1 00:01:43,604 --> 00:01:45,689 - Awak masak apa? - Roti telur goreng. 2 00:01:45,771 --> 00:01:47,107 Awak nak? 3 00:02:57,469 --> 00:02:58,512 Apa yang berlaku? 4 00:03:00,055 --> 00:03:01,264 Saya dah mati. 5 00:03:20,409 --> 00:03:21,785 Mimpi seperti ini 6 00:03:21,868 --> 00:03:25,454 memenuhi beberapa muka surat diari moyang saudara saya, Tita. 7 00:03:29,418 --> 00:03:32,754 Dalam mimpi pun dia tak dapat lari daripada realiti yang sedih. 8 00:03:39,386 --> 00:03:40,846 Kematian Robertito 9 00:03:41,513 --> 00:03:45,225 kebencian mendalam yang mendorong ibunya untuk kurung dia di tempat itu 10 00:03:46,059 --> 00:03:50,230 dan berita hukuman mati Pedro baru-baru ini 11 00:03:51,148 --> 00:03:52,941 telah merampas suaranya. 12 00:03:55,360 --> 00:03:57,070 Mereka kata Tita menangis teruk 13 00:03:57,446 --> 00:03:58,989 sampai kehabisan air mata. 14 00:04:00,115 --> 00:04:01,324 Jadi dia terus menangis 15 00:04:02,451 --> 00:04:03,994 hingga hatinya kering. 16 00:04:06,204 --> 00:04:09,040 Ketika itu, kebetulan atau tidak 17 00:04:09,624 --> 00:04:12,753 Piedras Negras mengalami kemarau paling teruk dalam sejarah. 18 00:04:24,139 --> 00:04:27,392 Namun, Tita tidak tahu bahawa beberapa batu dari penjaranya 19 00:04:27,476 --> 00:04:29,019 keajaiban telah berlaku. 20 00:04:52,334 --> 00:04:54,795 Ada yang kata peluru menembusi paru-paru 21 00:04:54,878 --> 00:04:56,046 tak mengenai jantung. 22 00:04:58,298 --> 00:05:01,134 Ada yang kata senapang askar itu tersekat 23 00:05:01,218 --> 00:05:04,596 dan hanya serpihan peluru sampai ke dadanya. 24 00:05:07,349 --> 00:05:10,936 Secara peribadi, saya masih rasa takdir menjadikan 25 00:05:11,019 --> 00:05:13,897 supaya Pedro Múzquiz tak mati jauh daripada Tita. 26 00:05:31,164 --> 00:05:34,125 LADANG LAS PALOMAS 27 00:05:37,212 --> 00:05:39,047 - Awak dapat alamat yang betul? - Ya. 28 00:05:39,130 --> 00:05:40,131 Jadi, cepatlah! 29 00:05:40,215 --> 00:05:41,216 Saya akan kembali. 30 00:05:41,299 --> 00:05:43,009 Jangan berani berhenti. 31 00:05:43,093 --> 00:05:45,178 Kalau Cik Elena tahu, dia akan bunuh kita! 32 00:06:17,544 --> 00:06:19,713 - Tita De la Garza. - Apa yang berlaku? 33 00:06:20,130 --> 00:06:21,464 Dia perlukan bantuan. 34 00:06:21,548 --> 00:06:22,841 Tunggu sekejap. 35 00:06:25,844 --> 00:06:26,845 Doktor 36 00:06:28,013 --> 00:06:29,347 boleh kami bantu? 37 00:06:29,431 --> 00:06:31,224 Selamat pagi, Biarawati. 38 00:06:31,558 --> 00:06:32,893 Saya nak jumpa Tita De la Garza. 39 00:06:35,061 --> 00:06:36,688 - Tita? - Ya. 40 00:06:37,981 --> 00:06:41,776 Saya berkawan dengan keluarga dia. Elena minta saya melawat dia. 41 00:06:42,694 --> 00:06:43,778 Dia sangat sibuk. 42 00:06:44,738 --> 00:06:46,823 Dia nak pastikan Tita okey. 43 00:06:49,409 --> 00:06:50,911 Boleh bawa saya jumpa dia? 44 00:06:53,121 --> 00:06:54,831 Budak itu tak makan 45 00:06:54,915 --> 00:06:57,417 jadi tak salah kalau doktor jumpa dia. 46 00:07:11,681 --> 00:07:12,682 Tita. 47 00:07:16,770 --> 00:07:19,272 - Oh, Tuhan! - Kami tak tahu nak buat apa lagi. 48 00:07:20,023 --> 00:07:21,691 Dia tak buka mulut pun. 49 00:07:22,233 --> 00:07:24,402 Elena belum beri kami sesen pun 50 00:07:24,486 --> 00:07:26,655 jadi kami tak tahu nak buat apa. 51 00:07:27,614 --> 00:07:28,990 Dia sangat ternyahhidrat. 52 00:07:36,081 --> 00:07:39,084 Apa yang awak buat? Awak perlukan kebenaran ibunya. 53 00:07:39,167 --> 00:07:41,294 Awak fikir wanita ini boleh tunggu? 54 00:07:41,378 --> 00:07:43,588 Awak tak ada hak untuk bawa dia ke mana-mana. 55 00:07:43,672 --> 00:07:46,216 Kalau Tita mati, awak akan bertanggungjawab! 56 00:07:46,299 --> 00:07:48,093 Awak nak pikul beban itu? 57 00:07:48,176 --> 00:07:51,054 Saya akan beritahu Cik Elena tentang ini! 58 00:07:58,687 --> 00:07:59,729 Dia ada di sana. 59 00:08:00,188 --> 00:08:01,189 Di belakang. 60 00:08:20,291 --> 00:08:21,418 Pedro... 61 00:08:32,886 --> 00:08:33,888 Grace! 62 00:08:34,889 --> 00:08:35,890 Grace! 63 00:08:40,770 --> 00:08:41,770 Doktor. 64 00:08:42,772 --> 00:08:44,274 Tolong bawakan serum itu. 65 00:08:54,743 --> 00:08:55,744 Ayah 66 00:08:56,161 --> 00:08:57,370 siapa dia? 67 00:09:00,665 --> 00:09:01,666 Nama dia Tita. 68 00:09:02,000 --> 00:09:03,752 - Dia takkan apa-apa? - Ya. 69 00:09:06,129 --> 00:09:07,130 Doktor. 70 00:09:07,213 --> 00:09:08,298 Terima kasih. 71 00:09:10,258 --> 00:09:12,635 - Ada apa-apa lagi? - Tidak, terima kasih. 72 00:09:18,558 --> 00:09:22,771 KEM PEMBERONTAK NGARAI SANTA ELENA 73 00:09:33,114 --> 00:09:34,115 Pedro? 74 00:09:36,785 --> 00:09:37,786 Gertrudis? 75 00:09:38,620 --> 00:09:39,621 Selamat pagi. 76 00:09:41,956 --> 00:09:42,957 Di mana saya? 77 00:09:43,040 --> 00:09:44,459 Awak bersama kami, Pedro. 78 00:09:45,460 --> 00:09:47,796 - Awak di sini beberapa hari. - Beberapa hari? 79 00:09:47,879 --> 00:09:48,880 Ya. 80 00:09:48,963 --> 00:09:51,007 Kami sangka awak takkan sedar. 81 00:09:51,758 --> 00:09:53,718 Awak bertuah, Pedro. Awak masih hidup. 82 00:09:54,469 --> 00:09:56,805 Reben itu ada dengan awak selama ini. 83 00:09:58,306 --> 00:10:00,016 Tita. Saya perlu... 84 00:10:01,142 --> 00:10:02,227 Saya perlu cari Tita. 85 00:10:04,354 --> 00:10:05,647 Gertrudis. 86 00:10:07,398 --> 00:10:08,691 Tolong bawa saya. 87 00:10:09,234 --> 00:10:10,902 Kita tak boleh ke Las Palomas, Pedro. 88 00:10:11,986 --> 00:10:12,987 Tidak lagi. 89 00:10:13,446 --> 00:10:15,698 Pak cik awak sudah jadi Jeneral. 90 00:10:15,782 --> 00:10:18,201 Sekarang dia memiliki ladang ayah awak. 91 00:10:18,284 --> 00:10:20,995 Askar di mana-mana, jadi kami terpaksa tinggalkan kem. 92 00:10:23,414 --> 00:10:24,415 Ayah saya pula? 93 00:10:25,834 --> 00:10:26,835 Dia tahu? 94 00:10:27,252 --> 00:10:28,253 Saya tak tahu. 95 00:10:38,972 --> 00:10:40,223 Cubalah makan sesuatu. 96 00:10:41,224 --> 00:10:43,143 Awak takkan pulih kalau tak makan. 97 00:10:48,022 --> 00:10:49,357 Saya tahu awak dengar. 98 00:10:51,192 --> 00:10:52,360 Tak apa. 99 00:10:53,570 --> 00:10:55,446 Awak selamat dengan saya dan Grace. 100 00:11:06,666 --> 00:11:07,667 Terima kasih. 101 00:11:22,140 --> 00:11:24,893 Saya takkan biarkan mereka sakiti awak lagi. 102 00:11:25,935 --> 00:11:26,936 Saya sumpah. 103 00:11:52,670 --> 00:11:53,671 Awak macam mana? 104 00:11:54,172 --> 00:11:55,173 Lebih baik. 105 00:11:59,969 --> 00:12:00,970 Kenapa? 106 00:12:01,888 --> 00:12:03,097 Saya memang dungu. 107 00:12:06,559 --> 00:12:07,977 Saya hampir terbunuh. 108 00:12:08,603 --> 00:12:09,604 Untuk apa? 109 00:12:11,940 --> 00:12:14,067 Saya tak dapat lindungi ladang ayah saya. 110 00:12:18,112 --> 00:12:19,364 Saya kecewakan awak. 111 00:12:21,449 --> 00:12:23,034 - Awak buat semampunya. - Tak. 112 00:12:25,036 --> 00:12:26,996 Saya buat satu demi satu kesilapan. 113 00:12:28,456 --> 00:12:29,457 Pentingkan diri. 114 00:12:34,295 --> 00:12:35,964 Tengoklah semua masalah yang saya buat. 115 00:12:41,427 --> 00:12:43,179 Saya takkan dapat jumpa anak saya lagi. 116 00:12:48,685 --> 00:12:49,686 Tolonglah. 117 00:12:51,854 --> 00:12:53,231 Tolong saya dapatkan Tita. 118 00:13:00,154 --> 00:13:01,155 Tengoklah awak. 119 00:13:01,864 --> 00:13:04,367 Awak ada lebih banyak nyawa daripada kucing. 120 00:13:05,451 --> 00:13:06,452 Ya. 121 00:13:08,079 --> 00:13:09,080 Macam mana sekarang? 122 00:13:10,331 --> 00:13:13,668 Dalam keadaan huru-hara dan kekeliruan ini 123 00:13:14,919 --> 00:13:16,379 kami berdoa 124 00:13:16,462 --> 00:13:19,549 untuk semua orang yang bergelut 125 00:13:19,632 --> 00:13:22,635 agar mengembalikan keamanan kepada Piedras Negras. 126 00:13:24,012 --> 00:13:25,263 Kami juga berdoa 127 00:13:25,805 --> 00:13:28,516 agar pemilik ladang-ladang 128 00:13:29,017 --> 00:13:31,519 yang telah diserang oleh pemberontak 129 00:13:32,145 --> 00:13:35,898 penyangak yang ambil kesempatan atas situasi negara yang memalukan 130 00:13:35,982 --> 00:13:38,318 untuk menjarah dan menyebarkan panik. 131 00:13:40,028 --> 00:13:41,487 Ini zaman kegelapan. 132 00:13:42,655 --> 00:13:44,657 Tapi kami masih percayakan Tuhan. 133 00:13:46,034 --> 00:13:48,494 Kami juga percayakan tentera kami 134 00:13:49,370 --> 00:13:53,583 yang diketuai Jeneral Felipe Múzquiz. 135 00:13:54,792 --> 00:13:57,462 Semoga cahaya-Nya bersinar di seluruh tempat 136 00:13:58,296 --> 00:14:01,132 demi mengembalikan keamanan komuniti yang kita sayangi. 137 00:14:02,633 --> 00:14:03,843 Berdiri. 138 00:14:08,181 --> 00:14:09,849 Bila semuanya akan jadi normal? 139 00:14:10,350 --> 00:14:11,809 Tanpa Madero di pejabat 140 00:14:11,893 --> 00:14:15,938 kami fikir kumpulan pemberontak Villa akan berundur. 141 00:14:16,564 --> 00:14:19,567 Hanya beberapa orang saja yang bersembunyi di gunung, bukan? 142 00:14:19,650 --> 00:14:21,736 Di gunung dan di sini. 143 00:14:22,320 --> 00:14:25,490 Mereka menyerang ladang dan mencuri lembu. 144 00:14:25,573 --> 00:14:28,576 Tidak lama lagi kita akan tangkap penjenayah-penjenayah itu. 145 00:14:28,659 --> 00:14:30,244 Jeneral Múzquiz, boleh kita bercakap? 146 00:14:36,334 --> 00:14:38,002 Saya sudah jelaskan 147 00:14:38,086 --> 00:14:40,463 bahawa kita tiada apa-apa untuk dibincangkan. 148 00:14:40,546 --> 00:14:43,049 Patutkah saya tinggikan suara? 149 00:14:43,132 --> 00:14:47,387 Saya tak rasa itu akan beri awak lebih perhatian. 150 00:14:48,429 --> 00:14:51,557 Keluarga awak buat kecoh di Piedras Negras. 151 00:14:54,143 --> 00:14:55,144 Apa yang awak nak? 152 00:14:55,520 --> 00:14:57,814 Saya nak permit khas untuk anak saya, Rosaura. 153 00:14:59,065 --> 00:15:00,233 Saya nak dia di ladang. 154 00:15:00,316 --> 00:15:02,860 Balu seorang pengedar senjata api? 155 00:15:02,944 --> 00:15:04,153 Dia tak buat apa-apa. 156 00:15:06,364 --> 00:15:10,326 Kalau anak awak datang balik, saya terpaksa tangkap dia. 157 00:15:11,452 --> 00:15:14,247 Saya nak ingatkan, saya yang serahkan anak saudara awak. 158 00:15:14,330 --> 00:15:17,166 Saya biarkan anak awak hidup sebagai pertukaran 159 00:15:17,250 --> 00:15:18,292 anak pemberontak awak. 160 00:15:18,960 --> 00:15:20,044 Kita seri. 161 00:15:21,462 --> 00:15:22,588 Saya minta diri. 162 00:15:22,672 --> 00:15:23,673 Tunggu. 163 00:15:25,675 --> 00:15:27,176 Saya beri sedikit tanah saya. 164 00:15:27,593 --> 00:15:28,678 Saya akan beri tawaran yang baik. 165 00:15:30,638 --> 00:15:32,890 Saya takkan terima itu sebagai hadiah. 166 00:15:32,974 --> 00:15:36,561 Tentu banyak duit diperlukan untuk tanam sesuatu di sana. 167 00:15:37,311 --> 00:15:38,396 Tanah itu 168 00:15:38,855 --> 00:15:40,481 lebih kering daripada awak. 169 00:15:41,149 --> 00:15:42,567 Awak binatang. 170 00:15:44,193 --> 00:15:46,446 Jangan lupa awak seorang wanita 171 00:15:47,071 --> 00:15:48,406 dan awak keseorangan. 172 00:15:48,489 --> 00:15:49,866 Kalau saya nak 173 00:15:49,949 --> 00:15:52,743 saya boleh ambil semua tanah awak. 174 00:15:52,827 --> 00:15:53,870 Faham? 175 00:15:54,996 --> 00:15:55,997 Felipe. 176 00:15:56,747 --> 00:15:57,748 Ya, sayang. 177 00:16:02,837 --> 00:16:04,422 Mary yang suci, Bonda Tuhan 178 00:16:04,505 --> 00:16:08,468 doakanlah kami yang berdosa sekarang dan pada saat kematian kami. 179 00:16:08,551 --> 00:16:11,888 Salam Mary, penuh rahmat, Tuhan bersamamu. 180 00:16:11,971 --> 00:16:13,723 Kau yang terpuji antara wanita 181 00:16:13,806 --> 00:16:16,058 dan Jesus, anakmu yang terpuji dari rahimmu. 182 00:16:16,142 --> 00:16:17,643 Mary yang suci, Bonda Tuhan 183 00:16:17,727 --> 00:16:19,437 doakan kami yang berdosa sekarang 184 00:16:19,520 --> 00:16:21,647 dan pada saat kematian kami. 185 00:16:39,499 --> 00:16:40,790 Bukan awak punya, Nicolás. 186 00:16:44,462 --> 00:16:45,713 Saya cuma tengok saja. 187 00:16:48,925 --> 00:16:49,926 Oh, okey. 188 00:16:58,267 --> 00:16:59,644 Kenapa Nicolás di sini? 189 00:17:00,520 --> 00:17:01,729 Kita dah setuju untuk lepaskan dia. 190 00:17:02,772 --> 00:17:03,773 Kita perlukan orang. 191 00:17:05,525 --> 00:17:06,608 Dia tak boleh diharap. 192 00:17:08,986 --> 00:17:11,364 Kalau dia pengkhianat, dah lama dia lapor kita. 193 00:17:13,074 --> 00:17:16,285 Serangan hendap Múzquiz pula? Awak fikir itu satu kebetulan? 194 00:17:17,578 --> 00:17:20,790 - Kita dah bincangkan, Gertrudis. - Tapi kita tak ke mana-mana. 195 00:17:20,873 --> 00:17:23,751 Saya tahu awak tak nak bincang, tapi senyap takkan padamkannya. 196 00:17:26,921 --> 00:17:28,798 Kita tak boleh biarkan Pedro ke Las Palomas. 197 00:17:28,881 --> 00:17:29,882 Mengapa tidak? 198 00:17:29,966 --> 00:17:32,176 Dia boleh membahayakan kita semua, mereka mungkin ikut dia. 199 00:17:33,219 --> 00:17:35,346 Berapa lama lagi kita akan bersembunyi? 200 00:17:35,930 --> 00:17:38,140 Saya tidak tahu. Sehingga kita dapat arahan. 201 00:17:41,310 --> 00:17:44,522 Kita mesti bertindak. Orang kita menunggu, bekalan hampir habis. 202 00:17:59,537 --> 00:18:01,414 Beritahu saya apabila awak dah hilang rasa kasihan. 203 00:18:06,127 --> 00:18:09,505 Kita akan agihkan kacang dan jagung yang ada. 204 00:18:10,006 --> 00:18:11,257 Kita akan awet daging. 205 00:18:12,633 --> 00:18:15,303 Setidaknya sampai ayam mula bertelur dengan tetap. 206 00:18:15,386 --> 00:18:18,514 Tak banyak bijian untuk ayam. Patutkah kita simpan? 207 00:18:18,598 --> 00:18:21,267 Beri kepada mereka. Kita perlukan telur. 208 00:18:21,350 --> 00:18:23,019 Tak banyak air, puan. 209 00:18:23,477 --> 00:18:24,770 Tak cukup untuk seminggu. 210 00:18:24,854 --> 00:18:26,355 Kalau begitu, jangan mandi. 211 00:18:26,856 --> 00:18:28,316 Kita tunggu musim hujan. 212 00:18:28,899 --> 00:18:31,110 Ingat, Tuhan beri ujian kepada mereka yang boleh menanggungnya. 213 00:18:31,902 --> 00:18:33,321 Kita akan mengharunginya. 214 00:18:34,155 --> 00:18:36,157 Saya dah minta pinjaman dan mereka akan beri 215 00:18:36,240 --> 00:18:38,117 tapi saya perlukan bantuan kamu. 216 00:18:39,160 --> 00:18:40,161 Okey? 217 00:18:42,371 --> 00:18:44,457 Jangan muram, kita takkan apa-apa. 218 00:18:46,083 --> 00:18:47,084 Tutup pintu. 219 00:18:47,501 --> 00:18:48,669 Baik, Cik Puan Elena. 220 00:18:49,337 --> 00:18:50,546 - Ayuh. - Ya. 221 00:19:13,361 --> 00:19:14,362 Apa katanya? 222 00:19:14,820 --> 00:19:17,031 ANAKKU, KEADAAN SEMAKIN BAHAYA SETIAP HARI. 223 00:19:17,114 --> 00:19:18,949 KAMU TAK SELAMAT DI LAS PALOMAS. 224 00:19:19,033 --> 00:19:20,493 JANGAN KE MANA-MANA HINGGA 225 00:19:20,576 --> 00:19:21,911 DIBERITAHU. TUHAN RAHMATI KAMU. 226 00:19:28,417 --> 00:19:29,418 Saya tak boleh balik. 227 00:19:32,296 --> 00:19:34,382 Terlalu bahaya. 228 00:19:36,342 --> 00:19:37,927 Jadi, apa yang akan berlaku? 229 00:19:39,970 --> 00:19:41,555 Siapa yang akan jaga awak? 230 00:19:54,568 --> 00:19:55,778 Biar dia luahkan. 231 00:19:56,821 --> 00:19:59,198 Dia perlukan kubur untuk menangis demi suaminya. 232 00:20:00,449 --> 00:20:03,327 Semoga dia boleh kembali ke Piedras Negras tak lama lagi. 233 00:20:04,537 --> 00:20:05,538 Saya juga. 234 00:20:07,957 --> 00:20:08,958 Ikut sini. 235 00:20:11,711 --> 00:20:13,754 Silakan duduk. 236 00:20:27,268 --> 00:20:28,269 Okey. 237 00:20:28,352 --> 00:20:30,271 Saya bawa awak untuk beritahu sesuatu. 238 00:20:31,063 --> 00:20:32,273 Suatu masa dahulu 239 00:20:32,815 --> 00:20:35,901 ahli alkimia menemui elemen kimia pertama dalam sejarah. 240 00:20:36,986 --> 00:20:37,987 Fosforus. 241 00:20:39,113 --> 00:20:41,282 Dia sedar apabila dicampur dengan oksigen 242 00:20:41,365 --> 00:20:42,658 ia akan terbakar. 243 00:20:43,659 --> 00:20:45,536 Ini ialah oksigen tulen. 244 00:20:46,078 --> 00:20:48,748 Saya dapat daripada penguraian hidrogen peroksida. 245 00:21:11,729 --> 00:21:13,314 Untuk buat mancis terbakar 246 00:21:14,148 --> 00:21:15,691 kita perlukan peledak. 247 00:21:20,446 --> 00:21:22,782 Itu satu-satunya cara untuk dapatkan cahaya 248 00:21:22,865 --> 00:21:23,866 dan haba. 249 00:21:39,924 --> 00:21:42,426 Saya beritahu awak sebab nenek Kickapoo saya 250 00:21:42,510 --> 00:21:44,762 selalu kata jiwa kita berfungsi dengan sama. 251 00:21:45,513 --> 00:21:48,766 Bayangkan ada sekotak mancis dalam diri kita semua. 252 00:21:49,558 --> 00:21:50,559 Dalam kes kita 253 00:21:51,185 --> 00:21:53,854 oksigen ialah nafas orang yang disayangi. 254 00:21:53,938 --> 00:21:56,857 Peledak pula ialah keseronokan yang dibawa oleh kehadirannya 255 00:21:57,358 --> 00:21:58,359 haba mereka. 256 00:21:58,776 --> 00:22:01,362 Itulah yang kita perlukan untuk menyalakan api itu. 257 00:22:02,321 --> 00:22:03,405 Tita, sangat penting 258 00:22:03,489 --> 00:22:07,326 untuk mencari elemen yang betul demi menyalakan api dalaman 259 00:22:07,868 --> 00:22:09,495 untuk jalani hidup yang bermakna. 260 00:22:10,538 --> 00:22:12,581 Kalau tak, kotak mancis itu 261 00:22:12,665 --> 00:22:15,334 mungkin akan basah dan takkan menyala lagi. 262 00:22:15,918 --> 00:22:16,919 Adakala dalam hidup 263 00:22:17,878 --> 00:22:20,589 kita perlu cari peledak baharu. 264 00:22:21,131 --> 00:22:22,341 Barulah kita boleh nyalakan api 265 00:22:22,424 --> 00:22:24,885 untuk halang api itu daripada padam. 266 00:22:26,136 --> 00:22:28,347 Tita, saya tahu macam-macam awak dah lalui. 267 00:22:30,099 --> 00:22:32,560 Tapi nenek saya kata kalau kita ambil mancis 268 00:22:33,102 --> 00:22:36,188 dan tulis apa yang sakiti kita, ia boleh kurangkan kesakitan. 269 00:22:40,317 --> 00:22:42,486 Mula dengan ketahui punca awak tak bercakap. 270 00:22:48,158 --> 00:22:49,368 Tengok. 271 00:22:50,744 --> 00:22:52,997 Awak nak tulis di sini? 272 00:23:36,540 --> 00:23:37,541 Awak dah sedia? 273 00:23:38,918 --> 00:23:40,085 Jaga kakak saya. 274 00:23:43,297 --> 00:23:44,506 Dia akan terima saya semula? 275 00:23:47,051 --> 00:23:48,052 Saya harap begitu. 276 00:24:22,336 --> 00:24:24,296 SAYA TAK BERCAKAP SEBAB SAYA TAK NAK 277 00:24:24,380 --> 00:24:26,882 Brown menyedari pemberontakan ini 278 00:24:26,966 --> 00:24:30,010 sebagai langkah pertama dalam perjalanan jauh Tita 279 00:24:30,094 --> 00:24:31,261 menuju kebebasan. 280 00:24:31,929 --> 00:24:34,848 Jadi dia berani bayangkan yang mungkin dia 281 00:24:35,349 --> 00:24:37,893 boleh jadi peledak dalam hidup Tita. 282 00:24:44,525 --> 00:24:45,693 Nah. 283 00:24:46,694 --> 00:24:49,238 - Selamat menjamu selera. - Awak juga. 284 00:24:49,780 --> 00:24:51,031 Apa ini? 285 00:24:51,115 --> 00:24:52,616 Makanan, Alex. 286 00:24:52,700 --> 00:24:53,993 Makanan yang sedap. 287 00:24:54,076 --> 00:24:56,203 Daging panggang. Kamu sukakannya. 288 00:24:56,286 --> 00:24:57,579 Tidak lagi. 289 00:24:58,163 --> 00:24:59,623 Tiada makanan lain. 290 00:24:59,707 --> 00:25:01,542 Makanlah, Alex. Ia sedap. 291 00:25:01,625 --> 00:25:03,669 - Tapi ia nampak menjijikkan. - Nak... 292 00:25:04,586 --> 00:25:05,838 Saya tak nak makan. 293 00:25:05,921 --> 00:25:07,631 Kalau begitu, sudah. 294 00:25:08,132 --> 00:25:09,508 Kamu boleh ke bilik kamu. 295 00:25:14,638 --> 00:25:15,681 Doktor 296 00:25:16,348 --> 00:25:17,683 dia takkan apa-apa. 297 00:25:56,764 --> 00:25:57,931 Boleh saya makan itu? 298 00:26:13,113 --> 00:26:14,323 Sejak dia kecil lagi 299 00:26:14,406 --> 00:26:17,701 Tita tak sanggup melihat orang lapar. 300 00:26:33,967 --> 00:26:35,636 Awak tolong dia! Dia ambil kuda awak! 301 00:26:36,136 --> 00:26:38,263 Kalau dia ditangkap, habislah kita. Saya dah beritahu awak! 302 00:26:38,347 --> 00:26:39,848 Saya tak boleh halang dia, Juan. 303 00:26:40,682 --> 00:26:43,143 Adakah Pedro ketua di sini sekarang? 304 00:26:44,269 --> 00:26:46,105 Sejak bila awak menentang saya? 305 00:26:46,188 --> 00:26:47,898 Saya tak menentang awak, Juan! 306 00:26:48,398 --> 00:26:51,026 Tapi arak dan kekalahan itu mengganggu fikiran awak! 307 00:26:51,610 --> 00:26:52,694 Juan! 308 00:26:52,778 --> 00:26:53,904 - Juan! - Apa? 309 00:26:53,987 --> 00:26:55,280 Nicolás! 310 00:26:55,364 --> 00:26:57,574 Dia ambil kuda dan senapang awak, kemudian dia pergi! 311 00:26:58,450 --> 00:27:00,494 Saya dah kata dia pengkhianat! 312 00:27:00,577 --> 00:27:02,579 Kita perlu pergi secepat mungkin. 313 00:27:04,164 --> 00:27:05,624 Anak haram! 314 00:27:07,626 --> 00:27:09,378 Runtuhkan kem! Kita akan pergi! 315 00:27:09,461 --> 00:27:11,463 - Ya! - Ayuh! 316 00:27:11,547 --> 00:27:13,507 Cepat! Ambil semuanya! 317 00:27:13,590 --> 00:27:14,758 Ayuh! 318 00:27:27,271 --> 00:27:28,272 Selamat petang. 319 00:27:30,482 --> 00:27:32,151 Maafkan saya 320 00:27:32,818 --> 00:27:35,946 tapi saya teringat betapa awak suka memasak. 321 00:27:37,906 --> 00:27:40,993 Mengaktifkan peledak penting untuk pemulihan awak 322 00:27:41,827 --> 00:27:44,371 jadi saya fikir awak mungkin dah bersedia nak cuba. 323 00:27:44,788 --> 00:27:47,499 Awak boleh gunakan dapur kami. 324 00:27:54,381 --> 00:27:55,382 Bila-bila masa awak mahu. 325 00:28:51,605 --> 00:28:52,606 Peledak. 326 00:29:52,332 --> 00:29:53,792 Kamu sedih. 327 00:29:55,002 --> 00:29:56,003 Itu perkara biasa. 328 00:29:56,837 --> 00:29:58,171 Kamu dah banyak kehilangan. 329 00:30:00,465 --> 00:30:03,010 Kamu tak perlu masak kalau hati kamu enggan masak. 330 00:30:06,179 --> 00:30:08,598 Jangan lupa, untuk bahagia semula bergantung pada kamu. 331 00:30:11,435 --> 00:30:13,979 Jangan biarkan kebahagiaan kamu bergantung pada orang lain. 332 00:30:32,080 --> 00:30:33,081 Doktor! 333 00:30:33,874 --> 00:30:35,709 Kayu kita dah cukup. 334 00:30:36,293 --> 00:30:37,294 Apa yang awak buat? 335 00:30:37,669 --> 00:30:40,005 Saya cuba ingat cara untuk membina. 336 00:30:41,256 --> 00:30:42,674 Alex, boleh tolong ayah? 337 00:30:43,175 --> 00:30:44,176 Ya. 338 00:30:44,301 --> 00:30:45,510 Hati-hati, Alex. 339 00:30:45,719 --> 00:30:47,637 Kita akan buat kejutan untuk Tita. 340 00:30:48,096 --> 00:30:49,389 Nah. Hati-hati. 341 00:31:14,498 --> 00:31:15,540 - Jumpa apa-apa? - Ya. 342 00:31:15,624 --> 00:31:16,625 - Berapa? - Dua. 343 00:31:17,667 --> 00:31:18,668 Jeneral! 344 00:31:19,211 --> 00:31:21,463 Ada kesan kem di sini, tapi mereka dah tak ada. 345 00:31:21,546 --> 00:31:23,256 Mungkin mereka dah pergi beberapa hari lalu. 346 00:31:24,591 --> 00:31:27,803 Pergi ke bukit dan cari pengkhianat itu. 347 00:31:27,886 --> 00:31:29,596 Jangan balik ke sini tanpa dia. 348 00:31:30,347 --> 00:31:32,849 Kali ini, saya sendiri akan gantung dia di pokok. 349 00:31:33,433 --> 00:31:34,434 Ayuh! 350 00:31:35,394 --> 00:31:37,312 Lepaskan dia. 351 00:31:42,359 --> 00:31:44,820 Mulut saya mungkin celopar, tapi saya bukan penipu. 352 00:31:44,903 --> 00:31:47,406 Saya dah cakap anak saudara awak masih hidup. 353 00:31:51,034 --> 00:31:52,702 Saya tak nak duit awak, Jeneral. 354 00:31:53,203 --> 00:31:54,246 Habis itu? 355 00:31:54,329 --> 00:31:57,958 Saya nak sertai kru pemakan daging awak. 356 00:32:00,961 --> 00:32:02,212 Itu tak wujud. 357 00:32:03,213 --> 00:32:05,590 Semuanya gosip dan khabar angin. 358 00:32:06,466 --> 00:32:07,467 Betul. 359 00:32:08,176 --> 00:32:10,220 Mereka cuma pemberontak 360 00:32:10,303 --> 00:32:11,930 yang suka merampas ladang. 361 00:32:12,639 --> 00:32:16,435 Awak tak tahu apa-apa, bukan? 362 00:34:33,446 --> 00:34:34,447 Terima kasih. 363 00:34:39,327 --> 00:34:41,371 Suara awak buat saya sangat gembira. 364 00:36:02,494 --> 00:36:04,162 Bunga bayam sangat mempesona. 365 00:36:05,372 --> 00:36:06,414 Ya. 366 00:36:06,498 --> 00:36:07,916 Ia cantik. 367 00:36:07,999 --> 00:36:09,250 Potonglah jika mahu. 368 00:36:10,502 --> 00:36:12,921 Awak tahu orang Huichol memanggilnya Wa'vi 369 00:36:13,797 --> 00:36:16,675 dan ia suci bagi mereka kerana ia tahan musim kemarau? 370 00:36:18,259 --> 00:36:21,096 Namanya datang daripada perkataan Yunani "Amarantos" 371 00:36:21,179 --> 00:36:23,348 yang bermaksud "bunga yang takkan layu." 372 00:36:25,058 --> 00:36:26,893 - Alegrías. - Tepat sekali. 373 00:36:27,602 --> 00:36:29,396 Ia boleh digunakan untuk buat Alegrías. 374 00:36:32,148 --> 00:36:33,149 Boleh saya guna dapur? 375 00:36:35,068 --> 00:36:36,069 Gunalah. 376 00:36:37,237 --> 00:36:38,238 Terima kasih. 377 00:36:50,166 --> 00:36:51,543 Untuk sediakan Alegrías itu 378 00:36:51,626 --> 00:36:53,712 mula-mula kita perlu keringkan panikel 379 00:36:53,795 --> 00:36:55,755 untuk dapatkan biji bayam. 380 00:37:02,178 --> 00:37:04,723 Kita perlu masukkan kismis, kacang 381 00:37:04,806 --> 00:37:08,226 biji labu dan kacang ke dalam kaserol 382 00:37:08,309 --> 00:37:10,270 untuk dimasak dengan api kecil. 383 00:37:14,023 --> 00:37:15,066 Dalam periuk lain 384 00:37:15,150 --> 00:37:17,819 kita perlu cairkan banyak gula perang. 385 00:37:18,445 --> 00:37:21,656 Kemudian, tambah madu dan beberapa titis lemon. 386 00:37:23,825 --> 00:37:26,828 Masukkan biji yang dipanggang ke dalam campuran ini 387 00:37:26,911 --> 00:37:28,955 bersama bayam bersih. 388 00:37:30,415 --> 00:37:32,751 Campurkan semua bahan 389 00:37:32,834 --> 00:37:35,253 dan isi acuan untuk membentuk Alegrías. 390 00:37:45,972 --> 00:37:50,310 Apabila dia merasa kemanisan gula perang dan madu 391 00:37:50,393 --> 00:37:53,104 Tita merasakan kehangatan memeluk hatinya. 392 00:37:53,563 --> 00:37:55,815 Kelegaan. Belaian. 393 00:37:56,399 --> 00:37:59,778 Mungkin itu petanda bahawa takdirnya 394 00:37:59,861 --> 00:38:01,196 berada di tangannya 395 00:38:01,279 --> 00:38:02,989 buat kali pertama. 396 00:38:04,073 --> 00:38:08,953 ALEGRÍAS BAYAM 397 00:38:23,092 --> 00:38:27,138 Kriket Jerusalem 398 00:38:27,222 --> 00:38:31,184 Kriket Jerusalem 399 00:38:31,267 --> 00:38:34,354 Cahaya bintang 400 00:38:35,605 --> 00:38:38,775 Cahaya bintang 401 00:38:40,485 --> 00:38:44,823 Kriket Jerusalem 402 00:38:44,906 --> 00:38:48,993 Kriket Jerusalem 403 00:38:49,828 --> 00:38:51,454 Tidurlah 404 00:38:52,080 --> 00:38:53,832 Tidurlah 405 00:38:54,582 --> 00:38:56,209 Tidurlah 406 00:38:58,336 --> 00:38:59,921 Selamat malam, nak. 407 00:39:46,259 --> 00:39:47,719 Nama dia Emma. 408 00:39:51,055 --> 00:39:52,682 Dia meninggal ketika melahirkan Alex. 409 00:39:54,475 --> 00:39:57,353 Uri melekat pada rahim dan saya tak dapat selamatkan dia. 410 00:40:02,525 --> 00:40:03,526 Dia wanita hebat. 411 00:40:08,114 --> 00:40:09,741 Setiap kali saya sembuhkan seseorang 412 00:40:09,824 --> 00:40:12,118 saya rasa saya dapat semula apa yang saya hilang. 413 00:40:14,913 --> 00:40:15,914 Saya mesti mengaku 414 00:40:17,081 --> 00:40:20,585 yang apabila awak tiba di sini, saya takut kehilangan awak juga. 415 00:40:23,296 --> 00:40:24,297 Tita 416 00:40:24,964 --> 00:40:27,175 saya tahu perasaan awak terhadap Pedro Múzquiz. 417 00:40:28,635 --> 00:40:29,969 Saya tahu awak bersedih. 418 00:40:31,888 --> 00:40:32,931 Tapi percayalah 419 00:40:33,765 --> 00:40:34,766 sebarang kesakitan 420 00:40:35,725 --> 00:40:37,644 tak kira betapa besarnya 421 00:40:39,020 --> 00:40:40,021 akan hilang. 422 00:40:43,274 --> 00:40:44,692 Hidup ini pemurah. 423 00:40:46,235 --> 00:40:49,280 Ia beri kita peluang untuk bahagia sepanjang masa. 424 00:40:56,746 --> 00:40:57,747 Selamat malam. 425 00:41:22,021 --> 00:41:23,272 Delfino. 426 00:41:28,403 --> 00:41:29,487 Awak telah dihukum mati. 427 00:41:31,489 --> 00:41:32,991 Kalau orang tahu saya masih hidup 428 00:41:33,700 --> 00:41:34,701 mereka akan bunuh saya. 429 00:41:37,954 --> 00:41:38,955 Saya mencari Tita. 430 00:41:41,040 --> 00:41:42,500 Cik puan tiada lagi di sini. 431 00:41:59,142 --> 00:42:00,685 - Selamat petang. - Selamat datang. 432 00:42:07,942 --> 00:42:08,943 Terima kasih. 433 00:42:12,947 --> 00:42:14,407 Selamat kembali, Rosaura. 434 00:42:15,324 --> 00:42:17,827 Lawatan awak sangat bagus untuk kawan saya. 435 00:42:18,703 --> 00:42:20,121 - Masuklah. - Terima kasih. 436 00:42:27,462 --> 00:42:28,838 Apa khabar, En. Pedro? 437 00:42:34,761 --> 00:42:36,512 Penyakit tak guna ini. 438 00:42:40,475 --> 00:42:42,560 Dengarnya ia hanya serang pekerja lapangan. 439 00:42:43,978 --> 00:42:44,979 Tengoklah saya. 440 00:42:46,564 --> 00:42:47,982 Mati seperti buruh. 441 00:42:50,193 --> 00:42:51,986 Tiada bezanya dengan demam kepialu. 442 00:43:00,620 --> 00:43:01,621 Kamu pula? 443 00:43:04,373 --> 00:43:05,374 Kamu macam mana? 444 00:43:11,672 --> 00:43:13,174 Melihat kamu begini buat saya sedih. 445 00:43:17,887 --> 00:43:20,306 Dah tiba masa untuk kamu teruskan hidup. 446 00:43:23,559 --> 00:43:25,311 Tak, saya takkan lupakan Pedro. 447 00:43:26,979 --> 00:43:28,856 Saya akan bersedih sepanjang hidup. 448 00:43:29,524 --> 00:43:30,525 Sama macam mak saya. 449 00:43:34,904 --> 00:43:35,905 Maafkan saya. 450 00:43:36,614 --> 00:43:38,282 Saya tak nak buat awak sedih. 451 00:43:41,619 --> 00:43:42,620 Kamu... 452 00:43:44,122 --> 00:43:46,249 Kedatangan kamu buat saya rasa semakin sihat. 453 00:43:55,508 --> 00:43:56,509 Rosaura 454 00:43:57,426 --> 00:43:58,427 kamu terlalu muda. 455 00:44:01,180 --> 00:44:02,181 Teruskan hidup. 456 00:44:06,310 --> 00:44:08,521 Saya tahu awak cuma doakan yang terbaik untuk saya. 457 00:44:11,983 --> 00:44:13,526 Tapi saya tak tahu caranya. 458 00:44:21,701 --> 00:44:23,035 Selamat petang. 459 00:44:26,664 --> 00:44:27,665 Selamat petang. 460 00:44:32,336 --> 00:44:33,337 Awak suka? 461 00:44:34,547 --> 00:44:35,548 Saya sukakannya. 462 00:44:37,049 --> 00:44:38,551 Alex pasti sangat gembira. 463 00:44:42,638 --> 00:44:44,432 Saya perlu berterima kasih. 464 00:44:46,475 --> 00:44:49,395 Saya berterima kasih atas semua yang awak buat untuk saya, doktor. 465 00:44:54,317 --> 00:44:56,527 Boleh saya panggil nama awak saja? 466 00:44:58,571 --> 00:44:59,572 Boleh. 467 00:45:04,243 --> 00:45:05,244 Ya. 468 00:45:35,274 --> 00:45:36,734 Saya dah fikir. 469 00:45:38,819 --> 00:45:40,738 Saya tak mahu kembali ke Las Palomas. 470 00:45:52,500 --> 00:45:53,918 Saya rasa gembira di sini. 471 00:45:56,337 --> 00:45:57,338 Saya rasa bebas. 472 00:45:59,924 --> 00:46:03,052 Mungkin rasa gembira 473 00:46:03,135 --> 00:46:05,096 yang Tita masukkan ke dalam Alegrías itu 474 00:46:05,179 --> 00:46:07,974 yang mendorong Dr. Brown untuk bertindak. 475 00:46:09,308 --> 00:46:14,438 Sekarang dia pasti dia boleh jadi peledak yang Tita perlukan. 476 00:46:15,773 --> 00:46:17,066 Duduklah selama mana awak nak. 477 00:46:19,568 --> 00:46:20,778 Terima kasih. 478 00:46:22,321 --> 00:46:24,782 Dia rasa bersedia untuk bercinta lagi. 479 00:46:54,520 --> 00:46:55,521 Tita 480 00:46:56,022 --> 00:46:57,064 boleh saya bercakap? 481 00:46:57,857 --> 00:46:58,858 Boleh. 482 00:47:00,151 --> 00:47:01,152 Mari. 483 00:47:08,909 --> 00:47:10,119 Saya tak nak awak sedih 484 00:47:11,495 --> 00:47:14,040 tapi ada sesuatu yang saya nak beritahu awak. 485 00:47:19,253 --> 00:47:20,254 Ia kelakar. 486 00:47:21,422 --> 00:47:22,882 Masa awak mula-mula sampai 487 00:47:22,965 --> 00:47:24,925 saya sepatutnya jaga awak. 488 00:47:26,969 --> 00:47:28,846 Tapi awak yang buat saya hidup semula. 489 00:47:31,891 --> 00:47:36,228 Saya sanggup berdepan dengan mak awak dan akibatnya 490 00:47:36,312 --> 00:47:39,148 sebab saya tahu awak layak bahagia. 491 00:47:40,649 --> 00:47:42,360 Saya boleh beri kebahagiaan itu. 492 00:47:49,533 --> 00:47:50,534 Tita. 493 00:47:58,000 --> 00:47:59,543 Sudikah awak mengahwini saya? 494 00:48:01,212 --> 00:48:02,296 Petang itu 495 00:48:02,380 --> 00:48:04,799 semua rasa selamat, jagaan dan kelembutan 496 00:48:04,882 --> 00:48:08,219 yang Tita tak pernah rasa sebelum ini 497 00:48:08,761 --> 00:48:11,180 membantu Tita membuat keputusan. 498 00:48:12,848 --> 00:48:13,849 Ya. 499 00:48:14,850 --> 00:48:16,060 - Ya? - Ya! 500 00:48:16,560 --> 00:48:17,561 Ya. 501 00:48:18,479 --> 00:48:19,480 Ya. 502 00:50:17,264 --> 00:50:18,599 Siapa yang mahu dibunuh? 503 00:50:19,808 --> 00:50:21,060 Pergi dari sini, Nicolás! 504 00:50:21,143 --> 00:50:23,103 Tidak. Saya akan ambil hak saya dulu. 505 00:50:23,187 --> 00:50:24,688 Tiada siapa boleh masuk ke ladang ini! 506 00:50:25,731 --> 00:50:29,235 Saya pertahankan rumah ini dengan lebih berani daripada awak! 507 00:50:30,069 --> 00:50:31,237 Bertenang. 508 00:50:31,654 --> 00:50:32,863 Puan! 509 00:50:32,947 --> 00:50:34,156 Puan! 510 00:50:34,615 --> 00:50:36,200 Jangan sentuh gadis itu! 511 00:50:40,704 --> 00:50:42,289 - Ambil dia. - Lepaskan saya! 512 00:50:42,706 --> 00:50:43,874 Lepaskan dia! 513 00:50:43,958 --> 00:50:45,751 Lepaskan dia, binatang! 514 00:50:45,834 --> 00:50:47,044 Lepaskan dia! 515 00:51:01,976 --> 00:51:03,227 Mari lihat jika kamu pernah dengar. 516 00:51:04,144 --> 00:51:05,437 Saya panjang macam jalan. 517 00:51:06,021 --> 00:51:08,440 Saya melalui lubang dan kincir angin. 518 00:51:08,941 --> 00:51:10,693 Tapi saya bukan lelaki atau wanita. 519 00:51:11,068 --> 00:51:12,236 Ia ada kaki? 520 00:51:12,778 --> 00:51:14,989 Ia tak ada kaki, tapi tahu cara nak lari. 521 00:51:15,072 --> 00:51:16,365 Arus? 522 00:51:16,949 --> 00:51:18,033 Hampir! 523 00:51:18,117 --> 00:51:20,077 - Sungai? - Betul, Alex! 524 00:51:20,160 --> 00:51:21,787 Saya dah agak, saya menang! 525 00:51:22,580 --> 00:51:24,331 Saya dah agak awak dapat teka. 526 00:51:25,374 --> 00:51:26,875 Alegrías ini sedap sangat! 527 00:51:26,959 --> 00:51:29,628 Ia sedap, Tita. Terima kasih. 528 00:51:29,712 --> 00:51:31,171 - Terima kasih, Tita. - Terima kasih. 529 00:51:31,672 --> 00:51:33,716 - Terima kasih sebab buat. - Nak teh lagi? 530 00:51:34,174 --> 00:51:35,426 Tak apa, terima kasih. 531 00:51:36,927 --> 00:51:39,847 Ucap selamat tinggal, Alex. Masa untuk tidur. 532 00:51:40,598 --> 00:51:42,182 Boleh saya makan yang terakhir? 533 00:51:42,266 --> 00:51:44,226 Ia sepatutnya untuk kita semua! 534 00:51:44,310 --> 00:51:46,395 Ada lagi di dapur, pergi ambil. 535 00:51:46,895 --> 00:51:48,731 Sebelum itu, saya akan geletek kamu! 536 00:51:48,814 --> 00:51:50,232 Grace, tolong saya! 537 00:51:50,316 --> 00:51:52,568 Ini dia! Mari sini! 538 00:51:54,737 --> 00:51:56,155 Saya rasa dah lewat. 539 00:51:56,238 --> 00:51:57,573 Tolonglah! 540 00:52:20,804 --> 00:52:21,889 Jangan demam. 541 00:52:27,227 --> 00:52:28,312 Ayah! 542 00:52:28,937 --> 00:52:30,898 Grace kata saya perlu tidur sekarang. 543 00:52:30,981 --> 00:52:33,192 Kamu perlu tidur sebab kamu budak-budak. 544 00:52:34,276 --> 00:52:35,861 Tapi kita akan main esok. 545 00:52:35,944 --> 00:52:38,155 - Ayah janji? - Ya. 546 00:52:39,073 --> 00:52:41,992 Saya akan masuk tidur, tapi hanya jika ayah ikut saya. 547 00:52:43,661 --> 00:52:44,953 Okey. Mari. 548 00:52:45,954 --> 00:52:47,039 Awak tak apa-apa? 549 00:52:47,956 --> 00:52:49,750 Ya. Saya tak apa-apa. 550 00:52:51,043 --> 00:52:52,336 Nak ayah dukung kamu? 551 00:52:52,419 --> 00:52:53,587 - Dukung saya. - Ya? 552 00:52:54,046 --> 00:52:55,214 Marilah. 553 00:52:55,297 --> 00:52:56,548 Saya akan kembali. 554 00:52:57,424 --> 00:53:00,260 - Ayah, saya ada teka-teki. - Mari kita lihat. 555 00:53:00,344 --> 00:53:02,429 Ia melalui kincir angin... 556 00:53:02,513 --> 00:53:03,806 Bukan begitu. 557 00:53:03,889 --> 00:53:05,766 Okey, saya akan mula sekali lagi. 558 00:53:05,849 --> 00:53:07,643 Ia melalui padang... 559 00:53:13,315 --> 00:53:17,194 Mereka kata Pedro tak sanggup lihat Tita dalam dakapan orang lain. 560 00:53:18,362 --> 00:53:20,989 Malam itu, hatinya hancur. 561 00:53:21,573 --> 00:53:23,742 Semua cinta yang dia pernah rasa untuk Tita 562 00:53:23,826 --> 00:53:26,328 bertukar menjadi cemburu dan dendam. 563 00:53:30,374 --> 00:53:32,376 Tapi saya tahu semua itu tak benar. 564 00:53:33,127 --> 00:53:35,003 Pada malam itulah 565 00:53:35,504 --> 00:53:37,172 dia sedar yang kehadirannya 566 00:53:37,256 --> 00:53:40,092 cuma akan bawa lebih banyak penderitaan dalam hidup Tita. 567 00:53:42,803 --> 00:53:44,304 Pada saat itu 568 00:53:44,430 --> 00:53:46,056 dengan hatinya yang hancur luluh 569 00:53:47,015 --> 00:53:50,436 Pedro buat keputusan sukar untuk mengorbankan cintanya 570 00:53:50,519 --> 00:53:52,146 supaya Tita bahagia. 571 00:53:52,229 --> 00:53:53,272 Ayuh! 572 00:53:55,816 --> 00:53:56,817 Ayuh! 573 00:53:58,026 --> 00:53:59,069 Ayuh! 574 00:53:59,153 --> 00:54:00,529 Ayuh, mari pergi! 575 00:54:02,740 --> 00:54:03,741 Ayuh! 576 00:55:25,864 --> 00:55:28,450 - Delfino. - Mak awak, Cik Tita. 577 00:55:28,659 --> 00:55:31,036 EPISOD SETERUSNYA 578 00:55:31,119 --> 00:55:35,123 Pengampunan yang ditandatangani oleh Presiden Mexico sendiri. 579 00:55:35,207 --> 00:55:37,668 - Kenapa kamu di sini, Tita? - Biar saya tolong mak. 580 00:55:37,751 --> 00:55:39,795 - Mana Fina? Jangan sentuh! - Saya bukan minta izin. 581 00:55:39,878 --> 00:55:41,088 Apa? 582 00:55:42,756 --> 00:55:44,424 Hati-hati, doktor. 583 00:55:44,508 --> 00:55:46,844 Tita boleh buat hidup awak jadi sengsara. 584 00:55:47,344 --> 00:55:49,346 Dia takkan berhenti mencintai Pedro.