1 00:00:07,300 --> 00:00:10,803 Buku panduan ini dah tunjuk cara untuk manfaatkan tenaga ketua gengster, 2 00:00:11,304 --> 00:00:12,763 meningkatkan keuntungan 3 00:00:12,847 --> 00:00:16,184 dan bunuh semua orang yang mengancam pemerintahan anda. 4 00:00:18,811 --> 00:00:20,855 Ada sebab ia klasik, 5 00:00:21,564 --> 00:00:24,567 tapi tak semua ketua gengster beri perhatian waktu belajar. 6 00:00:26,069 --> 00:00:29,155 Saya nak cerita tentang orang yang fikir dia lebih arif. 7 00:00:29,989 --> 00:00:30,948 Nama dia? 8 00:00:31,616 --> 00:00:32,909 John Gotti. 9 00:00:33,659 --> 00:00:36,037 John Gotti tak ikut buku panduan. 10 00:00:36,621 --> 00:00:39,373 Tak boleh bercerita. Jangan jalan mendada. 11 00:00:40,124 --> 00:00:44,294 Semasa pemerintahan enam tahun ke atas geng jenayah Gambino New York, 12 00:00:44,378 --> 00:00:47,215 Gotti yang sentiasa tak ikut buku peraturan, 13 00:00:47,799 --> 00:00:51,135 menyebabkan beberapa penangkapan dan pengkhianatan 14 00:00:51,219 --> 00:00:55,347 yang memusnahkannya dan seluruh organisasinya. 15 00:00:55,431 --> 00:00:57,183 John Gotti hancurkan mafia. 16 00:00:58,184 --> 00:01:02,730 Anda tak boleh buat macam John dan berharap selamat. Anda tak boleh. 17 00:01:02,814 --> 00:01:06,567 Bersedia nak belajar perkara yang tak boleh dibuat semasa jadi ketua gengster? 18 00:01:07,068 --> 00:01:09,529 Don Tampan sedia membantu. 19 00:01:15,118 --> 00:01:18,329 JANGAN NAIK KEPALA 20 00:01:19,580 --> 00:01:24,794 Pada zaman kemuncaknya, John Gotti ialah ketua gengster paling dikenali di dunia. 21 00:01:25,419 --> 00:01:28,798 Awak takkan jumpa lelaki macam saya kalau awak hidup sampai 5,000 tahun. 22 00:01:30,133 --> 00:01:34,554 Dengan mengikut gerak hati sendiri dan bukan kearifan buku panduan, 23 00:01:35,138 --> 00:01:39,433 dia merosakkan peluang untuk jadi hebat, hilang hormat rakan sebaya 24 00:01:39,517 --> 00:01:42,270 dan akhirnya mati di dalam penjara. 25 00:01:43,271 --> 00:01:45,856 Ramai orang kagum dengan John Gotti, 26 00:01:45,940 --> 00:01:49,568 cara dia berpakaian, bertindak, sebab mereka bukan gengster. 27 00:01:49,652 --> 00:01:53,656 Sebenarnya, ia perkara paling teruk yang anda boleh buat. 28 00:01:54,532 --> 00:01:58,494 Sebelum sampai ke pilihan salah yang Gotti buat semasa di puncak , 29 00:01:58,578 --> 00:02:01,789 mari beri dia penghargaan sebab berjaya sampai puncak. 30 00:02:02,290 --> 00:02:04,083 Ini cara dia melakukannya. 31 00:02:04,584 --> 00:02:08,253 FAKTA #1, GOTTI TERJEBAK DENGAN GENG GAMBINO SEMASA REMAJA 32 00:02:08,337 --> 00:02:09,964 John Gotti seorang samseng. 33 00:02:10,464 --> 00:02:13,467 Sifatnya hanya sesuai dalam jenayah terancang. 34 00:02:13,551 --> 00:02:16,178 Jadi, dia tertarik kepada satu perkara, 35 00:02:16,262 --> 00:02:18,931 perkara yang membuatkan kepakarannya berbaloi, 36 00:02:19,015 --> 00:02:21,267 kemudian dia berusaha memajukan diri. 37 00:02:21,767 --> 00:02:26,605 Ketua-ketua geng Gambino kagum dengan John Gotti yang masih muda. 38 00:02:26,689 --> 00:02:30,943 Dia bawa untung untuk mereka, bereputasi sebagai seorang yang ganas 39 00:02:31,027 --> 00:02:33,779 dan orang kata, Gotti pandai bercerita. 40 00:02:33,863 --> 00:02:35,906 Dia seorang yang berkarisma. 41 00:02:35,990 --> 00:02:38,492 Dia seorang yang ada kualiti kepimpinan. 42 00:02:38,576 --> 00:02:41,662 FAKTA #2 GOTTI ADA MENTOR YANG AMAT BERKUASA 43 00:02:41,746 --> 00:02:46,416 Aniello Dellacroce, pembantu geng Gambino, 44 00:02:46,500 --> 00:02:48,335 menjadi mentor Gotti. 45 00:02:48,419 --> 00:02:50,838 Dellacroce berasal dari jalanan. 46 00:02:51,672 --> 00:02:54,217 Dia seorang yang Gotti boleh sanjung. 47 00:02:55,259 --> 00:02:59,721 Dellacroce ajar Gotti supaya kuat, tabah 48 00:02:59,805 --> 00:03:01,807 dan jangan beri muka. 49 00:03:01,891 --> 00:03:03,183 Ini bukan tentang diplomasi. 50 00:03:03,267 --> 00:03:05,728 Ini tentang kuasa. 51 00:03:07,313 --> 00:03:11,067 FAKTA #3 GOTTI MELONJAK NAIK 52 00:03:11,817 --> 00:03:15,738 Pada 1973, anak saudara Carlo Gambino diculik. 53 00:03:16,697 --> 00:03:21,160 Suspek utama? Gengster Ireland-Amerika, Jimmy McBratney. 54 00:03:22,078 --> 00:03:24,204 Geng jenayah Gambino memutuskan 55 00:03:24,288 --> 00:03:27,375 orang yang bertanggungjawab menculik mesti dihukum. 56 00:03:27,875 --> 00:03:31,963 Gotti diberi tugas untuk membunuh Jimmy McBratney. 57 00:03:35,258 --> 00:03:37,843 Akhirnya, Gotti mengaku dia yang bunuh 58 00:03:37,927 --> 00:03:39,262 dan dipenjarakan empat tahun. 59 00:03:40,805 --> 00:03:43,140 Selepas dibebaskan, dia boleh dipercayai. 60 00:03:43,224 --> 00:03:46,101 Dia terlibat dalam pembunuhan, jadi dia boleh dilantik. 61 00:03:46,185 --> 00:03:51,273 Gotti kini benar-benar dilantik menjadi ahli mafia, 62 00:03:51,357 --> 00:03:55,528 tapi dia nak jadi ketua dan rancangannya untuk jadi ketua 63 00:03:56,570 --> 00:03:59,781 membuatnya tidak mengikut buku panduan dari awal. 64 00:03:59,865 --> 00:04:03,995 TAKTIK HORMAT HIERARKI 65 00:04:05,538 --> 00:04:08,123 Tak kira organisasi apa yang anda nak pimpin, 66 00:04:08,207 --> 00:04:10,418 anda perlu hormati strukturnya. 67 00:04:11,585 --> 00:04:14,296 Terutamanya Mafia Itali, 68 00:04:14,380 --> 00:04:16,965 juga dikenali sebagai Cosa Nostra. 69 00:04:17,049 --> 00:04:19,301 Anda kena ikut peraturan Cosa Nostra. 70 00:04:19,385 --> 00:04:20,720 Anda tak suka. 71 00:04:21,220 --> 00:04:22,388 Saya tak suka. 72 00:04:22,972 --> 00:04:25,474 Kita kena suka, sebagai satu geng. 73 00:04:26,100 --> 00:04:30,437 Dalam geng ini, semua orang perlu tahu kedudukan mereka. 74 00:04:30,521 --> 00:04:32,732 Dalam Cosa Nostra, ada hierarki. 75 00:04:34,358 --> 00:04:36,193 Di puncak ialah ketua. 76 00:04:36,277 --> 00:04:39,529 Di bawah ketua, ada pembantu. Kemudian ada consigliere . 77 00:04:39,613 --> 00:04:42,157 Iaitu penasihat atau kaunselor. 78 00:04:42,241 --> 00:04:43,575 Kemudian para kapten. 79 00:04:43,659 --> 00:04:45,827 Itu pengurus tahap pertengahan. 80 00:04:45,911 --> 00:04:48,205 Kemudian, ahli mafia yang dilantik. 81 00:04:48,289 --> 00:04:51,291 Selain itu, ada sekutu. Mereka bukan yang dilantik, 82 00:04:51,375 --> 00:04:54,378 tapi bekerja bersama dan menyumbang kepada gengster. 83 00:04:54,462 --> 00:04:56,505 Jika semua orang mempercayainya, 84 00:04:56,589 --> 00:04:59,633 organisasi mungkin akan berfungsi dengan baik. 85 00:04:59,717 --> 00:05:02,761 Tapi apabila anda pejuang jalanan macam John Gotti, 86 00:05:02,845 --> 00:05:07,350 meningkat naik ke pengurusan atasan, mungkin sukar untuk serasi. 87 00:05:08,309 --> 00:05:10,894 Dia cuma mahu seperti yang dia mahu. 88 00:05:10,978 --> 00:05:14,440 Ikut peraturannya saja dan peraturan orang lain tak penting baginya. 89 00:05:17,526 --> 00:05:21,613 Pada pertengahan 1980-an, Paul Castellano ialah ketua geng Gambino. 90 00:05:21,697 --> 00:05:24,533 Puaknya seperti puak kolar putih geng. 91 00:05:24,617 --> 00:05:27,703 Mereka buat duit dengan melakukan jenayah penipuan. 92 00:05:27,787 --> 00:05:31,373 Mereka guna kesatuan buruh dan menggunakan cara yang canggih, 93 00:05:31,457 --> 00:05:32,750 cara kurang ganas. 94 00:05:33,501 --> 00:05:36,503 Hubungan Gotti dengan ketua atasannya rumit, 95 00:05:36,587 --> 00:05:39,465 lebih daripada perbezaan artistik. 96 00:05:40,508 --> 00:05:43,344 Castellano keluarkan edik, "Tiada dadah". 97 00:05:44,261 --> 00:05:46,472 Sesiapa yang edar dadah akan dibunuh. 98 00:05:48,891 --> 00:05:49,933 Sebagai kapten setia, 99 00:05:50,017 --> 00:05:53,729 anda perlu pastikan arahan ketua dipatuhi. 100 00:05:54,897 --> 00:05:56,857 Tapi Gotti tak begitu setia. 101 00:05:57,441 --> 00:06:00,944 Adik Gotti iaitu Gene dan Angelo Ruggiero, kawan baik Gotti, 102 00:06:01,028 --> 00:06:02,822 terperangkap dalam kes heroin. 103 00:06:05,491 --> 00:06:06,826 Itu tak bagus. 104 00:06:08,285 --> 00:06:10,829 Gotti buat keputusan, "Aku kena bertindak dulu. 105 00:06:10,913 --> 00:06:14,291 Kalau aku tak bunuh dia, dia akan bunuh adik dan kawan baik aku. 106 00:06:14,375 --> 00:06:15,876 Mungkin aku pun dibunuh." 107 00:06:16,877 --> 00:06:19,421 Apabila menyasarkan kerabat diraja gengster, 108 00:06:19,505 --> 00:06:21,298 tak boleh bertindak sendirian 109 00:06:21,382 --> 00:06:25,302 dan Cosa Nostra ada peraturan yang sangat ketat. 110 00:06:26,971 --> 00:06:28,347 Dalam Mafia Amerika, 111 00:06:28,431 --> 00:06:32,393 anda tak boleh bunuh ahli yang dilantik dalam geng sendiri 112 00:06:32,977 --> 00:06:35,271 tanpa kebenaran ketua anda. 113 00:06:35,980 --> 00:06:39,232 Anda tak boleh bunuh ahli yang dilantik dalam geng lain 114 00:06:39,316 --> 00:06:43,487 tanpa kebenaran ketua anda dan ketua geng lain. 115 00:06:44,196 --> 00:06:47,533 Kalau anda nak bunuh ketua sendiri, semoga berjaya. 116 00:06:48,033 --> 00:06:50,327 Anda perlukan kelulusan Suruhanjaya. 117 00:06:50,828 --> 00:06:53,289 Iaitu lembaga pengarah mafia. 118 00:06:54,373 --> 00:06:55,416 Peraturannya jelas. 119 00:06:56,000 --> 00:06:59,086 John Gotti perlu pertahankan kesnya melalui saluran yang betul, 120 00:06:59,587 --> 00:07:02,381 tapi dia buat keputusan sebaliknya. 121 00:07:02,465 --> 00:07:04,592 Dia kata, "Buat. Lantak." 122 00:07:07,470 --> 00:07:09,763 Kami tahu kami takkan dapat kebenaran. 123 00:07:09,847 --> 00:07:12,474 Ketua mahu saling menjaga dalam Suruhanjaya, 124 00:07:12,558 --> 00:07:17,104 jadi kami tubuhkan pakatan yang kami namakan Buku Lima. 125 00:07:17,188 --> 00:07:20,941 Kami berlima dan semua setuju. 126 00:07:21,442 --> 00:07:23,360 Ia cuma masa dan tempat. 127 00:07:25,446 --> 00:07:28,991 Kemuncak musim beli-belah di Midtown, Manhattan. 128 00:07:29,825 --> 00:07:33,537 John Gotti dan Sammy Gravano sedang menunggu mangsa mereka. 129 00:07:34,163 --> 00:07:37,166 Paul Castellano dan pembantunya, Tommy Bilotti. 130 00:07:38,292 --> 00:07:39,918 Sammy dapat maklumat, 131 00:07:40,002 --> 00:07:42,546 pegawai atasan Gambino bertemu pukul 5.00 132 00:07:42,630 --> 00:07:44,089 di Sparks Steakhouse. 133 00:07:45,299 --> 00:07:47,051 Saya kata, "Ini bagus." 134 00:07:48,802 --> 00:07:50,053 Kami tahu tempat. 135 00:07:50,137 --> 00:07:51,555 Kami tahu masa. 136 00:07:52,223 --> 00:07:53,933 Kami boleh melakukannya. 137 00:07:58,729 --> 00:08:02,316 Saya beritahu John, "Mereka sedikit lewat. 138 00:08:03,150 --> 00:08:04,527 Entah apa yang jadi." 139 00:08:05,027 --> 00:08:08,656 Semasa saya kata begitu, 1.5 meter daripada saya, 140 00:08:09,406 --> 00:08:11,659 kereta mereka berhenti di lampu isyarat. 141 00:08:12,910 --> 00:08:15,913 Saya beritahu John, "Mereka di sebelah kami." 142 00:08:20,125 --> 00:08:23,254 Mujurlah sasaran mereka tak perasan. 143 00:08:28,133 --> 00:08:31,720 Mereka memaklumkan kepada pembunuh upahan Gotti. 144 00:08:32,930 --> 00:08:34,515 Castellano semakin hampir. 145 00:08:37,476 --> 00:08:40,145 Ketika kereta ketua berhenti ke valet, 146 00:08:41,272 --> 00:08:43,983 pembunuh upahan melaksanakan rancangan Gotti. 147 00:08:54,243 --> 00:08:56,245 Ia rancangan yang baik. 148 00:08:59,540 --> 00:09:01,375 Tiada orang lain yang cedera. 149 00:09:02,501 --> 00:09:05,796 Ada beratus-ratus orang melihat, ada saksi. 150 00:09:11,135 --> 00:09:13,012 "Bagaimana rupanya?" Mereka tak tahu. 151 00:09:13,596 --> 00:09:17,725 Mereka cuma nampak topi, jaket dan orang ditembak. 152 00:09:19,768 --> 00:09:23,105 Dalam beberapa hari, kuasa John Gotti membuahkan hasil. 153 00:09:23,606 --> 00:09:26,442 Dia dinobatkan sebagai ketua baharu geng Gambino. 154 00:09:27,484 --> 00:09:29,111 Jadi, apa masalahnya? 155 00:09:29,737 --> 00:09:33,616 Dia tahu perbuatannya melanggar peraturan. 156 00:09:34,241 --> 00:09:35,075 Itu dah pasti. 157 00:09:35,784 --> 00:09:40,289 Pembunuhan tanpa kebenaran ini menjadikan John Gotti sasaran. 158 00:09:40,914 --> 00:09:44,793 Keesokan harinya, dia keluar. "Sekarang akulah raja." 159 00:09:46,503 --> 00:09:48,047 Pembunuhan menghangatkan keadaan. 160 00:09:49,340 --> 00:09:51,925 Bukan saja terhadap anda, tapi semua orang. 161 00:09:52,009 --> 00:09:54,052 Apabila menjadi terlalu hangat, 162 00:09:54,136 --> 00:09:57,681 buku panduan kita ada cara untuk tenangkan keadaan, 163 00:09:58,682 --> 00:10:00,893 buku panduan yang Gotti akan abaikan 164 00:10:01,560 --> 00:10:02,394 sepenuhnya. 165 00:10:03,937 --> 00:10:08,025 TAKTIK JANGAN CARI PASAL 166 00:10:09,276 --> 00:10:13,321 Sebagai ketua gengster, tumpuan utama tak bagus untuk anda. 167 00:10:13,405 --> 00:10:16,449 Gengster bijak tak mahu perhatian 168 00:10:16,533 --> 00:10:19,035 daripada pihak berkuasa, media, orang awam. 169 00:10:19,119 --> 00:10:21,162 Mereka tahu perbuatan mereka salah 170 00:10:21,246 --> 00:10:23,999 dan perhatian boleh menjejaskan matlamat mereka 171 00:10:24,083 --> 00:10:25,542 iaitu mengaut untung. 172 00:10:25,626 --> 00:10:27,503 Biar saya tunjukkan caranya. 173 00:10:29,922 --> 00:10:32,757 Ketua gengster Florida, Santo Trafikante Junior, 174 00:10:32,841 --> 00:10:37,262 mendapat gelaran "Don Pendiam" kerana gaya hidupnya yang sederhana. 175 00:10:37,346 --> 00:10:40,557 Walaupun dia pemain yang cukup besar di Amerika Syarikat dan Cuba , 176 00:10:41,225 --> 00:10:44,812 dia ditugaskan oleh CIA untuk bunuh Fidel Castro. 177 00:10:45,604 --> 00:10:48,773 Ketua gengster Sicily, Bernardo Provenzano 178 00:10:48,857 --> 00:10:51,943 berjaya mengelak daripada ditangkap selama hampir 40 tahun 179 00:10:52,027 --> 00:10:55,322 dengan mengelak panggilan telefon dan semua komunikasi elektronik. 180 00:10:55,948 --> 00:10:57,324 Dia akan tugaskan leftenannya 181 00:10:57,408 --> 00:11:01,495 dengan menghantar pesanan guna cebisan kertas kecil dipanggil pizzini . 182 00:11:02,287 --> 00:11:05,707 Ketua jenayah Genovese, Vincent "the Chin" Gigante 183 00:11:05,791 --> 00:11:10,879 terpesong daripada aktivitinya dengan berpura-pura demensia selama 30 tahun, 184 00:11:11,505 --> 00:11:14,174 berkeliaran di Kampung Greenwich pakai jubah mandi 185 00:11:14,258 --> 00:11:17,761 sambil mengomel kepada diri sendiri dan meter letak kereta berdekatan. 186 00:11:20,806 --> 00:11:25,769 Selepas pembunuhan Castellano, Gotti ada sebab yang baik untuk sembunyi. 187 00:11:25,853 --> 00:11:29,022 John Gotti digembar-gemburkan di media 188 00:11:29,106 --> 00:11:33,068 sehingga orang yang tak kenal dia di luar kawasan tempatan New York, 189 00:11:33,152 --> 00:11:34,987 dah kenal John Gotti. 190 00:11:36,572 --> 00:11:39,575 Apabila tak mematuhi buku panduan dan bersembunyi, 191 00:11:40,075 --> 00:11:42,786 Gotti melakukan sebaliknya. 192 00:11:43,954 --> 00:11:47,999 John Gotti memutuskan, "Aku kena tunjukkan diri sebagai ketua." 193 00:11:48,083 --> 00:11:52,588 Jadi, perilakunya berubah. Pakaian dan sikapnya berubah. 194 00:11:58,719 --> 00:12:02,806 Dalam beberapa bulan, profil Gotti semakin bertambah 195 00:12:02,890 --> 00:12:05,350 melalui tiga perbicaraan awam pertamanya. 196 00:12:06,602 --> 00:12:09,354 Ini kisah lama yang muncul kembali. 197 00:12:10,814 --> 00:12:12,816 Setahun sebelum dia jadi ketua, 198 00:12:12,900 --> 00:12:16,528 John Gotti cuma kapten biasa Gambino yang cakap berdegar-degar 199 00:12:16,612 --> 00:12:18,363 di bar kegemaran keluarga, 200 00:12:19,239 --> 00:12:21,825 ketika waktu seronoknya terganggu. 201 00:12:26,288 --> 00:12:31,919 Tukang baiki peti sejuk, Romual Piecyk tersekat dan marah. 202 00:12:34,797 --> 00:12:39,510 Tanpa mengenali mereka, dia minta mereka beredar. 203 00:12:41,053 --> 00:12:42,346 Mereka enggan. 204 00:12:46,016 --> 00:12:49,645 Mereka memastikan dia tahu yang dia dilepaskan dengan mudah. 205 00:12:52,523 --> 00:12:55,901 Piecyk terus berjumpa polis. 206 00:12:56,777 --> 00:13:01,031 Ini serangan mengarut. Hampir macam samseng jalanan. 207 00:13:01,615 --> 00:13:05,827 Tapi apabila Gotti menayangkan status ketua gengsternya, 208 00:13:05,911 --> 00:13:08,914 pihak berkuasa tak sabar nak menangkapnya , 209 00:13:09,581 --> 00:13:12,333 sama ada Encik Piecyk suka atau tak. 210 00:13:12,417 --> 00:13:17,088 Dia cuma perlu buka surat khabar dan lihat bahawa ketua geng jenayah terancang 211 00:13:17,172 --> 00:13:20,133 yang terkenal dan kejam di negara ini 212 00:13:20,217 --> 00:13:23,470 merupakan subjek aduannya. 213 00:13:24,137 --> 00:13:27,682 Ketika pendakwa raya memperhalusi kes mereka, John Gotti memastikan 214 00:13:27,766 --> 00:13:31,520 Piecyk dan keluarganya juga mendapat perhatian tambahan. 215 00:13:33,146 --> 00:13:35,857 Gotti tak beri arahan untuk cederakan dia. 216 00:13:35,941 --> 00:13:38,151 Gotti cuma nak buat dia pergi. 217 00:13:39,778 --> 00:13:41,571 Di dalam bilik perbicaraan, 218 00:13:41,655 --> 00:13:44,700 Gotti dan peguamnya menunggu prosiding bermula, 219 00:13:45,325 --> 00:13:47,119 tapi Piecyk tak muncul-muncul. 220 00:13:47,744 --> 00:13:50,038 Dia aturkan pembedahan elektif. 221 00:13:50,539 --> 00:13:52,791 Ia melengahkan perkara yang tak dapat dielakkan. 222 00:13:54,626 --> 00:13:59,423 Tapi apabila Piecyk jadi saksi, dia tak ingat apa-apa. 223 00:14:01,592 --> 00:14:05,553 Jika saya kata ini En. Gotti dan ini En. Colletta, 224 00:14:05,637 --> 00:14:07,556 mereka serang dan rompak saya... 225 00:14:08,348 --> 00:14:09,266 Saya tak pasti. 226 00:14:10,058 --> 00:14:11,602 Hakim menolak kes tersebut 227 00:14:12,352 --> 00:14:15,731 menyebabkan makin banyak tajuk berita tentang Gotti yang terlepas. 228 00:14:20,277 --> 00:14:21,486 Memang itu sifatnya, 229 00:14:21,570 --> 00:14:25,032 Gotti salah belajar semasa berdepan dengan keadilan. 230 00:14:26,325 --> 00:14:27,700 Itu satu contoh, 231 00:14:27,784 --> 00:14:30,746 "Menjadi selebriti memberi kelebihan kepada aku. 232 00:14:31,538 --> 00:14:32,497 Tengok dia ini. 233 00:14:32,998 --> 00:14:35,500 Aku tak perlu buat apa-apa. Dia terlupa." 234 00:14:36,209 --> 00:14:39,546 Tapi apabila anda terus membakar buku panduan, 235 00:14:40,297 --> 00:14:42,674 jangan harap boleh terlepas semudah itu. 236 00:14:43,175 --> 00:14:45,635 Jika anda nak berlagak di luar sana, 237 00:14:45,719 --> 00:14:48,221 anda akan memalukan pihak berkuasa. 238 00:14:48,889 --> 00:14:50,307 Usaha terpaksa digandakan. 239 00:14:51,433 --> 00:14:56,062 Walaupun begitu, anda masih boleh mematuhi buku panduan dengan menggunakan otak 240 00:14:56,146 --> 00:14:59,066 dan pastikan ia tak terlalu angkuh. 241 00:15:01,652 --> 00:15:05,405 TAKTIK PERIKSA EGO 242 00:15:06,531 --> 00:15:09,826 Sepanjang sejarah, keangkuhan yang melampau 243 00:15:10,410 --> 00:15:13,413 menjadi kejatuhan ramai tokoh berkuasa. 244 00:15:15,415 --> 00:15:16,791 Satu yang boleh berlaku 245 00:15:16,875 --> 00:15:21,254 apabila seseorang jadi angkuh, mereka buat silap. 246 00:15:22,422 --> 00:15:24,173 Sebab mereka bertindak 247 00:15:24,257 --> 00:15:27,761 bawah kepercayaan salah kononnya mereka kebal. 248 00:15:28,428 --> 00:15:29,929 Pada pertengahan 1980-an, 249 00:15:30,013 --> 00:15:33,225 John Gotti semakin menghampiri kegagalan, 250 00:15:33,725 --> 00:15:35,394 sama ada dia tahu atau tak. 251 00:15:37,813 --> 00:15:40,315 John Gotti seorang narsisis ego 252 00:15:40,399 --> 00:15:45,445 yang nampaknya seronok dengan perhatian daripada pihak media 253 00:15:45,529 --> 00:15:48,698 dan orang awam. Lagi dia dapat, lagi dia nak. 254 00:15:48,782 --> 00:15:50,491 Dia digelar Don Tampan. 255 00:15:50,575 --> 00:15:51,784 Si Don Tampan. 256 00:15:51,868 --> 00:15:54,079 Si Don Tampan iaitu John Gotti. 257 00:15:55,622 --> 00:16:00,585 Sesiapa yang menggelarnya Don Tampan patut datang jumpa dia. 258 00:16:00,669 --> 00:16:04,923 Dia sanggup bayar wartawan itu 100,000 dolar untuk gelaran itu. 259 00:16:05,007 --> 00:16:07,300 Dia suka gelaran itu. Maksud saya, 260 00:16:07,801 --> 00:16:09,553 benda itu memang benar. 261 00:16:10,887 --> 00:16:12,805 Dia akan dandan rambutnya, 262 00:16:12,889 --> 00:16:15,350 dia akan minta tukang gunting rambut datang ke kelab, 263 00:16:15,434 --> 00:16:18,478 mereka gunting rambutnya dan menggigil ketika menggunting. 264 00:16:18,979 --> 00:16:22,441 Dia ada cita rasa yang bagus. 265 00:16:22,941 --> 00:16:26,069 Dia nak rambutnya sempurna. 266 00:16:26,153 --> 00:16:28,821 Dia menunjuk-nunjuk di depan kamera. 267 00:16:28,905 --> 00:16:33,994 Dia jadikan dirinya selebriti, menjadi tokoh "muka depan tabloid". 268 00:16:36,663 --> 00:16:40,751 Ego Gotti yang tak terkawal buat dia ditimpa masalah yang lebih teruk. 269 00:16:41,251 --> 00:16:43,711 Gotti memindahkan ibu pejabatnya 270 00:16:43,795 --> 00:16:47,924 dari Kelab Bergin Hunt and Fish di Queens ke Ravenite, 271 00:16:48,008 --> 00:16:52,929 dan ini rumah pusaka geng jenayah Gambino 272 00:16:53,013 --> 00:16:54,806 di Little Itali, Lower Manhattan. 273 00:16:54,890 --> 00:16:58,017 Ia satu kemajuan, jelas sekali. Sekarang Manhattan. 274 00:16:58,101 --> 00:17:00,228 Bukan di Queens, sekarang di bandar. 275 00:17:02,355 --> 00:17:05,358 Mereka perlu datang ke sana untuk berjumpa Gotti. 276 00:17:05,442 --> 00:17:07,152 FBI ambil gambar di luar. 277 00:17:08,445 --> 00:17:09,905 Baguskah? Itu tak bagus. 278 00:17:10,697 --> 00:17:14,451 Dia mendedahkan seluruh mafia. 279 00:17:15,118 --> 00:17:17,120 Kumpulan rahsia. 280 00:17:19,414 --> 00:17:20,832 Bagaimana perasaan 281 00:17:20,916 --> 00:17:23,502 ketua-ketua geng mafia yang lain? 282 00:17:24,252 --> 00:17:28,131 Mereka terkejut Gotti membawa dirinya dengan cara ranggi ini, 283 00:17:28,215 --> 00:17:31,468 menarik semua perhatian kepada dirinya dan geng. 284 00:17:32,344 --> 00:17:34,554 Mereka akan berbuat sesuatu 285 00:17:36,098 --> 00:17:37,223 dengan meminjam teknik 286 00:17:37,307 --> 00:17:39,893 daripada sepupu jenayah di Itali. 287 00:17:40,727 --> 00:17:45,148 Suruhanjaya mengupah gengster Sicily untuk membunuh Gotti. 288 00:17:47,317 --> 00:17:48,943 Bom kereta meletup hari ini 289 00:17:49,027 --> 00:17:51,863 di sebuah kejiranan Brooklyn yang sunyi. 290 00:17:52,531 --> 00:17:54,950 Tapi rancangan tidak menjadi. 291 00:17:56,326 --> 00:17:58,119 Gengster Sicily 292 00:17:58,203 --> 00:17:59,579 cuai. 293 00:18:00,247 --> 00:18:01,289 Seorang terbunuh, 294 00:18:01,373 --> 00:18:05,293 Frank DeCicco, 58 tahun, digambarkan sebagai leftenan kepada John Gotti. 295 00:18:06,128 --> 00:18:08,004 Mereka letak bom pada kereta yang salah. 296 00:18:09,047 --> 00:18:12,008 Jika bukan sebab kesilapan kecil pengendali, 297 00:18:12,092 --> 00:18:14,719 ego Gotti pasti meragut nyawanya. 298 00:18:15,262 --> 00:18:17,305 Anda mungkin tak berapa bertuah. 299 00:18:20,642 --> 00:18:22,894 Tapi tuah Don Tampan 300 00:18:22,978 --> 00:18:24,396 bakal berdepan masalah. 301 00:18:29,651 --> 00:18:31,486 Bagi ketua gengster yang rajin belajar, 302 00:18:31,570 --> 00:18:35,740 tinggal di penjara hanya kesusahan sementara. 303 00:18:36,908 --> 00:18:41,746 Jadi, lebih baik berpegang teguh pada buku panduan berbanding John Gotti. 304 00:18:42,330 --> 00:18:46,376 TAKTIK KEKAL BERHUBUNG 305 00:18:46,960 --> 00:18:49,754 Ada masanya dalam kerjaya setiap ketua gengster 306 00:18:49,838 --> 00:18:52,257 apabila anda perlu bekerja dari jauh. 307 00:18:52,924 --> 00:18:56,303 Untuk menjalani kehidupan ini, anda kena sanggup masuk penjara, 308 00:18:56,803 --> 00:18:58,889 kerana anda pasti tertangkap. 309 00:18:59,890 --> 00:19:04,352 Jadi, pastikan masa anda produktif dalam tahanan kerajaan. 310 00:19:04,436 --> 00:19:06,229 Setiap kali ketua gengster dipenjarakan 311 00:19:06,313 --> 00:19:09,524 mereka akan buat yang terbaik untuk berfungsi dari dalam penjara. 312 00:19:09,608 --> 00:19:12,735 Tapi pergelutannya memastikan ada keuntungan untuk mengawal geng 313 00:19:12,819 --> 00:19:15,197 apabila anda tiada kebebasan individu. 314 00:19:16,448 --> 00:19:19,659 Pengendali operator penjara ini tak terlepas satu pun. 315 00:19:22,662 --> 00:19:24,288 Semasa di penjara, 316 00:19:24,372 --> 00:19:28,168 Pablo Escobar terus menjalankan semua aspek operasi jenayahnya. 317 00:19:29,127 --> 00:19:32,213 Apabila dia tahu panggilan telefonnya dipantau, 318 00:19:32,297 --> 00:19:34,883 dia mula menggunakan burung merpati. 319 00:19:36,718 --> 00:19:39,387 Semasa menjalani 26 hukuman seumur hidup, 320 00:19:39,471 --> 00:19:43,934 Salvatore Riina berjaya mengarahkan penculikan budak 13 tahun 321 00:19:44,517 --> 00:19:47,687 untuk menghalang ayahnya mendedahkan rahsia mafia. 322 00:19:47,771 --> 00:19:50,940 Apabila rancangan itu gagal, dia bunuh budak itu 323 00:19:51,024 --> 00:19:53,068 dan mayatnya larut di dalam asid. 324 00:19:54,361 --> 00:19:57,488 Bagi meneruskan operasinya di penjara, 325 00:19:57,572 --> 00:20:00,783 ketua kartel Sinaloa, Joaquin "El Chapo" Guzman, 326 00:20:00,867 --> 00:20:03,954 membuat kebanyakan sistem penjara bekerja dengannya. 327 00:20:04,537 --> 00:20:07,415 Pengawal yang baik turut membantunya menyeludup wang, 328 00:20:07,499 --> 00:20:08,666 pelacur, 329 00:20:08,750 --> 00:20:09,709 Viagra 330 00:20:10,252 --> 00:20:13,380 dan filem terkini agar penginapannya lebih seronok. 331 00:20:17,217 --> 00:20:19,803 Kes serangan Piecyk sudah berlalu, 332 00:20:20,470 --> 00:20:24,015 tapi kini John Gotti di penjara menunggu perbicaraan kedua. 333 00:20:24,516 --> 00:20:27,143 Kali ini atas tuduhan RICO persekutuan. 334 00:20:27,227 --> 00:20:30,062 RICO ialah undang-undang paling teruk. 335 00:20:30,146 --> 00:20:33,733 Akta kegiatan haram dan organisasi korup 336 00:20:33,817 --> 00:20:37,195 dan ia undang-undang menyeluruh. Sukar untuk membela. 337 00:20:37,779 --> 00:20:39,739 Alasan untuk orang kalah. 338 00:20:39,823 --> 00:20:41,783 Anda masih ada urusan nak dibuat. 339 00:20:42,492 --> 00:20:45,704 Itu memerlukan ketegasan dan penilaian yang sempurna. 340 00:20:46,371 --> 00:20:48,498 Ahli mafia bukan orang terbaik di dunia. 341 00:20:49,249 --> 00:20:50,917 Ramai ada agenda sendiri. 342 00:20:51,668 --> 00:20:54,879 Apabila ketua mendengar, mereka boleh bawa apa-apa saja 343 00:20:55,547 --> 00:20:56,631 dan itu masalah. 344 00:20:58,550 --> 00:21:00,551 Untuk kekal berhubung di penjara, 345 00:21:00,635 --> 00:21:03,430 Gotti bergantung pada sekumpulan kecil leftenan. 346 00:21:04,014 --> 00:21:07,851 Utusan paling dipercayainya ialah Angelo "Quack Quack" Ruggiero 347 00:21:08,518 --> 00:21:11,229 yang terkenal dengan jalan itiknya dan banyak cakap. 348 00:21:12,522 --> 00:21:14,983 Angelo jumpa Gotti dengan berita penting 349 00:21:15,984 --> 00:21:18,986 iaitu seorang lagi kapten, Robert "DiB" DiBernardo, 350 00:21:19,070 --> 00:21:22,365 bapa ayam yang tak dapat dipertikaikan, 351 00:21:22,449 --> 00:21:25,284 bercakap buruk tentang ketua. 352 00:21:25,368 --> 00:21:27,286 Anda pastinya seorang yang bodoh 353 00:21:27,370 --> 00:21:29,914 untuk bercakap tentang ketua di belakangnya. 354 00:21:30,498 --> 00:21:34,961 Dia ada kuasa mutlak ke atas hidup anda, sama ada anda hidup atau mati. 355 00:21:35,545 --> 00:21:39,632 Gotti dah tak larat dengar. DiB perlu dihapuskan. 356 00:21:41,551 --> 00:21:46,514 Di rumah, Quack Quack menghubungi Sammy Gravano untuk sampaikan arahan. 357 00:21:48,725 --> 00:21:52,937 Sammy ajak DiB ke pejabatnya untuk bincang tentang projek pembinaan. 358 00:21:54,314 --> 00:21:59,235 Sebaik saja DiB tiba, Sammy minta rakannya membawakan secawan kopi. 359 00:22:01,071 --> 00:22:02,197 Ia satu isyarat. 360 00:22:03,448 --> 00:22:07,911 Dengan itu, kematian bapa ayam itu datang terlalu awal. 361 00:22:11,539 --> 00:22:14,084 Selalunya pembunuhan gengster dihadapi dengan tenang, 362 00:22:14,793 --> 00:22:16,419 tapi kali ini berbeza. 363 00:22:16,503 --> 00:22:19,505 Pembunuhan ini tak sepatutnya diarahkan. DiB lelaki baik. 364 00:22:19,589 --> 00:22:21,924 Dia dapat banyak duit, dia berjaya 365 00:22:22,008 --> 00:22:23,468 dan dia disukai ramai. 366 00:22:24,302 --> 00:22:26,721 Kenapa dia dibunuh? Apa yang dia buat? 367 00:22:27,555 --> 00:22:30,975 Tak lama kemudian, Sammy Gravano jumpa jawapannya. 368 00:22:31,476 --> 00:22:36,731 Sebelum Angelo reka cerita tentang DiB bercakap di belakang John, 369 00:22:36,815 --> 00:22:39,234 telah meminjam 250,000 daripada DiB. 370 00:22:39,818 --> 00:22:42,112 Apabila DiB dibunuh, hutang itu lupus. 371 00:22:42,946 --> 00:22:44,948 DiB tak pernah bercakap di belakang John. 372 00:22:46,741 --> 00:22:50,328 Perkara itu buat saya marah. Dia kawan yang baik. 373 00:22:51,413 --> 00:22:52,997 Itu kehidupan yang berbahaya. 374 00:22:53,081 --> 00:22:54,582 Pertelingkahan dicipta... 375 00:22:56,584 --> 00:22:59,503 dan rasa curiga timbul apabila perkara begitu berlaku. 376 00:22:59,587 --> 00:23:03,382 Sekarang orang sendiri mempersoalkannya dan risau tentang diri mereka. 377 00:23:03,466 --> 00:23:05,343 Biasalah. "Selepas ini aku?" 378 00:23:06,469 --> 00:23:09,389 Itulah yang berlaku apabila hilang fokus. 379 00:23:10,140 --> 00:23:13,517 Kru yang penuh dengan pembunuh, meragui kepimpinan anda. 380 00:23:13,601 --> 00:23:17,021 Namun, kesilapan paling teruk Gotti tetap berlaku, 381 00:23:17,647 --> 00:23:21,234 gagal mematuhi rukun paling asas buku panduan. 382 00:23:22,610 --> 00:23:26,656 TAKTIK TUTUP MULUT 383 00:23:27,949 --> 00:23:30,493 Kod dalam Mafia Amerika ialah diam. 384 00:23:30,577 --> 00:23:32,495 Jangan cakap tentang pembunuhan. 385 00:23:32,579 --> 00:23:36,499 Jangan bercakap di telefon, di dalam bangunan dan di dalam kereta. 386 00:23:36,583 --> 00:23:38,626 Semuanya tentang tutup mulut. 387 00:23:40,044 --> 00:23:43,631 Mafia menggelar kod ini Omerta. 388 00:23:45,925 --> 00:23:47,885 Apabila bersumpah dengan Omerta, 389 00:23:47,969 --> 00:23:51,138 anda bersumpah tak mengaku kehidupan jenayah wujud 390 00:23:51,222 --> 00:23:53,516 dan takkan mengkhianatinya. Itu sumpahnya. 391 00:23:53,600 --> 00:23:55,643 Aku dah kata aku tak tahu apa-apa... 392 00:23:56,436 --> 00:24:02,441 Bagi mafia, memungkiri Omerta sama seperti mengkhianati geng sendiri. 393 00:24:02,525 --> 00:24:04,152 Semua yang anda tahu dan suka. 394 00:24:05,236 --> 00:24:10,200 Tapi John Gotti sendiri tak pandai menutup mulut. 395 00:24:10,867 --> 00:24:13,536 Walaupun semasa dibicarakan dalam kes RICO. 396 00:24:14,037 --> 00:24:18,791 Dia ke mahkamah keesokan harinya. Dia angkuh, senyum, melambai. 397 00:24:19,626 --> 00:24:21,461 Dia tahu dia takkan dipenjarakan. 398 00:24:22,045 --> 00:24:23,838 Dia mula menetapkan kemungkinan. 399 00:24:23,922 --> 00:24:26,966 "Aku bertaruh tiga lawan satu, aku menang kes ini atau kes itu," 400 00:24:27,050 --> 00:24:28,718 tahu akan sampai kepada juri. 401 00:24:29,594 --> 00:24:30,803 Dia betul. 402 00:24:31,846 --> 00:24:35,975 Orang yang mereka kata ketua geng mafia paling berkuasa di negara ini 403 00:24:36,059 --> 00:24:39,353 didapati tak bersalah atas tuduhan kegiatan haram dan konspirasi. 404 00:24:39,437 --> 00:24:43,983 Dengan setiap pembebasan, legenda Teflon Don semakin hebat. 405 00:24:44,692 --> 00:24:49,447 Dia mula ajak orang menghadiri perbicaraannya. Bintang filem. 406 00:24:54,410 --> 00:24:57,121 Ia semakin terkenal. Ia mengesahkannya. 407 00:24:58,039 --> 00:25:02,001 Kerajaan jadi bingung apabila John Gotti ialah lelaki tak bersalah 408 00:25:02,085 --> 00:25:04,336 yang bekerja untuk syarikat paip. 409 00:25:04,420 --> 00:25:07,507 Mereka tak suka dia sebab dia dikenali ramai. 410 00:25:08,800 --> 00:25:13,221 Kerajaan mencemburi dia sebab dia menang. 411 00:25:13,930 --> 00:25:15,390 Dendam tetap dendam. 412 00:25:15,890 --> 00:25:17,600 Tak kira dari mana ia datang. 413 00:25:17,684 --> 00:25:19,894 Datang dari pihak baik atau jahat, 414 00:25:19,978 --> 00:25:22,230 akhirnya, mereka akan tangkap anda. 415 00:25:22,814 --> 00:25:25,483 Bunyi seperti masa yang sesuai untuk tenangkan keadaan, 416 00:25:25,984 --> 00:25:29,737 tapi bukan John Gotti namanya, bukan? 417 00:25:32,156 --> 00:25:36,702 Gotti bebas bercakap dengan ramai ahli, 418 00:25:36,786 --> 00:25:40,290 ketua geng jenayah Gambino, tentang aktiviti jenayah mereka. 419 00:25:41,541 --> 00:25:44,960 Dia cakap tentang struktur Costa Nostra, pembunuhan silam, 420 00:25:45,044 --> 00:25:47,046 orang yang dia rancang nak bunuh. 421 00:25:47,797 --> 00:25:51,426 FBI berjaya pasang peranti di apartmen Gotti adakan mesyuarat. 422 00:25:52,385 --> 00:25:54,596 Dia anggap apartmen itu selamat, 423 00:25:55,430 --> 00:25:56,556 tapi tidak. 424 00:25:58,182 --> 00:26:00,643 Jika dia berhenti dan guna akal, 425 00:26:00,727 --> 00:26:03,354 dia akan kata, "Aku betul-betul ambil risiko. 426 00:26:04,856 --> 00:26:06,441 Aku akan hilang kuasa 427 00:26:07,358 --> 00:26:09,736 dan akan buat seluruh geng hancur." 428 00:26:10,778 --> 00:26:13,906 Apabila ada rakan kongsi tak setuju, kami bunuh dia. 429 00:26:14,449 --> 00:26:16,492 Kau beritahu ketua dan ketua bunuh mereka. 430 00:26:16,576 --> 00:26:22,874 Kau beritahu dia, aku, John Gotti akan penggal kepala dia. Sial! 431 00:26:24,375 --> 00:26:27,336 Disebabkan intipan yang meluas dan pengawasan lain, 432 00:26:27,420 --> 00:26:30,381 FBI dan pendakwa raya dapat kumpul bukti yang cukup 433 00:26:30,465 --> 00:26:35,177 untuk dakwa John Gotti, Sammy the Bull dan Consiglier Frank LoCascio 434 00:26:35,261 --> 00:26:36,554 atas tuduhan RICO. 435 00:26:37,096 --> 00:26:39,307 Sekarang, mereka kena selesaikan. 436 00:26:40,475 --> 00:26:42,685 Pada 11 Disember 1990, 437 00:26:42,769 --> 00:26:44,562 ejen FBI nampak Gotti, Gravano 438 00:26:44,646 --> 00:26:48,483 dan ahli Gambino lain tiba untuk mesyuarat di Ravenite. 439 00:26:49,609 --> 00:26:51,944 Mereka terjah mengharapkan pertarungan, 440 00:26:52,862 --> 00:26:55,657 sebaliknya disambut dengan baik. 441 00:26:56,949 --> 00:26:58,909 Gotti tak risau. 442 00:26:58,993 --> 00:27:01,204 Dia memang Teflon Don. 443 00:27:02,664 --> 00:27:06,668 Selepas menikmati minuman enak, Gotti dicekup. 444 00:27:07,293 --> 00:27:09,504 Dia yakin akan kembali tak lama lagi, 445 00:27:10,338 --> 00:27:12,131 sehinggalah seorang ejen kata, 446 00:27:12,632 --> 00:27:15,426 "Awak tak patut banyak cakap di apartmen itu." 447 00:27:18,221 --> 00:27:21,557 Tentu dia sedar yang dia ditimpa masalah besar. 448 00:27:22,183 --> 00:27:26,145 Dia tahu dia buat silap. 449 00:27:26,229 --> 00:27:30,357 Setelah melanggar kod mafia paling suci, 450 00:27:30,441 --> 00:27:34,445 mulut tempayan Gotti akan membawa kepada perubahan karma terakhir. 451 00:27:35,655 --> 00:27:39,033 John Gotti mengkritik Gravano dalam intipan. 452 00:27:39,575 --> 00:27:44,246 Dia risau Gravano terlalu berkuasa, terlalu berwibawa, 453 00:27:44,330 --> 00:27:48,125 menonjolkan dirinya dengan cara yang lebih daripada Gotti suka. 454 00:27:48,209 --> 00:27:51,795 Gravano nampak Gotti sebagai pembelot hambar. 455 00:27:51,879 --> 00:27:53,005 Dia tak membelot, 456 00:27:53,089 --> 00:27:55,633 tapi jika ada orang mendengar, dia membelot. 457 00:27:57,093 --> 00:28:01,305 Tak perlu kata John Gotti membelot, tapi itu tindakan belot. 458 00:28:02,056 --> 00:28:03,391 Saya patah hati. 459 00:28:03,975 --> 00:28:05,935 Hubungan kami rapat. 460 00:28:06,519 --> 00:28:08,979 Kami berperang, ambil alih geng. 461 00:28:09,063 --> 00:28:10,398 Orang dibunuh. 462 00:28:10,982 --> 00:28:12,650 Saya bunuh orang untuk awak. 463 00:28:13,484 --> 00:28:15,653 Saya tipu kes untuk awak. 464 00:28:15,737 --> 00:28:19,239 Saya kata, "Pergi jahanam mafia. Pergi jahanam John Gotti." 465 00:28:19,323 --> 00:28:24,036 Saya hubungi kerajaan untuk mengubah sokongan. 466 00:28:24,120 --> 00:28:27,164 Saya takkan taat setia kepada dia atau mafia. 467 00:28:27,248 --> 00:28:29,459 Bagi saya, kod itu hilang. 468 00:28:29,959 --> 00:28:31,753 Hilang. Dah tamat. 469 00:28:33,880 --> 00:28:35,631 Disebabkan testimoni Sammy, 470 00:28:36,466 --> 00:28:40,094 John Gotti akhirnya menerima padah kerana tak ikut peraturan 471 00:28:40,178 --> 00:28:41,429 dan naik kepala. 472 00:28:42,847 --> 00:28:44,390 Akhirnya pihak berkuasa berjaya. 473 00:28:44,474 --> 00:28:47,976 Mereka tumpaskan ketua Mafia Amerika yang paling terkenal selepas Al Capone. 474 00:28:48,060 --> 00:28:49,520 GOTTI BERSALAH MEMBUNUH 475 00:28:49,604 --> 00:28:52,648 Tuduhan membunuh, berjudi dan kegiatan haram akhirnya menjerat 476 00:28:52,732 --> 00:28:55,359 John Gotti yang ranggi. 477 00:28:56,068 --> 00:28:59,905 Akhirnya, Gotti dapat perhatian yang dia mahukan. 478 00:28:59,989 --> 00:29:02,199 Dia lelaki yang terbaik. 479 00:29:02,283 --> 00:29:05,577 - Bagaimana dengan orang yang dia bunuh? - Bunuh apa? 480 00:29:05,661 --> 00:29:09,499 John Gotti mewakili rasa kecewa rakyat terhadap kerajaan. 481 00:29:10,291 --> 00:29:12,376 Kerajaan sentiasa menyusahkan anda. 482 00:29:13,085 --> 00:29:15,546 John Gotti pula menentang kerajaan. 483 00:29:16,380 --> 00:29:19,758 Tapi ganjaran Don Tampan kerana bertindak mengikut caranya 484 00:29:19,842 --> 00:29:22,803 ialah pemerintahan yang hanya bertahan enam tahun 485 00:29:22,887 --> 00:29:25,723 dan kematian sepi di penjara akibat kanser tekak. 486 00:29:26,224 --> 00:29:30,186 Pada dasarnya, Gotti ialah contoh untuk jangan jadi ketua gengster. 487 00:29:31,938 --> 00:29:33,230 Jika nak kemasyhuran, 488 00:29:33,314 --> 00:29:36,108 jadilah pelakon atau apa saja anda nak jadi, 489 00:29:36,818 --> 00:29:38,527 jangan jadi ketua gengster. 490 00:29:38,611 --> 00:29:41,989 UNTUK DISEWA 491 00:29:42,824 --> 00:29:46,702 Anda dah nampak jalan salah untuk bina kerjaya penjenayah, 492 00:29:47,203 --> 00:29:49,455 mari fokus semula kepada jalan yang betul. 493 00:29:52,124 --> 00:29:55,043 Bab seterusnya akan tunjuk cara disiplin yang berterusan 494 00:29:55,127 --> 00:29:58,338 dan keutamaan yang betul buat anda dapat kekalkan kuasa 495 00:29:58,422 --> 00:30:01,008 dan kebebasan untuk tempoh lama. 496 00:30:02,343 --> 00:30:05,304 Tiada orang yang menangani cabaran ini sekreatif 497 00:30:05,388 --> 00:30:08,891 ketua gengster Boston paling legenda, Whitey Bulger, 498 00:30:09,600 --> 00:30:13,729 sikap teliti kepada perincian yang tak berhati perut buat dia terkenal, 499 00:30:13,813 --> 00:30:17,942 kemudian terus lenyap buat selama-lamanya. 500 00:30:54,395 --> 00:30:56,355 Terjemahan sari kata oleh Yanti Arshad