1 00:01:16,880 --> 00:01:21,080 Jaro, awak dengar tak? Cepat! 2 00:01:21,080 --> 00:01:23,160 Jaro, ayuh! Jaro! 3 00:01:24,320 --> 00:01:25,320 Tolonglah! 4 00:01:26,880 --> 00:01:30,720 Ayuh! Kita perlu pergi! Cepat! Jaro! 5 00:02:03,280 --> 00:02:07,840 RAHSIA SEKTA 6 00:02:52,240 --> 00:02:54,240 Jaro, awak okey? Apa yang berlaku? 7 00:02:54,240 --> 00:02:57,800 - Ada orang cuba bunuh kami. - Bomba kata kebocoran gas. 8 00:02:57,800 --> 00:02:59,200 Biar betul? 9 00:02:59,200 --> 00:03:01,640 "Api kembali untuk awak." Pernah dengar? 10 00:03:01,640 --> 00:03:04,160 Caleb tak ugut kita. Dia beri amaran. 11 00:03:04,760 --> 00:03:07,400 Ada orang nak bunuh kita sebab kita betul. 12 00:03:08,400 --> 00:03:10,040 Awak siapa? 13 00:03:10,040 --> 00:03:12,480 Ya, maaf. Ida Heilman. Salam kenal. 14 00:03:13,000 --> 00:03:16,280 Dua wanita dibunuh beza masa 30 tahun, dua-dua dengan antrasit di muka? 15 00:03:16,280 --> 00:03:19,200 Ertinya ada orang teruskan upacara kultus Écrins. 16 00:03:19,200 --> 00:03:21,920 Orang sama yang bunuh mak awak dan ambil ayah saya, 17 00:03:21,920 --> 00:03:25,960 sebab macam kita, mereka berdua sedar, Caleb tak bunuh Roxane Vial. 18 00:03:27,040 --> 00:03:28,040 Dia bergurau? 19 00:03:29,320 --> 00:03:31,560 Apa kata polis tentang semua ini? 20 00:03:33,280 --> 00:03:34,600 Apa? 21 00:03:35,560 --> 00:03:37,120 - Mereka tak tahu? - Tak. 22 00:03:38,280 --> 00:03:40,480 Tentu saya jadi suspek kematian Emma. 23 00:03:40,480 --> 00:03:42,920 Tunggu masa saja mereka tangkap saya. 24 00:03:42,920 --> 00:03:45,280 Mereka takkan dengar jika saya tiada bukti. 25 00:03:45,280 --> 00:03:48,520 Kalau kakak saya nampak awak, dia takkan lepaskan. 26 00:03:48,520 --> 00:03:52,880 - Kakak awak? - Lt. Giovanna DeLuca. Dia kakak saya. 27 00:03:53,800 --> 00:03:55,440 Itu abang ipar saya. 28 00:03:56,040 --> 00:03:59,000 Menyusahkan betul. Dia di tahap lain. 29 00:03:59,000 --> 00:04:01,840 Saya perlu pergi. Saya pun tak boleh terlibat. 30 00:04:01,840 --> 00:04:03,760 Jangan buang masa. 31 00:04:05,320 --> 00:04:08,920 - Keutamaan ialah ke garaj. - Saya kata pergi ke hospital. 32 00:04:09,520 --> 00:04:10,600 Garaj apa? 33 00:04:14,840 --> 00:04:18,400 Jika mereka cari ayah saya, tentu dia jumpa sesuatu. 34 00:04:18,400 --> 00:04:20,640 Orang yang kita cari mesti di sini. 35 00:04:20,640 --> 00:04:23,720 Tentu beratus jam video dalam ini. 36 00:04:23,720 --> 00:04:24,960 Kena tengok semua? 37 00:04:24,960 --> 00:04:28,400 Saya dah mula rekod rakaman dan dokumen ayah saya, 38 00:04:28,400 --> 00:04:29,880 tapi sebenarnya, ya. 39 00:04:33,720 --> 00:04:36,240 - Awak pasti awak okey? - Okey. Asap saja. 40 00:04:36,240 --> 00:04:40,400 Atau hama. Tempat ini tak dibersihkan selama 30 tahun. 41 00:04:41,680 --> 00:04:44,480 Awak tak perlu tolong kami. Kami boleh buat. 42 00:04:44,480 --> 00:04:48,080 Awak tahu berapa lama saya tunggu perkara menarik berlaku? 43 00:04:48,080 --> 00:04:50,560 - Sejak 2016? - Apa? 44 00:04:50,560 --> 00:04:53,520 Sukan Salib 2016 diadakan di Lévionna. 45 00:04:53,520 --> 00:04:56,640 - Kemuncak dan penamat kerjaya awak. - Bagaimana awak tahu? 46 00:04:56,640 --> 00:05:00,280 - Jangan suruh dia mula. - Saya kaji di dalam kereta. 47 00:05:00,280 --> 00:05:05,480 Nama awak muncul 10,000 kali di Internet. Rasanya dulu awak selebriti. 48 00:05:05,480 --> 00:05:06,880 Saya jumpa temu bual awak 49 00:05:06,880 --> 00:05:10,480 dalam Kejuaraan Motocross Junior 2014 Motor Star Addict. 50 00:05:10,480 --> 00:05:12,320 Semuanya ada di situ. 51 00:05:12,320 --> 00:05:15,480 Membesar di Lévionna, minat motosikal, trofi pertama, 52 00:05:15,480 --> 00:05:17,400 bakat muda, cita-cita awak... 53 00:05:17,400 --> 00:05:20,800 Pada 2016, bam! Rusuk dan lutut awak patah. 54 00:05:20,800 --> 00:05:23,720 Gambar awak di hospital ada dalam Lévionna Matin, 55 00:05:23,720 --> 00:05:27,280 disimen dari hujung rambut ke kaki, tajuk berita "Drama Cross Games." 56 00:05:27,280 --> 00:05:30,640 Kerjaya awak tamat. Awak nyanyi rap. Puitis dan pahit. 57 00:05:30,640 --> 00:05:32,920 Satu obsesi Aku beri sepenuh perhatian 58 00:05:32,920 --> 00:05:34,360 Bazir banyak minggu Takkan... 59 00:05:34,360 --> 00:05:37,400 Tajuknya "Takkan Lagi." Kerana keajaiban Internet, 60 00:05:37,400 --> 00:05:40,040 saya jumpa kawan awak The RealSebDaPinta di Instagram, 61 00:05:40,040 --> 00:05:43,280 dan pada 2020, dia menari di papan tanda festival muzik yang batal 62 00:05:43,280 --> 00:05:45,400 dan awak, marah dan memberontak, beri komen, 63 00:05:45,400 --> 00:05:47,840 "Tiada apa berlaku di tempat teruk ini sejak 2016." 64 00:05:47,840 --> 00:05:48,760 "Lol." 65 00:05:51,360 --> 00:05:52,600 Tapi, awak... 66 00:05:52,600 --> 00:05:55,480 Jadi berhenti bertanding? Sayang sekali. 67 00:05:56,200 --> 00:05:58,760 Maaf, itu yang dia buat. Dia pakar. 68 00:05:59,360 --> 00:06:00,360 Saya... 69 00:06:02,520 --> 00:06:04,800 Kita akan lapar jika nak lihat semua. 70 00:06:05,320 --> 00:06:08,280 Saya akan cari coklat. 71 00:06:11,640 --> 00:06:12,720 Terima kasih! 72 00:06:18,200 --> 00:06:19,160 Apa? 73 00:06:19,680 --> 00:06:21,760 Saya perlu pastikan kita boleh percaya dia. 74 00:06:23,240 --> 00:06:24,280 Sangat terperinci? 75 00:06:25,000 --> 00:06:26,000 Lantang sangat? 76 00:06:27,160 --> 00:06:29,040 - Sangat mengganggu? - Semuanya! 77 00:06:31,040 --> 00:06:32,080 Okey. 78 00:06:33,480 --> 00:06:34,760 Boleh kita mula? 79 00:06:38,080 --> 00:06:40,680 Ujian, satu, dua... 80 00:06:48,480 --> 00:06:53,080 Kami tak bercampur dan itu okey. Saya tak terkejut mereka semua bunuh diri. 81 00:06:56,680 --> 00:07:00,480 Awak cuma peduli gadis kecil yang mati itu, macam orang lain! 82 00:07:00,480 --> 00:07:03,680 Tapi berjuang untuk kekalkan lombong dibuka? Awak tak... 83 00:07:10,160 --> 00:07:12,840 Bunuh diri ialah dosa besar terhadap Tuhan. 84 00:07:13,560 --> 00:07:15,880 Mereka mati semasa mereka hidup, 85 00:07:15,880 --> 00:07:17,600 mengingkari ajaran Christ. 86 00:07:21,480 --> 00:07:25,760 - Apa awak paling rindu tentang Roxane? - Kami kongsi semua. 87 00:07:25,760 --> 00:07:28,320 Apa awak nak beritahu dia sekarang? 88 00:07:31,720 --> 00:07:33,560 Mimpi ngeri itu kembali. 89 00:07:36,960 --> 00:07:38,920 Awak mimpi apa? 90 00:07:41,680 --> 00:07:43,680 Awak tahu Perawan Hitam? 91 00:07:45,640 --> 00:07:47,840 Itu kepercayaan karut lama di sini. 92 00:07:49,400 --> 00:07:53,960 Pelombong kata dia muncul ketika bencana bakal berlaku atau... 93 00:07:53,960 --> 00:07:56,080 apabila orang tersayang akan mati. 94 00:08:01,800 --> 00:08:03,800 Dia datang bilik saya waktu malam. 95 00:08:06,440 --> 00:08:08,240 Dia tengok saya tidur. 96 00:08:09,880 --> 00:08:13,080 Saya tak boleh bernafas, bergerak atau buat apa-apa. 97 00:08:17,720 --> 00:08:19,520 Mak awak sangat cantik. 98 00:08:20,280 --> 00:08:21,480 Jenis yang diseksa. 99 00:08:23,440 --> 00:08:25,280 Warisan keluarga... 100 00:08:28,720 --> 00:08:32,440 - Dia muda. Hampir tak kenal dia. - Awak banyak kenangan dia? 101 00:08:33,320 --> 00:08:35,320 Saya cuba simpan sikit. 102 00:08:36,160 --> 00:08:38,200 Awak tahu fenomena pemikiran belum selesai? 103 00:08:38,200 --> 00:08:42,040 Makin kita elak memori atau tugasan, makin ia menghantui kita. 104 00:08:43,440 --> 00:08:47,080 - Mungkin betul. - Untuk pengetahuan, saya sentiasa betul. 105 00:08:47,080 --> 00:08:50,160 Margin kesilapan saya kecil, lima peratus. 106 00:08:50,160 --> 00:08:53,160 Saya jumpa sesuatu luar biasa. Awak harus lihat. 107 00:08:53,160 --> 00:08:56,000 SWAT rakam serangan di rumah kultus pada 1994. 108 00:08:58,800 --> 00:09:04,280 SULIT MILIK POLIS NEGARA 109 00:09:15,960 --> 00:09:20,560 Ada seorang budak dalam kultus itu selamat daripada bunuh diri beramai-ramai. 110 00:09:26,240 --> 00:09:29,000 Punca kematian ialah lemas. Tak mengejutkan. 111 00:09:32,000 --> 00:09:33,520 Trauma kranial teruk. 112 00:09:33,520 --> 00:09:35,880 Dia mungkin pengsan pada satu ketika, 113 00:09:35,880 --> 00:09:37,960 tapi bukan itu yang membunuh dia. 114 00:09:37,960 --> 00:09:39,400 Awak rasa dia dipukul? 115 00:09:40,000 --> 00:09:41,320 Susah nak cakap. 116 00:09:42,040 --> 00:09:43,840 Mungkin juga dia jatuh. 117 00:09:44,920 --> 00:09:46,760 Ada tanda serangan seksual? 118 00:09:47,280 --> 00:09:48,560 Tak ada. 119 00:09:49,680 --> 00:09:52,160 Saya ada suspek yang ada rekod. Jaro Gatsi. 120 00:09:52,160 --> 00:09:55,200 Jika awak jumpa DNA, boleh awak periksa profil dia? 121 00:09:55,200 --> 00:09:56,840 - Théo, tulis nota. - Ya. 122 00:09:57,360 --> 00:10:00,480 - Jaro? - Jaro Gatsi. G-A-T-S-I. 123 00:10:00,480 --> 00:10:02,880 - Terima kasih. - Nampak tanda di tangan? 124 00:10:02,880 --> 00:10:03,880 Itu kesan tali. 125 00:10:03,880 --> 00:10:06,680 Mangsa diikat dan dia melawan. 126 00:10:06,680 --> 00:10:10,680 Serta calar di tangan dan muka, seolah-olah dia berlari di hutan. 127 00:10:12,680 --> 00:10:14,680 Jika menurut hipotesis saya, 128 00:10:14,680 --> 00:10:19,400 dia lari daripada penyerangnya tapi dia ditangkap dan dicampak ke tasik. 129 00:10:22,400 --> 00:10:24,320 - Apa? - Skalpel. 130 00:10:42,960 --> 00:10:44,280 Apa benda itu? 131 00:10:44,800 --> 00:10:47,040 Sejenis implan subkutaneus. 132 00:10:47,040 --> 00:10:48,520 Cip biometrik. 133 00:10:49,040 --> 00:10:52,400 - Kenapa dia ada cip? - Saya tak tahu. 134 00:10:53,240 --> 00:10:55,720 - Dari mana agaknya? - Awak berdering. 135 00:10:58,840 --> 00:11:00,000 Bukan saya. 136 00:11:00,520 --> 00:11:01,920 Bukan saya juga. 137 00:11:04,200 --> 00:11:06,360 Barang gadis ini untuk makmal. 138 00:11:17,920 --> 00:11:18,920 Tak guna! 139 00:11:19,440 --> 00:11:20,960 ISYARAT CIP HILANG DATA DIPADAM 140 00:11:20,960 --> 00:11:22,200 Tidak! 141 00:11:55,640 --> 00:11:56,480 ...LÉVIONNA 142 00:12:08,240 --> 00:12:10,000 RACUN 143 00:12:22,960 --> 00:12:24,920 Ada orang telefon polis lagi? 144 00:12:24,920 --> 00:12:27,240 Jalan awam. Kami berhak ada di sini. 145 00:12:27,240 --> 00:12:30,520 Tiada orang hubungi saya. Awak buat grafiti di jalan? 146 00:12:31,160 --> 00:12:34,320 Tak. Seperti awak lihat, kami membantah secara aman. 147 00:12:35,680 --> 00:12:38,360 Jika saya geledah beg, tiada cat semburan? 148 00:12:42,200 --> 00:12:43,160 Apa pun... 149 00:12:43,720 --> 00:12:45,480 Nah, nanti mati beku pula. 150 00:12:46,000 --> 00:12:50,160 Jangan risau, barang kami cukup untuk duduk di sini. Kami ikut syif. 151 00:12:50,160 --> 00:12:51,800 Apa awak buat di sini? 152 00:12:52,400 --> 00:12:53,440 Bekerja. 153 00:12:53,960 --> 00:12:54,960 Masa yang sesuai. 154 00:12:56,360 --> 00:12:58,200 Jumpa di pesta musim sejuk? 155 00:12:58,840 --> 00:13:00,200 Kirim salam Elias! 156 00:13:15,240 --> 00:13:22,240 {\an8}PINTU MASUK 157 00:13:22,240 --> 00:13:24,360 {\an8}Leftenan DeLuca, polis. 158 00:13:29,520 --> 00:13:34,360 Maaf, leftenan, tiada sesiapa dibenarkan masuk ke makmal tanpa kelulusan awal. 159 00:13:34,360 --> 00:13:36,840 Saya boleh beri maklumat untuk memohon. 160 00:13:36,840 --> 00:13:40,320 Arahan ini perlukan Arcacia beri saya nama setiap saintis 161 00:13:40,320 --> 00:13:42,280 yang kerja di La Valette semalam. 162 00:13:42,280 --> 00:13:45,360 Gadis muda dibunuh dan saya perlu keterangan mereka. 163 00:13:45,360 --> 00:13:48,640 Jika pekerja kami ada maklumat, mereka akan hubungi. 164 00:13:49,760 --> 00:13:52,040 Mereka perlu datang ke balai untuk beri keterangan. 165 00:13:52,040 --> 00:13:55,440 Tentu kecoh kalau kawan awak di luar dengar tentang ini... 166 00:13:55,440 --> 00:13:58,280 Jimat masa jika saya dapat cakap dengan ketua. 167 00:13:58,280 --> 00:14:01,800 Saya rasa itu mustahil. Pihak pengurusan keluar. 168 00:14:03,080 --> 00:14:04,080 Begitu. 169 00:14:06,920 --> 00:14:08,000 Apa-apa pun... 170 00:14:09,480 --> 00:14:11,680 saya ada barang milik awak. 171 00:14:11,680 --> 00:14:13,640 Jika nak cakap, awak tahu saya di mana. 172 00:14:32,720 --> 00:14:33,720 Mari lihat. 173 00:14:35,440 --> 00:14:36,800 Dia buat lagi? 174 00:14:47,600 --> 00:14:50,560 Berhenti, Mani. 175 00:14:52,720 --> 00:14:54,800 Bertenang, Mani. Tak apa. 176 00:14:54,800 --> 00:14:57,760 Keluarga dalam video ini tak tahan. 177 00:14:59,080 --> 00:15:01,400 Mereka bawa dia pulang ke rumah anak-anaknya. 178 00:15:02,000 --> 00:15:03,960 {\an8}- Kasihan budak itu. - Ya, teruk. 179 00:15:04,720 --> 00:15:06,840 {\an8}Kenapa dia dihantar pulang? 180 00:15:06,840 --> 00:15:10,840 {\an8}- Ibu bapanya mati dalam bunuh diri itu? - Tak, sebaliknya. 181 00:15:10,840 --> 00:15:13,880 {\an8}- Apa maksud awak? - Kita tak tahu dia dari mana. 182 00:15:13,880 --> 00:15:16,160 {\an8}Kami cari merata, kami periksa DNA... 183 00:15:16,160 --> 00:15:19,120 {\an8}Dia tak sepadan dengan mana-mana ahli kultus. 184 00:15:19,120 --> 00:15:22,640 {\an8}Jadi dari mana dia datang? Adakah dia diculik? 185 00:15:22,640 --> 00:15:23,960 {\an8}Kami cari... 186 00:15:24,920 --> 00:15:27,920 {\an8}Tiada orang hilang sepadan dengan profilnya. 187 00:15:27,920 --> 00:15:31,680 {\an8}Maknanya ibu bapanya ahli kultus itu, 188 00:15:31,680 --> 00:15:34,000 {\an8}tapi tak mati bersama yang lain? 189 00:15:36,400 --> 00:15:37,960 Wah, gila! 190 00:15:37,960 --> 00:15:42,200 Ya, ibu bapa dia ialah pengikut yang terselamat 191 00:15:42,200 --> 00:15:45,560 dan mungkin mereka yang hidupkan semula ritual kultus. 192 00:15:45,560 --> 00:15:47,360 Mereka pergi tanpa anak mereka? 193 00:15:47,360 --> 00:15:51,280 Tak tahu lagi. Sebab itu kita perlu kenal pasti ibu bapa Mani. 194 00:15:51,280 --> 00:15:53,400 Saya akan muat naik video ke iData. 195 00:15:53,400 --> 00:15:56,320 Kita patut cakap dengan polis yang ayah awak soal siasat. 196 00:15:56,320 --> 00:16:00,400 Denis Monnier. Dia dah lama jadi kapten polis di sini. 197 00:16:00,400 --> 00:16:02,160 Dia wira kakak saya. 198 00:16:02,160 --> 00:16:05,880 Tak mudah, dia ada penyakit degeneratif, seperti Alzheimer. 199 00:16:05,880 --> 00:16:08,200 Berbaloi mencuba. Dia tinggal di sini? 200 00:16:09,480 --> 00:16:10,800 Ida, ada apa? 201 00:16:11,640 --> 00:16:14,640 - Awak okey, Ida? - Tak! Saya tak boleh... 202 00:16:17,080 --> 00:16:18,840 Dia perlu dibawa ke hospital. 203 00:17:17,240 --> 00:17:18,240 Michel? 204 00:17:18,760 --> 00:17:19,760 Aïdi! 205 00:17:19,760 --> 00:17:21,960 Berhenti, apa awak buat? 206 00:17:21,960 --> 00:17:23,000 Hei! 207 00:17:27,520 --> 00:17:29,280 Pierre, hentikannya sekarang. 208 00:17:31,440 --> 00:17:33,040 - Hentikan. - Hei! 209 00:17:43,960 --> 00:17:48,400 Saya perlukan tiga jururawat dan peralatan di bilik rehat. Sekarang. 210 00:17:58,120 --> 00:17:59,360 Apa yang berlaku? 211 00:18:21,160 --> 00:18:23,000 Jangan risau, dia akan okey. 212 00:18:23,000 --> 00:18:25,520 Saya kenal doktor itu. Kami sama sekolah tinggi. 213 00:18:25,520 --> 00:18:30,280 Dia bina kerjayanya di Bordeaux, kemudian kembali ke sini setahun lalu. 214 00:18:30,280 --> 00:18:31,920 Dia yang terbaik. 215 00:18:34,440 --> 00:18:36,560 Apa hubungan awak dan Ida? Awak suka dia? 216 00:18:37,760 --> 00:18:38,720 Tak. 217 00:18:39,320 --> 00:18:42,840 Saya faham. Gadis begitu tak pernah membosankan. 218 00:18:48,200 --> 00:18:49,200 Bagaimana dia? 219 00:18:49,200 --> 00:18:51,080 Baik, dia stabil sekarang. 220 00:18:51,600 --> 00:18:53,360 Apa puncanya? Api? 221 00:18:54,280 --> 00:18:55,920 Saya rasa itu tak membantu. 222 00:18:55,920 --> 00:18:58,840 Awak patut buat pemeriksaan lengkap di hospital. 223 00:18:58,840 --> 00:19:01,680 - Tapi lebih daripada itu? - Awak keluarga? 224 00:19:01,680 --> 00:19:03,680 - Tak. - Maaf, tak boleh cakap. 225 00:19:03,680 --> 00:19:05,120 Beritahulah kami. 226 00:19:05,120 --> 00:19:07,720 Walaupun kawan lama, kena jaga kerahsiaan. 227 00:19:07,720 --> 00:19:09,520 - Tak boleh begitu. - Maaf. 228 00:19:12,880 --> 00:19:16,440 - Jadi kita kawan lama? - Apa yang saya patut cakap? 229 00:19:17,120 --> 00:19:19,880 Kita mesra di bilik lokar di kolam masa kecil? 230 00:19:19,880 --> 00:19:23,040 Seingat saya, kita bukan sekadar bermesra. 231 00:19:25,880 --> 00:19:27,000 Itu lama dulu. 232 00:19:29,080 --> 00:19:31,280 Jika kawan awak sedar, saya telefon, ya? 233 00:19:33,320 --> 00:19:34,360 Anaïs? 234 00:19:35,400 --> 00:19:36,480 Helo, ayah? 235 00:19:37,160 --> 00:19:39,000 Malia, kamu bersama ibu? 236 00:19:39,600 --> 00:19:41,640 Ayah tahu apa Gaspard kata? 237 00:19:41,640 --> 00:19:46,920 Katanya moyang saya bukan lanun. 238 00:19:46,920 --> 00:19:49,880 - Betul, bukan? - Memang betul. 239 00:19:49,880 --> 00:19:51,920 Boleh beritahu dia saya tak tipu? 240 00:19:51,920 --> 00:19:54,840 - Ayah janji akan beritahu dia. - Bila? 241 00:19:57,680 --> 00:19:58,560 Tak lama lagi. 242 00:19:59,080 --> 00:20:00,680 Hari jadi saya? 243 00:20:00,680 --> 00:20:02,480 Kamu cakap dengan siapa? 244 00:20:02,480 --> 00:20:05,400 - Saya telefon ayah. - Kenapa ambil telefon mak? 245 00:20:07,080 --> 00:20:08,160 Jaro? 246 00:20:10,200 --> 00:20:11,200 Hai. 247 00:20:11,720 --> 00:20:13,360 Malia telefon awak? 248 00:20:13,360 --> 00:20:15,400 Ya, tapi saya tak belakangi awak. 249 00:20:15,400 --> 00:20:18,680 Saya tahu. Tak sangka dia boleh buka telefon saya. 250 00:20:20,480 --> 00:20:24,120 - Dia budak bijak. - Ya, saya pun rasa begitu. 251 00:20:24,120 --> 00:20:26,800 Maaf, saya perlu pergi. Selamat tinggal. 252 00:20:31,960 --> 00:20:33,080 Awak okey? 253 00:20:33,720 --> 00:20:34,720 Ya. 254 00:20:36,200 --> 00:20:39,840 Tak guna tunggu sini. Hari akan telefon jika ada berita Ida. 255 00:20:41,560 --> 00:20:44,360 Bila kita boleh jumpa polis dalam video itu? 256 00:20:44,360 --> 00:20:46,960 Pada waktu malam begini, kita perlu tunggu. 257 00:20:46,960 --> 00:20:50,280 Saya telefon dia esok pagi dan lihat jika kita boleh singgah. 258 00:21:05,120 --> 00:21:08,400 - Terima kasih sebab jemput saya. - Sama-sama. 259 00:21:09,400 --> 00:21:12,440 Saya simpati tentang kawan awak. Harap dia sembuh. 260 00:21:14,240 --> 00:21:16,040 Maaf sebab menyusahkan awak. 261 00:21:18,400 --> 00:21:19,640 Pasti kecoh nanti. 262 00:21:21,040 --> 00:21:23,200 Awak tiada kaitan dengan kematian gadis itu. 263 00:21:26,840 --> 00:21:30,040 Awak tahu mak saya bersama kultus Écrins? 264 00:21:32,760 --> 00:21:33,960 Siapa beritahu awak? 265 00:21:35,160 --> 00:21:36,160 Jadi awak tahu? 266 00:21:38,640 --> 00:21:41,080 Awak perlu faham keadaan ketika itu. 267 00:21:42,320 --> 00:21:46,400 Hari ini, orang kata mereka jauhi kultus itu. Itu tak benar. 268 00:21:46,400 --> 00:21:48,520 Mereka adakan parti waktu malam, 269 00:21:48,520 --> 00:21:50,320 dengan dadah dan muzik... 270 00:21:51,680 --> 00:21:53,520 Anak-anak tempatan suka. 271 00:21:54,320 --> 00:21:56,280 Kami semua pernah ke sana. 272 00:21:56,800 --> 00:21:59,040 Mak saya tak ke sana untuk berparti? 273 00:21:59,040 --> 00:22:00,360 Pada awalnya, benar. 274 00:22:02,400 --> 00:22:06,920 Kemudian Johansson berminat dengannya. Dia terpesona dengan Johansson. 275 00:22:08,840 --> 00:22:13,920 Dia boleh sembuhkan orang. Ada khabar angin tentang pemulihan ajaib. 276 00:22:14,960 --> 00:22:18,000 Juliette perlu sembuh daripada apa? Mimpi ngerinya? 277 00:22:18,960 --> 00:22:21,520 Saya tak tahu dia cari apa. Saya 20 tahun. 278 00:22:21,520 --> 00:22:24,040 Saya sibuk dengan hal budak-budak... 279 00:22:26,040 --> 00:22:27,600 Saya takkan maafkan diri. 280 00:22:30,280 --> 00:22:31,600 Apa yang berlaku? 281 00:22:33,720 --> 00:22:36,400 Ada orang di sini! Ada orang di dalam rumah! 282 00:22:36,400 --> 00:22:41,680 Saya dengar. Saya di bawah. Dia ada di atas, selongkar bilik mak awak! 283 00:23:05,840 --> 00:23:07,920 - Bagus. - Jari saya tercucuk! 284 00:23:07,920 --> 00:23:09,120 Helo! 285 00:23:09,120 --> 00:23:11,200 - Pelombong kecil okey? - Jom cuba. 286 00:23:11,200 --> 00:23:14,160 Nenek buatkan kostum pesta musim sejuk. 287 00:23:14,680 --> 00:23:17,000 - Wah! - Hebatnya! Mari kita lihat. 288 00:23:17,000 --> 00:23:19,200 - Kamu berdua cantik. - Terima kasih. 289 00:23:19,920 --> 00:23:22,160 Saya dengar awak jumpa ayah dia hari ini. 290 00:23:23,160 --> 00:23:24,920 Apa awak buat di Arcacia? 291 00:23:27,640 --> 00:23:28,880 Laju cerita tersebar! 292 00:23:29,480 --> 00:23:32,120 - Jom. Saya hantar balik. - Salin baju. 293 00:23:32,120 --> 00:23:33,120 Mari, Titou. 294 00:23:35,600 --> 00:23:39,280 Kamu pergi makmal, ada kaitan dengan gadis yang mati itu? 295 00:23:39,280 --> 00:23:41,200 Ini bukan urusan mak. 296 00:23:42,800 --> 00:23:44,880 Mak perlu tenangkan kumpulan mak. 297 00:23:44,880 --> 00:23:47,680 Vincent tak boleh berkhemah di luar Arcacia masa musim sejuk. 298 00:23:47,680 --> 00:23:52,040 Kami takkan berundur hingga mereka bertanggungjawab atas kecacatan Elias. 299 00:23:52,920 --> 00:23:56,840 - Serta kejadian terhadap kamu. - Mak taasub dengan ini. Lupakan. 300 00:23:56,840 --> 00:23:58,960 Keguguran semasa hamil lima bulan? 301 00:23:58,960 --> 00:24:01,600 - Aneh. - Saya tak terlibat dalam teori mak. 302 00:24:02,360 --> 00:24:04,520 Mereka perlu faham, 303 00:24:04,520 --> 00:24:07,640 tindakan mereka ada akibat pada kehidupan manusia. 304 00:24:08,440 --> 00:24:09,880 Tengoklah kamu. 305 00:24:10,680 --> 00:24:12,840 Kamu bergelut dengan kemurungan... 306 00:24:13,920 --> 00:24:14,920 Carmela. 307 00:24:16,040 --> 00:24:19,760 Dia dah siap, saya bawa awak dan dia balik. Jom. Sekarang. 308 00:24:32,360 --> 00:24:34,320 - Awak okey? - Ya, saya okey. 309 00:24:35,760 --> 00:24:36,760 Tunggu. 310 00:24:41,880 --> 00:24:43,280 Saya dah sedia. 311 00:24:45,760 --> 00:24:46,840 Jumpa nanti. 312 00:25:13,960 --> 00:25:15,000 Erwan? 313 00:25:15,640 --> 00:25:16,880 - Erwan! - Apa? 314 00:25:19,080 --> 00:25:20,080 Apa dia? 315 00:25:47,200 --> 00:25:51,720 Dari segi psikologi, dia okey tapi saya risaukan keadaan mentalnya. 316 00:25:52,240 --> 00:25:57,040 Dia bertukar antara saat apati dan episod tekanan manik. 317 00:25:57,760 --> 00:26:00,800 Dia harus diletak di bawah pemerhatian lebih lama. 318 00:26:00,800 --> 00:26:02,800 Saya minta rundingan psikologi. 319 00:26:40,680 --> 00:26:41,760 Ayah? 320 00:26:44,000 --> 00:26:45,160 Anak ayah! 321 00:26:47,480 --> 00:26:48,480 Ayah... 322 00:26:49,160 --> 00:26:50,160 Ayah! 323 00:26:50,680 --> 00:26:52,360 Apa yang kamu dah buat? 324 00:26:52,360 --> 00:26:54,080 Saya sangat takut. 325 00:26:56,280 --> 00:26:58,880 Tenang. Ayah di sini. Ayah tak ke mana-mana. 326 00:27:09,280 --> 00:27:11,360 Saya fikir takkan jumpa ayah lagi. 327 00:27:21,440 --> 00:27:23,160 Maaf kerana kita bergaduh. 328 00:27:24,040 --> 00:27:25,080 Ayah juga. 329 00:27:28,040 --> 00:27:30,760 Tapi ayah tak boleh buat apa yang kamu minta. 330 00:27:31,480 --> 00:27:33,840 Ayah tak boleh lihat kamu mati. 331 00:27:35,240 --> 00:27:36,880 Kamu perlu sembuh. 332 00:27:38,120 --> 00:27:39,840 Saya tak tahan lagi. 333 00:27:39,840 --> 00:27:41,680 Maaf. Ia terlalu sukar. 334 00:27:44,200 --> 00:27:46,960 Lagipun, tiada gunanya. Ayah pun tahu. 335 00:27:54,400 --> 00:27:57,040 Takkan sia-sia melawan. 336 00:27:58,120 --> 00:27:59,200 Lihat. 337 00:28:08,600 --> 00:28:09,600 Itu saya? 338 00:29:01,040 --> 00:29:05,320 Kami tahu budak lelaki itu dari mana. Kami jumpa dia. Tengok video ini. 339 00:29:05,320 --> 00:29:06,400 Tunggu, apa? 340 00:29:06,400 --> 00:29:08,320 Tengok video itu. Tengok... 341 00:29:18,000 --> 00:29:21,600 KAMI JUMPA DIA, TENGOK VIDEO 342 00:29:23,080 --> 00:29:26,720 Kematian gadis ini publisiti buruk untuk pekan kecil kita. 343 00:29:27,440 --> 00:29:29,640 - Kita tak boleh dicela. - Ya. 344 00:29:30,160 --> 00:29:33,040 Arcacia mahu ketelusan penuh dalam kes ini. 345 00:29:33,040 --> 00:29:35,800 Peguam mereka akan hantar kenyataan rasmi. 346 00:29:35,800 --> 00:29:38,280 Mereka tak tahu kematian Emma Marçais, 347 00:29:38,280 --> 00:29:41,400 tapi akui dia terlibat dalam ujian klinikal berbayar dengan mereka. 348 00:29:42,560 --> 00:29:44,040 Ujian klinikal apa? 349 00:29:44,040 --> 00:29:46,880 Tak tahu. Tapi kertas kerja nampaknya teratur. 350 00:29:46,880 --> 00:29:49,160 Ujian berjalan lancar. Dia sihat. 351 00:29:49,160 --> 00:29:50,600 Kami akan periksa. 352 00:29:54,960 --> 00:29:57,640 Saya tak berhak ajar awak cara buat siasatan, 353 00:29:57,640 --> 00:30:00,120 tapi saya harap awak elak gangguan. 354 00:30:01,560 --> 00:30:02,880 - Baik. - Jumpa nanti. 355 00:30:02,880 --> 00:30:04,200 Jumpa lagi, Datuk Bandar. 356 00:30:06,920 --> 00:30:09,840 Kami baru dapat keputusan autopsi Emma Marçais. 357 00:30:09,840 --> 00:30:13,040 - DNA Jaro Gatsi ditemui pada mayat. - Aduhai. 358 00:30:14,440 --> 00:30:17,280 Saya telefon Giovanna. Boleh bawa dia masuk? 359 00:30:17,280 --> 00:30:18,560 Okey, boleh. 360 00:30:26,080 --> 00:30:28,240 Kapten Monnier! 361 00:30:28,240 --> 00:30:30,400 Nombor tak dikenali, patut jawab? 362 00:30:30,920 --> 00:30:34,200 Tak, jurujual saja akan telefon nombor itu. 363 00:30:41,480 --> 00:30:43,760 - Ada apa? - Ada orang di luar! 364 00:30:43,760 --> 00:30:46,680 Orang? Saya tak nampak sesiapa. 365 00:30:46,680 --> 00:30:50,920 - Ada seseorang. Pakai topeng! - Denis, bertenang. 366 00:30:50,920 --> 00:30:52,320 Bayangan awak. 367 00:30:52,320 --> 00:30:54,600 - Tak! Saya tak bayangkan! - Denis... 368 00:30:54,600 --> 00:30:58,720 - Saya tak gila! Ada orang! - Bertenang. Saya pergi periksa. 369 00:31:00,040 --> 00:31:02,560 Ia berlaku lagi. Sandrine! 370 00:31:02,560 --> 00:31:04,560 Dia berbahaya! Jangan! 371 00:31:13,360 --> 00:31:14,880 Tiada sesiapa... 372 00:31:27,120 --> 00:31:29,000 Kita tak boleh lama. 373 00:31:29,000 --> 00:31:31,920 Thierry nak kita edar risalah di pesta musim sejuk. 374 00:31:32,440 --> 00:31:36,200 Ini Ida. Dia dah sedar. Dia jumpa sesuatu. 375 00:31:44,480 --> 00:31:47,000 Puan? Dia masih bernafas. 376 00:31:48,960 --> 00:31:50,280 - Puan? - Denis? 377 00:31:50,280 --> 00:31:51,480 Awak dengar tak? 378 00:31:54,520 --> 00:31:55,520 Hati-hati. 379 00:31:59,800 --> 00:32:00,800 Denis! 380 00:32:09,960 --> 00:32:11,960 Awak takkan dapat saya, bedebah! 381 00:32:12,720 --> 00:32:14,920 Bedebah! Awak takkan dapat saya! 382 00:32:21,480 --> 00:32:22,360 Apa berlaku? 383 00:32:22,360 --> 00:32:26,680 Dia dan jururawatnya diserang tapi dia pertahankan diri dengan pistol. 384 00:32:26,680 --> 00:32:28,840 - Di mana dia sekarang? - Di rumah. 385 00:32:28,840 --> 00:32:32,520 Saya dapat tenangkan dia, tapi dia cakap mengarut. 386 00:32:32,520 --> 00:32:33,800 Apa dia buat di sini? 387 00:32:34,360 --> 00:32:36,920 Kami nak cakap dengan Monnier dan kami... 388 00:32:36,920 --> 00:32:39,000 Dia boleh buktikan bukan saya bunuh Emma. 389 00:32:39,000 --> 00:32:42,960 Ya? Boleh dia jelaskan kenapa air liur awak ditemui pada mayat? 390 00:32:44,000 --> 00:32:45,600 Tak macam yang awak fikir. 391 00:32:45,600 --> 00:32:48,440 Kita berdua akan bincang. Saya urus dia dulu. 392 00:32:49,960 --> 00:32:51,440 Roméo, awak ikut sekali. 393 00:32:55,120 --> 00:32:56,840 Duduk di sini dan diam. 394 00:33:03,680 --> 00:33:05,680 - Denis. - Giovanna! 395 00:33:05,680 --> 00:33:08,720 Kita perlu seluruh skuad. Hantar ke kultus segera. 396 00:33:08,720 --> 00:33:11,000 Tenang. Tak apa. Awak selamat. 397 00:33:11,000 --> 00:33:13,840 Tak! Mereka bunuh gadis kecil itu, Roxane! 398 00:33:13,840 --> 00:33:16,200 Kita perlu pergi atau perkara buruk akan berlaku. 399 00:33:16,200 --> 00:33:20,160 Bukan Roxane yang mati. Denis, lihatlah saya, kita di 2024. 400 00:33:25,240 --> 00:33:27,320 Ayuh, Denis, cuba ingat. 401 00:33:27,320 --> 00:33:30,280 Ada orang serang awak. Awak boleh cam mereka? 402 00:33:32,240 --> 00:33:33,400 Itu mustahil. 403 00:33:34,840 --> 00:33:36,200 Mereka semua dah mati. 404 00:33:36,200 --> 00:33:38,320 Apa? Siapa yang mati? 405 00:33:39,560 --> 00:33:41,080 Maksud awak ahli kultus? 406 00:33:41,080 --> 00:33:44,200 - Penyerang awak orang mereka? - Saya kata diam. 407 00:33:45,800 --> 00:33:46,960 Ya. 408 00:33:47,560 --> 00:33:50,760 Dia pakai topeng kambing bertanduk. 409 00:33:51,600 --> 00:33:55,160 - Kami jumpa yang sama dalam kultus. - Awak nampak muka dia? 410 00:33:56,320 --> 00:33:57,720 Saya tak tahu. 411 00:33:59,240 --> 00:34:01,480 - Tak pasti. - Tak apa, jangan risau. 412 00:34:01,480 --> 00:34:02,880 Rehatlah dulu. 413 00:34:04,000 --> 00:34:06,520 Rupa sama? Tapi lebih tua beberapa tahun? 414 00:34:08,800 --> 00:34:12,320 - Dia yang serang awak? - Ya! Itu dia! 415 00:34:12,320 --> 00:34:14,240 Siapa dia? Mana dapat foto ini? 416 00:34:15,120 --> 00:34:19,240 Dalam video Mani, budak dalam kultus, awak dengar dia menyanyi. 417 00:34:19,240 --> 00:34:20,920 Kami asingkan audio, 418 00:34:20,920 --> 00:34:23,280 tapi Shazam takkan bantu kami camnya! 419 00:34:23,280 --> 00:34:26,840 Mujur forum saya ada senarai usaha sama untuk cam bunyi. 420 00:34:26,840 --> 00:34:30,040 Nenek pengintip Kanada nyanyikannya semasa dia kecil. 421 00:34:30,040 --> 00:34:33,120 Dia dari desa kecil di Siberia bernama Bolshe. Bolsho... 422 00:34:33,120 --> 00:34:35,280 Bukan itu. Bolshirek... 423 00:34:35,280 --> 00:34:38,400 Nama itu macam pengintip saya yang kerja untuk BRSSG. 424 00:34:38,400 --> 00:34:41,840 Bukan bank. Briged Represi dan Kajian Kumpulan Sekta. 425 00:34:41,840 --> 00:34:43,160 Agensi Switzerland. 426 00:34:43,160 --> 00:34:44,960 Dia ingat pada 80-an, 427 00:34:44,960 --> 00:34:48,320 sebuah komuniti agama pawang ditubuhkan di pergunungan dekat Barboz... 428 00:34:49,040 --> 00:34:50,520 Barbouzy... Bar... 429 00:34:50,520 --> 00:34:52,880 Kami cari di arkib TV Rusia dan jumpa ini. 430 00:34:52,880 --> 00:34:54,600 Dia culik anak saya! 431 00:34:54,600 --> 00:34:58,760 Saya terjemah. Suami wanita ini, Vassili Derevko, seorang fanatik. 432 00:34:58,760 --> 00:35:02,200 Dia bawa dia dan anak mereka Mani ke komuniti pawang di Siberia, 433 00:35:02,200 --> 00:35:04,560 tapi baginya kumpulan itu kurang radikal, 434 00:35:04,560 --> 00:35:08,160 jadi dia menghilang dan ibu malang itu tak tahu mana mereka. 435 00:35:08,160 --> 00:35:13,280 Tapi kita tahu ke mana mereka pergi. Ke Perancis, untuk sertai kultus Écrins. 436 00:35:13,280 --> 00:35:16,080 Jadi Caleb ada pengikut ke-13, Vassili Derevko. 437 00:35:19,640 --> 00:35:23,480 Jadi awak rasa pengikut ke-13 ini bunuh Roxane Vial... 438 00:35:24,000 --> 00:35:25,760 dan kembali untuk bunuh Emma Marçais? 439 00:35:25,760 --> 00:35:27,480 Ya dan dia culik ayah saya. 440 00:35:27,480 --> 00:35:30,240 Mungkin dia tak pernah pergi dan tinggal di kawasan itu, 441 00:35:30,240 --> 00:35:31,720 amalkan ritual kultus. 442 00:35:32,320 --> 00:35:35,200 Awak ada masalah kehilangan aneh di sini, bukan? 443 00:35:36,040 --> 00:35:38,880 - Awak beritahu dia? - Apa? Tak! 444 00:35:40,680 --> 00:35:42,600 Cerita mudah untuk bersihkan nama awak. 445 00:35:42,600 --> 00:35:44,520 Ayuh Gio, beri dia peluang! 446 00:35:44,520 --> 00:35:46,480 Monnier kenal Derevko. 447 00:35:46,480 --> 00:35:49,240 Orang Rusia gila cuba bunuh kami dan... 448 00:35:49,240 --> 00:35:50,440 Masa suntuk, bukan? 449 00:35:50,440 --> 00:35:52,920 Tapi itu maklumat daripada Internet. 450 00:35:52,920 --> 00:35:55,960 Kita perlu periksa semua. Banyak kawasan tak jelas. 451 00:35:55,960 --> 00:35:59,000 - Kita tak tahu apa jadi pada Mani. - Kami tahu. 452 00:35:59,000 --> 00:36:01,240 Bertahun di rumah dan lari ketika 15 tahun. 453 00:36:01,240 --> 00:36:04,760 Dia tinggal di jalanan, ada masalah mental dan mati beku pada 2006. 454 00:36:05,560 --> 00:36:07,880 Nah. Maklumat Internet pun bagus. 455 00:36:09,880 --> 00:36:12,600 Mulai sekarang, biar polis buat kerja mereka. 456 00:36:14,440 --> 00:36:17,000 Saya akan siasat lagi dan hantar gambaran Derevko. 457 00:36:18,520 --> 00:36:20,640 Saya tak nak jumpa kamu bertiga lagi 458 00:36:20,640 --> 00:36:22,800 atau kamu ditahan kerana menghalang. Faham? 459 00:36:25,080 --> 00:36:26,240 Saya suka dia! 460 00:36:28,240 --> 00:36:30,160 Apa jadi kepada awak semalam? 461 00:36:31,080 --> 00:36:33,280 Saya sedut terlalu banyak asap. 462 00:36:33,280 --> 00:36:37,120 Kenapa awak tak diberi terapi oksigen hiperbarik atau ventilator? 463 00:36:37,120 --> 00:36:38,880 Tamatkan pengajian perubatan awak! 464 00:36:40,080 --> 00:36:41,720 Okey, mari ambil gambar. 465 00:36:41,720 --> 00:36:44,960 Apa? Awak nak abadikan saat ini? 466 00:36:44,960 --> 00:36:48,920 Tak boleh tunggu Derevko serang lagi. Kita bawa dia kepada kita. 467 00:36:48,920 --> 00:36:50,920 - Tunjuk tempat untuk cari kita. - Apa? 468 00:36:50,920 --> 00:36:52,040 Muka itik! 469 00:36:52,040 --> 00:36:55,680 {\an8}PESTA LÉVIONNA, KAMI DATANG! 470 00:37:27,400 --> 00:37:30,200 - Awak patut ke Rue du Four! - Denis diserang. 471 00:37:30,200 --> 00:37:33,120 - Apa? - Dia okey, tapi jururawatnya koma. 472 00:37:33,120 --> 00:37:35,440 - Apa yang berlaku? - Saya tak pasti... 473 00:37:35,440 --> 00:37:38,200 Dia cam penyerang dan saya dah hantar gambaran. 474 00:37:38,200 --> 00:37:39,520 Saya tak percaya. 475 00:37:40,320 --> 00:37:41,520 Jaro Gatsi bagaimana? 476 00:37:41,520 --> 00:37:43,360 Kita salah tentang dia. 477 00:37:43,360 --> 00:37:45,040 Gio, DNA dia pada mayat! 478 00:37:45,800 --> 00:37:46,760 Ayah! Mak! 479 00:37:47,520 --> 00:37:49,320 - Okey, juara? - Awak okey? 480 00:38:37,400 --> 00:38:38,520 Satu, dua... 481 00:38:39,360 --> 00:38:42,920 Penduduk Lévionna, selamat datang ke pesta! 482 00:38:45,400 --> 00:38:48,640 Terima kasih kerana datang beramai-ramai! 483 00:38:50,200 --> 00:38:52,080 Apa yang Ida buat? 484 00:38:53,840 --> 00:38:55,440 Kita perlu cari Derevko. 485 00:38:55,440 --> 00:38:56,760 - Berpecah. - Okey. 486 00:38:58,080 --> 00:39:01,560 ...dan terima kasih khas untuk makmal Arcacia... 487 00:39:03,120 --> 00:39:05,640 yang menaja pesta kita 488 00:39:06,920 --> 00:39:09,440 dan banyak berjasa kepada kemakmuran pekan kita. 489 00:39:11,120 --> 00:39:13,720 Sekarang mari kita raikan! 490 00:39:28,960 --> 00:39:30,440 Maafkan saya. 491 00:39:40,880 --> 00:39:41,880 Ada masalah? 492 00:39:42,600 --> 00:39:44,200 Saya tak tahu, bukan? 493 00:39:44,920 --> 00:39:47,840 - Maaf, saya gelisah. - Ya, saya nampak. 494 00:39:48,360 --> 00:39:50,440 Sebab kawan baik baru awak? 495 00:39:50,440 --> 00:39:52,760 Lelaki yang dituduh membunuh gadis di tasik itu? 496 00:39:52,760 --> 00:39:55,240 Mengarut. Kami sedang mencari pelakunya. 497 00:39:55,240 --> 00:39:57,400 Begitu. Awak detektif sekarang? 498 00:39:57,400 --> 00:40:01,040 Saya mungkin bukan doktor, tapi tak bermakna saya tak guna. 499 00:40:01,040 --> 00:40:04,040 Saya tak kata begitu. Saya tak nak awak terluka, itu saja. 500 00:40:04,040 --> 00:40:05,920 Apa awak peduli? 501 00:40:05,920 --> 00:40:07,160 Saya tak tahu... 502 00:40:07,760 --> 00:40:09,480 Saya ambil berat tentang awak. 503 00:40:10,760 --> 00:40:13,080 Kenapa abaikan saya sejak awak balik? 504 00:40:13,080 --> 00:40:14,320 Saya tak abaikan. 505 00:40:14,320 --> 00:40:17,360 Saya sibuk di hospital, itu saja... 506 00:40:17,360 --> 00:40:21,280 Alamak. Maaf, saya perlu pergi. Tapi jom bincang! Maaf... 507 00:40:25,640 --> 00:40:26,640 Ayah! 508 00:40:28,960 --> 00:40:30,200 Buat apa di sini? 509 00:40:30,200 --> 00:40:33,160 Lihatlah siapa tunggu awak di luar rumah... 510 00:40:35,520 --> 00:40:36,520 Hai. 511 00:40:37,440 --> 00:40:39,640 Dia panggil awak begitu di belakang saya... 512 00:40:39,640 --> 00:40:42,320 Kita tak uruskan dengan betul. Kita patut bincang. 513 00:40:43,120 --> 00:40:45,320 Ya, tapi awak patut telefon saya. 514 00:40:46,040 --> 00:40:48,440 Tiba-tiba tergerak hati. 515 00:40:48,440 --> 00:40:51,400 Kami lawat ibu bapa saya di Lyon dan saya melencong. 516 00:40:51,400 --> 00:40:54,880 - Awak tak gembira jumpa anak? - Tentulah gembira, Anaïs! 517 00:40:54,880 --> 00:40:58,640 - Cuma tak sesuai sekarang. - Saya nampak dia. Dia di sini. 518 00:40:59,280 --> 00:41:00,480 Apa yang berlaku? 519 00:41:02,320 --> 00:41:04,800 Bawa mereka balik ke ladang sekarang! 520 00:41:05,760 --> 00:41:08,800 - Okey. - Tak! Saya nak tinggal dengan ayah! 521 00:41:10,040 --> 00:41:12,440 Maaf, sayang. Tapi sekarang tak boleh. 522 00:41:12,440 --> 00:41:13,720 Jaro, apa awak buat? 523 00:41:16,120 --> 00:41:17,560 Saya tak boleh jelaskan. 524 00:41:18,720 --> 00:41:21,680 - Awak tak boleh tinggal sini. Bahaya. - Bahaya? 525 00:41:22,280 --> 00:41:24,920 Awak terlibat dengan apa sekarang? 526 00:41:24,920 --> 00:41:27,000 Saya tak nak tahu pun. Ayuh. 527 00:41:27,000 --> 00:41:29,080 - Saya tak nak pergi. - Jom Malia. 528 00:41:29,720 --> 00:41:32,480 Ayah! Saya tak nak pergi. 529 00:41:35,080 --> 00:41:36,760 Kita perlu cari Ida cepat. 530 00:42:05,960 --> 00:42:07,480 Apa dia buat? 531 00:42:08,120 --> 00:42:09,240 Jadi umpan. 532 00:42:51,000 --> 00:42:52,000 Ida! 533 00:42:54,040 --> 00:42:55,840 Arcacia racuni anak-anak kita! 534 00:42:56,680 --> 00:42:58,280 Datuk bandar bersubahat! 535 00:42:58,280 --> 00:43:01,160 Mereka dirasuah untuk berpaling sementara kita diracun. 536 00:43:01,160 --> 00:43:02,240 Pengkhianatan! 537 00:43:02,240 --> 00:43:05,160 Majlis, polis, mereka semua korup! 538 00:43:05,160 --> 00:43:07,400 Mereka tipu kita dan kamu! 539 00:43:07,400 --> 00:43:08,360 Mereka semua! 540 00:43:08,360 --> 00:43:12,000 Kita uji kaji mereka. Kita harus bertindak sebelum terlambat! 541 00:43:12,000 --> 00:43:14,040 Demi keluarga dan anak-anak kita! 542 00:43:14,040 --> 00:43:16,360 Gio, Sofiane, bawa mereka pergi perlahan-lahan. 543 00:43:16,360 --> 00:43:18,080 Keluar dari Lévionna! 544 00:43:18,080 --> 00:43:28,680 Arcacia! Keluar dari Lévionna! 545 00:43:28,680 --> 00:43:29,960 HENTIKAN PEMBUNUHAN 546 00:43:30,720 --> 00:43:32,840 Arcacia! Keluar dari Lévionna! 547 00:43:33,440 --> 00:43:35,760 Arcacia! Keluar dari Lévionna! 548 00:43:35,760 --> 00:43:38,920 Jaro, dia di sana! Dia ada di sana! Cepat! 549 00:43:51,800 --> 00:43:52,880 Ke tepi! 550 00:43:54,480 --> 00:43:58,520 Anak saya yang pertama, tapi anak-anak awak seterusnya jika awak... 551 00:44:07,920 --> 00:44:09,440 Tolong! 552 00:44:19,440 --> 00:44:20,440 Denis? 553 00:44:29,680 --> 00:44:30,920 Tolong! 554 00:44:33,360 --> 00:44:34,960 Tidak! 555 00:46:01,960 --> 00:46:04,360 Terjemahan sari kata oleh Naiza