1 00:00:09,009 --> 00:00:11,077 "Saya takkan biar awak rasa gelisah. 2 00:00:11,144 --> 00:00:13,013 Saya akan sayangi awak seikhlas hati. 3 00:00:13,580 --> 00:00:16,116 Boleh awak anggap saya lebih daripada kawan? 4 00:00:17,550 --> 00:00:20,086 DAI (23) PELAJAR UNIVERSITI 5 00:00:24,924 --> 00:00:27,794 Semasa awak baru tiba, 6 00:00:27,861 --> 00:00:31,164 saya sangat tertarik kepada awak. 7 00:00:32,065 --> 00:00:35,168 Awak periang, tapi awak juga ada sifat kejantanan. 8 00:00:35,235 --> 00:00:37,971 Awak pandai dan rajin buat kerja rumah. 9 00:00:38,772 --> 00:00:41,775 Saya fikir, "Wah, hebatnya dia." 10 00:00:41,841 --> 00:00:46,613 Awak betul-betul menawan hati saya. 11 00:00:47,647 --> 00:00:49,115 Walaupun begitu, 12 00:00:49,182 --> 00:00:54,421 saya juga rasa selesa bersama seseorang seperti Shun. 13 00:00:55,488 --> 00:00:56,322 Dan… 14 00:00:56,890 --> 00:01:02,429 Saya rasa selesa bersamanya walaupun kami berdua tak berbual. 15 00:01:02,495 --> 00:01:03,763 Itulah Shun. 16 00:01:05,265 --> 00:01:08,601 Ini bukan tentang awak, 17 00:01:08,668 --> 00:01:11,805 tapi Shun sangat penting bagi saya. 18 00:01:12,639 --> 00:01:13,907 Pada tahap ini, 19 00:01:14,641 --> 00:01:16,076 saya tak rasa 20 00:01:16,142 --> 00:01:23,116 saya boleh menyukai sesiapa seperti saya menyukai Shun. 21 00:01:26,186 --> 00:01:28,721 Terima kasih untuk semuanya. 22 00:01:37,564 --> 00:01:38,998 Dai sangat setia. 23 00:01:39,065 --> 00:01:41,801 - Dia yakin dengan perasaannya. - Dia sangat jujur. 24 00:01:41,868 --> 00:01:42,969 Tapi Ikuo juga… 25 00:01:43,036 --> 00:01:46,239 - Dia nampak hebat. - Ya, dia nampak segar. 26 00:01:46,306 --> 00:01:49,609 Mungkin Ikuo nak dengar sendiri daripada mulut Dai. 27 00:01:49,676 --> 00:01:51,611 - Supaya dia tak tertanya-tanya. - Betul. 28 00:01:51,678 --> 00:01:54,280 Semua orang ada rentak sendiri, bukan? 29 00:01:54,347 --> 00:01:55,315 Semua orang berbeza. 30 00:01:55,381 --> 00:01:58,451 Sukar nak jumpa pasangan yang sesuai. 31 00:01:58,518 --> 00:01:59,953 - Ia satu keajaiban. - Betul. 32 00:02:02,222 --> 00:02:03,756 "Selamat pagi. 33 00:02:03,823 --> 00:02:06,926 Kamu cuma ada tiga hari lagi di Bilik Hijau." 34 00:02:08,027 --> 00:02:09,229 Tiga hari… 35 00:02:09,295 --> 00:02:10,730 "Kazuto akan bekerja 36 00:02:12,031 --> 00:02:14,167 pada hari ini." 37 00:02:15,034 --> 00:02:19,439 "Kazuto, sila pilih seseorang untuk kerja bersama awak." 38 00:02:20,340 --> 00:02:21,407 Seorang saja? 39 00:02:21,474 --> 00:02:23,209 KAZUTO (27) CEF MAKANAN JEPUN 40 00:02:23,276 --> 00:02:24,277 Okey. 41 00:02:24,844 --> 00:02:26,079 Masa semakin suntuk. 42 00:02:26,146 --> 00:02:30,884 Kita tak tahu perasaan Kazuto selepas janji temunya dengan Alan. 43 00:02:30,950 --> 00:02:32,752 Saya nak tahu perasaan Kazuto. 44 00:02:44,130 --> 00:02:45,765 - Dia pilih Alan. - Alan. 45 00:02:48,968 --> 00:02:49,836 Jom. 46 00:02:50,703 --> 00:02:51,538 Baiklah! 47 00:02:52,038 --> 00:02:53,072 Baiklah! 48 00:02:54,641 --> 00:02:55,608 Mari berseronok. 49 00:02:57,110 --> 00:02:58,711 - Mari berseronok. - Ya. 50 00:03:17,096 --> 00:03:18,198 Itu pun mereka. 51 00:03:23,403 --> 00:03:24,270 Okey. 52 00:03:24,871 --> 00:03:26,673 - Hati-hati memandu. - Okey. 53 00:03:26,739 --> 00:03:29,175 - Ini untuk awak dan Alan. - Apa? 54 00:03:29,242 --> 00:03:30,176 Bekal untuk kamu. 55 00:03:30,243 --> 00:03:31,744 Biar betul? 56 00:03:31,811 --> 00:03:33,179 - Terima kasih. - Terima kasih. 57 00:03:33,246 --> 00:03:34,380 - Baguslah. - Hati-hati. 58 00:03:34,447 --> 00:03:35,448 Terima kasih. 59 00:03:36,316 --> 00:03:37,283 Kami pergi dulu. 60 00:03:37,350 --> 00:03:38,551 Terima kasih, Ryota. 61 00:03:38,618 --> 00:03:39,485 - Jumpa lagi. - Ya. 62 00:03:39,552 --> 00:03:41,321 - Jumpa lagi. - Jumpa lagi. 63 00:05:10,843 --> 00:05:12,712 Ryota sediakan makanan untuk mereka. 64 00:05:12,779 --> 00:05:14,747 Kasihan dia. 65 00:05:14,814 --> 00:05:18,418 - Kisah yang menyentuh hati. - Walaupun dalam hujan! 66 00:05:18,484 --> 00:05:22,055 Dia cuma mampu sediakan sandwic untuk orang yang dia suka. 67 00:05:22,121 --> 00:05:25,258 Dia masih nak tunjukkan rasa cintanya. 68 00:05:25,325 --> 00:05:27,360 Ia sangat menyedihkan. 69 00:05:27,427 --> 00:05:30,196 Saya harap Ryota akan hidup bahagia. 70 00:05:32,632 --> 00:05:33,599 Hei, Kazuto. 71 00:05:34,600 --> 00:05:35,435 Bagus. 72 00:05:35,501 --> 00:05:37,203 Nak saya berpaling dari kamera? 73 00:05:37,270 --> 00:05:40,373 Tak, tengok kamera dan buat muka comel. 74 00:05:42,842 --> 00:05:43,743 Maaf. 75 00:05:43,810 --> 00:05:45,511 Comelnya dia buat begitu. 76 00:05:46,679 --> 00:05:47,814 Apa awak buat? 77 00:05:48,548 --> 00:05:50,416 Saya hala ke tempat lain. Maaf. 78 00:05:51,417 --> 00:05:52,852 Helo. 79 00:05:52,919 --> 00:05:54,654 Kopi titisan dan latte. 80 00:05:54,721 --> 00:05:56,956 Kopi titisan dan latte? Terima kasih. 81 00:06:00,326 --> 00:06:03,863 Ini latte panas untuk awak. 82 00:06:03,930 --> 00:06:04,997 - Terima kasih. - Nah. 83 00:06:05,064 --> 00:06:06,833 - Kopi titisan. - Maaf lama tunggu. 84 00:06:06,899 --> 00:06:08,234 Maaf lama tunggu. 85 00:06:08,301 --> 00:06:09,535 Terima kasih. 86 00:06:09,602 --> 00:06:10,703 Terima kasih. 87 00:06:13,406 --> 00:06:14,807 Saya lapar. 88 00:06:14,874 --> 00:06:17,543 - Tak sabar nak makan sandwic Ryota. - Makanan Ryota. 89 00:06:22,849 --> 00:06:23,683 Sedapnya. 90 00:06:23,750 --> 00:06:25,051 Terima kasih, Ryota. 91 00:06:26,652 --> 00:06:28,121 Dia sangat baik hati. 92 00:06:37,263 --> 00:06:40,400 Dah banyak kali dia nak berbual dengan awak. 93 00:06:40,466 --> 00:06:42,435 - Berbual berdua-duaan. - Ya. 94 00:06:49,275 --> 00:06:51,878 Kami juga buat seni latte bersama semalam. 95 00:06:59,152 --> 00:07:01,621 Saya dengar suara kamu berdua semalam. 96 00:07:01,687 --> 00:07:03,723 - Yakah? - Ya, kamu sedang ketawa. 97 00:07:04,290 --> 00:07:05,291 Awak seronok tak? 98 00:07:05,358 --> 00:07:06,225 Ya. 99 00:07:08,594 --> 00:07:10,062 Ia agak rumit. 100 00:07:12,398 --> 00:07:14,333 - Rumit? - Apa yang rumit? 101 00:07:14,400 --> 00:07:16,102 Seni latte? Atau perasaan awak? 102 00:07:16,169 --> 00:07:18,237 - Mana satu? - Mana satu yang rumit? 103 00:07:18,304 --> 00:07:19,338 Mungkin dua-dua. 104 00:07:20,440 --> 00:07:22,408 - Nak tutup? - Jom tutup kedai. 105 00:07:42,061 --> 00:07:44,464 Saya nak beritahu awak sesuatu. 106 00:07:45,031 --> 00:07:48,868 Ada sesuatu yang saya nak katakan. 107 00:07:48,935 --> 00:07:50,102 Ya. 108 00:07:51,370 --> 00:07:57,410 Saya dapat merasai banyak pengalaman baru disebabkan awak. 109 00:07:59,045 --> 00:08:00,813 Saya betul-betul… 110 00:08:00,880 --> 00:08:05,284 Sebenarnya, saya tak pernah 111 00:08:06,352 --> 00:08:08,321 meluahkan perasaan saya begini. 112 00:08:08,387 --> 00:08:10,089 Ia sangat sukar bagi saya. 113 00:08:10,823 --> 00:08:12,925 Apabila saya lihat awak 114 00:08:13,426 --> 00:08:16,929 berkongsi fikiran dan pendapat awak 115 00:08:16,996 --> 00:08:21,033 serta kemampuan awak untuk meluahkan perasaan dengan mudah, 116 00:08:21,634 --> 00:08:27,240 saya teringin nak jadi macam awak. 117 00:08:28,274 --> 00:08:30,209 Saya gembira mengenali awak. 118 00:08:31,244 --> 00:08:33,212 Saya rasa bersyukur. 119 00:08:34,347 --> 00:08:38,184 Kita ada dua hari lagi termasuk hari ini 120 00:08:38,251 --> 00:08:41,854 dan apabila saya fikir yang semua ini akan berakhir, 121 00:08:42,588 --> 00:08:46,158 saya juga fikir tentang kehidupan saya selepas ini. 122 00:08:47,326 --> 00:08:49,028 Saya selalu memikirkannya. 123 00:08:49,695 --> 00:08:56,335 Bagi saya, awak lebih istimewa berbanding orang lain di sini. 124 00:08:57,570 --> 00:08:59,372 Itulah pendapat saya. 125 00:08:59,872 --> 00:09:06,679 Tapi saya masih tak ada jawapan yang jelas 126 00:09:07,246 --> 00:09:09,615 berkaitan perasaan saya terhadap awak. 127 00:09:10,850 --> 00:09:14,153 Saya dah fikir tentang perasaan saya, 128 00:09:14,220 --> 00:09:16,556 tapi saya masih tak yakin. 129 00:09:17,123 --> 00:09:23,696 Apabila saya jatuh cinta dengan seseorang, saya nak luangkan masa bersama mereka. 130 00:09:24,263 --> 00:09:30,269 Tapi saya perlukan masa yang lama untuk jatuh cinta kepada seseorang. 131 00:09:32,271 --> 00:09:39,011 Jadi jika saya perlu buat keputusan sementara saya berada di Bilik Hijau, 132 00:09:40,846 --> 00:09:43,516 saya rasa saya tak boleh lakukannya, oleh itu… 133 00:09:48,721 --> 00:09:53,593 Saya cuma nak beritahu awak yang saya bersyukur mengenali awak 134 00:09:54,160 --> 00:09:56,429 sementara kita masih ada di sini. 135 00:10:00,299 --> 00:10:01,434 Terima kasih. 136 00:10:01,500 --> 00:10:05,004 - Terima kasih. - Kerana sudi meluahkan perasaan. 137 00:10:13,379 --> 00:10:16,048 BILIK HIJAU 138 00:10:19,785 --> 00:10:20,720 Sini. 139 00:10:27,293 --> 00:10:28,160 Macam ini? 140 00:10:30,129 --> 00:10:30,963 Baiklah. 141 00:10:43,943 --> 00:10:44,777 Okey. 142 00:10:57,857 --> 00:11:01,794 Situasi Alan dah jadi agak rumit. 143 00:11:01,861 --> 00:11:06,532 Selalunya dia nampak tenang, tapi tadi dia nampak sangat risau. 144 00:11:06,599 --> 00:11:09,001 Ini kali pertama dia nampak risau. 145 00:11:09,068 --> 00:11:11,270 Kata-kata Kazuto juga 146 00:11:11,337 --> 00:11:14,540 seperti ucapan perpisahan. 147 00:11:14,607 --> 00:11:16,409 Dia tak perlu cakap apa-apa. 148 00:11:16,475 --> 00:11:21,981 Dia patut cuba bina hubungan mereka secara perlahan-lahan. 149 00:11:22,048 --> 00:11:25,117 Tapi dia kata dia dah merasai banyak pengalaman disebabkan Alan. 150 00:11:25,184 --> 00:11:28,888 Seolah-olah dia nak kata, "Terima kasih untuk semuanya." 151 00:11:28,954 --> 00:11:32,091 Dah dua kali dia bermalam dengan Alan, 152 00:11:32,158 --> 00:11:36,262 tapi hubungan mereka masih tak intim. 153 00:11:36,328 --> 00:11:40,466 Mungkin ia takkan berlaku. 154 00:11:40,533 --> 00:11:42,868 - Betul. - Boleh jadi. 155 00:11:48,708 --> 00:11:50,409 Dua hari termasuk hari ini. 156 00:11:52,445 --> 00:11:53,579 Alamak. 157 00:11:56,582 --> 00:11:58,150 - Ada mesej. - Itu dia. 158 00:11:58,217 --> 00:12:00,152 - Bacalah, Ikuo. - Baiklah. 159 00:12:01,587 --> 00:12:03,255 Saya akan baca kuat-kuat. 160 00:12:03,322 --> 00:12:06,358 "Hari ini hari terakhir kamu bekerja." 161 00:12:06,425 --> 00:12:07,860 Trak akan tutup. 162 00:12:09,061 --> 00:12:11,330 "Syif terakhir akan diumumkan. 163 00:12:13,799 --> 00:12:16,736 Shun akan bekerja pada hari ini. 164 00:12:18,904 --> 00:12:23,008 Shun, sila pilih seseorang untuk kerja bersama awak." 165 00:12:23,709 --> 00:12:24,543 Seorang saja? 166 00:12:53,773 --> 00:12:54,874 Mari kita bekerjasama. 167 00:12:54,940 --> 00:12:56,208 Sudah tentu. 168 00:12:56,776 --> 00:12:57,710 - Dai. - Dai. 169 00:12:57,777 --> 00:12:58,844 Saya dah agak. 170 00:12:58,911 --> 00:13:01,347 Wajahnya comel apabila dia gembira. 171 00:13:01,413 --> 00:13:03,682 Dai sangat ekspresif dan menawan. 172 00:13:19,431 --> 00:13:20,633 Jangan gaduh-gaduh. 173 00:13:21,767 --> 00:13:22,768 Betul juga. 174 00:13:24,336 --> 00:13:26,405 - Patutlah mereka kata begitu. - Bagus. 175 00:13:26,472 --> 00:13:28,240 Semua orang dah tahu. 176 00:13:29,108 --> 00:13:30,142 Cepatnya masa berlalu. 177 00:13:30,743 --> 00:13:32,111 Hari ini hari terakhir. 178 00:13:49,995 --> 00:13:50,863 Baiklah. 179 00:13:55,801 --> 00:13:57,136 Ini syif terakhir. 180 00:13:58,170 --> 00:14:01,207 Adakah pengalaman ini telah mengubah diri awak? 181 00:14:01,273 --> 00:14:03,843 Ya, saya rasa saya dah jadi 182 00:14:05,311 --> 00:14:07,446 semakin menerima. 183 00:14:07,513 --> 00:14:08,781 Yakah? 184 00:14:08,848 --> 00:14:11,617 Sebelum ini, saya selalu menilai orang. 185 00:14:13,352 --> 00:14:14,553 Melalui penampilan mereka. 186 00:14:15,955 --> 00:14:19,792 Contohnya, "Orang itu mesti jahat. Saya tak nak terlibat." 187 00:14:19,859 --> 00:14:20,726 Betul. 188 00:14:22,027 --> 00:14:24,463 Disebabkan itu, apabila saya kenal orang… 189 00:14:26,031 --> 00:14:28,968 Awak tak nak kenal mereka dengan lebih rapat. 190 00:14:31,704 --> 00:14:34,373 Itu perkembangan yang bagus untuk Shun. 191 00:14:34,440 --> 00:14:35,674 Baguslah. 192 00:14:35,741 --> 00:14:39,511 Kita perlu berinteraksi dengan pelbagai jenis orang. 193 00:14:39,578 --> 00:14:41,814 Mungkin dia tak dapat mendekati 194 00:14:41,881 --> 00:14:44,516 ramai kenalannya sebelum ini. 195 00:14:44,583 --> 00:14:46,952 Ini perubahan yang besar baginya. 196 00:14:47,586 --> 00:14:49,788 Tak sangka hari ini hari terakhir. 197 00:14:49,855 --> 00:14:50,723 Ya. 198 00:14:51,357 --> 00:14:53,325 Saya nak tinggal di sini dua bulan lagi. 199 00:15:03,469 --> 00:15:05,871 Kejutan! 200 00:15:08,807 --> 00:15:09,808 Terkejut saya. 201 00:15:09,875 --> 00:15:11,143 Seronoknya! 202 00:15:12,311 --> 00:15:15,180 - Mereka kawan baik. - Menikmati zaman muda! 203 00:15:15,247 --> 00:15:18,217 - Menikmati zaman muda! - Ia sangat indah! 204 00:15:19,418 --> 00:15:20,252 Seronoknya! 205 00:15:25,658 --> 00:15:27,126 Saya nak buat kejutan. 206 00:15:27,660 --> 00:15:29,395 Jom kita sediakan makanan dan… 207 00:15:29,461 --> 00:15:31,330 Bawa apron sendiri. 208 00:15:31,397 --> 00:15:32,698 Idea yang bagus! 209 00:15:33,299 --> 00:15:34,300 Baiklah. 210 00:15:43,609 --> 00:15:45,177 Nak beli kopi? 211 00:15:46,011 --> 00:15:47,479 Nak beli kopi? 212 00:16:40,733 --> 00:16:42,968 Saya rasa sedih. 213 00:16:43,035 --> 00:16:46,271 - Zaman muda, persahabatan dan cinta. - Hebatnya! 214 00:16:48,640 --> 00:16:50,976 Apa? Tablet berbunyi. 215 00:16:52,644 --> 00:16:56,548 "Kamu akan keluar makan sebagai rakan serumah buat kali terakhir." 216 00:16:57,082 --> 00:16:57,916 Makan malam? 217 00:16:57,983 --> 00:16:59,618 - Mungkin… - Baguslah. 218 00:17:00,753 --> 00:17:03,222 "Sila bersiap di Bilik Hijau." 219 00:17:03,288 --> 00:17:04,223 Apa? 220 00:17:04,857 --> 00:17:06,458 - Seronoknya. - Ya! 221 00:17:06,525 --> 00:17:08,127 - Ya Tuhan. - Seronoknya. 222 00:17:08,193 --> 00:17:09,728 - "Bersiap"? - Entahlah. 223 00:17:10,662 --> 00:17:12,998 - Seronoknya. - Bulu roma saya meremang. 224 00:17:13,065 --> 00:17:14,233 Meremang bulu roma! 225 00:17:14,299 --> 00:17:17,036 - Mereka akan berpakaian kemas. - Baguslah! 226 00:17:17,102 --> 00:17:19,071 - Wah! - Mungkin di tempat mewah? 227 00:17:19,138 --> 00:17:21,073 Tak sabarnya saya! 228 00:17:21,140 --> 00:17:22,374 BILIK HIJAU 229 00:17:43,362 --> 00:17:44,196 Comelnya! 230 00:17:44,263 --> 00:17:46,899 - Mereka nampak hebat. - Kacaknya! 231 00:17:47,433 --> 00:17:48,534 Hebatnya! 232 00:17:48,600 --> 00:17:50,702 Semua nampak kacak. 233 00:17:50,769 --> 00:17:53,405 Baguslah. Mereka ada gaya tersendiri. 234 00:17:53,472 --> 00:17:54,740 Baguslah. 235 00:18:02,514 --> 00:18:04,083 Saya rasa seronok sangat. 236 00:18:04,783 --> 00:18:06,118 Wah, biar betul! 237 00:18:09,822 --> 00:18:10,889 Seronoknya! 238 00:18:17,196 --> 00:18:19,298 - Minum. - Minum. 239 00:18:20,099 --> 00:18:21,467 Seronoknya. 240 00:18:23,902 --> 00:18:25,037 Mari ucap selamat. 241 00:18:25,871 --> 00:18:27,106 Untuk malam terakhir kita. 242 00:18:27,973 --> 00:18:29,041 Tak sangka, bukan? 243 00:18:29,608 --> 00:18:30,642 Terima kasih! 244 00:18:30,709 --> 00:18:32,244 - Terima kasih! - Minum. 245 00:18:32,311 --> 00:18:33,145 Minum. 246 00:18:40,219 --> 00:18:42,621 Wah, sedapnya bau! 247 00:18:44,123 --> 00:18:44,957 Sedapnya. 248 00:18:45,023 --> 00:18:47,626 - Saya suka. - Ya Tuhan! 249 00:18:48,660 --> 00:18:50,796 - Sedap, bukan? - Ya, sedap sangat. 250 00:18:52,164 --> 00:18:54,466 Saya gembira kita dapat meluangkan masa di sini. 251 00:18:55,267 --> 00:18:57,236 Bukan berdua, tapi beramai-ramai. 252 00:18:57,302 --> 00:18:59,671 Saya gembira kita semua ada di sini. 253 00:18:59,738 --> 00:19:05,644 Sejak kita tinggal bersama, kita berkongsi banyak jenaka peribadi. 254 00:19:05,711 --> 00:19:10,716 Orang luar tentu takkan faham gurauan-gurauan itu. 255 00:19:10,782 --> 00:19:13,519 - Ia gurauan peribadi kita. - Betul. 256 00:19:13,585 --> 00:19:17,789 - Saya akan ketawa seorang diri. - Selepas menyertai semula masyarakat. 257 00:19:17,856 --> 00:19:20,792 "Menyertai semula masyarakat"? 258 00:19:21,393 --> 00:19:23,595 Sekarang kita dalam dunia sendiri. 259 00:19:23,662 --> 00:19:24,863 Pada waktu ini. 260 00:19:24,930 --> 00:19:25,898 Betul tak? 261 00:19:25,964 --> 00:19:28,267 Jadi, ia seperti "menyertai semula". 262 00:19:35,874 --> 00:19:40,646 Semua kenangan kita bersama akan membuatkan saya rasa tenang. 263 00:19:41,613 --> 00:19:45,751 Perkara-perkara biasa seperti mencuci pinggan, makan, 264 00:19:45,817 --> 00:19:47,719 melakukan rutin penjagaan kulit, 265 00:19:47,786 --> 00:19:49,154 menyidai pakaian, 266 00:19:49,855 --> 00:19:52,057 masak dan makan lagi. 267 00:19:52,124 --> 00:19:55,727 Kita buat semuanya bersama-sama. 268 00:19:55,794 --> 00:19:57,763 Saya akan buat perkara yang sama… 269 00:19:57,829 --> 00:19:58,764 Betul. 270 00:19:58,830 --> 00:20:01,967 …tapi kamu semua tiada di sana. 271 00:20:02,634 --> 00:20:06,838 Saya tahu kenangan saya bersama kamu semua 272 00:20:06,905 --> 00:20:09,708 akan memberikan saya semangat. 273 00:20:09,775 --> 00:20:13,011 Saya gembira saya buat keputusan untuk datang ke sini. 274 00:20:13,078 --> 00:20:17,182 Setiap kali ada orang pergi atau orang baru datang, 275 00:20:17,249 --> 00:20:19,785 melihat wajah dan reaksi kamu… 276 00:20:19,851 --> 00:20:23,021 Pada mulanya, kita tak saling mengenali. 277 00:20:23,088 --> 00:20:26,525 Tapi hubungan kita dah jadi semakin erat. 278 00:20:26,592 --> 00:20:31,997 Pengalaman saya di sini sangat berharga. 279 00:20:34,967 --> 00:20:36,368 Saya takkan lupakannya. 280 00:20:45,077 --> 00:20:48,680 HARI TERAKHIR MEREKA TINGGAL BERSAMA 281 00:21:25,150 --> 00:21:28,253 ALAN (29) 282 00:21:28,820 --> 00:21:32,090 IKUO (22) 283 00:21:32,658 --> 00:21:36,228 KAZUTO (27) 284 00:21:36,795 --> 00:21:40,365 DAI (23) 285 00:21:40,932 --> 00:21:44,236 SHUN (23) 286 00:21:44,803 --> 00:21:49,675 TAEHEON (34) 287 00:21:50,242 --> 00:21:55,347 RYOTA (28) 288 00:21:55,914 --> 00:21:58,150 Semua benda dalam rumah seakan-akan berharga. 289 00:21:58,216 --> 00:21:59,584 - Semuanya. - Betul! 290 00:21:59,651 --> 00:22:03,088 Ia seperti cuti musim panas untuk orang dewasa. 291 00:22:03,155 --> 00:22:06,425 Mereka mempunyai latar belakang yang sama, tapi berbeza. 292 00:22:06,491 --> 00:22:08,360 Umur mereka juga berbeza. 293 00:22:08,427 --> 00:22:10,662 Susah nak jumpa komuniti begini. 294 00:22:10,729 --> 00:22:13,298 - Ia sangat menakjubkan. - Saya setuju. 295 00:22:13,365 --> 00:22:16,768 Mereka berpeluang untuk bertukar-tukar bercerita. 296 00:22:16,835 --> 00:22:18,537 Mereka kawan baik. 297 00:22:18,603 --> 00:22:20,372 - Kawan baik selamanya! - Ya. 298 00:22:20,439 --> 00:22:23,508 - Jadi inilah maksud kawan baik. - Inilah kawan baik. 299 00:22:23,575 --> 00:22:24,543 Betul. 300 00:22:24,609 --> 00:22:26,078 - Inilah dia. - Begitu. 301 00:22:26,144 --> 00:22:28,046 Hari ini hari terakhir mereka. 302 00:22:28,113 --> 00:22:30,949 Setiap ahli akan menerima "jawapan" mereka. 303 00:22:31,016 --> 00:22:33,485 Apa yang akan berlaku? 304 00:22:33,552 --> 00:22:35,520 - Alamak. - Saya tak nak ia berakhir. 305 00:22:35,587 --> 00:22:38,190 - Saya nak tengok lagi. - Saya akan rindu mereka. 306 00:22:38,256 --> 00:22:39,791 Kamu rasa semua ini benar? 307 00:22:40,459 --> 00:22:41,293 Tidak. 308 00:22:41,360 --> 00:22:42,627 Ia macam mimpi. 309 00:22:42,694 --> 00:22:44,463 Inilah zaman muda kita. 310 00:22:44,963 --> 00:22:46,798 Kita semua banyak belajar. 311 00:22:46,865 --> 00:22:51,570 Saya rasa sangat gembira melihat kamu turun pada waktu pagi. 312 00:22:51,636 --> 00:22:52,604 Betul tak? 313 00:22:53,338 --> 00:22:56,775 Saya ingat saya suka bersendirian. 314 00:22:57,743 --> 00:23:01,646 Tapi saya rasa sunyi membayangkan hidup saya selepas ini. 315 00:23:02,814 --> 00:23:07,185 Saya nak ucapkan terima kasih kepada kamu semua. 316 00:23:09,087 --> 00:23:11,323 Saya seronok tinggal bersama kamu. 317 00:23:12,824 --> 00:23:14,793 - Terima kasih. - Terima kasih. 318 00:23:17,796 --> 00:23:20,832 Kalau begitu, saya akan jadi orang pertama… 319 00:23:22,868 --> 00:23:23,769 yang pergi. 320 00:23:25,103 --> 00:23:25,971 Biar betul? 321 00:23:26,037 --> 00:23:28,440 Saya nak beritahu kamu sesuatu. 322 00:23:28,507 --> 00:23:34,513 Malangnya, saya tak menemui pasangan saya di sini. 323 00:23:35,747 --> 00:23:39,651 Tapi saya dapat sesuatu yang lebih berharga. 324 00:23:39,718 --> 00:23:42,087 Saya banyak belajar daripada kamu semua. 325 00:23:45,390 --> 00:23:46,425 Sejujurnya, 326 00:23:47,225 --> 00:23:48,493 sebelum saya datang, 327 00:23:48,994 --> 00:23:49,895 saya tak mampu 328 00:23:50,996 --> 00:23:57,235 beritahu ibu bapa saya yang saya seorang homoseksual. 329 00:23:57,836 --> 00:24:00,038 Saya datang sini kerana saya nak berterus terang, 330 00:24:00,105 --> 00:24:03,875 tapi saya masih ragu-ragu sehingga beberapa malam lalu. 331 00:24:03,942 --> 00:24:10,715 Saya fikir saya tak perlu lakukannya jika mereka tonton rancangan ini. 332 00:24:11,850 --> 00:24:14,719 Banyak kali saya fikir begitu. 333 00:24:14,786 --> 00:24:16,621 Tapi selepas saya beritahu kamu 334 00:24:16,688 --> 00:24:19,224 dan selepas perbualan kita, 335 00:24:19,291 --> 00:24:21,359 saya dah jumpa jawapan saya. 336 00:24:22,294 --> 00:24:25,464 Saya dah dapat lapan kawan baru di sini, 337 00:24:25,530 --> 00:24:30,802 jadi saya boleh jumpa keluarga saya dan beritahu mereka dengan rasa bangga. 338 00:24:38,910 --> 00:24:44,449 Saya tak nak tengok wajah kamu sekarang kerana saya akan menangis. 339 00:24:46,751 --> 00:24:48,220 Terima kasih, semua. 340 00:24:51,122 --> 00:24:53,058 - Terima kasih. - Terima kasih. 341 00:25:09,941 --> 00:25:12,377 Saya nak… 342 00:25:14,813 --> 00:25:18,617 hidup lebih bersemangat daripada sebelum ini. 343 00:25:19,384 --> 00:25:20,719 Mari kita buat yang terbaik. 344 00:25:33,865 --> 00:25:35,600 Terima kasih, Taeheon. 345 00:25:38,570 --> 00:25:40,605 Kita selalu berseronok bersama. 346 00:25:42,941 --> 00:25:43,842 Terima kasih. 347 00:25:51,883 --> 00:25:54,686 Ibu dan ayah awak akan faham selepas mereka menontonnya. 348 00:25:58,089 --> 00:25:59,190 Terima kasih, Taeheon. 349 00:25:59,257 --> 00:26:00,091 Terima kasih. 350 00:26:05,297 --> 00:26:06,798 Harap semua berjalan lancar. 351 00:26:12,037 --> 00:26:13,171 Terima kasih, Ikuo. 352 00:26:13,238 --> 00:26:14,639 Kasihan awak. 353 00:26:15,941 --> 00:26:17,609 Harap semua berjalan lancar. 354 00:26:22,814 --> 00:26:24,749 - Terima kasih. - Terima kasih, Ryota. 355 00:26:27,252 --> 00:26:28,286 Saya tak boleh… 356 00:26:31,656 --> 00:26:32,791 Terima kasih, Shun. 357 00:26:34,492 --> 00:26:38,496 Kalau awak nak minta bantuan, minta baik-baik, okey? 358 00:26:45,203 --> 00:26:49,107 Ini untuk Budak Bilik Hijau. Terima kasih. 359 00:26:50,208 --> 00:26:52,544 - Terima kasih. - Terima kasih. 360 00:26:52,611 --> 00:26:54,245 - Terima kasih. - Jaga diri. 361 00:26:54,312 --> 00:26:55,380 Jumpa lagi. 362 00:26:55,447 --> 00:26:56,781 Terima kasih. 363 00:27:10,595 --> 00:27:17,602 Saya rasa mereka agak berbeza daripada orang yang saya gelar kawan. 364 00:27:17,669 --> 00:27:22,140 Saya boleh beritahu mereka apa-apa saja. 365 00:27:24,042 --> 00:27:29,347 Saya dah jumpa kawan-kawan yang boleh terima kejujuran saya. 366 00:27:30,415 --> 00:27:35,320 Saya banyak belajar daripada mereka semua 367 00:27:36,254 --> 00:27:39,224 dan saya juga rasa lebih bersemangat sekarang. 368 00:27:42,327 --> 00:27:44,095 Tak sabar nak jumpa mereka lagi. 369 00:27:52,170 --> 00:27:53,605 Terima kasih, Taeheon. 370 00:27:53,672 --> 00:27:57,442 Sebagai orang dewasa, kita jarang menangis depan orang. 371 00:27:57,509 --> 00:27:58,610 Betul. 372 00:27:58,677 --> 00:28:00,078 Kita akan merindui mereka. 373 00:28:00,145 --> 00:28:02,580 - Tak sanggup tengok mereka pergi. - Ya. 374 00:28:02,647 --> 00:28:04,883 Saya rasa berat hati melihatnya. 375 00:28:11,756 --> 00:28:13,391 Saya pun nak minta diri. 376 00:28:17,962 --> 00:28:21,633 Saya sertai kamu semua agak lambat. 377 00:28:21,700 --> 00:28:27,405 Jadi mungkin saya cuba berlagak hebat dan terlalu memaksa diri. 378 00:28:28,873 --> 00:28:34,379 Tapi saya dapat bermesra dengan kamu kerana kamu menerima kedatangan saya. 379 00:28:35,046 --> 00:28:39,784 Saya minta bantuan daripada kamu dan kamu semua sudi bantu saya. 380 00:28:41,119 --> 00:28:45,657 Masa saya di sini membuatkan saya banyak berfikir. 381 00:28:45,724 --> 00:28:50,462 Satu perkara yang saya ingin cari di sini 382 00:28:51,162 --> 00:28:52,397 ialah cinta. 383 00:28:53,465 --> 00:28:55,400 Meluahkan perasaan sebenar saya. 384 00:28:57,902 --> 00:29:01,940 Saya dah cuba mencari cinta di sini 385 00:29:02,006 --> 00:29:05,376 dan ia akan memberikan saya keyakinan pada masa depan. 386 00:29:06,945 --> 00:29:11,049 Walaupun saya akan pergi, saya masih akan mencari diri sendiri… 387 00:29:13,318 --> 00:29:15,186 dan terus buat yang terbaik. 388 00:29:15,253 --> 00:29:16,488 Terima kasih. 389 00:29:17,122 --> 00:29:18,623 - Terima kasih. - Terima kasih. 390 00:29:18,690 --> 00:29:21,359 - Mari kita buat yang terbaik! - Mari. 391 00:29:22,560 --> 00:29:23,394 Baiklah. 392 00:29:26,231 --> 00:29:27,065 Ikuo. 393 00:29:30,969 --> 00:29:31,870 Terima kasih. 394 00:29:34,205 --> 00:29:35,073 Terima kasih. 395 00:29:36,207 --> 00:29:37,041 Jumpa lagi. 396 00:29:39,778 --> 00:29:40,845 Mari buat yang terbaik. 397 00:29:44,249 --> 00:29:45,784 Jaga diri. 398 00:29:46,384 --> 00:29:49,621 - Terima kasih sudi dengar luahan saya. - Sudah tentu. 399 00:29:51,489 --> 00:29:52,857 - Terima kasih. - Terima kasih. 400 00:29:54,359 --> 00:29:55,560 - Terima kasih. - Ya. 401 00:29:56,127 --> 00:29:57,829 - Semoga kita berjaya. - Ya. 402 00:30:01,933 --> 00:30:02,934 Sedihnya. 403 00:30:04,569 --> 00:30:06,371 Terima kasih banyak-banyak. 404 00:30:06,437 --> 00:30:07,939 - Terima kasih. - Ya. 405 00:30:08,439 --> 00:30:10,141 - Terima kasih. - Ya. 406 00:30:11,176 --> 00:30:12,443 - Jaga kepala… - Aduh. 407 00:30:14,045 --> 00:30:14,879 Awak okey? 408 00:30:16,447 --> 00:30:19,551 - Itulah diri sebenar Ikuo. - Itulah Ikuo. 409 00:30:31,062 --> 00:30:35,099 Ia telah mengubah pandangan saya terhadap masa depan saya. 410 00:30:35,166 --> 00:30:39,137 Sebelum saya datang ke sini, saya tak pernah bersungguh-sungguh. 411 00:30:39,204 --> 00:30:42,574 Ada sebahagian diri saya yang belum diterokai. 412 00:30:42,640 --> 00:30:46,544 Pengalaman saya di sini membuatkan saya fikir… 413 00:30:47,278 --> 00:30:52,951 tentang kebahagiaan saya dan cara menjalani hidup yang baik. 414 00:31:15,440 --> 00:31:18,009 Sekarang giliran saya pula. 415 00:31:20,378 --> 00:31:23,348 Sebelum saya pergi, saya nak berbual dengan seseorang. 416 00:31:23,414 --> 00:31:24,649 Okey. 417 00:31:25,483 --> 00:31:28,286 Saya nak berbual dengan Kazuto. 418 00:31:28,353 --> 00:31:29,187 Boleh? 419 00:31:30,421 --> 00:31:31,256 Terima kasih. 420 00:31:31,823 --> 00:31:33,424 - Awak akan datang balik? - Ya. 421 00:31:33,491 --> 00:31:35,326 Baiklah. Kami akan tunggu. 422 00:31:57,582 --> 00:31:58,516 Awak tahu tak… 423 00:31:59,584 --> 00:32:04,889 Hari itu, awak berterus terang kepada saya tentang perasaan awak. 424 00:32:06,758 --> 00:32:08,493 Semasa itu, saya sangka… 425 00:32:10,895 --> 00:32:13,264 saya dah fahami perasaan saya sendiri. 426 00:32:13,831 --> 00:32:18,169 Saya juga sangka perasaan romantik saya terhadap awak 427 00:32:18,236 --> 00:32:21,506 sudah semakin pudar. 428 00:32:22,507 --> 00:32:28,713 Tapi apabila awak dan Alan kembali selepas janji temu kedua kamu, 429 00:32:29,247 --> 00:32:33,718 saya sedar saya dengar cerita awak dengan lebih teliti berbanding cerita Dai. 430 00:32:34,786 --> 00:32:40,124 Maknanya saya masih menaruh perasaan terhadap awak. 431 00:32:40,725 --> 00:32:41,626 Begitulah. 432 00:32:43,361 --> 00:32:46,197 Jadi ya, saya masih… 433 00:32:48,733 --> 00:32:51,736 menaruh perasaan terhadap awak. 434 00:32:51,803 --> 00:32:52,637 Ya. 435 00:32:54,739 --> 00:32:56,240 Jika boleh, 436 00:32:56,808 --> 00:33:02,947 saya akan rasa sangat gembira jika kita boleh pergi bersama-sama. 437 00:33:13,925 --> 00:33:16,594 Terima kasih kerana jujur tentang perasaan awak. 438 00:33:16,661 --> 00:33:17,495 Ya. 439 00:33:19,430 --> 00:33:20,498 Kita mula berkenalan… 440 00:33:22,967 --> 00:33:24,302 semasa 441 00:33:26,137 --> 00:33:27,705 kita bekerja di trak kopi. 442 00:33:28,406 --> 00:33:32,243 Itu kali pertama saya buat kopi. Saya tak pernah buat kopi. 443 00:33:33,077 --> 00:33:35,113 Awak banyak mengajar saya. 444 00:33:35,947 --> 00:33:36,848 Ya. 445 00:33:37,949 --> 00:33:38,950 Saya hargainya. 446 00:33:41,686 --> 00:33:46,024 Tapi selepas hari itu, awak… 447 00:33:47,825 --> 00:33:51,329 beritahu saya yang awak suka kepada saya. 448 00:33:52,363 --> 00:33:56,801 Jadi saya mula rasa kekok dengan awak. 449 00:33:58,302 --> 00:34:01,339 Saya rasa terharu, 450 00:34:01,406 --> 00:34:04,008 tapi saya tak boleh terima cinta awak 451 00:34:04,542 --> 00:34:08,246 dan itu menggambarkan perasaan sebenar saya. 452 00:34:09,981 --> 00:34:10,848 Jadi… 453 00:34:12,884 --> 00:34:13,985 Saya… 454 00:34:21,559 --> 00:34:23,327 Saya tak boleh ikut awak. 455 00:34:27,565 --> 00:34:32,503 Terima kasih kerana berterus terang kepada saya sekali lagi. 456 00:34:41,913 --> 00:34:42,747 Terima kasih. 457 00:34:42,814 --> 00:34:43,648 Ya. 458 00:34:45,983 --> 00:34:46,818 Jumpa lagi. 459 00:34:46,884 --> 00:34:47,885 - Terima kasih. - Ya. 460 00:34:48,386 --> 00:34:51,155 Awak selalu bantu saya. 461 00:34:51,222 --> 00:34:52,423 - Terima kasih. - Ya. 462 00:34:54,459 --> 00:34:56,127 - Terima kasih, Alan. - Terima kasih. 463 00:34:59,530 --> 00:35:00,765 Awak banyak membantu saya. 464 00:35:02,667 --> 00:35:03,601 - Terima kasih. - Ya. 465 00:35:03,668 --> 00:35:04,802 Kazuto pula. 466 00:35:05,503 --> 00:35:06,337 Terima kasih. 467 00:35:07,338 --> 00:35:09,173 - Terima kasih. - Sama-sama. 468 00:35:16,447 --> 00:35:17,648 - Jumpa lagi. - Jumpa lagi. 469 00:35:18,249 --> 00:35:19,550 - Jumpa lagi. - Terima kasih. 470 00:35:21,853 --> 00:35:23,254 Semoga berjaya. 471 00:35:47,578 --> 00:35:50,314 Saya betul-betul rasa lega 472 00:35:50,915 --> 00:35:55,786 kerana saya berjaya meluahkan perasaan yang penting bagi saya. 473 00:35:56,521 --> 00:35:59,223 Saya cuba jadi diri saya yang sebenar 474 00:36:00,091 --> 00:36:02,059 sambil melayan semua orang dengan baik. 475 00:36:02,593 --> 00:36:06,631 Saya nak belajar menghargai perkara-perkara begitu. 476 00:36:08,065 --> 00:36:10,401 Saya langsung tak menyesal. 477 00:36:21,512 --> 00:36:23,014 Ryota! 478 00:36:23,080 --> 00:36:24,549 - Dia ambil risiko. - Ya. 479 00:36:24,615 --> 00:36:26,551 Dia betul-betul berani. 480 00:36:26,617 --> 00:36:29,687 Dia sanggup luahkan perasaannya sekali lagi. 481 00:36:29,754 --> 00:36:30,855 Betul kata awak. 482 00:36:30,922 --> 00:36:34,125 Ia menunjukkan yang Ryota dah jadi semakin matang. 483 00:36:34,192 --> 00:36:35,259 Betul. 484 00:36:35,326 --> 00:36:40,364 Ryota agak pendiam, tapi dia ada kekuatan dalaman. 485 00:36:52,143 --> 00:36:52,977 Saya… 486 00:36:54,178 --> 00:36:55,780 perlu… 487 00:36:56,280 --> 00:37:01,085 Saya nak beritahu Dai sesuatu. 488 00:37:02,086 --> 00:37:05,590 Boleh awak ikut saya keluar sekejap? 489 00:37:06,224 --> 00:37:07,058 Okey. 490 00:37:08,092 --> 00:37:08,993 Begitu. 491 00:37:12,496 --> 00:37:13,497 Selamat tinggal. 492 00:37:21,505 --> 00:37:24,108 Saya akan rindu pelukan awak. 493 00:37:25,076 --> 00:37:26,844 - Kita peluk setiap hari. - Ya. 494 00:37:28,212 --> 00:37:29,247 Terima kasih. 495 00:37:34,819 --> 00:37:36,554 Sayang. 496 00:37:36,621 --> 00:37:38,990 Awak macam abang saya. 497 00:37:39,056 --> 00:37:40,725 - Sayang kamu. - Saya pun sama. 498 00:37:40,791 --> 00:37:41,626 Terima kasih. 499 00:37:43,394 --> 00:37:44,862 - Jumpa lagi. - Ciao. 500 00:37:44,929 --> 00:37:45,763 Ciao, ciao. 501 00:37:49,300 --> 00:37:51,068 - Selamat tinggal. - Jaga diri. 502 00:37:57,575 --> 00:37:58,909 Maaf. Terima kasih. 503 00:38:21,098 --> 00:38:23,367 - Cantiknya. - Ya. 504 00:38:28,205 --> 00:38:29,206 Jom kita duduk. 505 00:38:31,242 --> 00:38:32,843 Ia mengimbau kenangan lama. 506 00:38:33,644 --> 00:38:35,146 Ia menimbulkan nostalgia. 507 00:38:35,212 --> 00:38:36,080 Betul. 508 00:38:37,381 --> 00:38:38,516 Apabila difikirkan… 509 00:38:38,582 --> 00:38:39,417 Ya. 510 00:38:39,483 --> 00:38:42,586 Saya tahu awak suka saya 511 00:38:44,155 --> 00:38:46,524 dan awak menaruh perasaan terhadap saya. 512 00:38:47,124 --> 00:38:49,994 Tapi saya tertanya-tanya sebab awak suka saya. 513 00:38:51,862 --> 00:38:53,597 "Kenapa dia suka saya?" 514 00:38:53,664 --> 00:38:54,598 - Kenapa? - Ya. 515 00:38:56,334 --> 00:38:58,235 Semasa janji temu pertama kita, 516 00:38:59,403 --> 00:39:00,938 saya tak seronok langsung. 517 00:39:01,005 --> 00:39:03,240 Apa? Tak mungkin! 518 00:39:04,608 --> 00:39:06,677 - Biar betul? - Ya. 519 00:39:07,812 --> 00:39:09,347 - Begitu. - Dan… 520 00:39:10,348 --> 00:39:13,417 Saya tak nak pilih awak semasa janji temu bermalam. 521 00:39:13,484 --> 00:39:14,719 Jahatnya awak. 522 00:39:15,419 --> 00:39:21,325 Saya tak nak rasa jengkel lagi apabila bersama awak. 523 00:39:23,060 --> 00:39:24,362 Saya tak nak 524 00:39:25,062 --> 00:39:28,366 pilih awak semata-mata kerana awak suka saya. 525 00:39:29,700 --> 00:39:33,371 - Saya kata saya nak jadi kawan semula. - Ya, betul. 526 00:39:33,437 --> 00:39:34,638 Saya nak mula balik. 527 00:39:34,705 --> 00:39:36,006 Ya, awak kata begitu. 528 00:39:36,874 --> 00:39:40,544 Selepas itu, saya mula meminati awak. 529 00:39:40,611 --> 00:39:42,246 - Walaupun awak rasa jengkel? - Ya. 530 00:39:43,347 --> 00:39:46,951 Ia memudahkan saya 531 00:39:47,017 --> 00:39:50,087 untuk menyedari yang awak suka saya. 532 00:39:52,056 --> 00:39:54,258 Menyedari yang awak ikhlas. 533 00:39:55,292 --> 00:39:56,994 Kemudian saya mula… 534 00:39:58,195 --> 00:40:02,933 berkelakuan manja dan cuba mendapatkan perhatian awak. 535 00:40:05,035 --> 00:40:06,704 Kita juga selalu bertengkar. 536 00:40:07,238 --> 00:40:08,272 Memang pun. 537 00:40:08,339 --> 00:40:11,809 Apabila saya marah atau merajuk, 538 00:40:12,676 --> 00:40:17,515 saya risau awak akan anggap saya tak matang. 539 00:40:18,916 --> 00:40:20,418 Saya meragui keikhlasan awak. 540 00:40:21,452 --> 00:40:23,954 Tapi semasa pergaduhan kita baru-baru ini… 541 00:40:26,490 --> 00:40:28,526 awak pujuk saya dengan serius. 542 00:40:31,896 --> 00:40:33,864 Hari ini baru saya sedar 543 00:40:35,733 --> 00:40:38,068 haluan hubungan kita selepas semua ini berakhir. 544 00:40:40,104 --> 00:40:43,441 Jadi saya rasa… 545 00:40:49,280 --> 00:40:54,151 saya nak luahkan perasaan saya kepada awak. 546 00:41:03,394 --> 00:41:04,595 Dai… 547 00:41:06,163 --> 00:41:07,431 Saya cintakan awak. 548 00:41:21,378 --> 00:41:23,214 Shun, saya pun cintakan awak. 549 00:41:25,816 --> 00:41:26,884 Sekarang. 550 00:42:19,203 --> 00:42:20,504 - Jom kita pergi. - Ya. 551 00:42:30,648 --> 00:42:32,016 - Cantiknya. - Ya. 552 00:42:33,150 --> 00:42:34,285 Sekali lagi… 553 00:42:44,028 --> 00:42:45,796 - Terima kasih. - Ya. 554 00:42:46,830 --> 00:42:48,365 Saya nak jumpa awak nanti. 555 00:42:48,899 --> 00:42:51,101 Saya nak jumpa awak setiap hari. 556 00:42:51,168 --> 00:42:53,337 Saya pun sama, kalau boleh. 557 00:42:53,404 --> 00:42:54,238 Ya. 558 00:42:57,241 --> 00:42:58,342 Saya rasa gembira. 559 00:42:59,376 --> 00:43:01,111 Wah! 560 00:43:01,178 --> 00:43:02,313 Syukurlah! 561 00:43:02,379 --> 00:43:04,481 Shun memang hebat. 562 00:43:04,548 --> 00:43:06,850 - Ya, Shun! - Hebatnya Shun! 563 00:43:06,917 --> 00:43:08,619 Dia pandai beraksi. 564 00:43:08,686 --> 00:43:11,088 Jaringan yang sangat hebat. 565 00:43:11,155 --> 00:43:15,125 Dia macam budak manja yang suka merungut dan merajuk, 566 00:43:15,192 --> 00:43:18,662 jadi apabila dia beritahu Dai yang dia dilamun cinta… 567 00:43:18,729 --> 00:43:21,031 Kata-katanya sangat bermakna. 568 00:43:21,098 --> 00:43:24,802 Perasaan kita pun telah dipermainkan oleh Shun 569 00:43:25,402 --> 00:43:26,770 sehingga kita menangis. 570 00:43:26,837 --> 00:43:29,139 - Ya, tapi kita suka dia! - Betul! 571 00:43:29,206 --> 00:43:31,408 Kita semua dah dewasa, 572 00:43:31,475 --> 00:43:34,778 tapi tentu ada ramai anak muda seperti Shun 573 00:43:34,845 --> 00:43:37,247 - yang suka menguji… - Mereka tak yakin. 574 00:43:37,314 --> 00:43:39,583 Mereka yakin dengan diri sendiri, 575 00:43:39,650 --> 00:43:43,354 tapi mereka risau sama ada orang lain akan terima mereka. 576 00:43:43,420 --> 00:43:46,123 - Kita semua pernah rasa begitu. - Ya! 577 00:43:46,190 --> 00:43:48,926 Macam, "Awak pasti? Betulkah awak suka saya?" 578 00:43:48,993 --> 00:43:51,595 Kita suka diyakinkan. 579 00:43:51,662 --> 00:43:53,864 Tapi manusia memang ada sifat takut. 580 00:43:53,931 --> 00:43:56,934 Kita takut nak cuba benda baru atau percaya orang lain. 581 00:43:57,001 --> 00:44:01,772 Kerana jika kita buka hati kita, perasaan kita mungkin akan terluka. 582 00:44:01,839 --> 00:44:04,274 Tapi ada perkara yang baik akan berlaku. 583 00:44:04,341 --> 00:44:05,509 Betul. 584 00:44:06,677 --> 00:44:08,912 Saya nak beritahu awak sesuatu. 585 00:44:16,186 --> 00:44:17,388 Cakaplah. 586 00:44:17,454 --> 00:44:18,355 Cepat. 587 00:44:22,493 --> 00:44:25,396 Hubungan kita berdua… 588 00:44:28,399 --> 00:44:32,136 bermula semasa janji temu pertama kita. 589 00:44:32,636 --> 00:44:34,405 Kemudian kita pergi berkelah. 590 00:44:34,972 --> 00:44:37,241 Kemudian kita pergi perkhemahan mewah. 591 00:44:38,409 --> 00:44:44,348 Kadangkala kita saling tak memahami, 592 00:44:45,582 --> 00:44:47,851 tapi berbanding dengan dulu, 593 00:44:48,485 --> 00:44:50,487 saya rasa hubungan kita berdua 594 00:44:51,288 --> 00:44:54,258 dah jadi semakin rapat. 595 00:44:57,895 --> 00:45:03,200 Saya tak pandai meluahkan perasaan macam awak 596 00:45:04,268 --> 00:45:08,439 dan saya tak tunjuk keseronokan saya kerana saya agak pendiam. 597 00:45:09,473 --> 00:45:10,574 Jadi mungkin… 598 00:45:11,675 --> 00:45:13,677 Mungkin awak pernah rasa tak yakin 599 00:45:14,211 --> 00:45:18,782 atau kecewa disebabkan tindakan saya. 600 00:45:20,384 --> 00:45:26,523 Tapi kehadiran awak sangat istimewa bagi saya. 601 00:45:27,891 --> 00:45:33,430 Saya tak nak hubungan kita berakhir di sini. 602 00:45:35,966 --> 00:45:36,800 Okey. 603 00:45:38,302 --> 00:45:39,136 Ya. 604 00:45:41,572 --> 00:45:43,107 Saya nak kenal awak… 605 00:45:45,442 --> 00:45:46,577 sikit demi sikit… 606 00:45:49,580 --> 00:45:54,551 dengan melawat banyak tempat dan mencipta kenangan bersama. 607 00:45:58,222 --> 00:45:59,823 Kalau awak sudi… 608 00:46:03,093 --> 00:46:04,928 saya nak keluar dari sini dengan awak. 609 00:46:12,169 --> 00:46:13,270 Sudah tentu. 610 00:46:16,473 --> 00:46:18,041 Kita akan pergi sama-sama. 611 00:46:18,108 --> 00:46:19,109 Baiklah. 612 00:46:20,077 --> 00:46:21,311 Sejak mula lagi, 613 00:46:22,679 --> 00:46:23,580 saya… 614 00:46:25,983 --> 00:46:28,552 selalu fikir tentang awak. 615 00:46:29,553 --> 00:46:32,189 Saya masih fikir tentang awak. 616 00:46:32,256 --> 00:46:35,459 Tapi sepanjang kita berada di sini… 617 00:46:37,728 --> 00:46:39,296 di rumah ini, 618 00:46:39,863 --> 00:46:44,067 masa yang saya luangkan bersama awak 619 00:46:44,768 --> 00:46:47,771 lebih istimewa bagi saya 620 00:46:48,472 --> 00:46:52,109 berbanding dengan masa yang saya luangkan bersama orang lain. 621 00:46:53,043 --> 00:46:56,246 Saya nak berada di sisi awak. 622 00:46:57,214 --> 00:46:58,482 Betul. 623 00:46:59,316 --> 00:47:01,318 Saya nak kenal awak. 624 00:47:03,120 --> 00:47:06,023 Jika kita luangkan lebih banyak masa bersama 625 00:47:07,090 --> 00:47:10,661 dan perasaan yang awak rasa 626 00:47:11,862 --> 00:47:15,132 sama dengan perasaan yang saya rasa, 627 00:47:16,433 --> 00:47:22,439 saya nak berada di sisi awak dan jaga awak baik-baik. 628 00:47:27,277 --> 00:47:30,981 Saya cuma nak tengok awak masak. 629 00:47:34,818 --> 00:47:36,253 Semua orang dah pergi. 630 00:47:36,320 --> 00:47:37,187 Ya. 631 00:47:39,223 --> 00:47:40,657 Jika kita pergi bersama, 632 00:47:41,792 --> 00:47:43,460 kita takkan rasa sunyi. 633 00:47:48,899 --> 00:47:51,268 Kenapa awak comel sangat? Geram betul. 634 00:47:55,639 --> 00:47:56,473 Sedia? 635 00:47:56,540 --> 00:47:58,208 Senyum. 636 00:48:00,477 --> 00:48:02,412 Boleh ambil dari sebelah sana? 637 00:48:03,347 --> 00:48:04,181 Okey? 638 00:48:08,752 --> 00:48:10,187 Senyum. 639 00:48:15,626 --> 00:48:18,328 Saya ambil yang ini, awak ambil yang itu. 640 00:48:52,462 --> 00:48:55,666 BILIK HIJAU 641 00:49:25,629 --> 00:49:27,798 BILIK HIJAU 642 00:49:47,584 --> 00:49:49,686 PETI SURAT 643 00:50:38,668 --> 00:50:39,903 Hebatnya! 644 00:50:39,970 --> 00:50:41,004 Hebat sangat! 645 00:50:41,071 --> 00:50:42,773 Menakjubkan! 646 00:50:42,839 --> 00:50:44,508 Syabas! Hebat sangat. 647 00:50:44,574 --> 00:50:47,010 - Hebatnya. - Bagus sangat. 648 00:50:47,077 --> 00:50:50,313 Kisah Kazuto dan Alan sangat menyeronokkan. 649 00:50:50,380 --> 00:50:51,882 Macam pinang dibelah dua! 650 00:50:51,948 --> 00:50:54,084 - Mereka sangat comel! - Menakjubkan. 651 00:50:54,151 --> 00:50:58,388 Nampaknya rentak mereka berbeza dalam percintaan. 652 00:50:58,455 --> 00:51:01,091 Alan suka berterus terang semasa meluahkan perasaan. 653 00:51:01,158 --> 00:51:03,593 Kazuto pula mengambil masa yang lama. 654 00:51:03,660 --> 00:51:06,396 Tak sangka mereka saling melengkapi. 655 00:51:06,463 --> 00:51:11,301 Keadaan emosi penerima, cara ia disampaikan, 656 00:51:11,368 --> 00:51:13,970 masa dan perasaan yang terlibat… 657 00:51:14,037 --> 00:51:17,374 Semuanya perlu berlaku pada masa yang sesuai. 658 00:51:17,441 --> 00:51:20,377 - Ia satu keajaiban. - Ia memang satu keajaiban. 659 00:51:20,444 --> 00:51:21,645 Ya, satu keajaiban. 660 00:51:21,711 --> 00:51:23,246 - Betul kata awak. - Betul tak? 661 00:51:23,313 --> 00:51:25,582 Ini rancangan janji temu realiti, 662 00:51:25,649 --> 00:51:29,486 tapi ia juga tentang perkembangan peribadi mereka semua. 663 00:51:29,553 --> 00:51:31,955 Saya gembira kita dapat menyaksikannya. 664 00:51:32,022 --> 00:51:34,324 Tajuknya, iaitu Teman Lelaki, 665 00:51:34,391 --> 00:51:38,962 boleh membawa maksud pasangan romantik, atau seorang kawan lelaki. 666 00:51:39,596 --> 00:51:42,599 Kedua-duanya ada dalam rancangan ini. 667 00:51:42,666 --> 00:51:48,138 Aspek yang teruk sudah tentu menghiburkan dalam rancangan begini, 668 00:51:48,205 --> 00:51:51,475 tapi kisah-kisah mereka sangat indah. 669 00:51:51,541 --> 00:51:54,044 Mereka meluahkan perasaan dan jika mereka sedih, 670 00:51:54,111 --> 00:51:57,147 orang-orang yang memahami akan menenangkan mereka. 671 00:51:57,214 --> 00:51:59,649 Itulah cara hidup yang patut dicontohi. 672 00:51:59,716 --> 00:52:00,884 Betul! 673 00:52:00,951 --> 00:52:02,219 - Betul! - Sangat bermakna. 674 00:52:02,285 --> 00:52:04,921 Banyak yang saya pelajari daripada mereka. 675 00:52:04,988 --> 00:52:07,958 Saya rasa hati saya dah dibersihkan. 676 00:52:08,024 --> 00:52:13,196 Mereka dah ajar kita cara untuk menghargai orang tersayang. 677 00:52:13,263 --> 00:52:14,965 Saya rasa nak bercinta. 678 00:52:15,031 --> 00:52:16,600 Saya nak bercinta! 679 00:52:16,666 --> 00:52:17,734 Saya pun sama! 680 00:52:17,801 --> 00:52:20,103 Hidup saya dipenuhi penipuan. 681 00:52:21,104 --> 00:52:22,205 Masih belum terlambat. 682 00:52:22,272 --> 00:52:23,473 Ini permulaan baru. 683 00:52:23,540 --> 00:52:25,775 Awak boleh mulakan hidup baru. 684 00:52:25,842 --> 00:52:27,644 - Begitu. - Hidup baru akan bermula. 685 00:52:27,711 --> 00:52:29,846 - Hidup baru. - Hidup lama saya? 686 00:52:29,913 --> 00:52:31,615 Boleh saya sertai masyakat semula? 687 00:52:39,222 --> 00:52:43,093 Terjemahan sari kata oleh AMG