1 00:00:10,760 --> 00:00:12,846 GASOLIN 2 00:00:12,929 --> 00:00:14,639 Hei! 3 00:00:15,432 --> 00:00:16,808 Celaka! 4 00:00:17,809 --> 00:00:19,602 Jangan tinggalkan aku! 5 00:00:19,686 --> 00:00:21,146 Kau tak penatkah? 6 00:00:23,648 --> 00:00:24,983 Beratnya! 7 00:00:25,900 --> 00:00:27,944 Hei! 8 00:00:29,112 --> 00:00:30,780 Hoi, setan! Lepaskan aku! 9 00:00:30,864 --> 00:00:32,282 Kau nak buat apa? 10 00:00:32,866 --> 00:00:34,367 Apa setan itu buat? 11 00:00:41,583 --> 00:00:44,878 Kau berpakat dengan Cina tak guna itu, bukan? 12 00:00:44,961 --> 00:00:47,213 - Dengan lelaki Korea-Cina itu. - Apa? 13 00:00:47,797 --> 00:00:50,091 Itu yang kau kisahkan sekarang? 14 00:00:50,175 --> 00:00:53,970 Okey, aku akan beri kau duit itu. Percayalah cakap aku. 15 00:00:54,054 --> 00:00:57,891 Masalahnya, sebulan lagi baru aku dapat duit insurans itu. 16 00:00:57,974 --> 00:01:00,101 Tak! Beri aku seminggu saja! 17 00:01:00,185 --> 00:01:04,105 Fikir dulu. Kalau aku mati, macam mana kau nak dapat duit itu? 18 00:01:11,780 --> 00:01:14,866 Syarikat sewa kereta itu isi minyak penuh. 19 00:01:15,366 --> 00:01:17,827 Sakit pinggang aku angkat tong itu. 20 00:01:18,411 --> 00:01:19,412 Jangan bunuh aku. 21 00:01:20,205 --> 00:01:21,289 Tolonglah. 22 00:01:22,123 --> 00:01:23,875 - Tolonglah! - Hei! 23 00:01:24,375 --> 00:01:27,212 Hormatlah sikit! Jangan buat aku hilang sabar. 24 00:01:27,295 --> 00:01:30,173 Aku senior kau tiga tahun, tahu? 25 00:01:30,256 --> 00:01:31,549 Sekolah Tinggi Guhoe! 26 00:01:33,218 --> 00:01:34,427 Maaf, bang. 27 00:01:34,969 --> 00:01:36,346 Jangan bunuh aku, bang. 28 00:01:37,055 --> 00:01:39,808 Nampaknya, kau masih bodoh macam dulu. 29 00:01:39,891 --> 00:01:40,809 Cuba kau fikir. 30 00:01:40,892 --> 00:01:42,894 Dalam situasi sekarang ini, 31 00:01:43,645 --> 00:01:46,898 kau rasa logikkah aku nak lepaskan kau? 32 00:01:50,860 --> 00:01:56,491 Jangan bunuh aku! 33 00:02:01,246 --> 00:02:06,918 Tolong! Ada orang nak bunuh aku! 34 00:02:07,001 --> 00:02:10,672 Api! Tolong! 35 00:02:10,755 --> 00:02:12,132 - Barulah selesa. - Api! 36 00:02:12,215 --> 00:02:17,011 Api! 37 00:02:17,095 --> 00:02:18,930 Oh, ya! Cina tak guna itu. 38 00:02:20,598 --> 00:02:22,058 Padam api ini, setan! 39 00:02:22,142 --> 00:02:23,434 Diamlah, bodoh! 40 00:02:27,814 --> 00:02:29,524 Apa cerita kau di bawah sana? 41 00:02:45,665 --> 00:02:48,209 Aku tak buat apa-apa pun. 42 00:02:48,710 --> 00:02:52,797 Semuanya salah Cina tak guna itu, bang. 43 00:02:52,881 --> 00:02:54,132 Tolonglah. 44 00:02:54,841 --> 00:02:58,428 Aku tahu kau terdesak, tapi jangan sesuka hati fitnah orang. 45 00:03:04,100 --> 00:03:08,229 Tolonglah! Kasihanilah aku… 46 00:03:08,313 --> 00:03:09,606 Selamat tinggal. 47 00:03:26,748 --> 00:03:29,125 Aku takkan sia-siakan hidup kau. 48 00:03:42,931 --> 00:03:44,432 Haram jadah betul. 49 00:03:52,565 --> 00:03:54,025 Aku kena bertaubat. 50 00:04:29,102 --> 00:04:30,645 Sial! Tersepit pula. 51 00:05:08,516 --> 00:05:09,976 Maaf, encik. 52 00:05:11,894 --> 00:05:13,187 Aku okey. 53 00:05:14,605 --> 00:05:15,440 Jalan. 54 00:05:16,316 --> 00:05:17,942 Maaf, encik. 55 00:05:18,026 --> 00:05:19,277 Kita dah sampai. 56 00:05:53,353 --> 00:05:54,645 Rumahku syurgaku. 57 00:06:47,532 --> 00:06:50,910 KARMA 58 00:07:28,823 --> 00:07:29,657 Hei! 59 00:07:30,408 --> 00:07:31,701 Apa masalah awak? 60 00:07:43,212 --> 00:07:46,257 Kau memang keras kepala, doktor. 61 00:07:46,340 --> 00:07:48,134 Apa lagi kau nak cakap? 62 00:07:49,051 --> 00:07:50,386 Apa lagi? 63 00:07:51,596 --> 00:07:53,181 Aku masih tak boleh tidur 64 00:07:53,973 --> 00:07:55,141 disebabkan kau. 65 00:08:03,941 --> 00:08:06,068 Perempuan ini dah gila agaknya. 66 00:08:08,112 --> 00:08:09,197 Jalan. 67 00:08:46,651 --> 00:08:48,945 Awak kenal Park Jae-yeong? 68 00:08:51,531 --> 00:08:52,740 Seumur hidup awak… 69 00:08:54,825 --> 00:08:56,536 pernahkah awak benci sesiapa… 70 00:08:59,664 --> 00:09:01,332 sehingga rasa nak bunuh dia? 71 00:09:04,043 --> 00:09:05,586 Kenapa tanya macam itu? 72 00:09:05,670 --> 00:09:08,673 Kita semua pernah benci seseorang sampai tahap itu. 73 00:09:10,716 --> 00:09:11,551 Seseorang… 74 00:09:14,095 --> 00:09:16,013 yang buat kita jadi orang lain. 75 00:09:16,597 --> 00:09:19,350 Awak benci Park Jae-yeong? 76 00:09:27,358 --> 00:09:28,192 Taklah. 77 00:09:30,152 --> 00:09:31,237 Jangan risau. 78 00:09:32,321 --> 00:09:33,864 Mungkin saya silap orang. 79 00:09:36,993 --> 00:09:39,328 Saya susah hati kebelakangan ini, 80 00:09:40,288 --> 00:09:42,290 jadi saya asyik cakap bukan-bukan. 81 00:09:45,543 --> 00:09:47,920 Janganlah risau. Saya okey. 82 00:09:49,213 --> 00:09:50,631 Betul awak okey? 83 00:09:51,841 --> 00:09:53,676 Ya, saya okey. 84 00:09:55,928 --> 00:09:58,180 Awak kena ronda wad, bukan? 85 00:09:58,264 --> 00:09:59,682 Pergilah. 86 00:10:00,391 --> 00:10:04,353 Okey, saya masuk dulu. Cuaca sejuk. Jangan lama-lama di luar. 87 00:10:04,437 --> 00:10:05,396 Jumpa nanti. 88 00:10:46,771 --> 00:10:49,148 Tak guna. Ini bukan syurga. 89 00:11:06,207 --> 00:11:07,166 Inikah duit kau? 90 00:11:08,250 --> 00:11:09,752 Bodoh. 91 00:11:09,835 --> 00:11:11,754 Kau memang gila. 92 00:11:15,007 --> 00:11:17,093 Biar betul kau minum ini? 93 00:11:17,802 --> 00:11:19,345 Wain. 94 00:11:43,452 --> 00:11:44,704 Haram jadah betul! 95 00:11:46,080 --> 00:11:47,289 Kau buang abu rokok… 96 00:11:59,593 --> 00:12:00,761 Park Jae-yeong. 97 00:12:02,304 --> 00:12:05,725 "870823-1218…" 98 00:12:07,560 --> 00:12:10,604 "870823-1218531." 99 00:12:10,688 --> 00:12:11,689 Park Jae-yeong. 100 00:12:13,315 --> 00:12:16,110 870823-12… 101 00:12:17,737 --> 00:12:19,947 870823-1… 102 00:12:28,831 --> 00:12:35,838 BAB 6 KARMA 103 00:12:47,349 --> 00:12:51,061 LOKAR NARKOTIK 104 00:13:00,571 --> 00:13:03,657 FENTANIL 105 00:13:23,761 --> 00:13:26,764 Dr. Lee, saya baru nak telefon awak. 106 00:13:26,847 --> 00:13:29,350 Awak bayar saya tiga juta won lagi? 107 00:13:30,267 --> 00:13:32,478 Itu saja yang saya ada sekarang. 108 00:13:32,561 --> 00:13:35,105 Kenapa? Ada apa-apa jadikah? 109 00:13:37,691 --> 00:13:38,692 Saya nak awak… 110 00:13:40,986 --> 00:13:42,655 buat sesuatu untuk saya. 111 00:13:42,738 --> 00:13:45,407 Boleh, tiada masalah. Cakap saja. 112 00:13:45,491 --> 00:13:47,660 Kalau senang, tak perlu bayar pun. 113 00:13:48,160 --> 00:13:50,079 Jadi, awak nak saya buat apa? 114 00:13:52,998 --> 00:13:55,042 Permintaan saya agak besar, tapi… 115 00:14:16,021 --> 00:14:18,148 PENGURUS INSURANS 116 00:14:30,786 --> 00:14:32,788 Ya, Park Jae-yeong bercakap. 117 00:14:33,330 --> 00:14:35,207 Helo, Encik Park. Apa khabar? 118 00:14:35,708 --> 00:14:39,336 Sihat. Upacara pengebumian ayah saya baru selesai. 119 00:14:40,170 --> 00:14:42,131 Awak apa khabar? Sihat? 120 00:14:42,214 --> 00:14:43,883 Saya? Sihat macam biasa. 121 00:14:45,301 --> 00:14:47,845 - Saya nak beritahu… - Ya? 122 00:14:47,928 --> 00:14:51,891 …yang faedah kematian ayah awak dah didepositkan. 123 00:14:57,605 --> 00:15:00,649 Syukurlah. 124 00:15:01,317 --> 00:15:02,776 Ayah saya tentu… 125 00:15:04,403 --> 00:15:07,656 Terima kasih. Duit itu dah didepositkan, ya? 126 00:15:08,449 --> 00:15:11,952 Awak nak nombor akaun saya? Saya ada akaun baharu. 127 00:15:12,703 --> 00:15:14,997 Sebenarnya… 128 00:15:15,080 --> 00:15:16,582 - Ya? - Oh, Tuhan. Saya… 129 00:15:18,375 --> 00:15:21,045 Sebenarnya, ada masalah sikit. 130 00:15:21,587 --> 00:15:24,798 - Masalah? - Saya serba salah nak beritahu. 131 00:15:26,050 --> 00:15:30,054 Seminggu sebelum ayah awak, Encik Park Dong-sik, meninggal dunia, 132 00:15:30,137 --> 00:15:34,558 dia tukar nama penerima dalam polisi dia daripada awak kepada orang lain. 133 00:15:34,642 --> 00:15:38,896 Dia buat wasiat tanpa pengetahuan awak, jadi kami tak boleh buat apa-apa. 134 00:15:40,105 --> 00:15:46,111 Awak kena hubungi penerima itu dan bincang dengan mereka. 135 00:15:46,820 --> 00:15:49,573 - Sial. - Kami tak boleh buat apa-apa. 136 00:15:50,574 --> 00:15:52,117 Maafkan saya. 137 00:15:52,952 --> 00:15:55,579 Oh, Tuhan! 138 00:15:55,663 --> 00:15:57,373 - Alamak! - Hoi! Butakah? 139 00:15:57,456 --> 00:15:59,500 - Sial betul! - Habis kotor. 140 00:15:59,583 --> 00:16:01,919 Macam mana ini? 141 00:16:02,002 --> 00:16:03,963 - Habis kena kopi… - Tak apa. 142 00:16:04,046 --> 00:16:06,882 - Susah nak tanggalkan kesan kopi. - Tak apa. 143 00:16:06,966 --> 00:16:08,509 Saya minta maaf. 144 00:16:08,592 --> 00:16:10,636 - Maaf… - Cukup! Kau pekakkah? 145 00:16:11,720 --> 00:16:14,348 Saya minta maaf. Saya betul-betul minta maaf. 146 00:16:17,518 --> 00:16:18,352 Tunggu! 147 00:16:19,395 --> 00:16:22,189 Awak tercicir botol ini. 148 00:16:23,482 --> 00:16:24,817 TRAMADOL 149 00:16:36,370 --> 00:16:39,248 - Encik nak ke Guhoe, bukan? - Ya. Jalan. 150 00:16:39,331 --> 00:16:40,165 Baiklah. 151 00:16:46,755 --> 00:16:48,173 TRAMADOL 152 00:17:16,535 --> 00:17:17,703 GEREJA BESAR GUHOE 153 00:17:27,546 --> 00:17:28,464 Di mana mereka? 154 00:17:29,757 --> 00:17:30,966 Di mana semua orang? 155 00:17:32,551 --> 00:17:34,428 Di mana kau orang menyorok? 156 00:17:34,511 --> 00:17:37,389 Kau orang curi duit insurans aku! Keluar! 157 00:17:41,310 --> 00:17:42,811 Keluar! 158 00:17:42,895 --> 00:17:44,229 Keluar sekarang! 159 00:17:47,066 --> 00:17:48,650 Jangan sampai aku bakar… 160 00:17:52,696 --> 00:17:54,990 Awak tentu anak Park Dong-sik. 161 00:17:55,991 --> 00:17:57,159 Kaukah orangnya? 162 00:17:57,242 --> 00:17:58,702 Kau yang curi duit aku? 163 00:18:00,370 --> 00:18:03,540 Kau tentu tahu tujuan aku datang ke sini, bukan? 164 00:18:04,374 --> 00:18:08,837 Ayah awak pernah cakap awak akan datang selepas dia meninggal dunia. 165 00:18:08,921 --> 00:18:13,050 - Seronok menyundal dengan bapak aku? - Ayah awak baik orangnya. 166 00:18:13,550 --> 00:18:15,260 Orangnya sangat budiman. 167 00:18:15,344 --> 00:18:17,596 Lelaki budiman tak buang anak sendiri. 168 00:18:18,472 --> 00:18:21,475 Awak patut hormat keputusan ayah awak. 169 00:18:21,558 --> 00:18:23,602 Jangan ajar aku pasal hormat! 170 00:18:24,812 --> 00:18:27,898 Tak payah cakap banyak dan pulangkan saja duit aku. 171 00:18:29,191 --> 00:18:30,526 Kau bukan siapa-siapa, 172 00:18:30,609 --> 00:18:33,612 jadi kau langsung tak berhak ke atas duit bapak aku. 173 00:18:34,279 --> 00:18:35,239 Setuju? 174 00:18:36,740 --> 00:18:37,908 Maafkan saya. 175 00:18:38,826 --> 00:18:39,743 Apa? 176 00:18:39,827 --> 00:18:41,245 Dia wasiatkan duit itu 177 00:18:41,328 --> 00:18:44,998 untuk kegunaan gereja dan pesakit di pusat rehabilitasi kami. 178 00:18:45,833 --> 00:18:47,751 Itu keputusan dia dan… 179 00:18:51,130 --> 00:18:52,339 Dengar sini. 180 00:18:54,466 --> 00:18:58,804 Kau ingat aku ada masa nak berdebat dengan kau, hah? 181 00:18:58,887 --> 00:19:00,347 Aku pun sakit. 182 00:19:01,765 --> 00:19:02,683 Aku. 183 00:19:04,059 --> 00:19:06,687 Jangan cabar aku dan pulangkan saja duit itu. 184 00:19:07,729 --> 00:19:09,940 Duit yang bapak aku tinggalkan itu! 185 00:19:18,157 --> 00:19:21,952 Saya percaya anak saya takkan terima keputusan saya. 186 00:19:22,035 --> 00:19:24,496 Mungkin dia akan datang buat kecoh, 187 00:19:25,873 --> 00:19:30,085 tapi saya yakin satu hari nanti, dia akan bertaubat. 188 00:19:30,586 --> 00:19:33,088 Saya bersumpah yang saya sedar dan waras 189 00:19:33,964 --> 00:19:35,632 semasa rakaman ini dibuat. 190 00:19:43,515 --> 00:19:44,641 Sial betul. 191 00:19:46,685 --> 00:19:48,520 Kau orang anak-beranak memang… 192 00:20:04,870 --> 00:20:07,206 Hoi! Apa kau buat di sini? 193 00:20:08,498 --> 00:20:09,917 Apa kau buat di sini? 194 00:20:11,251 --> 00:20:12,461 Kau ikut aku? 195 00:20:14,463 --> 00:20:15,297 Hah? 196 00:20:17,966 --> 00:20:19,760 Kau memang betul-betul gila. 197 00:20:21,553 --> 00:20:22,387 Okey. 198 00:20:23,263 --> 00:20:26,058 Apa salah aku dengan kau? 199 00:20:26,808 --> 00:20:27,643 Jawablah. 200 00:20:28,560 --> 00:20:31,188 Jawablah! Aku betul-betul nak tahu. 201 00:20:36,401 --> 00:20:41,740 Kalau kau tak berani nak cakap, lupakannya saja dan jangan kacau aku. 202 00:20:43,867 --> 00:20:45,953 Aku korek biji mata kau baru tahu… 203 00:21:12,187 --> 00:21:13,438 Sial betul. 204 00:21:15,482 --> 00:21:16,775 Tunggulah nasib kau! 205 00:21:37,713 --> 00:21:40,424 Aku akan pastikan kau pulangkan duit aku. 206 00:22:09,494 --> 00:22:11,371 Aduh, sakitnya kepala aku! 207 00:22:36,813 --> 00:22:37,689 Sial. 208 00:22:57,584 --> 00:22:59,086 Tak guna! 209 00:23:10,889 --> 00:23:13,642 Aku terkena badi orang tua itukah? 210 00:23:22,859 --> 00:23:23,860 Sial betullah. 211 00:23:36,456 --> 00:23:38,458 Perempuan ini memang dah gila. 212 00:23:52,305 --> 00:23:54,099 Hei, perempuan gila. 213 00:23:55,392 --> 00:23:56,476 Okey, baiklah. 214 00:23:57,436 --> 00:24:02,691 Aku kagum dengan kesungguhan kau, jadi untuk kali pertama dalam hidup aku, 215 00:24:02,774 --> 00:24:04,568 aku akan bercakap benar. 216 00:24:04,651 --> 00:24:05,652 Dengar baik-baik. 217 00:24:09,739 --> 00:24:10,782 Sebenarnya, 218 00:24:12,159 --> 00:24:14,035 aku bukan Park Jae-yeong. 219 00:24:14,119 --> 00:24:15,829 Park Jae-yeong dah mati. 220 00:24:17,164 --> 00:24:19,458 Apa aku dapat kalau tipu kau? 221 00:24:19,541 --> 00:24:21,668 Aku tak kenal kau. 222 00:24:22,669 --> 00:24:26,882 Kau terjerit-jerit minta duit insurans ayah kau di gereja tadi. 223 00:24:27,716 --> 00:24:28,925 Anak Park Dong-sik… 224 00:24:30,802 --> 00:24:32,137 Kaulah Park Jae-yeong. 225 00:24:33,013 --> 00:24:34,264 Bukan. 226 00:24:35,474 --> 00:24:36,641 Tadi, aku… 227 00:24:39,227 --> 00:24:41,438 Macam mana aku nak cakap, hah? 228 00:24:46,985 --> 00:24:48,028 Tadi itu, aku… 229 00:24:49,529 --> 00:24:52,574 Aku bukan saja-saja minta duit itu. 230 00:24:52,657 --> 00:24:54,659 Faham? Puas hati kau? 231 00:24:55,202 --> 00:24:56,536 Aduh! 232 00:24:59,748 --> 00:25:01,458 Kau langsung tak berubah. 233 00:25:03,335 --> 00:25:04,419 Sama saja. 234 00:25:08,089 --> 00:25:12,093 Dari dulu sampai sekarang, kau masih setan bertopengkan manusia. 235 00:25:15,263 --> 00:25:16,431 Kurang ajar! 236 00:25:18,308 --> 00:25:21,102 Aku bukan dia, faham? 237 00:25:22,187 --> 00:25:23,104 Aku bukan dia. 238 00:25:24,648 --> 00:25:26,107 Aku bukan dia. 239 00:25:26,191 --> 00:25:27,317 Kenapa kau 240 00:25:28,360 --> 00:25:29,528 susah sangat 241 00:25:30,737 --> 00:25:31,863 nak faham bahasa? 242 00:25:32,989 --> 00:25:34,282 Park Jae-yeong… 243 00:25:34,991 --> 00:25:36,451 Tak guna. 244 00:25:59,641 --> 00:26:01,935 Aku takkan puas selagi kau belum mati. 245 00:26:10,235 --> 00:26:11,653 Ju-yeon! 246 00:26:17,659 --> 00:26:19,160 Apa awak buat di sini? 247 00:26:20,537 --> 00:26:21,788 Jangan dekat! 248 00:26:22,455 --> 00:26:24,874 - Jangan dekat. - Awak nak buat apa? 249 00:26:24,958 --> 00:26:26,710 Ini bukan urusan awak. 250 00:26:28,086 --> 00:26:28,920 Pergi. 251 00:26:29,004 --> 00:26:32,924 Jangan, Ju-yeon. Kalau awak bunuh dia, awak yang rugi. 252 00:26:35,927 --> 00:26:37,178 Doktor. 253 00:26:40,724 --> 00:26:42,851 Percayalah, aku tak tahu apa-apa. 254 00:26:44,561 --> 00:26:45,812 Saya tak peduli. 255 00:26:51,401 --> 00:26:52,777 Saya dah tahu semuanya. 256 00:26:56,740 --> 00:26:58,742 Saya dah tahu pasal kejadian itu. 257 00:27:00,452 --> 00:27:01,578 Apa maksud awak? 258 00:27:01,661 --> 00:27:05,832 Saya minta kawan saya siasat latar belakang Park Jae-yeong. 259 00:27:06,833 --> 00:27:11,630 Saya nak tahu kenapa awak susah hati dan asyik cakap bukan-bukan. 260 00:27:14,132 --> 00:27:15,133 Saya minta maaf. 261 00:27:19,804 --> 00:27:21,931 Kalau macam itu, jangan halang saya. 262 00:27:23,767 --> 00:27:26,353 - Awak dah faham, bukan? - Saya faham. 263 00:27:26,853 --> 00:27:30,315 Kalau ikut hati, saya sendiri nak bunuh dia. 264 00:27:31,983 --> 00:27:34,361 Ingat balik semua kesengsaraan awak. 265 00:27:36,029 --> 00:27:38,823 Jangan hancurkan hidup awak kerana dia. 266 00:27:39,574 --> 00:27:41,034 Dengar dulu. Aku… 267 00:27:44,829 --> 00:27:47,248 Tolonglah, Ju-yeon. Kita balik, ya? 268 00:28:24,369 --> 00:28:26,413 Hidup kau penuh warna-warni. 269 00:28:27,956 --> 00:28:29,541 Dr. Lee Ju-yeon. 270 00:29:01,865 --> 00:29:02,949 Kau… 271 00:29:07,120 --> 00:29:08,997 Aku akan ingat kau sampai mati. 272 00:29:23,261 --> 00:29:25,680 SEMOGA BERJUMPA LAGI GUHOE BANDAR CERIA 273 00:29:40,528 --> 00:29:43,156 GEREJA BESAR GUHOE 274 00:30:05,970 --> 00:30:07,597 Ke mana mereka pergi? 275 00:30:23,279 --> 00:30:25,532 Celaka betul. 276 00:30:33,456 --> 00:30:35,959 Tempat apa ini? 277 00:30:36,793 --> 00:30:39,963 PAK CIK 278 00:30:49,097 --> 00:30:49,931 Helo? 279 00:30:51,933 --> 00:30:52,767 Sekarang? 280 00:30:54,811 --> 00:30:55,937 Saya sibuk. 281 00:30:57,605 --> 00:30:59,107 Okey, nanti saya telefon. 282 00:31:07,156 --> 00:31:08,116 Ada apa? 283 00:31:10,910 --> 00:31:13,955 Saudara saya sakit. 284 00:31:17,458 --> 00:31:18,835 Pergilah tengok dia. 285 00:31:21,838 --> 00:31:22,922 Esok sajalah. 286 00:31:24,382 --> 00:31:25,925 Saya teman awak malam ini. 287 00:31:29,220 --> 00:31:31,723 Kalau saudara awak sakit, awak kena balik. 288 00:31:32,473 --> 00:31:33,308 Pergilah. 289 00:31:35,435 --> 00:31:36,519 Tapi… 290 00:31:38,730 --> 00:31:40,231 Saya okey. 291 00:31:41,065 --> 00:31:42,650 Pergilah tengok dia. 292 00:32:01,210 --> 00:32:03,254 SUSPEK PEMBUNUHAN GUHOE DNA TAK DITEMUI 293 00:32:03,338 --> 00:32:05,632 LAPORAN KES ARSON-PEMBUNUHAN BANGUNAN TERBIAR GUHOE 294 00:32:07,926 --> 00:32:10,637 BANGUNAN TERBIAR SELEPAS KEBAKARAN 295 00:32:13,056 --> 00:32:15,892 Cepat siapkan. Kita kena hantar laporan itu esok. 296 00:32:16,392 --> 00:32:18,436 Tuan baliklah. Saya boleh siapkan. 297 00:32:18,519 --> 00:32:20,480 Tak apa. Nah, minum ini. 298 00:32:21,230 --> 00:32:22,357 Terima kasih. 299 00:32:25,068 --> 00:32:25,902 Selepas itu? 300 00:32:25,985 --> 00:32:28,988 Apabila saya sedar dan buka mata, 301 00:32:29,072 --> 00:32:31,032 saya dah ada di situ. 302 00:32:31,115 --> 00:32:32,367 Di mana sebenarnya? 303 00:32:32,867 --> 00:32:35,411 Saya diikat pada kerusi. 304 00:32:35,995 --> 00:32:38,247 Boleh cerita dengan lebih terperinci? 305 00:32:39,248 --> 00:32:41,167 Saya nampak dua lelaki bergaduh. 306 00:32:41,876 --> 00:32:42,710 Berhenti. 307 00:32:44,337 --> 00:32:45,254 Patah balik. 308 00:32:47,840 --> 00:32:51,094 Apabila saya sedar dan buka mata, saya dah ada di situ. 309 00:32:51,177 --> 00:32:52,053 PELAN LANTAI 310 00:32:52,804 --> 00:32:54,347 Di mana sebenarnya? 311 00:32:54,430 --> 00:32:57,517 Saya diikat pada kerusi. 312 00:32:59,310 --> 00:33:01,938 Nanti dulu. Dia diikat pada kerusi? 313 00:33:06,484 --> 00:33:08,361 Dah dapat identiti mangsa? 314 00:33:08,444 --> 00:33:11,990 Mayat-mayat itu rentung. 315 00:33:12,073 --> 00:33:15,076 Analisis penuh DNA dan perbandingan rekod pergigian 316 00:33:15,159 --> 00:33:17,704 akan ambil masa dua hingga empat minggu. 317 00:33:18,663 --> 00:33:19,872 Mana Park Jae-yeong? 318 00:33:38,766 --> 00:33:40,560 Tolonglah buka. 319 00:34:11,924 --> 00:34:12,925 Apa jadah… 320 00:34:40,536 --> 00:34:42,580 Oh, Tuhan! 321 00:34:42,663 --> 00:34:45,792 - Sial betul! - Habis kotor. 322 00:34:45,875 --> 00:34:48,920 Macam mana ini? Susah nak tanggalkan kesan kopi. 323 00:34:49,003 --> 00:34:51,172 - Maaf… - Cukup! Kau pekakkah? 324 00:34:51,255 --> 00:34:53,257 Saya minta maaf. 325 00:34:59,347 --> 00:35:00,264 Tunggu! 326 00:35:01,057 --> 00:35:02,975 Awak tercicir botol ini. 327 00:35:05,019 --> 00:35:08,231 Betina itu betul-betul nak kenakan aku! 328 00:35:27,333 --> 00:35:28,459 Betina tak guna. 329 00:35:38,344 --> 00:35:40,680 Ya, Park Jae-yeong bercakap. 330 00:35:40,763 --> 00:35:43,891 Saya Detektif Kang Yeong-sik. Awak ada di rumah? 331 00:35:47,228 --> 00:35:48,604 Ya. Kenapa? 332 00:35:49,188 --> 00:35:53,067 Kami nak ambil keterangan awak sebagai saksi. 333 00:35:53,151 --> 00:35:55,194 Boleh datang ke balai sekarang? 334 00:36:00,616 --> 00:36:02,326 Dah lewat. 335 00:36:03,286 --> 00:36:04,370 Esok saya datang. 336 00:36:07,123 --> 00:36:08,124 Dia ada di rumah. 337 00:36:08,916 --> 00:36:10,209 - Pecut. - Baik, tuan. 338 00:36:28,060 --> 00:36:28,895 Celaka! 339 00:36:41,282 --> 00:36:42,533 Park Jae-yeong. 340 00:37:00,635 --> 00:37:03,346 MANISNYA ALAM PERSEKOLAHAN SEKOLAH TINGGI GUHOE 341 00:37:03,429 --> 00:37:04,430 Apa benda ini? 342 00:37:22,156 --> 00:37:24,367 LEE JU-YEON TAHUN PERTAMA, KELAS 3 343 00:37:45,513 --> 00:37:46,973 - Minum! - Datang pun! 344 00:37:47,056 --> 00:37:49,267 Seriuslah? 345 00:37:51,978 --> 00:37:55,648 Apa cerita? Kenapa tuan puteri bermuram durja? 346 00:37:57,024 --> 00:37:58,192 Di sekolah… 347 00:38:00,361 --> 00:38:02,655 Ada seekor betina ini buat aku marah. 348 00:38:03,239 --> 00:38:04,073 Yakah? 349 00:38:05,241 --> 00:38:06,075 Siapa dia? 350 00:38:09,745 --> 00:38:11,414 Betina ini. 351 00:38:11,497 --> 00:38:14,041 Macam mana aku nak ajar dia, ya? 352 00:38:14,542 --> 00:38:15,626 "Lee Ju-yeon"? 353 00:38:16,419 --> 00:38:17,461 Tak kenal pun. 354 00:38:18,045 --> 00:38:20,172 Kau tak kenal budak nerda macam dia. 355 00:38:22,591 --> 00:38:23,843 Cantiknya dia. 356 00:38:25,761 --> 00:38:27,596 Kau nak tolong aku ajar dia? 357 00:38:27,680 --> 00:38:30,433 Aku dah habis sekolah. 358 00:38:30,516 --> 00:38:31,559 Tak boleh. 359 00:38:31,642 --> 00:38:34,061 Aku ada rekod juvana. Kena jaga perangai. 360 00:38:35,396 --> 00:38:39,525 Kalau macam itu, apa aku nak buat? Sial betullah. 361 00:38:39,608 --> 00:38:43,779 Ramai budak lelaki miang di sekolah itu. Mereka boleh ajar dia. 362 00:38:44,363 --> 00:38:46,157 Mereka semua penakut. 363 00:38:47,199 --> 00:38:48,159 Tak guna. 364 00:38:50,536 --> 00:38:51,370 Hei, Yu-jeong. 365 00:38:52,246 --> 00:38:57,043 Semua lelaki di dunia ini automatik akan jadi berani sebab perempuan. 366 00:38:57,543 --> 00:39:00,379 Percayalah, macam lalat hurung tahi. 367 00:39:32,286 --> 00:39:33,454 Tak guna. 368 00:39:38,626 --> 00:39:42,922 Park Jae-yeong? 369 00:39:43,506 --> 00:39:44,757 Tak guna. 370 00:39:45,341 --> 00:39:46,300 Park Jae-yeong! 371 00:39:49,428 --> 00:39:50,971 Ke tepi. 372 00:40:18,999 --> 00:40:21,001 Detektif Choi, tengok ini. 373 00:40:23,504 --> 00:40:24,547 Ubat tahan sakit. 374 00:40:24,630 --> 00:40:28,801 - Laporan analisis DNA Park dah keluar? - Dah, tuan. 375 00:40:28,884 --> 00:40:31,595 - Telefon forensik sekarang. - Baik, tuan. 376 00:40:31,679 --> 00:40:35,141 Kita akan tahu identiti dia selepas bandingkan sampel DNA. 377 00:40:48,112 --> 00:40:49,864 BAS LAPANGAN TERBANG AKAN TIBA 378 00:41:12,011 --> 00:41:13,429 Oh, Tuhan. 379 00:41:25,608 --> 00:41:29,195 "Tahniah! Harinya dah tiba." 380 00:41:30,488 --> 00:41:31,322 Apa jadah… 381 00:41:33,616 --> 00:41:35,242 Hari ini hari jadi diakah? 382 00:41:37,536 --> 00:41:38,370 Tahniah… 383 00:42:05,356 --> 00:42:06,941 Apa ini? 384 00:42:07,024 --> 00:42:09,360 Kau orang ini siapa? 385 00:42:30,089 --> 00:42:33,759 JU-YEON 386 00:42:43,227 --> 00:42:45,104 JU-YEON 387 00:42:47,106 --> 00:42:48,023 Ya? 388 00:42:48,107 --> 00:42:49,775 Dah jumpa saudara awak? 389 00:42:53,070 --> 00:42:55,781 Mereka dalam perjalanan. Saya tunggu mereka. 390 00:42:56,907 --> 00:42:58,242 Sejak hari itu… 391 00:43:00,369 --> 00:43:02,371 setiap malam saya mimpi yang sama. 392 00:43:05,457 --> 00:43:07,084 Saya mimpi Park Jae-yeong. 393 00:43:12,464 --> 00:43:13,549 Dalam mimpi itu… 394 00:43:15,884 --> 00:43:17,261 saya tikam leher dia… 395 00:43:19,263 --> 00:43:20,389 berkali-kali. 396 00:43:24,768 --> 00:43:26,979 Saya dah bunuh dia beribu-ribu kali… 397 00:43:30,983 --> 00:43:33,110 tapi saya tak gembira… 398 00:43:36,196 --> 00:43:37,823 walaupun sesaat. 399 00:43:44,163 --> 00:43:46,665 Itulah saya rasa kalau saya tikam dia tadi. 400 00:43:50,919 --> 00:43:52,463 Saya rasa bersalah 401 00:43:54,173 --> 00:43:55,841 kerana halang awak. 402 00:43:56,967 --> 00:43:58,344 Saya yang pilih… 403 00:44:01,555 --> 00:44:03,641 jadi awak tak perlu rasa bersalah. 404 00:44:05,434 --> 00:44:06,810 Saya pun sama. 405 00:44:10,189 --> 00:44:13,025 Okey, jangan fikir lagi. Rehatlah. 406 00:44:14,526 --> 00:44:15,944 Kita jumpa esok. 407 00:44:16,445 --> 00:44:17,279 Okey. 408 00:44:18,364 --> 00:44:20,824 - Saya harap saudara awak okey. - Okey. 409 00:46:32,080 --> 00:46:35,667 Awak dah jumpa orang yang awak suruh saya siasat itu? 410 00:46:36,919 --> 00:46:38,962 Ya, terima kasih tolong saya. 411 00:46:39,463 --> 00:46:40,839 Sama-sama. 412 00:46:40,923 --> 00:46:43,592 Saya dengar ini hari terakhir awak. 413 00:46:45,636 --> 00:46:47,012 - Ya. - Kenapa? 414 00:46:47,638 --> 00:46:50,265 - Saya bayar sikit sangatkah? - Taklah. 415 00:46:51,433 --> 00:46:54,144 - Saya nak cuci tangan. - Saya faham. 416 00:46:54,228 --> 00:46:57,523 Sampai bila awak nak buat kerja ini? 417 00:46:57,606 --> 00:47:01,485 Tapi dengan duit inilah, saya bayar hutang kolej dan simpan duit. 418 00:47:02,903 --> 00:47:04,696 Berkat kerja keras awak. 419 00:47:05,864 --> 00:47:09,993 Kalau ada apa-apa, telefon saja. Kita dah macam kawan, okey? 420 00:47:10,786 --> 00:47:11,620 Okey. 421 00:47:12,871 --> 00:47:16,250 Ini hadiah untuk awak. 422 00:47:18,001 --> 00:47:18,836 Terima kasih. 423 00:47:20,128 --> 00:47:21,129 Semoga maju jaya. 424 00:47:25,259 --> 00:47:26,260 Oh, ya! 425 00:47:27,094 --> 00:47:31,431 Saya nak awak ambil semua organ daripada spesimen hari ini. 426 00:47:31,932 --> 00:47:34,560 Dah selesai nanti, kami tetap akan bunuh dia. 427 00:48:38,081 --> 00:48:39,791 Tengoklah pengakhiran kau… 428 00:48:42,377 --> 00:48:43,337 Park Jae-yeong. 429 00:48:58,685 --> 00:48:59,811 Terima kasih. 430 00:49:01,355 --> 00:49:05,317 Kau dah salah faham. Kalau kau lepaskan aku… 431 00:49:05,817 --> 00:49:08,695 - Aku bukan Park Jae-yeong. - Habis, siapa kau? 432 00:49:09,363 --> 00:49:10,197 Nama aku 433 00:49:11,907 --> 00:49:13,367 Kim Beom-jun. 434 00:49:14,952 --> 00:49:16,203 Kim Beom-jun. 435 00:49:16,703 --> 00:49:22,334 841207-1081227. 436 00:49:22,417 --> 00:49:26,964 Kau dah lupa apa kau cakap di hospital hari itu? 437 00:49:29,591 --> 00:49:30,425 Apa yang aku… 438 00:49:37,182 --> 00:49:39,101 Apa doktor buat di sini? 439 00:49:39,768 --> 00:49:40,769 Doktor. 440 00:49:43,814 --> 00:49:45,357 Jangan bunuh saya. 441 00:49:45,857 --> 00:49:48,276 Kau sendiri mengaku hari itu. 442 00:49:53,907 --> 00:49:54,741 Sebenarnya… 443 00:49:55,867 --> 00:50:00,330 Panjang ceritanya. Tolonglah dengar penjelasan saya… 444 00:50:00,414 --> 00:50:03,083 Setan macam kau takkan pernah jujur. 445 00:50:04,501 --> 00:50:06,712 Kau cuma pandai menipu. 446 00:50:07,796 --> 00:50:11,341 Percayalah cakap saya. Doktor dah silap orang. Saya… 447 00:50:11,842 --> 00:50:14,845 Hoi, bodoh! Pandang aku, bodoh! 448 00:50:22,019 --> 00:50:23,687 Puki mak kau. 449 00:50:37,492 --> 00:50:39,369 Biasanya aku akan bius… 450 00:50:41,747 --> 00:50:43,373 tapi kau istimewa sikit. 451 00:50:43,457 --> 00:50:45,208 Jangan bunuh aku. 452 00:50:45,292 --> 00:50:46,418 Tolonglah… 453 00:50:49,087 --> 00:50:53,550 Inilah saat yang aku tunggu-tunggu sejak kali pertama nampak kau. 454 00:50:54,051 --> 00:50:55,552 Apa? Kau nak buat apa? 455 00:50:56,053 --> 00:50:58,555 Ada hikmahnya aku buat kerja ini. 456 00:51:01,058 --> 00:51:04,895 Kenapa kau buat aku macam ini? 457 00:51:07,522 --> 00:51:08,648 Kenapa? 458 00:51:11,151 --> 00:51:15,322 Anggaplah ini karma atas dosa-dosa kau. 459 00:52:13,839 --> 00:52:16,216 - Lena tidur semalam? - Ya. 460 00:52:16,842 --> 00:52:18,260 Saya tak mimpi. 461 00:52:19,344 --> 00:52:20,387 Syukurlah. 462 00:52:23,014 --> 00:52:24,558 Saudara awak okey? 463 00:52:26,893 --> 00:52:27,727 Ya. 464 00:52:28,603 --> 00:52:31,356 Dia dah sihat. Saya tak perlu rawat dia lagi. 465 00:52:34,860 --> 00:52:35,986 Syukurlah. 466 00:52:38,321 --> 00:52:39,948 Nak keluar makan malam ini? 467 00:52:48,415 --> 00:52:50,208 Dah lama saya tak balik rumah. 468 00:52:51,960 --> 00:52:53,545 Saya nak jumpa ibu saya. 469 00:52:55,463 --> 00:52:56,298 Okey. 470 00:53:10,937 --> 00:53:11,771 Ju-yeon. 471 00:53:14,608 --> 00:53:16,318 Semuanya akan baik-baik saja. 472 00:53:20,155 --> 00:53:20,989 Terima kasih. 473 00:53:50,810 --> 00:53:52,479 Mesin ini telan duit aku. 474 00:53:53,855 --> 00:53:55,649 Kenapa tak keluar-keluar? 475 00:53:55,732 --> 00:53:56,566 Apa jadah… 476 00:54:07,160 --> 00:54:09,621 Wah, hebatnya awak! 477 00:54:11,122 --> 00:54:14,626 - Tin tersekat di sini. - Mesin jaja pun awak pandai baiki. 478 00:54:15,710 --> 00:54:17,254 Apa awak buat di hospital? 479 00:54:18,421 --> 00:54:24,803 Ada ramai prospek klien di sini. Saya nak promosikan agensi saya. 480 00:54:26,763 --> 00:54:30,475 Awak nak apa-apa? Doktor boleh minum air tinkah? 481 00:54:30,558 --> 00:54:32,269 Awak tunggu saya, bukan? 482 00:54:34,437 --> 00:54:36,773 Ada perkembangan pasal kes awak. 483 00:54:38,483 --> 00:54:42,320 Kalau tak selesa cakap di sini, kita boleh cakap di tempat lain. 484 00:54:44,948 --> 00:54:45,907 Tak apa. 485 00:54:47,575 --> 00:54:49,035 Saya tak nak tahu. 486 00:54:50,245 --> 00:54:51,079 Tapi… 487 00:54:51,162 --> 00:54:53,331 Saya tak nak tahu apa-apa lagi. 488 00:54:57,961 --> 00:54:58,920 Baiklah. 489 00:54:59,629 --> 00:55:02,215 Kami gembira asalkan klien kami gembira. 490 00:55:02,799 --> 00:55:05,176 - Terima kasih. - Terima kasih kembali. 491 00:55:05,260 --> 00:55:06,094 Jaga diri. 492 00:55:15,478 --> 00:55:17,147 LAPORAN ANALISIS DNA 493 00:55:31,619 --> 00:55:34,789 SAMPEL DNA DI KERETA DAN BOTOL PIL TIDAK SEPADAN 494 00:55:34,873 --> 00:55:37,959 DUA INDIVIDU BERBEZA, PARK JAE-YEONG DAN KIM BEOM-JUN 495 00:59:24,143 --> 00:59:29,148 Terjemahan sari kata oleh Saffura