1 00:00:46,043 --> 00:00:48,834 Awak rasa anjing ada nama untuk kita? 2 00:00:48,918 --> 00:00:50,418 Wah. 3 00:00:50,501 --> 00:00:53,293 Adakah itu yang mereka sebut? Nama kita? 4 00:00:53,376 --> 00:00:55,168 Nama sebenar kita? 5 00:00:57,918 --> 00:00:59,543 Tak apa. Saya tak nak. 6 00:01:00,251 --> 00:01:01,126 Terima kasih. 7 00:01:24,501 --> 00:01:27,751 POTONGAN 10% BUKA 8 00:01:31,334 --> 00:01:35,334 …budak 10 tahun dipercayai memiliki bar Hershey terakhir di Bumi. 9 00:01:59,501 --> 00:02:01,001 Saya nak pindah ikut mak. 10 00:02:02,709 --> 00:02:03,626 Sekejap. 11 00:02:03,709 --> 00:02:04,793 Mak kamu? 12 00:02:06,626 --> 00:02:09,001 Steven, kamu tahu di mana mak kamu? 13 00:02:09,084 --> 00:02:11,043 Kamu tahu mak kamu di mana? 14 00:02:12,168 --> 00:02:14,501 Steven! 15 00:02:16,001 --> 00:02:17,751 Hari ini hari apa? 16 00:02:21,334 --> 00:02:22,168 Sekejap, ayah… 17 00:02:23,793 --> 00:02:25,084 Ayah tak faham. 18 00:02:25,168 --> 00:02:27,751 - Mak kamu tak kisah? - Dia yang suruh. 19 00:02:28,418 --> 00:02:31,418 Sekejap, jadi dia akan datang ke sini? 20 00:02:31,501 --> 00:02:33,418 Tak, saya akan pergi jumpa dia. 21 00:02:34,043 --> 00:02:34,959 Bagaimana? 22 00:02:35,043 --> 00:02:37,084 Saya tak tahu. Naik bas? 23 00:02:37,168 --> 00:02:38,293 Naik bas? 24 00:02:38,376 --> 00:02:40,126 Kamu tak boleh pergi ke sana… 25 00:02:41,043 --> 00:02:42,418 Mak kamu ada di mana? 26 00:02:43,709 --> 00:02:45,251 - Kanada. - Kanada? 27 00:02:45,334 --> 00:02:46,959 Dia ada di Kanada? 28 00:02:47,043 --> 00:02:48,501 Apa yang ada di Kanada? 29 00:02:49,543 --> 00:02:50,751 Sebab lelakikah? 30 00:02:50,834 --> 00:02:52,626 Tak apalah. Ayah tak nak tahu. 31 00:02:53,709 --> 00:02:56,126 Jangan ke Kanada naik bas bersendirian. 32 00:02:56,209 --> 00:02:58,584 - Kamu masih budak. - Bukan susah pun. 33 00:02:59,084 --> 00:03:00,751 Kamu benci tinggal di sini? 34 00:03:00,834 --> 00:03:02,543 Apa yang seronoknya? 35 00:03:02,626 --> 00:03:03,918 Manalah ayah tahu. 36 00:03:04,001 --> 00:03:07,459 Rumah kamu, ayah kamu, bilik kamu. 37 00:03:07,543 --> 00:03:10,084 Budak yang pernah bermalam di sini sekali? 38 00:03:10,168 --> 00:03:13,501 Budak yang ada alahan? Seluruh dunia kamu ada di sini. 39 00:03:13,584 --> 00:03:16,126 Sekarang, Kanada akan menjadi dunia saya. 40 00:03:19,876 --> 00:03:23,918 Jika itu kamu mahu, ayah takkan halang, tapi ayah akan hantar kamu. 41 00:03:24,001 --> 00:03:26,876 - Muktamad! - Baiklah. 42 00:03:27,459 --> 00:03:28,959 Macam tak percaya. 43 00:03:29,043 --> 00:03:30,543 Dah fikir masak-masak? 44 00:03:32,626 --> 00:03:35,418 Baiklah. Ayah akan siapkan bekal sandwic. 45 00:03:44,584 --> 00:03:46,918 …cuaca dikatakan puncanya. 46 00:03:49,459 --> 00:03:51,959 …kelewatan dalam usaha menyelamatkan… 47 00:03:52,918 --> 00:03:54,584 …masih terkandas di laut. 48 00:03:54,668 --> 00:03:56,459 KECEMASAN 49 00:04:00,376 --> 00:04:03,543 Kapten itu nampak macam lelaki yang baik. 50 00:04:03,626 --> 00:04:05,126 Saya tak faham. 51 00:04:05,209 --> 00:04:07,209 Mungkin dia sudah bertekad. 52 00:04:08,251 --> 00:04:10,126 - Apa dia? - Pastri Danish. 53 00:04:10,709 --> 00:04:12,251 Saya benci pastri Danish. 54 00:04:12,334 --> 00:04:15,168 Awak perlu makan. Makanan lain pula dah basi. 55 00:04:15,251 --> 00:04:16,376 Ia terlalu manis. 56 00:04:16,459 --> 00:04:19,668 Michael, boleh tak awak pujuk dia? 57 00:04:19,751 --> 00:04:21,751 Ayuh, mari kita bahagikannya. 58 00:04:23,043 --> 00:04:26,334 Tergamak cef itu lari selepas kita ditinggalkan oleh… 59 00:04:26,418 --> 00:04:29,918 - Oh, Tuhan! Lihat! - Itu Pengawal Pantai! Kita selamat! 60 00:04:36,709 --> 00:04:39,043 Saya tak rasa itu Pengawal Pantai. 61 00:04:45,376 --> 00:04:47,709 - Panjat naik! - Tangkap mereka! 62 00:04:47,793 --> 00:04:51,126 Pelayaran itu buat mereka lembab dan terlalu leka. 63 00:04:51,209 --> 00:04:53,709 Wah, ada gelongsor air! 64 00:05:08,668 --> 00:05:09,501 Steven? 65 00:05:10,251 --> 00:05:13,501 Pertimbangkanlah semula tindakan kamu, okey? 66 00:05:14,334 --> 00:05:15,918 Ini keputusan besar, nak. 67 00:05:16,001 --> 00:05:19,209 Kalau dah naik kereta dan jalan, tak boleh patah balik. 68 00:05:20,126 --> 00:05:23,876 Jadi, fikirkan tentang ikatan yang kamu dah bina di sini, 69 00:05:23,959 --> 00:05:25,459 di rumah kita. 70 00:05:25,543 --> 00:05:29,084 Sebaik saja kamu pergi, ikatan itu akan terputus selamanya. 71 00:05:30,084 --> 00:05:32,168 Ayah faham jika kamu keliru. 72 00:05:32,251 --> 00:05:33,793 Ayah pernah muda. 73 00:05:33,876 --> 00:05:35,959 Ayah, lamanya bersiap. 74 00:05:36,043 --> 00:05:37,876 - Ingatkan… - Jadi hantar tak? 75 00:05:37,959 --> 00:05:39,751 Ya. Maaf. 76 00:05:41,543 --> 00:05:44,543 BERBAKI 5 BULAN, 7 HARI 77 00:05:44,626 --> 00:05:46,668 Baiklah. Jadi kita nak ke mana? 78 00:05:47,626 --> 00:05:49,293 Air Terjun Niagara. 79 00:05:49,876 --> 00:05:51,543 Air Terjun Niagara. 80 00:05:54,168 --> 00:05:56,293 Ayah ingat kita boleh… Okey. 81 00:05:58,209 --> 00:05:59,084 Okey. 82 00:06:00,209 --> 00:06:01,251 Baiklah. 83 00:06:01,334 --> 00:06:04,793 Air Terjun Niagara, kami datang. 84 00:06:19,043 --> 00:06:20,168 Steven? 85 00:06:20,251 --> 00:06:24,793 Apabila kamu jumpa mak kamu, ayah nak kamu beri dia ini, okey? 86 00:06:26,209 --> 00:06:27,126 Tolonglah. 87 00:06:44,959 --> 00:06:46,334 - Nampak tak? - Apa? 88 00:06:46,418 --> 00:06:47,376 Biarawati! 89 00:06:48,584 --> 00:06:50,043 Mereka baru saja lalu. 90 00:06:54,001 --> 00:06:54,834 Hei. 91 00:06:56,668 --> 00:06:58,584 Steven. 92 00:06:59,543 --> 00:07:00,376 Steven! 93 00:07:02,334 --> 00:07:03,418 Borak dengan ayah. 94 00:07:04,293 --> 00:07:06,168 - Apa? - Borak dengan ayah. 95 00:07:06,251 --> 00:07:07,293 Tentang apa? 96 00:07:07,376 --> 00:07:09,709 Entah. Boraklah tentang apa-apa saja. 97 00:07:10,918 --> 00:07:12,251 Tentang gadis? 98 00:07:13,168 --> 00:07:14,793 Hei! 99 00:07:14,876 --> 00:07:16,793 Borak dengan ayah. Tak bosankah? 100 00:07:16,876 --> 00:07:17,709 Tidak. 101 00:07:17,793 --> 00:07:19,168 Okey, kalau begitu… 102 00:07:20,751 --> 00:07:23,043 - Kamu dengar apa? - Muzik. 103 00:07:23,126 --> 00:07:25,876 - Tapi muzik jenis apa? - Ayah takkan suka. 104 00:07:25,959 --> 00:07:27,834 Biar ayah dengar. 105 00:07:31,376 --> 00:07:33,001 Ya, ayah tak suka. 106 00:07:33,084 --> 00:07:34,709 Apa kata kita borak saja? 107 00:07:34,793 --> 00:07:36,209 Dia nak borak pula. 108 00:07:37,626 --> 00:07:39,418 Ini juga sukar buat ayah. 109 00:07:40,251 --> 00:07:44,168 Ayah rasa cukup terbeban. Semua ini tak sepatutnya berlaku. 110 00:07:44,251 --> 00:07:47,001 Tambahan pula sebagai seorang ayah, 111 00:07:47,501 --> 00:07:49,126 macam-macam boleh jadi. 112 00:07:50,334 --> 00:07:51,168 Steven! 113 00:07:52,834 --> 00:07:54,709 - Steven! - Apa? 114 00:07:54,793 --> 00:07:57,376 - Kamu dengar tak ayah cakap? - Apa? 115 00:07:57,459 --> 00:07:59,168 Dengar apa ayah cakap tadi? 116 00:07:59,251 --> 00:08:00,793 Tidak. Apa ayah cakap? 117 00:08:00,876 --> 00:08:04,418 Ayah bercakap tentang bagaimana 118 00:08:04,501 --> 00:08:06,168 sukarnya kehidupan. 119 00:08:06,251 --> 00:08:08,418 Sukarnya jadi ayah kamu dan hidup. 120 00:08:09,459 --> 00:08:11,418 Bunyinya elok jika tak diulang. 121 00:08:14,959 --> 00:08:16,793 Ayah hampir namakan kamu Henry. 122 00:08:16,876 --> 00:08:17,751 Apa? 123 00:08:17,834 --> 00:08:19,543 Ayah teringin nak jadi Henry. 124 00:08:20,293 --> 00:08:22,459 Mungkin hidup ayah jadi lebih mudah. 125 00:08:22,543 --> 00:08:23,709 Hidup kita berdua. 126 00:08:27,918 --> 00:08:31,084 Ibu kamu seorang yang hebat, tapi dia tinggalkan kita. 127 00:08:31,168 --> 00:08:35,626 Lari macam pencuri pada waktu malam. Kamu rasa dia takkan ulanginya? 128 00:08:35,709 --> 00:08:37,001 Dia takkan ulanginya. 129 00:08:37,084 --> 00:08:38,126 Mana kamu tahu? 130 00:08:38,209 --> 00:08:39,501 Dia bahagia sekarang. 131 00:08:39,584 --> 00:08:40,709 Yakah? 132 00:08:40,793 --> 00:08:44,709 Ya. Berat dia turun lima kilo, dia ada anjing bernama Murphy Brown, 133 00:08:44,793 --> 00:08:47,168 dan hasilkan arca logam besar di hutan. 134 00:08:47,251 --> 00:08:48,793 Dia hasilkan arca? 135 00:08:49,959 --> 00:08:51,084 Arca apa? 136 00:08:51,168 --> 00:08:53,626 Saya tak tahu. Arcanya abstrak. 137 00:08:53,709 --> 00:08:55,793 Daripada cacing kerawit? 138 00:08:57,626 --> 00:08:59,168 Cacing kerawit. 139 00:09:00,334 --> 00:09:03,543 Baguslah kalau begitu. Dia memang orang yang kreatif. 140 00:09:04,209 --> 00:09:06,376 Dia boleh buat di rumah, tapi… 141 00:09:09,043 --> 00:09:10,293 Baguslah. 142 00:09:11,751 --> 00:09:14,209 Ayah takkan tinggalkan kamu. 143 00:09:14,293 --> 00:09:16,001 Percayalah. Takkan sesekali. 144 00:09:16,084 --> 00:09:18,293 Ingatkan ayah takkan tinggalkan sofa. 145 00:09:18,376 --> 00:09:20,543 Hei, janganlah cakap begitu. 146 00:09:21,084 --> 00:09:24,584 Ayah, selepas berminggu, ini kali pertama ayah pakai seluar. 147 00:09:24,668 --> 00:09:26,376 Apa kaitannya? 148 00:09:26,459 --> 00:09:29,543 Seluar ayah bukan masalahnya, tapi mak kamu. 149 00:09:30,543 --> 00:09:33,043 - Apa yang kamu cari? - Sandwic. 150 00:09:33,126 --> 00:09:34,251 Ayah tak… 151 00:09:35,084 --> 00:09:36,418 Roti habis. 152 00:09:38,293 --> 00:09:40,251 Kita berhenti dan beli sesuatu. 153 00:10:11,584 --> 00:10:12,709 MINUMAN 154 00:10:14,626 --> 00:10:15,793 Apa yang ada? 155 00:10:15,876 --> 00:10:19,168 Keropok, air soda, snek campuran. 156 00:10:19,251 --> 00:10:20,293 Letak balik. 157 00:10:20,959 --> 00:10:23,043 Kerepek pisang dan kacang? 158 00:10:23,126 --> 00:10:24,668 Dengar sini. 159 00:10:24,751 --> 00:10:26,709 Ini tak sedap. Okey? 160 00:10:26,793 --> 00:10:28,168 Snek asal nampak, beli. 161 00:10:28,251 --> 00:10:30,668 Campurannya juga tak ngam. Tidak. 162 00:10:30,751 --> 00:10:33,626 Keluarga kita buat snek campuran sendiri. 163 00:10:34,626 --> 00:10:38,334 - Ayah, saya tak makan dari beg sampah. - Percayalah. Ia bersih. 164 00:10:39,834 --> 00:10:42,501 Campuran yang bagus berlandaskan sains. 165 00:10:42,584 --> 00:10:44,334 Ia tiada bahan sampah begitu. 166 00:10:44,418 --> 00:10:47,293 Campuran yang baik bermula dengan asas yang baik. 167 00:10:47,376 --> 00:10:51,918 Ayah selalu ikut gaya campuran Chicago. Karamel dan bertih jagung Cheddar. 168 00:10:52,001 --> 00:10:55,709 Secukup rasa, manis dan savuri. 169 00:10:57,751 --> 00:11:02,668 Bertih jagung asas yang sedap, tapi sekali suap, mahu sebukit. 170 00:11:02,751 --> 00:11:05,376 jadi kena ada faktor mengurangkan lahap. 171 00:11:05,459 --> 00:11:08,418 Kurangkan laju, sesuatu yang rangup. 172 00:11:08,501 --> 00:11:11,668 Jagung bakar, Combos, wafer. 173 00:11:11,751 --> 00:11:13,543 Takkah macam banyak sangat? 174 00:11:13,626 --> 00:11:15,251 Alahai, anak ayah! 175 00:11:16,584 --> 00:11:18,834 Kita baru saja bermula. 176 00:11:19,751 --> 00:11:22,168 Selesai bahan rangup, tambah bahan kenyal 177 00:11:22,251 --> 00:11:25,334 contohnya gula-gula beruang atau apa-apa yang kenyal. 178 00:11:25,418 --> 00:11:27,459 Ikan, cacing, masam sebagainya. 179 00:11:27,543 --> 00:11:28,543 Okey. 180 00:11:28,626 --> 00:11:32,834 Jadi, sekarang kita ada yang kenyal rangup dan cair perlahan-lahan. 181 00:11:32,918 --> 00:11:34,668 Amatur campur begitu saja. 182 00:11:34,751 --> 00:11:37,084 Orang takkan buat sebab plastik sampah. 183 00:11:37,168 --> 00:11:42,876 Steven, ayah cuba ajar kamu perbezaan antara campuran yang sedap dan hebat. 184 00:11:43,793 --> 00:11:47,084 Ayah, gayanya macam ayah membuang makanan. 185 00:11:47,668 --> 00:11:49,751 Kamu rasa apa ayah buat di sofa? 186 00:11:50,334 --> 00:11:53,084 - Menangis? - Bukan cuma menangis. 187 00:11:53,709 --> 00:11:56,209 - Memekak? - Okey, ya. 188 00:11:56,293 --> 00:12:00,793 Tapi ayah juga telah sempurnakan resipi ini. 189 00:12:00,876 --> 00:12:01,959 Percayalah. 190 00:12:02,043 --> 00:12:05,043 Kita ada rasa manis, masam dan masin, 191 00:12:05,126 --> 00:12:08,043 tapi kita lupa dua profil perisa penting. 192 00:12:08,126 --> 00:12:10,751 Perisa pahit dan umami. 193 00:12:10,834 --> 00:12:13,418 Untuk pahit, ayah suka coklat gelap. 194 00:12:13,501 --> 00:12:17,376 Untuk umami, ayah akan pilih Doritos. 195 00:12:18,834 --> 00:12:20,459 Hancurkan untuk ayah, nak. 196 00:12:23,334 --> 00:12:26,043 Ayuh, jangan malu. Lebih halus, lebih baik. 197 00:12:28,168 --> 00:12:31,334 Sekarang, kita goncang. 198 00:12:35,168 --> 00:12:37,251 SENYUM ANDA DIRAKAM KAMERA 199 00:12:37,334 --> 00:12:38,959 Ayah nampak gilalah. 200 00:12:39,043 --> 00:12:42,751 Percayalah. Ini satu-satunya cara untuk menyebatikan perisanya. 201 00:12:44,793 --> 00:12:45,626 Okey. 202 00:12:46,251 --> 00:12:48,918 Sekarang, kita rasa. 203 00:12:52,043 --> 00:12:55,043 - Rasanya boleh tahan sedap. - Nampak tak? 204 00:12:55,126 --> 00:12:59,501 Dalam menggabungkan perisa, tiada yang terlalu masin atau manis. 205 00:12:59,584 --> 00:13:01,834 Tiada yang kurang mahupun terlebih. 206 00:13:02,418 --> 00:13:04,001 Kita takkan jatuh sakit? 207 00:13:04,084 --> 00:13:05,584 Kita akan jatuh sakit. 208 00:13:05,668 --> 00:13:08,168 Tapi campuran ini tak bahayakan orang muda. 209 00:13:08,251 --> 00:13:10,709 Paling utama, perisa. Sakit belakang kira. 210 00:13:11,668 --> 00:13:14,334 - Tahu apa yang ngam dengannya? - Apa? 211 00:13:14,418 --> 00:13:15,668 Soda batu campur. 212 00:13:16,834 --> 00:13:18,543 Datang sudah idea dia. 213 00:13:29,793 --> 00:13:30,626 Oh, Tuhan! 214 00:13:30,709 --> 00:13:32,626 Habislah kita. 215 00:13:37,376 --> 00:13:41,168 Sekalipun kamu dapat wang tebusan, apa gunanya? 216 00:13:41,251 --> 00:13:42,876 Dah berbulan duit tak laku. 217 00:13:42,959 --> 00:13:45,001 Kami tak berminat dengan wang. 218 00:13:45,084 --> 00:13:46,418 Jadi, apa kamu mahu? 219 00:13:48,834 --> 00:13:52,418 Kehidupan lanun penuh dengan pancaroba. 220 00:13:53,918 --> 00:13:57,084 Ia kehidupan yang kejam dan memeritkan. 221 00:14:00,918 --> 00:14:06,251 Kami rampas daripada orang lain apa yang telah dirampas daripada kami. 222 00:14:10,959 --> 00:14:14,918 Planet ini dilimpahi kekayaan dan barang berharga. 223 00:14:24,918 --> 00:14:26,501 Tapi sekarang… 224 00:14:26,584 --> 00:14:30,918 Kami rampas apa yang telah hilang daripada kehidupan kami di laut. 225 00:14:32,959 --> 00:14:37,626 Santai, istirahat, keseronokan di bawah sang suria. 226 00:14:39,626 --> 00:14:42,793 Minuman gelas besar yang terselit potongan buah. 227 00:14:42,876 --> 00:14:44,251 Ada yang berwarna biru. 228 00:14:44,959 --> 00:14:49,668 Kehidupan lanun tidak memberi kami nikmat sebegitu, 229 00:14:49,751 --> 00:14:52,126 jadi sekarang, kami merampasnya. 230 00:14:53,751 --> 00:14:58,626 Detik keamanan dan kebahagiaan daripada kehidupan yang kami tak pernah nikmati. 231 00:15:06,876 --> 00:15:10,793 Bagi seorang lanun, ini perkara paling berharga. 232 00:15:11,793 --> 00:15:13,584 Saat bahagia. 233 00:15:14,251 --> 00:15:15,543 Pertandingan Limbo. 234 00:15:16,418 --> 00:15:18,168 Pancutan coklat. 235 00:15:18,251 --> 00:15:19,626 Percutian. 236 00:15:21,168 --> 00:15:26,501 Sebab itu kami rampas kapal kamu agar kami belajar erti ketenangan. 237 00:15:26,584 --> 00:15:28,293 Sebelum terlambat. 238 00:15:29,043 --> 00:15:31,043 Jika begitu, lepaskanlah kami. 239 00:15:31,126 --> 00:15:35,043 Kamu boleh nikmati pelayaran dan tiada sesiapa kisah, betul tak? 240 00:15:35,126 --> 00:15:37,209 - Apa salahnya? - Betul. 241 00:15:37,293 --> 00:15:40,084 - Kamu semua patut sertai kami. - Terlalu ramai. 242 00:15:40,668 --> 00:15:43,293 - Apa? - Kolam renang penuh. 243 00:15:43,376 --> 00:15:45,251 Gelongsor air panjang barisnya. 244 00:15:45,334 --> 00:15:47,251 Itu pastinya tak menyeronokkan. 245 00:15:48,084 --> 00:15:49,751 Berundur! Gerak! 246 00:15:50,334 --> 00:15:52,584 Tak salah mencuba. 247 00:16:00,001 --> 00:16:01,334 Hebat, bukan? 248 00:16:01,418 --> 00:16:03,626 Ayah suka jalan terbuka. 249 00:16:03,709 --> 00:16:06,918 Dua lorong yang boleh membawa kita ke mana-mana. 250 00:16:07,418 --> 00:16:11,168 Kalau boleh ke mana-mana sekarang, kamu nak pergi ke mana? 251 00:16:12,543 --> 00:16:13,918 Air Terjun Niagara. 252 00:16:15,543 --> 00:16:17,084 Ya. Mak kamu. 253 00:16:17,626 --> 00:16:21,751 Itulah kuasa jalan raya. Kadangkala kita lupa destinasi kita. 254 00:16:22,418 --> 00:16:23,543 Air Terjun Niagara. 255 00:16:26,543 --> 00:16:29,418 Ayah ada kemahiran lain selain membuat snek. 256 00:16:30,126 --> 00:16:33,043 Ayah boleh turunkan banyak benda kepada kamu. 257 00:16:33,584 --> 00:16:38,626 Cara lipat cadar, seterika seluar slek, 258 00:16:38,709 --> 00:16:41,501 cara tukar tayar, atau goreng telur. 259 00:16:41,584 --> 00:16:45,293 Ayah juga tahu ikatan Windsor dan pantang larang bicara walimah. 260 00:16:45,376 --> 00:16:47,418 Cara menghentikan pergaduhan. 261 00:16:48,334 --> 00:16:51,293 Apa lagi? Ayah pandai lukis itik. 262 00:16:51,376 --> 00:16:54,918 Ayah pernah pasang almari tanpa membaca arahan pemasangan. 263 00:16:55,001 --> 00:16:56,084 Pokok pangkalnya, 264 00:16:57,084 --> 00:17:02,376 jika kamu perlu belajar semua itu, kamu boleh telefon ayah. 265 00:17:03,751 --> 00:17:04,751 Baik, ayah. 266 00:17:07,626 --> 00:17:11,334 Jalan terus bak penari kulit Hitam itu 267 00:17:11,418 --> 00:17:15,168 Lelaki itu pernah beritahu Kita kena buka langkah 268 00:17:15,251 --> 00:17:19,084 Kadangkala peluang jadi sia-sia saja 269 00:17:19,168 --> 00:17:23,459 Jika kita tak rebut dan gunakannya 270 00:17:33,334 --> 00:17:37,084 Saya curi vodka dari kabinet arak! 271 00:17:37,168 --> 00:17:39,626 Begitulah! Biar angin bawa ia pergi. 272 00:17:39,709 --> 00:17:43,584 Saya curi duit dari dompet ayah dan tiru tandatangan ayah! 273 00:17:46,584 --> 00:17:50,001 Jalan terus Aku hentikan pertaruhan 274 00:17:50,084 --> 00:17:54,209 Jalan terus bak penari kulit Hitam itu 275 00:17:54,293 --> 00:17:58,168 Bersama Lebih kurang begitulah 276 00:17:58,251 --> 00:18:02,668 Jalan terus saja 277 00:18:05,543 --> 00:18:07,251 AIR TERJUN NIAGARA 415 BATU 278 00:18:13,376 --> 00:18:15,126 Ayah masih cintakan mak? 279 00:18:16,751 --> 00:18:19,293 Ya. Dia cinta pertama ayah. 280 00:18:21,334 --> 00:18:23,126 Ayah bukan cinta pertama dia. 281 00:18:24,043 --> 00:18:25,584 Andai kamu tertanya-tanya. 282 00:18:25,668 --> 00:18:26,543 Tak pun. 283 00:18:30,793 --> 00:18:32,751 Saya beritahu Margaret. 284 00:18:32,834 --> 00:18:35,751 Asal tahu apa-apa, Margaret beritahu Stephanie. 285 00:18:35,834 --> 00:18:39,376 Stephanie kawan Amanda, dan mereka selalu ke rumah Charlotte. 286 00:18:39,459 --> 00:18:43,418 Dua minggu lepas, teka siapa ada dengan mereka di sana? Lucy! 287 00:18:43,501 --> 00:18:46,834 Lucy kawan baik dengan Tiffany yang saya tak kenal pun. 288 00:18:46,918 --> 00:18:51,751 Tiffany kenal Kate dari sekolah Ibrani, Kate kenal Hillary, Hillary jumpa Jennifer 289 00:18:51,834 --> 00:18:53,793 dan Jennifer, si mulut tempayan, 290 00:18:53,876 --> 00:18:57,293 dan Louise beritahu dia yang dia fikir saya elok. 291 00:18:57,376 --> 00:18:59,793 Tapi tak cukup elok untuk dicium, 292 00:18:59,876 --> 00:19:01,251 atau jadi teman lelaki. 293 00:19:02,251 --> 00:19:03,876 Panjang ceritanya. 294 00:19:03,959 --> 00:19:06,459 - Mana satu yang kamu suka? - Louise, ayah! 295 00:19:07,418 --> 00:19:08,918 Terima kasih hantar saya. 296 00:19:09,001 --> 00:19:11,001 Tak sangka jauh tempatnya. 297 00:19:11,084 --> 00:19:12,334 Tak ada hal. 298 00:19:12,418 --> 00:19:15,293 Jangan risau. Sekejap lagi sampailah kita. 299 00:19:15,376 --> 00:19:16,209 Baguslah. 300 00:19:38,376 --> 00:19:40,043 Patutkah kita hubungi Carol? 301 00:19:40,126 --> 00:19:43,876 - Kita dah ucap selamat tinggal, sayang. - Saya rindu dia. 302 00:19:43,959 --> 00:19:45,751 Saya rindu Elena. 303 00:19:45,834 --> 00:19:47,584 Kita akan hadapinya bersama. 304 00:19:47,668 --> 00:19:49,959 Maaf, cinta kamu… 305 00:19:50,584 --> 00:19:52,126 Ia sesuatu yang indah. 306 00:19:53,209 --> 00:19:54,251 Terima kasih. 307 00:19:54,334 --> 00:19:56,626 Kamu mencari orang keempat tak… 308 00:20:04,751 --> 00:20:05,959 - Michael! - Michael! 309 00:20:08,334 --> 00:20:09,501 - Pauline! - Pauline! 310 00:20:13,584 --> 00:20:14,793 - Bernard! - Bernard! 311 00:20:23,459 --> 00:20:25,376 Kami rampas semula kapal kami. 312 00:20:33,543 --> 00:20:34,626 Itu pun mereka. 313 00:20:35,334 --> 00:20:38,501 Hei! Ini kapal kami! Kamu perlu pergi. 314 00:20:40,668 --> 00:20:42,959 - Apa dia cakap? - Tiga lelaki jatuh! 315 00:20:43,043 --> 00:20:44,876 Mereka cuba tarik naik. 316 00:20:49,251 --> 00:20:50,668 Mereka lemas! 317 00:20:50,751 --> 00:20:52,834 Kuat lagi! 318 00:20:53,668 --> 00:20:54,501 Ayuh! 319 00:20:58,876 --> 00:20:59,709 Tarik! 320 00:21:02,168 --> 00:21:03,168 Sekali lagi! 321 00:21:06,084 --> 00:21:10,084 Saya selalu tertanya-tanya apa rasanya menyelamatkan nyawa seseorang. 322 00:21:10,168 --> 00:21:11,834 Agak mengujakan. 323 00:21:11,918 --> 00:21:12,834 Ya! 324 00:21:12,918 --> 00:21:13,834 Tarik! 325 00:21:26,959 --> 00:21:28,501 Bawa saya ke anjungan. 326 00:21:30,334 --> 00:21:32,459 Apa kata kita cuba patah balik? 327 00:21:32,543 --> 00:21:35,251 Ia terlalu laju dan kita terlalu perlahan. 328 00:21:35,334 --> 00:21:36,543 Apa kita nak buat? 329 00:21:36,626 --> 00:21:38,126 - Kita naik. - Naik? 330 00:21:38,834 --> 00:21:40,001 Naik. 331 00:21:57,418 --> 00:21:59,043 Kita takkan selamat. 332 00:21:59,751 --> 00:22:00,834 Oh, Tuhan. 333 00:22:01,876 --> 00:22:03,293 Kita takkan berjaya. 334 00:22:03,376 --> 00:22:04,501 Tak apa. 335 00:22:05,209 --> 00:22:08,209 Walaupun gagal, kita tetap bersama. 336 00:22:09,084 --> 00:22:11,376 Saya cintakan awak, sayang. 337 00:22:11,459 --> 00:22:13,376 Saya amat cintakan kamu berdua. 338 00:22:31,043 --> 00:22:34,626 Ya! Kita masih hidup! 339 00:22:35,501 --> 00:22:36,751 Syukurlah. 340 00:22:37,376 --> 00:22:40,001 KAWASAN REHAT 341 00:22:45,959 --> 00:22:47,293 Bagaimana perut kamu? 342 00:22:47,376 --> 00:22:49,584 Baik-baik saja. Ayah? 343 00:22:49,668 --> 00:22:53,376 Terus-terang ayah cakap, ada sebab kita tidur di kawasan rehat. 344 00:22:54,251 --> 00:22:56,501 Ayah, menjijikkan sungguh. 345 00:23:00,168 --> 00:23:02,543 Lebih seronok daripada naik bas sendiri? 346 00:23:03,126 --> 00:23:04,918 Ya. Ini lebih seronok. 347 00:23:05,001 --> 00:23:07,459 Baiklah, masa untuk tidur. 348 00:23:07,543 --> 00:23:08,418 Sedia? 349 00:23:09,668 --> 00:23:10,501 Ya. 350 00:23:11,293 --> 00:23:12,501 Selamat malam. 351 00:23:12,584 --> 00:23:13,418 Selamat malam. 352 00:23:38,209 --> 00:23:40,834 Ke hadapan Brooke, semasa mula menulis ini, 353 00:23:40,918 --> 00:23:44,001 saya terfikir segala cara untuk menangi awak semula. 354 00:23:46,126 --> 00:23:50,668 Bagaimana saya buat badan jadi berotot dan belajar pandu pesawat. 355 00:23:50,751 --> 00:23:52,626 Tapi semua itu tak benar. 356 00:23:53,251 --> 00:23:59,043 Brooke, awak wanita paling bijak, baik dan cantik yang saya pernah kenal. 357 00:23:59,126 --> 00:24:01,793 Tanpa awak, kehidupan saya jadi sangat lain. 358 00:24:03,626 --> 00:24:06,418 Tapi itu bukan tujuan surat ini. 359 00:24:08,043 --> 00:24:11,293 Saya asyik terkenang semasa awak beritahu awak hamil. 360 00:24:11,793 --> 00:24:16,126 Saya ingat saya rasa amat panik. Saya ingat saya akan mati. 361 00:24:17,209 --> 00:24:21,293 Kemudian kita dapat tahu ia anak lelaki dan semua itu hilang. 362 00:24:22,209 --> 00:24:25,668 Ketika itu, saya tahu saya bukan cuma dapat anak lelaki, 363 00:24:25,751 --> 00:24:28,709 tapi mungkin kawan baik baharu. 364 00:24:29,334 --> 00:24:31,626 Jadi, apabila Steven mahu pergi, 365 00:24:31,709 --> 00:24:35,459 saya tersentap dan macam biasa, cakap macam-macam perkara bodoh. 366 00:24:36,293 --> 00:24:38,668 Aduh, saya rasa cukup tak berguna. 367 00:24:39,459 --> 00:24:42,543 Berpisah dengan dia akan menyeksa saya selamanya. 368 00:24:43,209 --> 00:24:47,834 Anak saya satu-satunya kebahagiaan saya. Dia cinta, kebanggaan, dan kawan saya. 369 00:24:48,501 --> 00:24:50,709 Dia satu-satunya harta saya, 370 00:24:51,334 --> 00:24:53,959 dan saya tak boleh hidup tanpa dia. 371 00:24:55,501 --> 00:24:57,709 Kami akan naik kereta sekarang. 372 00:24:58,584 --> 00:25:02,501 Mungkin saya akan meronda sambil cuba lengahkan masa dan pujuk dia. 373 00:25:02,584 --> 00:25:04,793 Jangan marah kalau kami sampai lewat. 374 00:25:06,418 --> 00:25:08,168 Tapi apa saja yang awak buat, 375 00:25:08,251 --> 00:25:12,376 pastikan awak beri dia bulan terakhir terbaik dalam hidupnya. 376 00:25:13,209 --> 00:25:14,668 Dia berhak menikmatinya. 377 00:25:15,918 --> 00:25:17,709 Salam sayang, Eric. 378 00:25:24,084 --> 00:25:26,126 Hei! Kenapa? 379 00:25:27,626 --> 00:25:30,418 Alamak. Kamu tak sepatutnya… 380 00:25:30,501 --> 00:25:31,626 Maafkan saya. 381 00:25:31,709 --> 00:25:33,626 Apa? Tak apa. 382 00:25:33,709 --> 00:25:35,209 Ayah, saya tipu. 383 00:25:35,293 --> 00:25:37,168 Saya tak tahu mak di mana. 384 00:25:37,251 --> 00:25:39,251 Saya tahu ayah nak jumpa dia, 385 00:25:39,959 --> 00:25:41,501 dan ayah sangat… 386 00:25:42,751 --> 00:25:44,084 Jadi, saya… 387 00:25:47,126 --> 00:25:48,084 Ayah tak marah? 388 00:25:48,751 --> 00:25:53,001 Kenapa ayah nak marah? Ini hari paling bahagia dalam hidup ayah. 389 00:25:53,084 --> 00:25:54,709 Macam tak percaya. 390 00:25:54,793 --> 00:25:56,293 Kamu takkan pergi! 391 00:25:56,376 --> 00:26:00,418 Lagipun, cara kamu buat hal, memang begitulah cara ayah akan buat. 392 00:26:00,501 --> 00:26:02,084 Ayah cukup bangga. 393 00:26:03,584 --> 00:26:05,668 Ayah, sakitlah. 394 00:26:05,751 --> 00:26:06,751 Tolonglah. 395 00:26:07,334 --> 00:26:08,584 Biar ayah nikmatinya. 396 00:26:09,168 --> 00:26:10,168 Okey. 397 00:26:15,709 --> 00:26:20,626 KAWASAN REHAT 398 00:26:22,751 --> 00:26:24,251 Terima kasih hantar kami. 399 00:26:24,334 --> 00:26:26,834 Tanpa kamu, entah bagaimana nasib kami. 400 00:26:26,918 --> 00:26:28,418 Maaf fasal kapal kamu. 401 00:26:28,501 --> 00:26:30,709 Seronok dapat kembali ke darat. 402 00:26:30,793 --> 00:26:32,543 Jadi, apa selepas ini? 403 00:26:32,626 --> 00:26:33,918 Kembara jalan raya 404 00:26:35,126 --> 00:26:36,501 menelusuri Amerika. 405 00:26:37,626 --> 00:26:39,418 Untuk Grand Canyon, 406 00:26:39,501 --> 00:26:42,834 kamu boleh pilih antara Lingkaran Utara dan Selatan. 407 00:26:42,918 --> 00:26:45,209 Saya syorkan Lingkaran Utara. 408 00:26:45,793 --> 00:26:46,709 Semoga berjaya. 409 00:26:47,293 --> 00:26:48,334 Semoga berjaya. 410 00:26:50,043 --> 00:26:52,209 Okey, kita nak ke mana sekarang? 411 00:26:54,126 --> 00:26:56,876 Mana-mana pun boleh. Grand Canyon, Alamo… 412 00:26:58,168 --> 00:27:00,293 Apa kata pergi Air Terjun Niagara? 413 00:27:00,376 --> 00:27:01,251 Yakah? 414 00:27:02,334 --> 00:27:04,251 Jom pergi ke Air Terjun Niagara. 415 00:27:05,626 --> 00:27:06,876 Beres! 416 00:27:13,376 --> 00:27:14,209 Ayuh! 417 00:27:15,459 --> 00:27:17,459 Ya! 418 00:27:17,543 --> 00:27:18,834 Grand Canyon! 419 00:27:18,918 --> 00:27:22,501 70 BARAT GRAND CANYON - 345 BATU 420 00:27:40,501 --> 00:27:42,626 Terjemahan sari kata oleh Jentayu