1
00:00:43,252 --> 00:00:45,754
"Pengakap Beagle Bersedia."
2
00:00:49,132 --> 00:00:51,385
Saya perlukan nasihat, abang.
3
00:00:51,385 --> 00:00:55,097
Abang tahu, ini tahun pertama saya
sertai abang di kem musim panas,
4
00:00:55,097 --> 00:00:58,267
dan saya mahu beri
tanggapan pertama yang baik.
5
00:00:58,267 --> 00:01:02,896
Abang rasa saya patut bawa
Suzy Mengantuk atau En. Beruang?
6
00:01:03,689 --> 00:01:05,774
Aduhai, Sally! Entahlah.
7
00:01:05,774 --> 00:01:10,362
Suzy Mengantuk akan menunjukkan
saya seorang yang penyayang,
8
00:01:10,362 --> 00:01:12,614
sanggup menjaga orang lain,
9
00:01:12,614 --> 00:01:17,119
tapi En. Beruang menunjukkan
saya tak takut pada haiwan liar.
10
00:01:17,911 --> 00:01:19,580
Apa kata bawa kedua-duanya?
11
00:01:20,581 --> 00:01:21,665
Betul juga.
12
00:01:21,665 --> 00:01:24,626
Kita takkan dapat beri
tanggapan pertama yang terlalu baik.
13
00:01:28,088 --> 00:01:31,758
Itu dia Ketua Pengakap Beagle
yang terkenal.
14
00:01:31,758 --> 00:01:34,136
Bersedia untuk pengembaraan hari ini?
15
00:01:34,720 --> 00:01:36,555
Bercakap tentang pengembaraan,
16
00:01:36,555 --> 00:01:38,807
saya akan ke kem musim panas nanti.
17
00:01:38,807 --> 00:01:42,269
Jadi, kalau awak mahu luangkan
masa berkualiti bersama saya,
18
00:01:42,269 --> 00:01:44,229
inilah masanya.
19
00:01:51,778 --> 00:01:52,905
Helo?
20
00:01:52,905 --> 00:01:54,114
Ya.
21
00:01:54,114 --> 00:01:57,492
Peliknya.
Ibu Pejabat Pengakap Beagle telefon.
22
00:01:57,492 --> 00:02:00,037
Yakah? Baiklah.
23
00:02:00,871 --> 00:02:05,083
Yakah? Alamak! Itu berita buruk.
24
00:02:05,876 --> 00:02:08,211
Ya, semoga hari awak juga indah.
25
00:02:10,088 --> 00:02:12,883
Saya tak tahu cara untuk
beritahu awak, Snoopy,
26
00:02:12,883 --> 00:02:16,053
tapi mereka cakap mereka
tak senang dengan trup awak.
27
00:02:16,053 --> 00:02:17,471
Tak senang bagaimana?
28
00:02:17,471 --> 00:02:20,891
Mereka gunakan frasa "sangat memalukan."
29
00:02:21,517 --> 00:02:24,603
Mereka mahu singkir awak dari organisasi
30
00:02:24,603 --> 00:02:28,065
sebab trup awak belum dapat
lencana prestasi yang mencukupi.
31
00:02:31,443 --> 00:02:33,487
Berapa banyak lencana trup awak dah dapat?
32
00:02:40,494 --> 00:02:43,539
Kosong? Kenapa begitu?
33
00:03:48,687 --> 00:03:53,233
Ibu Pejabat beri masa hingga musim panas
ini untuk dapatkan lencana-lencana itu.
34
00:03:53,233 --> 00:03:55,527
Apa awak mahu buat, Snoopy?
35
00:04:03,243 --> 00:04:07,039
Secara teknikalnya, ia lakukan sesuatu
dengan berlari-lari sambil menjerit.
36
00:04:08,373 --> 00:04:12,586
Saya harap awak tak rancang untuk bawa
selimut teruk itu ke kem musim panas.
37
00:04:12,586 --> 00:04:15,297
Ia sangat memalukan saya.
38
00:04:15,297 --> 00:04:17,298
Jangan anggap ia selimut.
39
00:04:17,298 --> 00:04:20,886
Anggap ini sebagai alat penting
untuk kelangsungan hidup di hutan.
40
00:04:20,886 --> 00:04:23,305
Ia boleh jadi lapis ekstra pakaian,
41
00:04:23,305 --> 00:04:27,267
tali untuk mendaki atau tempat berteduh.
42
00:04:27,267 --> 00:04:29,770
Mungkin juga untuk hidupkan api.
43
00:04:32,856 --> 00:04:35,651
Saya tak menolak idea kem musim panas,
44
00:04:35,651 --> 00:04:39,404
tapi bagi saya awak boleh tahu banyak
tentang alam semula jadi daripada buku.
45
00:04:39,404 --> 00:04:42,241
Buku tiada nyamuk.
46
00:04:42,241 --> 00:04:44,910
Biar betul? Berkhemah sangat seronok.
47
00:04:44,910 --> 00:04:47,538
Mendaki, memanggang sosej di atas api.
48
00:04:47,538 --> 00:04:50,624
Berkanu, memanggang sosej di atas api.
49
00:04:50,624 --> 00:04:54,127
Berenang, memanggang sosej di atas api.
50
00:04:55,754 --> 00:04:57,840
Apa? Saya suka sosej.
51
00:04:58,757 --> 00:05:01,426
Datuk saya cakap kem musim panas
membina karakter.
52
00:05:01,969 --> 00:05:03,345
Maksudnya?
53
00:05:03,345 --> 00:05:06,139
Ia ayat orang dewasa untuk kelihatan bijak
54
00:05:06,139 --> 00:05:08,225
tapi saya tak terfikir
ayat lebih spesifik.
55
00:05:13,605 --> 00:05:14,982
Apa masalahnya?
56
00:05:29,997 --> 00:05:31,582
BUKU PANDUAN
PENGAKAP BEAGLE
57
00:05:40,841 --> 00:05:41,842
Aduh!
58
00:05:43,635 --> 00:05:46,180
"Manual Rasmi Pengakap Beagle."
59
00:05:46,972 --> 00:05:50,392
Nampaknya inilah "buku panduan" awak.
60
00:05:50,392 --> 00:05:53,854
Mungkin ia ada beberapa nasihat
yang boleh membantu dilema lencana awak.
61
00:05:54,605 --> 00:06:01,320
"Pengakap Beagle sejati melihat cabaran
baharu sebagai peluang untuk bersinar.
62
00:06:01,320 --> 00:06:06,325
Apabila berhadapan dengan situasi
yang nampak terlalu hebat untuk diatasi,
63
00:06:06,325 --> 00:06:08,493
Pengakap Beagle tidak pernah berputus asa
64
00:06:08,493 --> 00:06:12,623
tapi kembali yakin
dan menguatkan tekad mereka."
65
00:06:14,374 --> 00:06:18,462
"Bekerjasama dengan trup
yang dipercayai di sisi mereka,
66
00:06:18,462 --> 00:06:21,715
Pengakap Beagle
boleh mencapai apa-apa sahaja."
67
00:06:31,099 --> 00:06:34,269
"Sebelum memulakan pengembaraan,
68
00:06:34,269 --> 00:06:37,606
Pengakap Beagle
mesti menggariskan matlamat mereka,
69
00:06:37,606 --> 00:06:41,318
kerana mereka tahu perjalanan itu
bermula dengan satu langkah."
70
00:06:50,786 --> 00:06:54,331
"Pengakap Beagle
tetap fokus pada tugas yang menanti."
71
00:06:59,753 --> 00:07:03,131
"Pengakap Beagle
bersedia untuk sebarang kemungkinan."
72
00:07:22,860 --> 00:07:25,904
{\an8}- Kem musim panas, kami datang.
- Mahu duduk sebelah saya dalam bas?
73
00:07:25,904 --> 00:07:27,781
Saya tak sabar mahu berenang.
74
00:07:29,741 --> 00:07:31,451
Awak datang untuk ucap selamat tinggal?
75
00:07:36,665 --> 00:07:38,083
Aduhai, Snoopy!
76
00:07:38,083 --> 00:07:39,710
Awak tak boleh ikut saya.
77
00:07:39,710 --> 00:07:43,463
Kem ini untuk kanak-kanak.
Haiwan peliharaan tak dibenarkan.
78
00:07:44,631 --> 00:07:45,966
Saya perlu pergi.
79
00:07:45,966 --> 00:07:50,345
Tapi, semoga berjaya
dengan lencana prestasi.
80
00:08:07,112 --> 00:08:10,240
{\an8}"Pengakap Beagle sejati
melihat cabaran baharu
81
00:08:10,240 --> 00:08:13,118
{\an8}sebagai peluang untuk bersinar."
82
00:08:29,259 --> 00:08:32,888
TASIK SPRING
83
00:08:34,932 --> 00:08:36,015
Beri laluan!
84
00:08:36,015 --> 00:08:37,683
- Kami dah sampai!
- Saya mahu katil terbaik.
85
00:08:51,448 --> 00:08:52,866
Kasihan Snoopy.
86
00:08:52,866 --> 00:08:57,162
Ia tak banyak pengalaman
kecewa macam saya.
87
00:08:57,162 --> 00:09:01,041
Walau di mana pun ia, saya harap ia okey.
88
00:09:33,198 --> 00:09:35,117
"Bolehkah anda menjadi Pengakap Beagle?
89
00:09:36,827 --> 00:09:38,245
Membungkus makan tengah hari.
90
00:09:40,247 --> 00:09:45,711
Mendaki ialah cara seronok dan santai
untuk rasai aktiviti luar yang hebat.
91
00:09:45,711 --> 00:09:47,921
Tetapi jika anda ingin menjadi
Pengakap Beagle,
92
00:09:47,921 --> 00:09:51,508
anda mesti ingat untuk membuat persediaan
sebelum berangkat."
93
00:09:58,807 --> 00:10:03,020
"Sentiasa pastikan anda
bawa banyak air untuk kekal terhidrat."
94
00:10:14,615 --> 00:10:16,783
"Apabila membawa air semasa mendaki,
95
00:10:16,783 --> 00:10:19,328
tabung air ialah cara terbaik.
96
00:10:28,128 --> 00:10:30,255
Jangan lupa membuka penutupnya."
97
00:10:34,218 --> 00:10:38,180
"Semasa mendaki,
membawa snek juga penting.
98
00:10:39,806 --> 00:10:42,059
Pilih snek yang praktikal."
99
00:10:44,353 --> 00:10:47,564
"Apabila ragu-ragu,
sandwic ialah idea yang baik.
100
00:10:47,564 --> 00:10:50,984
Anda boleh menyediakannya
bersama-sama seluruh trup."
101
00:11:22,057 --> 00:11:26,937
"Ya, makanan dan air
penting dalam persediaan untuk mendaki.
102
00:11:26,937 --> 00:11:30,148
Sudah tentu, jika ia tidak berjaya,
103
00:11:30,691 --> 00:11:33,986
tak rugi menyimpan nombor telefon
kedai piza."
104
00:12:28,457 --> 00:12:30,250
"Ajar Burung Memancing."
105
00:13:04,451 --> 00:13:05,994
Snoopy?
106
00:13:15,754 --> 00:13:18,799
Snoopy! Saya fikir itu awak.
107
00:13:18,799 --> 00:13:20,342
Awak buat apa di sini?
108
00:13:23,095 --> 00:13:26,014
"Manual Rasmi Pengakap Beagle."
109
00:13:26,014 --> 00:13:29,685
Awak ikut saya sampai ke sini
untuk dapatkan lencana?
110
00:13:30,978 --> 00:13:33,438
Awak yakin bukan kerana
awak rindukan saya?
111
00:13:37,359 --> 00:13:39,778
Gembira bertemu awak.
112
00:13:39,778 --> 00:13:42,990
Lencana mana yang awak
rancang untuk dapatkan dahulu?
113
00:13:52,332 --> 00:13:53,667
Lencana memancing, huh?
114
00:13:53,667 --> 00:13:55,377
Bagus juga.
115
00:13:55,377 --> 00:13:58,922
Tiada yang lebih baik daripada
mendapatkan hasil tangkapan yang bagus.
116
00:14:00,674 --> 00:14:01,884
Itulah yang saya diberitahu.
117
00:14:02,467 --> 00:14:05,387
Saya sebenarnya tak pernah dapat ikan.
118
00:14:05,387 --> 00:14:09,224
Ada orang cakap keseronokan memancing
sebenar bukanlah mendapat ikan,
119
00:14:09,224 --> 00:14:11,894
tapi belajar nilai kesabaran dan...
120
00:14:11,894 --> 00:14:13,770
Awak cakap dengan siapa, Chuck?
121
00:14:16,773 --> 00:14:17,858
Tiada sesiapa.
122
00:14:18,525 --> 00:14:20,736
Kaunselor kami cadangkan cuba berkanu.
123
00:14:20,736 --> 00:14:22,654
Jadi kamu mahu mendayung.
124
00:14:22,654 --> 00:14:24,072
Betul, Marcie?
125
00:14:24,072 --> 00:14:25,490
Itulah rancangannya.
126
00:14:25,490 --> 00:14:28,118
Walaupun saya tak nampak tujuan berkanu
127
00:14:28,118 --> 00:14:30,871
sedangkan ada daratan yang stabil
untuk berdiri.
128
00:14:30,871 --> 00:14:33,081
Mana minat pengembaraan awak?
129
00:14:34,166 --> 00:14:36,084
Pasti tertinggal di dalam bas.
130
00:15:02,194 --> 00:15:05,155
Puan yakin sampan ini selamat?
131
00:15:06,615 --> 00:15:09,868
Sangat selamat. Saya takut
awak akan cakap begitu.
132
00:15:09,868 --> 00:15:13,330
Awak dengar kata penyelamat, Marcie.
Mari mendayung.
133
00:15:14,456 --> 00:15:15,874
Cubalah halang saya, tuan.
134
00:16:41,585 --> 00:16:42,753
Nampak tak, Marcie?
135
00:16:42,753 --> 00:16:44,463
Macam kaunselor cakap.
136
00:16:44,463 --> 00:16:49,009
"Mendayung di sepanjang tasik jernih
dengan pohon dan langit tiada tandingnya."
137
00:16:49,009 --> 00:16:50,969
Bukankah ini menenangkan?
138
00:16:52,095 --> 00:16:55,057
Saya tak rasa ini menenangkan, tuan.
139
00:17:13,492 --> 00:17:16,328
Rasanya, awak dah pandai mendayung.
140
00:17:17,454 --> 00:17:20,207
Sekarang, kita hanya perlu melatih
deria arah awak.
141
00:18:01,623 --> 00:18:03,125
Keajaiban alam semula jadi.
142
00:18:15,220 --> 00:18:17,973
Apabila dah biasa dengannya,
143
00:18:17,973 --> 00:18:19,892
sebenarnya agak seronok di sini.
144
00:18:26,190 --> 00:18:28,942
Saya datang untuk panggil awak melantak.
145
00:18:28,942 --> 00:18:30,819
Maksudnya makan malam.
146
00:18:46,335 --> 00:18:47,711
Dapat ikan?
147
00:18:53,884 --> 00:18:55,886
Ingat kata-kata saya.
148
00:18:55,886 --> 00:18:57,554
Mendapat ikan memang seronok,
149
00:18:57,554 --> 00:19:02,059
tapi kesabaran dan dedikasi
juga satu ganjaran.
150
00:19:03,101 --> 00:19:05,062
Sepatutnya ada lencana untuk itu.
151
00:19:05,854 --> 00:19:08,232
Mungkin kita perlu pulang,
152
00:19:08,232 --> 00:19:10,067
tapi jangan tergesa-gesa.
153
00:19:10,067 --> 00:19:13,111
Saya mahu menikmati ini lebih lama.
154
00:19:13,111 --> 00:19:14,988
Mujurlah awak tak mengalah.
155
00:19:14,988 --> 00:19:17,699
Awak keluar dari zon selesa
dan tengoklah perkembangan awak.
156
00:19:17,699 --> 00:19:19,576
Saya bangga dengan awak, Marcie.
157
00:19:19,576 --> 00:19:21,203
Saya pun bangga dengan diri saya.
158
00:20:32,191 --> 00:20:36,195
Kesabaran dan dedikasi
juga satu ganjaran.
159
00:20:42,409 --> 00:20:45,078
Sepatutnya ada lencana untuk itu.
160
00:20:55,047 --> 00:20:56,089
BERDASARKAN KOMIK THE PEANUTS OLEH
CHARLES M. SCHULZ
161
00:21:19,988 --> 00:21:21,990
Terjemahan sari kata oleh Nur Ezzati Karim
162
00:21:25,077 --> 00:21:27,037
TERIMA KASIH, SPARKY.
SENTIASA DALAM INGATAN.