1 00:00:12,251 --> 00:00:13,709 Sinar tak berpenghujung! 2 00:00:14,584 --> 00:00:16,168 Ombak tak berpenghujung. 3 00:00:19,709 --> 00:00:23,376 Aku lupa siapa diri aku sebelum memijak papan luncur. 4 00:00:24,626 --> 00:00:27,459 Deruan ombak membawa orang itu pergi. 5 00:00:30,001 --> 00:00:33,293 Apabila meluncur, otak kita kosong. 6 00:00:34,084 --> 00:00:37,334 Ombak bebas membawa kita ke mana-mana yang kita nak. 7 00:00:38,001 --> 00:00:39,918 Kita bebas menjadi diri sendiri. 8 00:00:42,168 --> 00:00:44,334 Untuk mencari ombak yang sempurna. 9 00:00:45,876 --> 00:00:49,418 Diselubungi dan didakapi air laut. 10 00:00:49,501 --> 00:00:51,584 Itulah diri aku. 11 00:00:51,668 --> 00:00:54,293 Apabila kita keluar ke sisi lain, 12 00:00:54,376 --> 00:00:55,959 kita menjadi orang baharu. 13 00:00:56,793 --> 00:00:58,376 Orang baharu sepenuhnya. 14 00:01:04,376 --> 00:01:06,959 Kelapa lebih manis di bawah sang suria. 15 00:01:34,043 --> 00:01:39,418 CAROL KOHL DALAM… 16 00:01:47,709 --> 00:01:53,459 PENGULIT AIR MASIN PENGEMBARAAN LUNCUR AIR 17 00:01:53,543 --> 00:01:57,501 Manusia telah meluncur di Kapali sejak Zaman Pertengahan. 18 00:01:59,209 --> 00:02:02,709 Aku, Baba Lou Anne, Dottie, dan CP meluncur minggu lepas. 19 00:02:04,168 --> 00:02:08,501 Di Kapali, ombak sebesar personaliti kita. 20 00:02:09,251 --> 00:02:13,293 Terumbu terdedah memberikan ia titik kalih yang konsisten dan lancar. 21 00:02:16,168 --> 00:02:17,418 Memang seronok. 22 00:02:19,043 --> 00:02:21,251 Ada yang anggap meluncur satu sukan, 23 00:02:21,334 --> 00:02:25,459 tapi cara Baba Lou Anne meluncur, ia lebih menyamai karya seni. 24 00:02:25,543 --> 00:02:27,543 Dia peluncur yang hebat. 25 00:02:27,626 --> 00:02:31,793 Dia boleh meluncur dengan kedua-dua kaki. Kanan atau kiri di depan. 26 00:02:31,876 --> 00:02:34,043 Tak ramai peluncur boleh. 27 00:02:34,126 --> 00:02:38,043 Yang boleh tukar kaki sambil melambung lagilah tak ramai. 28 00:02:38,126 --> 00:02:41,084 Tuan-tuan dan puan-puan, Baba Lou Anne. 29 00:02:46,959 --> 00:02:51,251 Dottie baru berjinak-jinak, tapi dia betul-betul suka meluncur. 30 00:02:51,334 --> 00:02:53,209 Dia juga baru bercerai. 31 00:02:53,293 --> 00:02:55,001 Sejurus balik kerja, 32 00:02:55,084 --> 00:02:58,793 suaminya kantoi berselingkuh dengan juruterapi pergigian, 33 00:02:58,876 --> 00:03:00,959 jadi laut sekarang jadi kekasihnya. 34 00:03:01,043 --> 00:03:05,501 Meluncur ombak gaya bebas di atas papan luncur digelar "Suzie". 35 00:03:06,668 --> 00:03:08,918 Ucap helo kepada kamera, Dottie. 36 00:03:11,043 --> 00:03:16,376 CP, pangkal nama Corinthia Panatopoulos, seorang peluncur yang hebat. 37 00:03:16,459 --> 00:03:19,584 Dia buta sebelah mata, tiada pengamatan mendalam, 38 00:03:19,668 --> 00:03:22,084 tapi itu tidak menghalangnya. 39 00:03:22,168 --> 00:03:25,418 Tanpa dua mata pun, kehebatannya nampak menyerlah. 40 00:03:25,501 --> 00:03:27,001 Lihatlah dia meluncur. 41 00:03:27,751 --> 00:03:31,084 Semasa dia tak meluncur dan menjinakkan ombak gadang, 42 00:03:31,168 --> 00:03:32,918 CP menulis buku, 43 00:03:34,043 --> 00:03:37,168 novel pengembaraan berkisarkan empat peluncur wanita 44 00:03:37,251 --> 00:03:40,626 yang menyelesaikan misteri pada masa lapang mereka. 45 00:03:40,709 --> 00:03:44,668 Tak pasti bila ia akan siap, tapi aku suka cara dia mulakannya. 46 00:03:44,751 --> 00:03:49,334 Penyanyi opera ditemukan di tapak cetek dengan tapak sulaiman di belakangnya. 47 00:03:49,418 --> 00:03:51,834 Semestinya bacaan pantai yang bagus. 48 00:03:53,793 --> 00:03:56,834 Kami berkumpul di sini di tebing laut Kapali, 49 00:03:56,918 --> 00:04:01,001 20 kilometer dari pulau berbentuk strawberi bernama Kono, 50 00:04:01,084 --> 00:04:03,459 berjemur dan berseronok selama seminggu. 51 00:04:03,543 --> 00:04:07,668 Selepas itu, kami rancang untuk berpisah dan ikut haluan masing-masing. 52 00:04:08,251 --> 00:04:11,459 Baba Lou Anne akan ke Seattle. 53 00:04:11,543 --> 00:04:14,668 Bukan untuk meluncur ombak putus-putus Alki Point, 54 00:04:14,751 --> 00:04:17,168 tapi untuk terjun dari Space Needle. 55 00:04:18,668 --> 00:04:21,959 Dottie dan papannya, Suzie, akan pergi ke Jepun. 56 00:04:22,918 --> 00:04:25,626 CP akan gunakan masanya untuk cari ilham 57 00:04:25,709 --> 00:04:29,084 plot putar belit novel pembunuhan misterinya dengan bijak. 58 00:04:30,126 --> 00:04:34,626 Aku pula akan mengejar matahari di seluruh dunia 59 00:04:34,709 --> 00:04:39,084 dalam mencari ombak terbesar, orang paling peramah, 60 00:04:39,876 --> 00:04:43,418 sambil aku mengenali diri aku sendiri 61 00:04:43,918 --> 00:04:47,918 dalam masa yang sama menerjun ke dalam laut dengan papan luncur. 62 00:04:48,001 --> 00:04:49,834 Seluruh jiwa dan ragaku, 63 00:04:49,918 --> 00:04:53,084 bertemankan papan luncur dan lapisan lilin yang tebal. 64 00:04:57,459 --> 00:04:58,626 Padu. 65 00:05:05,001 --> 00:05:08,418 Kita perlu mengemas dengan betul untuk pengembaraan begini. 66 00:05:08,501 --> 00:05:11,376 Kita kena bijak dan bawa barang yang perlu saja. 67 00:05:11,459 --> 00:05:15,043 Bagi aku, maksudnya lilin papan luncur, 68 00:05:15,126 --> 00:05:18,126 sut renang, setangkai bunga kekwa, 69 00:05:18,209 --> 00:05:21,959 tiga helai tuala, rantai cangkerang puka bertuah aku, 70 00:05:22,043 --> 00:05:24,793 pelindung matahari, SPF 150, 71 00:05:24,876 --> 00:05:29,251 dua kamera pakai buang, buku frasa bahasa Inggeris ke Maori, 72 00:05:29,334 --> 00:05:33,709 bacaan pantai tak senonoh, Gelembung Cinta oleh Alice T. Townsend 73 00:05:33,793 --> 00:05:37,168 gambar legenda luncur, Kathy Kohner-Zuckerman, 74 00:05:37,251 --> 00:05:39,626 tujuh batang colok kemenyan, 75 00:05:39,709 --> 00:05:41,876 senapang suar, cermin mata hitam, 76 00:05:41,959 --> 00:05:44,793 totem penuh misteri, parang. 77 00:05:46,043 --> 00:05:50,918 Serta kesanggupan untuk hilang segalanya dan ikut ke mana kehidupan membawa kita. 78 00:05:52,918 --> 00:05:56,459 Maafkan saya, puan. Beg pakaian puan nampaknya di London. 79 00:06:05,543 --> 00:06:09,251 Angin terasa cukup nyaman selepas penerbangan tiga jam. 80 00:06:09,334 --> 00:06:13,418 Namun tiada yang lebih dingin daripada air jernih Laut Cortez. 81 00:06:14,084 --> 00:06:18,584 Aku mula mencari ombak sempurna di sini di Cabo San Lucas. 82 00:06:19,709 --> 00:06:24,168 Dahulunya pekan sepi yang hanya dilawati oleh peluncur nomad, 83 00:06:24,251 --> 00:06:28,751 Cabo San Lucas kini telah menjadi destinasi pelancongan wajib dilawati. 84 00:06:30,918 --> 00:06:33,251 Dikenali dengan kehidupan malam meriah, 85 00:06:33,334 --> 00:06:36,126 pelancong datang berparti di Señor Chi-Chi's 86 00:06:36,209 --> 00:06:39,334 atau The Drunken Mermaid, antara beberapa tempatnya. 87 00:06:39,418 --> 00:06:42,168 Tapi aku bukan datang untuk minum margarita 88 00:06:42,251 --> 00:06:44,376 atau sertai pertandingan baju basah. 89 00:06:44,459 --> 00:06:46,584 Aku datang untuk meluncur. 90 00:06:52,834 --> 00:06:53,876 Mantap. 91 00:06:56,001 --> 00:06:58,834 Ramai pelawat musim bunga yang sesat di sini, 92 00:06:58,918 --> 00:07:03,084 generasi remaja yang tak pernah pulang ke rumah. 93 00:07:04,209 --> 00:07:08,209 Pemabuk yang masih enggan untuk mematangkan diri. 94 00:07:09,334 --> 00:07:12,459 Semua mereka menari di pinggir pantai, 95 00:07:12,543 --> 00:07:16,084 sambil minum air dari pancutan mitis ini. 96 00:07:16,168 --> 00:07:20,543 Air dengan kuasa untuk meremajakan dan awet muda selama-lamanya. 97 00:07:22,084 --> 00:07:24,418 Apabila berada di lautan ini, 98 00:07:24,501 --> 00:07:27,334 kita akan terkenang zaman muda. 99 00:07:28,668 --> 00:07:30,501 Sinar tak berpenghujung. 100 00:07:30,584 --> 00:07:32,168 Ombak tak berpenghujung. 101 00:07:32,751 --> 00:07:34,959 Keremajaan tak berpenghujung. 102 00:07:35,626 --> 00:07:39,543 Secara keseluruhan, Cabo San Lucas tempat luncur yang bagus. 103 00:07:40,084 --> 00:07:43,543 Tapi kalau aku nak mencari ombak yang sempurna, 104 00:07:43,626 --> 00:07:48,793 aku perlu gigih lagi mencari dan pergi ke tempat tak disentuh pengunjung. 105 00:07:48,876 --> 00:07:52,376 Hei, cik adik. Habis meluncur, jom ikut kami minum? 106 00:07:53,834 --> 00:07:55,376 Mungkin lain kali. 107 00:07:57,584 --> 00:07:58,668 Mantap. 108 00:07:58,751 --> 00:08:01,209 Diam. Awak langsung tak cakap apa-apa. 109 00:08:03,376 --> 00:08:05,793 LUNCUR KE SANA KE SINI 110 00:08:08,834 --> 00:08:11,209 TELUK TASMAN 111 00:08:11,293 --> 00:08:13,084 PULAU HATTERAS 112 00:08:21,668 --> 00:08:26,751 TIDAK DIKETAHUI, SEGI TIGA BERMUDA 113 00:08:28,126 --> 00:08:31,251 PULAU EASTER 114 00:08:31,834 --> 00:08:34,876 PANTAI BUNJI 115 00:08:44,459 --> 00:08:47,876 Pencarian ombak sempurna aku diteruskan di sini. 116 00:08:47,959 --> 00:08:51,376 Tempat tumpuan dunia meluncur, Mavericks. 117 00:08:51,459 --> 00:08:54,543 Dengan ombak gadang setinggi lebih 60 kaki, 118 00:08:54,626 --> 00:08:58,668 ia menjadi tempat peluncur tegar membuktikan kemahiran mereka. 119 00:08:58,751 --> 00:09:03,084 Jadi, sebelum aku meluncur, aku tahu aku perlu bersedia. 120 00:09:03,168 --> 00:09:05,793 Aku bertafakur empat kali sehari, 121 00:09:05,876 --> 00:09:08,126 dua kali lebih daripada kelaziman aku. 122 00:09:10,959 --> 00:09:15,834 Aku bayangkan diri aku serigala, ombak itu pula anak rusa. 123 00:09:17,168 --> 00:09:21,918 Aku bayangkan diri aku beruang, ombak itu pula ikan salmon. 124 00:09:22,876 --> 00:09:29,251 Aku perhatikannya dari pantai, cenuram, di tengah-tengah malam, 125 00:09:29,334 --> 00:09:34,084 sentiasa memerhatikannya, membahamnya, belajar daripadanya. 126 00:09:40,876 --> 00:09:43,001 Sedar-sedar, aku dah sedia. 127 00:09:45,043 --> 00:09:48,751 Aku meluncur ombak gadang itu dengan kawan lama aku, Nadia. 128 00:09:49,793 --> 00:09:52,293 Dia pernah jadi jururawat di Sarajevo, 129 00:09:52,376 --> 00:09:54,584 kemudian biarawati di Cappadocia. 130 00:09:56,334 --> 00:09:58,584 Sekarang dia meluncur ombak gadang. 131 00:09:58,668 --> 00:10:01,626 Tipulah kalau aku cakap aku tak gementar. 132 00:10:02,126 --> 00:10:05,459 Ombak begini ingatkan kita betapa kerdilnya diri kita. 133 00:10:06,126 --> 00:10:08,376 Cuma sebutir pasir di laut. 134 00:10:08,459 --> 00:10:11,459 Sebutir beras di tapak tangan Tuhan Maha Pemurah. 135 00:10:12,168 --> 00:10:14,793 Akhirnya, aku berjaya jinakkan ombak 50 kaki 136 00:10:14,876 --> 00:10:18,876 dan bersedia untuk ikut Nadia naik lebih tinggi. 137 00:10:18,959 --> 00:10:23,001 Satu perasaan cukup menakjubkan semasa meluncur ombak itu. 138 00:10:23,751 --> 00:10:25,626 Satu kuasa tulus. 139 00:10:25,709 --> 00:10:26,918 Kekuatan tulus. 140 00:10:28,293 --> 00:10:30,751 Buat seketika, aku rasa aku dah jumpa 141 00:10:30,834 --> 00:10:33,043 ombak yang aku cari selama ini. 142 00:10:35,168 --> 00:10:38,834 Tapi apabila ia berakhir, aku tahu aku belum menjumpainya. 143 00:10:39,543 --> 00:10:43,293 Ini ombak sempurna untuk Nadia, bukan untuk aku. 144 00:10:47,584 --> 00:10:49,376 Pencarian aku diteruskan. 145 00:10:56,876 --> 00:11:00,668 Di Tuscany, aku buat keputusan untuk tidak mencari ombak. 146 00:11:02,293 --> 00:11:04,751 Aku ke sini atas tujuan berbeza. 147 00:11:06,876 --> 00:11:08,626 Untuk melawat bekas kekasih. 148 00:11:10,543 --> 00:11:12,918 Angelo Alfolini. 149 00:11:14,876 --> 00:11:19,209 Jelas sekali, senggang waktu tidak memudarkan silaturahim kita. 150 00:11:20,334 --> 00:11:25,459 Kami meronda kawasan kampung sambil membincangkan politik, falsafah, 151 00:11:25,543 --> 00:11:29,751 dan membahaskan pelbagai topik, daripada topik cinta, kehidupan, 152 00:11:29,834 --> 00:11:32,709 dan pemerhatian kami berkenaan wayang Itali. 153 00:11:33,918 --> 00:11:36,084 Kami bincang tentang wain 154 00:11:36,168 --> 00:11:40,626 dan kelebihan anggur yang diperah di dalam tong kayu lama. 155 00:11:40,709 --> 00:11:43,751 Kami buat rigatoni dan mozarela segar, 156 00:11:43,834 --> 00:11:47,626 dan makan risoto terbaik yang pernah aku rasa. 157 00:11:49,751 --> 00:11:52,501 Tapi sepantas bermulanya lawatanku, 158 00:11:54,126 --> 00:11:55,168 ia dah berakhir. 159 00:11:58,834 --> 00:12:01,168 Matahari dah terbit, dan aku pergi, 160 00:12:01,251 --> 00:12:05,709 meneruskan semula perjalanan mencari ombak yang sempurna. 161 00:12:08,543 --> 00:12:10,709 Arrivederci, sayangku. 162 00:12:13,209 --> 00:12:17,084 LUNCUR KE SANA KE SINI 163 00:12:17,709 --> 00:12:21,918 Di Tasik Michigan, kami kencing dalam sut renang untuk kekal hangat. 164 00:12:24,626 --> 00:12:27,793 Sementara itu, di Thailand, ombak cuma sekejap saja. 165 00:12:27,876 --> 00:12:31,334 Tapi aku jumpa ole-ole yang akan kekal sepanjang hayat. 166 00:12:35,001 --> 00:12:36,793 Pokoknya, minggu yang seronok. 167 00:12:44,001 --> 00:12:46,709 Namun begitu, masih ada yang tak kena. 168 00:12:49,376 --> 00:12:51,126 Aku jadi tak ketahuan. 169 00:12:54,126 --> 00:12:58,209 Semakin aku mengembara, semakin aku rasa kebingungan. 170 00:13:00,376 --> 00:13:02,959 Adakah ombak sempurna itu wujud? 171 00:13:03,876 --> 00:13:08,584 Di pinggir pantai Kilokilo, aku terangkan masalah aku kepada Auli'i, 172 00:13:08,668 --> 00:13:12,626 peluncur tempatan yang percaya kunci dalam mencari ombak sempurna 173 00:13:12,709 --> 00:13:15,293 adalah bahan psikotropik. 174 00:13:16,084 --> 00:13:18,876 Mereka memanggilnya "Gesthaini." 175 00:13:18,959 --> 00:13:22,543 Ia bermula sebagai bunga yang tumbuh di atas pokok bakau 176 00:13:22,626 --> 00:13:24,584 yang kemudiannya dimakan kelawar, 177 00:13:24,668 --> 00:13:28,001 kemudian dikumuhkan dan dikikis daripada dinding gua 178 00:13:28,084 --> 00:13:30,876 sebelum dihidangkan sebagai teh di sini. 179 00:13:32,168 --> 00:13:34,876 Adakah itu jawapan yang aku cari? 180 00:13:36,251 --> 00:13:40,459 Pada malam itu, Auli'i bawa aku ke tebing Sungai Saanapu 181 00:13:40,543 --> 00:13:43,376 untuk melawat seorang tua bernama "Wailele." 182 00:13:44,293 --> 00:13:47,876 Wailele dipercayai berumur lebih 100 tahun 183 00:13:47,959 --> 00:13:50,543 dan telah membimbing ramai pengembara sesat. 184 00:13:52,126 --> 00:13:57,084 Aku takut, tapi jika ini caranya untuk cari ombak yang sempurna, aku turutkan. 185 00:15:17,834 --> 00:15:21,043 Aku dah nampak ombak sempurna itu. 186 00:15:22,668 --> 00:15:27,251 Buat kali pertama, ia terasa lebih dekat daripada sebelum ini. 187 00:15:36,668 --> 00:15:40,251 GURUN SHARQIYA OMAN 188 00:15:40,334 --> 00:15:45,043 Ada cara lebih mudah untuk ke pantai Oman di Laut Arab. 189 00:15:45,126 --> 00:15:50,876 Melalui beberapa lapangan terbang, pengembara boleh elak Gurun Sharqiya. 190 00:15:50,959 --> 00:15:54,251 Tapi ia juga menghindari mereka daripada gurun berbukit. 191 00:15:54,959 --> 00:15:57,751 Lautan bukit pasir tak mengira masa. 192 00:16:00,959 --> 00:16:03,584 Aku tak boleh ke Oman tanpa singgah di situ. 193 00:16:24,793 --> 00:16:26,126 Ombak gila. 194 00:16:35,543 --> 00:16:37,001 Teh ini sedap. 195 00:16:37,668 --> 00:16:42,043 Jackson beritahu aku Karak Chai adalah teh kegemaran tempatan. 196 00:16:42,126 --> 00:16:45,334 Aku jumpa Jackson dalam barisan di Pantai Manhattan. 197 00:16:45,418 --> 00:16:48,876 Dulu, dia lagilah tak pandai meluncur daripada aku. 198 00:16:48,959 --> 00:16:52,543 Peronda subuh tujuh hari seminggu, pada bila-bila masa. 199 00:16:52,626 --> 00:16:54,334 Dia tinggalkan semua itu. 200 00:16:54,418 --> 00:16:58,251 Apabila aku tanya dia kenapa, dia tak nak cakap tentangnya. 201 00:16:59,376 --> 00:17:00,209 Faham. 202 00:17:01,543 --> 00:17:04,584 Bagi sesetengah orang, obsesi itu membebankan. 203 00:17:04,668 --> 00:17:09,126 Kita boleh tenggelam dalamnya. Sampai satu tahap, itu saja yang kita ada. 204 00:17:10,001 --> 00:17:11,918 Apa sekalipun jadi pada Jackson, 205 00:17:12,001 --> 00:17:16,668 aku rasa dia perlu letakkan sebuah gurun di antara dia dan luncur air. 206 00:17:16,751 --> 00:17:19,418 Aku rasa dia suka mengait sekarang. 207 00:17:19,501 --> 00:17:23,209 Apabila dia tanya khabar aku, aku beritahu dia visi aku. 208 00:17:23,293 --> 00:17:27,168 Raksasa, kabus, ombak sempurna. 209 00:17:27,251 --> 00:17:28,668 Dia cuma ketawa. 210 00:17:28,751 --> 00:17:32,959 Aku tak patut sembang bab ketuhanan dengan golongan mulhid. 211 00:17:33,043 --> 00:17:36,376 Selepas itu, Jackson terus kebingungan, 212 00:17:36,459 --> 00:17:40,668 sesat, sambil tercari-cari makna sesuatu dalam mindanya. 213 00:17:43,668 --> 00:17:45,168 Selamat tinggal, Jackson. 214 00:17:45,876 --> 00:17:47,293 Terima kasih beri ambal. 215 00:17:51,251 --> 00:17:53,501 Hari-hari seterusnya sukar. 216 00:17:54,709 --> 00:17:58,293 Otak aku ligat membayangkan ombak yang sempurna itu. 217 00:17:59,543 --> 00:18:03,501 Bayangan itu menyelubungi aku dan mula menjejaskan tidur aku. 218 00:18:04,418 --> 00:18:06,459 Jadi aku pergi ke satu tempat 219 00:18:06,543 --> 00:18:09,543 yang aku tahu aku boleh realisasikan bayangan aku. 220 00:18:14,709 --> 00:18:16,668 Terletak di East Sussex, 221 00:18:16,751 --> 00:18:21,959 pekan pantai yang sepi ini tak dikenali sebagai hab peluncur yang terkenal. 222 00:18:23,126 --> 00:18:28,293 Tapi apabila angin mula bertiup dan kabus muncul, semuanya berubah. 223 00:18:29,126 --> 00:18:31,376 Perkampungan kecil ini berubah menjadi 224 00:18:31,459 --> 00:18:35,043 salah satu tempat paling hebat untuk meluncur ombak. 225 00:18:38,418 --> 00:18:39,459 Padu. 226 00:18:41,709 --> 00:18:44,543 Apabila aku tiba di sini, terdapat amaran kabus. 227 00:18:44,626 --> 00:18:47,459 Kabus dan jerebu lebih tebal daripada biasa. 228 00:18:47,543 --> 00:18:50,501 Penyelamat telah mula memanggil balik semua orang. 229 00:18:51,209 --> 00:18:53,376 Bagus. Lebih banyak ombak buat aku. 230 00:18:54,418 --> 00:18:57,376 Ia sama seperti bayangan aku. 231 00:18:57,459 --> 00:18:59,918 Tiada langit, tiada laut. 232 00:19:00,001 --> 00:19:01,876 Cuma aku dan kabus. 233 00:19:01,959 --> 00:19:03,626 Aku tahu aku semakin hampir. 234 00:19:04,501 --> 00:19:06,043 Kemudian aku dengar. 235 00:19:06,126 --> 00:19:08,751 Deruan ombak yang menggadang. 236 00:19:08,834 --> 00:19:10,543 Adakah aku dah menjumpainya? 237 00:19:10,626 --> 00:19:11,459 Adakah ini… 238 00:19:52,043 --> 00:19:53,459 Segalanya kabur. 239 00:19:54,501 --> 00:19:57,668 Aku nampak bayangan aku sepintas lalu, kemudian… 240 00:20:02,168 --> 00:20:06,209 Beberapa hari kemudian, aku sukar terima hakikat aku kecundang. 241 00:20:09,043 --> 00:20:12,793 Di London, aku dapat semula beg pakaian aku yang hilang. 242 00:20:13,543 --> 00:20:16,584 Tapi barangan di dalamnya kelihatan asing pada aku. 243 00:20:16,668 --> 00:20:18,834 Kesan peribadi orang asing. 244 00:20:19,459 --> 00:20:21,626 Bunga kekwa milik siapakah ini? 245 00:20:23,668 --> 00:20:26,668 Orang asing yang percaya kewujudan ombak sempurna. 246 00:20:31,709 --> 00:20:36,459 Di pinggir laut Peru, aku sedar meluncur bukan lagi untuk aku. 247 00:20:38,543 --> 00:20:41,543 Mungkin aku boleh belajar berdagang macam Jackson. 248 00:20:41,626 --> 00:20:43,834 Mungkin aku boleh buat cawan seramik. 249 00:20:44,668 --> 00:20:46,501 Semua orang suka cawan. 250 00:20:47,376 --> 00:20:51,084 Cawan, hadiah yang sempurna untuk sebarang acara. 251 00:20:51,751 --> 00:20:54,293 Aku sedar tiba masanya untuk teruskan hidup. 252 00:21:04,584 --> 00:21:08,709 Tatkala aku mahu tinggalkan segalanya, seperti satu khayalan, 253 00:21:08,793 --> 00:21:10,293 seorang lelaki muncul. 254 00:21:11,334 --> 00:21:13,376 Aku macam pernah nampak dia. 255 00:21:13,459 --> 00:21:16,709 Tapi di mana? Di mana aku nampak dia? 256 00:21:17,376 --> 00:21:18,709 Kemudian aku teringat. 257 00:21:19,626 --> 00:21:23,709 Penjaga rumah api. Dia memakai ala-ala gaun? 258 00:21:23,793 --> 00:21:26,668 Adakah itu gelang psikiatri? 259 00:21:29,168 --> 00:21:33,959 Dia terus nampak keterdesakan dalam mataku dan terus bertanya apa yang tak kena. 260 00:21:35,293 --> 00:21:37,793 Dalam aku sedar atau separa sedar, 261 00:21:37,876 --> 00:21:42,084 aku ceritakan tentang pencarian aku dan bagaimana teruk aku gagal. 262 00:21:42,876 --> 00:21:44,918 Dia kata dia tahu caranya. 263 00:21:45,001 --> 00:21:47,584 Setidaknya begitulah aku fahaminya. 264 00:21:47,668 --> 00:21:50,668 "Saya akan tunjukkan ombak sempurna awak." 265 00:21:51,793 --> 00:21:55,376 "Terima kasih." Aku kata, "Tapi saya tak percaya lagi." 266 00:21:55,459 --> 00:21:57,709 "Perjalanan sehari dengan pelita." 267 00:22:00,126 --> 00:22:02,251 Pada mulanya, aku kurang yakin. 268 00:22:02,334 --> 00:22:06,459 Dia mabuk dan gaun hospitalnya meningkatkan syak wasangka aku. 269 00:22:07,334 --> 00:22:10,793 Tapi lirikan matanya buat aku mahu percayakan dia. 270 00:22:14,334 --> 00:22:18,251 Jadi, aku ikut dia masuk ke dalam hutan Peruvia. 271 00:22:19,084 --> 00:22:22,376 Tiada jejak, penanda, mahupun turutan. 272 00:22:22,876 --> 00:22:26,251 Dia cuma mengikut kompas dalam fikirannya. 273 00:22:26,334 --> 00:22:29,668 Hutan itu subur dengan kehidupan. 274 00:22:29,751 --> 00:22:35,251 Kawasannya panas, lembap dan penuh dengan nyamuk dan tumbuhan beracun. 275 00:22:35,334 --> 00:22:39,001 Hutan itu seakan-akan marah dan cuba halau kami pergi. 276 00:22:39,959 --> 00:22:44,959 Apa aku dah buat? Aku benar-benar ikut orang asing ke lembah penuh ranjau ini? 277 00:22:45,459 --> 00:22:47,376 Adakah itu tatu leher? 278 00:22:47,459 --> 00:22:49,334 Adakah ia memang ada di situ? 279 00:22:50,959 --> 00:22:53,584 Pada satu ketika, dia berpaling dan berkata, 280 00:22:53,668 --> 00:22:56,334 "Semangat hutan ada bersama kita sekarang." 281 00:22:57,001 --> 00:22:59,126 Aku benar-benar harap dia betul. 282 00:23:01,376 --> 00:23:04,543 Pada waktu malam, kami bergilir-gilir mengawasi puma. 283 00:23:05,834 --> 00:23:09,501 Dia tidur dulu dan tak bangun sehinggalah pagi esok. 284 00:23:11,376 --> 00:23:15,251 Menjelang tengah hari, ketika itulah kami dapat melihatnya. 285 00:23:15,334 --> 00:23:18,418 Di sebalik hamparan hijau, ada sinar biru. 286 00:23:18,501 --> 00:23:21,001 Umpama cahaya penyuluh, kami mengikutinya. 287 00:23:24,168 --> 00:23:27,084 Seperti yang dia janjikan, ia ada di situ. 288 00:23:27,168 --> 00:23:28,543 Ombak sempurna. 289 00:23:30,459 --> 00:23:32,751 Ia sungguh mempesonakan. 290 00:23:32,834 --> 00:23:34,793 Satu keajaiban untuk disaksikan. 291 00:23:35,584 --> 00:23:40,084 Aku perlu ke sana dan merasai pengalaman ini secepat mungkin. 292 00:23:40,168 --> 00:23:43,418 Tapi apabila aku semakin mendekatinya, 293 00:23:43,501 --> 00:23:45,751 aku perasan sesuatu di atas pasir. 294 00:23:47,168 --> 00:23:49,793 Adakah itu papan luncur aku? 295 00:23:49,876 --> 00:23:51,501 Tapi bagaimana mungkin? 296 00:23:52,209 --> 00:23:55,834 Aku sedar aku berada betul-betul di tempat aku bermula. 297 00:23:55,918 --> 00:23:59,209 Di sinilah, aku temukan kesempurnaan. 298 00:23:59,876 --> 00:24:02,793 Bagaimana mungkin? Apa yang berubah? 299 00:24:02,876 --> 00:24:06,668 Lagipun, satu-satunya perkara yang berbeza ialah diri aku. 300 00:24:07,251 --> 00:24:09,376 Pencarian aku telah membutakan aku. 301 00:24:09,459 --> 00:24:13,834 Selama ini, aku mencari ombak yang sebenarnya tak perlu dicari pun. 302 00:24:13,918 --> 00:24:16,959 Adakah itu niat lelaki ini sedari awal? 303 00:24:17,459 --> 00:24:22,418 Bawa aku masuk ke hutan sebagai cara untuk memintas dan mengubah perspektif aku? 304 00:24:25,626 --> 00:24:29,043 Tiba-tiba, seluruh perjalanan aku hadir menerpa semula 305 00:24:29,126 --> 00:24:31,876 bersama dengan semua ombak yang aku luncuri. 306 00:24:31,959 --> 00:24:35,626 Di Kapali, Cabo, Mavericks, 307 00:24:35,709 --> 00:24:38,293 Michigan, Kilokilo, 308 00:24:38,376 --> 00:24:41,293 serta di sini di Valparaiso. 309 00:24:41,376 --> 00:24:43,626 Semuanya sempurna. 310 00:24:45,126 --> 00:24:47,293 Semuanya sentiasa sempurna. 311 00:24:52,834 --> 00:24:55,376 Aku kembali ke pantai Kapali, 312 00:24:55,459 --> 00:24:58,418 dengan tenaga dan sudut pandang baru dalam hidup. 313 00:24:58,501 --> 00:25:00,043 Tapi aku tak keseorangan. 314 00:25:01,793 --> 00:25:04,834 Selepas bergelut dengan buaya di Australia Barat 315 00:25:04,918 --> 00:25:07,876 dan membuat pendakian solo di El Capitan, 316 00:25:07,959 --> 00:25:12,668 Baba Lou Anne kini kembali semula meluncur dan menjinakkan ombak laut. 317 00:25:14,043 --> 00:25:15,626 Dottie juga kembali, 318 00:25:16,751 --> 00:25:21,543 ditemani seorang kawan baharu, Toshio Matsuda dan papannya, "Joaquin". 319 00:25:22,209 --> 00:25:24,418 Lihat siapa singgah bertanya khabar. 320 00:25:24,501 --> 00:25:25,459 CP. 321 00:25:25,543 --> 00:25:28,959 Selepas novel pertamanya diadaptasi ke layar perak, 322 00:25:29,043 --> 00:25:31,293 CP mula menulis novel yang baharu. 323 00:25:33,251 --> 00:25:38,084 Kali ini, empat peluncur wanita itu selinap masuk geng motosikal berbahaya 324 00:25:38,168 --> 00:25:42,709 untuk bersihkan nama mereka dan menangi pertandingan meluncur Pantai Redondo. 325 00:25:44,501 --> 00:25:46,084 Mengujakan betul bunyinya. 326 00:25:46,584 --> 00:25:50,418 Bagi aku, perjalanan aku berakhir di sini. 327 00:25:51,126 --> 00:25:52,918 Sinar tak berpenghujung. 328 00:25:53,001 --> 00:25:54,834 Ombak tak berpenghujung. 329 00:25:55,876 --> 00:25:58,376 Berada di atas papan, kita rasa hidup, 330 00:25:58,459 --> 00:26:02,543 selamat dalam ketenangan musim panas, meluncur ke ruang tak terbatas. 331 00:26:02,626 --> 00:26:06,584 Tiada ganjaran atau hadiah. Tiada apa-apa untuk dikejar atau dicari. 332 00:26:06,668 --> 00:26:08,168 Kita dah ada di sana. 333 00:26:08,251 --> 00:26:10,376 Meluncur di sepanjang lautan. 334 00:26:10,459 --> 00:26:12,709 Ketika itulah kesempurnaan berlaku. 335 00:26:12,793 --> 00:26:16,126 Ketika itulah masa terhenti dan hati kita terbuka. 336 00:26:16,209 --> 00:26:18,626 Detiknya mungkin sekejap saja, 337 00:26:18,709 --> 00:26:20,668 tapi apabila ombak ranap, 338 00:26:20,751 --> 00:26:24,834 kita hanya perlu meluncur dan menjinakkannya sekali lagi. 339 00:26:26,543 --> 00:26:27,626 Dan lagi. 340 00:26:29,209 --> 00:26:30,459 Dan lagi. 341 00:26:31,626 --> 00:26:32,793 Dan lagi. 342 00:26:55,918 --> 00:26:58,418 Terjemahan sari kata oleh Jentayu