1 00:00:11,554 --> 00:00:14,348 Dengan mengikuti kelas pembukaan buku panduan, 2 00:00:14,432 --> 00:00:16,809 anda mengatur taktik dari tingkat bawah 3 00:00:16,893 --> 00:00:18,853 ke emper ketua gengster. 4 00:00:19,437 --> 00:00:22,065 Sekarang masa untuk fokus pada pendapatan. 5 00:00:22,565 --> 00:00:23,941 Maksiat ialah perdagangan. 6 00:00:25,401 --> 00:00:27,528 Ia bukan, "Salah untuk edar dadah, 7 00:00:27,612 --> 00:00:29,613 salah buka rumah pelacuran", dari segi moral. 8 00:00:29,697 --> 00:00:33,283 Ini perniagaan. Tentang rebut duit guna kedua-dua tangan. 9 00:00:33,367 --> 00:00:37,121 Mencapai potensi pendapatan penuh tak berlaku dengan sendiri. 10 00:00:37,205 --> 00:00:41,417 Penting agar ketua gengster ada rancangan perniagaan. 11 00:00:41,501 --> 00:00:44,337 Jika tiada rancangan, struktur akan runtuh. 12 00:00:45,379 --> 00:00:49,008 Tapi dengan menggunakan kebijaksanaan bersama kuasa, 13 00:00:49,759 --> 00:00:51,552 anda boleh mengakali pesaing 14 00:00:51,636 --> 00:00:54,889 dan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dunia penjenayahan impian anda. 15 00:00:56,349 --> 00:00:57,517 Seperti lelaki ini. 16 00:00:58,518 --> 00:01:02,647 Taikun heroin Harlem yang suka menunjuk-nunjuk, Frank Lucas. 17 00:01:04,023 --> 00:01:08,110 Strategi revolusi Lucas mengubah perdagangan dadah New York, 18 00:01:08,194 --> 00:01:12,573 mencipta rangkaian bekalan sendiri yang menjana lebih sejuta dolar sehari. 19 00:01:13,074 --> 00:01:15,117 Dulu saya tidur atas katil, dalam kesejukan. 20 00:01:15,201 --> 00:01:17,870 Kemudian saya berjaya dan saya bermula. 21 00:01:18,454 --> 00:01:20,873 Ikut rancangan perniagaan canggih Frank 22 00:01:20,957 --> 00:01:24,877 dan anda juga boleh pastikan jenayah anda berbaloi. 23 00:01:31,592 --> 00:01:34,928 BINA OPERASI YANG LEBIH BAIK 24 00:01:35,012 --> 00:01:40,059 Frank Lucas membina empayar heroin antarabangsa jutaan dolar dari mula. 25 00:01:41,310 --> 00:01:43,437 Semuanya sebelum hari jadinya ke-40. 26 00:01:44,105 --> 00:01:47,524 Matlamatnya adalah mencari untung dengan menjual heroin, 27 00:01:47,608 --> 00:01:50,652 jadi dia dapat banyak duit dengan menjual heroin. 28 00:01:50,736 --> 00:01:53,573 Tapi sebelum ikut jejak Frank ke tahap lebih tinggi, 29 00:01:54,490 --> 00:01:56,868 ini yang anda boleh belajar daripada kebangkitannya. 30 00:01:58,119 --> 00:02:02,081 FAKTA #1, LUCAS MUDA NAMPAK SUSAH NAK BERJAYA 31 00:02:02,665 --> 00:02:06,752 Frank Lucas lahir di pedalaman Carolina Utara ketika Zaman Meleset. 32 00:02:06,836 --> 00:02:10,798 Kami tiada peluang di Carolina Utara yang diasingkan. 33 00:02:10,882 --> 00:02:14,260 Anda takkan dapat hidup dengan baik dan menjaga keluarga. 34 00:02:15,219 --> 00:02:20,600 Dia nampak sepupunya dibunuh oleh ahli KKK. 35 00:02:21,517 --> 00:02:22,601 Mereka letup otaknya. 36 00:02:22,685 --> 00:02:25,396 Sumbat senapang ke dalam mulut, tarik picu. 37 00:02:27,481 --> 00:02:30,609 Kadangkala ada perkara berlaku dalam hidup dan ia mengubahnya. 38 00:02:30,693 --> 00:02:32,111 Ia mengubahnya. 39 00:02:32,987 --> 00:02:34,864 Dia pergi ke New York. 40 00:02:35,990 --> 00:02:38,826 Masalahnya ialah dia buta huruf. 41 00:02:38,910 --> 00:02:41,954 Nak hantar surat khabar pun tak boleh, dia tak boleh buat apa-apa. 42 00:02:42,038 --> 00:02:47,292 Satu-satunya cara untuk terus hidup adalah melakukan kerja haram, 43 00:02:47,376 --> 00:02:50,796 di situlah dia diterima. Jadi, dia mula jual dadah. 44 00:02:51,964 --> 00:02:55,635 FAKTA #2 LUCAS BELAJAR DI BAWAH MENTOR BERKUASA 45 00:02:56,344 --> 00:03:00,305 Bumpy Johnson ialah gengster kulit hitam yang paling jahat. 46 00:03:00,389 --> 00:03:03,267 Bumpy dah macam ayahnya. 47 00:03:04,435 --> 00:03:06,395 Saya lama bekerja dengan Bump. 48 00:03:07,021 --> 00:03:09,440 Selama 13 tahun, 9 bulan dan 8 hari. 49 00:03:10,441 --> 00:03:12,443 Setiap duit yang saya dapat, 50 00:03:12,944 --> 00:03:15,905 saya menaikkan namanya. 51 00:03:16,739 --> 00:03:21,077 Apabila Bumpy mati, Frank dapat perniagaan dadah. 52 00:03:21,786 --> 00:03:23,120 Frank mahu dadah itu 53 00:03:23,204 --> 00:03:26,582 sebab dia fikir di situlah dia akan untung paling banyak. 54 00:03:26,666 --> 00:03:30,252 FAKTA #3 PERNIAGAAN FRANK IALAH HAL KELUARGA 55 00:03:30,336 --> 00:03:33,839 Frank anak sulung daripada 7 beradik. Dia ibarat wira saya. 56 00:03:33,923 --> 00:03:36,634 Dia suruh kami buat sesuatu, kami akan buat. 57 00:03:37,218 --> 00:03:41,346 Dia dapat kekalkan kuasanya melalui adik-adiknya. 58 00:03:41,430 --> 00:03:45,101 Dia percaya adik-adiknya dan buat mereka jadi kaya. 59 00:03:45,685 --> 00:03:49,313 Dia selalu cakap tentang keluarga, pasakkan ke dalam kepala. 60 00:03:49,397 --> 00:03:50,690 "Jangan tinggal keluarga." 61 00:03:51,649 --> 00:03:53,358 Frank ada kerjaya yang baik 62 00:03:53,442 --> 00:03:56,987 dan orang dalam yang setia untuk bantu bina perniagaannya. 63 00:03:57,071 --> 00:04:00,408 Tapi itu tak bermakna semua orang menghormati kuasanya. 64 00:04:01,325 --> 00:04:05,370 Semasa melancarkan perniagaan, bagaimana nak buktikan yang anda mampu? 65 00:04:05,454 --> 00:04:08,374 Jangan main-main dengan lelaki dari Harlem, faham? 66 00:04:09,542 --> 00:04:13,379 TAKTIK MENDAPAT IMEJ ORANG MUDA 67 00:04:16,799 --> 00:04:21,553 Sebagai ketua gengster, satu-satunya cara untuk pastikan operasi anda berjaya 68 00:04:21,637 --> 00:04:25,557 adalah dengan terus menunjukkan padah kerana cuba menghalang. 69 00:04:25,641 --> 00:04:28,519 Pertama, aku nak lenyek kepalanya sampai lembik. 70 00:04:29,478 --> 00:04:32,439 Anda perlu menjadi pembunuh. 71 00:04:32,523 --> 00:04:34,358 Ia memang industri yang sukar 72 00:04:34,442 --> 00:04:38,362 apabila reputasi dan imej orang muda itu penting. 73 00:04:38,446 --> 00:04:39,363 Ya! 74 00:04:39,989 --> 00:04:43,367 Jika tunjuk kelemahan sebagai ketua gengster, anda takkan hidup lama. 75 00:04:47,371 --> 00:04:50,708 Mereka tahu cara tunjuk kekuatan dari awal. 76 00:04:52,126 --> 00:04:54,962 Tak lama selepas mengambil alih Geng Winter Hill Boston, 77 00:04:55,046 --> 00:04:58,924 Whitey Bulger menghantar mesej dengan membunuh Louis Litif, 78 00:04:59,008 --> 00:05:02,261 rakan lama yang ingkar arahan Whitey. 79 00:05:02,345 --> 00:05:05,097 Jasadnya ditemui di dalam but kereta. 80 00:05:05,848 --> 00:05:08,141 Albert Anastasia memulakan pemerintahannya 81 00:05:08,225 --> 00:05:11,728 apabila mengarahkan pembunuhan jurujual Arnold Schuster, 82 00:05:11,812 --> 00:05:13,188 yang masuk senarai popular 83 00:05:13,272 --> 00:05:16,108 kerana membantu polis menjejaki seorang pelarian. 84 00:05:16,984 --> 00:05:20,153 Apabila Griselda Blanco mula menguasai perniagaan kokain Miami, 85 00:05:20,237 --> 00:05:23,949 dia mencipta taktik untuk mengawal musuhnya, 86 00:05:24,033 --> 00:05:27,327 menggunakan sicario , pembunuh upahan bermotosikal 87 00:05:27,411 --> 00:05:30,122 yang akan melakukan pembunuhan pandu lalu, 88 00:05:30,206 --> 00:05:31,832 biasanya pada waktu siang. 89 00:05:35,127 --> 00:05:38,588 Tak lama selepas Frank Lucas ambil alih perniagaan heroin Harlem, 90 00:05:38,672 --> 00:05:40,466 pemerintahannya diuji. 91 00:05:41,092 --> 00:05:44,594 Apabila anda di atas, pasti ada pesaing, okey? 92 00:05:44,678 --> 00:05:46,263 Selalunya akan ada orang 93 00:05:46,347 --> 00:05:48,390 yang mula pandang anda dan fikir, 94 00:05:48,474 --> 00:05:51,184 "Aku boleh buat lebih baik daripada dia. 95 00:05:51,268 --> 00:05:53,061 Mungkin aku patut jadi ketua." 96 00:05:53,145 --> 00:05:56,982 Anda tak boleh biarkan keingkaran sebegitu tak berbalas. 97 00:05:59,777 --> 00:06:04,532 Di Harlem tahun 1960-an, lelaki paling jahat ialah Tango. 98 00:06:05,991 --> 00:06:09,244 Tango pembuli besar, tingginya 195, 198 sentimeter. 99 00:06:09,328 --> 00:06:11,288 Orang di Harlem takut dengan dia. 100 00:06:13,624 --> 00:06:15,835 Tango ialah pengedar heroin bebas ... 101 00:06:19,004 --> 00:06:21,674 yang terkenal dengan menipu duit pembekalnya. 102 00:06:26,178 --> 00:06:29,265 Ia sesuatu yang Frank Lucas tak boleh biarkan. 103 00:06:30,933 --> 00:06:32,434 Frank nampak peluang 104 00:06:32,518 --> 00:06:37,189 untuk tunjuk siapa sebenarnya yang berkuasa dan buat Tango sedar. 105 00:06:38,566 --> 00:06:41,276 Apabila dia tahu Tango mencari lebih banyak produk, 106 00:06:41,360 --> 00:06:43,404 Frank bekalkan dia sekilo heroin, 107 00:06:43,904 --> 00:06:46,991 walaupun tahu Tango akan menipu duitnya juga. 108 00:06:48,868 --> 00:06:51,287 Apabila Frank datang kutip duit dua minggu kemudian, 109 00:06:51,787 --> 00:06:53,164 Tango seperti dijangka. 110 00:06:54,748 --> 00:07:00,129 Dia enggan bayar Frank sesen pun dan mengecam, mencabar maruah Frank. 111 00:07:01,338 --> 00:07:02,965 Termasuk maruah ibunya. 112 00:07:05,468 --> 00:07:08,679 Ramai orang berkumpul, seperti yang Frank dah agak. 113 00:07:18,939 --> 00:07:20,274 Mesejnya jelas. 114 00:07:21,567 --> 00:07:24,736 Frank tahu cara nak beritahu orang bahawa dia ketua, 115 00:07:24,820 --> 00:07:29,157 bukan saja jari di picu, tapi tahu cara menariknya. 116 00:07:29,241 --> 00:07:32,369 Reputasi itulah yang diperlukan untuk berjaya. 117 00:07:33,120 --> 00:07:37,040 Sebagai ketua gengster, tenaga anda boleh membuka pintu, 118 00:07:37,124 --> 00:07:39,460 tapi otak anda yang bawa masuk duit. 119 00:07:40,169 --> 00:07:44,048 Bermula dengan slogan yang mana-mana ahli perniagaan mesti ikut, 120 00:07:44,798 --> 00:07:46,717 jangan bayar secara runcit. 121 00:07:47,676 --> 00:07:50,846 TAKTIK BUANG ORANG TENGAH 122 00:07:51,555 --> 00:07:56,310 Kanak-kanak berhasrat nak jadi atlet, angkasawan atau bintang filem. 123 00:07:56,810 --> 00:07:59,522 Tiada orang mahu jadi orang tengah. 124 00:08:00,105 --> 00:08:02,650 Sayang sekali kerana itulah yang lumayan. 125 00:08:03,943 --> 00:08:07,362 Dalam perniagaan heroin, rantaian bekalannya antarabangsa. 126 00:08:07,446 --> 00:08:10,198 Orang tengah dapat banyak duit 127 00:08:10,282 --> 00:08:11,951 sebab dia terus ke sumber. 128 00:08:13,118 --> 00:08:16,497 Itulah permulaan keuntungan anda. Mari saya jelaskan. 129 00:08:17,831 --> 00:08:20,917 Semasa Frank bermula, heroin tiba ke Amerika 130 00:08:21,001 --> 00:08:23,712 melalui apa yang dipanggil "Hubungan Perancis". 131 00:08:25,839 --> 00:08:28,175 Bermula dengan pokok popi yang ditanam di Turki. 132 00:08:29,677 --> 00:08:32,846 Apabila pokok itu matang, ia dituai untuk sap candu. 133 00:08:34,682 --> 00:08:37,810 Sap itu direbus bersama kapur untuk asingkan morfin. 134 00:08:38,602 --> 00:08:39,895 MORFIN 135 00:08:39,979 --> 00:08:41,771 Kemudian dihantar ke Perancis. 136 00:08:41,855 --> 00:08:44,816 Di sana, ahli kimia menukar morfin menjadi heroin. 137 00:08:44,900 --> 00:08:47,486 Ia satu proses yang cerewet dan berbau. 138 00:08:48,862 --> 00:08:51,740 Seterusnya, terpulang pada orang tengah dari Mafia Corsica 139 00:08:51,824 --> 00:08:55,202 untuk pindahkan heroin menyeberangi Atlantik ke Amerika, 140 00:08:56,412 --> 00:08:58,455 menyembunyikannya dengan apa cara sekalipun. 141 00:09:00,124 --> 00:09:02,251 Itu sebuah pembakar roti yang mahal. 142 00:09:03,335 --> 00:09:05,295 Sebaik saja heroin tiba di darat, 143 00:09:05,379 --> 00:09:09,383 gengster Amerika jual dengan menaikkan harga hingga 400 peratus. 144 00:09:10,634 --> 00:09:12,052 Kemudian ia dijual, 145 00:09:12,553 --> 00:09:15,472 ihsan pengedar dalam negeri seperti Frank Lucas. 146 00:09:18,017 --> 00:09:21,686 Bagi mafia, perjanjian ini amat menguntungkan. 147 00:09:21,770 --> 00:09:23,939 Tapi bagi penipu macam Frank, 148 00:09:24,023 --> 00:09:26,775 ia satu perkara yang tak berkesan. 149 00:09:27,443 --> 00:09:30,529 Frank fikir, "Bagaimana aku nak buang orang tengah 150 00:09:30,613 --> 00:09:32,447 untuk maksimumkan keuntungan aku?" 151 00:09:32,531 --> 00:09:35,408 dan kurangkan peluang penguatkuasaan undang-undang 152 00:09:35,492 --> 00:09:36,994 untuk menembusi organisasinya. 153 00:09:37,745 --> 00:09:42,040 Lucas perlukan idea hebat , idea itu dia dapat dari tempat sama 154 00:09:42,124 --> 00:09:45,336 yang anda dapat kandungan penting ini. 155 00:09:45,961 --> 00:09:46,795 Televisyen. 156 00:09:47,880 --> 00:09:50,298 Kemudian ada siaran berita. 157 00:09:50,382 --> 00:09:53,260 Mereka selalu cerita tentang tentera di Vietnam yang khayal. 158 00:09:53,344 --> 00:09:54,553 Washington mengaku 159 00:09:54,637 --> 00:09:58,848 ada masalah dadah yang serius di kalangan askarnya di Vietnam. 160 00:09:58,932 --> 00:10:04,187 Walaupun sesetengah orang mungkin lihat ia satu krisis, fikiran Frank tak begitu. 161 00:10:04,271 --> 00:10:08,942 Frank nampak peluang untuk bawa masuk heroin dari Asia. 162 00:10:09,026 --> 00:10:12,737 Rancangan induk Frank? Memintas Hubungan Perancis 163 00:10:12,821 --> 00:10:15,658 dan cipta saluran perhubungan sendiri dari Timur Jauh. 164 00:10:16,742 --> 00:10:19,411 Mujurlah dia ada saudara. 165 00:10:19,495 --> 00:10:22,872 Sepupunya yang bernama Ike Atkinson, 166 00:10:22,956 --> 00:10:25,834 ialah pesara sarjan tentera di Asia 167 00:10:25,918 --> 00:10:31,339 yang dapat berhubung dengan penanam popi. 168 00:10:31,423 --> 00:10:34,175 Apabila mempertimbangkan usaha niaga baharu, 169 00:10:34,259 --> 00:10:36,553 fikir dulu sebelum bertindak. 170 00:10:41,100 --> 00:10:44,853 Frank pergi ke Bangkok, Thailand untuk bertemu sepupunya Ike, 171 00:10:44,937 --> 00:10:47,523 yang memperkenalkannya kepada pembekal tempatan. 172 00:10:49,692 --> 00:10:54,071 Frank menggelarnya 007, atas sebab yang jelas. 173 00:10:58,909 --> 00:11:03,414 007 sanggup jual lebih 200 kilogram heroin kepada Frank serta-merta 174 00:11:04,206 --> 00:11:08,752 dengan harga sejuta dolar, satu persepuluh daripada harga mafia. 175 00:11:09,920 --> 00:11:11,547 Frank terus setuju 176 00:11:12,715 --> 00:11:16,510 dan jumpa anggota tentera yang boleh bantu membawanya ke Amerika. 177 00:11:18,887 --> 00:11:21,765 Ini boleh menjadi permulaan hubungan yang indah. 178 00:11:22,641 --> 00:11:27,104 Tapi Frank perlu pastikan operasi 007 boleh sahut cabaran itu. 179 00:11:28,897 --> 00:11:31,191 Jadi, dia sendiri masuk ke hutan Thai, 180 00:11:31,859 --> 00:11:34,319 berhari-hari jalan kaki dalam cuaca panas 181 00:11:36,238 --> 00:11:39,324 sehingga akhirnya dia tiba di tempat impian. 182 00:11:47,124 --> 00:11:50,210 Frank begitu kagum, dia terus beli lebih banyak produk. 183 00:11:53,672 --> 00:11:56,258 Tapi perjalanan pulang berdepan masalah. 184 00:11:57,718 --> 00:11:58,844 Penyamun. 185 00:12:03,348 --> 00:12:05,434 Frank berlawan bersama penunjuk jalan. 186 00:12:10,314 --> 00:12:13,233 Apabila asap hilang, semua penyamun mati. 187 00:12:14,985 --> 00:12:18,030 Matlamat Frank untuk dapatkan terus bekalan heroin, 188 00:12:18,530 --> 00:12:20,157 masih membara. 189 00:12:24,787 --> 00:12:26,580 Saya ke sana, dapat barang. 190 00:12:27,539 --> 00:12:31,460 Saya pulang dan selebihnya tinggal sejarah. 191 00:12:32,044 --> 00:12:35,005 Walaupun anda ada kenalan untuk barang anda, 192 00:12:35,589 --> 00:12:38,967 anda takkan jadi bos hebat tanpa menguasai jualan. 193 00:12:39,635 --> 00:12:43,263 Bagaimana nak pastikan dagangan anda laris dijual? 194 00:12:44,264 --> 00:12:48,060 TAKTIK MONOPOLI PASARAN 195 00:12:48,811 --> 00:12:53,982 Bila-bila jumlah jualan tak mencapai potensi pasaran penuh anda, 196 00:12:54,066 --> 00:12:56,527 walau apa pun sebabnya, anda ada masalah. 197 00:12:57,110 --> 00:12:59,988 Apa penyelesaian untuk dilema biasa ini? 198 00:13:00,072 --> 00:13:02,199 Menjadi satu-satunya pilihan. 199 00:13:02,616 --> 00:13:03,825 KOPI STARBUCKS 200 00:13:03,909 --> 00:13:07,620 Jika anda memonopoli pasaran, anda mengawal pasaran. 201 00:13:07,704 --> 00:13:10,749 Anda boleh kenakan berapa saja harga yang anda mahu. 202 00:13:11,375 --> 00:13:13,710 Ia memang berkesan untuk mereka. 203 00:13:14,837 --> 00:13:18,423 Ketua jenayah, Enoch "Nucky" Johnson menggunakan hubungan politiknya 204 00:13:18,507 --> 00:13:22,260 untuk kawal semua kegiatan haram di Atlantic City waktu larangan dikenakan, 205 00:13:22,344 --> 00:13:24,721 mengaut setengah juta dolar setahun, 206 00:13:24,805 --> 00:13:26,473 sembilan juta pada hari ini, 207 00:13:26,557 --> 00:13:29,351 melalui arak haram, pelacuran dan perjudian. 208 00:13:30,811 --> 00:13:35,190 Ketua gengster Philadelphia, Nicodemo Scarfo, memonopoli pasaran syabu 209 00:13:35,274 --> 00:13:39,403 dengan mengimport dan mengedar lebih 380 liter P2P. 210 00:13:39,987 --> 00:13:41,446 Ramuan utama ini cukup 211 00:13:41,530 --> 00:13:44,283 untuk buat 500 kg dadah yang sangat ketagih. 212 00:13:44,908 --> 00:13:47,994 Cheng Chui Ping, yang dikenali sebagai Sister Ping, 213 00:13:48,078 --> 00:13:50,872 mengaut 40 juta dolar lebih dua dekad 214 00:13:50,956 --> 00:13:54,042 dengan menjadi pembekal utama menyeludup penghijrah 215 00:13:54,126 --> 00:13:56,294 dari China ke Amerika Syarikat, 216 00:13:56,378 --> 00:13:59,923 sehingga dia mendapat gelaran "Ibu Penyeludup Manusia". 217 00:14:02,759 --> 00:14:04,677 Tapi Frank Lucas mahu menyajikan 218 00:14:04,761 --> 00:14:08,724 kepada pelanggan yang lebih meluas dan berkembang pesat. 219 00:14:09,266 --> 00:14:12,852 Kira-kira 50 peratus penagih heroin tinggal di New York City, 220 00:14:12,936 --> 00:14:17,774 dianggarkan 80 peratus penagih dikenali di New York City tinggal di Harlem. 221 00:14:17,858 --> 00:14:19,568 Permintaan jelas tiada masalah, 222 00:14:20,360 --> 00:14:24,197 tapi bagaimana nak pastikan pelanggan datang untuk mendapatkannya? 223 00:14:24,781 --> 00:14:26,783 Ia bermula dengan pemasaran. 224 00:14:27,826 --> 00:14:30,954 Seperti kebanyakan organisasi, kita beri jenama kepada produk. 225 00:14:31,038 --> 00:14:35,375 Anda nak orang cari jenama anda. Anda kena pastikan jenama anda bagus. 226 00:14:36,460 --> 00:14:39,420 Namanya menarik perhatian orang. 227 00:14:39,504 --> 00:14:41,465 Ini beberapa persaingan Frank. 228 00:14:41,965 --> 00:14:45,052 Ada yang saya cam. Anda nak saya baca semuanya? 229 00:14:45,844 --> 00:14:46,719 Baiklah. 230 00:14:46,803 --> 00:14:47,720 Mesin Jahat. 231 00:14:47,804 --> 00:14:48,847 Boleh Bawa Maut. 232 00:14:48,931 --> 00:14:51,099 Pilihan Ahli Rasa. Rampas Harlem. Sarang. 233 00:14:51,183 --> 00:14:52,350 Celaka Aku, Celaka Kau. 234 00:14:52,434 --> 00:14:53,309 Asmara. 235 00:14:53,393 --> 00:14:55,395 Takkan Cukup. 236 00:14:55,479 --> 00:14:56,771 - Balasan. - Magik Tragis. 237 00:14:56,855 --> 00:14:58,106 Seronok Jadi Baik. 238 00:14:59,191 --> 00:15:01,109 OD Sopan. Barang Sopan. 239 00:15:01,193 --> 00:15:02,026 Lebih Masa. 240 00:15:02,110 --> 00:15:03,278 Balas Dendam. 241 00:15:03,362 --> 00:15:05,280 Pita Hijau. Pita Merah. Serbu. 242 00:15:05,364 --> 00:15:07,449 Mereka tak kekurangan imaginasi. 243 00:15:09,534 --> 00:15:12,787 Tapi penjenamaan bijak hanya sampai tahap ini. 244 00:15:12,871 --> 00:15:15,791 Kandungannya yang penting. 245 00:15:16,375 --> 00:15:18,668 Frank mengecap "Magik Biru" 246 00:15:18,752 --> 00:15:21,630 dan ia dadah terbaik yang anda boleh beli. 247 00:15:22,923 --> 00:15:24,674 Ramuan rahsia Frank? 248 00:15:24,758 --> 00:15:29,596 Kebanyakan heroin yang dijual ketika itu mempunyai tahap ketulenan 1-3 peratus. 249 00:15:30,180 --> 00:15:32,682 Tapi Lucas mengutamakan pelanggannya, 250 00:15:32,766 --> 00:15:35,811 meningkatkan tahap ketulenan kepada 5-7 peratus. 251 00:15:37,187 --> 00:15:41,858 Tahap khayalnya lebih baik. Anda boleh beli Ford atau Cadillac. 252 00:15:41,942 --> 00:15:45,070 Saya lebih rela beli Cadillac dan itu yang Frank jual. 253 00:15:45,654 --> 00:15:49,490 Apabila anda menjual produk premium dan berpotensi membawa maut, 254 00:15:49,574 --> 00:15:51,827 kawalan kualiti amat penting. 255 00:15:53,954 --> 00:15:57,916 Frank memastikan tertib pengeluarannya diuruskan oleh pakar sebenar. 256 00:15:58,834 --> 00:16:02,212 Si genius pembuatan yang dia gelar Red Top. 257 00:16:03,505 --> 00:16:06,466 Setiap kali Frank terima penghantaran heroin dari Asia, 258 00:16:06,550 --> 00:16:08,260 dia serah kepada Red Top 259 00:16:08,927 --> 00:16:11,095 yang mengurangkan heroin dengan bahan tambahan 260 00:16:11,179 --> 00:16:12,431 untuk sedia dijual. 261 00:16:13,807 --> 00:16:16,810 Apabila permintaan meningkat, Frank menambah pekerja 262 00:16:17,394 --> 00:16:22,774 dan meminta pekerja baharu memakai pakaian seragam khas untuk ketelusan. 263 00:16:23,650 --> 00:16:25,068 Bagi mengelak dikesan, 264 00:16:25,152 --> 00:16:29,072 Lucas suruh Red Top mengalihkan operasi di sekitar bandar. 265 00:16:33,869 --> 00:16:38,373 Kadangkala dia dilaporkan menyogok polis untuk buat kerja di rumah mereka. 266 00:16:39,583 --> 00:16:43,628 Tapi untuk benar-benar memonopoli pasaran, Frank perlukan benda lain. 267 00:16:44,755 --> 00:16:46,798 Strategi runcit yang kukuh. 268 00:16:48,467 --> 00:16:52,637 Semasa mengkaji tingkah laku polis, Frank perasan satu corak utama. 269 00:16:54,598 --> 00:16:57,934 Setiap hari pukul 4.00 petang, polis yang bertugas balik awal. 270 00:16:59,936 --> 00:17:02,689 Syif malam pula bermula pukul 5.00. 271 00:17:04,775 --> 00:17:07,235 Frank arahkan leftenannya keluar mencari 272 00:17:07,319 --> 00:17:09,237 pada waktu penting ini. 273 00:17:11,782 --> 00:17:15,243 Sementara Frank memantau khidmat pelanggan krunya, 274 00:17:15,327 --> 00:17:17,829 dia meronda di Harlem sambil mengintip. 275 00:17:19,915 --> 00:17:23,043 Jika ada yang buat silap, terimalah padahnya. 276 00:17:27,464 --> 00:17:29,466 Tapi apabila produk anda laris, 277 00:17:30,133 --> 00:17:33,637 kadangkala anda hanya perlu bersantai dan berseronok. 278 00:17:35,639 --> 00:17:40,309 Dengan mencipta produk premium dan menguasai pengedaran , 279 00:17:40,393 --> 00:17:43,730 Frank menguasai pasaran heroin Harlem. 280 00:17:45,190 --> 00:17:48,360 Pada tahap ini, siapa yang tak mahu menikmati hasil usaha sendiri? 281 00:17:49,402 --> 00:17:51,947 Tapi sebelum anda mula membazir duit, 282 00:17:52,447 --> 00:17:55,242 beri perhatian kepada pelajaran yang seterusnya. 283 00:17:56,284 --> 00:17:59,746 TAKTIK CUCI DUIT 284 00:18:01,414 --> 00:18:03,791 Apabila anda mengedar dadah di jalanan, 285 00:18:03,875 --> 00:18:06,795 anda tak dibayar dengan deposit terus. 286 00:18:07,546 --> 00:18:10,339 Duit tunai lebih disukai apabila berurusan aktiviti haram 287 00:18:10,423 --> 00:18:11,591 kerana tiada rekod. 288 00:18:12,300 --> 00:18:15,386 Tapi duit tunai yang banyak boleh timbulkan masalah. 289 00:18:15,470 --> 00:18:18,265 Mereka dapat banyak untung di jalanan, gila. 290 00:18:19,307 --> 00:18:20,892 Orang macam Frank Lucas, 291 00:18:20,976 --> 00:18:24,270 mereka ada beratus ribu duit 20 dolar, 50 dolar 292 00:18:24,354 --> 00:18:25,980 10 dolar dan lima dolar. 293 00:18:26,064 --> 00:18:30,151 Ia besar untuk dibawa, sukar untuk dikira. 294 00:18:30,235 --> 00:18:31,194 Biasalah, 295 00:18:31,278 --> 00:18:35,323 bank akan curiga tentang banyaknya duit tunai yang anda ada 296 00:18:35,407 --> 00:18:37,117 sedangkan orang dibayar cek. 297 00:18:37,868 --> 00:18:39,911 Bukan itu saja masalahnya. 298 00:18:39,995 --> 00:18:42,371 Akhirnya, semua orang termasuk gengster 299 00:18:42,455 --> 00:18:44,707 perlu mengira wang mereka. 300 00:18:44,791 --> 00:18:48,419 Jika tinggal di rumah agam di Howard Beach dan ada Porsche, 301 00:18:48,503 --> 00:18:50,755 apabila tiba masa cukai pendapatan, 302 00:18:50,839 --> 00:18:53,716 anda kata dapat $12,000 setahun sebagai posmen, 303 00:18:53,800 --> 00:18:55,135 ia tak masuk akal. 304 00:18:56,261 --> 00:18:58,680 Inilah sebabnya ketua gengster mencipta 305 00:19:00,056 --> 00:19:01,391 pengubahan wang haram. 306 00:19:02,058 --> 00:19:06,021 Bersedia untuk tukar wang haram kepada wang halal? 307 00:19:07,939 --> 00:19:11,860 Walaupun teknik berbeza, kebanyakannya ikut langkah asas yang sama. 308 00:19:12,652 --> 00:19:15,071 Langkah pertama. Penempatan. 309 00:19:17,199 --> 00:19:18,491 Cipta perniagaan sah 310 00:19:18,575 --> 00:19:21,411 yang ada akaun bank untuk letak keuntungan haram, 311 00:19:22,495 --> 00:19:25,290 seperti tempat cucian kereta atau kelab bogel. 312 00:19:25,957 --> 00:19:28,376 Langkah kedua. Lapisan. 313 00:19:29,419 --> 00:19:33,589 Gunakan transaksi kompleks untuk asingkan duit daripada sumber haram. 314 00:19:33,673 --> 00:19:36,092 Contohnya, beli emas. 315 00:19:36,927 --> 00:19:37,802 Tunaikannya. 316 00:19:38,303 --> 00:19:42,431 Kemudian kirim wang itu dari satu akaun bank antarabangsa ke akaun lain 317 00:19:42,515 --> 00:19:44,726 supaya lebih sukar dikesan. 318 00:19:45,852 --> 00:19:52,275 Atau jadikan ia aset seperti kereta mewah, barang kemas atau harta tanah. 319 00:19:52,817 --> 00:19:58,114 Kemudian jual semula. Seterusnya langkah ketiga. Penyepaduan. 320 00:19:59,783 --> 00:20:03,578 Laburkan wang yang baru dilabur haram ke dalam sistem kewangan yang sah 321 00:20:04,079 --> 00:20:06,748 supaya tak diburu pemungut cukai. 322 00:20:07,791 --> 00:20:12,462 Lihat! Duit dadah kotor anda dah bersih. 323 00:20:15,215 --> 00:20:16,132 Bunyinya mudah, 324 00:20:16,716 --> 00:20:19,260 tapi rumitnya tentang pengubahan wang haram, 325 00:20:19,344 --> 00:20:21,263 anda tak boleh buat sendirian. 326 00:20:22,180 --> 00:20:24,390 Di New York, Frank kenal semua orang, 327 00:20:24,474 --> 00:20:28,060 jadi dia ada kenalan baik yang boleh cuci duitnya. 328 00:20:28,144 --> 00:20:31,356 Dia ada kenalan di Bank Chemical di peringkat eksekutif. 329 00:20:31,856 --> 00:20:34,526 Dia akan arahkan juruwang untuk jaga Frank. 330 00:20:35,527 --> 00:20:37,820 Mereka memang menjaga dia. 331 00:20:37,904 --> 00:20:40,698 Mereka akan kira ratusan ribu dolar dalam bentuk 332 00:20:40,782 --> 00:20:42,825 lima, sepuluh, satu dan 20 dolar. 333 00:20:42,909 --> 00:20:46,037 Orang bank tersebut takkan tanya soalan 334 00:20:46,121 --> 00:20:48,957 dan tukar wang itu menjadi duit kertas 100 dolar. 335 00:20:51,084 --> 00:20:54,212 Seperti ketua sejati, Lucas laburkan wang tunai bersih 336 00:20:54,296 --> 00:20:56,881 ke dalam perniagaan yang menjana cukai sah. 337 00:20:57,841 --> 00:21:01,011 Dia menguasai seluruh blok di Harlem. 338 00:21:01,511 --> 00:21:05,390 Dia ada kelab dan beberapa kedai di sana. 339 00:21:06,057 --> 00:21:09,393 Dia ada bangunan pejabat di tempat seperti Detroit 340 00:21:09,477 --> 00:21:11,562 dan kawasan lain di New York City. 341 00:21:11,646 --> 00:21:13,398 Ladang ternak di Carolina Utara. 342 00:21:16,401 --> 00:21:19,987 Dia beli tanah seluas 16 juta meter persegi, 300 ekor lembu. 343 00:21:20,071 --> 00:21:23,282 Dia ada lembu hadiah harga 100,000 dolar di sana. 344 00:21:23,366 --> 00:21:25,618 Ia seekor lembu jantan besar. 345 00:21:28,079 --> 00:21:29,789 Lembu itu sangat besar. 346 00:21:31,791 --> 00:21:36,379 Portfolio Frank yang pelbagai telah membawanya ke golongan atasan. 347 00:21:37,297 --> 00:21:43,928 Frank kenal selebriti terkenal ketika itu. Para petinju, Joe Louis, para penghibur. 348 00:21:44,012 --> 00:21:46,389 Dia selebriti pada zamannya, 349 00:21:46,473 --> 00:21:51,811 walaupun dia melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan salah. 350 00:21:53,188 --> 00:21:54,689 Pernah sekali saya duduk di bar, 351 00:21:54,773 --> 00:21:57,609 dia tanya, "Awak suka James Brown?" Saya jawab, "Ya." 352 00:21:58,401 --> 00:22:01,487 Kemudian muzik mula dimainkan dan James Brown datang, 353 00:22:01,571 --> 00:22:04,699 capai tangan saya dan ajak saya menari, saya tergamam. 354 00:22:06,576 --> 00:22:09,662 Disebabkan kepakaran Frank dalam pengubahan wang haram, 355 00:22:09,746 --> 00:22:13,249 dia dan adik-beradiknya berjoli macam kerabat diraja Harlem. 356 00:22:14,959 --> 00:22:16,836 Semuanya duit. Ini Amerika. 357 00:22:18,004 --> 00:22:19,422 Semuanya duit. 358 00:22:19,506 --> 00:22:22,133 Tapi apabila produk utama anda ialah heroin gred tinggi, 359 00:22:23,093 --> 00:22:26,304 hari bahagia mungkin takkan kekal selamanya. 360 00:22:27,389 --> 00:22:31,684 Ramai orang mula mati dan kerajaan mula sedar. 361 00:22:32,560 --> 00:22:38,191 Musuh awam nombor satu Amerika ialah penyalahgunaan dadah. 362 00:22:39,442 --> 00:22:43,321 Pada masa begini, bagaimana nak pastikan rancangan perniagaan berjalan lancar? 363 00:22:43,405 --> 00:22:47,659 Syarikat alami kerosakan serius berhubung produktiviti dan hubungan manusia. 364 00:22:48,576 --> 00:22:51,579 Kedua-duanya mesti diperbaiki secepat mungkin. 365 00:22:52,080 --> 00:22:55,834 TAKTIK LINDUNGI KEUNTUNGAN ANDA 366 00:22:56,626 --> 00:22:59,170 Jika anda nak bina perniagaan yang bertahan, 367 00:22:59,754 --> 00:23:03,550 anda perlukan strategi yang boleh sesuai dengan semua keadaan pasaran. 368 00:23:04,259 --> 00:23:09,638 Pada tahun 1971, Presiden Nixon mencipta istilah "Perangi Dadah" 369 00:23:09,722 --> 00:23:12,308 dan di New York City, perang ini sengit. 370 00:23:12,934 --> 00:23:17,563 Jadi, ia penting bagi Jabatan Polis New York City 371 00:23:17,647 --> 00:23:22,986 tunjukkan yang polis boleh selesaikan dengan menentang mereka. 372 00:23:23,653 --> 00:23:26,990 Frank guna pelbagai pendekatan untuk tangani masalah ini. 373 00:23:27,574 --> 00:23:29,742 Bermula dengan kempen perhubungan awam. 374 00:23:29,826 --> 00:23:32,578 Dia fikir melakukan sesuatu untuk masyarakat 375 00:23:32,662 --> 00:23:37,083 adalah cara yang berkesan untuk melindungi dirinya dan syarikatnya. 376 00:23:37,167 --> 00:23:38,542 Pinjamkan duit kepada orang. 377 00:23:38,626 --> 00:23:42,463 Tak risau sama ada dibayar balik atau tak. Menjaga orang. 378 00:23:42,547 --> 00:23:46,759 Jadi, dia buat komuniti suka dia. 379 00:23:47,510 --> 00:23:51,306 Dia juga memastikan untuk jaga demografi yang lebih penting. 380 00:23:53,099 --> 00:23:53,975 Polis. 381 00:23:54,517 --> 00:23:57,854 Frank habiskan banyak duit untuk menyogok polis. 382 00:23:58,813 --> 00:24:01,023 Menyogok polis bermakna 383 00:24:01,107 --> 00:24:05,069 bebas berjalan di jalan raya dan tak risau tentang masuk lokap. 384 00:24:05,153 --> 00:24:10,783 Maksudnya anda akan dapat bekalan dadah dengan selamat 385 00:24:10,867 --> 00:24:13,620 tanpa dilarang oleh polis. 386 00:24:14,996 --> 00:24:17,164 Seperti diketahui oleh ramai ketua gengster, 387 00:24:17,248 --> 00:24:21,377 sifat pemurah membuatkan polis tamak. 388 00:24:23,796 --> 00:24:25,131 Pada awal tahun 70-an, 389 00:24:25,215 --> 00:24:28,801 Frank Lucas berpindah ke kawasan sunyi di pinggir bandar. 390 00:24:29,302 --> 00:24:34,140 Tapi apabila menjalani kehidupan jenayah, perniagaan pasti mengekori anda. 391 00:24:36,142 --> 00:24:38,436 Frank dikunjungi pelawat tak diingini, 392 00:24:39,229 --> 00:24:43,399 seorang detektif korup NYPD yang dia gelar Babyface. 393 00:24:44,859 --> 00:24:47,946 Dia arahkan Frank bayar $10,000 tunai sebulan. 394 00:24:49,030 --> 00:24:51,699 Atau dia akan tutup terus operasi Frank. 395 00:24:56,996 --> 00:24:58,998 Frank tak ada pilihan. 396 00:24:59,874 --> 00:25:01,000 Jadi, dia bayar. 397 00:25:03,419 --> 00:25:06,756 Tapi sementara Frank berusaha menjauhi Babyface, 398 00:25:07,257 --> 00:25:12,011 ada ancaman yang lebih besar terhadapnya daripada DEA. 399 00:25:13,513 --> 00:25:17,850 Para ejen bekerja tanpa henti untuk mengumpul maklumat operasi Frank. 400 00:25:19,227 --> 00:25:21,646 Apabila pemberi maklumat gengster tampil... 401 00:25:23,898 --> 00:25:25,567 mereka serang habis-habisan. 402 00:25:28,528 --> 00:25:29,820 Saya boleh kata 403 00:25:29,904 --> 00:25:32,740 apabila ejen dan pegawai polis datang menahannya, 404 00:25:32,824 --> 00:25:37,703 isterinya mencampakkan beberapa beg gim ke luar tingkap. 405 00:25:37,787 --> 00:25:42,541 Ada lebih $500,000 tunai, duit kertas kecil. 406 00:25:42,625 --> 00:25:45,127 Ini duit yang dia kumpul 407 00:25:45,211 --> 00:25:48,131 untuk ke Thailand, nak beli 100 kilo heroin. 408 00:25:51,134 --> 00:25:53,136 Malangnya, dia tak sempat ke sana. 409 00:25:56,723 --> 00:26:01,018 Frank dibicarakan atas tuduhan mengedar dadah persekutuan dan negeri. 410 00:26:01,102 --> 00:26:04,981 Dia didapati bersalah dan dihukum penjara 70 tahun. 411 00:26:06,190 --> 00:26:10,903 Tapi ketua utama gengster dadah Harlem itu membuat urus niaga terakhir. 412 00:26:12,322 --> 00:26:15,783 Frank sertai pasukan polis Amerika dan buat keputusan 413 00:26:16,367 --> 00:26:18,577 nak bekerjasama untuk kurangkan tempoh penjara. 414 00:26:18,661 --> 00:26:20,412 Sebagai ahli perniagaan, 415 00:26:20,496 --> 00:26:24,917 untuk dia menjaga dirinya, dia buat keputusan yang betul untuk dirinya. 416 00:26:26,002 --> 00:26:28,755 Walaupun terpaksa mengkhianati adiknya sendiri. 417 00:26:30,256 --> 00:26:31,382 Kita takkan tahu. 418 00:26:31,966 --> 00:26:32,884 Dia naik gila! 419 00:26:33,885 --> 00:26:37,763 Pengkhianatan sebegitu kadangkala sukar dihadapi. 420 00:26:37,847 --> 00:26:39,766 Memang. Kalau orang lain, 421 00:26:40,433 --> 00:26:44,020 kita boleh terima, tapi abang sendiri, ahli keluarga sendiri? 422 00:26:45,104 --> 00:26:46,356 Amat melukakan hati. 423 00:26:47,732 --> 00:26:49,692 Masih sakit hingga ke hari ini. 424 00:26:50,276 --> 00:26:52,945 Apa saya boleh kata? Ia perniagaan. 425 00:26:54,489 --> 00:26:58,242 Kebijaksanaan Frank untuk maksimumkan keuntungan buat dia dapat berjuta, 426 00:26:58,326 --> 00:27:01,537 tapi tempoh kegemilangannya hanya bertahan tujuh tahun. 427 00:27:02,747 --> 00:27:06,458 Jika anda mahu api menyala dengan terang dan lama, 428 00:27:06,542 --> 00:27:09,003 kajilah buku panduan dengan lebih dalam 429 00:27:09,087 --> 00:27:11,464 dan ikuti penjenayah perkasa seterusnya, 430 00:27:12,215 --> 00:27:16,969 ketua kepada ketua gengster Sicily, Salvatore "The Beast" Riina. 431 00:27:17,887 --> 00:27:21,641 Rahsia dia bertahan dalam menguasai dunia penjenayahan 432 00:27:22,975 --> 00:27:25,353 sama sekali tak menghiraukan nyawa manusia. 433 00:27:26,145 --> 00:27:29,732 Anda dah bersedia nak melepaskan kebinatangan dalam diri? 434 00:28:04,892 --> 00:28:06,978 Terjemahan sari kata oleh Yanti Arshad