1 00:00:16,120 --> 00:00:18,360 Saya bukannya seorang yang ganas. 2 00:00:19,400 --> 00:00:20,360 Tapi sebaliknya. 3 00:00:22,360 --> 00:00:25,160 Saya tak pernah bergaduh sepanjang hidup saya. 4 00:00:26,280 --> 00:00:29,080 Saya membunuh kali pertama pada usia 42 tahun. 5 00:00:31,760 --> 00:00:35,720 Pada minggu berikutnya, jumlahnya hampir mencecah enam orang. 6 00:00:36,680 --> 00:00:38,720 Tapi ia dibuat dengan niat baik. 7 00:00:38,800 --> 00:00:43,200 Ia akibat logik pendekatan baru saya yang lebih peka terhadap kehidupan 8 00:00:43,280 --> 00:00:48,360 untuk mengimbangi kerjaya dan juga keluarga saya. 9 00:00:50,480 --> 00:00:57,480 MURDER MINDFULLY 10 00:00:58,800 --> 00:01:01,160 Tiga bulan lalu, keadaan sangat berbeza. 11 00:01:01,800 --> 00:01:03,400 Saya langsung tak peka, 12 00:01:03,480 --> 00:01:06,080 sama seperti klien saya langsung tiada harapan dibebaskan. 13 00:01:06,160 --> 00:01:09,440 Dia dijumpai di kedai barang kemas pada suatu petang 14 00:01:09,520 --> 00:01:12,160 ketika sedang memilih cincin pertunangan. 15 00:01:12,960 --> 00:01:16,040 Tapi dia tak bawa wang, sebaliknya pistol berpeluru. 16 00:01:16,120 --> 00:01:19,360 "Disebabkan dia tak suka cincin itu, dia pukul tukang emas dengan pistol 17 00:01:19,440 --> 00:01:21,400 dan menolaknya ke dalam bekas pameran. 18 00:01:21,480 --> 00:01:26,320 Selepas penggera berbunyi, tertuduh ditahan." 19 00:01:26,880 --> 00:01:29,120 Awak nak ulas tentang tuduhan ini? 20 00:01:29,200 --> 00:01:31,320 Tak, dia memilih untuk berdiam diri. 21 00:01:31,960 --> 00:01:35,640 Tapi saya boleh jamin ini kejadian malang terpencil 22 00:01:35,720 --> 00:01:37,320 yang dia sangat kesali. 23 00:01:37,400 --> 00:01:42,360 Ia reaksi spontan terhadap kesukaran menyesuaikan diri dalam masyarakat kita. 24 00:01:42,440 --> 00:01:46,040 En. Cumgül berkongsi nilai perkahwinan dan keluarga yang sama dengan kita. 25 00:01:46,960 --> 00:01:49,360 Cincin pertunangan itu bertujuan 26 00:01:49,440 --> 00:01:54,160 untuk menguatkan ikatan yang lama terjalin antara dia dan kekasihnya dari Jerman. 27 00:01:57,920 --> 00:02:00,600 Saya memohon agar perintah tahanan dibatalkan. 28 00:02:00,680 --> 00:02:03,320 Tiada risiko dia melarikan diri atau mengulangi jenayah. 29 00:02:03,400 --> 00:02:06,760 - Dia ada rekod jenayah. - Bukan untuk jenayah ganas. 30 00:02:06,840 --> 00:02:10,240 Tiada sebab untuk menganggap dia berisiko melarikan diri. 31 00:02:11,040 --> 00:02:13,640 Dia ada kekasih, boleh dikatakan tunang. 32 00:02:13,720 --> 00:02:15,760 Dia ada kerja tetap 33 00:02:15,840 --> 00:02:18,560 dan alamat tetap di rumah ibu bapanya. 34 00:02:19,240 --> 00:02:23,760 Tapi jika semua ini tak mencukupi, kami sanggup bayar ikat jamin. 35 00:02:23,840 --> 00:02:26,160 Pendapatan bulanan klien saya 36 00:02:27,040 --> 00:02:30,320 sebanyak 1,500 euro selepas potongan cukai. 37 00:02:41,360 --> 00:02:46,000 Saya rasa berdasarkan angka ini, 3,000 euro lebih daripada memadai. 38 00:02:51,080 --> 00:02:52,880 Dia benci lelaki seperti saya. 39 00:02:54,680 --> 00:02:56,680 Saya tak salahkan dia. 40 00:02:56,760 --> 00:03:00,320 Sewaktu saya masih pelajar undang-undang yang idealis 41 00:03:00,400 --> 00:03:04,560 saya rasa adil untuk penjenayah begitu dipenjarakan beberapa tahun. 42 00:03:05,600 --> 00:03:08,600 Tapi dengan pengalaman bertahun-tahun saya sebagai peguam bela, 43 00:03:08,680 --> 00:03:11,760 si bodoh ini berjaya diikat jamin dalam masa dua jam. 44 00:03:12,600 --> 00:03:13,920 - Itu pun dia. - Hei! 45 00:03:14,000 --> 00:03:16,000 - Terima kasih, En. Peguam. - Ya. 46 00:03:16,760 --> 00:03:18,680 - Dia selamatkan saya. - Cantik jam tangan. 47 00:03:18,760 --> 00:03:21,600 Hei, apa khabar? Kita akan berparti malam ini? 48 00:03:21,680 --> 00:03:23,920 Saya rasa awak ada rancangan lain. 49 00:03:24,000 --> 00:03:25,040 Tak guna. 50 00:03:30,080 --> 00:03:32,320 - Apa dia nak? - Mari pergi dari sini. 51 00:03:34,760 --> 00:03:37,000 Bos penjenayah-penjenayah ini 52 00:03:37,080 --> 00:03:40,000 yang juga klien utama saya ialah Dragan Sergowicz. 53 00:03:41,480 --> 00:03:44,520 Dadah, pelacur, senjata. 54 00:03:45,120 --> 00:03:47,560 Bagi saya, itu bukan gabungan yang ideal. 55 00:03:47,640 --> 00:03:50,600 Tugas saya bukan sekadar menyelesaikan masalah orang-orang Dragan, 56 00:03:50,680 --> 00:03:53,680 tapi juga mengemas kini portfolio perniagaannya 57 00:03:53,760 --> 00:03:58,040 dan memastikan semua aktivitinya tak dikesan pendakwa raya. 58 00:03:59,600 --> 00:04:03,400 Ia membuat keluarga saya hidup selesa, tapi malangnya tanpa saya. 59 00:04:04,600 --> 00:04:07,400 Saya selalu terlambat atau tak datang langsung. 60 00:04:07,480 --> 00:04:09,280 Walaupun untuk acara penting. 61 00:04:12,680 --> 00:04:16,760 Saya tak dapat buat apa-apa. Orang lain yang mengawal masa saya. 62 00:04:18,400 --> 00:04:19,240 Hei. 63 00:04:20,360 --> 00:04:22,040 Tapi ia tetap salah saya. 64 00:04:29,680 --> 00:04:30,520 Tak guna. 65 00:04:30,600 --> 00:04:33,920 Setidaknya, mereka boleh harapkan awak untuk hal penting. 66 00:04:36,880 --> 00:04:40,240 Boleh kita bincang dulu sebelum awak terus menuduh saya? 67 00:04:41,400 --> 00:04:43,960 Bukan awak yang perlu menatap mata sedihnya. 68 00:04:44,040 --> 00:04:46,760 Walaupun cinta kami belum pudar sepenuhnya, 69 00:04:46,840 --> 00:04:52,360 kami tak begitu menghiraukannya selepas keluarga kami mula berkembang. 70 00:04:53,080 --> 00:04:57,520 Keadaan kami sama seperti kebanyakan keluarga muda yang berjaya. Teruk. 71 00:04:57,600 --> 00:05:00,400 Sejujurnya, saya tak larat nak bertengkar lagi. 72 00:05:01,000 --> 00:05:02,960 Tapi kita tak boleh terus begini. 73 00:05:05,760 --> 00:05:06,600 Nah. 74 00:05:07,840 --> 00:05:09,160 Ini mungkin bagus untuk awak. 75 00:05:11,080 --> 00:05:13,400 KEPEKAAN KETENANGAN DALAMAN DAN KEHARMONIAN LUARAN 76 00:05:13,480 --> 00:05:14,400 Kepekaan? 77 00:05:15,760 --> 00:05:16,760 Biar betul? 78 00:05:16,840 --> 00:05:17,840 Tolonglah. 79 00:05:18,840 --> 00:05:24,040 - Awak fikir ia karut sebab ia idea saya. - Tak, tapi sebab ia memang karut. 80 00:05:24,120 --> 00:05:25,360 Dengar sini. 81 00:05:25,440 --> 00:05:29,880 Saya tahu awak takkan berubah demi saya. Tak lagi dan tak perlu pun. 82 00:05:29,960 --> 00:05:31,760 Tapi mungkin demi Emily. 83 00:06:12,840 --> 00:06:13,840 Maaf, sayang. 84 00:06:14,640 --> 00:06:16,320 Ayah tak sempat balik. 85 00:06:19,520 --> 00:06:21,440 Tapi ayah akan menebusnya, okey? 86 00:06:35,760 --> 00:06:38,080 Apa saja yang saya buat di rumah salah. 87 00:06:38,800 --> 00:06:40,840 Pulang lewat juga salah. 88 00:06:43,200 --> 00:06:44,560 Saya tiada pilihan lain 89 00:06:44,640 --> 00:06:48,200 selain terlibat lebih mendalam dalam pekerjaan yang saya benci. 90 00:06:53,760 --> 00:06:55,080 Selamat pagi. 91 00:06:58,200 --> 00:06:59,160 Selamat tinggal. 92 00:07:00,080 --> 00:07:02,120 - Selamat pagi. - En. Diemel. 93 00:07:02,200 --> 00:07:05,280 Saya perlukan tandatangan awak. 94 00:07:08,240 --> 00:07:10,760 - Dia peguam terbaik di syarikat ini. - Lihatlah nanti. 95 00:07:10,840 --> 00:07:11,680 Oh, ya. 96 00:07:13,320 --> 00:07:14,520 Awak tak dijemput? 97 00:07:19,120 --> 00:07:21,520 Tentulah dia tahu saya tak dijemput. 98 00:07:22,280 --> 00:07:24,280 Saya Cinderella firma guaman itu. 99 00:07:27,720 --> 00:07:28,840 Maaf. 100 00:07:28,920 --> 00:07:32,600 Saya disuruh buat kerja kotor, tapi tak pernah diajak ke majlis tarian. 101 00:07:34,520 --> 00:07:36,880 Selain menjadi peguam bela, 102 00:07:36,960 --> 00:07:40,600 saya menyalurkan pendapatan haram Dragan ke beberapa yayasan, 103 00:07:40,680 --> 00:07:43,240 syarikat perkapalan dan francais. 104 00:07:43,320 --> 00:07:44,520 Selamat pagi. 105 00:07:44,600 --> 00:07:48,040 Saya mencari rezeki dengan berbuat baik kepada orang jahat. 106 00:07:51,080 --> 00:07:56,040 Tentulah, saya sedar sistem yang saya cipta itu tak baik. 107 00:07:56,880 --> 00:07:59,720 Tak baik untuk orang lain, diri saya 108 00:07:59,800 --> 00:08:01,000 dan keluarga saya. 109 00:08:15,480 --> 00:08:17,360 KEPEKAAN, KESEJAHTERAAN LEBIH BAIK 110 00:08:17,440 --> 00:08:19,280 Saya perlu buat perubahan. 111 00:08:20,440 --> 00:08:24,840 Tapi bagi saya, kepekaan hanyalah pengulangan konsep esoterik lama 112 00:08:24,920 --> 00:08:29,000 yang dihidupkan semula setiap dekad dengan nama berbeza. 113 00:08:29,080 --> 00:08:30,720 Bagi saya, ia mengarut. 114 00:08:32,760 --> 00:08:36,800 Tapi saya sanggup berpindah dari Sodom ke Gomorrah demi anak saya 115 00:08:36,880 --> 00:08:40,960 jika salah sebuah bandar ini memberi peluang kepada keluarga kami. 116 00:08:45,120 --> 00:08:52,120 JURULATIH KEPEKAAN 117 00:09:19,520 --> 00:09:22,000 17 MINIT LALU HARI INI PUKUL 11.00 118 00:09:28,680 --> 00:09:29,520 Masuklah. 119 00:09:30,640 --> 00:09:32,200 Terima kasih. 120 00:09:35,720 --> 00:09:37,400 Janji temu kita pukul 11.00. 121 00:09:38,560 --> 00:09:41,400 Sejujurnya, saya lega dapat selitkan program ini. 122 00:09:56,880 --> 00:10:00,200 Saya harap kita boleh selesaikan program ini lebih cepat. 123 00:10:00,680 --> 00:10:01,760 Dengan harga sama? 124 00:10:03,120 --> 00:10:07,960 - Berlari takkan memendekkan jalan. - Tapi kita tetap sampai lebih cepat. 125 00:10:20,760 --> 00:10:24,840 Begini, isteri saya kata tempat ini dapat membantu saya, tapi… 126 00:10:24,920 --> 00:10:27,760 - Saya rasa saya di tempat yang salah. - Tidak. 127 00:10:28,680 --> 00:10:30,600 Saya kenal awak selama 20 minit 128 00:10:30,680 --> 00:10:32,920 dan saya rasa ini tempat yang sesuai untuk awak. 129 00:10:33,720 --> 00:10:37,240 Tak mungkin, saya baru saja sampai tiga minit lalu. 130 00:10:37,320 --> 00:10:40,120 Ya, tapi awak mungkin sampai 20 minit lalu. 131 00:10:40,200 --> 00:10:43,880 Tapi awak menghabiskan 15 minit pertama buat perkara lain. 132 00:10:44,520 --> 00:10:46,640 Kemudian awak berdiri di luar selama tiga minit 133 00:10:46,720 --> 00:10:50,600 dan tertanya-tanya sama ada nak bunyikan loceng lagi, bukan? 134 00:10:51,840 --> 00:10:52,880 Ya. 135 00:10:53,600 --> 00:10:57,640 Dalam tiga minit awak di sini, saya dapati awak menganggap janji temu 136 00:10:57,720 --> 00:11:01,840 berkaitan kesejahteraan awak sebagai tak penting. 137 00:11:04,000 --> 00:11:06,960 Awak benarkan orang lain menetapkan keutamaan awak. 138 00:11:07,920 --> 00:11:09,000 Serta awak 139 00:11:10,360 --> 00:11:12,880 tak suka keadaan sunyi. 140 00:11:15,680 --> 00:11:16,520 Boleh tahan. 141 00:11:18,120 --> 00:11:21,240 Ya, jika itu sebabnya awak enggan meniduri saya, 142 00:11:21,320 --> 00:11:22,920 sama saja seperti di rumah. 143 00:11:27,440 --> 00:11:29,640 Joschka Breitner. Selamat berkenalan. 144 00:11:30,280 --> 00:11:31,120 Björn Diemel. 145 00:11:37,360 --> 00:11:38,840 Boleh beri saya espreso? 146 00:11:50,120 --> 00:11:54,200 Sebutkan lima perkara yang menyebabkan awak datang ke sini hari ini. 147 00:11:55,920 --> 00:11:59,240 Saya lebih suka mula dengan berlatih menangani kesunyian. 148 00:12:00,640 --> 00:12:03,520 - Awak tak suka cakap tentang diri awak? - Saya seorang peguam. 149 00:12:03,600 --> 00:12:05,240 Saya bercakap tentang orang lain. 150 00:12:07,080 --> 00:12:07,920 Cubalah. 151 00:12:12,720 --> 00:12:13,640 Baiklah… 152 00:12:14,840 --> 00:12:18,920 Terlalu sedikit masa dalam sehari. Saya tak boleh berhenti berfikir. 153 00:12:19,880 --> 00:12:22,960 Saya tertekan di tempat kerja dan juga di rumah. 154 00:12:23,040 --> 00:12:27,240 Saya mudah tersinggung dan stres. Saya jarang bertemu anak saya, Emily. 155 00:12:27,320 --> 00:12:30,080 Saya rindukan dia. Isteri saya tak hargai kerja saya. 156 00:12:30,160 --> 00:12:33,760 - Kerja saya tak hargai saya. Apa? - Awak tak boleh mengira. 157 00:12:35,160 --> 00:12:38,800 Sembilan daripada lima perkara itu simptom biasa stres. 158 00:12:38,880 --> 00:12:41,200 Awak di tempat yang betul hanya disebabkan itu saja. 159 00:12:44,920 --> 00:12:45,760 Boleh tahan. 160 00:12:47,440 --> 00:12:49,920 Awak tahu apa itu kepekaan? 161 00:12:50,480 --> 00:12:53,600 Tak, nampaknya saya perlu belanjakan banyak wang untuk mengetahuinya. 162 00:12:53,680 --> 00:12:57,520 Tak, awak dah tahu secara percuma semasa menunggu di luar tadi. 163 00:12:59,920 --> 00:13:03,160 - Saya rasa saya tak beri perhatian. - Itulah tujuannya. 164 00:13:03,240 --> 00:13:07,960 Awak berdiri di luar selama tiga minit memikirkan sama ada nak tekan loceng lagi. 165 00:13:09,040 --> 00:13:13,080 Daripada 180 saat itu, berapa lama awak fikirkan perkara lain? 166 00:13:16,120 --> 00:13:16,960 Kesemuanya? 167 00:13:18,440 --> 00:13:19,600 Apa awak fikirkan? 168 00:13:22,440 --> 00:13:23,280 Mahkamah, 169 00:13:23,800 --> 00:13:24,760 firma guaman, 170 00:13:25,440 --> 00:13:26,760 klien saya, 171 00:13:26,840 --> 00:13:29,920 anak saya dan pergaduhan terakhir dengan isteri saya. 172 00:13:30,800 --> 00:13:31,760 Cukup? 173 00:13:31,840 --> 00:13:35,640 Jadi, awak fikirkan setidaknya lima perkara serentak? 174 00:13:35,720 --> 00:13:38,720 Awak turut merasai emosi yang berkaitan dengannya. 175 00:13:40,560 --> 00:13:42,400 Adakah itu membantu awak? 176 00:13:44,000 --> 00:13:45,560 Mungkin tidak, bukan? 177 00:13:46,720 --> 00:13:48,400 Jadi kenapa awak lakukannya? 178 00:13:49,480 --> 00:13:50,840 Ia berlaku begitu saja. 179 00:13:55,200 --> 00:13:59,560 Jika klien saya cakap begitu di mahkamah, saya akan suruh mereka diam. 180 00:14:00,360 --> 00:14:03,280 Dengan kepekaan, situasi ini takkan berulang. 181 00:14:03,360 --> 00:14:06,160 Apabila awak di depan pintu, awak hanya di depan pintu. 182 00:14:06,240 --> 00:14:08,960 Sama juga ketika awak bertengkar dengan isteri. 183 00:14:09,520 --> 00:14:11,120 Tapi apabila awak di depan pintu 184 00:14:11,200 --> 00:14:14,120 sambil memikirkan pertengkaran dengan isteri awak, 185 00:14:14,200 --> 00:14:16,600 itu bukannya kepekaan. 186 00:14:16,680 --> 00:14:18,920 Itu cuma bodoh. 187 00:14:22,080 --> 00:14:25,520 Bagaimana nak berdiri di depan pintu dengan penuh kepekaan? 188 00:14:25,600 --> 00:14:27,600 Berdiri saja tanpa buat apa-apa. 189 00:14:28,240 --> 00:14:31,800 Sekat semua perkara yang tiada kaitan dengan saat ini. 190 00:14:33,400 --> 00:14:35,920 - Jika fikiran saya melayang? - Bernafas. 191 00:14:39,120 --> 00:14:42,200 Pernafasan merupakan faktor utama dalam kepekaan. 192 00:14:42,760 --> 00:14:44,440 Jika kita fokus kepadanya, 193 00:14:44,520 --> 00:14:47,640 kita fokus kepada hubungan antara tubuh dan minda 194 00:14:48,160 --> 00:14:52,760 dan boleh mengurangkan pengaruh emosi negatif terhadap kedua-duanya. 195 00:14:57,400 --> 00:14:58,640 Mari, saya tunjukkan. 196 00:15:00,080 --> 00:15:02,640 Berdiri dengan kaki dikangkang selebar bahu. 197 00:15:03,120 --> 00:15:05,080 Jari kaki menghala ke depan. 198 00:15:05,720 --> 00:15:07,240 Bengkokkan lutut sedikit. 199 00:15:08,000 --> 00:15:08,840 Sangat bagus. 200 00:15:09,920 --> 00:15:10,760 PERNAFASAN 201 00:15:10,840 --> 00:15:12,840 Pertama, tarik nafas dalam-dalam. 202 00:15:13,480 --> 00:15:15,520 Tarik nafas. 203 00:15:20,080 --> 00:15:20,960 Hembus nafas. 204 00:15:23,840 --> 00:15:25,320 Tarik nafas. 205 00:15:28,600 --> 00:15:30,120 Hembus nafas. 206 00:15:33,800 --> 00:15:35,280 Sekarang tutup mata awak. 207 00:15:37,280 --> 00:15:38,360 Berdiri diam-diam. 208 00:15:40,120 --> 00:15:41,360 Berdiri di situ 209 00:15:42,440 --> 00:15:44,880 dan hanya fokus kepada unsur semula jadi. 210 00:15:47,520 --> 00:15:49,240 Bau-bauan di dalam bilik. 211 00:15:59,760 --> 00:16:01,360 Aliran udara. 212 00:16:04,800 --> 00:16:08,840 Perasaan yang tak dapat disangkal semasa menyentuh objek tertentu. 213 00:16:13,960 --> 00:16:16,160 Bunyi yang biasanya kita tak perasan. 214 00:16:25,760 --> 00:16:28,200 Fikiran awak tak melayang 215 00:16:28,280 --> 00:16:31,120 kerana deria awak fokus sepenuhnya pada saat ini. 216 00:16:32,000 --> 00:16:36,680 Awak boleh guna teknik pernafasan untuk fokus kepada perkara positif. 217 00:16:39,720 --> 00:16:42,080 Ia akan ubah si sial di sekeliling saya? 218 00:16:42,160 --> 00:16:45,360 Tak. Jika tak, saya tiada di sini. Saya akan hapuskan orang jahat. 219 00:16:46,400 --> 00:16:49,680 Tapi awak boleh ubah reaksi awak terhadap mereka. 220 00:16:50,520 --> 00:16:54,440 Jika seseorang di pejabat atau keluarga awak buat awak hilang akal, 221 00:16:55,600 --> 00:16:56,440 bernafaslah. 222 00:16:57,760 --> 00:17:01,360 Jangan risau, kita akan atasinya bersama dalam 12 minggu ini. 223 00:17:01,440 --> 00:17:04,000 Bukan saja awak akan minum banyak teh hijau, 224 00:17:04,080 --> 00:17:07,840 tapi awak juga lebih cekap uruskan orang tak guna di pejabat. 225 00:17:08,440 --> 00:17:11,360 Awak akan dedikasikan waktu khusus untuk anak awak 226 00:17:12,120 --> 00:17:14,920 di mana awak boleh fokus sepenuhnya kepada dia. 227 00:17:15,000 --> 00:17:18,680 Tanpa gangguan telefon bimbit atau kerja. Hanya Emily. 228 00:17:20,160 --> 00:17:21,120 Awak boleh buat. 229 00:17:22,880 --> 00:17:24,520 Okey, mari mulakan semula. 230 00:17:24,600 --> 00:17:27,800 Pusing. Jari kaki hala ke depan. Kangkang selebar bahu. 231 00:17:27,880 --> 00:17:30,920 Selarikan kaki. Teras badan menyokong tubuh awak. 232 00:17:32,400 --> 00:17:34,440 Tarik nafas. 233 00:17:36,720 --> 00:17:38,120 Hembus nafas. 234 00:17:39,240 --> 00:17:42,960 Awalnya, susah untuk terapkan kepekaan dalam rutin harian saya. 235 00:17:43,920 --> 00:17:44,760 Diemel! 236 00:17:46,800 --> 00:17:48,280 Letak seluruh tapak kaki. 237 00:17:50,160 --> 00:17:51,720 Letak kaki perlahan-lahan. 238 00:17:52,240 --> 00:17:55,320 Rasakan sepenuhnya setiap sentimeter tapak kaki awak. 239 00:18:00,920 --> 00:18:03,600 TERIMA 240 00:18:08,280 --> 00:18:10,360 Peguam wajib menjawab telefon. 241 00:18:10,440 --> 00:18:11,400 TERIMA 242 00:18:11,480 --> 00:18:12,520 - Ya. - Faham? 243 00:18:12,600 --> 00:18:13,600 Saya faham. 244 00:18:13,680 --> 00:18:15,320 Awak faham? 245 00:18:16,760 --> 00:18:18,680 Lutut awak akan terasa hangat. 246 00:18:21,360 --> 00:18:24,160 Tapi sebaik telefon saya dimatikan, semakin sedikit aduan. 247 00:18:25,720 --> 00:18:29,400 Dragan akan memaki zon tanpa isyarat dan penyedia perkhidmatan. 248 00:18:35,520 --> 00:18:39,480 Saya cipta waktu khusus untuk Emily yang tiada sesiapa boleh ganggu. 249 00:18:49,680 --> 00:18:53,600 PANGGILAN TIDAK DIJAWAB DRAGAN S., FIRMA GUAMAN 250 00:18:57,920 --> 00:19:00,720 Sebenarnya Breitner membantu Katharina dan saya. 251 00:19:01,520 --> 00:19:06,280 Dia kata kami patut tinggal berasingan buat sementara untuk membantu saya fokus. 252 00:19:06,760 --> 00:19:09,520 Saya tak sangka, Katharina betul-betul gembira. 253 00:19:10,680 --> 00:19:14,840 Dia gembira lelaki yang sering bertengkar dengannya berpindah keluar 254 00:19:14,920 --> 00:19:18,840 dan lelaki yang dikahwininya pula kerap melawatnya. 255 00:19:28,600 --> 00:19:32,040 Ia juga baik untuk saya. Saya kurang tertekan. 256 00:19:35,880 --> 00:19:39,200 Selain itu, saya juga lebih peka di pejabat. 257 00:19:39,280 --> 00:19:42,760 Berehat sekejap untuk bernafas dapat mengurangkan tekanan 258 00:19:42,840 --> 00:19:45,720 yang anda rasa apabila cemburukan orang lain. 259 00:19:46,240 --> 00:19:49,080 Boleh tahan. Dia dah jadi rakan kongsi. 260 00:19:50,640 --> 00:19:53,920 Dia sertai syarikat tiga tahun selepas awak, Diemel. 261 00:19:55,720 --> 00:19:59,200 Berdiri dan fokus kepada unsur semula jadi. 262 00:20:00,360 --> 00:20:02,560 Bunyi yang biasanya kita tak perasan. 263 00:20:08,200 --> 00:20:09,040 Tahniah. 264 00:20:09,760 --> 00:20:14,480 Langkah pertama dalam perjalanan awak. Mungkin awak boleh cuba kursus lanjutan. 265 00:20:14,560 --> 00:20:16,600 KURANGKAN KELAJUAN DI LORONG LAJU 266 00:20:17,960 --> 00:20:18,800 Terima kasih. 267 00:20:35,240 --> 00:20:36,160 - Hai. - Hei. 268 00:20:36,720 --> 00:20:40,320 - Apa awak buat di sini? - Apa? Kita janji pukul 10.00, bukan? 269 00:20:40,400 --> 00:20:42,360 Ya, tepat sekali. Pukul 10.00. 270 00:20:42,440 --> 00:20:44,120 - Ya. - Ayah! 271 00:20:44,200 --> 00:20:46,080 Hei! Apa khabar, sayang? 272 00:20:47,440 --> 00:20:49,160 - Ayah teruja. - Saya juga. 273 00:20:49,240 --> 00:20:51,280 Yakah? Sedia nak pergi? Baiklah. 274 00:20:51,360 --> 00:20:53,920 - Boleh ambilkan beg galas awak? Okey. - Ya. 275 00:20:55,200 --> 00:20:56,520 - Okey. - Hore! 276 00:20:56,600 --> 00:20:58,440 Lihat. Ini semua barang dia. 277 00:20:58,520 --> 00:21:00,640 Satu pakaian sehari dan pakaian tambahan. 278 00:21:00,720 --> 00:21:02,520 - Ya. - Tiga pakaian renang. 279 00:21:02,600 --> 00:21:06,320 Tukar pakaiannya setiap kali dia berenang. Bagi mencegah jangkitan pundi kencing. 280 00:21:07,160 --> 00:21:09,120 Ini bijirin kegemarannya. 281 00:21:09,200 --> 00:21:12,520 Jangan letak terlalu banyak susu atau bajunya akan kotor. 282 00:21:13,560 --> 00:21:16,120 Sapu pelindung matahari setiap empat jam. 283 00:21:16,200 --> 00:21:20,200 Saya dah periksa aplikasi. Indeks UV sangat tinggi hujung minggu ini. 284 00:21:20,280 --> 00:21:24,960 Pastikan dia tak tidur terlalu lewat supaya rutinnya tak terganggu. 285 00:21:25,040 --> 00:21:27,440 Jauhkan dia daripada mafia bodoh itu. 286 00:21:27,520 --> 00:21:29,560 - Ya. - Björn, awak faham? 287 00:21:29,640 --> 00:21:30,800 Ya, Katharina. 288 00:21:30,880 --> 00:21:34,080 Sumpah, jika saya rasa ada tanda penglibatan mafia, 289 00:21:34,160 --> 00:21:35,560 saya akan batalkan. 290 00:21:35,640 --> 00:21:40,040 Sudah tentu. Kami akan ke tempat lain. Kami takkan ganggu masa spa awak. 291 00:21:40,120 --> 00:21:42,600 - Ini tentang Emily, bukan saya. - Ya. 292 00:21:42,680 --> 00:21:45,960 Selama seminggu, Emily asyik cakap dia ada waktu khusus dengan ayahnya. 293 00:21:46,040 --> 00:21:47,880 Waktu khusus! 294 00:21:47,960 --> 00:21:51,840 Björn, saya serius. Tugas awak untuk pastikannya berjaya. 295 00:21:51,920 --> 00:21:54,000 Kamu tak pernah bercuti hujung minggu bersama. 296 00:21:54,080 --> 00:21:56,920 Hujung minggu! Ya! Hujung minggu! 297 00:21:57,000 --> 00:22:01,080 Katharina, saya jamin semuanya akan berjalan lancar. 298 00:22:01,160 --> 00:22:04,720 Okey? Untuk Emily, saya dan juga awak. 299 00:22:04,800 --> 00:22:07,400 Saya nak berenang. Ayuh, ayah. 300 00:22:07,480 --> 00:22:08,320 Okey. 301 00:22:08,400 --> 00:22:09,520 - Okey. - Ayah! 302 00:22:09,600 --> 00:22:12,920 Apabila awak balik, kita perlu bincang tentang taska. 303 00:22:13,000 --> 00:22:14,560 Setakat ini, semuanya ditolak. 304 00:22:15,400 --> 00:22:16,680 Ya, baiklah. 305 00:22:18,440 --> 00:22:20,000 - Pelindung matahari. - Ya. 306 00:22:20,080 --> 00:22:20,920 Beg. 307 00:22:23,160 --> 00:22:24,000 Itu saja? 308 00:22:24,080 --> 00:22:25,200 - Itu saja. - Okey. 309 00:22:25,280 --> 00:22:26,600 - Jumpa lagi. - Jumpa lagi. 310 00:22:26,680 --> 00:22:28,640 - Sapu setiap empat jam. - Okey. 311 00:22:49,640 --> 00:22:51,400 Ayah, saya dah kenyang. 312 00:22:52,760 --> 00:22:53,640 Okey, sekejap. 313 00:22:55,840 --> 00:22:56,680 Banyaknya? 314 00:22:58,120 --> 00:22:59,560 Itu saja? Betul? 315 00:23:01,880 --> 00:23:02,720 Selesai. 316 00:23:03,720 --> 00:23:04,760 Semuanya hilang. 317 00:23:11,000 --> 00:23:11,960 Sial. 318 00:23:12,040 --> 00:23:13,440 Jangan cakap sial. 319 00:23:14,040 --> 00:23:15,080 Tak guna. 320 00:23:15,160 --> 00:23:16,160 Itu lebih baik. 321 00:23:18,400 --> 00:23:19,960 Abaikan saja. 322 00:23:20,040 --> 00:23:23,120 Tapi mungkin ada masalah dengan rumah kita nak pergi. 323 00:23:24,920 --> 00:23:28,760 Contohnya, Dragan mengadakan parti dengan 20 pelacur dan kokain. 324 00:23:32,600 --> 00:23:34,040 - Ya? - Awak di mana? 325 00:23:35,160 --> 00:23:38,240 Helo, Dragan. Emily ada di sini dan dia boleh dengar. 326 00:23:38,320 --> 00:23:40,120 - Kami dalam perjalanan ke… - Lantaklah. 327 00:23:40,200 --> 00:23:43,680 Datang sekarang juga. Kami nak keluar makan aiskrim. 328 00:23:43,760 --> 00:23:45,560 Hore! Aiskrim! 329 00:23:45,640 --> 00:23:49,520 Aiskrim! 330 00:23:49,600 --> 00:23:52,480 Itu bukannya aiskrim yang Emily fikirkan. 331 00:23:53,080 --> 00:23:54,680 Tapi itu istilah kod. 332 00:23:54,760 --> 00:23:58,240 Dragan pernah menggunakannya sekali dalam situasi kecemasan. 333 00:23:58,320 --> 00:24:00,280 Maknanya saya perlu berjumpa dia. 334 00:24:01,000 --> 00:24:04,080 Tak kira di mana saya berada atau apa saya buat. 335 00:24:04,640 --> 00:24:05,760 Ayah tak apa-apa? 336 00:24:07,560 --> 00:24:08,400 Ya. 337 00:24:09,200 --> 00:24:11,080 Ayah perlu ke pejabat sekejap. 338 00:24:12,120 --> 00:24:15,320 - Kemudian, kita akan pergi makan aiskrim. - Hore! 339 00:24:50,960 --> 00:24:55,480 Saya andaikan awak tiada janji temu dengan klien hari ini? 340 00:24:56,440 --> 00:24:58,040 Tak, saya ada temu janji. 341 00:24:58,560 --> 00:25:01,760 Sebab itu saya nak tahu jika Pn. Kerner ada di pejabat. 342 00:25:02,760 --> 00:25:06,560 Pelatih ditugaskan kepada rakan kongsi, bukannya kepada pekerja. 343 00:25:07,760 --> 00:25:09,760 Mereka semestinya bukan pengasuh. 344 00:25:10,640 --> 00:25:14,560 Awak pasti tahu jika awak mampu menjaga anak. 345 00:25:15,120 --> 00:25:16,080 Cik Bregenz. 346 00:25:16,880 --> 00:25:19,960 Saya bersimpati jika awak tak puas hati 347 00:25:20,040 --> 00:25:23,120 gaji awak jauh lebih rendah daripada peguam 348 00:25:23,200 --> 00:25:26,080 dan awak perlu bekerja hujung minggu kerana tiada keluarga. 349 00:25:26,960 --> 00:25:31,040 Tapi menggunakan kuasa kecil yang diberikan kepada awak dengan kejam 350 00:25:31,120 --> 00:25:34,480 takkan bantu mengatasi kekecewaan awak. 351 00:25:37,200 --> 00:25:40,040 Emmi, mari periksa sendiri jika Doro ada di sini. 352 00:25:41,200 --> 00:25:43,760 Ayah, wanita tua itu tinggal di sini? 353 00:25:43,840 --> 00:25:45,800 Ya, dalam cara tertentu. 354 00:25:46,400 --> 00:25:49,560 Nenek Bregenz memastikan segalanya teratur di sini. 355 00:26:03,280 --> 00:26:05,560 - Hai, Doro. - Hai. 356 00:26:05,640 --> 00:26:08,680 Boleh anak saya sertai awak mewarna selama 30 minit? 357 00:26:14,240 --> 00:26:18,040 Terdapat kedai aiskrim di sini yang selalunya ditutup. 358 00:26:18,720 --> 00:26:21,680 Saya menyewanya melalui salah sebuah anak syarikat Dragan. 359 00:26:21,760 --> 00:26:23,560 Ia perbelanjaan hapus kira. 360 00:26:24,040 --> 00:26:28,000 Bilik kakitangan hanya boleh diakses menggunakan lif. 361 00:26:28,720 --> 00:26:31,600 Hanya ada dua kunci akses. 362 00:26:31,680 --> 00:26:33,960 Satu untuk Dragan dan satu untuk saya. 363 00:26:49,160 --> 00:26:50,480 RUANG BAWAH TANAH 364 00:27:11,200 --> 00:27:12,280 Akhirnya. 365 00:27:16,240 --> 00:27:17,400 Awak ke mana? 366 00:27:17,480 --> 00:27:20,040 Saya dalam perjalanan ke tasik dengan Emily. 367 00:27:21,440 --> 00:27:22,280 Siapa Emily? 368 00:27:24,240 --> 00:27:25,440 Anak saya. 369 00:27:25,520 --> 00:27:28,120 Ya, saya tahu. Saya suka budak-budak. 370 00:27:30,480 --> 00:27:32,440 Okey. Apa yang berlaku? 371 00:27:35,200 --> 00:27:36,400 Mereka memburu saya. 372 00:27:38,800 --> 00:27:39,880 Kenapa? 373 00:27:41,160 --> 00:27:43,320 Kerana keldai dadah cedera. 374 00:27:46,680 --> 00:27:50,040 - Tapi kenapa mereka buru awak? - Saya yang cederakan dia. 375 00:27:52,600 --> 00:27:54,320 Dan si tak guna itu dah mati. 376 00:27:59,360 --> 00:28:00,680 - Apa? - Ya, mati. 377 00:28:08,040 --> 00:28:08,880 Okey. 378 00:28:09,680 --> 00:28:12,520 Okey. Apa sebenarnya yang berlaku? 379 00:28:13,080 --> 00:28:17,800 Toni kata ada orang menjual dadah di kawasan kami dengan separuh harga. 380 00:28:18,960 --> 00:28:23,440 Okey, kenapa Toni tak selesaikan isu ini sebagai pegawai narkotik awak? 381 00:28:23,520 --> 00:28:25,440 Dia kata orang Boris dalangnya. 382 00:28:25,520 --> 00:28:27,120 Dia terima maklumat 383 00:28:27,200 --> 00:28:30,000 keldai itu menghantar dadah kepada Igor di tempat letak kereta 384 00:28:30,080 --> 00:28:31,960 dan menjualnya di kawasan kami. 385 00:28:33,240 --> 00:28:35,280 Kebetulan kami ada berdekatan. 386 00:28:36,960 --> 00:28:39,760 Itu alasan yang cukup untuk awak ke sana dan bunuh dia? 387 00:28:39,840 --> 00:28:42,440 Tak, awak tak faham? Saya tak pukul dia sampai mati. 388 00:28:42,520 --> 00:28:44,840 Tapi saya pukul Igor Boris sampai mati. 389 00:28:51,960 --> 00:28:58,040 Dragan, apabila ketua kartel membunuh orang kanan ketua kartel lain, 390 00:28:58,120 --> 00:28:59,400 itu masalah besar. 391 00:28:59,480 --> 00:29:00,920 Ya, saya tahu! 392 00:29:03,040 --> 00:29:06,960 Sascha dan saya cuma nak tunjukkan sempadan kawasan kepada dia. 393 00:29:07,040 --> 00:29:09,880 - Kemudian situasi bertukar tak terkawal. - Bos. 394 00:29:09,960 --> 00:29:11,240 Bukan sekarang. 395 00:29:11,320 --> 00:29:12,160 Okey. 396 00:29:13,920 --> 00:29:15,000 Ada saksi? 397 00:29:19,360 --> 00:29:20,320 Jadi, ada. 398 00:29:20,400 --> 00:29:23,640 Ya, sebuah bas pelancong masuk ke tempat letak kereta. 399 00:29:25,400 --> 00:29:29,160 - Membawa pesara yang rabun dekat, bukan? - Tak, budak-budak 12 tahun 400 00:29:29,240 --> 00:29:30,720 dalam lawatan sekolah. 401 00:29:32,040 --> 00:29:34,280 - Berapa ramai yang nampak? - Entahlah. 402 00:29:34,360 --> 00:29:37,360 Berapa ramai muat dalam sebuah bas? Dalam 50 orang. 403 00:29:37,440 --> 00:29:40,960 Berapa ramai yang ada telefon bimbit dan merakam semuanya? 404 00:29:41,040 --> 00:29:45,480 Mungkin kesemuanya. Mereka diberi telefon terlalu awal, bukan? 405 00:29:46,080 --> 00:29:50,040 Jadi, ada 50 video menunjukkan awak memukul orang sampai mati 406 00:29:50,120 --> 00:29:52,840 di depan 50 murid sekolah, bukan? 407 00:29:54,400 --> 00:29:55,240 Ya. 408 00:29:57,880 --> 00:29:59,440 Video itu dah dimuat naik? 409 00:30:00,680 --> 00:30:01,800 Ya. 410 00:30:02,680 --> 00:30:04,080 Tapi ia bergoyang. 411 00:30:04,160 --> 00:30:06,720 Kita boleh failkan bantahan. Tunjukkan. 412 00:30:09,880 --> 00:30:10,960 Tolong! 413 00:30:25,040 --> 00:30:25,920 Itu Igor? 414 00:30:28,760 --> 00:30:30,520 Yang itu. Itu saya. 415 00:30:31,160 --> 00:30:32,000 Ya. 416 00:30:33,120 --> 00:30:34,320 Kenapa dia terbakar? 417 00:30:39,400 --> 00:30:43,360 Kami bakar sedikit punggungnya. Saya dah cakap situasi tak terkawal. 418 00:30:45,480 --> 00:30:46,680 Keldai dadah pula? 419 00:30:46,760 --> 00:30:48,800 Itulah isunya. Dia tak bawa dadah. 420 00:30:49,920 --> 00:30:54,800 Dia nak jual bom tangan kepada Igor, tapi punggung Igor dah terbakar. 421 00:30:58,960 --> 00:31:03,760 Mungkin maklumat tentang dadah itu palsu 422 00:31:03,840 --> 00:31:06,240 dan sekarang kita dalam masalah besar? 423 00:31:06,320 --> 00:31:10,160 Manalah saya tahu bas yang membawa budak-budak itu akan muncul. 424 00:31:10,240 --> 00:31:13,520 Pemandu jenis apa bawa budak-budak ke tempat letak kereta waktu malam 425 00:31:13,600 --> 00:31:15,080 tempat orang berurusan? 426 00:31:15,160 --> 00:31:17,880 Siapa buat begitu? Awak tak boleh buat begitu! 427 00:31:18,880 --> 00:31:20,240 Saya suka budak-budak. 428 00:31:21,840 --> 00:31:22,680 Okey. 429 00:31:23,600 --> 00:31:24,440 Okey. 430 00:31:32,520 --> 00:31:33,360 Dia masuk! 431 00:31:35,280 --> 00:31:38,560 Kamu tak nampak apa-apa. Saya akan bunuh kamu semua! 432 00:31:45,800 --> 00:31:46,960 Baiklah. 433 00:31:48,720 --> 00:31:49,880 Apa awak nak saya buat? 434 00:31:51,440 --> 00:31:56,200 - Awak peguam. Selesaikannya. - Betul, peguam. Bukan penyelesai masalah. 435 00:31:56,680 --> 00:31:59,360 Apabila masalah jadi sebesar ini, saya pun ada hadnya. 436 00:31:59,440 --> 00:32:01,800 Jalankan tugas awak sebagai peguam! 437 00:32:01,880 --> 00:32:03,560 Jika tak, awak akan dibunuh! 438 00:32:15,840 --> 00:32:16,680 Helo? 439 00:32:20,080 --> 00:32:21,280 Berhenti tercungap-cungap. 440 00:32:26,200 --> 00:32:28,280 Okey, pilihan pertama. 441 00:32:28,360 --> 00:32:29,360 Awak serah diri. 442 00:32:29,920 --> 00:32:32,720 Tapi dengan bukti itu, awak takkan dibebaskan dengan segera. 443 00:32:36,160 --> 00:32:38,000 - Serah diri? - Pilihan kedua. 444 00:32:38,080 --> 00:32:39,360 Jangan serah diri. 445 00:32:40,080 --> 00:32:43,720 Tapi masalah terbesar awak Boris, bukannya pihak polis. 446 00:32:45,160 --> 00:32:47,800 Sudah bertahun-tahun peranan kita ditetapkan. 447 00:32:47,880 --> 00:32:49,920 Awak selesaikan masalah saya. 448 00:32:50,560 --> 00:32:51,800 Jadi, cepat! 449 00:32:51,880 --> 00:32:53,000 Cari penyelesaian! 450 00:32:55,320 --> 00:32:57,600 Bersembunyi sampai keadaan reda. 451 00:32:58,320 --> 00:32:59,880 Selama 30 hingga 40 tahun. 452 00:33:02,440 --> 00:33:03,280 Baiklah. 453 00:33:05,160 --> 00:33:06,520 - Itu gurauan. - Kenapa? 454 00:33:07,560 --> 00:33:11,640 Awak tak boleh keluar dari bangunan. Polis pengintip ada di mana-mana! 455 00:33:11,720 --> 00:33:14,840 Saya sembunyi di dalam bonet kereta awak dan awak bawa saya keluar. 456 00:33:14,920 --> 00:33:17,280 Tak, Dragan. Anak saya ada bersama saya. 457 00:33:17,360 --> 00:33:20,640 - Saya tak boleh bawa awak ke Eropah. - Bukan Eropah. Ke luar bandar! 458 00:33:20,720 --> 00:33:23,120 Anak awak penyamaran yang baik. Emma. 459 00:33:23,720 --> 00:33:27,000 Budak yang hujung minggunya awak rosakkan ialah Emily. 460 00:33:27,080 --> 00:33:29,640 Lantaklah. Kita bercakap tentang hidup saya! 461 00:33:33,040 --> 00:33:35,840 Saya akan ke tempat letak kereta dan awak ambil anak awak. 462 00:33:35,920 --> 00:33:38,200 Kemudian hantar saya ke rumah tasik. 463 00:33:38,280 --> 00:33:39,600 Dengan Emilia awak. 464 00:33:43,320 --> 00:33:45,680 Nama dia Emily, tak guna! 465 00:33:52,080 --> 00:33:52,920 Apa? 466 00:34:05,120 --> 00:34:07,640 Tiada sesiapa panggil saya 467 00:34:07,720 --> 00:34:08,560 tak guna. 468 00:34:10,040 --> 00:34:12,960 Awak bertuah saya perlukan awak atau awak pasti dah mati. 469 00:34:13,040 --> 00:34:15,520 Begitu juga anak awak. Awak faham? 470 00:34:17,200 --> 00:34:18,880 Ya. Saya faham. 471 00:34:20,400 --> 00:34:21,240 Bagus. 472 00:34:33,000 --> 00:34:34,520 Ketika itulah ia berlaku. 473 00:34:37,640 --> 00:34:41,080 Seperti sinar matahari menerangi awan gelap di jiwa saya, 474 00:34:41,160 --> 00:34:43,080 saya dapat rasakan ketenangan. 475 00:34:44,240 --> 00:34:46,440 Saya cuma perlu fokus pada saat ini, 476 00:34:46,520 --> 00:34:49,320 seperti yang diajar oleh Breitner dan kepekaan. 477 00:34:51,480 --> 00:34:55,720 Apabila saya bantu orang melarikan diri, saya bantu orang melarikan diri. 478 00:34:58,240 --> 00:35:00,720 Apabila saya di tasik, saya di tasik. 479 00:35:02,600 --> 00:35:04,240 Semudah itu. 480 00:35:06,240 --> 00:35:09,640 Tiada gunanya memikirkan perkara lain. 481 00:35:09,720 --> 00:35:13,160 Saya tak tahu apa yang akan berlaku kemudian. 482 00:35:14,320 --> 00:35:15,640 Ayah! 483 00:35:20,280 --> 00:35:21,760 Saya sedar sepenuhnya 484 00:35:21,840 --> 00:35:25,800 saya melanggar setiap aspek perjanjian saya dengan Katharina. 485 00:35:25,880 --> 00:35:29,480 Lebih teruk lagi, saya akan bawa seorang psikopat 486 00:35:29,560 --> 00:35:33,760 ke rumah percutian tempat saya merancang untuk berehat dengan anak saya. 487 00:35:34,680 --> 00:35:37,440 Saya fikirkan tentang Emily dan hidup saya. 488 00:35:38,280 --> 00:35:42,000 Untuk selamatkan kedua-duanya, saya perlu ikut arahan Dragan. 489 00:35:42,480 --> 00:35:44,640 Jika saya ikut arahan Dragan, 490 00:35:44,720 --> 00:35:47,600 semuanya takkan kekal sama lagi. 491 00:37:14,520 --> 00:37:16,520 Terjemahan sari kata oleh Mimi