1 00:00:54,418 --> 00:00:55,626 Biar betul? 2 00:01:14,751 --> 00:01:17,459 Ada orang akan dipecat kerana masalah ini. 3 00:01:28,084 --> 00:01:32,543 BERBAKI 3 BULAN, 21 HARI 4 00:01:34,793 --> 00:01:37,001 Kes SM nombor 7-sengkang-3. 5 00:01:37,626 --> 00:01:39,001 Atau mungkin empat. 6 00:01:39,751 --> 00:01:42,626 Sebagai ringkasan peristiwa hari ini 7 00:01:42,709 --> 00:01:45,251 yang dibuat secara pantas dan terperinci, 8 00:01:45,334 --> 00:01:49,501 saya masih belum periksa nombor fail kes sebelum ini. 9 00:01:51,084 --> 00:01:54,543 Pada kira-kira jam 1100 hari ini, 10 00:01:54,626 --> 00:01:57,501 satu kejadian telah berlaku yang boleh disifatkan 11 00:01:57,584 --> 00:02:00,543 sebagai satu serangan histeria spontan. 12 00:02:00,626 --> 00:02:02,668 Gelombang emosi yang menyentap ini 13 00:02:02,751 --> 00:02:05,876 telah melanda pejabat selama tiga setengah minit 14 00:02:05,959 --> 00:02:07,459 sebelum ia akhirnya reda. 15 00:02:14,959 --> 00:02:17,501 Maafkan saya. Dah selesai. 16 00:02:21,126 --> 00:02:23,918 Susah untuk tahu punca kejadian hari ini. 17 00:02:24,001 --> 00:02:28,251 Cukuplah untuk kata ia salah satu kelakuan tak menentu 18 00:02:28,334 --> 00:02:32,126 yang semakin menjadi-jadi di pejabat sejak beberapa bulan ini. 19 00:02:32,209 --> 00:02:36,709 Antara kelakuan itu termasuklah borak-borak di sekitar penyejuk air, 20 00:02:36,793 --> 00:02:39,043 laungan tawa yang riuh-rendah, 21 00:02:39,126 --> 00:02:41,376 sep tangan atas, sep tangan bawah, 22 00:02:41,459 --> 00:02:43,834 dan pernah juga berlaku, tepuk bahu. 23 00:02:43,918 --> 00:02:48,418 Tiga minggu lalu, saya nampak satu pelukan bukan platonik. 24 00:02:48,501 --> 00:02:51,168 Para pendengar, saya percaya kejadian ini 25 00:02:51,251 --> 00:02:55,876 ada kaitan dengan muntahan emosi yang berlaku di sini hari ini. 26 00:02:55,959 --> 00:03:00,793 Bukan itu saja, malah garis masa kejadian nampaknya terlalu berkait rapat 27 00:03:00,876 --> 00:03:03,584 dengan pengambilan seorang pekerja. 28 00:03:07,001 --> 00:03:09,251 Seorang Carol Daphne Kohl. 29 00:03:09,334 --> 00:03:11,543 Bujang. Tiada anak. 30 00:03:11,626 --> 00:03:14,584 Hubungan kecemasan, Bernard dan Pauline Kohl. 31 00:03:15,501 --> 00:03:17,626 Saya percaya di belakang Carol… 32 00:03:30,751 --> 00:03:32,251 Hai, saya Carol. 33 00:03:33,626 --> 00:03:35,626 Mantap tali leher awak, Bill. 34 00:03:37,209 --> 00:03:38,876 Alamak! Tak guna. Sial. 35 00:04:07,668 --> 00:04:09,459 Dia boleh menghancurkan kami. 36 00:04:25,751 --> 00:04:28,626 Secara luaran, Cik Kohl macam pekerja sempurna. 37 00:04:28,709 --> 00:04:33,293 Telatah menurut katanya menampakkan sifatnya yang boleh diharap. 38 00:04:33,376 --> 00:04:37,376 Sifat malu-malunya boleh buat kita fikir dia sama dengan yang lain. 39 00:04:37,459 --> 00:04:42,376 Namun di sebalik sifat lemah-lembut itu, dia pemberontak yang berbahaya. 40 00:04:42,459 --> 00:04:46,418 Saya khuatir sifat itu telah menjangkiti seluruh pejabat. 41 00:04:48,126 --> 00:04:52,126 Saya mula perasan kelakuan Cik Kohl pada hari Selasa, 7 April. 42 00:04:52,918 --> 00:04:53,834 Sarah. 43 00:04:55,293 --> 00:04:56,293 Vanessa. 44 00:04:57,209 --> 00:04:58,459 Francine. 45 00:04:59,043 --> 00:05:01,876 Nama ialah penentuan siapa diri kita. 46 00:05:01,959 --> 00:05:06,168 Apabila diingati, ia mencipta suatu kebiasaan. 47 00:05:06,251 --> 00:05:09,584 Apabila nama dituturkan, keintiman terbina. 48 00:05:09,668 --> 00:05:12,668 Kita bukan lagi orang asing atau rakan sekerja, 49 00:05:12,751 --> 00:05:18,251 kita kini kenalan dengan lebih banyak kemungkinan. 50 00:05:18,834 --> 00:05:20,293 Tim. Jill. 51 00:05:20,793 --> 00:05:23,793 Alyssa. James. Cathy. 52 00:05:33,126 --> 00:05:35,334 Kemuncaknya disusuli dengan insiden 53 00:05:35,418 --> 00:05:39,084 di mana Cik Kohl mengetuai lapan pekerja lain naik ke bumbung 54 00:05:39,168 --> 00:05:44,376 untuk majlis peringatan tanpa kebenaran buat seorang David Douglas Seaver. 55 00:05:44,459 --> 00:05:47,834 Kejadian itu mencuri masa bekerja 56 00:05:48,751 --> 00:05:50,793 selama lapan minit dan 43 saat. 57 00:05:54,709 --> 00:05:58,584 Sejak itu, kelakuan Cik Kohl dilihat semakin menjadi-jadi. 58 00:06:02,626 --> 00:06:06,834 Pada 15 April, Cik Kohl mahu menghias ruang kerjanya 59 00:06:06,918 --> 00:06:11,043 menggunakan barangan berharga untuk menyuntik personaliti 60 00:06:11,126 --> 00:06:13,084 di sekitar tempat kerjanya. 61 00:06:14,334 --> 00:06:17,251 Bagi saya, pejabat bukanlah tempat yang sesuai 62 00:06:17,334 --> 00:06:19,834 untuk tayang tanggungan kita, 63 00:06:19,918 --> 00:06:22,418 tapi saya boleh faham sentimen umum. 64 00:06:24,293 --> 00:06:27,418 Kalau ikutkan, saya memang tak suka objek begitu, 65 00:06:27,501 --> 00:06:30,501 terutama sekali koleksi tikus seramik Cik Kohl. 66 00:06:31,584 --> 00:06:37,168 Secara perlahan-lahan, perkara begitu menjadi ikutan para pekerja lain. 67 00:06:37,251 --> 00:06:40,834 Lambakan hiasan kecil, gambar, 68 00:06:40,918 --> 00:06:45,168 longgokan barangan peribadi yang menjadi barang pameran. 69 00:06:45,251 --> 00:06:48,501 Unsur-unsur kehidupan peribadi 70 00:06:48,584 --> 00:06:52,751 di pejabat kami. 71 00:06:56,209 --> 00:06:57,209 Dalam tak sedar, 72 00:06:57,293 --> 00:07:01,668 profesionalisme pejabat yang pekerja telah lama dukungi tak lagi wujud. 73 00:07:02,834 --> 00:07:06,543 Cik Kohl telah mengubahnya, mungkin selama-lamanya. 74 00:07:07,293 --> 00:07:11,043 Selingan, Cik Kohl buat permohonan kenderaan syarikat tahap satu 75 00:07:11,126 --> 00:07:14,418 bagi tujuan kerja dalam beberapa minggu yang lalu. 76 00:07:14,501 --> 00:07:19,543 Sejak itu, dia gunakan kenderaan pejabat hampir setiap hari untuk urusan peribadi. 77 00:07:19,626 --> 00:07:20,751 Tak boleh diterima. 78 00:07:21,834 --> 00:07:26,501 Mujur demi pejabat, saya berjaya hidu langkah dia seterusnya. 79 00:07:28,751 --> 00:07:30,834 Pertukaran makanan tanpa kebenaran. 80 00:07:34,668 --> 00:07:36,418 Makan beramai-ramai, 81 00:07:36,501 --> 00:07:40,293 terutamanya yang melibatkan pertukaran atau saling kongsi bekal 82 00:07:40,376 --> 00:07:42,584 membuka jalan kepada keakraban. 83 00:07:43,209 --> 00:07:47,584 Apabila seseorang dapat tahu seorang lagi suka tomato dalam pasta pestonya, 84 00:07:47,668 --> 00:07:49,834 ia melahirkan pemahaman, 85 00:07:49,918 --> 00:07:52,834 pemahaman yang menjalinkan perhubungan 86 00:07:52,918 --> 00:07:55,709 yang boleh membawa kepada persahabatan. 87 00:07:58,209 --> 00:07:59,751 Kini, dek kerana tomato, 88 00:07:59,834 --> 00:08:02,209 mereka ada teman mengopi, 89 00:08:02,293 --> 00:08:04,043 dan teman kongsi rahsia. 90 00:08:11,501 --> 00:08:13,418 Malah fritata kentang biasa pun 91 00:08:13,501 --> 00:08:16,459 buat buat pekerja lama setia dengan pekerja baharu 92 00:08:16,543 --> 00:08:18,209 berbanding tugas mereka. 93 00:08:20,126 --> 00:08:23,959 Namun, pendengar sekalian, semua ini cuma permulaan. 94 00:08:25,293 --> 00:08:28,293 Mangsa pertama pencabulan persahabatan Cik Kohl 95 00:08:28,376 --> 00:08:31,668 adalah dua pekerja yang boleh diharap, 96 00:08:31,751 --> 00:08:34,084 bermula dengan Donna Shaw. 97 00:08:35,626 --> 00:08:39,418 Afrika-Amerika, janda anak lima, 98 00:08:39,501 --> 00:08:41,543 silau pada kedua-dua mata, 99 00:08:41,626 --> 00:08:46,459 Sumber Manusia menyifatkan Cik Shaw contoh "pekerja yang ideal." 100 00:08:46,543 --> 00:08:48,543 Boleh diharap, rajin kerja, 101 00:08:48,626 --> 00:08:51,668 kerja membuatkan dia rasa hidupnya bertujuan. 102 00:08:51,751 --> 00:08:53,959 Setidaknya itu dululah. 103 00:08:55,418 --> 00:08:58,001 Sebenarnya punca pekerja rajin contoh ini 104 00:08:58,084 --> 00:09:00,834 boleh berkawan dengan Cik Kohl tidak diketahui, 105 00:09:00,918 --> 00:09:03,709 namun ia satu kerugian besar buat kami. 106 00:09:04,459 --> 00:09:05,459 C'est la vie. 107 00:09:06,501 --> 00:09:11,334 Ahli ketiga pemberontak tiga serangkai ini adalah seorang individu berenigma. 108 00:09:11,418 --> 00:09:18,334 Pada dasarnya, Luis Felipe Jacinto nampak seperti pekerja yang memenuhi kriteria. 109 00:09:19,001 --> 00:09:24,126 Menepati masa, bekerja keras. Semua itu bukanlah gah mana. 110 00:09:24,209 --> 00:09:26,043 Namun apabila diamati, 111 00:09:26,126 --> 00:09:32,334 saya mula perasan dalam dirinya terdapat joie de vivre yang sukar dijelaskan, 112 00:09:33,084 --> 00:09:37,418 satu keinginan untuk hidup yang membuatkan rutin dan kerja pejabat 113 00:09:37,501 --> 00:09:39,126 tidak dapat ditekuni, 114 00:09:39,709 --> 00:09:42,626 dan Cik Kohl telah bantu dia melampiaskannya. 115 00:09:46,209 --> 00:09:51,584 Saya tak pandai menyanyi, jadi kadangkala saya teman dia dengan perakam saya. 116 00:09:51,668 --> 00:09:54,959 Awak boleh mainkan Whitney Houston melalui alat perakam? 117 00:09:55,043 --> 00:09:59,001 Saya pernah bawa ke konsert tapi terlalu takut untuk mainkannya. 118 00:09:59,084 --> 00:10:00,459 Lama-kelamaan, 119 00:10:00,543 --> 00:10:04,668 mereka bertiga telah menyemarakkan semangat kekitaan di pejabat, 120 00:10:04,751 --> 00:10:08,043 melalui pelbagai aktiviti yang mengganggu kerja hakiki. 121 00:10:08,126 --> 00:10:10,626 Penubuhan kelab makan Sepanyol. 122 00:10:17,876 --> 00:10:19,751 Sesi samak kulit setiap minggu. 123 00:10:21,001 --> 00:10:24,501 Ada banyak kes di mana Cik Kohl menyuai padan pasangan. 124 00:10:24,584 --> 00:10:29,001 Sudahnya, wujud beberapa pasangan dan paling kurang satu kuad poliamori. 125 00:10:29,751 --> 00:10:31,626 Ketibaan anjing jalanan. 126 00:10:31,709 --> 00:10:34,126 Tengoklah! Si kecil ini ikut kita! 127 00:10:34,209 --> 00:10:35,834 Sesiapa nak namakannya? 128 00:10:35,918 --> 00:10:36,959 Amaya? 129 00:10:37,668 --> 00:10:39,626 Leonard? Suzanne. 130 00:10:39,709 --> 00:10:44,418 Individualisasi secara beransur-ansur para Terry. 131 00:10:44,501 --> 00:10:46,043 - Terry B. - Terima kasih. 132 00:10:46,126 --> 00:10:47,626 - Terry L. - Terima kasih. 133 00:10:47,709 --> 00:10:48,876 - Terry P. - Terima kasih. 134 00:10:48,959 --> 00:10:50,459 - Terry F. - Danke schoen. 135 00:10:50,543 --> 00:10:52,959 - Terry C. - Terima kasih. 136 00:10:53,043 --> 00:10:58,293 Semua itu membawa saya kepada gangguan terbaru dan terkini daripada Cik Kohl, 137 00:10:58,376 --> 00:11:02,293 yang saya percaya telah menyebabkan kekacauan tempoh hari. 138 00:11:02,376 --> 00:11:04,584 Tentunya saya bercakap tentang… 139 00:11:06,418 --> 00:11:08,168 - Maaf ganggu. - Apa hal? 140 00:11:08,251 --> 00:11:11,126 - Mana laporan kejadian? - Kenapa belum siap? 141 00:11:11,209 --> 00:11:13,001 Patut dah siap. Dah dua hari. 142 00:11:13,084 --> 00:11:16,126 Penyiasatan ambil masa. Saya buat secepat mungkin. 143 00:11:16,209 --> 00:11:18,626 - Baiklah. - Sentiasa maklumkan kami. 144 00:11:18,709 --> 00:11:21,126 Hantar e-mel yang meringkaskan segalanya. 145 00:11:21,209 --> 00:11:22,626 Ingatkan dah siaplah. 146 00:11:22,709 --> 00:11:24,084 Sangat menghampakan. 147 00:11:42,418 --> 00:11:45,793 Saya terfikir nak beli tapak kasut baharu. 148 00:11:46,834 --> 00:11:48,584 Tapak yang berlapik tebal. 149 00:11:49,876 --> 00:11:53,918 Mungkin yang ada perlindungan tumit apabila berjalan atas konkrit. 150 00:11:54,001 --> 00:11:57,209 Jenis tapak gel pun boleh, tapi tak terlalu lembut. 151 00:11:57,293 --> 00:11:59,501 - Sesuatu yang lebih keras… - Bernard. 152 00:12:00,834 --> 00:12:02,459 - Pauline! - Okey. 153 00:12:02,543 --> 00:12:05,668 Kamu berdua sudah bertahun berada di sisi saya dan… 154 00:12:05,751 --> 00:12:09,334 Oh, Tuhan! Seronoknya! 155 00:12:09,418 --> 00:12:12,834 Sudah tentu, Michael! Sudah tentu. 156 00:12:14,959 --> 00:12:19,001 Berikutan tarikan graviti Keppler memperlahankan putaran Bumi, 157 00:12:19,084 --> 00:12:23,251 bersedia untuk 19 jam pagi dan 19 jam malam. 158 00:12:23,876 --> 00:12:25,501 Saya akan geletek awak! 159 00:12:25,584 --> 00:12:28,626 Ya, betul. Saya geletek awak. 160 00:12:28,709 --> 00:12:30,418 Jangan cakar, Pablo. 161 00:12:31,001 --> 00:12:32,584 Jangan cakar. 162 00:12:48,126 --> 00:12:49,459 Macam saya katakan, 163 00:12:49,543 --> 00:12:51,168 peristiwa sebelum ini 164 00:12:51,251 --> 00:12:55,876 membawa saya kepada gangguan Cik Kohl yang terkini dan paling mengganas, 165 00:12:55,959 --> 00:13:00,084 yang saya percaya telah menyebabkan kekecohan pada minggu ini… 166 00:13:00,168 --> 00:13:01,834 Applebee's. 167 00:13:02,584 --> 00:13:05,793 Sudah tentu saya merujuk kepada Applebee's. 168 00:13:13,834 --> 00:13:16,834 Ayuh, Luis. Masa untuk balik. 169 00:13:16,918 --> 00:13:19,376 Tunggu, hanya satu nombor lagi. 170 00:13:20,084 --> 00:13:22,376 Tujuh. Sembilan. 171 00:13:22,459 --> 00:13:23,626 Itu dua nombor. 172 00:13:23,709 --> 00:13:25,293 Nombornya besar, Donna. 173 00:13:26,418 --> 00:13:28,959 Empat. Lapan. 174 00:13:29,043 --> 00:13:31,959 - Balikkah? - Sedang cuba. Tunggu Luis. 175 00:13:32,043 --> 00:13:34,459 Ya. Saya pun tak suka balik. 176 00:13:34,543 --> 00:13:36,376 Kamu ganggu tumpuan saya. 177 00:13:36,459 --> 00:13:40,001 Empat dan sifar. 178 00:13:40,084 --> 00:13:44,418 $794,840. 179 00:13:46,418 --> 00:13:48,376 Kenapa bahagian ini sangat sukar? 180 00:13:48,459 --> 00:13:51,876 Dah memang begitu. Awak boleh sambung kerja ini esok. 181 00:13:53,709 --> 00:13:57,209 Kita sebenarnya tak perlu kerja pun. 182 00:13:57,293 --> 00:14:00,876 - Apa? - Maksud saya, kita boleh lepak. 183 00:14:00,959 --> 00:14:02,709 Ingat malam itu dengan David? 184 00:14:02,793 --> 00:14:05,209 Malam itu sangat menyeronokkan. 185 00:14:05,293 --> 00:14:08,668 Kita bawa mayat ke hulu ke hilir. Awak pula meroyan emosi. 186 00:14:08,751 --> 00:14:12,209 Tambahan lagi, but kereta saya masih tercemar. 187 00:14:12,293 --> 00:14:14,459 Tapi, tanpa semua itu. 188 00:14:14,543 --> 00:14:15,876 Tiada mayat? 189 00:14:15,959 --> 00:14:17,334 Tiada mayat. 190 00:14:18,834 --> 00:14:19,751 Minuman? 191 00:14:19,834 --> 00:14:21,793 Di bar? Alahai, tidak. 192 00:14:21,876 --> 00:14:23,209 Saya lebih rela tidur. 193 00:14:24,001 --> 00:14:27,084 Terlalu banyak orang gila di satu tempat. 194 00:14:27,168 --> 00:14:30,084 - Nak buat apa-apa pun susah. - Ya. 195 00:14:32,334 --> 00:14:34,918 Kalaulah ada tempat yang macam pejabat. 196 00:14:35,001 --> 00:14:37,584 Senyap, tiada apa-apa di luar sana. 197 00:14:38,584 --> 00:14:41,084 Kawan-kawan. Saya tahu satu tempat. 198 00:14:41,918 --> 00:14:43,543 Rumah yang jauh dari rumah. 199 00:14:43,626 --> 00:14:47,751 Tempat kasual, penuh dengan perkara unik, 200 00:14:47,834 --> 00:14:51,376 banyak tempat duduk yang selesa dan minuman tanpa had. 201 00:14:51,459 --> 00:14:52,543 Paling seronok… 202 00:14:52,626 --> 00:14:55,751 Adakah ia dekat? Saya akan ikut jika ia dekat. 203 00:14:55,834 --> 00:14:57,876 Ia dekat sini saja. 204 00:14:57,959 --> 00:14:59,459 Baiklah, awak bawa kami. 205 00:14:59,543 --> 00:15:00,709 Seronoknya! 206 00:15:00,793 --> 00:15:02,793 Hei! Boleh saya ikut? 207 00:15:02,876 --> 00:15:04,293 Bunyinya macam seronok. 208 00:15:05,543 --> 00:15:07,251 - Baiklah. - Ya. 209 00:15:07,334 --> 00:15:09,418 Bagus. Saya ambil barang saya. 210 00:15:09,501 --> 00:15:12,793 Tolonglah, saya tak mahu bawa mayat dia dalam kereta. 211 00:15:16,751 --> 00:15:18,376 Wah, Carol. 212 00:15:18,459 --> 00:15:21,209 Kalau tahu awak boleh buat Appletini begini, 213 00:15:21,293 --> 00:15:24,084 kita pasti dah lepak bersama dari awal. 214 00:15:25,876 --> 00:15:27,418 Apa nak dikata? 215 00:15:27,501 --> 00:15:28,626 Saya tak tahu. 216 00:15:28,709 --> 00:15:30,251 Saya ada bakat. 217 00:15:30,334 --> 00:15:32,209 Carol dah mabuk. 218 00:15:33,793 --> 00:15:35,543 Kita patut lepak lebih kerap. 219 00:15:35,626 --> 00:15:38,209 Ya! Setiap minggu pun boleh. 220 00:15:38,293 --> 00:15:39,251 Saya setuju. 221 00:15:39,834 --> 00:15:41,418 Saya sayang kamu semua. 222 00:15:41,501 --> 00:15:42,501 Ya. 223 00:15:42,584 --> 00:15:45,084 Bunyinya macam kita akan lepak nanti. 224 00:16:00,834 --> 00:16:03,584 Ia dipanggil "Applebee's." 225 00:16:03,668 --> 00:16:06,209 Applebee's? Sekejap, bukankah ia… 226 00:16:07,793 --> 00:16:09,668 Para Terry. 227 00:16:18,126 --> 00:16:20,001 Saya pernah jumpa mereka? 228 00:16:29,584 --> 00:16:31,584 Chloe! 229 00:16:31,668 --> 00:16:33,418 Carol! 230 00:16:33,501 --> 00:16:36,293 Maaf. Saya memang di sini. Saya keluar untuk… 231 00:16:36,376 --> 00:16:37,918 Patrick! 232 00:16:50,084 --> 00:16:52,501 PUKUL 5:00 DI SUATU TEMPAT 233 00:16:52,584 --> 00:16:53,918 Andrew! 234 00:17:01,376 --> 00:17:03,251 Heather! Ambil alih. 235 00:17:03,334 --> 00:17:05,459 Tangan saya dah lenguh. 236 00:17:06,209 --> 00:17:08,293 Soalan seterusnya. 237 00:17:08,376 --> 00:17:11,209 "Apa kita panggil sekawanan ayam belanda?" 238 00:17:12,626 --> 00:17:15,709 Pekerja 9-5, saya nampak kamu cuba menipu. 239 00:17:15,793 --> 00:17:17,584 Duduk. 240 00:17:20,209 --> 00:17:21,501 Siapa suka taco? 241 00:17:30,043 --> 00:17:34,501 Sudah lama kami mencari hati kami 242 00:17:35,543 --> 00:17:38,001 Kami berdua sedar… 243 00:17:40,584 --> 00:17:41,709 Minum. 244 00:17:41,793 --> 00:17:43,918 Demi masa riang ria. 245 00:17:44,001 --> 00:17:45,459 Demi masa riang ria. 246 00:18:03,543 --> 00:18:07,251 Wahai pendengar, maaf atas apa yang anda nak dengar. 247 00:18:07,334 --> 00:18:10,584 Percayalah, saya memulakan siasatan ini 248 00:18:10,668 --> 00:18:12,584 dengan niat paling murni, 249 00:18:12,668 --> 00:18:17,459 untuk mengenal pasti ancaman eksistensial kepada pejabat kami dan singkirkannya. 250 00:18:19,709 --> 00:18:22,293 Dalam usaha ini, saya telah gagal. 251 00:18:23,584 --> 00:18:28,209 Apabila saya mula-mula belajar tentang "masa riang ria", 252 00:18:29,001 --> 00:18:30,834 saya tak percaya. 253 00:18:32,293 --> 00:18:36,251 - Pukul berapa awak pergi malam ini? - Selepas kerja. Tak sabarnya. 254 00:18:37,043 --> 00:18:39,459 Jadi saya nekad untuk melihatnya sendiri. 255 00:18:42,793 --> 00:18:46,668 Wahai pendengar, susah nak gambarkan apa yang saya nampak di sana. 256 00:18:47,543 --> 00:18:48,834 Pada dasarnya, 257 00:18:48,918 --> 00:18:52,918 mereka cuma sekumpulan pekerja yang berseronok di bar dan gril, 258 00:18:53,626 --> 00:18:55,293 tapi ia lebih daripada itu. 259 00:18:55,959 --> 00:18:57,918 Tempat itu mempunyai perasaan. 260 00:18:58,834 --> 00:19:00,334 Sebuah kekuatan. 261 00:19:03,418 --> 00:19:06,251 Pejabat boleh selamat jika ia dihentikan. 262 00:19:06,334 --> 00:19:08,168 SM! 263 00:19:10,168 --> 00:19:13,168 Tapi bukan itu yang berlaku. 264 00:19:14,126 --> 00:19:16,584 Mulanya saya cuma nak bergaul. 265 00:19:16,668 --> 00:19:19,084 Itu sememangnya mustahil. 266 00:19:19,834 --> 00:19:22,793 Di pejabat, saya rasa mudah untuk sembunyikan nama, 267 00:19:22,876 --> 00:19:25,751 satu lagi strategi di dalam mesin Gangguan. 268 00:19:27,626 --> 00:19:32,126 Tapi di sini dalam Elysium pelik ciptaan Cik Kohl, 269 00:19:32,209 --> 00:19:34,126 semua orang ada nama. 270 00:19:34,209 --> 00:19:35,876 Semua orang dikenali. 271 00:19:35,959 --> 00:19:37,584 Semua orang macam keluarga. 272 00:19:39,168 --> 00:19:43,209 Lama-kelamaan, walaupun saya gigih mahu sabotaj mereka, 273 00:19:43,293 --> 00:19:45,001 saya terpalit bersama. 274 00:19:45,084 --> 00:19:48,918 Saya beritahu diri saya untuk mengenali mereka kerana penyiasatan. 275 00:19:50,043 --> 00:19:52,543 Main bingo untuk penyiasatan. 276 00:19:53,168 --> 00:19:56,459 Bingo! Hebat! Saya dah bingo! 277 00:19:57,751 --> 00:20:00,334 Menyanyi karaoke untuk penyiasatan. 278 00:20:01,126 --> 00:20:05,459 Jangan kau lupa tentang aku 279 00:20:06,959 --> 00:20:09,501 Jangan 280 00:20:09,584 --> 00:20:13,751 Jangan kau lupa tentang aku 281 00:20:16,959 --> 00:20:19,209 Semasa kau berjalan 282 00:20:20,501 --> 00:20:22,959 Adakah kau akan seru namaku? 283 00:20:47,543 --> 00:20:52,876 Hakikatnya, saya kecundang dengan virus yang saya sedang berusaha singkirkan, 284 00:20:52,959 --> 00:20:57,251 virus yang sedang mengancam untuk memusnahkan Gangguan kami… 285 00:21:06,293 --> 00:21:08,209 Pertautan. 286 00:21:11,459 --> 00:21:14,334 - Macam ada masalah. - Mana laporan itu? 287 00:21:14,418 --> 00:21:16,876 - Kami mahu laporan itu. - Hampir siap. 288 00:21:16,959 --> 00:21:19,084 Faham tak kepentingannya? 289 00:21:19,168 --> 00:21:21,126 - Hantar sekarang! - Baiklah. 290 00:21:21,209 --> 00:21:22,918 Buruk imej semua orang. 291 00:21:23,001 --> 00:21:25,293 Awak dah buat kesilapan besar. 292 00:21:26,334 --> 00:21:27,543 Kesilapan besar. 293 00:21:33,418 --> 00:21:37,959 Masa riang ria sudah berlalu dua minggu sejak kekecohan itu berlaku. 294 00:21:42,001 --> 00:21:44,168 Berdasarkan penyiasatan saya, 295 00:21:44,251 --> 00:21:47,918 saya mendapati serangan histeria spontan 296 00:21:48,001 --> 00:21:49,834 di pejabat beberapa hari lalu 297 00:21:49,918 --> 00:21:53,501 sebenarnya bukan spontan tapi dicetuskan. 298 00:21:54,209 --> 00:21:58,751 Dicetuskan oleh tautan emosi yang dibentuk dalam kalangan pekerja pejabat ini. 299 00:21:59,793 --> 00:22:03,626 Bermula dengan Cik Kohl yang mengetahui nama rakan pejabat 300 00:22:03,709 --> 00:22:06,876 melarat kepada pembentukan sebuah komuniti. 301 00:22:09,043 --> 00:22:11,793 Sebuah komuniti yang saling menyayangi, 302 00:22:14,293 --> 00:22:17,001 yang memilih untuk saling ambil berat, 303 00:22:17,084 --> 00:22:23,251 walaupun keperitan mungkin berlaku disebabkan keadaan sekarang. 304 00:22:25,209 --> 00:22:28,751 Sekarang, pada tengah hari, apabila pekerja saling memandang, 305 00:22:28,834 --> 00:22:31,584 dia tak lagi nampak cuma kerani Akaun Piutang. 306 00:22:32,709 --> 00:22:34,168 Dia nampak Bruce. 307 00:22:36,376 --> 00:22:37,293 Atau Casey. 308 00:22:39,334 --> 00:22:40,543 Atau Amanda. 309 00:22:45,209 --> 00:22:47,584 Bukan sekadar rakan sekerja, tapi kawan. 310 00:22:48,584 --> 00:22:54,501 Kawan-kawan yang dia sedar dia bakal kehilangan satu hari nanti. 311 00:22:58,334 --> 00:23:02,209 Emosi ini akan bertambah teruk dalam bulan dan minggu mendatang, 312 00:23:02,834 --> 00:23:06,459 menanti masa untuk memusnahkan Gangguan. 313 00:23:07,376 --> 00:23:11,959 Pelindung kami terhadap kekeliruan sentimental dunia luar telah berkecai, 314 00:23:12,043 --> 00:23:13,834 rutin penting kami dibelenggu. 315 00:23:14,668 --> 00:23:17,501 Dendangan Keppler telah menembusi dinding ini, 316 00:23:17,584 --> 00:23:21,876 malah raungan mesin fotokopi tak mampu menenggelamkannya. 317 00:23:21,959 --> 00:23:25,626 Maka selepas itu, kesedihan dan kegilaan melanda, 318 00:23:26,793 --> 00:23:29,709 dan tak syak lagi punca segala masalah ini 319 00:23:29,793 --> 00:23:32,418 adalah angkara seorang… 320 00:23:34,293 --> 00:23:36,668 - Hai. - Hai. 321 00:23:36,751 --> 00:23:37,918 Maaf. 322 00:23:38,001 --> 00:23:41,501 Awak ikut tak kami melepak riang ria pada malam nanti? 323 00:23:43,209 --> 00:23:44,668 Tidak. Bukan malam ini. 324 00:23:45,668 --> 00:23:49,334 Okey. Kami rindukan awak beberapa minggu lepas. 325 00:23:51,084 --> 00:23:53,543 Okey. Selamat malam, Kathleen. 326 00:23:54,709 --> 00:23:56,209 Apa awak panggil saya? 327 00:23:56,293 --> 00:23:57,501 Kathleen. 328 00:23:57,584 --> 00:23:58,918 Itu nama awak, bukan? 329 00:23:59,668 --> 00:24:02,251 Oh, tidak! Saya salahkah? 330 00:24:03,418 --> 00:24:04,876 Tidak. 331 00:24:07,043 --> 00:24:08,501 Okey. 332 00:24:09,168 --> 00:24:11,501 Baiklah, jumpa esok. 333 00:24:30,751 --> 00:24:34,501 Itu mengakhiri kes HR nombor 7-sengkang… 334 00:24:35,501 --> 00:24:37,459 Ini mengakhiri penyiasatan saya. 335 00:24:38,293 --> 00:24:39,501 Buat pendengar, 336 00:24:39,584 --> 00:24:44,126 penelitian saya tentang pekerja Carol Daphne Kohl 337 00:24:44,209 --> 00:24:47,001 disertakan dalam laporan bertulis. 338 00:25:08,543 --> 00:25:11,084 Jadi, apa pendapat awak, Carol? 339 00:25:12,293 --> 00:25:14,126 Ini seronok. 340 00:25:15,959 --> 00:25:17,334 Tapi ia memang seronok. 341 00:25:19,126 --> 00:25:20,084 Betul. 342 00:25:25,418 --> 00:25:27,793 UNTUK PENGURUS SAHAJA 343 00:25:41,209 --> 00:25:43,918 Ada sesiapa hilang kunci kereta Honda? 344 00:25:44,709 --> 00:25:46,001 Terima kasih. 345 00:25:46,084 --> 00:25:50,126 Saya rasa kebanyakan orang tak perasan saya pakai subang. 346 00:25:52,543 --> 00:25:54,168 Selamat malam, Kathleen. 347 00:26:18,918 --> 00:26:21,001 Terjemahan sari kata oleh Jentayu