1
00:00:40,541 --> 00:00:44,043
FLEX X COP 2
2
00:00:44,044 --> 00:00:46,879
WATAK, LOKASI, ORGANISASI DAN ACARA
DALAM DRAMA INI ADALAH REKAAN
3
00:00:46,880 --> 00:00:48,966
PELAKON KANAK-KANAK DAN HAIWAN
DIRAKAM DALAM KEADAAN SELAMAT
4
00:01:20,998 --> 00:01:22,582
Budak, masuk ke dalam.
5
00:01:22,583 --> 00:01:23,959
Masuk!
6
00:01:29,590 --> 00:01:30,799
Jantung awak laju.
7
00:01:37,055 --> 00:01:39,473
Jatuhkan pisau itu. Awak tak boleh lari.
8
00:01:39,474 --> 00:01:40,475
Nak saya bunuh dia?
9
00:01:42,811 --> 00:01:44,312
Jatuhkannya.
10
00:01:44,313 --> 00:01:45,938
Saya akan kerat lehernya.
11
00:01:45,939 --> 00:01:47,231
Okey.
12
00:01:47,232 --> 00:01:48,566
Bertenang.
13
00:01:48,567 --> 00:01:49,568
Letakkan.
14
00:01:53,613 --> 00:01:54,740
Undur.
15
00:01:58,869 --> 00:01:59,911
Letak.
16
00:02:00,454 --> 00:02:01,663
Letaklah, celaka!
17
00:02:05,792 --> 00:02:07,502
Saya kata letak!
18
00:02:16,845 --> 00:02:18,597
Awak bukan tandingan saya.
19
00:02:31,443 --> 00:02:33,819
{\an8}Apa yang berlaku? Kes apa?
20
00:02:33,820 --> 00:02:35,071
{\an8}EPISOD 12
21
00:02:35,072 --> 00:02:37,698
Inilah pembunuh sebenar
yang aniaya Detektif Jin Isoo.
22
00:02:37,699 --> 00:02:39,159
Apa yang awak merepek?
23
00:02:40,744 --> 00:02:42,828
Tuan! Lama tak jumpa.
24
00:02:42,829 --> 00:02:43,996
Tunggu, dia…
25
00:02:43,997 --> 00:02:46,248
Detektif Jin, bila awak dibebaskan?
26
00:02:46,249 --> 00:02:47,417
Semalam.
27
00:02:48,669 --> 00:02:50,795
Saya terasa hati.
28
00:02:50,796 --> 00:02:52,422
Apa awak cakap kepada saya?
29
00:02:53,090 --> 00:02:55,508
"Detektif celaka itu bunuh orang?"
30
00:02:55,509 --> 00:02:58,260
Sampai hati awak cakap begitu?
31
00:02:58,261 --> 00:03:00,972
Saya hormat tuan,
tapi tuan mengecewakan saya.
32
00:03:03,558 --> 00:03:04,559
Jom.
33
00:03:07,979 --> 00:03:11,983
Dia takkan balas dendam
kepada saya, bukan?
34
00:03:12,651 --> 00:03:16,320
Habislah, tuan.
Dia memang jenis berdendam.
35
00:03:16,321 --> 00:03:17,905
Saya rasa dia akan balas.
36
00:03:17,906 --> 00:03:19,740
Keadaan boleh jadi buruk.
37
00:03:19,741 --> 00:03:21,076
Aduhai.
38
00:03:21,785 --> 00:03:23,203
Budak kurang ajar itu.
39
00:03:35,966 --> 00:03:37,300
Awak yang buat, bukan?
40
00:03:40,470 --> 00:03:42,681
Kim Younghwan beri dadah kepada saya…
41
00:03:45,225 --> 00:03:46,268
dan bawa awak masuk.
42
00:03:49,729 --> 00:03:51,231
Apa rancangan kamu berdua?
43
00:03:54,651 --> 00:03:56,236
Kenapa awak bunuh Younghwan?
44
00:03:58,864 --> 00:04:01,575
Kami jumpa beg berisi
50 juta won di rumah awak.
45
00:04:03,452 --> 00:04:05,620
SIASATAN FORENSIK
POLIS
46
00:04:09,749 --> 00:04:10,792
Dari mana awak dapat?
47
00:04:20,010 --> 00:04:21,428
Kami jumpa kereta awak.
48
00:04:24,639 --> 00:04:26,641
Awak naik tren dari tempat kejadian,
49
00:04:28,185 --> 00:04:30,437
kemudian naik kereta awak di parkir awam.
50
00:04:39,488 --> 00:04:41,238
Kami sedang memeriksanya.
51
00:04:41,239 --> 00:04:42,616
Kami pasti jumpa bukti.
52
00:04:44,242 --> 00:04:45,285
Baik awak mengaku.
53
00:04:54,544 --> 00:04:55,796
Saya nak hubungi peguam.
54
00:04:59,049 --> 00:05:00,175
Itu hak saya.
55
00:05:41,883 --> 00:05:42,968
En. Peguam.
56
00:05:44,052 --> 00:05:45,428
Saya dah ditangkap.
57
00:05:47,681 --> 00:05:49,098
Awak tak sehebat saya sangka.
58
00:05:49,099 --> 00:05:51,226
Saya kenal sangat dengan awak, En. Peguam.
59
00:05:52,018 --> 00:05:54,271
Saya tahu siapa awak sebenarnya.
60
00:05:56,064 --> 00:05:57,690
Awak kenal saya?
61
00:05:57,691 --> 00:05:59,484
Awak terkenal.
62
00:06:00,235 --> 00:06:03,864
Saya lebih teliti
daripada yang awak sangka.
63
00:06:04,573 --> 00:06:06,366
Kalau betul, kenapa tertangkap?
64
00:06:10,662 --> 00:06:12,497
Saya cuma tak bernasib baik.
65
00:06:14,291 --> 00:06:17,252
Apa-apa pun, awak kena datang ke sini.
66
00:06:18,169 --> 00:06:20,422
Saya akan hantar peguam.
Jangan cakap apa-apa.
67
00:06:22,132 --> 00:06:23,884
Cepat sikit.
68
00:06:24,509 --> 00:06:25,844
Saya…
69
00:06:28,471 --> 00:06:30,265
tak suka menunggu.
70
00:06:46,823 --> 00:06:48,324
DENDAM, BERSUBAHAT?
71
00:06:48,325 --> 00:06:49,951
{\an8}BERDENDAM TERHADAP JIN ISOO
72
00:06:53,872 --> 00:06:55,498
{\an8}TIKAMAN DADA, PERUT DAN BELAKANG
73
00:06:58,376 --> 00:06:59,460
Awak jumpa apa-apa?
74
00:06:59,461 --> 00:07:01,795
Tiada apa-apa di rumah
selain beg wang tunai.
75
00:07:01,796 --> 00:07:04,507
Darah ditemukan pada stereng kereta.
76
00:07:05,383 --> 00:07:07,427
Mereka sedang padankan
dengan DNA Younghwan.
77
00:07:08,887 --> 00:07:10,096
Itu belum cukup.
78
00:07:12,641 --> 00:07:14,683
Katakan awak tikam Kim Younghwan
79
00:07:14,684 --> 00:07:17,144
dan dia masuk untuk selamatkannya.
80
00:07:17,145 --> 00:07:18,354
Masuk akal juga.
81
00:07:18,355 --> 00:07:20,314
Tiada cara lain untuk buat dia mengaku?
82
00:07:20,315 --> 00:07:22,609
Dia enggan bercakap tanpa peguam.
83
00:07:23,526 --> 00:07:25,445
Empat sabitan, dia tahu cara siasatan.
84
00:07:26,571 --> 00:07:29,157
Namun, ada sesuatu yang tak kena.
85
00:07:29,783 --> 00:07:31,576
Ada seseorang mengupah dia.
86
00:07:32,661 --> 00:07:33,911
Siapa agaknya?
87
00:07:33,912 --> 00:07:36,581
Mungkin dia patut bunuh awak,
tapi rancangan tak menjadi.
88
00:07:37,290 --> 00:07:40,376
Tak, bukan itu yang Younghwan cakap.
89
00:07:40,377 --> 00:07:43,212
Apa agaknya jadi
90
00:07:43,213 --> 00:07:46,341
kalau Jin Isoo yang hebat itu
akhirnya masuk penjara?
91
00:07:47,384 --> 00:07:50,177
Dia nak awak ditahan kerana membunuh?
92
00:07:50,178 --> 00:07:53,723
Macam kes apabila dia jadi suspek?
93
00:07:56,142 --> 00:07:59,229
Dia suspek awal
dalam kes pembunuhan pelakon Han Yura.
94
00:08:00,105 --> 00:08:03,233
Dia tertidur selepas ambil dadah
dan bajunya berlumuran darah.
95
00:08:09,864 --> 00:08:10,865
Kemudian,
96
00:08:11,908 --> 00:08:13,826
dia arahkan Cho Pilgu membunuhnya?
97
00:08:13,827 --> 00:08:15,536
Untuk buat Isoo dipenjarakan?
98
00:08:15,537 --> 00:08:18,331
Saya tak rasa ada orang
sanggup buat sampai begitu.
99
00:08:23,461 --> 00:08:25,296
{\an8}KIM YOUNGHWAN, CHO PILGU BERSUBAHAT?
100
00:08:27,465 --> 00:08:29,383
Buat masa ini, fokus kepada Cho Pilgu.
101
00:08:29,384 --> 00:08:32,052
Cari jalan untuk buat dia mengaku.
102
00:08:32,053 --> 00:08:34,304
Awak dah ambil komputer Cho Pilgu?
103
00:08:34,305 --> 00:08:35,974
Ya, Forensik sedang periksa.
104
00:08:57,662 --> 00:08:59,330
STUDIO
YU SEONGWON
105
00:09:02,834 --> 00:09:08,173
KUMPULAN MEDIA UBS
106
00:09:18,016 --> 00:09:20,143
YU SEONGWON
107
00:09:33,198 --> 00:09:34,782
Kamu berdua teman seranjang?
108
00:09:34,783 --> 00:09:35,909
Tak tahu ketuk pintu?
109
00:09:36,910 --> 00:09:39,036
Saya memang tak diajar adab.
110
00:09:39,037 --> 00:09:40,538
Sekurang-kurangnya dapat tengok.
111
00:09:41,581 --> 00:09:42,624
Apa kamu mahu?
112
00:09:44,209 --> 00:09:45,752
Sekali-sekala, jadilah ibu.
113
00:09:46,586 --> 00:09:47,587
Sebenarnya,
114
00:09:48,296 --> 00:09:51,757
urusan ini lebih penting untuk mak.
115
00:09:51,758 --> 00:09:54,928
Mak tahu Jin Isoo daripada
Kumpulan Hansu telah ditangkap, bukan?
116
00:09:56,262 --> 00:09:57,514
Dia dibebaskan semalam.
117
00:09:59,224 --> 00:10:00,308
Saya perangkap dia.
118
00:10:05,814 --> 00:10:07,523
{\an8}4 MINGGU SEBELUM KIM YOUNGHWAN MATI
119
00:10:07,524 --> 00:10:08,857
{\an8}Terima kasih luangkan masa.
120
00:10:08,858 --> 00:10:10,568
{\an8}Sama-sama. Terima kasih.
121
00:10:18,368 --> 00:10:19,661
Hei, Seongwon.
122
00:10:21,704 --> 00:10:22,831
Tahniah.
123
00:10:26,626 --> 00:10:28,461
Aduh, saya tersinggung.
124
00:10:29,629 --> 00:10:31,630
Ini sayalah, Younghwan. Kawan Isoo.
125
00:10:31,631 --> 00:10:34,634
Kita pernah jumpa beberapa kali.
126
00:10:38,680 --> 00:10:39,681
Betul.
127
00:10:40,849 --> 00:10:42,976
- Nah.
- Terima kasih.
128
00:10:47,021 --> 00:10:48,481
Isoo datang semalam.
129
00:10:53,069 --> 00:10:54,070
Betul?
130
00:10:56,072 --> 00:10:58,366
Apa-apa pun, saya kagum.
131
00:10:58,992 --> 00:11:01,369
Awak dah jadi artis terkenal.
132
00:11:02,162 --> 00:11:03,413
Saya tumpang bangga.
133
00:11:04,706 --> 00:11:07,250
Macam mana awak hasilkan
semua karya hebat ini?
134
00:11:11,629 --> 00:11:13,923
Sebenarnya,
135
00:11:14,549 --> 00:11:15,925
saya nak bincang sesuatu.
136
00:11:17,302 --> 00:11:19,304
Boleh saya singgah studio awak nanti?
137
00:11:21,556 --> 00:11:23,558
Sudah tentu. Datanglah.
138
00:11:25,268 --> 00:11:26,269
Okey.
139
00:11:27,145 --> 00:11:28,146
Nanti saya hubungi.
140
00:11:30,064 --> 00:11:31,065
Tahniah sekali lagi.
141
00:11:39,115 --> 00:11:41,367
Dia macam anjing kehilangan tuan.
142
00:11:44,537 --> 00:11:45,538
JARI SILANG
143
00:11:50,210 --> 00:11:51,794
Wiski awak pun sedap.
144
00:11:53,379 --> 00:11:54,714
Isoo yang buat.
145
00:11:55,256 --> 00:11:56,257
Tak pernah cuba?
146
00:12:02,555 --> 00:12:03,556
Tidak.
147
00:12:06,392 --> 00:12:07,727
Apa-apa pun,
148
00:12:08,603 --> 00:12:12,565
bukankah dah sampai masa
awak mula jual karya seni?
149
00:12:15,652 --> 00:12:17,153
Pasal itu,
150
00:12:18,154 --> 00:12:23,534
saya ada ramai kenalan termasuk chaebol,
selebriti dan orang kaya.
151
00:12:25,119 --> 00:12:27,747
Ramai orang beratur nak beli karya awak.
152
00:12:28,873 --> 00:12:30,290
Betul?
153
00:12:30,291 --> 00:12:33,043
Awak tak tahu.
Sekarang mereka asyik hubungi saya
154
00:12:33,044 --> 00:12:35,046
nak tanya jika karya awak boleh dibeli.
155
00:12:36,839 --> 00:12:37,840
Jadi, macam mana?
156
00:12:38,675 --> 00:12:42,804
Apa kata saya ambil peluang ini
dan jadi pengedar karya awak?
157
00:12:45,598 --> 00:12:47,015
Jangan salah faham.
158
00:12:47,016 --> 00:12:49,978
Saya bukan nak ambil kesempatan
atau kaut untung.
159
00:12:50,853 --> 00:12:52,480
Karya awak memang bagus.
160
00:12:53,398 --> 00:12:54,857
Awak urus syarikat produksi.
161
00:12:58,194 --> 00:12:59,696
Ya.
162
00:13:00,446 --> 00:13:01,823
Saya fikir nak berhenti.
163
00:13:03,324 --> 00:13:04,867
Jadi, khabar angin itu betul.
164
00:13:07,495 --> 00:13:09,831
Saya dengar awak dipenjarakan
kerana dadah.
165
00:13:15,211 --> 00:13:17,130
Kenapa Isoo tak tolong awak waktu itu?
166
00:13:17,839 --> 00:13:19,215
Sebab itu kamu bergaduh?
167
00:13:22,051 --> 00:13:23,052
Tidak.
168
00:13:25,221 --> 00:13:26,889
Bangsat itu yang serahkan saya.
169
00:13:30,310 --> 00:13:31,477
Isoo buat begitu?
170
00:13:32,437 --> 00:13:35,023
Ya, padahal dia kawan saya.
171
00:13:36,524 --> 00:13:37,607
Tapi mengapa?
172
00:13:37,608 --> 00:13:40,028
Sekarang dia rasa dia detektif sebenar.
173
00:13:42,572 --> 00:13:47,451
Isoo anggap dirinya detektif sebenar?
174
00:13:47,452 --> 00:13:50,288
Sebab itu dia sanggup
khianati kawan sendiri.
175
00:13:52,790 --> 00:13:54,292
Awak nak biarkan saja?
176
00:13:55,209 --> 00:13:57,252
Saya terlalu marah,
177
00:13:57,253 --> 00:14:00,673
sampai saya menyelinap ke rumahnya
dan terfikir nak bunuh dia.
178
00:14:01,549 --> 00:14:02,550
Awak menyelinap masuk?
179
00:14:04,385 --> 00:14:06,345
Saya ada kad kunci rumahnya.
180
00:14:08,765 --> 00:14:10,808
Apa kata kita kenakan Isoo sikit?
181
00:14:11,726 --> 00:14:12,727
Bagaimana?
182
00:14:15,646 --> 00:14:17,273
Perangkap dia dengan dadah juga.
183
00:14:17,899 --> 00:14:20,567
Awak masuk dan paksa dia ambil dadah,
184
00:14:20,568 --> 00:14:22,486
kemudian saya hantar seseorang.
185
00:14:22,487 --> 00:14:25,656
Dia akan letak Isoo di dalam kereta
dan buat macam kemalangan.
186
00:14:27,116 --> 00:14:29,368
Mesti jadi skandal besar.
187
00:14:30,912 --> 00:14:32,371
Mesti seronok.
188
00:14:37,001 --> 00:14:38,877
Bukankah awak rapat dengan Isoo?
189
00:14:38,878 --> 00:14:40,087
Kenapa nak buat begitu?
190
00:14:40,088 --> 00:14:42,423
Dia buat saya menyampah.
191
00:14:44,425 --> 00:14:47,302
Tak apa. Gurau saja.
192
00:14:47,303 --> 00:14:50,180
Isoo tentu boleh lepaskan diri juga.
193
00:14:50,181 --> 00:14:51,516
Awak pindah luar negara,
194
00:14:52,141 --> 00:14:53,309
jadi peniaga seni saya.
195
00:15:07,615 --> 00:15:09,283
Cari orang.
196
00:15:10,326 --> 00:15:11,785
Pastikan kerja itu selesai.
197
00:15:11,786 --> 00:15:12,870
Okey.
198
00:15:14,497 --> 00:15:16,790
Kamu yang arahkan supaya dia dibunuh?
199
00:15:16,791 --> 00:15:18,835
- Ya.
- Kenapa?
200
00:15:19,961 --> 00:15:22,004
Saja-saja. Saya ingatkan seronok.
201
00:15:27,301 --> 00:15:28,302
Tapi
202
00:15:29,011 --> 00:15:31,055
saya rasa dia dah tahu siapa saya.
203
00:15:32,473 --> 00:15:35,183
Macam mana?
Kamu kata En. Hwang yang upah dia.
204
00:15:35,184 --> 00:15:36,268
Ya.
205
00:15:36,269 --> 00:15:37,770
En. Hwang yang hantarkan duit.
206
00:16:00,459 --> 00:16:01,544
Dia pasti mengekorinya.
207
00:16:20,938 --> 00:16:21,939
Kamu…
208
00:16:23,941 --> 00:16:25,234
Kenapa kamu…
209
00:16:27,028 --> 00:16:28,862
tak henti-henti buat begini?
210
00:16:28,863 --> 00:16:31,073
Dah terlambat nak tanya.
211
00:16:32,074 --> 00:16:35,369
Sepatutnya tanya ketika saya 9 tahun
sebelum paksa saya berjanji.
212
00:16:43,794 --> 00:16:44,795
Mak mungkin…
213
00:16:46,255 --> 00:16:48,089
kena cepat.
214
00:16:48,090 --> 00:16:49,842
Kalau dia mula buka mulut,
215
00:16:50,968 --> 00:16:52,178
saya,
216
00:16:52,762 --> 00:16:53,845
mak
217
00:16:53,846 --> 00:16:55,848
dan syarikat yang mak sayang ini
218
00:16:57,433 --> 00:16:59,018
akan musnah.
219
00:17:50,361 --> 00:17:52,947
BALAI POLIS SEOUL GANGHA
220
00:17:57,952 --> 00:17:59,120
Saya peguam Cho Pilgu.
221
00:17:59,787 --> 00:18:01,371
KAD PEGUAM
SONG YEONWOO
222
00:18:01,372 --> 00:18:02,373
Okey.
223
00:18:07,962 --> 00:18:09,838
Song Yeonwoo.
224
00:18:09,839 --> 00:18:12,758
Mula-mula, ceritakan apa yang berlaku.
225
00:18:14,510 --> 00:18:17,096
Tak banyak yang nak diceritakan.
226
00:18:18,264 --> 00:18:20,891
Dia bukakan pintu, kemudian saya masuk.
227
00:18:23,769 --> 00:18:25,563
Awak uruskan yang lain, bukan?
228
00:18:27,940 --> 00:18:28,941
Saya harapkan awak.
229
00:18:32,028 --> 00:18:33,278
Tunggu.
230
00:18:33,279 --> 00:18:34,404
Apa?
231
00:18:34,405 --> 00:18:36,364
Itu bukan kerja yang saya perlu buat.
232
00:18:36,365 --> 00:18:37,575
Apa maksud awak?
233
00:18:49,211 --> 00:18:50,212
Mari sini.
234
00:19:33,798 --> 00:19:34,965
Dia lagi berat.
235
00:19:36,300 --> 00:19:37,301
Ada cap jari?
236
00:19:38,344 --> 00:19:40,471
Saya sentiasa pakai sarung tangan.
237
00:19:41,764 --> 00:19:42,890
Kita boleh susun cerita.
238
00:19:44,141 --> 00:19:46,310
Polis tiada bukti kukuh.
239
00:19:47,436 --> 00:19:50,355
Kita kata Kim Younghwan bawa awak
sebagai pengawal peribadinya.
240
00:19:50,356 --> 00:19:52,649
Dia takut Jin Isoo akan bunuh dia.
241
00:19:52,650 --> 00:19:55,111
Awak datang
sebab dia panggil minta bantuan.
242
00:19:55,945 --> 00:19:57,196
Sebab itu awak kena darah.
243
00:20:01,075 --> 00:20:02,493
Kita mungkin akan lama di sini.
244
00:20:03,285 --> 00:20:04,412
Apa kata makan dulu?
245
00:20:07,039 --> 00:20:08,040
Boleh juga.
246
00:20:13,421 --> 00:20:14,839
Ikut macam latihan kita.
247
00:20:18,718 --> 00:20:19,719
Tandatangan di sini.
248
00:20:22,471 --> 00:20:23,597
Surat lantikan peguam.
249
00:20:24,807 --> 00:20:26,308
Leceh betul.
250
00:20:41,490 --> 00:20:42,950
Peguam mahal
251
00:20:44,493 --> 00:20:45,577
memang berbaloi.
252
00:20:45,578 --> 00:20:46,996
Sudah tentu.
253
00:20:52,418 --> 00:20:53,544
Makanlah.
254
00:20:59,884 --> 00:21:02,636
BILIK SOAL SIASAT
255
00:21:10,311 --> 00:21:12,188
Mereka mungkin dah reka cerita.
256
00:21:14,690 --> 00:21:17,651
Kalau tiada bukti tambahan,
kita terpaksa lepaskan Cho Pilgu.
257
00:21:23,324 --> 00:21:24,407
Awak jumpa apa-apa?
258
00:21:24,408 --> 00:21:27,453
Keputusan forensik komputer dah keluar,
tapi tiada info penting.
259
00:21:28,078 --> 00:21:30,331
Telefon dia pun sama.
260
00:21:31,040 --> 00:21:32,041
Biar saya tengok.
261
00:21:35,294 --> 00:21:36,462
LAPORAN FORENSIK DIGITAL
262
00:21:41,425 --> 00:21:43,259
YU SEONGWON
263
00:21:43,260 --> 00:21:44,470
Apa ini?
264
00:21:47,515 --> 00:21:50,017
Dia cari Yu Seongwon dalam talian.
265
00:21:58,442 --> 00:21:59,735
Itu studio Yu Seongwon.
266
00:22:02,488 --> 00:22:04,489
Minjae pasang kamera lain. Jom.
267
00:22:04,490 --> 00:22:05,783
Okey.
268
00:22:10,204 --> 00:22:11,663
Cari Yu Seongwon.
269
00:22:11,664 --> 00:22:12,748
Okey.
270
00:22:13,499 --> 00:22:15,250
Awak tahu apa-apa pasal ini?
271
00:22:15,251 --> 00:22:16,252
Tak, tiada apa-apa.
272
00:22:23,884 --> 00:22:25,636
Nombor yang anda dail…
273
00:22:26,428 --> 00:22:28,055
Dia tak angkat.
274
00:22:35,604 --> 00:22:37,230
PENYIASAT JEONG MINJAE
275
00:22:37,231 --> 00:22:39,650
Saya tak boleh bercakap sekarang. Ada apa?
276
00:22:44,029 --> 00:22:46,407
Ada apa-apa berlaku
dengan Yu Seongwon semalam?
277
00:22:50,160 --> 00:22:51,954
Dia terus kembali ke studio.
278
00:22:53,289 --> 00:22:54,290
{\an8}Awak di mana?
279
00:22:57,751 --> 00:22:59,503
Saya sedang siasat kes berbeza.
280
00:23:04,800 --> 00:23:06,968
Yu Seongwon kenal Kim Younghwan?
281
00:23:06,969 --> 00:23:07,970
Ya.
282
00:23:08,929 --> 00:23:10,598
Dia pernah jumpa Younghwan juga.
283
00:23:11,432 --> 00:23:12,474
Tapi mengapa?
284
00:23:13,100 --> 00:23:15,895
Saya faham sebab apa Younghwan
nak balas dendam kepada saya,
285
00:23:17,187 --> 00:23:19,440
tapi apa kaitan Seongwon?
286
00:23:27,948 --> 00:23:29,324
Awak tahu kod pintunya?
287
00:23:29,325 --> 00:23:32,161
Ya, kami saling tahu untuk kecemasan.
288
00:23:41,837 --> 00:23:42,921
TIADA ISYARAT
289
00:23:42,922 --> 00:23:44,256
Monitor untuk Yu Seongwon.
290
00:23:45,674 --> 00:23:48,594
- Kita periksa rakaman tersimpan dulu.
- Okey.
291
00:24:14,578 --> 00:24:15,579
Itu Kim Younghwan.
292
00:24:25,214 --> 00:24:27,256
Mereka rancang semua ini bersama?
293
00:24:27,257 --> 00:24:29,927
Mungkin Yu Seongwon
nak balas dendam kepada awak.
294
00:24:30,511 --> 00:24:33,262
Dia tahu awak dah syak dia.
295
00:24:33,263 --> 00:24:35,307
Sebab itu dia cuba perangkap saya?
296
00:24:36,141 --> 00:24:37,184
Adakah itu bermakna
297
00:24:38,268 --> 00:24:40,396
Younghwan suruh Seongwon bunuh dia?
298
00:24:41,897 --> 00:24:45,316
Tak, Kim Younghwan mungkin diperalatkan.
299
00:24:45,317 --> 00:24:48,861
Cho Pilgu pergi ke studio Yu Seongwon,
300
00:24:48,862 --> 00:24:50,489
jadi pasti Yu Seongwon mengupahnya.
301
00:24:51,865 --> 00:24:53,659
Duit 50 juta won itu sebagai upah.
302
00:24:54,827 --> 00:24:57,329
Rancangan Kim Younghwan lain sebenarnya,
303
00:24:58,539 --> 00:25:01,667
tapi Yu Seongwon upah orang
untuk bunuh Kim Younghwan?
304
00:25:03,419 --> 00:25:06,130
Saya dah agak hari ini akan tiba.
305
00:25:06,797 --> 00:25:09,049
Sejak hari pertama saya jumpa awak.
306
00:25:10,384 --> 00:25:11,593
Fikir betul-betul.
307
00:25:12,428 --> 00:25:16,015
Ingat betapa puasnya awak
ketika menikam Younghwan.
308
00:25:17,891 --> 00:25:19,434
Jangan lari.
309
00:25:19,435 --> 00:25:22,771
Apabila awak terima hakikat itu,
barulah awak bebas.
310
00:25:24,398 --> 00:25:28,193
Lagipun, awak Putera Kecil saya.
311
00:25:29,820 --> 00:25:31,238
Dia cuba menyedarkan saya.
312
00:25:32,990 --> 00:25:36,285
Yu Seongwon fikir saya sama macam dia.
313
00:25:37,161 --> 00:25:38,162
Bahawa saya
314
00:25:38,954 --> 00:25:40,789
menahan keinginan untuk membunuh orang.
315
00:25:43,083 --> 00:25:45,335
Jadi, dia nak jadikan saya
pembunuh macam dia.
316
00:26:01,977 --> 00:26:03,020
Celaka…
317
00:26:14,114 --> 00:26:15,740
Tahanan tak sedarkan diri.
318
00:26:15,741 --> 00:26:17,201
Tolong hubungi ambulans.
319
00:26:19,703 --> 00:26:21,413
Cho Pilgu rebah!
320
00:26:41,683 --> 00:26:42,684
Apa yang berlaku?
321
00:26:43,727 --> 00:26:45,354
Dia lebih dos dadah akut.
322
00:26:48,357 --> 00:26:49,941
Peguam yang datang tadi.
323
00:26:49,942 --> 00:26:51,610
Saya peguam En. Cho Pilgu.
324
00:27:05,582 --> 00:27:08,335
PEJABAT GUAMAN
SONG YEONWOO
325
00:27:11,421 --> 00:27:12,673
PEGUAM SONG YEONWOO
326
00:27:15,425 --> 00:27:17,093
Boleh saya bantu?
327
00:27:17,094 --> 00:27:19,512
Awak Peguam Song Yeonwoo?
328
00:27:19,513 --> 00:27:22,432
Ya, saya Song Yeonwoo.
329
00:27:31,358 --> 00:27:32,693
Saya dah uruskan dia.
330
00:27:33,318 --> 00:27:35,028
Mereka takkan tahu siapa saya,
331
00:27:36,321 --> 00:27:37,531
tapi saya akan sembunyi.
332
00:27:38,532 --> 00:27:39,783
Padamkan nama saya
333
00:27:41,118 --> 00:27:42,286
daripada rekod syarikat.
334
00:27:55,632 --> 00:27:56,633
Bagus.
335
00:28:19,907 --> 00:28:21,325
Ini tak nampak baik.
336
00:28:22,993 --> 00:28:23,994
Bagaimana jadi begini?
337
00:28:25,078 --> 00:28:27,122
Suspek mati dalam tahanan?
338
00:28:28,457 --> 00:28:31,667
Nampaknya seseorang menyamar
sebagai peguam dan beri dia dadah.
339
00:28:31,668 --> 00:28:34,129
Siapa? Awak dah jumpa orangnya?
340
00:28:34,755 --> 00:28:36,506
- Tak, belum lagi.
- Hei!
341
00:28:37,132 --> 00:28:38,758
Awak cuba musnahkan kerjaya saya?
342
00:28:38,759 --> 00:28:40,301
Bodoh!
343
00:28:40,302 --> 00:28:43,763
Selepas semua kerja merepek kamu,
ini hasilnya?
344
00:28:43,764 --> 00:28:46,432
Siapa nak bertanggungjawab?
345
00:28:46,433 --> 00:28:47,726
Cakap, siapa?
346
00:28:50,395 --> 00:28:53,023
- Kami akan pastikan…
- Hei! Awak betul-betul…
347
00:28:53,607 --> 00:28:54,815
Awak.
348
00:28:54,816 --> 00:28:56,485
Semuanya salah awak.
349
00:28:57,069 --> 00:28:58,694
Cubalah buka mulut lagi.
350
00:28:58,695 --> 00:29:01,448
Saya pecat awak sekarang juga!
351
00:29:02,115 --> 00:29:03,325
Tak guna!
352
00:29:15,545 --> 00:29:17,421
Insiden di rumah Detektif Jin Isoo…
353
00:29:17,422 --> 00:29:19,800
Betulkah suspek kes ini
telah meninggal dunia?
354
00:29:20,634 --> 00:29:22,051
Ya, memang benar.
355
00:29:22,052 --> 00:29:24,053
Bagaimana dia boleh mati dalam tahanan?
356
00:29:24,054 --> 00:29:27,348
Kami masih menyiasat.
357
00:29:27,349 --> 00:29:30,352
Betulkah seseorang menyamar
sebagai peguam lalu meracuninya?
358
00:29:49,746 --> 00:29:55,127
{\an8}BALAI POLIS SEOUL GANGHA
359
00:30:04,386 --> 00:30:06,555
Saya lapar. Jom makan.
360
00:30:08,890 --> 00:30:12,853
Jomlah. Selepas itu, kita fikir
cara untuk tangkap Yu Seongwon.
361
00:30:14,771 --> 00:30:16,606
Ini mungkin peluang kita.
362
00:30:18,025 --> 00:30:20,527
Kalau dapat buktikan Yu Seongwon
dalang pembunuhan itu,
363
00:30:21,445 --> 00:30:24,364
kita boleh tangkap dia
sebelum dia bunuh orang lain.
364
00:30:26,116 --> 00:30:28,160
Yu Seongwon pergi ke pejabat utama UBS.
365
00:30:29,578 --> 00:30:32,205
Minjae mengekori dia
sehari sebelum Cho Pilgu mati.
366
00:30:35,125 --> 00:30:38,462
Mungkin dia jumpa Jeong Taeseon
hari itu untuk minta bantuan.
367
00:30:39,755 --> 00:30:42,006
Jeong Taeseon yang selesaikannya?
368
00:30:42,007 --> 00:30:43,175
Ya.
369
00:30:44,634 --> 00:30:47,220
Masa suntuk, jadi mungkin
orang yang rapat dengannya.
370
00:30:54,311 --> 00:30:55,644
Nombor yang anda dail…
371
00:30:55,645 --> 00:30:57,355
Kenapa dia tak jawab telefon?
372
00:31:04,571 --> 00:31:05,697
Cik Joo Hyera?
373
00:31:06,490 --> 00:31:07,741
Ya?
374
00:31:17,918 --> 00:31:20,003
Ada penghantaran untuk awak.
375
00:31:29,221 --> 00:31:31,264
BALAI POLIS GANGHA
DETEKTIF JOO HYERA
376
00:31:37,479 --> 00:31:39,523
- Apa benda itu?
- Berikan pisau.
377
00:32:14,432 --> 00:32:15,891
Tahan staf penghantaran itu.
378
00:32:15,892 --> 00:32:17,144
Okey.
379
00:32:26,236 --> 00:32:27,237
Min…
380
00:33:01,980 --> 00:33:03,564
Ada mayat di dalam kotak itu?
381
00:33:03,565 --> 00:33:05,150
Kami memang tak tahu apa-apa.
382
00:33:06,109 --> 00:33:07,568
Dari mana awak ambil?
383
00:33:07,569 --> 00:33:09,528
Namgye-dong.
384
00:33:09,529 --> 00:33:12,114
Tapi tempat itu kawasan pembangunan semula
385
00:33:12,115 --> 00:33:13,992
dan semuanya dah dikosongkan.
386
00:33:16,203 --> 00:33:18,622
Kami diminta hantar sesuatu
yang mereka tinggalkan.
387
00:33:19,247 --> 00:33:21,166
Duit upahnya ada di atas kotak.
388
00:33:22,626 --> 00:33:23,668
Oh, Tuhan.
389
00:33:26,046 --> 00:33:27,964
Awak tak tahu siapa yang upah awak?
390
00:33:28,590 --> 00:33:30,425
Kami terima panggilan,
391
00:33:31,384 --> 00:33:34,387
tapi apabila saya telefon tadi,
nombor itu gagal dihubungi.
392
00:33:35,013 --> 00:33:36,014
Tak tahu nama mereka?
393
00:33:36,556 --> 00:33:37,557
Tidak.
394
00:33:38,308 --> 00:33:39,851
Kami tak sempat tanya nama.
395
00:33:41,686 --> 00:33:44,356
Awak angkut barang tanpa tahu
siapa yang mengupah awak?
396
00:33:45,273 --> 00:33:47,108
Kerja tak banyak kebelakangan ini.
397
00:33:49,236 --> 00:33:51,905
Dua juta won itu besar nilainya.
398
00:33:59,788 --> 00:34:01,205
Bodoh betul!
399
00:34:01,206 --> 00:34:02,665
Apa yang berlaku?
400
00:34:02,666 --> 00:34:04,250
Bagaimana mayat dihantar ke sini?
401
00:34:04,251 --> 00:34:05,752
Kamu semua dah gila!
402
00:34:06,419 --> 00:34:08,213
Joo Hyera. Di mana dia?
403
00:34:10,257 --> 00:34:11,466
Lepaskan saya!
404
00:34:18,348 --> 00:34:19,349
Tuan.
405
00:34:20,558 --> 00:34:21,559
Buat masa sekarang,
406
00:34:22,894 --> 00:34:23,978
tolong biarkan dulu.
407
00:34:23,979 --> 00:34:25,230
Apa?
408
00:34:25,814 --> 00:34:26,856
Orang yang mati itu
409
00:34:28,066 --> 00:34:29,526
bekas pegawai bawahan Joo Hyera.
410
00:34:30,944 --> 00:34:32,612
Dia juga bekas anak buah saya.
411
00:34:34,614 --> 00:34:37,617
Saya sanggup dikenakan
tindakan tatatertib atau letak jawatan,
412
00:34:38,910 --> 00:34:39,911
jadi buat masa ini,
413
00:34:41,496 --> 00:34:42,914
tolong jangan cakap apa-apa.
414
00:34:46,626 --> 00:34:47,669
Tolonglah.
415
00:35:16,156 --> 00:35:17,157
Minjae orangnya.
416
00:35:20,201 --> 00:35:21,202
Minjae
417
00:35:22,329 --> 00:35:23,913
yang mengekori Yu Seongwon?
418
00:35:26,166 --> 00:35:27,375
Minjae
419
00:35:28,668 --> 00:35:29,961
mengekori Yu Seongwon.
420
00:35:32,255 --> 00:35:33,798
Saya gagal hubungi dia.
421
00:35:37,135 --> 00:35:38,887
Saya tak syak apa-apa.
422
00:35:43,016 --> 00:35:44,351
Saya cuma menunggu balasan.
423
00:35:59,866 --> 00:36:00,867
Ada jumpa apa-apa?
424
00:36:02,911 --> 00:36:04,204
Belum lagi.
425
00:36:06,206 --> 00:36:07,666
Beri mereka sedikit masa.
426
00:36:08,541 --> 00:36:11,418
Kalau kita periksa betul-betul,
pasti jumpa sesuatu.
427
00:36:11,419 --> 00:36:12,587
Tidak.
428
00:36:14,506 --> 00:36:15,882
Kita takkan jumpa apa-apa.
429
00:36:17,801 --> 00:36:18,927
Awak tahu.
430
00:36:20,845 --> 00:36:22,347
Awak tahu cara Yu Seongwon.
431
00:36:29,354 --> 00:36:30,355
Hyera.
432
00:36:31,523 --> 00:36:32,565
Hei, Joo Hyera.
433
00:36:36,194 --> 00:36:38,195
Ada jumpa apa-apa yang penting?
434
00:36:38,196 --> 00:36:40,532
Belum. Kami akan naik dan periksa.
435
00:36:51,334 --> 00:36:52,377
Bagaimana keadaannya?
436
00:36:52,961 --> 00:36:56,464
Trak itu tiada berkaitan.
Forensik tak jumpa apa-apa.
437
00:36:57,966 --> 00:36:59,968
Bagaimana boleh jadi begini?
438
00:37:00,593 --> 00:37:02,094
Siapa orang yang mati itu?
439
00:37:02,095 --> 00:37:03,847
Namanya Jeong Minjae.
440
00:37:04,472 --> 00:37:05,681
Kawan lama Detektif Joo.
441
00:37:05,682 --> 00:37:06,974
Apa?
442
00:37:06,975 --> 00:37:08,560
Kawan lama…
443
00:37:10,228 --> 00:37:11,438
Dia bekas polis?
444
00:37:12,397 --> 00:37:13,565
Tidak lagi.
445
00:37:14,691 --> 00:37:17,819
Kotak itu diambil dari sini.
Pergi bersama Forensik dan periksa.
446
00:37:18,570 --> 00:37:19,696
Okey.
447
00:37:21,573 --> 00:37:22,657
Di mana Detektif Joo?
448
00:37:23,867 --> 00:37:25,118
Dia bergegas keluar tadi.
449
00:38:12,081 --> 00:38:13,291
Kita ada tetamu.
450
00:38:14,000 --> 00:38:15,001
Pergi tengok.
451
00:38:25,678 --> 00:38:27,055
Yu Seongwon ada di dalam?
452
00:38:38,399 --> 00:38:40,025
Detektif Joo Hyera.
453
00:38:40,026 --> 00:38:41,360
Lama tak jumpa.
454
00:38:41,361 --> 00:38:42,779
Kenapa awak bunuh dia?
455
00:38:43,571 --> 00:38:44,572
Apa?
456
00:38:45,365 --> 00:38:46,866
Kenapa awak bunuh dia?
457
00:38:48,117 --> 00:38:49,327
Hei!
458
00:38:49,994 --> 00:38:50,995
Lepaskan.
459
00:38:55,083 --> 00:38:57,877
Pergi. Dia tetamu saya.
460
00:39:03,091 --> 00:39:05,927
Maaf. Dia memang tak tahu adab.
461
00:39:07,136 --> 00:39:08,388
Apa-apa pun,
462
00:39:09,472 --> 00:39:10,682
ada orang mati?
463
00:39:17,605 --> 00:39:19,566
Awak rasa awak sempurna, bukan?
464
00:39:21,734 --> 00:39:23,278
Selepas bunuh lima orang,
465
00:39:24,070 --> 00:39:26,239
awak rasa tak tinggalkan
satu pun bukti, bukan?
466
00:39:29,200 --> 00:39:31,160
Tapi kali ini awak tinggalkan bukti jelas.
467
00:39:32,078 --> 00:39:33,955
Awak pindahkan mayat itu,
468
00:39:34,622 --> 00:39:35,832
panggil lori
469
00:39:37,083 --> 00:39:38,418
dan hantar mayat kepada saya.
470
00:39:40,879 --> 00:39:42,130
Kenapa sampai begitu?
471
00:39:44,716 --> 00:39:46,009
Awak dah mula kecut perut?
472
00:39:48,303 --> 00:39:50,096
Akhirnya awak takut akan tertangkap?
473
00:39:51,598 --> 00:39:52,849
Biar betul?
474
00:40:02,275 --> 00:40:03,568
Semua orang
475
00:40:04,819 --> 00:40:06,528
bertanya kepada saya.
476
00:40:06,529 --> 00:40:09,531
"Mengapa? Kenapa pula?"
477
00:40:09,532 --> 00:40:12,284
Macamlah mereka akan faham
kalau saya jelaskan.
478
00:40:12,285 --> 00:40:13,536
Tapi hakikatnya,
479
00:40:15,371 --> 00:40:17,790
memang tiada jawapan.
480
00:40:20,418 --> 00:40:21,419
Saya…
481
00:40:23,379 --> 00:40:26,924
di luar pemahaman orang macam awak.
482
00:40:26,925 --> 00:40:27,926
Betul.
483
00:40:30,553 --> 00:40:32,847
Saya layan awak macam manusia,
484
00:40:33,765 --> 00:40:35,558
padahal awak binatang.
485
00:40:39,729 --> 00:40:41,564
Saya sedang siapkan karya baharu.
486
00:40:42,273 --> 00:40:43,274
Awak nak tengok?
487
00:41:07,131 --> 00:41:10,050
Hei, saya dah cakap jangan datang.
488
00:41:10,051 --> 00:41:12,261
Saya tak perlu datang
kalau awak ada kekasih.
489
00:41:13,346 --> 00:41:14,931
Awak tak suka makanan hospital.
490
00:41:15,723 --> 00:41:17,558
Saya teringin makan ayam goreng.
491
00:41:31,072 --> 00:41:32,323
Nah.
492
00:41:38,287 --> 00:41:39,998
Jangan pandang saya begitu.
493
00:41:40,707 --> 00:41:42,499
Apa maksud awak? Macam mana?
494
00:41:42,500 --> 00:41:45,544
Saya ditikam kerana kecuaian sendiri,
495
00:41:45,545 --> 00:41:46,587
jadi jangan simpati.
496
00:41:49,257 --> 00:41:51,092
Saya pun rasa bersalah.
497
00:41:51,884 --> 00:41:53,177
Seriuslah!
498
00:41:54,262 --> 00:41:56,723
Okey, saya takkan buat.
499
00:41:57,306 --> 00:41:58,307
Makanlah.
500
00:42:02,186 --> 00:42:03,187
Sedap?
501
00:42:20,872 --> 00:42:22,874
Terharu sangat?
502
00:42:29,839 --> 00:42:31,215
Detektif Joo!
503
00:42:40,683 --> 00:42:43,185
Aduh. Isoo!
504
00:42:43,186 --> 00:42:45,313
Dia dah tak terkawal.
505
00:42:49,776 --> 00:42:51,526
Awak nak percaya orang macam dia?
506
00:42:51,527 --> 00:42:53,154
Tutup mulut awak.
507
00:43:13,549 --> 00:43:15,801
Mungkin dia dibunuh di sini.
508
00:43:15,802 --> 00:43:17,512
- Kita perlu cari kesan darah.
- Okey.
509
00:44:07,603 --> 00:44:09,730
Ya. Awak jumpa apa-apa?
510
00:44:09,856 --> 00:44:11,273
Tidak.
511
00:44:11,274 --> 00:44:13,192
Tiada kesan darah langsung.
512
00:44:13,818 --> 00:44:15,653
Mungkin bukan dibunuh di sini.
513
00:44:32,211 --> 00:44:33,379
Ya, Dr. Yoon.
514
00:44:34,714 --> 00:44:36,256
Awak dah tengok mayat itu?
515
00:44:36,257 --> 00:44:39,050
Nampaknya mangsa diserang
dengan senjata perenjat.
516
00:44:39,051 --> 00:44:41,345
Ada kesan hentakan di belakang kepala
517
00:44:42,305 --> 00:44:45,433
dan seluruh badannya lebam.
518
00:44:54,025 --> 00:44:55,234
Nak saya masuk seorang?
519
00:44:57,820 --> 00:44:59,071
Tak apa, masuk sama-sama.
520
00:45:06,454 --> 00:45:08,663
Pada pukul 11.00 malam hari Ahad,
521
00:45:08,664 --> 00:45:10,249
awak pergi ke pejabat utama UBS.
522
00:45:11,500 --> 00:45:12,501
Kenapa?
523
00:45:15,004 --> 00:45:16,672
Ceritakan apa yang awak buat.
524
00:45:18,341 --> 00:45:19,634
Bosannya.
525
00:45:26,349 --> 00:45:27,350
Isoo.
526
00:45:28,226 --> 00:45:29,644
Apa yang awak buat?
527
00:45:30,519 --> 00:45:32,563
Kenapa awak masih berpura-pura normal?
528
00:45:33,147 --> 00:45:35,148
Awak nak terus tanya soalan bodoh?
529
00:45:35,149 --> 00:45:37,276
Berapa lama lagi
saya perlu buat awak sedar?
530
00:45:38,736 --> 00:45:39,737
Betul.
531
00:45:41,864 --> 00:45:43,699
Sebab itu awak bunuh Younghwan.
532
00:45:44,784 --> 00:45:47,286
Sebab awak fikir kita sama.
533
00:45:49,372 --> 00:45:50,748
Awak membesar dalam kesunyian.
534
00:45:51,624 --> 00:45:53,125
Awak rasa ditinggalkan.
535
00:45:54,168 --> 00:45:56,921
Awak fikir kita sama, tapi awak silap.
536
00:45:59,090 --> 00:46:00,091
Saya tak macam awak.
537
00:46:02,051 --> 00:46:03,052
Saya ada…
538
00:46:07,181 --> 00:46:09,058
seorang ibu yang menyayangi saya.
539
00:46:12,812 --> 00:46:14,771
Awak tiada ibu begitu.
540
00:46:14,772 --> 00:46:17,191
Sebab itu awak akhirnya jadi begini.
541
00:46:17,858 --> 00:46:19,568
Awak tak boleh diselamatkan.
542
00:46:22,571 --> 00:46:25,365
Selepas Kim Younghwan mati
dan Cho Pilgu ditangkap,
543
00:46:25,366 --> 00:46:27,410
awak takut lalu lari cari ibu awak?
544
00:46:28,077 --> 00:46:29,744
Awak merayu minta dia bantu?
545
00:46:29,745 --> 00:46:31,664
Pada ibu yang membenci awak?
546
00:47:02,820 --> 00:47:04,864
Hei, itu Pengerusi Jeong Taeseon, bukan?
547
00:47:05,448 --> 00:47:06,490
Saya rasa begitu.
548
00:47:13,289 --> 00:47:16,792
Kami sedang cari lelaki
yang menyamar sebagai peguam.
549
00:47:17,710 --> 00:47:21,172
Kami juga sedang periksa
tempat mayat itu dibuang.
550
00:47:21,922 --> 00:47:24,008
Kami akan periksa rakaman
kamera berdekatan.
551
00:47:31,849 --> 00:47:33,267
Awak akan tertangkap.
552
00:47:35,770 --> 00:47:38,981
Jangan tunggu sampai digari
dan diheret keluar. Mengaku saja.
553
00:47:44,195 --> 00:47:48,032
Kenapa awak asyik kata saya pembunuh?
554
00:47:49,033 --> 00:47:51,077
Apa sebab saya nak bunuh dia?
555
00:47:51,702 --> 00:47:52,703
Maksud saya,
556
00:47:53,913 --> 00:47:54,914
dia ekori saya…
557
00:47:58,084 --> 00:47:59,626
dan mengintip saya?
558
00:47:59,627 --> 00:48:02,713
Sebab seniornya yang bodoh
fikir saya pembunuh?
559
00:48:06,342 --> 00:48:08,176
Selain buat saya marah,
560
00:48:08,177 --> 00:48:10,638
tiada sebab untuk saya bunuh dia.
561
00:48:15,935 --> 00:48:16,936
Itu dia.
562
00:48:17,937 --> 00:48:19,188
Riak wajah yang bagus.
563
00:48:21,315 --> 00:48:22,316
Nak jadi model saya?
564
00:48:33,953 --> 00:48:36,789
En. Yu Seongwon, bangun.
565
00:48:41,168 --> 00:48:43,045
- Tuan.
- Diam.
566
00:49:28,507 --> 00:49:29,592
Tunggu!
567
00:49:33,762 --> 00:49:35,055
Anak awak pembunuh.
568
00:49:38,726 --> 00:49:40,019
Dia dah bunuh lima orang.
569
00:49:47,610 --> 00:49:48,736
Awak tahu, bukan?
570
00:49:50,696 --> 00:49:51,697
Awak ibunya.
571
00:49:52,615 --> 00:49:53,866
Mestilah awak tahu.
572
00:49:56,076 --> 00:49:58,078
Dia akan terus membunuh orang.
573
00:49:59,288 --> 00:50:01,123
Ini bukan sesuatu yang boleh disorok.
574
00:50:04,752 --> 00:50:06,045
Awak biadab.
575
00:50:07,004 --> 00:50:08,464
Awak juga tak takut apa-apa.
576
00:50:09,548 --> 00:50:11,509
Biasanya takkan berakhir dengan baik.
577
00:50:14,512 --> 00:50:15,763
Awak patut hati-hati.
578
00:50:41,539 --> 00:50:43,832
Kawal orang bawahan awak!
579
00:50:44,500 --> 00:50:45,583
Ya, tuan.
580
00:50:45,584 --> 00:50:47,086
Demi Tuhan.
581
00:50:53,717 --> 00:50:55,344
Mulai sekarang,
582
00:50:56,262 --> 00:50:57,638
Pasukan Dua ambil alih kes!
583
00:50:59,848 --> 00:51:01,599
- Tak boleh.
- Saya tak boleh?
584
00:51:01,600 --> 00:51:03,769
- Saya terlalu bersabar dengan awak.
- Tuan.
585
00:51:09,733 --> 00:51:12,194
Saya dengar mangsa itu
bekas pegawai bawahan awak.
586
00:51:13,737 --> 00:51:16,824
Orang yang terlibat secara peribadi
tak boleh kendalikan kes.
587
00:51:19,326 --> 00:51:20,536
Saya yang paling tahu
588
00:51:21,787 --> 00:51:23,247
selok belok kes ini.
589
00:51:24,582 --> 00:51:26,125
Yu Seongwon ialah pembunuhnya.
590
00:51:27,960 --> 00:51:29,085
Awak ada bukti?
591
00:51:29,086 --> 00:51:30,296
Saya akan cari.
592
00:51:31,797 --> 00:51:33,673
Bukankah itu cuma andaian?
593
00:51:33,674 --> 00:51:37,135
Awak buat teori, kemudian paksa
semua bukti supaya sesuai dengan teori!
594
00:51:37,136 --> 00:51:38,137
Tidak.
595
00:51:39,013 --> 00:51:40,014
Yu Seongwon
596
00:51:41,098 --> 00:51:43,225
dah membunuh berulang kali.
597
00:51:44,893 --> 00:51:47,229
Awak dah hilang akal.
598
00:51:48,606 --> 00:51:50,607
Jangan campur tangan dalam siasatan!
599
00:51:50,608 --> 00:51:52,401
- Tuan.
- Ketua Park.
600
00:51:53,319 --> 00:51:56,654
Mayat bekas pegawai bawahan Joo Hyera
dihantar terus kepadanya.
601
00:51:56,655 --> 00:52:01,452
Dia masih boleh kendalikan kes ini?
602
00:52:05,914 --> 00:52:06,999
Tak boleh.
603
00:52:15,466 --> 00:52:16,549
Pasukan Dua!
604
00:52:16,550 --> 00:52:18,676
Jangan mereka-reka cerita macam dia.
605
00:52:18,677 --> 00:52:21,179
Cari pembunuh sebenar. Faham?
606
00:52:21,180 --> 00:52:22,222
- Ya, tuan.
- Ya, tuan.
607
00:52:23,015 --> 00:52:25,059
Tak guna.
608
00:52:35,694 --> 00:52:37,029
Tinggalkan negara ini.
609
00:52:37,738 --> 00:52:39,238
Saya ada pameran.
610
00:52:39,239 --> 00:52:41,325
Kenapa mak kena lalui
semua ini sebab kamu?
611
00:52:47,956 --> 00:52:51,335
Saya rasa kita kena bunuh kekasih mak itu.
612
00:52:53,212 --> 00:52:54,797
- Apa?
- Kenapa?
613
00:52:55,464 --> 00:52:56,465
Mak sayang dia?
614
00:52:58,342 --> 00:53:00,052
Mak tak tahu apa-apa.
615
00:53:04,640 --> 00:53:07,643
Mak lahirkan saya sebab nak jadi
isteri kedua pengerusi.
616
00:53:08,852 --> 00:53:09,853
Tapi
617
00:53:10,521 --> 00:53:12,022
walaupun sedikit,
618
00:53:14,692 --> 00:53:16,568
pernah mak sayang saya?
619
00:53:24,993 --> 00:53:26,828
Isoo cakap
620
00:53:26,829 --> 00:53:29,206
saya jadi begini kerana mak.
621
00:53:29,915 --> 00:53:31,541
Jadi, mak kena bertanggungjawab.
622
00:53:31,542 --> 00:53:33,167
Tinggalkan negara ini seketika.
623
00:53:33,168 --> 00:53:35,086
Polis tiada petunjuk.
624
00:53:35,087 --> 00:53:36,838
Mereka tiada bukti pun.
625
00:53:36,839 --> 00:53:39,007
Pergi saja sampai keadaan reda!
626
00:53:45,889 --> 00:53:48,726
Nak saya terus terang?
627
00:53:50,144 --> 00:53:53,397
Tengok mak tunduk dengan tangan bergari,
628
00:53:53,981 --> 00:53:57,818
diheret di depan wartawan
yang sibuk ambil gambar,
629
00:53:59,111 --> 00:54:00,821
mungkin agak menghiburkan.
630
00:54:03,490 --> 00:54:04,491
Tolonglah.
631
00:54:06,201 --> 00:54:08,953
Apa maksud awak,
Yu Seongwon pernah bunuh orang?
632
00:54:08,954 --> 00:54:10,831
Awak kata dia pembunuh bersiri?
633
00:54:11,874 --> 00:54:12,875
Ya.
634
00:54:14,334 --> 00:54:15,753
Dua model Yu Seongwon
635
00:54:16,545 --> 00:54:18,255
dan seorang rakan sekelasnya hilang.
636
00:54:19,089 --> 00:54:20,215
Detektif Joo percaya
637
00:54:21,049 --> 00:54:25,095
Yu Seongwon jadikan pembunuhan itu
sebagai inspirasi karya-karyanya.
638
00:54:29,308 --> 00:54:32,519
Selepas Kim Heejun hilang,
Yu Seongwon pergi ke UK.
639
00:54:33,187 --> 00:54:34,980
Dia kembali untuk buat pameran.
640
00:54:36,106 --> 00:54:37,608
Detektif Joo kembali ke unit ini
641
00:54:38,734 --> 00:54:40,068
untuk menangkap Yu Seongwon.
642
00:54:41,153 --> 00:54:42,488
Untuk menangkap Yu Seongwon?
643
00:54:43,197 --> 00:54:45,491
Jadi, apa yang berlaku
kepada Jeong Minjae?
644
00:54:46,492 --> 00:54:49,995
Dia sedang ekori Yu Seongwon,
kemudian kami hilang hubungan dengannya.
645
00:54:53,999 --> 00:54:56,250
Awak rasa Yu Seongwon bunuh dia?
646
00:54:56,251 --> 00:54:58,587
Ya, saya pasti.
647
00:55:00,464 --> 00:55:02,925
Dia bunuh Younghwan
untuk memprovokasi saya.
648
00:55:05,511 --> 00:55:07,638
Tapi kita tiada sebarang bukti.
649
00:55:10,015 --> 00:55:11,474
Ini fail kes lama.
650
00:55:11,475 --> 00:55:13,809
Semak semula.
Mungkin ada yang terlepas pandang.
651
00:55:13,810 --> 00:55:14,811
Okey.
652
00:55:28,158 --> 00:55:29,159
Hyera.
653
00:55:37,084 --> 00:55:38,210
Saya tahu perasaan awak.
654
00:55:41,004 --> 00:55:42,464
Tenangkan diri dulu.
655
00:55:45,050 --> 00:55:46,468
Kita akan tangkap Yu Seongwon.
656
00:55:47,219 --> 00:55:48,512
Mungkin macam tiada harapan,
657
00:55:50,097 --> 00:55:51,598
tapi kita akan tangkap dia.
658
00:56:11,910 --> 00:56:13,703
Awak tiada ibu begitu.
659
00:56:13,704 --> 00:56:15,747
Sebab itu awak akhirnya jadi begini.
660
00:56:17,082 --> 00:56:18,874
Awak tak boleh diselamatkan lagi.
661
00:56:18,875 --> 00:56:20,961
Awak takut lalu lari cari ibu awak?
662
00:56:22,254 --> 00:56:24,005
Awak merayu minta dia bantu?
663
00:56:24,006 --> 00:56:25,924
Pada ibu yang membenci awak?
664
00:57:25,942 --> 00:57:28,528
DUA HARI SEBELUM ITU
665
01:00:55,777 --> 01:00:56,861
FLEX X COP 2
EPISOD 12
666
01:00:56,862 --> 01:00:58,280
KEGILAAN ITU TERBONGKAR
667
01:01:33,398 --> 01:01:35,149
{\an8}Apakah kelemahan Yu Seongwon?
668
01:01:35,150 --> 01:01:36,317
{\an8}Jangan sentuh dia.
669
01:01:36,318 --> 01:01:37,735
{\an8}Awak digantung kerja.
670
01:01:37,736 --> 01:01:38,903
{\an8}Saya letak jawatan.
671
01:01:38,904 --> 01:01:40,112
{\an8}Jin Isoo!
672
01:01:40,113 --> 01:01:42,072
{\an8}Detektif Joo, teruskan bertahan.
673
01:01:42,073 --> 01:01:44,825
{\an8}Mari lihat sejauh mana saya boleh pergi.
674
01:01:44,826 --> 01:01:46,243
{\an8}Mereka ugut untuk menyaman.
675
01:01:46,244 --> 01:01:47,912
{\an8}Pesawat dah sedia. Gerak sekarang.
676
01:01:47,913 --> 01:01:49,622
{\an8}Yu Seongwon berlepas dalam dua jam.
677
01:01:49,623 --> 01:01:50,789
{\an8}Pergi tangkap dia dulu.
678
01:01:50,790 --> 01:01:53,418
{\an8}Sekarang masa untuk balas budi awak.
679
01:01:54,252 --> 01:01:55,337
{\an8}Berhenti!
680
01:01:56,004 --> 01:01:57,505
{\an8}Jin Isoo ada di studio.
681
01:01:58,214 --> 01:01:59,299
{\an8}Bakar semuanya.
682
01:02:00,717 --> 01:02:03,762
{\an8}Awak betul-betul rasa
awak boleh tangkap saya?
683
01:02:10,560 --> 01:02:11,644
BABAK BONUS
684
01:02:11,645 --> 01:02:13,145
KEPULANGAN II
PAMERAN SOLO YU SEONGWON
685
01:02:13,146 --> 01:02:14,605
En. Yu, selamat datang.
686
01:02:14,606 --> 01:02:16,523
Helo.
687
01:02:16,524 --> 01:02:19,485
Kacak seperti biasa. Apa khabar?
688
01:02:19,486 --> 01:02:21,237
Baik. Puan pengarah pula?
689
01:02:21,821 --> 01:02:24,281
Sibuk menyiapkan pameran ini.
690
01:02:24,282 --> 01:02:26,284
Ikut saya. Semuanya dah disiapkan.
691
01:02:34,626 --> 01:02:35,710
Apa pendapat awak?
692
01:02:42,092 --> 01:02:43,468
Untuk pameran ini…
693
01:02:48,223 --> 01:02:49,891
itu karya utamanya.
694
01:02:52,602 --> 01:02:56,106
Itu patut jadi perkara pertama
yang pengunjung nampak.
695
01:02:59,150 --> 01:03:02,237
Ia perlu terasa hidup…
696
01:03:03,029 --> 01:03:04,948
seolah-olah benar-benar bernyawa.
697
01:03:07,367 --> 01:03:08,701
{\an8}Faham?
698
01:03:08,702 --> 01:03:10,704
{\an8}Diterjemahkan oleh: NH Azizan