1 00:00:10,010 --> 00:00:11,803 MENELUSURI NARATIF 2 00:00:11,887 --> 00:00:13,931 SASTERA AMERIKA 3 00:00:18,101 --> 00:00:20,020 MUSTAHAK NOTIS AKHIR 4 00:01:03,730 --> 00:01:05,649 BERDASARKAN NOVEL KARYA RUFI THORPE 5 00:01:37,389 --> 00:01:39,391 TEATER FOX 6 00:01:51,820 --> 00:01:55,032 TAYANGAN SELURUH DUNIA HANTU LAPAR 7 00:02:02,873 --> 00:02:04,708 Makhluk asing gergasi! 8 00:02:30,609 --> 00:02:33,028 Saya HantuLapar. 9 00:02:33,779 --> 00:02:35,781 Saya menyelinap ke dalam telefon anda. 10 00:02:36,490 --> 00:02:38,659 Kini saya tinggal di situ. Selamanya. 11 00:02:39,576 --> 00:02:45,541 Beri saya meme, kerajang aluminium dan jalur filem lama. 12 00:02:46,166 --> 00:02:48,085 Beri saya kebosanan anda. 13 00:02:48,168 --> 00:02:49,461 Kesedihan anda. 14 00:02:50,087 --> 00:02:51,505 Kerisauan anda. 15 00:02:52,714 --> 00:02:54,174 "Saya akan makan semuanya." 16 00:02:55,384 --> 00:02:59,221 "Cari saya di TikTok dan Instagram untuk tahu permulaan kisah saya." 17 00:03:03,433 --> 00:03:05,352 HANTULAPAR @AKUHANTULAPAR 18 00:03:08,647 --> 00:03:11,066 TikTok? Saya sangka, awak cuma guna OnlyFans. 19 00:03:11,149 --> 00:03:12,234 Ya, saya masih guna. 20 00:03:12,317 --> 00:03:15,195 Jika saya mahu tarik penonton ke akaun saya, 21 00:03:15,279 --> 00:03:17,865 yang masih tidak disedari, 22 00:03:18,490 --> 00:03:21,410 saya perlu tarik menggunakan platform selamat. 23 00:03:21,493 --> 00:03:24,121 Gunakan algortima menakutkan itu dan ambil kesempatan. 24 00:03:25,414 --> 00:03:28,292 Saya suka seni baharu dan gaya baharu itu. 25 00:03:28,375 --> 00:03:29,918 Awak patut buat video sebagai watak ini. 26 00:03:30,002 --> 00:03:31,211 Ya! Tepat sekali. 27 00:03:31,295 --> 00:03:34,965 Macam si pelik pertunjukan sampingan yang menjual tiket pertunjukan utama. 28 00:03:35,799 --> 00:03:39,761 Tapi, pertunjukan utamanya ialah saya juga. 29 00:03:39,845 --> 00:03:42,639 Okey. Jadi, TikTok tempat promosi gusti 30 00:03:42,723 --> 00:03:44,683 dan OnlyFans tempat bayar mengikut tontonan. 31 00:03:44,766 --> 00:03:47,811 HantuLapar ialah gimik saya. 32 00:03:47,895 --> 00:03:48,896 Ya! 33 00:03:49,855 --> 00:03:51,982 Boleh tolong hulurkan soda itu? 34 00:03:52,065 --> 00:03:53,066 Boleh. 35 00:03:53,692 --> 00:03:54,693 Terima kasih. 36 00:03:54,776 --> 00:03:57,529 Tapi, bagaimana dengan ibu awak? 37 00:03:58,739 --> 00:03:59,740 Okey. 38 00:03:59,823 --> 00:04:02,034 Awak suruh orang mencari awak, Margo. 39 00:04:02,117 --> 00:04:04,161 Mereka takkan jumpa Margo. 40 00:04:04,244 --> 00:04:06,788 Saya akan tukar tetapan peribadi bagi semua akaun media sosial saya. 41 00:04:08,373 --> 00:04:09,917 Tapi, saya perlukan bantuan awak. 42 00:04:12,961 --> 00:04:16,423 Tolonglah, Susie. 43 00:04:17,048 --> 00:04:18,050 Saya akan bayar! 44 00:04:19,801 --> 00:04:21,136 Saya cadangkan, solekan badan. 45 00:04:26,600 --> 00:04:29,728 KC, Rose, perkenalkan "Pasukan." 46 00:04:29,811 --> 00:04:31,355 - Helo, pasukan. - Hai, "Pasukan"! 47 00:04:31,438 --> 00:04:32,773 Rakan serumah, Susie. 48 00:04:32,856 --> 00:04:36,443 Penjaga kostum, peralatan, set, perancang kreatif. 49 00:04:37,611 --> 00:04:39,238 Ini pula Jinx. 50 00:04:39,321 --> 00:04:41,156 Dia bekas ahli gusti profesional 51 00:04:41,240 --> 00:04:42,658 dan bapa saya. 52 00:04:42,741 --> 00:04:43,742 Bapa awak? 53 00:04:43,825 --> 00:04:46,787 Dia akan bantu kita reka aksi dan koreografi lawan. 54 00:04:46,870 --> 00:04:49,748 Ya, okey. Itu siapa? 55 00:04:52,876 --> 00:04:55,546 Ini Bodhi. Dia anak saya. 56 00:04:55,629 --> 00:04:57,005 - Anak… - Anak awak… 57 00:04:58,090 --> 00:04:59,424 Saya tak beritahu? 58 00:05:01,510 --> 00:05:03,637 - Cepat sorok bong. - Ya. 59 00:05:05,639 --> 00:05:07,683 Jadi, awak makhluk asing? 60 00:05:07,766 --> 00:05:11,645 Persona HantuLapar ialah makhluk asing yang baru tiba di Bumi. 61 00:05:11,728 --> 00:05:13,272 Suci, macam bayi. 62 00:05:13,355 --> 00:05:15,357 Dalam istilah gusti, dia protagonis. 63 00:05:15,440 --> 00:05:18,110 Semua orang berpendapat saya masih kanak-kanak. 64 00:05:18,193 --> 00:05:20,696 Saya pelik, naif 65 00:05:20,779 --> 00:05:23,782 dan buat keputusan dungu serta mengikut perasaan. 66 00:05:23,866 --> 00:05:26,076 Jadi, apa kata kita ambil kesempatan? 67 00:05:26,159 --> 00:05:29,371 Awak datang ke sini untuk bergaduh dengan kami… 68 00:05:29,454 --> 00:05:31,498 Ya. Memang bertepatan. 69 00:05:35,043 --> 00:05:37,254 Warnanya boleh ditanggalkan daripada perabot, bukan? 70 00:05:37,337 --> 00:05:38,338 Itu perabot sewa. 71 00:05:39,590 --> 00:05:40,591 Semestinya. 72 00:05:53,478 --> 00:05:54,479 Hai. 73 00:05:55,189 --> 00:05:56,190 Awak mahu berendam? 74 00:05:56,273 --> 00:05:59,860 Tak mahu. Banyak sangat air kencing. Nanti kulit saya kering. 75 00:06:06,575 --> 00:06:07,576 Apa? 76 00:06:08,869 --> 00:06:11,079 Macam tak percaya 77 00:06:11,163 --> 00:06:16,084 wanita paling cantik di seluruh pusat peranginan ini milik saya. 78 00:06:19,254 --> 00:06:21,632 Majlis perkahwinan itu memuaskan? 79 00:06:22,508 --> 00:06:27,304 Saya tahu awak agak risau ia terlalu menarik perhatian. 80 00:06:27,387 --> 00:06:28,472 Adakah ia memuaskan? 81 00:06:28,555 --> 00:06:30,224 Sayang, ia sangat indah. 82 00:06:30,307 --> 00:06:31,308 Betul? 83 00:06:31,391 --> 00:06:34,978 Kadangkala bagus juga jika kita terima saja semua perhatian. 84 00:06:35,062 --> 00:06:38,941 Macam kata pepatah, kebahagiaan boleh dibeli. 85 00:06:39,816 --> 00:06:40,984 Saya membelinya, Kenny. 86 00:06:41,485 --> 00:06:42,486 Okey… 87 00:06:42,569 --> 00:06:46,782 Kata orang, rumah tangga boleh jadi amat mencabar. 88 00:06:46,865 --> 00:06:51,370 Tak sentiasa indah atau macam kisah dongeng. 89 00:06:51,453 --> 00:06:52,996 Tapi, saya akui yang sekarang… 90 00:06:53,872 --> 00:06:56,291 semuanya terasa indah bagi saya. 91 00:06:56,959 --> 00:07:01,255 Tapi, saya bersedia untuk hadapi semua cabaran. 92 00:07:01,338 --> 00:07:03,590 Beramah mesra dengan keluarga awak 93 00:07:03,674 --> 00:07:06,552 ialah perkara paling penting yang saya akan buat. 94 00:07:10,430 --> 00:07:11,890 Apa awak fikirkan? 95 00:07:14,393 --> 00:07:16,728 Saya cuma terfikir, betapa bertuahnya saya. 96 00:07:19,273 --> 00:07:20,440 Kita berdua bertuah. 97 00:07:22,901 --> 00:07:27,865 Okey. Sekarang, kita akan buat perlawanan dendam dua lawan satu. 98 00:07:27,948 --> 00:07:30,158 Protagonis lebih sikit daripada antagonis. 99 00:07:30,242 --> 00:07:32,536 Soalan. Kenapa kami antagonis? 100 00:07:32,619 --> 00:07:33,912 Ya. Kenapa ada label? 101 00:07:33,996 --> 00:07:36,248 Supaya apabila jalan ceritanya nanti semakin rumit, 102 00:07:36,331 --> 00:07:37,708 seperti yang biasanya berlaku, 103 00:07:37,791 --> 00:07:40,627 kamu boleh patah balik kepada naratif asas. 104 00:07:40,711 --> 00:07:43,422 Protagonis, baik. Antagonis, jahat. 105 00:07:43,505 --> 00:07:46,008 Okey. Seperkara lagi. 106 00:07:46,508 --> 00:07:51,305 Saya boleh bantu bimbing kamu walaupun saya tak begitu pakar, 107 00:07:51,388 --> 00:07:55,434 tapi, jika kamu buat lagi… 108 00:07:56,435 --> 00:07:59,188 kamu tahulah, seksi… 109 00:07:59,271 --> 00:08:00,898 - Kegiatan seksi kamu… - Okey, ayah. 110 00:08:00,981 --> 00:08:03,442 Ya, Saya akan terus keluar. 111 00:08:03,525 --> 00:08:05,110 Saya akan bawa bayi bersama. Jangan risau. 112 00:08:05,194 --> 00:08:08,155 Kami belum terfikir hal itu, encik. Jadi, terima kasih. 113 00:08:08,238 --> 00:08:09,364 - Awak selamat. - Okey. Mari lawan. 114 00:08:09,448 --> 00:08:11,158 Okey. Ya. 115 00:08:12,117 --> 00:08:13,118 Sedia. 116 00:08:14,369 --> 00:08:15,662 Okey, ayuh. 117 00:09:04,378 --> 00:09:08,382 @AKUHANTULAPAR GAMBAR - CUBA CARI 118 00:09:16,473 --> 00:09:17,850 Oh, Tuhan! 119 00:09:22,688 --> 00:09:24,898 - Rose? - Apa itu? 120 00:09:25,858 --> 00:09:26,859 Itu kapal angkasa? 121 00:09:26,942 --> 00:09:28,569 Ada sesuatu di luar sana. Seorang gadis. 122 00:09:28,652 --> 00:09:30,696 - Gadis? - Nampak macam gadis hebat. 123 00:09:30,779 --> 00:09:31,780 Hei… 124 00:09:31,864 --> 00:09:33,490 - Apa patut kita buat? - Saya tak tahu. 125 00:09:33,574 --> 00:09:34,575 Kita patut benarkan dia masuk. 126 00:09:34,658 --> 00:09:36,076 Tidak! Apa maksud awak? 127 00:09:36,159 --> 00:09:37,703 Kenapa nak benarkan dia masuk? 128 00:09:37,786 --> 00:09:39,204 Dia datang. 129 00:09:40,873 --> 00:09:41,874 Rasanya, dia tak berbahaya. 130 00:09:41,957 --> 00:09:44,334 Dia tak tahu berjalan pun. 131 00:09:44,418 --> 00:09:46,879 Helo. Awak okey? 132 00:09:57,431 --> 00:09:58,432 Sedap, bukan? 133 00:10:00,267 --> 00:10:01,476 Jangan takut. Silakan. 134 00:10:11,403 --> 00:10:12,529 Kejap! 135 00:10:12,613 --> 00:10:14,364 Kejap! Berhenti! 136 00:10:15,115 --> 00:10:17,242 Itu bungkusan terakhir kami. 137 00:10:20,370 --> 00:10:21,413 Apa? 138 00:10:29,963 --> 00:10:32,049 CARI BENDAKU 139 00:10:32,758 --> 00:10:36,303 Ya. Itu memang menarik. 140 00:10:36,386 --> 00:10:41,225 Awalnya, ayah tak faham. Tapia amat mengagumkan. 141 00:10:41,308 --> 00:10:42,559 Saya harap, orang ramai suka. 142 00:10:43,602 --> 00:10:44,603 Beginilah kehidupan. 143 00:10:44,686 --> 00:10:47,856 Kamu mahu ke kolej sebab mahu jadi penulis. 144 00:10:47,940 --> 00:10:51,193 Tiba-tiba, kamu ada anak dan kamu terpaksa berhenti belajar. 145 00:10:51,276 --> 00:10:53,820 Sekarang, lihatlah. Kamu seorang penulis. 146 00:10:54,571 --> 00:10:56,657 Walaupun kamu tak nyatakan nama. 147 00:10:57,366 --> 00:10:58,992 Saya perlu berhati-hati. 148 00:10:59,535 --> 00:11:01,954 Mulai sekarang, akaun HantuLapar saja. 149 00:11:03,664 --> 00:11:04,665 Biar saya buka. 150 00:11:09,670 --> 00:11:10,921 Awak James Millet? 151 00:11:11,505 --> 00:11:13,006 Saya nampak macam James Millet? 152 00:11:13,090 --> 00:11:14,383 Entahlah. 153 00:11:14,967 --> 00:11:16,009 Saya James Millet. 154 00:11:17,261 --> 00:11:19,346 Awak disaman. Selamat Hari Krismas! 155 00:11:21,807 --> 00:11:24,101 Perintah sekatan? Daripada Mark? 156 00:11:24,184 --> 00:11:27,479 Ini reaksi yang keterlaluan. 157 00:11:27,563 --> 00:11:28,814 Apa ayah dah buat? 158 00:11:28,897 --> 00:11:32,109 Ayah melawat dia. Cakap sesuatu kepadanya. 159 00:11:32,693 --> 00:11:34,319 Patahkan beberapa tulang kecil tangannya. 160 00:11:34,403 --> 00:11:35,404 Apa? 161 00:11:35,487 --> 00:11:37,030 Selepas kamu cakap dia pensyarah kamu, 162 00:11:37,114 --> 00:11:38,282 - ayah hilang sabar. - Oh, Tuhan! 163 00:11:38,365 --> 00:11:42,286 Sikit saja! Orang selalu failkan perintah sekatan. Ini perkara biasa. 164 00:11:42,369 --> 00:11:44,454 Dia bapa kandung Bodhi. 165 00:11:44,538 --> 00:11:46,582 Ayah akan hubungi Lace. Ayah akan uruskan. 166 00:11:46,665 --> 00:11:48,000 - Biar betul! - Ayah minta maaf! 167 00:11:48,083 --> 00:11:49,960 Ayah minta maaf. Ini bukan… 168 00:11:56,049 --> 00:11:59,011 Tak banyak boleh dibuat, selain mematuhi perintah mahkamah. 169 00:11:59,094 --> 00:12:00,262 PEJABAT GUAMAN LINDA LACE SAWKINS 170 00:12:01,054 --> 00:12:04,099 Serta jauhi Mark Gable. 171 00:12:04,892 --> 00:12:06,059 Itulah rancangannya. 172 00:12:06,894 --> 00:12:09,771 Apa tujuan utama awak ke sana? 173 00:12:11,732 --> 00:12:12,900 Saya tak pasti. 174 00:12:12,983 --> 00:12:14,443 Mungkin menatap matanya. 175 00:12:14,526 --> 00:12:15,777 Hancurkan kepalanya. 176 00:12:15,861 --> 00:12:18,363 Lindung Margo. Saya gagal. 177 00:12:18,864 --> 00:12:21,491 Awak ganas di kehidupan sebenar. Itu bukan Jinx yang saya kenal. 178 00:12:21,575 --> 00:12:23,660 Awak pun tahu, bukan? Kita ahli gusti… 179 00:12:23,744 --> 00:12:27,539 Ada amigdala yang mengawal kita sekelip mata. 180 00:12:27,623 --> 00:12:29,541 Jangan. Jangan berlagak pandai. 181 00:12:31,627 --> 00:12:32,669 Betul cakap awak. 182 00:12:33,879 --> 00:12:36,715 Biasanya saya tak begitu. Saya terus rasa menyesal. 183 00:12:38,467 --> 00:12:40,719 Ini berlaku pada bulan Oktober. Berbulan-bulan lalu. 184 00:12:40,802 --> 00:12:42,429 Jadi, kenapa dia failkan sekarang? 185 00:12:45,516 --> 00:12:47,518 Saya hubungi dia beberapa kali. 186 00:12:48,435 --> 00:12:50,479 Dia letak telefon sebelum saya sempat cakap… 187 00:12:50,562 --> 00:12:52,648 - Jinx. - …tapi dia tentu tahu itu saya. 188 00:12:52,731 --> 00:12:53,815 Saya dah berhenti. 189 00:12:55,192 --> 00:12:57,986 Saya akan berhenti. 190 00:12:58,070 --> 00:12:59,905 Apa masalah awak, Jinx? 191 00:13:04,243 --> 00:13:05,244 Okey. 192 00:13:07,162 --> 00:13:09,456 Shyanne berkahwin. 193 00:13:10,374 --> 00:13:12,000 Ibu kepada anak awak? 194 00:13:12,084 --> 00:13:13,085 Ya. 195 00:13:13,168 --> 00:13:15,170 Dia bersama penganut Kristian, Kenny. 196 00:13:17,840 --> 00:13:20,634 Selain itu, dia berkahwin di Vegas. 197 00:13:21,343 --> 00:13:22,886 Tempat mencabar buat penagih. 198 00:13:22,970 --> 00:13:26,390 Awak ke sana dan berharap dapat bersama semula dengan ibu Margo? 199 00:13:26,473 --> 00:13:27,599 Tidak… 200 00:13:29,101 --> 00:13:32,396 Mungkin. Adakah itu merepek? 201 00:13:32,479 --> 00:13:36,024 Tidak. Tapi, apabila saya nampak nombor telefon awak, saya terfikir… 202 00:13:39,403 --> 00:13:41,780 Musim panas tahun 1999. 203 00:13:42,364 --> 00:13:45,325 - Awak mengarut. - Apa yang saya… 204 00:13:49,204 --> 00:13:50,914 Musim perayaan amat sukar buat saya. 205 00:13:52,541 --> 00:13:53,667 Sejak dulu lagi. 206 00:13:56,503 --> 00:14:00,215 Kini, setiap malam saya terjaga kerana risau akan Margo. 207 00:14:00,299 --> 00:14:01,758 Ya. Dia budak yang baik. 208 00:14:01,842 --> 00:14:04,887 Saya tahu awak mahu tolong dia semampu awak. 209 00:14:04,970 --> 00:14:09,892 Jadi, mulakan dengan mematuhi perintah sekatan itu 210 00:14:10,767 --> 00:14:12,603 dan jangan tambahkan masalah dia. 211 00:14:15,272 --> 00:14:18,692 Kawanku, jangan buat masalah. 212 00:14:19,276 --> 00:14:20,277 Baiklah. 213 00:14:23,655 --> 00:14:24,656 Saya akan cuba. 214 00:14:32,497 --> 00:14:33,498 Nanti saya hantar invois. 215 00:14:52,392 --> 00:14:54,102 Perempuan, selamat datang ke Bumi. 216 00:14:54,186 --> 00:14:56,146 Ini dinosaur. 217 00:14:56,230 --> 00:14:57,272 Dinosaur. 218 00:14:57,856 --> 00:14:58,857 Ya! 219 00:14:59,650 --> 00:15:02,528 Itu Roomba. Boleh sebut Roomba? 220 00:15:25,551 --> 00:15:27,344 Jangan tendang Roomba! 221 00:15:27,427 --> 00:15:29,972 Awak sangat nakal, Hantu. 222 00:15:31,682 --> 00:15:34,518 Kita hantar dia ke planetnya semula. Belasah dia! 223 00:15:38,105 --> 00:15:39,022 PEMINAT 757 224 00:15:39,106 --> 00:15:40,732 DILANGGAN PADA HARGA $11.99 225 00:15:40,816 --> 00:15:41,817 SAYA BERI AWAK TIP $20.00 TOLONG BERI GAMBAR SEKSI 226 00:15:41,900 --> 00:15:44,570 JIKA AWAK TAMBAH 20 DOLAR, SAYA TUNJUK PUTING BIRU SAYA 227 00:15:48,240 --> 00:15:50,033 Awak milik saya. 228 00:15:50,117 --> 00:15:51,451 Ya. Awak suka? 229 00:15:53,203 --> 00:15:54,204 Awak terperangkap? 230 00:15:55,163 --> 00:15:56,707 DILANGGAN PADA HARGA $11.99 231 00:16:01,879 --> 00:16:03,297 Mula! Ya! 232 00:16:15,267 --> 00:16:16,727 PEMINAT 1049 233 00:16:22,608 --> 00:16:23,609 Terima kasih. 234 00:16:28,780 --> 00:16:30,532 Perkara paling saya suka tentang Krismas 235 00:16:30,616 --> 00:16:32,951 ialah saya dapat berjalan-jalan memakai kostum lengkap 236 00:16:33,035 --> 00:16:35,287 dan orang akan sangka saya penyanyi karol. 237 00:16:35,996 --> 00:16:38,290 Keajaibannya tak pernah pudar. 238 00:16:38,373 --> 00:16:41,001 Krismas. Dapat melihatnya melalui pandangan Bodhi. 239 00:16:41,084 --> 00:16:43,420 Tunggulah tahun depan apabila dia betul-betul faham. 240 00:16:43,504 --> 00:16:45,547 Saya mahu beli gambar Santa bayi yang menangis… 241 00:16:45,631 --> 00:16:46,632 Amaran. 242 00:16:46,715 --> 00:16:48,091 - Apa? - Bertenang. 243 00:16:50,344 --> 00:16:51,970 - Tumpang tanya. - Ya. 244 00:16:52,054 --> 00:16:53,847 Boleh beri saya… Ini dia. 245 00:16:53,931 --> 00:16:55,140 Terima kasih banyak. 246 00:16:55,224 --> 00:16:57,726 - Dia nampak selekeh. - Ya, betul. 247 00:16:57,809 --> 00:16:59,353 Satu untuk kamu, satu untuk kakak. 248 00:16:59,436 --> 00:17:00,521 - Terima kasih, ayah. - Okey. 249 00:17:02,898 --> 00:17:04,483 Epal karamel, lima… 250 00:17:07,778 --> 00:17:10,614 Ayah, jom! Boleh kita pergi tengok lampu? 251 00:17:11,114 --> 00:17:12,532 Di sana. 252 00:17:12,616 --> 00:17:14,617 BISKUT HALIA, BISKUT, EPAL HALWA 253 00:17:18,997 --> 00:17:20,874 Adakah itu keajaiban Krismas sebenar? 254 00:17:22,084 --> 00:17:24,169 Ya. Saya rasa begitu. 255 00:17:36,098 --> 00:17:38,517 Ya. Nampak pokok ini? 256 00:17:39,059 --> 00:17:41,270 Tidak. Jangan campak. 257 00:17:41,353 --> 00:17:43,188 Jejarum ais perlu digantung satu per satu. 258 00:17:43,772 --> 00:17:44,982 Tapi, lambatlah selesai. 259 00:17:45,065 --> 00:17:46,733 Ya, itulah tujuannya. 260 00:17:47,401 --> 00:17:50,279 Memanjangkan waktu supaya ia terasa abadi. 261 00:17:51,363 --> 00:17:53,699 Bukankah itu fungsi rawatan akar gigi? 262 00:17:53,782 --> 00:17:58,161 Susie. Kita perlu utamakan waktu sekarang. 263 00:18:00,038 --> 00:18:03,834 Jurai ini perlu diletakkan satu per satu. 264 00:18:06,712 --> 00:18:08,714 Mahu hantar gambar kepada nenek? 265 00:18:09,423 --> 00:18:11,091 Ya. Mari. 266 00:18:11,675 --> 00:18:13,969 Cakap, hai! 267 00:18:16,138 --> 00:18:18,640 Cantiknya. Nak tengok? 268 00:18:18,724 --> 00:18:19,725 TERINGAT MAK 269 00:18:19,808 --> 00:18:20,767 Ya. 270 00:18:21,685 --> 00:18:23,979 Kamu. Kita. Hei. 271 00:18:24,062 --> 00:18:25,606 Saya suka Krismas. 272 00:18:27,441 --> 00:18:28,442 Saya pun. 273 00:19:17,616 --> 00:19:20,744 Macam ini. 274 00:19:21,245 --> 00:19:22,496 Ya! Bagus. 275 00:19:22,579 --> 00:19:24,540 Ya. Saya akan buat begitu. Saya akan… 276 00:19:24,623 --> 00:19:26,416 Ini mungkin agak pelik. 277 00:19:26,500 --> 00:19:29,753 Angkat tangan. Saya boleh tendang atau apa-apalah. 278 00:19:29,837 --> 00:19:31,964 - Okey. - Kemudian, kita masuk. 279 00:19:32,047 --> 00:19:33,841 Selamatkan diri. 280 00:19:33,924 --> 00:19:38,804 Saya boleh goyang, macam… 281 00:19:38,887 --> 00:19:40,180 - Okey, ya. - Saya boleh gelek. 282 00:19:40,264 --> 00:19:42,349 - Menyelaminya. - Ya. 283 00:19:42,432 --> 00:19:44,685 Masih banyak lagi dia perlu belajar. 284 00:19:45,769 --> 00:19:47,896 Awak rasa, dia sudah dengar muzik? 285 00:19:47,980 --> 00:19:49,356 Saya nak tengok apa akan jadi. 286 00:19:49,439 --> 00:19:50,607 Saya pun. 287 00:20:27,686 --> 00:20:29,146 SAYA SUKA HANTULAPAR! 288 00:20:32,691 --> 00:20:34,985 TARIAN HANTULAPAR SANGAT HEBAT 289 00:20:37,571 --> 00:20:39,239 MENYUKAI TARIAN BAHARU HANTULAPAR! 290 00:20:49,291 --> 00:20:51,084 HANTU LAPAR BUAT SI MURUNG INI BANGKIT! 291 00:21:01,803 --> 00:21:05,140 Video ini betul-betul popular. Tengoklah. 292 00:21:08,310 --> 00:21:11,021 - Hebatnya. - Ya. Kita patut raikan. 293 00:21:11,605 --> 00:21:13,565 Oh, ya. Awak akan raikan. 294 00:21:14,066 --> 00:21:15,734 Saya cuma keluar dengan Becca. 295 00:21:16,652 --> 00:21:19,780 Becca? Bukankah dia yang dibuang ke dalam tandas? 296 00:21:19,863 --> 00:21:22,658 Ya. Dia sudah minta maaf. Saya pun minta maaf. 297 00:21:22,741 --> 00:21:25,410 Kemudian, dia minta maaf lagi. Dia kawan lama saya. 298 00:21:25,494 --> 00:21:27,246 Susie, awak patut ikut! 299 00:21:27,329 --> 00:21:28,872 Tak nak. 300 00:21:28,956 --> 00:21:30,541 Kenapa? Ini Tahun Baharu. 301 00:21:30,624 --> 00:21:32,000 Marilah ikut kami. 302 00:21:32,084 --> 00:21:33,794 Saya boleh jaga si kecil ini. 303 00:21:33,877 --> 00:21:36,255 Saya sebenarnya tak suka parti Ambang Tahun Baharu. 304 00:21:36,338 --> 00:21:37,881 Ia buatkan saya rindu tahun yang berakhir. 305 00:21:37,965 --> 00:21:39,007 Termasuk tahun ini? 306 00:21:39,591 --> 00:21:41,009 Terutamanya tahun ini. 307 00:21:45,722 --> 00:21:46,765 Okey. 308 00:21:51,186 --> 00:21:52,688 - Hei! - Hei! 309 00:21:53,856 --> 00:21:57,693 - Hai. Oh, Tuhan. - Hai. 310 00:21:57,776 --> 00:22:01,238 Hei. Dia dah besar. 311 00:22:01,321 --> 00:22:02,573 Aduhai, pipinya. 312 00:22:02,656 --> 00:22:04,908 - Awak masih ingat Jinx? - Tentulah ingat. 313 00:22:04,992 --> 00:22:05,993 Hai, Becca. 314 00:22:06,076 --> 00:22:08,787 Senyum kepada Mak Cik Becca. Cakap, hai. 315 00:22:08,871 --> 00:22:10,706 Hai. 316 00:22:11,957 --> 00:22:13,417 Dia nak tumbuh gigi. 317 00:22:13,500 --> 00:22:15,127 Ya, sebab itu air liurnya meleleh. 318 00:22:15,210 --> 00:22:16,545 - Ini Susie. - Hai. 319 00:22:16,628 --> 00:22:18,839 Hai. Selamat berkenalan. Saya dengar banyak cerita baik. 320 00:22:20,799 --> 00:22:24,344 Kenapa kamu lebih comel secara berdepan? 321 00:22:25,179 --> 00:22:26,346 Margo. 322 00:22:27,097 --> 00:22:29,266 - Tengoklah dia. - Bagaimana pengajian di NYU, Becca? 323 00:22:29,349 --> 00:22:32,769 Sekarang cuti musim sejuk. New York sangat cantik. 324 00:22:32,853 --> 00:22:34,521 Tapi, tak sehebat awak. 325 00:22:37,232 --> 00:22:39,693 Saya dah panggil kereta. Awak dah bersedia? 326 00:22:40,736 --> 00:22:41,737 Tidak. 327 00:22:44,781 --> 00:22:46,283 Selamat Tahun Baharu. 328 00:22:49,161 --> 00:22:51,246 - Okey, pergi dulu. - Berseronoklah. Jaga diri. 329 00:22:51,330 --> 00:22:52,873 - Berseronoklah. - Terima kasih. 330 00:22:52,956 --> 00:22:54,166 Ya. Jumpa tahun depan. 331 00:23:01,340 --> 00:23:04,009 Awak nampak cantik. Saya cakap tak? 332 00:23:04,092 --> 00:23:06,553 Ya. Dua kali. Ini kali ketiga. 333 00:23:06,637 --> 00:23:07,888 Maaf. 334 00:23:07,971 --> 00:23:08,972 Terima kasih. 335 00:23:10,349 --> 00:23:12,184 Awak nampak gementar. Awak okey? 336 00:23:12,726 --> 00:23:15,854 Selalu rasa pelik apabila berjauhan dengan Bodhi. Awak tahu? 337 00:23:15,938 --> 00:23:18,524 - Saya juga takut akan ini. - Ini? 338 00:23:18,607 --> 00:23:21,902 Saya dah lama tak keluar. Maksud saya, ke parti. 339 00:23:22,402 --> 00:23:24,071 Kita akan berseronok, sayang. 340 00:23:26,198 --> 00:23:27,574 Cepat, saya nak dengar. 341 00:23:27,658 --> 00:23:30,661 Saya berseronok malam ini. 342 00:23:30,744 --> 00:23:32,412 - Berseronok. - Ya! 343 00:23:40,337 --> 00:23:42,464 Semua orang ini rakan sekolah tinggi kita? 344 00:23:42,548 --> 00:23:45,384 Saya rasa, ada antaranya kawan Natalie dari USC. 345 00:23:45,467 --> 00:23:47,302 Oh ya, emosinya agak tak baik. 346 00:23:47,386 --> 00:23:49,179 Perancangan makanannya dibatalkan. 347 00:23:49,263 --> 00:23:51,098 - Tak sukanya jadi begitu. - Ya. 348 00:23:51,598 --> 00:23:52,808 Oh, Tuhan. Hore! 349 00:23:52,891 --> 00:23:54,643 Itu pun dia! 350 00:23:55,394 --> 00:23:58,814 Biar betul. Awak biar betul. Margo! 351 00:23:58,897 --> 00:24:00,816 Dia nampak cantik, bukan? 352 00:24:01,358 --> 00:24:04,862 - Jadi, betulkah? Awak ada… - Anak. 353 00:24:04,945 --> 00:24:06,530 Saya dah cakap. 354 00:24:07,823 --> 00:24:09,533 Awak buat saya menang 50 dolar. 355 00:24:09,616 --> 00:24:10,868 Awak mahu apa-apa? 356 00:24:10,951 --> 00:24:13,912 Kami ada rosé, chard, bourbon, bir. 357 00:24:13,996 --> 00:24:15,622 Chase boleh buatkan koktel White Russian. 358 00:24:15,706 --> 00:24:17,833 Saya rasa, ada White Claws juga. 359 00:24:17,916 --> 00:24:19,334 Saya mahu wain merah jambu. 360 00:24:19,418 --> 00:24:20,586 Wain merah jambu juga. 361 00:24:21,753 --> 00:24:23,881 - Awak okey, sayang? - Sangat okey. 362 00:24:23,964 --> 00:24:25,007 Betul? Okey. 363 00:24:30,053 --> 00:24:31,889 - Wain merah jambu. - Terima kasih. 364 00:24:31,972 --> 00:24:34,433 Sama-sama. Minum. 365 00:24:36,727 --> 00:24:37,728 Menari? 366 00:25:15,182 --> 00:25:16,183 Betullah. 367 00:25:28,695 --> 00:25:29,738 HAI HANTU LAPAR 368 00:25:29,821 --> 00:25:32,533 AWAK SUKA PARTI INI? 369 00:25:36,703 --> 00:25:40,666 BUAT PERSEMBAHAN UNTUK KAMI MARGO SAYA BAYAR AWAK 5.00 DOLAR 370 00:25:50,133 --> 00:25:53,512 AYAH, JEMPUT SAYA SEKARANG. 371 00:25:53,595 --> 00:25:56,223 Hei, tak guna! Saya nak guna tandas! 372 00:25:56,306 --> 00:25:57,808 Cepatlah buka pintu! 373 00:25:57,891 --> 00:25:58,892 DALAM PERJALANAN. 374 00:25:59,476 --> 00:26:02,646 Banyak lagi tandas lain di sini. Berambuslah! 375 00:26:02,729 --> 00:26:04,231 NILAIKAN, PEREMPUAN. 376 00:26:04,314 --> 00:26:06,024 SAYA BAYAR AWAK 2.00 DOLAR 377 00:26:10,445 --> 00:26:13,323 Margo, ini Becca. Saya perlu cakap dengan awak. 378 00:26:15,534 --> 00:26:16,618 Hei. 379 00:26:18,370 --> 00:26:19,413 Awak buat video lucah? 380 00:26:20,747 --> 00:26:21,748 Apa? 381 00:26:23,584 --> 00:26:25,627 Hei. Margo. 382 00:26:26,253 --> 00:26:30,257 Si gila hodoh dari USC itu baru tunjuk video yang terpaut dengan OnlyFans awak. 383 00:26:30,340 --> 00:26:33,427 Itu video palsu, bukan? AI, bukan? 384 00:26:34,178 --> 00:26:35,179 Betul, bukan? 385 00:26:36,889 --> 00:26:38,307 Oh, Tuhan. 386 00:26:38,891 --> 00:26:40,767 Saya mahu beredar, okey? 387 00:26:44,438 --> 00:26:45,856 Margo! 388 00:26:45,939 --> 00:26:48,567 Apa? Saya tak perlu jelaskan kepada awak. 389 00:26:49,151 --> 00:26:50,611 Apa maksud awak? 390 00:26:51,195 --> 00:26:52,196 Tiada apa. 391 00:26:52,863 --> 00:26:55,199 Awak mahu pinggirkan saya lagi? 392 00:26:55,282 --> 00:26:57,826 Oh, Tuhan. Saya rasa macam selalu beri awak nasihat 393 00:26:57,910 --> 00:26:59,328 yang awak tak pernah dengar pun. 394 00:26:59,411 --> 00:27:02,414 Mungkin saya tak mahu nasihat. Mungkin saya mahukan kawan. 395 00:27:03,832 --> 00:27:05,876 Awak langsung tak tanya khabar saya 396 00:27:05,959 --> 00:27:07,586 sejak hidup awak musnah. 397 00:27:07,669 --> 00:27:10,214 Kita sepatutnya berpindah ke New York bersama-sama. 398 00:27:10,297 --> 00:27:12,841 Serius, Margo, apa dah jadi dengan awak? 399 00:27:14,885 --> 00:27:16,720 Tiada apa jadi dengan saya. 400 00:27:16,803 --> 00:27:17,971 Ibu bapa awak kaya, 401 00:27:18,472 --> 00:27:20,682 dan sebab itu awak ke NYU, saya pula tidak. 402 00:27:20,766 --> 00:27:22,559 Itu cuma alasan. 403 00:27:22,643 --> 00:27:24,770 Awak terlalu pengecut untuk pindah ke bandar besar. 404 00:27:24,853 --> 00:27:26,355 Awak enggan berpindah supaya dapat pura-pura 405 00:27:26,438 --> 00:27:27,648 - awak lebih bagus… - Diam! 406 00:27:27,731 --> 00:27:29,107 …dan lebih bijak daripada orang lain! 407 00:27:29,191 --> 00:27:31,193 Macam, "Pensyarah saya pilih saya. 408 00:27:31,276 --> 00:27:32,611 Saya sangat istimewa." 409 00:27:33,153 --> 00:27:34,947 Awak sangka dia pilih awak sebab awak istimewa. 410 00:27:35,030 --> 00:27:37,741 Dia pilih awak sebab awak kurang kasih sayang bapa. 411 00:27:37,824 --> 00:27:39,117 Hai, Becca. 412 00:27:39,201 --> 00:27:40,202 Hai. 413 00:27:40,786 --> 00:27:42,955 Becca, berambus daripada kereta saya. 414 00:27:51,839 --> 00:27:54,466 Oh, Tuhan. Saya sangka saya sudah berhati-hati. 415 00:27:56,218 --> 00:27:59,137 Tapi, saya berseronok di dunia luar macam dungu. 416 00:28:00,973 --> 00:28:01,974 Ya. 417 00:28:04,142 --> 00:28:08,647 Nampaknya, hal ini sudah tular sikit. 418 00:28:10,524 --> 00:28:11,525 Apa maksud ayah? 419 00:28:12,109 --> 00:28:13,277 Mak kamu telefon. 420 00:28:16,280 --> 00:28:17,364 Tidak. 421 00:28:18,574 --> 00:28:23,328 Rasanya, kita patut ke sana dan jumpa mereka awal pagi esok. 422 00:28:23,412 --> 00:28:24,413 Bersemuka. 423 00:28:25,038 --> 00:28:27,165 Tak memadai jika melalui telefon saja. 424 00:28:32,963 --> 00:28:37,050 Kata-kata Becca tadi amat menyinggung perasaan. 425 00:28:40,679 --> 00:28:43,307 Kamu cakap saja. Ayah boleh singkirkan dia. 426 00:28:55,402 --> 00:28:56,403 Dia dah tidur? 427 00:28:56,486 --> 00:28:57,487 Ya. 428 00:29:18,050 --> 00:29:19,676 @NICHOLA$RUG$ TAG ANDA PADA SATU GAMBAR 429 00:29:19,760 --> 00:29:21,887 @AKUHANTULAPAR @MARGOMILLET 430 00:29:24,723 --> 00:29:25,849 KOLEJ FULLERTON MARGO MILLET 431 00:29:28,602 --> 00:29:30,771 @MARGOMILLET SUNTING PROFIL - KONGSI PROFIL 432 00:29:33,815 --> 00:29:35,692 ADA ORANG KATA, DIA IBU 433 00:29:35,776 --> 00:29:37,319 AWAK JADI GILA SELEPAS HABIS SEKOLAH 434 00:29:37,402 --> 00:29:38,403 PERGI MATILAH 435 00:29:40,030 --> 00:29:41,073 RASANYA DIA PERLUKAN TUHAN 436 00:29:41,156 --> 00:29:42,157 PEREMPUAN INI KELAKAR. 437 00:29:42,241 --> 00:29:45,869 SIAPA BAPA ANAK AWAK? AWAK PUN TAK TAHU, YA? 438 00:29:47,871 --> 00:29:50,290 Jadi, nama sebenar HantuLapar ialah Margo Millet. 439 00:29:50,374 --> 00:29:52,543 Dia ibu tunggal dan ciciran kolej. 440 00:29:52,626 --> 00:29:54,253 Dia juga hasilkan video lucah. 441 00:30:00,259 --> 00:30:03,804 Fakta. Itu saja yang kita perlu bincangkan ketika ini. 442 00:30:03,887 --> 00:30:05,597 Jangan terlalu beremosi. 443 00:30:05,681 --> 00:30:06,682 Baiklah. 444 00:30:06,765 --> 00:30:09,184 Kalau kamu mula rasa ditekan, ayah akan masuk campur. 445 00:30:09,268 --> 00:30:10,602 Beri ayah isyarat. 446 00:30:21,905 --> 00:30:22,906 Mana Kenny? 447 00:30:23,657 --> 00:30:26,493 Cabut rumpai di laman belakang. Saya suruh dia biarkan kita sekejap. 448 00:30:26,577 --> 00:30:28,871 - Mak. - Ia muncul di Facebook mak. 449 00:30:28,954 --> 00:30:31,164 Rakan-rakan sekerja mak di Bloomingdale's. 450 00:30:31,248 --> 00:30:33,542 Sekejap. Jangan kata tentang aib. 451 00:30:33,625 --> 00:30:35,961 "Jangan kata tentang aib." 452 00:30:36,044 --> 00:30:38,881 Tengok apa yang diperkatakan. 453 00:30:40,716 --> 00:30:42,509 Hei, semua. Selamat datang. 454 00:30:43,093 --> 00:30:45,929 Hei, sayang. Kami masih sibuk. 455 00:30:46,013 --> 00:30:48,098 Jangan, Kenny. Tak mengapa. Awak boleh turut serta. 456 00:30:48,182 --> 00:30:50,475 - Margo. - Terus terang sajalah. 457 00:31:00,736 --> 00:31:03,238 Ini agak kurang menyenangkan. 458 00:31:04,573 --> 00:31:05,824 Kenny… 459 00:31:06,909 --> 00:31:10,037 untuk peroleh pendapatan demi anak saya, 460 00:31:10,746 --> 00:31:13,290 saya buat suatu kerja dalam Internet. 461 00:31:13,999 --> 00:31:15,876 Di laman web dipanggil OnlyFans. 462 00:31:16,877 --> 00:31:17,878 Awak ada peminat? 463 00:31:17,961 --> 00:31:19,630 Ia laman web popular. 464 00:31:20,297 --> 00:31:21,381 Ia gambar-gambar lucah. 465 00:31:21,465 --> 00:31:25,677 Tapi, begitulah cara saya sara keluarga kecil saya 466 00:31:25,761 --> 00:31:27,095 tanpa keluar rumah. 467 00:31:27,596 --> 00:31:30,182 Saya agak keliru. Ia gambar… 468 00:31:30,265 --> 00:31:33,727 Cuma gambar awak atau ada lelaki? 469 00:31:33,810 --> 00:31:38,190 Tiada. Tapi, saya ambil gambar dengan dua gadis lain. Kawan saya. 470 00:31:38,273 --> 00:31:41,026 Ia berunsur godaan, bukannya seksual. 471 00:31:42,528 --> 00:31:44,655 Awak macam nak tanya soalan. 472 00:31:44,738 --> 00:31:46,949 Hei, saya sudi jawab. 473 00:31:47,032 --> 00:31:51,745 Soalan saya ialah, kenapa saya perlu tahu semua ini? 474 00:31:52,246 --> 00:31:55,123 Saya bapa tiri awak. 475 00:31:55,207 --> 00:31:57,334 Saya tak besarkan awak. 476 00:31:57,960 --> 00:31:59,419 Kenapa beritahu saya semua ini? 477 00:32:00,712 --> 00:32:02,548 Identiti saya sudah terdedah. 478 00:32:03,131 --> 00:32:05,175 Jadi, semua orang tahu nama penuh saya, 479 00:32:05,259 --> 00:32:08,303 tempat tinggal saya, tahu siapa ahli keluarga saya. 480 00:32:08,387 --> 00:32:12,933 Ini cuma masalah kecil keluarga. Kita akan selesaikan sekeluarga. 481 00:32:13,016 --> 00:32:16,019 Awak mungkin akan ditanya tentangnya di gereja. 482 00:32:16,103 --> 00:32:19,273 Mungkin ini agak naif, Margo, 483 00:32:19,356 --> 00:32:20,440 tapi, jika itu terjadi, 484 00:32:20,524 --> 00:32:25,404 jika saya dikepung oleh Beth, Marcy atau Harold… 485 00:32:26,738 --> 00:32:30,200 dan mereka kata, "Kami dengar, anak tiri awak 486 00:32:30,284 --> 00:32:35,330 buat kerja tak senonoh dan sebagainya." 487 00:32:35,414 --> 00:32:37,207 Saya akan jawab, 488 00:32:38,000 --> 00:32:39,835 "Mary Magdalene seorang pelacur. 489 00:32:41,003 --> 00:32:43,672 Dia macam model laman web itu." 490 00:32:46,508 --> 00:32:48,260 Saya tak rasa lega, Kenny. 491 00:32:49,178 --> 00:32:51,722 Jangan bandingkan saya dengan pekerja seks dalam Bible. 492 00:32:51,805 --> 00:32:55,142 Tidak. Ya, saya tahu. Betul kata awak. Saya takkan buat. 493 00:32:56,393 --> 00:33:00,647 Margo, ini hal peribadi awak. 494 00:33:01,732 --> 00:33:05,569 Saya betul-betul bersimpati 495 00:33:05,652 --> 00:33:09,656 awak perlu hadapi semua ini dan ada orang mahu sakiti awak. 496 00:33:10,365 --> 00:33:13,994 Jika ada apa-apa saya boleh buat untuk tampil, 497 00:33:15,120 --> 00:33:19,958 tolong awak dan lindungi keluarga ini, saya sanggup. 498 00:33:23,629 --> 00:33:24,671 Terima kasih, Kenny. 499 00:33:27,341 --> 00:33:28,342 Terima kasih, Kenny. 500 00:33:29,760 --> 00:33:30,761 Okey. 501 00:33:33,639 --> 00:33:34,640 Bagus. 502 00:33:35,349 --> 00:33:36,350 Okey. 503 00:33:37,809 --> 00:33:39,061 Kami balik dulu. 504 00:33:39,144 --> 00:33:40,395 Saya akan iring kamu. 505 00:33:41,313 --> 00:33:42,731 Selamat Tahun Baharu, mak. 506 00:34:16,556 --> 00:34:17,724 Ayah? 507 00:34:59,933 --> 00:35:01,685 PADAM HANTARAN 508 00:35:04,605 --> 00:35:05,606 Hai. 509 00:35:06,565 --> 00:35:07,566 Helo. 510 00:35:11,486 --> 00:35:12,487 Kamu buat apa? 511 00:35:16,116 --> 00:35:18,160 - Saya… - Melayari laman web. 512 00:35:19,244 --> 00:35:20,704 Kamu tonton sesuatu yang menarik? 513 00:35:23,832 --> 00:35:25,083 Apa mak mahu? 514 00:35:25,167 --> 00:35:28,003 Kemahuan ada kalanya tak menentu. 515 00:35:28,837 --> 00:35:32,966 Semasa mak muda, mak mahu cari cinta dan kebahagiaan. 516 00:35:33,592 --> 00:35:36,094 Apabila mak dewasa, mak mahu duit dan kuasa. 517 00:35:36,762 --> 00:35:42,309 Sekarang, mak di usia di mana kemahuan mak ialah tidak dimalukan. 518 00:35:45,229 --> 00:35:47,856 Antara banyak godaan yang ada, 519 00:35:48,482 --> 00:35:51,235 kamu pilih yang bermasalah. 520 00:35:52,194 --> 00:35:53,320 Berbaloikah? 521 00:35:54,154 --> 00:35:55,572 Saya tak nak dengar leteran mak. 522 00:35:55,656 --> 00:35:58,784 Hal ini akan menarik perhatian dan akan terpalit pada mak, 523 00:35:58,867 --> 00:36:01,078 kamu, isteri kamu. 524 00:36:01,161 --> 00:36:02,621 Kita perlu bertindak dahulu. 525 00:36:08,168 --> 00:36:09,461 Kamu beritahu Sarah. 526 00:36:09,545 --> 00:36:10,754 Saya tiada pilihan. 527 00:36:10,838 --> 00:36:12,673 Pilihan sentiasa ada, Mark. 528 00:36:12,756 --> 00:36:13,757 Oh, Tuhan. 529 00:36:14,591 --> 00:36:16,218 Kamu memang lembik. 530 00:36:16,301 --> 00:36:19,847 Dari segi budaya, kita cuba tak gunakan perkataan itu. Ia… 531 00:36:19,930 --> 00:36:23,892 Mak tak maksudkan kemaluan. Maksud mak, pengecut, macam kamu. 532 00:36:23,976 --> 00:36:25,936 Kamu pengecut. 533 00:36:27,688 --> 00:36:30,816 Okey. Kita ubah strategi. 534 00:36:32,025 --> 00:36:33,026 Ia dah berakhir. 535 00:36:33,610 --> 00:36:36,405 Mak buat dia tandatangan NDA. Mak dah bayar dia. 536 00:36:36,488 --> 00:36:38,574 Itu tak membantu kita pun, betul tak? 537 00:36:38,657 --> 00:36:40,993 Terutamanya kalau dia boleh jatuhkan kamu. 538 00:36:43,954 --> 00:36:48,166 Ada seorang anak dalam hal ini, Mark. Anak kamu. 539 00:36:53,255 --> 00:36:55,090 Saya lagi. Selamat Tahun Baharu. 540 00:36:55,174 --> 00:36:56,175 Ayah saya tiada. 541 00:36:56,842 --> 00:36:57,968 Saya nampak dia di situ. 542 00:36:58,051 --> 00:36:59,595 Tapi, awak Margo Millet? 543 00:37:00,637 --> 00:37:03,348 - Ya? - Bagus. Ini untuk awak. 544 00:37:03,432 --> 00:37:06,894 Jika awak tandatangan, saya akan pergi. 545 00:37:11,315 --> 00:37:12,316 Ini dia. 546 00:37:13,400 --> 00:37:16,653 Bagus. Ini untuk awak. Jaga diri. 547 00:37:29,708 --> 00:37:30,751 Apa? 548 00:37:37,424 --> 00:37:39,259 Mark mahu hak penjagaan penuh. 549 00:37:39,343 --> 00:37:40,552 Apa? 550 00:37:40,636 --> 00:37:42,095 Atas alasan apa? 551 00:37:44,515 --> 00:37:46,141 Saya ibu tak bertanggungjawab. 552 00:37:46,850 --> 00:37:49,436 Lihatlah dia! Dia terperangkap! 553 00:37:49,520 --> 00:37:53,440 Dia takkan terlepas. Dia betul-betul tewas. 554 00:37:53,524 --> 00:37:56,276 Satu, dua, tiga. 555 00:38:54,877 --> 00:38:56,837 Terjemahan sari kata oleh Hamizah