00:13:04,722 Tunggulah sehingga saya bebas. 181 00:13:04,722 --> 00:13:06,808 Awak akan menyesal, kawan. 182 00:13:11,145 --> 00:13:12,188 Tolonglah. 183 00:13:12,188 --> 00:13:15,775 Daripada semua hiasan yang awak ada, tiada apa yang boleh bantu kita? 184 00:13:18,152 --> 00:13:21,197 Hei, awak pun tak bawa apa-apa yang berguna, kawan. 185 00:13:27,620 --> 00:13:30,498 Ke mana awak pergi? 186 00:13:30,498 --> 00:13:33,626 Kami boleh dapatkan bantuan awak semasa kami diserang. 187 00:13:35,545 --> 00:13:37,797 Cepat, ke Hub. Alex mungkin cedera. 188 00:13:37,797 --> 00:13:38,965 Atau lebih teruk. 189 00:13:40,884 --> 00:13:42,260 Alex! 190 00:13:43,553 --> 00:13:44,762 Apa berlaku? 191 00:13:44,762 --> 00:13:45,847 Awak tak ingat? 192 00:13:45,847 --> 00:13:49,434 Pertembungan awak dengan reben hitam pasti lebih ganas daripada dibimbangkan. 193 00:13:49,434 --> 00:13:52,562 Dia serang hendap kami, kurung kami macam mongrel biasa, 194 00:13:52,562 --> 00:13:55,190 kemudian pukul awak. 195 00:13:56,357 --> 00:13:57,817 Apa? Betul. 196 00:13:57,817 --> 00:13:59,277 Awak nampak wajahnya? 197 00:13:59,277 --> 00:14:01,946 Tak. Saya tak suka semua ini. 198 00:14:01,946 --> 00:14:04,449 Reben hitam itu semakin berbahaya. 199 00:14:20,381 --> 00:14:22,508 Kamu perlu lari melalui bingkai pintu itu. 200 00:14:23,509 --> 00:14:25,428 Mak sumpah mak ada rancangan. 201 00:14:36,356 --> 00:14:37,815 Dapat. 202 00:14:37,815 --> 00:14:39,609 Satu, itu hebat. 203 00:14:39,609 --> 00:14:41,611 Dua, apa yang berlaku? 204 00:14:41,611 --> 00:14:42,987 Semasa Old West, 205 00:14:42,987 --> 00:14:46,241 ia perkara biasa untuk letak ladam kuda di pintu untuk halau hantu. 206 00:14:46,241 --> 00:14:47,408 Nampaknya ia berjaya. 207 00:14:47,408 --> 00:14:48,785 Apa awak dah buat kepada Margie? 208 00:14:48,785 --> 00:14:50,161 Di mana dia? 209 00:14:50,161 --> 00:14:52,664 Mari cuba kaedah lebih lembut. 210 00:14:52,664 --> 00:14:56,084 Kami tahu apa yang berlaku kepada awak dan kami nak bantu batalkan sumpahan. 211 00:14:56,084 --> 00:14:58,795 Tapi kami perlu tahu yang kawan kami selamat. 212 00:15:14,185 --> 00:15:15,895 Dia curi kuda saya. 213 00:15:15,895 --> 00:15:18,273 Pendekatan lembut awak berjaya, Russ. 214 00:15:18,273 --> 00:15:20,692 Kita patut kejar dia secara lembut? 215 00:15:23,903 --> 00:15:25,405 Bagaimana kita nak cari dia 216 00:15:25,405 --> 00:15:28,491 Dia dah lama pergi dan kuda itu tak tinggalkan jejak. 217 00:15:28,491 --> 00:15:30,243 Ikut bau batu belerang. 218 00:15:30,827 --> 00:15:31,870 Hyah! 219 00:15:34,038 --> 00:15:36,875 Ya, dia pergi arah sini. 220 00:15:53,683 --> 00:15:55,143 Semakin banyak bau batu belerang busuk. 221 00:15:55,143 --> 00:15:57,979 Ini sulfur. 222 00:16:01,649 --> 00:16:02,859 Margie! 223 00:16:02,859 --> 00:16:04,277 Awak okey? 224 00:16:04,277 --> 00:16:06,988 Tak. 225 00:16:19,500 --> 00:16:22,462 Enam orang. Itu pasti jurinya. 226 00:16:22,462 --> 00:16:24,714 Mereka juga disumpah. 227 00:16:24,714 --> 00:16:26,758 Rasanya mereka nak kita masuk ke sana? 228 00:16:26,758 --> 00:16:28,426 Kenapa tak masuk sendiri? 229 00:16:28,426 --> 00:16:30,970 Rasanya saya tahu sebabnya. Mereka tak boleh masuk. 230 00:16:30,970 --> 00:16:32,722 Ladam kuda itu menghalang mereka. 231 00:16:32,722 --> 00:16:35,391 Ada sesuatu yang mereka perlukan di dalam sana, tapi kita perlu dapatkannya. 232 00:16:35,391 --> 00:16:38,895 Kami takkan ke mana-mana sehingga awak lepaskan Margie. 233 00:16:43,525 --> 00:16:46,194 Apa berlaku kepada saya? 234 00:16:46,194 --> 00:16:47,612 Tidak! Jangan apa-apakan dia! 235 00:16:47,612 --> 00:16:49,447 Dia dah kesuntukan masa. 236 00:16:49,447 --> 00:16:51,574 Kita perlu bergerak. Sekarang. 237 00:17:00,750 --> 00:17:03,711 Tolong jangan hancurkan saya. 238 00:17:11,802 --> 00:17:13,012 Bagaimana kita nak menyeberang? 239 00:17:13,012 --> 00:17:15,389 ia terlalu besar untuk kita lompat. 240 00:17:21,479 --> 00:17:23,481 Wah! Bagaimana awak buat? 241 00:17:23,481 --> 00:17:26,442 Awak dah dengar cerita ibu. Darah koboi mengalir dalam badan kita. 242 00:17:31,406 --> 00:17:32,699 Berayun ke sini dan hantarkannya semula. 243 00:17:42,709 --> 00:17:43,710 Russ! 244 00:17:46,421 --> 00:17:48,464 Alamak! Maaf, mak. 245 00:17:48,464 --> 00:17:50,174 Jangan pandang bawah. 246 00:17:54,220 --> 00:17:55,930 Alamak! 247 00:18:00,935 --> 00:18:02,604 Cepat! Ia akan meletup! 248 00:18:20,371 --> 00:18:21,956 - Mak okey? - Mak okey. 249 00:18:21,956 --> 00:18:23,208 Nasib baik. 250 00:18:23,208 --> 00:18:26,586 Harap tak perlu buat begitu lagi dalam perjalanan keluar. 251 00:18:35,803 --> 00:18:37,222 Sentiasa dekat dengan mak. 252 00:18:37,222 --> 00:18:39,265 Sukar untuk lihat dan kita tak nak ada apa-apa... 253 00:18:41,142 --> 00:18:42,143 kejutan. 254 00:18:50,818 --> 00:18:53,696 Nampaknya seseorang rancang untuk tinggal di sini sementara waktu. 255 00:19:03,540 --> 00:19:05,500 Bukan kejutan menyenangkan. 256 00:19:05,500 --> 00:19:07,210 Sekejap, ada satu lagi. 257 00:19:09,629 --> 00:19:10,672 Lejar jualan. 258 00:19:10,672 --> 00:19:13,633 Bukti Goodluck Bersaudara beli kekang itu. 259 00:19:13,633 --> 00:19:16,678 Lelaki malang ini pasti Ben Harwood. 260 00:19:16,678 --> 00:19:20,557 Saya pasti dia ke sini untuk sembunyikan lejar dan dirinya. 261 00:19:21,266 --> 00:19:23,810 Nampaknya gelongsor batuan hukum dia dahulu. 262 00:19:23,810 --> 00:19:26,604 Pasti dia yang letak ladam kuda. 263 00:19:26,604 --> 00:19:28,648 Selepas Goodluck Bersaudara culik juri, 264 00:19:28,648 --> 00:19:31,818 dia tahu hanya tunggu masa untuk mereka memburunya. 265 00:19:31,818 --> 00:19:34,988 Kita boleh bersihkan nama mereka dan tamatkan sumpahan dengan ini. 266 00:19:34,988 --> 00:19:37,365 Cepat, sebelum Margie jadi hantu selamanya. 267 00:19:42,537 --> 00:19:46,791 Saya ada lejar jualan yang dimiliki oleh En. Ben Harwood. 268 00:19:48,710 --> 00:19:53,423 Ia mengandungi item untuk kekang, dibayar dua kali secara ansuran, 269 00:19:53,423 --> 00:19:55,800 setiap satunya daripada abang-abang sulung Goodluck Bersaudara. 270 00:19:55,800 --> 00:19:58,887 Bukti ini jelas. Kekang itu dibeli secara sah. 271 00:19:58,887 --> 00:20:01,180 Ia memang milik Omar Goodluck. 272 00:20:04,309 --> 00:20:07,145 Memandangkan kekang itu satu-satunya bukti yang menentang mereka, 273 00:20:07,145 --> 00:20:08,479 kamu tiada bukti untuk menentang mereka. 274 00:20:10,982 --> 00:20:15,153 Angkat tangan jika kamu nak ubah keputusan kepada tidak bersalah. 275 00:21:03,326 --> 00:21:05,787 Jangan salah faham, saya suka menunggang kuda, 276 00:21:05,787 --> 00:21:08,706 tapi rasanya saya nak kekal dengan pesawat saja lain kali. 277 00:21:08,706 --> 00:21:09,958 Tolonglah. 278 00:21:09,958 --> 00:21:12,460 Risikokan nyawa dengan berdepan dengan kuasa ghaib lebih 279 00:21:12,460 --> 00:21:14,504 mudah selepas beberapa kali pertama. 280 00:21:16,714 --> 00:21:20,134 Lihat. Lelaki yang mengintip kita. Reben hitam. 281 00:21:20,134 --> 00:21:22,387 Siapa yang awak maksudkan? 282 00:21:23,471 --> 00:21:26,307 Tapi dia ada di sana tadi, sumpah. 283 00:21:26,307 --> 00:21:28,184 Apa yang sedang berlaku? 284 00:21:29,561 --> 00:21:31,187 Jadi, selepas sumpahan itu dibatalkan, 285 00:21:31,187 --> 00:21:33,189 kami bawa lejar jualan ke muzium sejarah negeri, 286 00:21:33,189 --> 00:21:34,607 dan mereka serahkannya kepada gabenor. 287 00:21:34,607 --> 00:21:37,026 Goodluck Bersaudara akan diampunkan secara rasmi minggu depan. 288 00:21:37,026 --> 00:21:40,989 Wah! Bunyinya macam pengembaraan sangat hebat, walaupun untuk keluarga ini. 289 00:21:40,989 --> 00:21:44,576 Malangnya, ia tak berjalan lancar untuk kami. 290 00:21:44,576 --> 00:21:46,494 Kami diserang oleh reben hitam. 291 00:21:46,494 --> 00:21:48,288 Oh Tuhan. Awak okey? 292 00:21:48,288 --> 00:21:49,372 Saya akan okey. 293 00:21:49,372 --> 00:21:52,250 Saya cuma geram dia buat saya pengsan sebelum saya dapat lihat wajahnya. 294 00:21:52,250 --> 00:21:56,045 Lebih teruk, berita melaporkan satu lagi artifak dicuri 295 00:21:56,045 --> 00:21:59,674 dari rumah lelongan di bandar berhampiran pada malam sama. 296 00:21:59,674 --> 00:22:02,802 Serius, dia lelaki yang saya nampak di dok. 297 00:22:02,802 --> 00:22:05,138 Masanya terlalu singkat untuk bukan dia pelakunya. 298 00:22:05,138 --> 00:22:06,973 Mungkin kamu betul. 299 00:22:06,973 --> 00:22:12,020 Siapa pun dia, reben hitam semakin agresif dan berbahaya. 300 00:23:02,320 --> 00:23:04,322 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid