1 00:00:08,967 --> 00:00:09,884 Ini dokumennya. 2 00:00:09,968 --> 00:00:11,302 Terima kasih. 3 00:00:13,805 --> 00:00:17,726 SIJIL CAP BERDAFTAR SHIMAZAKI KENICHI 4 00:00:17,809 --> 00:00:22,272 BIRO HAL EHWAL UNDANG-UNDANG CAWANGAN SHIBUYA 5 00:00:31,698 --> 00:00:32,949 - Bos! - Ya? 6 00:00:33,783 --> 00:00:39,622 Saya rasa cap berdaftar permohonan pendaftaran ini palsu. 7 00:00:40,915 --> 00:00:41,750 Palsu? 8 00:00:42,292 --> 00:00:43,126 Ya. 9 00:00:45,211 --> 00:00:46,463 Saya dah kata, 10 00:00:46,546 --> 00:00:49,549 baik kita jangan jumpa buat sementara. 11 00:00:49,632 --> 00:00:51,926 Awak terpaksa tarik diri? 12 00:00:52,010 --> 00:00:54,637 Hei, saya pun tengah susah. 13 00:00:54,721 --> 00:00:56,973 Anak saya tak mahu ke sekolah, 14 00:00:57,057 --> 00:00:58,850 dan mentua saya asyik desak… 15 00:01:00,226 --> 00:01:02,479 Yalah, saya telefon awak nanti. 16 00:01:02,562 --> 00:01:03,563 Okey? Lain kali. 17 00:01:08,109 --> 00:01:08,943 Maaf ganggu. 18 00:01:09,027 --> 00:01:10,111 Ada apa? 19 00:01:10,195 --> 00:01:11,529 Ya… 20 00:01:12,113 --> 00:01:13,531 Sebenarnya… 21 00:01:13,615 --> 00:01:14,908 Ada apa? 22 00:01:14,991 --> 00:01:17,243 Tentang tanah di Ebisu… 23 00:01:17,327 --> 00:01:18,369 Okey. 24 00:01:19,079 --> 00:01:22,248 Dengar sini, saya tak suka reka bentuk begini. 25 00:01:22,332 --> 00:01:25,752 Saya nak tarik muda mudi kaya, bukannya keluarga. 26 00:01:25,835 --> 00:01:28,171 Reka bentuk luar pun… 27 00:01:28,254 --> 00:01:29,589 Ini baru saja sampai 28 00:01:29,672 --> 00:01:32,717 daripada Biro Hal Ehwal Undang-undang. 29 00:01:33,301 --> 00:01:34,135 Yakah? 30 00:01:35,178 --> 00:01:36,429 Apa ini? 31 00:01:40,350 --> 00:01:43,228 PERMOHONAN DITOLAK KERANA PEMOHON TIDAK SAH 32 00:01:43,311 --> 00:01:44,270 Apa? 33 00:01:46,064 --> 00:01:47,774 Kenapa ditolak? 34 00:01:48,775 --> 00:01:49,609 Ia penipuan. 35 00:01:49,692 --> 00:01:50,735 Apa? 36 00:01:51,653 --> 00:01:54,739 Tanah itu bukan untuk dijual. 37 00:01:55,615 --> 00:01:57,283 Saya tak faham maksud awak. 38 00:01:57,367 --> 00:01:59,285 Bos, kita jadi sasaran 39 00:02:00,578 --> 00:02:01,913 penipuan hartanah. 40 00:02:01,996 --> 00:02:03,832 Tapi kita baru sain kontrak… 41 00:02:03,915 --> 00:02:04,916 Mereka… 42 00:02:06,584 --> 00:02:07,794 penipu tanah. 43 00:02:16,761 --> 00:02:17,887 Penipu tanah? 44 00:02:22,684 --> 00:02:27,397 Penipu tanah mencuri sejumlah besar wang dengan menyamar sebagai pemilik tanah 45 00:02:27,480 --> 00:02:33,069 yang ingin menjual tanah menggunakan dokumen palsu. 46 00:02:34,154 --> 00:02:37,574 Kumpulan penipu tanah terdiri daripada ketua, perunding, 47 00:02:37,657 --> 00:02:38,783 pemberi maklumat, 48 00:02:38,867 --> 00:02:39,993 pakar undang-undang, 49 00:02:40,076 --> 00:02:41,452 pemalsu dokumen 50 00:02:42,162 --> 00:02:44,998 dan penyelaras pemilihan penyamar. 51 00:02:45,498 --> 00:02:47,375 Untuk menipu berbilion yen, 52 00:02:47,458 --> 00:02:51,129 mereka memerlukan teknik jenayah yang tepat dan sangat canggih. 53 00:02:56,009 --> 00:03:00,889 EPISOD#02 54 00:03:00,972 --> 00:03:02,015 GOTO YOSHIO 55 00:03:02,098 --> 00:03:03,433 HARRISON YAMANAKA 56 00:03:03,516 --> 00:03:04,559 INABA REIKO 57 00:03:07,645 --> 00:03:10,106 Hei, Tatsu. Boleh cakap kejap? 58 00:03:10,190 --> 00:03:11,024 Ya. 59 00:03:11,107 --> 00:03:14,569 JABATAN POLIS METROPOLITAN TOKYO 60 00:03:14,777 --> 00:03:16,905 Tentang pelantikan semula… 61 00:03:16,988 --> 00:03:17,822 Ya? 62 00:03:18,323 --> 00:03:19,741 Ia mustahil. 63 00:03:19,824 --> 00:03:21,367 Saya dah cuba macam-macam. 64 00:03:21,910 --> 00:03:22,827 Saya faham. 65 00:03:23,953 --> 00:03:26,414 Terima kasih kerana mencuba. 66 00:03:29,042 --> 00:03:33,087 Saya reda orang lain ambil alih. 67 00:03:33,171 --> 00:03:34,964 Maaf kerana tak dapat bantu. 68 00:03:36,507 --> 00:03:38,468 Oh, ya. Kuramochi! 69 00:03:38,968 --> 00:03:39,802 Ya? 70 00:03:40,470 --> 00:03:42,597 Kuramochi mula bertugas hari ini. 71 00:03:42,680 --> 00:03:46,434 Dia ganti Okubo sebagai rakan awak. Harap awak beri tunjuk ajar. 72 00:03:47,560 --> 00:03:49,646 Saya Kuramochi. Selamat berkenalan. 73 00:03:50,980 --> 00:03:55,902 Saya cuma ada beberapa bulan saja lagi. Tak banyak saya boleh ajar. 74 00:03:55,985 --> 00:03:59,530 Ini cuma sementara. Dia nak sertai Jabatan Siasatan Jenayah. 75 00:03:59,614 --> 00:04:00,865 - Betul tak? - Ya. 76 00:04:00,949 --> 00:04:02,408 Itu matlamat saya. 77 00:04:02,492 --> 00:04:04,702 - Saya berguraulah. - Gurau? 78 00:04:05,411 --> 00:04:06,246 Maaf. 79 00:04:06,329 --> 00:04:09,874 Selain bimbing Kuramochi, teruskan siasatan awak. 80 00:04:09,958 --> 00:04:11,084 Baiklah. 81 00:04:11,167 --> 00:04:13,169 Tapi jangan terbawa-bawa. 82 00:04:13,753 --> 00:04:14,921 Saya faham. 83 00:04:15,797 --> 00:04:18,633 KOPI 84 00:04:21,719 --> 00:04:23,221 TAMBAH KRIM 85 00:04:23,304 --> 00:04:25,098 TAMBAH GULA 86 00:04:29,686 --> 00:04:32,272 Awak nak minuman juga? 87 00:04:33,106 --> 00:04:34,816 Boleh juga. 88 00:04:35,400 --> 00:04:37,068 - Berapa umur awak? - Maaf? 89 00:04:37,777 --> 00:04:41,197 Jangan risau, saya bukan nak ambil kesempatan. 90 00:04:41,698 --> 00:04:45,702 Saya nak tahu sebab kita akan jadi rakan sekerja. 91 00:04:45,785 --> 00:04:47,203 Umur saya 29 tahun. 92 00:04:48,788 --> 00:04:50,415 Lebih muda daripada anak saya. 93 00:04:52,250 --> 00:04:55,920 Jadi awak bercita-cita nak sertai Jabatan Siasatan Jenayah? 94 00:04:56,004 --> 00:04:56,921 Ya. 95 00:04:57,005 --> 00:05:01,134 Saya suka rancangan detektif sejak kecil, sebab itu saya jadi detektif. 96 00:05:01,217 --> 00:05:05,013 Kalau sebut "detektif", mesti terbayang Jabatan Siasatan Jenayah. 97 00:05:05,096 --> 00:05:07,682 Pembunuhan, rompakan, penculikan, tebusan… 98 00:05:07,765 --> 00:05:11,394 Maaf. Saya dari dulu bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil. 99 00:05:11,477 --> 00:05:13,813 Bukan begitu, maksud saya, 100 00:05:13,896 --> 00:05:17,650 gandingan detektif wanita muda dan detektif lelaki veteran 101 00:05:17,734 --> 00:05:19,402 klise drama detektif, bukan? 102 00:05:19,485 --> 00:05:23,281 Detektif wanita selamatkan detektif veteran daripada krisis! 103 00:05:25,408 --> 00:05:27,410 Kalau berlaku, saya harapkan awak. 104 00:05:27,493 --> 00:05:30,747 Kenapa awak siasat kami? 105 00:05:31,247 --> 00:05:33,374 Satu bilion! Awak tak fahamkah? 106 00:05:33,458 --> 00:05:34,917 Mereka curi satu bilion! 107 00:05:35,001 --> 00:05:39,005 Saya faham, sebab itu kami nak dengar aduan awak. 108 00:05:39,088 --> 00:05:41,424 Cepatlah tangkap mereka! 109 00:05:41,507 --> 00:05:44,260 Dapatkan semula satu bilion saya! 110 00:05:44,344 --> 00:05:45,553 Kami akan sahkan… 111 00:05:45,636 --> 00:05:47,972 Balai Polis Shibuya hantar dia ke sini. 112 00:05:48,056 --> 00:05:49,307 Itu bukti! 113 00:05:49,390 --> 00:05:50,224 Okey tak? 114 00:05:50,308 --> 00:05:52,643 Memandangkan perangainya begitu, 115 00:05:52,727 --> 00:05:56,314 saya perlu ke syarikatnya esok dan soal pekerja lain. 116 00:05:56,397 --> 00:05:57,774 Mereka penipu tanah! 117 00:05:58,274 --> 00:06:01,194 Tolonglah dapatkan balik duit saya. 118 00:06:01,986 --> 00:06:04,364 Boleh saya ikut awak esok? 119 00:06:04,864 --> 00:06:05,782 Eh? 120 00:06:05,865 --> 00:06:07,533 Tapi Tatsu… 121 00:06:07,617 --> 00:06:10,244 Saya bukan nak masuk campur siasatan awak. 122 00:06:10,328 --> 00:06:11,496 - Untuk dia. - Apa? 123 00:06:11,579 --> 00:06:14,957 Dia nak tengok cara awak kerja. Dia nak belajar. 124 00:06:15,041 --> 00:06:16,834 - Tak, mana ada… - Betul tak? 125 00:06:23,049 --> 00:06:25,551 Jadi mereka yang hadir waktu pertemuan itu 126 00:06:25,635 --> 00:06:28,179 ialah orang tua yang akui dirinya Shimazaki, 127 00:06:28,679 --> 00:06:30,973 seorang pemuda yang uruskan hartanah 128 00:06:31,057 --> 00:06:34,185 dan lelaki separuh umur yang bertindak sebagai broker? 129 00:06:35,228 --> 00:06:37,146 Ya, mereka bertiga. 130 00:06:39,148 --> 00:06:44,612 Ada sesiapa di sini yang menyerupai pengurus hartanah atau broker? 131 00:06:50,034 --> 00:06:50,868 Dia! 132 00:06:51,536 --> 00:06:52,370 Ini orangnya! 133 00:06:52,453 --> 00:06:53,913 Dia broker tanah? 134 00:06:53,996 --> 00:06:55,164 Ya, mungkin. 135 00:06:55,248 --> 00:06:58,084 Bukan mungkinlah! Memang dia! 136 00:06:58,668 --> 00:07:01,212 Dia cakap loghat Kansai yang dibuat-buat. 137 00:07:01,295 --> 00:07:06,509 Detektif, tolong tangkap dia cepat. Dapatkan balik duit saya! 138 00:07:06,592 --> 00:07:07,427 Kejap. 139 00:07:08,177 --> 00:07:11,097 Bukan mereka saja yang awak jumpa, bukan? 140 00:07:11,848 --> 00:07:14,225 Lelaki ini hadir tak? 141 00:07:14,725 --> 00:07:15,768 Ada tak? 142 00:07:15,852 --> 00:07:17,728 Tidak, rasanya tak ada. 143 00:07:17,812 --> 00:07:19,856 Bagaimana dengan lelaki ini? 144 00:07:21,732 --> 00:07:24,068 Susah nak cakap. 145 00:07:24,152 --> 00:07:25,486 Gambar terlalu kabur. 146 00:07:25,570 --> 00:07:28,156 Mereka penipu tanah juga? 147 00:07:28,239 --> 00:07:29,323 Saya cuma… 148 00:07:29,407 --> 00:07:31,409 Kenapa tak tangkap mereka? 149 00:07:31,492 --> 00:07:33,911 Awak ada gambar dan tahu identiti mereka. 150 00:07:33,995 --> 00:07:36,080 Awak dah boleh tangkap segera. 151 00:07:36,164 --> 00:07:37,290 Satu bilion! 152 00:07:38,082 --> 00:07:40,626 Mereka tipu saya satu bilion yen! 153 00:07:41,127 --> 00:07:43,504 Cepatlah tangkap! Saya nak duit saya! 154 00:07:43,588 --> 00:07:44,589 Kalau tidak, 155 00:07:45,923 --> 00:07:47,842 syarikat saya akan muflis! 156 00:07:51,846 --> 00:07:52,680 En. Maki, 157 00:07:54,056 --> 00:07:57,226 penipuan tanah bukan perkara mudah. 158 00:07:57,310 --> 00:07:58,186 Apa? 159 00:07:58,269 --> 00:07:59,687 Penipuan tanah 160 00:08:00,396 --> 00:08:04,275 ialah skim penipuan secara berkumpulan oleh pakar-pakar elit. 161 00:08:04,358 --> 00:08:10,740 Mereka arif dalam setiap undang-undang dan peraturan berkaitan hartanah. 162 00:08:12,074 --> 00:08:13,701 Goto contohnya. 163 00:08:13,784 --> 00:08:17,705 Dia dulu jurutulis kehakiman yang cekap. 164 00:08:17,788 --> 00:08:21,709 Dia juga ada banyak sijil berkaitan hartanah. 165 00:08:21,792 --> 00:08:23,586 Selain itu, dia juga 166 00:08:24,545 --> 00:08:25,505 petah bercakap. 167 00:08:26,756 --> 00:08:30,092 Sebab itu kamu yang arif dalam bidang hartanah pun 168 00:08:30,801 --> 00:08:33,179 mudah tertipu. 169 00:08:34,889 --> 00:08:40,269 Ini kes penipuan tanah biasa menggunakan penyamar. 170 00:08:40,937 --> 00:08:42,063 Namun begitu, 171 00:08:42,939 --> 00:08:48,277 pelakunya bukan mereka bertiga saja. 172 00:08:48,778 --> 00:08:50,112 Hakikatnya, 173 00:08:51,155 --> 00:08:53,824 mereka semua perlu ditangkap, 174 00:08:53,908 --> 00:08:56,077 barulah kes ini selesai. 175 00:08:57,203 --> 00:08:59,539 Jadi, satu bilion yen saya… 176 00:09:07,713 --> 00:09:11,133 Bila saya boleh dapat duit saya semula? 177 00:09:15,304 --> 00:09:20,226 Satu bilion yen yang dipindahkan ke akaun rekaan kumpulan itu 178 00:09:20,309 --> 00:09:22,645 telah dipindahkan ke akaun luar negara. 179 00:09:22,728 --> 00:09:26,566 Ia akan dipindahkan ke akaun negara lain, bank tanpa kawal selia 180 00:09:26,649 --> 00:09:29,026 atau diubah jadi mata wang maya. 181 00:09:29,110 --> 00:09:31,654 Jejak wang itu akan hilang sama sekali. 182 00:09:32,405 --> 00:09:36,409 Mereka lakukan penipuan berulang kali walaupun risikonya tinggi 183 00:09:36,492 --> 00:09:39,370 kerana walaupun mereka ditangkap dan dipenjara, 184 00:09:39,453 --> 00:09:42,331 mereka ada berbilion dalam simpanan selepas dibebaskan. 185 00:09:42,415 --> 00:09:45,001 Sudah tentu kami akan siasat, 186 00:09:45,084 --> 00:09:48,921 tapi jika wang sampai ke negara yang tak beri kerjasama… 187 00:09:49,005 --> 00:09:50,131 Apa akan jadi? 188 00:09:55,761 --> 00:09:57,013 Jika itu berlaku, 189 00:09:57,888 --> 00:09:58,889 kami tak dapat bantu. 190 00:10:11,402 --> 00:10:12,695 Kenapa tak jawab? 191 00:10:12,778 --> 00:10:16,157 Awak tak faham situasi saya? Saya digugurkan daripada semua projek. 192 00:10:16,240 --> 00:10:18,034 Diamlah, betina tak guna! 193 00:10:19,452 --> 00:10:21,621 Pergi mampus… 194 00:10:22,288 --> 00:10:23,164 Pergi mampus! 195 00:10:46,687 --> 00:10:49,357 Ketika kes Perumahan Mike dibongkar, 196 00:10:50,024 --> 00:10:51,942 kami dah tinggalkan Tokyo. 197 00:10:53,361 --> 00:10:57,198 Kami tak tahu hala tuju atau aktiviti masing-masing. 198 00:11:08,501 --> 00:11:10,211 Awak sengaja tersasar, bukan? 199 00:11:13,297 --> 00:11:14,298 Saya faham. 200 00:11:14,882 --> 00:11:16,217 Dulu saya macam awak. 201 00:11:19,011 --> 00:11:20,054 Tapi, 202 00:11:20,971 --> 00:11:23,557 kita tak bunuh untuk berseronok. 203 00:11:25,810 --> 00:11:27,978 Kita bunuh dan makan daging buruan 204 00:11:28,521 --> 00:11:30,231 bukan untuk merasai kematian, 205 00:11:30,815 --> 00:11:32,900 tapi untuk merasai kehidupan. 206 00:11:49,291 --> 00:11:50,710 Untuk merasai kehidupan… 207 00:11:52,002 --> 00:11:55,256 Tapi kehidupan siapa? Kehidupan yang mana? 208 00:11:56,841 --> 00:12:00,678 Saya boleh dianggap hidupkah? 209 00:12:07,518 --> 00:12:09,311 Apa? Tidak! 210 00:12:09,395 --> 00:12:11,480 Keluarga saya mungkin ada di dalam! 211 00:12:11,564 --> 00:12:14,650 Rumah ibu bapa saya terbakar lapan tahun lalu. 212 00:12:14,734 --> 00:12:18,112 Ibu saya, isteri saya dan anak saya terkorban. 213 00:12:18,821 --> 00:12:22,450 Kebakaran itu dimulakan oleh ayah saya. 214 00:12:29,915 --> 00:12:36,422 Tapi bukan ayah saya saja yang menyebabkan kematian mereka. 215 00:12:43,512 --> 00:12:45,765 Susah-susah saja. Terima kasih. 216 00:12:46,474 --> 00:12:50,728 Maaf kerana paksa awak habiskan percutian bersama saya. 217 00:12:50,811 --> 00:12:51,729 Tak apa. 218 00:12:53,606 --> 00:12:55,024 Bosankah? 219 00:12:55,608 --> 00:12:57,067 Tak bosan pun. 220 00:12:58,778 --> 00:13:00,362 Ia membosankan bagi saya. 221 00:13:01,489 --> 00:13:02,323 Apa? 222 00:13:03,741 --> 00:13:09,705 Haiwan itu seolah-olah tahu kita akan membunuh dan memakannya. 223 00:13:11,832 --> 00:13:13,876 Kerja kita sebelum ini pun sama. 224 00:13:14,668 --> 00:13:18,255 Mangsa sudah tersedia untuk ditipu dari awal lagi. 225 00:13:20,466 --> 00:13:24,970 Mangsa yang membosankan, seolah-olah menyerah diri untuk ditipu. 226 00:13:27,973 --> 00:13:29,892 Macam mana nak menikmatinya? 227 00:13:31,185 --> 00:13:32,520 Saya tak tahulah. 228 00:13:34,522 --> 00:13:35,356 Tapi… 229 00:13:37,441 --> 00:13:39,193 saya boleh nikmatinya dengan awak. 230 00:13:41,570 --> 00:13:43,322 Itu yang saya rasakan. 231 00:13:49,245 --> 00:13:51,997 Apabila keterujaan tentang Perumahan Mike reda, 232 00:13:52,081 --> 00:13:53,749 kami kembali ke Tokyo 233 00:13:53,833 --> 00:13:58,546 dan mula bergerak ke arah sasaran baru, yang terbesar setakat ini. 234 00:13:58,629 --> 00:14:00,589 Boleh kita mulakan? 235 00:14:02,007 --> 00:14:03,592 Silakan, Takeshita. 236 00:14:03,676 --> 00:14:04,802 Baiklah. 237 00:14:07,096 --> 00:14:10,182 Tokong Kouan-ji, di Takanawa, Bandar Minato. 238 00:14:10,808 --> 00:14:13,018 Ia dibina semasa zaman Edo. 239 00:14:13,102 --> 00:14:16,730 Patung Buddha di bangunan utama harta budaya yang penting. 240 00:14:17,314 --> 00:14:21,235 Pemiliknya ialah paderi residen, Kawai Natsumi, 45 tahun. 241 00:14:21,318 --> 00:14:23,362 Dia tinggal sendirian di tokong. 242 00:14:23,445 --> 00:14:25,489 Kali ini kita sasar 243 00:14:25,573 --> 00:14:29,535 tanah seluas 3,200 meter persegi berdekatan tokong. 244 00:14:29,618 --> 00:14:33,873 Ada tempat letak kereta berkapasiti 80 kereta dan pusat pemulihan. 245 00:14:33,956 --> 00:14:35,124 Pusat pemulihan? 246 00:14:35,207 --> 00:14:38,544 Mendiang ayah Kawai, paderi residen sebelum ini, 247 00:14:38,627 --> 00:14:40,004 bantu kerajaan 248 00:14:40,087 --> 00:14:44,133 mengintegrasikan banduan ke dalam masyarakat semula. 249 00:14:44,216 --> 00:14:45,968 Tapi sesuatu berlaku lima tahun lalu. 250 00:14:46,051 --> 00:14:50,472 Hal melibatkan bekas suami Kawai yang sertai keluarga isteri lepas kahwin? 251 00:14:50,556 --> 00:14:53,809 Ya. Pusat pemulihan ini hanya untuk wanita. 252 00:14:53,893 --> 00:14:57,813 Ia bawah jagaan suami Kawai, tapi suaminya buaya darat. 253 00:14:57,897 --> 00:15:01,275 Semua wanita yang masuk pusat pemulihan itu dia tebuk. 254 00:15:01,358 --> 00:15:02,985 Harapkan pagar, pagar makan padi. 255 00:15:03,569 --> 00:15:05,779 Lepas kerajaan dapat tahu, 256 00:15:05,863 --> 00:15:08,574 dia lari dengan wanita dari pusat itu. 257 00:15:08,657 --> 00:15:12,161 Ia dilaporkan dalam tabloid dan pusat itu ditutup sejak itu. 258 00:15:12,244 --> 00:15:15,581 Sejak kejadian itu, Kawai mengelak daripada dilihat 259 00:15:15,664 --> 00:15:16,916 dan habiskan masanya… 260 00:15:18,208 --> 00:15:19,752 di dalam tokong tersebut. 261 00:15:19,835 --> 00:15:23,923 Susah kalau pemilik sentiasa ada di kediamannya. 262 00:15:24,006 --> 00:15:26,675 Dah ada tuan tanah, tak perlulah penyamar. 263 00:15:26,759 --> 00:15:30,471 Biarawati itu kata dia takkan jual tanah itu, bukan? 264 00:15:31,180 --> 00:15:33,265 Susah nak tembus. 265 00:15:33,349 --> 00:15:36,894 Nak perhati dulu tempat itu? Mungkin ada sesuatu nanti. 266 00:15:36,977 --> 00:15:38,145 Baiklah. 267 00:15:38,938 --> 00:15:40,522 - Perhatilah dulu. - Okey. 268 00:15:40,606 --> 00:15:42,650 Goto, apa perkembangan terkini? 269 00:15:42,733 --> 00:15:45,069 Tak mudah jual tanah 10 bilion, 270 00:15:45,152 --> 00:15:48,405 jadi saya hubungi orang yang bergelumang dengan jenayah. 271 00:15:48,989 --> 00:15:51,617 Broker bereputasi buruk dan jerung tanah. 272 00:15:51,700 --> 00:15:53,327 Saya jumpa mereka lepas ini. 273 00:15:53,410 --> 00:15:54,536 Baiklah. 274 00:15:54,620 --> 00:15:57,289 Reiko, rekrut penyamar untuk biarawati. 275 00:15:57,373 --> 00:15:58,540 Tunggu dulu. 276 00:15:59,041 --> 00:16:01,251 Kena cukur kepala, bukan? 277 00:16:01,335 --> 00:16:02,753 Tentulah. 278 00:16:02,836 --> 00:16:04,922 Nampak sangat kalau tak cukur. 279 00:16:05,005 --> 00:16:06,757 Itu halangan besar. 280 00:16:06,840 --> 00:16:09,843 Tapi perempuan tak kisah cukur bawah. 281 00:16:09,927 --> 00:16:11,220 Diamlah. 282 00:16:11,303 --> 00:16:12,429 Saya tembak nanti. 283 00:16:12,513 --> 00:16:13,347 Hei. 284 00:16:14,556 --> 00:16:16,058 Hei! 285 00:16:16,767 --> 00:16:18,602 Kalau jadi, saya nak pendahuluan. 286 00:16:18,686 --> 00:16:20,354 Saya dah bagi tempoh hari. 287 00:16:21,814 --> 00:16:25,150 Saya dah guna semua duit itu untuk kaji semua ini! 288 00:16:32,449 --> 00:16:33,450 Okey. 289 00:16:34,410 --> 00:16:35,869 Saya akan sediakan esok. 290 00:16:43,961 --> 00:16:45,546 Apa kita nak buat? 291 00:16:46,630 --> 00:16:48,799 Macam mana nak teruskan tanpa tanah? 292 00:16:48,882 --> 00:16:50,801 Unit Pembangunan? 293 00:16:51,343 --> 00:16:54,346 Sebenarnya, rundingan berjalan lancar, 294 00:16:54,430 --> 00:16:57,850 dan dah nak tandatangan kontrak… 295 00:16:57,933 --> 00:16:59,393 Saya tak tanya awak! 296 00:17:00,227 --> 00:17:01,061 Maaf. 297 00:17:03,605 --> 00:17:04,440 Aoyagi. 298 00:17:05,441 --> 00:17:06,900 Cepat jelaskan. 299 00:17:11,238 --> 00:17:13,574 Tiga hari sebelum perjanjian selesai… 300 00:17:13,657 --> 00:17:14,783 Apa ceritanya? 301 00:17:14,867 --> 00:17:19,163 Perempuan simpanan tuan tanah hamil. Isterinya dapat tahu, lalu bercerai. 302 00:17:19,246 --> 00:17:21,749 Jadi isterinya akan ambil tanah itu? 303 00:17:21,832 --> 00:17:24,626 Unit Perdagangan dah hampir selesaikan rundingan 304 00:17:24,710 --> 00:17:26,754 jadi tak hairanlah Sunaga mengamuk. 305 00:17:26,837 --> 00:17:29,757 Kalau orang atas dengar, tentu huru-hara. 306 00:17:29,840 --> 00:17:31,550 Berapa banyak kita akan rugi? 307 00:17:32,676 --> 00:17:35,763 Serius? Aoyagi buat silap besar! 308 00:17:35,846 --> 00:17:37,890 Apa awak nak buat, Aoyagi? 309 00:17:38,515 --> 00:17:40,184 Saya akan cari tanah lain. 310 00:17:40,267 --> 00:17:41,101 Apa? 311 00:17:41,894 --> 00:17:42,728 Ada petunjuk? 312 00:17:42,811 --> 00:17:44,396 Belum lagi. 313 00:17:46,190 --> 00:17:49,276 Ini projek besar! Tujuh bilion hanya untuk tanah. 314 00:17:49,777 --> 00:17:51,487 Awak ingat senang cari? 315 00:17:51,570 --> 00:17:52,863 Saya akan cari jalan! 316 00:17:54,364 --> 00:17:55,491 Beri saya sebulan. 317 00:17:56,617 --> 00:17:58,702 Awak fikir awak mampu? Hei! 318 00:17:58,786 --> 00:18:01,121 Saya akan laporkan kepada orang atasan! 319 00:18:03,582 --> 00:18:04,792 Celaka betul! 320 00:18:05,375 --> 00:18:06,960 - Otani! - Ya? 321 00:18:07,044 --> 00:18:09,922 Bagi saya maklumat tanah yang awak sedang kaji! 322 00:18:10,005 --> 00:18:10,839 Baiklah. 323 00:18:21,391 --> 00:18:23,685 - Ada lagi tak? - Itu saja yang ada. 324 00:18:24,853 --> 00:18:26,021 Saya minta maaf. 325 00:18:26,105 --> 00:18:29,817 Maaf saja tak memadai! Kalau tiada, pergi cari lagi! 326 00:18:29,900 --> 00:18:33,070 Baik, tapi alternatif untuk projek sebesar ini… 327 00:18:33,153 --> 00:18:35,864 Kamu takkan dapat apa-apa kalau malas! 328 00:18:35,948 --> 00:18:38,867 Bukan ejen hartanah saja yang ada maklumat. 329 00:18:38,951 --> 00:18:40,661 Ketika saya sebaya kamu, 330 00:18:40,744 --> 00:18:43,664 saya kenal broker dan jerung tanah untuk maklumat… 331 00:18:43,747 --> 00:18:45,457 Dengan segala hormat, 332 00:18:45,541 --> 00:18:47,126 itu tak mematuhi… 333 00:18:47,209 --> 00:18:48,627 Ini perang. 334 00:18:48,710 --> 00:18:49,586 Apa? 335 00:18:49,670 --> 00:18:52,464 Mana ada peraturan dalam perang! 336 00:18:55,008 --> 00:18:59,263 Secara asasnya, perang ialah perebutan tanah. 337 00:19:00,931 --> 00:19:04,309 Kita perlu buat apa saja untuk raih sekecil mana pun tanah 338 00:19:04,393 --> 00:19:06,228 di Tokyo yang sudah padat! 339 00:19:06,311 --> 00:19:08,397 Itulah kerja pemaju! 340 00:19:10,524 --> 00:19:12,693 Kita sedang berperang! 341 00:19:18,782 --> 00:19:19,950 Cukup. 342 00:19:21,410 --> 00:19:23,787 Baiklah. Sambung buat kerja. 343 00:19:23,871 --> 00:19:25,164 Terima kasih. 344 00:19:25,247 --> 00:19:26,498 Minta diri. 345 00:19:26,582 --> 00:19:30,127 - Itu dongeng era gelembung ekonomi. - Ini salah guna kuasa. 346 00:19:30,210 --> 00:19:33,589 Saya rakam tadi. Jika sesuatu berlaku, saya ada bukti. 347 00:19:33,672 --> 00:19:34,590 Bagus. 348 00:19:34,673 --> 00:19:35,966 Oimachi dan… 349 00:19:39,845 --> 00:19:40,679 Tatsu. 350 00:19:41,889 --> 00:19:46,101 Tentang pengurus hartanah di pertemuan Perumahan Mike itu… 351 00:19:46,602 --> 00:19:50,856 Maksud awak, pemuda bernama Inoue itu? 352 00:19:50,939 --> 00:19:51,773 Ya. 353 00:19:51,857 --> 00:19:55,110 Saya dah periksa alamat kad nama. Itu rumah dia dulu. 354 00:19:55,194 --> 00:19:58,530 Dia mungkin gunakannya hanya untuk terima surat. 355 00:19:58,614 --> 00:19:59,448 Sekarang? 356 00:19:59,531 --> 00:20:02,492 Ada penyewa baru, jadi susah dapatkan bukti. 357 00:20:03,076 --> 00:20:05,996 Apa kata orang atasan? 358 00:20:06,079 --> 00:20:09,791 Ibu pejabat siasatan kurangkan orang. Saya diberi kes baru. 359 00:20:11,501 --> 00:20:14,004 Saya dah tiada kaitan dengan kes ini. 360 00:20:48,288 --> 00:20:52,542 Bukankah kita patut laporkan kepada ketua jabatan? 361 00:20:52,626 --> 00:20:54,503 Tak apa. 362 00:20:55,254 --> 00:20:57,631 Ini bukan siasatan. 363 00:20:58,257 --> 00:21:00,175 Ini latihan praktikal awak. 364 00:21:00,259 --> 00:21:01,385 Ya? 365 00:21:01,468 --> 00:21:03,178 Maaf kerana mengganggu. 366 00:21:03,262 --> 00:21:05,722 Saya Shimomura, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil. 367 00:21:06,223 --> 00:21:10,936 Kami nak tanya tentang En. Inoue, penghuni sebelum ini. 368 00:21:11,019 --> 00:21:12,271 Tak habis lagi? 369 00:21:12,354 --> 00:21:15,440 Awak perasan apa-apa sejak itu? 370 00:21:15,524 --> 00:21:20,487 Mungkin ada surat yang dihantar untuk En. Inoue. 371 00:21:21,822 --> 00:21:23,407 Tiada apa-apa… 372 00:21:23,490 --> 00:21:24,324 Siapa? 373 00:21:24,408 --> 00:21:25,909 Bukan Uber Eats? 374 00:21:26,493 --> 00:21:27,452 Bukan! 375 00:21:28,370 --> 00:21:29,955 Tolong pergi. 376 00:21:30,038 --> 00:21:31,164 Saya faham. 377 00:21:31,248 --> 00:21:35,168 Tapi jika awak ingat apa-apa, boleh hubungi saya… 378 00:21:45,595 --> 00:21:46,513 Mukanya lebam. 379 00:21:47,389 --> 00:21:49,182 Itu tentu kesan pukul, bukan? 380 00:21:50,100 --> 00:21:51,059 Jadi? 381 00:21:51,768 --> 00:21:54,479 Ada kemungkinan dia didera, bukan? 382 00:21:56,231 --> 00:21:59,651 Jika benar pun, itu bukan tugas kita. 383 00:22:03,322 --> 00:22:05,115 Hei. Hei! 384 00:22:05,198 --> 00:22:07,659 Ini Uber Eats. Saya nak hantar makanan. 385 00:22:10,454 --> 00:22:11,621 Lambat betul. 386 00:22:11,705 --> 00:22:13,415 - Boleh cakap sebentar? - Apa? 387 00:22:14,291 --> 00:22:16,335 Awak teman wanita dia? 388 00:22:16,418 --> 00:22:18,337 - Awak didera? - Apa awak cakap? 389 00:22:19,504 --> 00:22:21,840 Jika awak didera, awak patut laporkan… 390 00:22:21,923 --> 00:22:23,091 Apa yang awak buat? 391 00:22:23,175 --> 00:22:24,509 Aduh! 392 00:22:24,593 --> 00:22:26,845 - Hei… - Apa awak buat? 393 00:22:35,479 --> 00:22:36,855 Tunggu… 394 00:22:43,820 --> 00:22:45,781 Saya mengalah. 395 00:22:48,784 --> 00:22:50,952 Detektif, awak aktif bersukan? 396 00:22:51,620 --> 00:22:54,706 MMA? Saya pun aktif. 397 00:22:54,790 --> 00:22:55,624 Apa? 398 00:22:55,707 --> 00:22:56,625 Seni bela diri. 399 00:22:58,085 --> 00:23:01,463 - Ini lebam perlawanan minggu lepas. - Apa? Sungguh? 400 00:23:01,546 --> 00:23:04,091 Janganlah selamba tuduh orang. 401 00:23:04,174 --> 00:23:06,968 Saya lebih kuat daripada dia. 402 00:23:07,469 --> 00:23:09,346 Alamak. Saya minta maaf. 403 00:23:09,429 --> 00:23:12,849 Saya pun minta maaf juga. 404 00:23:12,933 --> 00:23:14,935 Saya tipu tadi. 405 00:23:16,395 --> 00:23:18,730 Saya dapat surat yang pelik, 406 00:23:19,523 --> 00:23:21,483 tapi saya buang sebab takut. 407 00:23:21,566 --> 00:23:24,486 Apa yang buat awak takut? 408 00:23:24,569 --> 00:23:25,737 Saya… 409 00:23:37,249 --> 00:23:39,418 Inikah suratnya? 410 00:23:47,134 --> 00:23:48,718 PENJARA CHIBA TSUJIMOTO MASAMI 411 00:23:48,802 --> 00:23:51,304 Inilah suratnya. Dari Penjara Chiba. 412 00:23:56,184 --> 00:23:59,020 "Tsujimoto Takumi"? 413 00:24:21,293 --> 00:24:23,295 Hari ini pun sama saja. 414 00:24:23,378 --> 00:24:24,629 Ya. 415 00:24:27,424 --> 00:24:28,341 Takumi. 416 00:24:28,425 --> 00:24:29,634 Terima kasih. 417 00:24:30,635 --> 00:24:34,431 Tak cukup lagi untuk hari ini? Kita boleh tengok kamera yang ini. 418 00:24:34,931 --> 00:24:37,017 Cik biarawati tiada aktiviti lain. 419 00:24:38,518 --> 00:24:43,273 Jika dia gadis atau selebriti, tentu seronok mengintip. 420 00:24:44,149 --> 00:24:46,485 Biarawati tak lakukan seks, bukan? 421 00:24:46,568 --> 00:24:47,986 Saya tak pasti. 422 00:24:48,069 --> 00:24:50,071 Awak sanggup main dengan dia? 423 00:24:50,155 --> 00:24:51,156 Apa? 424 00:24:51,239 --> 00:24:54,159 Kalau terpaksa, saya sangguplah. 425 00:24:57,871 --> 00:25:00,332 Saya nak bir. Saya nak pergi belilah. 426 00:25:00,415 --> 00:25:02,375 Takeshita marah kalau dia tahu. 427 00:25:02,459 --> 00:25:05,295 Saya tak takut dengan mat syabu itu! 428 00:25:05,378 --> 00:25:09,090 Berkurung dalam bilik kecil lama-lama rasa macam pusat juvana. 429 00:25:09,174 --> 00:25:10,050 Yakah? 430 00:25:11,134 --> 00:25:14,346 Takumi, bila awak mula buat kerja ini? 431 00:25:16,014 --> 00:25:19,893 Apa yang buat awak nak jadi penipu tanah? 432 00:25:19,976 --> 00:25:22,103 Saya pun tak tahu. 433 00:25:22,187 --> 00:25:24,981 Awak kerja apa sebelum jadi penipu tanah? 434 00:25:27,359 --> 00:25:28,276 Pemandu. 435 00:25:29,569 --> 00:25:30,612 Begitu. 436 00:25:51,091 --> 00:25:51,925 Ya? 437 00:25:52,008 --> 00:25:53,552 Awak di mana? 438 00:25:54,177 --> 00:25:56,137 Saya tunggu Saki di Roppongi. 439 00:25:56,221 --> 00:25:58,390 Masa dia dah lama tamat! 440 00:25:58,473 --> 00:26:00,684 Pelanggan lain tunggu. Apa awak buat? 441 00:26:00,767 --> 00:26:01,768 Ya. Maaf. 442 00:26:01,851 --> 00:26:03,478 "Maaf" tak jadi apa, bodoh! 443 00:26:03,562 --> 00:26:04,396 Okey. 444 00:26:04,479 --> 00:26:06,189 Pergi dapatkan dia! 445 00:26:06,273 --> 00:26:07,274 Baiklah. 446 00:26:10,193 --> 00:26:13,363 Saki baru muncul. Kami dalam perjalanan. 447 00:26:17,284 --> 00:26:18,118 Syabas. 448 00:26:18,201 --> 00:26:22,122 Saya benci betul dengan kereta awak. 449 00:26:22,205 --> 00:26:24,541 Kereta awak busuk, kecil dan kotor. 450 00:26:24,624 --> 00:26:26,543 Setidaknya bukalah tingkap! 451 00:26:27,544 --> 00:26:28,378 Pada masa itu, 452 00:26:28,962 --> 00:26:30,964 saya menyendiri selama dua tahun. 453 00:26:31,047 --> 00:26:33,842 Saya buntu selepas hilang segalanya. 454 00:26:33,925 --> 00:26:35,385 Apabila kehabisan duit, 455 00:26:35,468 --> 00:26:39,014 saya jawab iklan dalam talian yang mencari pemandu. 456 00:26:39,097 --> 00:26:41,558 Saya pandu pelacur kelas atasan. 457 00:26:41,641 --> 00:26:42,892 Saya bertuah. 458 00:26:43,518 --> 00:26:45,520 Lelaki tadi suka aksi pelik. 459 00:26:46,104 --> 00:26:49,399 Tapi dia sanggup bayar mahal. 460 00:26:52,360 --> 00:26:54,362 Layanlah saya berborak. 461 00:26:54,446 --> 00:26:56,281 Saya hantar pelacur ke bilik. 462 00:26:56,364 --> 00:26:59,951 Dia dibayar 300,00 yen untuk dua jam seks tanpa masukkan kemaluan. 463 00:27:00,035 --> 00:27:03,830 Saya terima bayaran dan selepas selesai, saya hantar ke pelanggan seterusnya. 464 00:27:04,539 --> 00:27:08,960 Saya rancang nak jalani kehidupan dalam bayang masyarakat. 465 00:27:13,798 --> 00:27:15,717 SAKI 466 00:27:17,427 --> 00:27:18,303 Ya? 467 00:27:18,970 --> 00:27:19,888 Maafkan saya. 468 00:27:20,889 --> 00:27:23,391 Ada kejadian yang saya perlu bincangkan. 469 00:27:23,475 --> 00:27:25,185 Boleh awak datang ke bilik? 470 00:27:30,065 --> 00:27:31,858 Maaf kerana menyusahkan awak. 471 00:27:35,111 --> 00:27:39,949 Saya nak jelaskan situasi ini. Saya nak cuba sesuatu yang baru hari ini. 472 00:27:40,033 --> 00:27:41,576 Ia persetujuan bersama. 473 00:27:42,077 --> 00:27:45,747 Dia kata saya boleh cuba jika saya bayar sejuta yen. 474 00:27:47,374 --> 00:27:49,584 Ya, saya rasa dia dah mati. 475 00:27:51,252 --> 00:27:55,090 Tapi teruklah nanti kalau dia ditinggalkan begini. 476 00:27:55,632 --> 00:27:57,300 Sebab itu saya panggil awak. 477 00:28:08,103 --> 00:28:11,773 Apa kata awak ambil wang ini dan pura-pura tak nampak apa-apa? 478 00:28:15,026 --> 00:28:18,071 Ini tanda kemurahan hati saya terhadap awak. 479 00:28:18,154 --> 00:28:22,534 Sebelum saya telefon awak, saya hubungi kenalan saya. 480 00:28:22,617 --> 00:28:25,787 Dia uruskan masalah begini. 481 00:28:26,413 --> 00:28:28,832 Dia akan sampai sepuluh minit lagi. 482 00:28:28,915 --> 00:28:31,251 Mayatnya akan diuruskan tanpa jejak. 483 00:28:31,334 --> 00:28:35,255 Tapi jika awak tolak tawaran saya, 484 00:28:36,214 --> 00:28:38,383 dia akan uruskan awak sekali. 485 00:28:40,176 --> 00:28:42,887 Awak faham maksud saya, bukan? 486 00:28:47,100 --> 00:28:50,895 Saya memang dah lama mati. 487 00:28:58,695 --> 00:29:01,197 Saki. 488 00:29:43,406 --> 00:29:44,866 Awak tak apa-apa, Saki? 489 00:29:45,700 --> 00:29:46,534 Awak okey… 490 00:29:49,204 --> 00:29:50,997 Saki! 491 00:29:58,963 --> 00:30:01,508 Lelaki itu… 492 00:30:01,591 --> 00:30:03,635 - Dia… - Saya tahu. 493 00:30:03,718 --> 00:30:06,721 Saki, jangan beritahu sesiapa. 494 00:30:06,805 --> 00:30:07,931 Apa? 495 00:30:08,014 --> 00:30:09,224 Jangan main-main! 496 00:30:09,307 --> 00:30:10,850 Saya hampir dibunuh! 497 00:30:10,934 --> 00:30:12,519 Dia hampir bunuh saya! 498 00:30:12,602 --> 00:30:14,020 Diam! 499 00:30:28,201 --> 00:30:30,286 Ambil duit dan lupakan semua ini. 500 00:30:31,996 --> 00:30:32,831 Pergi. 501 00:30:34,833 --> 00:30:36,209 Pergi! 502 00:30:44,676 --> 00:30:46,636 - Selamat tinggal. - Tunggu. 503 00:30:52,016 --> 00:30:52,892 Awak… 504 00:30:56,521 --> 00:30:58,815 pernah bunuh orang, bukan? 505 00:31:05,280 --> 00:31:07,031 Jika awak hadapi masalah, 506 00:31:08,241 --> 00:31:09,367 sila hubungi saya. 507 00:31:27,969 --> 00:31:31,806 Tunggu! Kenapa dengan si celaka itu? 508 00:31:31,890 --> 00:31:34,309 Saya akan lapor dia kepada bos! 509 00:31:34,392 --> 00:31:37,270 Apa kena dengan awak? 510 00:31:37,770 --> 00:31:39,230 Jangan abaikan saya! 511 00:31:39,814 --> 00:31:40,690 Hoi! 512 00:31:41,649 --> 00:31:43,109 Awak tak berhati perut! 513 00:31:45,194 --> 00:31:47,697 Pergi mampus, gila! 514 00:31:57,790 --> 00:31:59,626 Jadi awak buat sebab duit? 515 00:32:00,585 --> 00:32:01,419 Apa? 516 00:32:01,502 --> 00:32:04,422 Penipu tanah dapat banyak duit, bukan? 517 00:32:05,048 --> 00:32:07,383 Setiap projek 100 juta yen, bukan? 518 00:32:07,926 --> 00:32:09,093 Awak bertuah. 519 00:32:09,177 --> 00:32:12,889 Takeshita tak beri apa-apa kepada orang bawahan seperti saya. 520 00:32:14,557 --> 00:32:19,020 Sebab itu saya beritahu dia tempoh hari, saya nak jadi penipu tanah juga. 521 00:32:19,103 --> 00:32:21,940 Tapi dia kata tak boleh sebab tak habis sekolah. 522 00:32:22,023 --> 00:32:23,149 Kejam, bukan? 523 00:32:26,402 --> 00:32:28,696 Takumi, awak pergi universiti? 524 00:32:28,780 --> 00:32:30,156 Ya. 525 00:32:31,157 --> 00:32:35,244 Saya patut belajar sampai habis. Tak kisahlah kerja apa pun. 526 00:32:36,537 --> 00:32:37,705 Hei. 527 00:32:37,789 --> 00:32:38,831 - Helo. - Helo. 528 00:32:39,457 --> 00:32:40,291 Aduh. 529 00:32:40,375 --> 00:32:42,293 Takumi, cik biarawati kita okey? 530 00:32:42,377 --> 00:32:45,380 Belum ada apa-apa yang menarik setakat ini. 531 00:32:45,463 --> 00:32:46,339 Yakah? 532 00:32:46,422 --> 00:32:49,384 Dia buat rutin yang sama sepanjang minggu. 533 00:32:49,467 --> 00:32:51,803 Nyanyian sutra dari 5 pagi di dewan besar, 534 00:32:51,886 --> 00:32:55,556 kemudian bersihkan tokong dan jaga pokok di taman. 535 00:32:55,640 --> 00:32:58,643 Dia tutup pagar utama selepas selesai sutra malam 536 00:32:58,726 --> 00:33:00,812 dan habiskan masa di rumah. 537 00:33:01,479 --> 00:33:02,814 Dia suka menyendiri. 538 00:33:02,897 --> 00:33:04,273 Tiada siapa tanya awak. 539 00:33:06,109 --> 00:33:08,569 Eh, kenapa awak semakin kurus? 540 00:33:08,653 --> 00:33:09,862 Nampak begitukah? 541 00:33:09,946 --> 00:33:13,199 Dia gigih. Lepas cik biarawati tidur, dia masih perhati. 542 00:33:13,282 --> 00:33:15,034 Orang tak tanya awaklah. 543 00:33:17,245 --> 00:33:19,622 Nak sikit? Awak akan rasa segar. 544 00:33:19,706 --> 00:33:21,541 - Takeshita. - Ya? 545 00:33:21,624 --> 00:33:22,834 Itu haram. 546 00:33:23,334 --> 00:33:25,461 Mengata dulang paku serpih! 547 00:33:25,545 --> 00:33:28,548 Tak mungkin Takumi guna syabu… 548 00:33:30,383 --> 00:33:31,676 Pergi perhati. 549 00:33:31,759 --> 00:33:32,593 Yalah. 550 00:33:37,140 --> 00:33:39,600 Saya dapat maklumat menarik. 551 00:33:39,684 --> 00:33:40,685 Apa dia? 552 00:33:41,185 --> 00:33:44,105 Saya dah jumpa firma yang uruskan kewangan tokong. 553 00:33:44,188 --> 00:33:46,983 Saya minta seorang pekerja dapatkan lejarnya. 554 00:33:47,358 --> 00:33:49,485 TOKONG KOUAN-JI LEJAR AM 555 00:33:49,569 --> 00:33:51,904 Banyak wang dipindah secara berkala 556 00:33:51,988 --> 00:33:54,782 daripada akaun tokong ke akaun peribadi Kawai. 557 00:33:55,658 --> 00:33:59,203 Tengok bulan lepas. Lima juta sekali gus. 558 00:34:00,329 --> 00:34:01,748 Ini amat mencurigakan. 559 00:34:01,831 --> 00:34:03,207 Memang mencurigakan. 560 00:34:06,544 --> 00:34:07,378 Eh? 561 00:34:07,879 --> 00:34:08,713 Apa ini? 562 00:34:08,796 --> 00:34:09,672 Kenapa? 563 00:34:09,756 --> 00:34:11,215 Ada orang keluar. 564 00:34:13,384 --> 00:34:14,260 Apa? 565 00:34:15,344 --> 00:34:16,220 Itu Kawai? 566 00:34:16,846 --> 00:34:20,058 Tidak. Dia nampak lain daripada biasa. 567 00:34:21,392 --> 00:34:23,019 Jadi itu dia atau bukan? 568 00:34:25,688 --> 00:34:28,483 Memang dia. Itu cik biarawati, bukan? 569 00:34:30,860 --> 00:34:32,445 Eh? Takumi? 570 00:34:32,528 --> 00:34:33,446 Pergilah ikut! 571 00:34:33,529 --> 00:34:34,697 Baik! 572 00:34:34,781 --> 00:34:35,782 Aduhai. 573 00:34:41,454 --> 00:34:43,998 - Dia menuju ke Tamachi! - Baik! 574 00:34:45,124 --> 00:34:46,542 Cepatlah, Orochi! 575 00:34:46,626 --> 00:34:47,460 Yalah! 576 00:34:59,013 --> 00:35:00,848 Teksi yang itu! Tokyo Musen. 577 00:35:00,932 --> 00:35:01,933 Saya tahu. 578 00:35:03,017 --> 00:35:04,310 Dia nak ke mana? 579 00:35:05,394 --> 00:35:06,479 Pegang kuat-kuat. 580 00:35:50,523 --> 00:35:53,943 Awak tahu mana-mana hartanah yang boleh dibeli segera? 581 00:35:54,569 --> 00:35:57,405 Lagi besar, lagi bagus. 582 00:35:57,488 --> 00:36:01,951 Saya bersedia berkompromi dengan segala syarat yang ada. 583 00:36:02,702 --> 00:36:04,245 Ini untuk awak. 584 00:36:04,328 --> 00:36:05,538 Projek itukah? 585 00:36:06,581 --> 00:36:09,375 Awak cari hartanah untuk ganti hartanah Oimachi? 586 00:36:09,458 --> 00:36:10,293 Apa? 587 00:36:10,793 --> 00:36:12,920 Ya… 588 00:36:13,004 --> 00:36:14,422 Saya dah dengar hal itu. 589 00:36:17,925 --> 00:36:19,594 Perjanjian gagal, bukan? 590 00:36:20,386 --> 00:36:23,681 Tepat sekali. Sebab itu saya datang. 591 00:36:24,432 --> 00:36:27,768 Hayashi, kita dah kenal lama. 592 00:36:28,769 --> 00:36:31,063 Awak boleh bantu saya? 593 00:36:31,147 --> 00:36:32,607 Apa maksud awak? 594 00:36:35,151 --> 00:36:38,487 Awak biar saya buat kerja kotor awak, 595 00:36:39,822 --> 00:36:42,074 awak bolot semua ganjaran. 596 00:36:42,158 --> 00:36:43,951 Apabila masalah timbul, 597 00:36:45,494 --> 00:36:48,372 awak lupa yang awak campak saya dengan selamba? 598 00:36:48,456 --> 00:36:49,749 Waktu itu… 599 00:36:49,832 --> 00:36:51,709 Saya dipenjara tiga tahun! 600 00:36:52,877 --> 00:36:56,714 Oleh kerana awak kini tersepit, awak nak saya buat kerja kotor awak lagi? 601 00:36:56,797 --> 00:36:59,050 Biar benar, Aoyagi! 602 00:37:01,761 --> 00:37:02,595 Apa pun, 603 00:37:04,180 --> 00:37:09,227 sesetengah penyangak mungkin tunjuk geram begitu, jadi berhati-hatilah. 604 00:37:10,978 --> 00:37:11,812 Baik. 605 00:37:14,857 --> 00:37:16,317 Sila keluar. 606 00:37:27,203 --> 00:37:28,037 Eh? 607 00:37:28,621 --> 00:37:29,622 Aoyagi? 608 00:37:30,414 --> 00:37:32,041 Apa awak buat di sini? 609 00:37:35,461 --> 00:37:36,837 Nostalgia betul! 610 00:37:37,338 --> 00:37:38,965 Awak jumpa Hayashi? 611 00:37:40,925 --> 00:37:42,468 Cara awak dah lapuk. 612 00:37:44,053 --> 00:37:48,683 Susah urus hartanah daripada jerung tanah. Unit undang-undang tak benarkan. 613 00:37:52,436 --> 00:37:56,357 Mengalah sajalah. Kita mampu tanggung kerugian 200 juta. 614 00:37:56,857 --> 00:38:01,320 Pihak atasan boleh maafkan berdasarkan prestasi awak setakat ini. 615 00:38:02,905 --> 00:38:06,284 Tapi karier awak sampai tahap ini sajalah. 616 00:38:12,164 --> 00:38:14,458 Helo? Tuan Pengerusi. Ya. 617 00:38:15,293 --> 00:38:18,796 Tuan dah sampai? Baiklah. Kami akan cepat. Ya. 618 00:38:18,879 --> 00:38:19,755 Jom cepat. 619 00:38:21,173 --> 00:38:23,217 Kita kena cepat. 620 00:38:38,357 --> 00:38:39,483 Ini hotel, bukan? 621 00:38:39,567 --> 00:38:42,278 Orochi, tolong letak kereta. 622 00:38:42,361 --> 00:38:45,114 - Bawa beg itu ke belakang. - Tunggu, Takumi! 623 00:39:49,929 --> 00:39:52,306 Bilik 3507. 624 00:39:53,891 --> 00:39:54,725 Tumpang tanya. 625 00:39:54,809 --> 00:39:58,104 - Selamat datang. - Bilik 3507 kosong? 626 00:39:58,979 --> 00:40:01,315 Bilik 3507? 627 00:40:01,399 --> 00:40:02,316 Ya. 628 00:40:02,400 --> 00:40:06,570 Saya dan teman wanita bermalam bersama buat kali pertama di bilik itu. 629 00:40:06,654 --> 00:40:09,949 Kami makan malam di sini hari ini. Saya nak beri kejutan. 630 00:40:10,574 --> 00:40:13,160 Yakah? Saya periksa dulu, ya. 631 00:40:15,037 --> 00:40:16,664 Saya minta maaf. 632 00:40:16,747 --> 00:40:19,458 Malangnya, bilik itu sudah ada orang. 633 00:40:20,334 --> 00:40:22,878 Dah ada orang, ya? Apa patut saya buat? 634 00:40:22,962 --> 00:40:24,463 Bilik sebelah ada? 635 00:40:24,547 --> 00:40:26,090 - Sebentar. - Terima kasih. 636 00:40:28,134 --> 00:40:30,094 Ya, bilik sebelah masih kosong. 637 00:40:30,177 --> 00:40:31,011 Terima kasih. 638 00:40:31,095 --> 00:40:32,930 Itu pun awak! 639 00:40:33,639 --> 00:40:36,058 Takumi, macam mana? 640 00:40:36,809 --> 00:40:39,728 Hotel ini memang hebat. 641 00:40:42,022 --> 00:40:42,857 Apa? 642 00:40:44,024 --> 00:40:47,361 Orang rupa gengster tak boleh duduk sini? Tak guna betul. 643 00:40:49,363 --> 00:40:50,322 Diamlah! 644 00:40:51,323 --> 00:40:52,199 Apa kau cakap? 645 00:40:53,617 --> 00:40:54,910 - Jomlah. - Dia nampak kuat. 646 00:40:54,994 --> 00:40:55,911 Maaf. 647 00:40:57,788 --> 00:40:59,081 Apa patut kita buat? 648 00:40:59,832 --> 00:41:03,127 Kalaulah kita ada senjata rahsia seperti Tom Cruise. 649 00:41:03,210 --> 00:41:05,421 Turun dari bumbung dan masuk bilik. 650 00:41:07,339 --> 00:41:08,549 Awak telefon siapa? 651 00:41:09,383 --> 00:41:10,926 Senjata rahsia saya. 652 00:41:12,470 --> 00:41:14,972 Sikit lagi! Apa kau buat? 653 00:41:16,807 --> 00:41:20,102 Sekarang! Ya. Dapat! Tidak! 654 00:41:20,811 --> 00:41:22,605 Alamak… 655 00:41:24,148 --> 00:41:26,317 Helo? Nagai? Boleh cakap sekarang? 656 00:41:26,400 --> 00:41:30,362 Takumi? Sekarang tak boleh. Saya tengah main. Lain kalilah. 657 00:41:30,446 --> 00:41:32,114 Tunggu, Nagai. 658 00:41:32,615 --> 00:41:34,783 Awak kata awak ada masalah 659 00:41:34,867 --> 00:41:35,826 anak kucing. 660 00:41:35,910 --> 00:41:36,911 Ya, kenapa? 661 00:41:36,994 --> 00:41:40,915 Kalau awak tolong saya, saya kenalkan orang yang boleh jaga. 662 00:41:42,374 --> 00:41:44,418 Saya tak nak broker kucing haram. 663 00:41:44,502 --> 00:41:49,381 Doktor haiwan yang saya kenal lama dulu. Saya takkan biar anak kucing dibunuh. 664 00:41:49,465 --> 00:41:50,633 Saya jamin. 665 00:41:56,055 --> 00:41:59,767 Pertama, dapatkan kad kunci, tak kisah bilik mana pun. 666 00:41:59,850 --> 00:42:01,977 Maafkan saya. Di mana tandas? 667 00:42:02,061 --> 00:42:02,895 - Tandas? - Ya. 668 00:42:02,978 --> 00:42:04,563 - Ikut sini. - Terima kasih. 669 00:42:04,647 --> 00:42:07,525 Takumi, awak bernasib baik. 670 00:42:07,608 --> 00:42:11,403 Hotel ini masih guna model lama kunci VingCard Vision. 671 00:42:11,487 --> 00:42:12,655 Awak tak tahu, ya? 672 00:42:12,738 --> 00:42:16,116 Ketika pemimpin Hamas dibunuh di sebuah hotel Dubai, 673 00:42:16,200 --> 00:42:17,701 inilah cara mereka masuk bilik. 674 00:42:17,785 --> 00:42:20,329 - Nagai, boleh tolong cepat sikit? - Okey. 675 00:42:22,289 --> 00:42:23,707 Begitu rupanya. 676 00:42:23,791 --> 00:42:25,626 - Takumi. - Apa dia? 677 00:42:25,709 --> 00:42:29,838 Sistem keselamatan hotel agak ketat. 678 00:42:30,673 --> 00:42:33,676 Saya rasa awak cuma ada 45 saat. 679 00:42:33,759 --> 00:42:36,011 Cuma 45 saat? Okey, cepat. 680 00:42:36,095 --> 00:42:36,971 Okey. 681 00:42:39,098 --> 00:42:40,057 Selesai. 682 00:42:40,891 --> 00:42:42,184 Silakan masuk. 683 00:42:43,686 --> 00:42:44,603 Takumi! 684 00:42:45,354 --> 00:42:46,605 Di sini biliknya. 685 00:42:47,523 --> 00:42:50,693 Terima kasihlah susah payah bawa kami ke bilik kami. 686 00:42:50,776 --> 00:42:52,695 Awak kini orang penting, bukan? 687 00:42:52,778 --> 00:42:56,031 Taklah, saya berbesar hati iring En. Higuchi dan isteri. 688 00:42:56,115 --> 00:42:57,324 Syukurlah. 689 00:42:59,952 --> 00:43:01,287 Silakan. 690 00:43:05,708 --> 00:43:06,792 Selamat sejahtera. 691 00:43:42,578 --> 00:43:43,996 Bangsat! 692 00:45:03,200 --> 00:45:05,452 Awak boleh dengar apa-apa? 693 00:49:27,589 --> 00:49:32,803 Terjemahan sari kata oleh NNorhan