1 00:00:23,482 --> 00:00:26,068 Saya mungkin mendaftar untuk badminton hari ini. 2 00:00:26,068 --> 00:00:28,278 Awak pula, Charlie Brown? 3 00:00:30,572 --> 00:00:31,657 Apa itu? 4 00:00:33,951 --> 00:00:36,703 Lembaran pendaftaran untuk latihan angkasawan. 5 00:00:36,703 --> 00:00:38,747 Itu aktiviti perkhemahan yang pelik. 6 00:00:56,139 --> 00:00:58,433 Saya tetap mahu daftar untuk badminton. 7 00:01:01,186 --> 00:01:03,647 "Gigi Sally." 8 00:01:06,233 --> 00:01:07,776 Tengoklah roti bakar ini. 9 00:01:07,776 --> 00:01:09,528 Mentega disapu rata. 10 00:01:09,528 --> 00:01:11,822 Marmalad disapu rata. 11 00:01:11,822 --> 00:01:14,700 Saya puji, boleh tahan. 12 00:01:19,246 --> 00:01:21,206 Taklah teruk sangat. 13 00:01:22,249 --> 00:01:24,209 Gigi saya patah. 14 00:01:24,209 --> 00:01:26,086 Kerasnya marmalad itu. 15 00:01:26,086 --> 00:01:27,546 Awak okey? 16 00:01:27,546 --> 00:01:28,797 Okey? 17 00:01:29,840 --> 00:01:31,091 Saya rasa hebat! 18 00:01:31,091 --> 00:01:33,635 Ini bermaksud pari-pari gigi mengunjungi saya! 19 00:01:34,928 --> 00:01:37,764 Beri laluan. 20 00:01:37,764 --> 00:01:40,517 Tumpang lalu, sebatang gigi saya patah. 21 00:01:40,517 --> 00:01:42,477 Snoopy, awak dengar tak? 22 00:01:42,978 --> 00:01:45,063 Gigi susu saya patah. 23 00:02:14,218 --> 00:02:16,512 Awak dengar tak gigi saya patah? 24 00:02:17,054 --> 00:02:19,097 Saya dengar khabar angin itu. 25 00:02:19,097 --> 00:02:22,893 Saya tertanya-tanya upah pari-pari gigi masa ini. 26 00:02:22,893 --> 00:02:25,062 Gigi depan atau belakang? 27 00:02:25,062 --> 00:02:26,230 Belakang. 28 00:02:26,230 --> 00:02:29,650 Ia lebih mahal sebab gigi susu belakang yang banyak mengunyah. 29 00:02:30,234 --> 00:02:32,444 Saya tak terfikir begitu. 30 00:02:32,444 --> 00:02:35,364 Biasanya pari-pari gigi hanya beri saya lima sen. 31 00:02:35,364 --> 00:02:37,783 Mungkin saya akan dapat 25 sen. 32 00:02:37,783 --> 00:02:39,952 Gigi ini sangat berharga. 33 00:02:40,577 --> 00:02:43,914 Sudah tentu, jika awak tinggalkan alamat kepada pari-pari gigi 34 00:02:43,914 --> 00:02:45,874 di rumah sebelum datang ke perkhemahan. 35 00:02:46,959 --> 00:02:48,585 Apa maksud awak? 36 00:02:48,585 --> 00:02:51,255 Jadi macam mana pari-pari gigi akan jumpa awak? 37 00:02:51,255 --> 00:02:53,674 Saya andaikan jika saya letak gigi di bawah bantal, 38 00:02:53,674 --> 00:02:56,260 pari-pari gigi tahu tempat mencarinya. 39 00:02:56,260 --> 00:02:59,930 Macam mana? Dia bukan seperti Santa Claus. 40 00:02:59,930 --> 00:03:04,560 Santa Claus ada masa memantau semua orang sebab dia hanya bekerja semalam setahun. 41 00:03:04,560 --> 00:03:06,895 Bunian juga membantunya. 42 00:03:07,896 --> 00:03:09,898 Saya tak terfikir pula. 43 00:03:09,898 --> 00:03:14,027 Sebab inilah saya sentiasa tinggalkan alamat penghantaran semula. 44 00:03:14,528 --> 00:03:15,779 Betul. 45 00:03:15,779 --> 00:03:19,783 Kunjungan ke rumah nenek, parti tidur, apa-apa sahajalah. 46 00:03:19,783 --> 00:03:21,743 Memang patut begitu! 47 00:03:22,244 --> 00:03:23,871 Habislah saya. 48 00:03:36,049 --> 00:03:38,635 Mungkin awak boleh simpan gigi itu sehingga tiba di rumah 49 00:03:38,635 --> 00:03:40,762 kemudian barulah letak ia di bawah bantal? 50 00:03:40,762 --> 00:03:43,432 Saya tidak mahu ia susut nilai. 51 00:03:43,932 --> 00:03:47,477 Apa kata awak tulis surat kepada pari-pari gigi menggunakan alamat kem? 52 00:03:48,020 --> 00:03:51,315 Betul! Tulis surat, abang. 53 00:03:52,149 --> 00:03:56,945 Ke hadapan pari-pari gigi, surat ini untuk maklumkan perubahan lokasi terkini, 54 00:03:56,945 --> 00:04:00,782 memandangkan gigi susu saya baru patah dan saya tak mahu awak keliru. 55 00:04:00,782 --> 00:04:04,453 Saya faham yang upah gigi belakang ialah 25 sen, 56 00:04:04,453 --> 00:04:08,624 tapi kalau mahu beri lima keping lima sen, atau dua sepuluh sen dan lima satu sen... 57 00:04:08,624 --> 00:04:11,877 Kita patut kekalkan subjek lokasi. 58 00:04:11,877 --> 00:04:13,128 Betul juga. 59 00:04:13,128 --> 00:04:18,050 Saya ada di Kem Tasik Spring, Kabin B, tingkat pertama di tepi tingkap belakang. 60 00:04:18,050 --> 00:04:19,343 Jumpa lagi. 61 00:04:19,343 --> 00:04:21,762 Serta lain-lain. Sally Brown. 62 00:04:22,930 --> 00:04:24,806 Saya akan terus kirim surat ini. 63 00:04:24,806 --> 00:04:27,059 Awaklah abang terbaik. 64 00:04:27,059 --> 00:04:28,977 Dua puluh lima sen jumlah yang banyak. 65 00:04:28,977 --> 00:04:32,523 Saya perlu buat rancangan kewangan sewajarnya. 66 00:04:33,440 --> 00:04:36,652 Sekejap. Saya tak tahu tempat tinggal pari-pari gigi. 67 00:04:36,652 --> 00:04:38,695 Saya patut kirim surat ini ke mana? 68 00:04:44,952 --> 00:04:48,705 Kehilangan gigi hanya ungkapan bagi gigi yang patah. 69 00:04:48,705 --> 00:04:50,415 Sally masih ada gigi. 70 00:04:57,256 --> 00:04:59,466 Dia suruh saya hantar surat kepada pari-pari gigi, 71 00:04:59,466 --> 00:05:01,718 tapi saya tak tahu alamatnya. 72 00:05:01,718 --> 00:05:03,595 Saya tak mahu buat dia kecewa. 73 00:05:07,432 --> 00:05:09,560 Awak fikir apa yang saya fikir? 74 00:05:15,232 --> 00:05:17,568 Tak, Snoopy. Saya akan beri awak 25 sen, 75 00:05:17,568 --> 00:05:22,114 dan awak boleh buat tugas pari-pari gigi dengan menukarnya dengan gigi Sally. 76 00:05:25,492 --> 00:05:27,160 Sebagai pertukaran untuk biskut anjing? 77 00:05:30,497 --> 00:05:31,623 Sini. 78 00:05:32,708 --> 00:05:37,087 Sekarang saya cuma perlu tidur dan biarkan pari-pari gigi buat kerjanya. 79 00:05:38,380 --> 00:05:40,841 Tapi macam mana kalau saya tak dapat tidur? 80 00:05:40,841 --> 00:05:42,342 Atau berjaga sepanjang malam? 81 00:05:42,342 --> 00:05:43,468 Macam mana kalau saya... 82 00:05:46,847 --> 00:05:48,015 Okey, Snoopy. 83 00:05:48,015 --> 00:05:50,976 Awak cuma perlu menyelinap masuk dan buat pertukaran 84 00:05:50,976 --> 00:05:52,895 tanpa kejutkan sesiapa. 85 00:05:53,520 --> 00:05:54,855 Faham? 86 00:05:56,940 --> 00:06:00,652 Ini saja syiling saya ada, jadi berhati-hati. 87 00:06:27,262 --> 00:06:30,307 Seronok rasanya buat perkara baik untuk seseorang. 88 00:06:34,353 --> 00:06:35,354 Terima kasih, kawan. 89 00:06:35,354 --> 00:06:39,024 Tak sabar mahu tengok reaksi Sally esok. 90 00:06:43,320 --> 00:06:44,947 Pari-pari gigi datang. 91 00:06:44,947 --> 00:06:46,114 TASIK SPRING 92 00:06:46,114 --> 00:06:48,408 Biskut anjing? 93 00:06:49,117 --> 00:06:50,786 Teruknya. 94 00:06:50,786 --> 00:06:53,539 Teruk betul. Saya akan saman. 95 00:06:53,539 --> 00:06:57,209 Apa salah saya kepada pari-pari gigi sehingga dianiaya begini? 96 00:06:57,209 --> 00:07:00,254 Saya mahu duit bukan snek. 97 00:07:00,254 --> 00:07:02,840 Snek anjing tidak bernilai. 98 00:07:04,049 --> 00:07:05,509 Saya pasti itu kesilapan. 99 00:07:05,509 --> 00:07:06,885 Tulis surat! 100 00:07:06,885 --> 00:07:12,099 Ke hadapan pari-pari gigi, saya terima "hadiah" awak sebagai ganti gigi saya. 101 00:07:12,099 --> 00:07:15,644 Orang cakap patah gigi susu ialah petanda menjadi lebih matang. 102 00:07:15,644 --> 00:07:18,397 Saya rasa lebih matang sekarang. 103 00:07:18,397 --> 00:07:20,232 Matang dan kecewa. 104 00:07:20,232 --> 00:07:22,276 Betulkan ini. 105 00:07:23,986 --> 00:07:26,321 Jumpa lagi. Sally Brown. 106 00:07:31,326 --> 00:07:34,413 Snoopy, awak beri Sally barang yang salah. 107 00:07:35,122 --> 00:07:36,373 Nuh-uh. 108 00:07:42,963 --> 00:07:48,177 Ingat, rasa adil dan keajaiban seorang kanak-kanak dipertaruhkan. 109 00:08:20,000 --> 00:08:21,502 Awak sudah menukarnya? 110 00:08:24,296 --> 00:08:26,423 Di mana syiling itu? 111 00:08:28,300 --> 00:08:30,052 Apa yang kita patut buat? 112 00:08:30,052 --> 00:08:33,138 Kita perlu letak sesuatu di bawah bantal Sally. 113 00:08:40,729 --> 00:08:43,065 Surat akuan hutang? 114 00:08:44,691 --> 00:08:46,860 Ditandatangani oleh pari-pari gigi? 115 00:08:50,614 --> 00:08:52,115 {\an8}Awak percaya tak? 116 00:08:52,115 --> 00:08:56,453 {\an8}Surat akuan hutang tulisan tangan pari-pari gigi lebih baik daripada duit. 117 00:08:56,453 --> 00:08:58,121 {\an8}Saya tak mahu menukarnya dengan duit. 118 00:08:58,121 --> 00:09:01,375 {\an8}Lagipun, siapa lagi yang ada autograf pari-pari gigi? 119 00:09:01,375 --> 00:09:02,960 {\an8}Mungkin awak patut menggantungnya. 120 00:09:02,960 --> 00:09:05,254 {\an8}Idea yang bagus. 121 00:09:05,838 --> 00:09:10,008 Sukar untuk menahan diri daripada menagih hutang 25 dolar. 122 00:09:11,927 --> 00:09:13,720 Dua puluh lima dolar? 123 00:09:15,222 --> 00:09:18,809 Itulah padahnya mempercayai anjing untuk tulis titik perpuluhan. 124 00:09:28,861 --> 00:09:30,279 BUKU PANDUAN PENGAKAP BEAGLE 125 00:09:30,279 --> 00:09:34,366 "Pengakap Beagle Cekap. 126 00:09:37,953 --> 00:09:40,205 Alam semula jadi. 127 00:09:40,205 --> 00:09:44,001 Ia keindahan dan ketenangannya abadi." 128 00:09:45,836 --> 00:09:49,590 "Malangnya, bukan semua benda adalah abadi." 129 00:09:58,182 --> 00:10:01,643 "Tapi pengakap Beagle yang cekap sentiasa sedia membantu." 130 00:10:39,598 --> 00:10:41,808 "Sebaik sahaja Pengakap Beagle belajar untuk menjadi cekap, 131 00:10:41,808 --> 00:10:44,853 tiada masalah yang mereka tak boleh selesaikan." 132 00:10:49,608 --> 00:10:51,151 Menjaring bola. 133 00:10:54,821 --> 00:10:56,281 Itu satu jaringan. 134 00:11:08,460 --> 00:11:10,128 Donat saya. 135 00:11:10,128 --> 00:11:12,923 Tanpa lubang, ia hanya pastri Danish. 136 00:11:16,969 --> 00:11:18,595 Aduhai! 137 00:11:22,432 --> 00:11:27,688 "Tapi ingat, cekap bukan bermakna kamu perlu perbaiki semuanya." 138 00:11:36,530 --> 00:11:40,534 "Dengan kata lain, jika ia tak rosak, jangan perbaiki." 139 00:12:26,246 --> 00:12:28,498 "Dilema Gula-gula Getah." 140 00:13:01,281 --> 00:13:03,909 Sikap yang memalukan! 141 00:13:04,785 --> 00:13:08,747 Bagaimana dengan kerja berpasukan? Bekerjasama? Bersatu? 142 00:13:08,747 --> 00:13:12,334 Buku panduan awak pasti ada menyatakan perkara tersebut. 143 00:13:16,672 --> 00:13:19,049 {\an8}Ia dalam istilah yang mudah. 144 00:13:19,049 --> 00:13:22,928 {\an8}"Kerja berpasukan adalah asas penting bagi Pengakap Beagle." 145 00:13:28,267 --> 00:13:29,726 Tsk. 146 00:13:36,358 --> 00:13:40,362 Saya tahu kad pemula Joe Shlabotnik ada di sini. 147 00:13:40,362 --> 00:13:41,446 Apa pendapat awak? 148 00:13:41,446 --> 00:13:44,700 Sebungkus gula-gula getah, dan hanya ada tiga keping lagi. 149 00:13:46,034 --> 00:13:49,663 Jangan menunjuk-nunjuk jika tak cukup untuk berkongsi, Charlie Brown. 150 00:13:49,663 --> 00:13:54,168 Sekeping gula-gula getah terakhir di kem telah dimakan beberapa hari lepas. 151 00:13:54,668 --> 00:13:56,670 Ia barang berharga. 152 00:13:57,254 --> 00:13:59,423 Ia cuma gula-gula getah. Apa masalahnya... 153 00:13:59,423 --> 00:14:04,136 Maafkan saya, adakah itu bunyi merenyuk pembalut gula-gula getah? 154 00:14:07,347 --> 00:14:09,224 Mungkin saya tersilap. 155 00:14:13,437 --> 00:14:17,316 Adakah itu bunyi mengeluh lega? 156 00:14:18,984 --> 00:14:22,905 {\an8}"Kerja berpasukan perlukan tumpuan dan perhatian antara satu sama lain." 157 00:14:26,575 --> 00:14:31,163 "Mula membina sikap ini dengan senaman saling merenung yang mudah." 158 00:14:56,396 --> 00:14:59,900 Saya tak percaya awak membawa gula-gula getah di dalam poket. 159 00:14:59,900 --> 00:15:04,363 Saya tak yakin tempat ini begitu sukakan gula-gula getah seperti yang awak katakan. 160 00:15:04,363 --> 00:15:06,281 Kamu bercakap tentang gula-gula getah? 161 00:15:06,281 --> 00:15:07,824 Siapa ada gula-gula getah? 162 00:15:07,824 --> 00:15:10,035 Charlie Brown ada gula-gula getah! 163 00:15:10,035 --> 00:15:12,746 Saya harap ia cukup untuk dikongsi, Charles. 164 00:15:12,746 --> 00:15:14,206 Sudah tentu cukup. 165 00:15:14,206 --> 00:15:16,583 Chuck seorang kawan yang baik. 166 00:15:16,583 --> 00:15:20,504 Sebenarnya saya hanya ada tiga keping gula-gula getah. 167 00:15:21,004 --> 00:15:22,714 - Ini tak adil. - Ayuh. 168 00:15:22,714 --> 00:15:25,592 - Kami mahukan gula-gula getah. - Bertenang, semua. 169 00:15:25,592 --> 00:15:28,303 Ada penyelesaian yang jelas kepada dilema ini. 170 00:15:28,303 --> 00:15:29,930 - Ada? - Ya. 171 00:15:29,930 --> 00:15:32,474 Chuck hanya perlu memilih dua orang kegemarannya 172 00:15:32,474 --> 00:15:35,352 dalam kalangan kita untuk berkongsi. Mudah. 173 00:15:35,352 --> 00:15:36,895 - Tunggu. - Begitulah caranya. 174 00:15:36,895 --> 00:15:38,605 - Jangan buat silap. - Idea yang bagus. 175 00:15:38,605 --> 00:15:40,023 - Saya setuju. - Adil. 176 00:15:40,023 --> 00:15:41,650 Aduhai! 177 00:15:42,526 --> 00:15:44,695 "Kerja berpasukan dibina atas kepercayaan. 178 00:15:44,695 --> 00:15:47,614 Diawasi dan dilaksanakan dengan betul, 179 00:15:47,614 --> 00:15:51,785 latihan jatuh adalah cara yang bagus untuk menjalin perpaduan dalam pasukan. 180 00:15:51,785 --> 00:15:55,372 Bertenang dan baring ke belakang ke dalam pelukan pasukan anda 181 00:15:55,372 --> 00:15:58,417 sebagai demonstrasi kepercayaan dan keakraban." 182 00:16:08,719 --> 00:16:12,764 Seluruh kem bercakap tentang gula-gula getah abang. 183 00:16:12,764 --> 00:16:14,391 Jangan ingatkan saya. 184 00:16:14,391 --> 00:16:19,188 Saya tak iri hati awak perlu pilih orang yang dapat sekeping gula-gula getah itu. 185 00:16:19,771 --> 00:16:22,733 Sebenarnya, Sally, ada dua keping lebihan gula-gula getah. 186 00:16:23,525 --> 00:16:27,696 Ya, tapi selepas berkongsi dengan saya, ada lebihan sekeping lagi. 187 00:16:28,572 --> 00:16:31,617 Awak mahu berkongsi gula-gula getah dengan saya, bukan? 188 00:16:31,617 --> 00:16:34,786 Satu-satunya adik kandung perempuan awak. 189 00:16:34,786 --> 00:16:36,997 Sudah tentu saya dapat sekeping. 190 00:16:37,706 --> 00:16:39,917 Saya perlu berfikir. 191 00:16:42,544 --> 00:16:46,590 Sebagai keluarga, ada tanggungjawab yang perlu dipatuhi. 192 00:16:48,842 --> 00:16:50,427 Sy. Dia datang. 193 00:16:52,763 --> 00:16:57,226 Itu baju baru, Charlie Brown? Nampak cantik. 194 00:16:57,226 --> 00:16:59,978 Awak ubah gaya rambut? 195 00:16:59,978 --> 00:17:03,857 Saya rasa semua pujian ini adalah kerana gula-gula getah itu. 196 00:17:05,358 --> 00:17:07,069 Mungkin saya hanya bersikap sinis. 197 00:17:07,069 --> 00:17:08,278 Hai, gula-gula getah. 198 00:17:13,659 --> 00:17:15,786 Psst. Chuck, di sini. 199 00:17:22,751 --> 00:17:23,919 Apa khabar? 200 00:17:23,919 --> 00:17:25,127 Kurang bagus. 201 00:17:25,628 --> 00:17:28,382 Saya rasa bertanggungjawab untuk semua hal ini. 202 00:17:28,382 --> 00:17:29,800 Maafkan saya. 203 00:17:29,800 --> 00:17:31,844 Terima kasih. Saya hargainya. 204 00:17:31,844 --> 00:17:35,138 Orang boleh berpura-pura untuk capai kemahuan mereka. 205 00:17:35,138 --> 00:17:37,391 Jangan rasa tertekan. 206 00:17:37,391 --> 00:17:40,227 Beri saja gula-gula getah itu kepada orang pertama awak jumpa. 207 00:17:40,727 --> 00:17:41,937 Bermula sekarang. 208 00:17:42,813 --> 00:17:44,064 Sekarang. 209 00:17:44,064 --> 00:17:45,399 Saat ini. 210 00:17:46,817 --> 00:17:48,652 Saya mahu gula-gula getah itu, Chuck. 211 00:17:51,864 --> 00:17:54,324 - Tak mungkin. - Saya orang kegemaran Charlie Brown. 212 00:17:54,324 --> 00:17:56,493 - Dia akan beri saya. - Tak, saya! 213 00:17:56,493 --> 00:17:58,287 Saya tak tahan! 214 00:17:58,287 --> 00:18:02,124 Saya berharap tak jumpa gula-gula getah itu! 215 00:18:04,168 --> 00:18:08,463 "Komunikasi adalah penting untuk mencapai matlamat pasukan. 216 00:18:08,463 --> 00:18:12,050 Untuk menguji ini, pasukan membimbing rakan sepasukan yang ditutup matanya 217 00:18:12,050 --> 00:18:14,803 melalui laluan berhalangan menggunakan suara mereka." 218 00:18:15,971 --> 00:18:19,933 "Bercakap bergilir-gilir kunci untuk menunjukkan kerja berpasukan." 219 00:18:47,294 --> 00:18:50,964 "Pada akhirnya, kerja berpasukan bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa." 220 00:18:59,723 --> 00:19:02,601 "Pasukan Pengakap Beagle menjadi satu pasukan 221 00:19:02,601 --> 00:19:06,146 apabila mereka belajar untuk ketepikan perbezaan dan bekerjasama. 222 00:19:06,146 --> 00:19:09,441 Mempunyai matlamat yang sama menyatukan pasukan." 223 00:19:21,328 --> 00:19:23,080 Apa yang perlu saya buat, Linus? 224 00:19:23,080 --> 00:19:27,000 Tak kira siapa yang saya pilih, majoriti akan kecewa. 225 00:19:27,000 --> 00:19:29,670 Ia situasi yang mustahil. 226 00:19:30,295 --> 00:19:32,214 Tapi itulah kehidupan. 227 00:19:32,214 --> 00:19:35,092 Awak tak boleh puaskan hati semua orang. 228 00:19:36,260 --> 00:19:37,678 Itu dia! 229 00:19:38,554 --> 00:19:41,265 - Masih belum dapat. - Awak tak suka gula-gula getah. 230 00:19:41,265 --> 00:19:42,724 Perhatian, semua. 231 00:19:42,724 --> 00:19:44,768 Saya ada pengumuman. 232 00:19:44,768 --> 00:19:47,229 Senyap, semua. 233 00:19:47,229 --> 00:19:52,860 Abang saya yang baik dan tak lari daripada tanggungjawab keluarga... 234 00:19:52,860 --> 00:19:55,821 sudah ada keputusan tentang gula-gula getahnya. 235 00:19:55,821 --> 00:19:57,531 Ya, ada. 236 00:19:58,198 --> 00:19:59,741 Saya telah membuangnya. 237 00:20:01,493 --> 00:20:03,871 Awak buat apa? 238 00:20:03,871 --> 00:20:05,539 Saya membuangnya. 239 00:20:05,539 --> 00:20:08,250 Gula-gula getah itu dah tiada, dan tiada sesiapa mendapatnya. 240 00:20:08,250 --> 00:20:09,459 Termasuk saya. 241 00:20:09,459 --> 00:20:13,589 Saya fikir lebih baik kecewa bersama-sama 242 00:20:13,589 --> 00:20:18,135 daripada iri hati sesama kita, walaupun ia buat kamu marah kepada saya. 243 00:20:20,053 --> 00:20:21,972 - Dia buat perkara yang betul. - Okey, abang. 244 00:20:21,972 --> 00:20:24,391 - Dia betul kali ini. - Lagipun, siapa perlu gula-gula getah? 245 00:20:24,391 --> 00:20:25,767 Hebatnya dia. 246 00:20:26,643 --> 00:20:31,356 Saya rasa dunia ini perlukan orang seperti Charlie Brown. 247 00:20:31,356 --> 00:20:33,942 Apa awak buat dengan gula-gula getah itu? 248 00:20:51,877 --> 00:20:52,920 BERDASARKAN KOMIK THE PEANUTS STRIP OLEH CHARLES M. SCHULZ 249 00:21:16,818 --> 00:21:18,820 Terjemahan sari kata oleh Nur Ezzati Karim 250 00:21:21,907 --> 00:21:23,909 TERIMA KASIH, SPARKY. SENTIASA DALAM INGATAN.