1 00:00:07,884 --> 00:00:09,594 DI PULAU MANHATTAN 2 00:00:09,677 --> 00:00:12,930 ADA DUA SKUAD DETEKTIF YANG DIDEDIKASIKAN UNTUK HOMISID 3 00:00:13,014 --> 00:00:15,141 MANHATTAN UTARA DAN MANHATTAN SELATAN. 4 00:00:15,224 --> 00:00:18,436 MEREKA SIASAT PEMBUNUHAN PALING KEJAM DAN SUKAR. 5 00:00:18,519 --> 00:00:21,272 INI KISAH MEREKA. 6 00:00:38,873 --> 00:00:42,794 7 JULAI 2009 7 00:00:42,877 --> 00:00:45,713 JALAN RECTOR 8 00:00:45,797 --> 00:00:49,842 Mak saya bekerja di Jalan Two Rector sebagai tukang cuci. 9 00:00:51,052 --> 00:00:55,014 Dia bekerja dari jam 5:00 petang sehingga 11:00 malam. 10 00:00:57,517 --> 00:01:01,145 Pada 7 Julai, sekitar jam 10:30 malam, 11 00:01:01,229 --> 00:01:04,357 saya terima panggilan daripada rakan sekerjanya, Rosa. 12 00:01:04,857 --> 00:01:07,527 Dia tanya jika mak saya ada di rumah. 13 00:01:07,610 --> 00:01:09,695 Saya kata, "Apa maksudnya? Mak tiada di rumah." 14 00:01:09,779 --> 00:01:12,365 "Bukankah dia bekerja? Dia sepatutnya bekerja." 15 00:01:12,448 --> 00:01:13,741 Dia kata, "Tak." 16 00:01:14,367 --> 00:01:17,703 Mereka sepatutnya berhenti makan sekitar jam 7:00 malam. 17 00:01:18,204 --> 00:01:21,874 Jadi, dia bingung. Telefon mak saya dimatikan. 18 00:01:21,958 --> 00:01:23,876 Terus ke peti suara ketika itu. 19 00:01:25,378 --> 00:01:28,131 Saya telefon mak cik dan pak cik saya. 20 00:01:28,214 --> 00:01:33,553 Kami setuju untuk ke tempat kerjanya. Mana tahu kami dapat mencari mak saya. 21 00:01:36,222 --> 00:01:39,642 Pada waktu siang, saya bekerja di sana sebagai pengawal keselamatan. 22 00:01:39,725 --> 00:01:42,770 Jadi, saya pergi ke tingkat tempat dia bekerja. 23 00:01:44,021 --> 00:01:48,484 Saya jerit namanya di seluruh bangunan, koridor 24 00:01:48,568 --> 00:01:50,278 dan belakang tingkat bawah tanah. 25 00:01:51,279 --> 00:01:53,281 Saya cuba dengar apa-apa saja. 26 00:01:53,364 --> 00:01:54,907 Mungkin dia cedera. 27 00:01:54,991 --> 00:01:56,826 Mungkin dia di tempat yang tersembunyi. 28 00:01:58,744 --> 00:02:01,747 Orang nampak dia masuk ke dalam bangunan, 29 00:02:01,831 --> 00:02:03,166 tapi tak nampak dia pergi. 30 00:02:06,169 --> 00:02:09,755 Kami bercakap dengan pengawal keselamatan yang ada di sana ketika itu 31 00:02:09,839 --> 00:02:14,010 dan dia kata dia tak nampak mak saya keluar dari bangunan itu. 32 00:02:14,594 --> 00:02:16,679 Kemudian kami telefon polis. 33 00:02:18,014 --> 00:02:19,849 Dia ghaib. 34 00:02:23,352 --> 00:02:26,147 Setiap kes menghancurkan secebis jiwa anda. 35 00:02:28,816 --> 00:02:32,737 Anda tak boleh buat kerja ini melainkan anda betul-betul peduli. 36 00:02:34,822 --> 00:02:36,824 Anda nak tahu hal sebenar. 37 00:02:38,201 --> 00:02:39,744 Itu tugas detektif. 38 00:02:40,328 --> 00:02:42,705 Saya suka membongkar sesuatu. 39 00:02:42,788 --> 00:02:44,498 Apa yang berlaku sebenarnya? 40 00:02:45,041 --> 00:02:48,711 Penting bagi sebuah keluarga untuk tahu pembunuh saudara mereka. 41 00:02:48,794 --> 00:02:49,837 Itu tugas saya. 42 00:02:50,463 --> 00:02:54,717 Di Bandar Raya New York, NYPD… 43 00:02:57,678 --> 00:02:58,888 inilah dia. 44 00:03:13,861 --> 00:03:17,990 Apabila saya memandu ke tempat kerja setiap hari dan menuju ke bandar, 45 00:03:18,074 --> 00:03:19,659 saya nampak seluruh latar langit, 46 00:03:19,742 --> 00:03:22,578 saya selalu berkata kepada diri sendiri, 47 00:03:23,079 --> 00:03:29,669 "Wah. Saya detektif homisid di Bandar Raya New York." 48 00:03:31,754 --> 00:03:35,967 Saya membesar di kawasan yang sukar di Selatan Jamaica, Queens. 49 00:03:36,467 --> 00:03:37,802 Ada dadah. 50 00:03:37,885 --> 00:03:40,680 Ada pelacuran. Ada geng. 51 00:03:41,305 --> 00:03:44,267 Saya terpaksa buat keputusan. 52 00:03:44,350 --> 00:03:48,145 Saya pilih pendidikan berbanding jalanan 53 00:03:48,229 --> 00:03:50,231 dan jadi polis. 54 00:03:54,151 --> 00:03:56,737 8 JULAI 2009 KEHILANGAN ERIDANIA: 10 JAM 55 00:03:56,821 --> 00:04:02,451 Pada 8 Julai 2009, kami tiba di tempat kerja jam lapan pagi. 56 00:04:02,535 --> 00:04:06,330 Telefon berdering tak henti-henti. Kami dapat panggilan dari Presint Pertama. 57 00:04:06,414 --> 00:04:08,499 Kami dapat panggilan dari Plaza One Police. 58 00:04:08,582 --> 00:04:11,836 Kami dapat panggilan dari Pejabat Ketua Detektif. 59 00:04:11,919 --> 00:04:13,629 Semua orang bercakap tentang 60 00:04:13,713 --> 00:04:18,801 seorang tukang cuci yang hilang di daerah kewangan. 61 00:04:19,302 --> 00:04:21,053 JALAN TWO RECTOR 62 00:04:21,137 --> 00:04:23,264 Saya rasa orang ramai tertumpu 63 00:04:23,347 --> 00:04:28,019 kepada apa yang berlaku semasa waktu pasaran saham di kawasan itu. 64 00:04:28,102 --> 00:04:31,188 Contohnya, apa yang berlaku dan kemudian rentak yang laju 65 00:04:31,272 --> 00:04:34,525 serta kekayaan besar yang dipindahkan dan seumpamanya. 66 00:04:34,608 --> 00:04:39,113 Itu bahagian yang seksi, tapi ada pekerja di belakang tabir. 67 00:04:39,196 --> 00:04:43,951 Selepas pekerja berkolar putih pulang, tukang cuci memulakan kerja mereka. 68 00:04:44,035 --> 00:04:47,288 Ada yang mengemop, ada yang buat pembaikan, 69 00:04:47,371 --> 00:04:53,085 orang yang ada keluarga dan bekerja keras untuk mencari rezeki. 70 00:04:54,045 --> 00:04:56,881 Detektif bergegas ke Jalan Two Rector. 71 00:04:56,964 --> 00:05:00,718 Kami tak ada sebarang maklumat pada mulanya. 72 00:05:00,801 --> 00:05:05,264 Kami cuma tahu ada seseorang yang tak pulang ke rumah. 73 00:05:08,684 --> 00:05:12,563 Di luar bangunan, salah seorang bos kumpulkan semua pekerja 74 00:05:12,646 --> 00:05:15,566 dan beri kami sinopsis ringkas tentang apa yang berlaku. 75 00:05:15,649 --> 00:05:21,906 Jadi, kami dapat tahu wanita yang hilang bernama Eridania. 76 00:05:22,865 --> 00:05:24,784 Berumur empat puluh enam tahun. 77 00:05:25,493 --> 00:05:28,329 Dia bekerja dari jam 5:00 petang sehingga 11:00 malam 78 00:05:28,412 --> 00:05:32,291 dan ketika syifnya, dia tiba-tiba hilang. 79 00:05:32,375 --> 00:05:35,127 JALAN RECTOR 80 00:05:35,211 --> 00:05:39,840 Satu perkara yang paling menonjol apabila saya tiba di bangunan itu, 81 00:05:39,924 --> 00:05:43,260 keluarga wanita yang hilang tiba di tempat kejadian 82 00:05:43,844 --> 00:05:49,016 beberapa jam selepas dia tak dapat dihubungi. 83 00:05:50,434 --> 00:05:52,395 Sesuatu yang jarang kita lihat di New York. 84 00:05:53,229 --> 00:05:56,232 Boleh nampak mereka sangat rapat. 85 00:05:57,358 --> 00:05:59,819 Kakak saya, 17 tahun lebih tua daripada saya. 86 00:06:00,403 --> 00:06:03,739 Dia memang boleh diharap dan selalu menjaga saya. 87 00:06:04,615 --> 00:06:07,451 Dia kakak dan ibu yang hebat. 88 00:06:08,285 --> 00:06:10,871 Dia takkan tinggalkan keluarga. Mustahil. 89 00:06:13,499 --> 00:06:15,751 Keluarganya kata, selepas dia selesai bekerja, 90 00:06:15,835 --> 00:06:17,336 dia akan terus pulang ke rumah. 91 00:06:17,420 --> 00:06:19,922 Jadi, memang sangat pelik kalau dia 92 00:06:20,005 --> 00:06:22,967 tinggalkan kerja tanpa memberitahu sesiapa 93 00:06:23,050 --> 00:06:24,635 terutamanya rakan sekerjanya. 94 00:06:25,219 --> 00:06:27,513 Ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. 95 00:06:29,640 --> 00:06:33,394 Dia takkan hilang begitu saja. 96 00:06:35,479 --> 00:06:37,356 Tak jawab panggilan telefon. 97 00:06:38,357 --> 00:06:40,276 Saya sangat risau. 98 00:06:42,653 --> 00:06:44,655 Saya bekerja di sana selama setahun setengah. 99 00:06:44,738 --> 00:06:47,533 Kakak saya, lebih kurang enam bulan. 100 00:06:48,451 --> 00:06:50,244 Saya mahir selok-belok bangunan itu. 101 00:06:50,327 --> 00:06:54,832 Pada malam kehilangannya, kami cari di seluruh bangunan, 102 00:06:54,915 --> 00:06:56,417 tingkat demi tingkat. 103 00:06:56,917 --> 00:06:58,878 Saya kembali ke bilik bawah tanah 104 00:06:59,712 --> 00:07:03,090 dan mendongak, saya jerit namanya… 105 00:07:05,259 --> 00:07:06,927 tapi sangat sunyi. 106 00:07:10,139 --> 00:07:14,059 KEHILANGAN ERIDANIA: 12 JAM 107 00:07:16,353 --> 00:07:19,398 Lokasi dia hilang 108 00:07:19,482 --> 00:07:22,902 adalah di pusat daerah kewangan. 109 00:07:22,985 --> 00:07:26,113 Jadi, jabatan polis memandang serius kes itu. 110 00:07:26,197 --> 00:07:28,991 Sebarang kes di Manhattan Selatan, 111 00:07:29,074 --> 00:07:31,577 di selatan Jalan 59th, 112 00:07:31,660 --> 00:07:34,246 sentiasa diutamakan. 113 00:07:34,872 --> 00:07:38,167 Saya tahu kes ini akan menarik perhatian media. 114 00:07:38,250 --> 00:07:42,254 Rakan sekerjanya kata dia selalu makan malam bersama semasa syif mereka. 115 00:07:42,338 --> 00:07:44,965 Tapi kali terakhir mereka melihatnya sekitar pukul lapan 116 00:07:45,049 --> 00:07:46,967 dan dia tak kelihatan sejak itu. 117 00:07:47,718 --> 00:07:50,304 Anda perlu cari di setiap tingkat 118 00:07:50,387 --> 00:07:52,765 dan bangunan itu perlu dikosongkan. 119 00:07:52,848 --> 00:07:54,725 Jadi, semua orang, semua kakitangan, 120 00:07:54,808 --> 00:07:58,812 pekerja pejabat, pekerja pembersihan, operator lif, 121 00:07:58,896 --> 00:08:02,024 sesiapa yang berada di dalam perlu keluar dari bangunan itu 122 00:08:02,107 --> 00:08:04,109 pada masa pencarian ini dijalankan. 123 00:08:04,193 --> 00:08:06,654 Mungkin ada mayat dalam bangunan dan kita tak tahu. 124 00:08:06,737 --> 00:08:08,197 Agak menakutkan. 125 00:08:08,280 --> 00:08:12,409 Salah satu perkara yang menjadikan Jalan Two Rector 126 00:08:12,493 --> 00:08:17,498 sangat unik untuk kes orang hilang 127 00:08:17,581 --> 00:08:22,545 ialah kerana persekitaran di sana seakan-akan tertutup. 128 00:08:23,045 --> 00:08:26,465 Hanya ada jalan masuk dan keluar tertentu 129 00:08:26,549 --> 00:08:28,634 dan yang lain semuanya di atas. 130 00:08:30,344 --> 00:08:34,056 Memang sukar untuk menjalankan pencarian di bangunan itu, 131 00:08:34,139 --> 00:08:39,353 baik orang atau apa-apa saja kerana bangunan itu setinggi 26 tingkat. 132 00:08:42,022 --> 00:08:43,941 Semua tenaga diperlukan di sana. 133 00:08:44,525 --> 00:08:46,569 Detektif dari pasukan lain datang membantu. 134 00:08:47,236 --> 00:08:50,030 Bukan saja skuad homisid dan skuad detektif Presint Pertama 135 00:08:50,114 --> 00:08:53,117 ada juga detektif dari Midtown Selatan, Midtown Utara. 136 00:08:53,617 --> 00:08:55,286 Semua orang terlibat. 137 00:08:55,369 --> 00:08:58,497 Tapi selain itu, ada helikopter di udara. 138 00:09:00,916 --> 00:09:04,962 Ini pencarian menyeluruh seluruh bangunan, dari atas ke bawah, 139 00:09:05,045 --> 00:09:06,422 setiap sudut dan ceruk. 140 00:09:06,505 --> 00:09:12,469 Apabila mereka buka lokarnya, kami dapati dompetnya masih ada. 141 00:09:14,430 --> 00:09:16,724 Saya ada ibu dan empat orang saudara perempuan. 142 00:09:16,807 --> 00:09:19,143 Mereka takkan tinggalkan dompet mereka. 143 00:09:19,935 --> 00:09:22,271 Pada dasarnya, pelengkap. 144 00:09:22,354 --> 00:09:25,274 Jadi, itu mencetuskan amaran. 145 00:09:27,359 --> 00:09:32,531 Kemudian kereta sorong dan klip rambutnya ditemui di tingkat lapan. 146 00:09:34,241 --> 00:09:37,286 Apa tujuan benda-benda itu berada di atas lantai? 147 00:09:38,037 --> 00:09:39,872 Mungkin ada pergelutan? 148 00:09:39,955 --> 00:09:43,667 Mungkin ada serangan seksual 149 00:09:43,751 --> 00:09:45,669 dan orang itu menjadikan dia tebusan. 150 00:09:45,753 --> 00:09:47,755 GARISAN POLIS JANGAN MELINTAS 151 00:09:47,838 --> 00:09:49,465 Kami perlu bercakap dengan saksi. 152 00:09:49,548 --> 00:09:53,927 Kami perlu siasat pekerja bangunan yang bekerja untuk bangunan itu sendiri. 153 00:09:54,011 --> 00:09:57,139 Siapa yang ada di sana semasa syif Eridania? 154 00:09:58,432 --> 00:10:00,601 Pekerja yang bekerja di bangunan pada masa itu, 155 00:10:00,684 --> 00:10:05,147 saya akan kategorikan mereka sebagai saksi 156 00:10:05,230 --> 00:10:07,691 atau orang yang berkepentingan. 157 00:10:08,651 --> 00:10:10,986 Banyak yang kami fikirkan, 158 00:10:11,070 --> 00:10:13,697 tapi kami tahu masa itu penting. 159 00:10:13,781 --> 00:10:15,908 Semakin lama masa yang diambil untuk mencarinya, 160 00:10:15,991 --> 00:10:17,743 peluang untuk dia hidup semakin tipis. 161 00:10:17,826 --> 00:10:21,538 KEHILANGAN ERIDANIA: 14 JAM 162 00:10:22,831 --> 00:10:25,959 Kami tahu kalau dia tinggalkan bangunan, 163 00:10:26,043 --> 00:10:30,297 dia pasti muncul dalam rakaman video di salah satu pintu masuk. 164 00:10:31,548 --> 00:10:35,678 Ada 32 kamera di dalam bangunan ini. 165 00:10:35,761 --> 00:10:39,264 Jadi, 32 kamera dengan rakaman sepanjang lapan jam untuk diteliti, 166 00:10:39,348 --> 00:10:43,602 yang perlu diperiksa, sememangnya kerja yang membosankan. 167 00:10:44,937 --> 00:10:47,523 Jadi, kami hantar orang terbaik kami. 168 00:10:49,441 --> 00:10:52,444 Brian MacLeod, dikenali sebagai "Dewa Video". 169 00:10:53,237 --> 00:10:55,197 Dia detektif yang hebat. 170 00:10:55,280 --> 00:10:57,491 Brian… 171 00:10:57,574 --> 00:11:00,077 seorang yang pelik. 172 00:11:00,577 --> 00:11:02,037 Ini kerja yang penting. 173 00:11:02,121 --> 00:11:05,249 Bukan semua orang boleh buat dan uruskan apa yang kami uruskan. 174 00:11:05,332 --> 00:11:06,375 Saya akan… 175 00:11:07,000 --> 00:11:08,711 pukul lalat ini. 176 00:11:11,964 --> 00:11:13,048 Brian bersemangat. 177 00:11:13,132 --> 00:11:16,802 Apabila dia fokus, dia suka pakai fon kepala 178 00:11:16,885 --> 00:11:19,096 dan dengar muzik heavy metal. 179 00:11:21,056 --> 00:11:21,974 Headbanger? 180 00:11:22,057 --> 00:11:25,477 Ya, potongan rambut gaya mullet menjadi pilihan saya semasa muda, jadi… 181 00:11:27,104 --> 00:11:30,357 Saya selalu mendengar muzik heavy metal semasa bekerja. 182 00:11:32,401 --> 00:11:35,612 Dia ada kesabaran dan ketekunan 183 00:11:35,696 --> 00:11:39,658 untuk duduk di sana dan merenung skrin berjam-jam. 184 00:11:40,784 --> 00:11:43,036 Kami tahu kalau wanita itu tinggalkan bangunan, 185 00:11:43,120 --> 00:11:47,541 Brian akan jumpa dia atau apa saja yang mungkin mencurigakan. 186 00:11:48,459 --> 00:11:50,169 Saya tak nak tertinggal apa-apa. 187 00:11:50,252 --> 00:11:52,504 Anda cuma perlukan satu bingkai yang penting. 188 00:11:55,507 --> 00:11:56,383 Saya dapat. 189 00:11:56,884 --> 00:12:00,971 JALAN TWO RECTOR 190 00:12:01,722 --> 00:12:03,348 Agak membosankan. 191 00:12:03,432 --> 00:12:05,142 Memakan masa. 192 00:12:06,518 --> 00:12:08,270 Mata jadi letih. 193 00:12:08,979 --> 00:12:11,106 Tapi saya ada kesabaran yang tinggi. 194 00:12:14,193 --> 00:12:16,737 Eridania dilihat menaiki lif 195 00:12:16,820 --> 00:12:19,448 ke tingkat atas untuk memulakan syifnya. 196 00:12:20,199 --> 00:12:24,578 Rasanya jam 5:12 petang. 197 00:12:25,078 --> 00:12:27,831 Tapi dia terus ghaib. Dia tak muncul di mana-mana kamera. 198 00:12:27,915 --> 00:12:31,293 Dia tidak dilihat keluar dari lif. 199 00:12:31,376 --> 00:12:33,587 Dia tak dilihat keluar dari bangunan itu. 200 00:12:35,964 --> 00:12:37,132 Di mana dia? 201 00:12:37,216 --> 00:12:40,844 KEHILANGAN ERIDANIA: 19 JAM 202 00:12:40,928 --> 00:12:44,014 Untuk lebih memahami dirinya, 203 00:12:44,097 --> 00:12:47,601 kami periksa latar belakang, cari sejarah perhubungannya, 204 00:12:47,684 --> 00:12:50,145 sama ada mereka ada masalah kewangan, 205 00:12:50,229 --> 00:12:53,315 segala yang boleh tentang mangsa. 206 00:12:54,775 --> 00:13:00,072 Kami dapat tahu daripada keluarganya, Eridania berasal dari Republik Dominika. 207 00:13:00,155 --> 00:13:02,950 Mak saya dilahirkan di Santo Domingo 208 00:13:03,742 --> 00:13:07,287 dan datang ke Amerika Syarikat pada tahun 1973. 209 00:13:08,080 --> 00:13:12,167 Dia berkahwin dengan ayah saya, Jeronimo Figueroa 210 00:13:12,835 --> 00:13:15,128 dan ada tiga orang anak. 211 00:13:15,963 --> 00:13:21,218 Dia berhenti ke sekolah untuk menjaga kami. 212 00:13:23,220 --> 00:13:24,972 Dia seorang matriark. 213 00:13:25,055 --> 00:13:28,350 Masakannya, tiada tandingan. 214 00:13:28,976 --> 00:13:33,230 Saya selalu menanti ketibaan Hari Kesyukuran, Tahun Baharu dan Krismas. 215 00:13:34,022 --> 00:13:37,401 Tak kira apa pun, dia sentiasa mahu keluarga bersama. 216 00:13:39,027 --> 00:13:41,655 Ini mengingatkan saya pada mak saya. 217 00:13:42,197 --> 00:13:45,701 Dia seorang pendatang dari Panama. 218 00:13:45,784 --> 00:13:49,204 Dia dapat pekerjaan bergaji kecil sehinggalah dia berjaya 219 00:13:49,288 --> 00:13:53,876 untuk menyara keluarga dan pastikan keperluan kami mencukupi. 220 00:13:55,252 --> 00:13:58,630 Saya boleh bayangkan sesuatu berlaku kepada mak saya 221 00:13:58,714 --> 00:14:01,300 dan bagaimana saya perlu hadapinya. 222 00:14:01,383 --> 00:14:03,677 Kes ini menjadi agak peribadi. 223 00:14:05,721 --> 00:14:07,389 Saya tak fikir dengan betul. 224 00:14:08,974 --> 00:14:11,476 Saya tertekan ketika itu. Saya panik. 225 00:14:11,560 --> 00:14:15,230 Saya cuma berdoa kepada Tuhan, mak saya akan pulang bila-bila masa. 226 00:14:20,152 --> 00:14:23,572 Kami dapat tahu Eridania dah bercerai 227 00:14:23,655 --> 00:14:26,783 dan berhubung semula dengan bekas suaminya. 228 00:14:27,910 --> 00:14:29,870 Jadi, kami berbincang dengan keluarganya. 229 00:14:30,996 --> 00:14:34,374 Lelaki itu tiada di Jalan Two Rector. 230 00:14:34,458 --> 00:14:37,502 Saya terfikir, "Kenapa dia tiada di sana? 231 00:14:37,586 --> 00:14:40,964 Anak-anak perempuan dan adik isterinya ada di sana." 232 00:14:41,048 --> 00:14:43,258 Dia suspek pertama kami 233 00:14:43,842 --> 00:14:47,471 dan kami perlu menemu bualnya, siasat apa yang dia tahu. 234 00:14:49,598 --> 00:14:54,937 Selain suami, keluarganya kata beberapa hari sebelum itu, 235 00:14:55,020 --> 00:14:57,105 Eradania mengadu, 236 00:14:57,189 --> 00:15:02,653 dia percaya dirinya diintai oleh seorang pekerja di bangunan itu. 237 00:15:04,655 --> 00:15:07,282 Kakak saya kata dia tak sedap hati. 238 00:15:07,366 --> 00:15:09,326 Dia kata ada seorang lelaki memandangnya 239 00:15:10,035 --> 00:15:13,497 semasa dia naik lif untuk membersihkan tingkat atas. 240 00:15:14,247 --> 00:15:18,585 Wartawan berita datang ke rumah untuk menemu bual kami. 241 00:15:19,086 --> 00:15:22,381 Anak-anak mangsa berkata ibu mereka takut dengan seorang lelaki 242 00:15:22,464 --> 00:15:25,926 yang juga bekerja di bangunan pejabat Jalan Rector 243 00:15:26,009 --> 00:15:28,261 dan dia percaya lelaki itu menghendapnya. 244 00:15:28,345 --> 00:15:31,056 Lelaki itu memandangnya dengan pelik. Ibu saya gementar. 245 00:15:32,057 --> 00:15:34,393 Semasa dia mengemas, lelaki itu selalu merenungnya. 246 00:15:34,476 --> 00:15:37,896 Dia kata ada seseorang membuatnya takut, mengikutinya. 247 00:15:39,189 --> 00:15:41,233 Lelaki itu dah buat dua kali, 248 00:15:41,858 --> 00:15:44,736 tapi anak Eridania beritahu kami 249 00:15:45,278 --> 00:15:48,031 beberapa hari sebelum dia hilang, 250 00:15:48,115 --> 00:15:50,492 lelaki itu cuba bercakap dengannya lagi. 251 00:15:50,575 --> 00:15:53,954 Jelas sekali, keluarganya sangat takut dengan situasi ini. 252 00:15:54,037 --> 00:15:58,166 Dia sangat sedih dan risau tentang situasi itu 253 00:15:58,250 --> 00:15:59,793 sehingga dia beritahu keluarganya. 254 00:15:59,876 --> 00:16:02,879 Saya beritahu dia saya akan carikan dia kerja lain. 255 00:16:02,963 --> 00:16:04,548 Dia kata, "Okey." 256 00:16:04,631 --> 00:16:07,718 Kalau dalam seminggu keadaan tak berubah, dia akan berhenti kerja. 257 00:16:10,846 --> 00:16:15,142 Dia sanggup berhenti kerja sebab dia rasa tak selamat. 258 00:16:15,642 --> 00:16:18,103 Walaupun dia telah mengalaminya beberapa kali… 259 00:16:18,687 --> 00:16:21,231 Adakah dia akan menyerang, menahan dan menculiknya? 260 00:16:21,857 --> 00:16:24,109 Sejauh mana lelaki ini akan bertindak? 261 00:16:24,192 --> 00:16:28,280 Mengetahui si pengintai tahu susun atur bangunan, 262 00:16:28,363 --> 00:16:30,907 pintu keluar dan masuk bangunan itu. 263 00:16:30,991 --> 00:16:33,785 Dia berada di sana setiap hari 264 00:16:33,869 --> 00:16:37,080 dan tahu ke mana orang pergi pada waktu tertentu, 265 00:16:37,164 --> 00:16:40,042 bila bangunan ditutup dan dibuka, 266 00:16:40,125 --> 00:16:42,419 siapa di mana, bila. 267 00:16:43,628 --> 00:16:45,047 Memang sangat penting 268 00:16:45,130 --> 00:16:47,924 untuk mengenal pasti orang ini secepat mungkin. 269 00:16:49,593 --> 00:16:52,512 Sementara kami mencari lelaki itu, detektif telah dihantar 270 00:16:52,596 --> 00:16:57,642 untuk menyoal siasat suami Eridania dan mengesahkan lokasinya. 271 00:16:59,394 --> 00:17:03,940 Menurut ceritanya, dia bekerja petang itu sehingga jam lapan malam, 272 00:17:04,024 --> 00:17:06,818 pada masa itu dia pulang ke pangsapuri mereka. 273 00:17:06,902 --> 00:17:11,281 Hanya dia seorang saja yang menunggu mak saya di rumah. 274 00:17:12,240 --> 00:17:16,453 Detektif berjaya sahkan di mana dia berada dan tidak lagi mengesyakinya. 275 00:17:17,370 --> 00:17:19,206 Pada masa ini, kami yakin 276 00:17:19,289 --> 00:17:23,919 dia tiada kaitan dengan kehilangan Eridania. 277 00:17:26,046 --> 00:17:29,674 Sementara itu, kami dapat hubungi pengintai yang dimaksudkan. 278 00:17:30,175 --> 00:17:33,678 Kami bawa dia naik ke atas, letak dia di bilik temu bual. 279 00:17:33,762 --> 00:17:38,016 Dia mendakwa dia bermain ping-pong dengan kawan-kawan 280 00:17:38,100 --> 00:17:40,644 pada petang ketika Eridania bekerja. 281 00:17:40,727 --> 00:17:45,273 Semua orang yang dia dakwa terlibat dalam permainan itu, 282 00:17:45,357 --> 00:17:49,736 yang bersamanya, telah ditemu bual dengan teliti dan terperinci. 283 00:17:49,820 --> 00:17:54,074 Mereka keluarkan dia daripada senarai orang yang berkepentingan. 284 00:17:56,660 --> 00:17:59,704 9 JULY 2009 KEHILANGAN ERIDANIA: 2 HARI 285 00:17:59,788 --> 00:18:03,792 Sekarang kami perlu tingkatkan usaha dan cuba mencari Eridania 286 00:18:03,875 --> 00:18:06,294 dengan teliti bersama unit K9. 287 00:18:06,795 --> 00:18:09,798 Semua orang tahu, apabila unit K9 terlibat, 288 00:18:09,881 --> 00:18:11,842 jika ada sesuatu di sana, mereka akan jumpa. 289 00:18:12,425 --> 00:18:15,595 Anjing-anjing K9, ketika mereka melalui tingkat 14, 290 00:18:15,679 --> 00:18:18,723 ada dua titik penting di bilik utiliti, 291 00:18:18,807 --> 00:18:23,311 yang menempatkan sistem penyaman udara dan sistem pemanas untuk unit itu. 292 00:18:24,729 --> 00:18:26,439 Ada pasukan perkhidmatan kecemasan, 293 00:18:26,523 --> 00:18:30,402 semua orang yang anda boleh bayangkan sedang fokus di tingkat itu. 294 00:18:31,319 --> 00:18:34,739 Kami hanya menunggu pemberitahuan yang mereka dah jumpa sesuatu, 295 00:18:34,823 --> 00:18:36,283 sesuatu yang kami boleh gunakan, 296 00:18:36,366 --> 00:18:39,369 maklumat tambahan lain daripada apa yang kami dah tahu. 297 00:18:40,912 --> 00:18:44,124 Unit k9 tak dapat kesan apa-apa. 298 00:18:46,960 --> 00:18:48,295 Sangat mengecewakan. 299 00:18:48,378 --> 00:18:52,048 Anda kasihankan keluarga itu sebab anda tahu mereka cuma… 300 00:18:52,132 --> 00:18:55,385 Setiap hari yang berlalu, setiap jam yang berlalu, 301 00:18:55,468 --> 00:18:57,888 harapan mereka juga semakin tipis. 302 00:19:00,932 --> 00:19:03,310 Untuk setiap saat yang berlalu, setiap minit, 303 00:19:03,894 --> 00:19:07,522 keluarga ini semakin tertekan. 304 00:19:07,606 --> 00:19:11,109 Semua orang takut. Tiada siapa makan. 305 00:19:12,736 --> 00:19:13,570 Macam… 306 00:19:14,154 --> 00:19:15,697 Kami fikir senario yang terburuk. 307 00:19:15,780 --> 00:19:17,490 JABATAN POLIS PRESINT PERTAMA 308 00:19:23,788 --> 00:19:27,834 Ada banyak kamera. Ratusan jam video. 309 00:19:28,501 --> 00:19:30,045 Saya habiskan masa berjam-jam 310 00:19:30,128 --> 00:19:33,673 menonton video pengawasan itu berulang kali, 311 00:19:33,757 --> 00:19:37,302 untuk pastikan tiada apa yang terlepas. 312 00:19:37,385 --> 00:19:40,555 Saya cari bukti, apa saja yang mencurigakan. 313 00:19:41,139 --> 00:19:44,809 Satu-satunya individu yang… 314 00:19:44,893 --> 00:19:48,355 kelakuannya agak pelik ialah pekerja penyelenggaraan ini. 315 00:19:51,650 --> 00:19:55,904 Dia bekerja di lif barang, kemudian di tingkat bawah tanah. 316 00:19:56,488 --> 00:19:59,282 Saya nampak dia berjalan ke bilik penyelenggaraannya 317 00:19:59,366 --> 00:20:01,952 yang juga seperti kawasan lokarnya. 318 00:20:02,452 --> 00:20:06,206 Mengikuti setiap kamera yang merakam gerak-gerinya 319 00:20:06,289 --> 00:20:08,083 semasa dia di bangunan itu. 320 00:20:08,166 --> 00:20:12,754 Kemudian dia hilang beberapa minit. 321 00:20:13,880 --> 00:20:16,967 Mungkin lebih kurang 45 minit. 322 00:20:17,050 --> 00:20:19,803 Tiba-tiba selepas jam 8:00 malam, 323 00:20:19,886 --> 00:20:21,888 dia muncul di tingkat bawah tanah. 324 00:20:22,681 --> 00:20:26,017 Tapi tiada rakaman yang menunjukkan dia keluar dari lif, 325 00:20:26,101 --> 00:20:29,062 sama ada di tingkat bawah tanah atau di lobi. 326 00:20:29,145 --> 00:20:31,982 Satu-satunya cara dia ke sana adalah dari tangga. 327 00:20:35,819 --> 00:20:40,365 Tingkah lakunya dalam rakaman itu menimbulkan kesangsian. 328 00:20:40,949 --> 00:20:44,202 Kami rasa curiga apabila melihatnya. 329 00:20:44,286 --> 00:20:46,830 Sekarang kami rasa dia perlu disoal. 330 00:20:46,913 --> 00:20:52,043 Sekarang dia orang berkepentingan berkenaan dengan keberadaan Eridania. 331 00:20:52,127 --> 00:20:54,087 Orang itu ialah Joseph Pabon. 332 00:20:55,547 --> 00:20:59,217 Saya telefon dia dan dia setuju, dia akan cakap dengan kami. 333 00:20:59,301 --> 00:21:02,178 Saya cuma nak kembali ke balai 334 00:21:02,262 --> 00:21:04,556 supaya kami dapat persekitaran yang lebih terkawal. 335 00:21:09,436 --> 00:21:11,604 Apabila Joseph Pabon datang, 336 00:21:11,688 --> 00:21:14,524 dia kata dia bekerja di lif barang 337 00:21:14,607 --> 00:21:16,943 dan membawa pekerja pembersihan wanita, 338 00:21:17,027 --> 00:21:20,780 menghantar mereka ke tingkat yang sepatutnya mereka bersihkan. 339 00:21:20,864 --> 00:21:24,909 Dia jelaskan yang dia turunkan Eridania di tingkat lapan… 340 00:21:26,536 --> 00:21:27,370 TINGKAT 8 341 00:21:27,454 --> 00:21:31,082 di mana mereka jumpa troli dan klip rambutnya. 342 00:21:31,583 --> 00:21:33,543 Itu kali terakhir dia nampak Eridania. 343 00:21:37,547 --> 00:21:38,381 Bulan Julai. 344 00:21:38,465 --> 00:21:42,427 Anda boleh berpeluh dalam iglu. Memang panas. 345 00:21:42,510 --> 00:21:45,638 Saya perlu pakai sut sebab saya detektif Bandar Raya New York. 346 00:21:45,722 --> 00:21:50,602 Kalaulah saya boleh pakai selipar dan baju mandi… 347 00:21:51,936 --> 00:21:52,771 Saya suka. 348 00:21:53,605 --> 00:21:59,194 Dia memakai baju termal berlengan panjang dan sehelai kemeja-T di atasnya. 349 00:21:59,277 --> 00:22:03,490 Saya fikir, "Budak ini dah gila." 350 00:22:03,573 --> 00:22:06,993 "Dia berpakaian untuk lawan bola salji dan sekarang bulan Julai." 351 00:22:07,077 --> 00:22:10,914 Fikiran saya terganggu sepanjang saya bercakap dengannya. 352 00:22:10,997 --> 00:22:14,417 Kemudian saya kata, "Buka baju awak." Kami paksa dia tanggalkan baju. 353 00:22:17,170 --> 00:22:19,297 Ada kesan calar di belakang bahunya, 354 00:22:19,381 --> 00:22:21,466 leher dan bahagian badan yang lain. 355 00:22:21,549 --> 00:22:24,511 Saya tanya dia, "Bagaimana awak nak jelaskan?" 356 00:22:24,594 --> 00:22:29,099 Dia kata, pada petang Selasa Eridania dilaporkan hilang, 357 00:22:29,182 --> 00:22:32,519 dia bertugas mengendalikan lif barang 358 00:22:32,602 --> 00:22:34,854 untuk membawa kru pembinaan naik dan turun. 359 00:22:35,355 --> 00:22:40,610 Menurutnya, dia membantu mereka dengan troli, besi dan rangka. 360 00:22:40,693 --> 00:22:45,365 Saya bertanya kepadanya, "Awak ahli 32BJ, ahli kesatuan, bukan?" 361 00:22:45,448 --> 00:22:46,533 Dia jawab, "Ya." 362 00:22:46,616 --> 00:22:49,828 Setahu saya, saya datang daripada keluarga yang… 363 00:22:49,911 --> 00:22:52,580 ada ramai ahli kesatuan yang berbeza, saya tahu 364 00:22:53,081 --> 00:22:57,502 jika anda diberikan satu tugasan dan anda buat tugasan lain, nahaslah. 365 00:22:57,585 --> 00:23:02,465 Anda tak boleh sentuh apa-apa selain tuil lif atau tekan butang. 366 00:23:03,049 --> 00:23:06,761 Saya kata, "Awak tolong mereka masuk dan keluarkan troli?" 367 00:23:06,845 --> 00:23:11,349 Jadi, bagi saya cerita dia memang aneh. Saya langsung tak percaya. 368 00:23:13,518 --> 00:23:15,145 Saya cuba merayu kepadanya, 369 00:23:15,687 --> 00:23:18,690 "Kalau awak buat sesuatu kepadanya atau dia ada di dalam bangunan, 370 00:23:18,773 --> 00:23:21,109 beritahu kami di mana. Kami akan ambil dia." 371 00:23:21,192 --> 00:23:24,237 "Mungkin kita boleh bawa dia kembali kepada keluarganya." 372 00:23:25,029 --> 00:23:29,701 Dia kata dia tak buat apa-apa. 373 00:23:30,452 --> 00:23:34,289 Kami menemu bualnya selama 14 jam. 374 00:23:34,372 --> 00:23:38,418 Kami tanya dia, "Boleh kami ambil DNA awak?" 375 00:23:40,211 --> 00:23:42,839 Dia tak ada bantahan. 376 00:23:42,922 --> 00:23:44,257 Dia yang buat sendiri. 377 00:23:44,966 --> 00:23:49,429 Dia tak mengaku melakukan sebarang jenayah atau apa-apa seperti itu. 378 00:23:49,512 --> 00:23:52,265 Jadi, kami terpaksa lepaskan dia. 379 00:23:57,604 --> 00:23:59,689 Kami tiada mayat untuk mendakwanya 380 00:23:59,772 --> 00:24:04,319 tapi saya beritahu penyelia saya yang kami percaya 381 00:24:04,402 --> 00:24:08,031 lelaki ini orang yang paling disyaki. 382 00:24:09,449 --> 00:24:13,244 Pada masa itu, kami mula mengekori Joseph Pabon 383 00:24:13,328 --> 00:24:15,580 dan perhatikan keberadaannya 384 00:24:15,663 --> 00:24:18,708 sebab ada kemungkinan dia menahan Eradania di satu tempat. 385 00:24:18,791 --> 00:24:21,169 Mungkin di rumahnya. 386 00:24:21,252 --> 00:24:25,131 Mungkin di bangunan atau tapak yang lain. 387 00:24:26,549 --> 00:24:29,844 Kami suruh beberapa orang detektif untuk mengekorinya 388 00:24:29,928 --> 00:24:33,556 dan memantau keberadaannya. 389 00:24:34,098 --> 00:24:38,895 Kami mahu Pabon diperhatikan 24 jam. 390 00:24:38,978 --> 00:24:40,688 Jadi, kami tetapkan syif berbeza. 391 00:24:40,772 --> 00:24:44,025 Kalau dia ke kanan, saya ke kanan. Dia belok kiri, saya belok kiri. 392 00:24:44,108 --> 00:24:47,487 Apabila dia pergi ke kedai makan dan duduk di sana terlalu lama, 393 00:24:47,570 --> 00:24:50,532 kami hantar seseorang untuk pastikan dia masih di sana 394 00:24:50,615 --> 00:24:54,160 dan kami buat secara terbuka. 395 00:24:54,244 --> 00:24:57,872 Kami tak kisah dia tahu kami mengekorinya. 396 00:24:57,956 --> 00:25:01,501 Macam permainan kucing dan tikus, kami lawan dia. 397 00:25:01,584 --> 00:25:03,002 Kami takkan mengalah. 398 00:25:06,673 --> 00:25:08,508 Dah beberapa hari kami mencari Eridania. 399 00:25:09,425 --> 00:25:11,344 Kami tak nampak dia dalam video. 400 00:25:11,427 --> 00:25:14,097 Kami tak nampak dia tinggalkan bangunan itu. 401 00:25:15,557 --> 00:25:18,893 Kami dah cari di setiap sudut bangunan dari atas ke bawah 402 00:25:18,977 --> 00:25:20,895 dan masih tak jumpa. 403 00:25:21,437 --> 00:25:24,816 Memang tak masuk akal ketika itu. 404 00:25:25,858 --> 00:25:29,362 Sekarang, kami bukan saja rasa tertekan, 405 00:25:29,445 --> 00:25:33,741 tapi kerja kami menjadi semakin sukar. 406 00:25:33,825 --> 00:25:38,121 Maksudnya, sekarang bukan hanya Jalan Two Rector 407 00:25:38,204 --> 00:25:41,416 yang kami perlu siasat sepenuhnya, 408 00:25:41,499 --> 00:25:43,293 tapi sekarang seluruh Bandar New York. 409 00:25:44,586 --> 00:25:47,338 Semakin luas jadinya. 410 00:25:47,422 --> 00:25:51,884 Maksudnya lebih banyak tenaga dan siasatan berskala lebih luas. 411 00:25:51,968 --> 00:25:53,845 Sebab dia boleh berada di mana-mana. 412 00:25:55,555 --> 00:25:59,392 Kami memutuskan untuk meluaskan pengawasan video. 413 00:26:00,184 --> 00:26:03,646 Adakah kami nampak dia melalui Jalan Trinity? 414 00:26:04,188 --> 00:26:06,482 Adakah kami nampak dia di Jalan Greenwich? 415 00:26:06,566 --> 00:26:09,527 Kami nampak dia berjalan di Jalan Rector, timur atau barat? 416 00:26:09,611 --> 00:26:12,322 Tapi semua itu tak berhasil. 417 00:26:12,405 --> 00:26:14,991 Itu tidak… Kami tak nampak dia. 418 00:26:17,785 --> 00:26:20,913 "Kenapa saya tak jumpa dia? Apa yang saya terlepas? 419 00:26:21,414 --> 00:26:23,166 Apa yang kurang dalam pasukan kami?" 420 00:26:23,249 --> 00:26:25,710 Sebab ramai yang terlibat dalam kes ini. 421 00:26:25,793 --> 00:26:26,878 STESEN WALL STREET 422 00:26:26,961 --> 00:26:30,256 Semasa pencarian, di utara Jalan Rector ada sebuah kedai 423 00:26:30,340 --> 00:26:36,304 dan kami temui video Joseph Pabon dari hari Selasa ketika Eridania hilang. 424 00:26:36,387 --> 00:26:38,389 Kami dapat salinan resit dari kedai itu. 425 00:26:38,473 --> 00:26:43,728 Joseph Pabon beli alkohol di kedai itu. 426 00:26:44,687 --> 00:26:48,650 Mungkin Eridania ternampak dia sedang minum arak. 427 00:26:49,734 --> 00:26:55,114 Mungkin pertikaman lidah berlaku dan kemudian melibatkan fizikal. 428 00:26:56,199 --> 00:26:58,076 Mungkin ketika itu nasibnya tak baik. 429 00:26:58,159 --> 00:27:01,829 Kemudian dia terpaksa sembunyikannya. Semua ini tindakan reaktif. 430 00:27:02,497 --> 00:27:05,333 Tapi kami tiada sebab untuk menahannya. 431 00:27:05,416 --> 00:27:07,210 Kami masih tak jumpa mayat. 432 00:27:07,293 --> 00:27:10,046 Masih tiada jenayah sebenar. 433 00:27:10,129 --> 00:27:13,383 Kami akan terus mengekori dia selagi boleh. 434 00:27:19,472 --> 00:27:23,643 10 JULAI 2009 KEHILANGAN ERIDANIA: 3 HARI 435 00:27:23,726 --> 00:27:28,439 Kami sedang menyiasat kawasan di mana mayat boleh dibuang 436 00:27:28,523 --> 00:27:31,150 dan bukan di mana seseorang boleh melarikan lari. 437 00:27:31,234 --> 00:27:36,781 Kami fikir mungkin dia dimasukkan ke dalam salah sebuah tong sampah 438 00:27:36,864 --> 00:27:40,118 dan diambil oleh syarikat sanitasi swasta. 439 00:27:42,537 --> 00:27:44,664 Kami hantar detektif ke Pennsylvania 440 00:27:44,747 --> 00:27:48,209 untuk menyaring kawasan tempat mereka membuang sampah. 441 00:27:54,173 --> 00:27:56,467 Keluarganya merasai segala jenis emosi minggu ini. 442 00:27:56,551 --> 00:28:00,388 Pencarian menyeluruh dibuat sebelum ini, polis mencari tapak pelupusan sampah 443 00:28:00,471 --> 00:28:03,349 di Pennsylvania di mana sampah dibuang dari bangunan itu. 444 00:28:03,433 --> 00:28:04,767 Saya tak percaya. 445 00:28:05,560 --> 00:28:07,103 Mak saya bukannya sampah. 446 00:28:09,230 --> 00:28:12,942 Saya terfikir, "Aduhai, takkan mak saya ada di sana?" 447 00:28:15,236 --> 00:28:16,362 Teruknya… 448 00:28:17,989 --> 00:28:20,074 kalau ada orang sanggup buat dia begitu. 449 00:28:21,701 --> 00:28:24,662 Akhirnya, Eridania Rodriguez masih tidak dijumpai 450 00:28:24,746 --> 00:28:26,539 dan tiada lagi bukti 451 00:28:27,123 --> 00:28:30,501 yang boleh kami gunakan untuk mencarinya. 452 00:28:30,585 --> 00:28:35,465 Mereka tak jumpa sesiapa di sana, jadi masih ada sinar di hujung jalan. 453 00:28:36,257 --> 00:28:38,801 Eridania Rodriguez, 46 tahun masih hilang. 454 00:28:38,885 --> 00:28:41,262 Polis percaya dia mungkin sudah mati. 455 00:28:41,345 --> 00:28:45,057 Keluarga kami cuba terima kenyataan. Kami sedang menunggu jawapan. 456 00:28:45,141 --> 00:28:46,809 Kes ini menjadi terkenal. 457 00:28:46,893 --> 00:28:51,522 Apabila ini berlaku, pihak media mula bertanya 458 00:28:52,148 --> 00:28:54,984 kepada jabatan polis, "Apa yang berlaku?" 459 00:28:55,067 --> 00:28:58,863 Memang mengecewakan. Mereka ingin tahu keberadaannya. 460 00:29:00,448 --> 00:29:01,699 Tekanan semakin meningkat. 461 00:29:02,283 --> 00:29:04,994 Terlalu banyak tenaga digunakan untuk kes ini 462 00:29:05,077 --> 00:29:08,706 sehingga kami tak dapat kekalkan pada tahap itu. 463 00:29:08,790 --> 00:29:11,417 Detektif lain perlu kembali menyiasat kes mereka. 464 00:29:11,501 --> 00:29:13,586 Polis perlu meronda di jalanan. 465 00:29:13,669 --> 00:29:17,799 Jabatan akan mula menarik balik tenaga manusia daripada kes ini 466 00:29:17,882 --> 00:29:19,634 untuk kes yang lain pula. 467 00:29:20,343 --> 00:29:22,678 Bukan saja kami tak selesaikan kes ini, 468 00:29:22,762 --> 00:29:25,765 tapi imej NYPD akan tercalar. 469 00:29:29,227 --> 00:29:32,688 Sekarang bos kami mula memberikan tekanan. 470 00:29:33,189 --> 00:29:35,191 Kami tak senang duduk. 471 00:29:35,817 --> 00:29:39,070 Ketua Matarazzo yang merupakan Ketua Detektif Manhattan, 472 00:29:39,153 --> 00:29:40,488 bermesyuarat bersama kami. 473 00:29:40,571 --> 00:29:43,449 Ada satu ketika, Ketua Matarazzo menoleh dan bertanya, 474 00:29:43,533 --> 00:29:47,203 "Hei, John. Apa yang berlaku? 475 00:29:47,745 --> 00:29:50,498 Apa pendapat awak? Di mana dia?" 476 00:29:51,165 --> 00:29:54,710 Saya pandang dia dan kata, "Dia masih di dalam bangunan itu." 477 00:29:58,464 --> 00:30:01,634 Dia membalas, "Kita mulakan pencarian sekali lagi." 478 00:30:04,887 --> 00:30:06,722 11 JULAI 2009 KEHILANGAN ERIDANIA: 4 HARI 479 00:30:06,806 --> 00:30:08,307 Kami kembali mencari. 480 00:30:08,391 --> 00:30:10,518 Dia tak tinggalkan bangunan ini. 481 00:30:11,102 --> 00:30:14,522 "Pergi ke sana. Siasat ke mana dia pergi." 482 00:30:14,605 --> 00:30:18,526 Mereka panggil sepuluh orang sarjan dan 100 orang pegawai 483 00:30:19,110 --> 00:30:22,613 untuk geledah setiap ceruk bangunan itu, 484 00:30:23,281 --> 00:30:24,407 tingkat demi tingkat. 485 00:30:25,449 --> 00:30:27,034 Kami terlibat secara langsung. 486 00:30:27,118 --> 00:30:30,538 Kami habiskan banyak masa dengan keluarganya, 487 00:30:30,621 --> 00:30:31,664 dengan seluruh kes. 488 00:30:31,747 --> 00:30:34,417 Jadi, kami mahukan hasil yang positif. 489 00:30:36,794 --> 00:30:39,171 Malangnya, bukan itu yang berlaku. 490 00:30:39,797 --> 00:30:43,009 Saya terima panggilan daripada detektif di Presint 9. 491 00:30:43,092 --> 00:30:47,138 Dia kata, "John, saya di tingkat 12. Saya baru keluar dari lif. 492 00:30:49,098 --> 00:30:50,892 Awak perlu naik ke sini." 493 00:30:51,517 --> 00:30:54,979 Tingkat 12 dalam pembinaan. 494 00:30:55,062 --> 00:30:59,775 Dinding tanpa tulang, hanya konkrit. Tiada Sheetrock, tiada perabot. 495 00:31:01,527 --> 00:31:03,237 Apabila saya keluar dari lif, 496 00:31:04,196 --> 00:31:06,490 bau kematian menusuk hidung saya. 497 00:31:07,617 --> 00:31:10,953 Detektif itu kata, "Lihat di dalam." 498 00:31:12,246 --> 00:31:16,250 Saya nampak darah 499 00:31:17,001 --> 00:31:20,630 dan sisa yang keluar daripada saluran penyaman udara. 500 00:31:21,881 --> 00:31:24,258 Kami suruh ESU dan Unit Tempat Jenayah datang. 501 00:31:24,759 --> 00:31:27,345 Kami buka saluran penyaman udara 502 00:31:28,095 --> 00:31:29,263 dan dia ada di dalam. 503 00:31:32,892 --> 00:31:35,102 Sekarang sudah jelas ada pembunuhan. 504 00:31:36,604 --> 00:31:37,939 Semasa pencarian sebelum ini, 505 00:31:38,022 --> 00:31:41,317 anjing-anjing pengesan tidak dapat mengesan apa-apa. 506 00:31:41,984 --> 00:31:44,320 Udara bergerak dan menaik. 507 00:31:44,904 --> 00:31:47,448 Ketika pemeriksaan kedua, saluran udara itu ditutup, 508 00:31:47,531 --> 00:31:52,328 dan udara tak bergerak di mana Eridania ditemui di tingkat 12. 509 00:31:52,411 --> 00:31:54,747 Malangnya, mayat itu mulai mereput 510 00:31:55,247 --> 00:31:59,752 yang menyebabkan pengecaman fizikal agak mustahil. 511 00:32:00,753 --> 00:32:04,715 Tapi kami dapat agak, itulah Eridania. 512 00:32:06,217 --> 00:32:11,681 Dia diikat, tangan di belakang, mulut ditutup. 513 00:32:11,764 --> 00:32:14,183 Saya masih ingat. Pita pelekat itu bukan yang biasa. 514 00:32:14,266 --> 00:32:17,353 Nampak macam pita amaran. Kuning dan hitam. 515 00:32:17,436 --> 00:32:22,566 Yang peliknya, Eridania ada salib yang dia pakai di lehernya 516 00:32:22,650 --> 00:32:25,152 dan benda itu ada di dalam mulutnya. 517 00:32:25,653 --> 00:32:27,071 Ramai orang menyangka 518 00:32:27,154 --> 00:32:31,117 yang semua ini mungkin ada kaitan dengan ritual tertentu. 519 00:32:31,826 --> 00:32:34,662 Apabila anda terfikir nak buat pada seseorang dan... 520 00:32:35,538 --> 00:32:38,624 Aduhai. Dia masukkan wanita itu dalam saluran penyaman udara. 521 00:32:38,708 --> 00:32:42,128 Siapa yang terfikir untuk bertindak sekejam itu? 522 00:32:42,211 --> 00:32:43,796 "Saya akan sembunyikan dia begitu." 523 00:32:46,507 --> 00:32:49,510 Pejabat pemeriksa perubatan datang untuk mengeluarkan mayat itu. 524 00:32:49,593 --> 00:32:51,637 Polis ada di sini sepanjang hari. 525 00:32:51,721 --> 00:32:54,682 Kami nak tahu siapa yang mereka jumpa di dalam bangunan itu. 526 00:32:54,765 --> 00:33:00,146 Kami berharap mayat itu bukan dia, tapi… Saya tak sedap hati. 527 00:33:00,229 --> 00:33:02,231 JALAN TWO RECTOR 528 00:33:17,329 --> 00:33:18,831 Mak saya ditemui. 529 00:33:22,626 --> 00:33:25,421 Dia ditemui dalam saluran udara, 530 00:33:25,963 --> 00:33:29,467 diikat seperti haiwan. 531 00:33:30,593 --> 00:33:34,597 Saya hentak kepala pada meja dapur 532 00:33:35,139 --> 00:33:37,600 dan abang-abang saya cuba tenangkan saya. 533 00:33:41,437 --> 00:33:45,941 Saya menangis tanpa henti. 534 00:33:47,485 --> 00:33:49,820 Bagaimana seseorang sanggup buat begitu 535 00:33:50,321 --> 00:33:55,701 sedangkan dia sentiasa ada untuk membantu orang lain? 536 00:33:57,078 --> 00:33:59,413 Dia sangat baik dan penyayang. 537 00:33:59,497 --> 00:34:01,916 Sentiasa gembirakan semua orang. 538 00:34:02,666 --> 00:34:04,919 Apa salah dia sehingga diperlakukan sebegini rupa? 539 00:34:07,129 --> 00:34:09,006 Saya boleh bayangkan dia menjerit. 540 00:34:10,466 --> 00:34:12,635 Cuba menjerit minta tolong, 541 00:34:12,718 --> 00:34:15,888 tapi di bangunan itu, jeritlah semahunya, 542 00:34:15,971 --> 00:34:17,223 mereka takkan dengar. 543 00:34:18,974 --> 00:34:24,605 Saya kata, "Kami akan tegakkan keadilan untuk mak awak. 544 00:34:25,689 --> 00:34:30,027 Sebab Eridania tak patut diperlakukan sekejam ini." 545 00:34:34,573 --> 00:34:38,369 PEJABAT KETUA PEMERIKSA PERUBATAN 546 00:34:41,539 --> 00:34:44,458 Saya ditugaskan untuk menghadiri bedah siasat. 547 00:34:45,835 --> 00:34:50,297 Saya tahu apa yang ditemui di sana pasti membantu kes ini. 548 00:34:50,381 --> 00:34:54,218 Bermula dengan punca kematian dan kemudian maklumat forensik. 549 00:34:55,219 --> 00:34:57,263 Serangan seksual dikecualikan. 550 00:34:57,972 --> 00:35:01,767 Tiada tanda-tanda trauma tumpul. Tiada tikaman dan luka tembakan. 551 00:35:01,851 --> 00:35:03,519 Tiada keretakan tengkorak. 552 00:35:03,602 --> 00:35:07,481 Tulang hioidnya masih utuh. 553 00:35:07,565 --> 00:35:10,568 Tidak melibatkan penggunaan tali atau seumpamanya. 554 00:35:10,651 --> 00:35:14,613 Disebabkan Eradania berada di tempat yang sempit, 555 00:35:14,697 --> 00:35:15,906 diikat, 556 00:35:15,990 --> 00:35:19,827 kepalanya ditolak ke depan dan lehernya ke bawah. 557 00:35:19,910 --> 00:35:24,331 Mulutnya ditutup dengan pita pelekat, jadi dia tak dapat bernafas. 558 00:35:24,415 --> 00:35:28,335 Jadi, punca kematiannya ialah asfiksia. 559 00:35:30,045 --> 00:35:33,048 Mungkin dia masih hidup semasa pelakunya mengikat, 560 00:35:33,132 --> 00:35:34,466 mengangkatnya ke atas, 561 00:35:34,550 --> 00:35:37,511 meletakkannya dalam saluran penghawa dingin dan menutupnya semula. 562 00:35:45,936 --> 00:35:46,812 Saya… 563 00:35:46,896 --> 00:35:48,063 Ya, cuma… 564 00:35:48,898 --> 00:35:53,235 Ya, hati saya remuk sebab semasa di tingkat bawah tanah, 565 00:35:53,319 --> 00:35:56,906 saya pandang ke atas, saya pandang saluran itu 566 00:35:57,448 --> 00:36:00,451 dan saya jerit namanya sambil memasang telinga. 567 00:36:01,327 --> 00:36:04,663 Jelas sekali, jika dia masih hidup, dia tak boleh… 568 00:36:05,748 --> 00:36:08,250 balas jeritan atau sebut nama saya, 569 00:36:08,334 --> 00:36:10,669 atau menjerit minta tolong sebab… 570 00:36:11,295 --> 00:36:14,715 pita itu menutup mulutnya. 571 00:36:19,720 --> 00:36:23,766 Mereka kata, "Bukan salah awak. Jangan fikir begitu." 572 00:36:26,977 --> 00:36:29,688 Tapi letakkan diri anda di tempat saya. 573 00:36:30,439 --> 00:36:32,816 Kali terakhir saya bercakap dengan kakak saya, 574 00:36:33,692 --> 00:36:35,736 dia tak sedap hati. 575 00:36:37,196 --> 00:36:39,823 Saya suruh dia beri saya beberapa hari. 576 00:36:39,907 --> 00:36:42,243 Saya akan carikan kerja lain untuk dia. 577 00:36:43,118 --> 00:36:44,495 Kemudian ini berlaku. 578 00:36:49,625 --> 00:36:52,628 Rasanya itu pun silap saya juga. 579 00:36:53,379 --> 00:36:55,130 Tak benarkan dia berhenti 580 00:36:56,423 --> 00:36:59,510 dan tak siasat tempat kosong di tingkat 12. 581 00:37:00,636 --> 00:37:04,265 Nasib kami baik, masih ada seorang lagi individu yang berkepentingan. 582 00:37:04,348 --> 00:37:06,684 Joseph Pabon tak ada alibi. 583 00:37:06,767 --> 00:37:09,478 Sebenarnya dia bekerja di Jalan Two Rector 584 00:37:09,561 --> 00:37:11,105 semasa Eridania bekerja. 585 00:37:11,188 --> 00:37:13,482 Joseph Pabon satu-satunya lelaki 586 00:37:13,565 --> 00:37:17,194 yang ada kesan calar di tubuhnya dan dia tak dapat jelaskan dengan jujur. 587 00:37:21,031 --> 00:37:23,826 Semasa autopsi, mereka ambil sampel DNA. 588 00:37:24,535 --> 00:37:26,578 Mereka ambil keratan kuku. 589 00:37:26,662 --> 00:37:30,541 Mereka nak periksa sekiranya ada DNA yang bukan milik mangsa. 590 00:37:30,624 --> 00:37:33,377 Masalahnya ialah… 591 00:37:33,460 --> 00:37:36,255 ini bukannya ujian Covid-19, keputusan dapat dalam 15 minit. 592 00:37:36,839 --> 00:37:40,384 Kami perlu tunggu keputusan itu dan kami berharap 593 00:37:40,467 --> 00:37:44,471 kami akan dapat kaitkan Joseph Pabon 594 00:37:44,555 --> 00:37:47,975 dengan sampel DNA yang diambil dari Eridania. 595 00:37:54,815 --> 00:37:57,860 Apabila kami siasat tentang Joseph Pabon, 596 00:37:57,943 --> 00:38:03,532 kami jumpa beberapa kes keganasan domestik terhadap wanita. 597 00:38:03,615 --> 00:38:06,910 Dalam satu kes, selepas bergaduh dengan bekas teman wanitanya, 598 00:38:06,994 --> 00:38:10,998 dia ambil bola boling dan pecahkan tingkap kereta wanita itu. 599 00:38:11,081 --> 00:38:13,459 Kami rasa lebih yakin. 600 00:38:13,542 --> 00:38:17,755 Mungkin lelaki ini ada masalah mental atau isu 601 00:38:17,838 --> 00:38:20,841 di mana dia tak dapat mengawal dirinya bersama Eridania. 602 00:38:21,884 --> 00:38:25,679 Kami sudah pun mula mengekorinya selepas disoal siasat 603 00:38:25,763 --> 00:38:28,974 untuk pastikan kami tahu lokasi dia setiap masa. 604 00:38:29,058 --> 00:38:32,686 Sekarang kami akan terus mengekorinya sehingga dapat keputusan DNA 605 00:38:32,770 --> 00:38:36,523 yang mengesahkan tanpa keraguan munasabah, dialah pembunuhnya. 606 00:38:36,607 --> 00:38:40,819 Buruk padahnya kalau kami kehilangannya 607 00:38:40,903 --> 00:38:43,572 dan apabila keputusan DNA keluar, dia tiada. 608 00:38:43,655 --> 00:38:47,701 Lelaki ini, berkemungkinan melakukan perbuatan keji itu. 609 00:38:48,202 --> 00:38:51,705 Ikat wanita ini, lemaskan dia. 610 00:38:52,206 --> 00:38:56,502 Tapi dia teruskan kehidupan macam dia tak buat apa-apa. 611 00:38:56,585 --> 00:39:01,256 Tapi satu lagi perkara yang merisaukan, 612 00:39:01,340 --> 00:39:08,097 kalau dia ada sejarah keganasan domestik, mungkin dia akan serang kekasih baharunya. 613 00:39:17,773 --> 00:39:22,528 17 JULAI 2009 10 HARI SELEPAS PEMBUNUHAN 614 00:39:25,072 --> 00:39:30,911 Pada 17 Julai, saya terima panggilan yang mengatakan keputusan DNA dah siap. 615 00:39:30,994 --> 00:39:36,625 Tak syak lagi, pembunuhnya ialah Joseph Pabon. 616 00:39:38,627 --> 00:39:42,923 Apabila kami dapat waran tangkap, saya telefon Al Titus 617 00:39:43,006 --> 00:39:46,885 dan beritahu dia, "Ayuh. Masa untuk menangkapnya." 618 00:39:46,969 --> 00:39:48,053 DAERAH KEWANGAN 619 00:39:48,137 --> 00:39:49,805 Dia tinggal di Pulau Staten. 620 00:39:49,888 --> 00:39:53,892 Dia berhenti di jalan utama dan pergi ke salah satu jalan belakang. 621 00:39:53,976 --> 00:39:55,185 Kami kepung dia. 622 00:39:56,937 --> 00:39:58,897 Kami keluarkan pistol 623 00:40:00,065 --> 00:40:02,359 dan suruh dia hentikan kereta. 624 00:40:03,902 --> 00:40:07,531 Apabila kami tarik Pabon keluar dan menahannya, 625 00:40:07,614 --> 00:40:10,033 teman wanitanya pun ada di dalam kereta. 626 00:40:10,701 --> 00:40:13,745 Mungkin dia tak sedar ketika itu, 627 00:40:13,829 --> 00:40:17,249 tapi lambat-laun saya yakin dia akan sedar, 628 00:40:17,332 --> 00:40:20,461 "Wah, aku tinggal dengan pembunuh." 629 00:40:20,544 --> 00:40:23,881 Mungkin kami selamatkan dia daripada menjadi mangsa seterusnya. 630 00:40:24,715 --> 00:40:29,136 Ini penyelesaian yang memuaskan bagi kes yang panjang dan berlarutan 631 00:40:29,219 --> 00:40:32,389 dan akhirnya kami dapat pembunuh itu, memang bagus, 632 00:40:32,473 --> 00:40:34,224 untuk menahan Pabon. 633 00:40:36,435 --> 00:40:37,644 Apabila kami dapat berita 634 00:40:37,728 --> 00:40:41,440 yang mengatakan mereka menahan Joseph Pabon atas tuduhan membunuh, 635 00:40:41,523 --> 00:40:45,194 semua orang menjerit kegembiraan dan menangis, 636 00:40:46,236 --> 00:40:47,237 Saya cuma… 637 00:40:47,321 --> 00:40:48,655 Saya gembira, tapi… 638 00:40:51,575 --> 00:40:55,537 Selepas berbual di telefon dengan penyiasat, 639 00:40:55,621 --> 00:40:58,123 kami bertanya, 640 00:40:59,249 --> 00:41:02,419 "Kenapa dia sanggup buat begitu?" 641 00:41:04,838 --> 00:41:07,257 Saya dah bekerja dengan dia selama setahun setengah. 642 00:41:07,341 --> 00:41:09,426 Dia selalu ucap selamat pagi kepada saya. 643 00:41:09,510 --> 00:41:12,554 Dia selalu bercakap dengan saya di meja depan, 644 00:41:12,638 --> 00:41:14,306 selalu buat kerja dia. 645 00:41:14,890 --> 00:41:16,850 Saya tak pernah ada masalah dengan dia. 646 00:41:16,934 --> 00:41:18,894 Saya tak pernah buat apa-apa kepadanya 647 00:41:19,394 --> 00:41:23,607 yang boleh menyebabkan dia menyakiti kakak saya. 648 00:41:26,360 --> 00:41:29,488 Saya tak fikir dia musuh saya. Dia rakan sekerja saya. 649 00:41:33,575 --> 00:41:34,785 Dia dibawa ke balai, 650 00:41:35,869 --> 00:41:39,081 dimasukkan ke dalam sel di Presint Pertama. 651 00:41:39,581 --> 00:41:41,250 Semua orang teruja. 652 00:41:41,333 --> 00:41:44,169 Saya pun sama. Saya nak soal siasat dia sekali lagi. 653 00:41:44,253 --> 00:41:46,588 Saya nak dia mengaku perbuatannya. 654 00:41:48,298 --> 00:41:50,092 Saya beremosi ketika itu. 655 00:41:50,175 --> 00:41:53,303 Malangnya, dia menggunakan haknya untuk mendapatkan peguam 656 00:41:53,387 --> 00:41:54,763 dan kami tak dapat menyoalnya. 657 00:41:55,889 --> 00:41:59,560 Tapi dalam perbicaraan itu, Joseph Pabon disabitkan bersalah. 658 00:42:01,520 --> 00:42:06,275 Dia dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun dan… 659 00:42:07,150 --> 00:42:10,404 itu takdir yang layak untuknya. 660 00:42:12,322 --> 00:42:14,866 Apabila mereka kata dia bersalah, 661 00:42:16,410 --> 00:42:18,078 saya menangis. 662 00:42:23,125 --> 00:42:24,376 Kami menangis. 663 00:42:27,296 --> 00:42:28,755 Dia tak menyesal. 664 00:42:29,256 --> 00:42:31,967 Dia ketawa sambil memandang kami. 665 00:42:32,884 --> 00:42:34,511 Saya patah hati. 666 00:42:35,178 --> 00:42:38,015 Saya menahan sekuat hati… 667 00:42:38,557 --> 00:42:43,895 sepenuh tenaga saya untuk tidak menyerangnya. 668 00:42:44,896 --> 00:42:49,192 Saya rasa nak tumbuk belakang kepalanya. 669 00:42:49,276 --> 00:42:51,445 Saya nak cekik dia. 670 00:42:56,366 --> 00:43:00,495 Pabon tak pernah jawab kenapa dia buat begitu. 671 00:43:01,997 --> 00:43:05,208 Sehingga hari ini, kami masih menunggu jawapan itu. 672 00:43:05,959 --> 00:43:09,296 Apa tujuannya? Mak saya ada buat apa-apa kepada dia? 673 00:43:10,339 --> 00:43:13,634 Mak saya ada cakap apa-apa yang buat dia marah? 674 00:43:17,846 --> 00:43:18,680 Kenapa? 675 00:43:21,850 --> 00:43:24,061 Rasanya dia tiba-tiba hilang kawalan. 676 00:43:24,811 --> 00:43:28,732 Rasa marah menyelubungi dirinya. 677 00:43:28,815 --> 00:43:34,446 Sama seperti isu-isu sebelum ini terhadap wanita. 678 00:43:37,366 --> 00:43:40,369 Dia berjuang untuk nyawanya. Saya tahu. 679 00:43:40,869 --> 00:43:46,041 Pada saat-saat terakhirnya, saya tahu dia sangat takut. 680 00:43:46,792 --> 00:43:48,710 Tapi dia dah tiada. 681 00:43:49,920 --> 00:43:51,254 Dia takkan kembali. 682 00:43:53,173 --> 00:43:54,591 Hidup saya belum berubah. 683 00:43:55,467 --> 00:43:58,387 Masih ada sisanya dalam diri saya. 684 00:43:58,470 --> 00:44:02,974 Sehingga ke hari ini, saya masih tak faham apa yang berlaku. 685 00:44:03,684 --> 00:44:07,145 Dia mengubah keluarga kami selamanya. 686 00:44:09,940 --> 00:44:16,947 Menyiasat kes ini, melihat mereka, kesedihan mereka dan… 687 00:44:17,989 --> 00:44:21,952 semua usaha keras kami untuk mencari pelakunya… 688 00:44:22,035 --> 00:44:23,912 Semua ini akan… 689 00:44:23,995 --> 00:44:26,081 Kekal bersama saya selamanya. 690 00:44:32,629 --> 00:44:37,134 Semasa kecil, saya fikir NYPD 691 00:44:37,217 --> 00:44:40,637 sebagai geng terbesar di Bandar Raya New York. 692 00:44:41,138 --> 00:44:44,516 Tapi selepas bertahun-tahun bekerja dengan mereka, 693 00:44:44,599 --> 00:44:47,769 saya sedar yang mereka keluarga saya. 694 00:44:49,354 --> 00:44:55,235 Tiada pemahaman yang mencukupi mengenai apa yang dilakukan pihak polis. 695 00:44:56,194 --> 00:44:59,364 Mereka bukannya suka menindas. 696 00:44:59,448 --> 00:45:02,909 Komuniti bukannya orang liar 697 00:45:02,993 --> 00:45:05,495 yang kita perlu serang. 698 00:45:05,579 --> 00:45:07,789 MENDIDIK DEMI KEADILAN 699 00:45:07,873 --> 00:45:10,083 Beberapa tahun selepas perbicaraan itu, 700 00:45:10,167 --> 00:45:13,420 saya bersara dengan matlamat 701 00:45:13,503 --> 00:45:16,631 untuk buat yang terbaik demi menyatukan dua entiti. 702 00:45:19,426 --> 00:45:24,055 Saya melangkah daripada Detektif Titus kepada Doktor Titus, 703 00:45:24,723 --> 00:45:27,684 mengajar di Kolej Keadilan Jenayah John Jay… 704 00:45:27,768 --> 00:45:30,437 Tangkapan akan menghilangkan kebebasan seseorang. 705 00:45:30,520 --> 00:45:32,731 …dengan penguatkuasaan undang-undang masa depan. 706 00:45:32,814 --> 00:45:34,775 Dengar semua fakta dan bukti 707 00:45:34,858 --> 00:45:39,112 dan tentukan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak, 708 00:45:39,196 --> 00:45:43,450 bukan hanya berdasarkan rupa atau stereotaip yang berat sebelah… 709 00:45:43,533 --> 00:45:47,370 Saya ingin pastikan anda faham 710 00:45:47,454 --> 00:45:50,332 ada banyak perspektif yang berbeza. 711 00:45:50,415 --> 00:45:53,418 Ada yang sama. Ada yang berbeza daripada anda. 712 00:45:53,502 --> 00:45:55,837 Apabila anda menceburi penguatkuasaan undang-undang, 713 00:45:55,921 --> 00:45:57,714 anda perlu mengakuinya. 714 00:45:57,798 --> 00:46:02,010 Anda tak boleh beri layanan berbeza sebab mereka dari tempat lain. 715 00:46:02,093 --> 00:46:05,722 Supaya pelajar faham inilah dunia yang mereka akan tempuhi. 716 00:46:05,806 --> 00:46:08,183 Itu yang penting bagi saya. 717 00:46:08,266 --> 00:46:10,685 Bekerja untuk kebaikan semua orang 718 00:46:10,769 --> 00:46:13,605 untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik dan selamat. 719 00:46:27,494 --> 00:46:28,537 SETERUSNYA 720 00:46:28,620 --> 00:46:30,997 Rasa bersalah mangsa terselamat kejadian 11 September 721 00:46:31,081 --> 00:46:34,251 yang mendorong saya ke Timur Tengah. 722 00:46:34,960 --> 00:46:37,420 Saya kontraktor Angkatan Marin. 723 00:46:37,504 --> 00:46:41,299 Lawatan terakhir saya di Afghanistan, saya terima panggilan. 724 00:46:41,383 --> 00:46:43,885 Mereka akan buka semula kes Howard Pilmar. 725 00:46:47,430 --> 00:46:49,850 Dia dibunuh di pejabat. 726 00:46:49,933 --> 00:46:53,061 Saya tak kenal sesiapa yang berkeinginan melihatnya mati, 727 00:46:53,144 --> 00:46:55,647 yang mahu dia dibunuh sebegitu rupa. 728 00:46:56,606 --> 00:47:00,360 Ada beberapa kes yang masih saya fikirkan kerana masih belum diselesaikan, 729 00:47:00,443 --> 00:47:03,655 tapi kes Pilmar, saya masih fikirkan bertahun-tahun kemudian. 730 00:47:04,239 --> 00:47:05,574 Kami hampir dapat. 731 00:47:06,867 --> 00:47:08,368 Saya rasa setiap detektif 732 00:47:08,451 --> 00:47:12,539 ada kes yang tak dapat diselesaikan atas sebab tertentu 733 00:47:12,622 --> 00:47:16,001 dan menjadi Moby-Dick dalam kerjaya mereka. 734 00:47:16,626 --> 00:47:19,963 Howard dibunuh seperti khinzir dalam kandang, 735 00:47:20,046 --> 00:47:21,506 macam haiwan. 736 00:48:04,925 --> 00:48:06,468 Terjemahan sari kata oleh GG