1 00:00:24,080 --> 00:00:25,320 MASUKKAN 50 SEN PUSING 2 00:01:15,000 --> 00:01:20,920 MURDER MINDFULLY 3 00:01:36,960 --> 00:01:41,320 Biasanya, saya nasihatkan klien yang dituduh melakukan jenayah 4 00:01:41,400 --> 00:01:43,480 untuk teruskan hidup seperti biasa. 5 00:01:49,360 --> 00:01:51,880 Jangan menonjol. Jangan ubah tabiat. 6 00:01:53,280 --> 00:01:54,960 Kekalkan rutin harian. 7 00:02:03,000 --> 00:02:07,400 Tapi apabila kereta membangkitkan kenangan buruk, naiklah kereta api. 8 00:02:10,800 --> 00:02:12,880 Malangnya, ia tak jauh berbeza. 9 00:02:12,960 --> 00:02:16,400 Tiba-tiba saya rasa seperti semua orang tahu apa saya buat. 10 00:02:37,880 --> 00:02:40,720 Perhatian media hanya memburukkan lagi keadaan. 11 00:02:41,480 --> 00:02:44,040 KES BUNUH DI STESEN MINYAK MENYERAMKAN 12 00:02:44,120 --> 00:02:47,040 Bagi saya, saya dapat tangani situasi dengan baik. 13 00:02:49,560 --> 00:02:52,800 Tapi di tempat lain, ketegangan memuncak. 14 00:02:52,880 --> 00:02:55,360 PEGUAM MEMANGGIL… 15 00:02:56,160 --> 00:02:57,840 - Diemel. - En. Peguam. 16 00:02:57,920 --> 00:03:00,800 Ini Murat. Boleh kita berjumpa di rizab hidupan liar malam ini? 17 00:03:00,880 --> 00:03:03,120 Saya sibuk. Beritahu saja apa berlaku. 18 00:03:03,200 --> 00:03:06,560 Bukan melalui telefon. Ini isu tempat letak kereta Dragan. 19 00:03:08,040 --> 00:03:08,960 Baiklah. 20 00:03:09,040 --> 00:03:12,400 Jadi, 8.30 malam? Berhampiran mesin makanan? 21 00:03:15,880 --> 00:03:18,000 - En. Diemel? - Ya, saya akan datang. 22 00:03:18,080 --> 00:03:18,920 Murat! 23 00:03:20,800 --> 00:03:23,520 Murat, puas kami cari awak. 24 00:03:25,080 --> 00:03:27,800 - Apa awak buat di sini? - Saya cuma buang air. 25 00:03:31,520 --> 00:03:33,000 Awak berguraukah? 26 00:03:36,360 --> 00:03:38,200 Awak baru saja buang air tadi. 27 00:03:47,120 --> 00:03:49,360 - Selamat pagi, En. Diemel. - Selamat pagi. 28 00:03:51,120 --> 00:03:51,960 Selamat pagi. 29 00:03:53,320 --> 00:03:54,240 En. Diemel. 30 00:03:57,280 --> 00:04:00,240 Awak perlu ke Bilik Persidangan Satu. 31 00:04:01,040 --> 00:04:01,880 Sekarang juga. 32 00:04:02,920 --> 00:04:05,760 Betulkah apa kami dengar awak buat minggu lepas? 33 00:04:07,800 --> 00:04:11,600 Apa maksud dia? Saya bantu klien yang dikehendaki melarikan diri? 34 00:04:11,680 --> 00:04:13,640 Atau saya masukkan dia ke dalam pengisar? 35 00:04:13,720 --> 00:04:15,560 Boleh awak lebih spesifik? 36 00:04:15,640 --> 00:04:19,200 Awak menghina dan memalukan Cik Bregenz. 37 00:04:22,800 --> 00:04:24,160 Awak fikir itu kelakar? 38 00:04:25,240 --> 00:04:27,920 Ya, jika awak tahu apa saya buat minggu lepas, 39 00:04:28,000 --> 00:04:31,000 awak juga akan ketawa ini punca saya dalam masalah. 40 00:04:31,080 --> 00:04:34,000 Sudah 20 tahun Cik Bregenz berkhidmat di firma guaman ini. 41 00:04:34,080 --> 00:04:36,160 Peguam tak semestinya lebih hebat. 42 00:04:36,240 --> 00:04:39,480 Selain itu, En. Diemel, firma ini bukan taman permainan. 43 00:04:40,080 --> 00:04:42,880 Anak awak menyepahkan meja. 44 00:04:45,600 --> 00:04:49,520 Hubungan di pejabat tak semudah hubungan lain. 45 00:04:50,840 --> 00:04:54,520 Dalam situasi begini, tumpukan perhatian 46 00:04:55,280 --> 00:04:57,480 kepada orang di depan awak 47 00:04:57,560 --> 00:04:59,880 yang membuat awak tertekan. 48 00:05:00,760 --> 00:05:03,160 Biarkan orang itu selesai bercakap. 49 00:05:03,240 --> 00:05:04,960 Cuba fahami dengan tenang 50 00:05:05,840 --> 00:05:08,080 nilai-nilai, perasaan 51 00:05:08,720 --> 00:05:11,920 dan jangkaan mereka. 52 00:05:17,000 --> 00:05:20,560 Begini, Cik Bregenz marah saya di depan anak saya, 53 00:05:20,640 --> 00:05:22,200 jadi saya marah dia balik. 54 00:05:22,680 --> 00:05:25,680 Kami boleh saling meminta maaf dan akhiri semua ini. 55 00:05:25,760 --> 00:05:29,040 Cik Bregenz tak perlu minta maaf, dia tak bersalah. 56 00:05:29,120 --> 00:05:32,720 Cara awak hina dia hampir sama seperti diskriminasi seksual. 57 00:05:32,800 --> 00:05:36,520 Kami tak boleh terima perkara begitu di firma guaman kami. 58 00:05:36,600 --> 00:05:39,200 En. Diemel, kami menyokong kesamaan di sini. 59 00:05:40,280 --> 00:05:42,760 - Terima kasih maklumkan saya, En. Erkel. - Dr. Erkel! 60 00:05:43,360 --> 00:05:47,320 Bagi kesamaan, berapa ramai rakan kongsi wanita berpendapat begitu? 61 00:05:47,400 --> 00:05:50,080 Tiada rakan kongsi wanita di firma guaman ini. 62 00:05:53,920 --> 00:05:55,760 Kesamaan konon. 63 00:05:55,840 --> 00:05:58,400 Apa yang awak cuba sampaikan? 64 00:06:00,400 --> 00:06:04,800 Wanita yang lulus dua peperiksaan negeri tak dapat membina kerjaya di sini. 65 00:06:05,720 --> 00:06:09,480 - Jadi, jangan mengarut tentang kesamaan. - Saya larang awak… 66 00:06:09,560 --> 00:06:11,960 Awak tak boleh larang saya. 67 00:06:12,920 --> 00:06:14,840 Mereka dah bercakap cukup lama. 68 00:06:15,520 --> 00:06:17,120 Biar saya beritahu sesuatu. 69 00:06:17,200 --> 00:06:19,280 Klien firma kamu baru saja membunuh 70 00:06:19,360 --> 00:06:23,120 dan menyebabkan kanak-kanak menangis di tempat letak kereta. 71 00:06:23,200 --> 00:06:27,600 Tapi kamu anggap ini kurang penting berbanding emosi setiausaha? 72 00:06:27,680 --> 00:06:30,520 Kita semua cari duit daripada perniagaan haram lelaki ini. 73 00:06:31,280 --> 00:06:33,080 Itu caranya anda ubah keadaan. 74 00:06:34,560 --> 00:06:36,400 Jika awak tak suka, letak jawatan. 75 00:06:37,240 --> 00:06:40,440 En. Sergowicz mungkin tak setuju saya letak jawatan. 76 00:06:40,520 --> 00:06:42,360 Menggunakan helah bijak… 77 00:06:42,440 --> 00:06:45,440 - Kita bincang hal klien awak nanti. - Klien saya? 78 00:06:46,640 --> 00:06:48,240 Saya bukan rakan kongsi. 79 00:06:50,240 --> 00:06:53,200 Kamu dapat duit dengan mencuci duit psikopat itu. 80 00:06:53,760 --> 00:06:56,200 Jika pihak akhbar tahu bagaimana kamu mengelak cukai 81 00:06:56,280 --> 00:06:58,120 melalui dadah dan pelacuran, 82 00:06:58,200 --> 00:07:01,160 masalah wanita tua itu akan nampak remeh. 83 00:07:05,240 --> 00:07:09,200 - Awak tandatangan perjanjian kerahsiaan. - Ya, tapi klien awak tak. 84 00:07:12,160 --> 00:07:13,840 Awak ugut kami? 85 00:07:14,840 --> 00:07:16,080 Sudah tentulah tidak. 86 00:07:16,760 --> 00:07:20,200 Tapi jika satu hari nanti, En. Sergowicz dipenjara dan rasa 87 00:07:20,280 --> 00:07:22,880 peguamnya dihalang daripada menjalankan tugasnya, 88 00:07:22,960 --> 00:07:25,920 saya boleh bayangkan dia takkan terima dengan baik. 89 00:07:26,000 --> 00:07:27,120 Betul. 90 00:07:28,760 --> 00:07:32,320 Kita tahu En. Sergowicz tangani kritikan dengan cara unik. 91 00:07:32,400 --> 00:07:34,360 PEMBUNUHAN KEJAM DI STESEN MINYAK 92 00:07:36,000 --> 00:07:39,160 Begitulah anda ubah keadaan dengan helah bijak. 93 00:07:43,440 --> 00:07:44,520 Apa cadangan awak? 94 00:07:46,080 --> 00:07:50,000 Mari lihat fakta. Kamu tak mahukan saya dan saya tak mahukan kamu. 95 00:07:50,080 --> 00:07:52,240 Kenapa nak kekalkan hubungan ini? 96 00:07:53,160 --> 00:07:54,600 Sejujurnya, 97 00:07:54,680 --> 00:07:57,600 saya tak berminat untuk uruskan kes En. Sergowicz. 98 00:07:58,120 --> 00:07:59,600 Tapi dia percayakan saya. 99 00:08:00,280 --> 00:08:01,720 Jadi, ini cadangan saya. 100 00:08:02,200 --> 00:08:05,280 Kita tamatkan kontrak pekerjaan saya akhir bulan ini. 101 00:08:05,840 --> 00:08:08,800 Saya akan bekerja sendiri dan ambil En. Sergowicz sebagai klien. 102 00:08:12,320 --> 00:08:16,200 Siapa akan beri jaminan 103 00:08:16,280 --> 00:08:19,880 yang En. Sergowicz takkan berdendam dengan kami? 104 00:08:19,960 --> 00:08:24,280 Dia boleh mengesahkannya secara bertulis dengan perjanjian kerahsiaan. 105 00:08:24,360 --> 00:08:26,000 Dia akan buat begitu? 106 00:08:26,080 --> 00:08:27,720 Saya akan suruh dia buat. 107 00:08:27,800 --> 00:08:30,000 - Begitu saja? - Ya, "Begitu saja". 108 00:08:30,080 --> 00:08:34,240 Selepas sepuluh tahun kita bekerjasama dengan penuh kepercayaan, 109 00:08:34,720 --> 00:08:37,440 kamu pasti akan beri saya ganjaran, bukan? 110 00:08:38,440 --> 00:08:42,480 Seperti pakej pampasan bersamaan sepuluh bulan gaji? 111 00:08:44,400 --> 00:08:45,880 Awak memang berani. 112 00:08:46,760 --> 00:08:49,520 Ambillah masa untuk fikir masak-masak. 113 00:08:50,160 --> 00:08:53,080 Saya akan hubungi En. Sergowicz tengah hari nanti. 114 00:08:55,960 --> 00:08:56,920 Selamat tinggal. 115 00:09:00,040 --> 00:09:00,880 Apa? 116 00:09:02,560 --> 00:09:06,840 Saya yakin ketiga-tiga lelaki itu akan terima cadangan berani saya. 117 00:09:10,680 --> 00:09:14,600 Jadi, saya dengan yakinnya mengemas beberapa barang peribadi saya. 118 00:09:16,440 --> 00:09:17,680 PENGGUNA LOG MASUK 119 00:09:17,760 --> 00:09:22,560 Saya turut membuat salinan semua e-mel, dokumen dan rekod 120 00:09:22,640 --> 00:09:26,240 berkaitan semua aktiviti perniagaan Dragan. 121 00:09:27,080 --> 00:09:28,400 245 FAIL DISALIN 122 00:09:28,480 --> 00:09:30,560 Supaya dia terus hidup, 123 00:09:31,160 --> 00:09:33,920 saya perlukan kuasa budi bicara penuh 124 00:09:34,480 --> 00:09:37,080 yang Dragan pernah tandatangani untuk situasi sukar. 125 00:09:37,880 --> 00:09:40,120 Situasi sekarang boleh dianggap sukar. 126 00:09:54,360 --> 00:09:58,360 TERIMA 127 00:10:03,600 --> 00:10:05,880 Jika dia tak jawab, saya akan bunuh dia! 128 00:10:08,840 --> 00:10:12,080 Perang sedang meletus dan dia bersenang-lenang di rumah. 129 00:10:13,680 --> 00:10:14,920 Biar saya cakap dengan dia. 130 00:10:18,360 --> 00:10:20,600 Dia mungkin dengar cakap saya, okey? 131 00:10:23,280 --> 00:10:24,680 Ya, silakan. Tolonglah. 132 00:10:33,400 --> 00:10:36,840 Saya tak pandai bertukang, tapi saya suka kedai perkakasan. 133 00:10:37,440 --> 00:10:40,320 Pembeli kedai perkakasan selesaikan sendiri masalah mereka. 134 00:10:40,400 --> 00:10:43,680 Mereka fokus pada masa kini dan membentuk masa depan sendiri. 135 00:10:46,400 --> 00:10:48,320 TERIMA 136 00:10:48,960 --> 00:10:49,800 Ya? 137 00:10:49,880 --> 00:10:51,960 Diemel? Ini Von Dresen. 138 00:10:52,880 --> 00:10:54,560 Kami setuju dengan tawaran awak. 139 00:10:55,120 --> 00:10:57,920 - Maksudnya? - Pampasan sepuluh bulan gaji. 140 00:10:58,000 --> 00:11:01,160 Awak ambil En. Sergowicz dan semua klien berkaitan. 141 00:11:01,240 --> 00:11:05,160 En. Sergowicz beri pengesahan bertulis yang dia klien awak 142 00:11:05,240 --> 00:11:07,520 dan ingin kekal begitu di masa depan. 143 00:11:07,600 --> 00:11:11,440 Ini membatalkan semua dakwaan terhadap firma guaman kami. 144 00:11:11,520 --> 00:11:14,200 - Bagus. - Perjanjian ada di atas meja saya. 145 00:11:14,280 --> 00:11:18,360 - Bila awak boleh datang dan tandatangan? - Saya takkan balik ke pejabat hari ini. 146 00:11:18,880 --> 00:11:21,080 Kami masih tentukan bila awak datang. 147 00:11:22,240 --> 00:11:24,280 Pecatlah saya jika awak tak suka. 148 00:11:26,880 --> 00:11:27,800 Tak perlu. 149 00:11:29,200 --> 00:11:31,440 Datanglah apabila awak ada masa. 150 00:11:31,520 --> 00:11:33,680 Baiklah, selamat sejahtera. 151 00:11:47,600 --> 00:11:48,560 Jadi, peguam. 152 00:11:53,840 --> 00:11:54,680 Semuanya okey? 153 00:11:56,440 --> 00:11:57,320 Ya. 154 00:11:58,920 --> 00:12:00,160 Kereta awak rosak? 155 00:12:01,520 --> 00:12:05,120 Tak, saya berusaha untuk kurangkan jejak karbon saya. 156 00:12:07,520 --> 00:12:11,920 Toni mula gementar. Dia telefon awak, tapi awak tak jawab. 157 00:12:12,520 --> 00:12:13,520 Apa yang berlaku? 158 00:12:15,720 --> 00:12:19,440 Saya pasti awak faham, saya ada banyak kerja sekarang. 159 00:12:21,280 --> 00:12:22,360 Okey. 160 00:12:23,920 --> 00:12:28,000 Boleh awak beritahu Dragan yang kami perlukan arahannya? 161 00:12:29,920 --> 00:12:31,240 Secepat mungkin. 162 00:12:32,040 --> 00:12:33,200 Ya. 163 00:12:37,320 --> 00:12:38,440 Ada apa-apa lagi? 164 00:12:43,280 --> 00:12:44,400 Jumpa lagi, peguam. 165 00:12:50,000 --> 00:12:51,240 TIKET SEHALA 166 00:12:52,920 --> 00:12:54,120 Tunjukkan tiket. 167 00:13:10,800 --> 00:13:11,960 JANGAN GANGGU 168 00:13:15,040 --> 00:13:18,200 Kebanyakan persiapan untuk rancangan saya dah selesai. 169 00:13:18,720 --> 00:13:22,840 Tapi ada seperkara yang lebih penting daripada tandatangan Dragan. 170 00:13:22,920 --> 00:13:26,080 Saya perlu pastikan bahagian tubuh yang mudah rosak kekal terpelihara 171 00:13:26,160 --> 00:13:27,760 untuk pastikan Dragan terus hidup. 172 00:13:29,280 --> 00:13:33,280 Nampaknya, saya perlu cari penyelesaian secepat mungkin. 173 00:14:09,120 --> 00:14:10,320 Tak guna. 174 00:14:17,040 --> 00:14:22,760 Untuk mengelakkan rasa tak sabar menganggu atau mempengaruhi kepekaan awak, 175 00:14:23,640 --> 00:14:27,960 awak perlu sedar dan mengakuinya. 176 00:14:29,080 --> 00:14:31,360 Jangan menilai ketidaksabaran awak. 177 00:14:32,360 --> 00:14:34,640 Sebutkan keadaan yang awak inginkan. 178 00:14:37,720 --> 00:14:39,960 Saya tenang. 179 00:14:43,640 --> 00:14:44,480 Giliran awak. 180 00:14:45,680 --> 00:14:46,520 Saya tenang. 181 00:14:47,240 --> 00:14:48,080 Sekali lagi. 182 00:14:49,000 --> 00:14:50,520 Saya tenang. 183 00:14:51,520 --> 00:14:53,600 Itu lebih baik. Sekali lagi. 184 00:14:54,080 --> 00:14:58,240 Saya tenang. 185 00:14:58,320 --> 00:14:59,160 Bagus. 186 00:14:59,640 --> 00:15:02,800 Berhenti buat diri awak tertekan. 187 00:15:02,880 --> 00:15:05,920 Sebaliknya, cuba bertenang. 188 00:15:06,680 --> 00:15:08,000 Bertenang. 189 00:15:08,760 --> 00:15:11,800 Saya tenang. 190 00:15:11,880 --> 00:15:12,720 Sangat bagus. 191 00:15:46,960 --> 00:15:53,960 TERIMA 192 00:16:02,120 --> 00:16:03,080 Helo, Katharina. 193 00:16:03,600 --> 00:16:04,760 Biar betul! 194 00:16:04,840 --> 00:16:06,640 Awak jawab telefon di pejabat? 195 00:16:07,600 --> 00:16:09,320 Keadaan dah berubah. 196 00:16:10,000 --> 00:16:12,120 Saya ingat awak sibuk. 197 00:16:13,080 --> 00:16:15,480 Sebab klien awak muncul di setiap muka depan akhbar. 198 00:16:16,160 --> 00:16:19,720 Muka depan akhbar satu-satunya lokasinya yang diketahui. 199 00:16:19,800 --> 00:16:22,520 Ketiadaan klien tak menambah kerja. 200 00:16:23,640 --> 00:16:25,360 Seperti tenang sebelum badai. 201 00:16:26,680 --> 00:16:29,840 - Mungkin. - Maaf sebab buat awak tertekan. 202 00:16:29,920 --> 00:16:32,760 Tapi kita perlu bincang esok. Boleh awak datang? 203 00:16:32,840 --> 00:16:34,200 Ini tentang taska. 204 00:16:35,200 --> 00:16:37,440 Ya, tiada masalah. Saya akan ke sana. 205 00:16:38,040 --> 00:16:40,120 - Betulkah? - Ya. Kenapa pula tidak? 206 00:16:40,680 --> 00:16:43,400 Saya ingat saya perlu desak awak dulu. 207 00:16:44,000 --> 00:16:46,040 Tak, tak perlu buat begitu. 208 00:16:47,320 --> 00:16:49,200 - Sekitar tengah hari? - Okey. 209 00:16:49,280 --> 00:16:53,840 Emmi ada sebut sesuatu tentang burung mainan. 210 00:16:53,920 --> 00:16:58,040 - Mungkin tertinggal di dalam kereta awak? - Okey, saya akan periksa. 211 00:16:58,120 --> 00:17:00,640 - Baguslah. Terima kasih. - Okey. 212 00:17:01,240 --> 00:17:03,760 - Selamat tinggal. - Jumpa esok. 213 00:17:13,160 --> 00:17:14,000 Ya. 214 00:17:38,240 --> 00:17:40,160 Saya ayah terbaik di dunia. 215 00:17:40,240 --> 00:17:41,960 Saya ayah terbaik di dunia. 216 00:17:44,160 --> 00:17:46,960 Saya masukkan klien ke dalam pengisar dan kini saya bebas. 217 00:17:48,920 --> 00:17:52,040 Saya masukkan klien ke dalam pengisar dan kini saya bebas. 218 00:17:52,120 --> 00:17:57,480 MESEJ SUARA BARU 219 00:17:57,560 --> 00:18:00,720 Helo, En. Peguam. Ini Murat. Awak masih nak datang? 220 00:18:00,800 --> 00:18:02,920 - Saya di rizab hidupan liar. - Sial. 221 00:18:13,080 --> 00:18:17,920 TERIMA 222 00:18:41,040 --> 00:18:43,320 POLIS 223 00:18:46,880 --> 00:18:47,720 Björn? 224 00:18:51,640 --> 00:18:52,480 Björn! 225 00:18:53,880 --> 00:18:56,200 KETAKUTAN 226 00:19:01,920 --> 00:19:06,600 Apabila awak takut, fokus kepada pernafasan awak. 227 00:19:07,520 --> 00:19:09,160 Tarik nafas perlahan-lahan 228 00:19:09,960 --> 00:19:11,400 dan hembus. 229 00:19:12,360 --> 00:19:14,720 Rasakan nafas di dalam tubuh awak. 230 00:19:15,480 --> 00:19:19,360 Di pintu masuk lubang hidung awak dan di dinding abdomen awak. 231 00:19:19,440 --> 00:19:21,520 Jangan menilai perasaan takut awak. 232 00:19:22,440 --> 00:19:26,560 Cuba rasainya sekarang. 233 00:19:28,000 --> 00:19:29,280 Kekal fokus. 234 00:19:30,200 --> 00:19:31,520 Ketakutan akan lenyap. 235 00:19:32,640 --> 00:19:33,480 Björn? 236 00:19:35,080 --> 00:19:36,280 Awak demam? 237 00:19:38,480 --> 00:19:39,360 Kenapa? 238 00:19:39,960 --> 00:19:43,600 - Cara awak bernafas aneh. - Tak, saya bernafas dengan peka. 239 00:19:45,800 --> 00:19:49,800 Björn, kita patut bekerjasama. Boris takkan berhenti membalas dendam. 240 00:19:51,920 --> 00:19:53,560 Mungkin ini cuma kemalangan memburu. 241 00:19:55,240 --> 00:19:56,920 Tentu pemburu itu buta 242 00:19:57,000 --> 00:19:59,760 jika dia tak dapat bezakan antara manusia dan rusa. 243 00:19:59,840 --> 00:20:03,560 Dia tembak mangsa di belakang kepala dari jarak dekat. 244 00:20:05,960 --> 00:20:09,840 Björn, Dragan bunuh orang kanan Boris, kemudian bersembunyi. 245 00:20:09,920 --> 00:20:13,800 Anak buahnya ditembak dan awak muncul di tempat kejadian. 246 00:20:13,880 --> 00:20:15,960 Ini mungkin menyusahkan kamu semua. 247 00:20:16,840 --> 00:20:21,240 - Boleh awak bincang dengan klien awak? - Ya. Apabila kami bertemu nanti. 248 00:20:21,320 --> 00:20:24,880 - Bila? - Bukan urusan awak. Kerahsiaan klien. 249 00:20:24,960 --> 00:20:28,960 Björn, kami tahu Dragan melarikan diri dan dia tentu dapat bantuan. 250 00:20:29,040 --> 00:20:31,400 - Awak fikir saya tolong dia? - Ya. 251 00:20:32,080 --> 00:20:36,280 Kenapa seorang peguam bawa anaknya ke vila bos mafia pada hujung minggu? 252 00:20:43,240 --> 00:20:47,360 Awak ekori peguam dan anaknya yang masih di bawah umur? 253 00:20:48,000 --> 00:20:50,680 - Atas dasar undang-undang apa? - Kami tak ekori awak. 254 00:20:50,760 --> 00:20:53,440 Rakan sekerja saya kebetulan menaiki bot di sana 255 00:20:53,520 --> 00:20:56,040 dan mengambil gambar pemandangan. 256 00:20:57,960 --> 00:20:59,560 Dia nampak Dragan? 257 00:21:01,080 --> 00:21:02,000 Anehnya, tidak. 258 00:21:02,800 --> 00:21:06,840 Mungkin itu untuk alihkan perhatian kami dan dia bersembunyi di apartmen baru awak? 259 00:21:06,920 --> 00:21:08,320 Itu pun awak tahu? 260 00:21:10,120 --> 00:21:12,800 Jika apartmen awak digeledah, saya takkan jumpa dia, bukan? 261 00:21:21,000 --> 00:21:23,720 Itu tentu apartmen bujang yang menyeronokkan! 262 00:21:24,560 --> 00:21:27,720 Tapi malangnya, saya tinggal bersendirian sekarang. 263 00:21:28,520 --> 00:21:31,440 Tentu awak tahu tentang masalah perkahwinan saya? 264 00:21:32,360 --> 00:21:33,560 Ya, maaf. 265 00:21:33,640 --> 00:21:34,520 Ya. 266 00:21:39,080 --> 00:21:41,440 Buatlah apa yang perlu. Selamat tinggal. 267 00:21:43,760 --> 00:21:44,600 Jumpa lagi. 268 00:22:09,840 --> 00:22:10,680 Sila berundur. 269 00:22:38,880 --> 00:22:39,720 Ya? 270 00:22:39,800 --> 00:22:41,000 Ini Toni. 271 00:22:48,680 --> 00:22:50,280 Buka pintu ini. 272 00:22:51,160 --> 00:22:52,920 Sekejap, nanti saya buka. 273 00:23:05,280 --> 00:23:06,200 Tak guna. 274 00:23:11,560 --> 00:23:12,400 Tak guna. 275 00:23:13,600 --> 00:23:14,680 Alamak. 276 00:23:28,080 --> 00:23:29,720 - Helo, Björn. - Hei. 277 00:23:31,640 --> 00:23:34,680 Anjing tak dibenarkan masuk. Itu peraturan apartmen. 278 00:23:34,760 --> 00:23:35,600 - Maaf. - Jadi… 279 00:23:36,760 --> 00:23:40,040 - Kenapa awak tak jawab panggilan saya? - Saya sibuk. 280 00:23:42,960 --> 00:23:45,120 Saya rasa awak permainkan kami. 281 00:23:46,320 --> 00:23:48,040 Kenapa saya nak buat begitu? 282 00:23:51,120 --> 00:23:53,440 Saya tak suka dipermainkan, Björn. 283 00:24:03,280 --> 00:24:04,120 Helo? 284 00:24:05,480 --> 00:24:07,960 Rasanya seperti awak permainkan kami. 285 00:24:12,960 --> 00:24:14,720 Hei. 286 00:24:15,800 --> 00:24:16,640 Hei. 287 00:24:18,040 --> 00:24:19,000 Toni? 288 00:24:21,080 --> 00:24:22,320 Toni, buat sesuatu. 289 00:24:24,360 --> 00:24:25,880 Ia nak serang saya. 290 00:24:27,120 --> 00:24:30,520 - Ya. Deria baunya sangat tajam. - Toni! 291 00:24:31,800 --> 00:24:33,880 Ia cepat perasan jika ada tak kena. 292 00:24:45,640 --> 00:24:47,800 Jadi, Björn… 293 00:24:50,880 --> 00:24:52,080 Apa yang tak kena? 294 00:24:53,120 --> 00:24:55,280 Anjing baik. Ia sangat baik. 295 00:25:02,760 --> 00:25:06,960 Jika saya tak dengar khabar Dragan dalam masa tiga hari, awak akan mati. 296 00:25:07,440 --> 00:25:08,280 Faham? 297 00:25:14,080 --> 00:25:14,920 Tyson, mari! 298 00:25:18,320 --> 00:25:19,280 Anjing tak guna. 299 00:25:24,000 --> 00:25:27,240 Disebabkan anjing tak guna itu, saya berjaya hapuskan ibu jari Dragan. 300 00:25:29,480 --> 00:25:32,880 Tapi haiwan lain dan jari lain pula 301 00:25:34,160 --> 00:25:35,640 menimbulkan masalah baru. 302 00:27:02,920 --> 00:27:04,920 Terjemahan sari kata oleh Mimi