1 00:00:29,000 --> 00:00:30,800 Saya akan bunuh awak, celaka! 2 00:00:32,640 --> 00:00:36,880 Tiada bukti yang Dragan masih hidup! Hei! Jangan sentuh saya! 3 00:00:39,040 --> 00:00:40,840 Nampaknya ia dah berakhir. 4 00:00:42,120 --> 00:00:46,840 MURDER MINDFULLY 5 00:01:13,280 --> 00:01:20,280 PANGGILAN VIDEO TERIMA 6 00:01:24,760 --> 00:01:25,920 Helo, ayah. 7 00:01:26,000 --> 00:01:27,720 Hei. Apa khabar? 8 00:01:28,360 --> 00:01:31,120 Ayah, kenapa ayah tak ikut kami ke zoo? 9 00:01:31,680 --> 00:01:34,680 Malangnya, ayah perlu bekerja. Kerja mengarut. 10 00:01:35,240 --> 00:01:37,840 Tak bolehkah ayah tinggalkannya di dalam kereta lagi? 11 00:01:39,040 --> 00:01:43,200 Malangnya, kali ini tak boleh. Tapi ayah akan cepat, okey? Ayah janji. 12 00:01:43,280 --> 00:01:47,640 - Kemudian kita luangkan masa bersama. - Okey, ayah. Saya sayang ayah. 13 00:01:49,600 --> 00:01:50,920 Ayah sayang awak juga. 14 00:01:51,920 --> 00:01:53,800 - Jumpa lagi. Berseronoklah. - Jumpa lagi! 15 00:02:06,280 --> 00:02:09,920 Ada beberapa sebab saya tak dapat luangkan masa dengan Emily. 16 00:02:10,400 --> 00:02:14,200 Mereka masing-masing ada nama dan saya di sini disebabkan mereka. 17 00:02:19,200 --> 00:02:22,520 Langkah pertama untuk dapatkan penyelesaian yang bagus, 18 00:02:22,600 --> 00:02:25,280 kita perlulah ada masalah terlebih dahulu. 19 00:02:26,560 --> 00:02:29,600 Banyak idea yang bagus untuk penyelesaian gagal 20 00:02:29,680 --> 00:02:32,280 kerana tiada masalah yang sepadan. 21 00:02:34,040 --> 00:02:35,160 Langkah kedua pula, 22 00:02:35,240 --> 00:02:39,200 elakkan mencari penyelesaian tunggal untuk masalah awak. 23 00:02:39,280 --> 00:02:42,760 Ada banyak penyelesaian untuk setiap masalah. 24 00:02:44,120 --> 00:02:47,160 Penyelesaian yang tepat akan menemui awak. 25 00:02:49,560 --> 00:02:53,080 - Jika saya tak boleh tunggu? - Jadi, buat senaman berikut. 26 00:02:53,160 --> 00:02:54,840 Tolong berdiri. 27 00:02:57,080 --> 00:03:00,200 Pergilah berjalan. Secara fizikal dan juga mental. 28 00:03:01,480 --> 00:03:03,360 MEMERAH OTAK 29 00:03:03,440 --> 00:03:06,360 Jemput masalah awak untuk berjalan bersama awak 30 00:03:07,560 --> 00:03:12,840 dan tunggu sehingga masalah awak beritahu apa yang diperlukan untuk selesaikannya. 31 00:03:13,760 --> 00:03:14,960 Bawa saya jumpa bos. 32 00:03:15,800 --> 00:03:19,240 Tak boleh, sebab nanti awak akan tahu Dragan sudah mati. 33 00:03:19,320 --> 00:03:20,560 Jadikan saya bos. 34 00:03:21,280 --> 00:03:24,480 Idea yang menarik, tapi awak akan bunuh saya. 35 00:03:25,040 --> 00:03:26,640 Jadi awak perlu bunuh saya. 36 00:03:28,960 --> 00:03:30,320 Bawa saya jumpa Dragan. 37 00:03:31,680 --> 00:03:35,480 - Saya ada pilihan lain? - Ya, bunuh saya. 38 00:03:36,120 --> 00:03:38,080 Ada pilihan lain lagi? 39 00:03:39,640 --> 00:03:40,760 Bagi saya, Björn… 40 00:03:43,640 --> 00:03:46,400 membunuh penyelesaian paling bersih untuk semua masalah awak. 41 00:03:46,920 --> 00:03:48,520 Tapi saya bukan pembunuh. 42 00:03:50,200 --> 00:03:51,960 Awak cuba tipu siapa, peguam? 43 00:03:59,600 --> 00:04:01,080 Masalah saya dengan awak, 44 00:04:01,160 --> 00:04:04,800 saya tak dapat menilai sebesar mana masalah kita berdua. 45 00:04:06,080 --> 00:04:10,960 - Tapi setidaknya awak tak nak bunuh saya. - Awak boleh beritahu saya hal sebenar. 46 00:04:12,680 --> 00:04:14,480 Itu nasihat terakhir saya beri 47 00:04:14,560 --> 00:04:18,040 kepada klien yang memasukkan seseorang ke dalam mesin pengisar. 48 00:04:18,560 --> 00:04:20,440 Bagi saya, awak boleh saja… 49 00:04:20,520 --> 00:04:22,800 Tidak, Nicole. Saya takkan bunuh awak. 50 00:04:28,840 --> 00:04:32,600 Awak boleh abaikan saya. Saya bukan ancaman langsung bagi awak. 51 00:04:33,240 --> 00:04:37,000 Maaf, tapi saya tak selesaikan kursus kepekaan selama 12 minggu 52 00:04:37,080 --> 00:04:39,320 hanya untuk mengelak setiap konflik. 53 00:04:39,400 --> 00:04:40,520 Jadi laporkan saya. 54 00:04:41,560 --> 00:04:43,840 Tak, terlalu leceh. 55 00:04:43,920 --> 00:04:45,400 HUBUNGI SAYA! 56 00:04:45,480 --> 00:04:49,080 Saya perlu periksa setiap panggilan dan mesej disebabkan awak. 57 00:04:49,760 --> 00:04:53,640 Saya juga akan jadi fokus utama siasatan. Tak apa, terima kasih. 58 00:04:53,720 --> 00:04:56,680 Okey, jadi ugutlah dan ancam untuk laporkan saya. 59 00:04:58,200 --> 00:05:00,360 Tak, itu tak cukup. 60 00:05:02,040 --> 00:05:03,560 Awak membahayakan Emily. 61 00:05:04,760 --> 00:05:06,560 Sebenarnya, saya mungkin akan… 62 00:05:23,000 --> 00:05:23,920 Apa ini? 63 00:05:39,480 --> 00:05:41,320 Hei! Apa awak buat? 64 00:05:46,880 --> 00:05:48,400 Awak musnahkan dron saya! 65 00:05:48,480 --> 00:05:50,440 Ya, dron itu mengganggu saya. 66 00:05:51,280 --> 00:05:55,200 Idea yang bodoh memerhatikan orang dengan alat menjengkelkan ini. 67 00:05:55,280 --> 00:05:59,120 Ini hadiah hari jadi untuk anak saya. Di mana lagi saya patut uji? 68 00:05:59,200 --> 00:06:00,400 Di zon pejalan kaki? 69 00:06:05,520 --> 00:06:06,480 Itu kamerakah? 70 00:06:07,240 --> 00:06:08,720 Awak merakam saya? 71 00:06:08,800 --> 00:06:13,040 Tak, saya cuma menghantarnya ke telefon dalam bentuk siaran langsung. 72 00:06:13,640 --> 00:06:14,640 Tiada rakaman. 73 00:06:17,440 --> 00:06:20,000 - Berapa harganya? - Empat ratus euro. 74 00:06:23,960 --> 00:06:24,840 Selepas diskaun. 75 00:06:24,920 --> 00:06:27,880 Selepas ini, jangan uji pada orang tak dikenali. 76 00:06:28,840 --> 00:06:31,160 Awak tak tahu siapa yang awak ganggu. 77 00:06:43,520 --> 00:06:45,720 Mungkin saya patut bunuh saja mereka. 78 00:07:02,160 --> 00:07:03,520 PEGUAM 79 00:07:13,640 --> 00:07:14,800 DARIPADA SAYA 80 00:07:14,880 --> 00:07:16,760 SEHINGGA ARAHAN LANJUT JIKA ADA MASALAH 81 00:07:45,040 --> 00:07:46,760 - Hei, peguam. - Hei, Sascha. 82 00:07:47,360 --> 00:07:50,240 Dragan aturkan mesyuarat pegawai malam ini. 83 00:07:50,800 --> 00:07:53,520 - Ada surat khabar untuk semua orang. - Mesyuarat pegawai. 84 00:07:53,600 --> 00:07:55,960 Okey. Saya akan beritahu yang lain. 85 00:07:56,040 --> 00:07:58,080 Sekejap. Toni juga? 86 00:07:58,680 --> 00:07:59,760 Terutamanya Toni. 87 00:08:01,960 --> 00:08:02,800 Baiklah. 88 00:08:07,840 --> 00:08:08,720 Toni? 89 00:08:25,720 --> 00:08:28,000 Jangan pandang matanya. Ia anggap itu ancaman. 90 00:08:32,560 --> 00:08:35,120 Jadi, Klaus? Ada sesuatu untuk saya? 91 00:08:44,840 --> 00:08:47,680 PROSES PENGECAMAN PENEMUAN MAYAT MANUSIA 92 00:08:47,760 --> 00:08:49,320 Kami andaikan itu jarinya. 93 00:08:51,240 --> 00:08:53,520 Itu sangat menyedihkan. 94 00:08:58,520 --> 00:09:01,080 BAGAI IKAN DI DALAM AIR TASKA 95 00:09:01,160 --> 00:09:02,880 Jadi, inilah mereka. 96 00:09:02,960 --> 00:09:06,000 Pegawai Dragan dan pengurus wilayahnya. 97 00:09:10,320 --> 00:09:14,400 Walter, bekas tentera profesional yang menguruskan jual beli senjata. 98 00:09:15,080 --> 00:09:19,920 Stanislav, bertanggungjawab menyeludup barang, wang dan juga orang. 99 00:09:20,800 --> 00:09:24,160 Carla, bekas pelacur yang menguruskan pelacuran. 100 00:09:25,480 --> 00:09:29,040 Toni, menguruskan dadah, ugutan dan wang perlindungan. 101 00:09:29,760 --> 00:09:31,080 Dan terbaru, 102 00:09:31,160 --> 00:09:33,320 Sascha yang menguruskan taska. 103 00:09:35,160 --> 00:09:38,400 Saya nak mereka memihak kepada saya dan memulaukan Toni. 104 00:09:44,160 --> 00:09:47,880 Dragan ucapkan terima kasih kepada kamu semua kerana datang 105 00:09:48,520 --> 00:09:50,680 walaupun diberi notis yang singkat. 106 00:09:50,760 --> 00:09:53,760 Atas sebab yang kita tahu, dia tak dapat datang. 107 00:09:54,800 --> 00:09:56,600 Tapi dia nak sangat datang. 108 00:09:57,840 --> 00:10:00,520 Untuk melihat kamu duduk di kerusi-kerusi ini. 109 00:10:02,720 --> 00:10:06,960 Saya tak faham. Mesyuarat pegawai di taska? 110 00:10:09,080 --> 00:10:12,080 Awak tahu tempat lebih baik yang tak dipantau polis? 111 00:10:14,440 --> 00:10:15,400 Masuk akal. 112 00:10:16,560 --> 00:10:17,640 Baiklah. 113 00:10:17,720 --> 00:10:21,640 Ada banyak yang Dragan nak sampaikan, jadi mari mulakan dengan ini. 114 00:10:26,680 --> 00:10:28,480 Salam dari dapur Dragan. 115 00:10:39,440 --> 00:10:41,960 - Apa ini? - Makanan jiwa, Toni. 116 00:10:45,960 --> 00:10:46,960 Baiknya dia! 117 00:10:47,640 --> 00:10:50,440 Jika anda nak semua orang rasa selesa kecuali seorang, 118 00:10:50,520 --> 00:10:52,200 gunakan satu kaedah mudah. 119 00:10:52,920 --> 00:10:53,760 Buli. 120 00:10:53,840 --> 00:10:56,640 - Saya tak boleh teruskan. - Tapi kami boleh. 121 00:10:57,240 --> 00:11:00,080 Stik ikan memori zaman kanak-kanak yang disaluti serbuk roti. 122 00:11:00,640 --> 00:11:01,600 Okey, Toni. 123 00:11:02,320 --> 00:11:06,520 Jika awak tak lapar, tolong ambilkan beg bimbit saya yang berisi arahan. 124 00:11:09,400 --> 00:11:10,520 Sangat sedap. 125 00:11:11,360 --> 00:11:12,960 Sedap? Yakah? 126 00:11:13,040 --> 00:11:13,880 Sedap. 127 00:11:16,120 --> 00:11:18,360 - Toni, jika awak tak nak… - Sedap. 128 00:11:23,520 --> 00:11:24,360 Hei! 129 00:11:35,880 --> 00:11:39,720 Malangnya, awak salah beg. Beg betul ada di pintu menuju ke taman. 130 00:11:45,520 --> 00:11:47,960 Saya bergurau. Duduk. Itu beg yang betul. 131 00:12:04,840 --> 00:12:06,800 Tiada jejak apa-apa setakat ini. 132 00:12:07,560 --> 00:12:09,800 Apatah lagi jejak pemilik jari itu. 133 00:12:10,880 --> 00:12:13,680 Saya rasa mereka buang mayatnya di suatu tempat. 134 00:12:18,480 --> 00:12:20,800 Mereka tak perlu pergi jauh untuk melakukannya. 135 00:12:25,320 --> 00:12:26,160 Penyelam? 136 00:12:29,240 --> 00:12:30,080 Ya. 137 00:12:31,160 --> 00:12:32,240 Okey. 138 00:12:33,520 --> 00:12:34,600 Möller? 139 00:12:35,640 --> 00:12:39,960 Betulkah mereka tak jumpa jejak orang lain di rumah ini selain Diemel? 140 00:12:42,360 --> 00:12:43,200 Mereka jumpa. 141 00:12:44,520 --> 00:12:46,640 Seperti awak tahu, dia ke sini dengan anaknya. 142 00:13:00,760 --> 00:13:01,600 Terima kasih. 143 00:13:09,680 --> 00:13:10,640 Baiklah. 144 00:13:11,280 --> 00:13:14,680 Seperti kamu tahu, ada beberapa insiden berlaku sejak Jumaat lalu 145 00:13:14,760 --> 00:13:18,600 yang boleh dianggap sebagai gangguan kepada perniagaan biasa kita. 146 00:13:19,840 --> 00:13:22,520 Bermula dengan serangan hendap terhadap Dragan dan Sascha. 147 00:13:23,920 --> 00:13:25,040 Kematian Murat. 148 00:13:26,880 --> 00:13:29,760 Grenad di rumah bekas penyambut tetamu saya. 149 00:13:30,920 --> 00:13:36,080 Kemusnahan serius kereta syarikat saya dan cubaan membunuh saya. 150 00:13:37,560 --> 00:13:38,920 Boris dalangnya. 151 00:13:43,000 --> 00:13:45,320 Dragan akan selesaikan semua masalah dengan Boris. 152 00:13:45,400 --> 00:13:48,400 Hanya Dragan. Melalui saya. 153 00:13:48,480 --> 00:13:49,560 Faham? 154 00:13:49,640 --> 00:13:52,200 Perniagaan lain diteruskan seperti biasa. 155 00:13:53,000 --> 00:13:56,680 Dalam surat khabar ini ada arahan peribadi daripada Dragan. 156 00:13:56,760 --> 00:14:01,160 Senaskhah untuk kita semua dan senaskhah untuk setiap seorang. 157 00:14:01,240 --> 00:14:03,000 Saya akan bacakan untuk kita dulu. 158 00:14:04,720 --> 00:14:07,120 "Jangan risau. Teruskan seperti biasa. 159 00:14:08,640 --> 00:14:09,800 Kelmarin. 160 00:14:11,840 --> 00:14:13,080 Taska. Diambil alih. 161 00:14:13,160 --> 00:14:14,520 Semua soalan. 162 00:14:16,800 --> 00:14:18,160 Kepada peguam." 163 00:14:19,040 --> 00:14:19,880 Okey? 164 00:14:21,400 --> 00:14:22,240 Carla. 165 00:14:22,760 --> 00:14:23,920 Stani. 166 00:14:24,000 --> 00:14:28,600 Apa kata setiap orang beri mesej mereka kepada orang di sebelah kanan 167 00:14:28,680 --> 00:14:31,040 untuk dibaca dengan kuat, okey? 168 00:14:31,120 --> 00:14:35,320 Supaya kita boleh dengar apa Dragan nak sampaikan kepada setiap orang. 169 00:14:37,320 --> 00:14:39,120 Toni, awak mula dulu. 170 00:14:44,520 --> 00:14:47,120 "Sascha. Jadi. Pegawai. 171 00:14:48,520 --> 00:14:50,160 Atas khidmatnya yang lama, 172 00:14:50,240 --> 00:14:53,360 dia akan jadi bos Ikan… 173 00:14:56,200 --> 00:14:57,240 Di Dalam Air." 174 00:14:57,880 --> 00:14:59,840 Sebab itukah kita berkumpul di sini? 175 00:14:59,920 --> 00:15:02,640 Toni, sebelum kita jawab soalan, 176 00:15:02,720 --> 00:15:05,560 mari baca semua mesej dulu, okey? 177 00:15:06,200 --> 00:15:07,040 Terima kasih. 178 00:15:07,120 --> 00:15:08,400 Carla. 179 00:15:11,440 --> 00:15:13,840 "Mulut dan kaki. 180 00:15:14,920 --> 00:15:15,800 Berhenti. 181 00:15:18,560 --> 00:15:21,440 Dua. Apabila pelakunya ditemui. 182 00:15:23,200 --> 00:15:24,800 Awak. Soal siasat." 183 00:15:25,680 --> 00:15:26,520 Stani. 184 00:15:27,720 --> 00:15:31,640 "Rumah pelacuran takkan. Berada di taksa. Tempat berbeza." 185 00:15:33,800 --> 00:15:37,360 "Arahan seterusnya. Daripada peguam." 186 00:15:38,760 --> 00:15:39,680 Itu saja. 187 00:15:40,640 --> 00:15:42,840 "Perlindungan. Pegawai." 188 00:15:44,520 --> 00:15:46,600 "Peguam. Kekal. 189 00:15:47,320 --> 00:15:48,360 Jurucakap. 190 00:15:50,360 --> 00:15:52,600 Apabila peguam. Cakap sesuatu. 191 00:15:52,680 --> 00:15:55,000 Ia datang. Daripada. Saya." 192 00:15:57,160 --> 00:15:58,200 Baiklah. 193 00:15:58,280 --> 00:16:01,720 - Ya, jadi bagaimana dengan Boris? - Kenapa dengan dia? 194 00:16:01,800 --> 00:16:04,680 Murat dapat tahu Boris nak rampas kawasan saya. 195 00:16:04,760 --> 00:16:07,320 Dia akan buat apa saja. Sebab itulah kita berkumpul. 196 00:16:07,400 --> 00:16:10,760 - Ada apa-apa arahan? - Tiada, sebab itulah saya tanya! 197 00:16:12,680 --> 00:16:14,680 Carla, apa arahan untuk Toni tadi? 198 00:16:17,480 --> 00:16:20,640 "Mulut dan kaki. Berhenti." 199 00:16:24,200 --> 00:16:27,640 - Okey. Ada soalan lain? - Tempat ini takkan jadi rumah pelacuran? 200 00:16:27,720 --> 00:16:30,560 Tak, dua anak pengarah majlis perbandaran bersekolah di sini. 201 00:16:31,280 --> 00:16:32,840 Jika kita tutup taska ini, 202 00:16:32,920 --> 00:16:36,240 kita pasti takkan dapat permit untuk pengubahsuaian. 203 00:16:36,880 --> 00:16:41,720 Tapi dia mungkin setuju jika kita memohon lokasi lain. 204 00:16:41,800 --> 00:16:45,400 Begini, apabila anak-anak mereka sendiri terlibat, 205 00:16:45,480 --> 00:16:47,560 mereka lebih mudah dimanipulasi. 206 00:16:48,760 --> 00:16:53,560 Sebab itulah Dragan nak ubah tempat ini dan lokasi-lokasi akan datang 207 00:16:53,640 --> 00:16:55,920 menjadi cawangan perniagaan bebas. 208 00:16:56,680 --> 00:17:00,120 Seseorang yang tahu buat kerja patut mengetuai. 209 00:17:00,200 --> 00:17:01,200 Sascha. 210 00:17:01,280 --> 00:17:04,760 Ada tempat kosong lagi? Saya masih ada beberapa orang anak. 211 00:17:05,680 --> 00:17:06,880 Daripada wanita berbeza. 212 00:17:06,960 --> 00:17:10,120 - Anak-anak Natascha pun perlukan tempat. - Saya tahu. 213 00:17:11,040 --> 00:17:11,880 Bagus. 214 00:17:12,760 --> 00:17:14,680 Jika semua soalan sudah dijawab… 215 00:17:15,400 --> 00:17:17,480 Saya ada satu lagi soalan. 216 00:17:18,760 --> 00:17:21,320 Berapa lama lagi awak nak terus menipu kami? 217 00:17:22,560 --> 00:17:24,880 Pihak polis jumpa jari Dragan. 218 00:17:26,320 --> 00:17:28,320 Peguam sial ini cuba menipu kita. 219 00:17:33,080 --> 00:17:33,960 Tak guna. 220 00:17:35,800 --> 00:17:39,120 Kenapa baru sekarang awak tunjukkan maklumat penting ini? 221 00:17:39,200 --> 00:17:42,440 Saya cuma nak lihat apa lagi tipu helah awak. 222 00:17:44,320 --> 00:17:45,160 Cepat. 223 00:17:46,760 --> 00:17:47,600 Jelaskan ini. 224 00:17:55,000 --> 00:17:55,840 Ya. 225 00:17:58,480 --> 00:17:59,320 Betul. 226 00:18:00,760 --> 00:18:01,600 Toni betul. 227 00:18:05,600 --> 00:18:07,000 Setidaknya, 228 00:18:08,520 --> 00:18:13,040 pihak polis jumpa jari dengan cincin Dragan. 229 00:18:14,400 --> 00:18:15,880 Ya, itu memang cincinnya. 230 00:18:16,480 --> 00:18:18,880 Tapi itu bukan jarinya. 231 00:18:18,960 --> 00:18:20,480 Berhenti mengarut. 232 00:18:21,160 --> 00:18:22,960 Dragan terpaksa bersembunyi 233 00:18:23,040 --> 00:18:27,920 kerana malangnya dia sedang disiasat atas kesalahan membunuh tanpa niat. 234 00:18:29,680 --> 00:18:33,400 Terdapat tiga cara untuk tamatkan siasatan seperti ini. 235 00:18:33,480 --> 00:18:37,000 Pertama, disabitkan bersalah. Tapi Dragan tak nak. 236 00:18:37,720 --> 00:18:39,280 Kedua, kes itu digugurkan. 237 00:18:39,840 --> 00:18:42,080 Tapi mustahil dengan semua video itu. 238 00:18:42,160 --> 00:18:43,360 Ketiga, 239 00:18:44,360 --> 00:18:46,000 jika suspek mati. 240 00:18:49,000 --> 00:18:53,480 Jika pihak polis jumpa jari dengan cincin Dragan di tepi tasik, 241 00:18:53,560 --> 00:18:56,920 itu kerana Dragan mahu ia dijumpai, bodoh! 242 00:18:57,000 --> 00:18:57,840 Oh, Tuhan. 243 00:18:57,920 --> 00:18:58,960 Tak guna. 244 00:18:59,040 --> 00:19:00,080 Masuk akal. 245 00:19:00,160 --> 00:19:04,480 Boleh saya tahu bagaimana Dragan tanggalkan cincin dari jari gemuknya? 246 00:19:04,560 --> 00:19:07,320 Sama seperti cara awak membodeknya selama ini. 247 00:19:07,400 --> 00:19:09,960 Dengan semangat dan sebaldi Vaseline. 248 00:19:13,240 --> 00:19:15,640 Saya akan bunuh awak, celaka! 249 00:19:16,480 --> 00:19:18,600 Tiada bukti yang Dragan masih hidup! 250 00:19:19,440 --> 00:19:21,720 - Berhenti, Toni! - Jangan sentuh saya! 251 00:19:22,800 --> 00:19:23,640 Apa? 252 00:19:24,880 --> 00:19:25,960 Bertenang, Toni. 253 00:19:27,600 --> 00:19:29,880 Pihak polis fikir itu jari Dragan. 254 00:19:31,680 --> 00:19:34,680 Tiada bukti menunjukkan awak tak memotongnya 255 00:19:35,360 --> 00:19:37,600 dan tiada bukti Dragan masih hidup. 256 00:19:38,600 --> 00:19:39,720 Dragan dah mati! 257 00:19:40,520 --> 00:19:44,880 Serta awak, pembelot tak guna, ada kaitan dengannya. 258 00:19:53,920 --> 00:19:55,480 Nampaknya ia dah berakhir. 259 00:19:56,600 --> 00:19:57,880 Ada bukti. 260 00:20:05,080 --> 00:20:07,520 Dragan telefon saya pagi tadi. 261 00:20:08,000 --> 00:20:08,840 Mengarut. 262 00:20:13,040 --> 00:20:14,840 Awak kata saya menipu? 263 00:20:27,560 --> 00:20:29,720 Masa awak akan tiba, peguam. 264 00:20:42,120 --> 00:20:45,040 Mesyuarat pegawai tadi agak lancar, bukan? 265 00:20:51,760 --> 00:20:54,160 Ada seperkara lagi saya nak tunjukkan. 266 00:21:06,800 --> 00:21:08,040 - Hai. - Hai. 267 00:21:10,120 --> 00:21:11,160 Lama tak jumpa. 268 00:21:12,680 --> 00:21:14,240 Ya, sangat lama. 269 00:21:17,320 --> 00:21:21,440 - Malangnya, Björn tiada. - Ya, saya nak bercakap dengan Emily. 270 00:21:22,360 --> 00:21:23,200 Dengan Emmi? 271 00:21:23,280 --> 00:21:24,160 Kenapa? 272 00:21:25,000 --> 00:21:28,760 Kami perlu menyoal siasat dia untuk tujuan siasatan. 273 00:21:28,840 --> 00:21:32,000 Jika boleh, saya tak nak bawa dia ke balai. 274 00:21:32,080 --> 00:21:32,920 Berkaitan apa? 275 00:21:33,640 --> 00:21:35,840 Tasik dia dan Björn kunjungi hujung minggu lalu 276 00:21:36,440 --> 00:21:38,400 adalah fokus utama siasatan kami. 277 00:21:38,480 --> 00:21:42,040 Saya nak tanya jika dia nampak apa-apa yang pelik. Tiada soalan melampau. 278 00:21:42,120 --> 00:21:43,200 - Okey? - Tidak. 279 00:21:46,080 --> 00:21:49,000 Malangnya. Saya ingat kita boleh selesaikannya 280 00:21:49,600 --> 00:21:51,800 tanpa sepina daripada pendakwa raya. 281 00:21:52,440 --> 00:21:53,920 Tapi tak apa. 282 00:21:55,360 --> 00:21:56,360 Jaga diri. Jumpa lagi. 283 00:21:59,080 --> 00:21:59,920 Tunggu. 284 00:22:01,520 --> 00:22:03,440 Kenapa Murat perlu mati? 285 00:22:03,520 --> 00:22:05,520 Saya cuma pembantu. Budak suruhan… 286 00:22:09,440 --> 00:22:11,960 Toni dapat tahu Murat akan buka mulut. 287 00:22:12,040 --> 00:22:15,880 Saya sepatutnya bawa awak dan Murat ke rizab hidupan liar. 288 00:22:15,960 --> 00:22:19,360 - Malangnya, awak tak datang. - Saya akan bunuh dia kerana "malangnya". 289 00:22:19,440 --> 00:22:21,040 Dia dan terutamanya Toni. 290 00:22:21,120 --> 00:22:24,840 Saya cadangkan kita ke kelab malamnya, kemudian gantung dan kerat badannya. 291 00:22:25,840 --> 00:22:28,520 Hanya Boris yang akan buat begitu kepada Toni. 292 00:22:29,280 --> 00:22:31,720 Untuk mengelakkan perang geng, 293 00:22:31,800 --> 00:22:34,600 kita perlukan serahkan pembelot itu hidup-hidup. 294 00:22:35,480 --> 00:22:37,280 Dan cara kita akan lakukannya… 295 00:22:37,360 --> 00:22:39,600 Dragan boleh terangkan lebih baik daripada saya. 296 00:22:53,560 --> 00:22:54,600 Helo, Emily. 297 00:22:56,880 --> 00:22:58,200 - Helo. - Helo. 298 00:23:04,480 --> 00:23:06,960 Begini, saya dengar awak hilang mainan ini. 299 00:23:13,000 --> 00:23:13,840 Plappi! 300 00:23:16,160 --> 00:23:19,040 Mak awak kata saya boleh tanya beberapa soalan. 301 00:23:19,120 --> 00:23:20,200 Bolehkah? 302 00:23:21,760 --> 00:23:24,080 Baru-baru ini awak ke tasik dengan ayah awak, bukan? 303 00:23:27,080 --> 00:23:31,040 Ada orang lain di sana selain kamu berdua? 304 00:23:32,920 --> 00:23:35,240 - Plappi! - Sudah tentulah. 305 00:23:35,320 --> 00:23:36,760 Ada sesiapa lagi? 306 00:23:40,680 --> 00:23:41,600 Mungkin lelaki? 307 00:23:45,040 --> 00:23:45,880 Tiada. 308 00:23:48,520 --> 00:23:51,880 Awak perasan apa-apa lagi? Ada apa-apa yang istimewa? 309 00:23:51,960 --> 00:23:53,600 Atau kelakar? Atau… 310 00:23:54,960 --> 00:23:55,800 Apa-apa saja? 311 00:23:57,640 --> 00:24:00,120 Ayah bawa banyak kerja di dalam but kereta, 312 00:24:00,200 --> 00:24:02,680 tapi dia tak keluarkannya. 313 00:24:07,640 --> 00:24:09,680 Mujurlah dia tak keluarkan, bukan? 314 00:24:13,120 --> 00:24:13,960 Baiklah. 315 00:24:15,040 --> 00:24:16,120 Jumpa lagi, Emily. 316 00:24:16,200 --> 00:24:17,040 Jumpa lagi. 317 00:24:19,240 --> 00:24:20,080 Baiklah. 318 00:24:29,520 --> 00:24:33,360 Jadi, awak ada bercakap dengan Dragan hari ini? 319 00:24:37,000 --> 00:24:37,840 Dengar sini. 320 00:24:39,440 --> 00:24:41,000 Saya tak tahu apa berlaku. 321 00:24:42,800 --> 00:24:44,600 Sejujurnya, saya tak nak tahu. 322 00:24:46,040 --> 00:24:49,640 Saya cuma tahu kita semua lebih selamat dengan otak awak 323 00:24:49,720 --> 00:24:51,120 berbanding otak Toni. 324 00:24:52,800 --> 00:24:55,040 Jadi, jangan tanya saya apa-apa lagi. 325 00:24:56,800 --> 00:24:58,240 Saya takkan tanya awak. 326 00:25:02,280 --> 00:25:03,120 Baiklah. 327 00:25:15,960 --> 00:25:17,040 Ayah? 328 00:25:20,760 --> 00:25:21,600 Bukan. 329 00:25:22,360 --> 00:25:23,960 Ini mak. 330 00:26:28,320 --> 00:26:29,480 Helo, peguam. 331 00:28:02,280 --> 00:28:07,280 Terjemahan sari kata oleh Mimi