1 00:00:02,000 --> 00:00:07,000 Downloaded from YTS.BZ 2 00:00:08,000 --> 00:00:13,000 Official YIFY movies site: YTS.BZ 3 00:00:08,717 --> 00:00:11,344 Menentang syarikat besar seperti Boeing 4 00:00:11,428 --> 00:00:13,304 bukan perkara biasa. 5 00:00:14,222 --> 00:00:15,640 Tolong angkat tangan kanan. 6 00:00:15,724 --> 00:00:17,934 Adakah kamu bersumpah keterangan yang akan diberi 7 00:00:18,018 --> 00:00:20,228 adalah benar, dengan nama Tuhan? 8 00:00:20,311 --> 00:00:21,146 Ya. 9 00:00:22,856 --> 00:00:25,734 Boeing akan lawan kita habis-habisan. 10 00:00:26,317 --> 00:00:31,573 Jadi, dia mengarahkan orang untuk melanggar peraturan 11 00:00:31,656 --> 00:00:36,327 yang boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan undang-undang. 12 00:00:37,787 --> 00:00:40,957 Kami mungkin membahayakan orang awam. 13 00:00:41,041 --> 00:00:44,836 Kesan daripada keterangan yang dia berikan 14 00:00:44,919 --> 00:00:46,588 membuatkan saya terdiam. 15 00:00:48,173 --> 00:00:50,425 John berani kerana bersuara. 16 00:00:51,134 --> 00:00:53,386 Tapi saya fikir 17 00:00:53,470 --> 00:00:55,847 benda ini boleh buat seseorang mati. 18 00:00:59,100 --> 00:01:03,354 Kami jadualkan John untuk terus beri keterangan 19 00:01:03,438 --> 00:01:04,647 pada keesokan pagi. 20 00:01:06,691 --> 00:01:10,570 Tapi pada pukul 10 pagi, John masih belum tiba. 21 00:01:12,363 --> 00:01:14,157 Jadi, saya telefon hotel 22 00:01:15,116 --> 00:01:17,368 dan minta disambungkan ke biliknya, 23 00:01:18,787 --> 00:01:20,455 tapi tiada jawapan. 24 00:01:22,082 --> 00:01:27,128 Saya minta seseorang periksa jika dia masih tidur. 25 00:01:27,837 --> 00:01:29,798 Mereka kata, "Dia tiada di situ." 26 00:01:31,091 --> 00:01:33,593 Saya tanya, "Ada trak dia di luar?" 27 00:01:34,302 --> 00:01:38,056 Pengurus itu kembali dan kata 28 00:01:38,139 --> 00:01:42,936 dia pergi ke trak John dan lihat dari tempat penumpang. 29 00:01:44,813 --> 00:01:47,482 Kemudian, dia hubungi 999. 30 00:01:55,365 --> 00:01:58,660 Boeing memberi dunia satu lagi sebab untuk takut terbang. 31 00:01:58,743 --> 00:02:01,996 Beberapa pesawat Dreamliner baharunya terbakar. 32 00:02:02,080 --> 00:02:05,792 Enjin Boeing 777 gagal beberapa minit selepas berlepas. 33 00:02:05,875 --> 00:02:09,921 Ini rumah ibu bapa saya selepas enjin 777 34 00:02:10,004 --> 00:02:11,172 meletup di udara. 35 00:02:11,256 --> 00:02:15,510 Seratus dua puluh sembilan penumpang dipindahkan. Lima orang cedera. 36 00:02:15,593 --> 00:02:19,097 …lima puluh cedera selepas pesawat hilang kawalan di udara. 37 00:02:19,180 --> 00:02:21,933 Seorang penumpang maut akibat letupan. 38 00:02:22,642 --> 00:02:25,812 Ini perkara yang sangat berbahaya yang terus berlaku. 39 00:02:27,897 --> 00:02:30,817 Apabila kita lihat semua berita dan insiden, 40 00:02:30,900 --> 00:02:33,403 kita tertanya-tanya bagaimana Boeing masih beroperasi. 41 00:02:50,461 --> 00:02:52,213 PENYIASAT KUALITI BOEING 2011-KINI 42 00:02:52,297 --> 00:02:54,883 Saya masih mendongak setiap kali dengar bunyi pesawat. 43 00:02:54,966 --> 00:02:55,884 Kagum. 44 00:02:56,426 --> 00:02:57,302 Ya. 45 00:03:03,266 --> 00:03:05,018 Saya sentiasa suka penerbangan. 46 00:03:06,728 --> 00:03:09,230 Ayah saya bekerja untuk F-14. 47 00:03:10,231 --> 00:03:13,443 Jadi, saya selalu pergi ke pagar dan lihat pesawat berlepas. 48 00:03:15,653 --> 00:03:17,322 Kerana saya membesar di Seattle, 49 00:03:17,405 --> 00:03:19,741 saya selalu fikir saya akan bekerja di Boeing. 50 00:03:21,534 --> 00:03:24,787 Saya sangat gembira apabila Boeing ambil saya bekerja. 51 00:03:25,747 --> 00:03:27,749 Boeing syarikat yang hebat dulu. 52 00:03:28,917 --> 00:03:31,044 Kalau kita pakai baju Boeing, 53 00:03:31,127 --> 00:03:33,379 orang akan datang bercakap dengan kita. 54 00:03:33,463 --> 00:03:35,340 Ia satu kebanggaan. 55 00:03:35,423 --> 00:03:36,841 Enjin dihidupkan. 56 00:03:37,342 --> 00:03:38,551 Pesawat berlepas. 57 00:03:40,094 --> 00:03:45,433 Saya dah lama jadi saintis roket, tapi saya nak beralih kepada pesawat. 58 00:03:46,392 --> 00:03:50,730 Saya nak bekerja di syarikat pengeluar pesawat terbaik di dunia. 59 00:03:51,689 --> 00:03:52,649 Lebih satu abad 60 00:03:52,732 --> 00:03:55,318 Boeing mengubah perjalanan di seluruh dunia. 61 00:03:55,401 --> 00:03:58,363 …syarikat aeroangkasa terbesar di dunia. 62 00:03:58,446 --> 00:04:02,742 Saya bangga bekerja dengan Boeing. Saya masih bangga bekerja dengan Boeing. 63 00:04:04,202 --> 00:04:05,828 Boeing mengubah hidup saya. 64 00:04:06,704 --> 00:04:08,748 Kami sangat miskin semasa kecil 65 00:04:09,999 --> 00:04:13,544 dan trajektori kewangan berubah sepenuhnya. 66 00:04:13,628 --> 00:04:14,879 Bekerja di Boeing, 67 00:04:16,047 --> 00:04:19,092 bekerja di sana merupakan satu kebanggaan. 68 00:04:20,343 --> 00:04:21,803 Ini Boeing. 69 00:04:21,886 --> 00:04:23,638 Mereka bina pesawat 70 00:04:23,721 --> 00:04:26,182 dan sentiasa ada satu idea. 71 00:04:26,766 --> 00:04:30,979 Jadikan semuanya lebih baik daripada yang sepatutnya. 72 00:04:32,897 --> 00:04:38,111 Syarikat Boeing sangat unik kerana jika ada pertikaian, 73 00:04:38,194 --> 00:04:40,905 jabatan kualiti akan buat keputusan akhir 74 00:04:40,989 --> 00:04:43,741 untuk luluskan hasil kerja itu atau tidak. 75 00:04:43,825 --> 00:04:45,702 - Kita dah bersedia, kan? - Ya. 76 00:04:46,661 --> 00:04:50,665 Setiap kerja diperiksa oleh dua atau tiga orang 77 00:04:50,748 --> 00:04:53,710 untuk memastikan ia tepat. 78 00:04:53,793 --> 00:04:56,170 Saya rasa ia takkan berjaya. 79 00:04:56,254 --> 00:04:59,132 Dulu, kualiti ialah brek sistem. 80 00:04:59,924 --> 00:05:02,552 Kalau ada masalah, pengurus kualiti hentikan kerja. 81 00:05:04,095 --> 00:05:05,305 Pengurusan sokong kami. 82 00:05:05,805 --> 00:05:07,682 - Suruh mereka tunggu. - Okey. 83 00:05:10,226 --> 00:05:13,646 Kemudian, suasana itu berubah. 84 00:05:16,441 --> 00:05:19,360 Bagaimana rasanya menjadi CEO yang baru tiba… 85 00:05:19,444 --> 00:05:22,363 Hari pertama bagaimana? Apa yang awak jumpa di Boeing? 86 00:05:22,447 --> 00:05:24,574 Kami bermula dari awal. 87 00:05:25,158 --> 00:05:27,702 Budaya perlu dibincangkan dari bawah ke atas. 88 00:05:28,828 --> 00:05:30,830 Kemerosotan Boeing. 89 00:05:31,581 --> 00:05:35,960 Banyak puncanya boleh dikesan sejak pelantikan CEO Jim McNerney. 90 00:05:36,753 --> 00:05:39,130 Dia nampak seperti calon yang sempurna. 91 00:05:39,213 --> 00:05:41,758 Dia belajar di Yale untuk ijazah sarjana 92 00:05:41,841 --> 00:05:44,135 dan di Harvard untuk MBA. 93 00:05:44,218 --> 00:05:45,970 Jim McNerney nampak seperti 94 00:05:46,054 --> 00:05:48,973 seorang senator AS daripada Central Casting. 95 00:05:50,516 --> 00:05:51,351 KEPIMPINAN BOEING 96 00:05:51,434 --> 00:05:57,607 Jim McNerney ialah eksekutif lama di General Electric dan anak didik 97 00:05:57,690 --> 00:06:02,111 CEO paling berpengaruh pada abad ke-20, 98 00:06:02,195 --> 00:06:03,821 Jack Welch. 99 00:06:03,905 --> 00:06:07,867 Saya, seperti ramai orang lain, sebahagian daripada impian Amerika. 100 00:06:08,618 --> 00:06:12,955 Jack Welch ialah CEO pertama syarikat besar Amerika 101 00:06:13,039 --> 00:06:17,085 yang fokus untuk memaksimumkan keuntungan walau apa pun. 102 00:06:17,168 --> 00:06:20,421 Dia memperkenalkan penggunaan sumber luar, 103 00:06:20,505 --> 00:06:23,424 pemindahan operasi ke luar negara, pemberhentian besar-besaran. 104 00:06:23,508 --> 00:06:25,551 Perkara terbaik yang boleh dibuat 105 00:06:25,635 --> 00:06:28,679 sebaik saja kita tahu mereka sepuluh terbawah, 106 00:06:29,722 --> 00:06:30,556 beritahu mereka. 107 00:06:31,140 --> 00:06:36,062 Jack Welch di GE akan singkirkan 10% pekerja terbawah setiap tahun. 108 00:06:36,145 --> 00:06:39,440 Pekerja sentiasa risau tentang pekerjaan mereka. 109 00:06:40,024 --> 00:06:43,361 Dengan semua strategi ini, Jack Welch menjadikan GE 110 00:06:43,444 --> 00:06:47,031 syarikat paling bernilai di dunia. 111 00:06:47,990 --> 00:06:52,412 Syarikat yang hampir semua syarikat Amerika lain kagumi. 112 00:06:54,664 --> 00:06:57,125 Lembaga Boeing juga tidak terkecuali. 113 00:07:00,294 --> 00:07:03,506 Saya tahu saya nak uruskan sesuatu. Saya tak tahu apa. 114 00:07:04,549 --> 00:07:06,467 Apabila McNerney ambil alih, 115 00:07:06,551 --> 00:07:12,682 Boeing mengutamakan keuntungan seperti Jack Welch. 116 00:07:14,016 --> 00:07:18,521 Dia juga ditugaskan untuk membangunkan pesawat baharu. 117 00:07:18,604 --> 00:07:21,399 Pesawat 787 baharu belum dibina, 118 00:07:21,482 --> 00:07:23,860 tetapi Boeing yakin dengan keselesaannya 119 00:07:23,943 --> 00:07:25,820 dan menamakannya Dreamliner. 120 00:07:26,737 --> 00:07:29,991 Mereka bentuk dan membina 787 121 00:07:30,074 --> 00:07:33,119 akan menelan belanja kira-kira 10 bilion dolar, 122 00:07:33,619 --> 00:07:36,122 tapi lembaga Boeing tak nak buang duit. 123 00:07:40,251 --> 00:07:43,880 Ada sumber beri saya dokumen yang menunjukkan rancangan Boeing 124 00:07:43,963 --> 00:07:47,341 untuk bina pesawat ini dengan harga lima bilion dolar, 125 00:07:47,425 --> 00:07:49,927 separuh daripada kos biasa. 126 00:07:52,346 --> 00:07:54,807 BOEING MENGUBAH CARA PESAWAT DIBINA DENGAN 787 127 00:07:54,891 --> 00:08:00,062 Boeing terkenal dengan kejuruteraan dan pembinaan pesawatnya. 128 00:08:00,855 --> 00:08:04,734 Perubahan besar berlaku semasa 787 dibina. 129 00:08:04,817 --> 00:08:06,486 787 DREAMLINER DIBINA DI LUAR NEGARA 130 00:08:06,569 --> 00:08:09,113 Mereka mengupah syarikat luar untuk bina 131 00:08:09,197 --> 00:08:11,532 bahagian-bahagian utama pesawat 132 00:08:12,033 --> 00:08:12,992 untuk jimat kos. 133 00:08:13,743 --> 00:08:16,621 Bahagian tengah badan dibina di Itali. 134 00:08:16,704 --> 00:08:18,998 Sayap dan bateri dari Jepun. 135 00:08:19,081 --> 00:08:22,960 Dari Korea Selatan, hujung sayap dan komponen belakang fiuslaj. 136 00:08:23,044 --> 00:08:25,838 Hampir keseluruhan pesawat dibuat oleh syarikat luar. 137 00:08:28,716 --> 00:08:32,178 Kami tahu ia akan memberikan kesan kepada keselamatan dan kualiti. 138 00:08:32,261 --> 00:08:33,846 PENYUMBERLUARAN TIMBULKAN KERISAUAN 139 00:08:33,930 --> 00:08:37,850 Kami tak boleh kawal lagi keselamatan komponen itu. 140 00:08:37,934 --> 00:08:41,479 Kami perlu terima saja dan pasangnya pada pesawat. 141 00:08:41,562 --> 00:08:43,231 KILANG PEMASANGAN BOEING 142 00:08:43,314 --> 00:08:46,234 Komponen-komponen itu mula tiba daripada pembekal… 143 00:08:48,861 --> 00:08:49,862 dan rancangannya, 144 00:08:49,946 --> 00:08:52,907 pesawat akan dipasang dalam masa tiga hari. 145 00:08:56,327 --> 00:09:00,790 Kali pertama Boeing menyambungkan dua bahagian fiuslaj, 146 00:09:00,873 --> 00:09:02,959 seseorang hantar gambar kepada saya. 147 00:09:06,963 --> 00:09:09,257 Ada jurang besar di antara kedua-duanya. 148 00:09:09,340 --> 00:09:11,592 BOEING MENDAPATI KOMPONEN 787 TIDAK BEGITU SEPADAN 149 00:09:11,676 --> 00:09:13,886 Masalahnya, sesetengah syarikat ini 150 00:09:13,970 --> 00:09:16,681 tak dapat buat apa yang Boeing minta. 151 00:09:17,515 --> 00:09:20,643 Mereka tak dapat hasilkan komponen yang sepatutnya. 152 00:09:22,895 --> 00:09:23,854 Hasilnya teruk. 153 00:09:24,438 --> 00:09:25,606 KOTAK SAYAP TERLALU KETAT 154 00:09:25,690 --> 00:09:28,943 Terlalu banyak komponen pesawat dibuat oleh sumber luar. 155 00:09:32,196 --> 00:09:33,406 Tiada yang serasi. 156 00:09:33,990 --> 00:09:34,949 KEGAGALAN SUMBER LUAR 157 00:09:35,032 --> 00:09:38,077 Kelewatan berlaku berturut-turut. 158 00:09:38,160 --> 00:09:39,787 KELEWATAN DREAMLINER 159 00:09:39,870 --> 00:09:43,583 Jadi, Boeing mahu bina barisan pemasangan 787 kedua 160 00:09:43,666 --> 00:09:45,876 untuk meningkatkan pengeluaran. 161 00:09:47,336 --> 00:09:50,131 SEATTLE, WASHINGTON 162 00:09:50,214 --> 00:09:52,008 Boeing bermula di Seattle 163 00:09:52,091 --> 00:09:54,218 dan tak pernah bina pesawat di tempat lain. 164 00:09:54,885 --> 00:09:58,931 Di situlah Boeing mempunyai tenaga kerja 165 00:09:59,015 --> 00:10:01,976 pembuatan penerbangan paling mahir di dunia. 166 00:10:03,644 --> 00:10:06,480 Namun, kebanyakannya bersatu. 167 00:10:07,732 --> 00:10:10,359 McNerney benci kesatuan. 168 00:10:11,360 --> 00:10:13,195 Ia menelan kos lebih tinggi. 169 00:10:13,946 --> 00:10:15,823 Pada tahun 2009, dia kata, 170 00:10:15,906 --> 00:10:20,202 "Kita akan bina barisan 787 kedua di Carolina Selatan." 171 00:10:20,286 --> 00:10:21,829 Saya bangga mengatakan 172 00:10:21,912 --> 00:10:23,998 kami tiada kesatuan sekerja di Carolina Selatan 173 00:10:24,081 --> 00:10:26,876 kerana kami tak perlukan kesatuan sekerja di Carolina Selatan. 174 00:10:28,836 --> 00:10:32,298 Sekali lagi, kepimpinan Boeing 175 00:10:32,381 --> 00:10:35,635 membuat keputusan bukan demi keselamatan, 176 00:10:35,718 --> 00:10:40,222 tapi demi penjimatan kos, demi keuntungan korporat. 177 00:10:40,306 --> 00:10:42,808 Apa yang awak belajar daripada jurutera 178 00:10:42,892 --> 00:10:45,936 tentang mengembalikan dan membina semula 179 00:10:46,020 --> 00:10:47,855 Boeing lama yang kita kenal? 180 00:10:47,938 --> 00:10:50,608 Kita takkan kembali kepada Boeing lama. 181 00:10:52,360 --> 00:10:54,987 Lima, empat, tiga, 182 00:10:55,571 --> 00:10:57,281 - …dua, satu. - …dua, satu. 183 00:10:57,948 --> 00:10:58,866 Potong! 184 00:10:59,742 --> 00:11:02,411 Apabila Boeing buka kilang di Carolina Selatan, 185 00:11:02,495 --> 00:11:04,538 tiada perniagaan penerbangan di sana. 186 00:11:05,122 --> 00:11:08,709 Jadi, sudah tentu mereka tiada pekerja berpengalaman. 187 00:11:09,919 --> 00:11:14,215 Mereka sering menghantar pakar dari kawasan Seattle. 188 00:11:16,175 --> 00:11:17,927 John Barnett salah seorang pakar. 189 00:11:24,809 --> 00:11:26,769 Semasa saya mula bekerja di Boeing, 190 00:11:26,852 --> 00:11:31,107 sekumpulan daripada kami berbual tentang asal usul kami. 191 00:11:31,190 --> 00:11:33,734 Saya beritahu mereka saya dari Louisiana. 192 00:11:35,319 --> 00:11:37,321 Seorang kawan saya kata, 193 00:11:37,405 --> 00:11:40,700 "Awak cuma orang paya dari Louisiana, bukan?" 194 00:11:41,701 --> 00:11:44,036 Sejak itu, saya dipanggil "Swampy". 195 00:11:46,497 --> 00:11:50,251 Saya pengurus kualiti di Seattle selama 15 tahun. 196 00:11:52,420 --> 00:11:54,255 Saya antara pengurus kualiti pertama 197 00:11:54,338 --> 00:11:58,634 yang dibawa ke Charleston untuk bantu sediakan tapak Dreamliner baharu. 198 00:12:00,553 --> 00:12:02,054 Sebagai pengurus kualiti, 199 00:12:02,138 --> 00:12:04,974 saya perlu pastikan pesawat dibina dengan betul. 200 00:12:06,058 --> 00:12:10,646 John pengurus kualiti yang hebat, seorang pakar pesawat. 201 00:12:11,188 --> 00:12:12,982 Kami berdua pengurus kualiti. 202 00:12:13,482 --> 00:12:15,025 Kami berkawan baik. 203 00:12:15,109 --> 00:12:19,739 Saya selalu beli ekor aligator daripada John sebab dia orang Louisiana. 204 00:12:20,906 --> 00:12:22,408 Sebagai orang Selatan, 205 00:12:22,491 --> 00:12:25,995 Carolina Selatan peluang saya untuk dekat dengan keluarga. 206 00:12:26,662 --> 00:12:28,998 Kami selalu kata dia seorang yang lantang. 207 00:12:29,081 --> 00:12:31,792 Kita tahu bila dia masuk kerana dia lantang. 208 00:12:31,876 --> 00:12:33,085 Ya, Swamp Dog. 209 00:12:35,963 --> 00:12:40,092 Apabila saya berpindah ke Charleston dan bertemu dengan John Barnett, 210 00:12:40,176 --> 00:12:43,846 saya dapat lihat kami mempunyai persamaan, 211 00:12:43,929 --> 00:12:47,016 iaitu kualiti ialah keutamaan. 212 00:12:47,099 --> 00:12:48,225 PENYIASAT KUALITI BOEING 213 00:12:50,978 --> 00:12:56,150 John dan saya saling mengenali melalui lawatan pengambilan pekerja. 214 00:12:59,904 --> 00:13:03,866 Kami menemu duga lebih daripada 100 orang seminggu. 215 00:13:05,201 --> 00:13:07,286 Kami diberitahu dari awal, 216 00:13:07,369 --> 00:13:10,206 mereka tak nak pengaruh kesatuan sekerja di Charleston. 217 00:13:10,706 --> 00:13:14,084 Sebahagian daripada perjanjian antara Boeing dengan Carolina Selatan 218 00:13:14,168 --> 00:13:17,254 ialah mereka akan ambil kebanyakan pekerja tempatan. 219 00:13:17,338 --> 00:13:19,381 Kami adakan pameran kerjaya. 220 00:13:19,465 --> 00:13:22,051 Kami ambil graduan kolej. 221 00:13:23,427 --> 00:13:28,098 Kalau orang itu kenal pemutar skru, dia akan digaji oleh Boeing. 222 00:13:28,599 --> 00:13:30,392 Bagaimana dengan pekerja di sini? 223 00:13:30,476 --> 00:13:31,435 Teruk. 224 00:13:31,519 --> 00:13:33,354 - Teruk. - Tak, bukan semua. 225 00:13:33,437 --> 00:13:36,357 Bukan semua, tapi majoritinya teruk. 226 00:13:36,440 --> 00:13:38,818 Mereka cuma makan gaji buta. 227 00:13:38,901 --> 00:13:40,152 Ya, itu saja mereka tahu. 228 00:13:41,654 --> 00:13:42,905 Saya beritahu ketua saya 229 00:13:42,988 --> 00:13:45,533 pekerja tak dilatih dengan betul. 230 00:13:45,616 --> 00:13:48,494 Tiada latihan tentang prosedur, keperluan FAA… 231 00:13:48,577 --> 00:13:51,872 Mereka hanya dilatih untuk cap dokumen saja. 232 00:13:52,706 --> 00:13:55,584 Tapi ketua saya tak kisah tentang latihan. 233 00:13:55,668 --> 00:13:57,920 Mereka cuma nak produk siap. 234 00:13:59,296 --> 00:14:03,217 Charleston ada tenaga kerja yang tak tahu cara membina 235 00:14:03,300 --> 00:14:06,428 salah satu mesin paling rumit di dunia. 236 00:14:06,512 --> 00:14:09,974 Kesilapan mula bertimbun dalam masa yang singkat. 237 00:14:15,938 --> 00:14:19,441 Saya berjalan di sekitar pusat pengeluaran 238 00:14:19,525 --> 00:14:25,114 dan saya terdengar bunyi hentakan kuat. 239 00:14:29,410 --> 00:14:30,870 Apabila saya dekat, 240 00:14:30,953 --> 00:14:35,291 saya nampak seorang pengurus menggunakan tukul besi 241 00:14:35,374 --> 00:14:39,295 untuk mengetuk pin di gear pendaratan pesawat. 242 00:14:40,254 --> 00:14:43,799 Saya terus merakam apa yang sedang berlaku. 243 00:14:44,800 --> 00:14:49,179 Saya ambil kamera itu dan tunjukkannya kepada John Barnett. 244 00:14:52,141 --> 00:14:54,810 Tukul besi tak digunakan untuk pasang pesawat. 245 00:14:55,311 --> 00:14:58,230 Pin fius itu mesti dah rosak teruk. 246 00:14:59,148 --> 00:15:00,816 Pada tahun 90-an, 247 00:15:00,900 --> 00:15:04,236 kami ada masalah pin retak akibat kelesuan logam. 248 00:15:04,820 --> 00:15:07,406 Jet EL AL Israel itu melanggar bangunan pada hari Ahad 249 00:15:07,489 --> 00:15:09,033 selepas dua enjin tercabut. 250 00:15:09,617 --> 00:15:12,119 Boeing, syarikat yang membina jet jumbo itu, 251 00:15:12,202 --> 00:15:13,704 menggesa semua syarikat penerbangan 252 00:15:13,787 --> 00:15:17,917 memeriksa pin yang memegang enjin pada sayap pesawat 747. 253 00:15:19,001 --> 00:15:22,796 Banyak kemungkinan untuk pin retak. Gila. 254 00:15:23,589 --> 00:15:27,426 John kata, "Awak kena laporkan kepada pihak atasan." 255 00:15:29,053 --> 00:15:34,141 Saya sangka mereka akan tegur pengurus dan betulkan keadaan. 256 00:15:35,809 --> 00:15:39,146 Sebaliknya, saya diarahkan untuk hapuskan video itu. 257 00:15:44,985 --> 00:15:47,947 Saya dihantar ke luar tapak dan dihalang 258 00:15:48,030 --> 00:15:51,450 daripada menyiasat apa yang berlaku. 259 00:15:52,660 --> 00:15:55,663 Ia seolah-olah cara untuk memberitahu kami 260 00:15:55,746 --> 00:16:00,209 pengeluaran akan diteruskan sama ada kami mahu atau tidak. 261 00:16:03,170 --> 00:16:06,715 Kita perlu jadi lebih baik dan cemerlang. 262 00:16:06,799 --> 00:16:09,301 Jadi, bukan sekadar bersantai di tab mandi 263 00:16:09,385 --> 00:16:12,304 dan semua orang rasa seronok. 264 00:16:12,972 --> 00:16:19,520 Ada elemen dorongan dan kepimpinan yang diberikan oleh ketua. 265 00:16:22,356 --> 00:16:25,526 Jim McNerney sangat fokus 266 00:16:25,609 --> 00:16:28,946 untuk menepati jadual dengan kos paling rendah. 267 00:16:29,488 --> 00:16:33,367 Jadi, sebarang kelewatan dalam pengeluaran 268 00:16:34,159 --> 00:16:35,869 tak boleh dibiarkan. 269 00:16:35,953 --> 00:16:39,540 Semua orang dipaksa menepati jadual, 270 00:16:40,124 --> 00:16:42,543 tak kira kualiti. 271 00:16:43,794 --> 00:16:47,172 Kalau pesawat tak disiapkan secepat mungkin, 272 00:16:47,256 --> 00:16:49,758 bonus pengurus akan terjejas. 273 00:16:50,884 --> 00:16:53,595 Pada masa itu, saya sedang memeriksa sebuah pesawat. 274 00:16:54,221 --> 00:16:57,599 Ada lubang di bahagian belakang 275 00:16:58,392 --> 00:17:01,770 dan pengikatnya bukan saiz yang betul. 276 00:17:02,813 --> 00:17:05,065 Saya risau dengan apa yang saya lihat. 277 00:17:07,109 --> 00:17:09,903 Pesawat pernah terhempas dengan pengikat begitu. 278 00:17:10,988 --> 00:17:15,826 Saya laporkan kepada pengurus kualiti saya dan dia kata, "Jaga tepi kain sendiri." 279 00:17:17,703 --> 00:17:22,249 Sesiapa yang menghambat proses pembuatan 280 00:17:22,332 --> 00:17:24,668 untuk betulkan kerosakan dimarah teruk. 281 00:17:25,294 --> 00:17:27,254 Mereka akan dilanda masalah. 282 00:17:28,797 --> 00:17:31,967 Saya berbesar hati mengalu-alukan anda ke majlis pensijilan 283 00:17:32,551 --> 00:17:34,678 Boeing 787 Dreamliner. 284 00:17:37,139 --> 00:17:40,684 Selepas pelancaran Dreamliner, Boeing dijerat masalah kewangan. 285 00:17:40,768 --> 00:17:41,894 KOS BERBILION 286 00:17:41,977 --> 00:17:44,938 Ia tak mahu melabur dalam reka bentuk baharu 287 00:17:45,022 --> 00:17:48,442 kerana melabur dalam pesawat baharu menelan kos yang besar. 288 00:17:49,276 --> 00:17:51,236 Boeing menghadapi cabaran 289 00:17:51,320 --> 00:17:54,114 daripada pesaing asing yang berwawasan tinggi. 290 00:17:54,198 --> 00:17:56,283 Airbus telah mendapat kelulusan. 291 00:17:56,366 --> 00:17:59,328 A320neo telah mendapat kelulusan. 292 00:17:59,411 --> 00:18:03,082 Airbus mengumumkan bahawa ia akan memasang enjin jimat minyak 293 00:18:03,165 --> 00:18:05,000 pada jet paling popularnya 294 00:18:05,084 --> 00:18:08,087 yang menjimatkan 20 peratus daripada kos bahan api. 295 00:18:08,170 --> 00:18:11,673 Pelanggan telah memesan lebih daripada 4,300 pesawat. 296 00:18:11,757 --> 00:18:14,593 Airbus telah mengatasi Boeing. 297 00:18:14,676 --> 00:18:16,637 Jim McNerney gelisah. 298 00:18:17,304 --> 00:18:19,932 Mereka perlu bina pesawat baharu. 299 00:18:20,724 --> 00:18:25,187 Boeing mahu menggantikan 737 dengan pesawat baharu, 300 00:18:25,771 --> 00:18:27,689 tapi ia akan memakan masa bertahun-tahun. 301 00:18:29,066 --> 00:18:32,361 Jim McNerney buat keputusan tergesa-gesa. 302 00:18:33,821 --> 00:18:36,323 McNerney putuskan, "Jom buat benda mudah 303 00:18:36,406 --> 00:18:39,743 dan letakkan enjin jimat minyak pada 737 yang sedia ada." 304 00:18:41,036 --> 00:18:43,497 Maka, terhasillah 737 MAX. 305 00:18:43,580 --> 00:18:45,165 SOUTHWEST PESAN 150 BOEING 737 MAX 306 00:18:45,249 --> 00:18:49,545 Setelah mereka umumkannya, jualannya meningkat dengan mendadak. 307 00:18:49,628 --> 00:18:52,214 …pesanan besar oleh Southwest Airlines. 308 00:18:52,297 --> 00:18:56,051 Lion Air Group telah membeli 50 pesawat Boeing 737 MAX… 309 00:18:56,135 --> 00:18:59,179 Kami menerima banyak pesanan. 310 00:18:59,972 --> 00:19:01,765 Boeing berasa lega. 311 00:19:02,266 --> 00:19:05,060 Itu bermakna keuntungan untuk pemegang saham. 312 00:19:05,144 --> 00:19:06,979 - Jim McNerney. - Terima kasih. 313 00:19:07,062 --> 00:19:09,148 Duit yang lumayan untuk CEO. 314 00:19:11,150 --> 00:19:14,611 Pada tahun 2015, apabila Jim McNerney meletakkan jawatan, 315 00:19:14,695 --> 00:19:17,406 dia telah memperoleh ratusan juta dolar 316 00:19:17,489 --> 00:19:21,118 dan membawa pulang berpuluh-puluh juta sebagai pencen. 317 00:19:21,201 --> 00:19:23,162 10 TAHUN SEBAGAI CEO $1.9 JUTA - $244.6 JUTA 318 00:19:23,245 --> 00:19:25,956 Saya pasti dia fikir, "Wah, aku buat kerja bagus. 319 00:19:26,039 --> 00:19:27,416 Tengok harga saham sekarang." 320 00:19:27,499 --> 00:19:31,170 HARGA SAHAM BOEING 321 00:19:31,253 --> 00:19:32,880 RAHSIA DI SEBALIK KECEMERLANGAN 322 00:19:32,963 --> 00:19:35,674 Oleh sebab pemotongan kos nampak berjaya, 323 00:19:35,757 --> 00:19:38,760 ia akan diteruskan walaupun selepas dia pergi. 324 00:19:40,721 --> 00:19:42,181 Apabila McNerney bersara, 325 00:19:42,681 --> 00:19:45,309 lembaga pengarah melantik pengganti yang dipilih oleh dia, 326 00:19:45,392 --> 00:19:47,186 Dennis Muilenburg. 327 00:19:48,896 --> 00:19:50,147 Sebelum dia ambil alih, 328 00:19:50,230 --> 00:19:53,567 Muilenburg mendampingi McNerney selama 18 bulan. 329 00:19:53,650 --> 00:19:56,111 Saya rasa dalam tempoh itu, McNerney mengajari dia 330 00:19:56,195 --> 00:19:57,696 semua perkara yang dia buat 331 00:19:57,779 --> 00:20:01,950 yang berjaya dari segi kewangan dan beritahu dia, "Teruskan." 332 00:20:02,034 --> 00:20:02,910 Jadi, dia buat. 333 00:20:04,328 --> 00:20:07,164 Saham Boeing terus melonjak. 334 00:20:07,247 --> 00:20:08,332 Awak terkejut? 335 00:20:08,415 --> 00:20:11,501 Melihat harga saham awak naik secara parabola. 336 00:20:11,585 --> 00:20:15,047 Saya tak terkejut. Kami janji akan tingkatkan pengeluaran. 337 00:20:15,130 --> 00:20:16,924 Kami sedang melakukannya. 338 00:20:17,007 --> 00:20:20,594 - Harga saham lebih tinggi… - Itulah yang saya fikirkan. 339 00:20:20,677 --> 00:20:22,512 Kita akan bincang tentang komersial… 340 00:20:22,596 --> 00:20:26,975 Apabila Muilenburg ambil alih, saya fikir, "Tiada apa-apa yang berubah." 341 00:20:28,310 --> 00:20:29,895 Malah, ia jadi lebih teruk. 342 00:20:31,146 --> 00:20:32,940 CAROLINA SELATAN KILANG DREAMLINER 343 00:20:37,945 --> 00:20:40,572 Pada suatu hari, saya dipanggil ke pesawat Dreamliner. 344 00:20:42,199 --> 00:20:44,493 Kami jumpa serpihan logam 345 00:20:44,576 --> 00:20:48,163 pada semua pendawaian elektronik di bawah papan lantai. 346 00:20:51,083 --> 00:20:53,168 Semasa mereka pasang papan lantai, 347 00:20:53,252 --> 00:20:56,088 ulir pengikat tertanggal. 348 00:20:56,171 --> 00:20:57,256 ULIR YANG TERCABUT 349 00:20:57,339 --> 00:21:00,801 Lama-kelamaan, serpihan logam ini akan bergetar di situ 350 00:21:00,884 --> 00:21:02,427 dan menyebabkan litar pintas. 351 00:21:04,263 --> 00:21:08,684 Sedikit litar pintas boleh menjatuhkan kapal terbang. 352 00:21:11,895 --> 00:21:14,314 Swiss Air 111, ada asap di kokpit… 353 00:21:14,398 --> 00:21:15,274 2 SEPTEMBER 1998 354 00:21:15,357 --> 00:21:17,734 …sila patah balik dengan segera. 355 00:21:19,152 --> 00:21:24,908 Penerbangan 111 Swiss Air ada wayar terhakis dalam sistem hiburan, 356 00:21:24,992 --> 00:21:27,077 menyebabkan kebakaran dan pesawat terhempas. 357 00:21:27,160 --> 00:21:28,745 Semua penumpang mati. 358 00:21:28,829 --> 00:21:31,581 Kami berada 6,000 kaki di atas bangkai pesawat. 359 00:21:32,291 --> 00:21:35,794 Penerbangan 800 TWA ada wayar terhakis di dalam tangki minyak. 360 00:21:35,877 --> 00:21:36,878 Meletup di udara. 361 00:21:39,172 --> 00:21:43,593 Ada kira-kira 20,000 pengikat pada 787 Dreamliner. 362 00:21:43,677 --> 00:21:46,722 Ada kemungkinan 60,000 serpihan 363 00:21:46,805 --> 00:21:48,515 di atas wayar ini. 364 00:21:50,809 --> 00:21:52,644 Jadi, saya beritahu bos saya. 365 00:21:53,478 --> 00:21:57,524 Dia kata, "Pembersihan memerlukan kos yang tinggi dan masa yang lama." 366 00:21:59,818 --> 00:22:02,529 Berapa kos dan masa yang diperlukan 367 00:22:02,612 --> 00:22:05,991 kalau pesawat ini terhempas dengan 350 orang di dalamnya? 368 00:22:10,620 --> 00:22:14,666 Saya kata, "Saya takkan bertanggungjawab dan kata ia selamat." 369 00:22:16,460 --> 00:22:18,211 Tapi mereka tak nak dengar. 370 00:22:19,796 --> 00:22:22,841 Selepas itu, mereka pindahkan saya setiap empat atau enam bulan 371 00:22:22,924 --> 00:22:24,217 untuk menyusahkan saya. 372 00:22:24,301 --> 00:22:28,263 Setiap kali saya dipindahkan ke kawasan lain, saya jumpa isu besar. 373 00:22:31,933 --> 00:22:33,935 Saya nak tanya pendapat awak. 374 00:22:34,019 --> 00:22:36,104 Ibu bapa mentua saya akan naik pesawat ini. 375 00:22:36,980 --> 00:22:38,190 Selamat, tak? 376 00:22:38,273 --> 00:22:40,484 CAROLINA SELATAN KILANG DREAMLINER 377 00:22:44,237 --> 00:22:45,781 Mereka cuma ibu bapa mentua. 378 00:22:46,281 --> 00:22:47,449 Kalau awak, awak naik? 379 00:22:47,532 --> 00:22:48,367 Tak. 380 00:22:50,577 --> 00:22:52,287 Saya dapat percutian percuma. 381 00:22:52,371 --> 00:22:54,915 - Hari apa? - Cuma perlu naik 787. 382 00:22:55,624 --> 00:22:57,084 - Aduhai. - Apa? 383 00:22:57,584 --> 00:23:00,295 Jangan pergi bercuti dengan 787. 384 00:23:00,379 --> 00:23:03,131 Awak tahu apa masalah 787? 385 00:23:03,215 --> 00:23:04,216 Apa yang berlaku? 386 00:23:05,092 --> 00:23:06,218 Apa yang tak berlaku? 387 00:23:06,927 --> 00:23:09,012 Saya takkan naik pesawat ini. 388 00:23:09,096 --> 00:23:12,849 Saya dah nampak kualiti benda di sini. 389 00:23:17,396 --> 00:23:19,314 Charleston ialah kilang pertama 390 00:23:19,398 --> 00:23:22,401 yang saya dengar kebanyakan pekerja yang buat pesawat 391 00:23:22,484 --> 00:23:23,693 tak mahu naik. 392 00:23:25,404 --> 00:23:30,325 Kalau pekerja sendiri tak yakin untuk terbang dengan produk itu, 393 00:23:30,409 --> 00:23:33,286 kenapa benarkan ia digunakan orang awam? 394 00:23:38,417 --> 00:23:40,669 Kami rasa budaya kilang Charleston 395 00:23:40,752 --> 00:23:45,132 sangat berbeza daripada kilang Seattle. 396 00:23:47,259 --> 00:23:50,971 Tapi pada tahun 2015, saya rasa khuatir 397 00:23:51,805 --> 00:23:56,893 apabila saya temui gandar gear pendaratan 787 terhakis 398 00:23:56,977 --> 00:23:59,104 yang telah kami lupuskan, 399 00:23:59,187 --> 00:24:01,773 disembur cat merah dengan perkataan "lupus", 400 00:24:02,357 --> 00:24:05,819 digunakan semula di barisan pengeluaran Dreamliner. 401 00:24:07,612 --> 00:24:10,365 Komponen ini sudah reput. 402 00:24:11,741 --> 00:24:15,829 Semasa saya mengkajinya, saya dapat tahu komponen yang dilupuskan 403 00:24:15,912 --> 00:24:19,583 dipasang semula pada pesawat selama bertahun-tahun. 404 00:24:20,208 --> 00:24:22,002 PENGURUS KUALITI KUALITI PEMBEKAL 405 00:24:22,085 --> 00:24:24,421 BERHENTI! AKTIVITI INI TIDAK DIBENARKAN 406 00:24:24,504 --> 00:24:25,464 KOMPONEN ROSAK 407 00:24:26,673 --> 00:24:28,216 Kita takkan tahu 408 00:24:28,300 --> 00:24:31,636 sebanyak mana komponen rosak ini dipasang pada pesawat. 409 00:24:35,432 --> 00:24:39,102 Boeing telah menjual lebih daripada 1,200 Dreamliner. 410 00:24:39,978 --> 00:24:43,607 Pesawat itu beroperasi di lebih daripada 85 negara 411 00:24:43,690 --> 00:24:45,984 dengan satu bilion penumpang. 412 00:24:48,945 --> 00:24:51,781 Jadi, siasatan korporat dilancarkan. 413 00:24:51,865 --> 00:24:53,867 KOMPONEN ROSAK DIPASANG SEMULA 414 00:24:53,950 --> 00:24:58,121 Tiada seorang pun pengurus dipecat, dipenjarakan atau digantung kerja. 415 00:24:59,080 --> 00:25:01,917 Ia seperti sebahagian daripada perniagaan. 416 00:25:04,544 --> 00:25:07,964 Entah apa maksudnya untuk ribuan pesawat yang terbang. 417 00:25:09,132 --> 00:25:11,593 Pada ketika ini, tiada sesiapa pasti. 418 00:25:17,724 --> 00:25:21,686 Cara pihak pengurusan Boeing baharu melayan orang dan pengurus kualiti 419 00:25:21,770 --> 00:25:23,730 menjejaskan seluruh syarikat. 420 00:25:24,731 --> 00:25:25,982 Ia menakutkan saya. 421 00:25:26,942 --> 00:25:28,068 Sangat takut. 422 00:25:29,945 --> 00:25:31,988 John akan pulang dengan risau. 423 00:25:32,072 --> 00:25:36,034 Dia kata, "Saya tak percaya mereka tak faham." 424 00:25:36,117 --> 00:25:40,330 Saya nampak kemudian ia mula menjejaskan dia. 425 00:25:43,333 --> 00:25:46,294 Saya benar-benar terfikir untuk beritahu Sumber Manusia 426 00:25:47,671 --> 00:25:50,799 kerana di Boeing, jika kita beritahu Sumber Manusia, 427 00:25:50,882 --> 00:25:51,967 kita jadi sasaran. 428 00:25:53,552 --> 00:25:56,721 Saya tahu daripada sejarah lepas dan insiden lain 429 00:25:56,805 --> 00:26:00,100 bahawa Boeing mungkin akan pecat saya dengan serta-merta. 430 00:26:00,183 --> 00:26:03,979 Mereka akan rampas komputer saya, rampas telefon bimbit saya, 431 00:26:04,062 --> 00:26:06,022 rampas semua dokumen saya. 432 00:26:06,690 --> 00:26:08,984 Jadi, saya akan jadi pekerja yang dipecat 433 00:26:09,067 --> 00:26:12,362 dan disenarai hitam daripada seluruh industri. 434 00:26:14,906 --> 00:26:17,242 Saya takut dengan apa yang mereka akan buat. 435 00:26:20,579 --> 00:26:23,290 Tapi mereka membahayakan orang awam. 436 00:26:24,457 --> 00:26:25,875 Ia tak boleh diterima. 437 00:26:27,210 --> 00:26:29,337 Saya nekad untuk lawan mereka. 438 00:26:29,421 --> 00:26:30,630 SAYA FAILKAN KES #EWB17544 439 00:26:30,714 --> 00:26:34,884 Jadi, saya beritahu Sumber Manusia yang mereka melanggar prosedur. 440 00:26:35,468 --> 00:26:37,262 Sumber Manusia kata, "Ya, betul." 441 00:26:38,430 --> 00:26:40,348 Mereka tak buat apa-apa untuk betulkannya. 442 00:26:41,224 --> 00:26:43,476 Jadi, saya buat aduan etika. 443 00:26:43,560 --> 00:26:44,477 Tiada apa-apa. 444 00:26:45,061 --> 00:26:48,565 Saya tulis surat kepada Naib Presiden Etika Korporat di Washington, D.C. 445 00:26:49,399 --> 00:26:51,443 Eksekutif tak buat apa-apa. 446 00:26:52,152 --> 00:26:54,195 Saya buat aduan kepada OSHA. 447 00:26:54,988 --> 00:26:59,492 Saya berjumpa dengan FAA, Organisasi Penguatkuasaan Pengawasan 448 00:27:00,535 --> 00:27:02,704 untuk selesaikan isu ini. 449 00:27:06,291 --> 00:27:09,127 Seolah-olah tiada sesiapa peduli. 450 00:27:12,339 --> 00:27:15,425 Atau perlu ada pesawat terhempas sebelum mereka kata, 451 00:27:15,508 --> 00:27:17,844 "Kita patut dengar cakap dia." 452 00:27:19,846 --> 00:27:23,141 10 MAC 2019 453 00:27:23,224 --> 00:27:27,020 Saya masih ingat saya bangun pada pagi Ahad itu. 454 00:27:27,520 --> 00:27:31,316 Dua anak saya ada di sebelah saya. Saya rasa bagus kalau dia 455 00:27:31,399 --> 00:27:36,696 dapat tengok gambar anak-anak. Jadi, saya ambil swafoto 456 00:27:36,780 --> 00:27:37,697 dua anak saya 457 00:27:37,781 --> 00:27:41,409 dan tulis, "Selamat pagi, ayah." Saya guna banyak emoji. 458 00:27:41,493 --> 00:27:44,371 SELAMAT PAGI AYAH 459 00:27:44,454 --> 00:27:45,705 TIDAK BERJAYA DIHANTAR 460 00:27:45,789 --> 00:27:49,292 Saya perasan mesej itu tak dihantar, 461 00:27:49,376 --> 00:27:51,378 yang saya rasa agak pelik. 462 00:27:51,461 --> 00:27:54,589 Tapi mungkin isyarat buruk di Addis Ababa. 463 00:27:57,384 --> 00:28:01,596 Mick kerap bekerja dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 464 00:28:02,972 --> 00:28:06,351 Dia sentiasa ingin membantu orang. 465 00:28:10,563 --> 00:28:13,858 Beberapa jam kemudian, saya ambil telefon saya. 466 00:28:13,942 --> 00:28:16,194 Masih tiada balasan daripada dia. 467 00:28:16,277 --> 00:28:19,364 Tapi ada banyak panggilan tak dijawab daripada kawan saya. 468 00:28:21,700 --> 00:28:25,995 Saya hubungi kawan kami. Dia tanya, "Naoise, awak tengok berita? 469 00:28:26,079 --> 00:28:27,372 "Ada nahas pesawat." 470 00:28:28,456 --> 00:28:30,667 Dia kata, "Mick ada di dalam pesawat itu." 471 00:28:32,043 --> 00:28:33,169 Saya kata, "Tak." 472 00:28:34,295 --> 00:28:35,171 "Tak." 473 00:28:42,053 --> 00:28:45,932 Pesawat Ethiopian Airlines terhempas sejurus selepas berlepas, 474 00:28:46,015 --> 00:28:50,812 membunuh kesemua 157 penumpang dan kru yang berada di dalam pesawat. 475 00:28:53,648 --> 00:28:55,817 Masa seolah-olah terhenti. 476 00:29:00,321 --> 00:29:03,074 Orang takkan hilang begitu saja. 477 00:29:03,158 --> 00:29:05,493 Sekejap ada, sekejap tiada. 478 00:29:07,328 --> 00:29:08,830 Tapi itulah yang berlaku. 479 00:29:09,831 --> 00:29:11,124 Dia dah tiada. 480 00:29:17,839 --> 00:29:22,260 Sebagai jurutera, otak saya mula ligat berfikir. 481 00:29:23,011 --> 00:29:25,054 Saya mula buat kajian. 482 00:29:26,181 --> 00:29:27,557 NAHAS BOEING MAX 8 KEDUA 483 00:29:27,640 --> 00:29:30,602 Boeing menghadapi banyak soalan keselamatan pagi ini 484 00:29:30,685 --> 00:29:33,980 kerana ini nahas kedua dalam tempoh lima bulan. 485 00:29:36,232 --> 00:29:39,527 Pesawat Lion Air terhempas di pesisir pantai Indonesia 486 00:29:39,611 --> 00:29:42,071 dengan hampir 200 orang di dalam pesawat. 487 00:29:46,326 --> 00:29:49,788 Saya tahu ini bukan nahas MAX pertama. 488 00:29:51,456 --> 00:29:54,125 Pesawat baharu jatuh daripada langit 489 00:29:54,918 --> 00:29:56,669 dua kali? 490 00:29:56,753 --> 00:29:57,962 Kenapa? 491 00:29:59,798 --> 00:30:01,174 Saya nak jawapan. 492 00:30:03,760 --> 00:30:07,514 Perintah kecemasan untuk menggantung semua Boeing MAX 8 dan 9. 493 00:30:07,597 --> 00:30:11,684 FAA menggantung pesawat itu sehingga penggunaannya disahkan selamat. 494 00:30:12,268 --> 00:30:16,981 Sistem baharu dipanggil MCAS menjadi fokus siasatan kedua-dua nahas. 495 00:30:17,065 --> 00:30:20,610 Perisian MCAS yang berkuasa boleh mengawal pesawat semasa penerbangan. 496 00:30:20,693 --> 00:30:22,445 …membuatkan juruterbang tak berdaya. 497 00:30:22,529 --> 00:30:24,531 MASALAH KAWALAN DIKESAN 2 TAHUN SEBELUM NAHAS 498 00:30:24,614 --> 00:30:27,617 Boeing menyembunyikan maklumat penting daripada FAA, 499 00:30:27,700 --> 00:30:30,829 pelanggannya dan juruterbang 737 MAX. 500 00:30:31,329 --> 00:30:37,710 FAA menganggarkan 15 lagi pesawat MAX akan terhempas dalam beberapa dekad. 501 00:30:37,794 --> 00:30:42,173 Boeing dan CEOnya tahu bahawa sistem yang rosak itu berbahaya. 502 00:30:42,257 --> 00:30:46,010 Namun, mereka memberitahu orang ramai MAX selamat seperti mana-mana pesawat 503 00:30:46,094 --> 00:30:47,512 yang pernah terbang. 504 00:30:48,429 --> 00:30:50,807 Semakin banyak saya belajar, semakin saya sedar 505 00:30:50,890 --> 00:30:53,226 bahawa semuanya salah 506 00:30:53,309 --> 00:30:55,937 dan kami perlu menuntut keadilan. 507 00:30:56,020 --> 00:30:57,981 PENIPUAN PEMBUATAN TIADA TINDAKAN 508 00:30:58,064 --> 00:30:59,440 "SALAH LAKU JENAYAH" 509 00:31:00,358 --> 00:31:05,405 Anak-anak saya tahu ayah mereka menaiki pesawat 510 00:31:05,488 --> 00:31:07,949 yang dibuat oleh orang jahat. 511 00:31:10,451 --> 00:31:13,371 Anak saya tanya, "Adakah kita akan tangkap mereka?" 512 00:31:13,454 --> 00:31:15,081 Saya kata, "Mak tak tahu." 513 00:31:16,082 --> 00:31:17,458 "Kita tunggu dan lihat." 514 00:31:26,009 --> 00:31:28,261 Selepas nahas 737 MAX, 515 00:31:28,970 --> 00:31:32,891 semua orang di kilang kami terkejut. 516 00:31:34,100 --> 00:31:35,894 Kami ambil serius kerja kami, 517 00:31:35,977 --> 00:31:39,522 terutamanya kualiti kerja, bahawa kami luluskan produk bagus. 518 00:31:40,440 --> 00:31:42,984 Saya sangat sedih. 519 00:31:51,034 --> 00:31:52,285 Boleh tunggu sekejap? 520 00:31:52,368 --> 00:31:53,202 Maaf. 521 00:32:05,840 --> 00:32:09,260 Semua orang rasa sangat sedih. 522 00:32:14,140 --> 00:32:15,975 Apa yang kami buat? 523 00:32:16,059 --> 00:32:17,769 Kenapa kami dalam bidang ini? 524 00:32:18,269 --> 00:32:19,896 Kenapa kami tergesa-gesa? 525 00:32:22,315 --> 00:32:23,733 Ia memberi kesan. 526 00:32:24,275 --> 00:32:29,072 Setiap hari kami bekerja, kami risau tentang penumpang. Jadi… 527 00:32:34,619 --> 00:32:37,121 Kami sedih tentang keluarga mangsa, 528 00:32:37,205 --> 00:32:40,667 terutamanya melihat mereka memegang gambar orang tersayang. 529 00:32:40,750 --> 00:32:43,002 Itu sukar untuk sesiapa saja, 530 00:32:43,086 --> 00:32:46,506 tapi bagi pekerja Boeing, itu sangat sukar untuk dilihat. 531 00:32:48,383 --> 00:32:50,635 Anak perempuan saya seorang sukarelawan. 532 00:32:50,718 --> 00:32:53,972 Dia mahu mengabdikan hidupnya untuk orang lain. 533 00:32:55,056 --> 00:32:57,392 Hari itu hari pertama dia bekerja. 534 00:32:59,185 --> 00:33:00,728 Kenapa kami perlu bangun 535 00:33:01,229 --> 00:33:02,271 untuk jawab panggilan 536 00:33:02,939 --> 00:33:06,067 yang dua anak kami naik pesawat yang terhempas? 537 00:33:07,026 --> 00:33:10,446 Anak kami, Samya, dalam perjalanan ke Afrika Timur 538 00:33:10,530 --> 00:33:13,700 untuk memulakan kerjaya dalam kesihatan awam. 539 00:33:15,994 --> 00:33:18,871 Apa yang paling buat saya marah 540 00:33:18,955 --> 00:33:24,168 adalah apabila peguam Boeing kata keluarga mangsa tak layak dapat 541 00:33:25,545 --> 00:33:29,757 pampasan untuk kesakitan dan penderitaan yang dihadapi orang tersayang mereka. 542 00:33:30,842 --> 00:33:35,513 Mereka kata ia berlaku dengan sangat cepat sehingga mangsa tak tahu apa yang berlaku. 543 00:33:35,596 --> 00:33:38,266 MANGSA TIDAK SEMPAT RASA SAKIT SEWAKTU PESAWAT TERHEMPAS 544 00:33:38,349 --> 00:33:41,894 Saya selalu terfikir tentang enam minit terakhir mereka. 545 00:33:42,645 --> 00:33:46,149 Isteri dan mak mentua saya tahu mereka akan mati. 546 00:33:46,232 --> 00:33:51,195 Mereka terpaksa menenangkan anak-anak pada saat-saat akhir itu, 547 00:33:51,279 --> 00:33:53,448 sedangkan mereka tahu itu saat terakhir. 548 00:33:54,532 --> 00:33:56,242 Saya harap saya ada bersama mereka. 549 00:33:58,202 --> 00:34:02,790 Saya tak boleh lupa daging keluarga saya ada di Ethiopia, 550 00:34:02,874 --> 00:34:07,462 bercampur dengan tanah, bahan api jet dan serpihan pesawat. 551 00:34:11,424 --> 00:34:15,386 DENNIS MUILENBURG ENGGAN LETAK JAWATAN SELEPAS DUA NAHAS MAUT PESAWAT 552 00:34:15,470 --> 00:34:17,972 Beberapa bulan selepas nahas kedua, 553 00:34:18,056 --> 00:34:20,475 Muilenburg diasak bertubi-tubi. 554 00:34:20,558 --> 00:34:24,604 Akhirnya, pada Disember 2019, Muilenburg dipecat. 555 00:34:24,687 --> 00:34:27,148 BOEING PECAT C.E.O. DENNIS MUILENBURG 556 00:34:27,231 --> 00:34:31,444 Walaupun dia bertanggungjawab atas dua nahas dahsyat, 557 00:34:31,527 --> 00:34:37,617 yang membunuh ratusan orang, dia memperoleh 120 juta dolar sebagai CEO 558 00:34:37,700 --> 00:34:42,371 dan memperoleh pencen bernilai 60 juta dolar. 559 00:34:44,373 --> 00:34:49,128 Dia digantikan dengan serta-merta oleh pengerusi lembaga, Dave Calhoun. 560 00:34:49,962 --> 00:34:52,381 Calhoun ialah eksekutif berpengalaman. 561 00:34:52,465 --> 00:34:56,302 Dia sudah 10 tahun dalam lembaga pengarah. 562 00:34:56,385 --> 00:34:58,096 Boeing memasuki era baharu. 563 00:34:58,179 --> 00:35:01,182 David Calhoun mengambil alih sebagai CEO hari ini. 564 00:35:01,265 --> 00:35:04,852 Pada masa yang sama, terdapat banyak siasatan. 565 00:35:04,936 --> 00:35:05,895 BOEING DISIASAT 566 00:35:05,978 --> 00:35:08,147 Dewan Perwakilan sangat agresif. 567 00:35:08,231 --> 00:35:10,399 Kita tak patut ada tragedi 568 00:35:10,483 --> 00:35:14,195 untuk mengubah peraturan jika peraturan perlu diubah. 569 00:35:14,779 --> 00:35:16,697 Kita tak patut berada di sini hari ini. 570 00:35:16,781 --> 00:35:20,910 Jabatan Kehakiman menyiasat kemungkinan kes jenayah. 571 00:35:22,703 --> 00:35:26,290 Tiada sesiapa tahu akibat undang-undang yang Boeing akan hadapi. 572 00:35:30,920 --> 00:35:33,965 7 JANUARI 2021 573 00:35:34,048 --> 00:35:37,385 Dua tahun selepas siasatan nahas pesawat MAX, 574 00:35:38,886 --> 00:35:43,224 saya berada di rumah ibu mentua saya dan kami bercakap tentang Mick. 575 00:35:44,392 --> 00:35:47,728 - Berita sedang disiarkan. - Berita tergempar Boeing. 576 00:35:47,812 --> 00:35:51,023 Tiba-tiba, Boeing disebut dan saya terhenti 577 00:35:51,107 --> 00:35:52,525 dan mendengarnya. 578 00:35:52,608 --> 00:35:55,778 Boeing telah membuat perjanjian pendakwaan tertunda. 579 00:35:55,862 --> 00:35:57,530 berkenaan dengan 737 MAX. 580 00:35:58,114 --> 00:36:00,741 Saya rasa tak percaya. 581 00:36:00,825 --> 00:36:03,244 Apa itu perjanjian pendakwaan tertunda? 582 00:36:03,327 --> 00:36:07,415 Tuduhan ini akan digugurkan selepas tiga tahun 583 00:36:07,498 --> 00:36:10,751 jika Boeing memenuhi semua syarat dalam perjanjian ini. 584 00:36:10,835 --> 00:36:15,506 Pada dasarnya, ia akan menamatkan siasatan jenayah 585 00:36:15,590 --> 00:36:19,468 oleh Jabatan Kehakiman terhadap perbuatan Boeing. 586 00:36:20,219 --> 00:36:21,554 Saya tak percaya. 587 00:36:21,637 --> 00:36:24,182 Tiga ratus empat puluh enam nyawa terkorban. 588 00:36:24,265 --> 00:36:26,767 Pesawat baharu terhempas daripada langit. 589 00:36:26,851 --> 00:36:29,604 Mesti ada yang tak kena. Ini tak mungkin benar. 590 00:36:29,687 --> 00:36:33,399 Adakah perjanjian itu juga menamatkan ancaman terhadap eksekutif Boeing? 591 00:36:33,482 --> 00:36:34,442 Nampaknya, ya. 592 00:36:34,942 --> 00:36:38,613 Suruh mereka bayar denda. Beri mereka tempoh percubaan. 593 00:36:38,696 --> 00:36:41,949 Selepas tiga tahun, kalau mereka baik, mereka bebas. 594 00:36:42,533 --> 00:36:44,076 Seolah-olah tiada apa-apa berlaku. 595 00:36:44,785 --> 00:36:47,330 CEO sepatutnya didakwa. 596 00:36:47,830 --> 00:36:52,877 Sebaliknya, mereka tulis pihak pengurusan atasan tak tahu apa-apa. 597 00:36:54,378 --> 00:36:56,172 Ada beberapa syarat 598 00:36:56,255 --> 00:36:58,007 yang perlu dipenuhi oleh Boeing. 599 00:36:58,090 --> 00:36:59,884 Saya tak percaya 600 00:36:59,967 --> 00:37:05,598 seseorang boleh terlepas selepas membunuh 346 orang. 601 00:37:07,141 --> 00:37:09,602 Ia… Ia menyakitkan. 602 00:37:15,691 --> 00:37:18,277 Kami kecewa dengan perjanjian itu. 603 00:37:19,278 --> 00:37:22,114 Ia bukan keadilan untuk keluarga ini. 604 00:37:24,367 --> 00:37:27,662 Ia tak cukup teruk untuk Boeing. 605 00:37:27,745 --> 00:37:30,206 Ia sekadar memenuhi syarat. 606 00:37:30,289 --> 00:37:32,333 BOEING MENYELESAIKAN 607 00:37:33,542 --> 00:37:35,253 Denda itu tak bermakna bagi Boeing. 608 00:37:35,753 --> 00:37:39,048 Kalau ada orang yang dipenjarakan, 609 00:37:39,131 --> 00:37:40,716 barulah mereka akan insaf. 610 00:37:42,593 --> 00:37:44,428 Banyak agensi kerajaan fikir, 611 00:37:44,512 --> 00:37:48,182 "Kalau kita tangkap seorang daripada mereka, 612 00:37:48,266 --> 00:37:50,977 seluruh syarikat akan runtuh." 613 00:37:51,060 --> 00:37:53,354 Tidak. Kalau seorang ditangkap, 614 00:37:53,437 --> 00:37:56,107 orang akan mula berfikir dua kali. 615 00:37:57,733 --> 00:38:01,404 Selagi mereka tak dipertanggungjawabkan, mereka takkan berubah. 616 00:38:07,493 --> 00:38:10,496 Saya rasa saya perlu buat sesuatu. 617 00:38:13,416 --> 00:38:19,046 Ada beberapa keluarga yang bersedia untuk bangkit dan melawan. 618 00:38:19,547 --> 00:38:21,007 - Hai. - Helo. 619 00:38:23,175 --> 00:38:25,636 Satu-satunya cara untuk mendakwa CEO 620 00:38:25,720 --> 00:38:28,806 adalah dengan membuktikan bahawa Boeing langgar syarat 621 00:38:28,889 --> 00:38:30,850 semasa tempoh percubaan mereka. 622 00:38:30,933 --> 00:38:32,059 GAGAL MELAKUKAN TUGAS 623 00:38:32,143 --> 00:38:35,104 Mereka gagal meningkatkan piawaian keselamatan. 624 00:38:35,187 --> 00:38:36,856 GAGAL MELAKSANAKAN PROGRAM PEMATUHAN 625 00:38:38,190 --> 00:38:40,318 Kami ada tiga tahun untuk melakukannya. 626 00:38:40,401 --> 00:38:42,486 TAMAT TIGA TAHUN SELEPAS TARIKH ITU 627 00:38:43,738 --> 00:38:44,947 JANUARI 2021 628 00:38:45,031 --> 00:38:48,367 PERJANJIAN PENDAKWAAN TERTUNDA TAMAT DALAM TEMPOH 3 TAHUN 629 00:38:50,494 --> 00:38:53,080 Keluarga kami bertemu setiap bulan dalam talian. 630 00:38:53,748 --> 00:38:58,127 Kami menjejaki kegagalan keselamatan Boeing. 631 00:38:58,210 --> 00:38:59,628 Selalu ada. 632 00:39:00,463 --> 00:39:02,923 Ada prosedur laporan di Amerika. 633 00:39:03,424 --> 00:39:05,634 Setiap kali pesawat ada masalah, 634 00:39:05,718 --> 00:39:08,179 ia akan masuk ke dalam sistem untuk kegunaan awam. 635 00:39:09,388 --> 00:39:13,559 Semalam, ada pesawat MAX yang mengisytiharkan kecemasan di Rom 636 00:39:13,642 --> 00:39:16,562 dan satu lagi mengisytiharkan kecemasan di India. 637 00:39:17,271 --> 00:39:19,148 Kami mencari corak. 638 00:39:19,231 --> 00:39:22,902 Pesawat baharu ada banyak masalah. 639 00:39:22,985 --> 00:39:25,529 Masalah elektrik, masalah tekanan udara, 640 00:39:25,613 --> 00:39:29,408 52 motor trim penstabil rosak… Semua ini sistem keselamatan kritikal. 641 00:39:30,117 --> 00:39:32,620 Boeing ada isu pengeluaran dinding sekat belakang. 642 00:39:32,703 --> 00:39:34,789 Masalah elektrik dengan panel instrumen utama. 643 00:39:34,872 --> 00:39:37,833 Salah satu daripada bilah kipas enjin kanan retak. 644 00:39:37,917 --> 00:39:40,086 Tiba-tiba, kami dengar letupan kuat. 645 00:39:40,169 --> 00:39:44,090 Lubang terbentuk di atas bumbung pesawat Southwest Airlines… 646 00:39:44,173 --> 00:39:47,551 FAA beri kami buletin menyatakan jika kita biarkan enjin anti-ais 647 00:39:47,635 --> 00:39:50,471 di udara selama lima minit atau lebih, 648 00:39:50,554 --> 00:39:52,556 enjin boleh tercabut. 649 00:39:54,225 --> 00:39:56,018 Saya terbang dengan nota 650 00:39:56,102 --> 00:39:58,646 untuk ingatkan saya supaya tutup anti-ais enjin 651 00:39:58,729 --> 00:40:00,481 sebab tiada amaran lain di pesawat. 652 00:40:00,564 --> 00:40:01,816 ISYTIHAR KECEMASAN 653 00:40:01,899 --> 00:40:03,776 GELONGSOR DIBUKA KABIN DIPENUHI ASAP 654 00:40:03,859 --> 00:40:07,988 Kami sedar ia bukan masalah perisian pada pesawat MAX. 655 00:40:08,989 --> 00:40:11,784 Ada masalah pembuatan yang besar. 656 00:40:13,577 --> 00:40:17,206 Kami perlu tahu apa yang berlaku di kilang-kilang Boeing. 657 00:40:26,549 --> 00:40:29,009 John Barnett hanya mahu 658 00:40:29,093 --> 00:40:32,596 produk berkualiti dihasilkan. 659 00:40:34,098 --> 00:40:39,019 Namun, dia tidak mendapat sokongan. 660 00:40:39,770 --> 00:40:42,857 John membangkitkan banyak isu dan amaran 661 00:40:42,940 --> 00:40:47,319 dalam syarikat sehingga mereka putuskan untuk pindahkan dia ke tempat 662 00:40:47,403 --> 00:40:50,197 yang takkan menjejaskan sistem pengeluaran. 663 00:40:52,032 --> 00:40:53,826 Melihat apa yang John lalui 664 00:40:54,660 --> 00:40:55,953 sangat menyedihkan. 665 00:40:56,537 --> 00:40:59,206 BARNETT DIBALAS DENDAM 666 00:40:59,790 --> 00:41:03,461 MEMBERITAHU DIA YANG DIA "DIKECUALIKAN" 667 00:41:04,086 --> 00:41:05,296 DIEJEK, DIKECAM, DIMALUKAN 668 00:41:05,379 --> 00:41:08,466 Ramai pengurus memarahi saya. 669 00:41:09,884 --> 00:41:13,971 Dalam semakan pengurusan prestasi saya, saya diturunkan pangkat 670 00:41:14,054 --> 00:41:16,223 dan gaji saya dipotong 671 00:41:16,307 --> 00:41:18,684 kerana menulis tentang kebimbangan kualiti. 672 00:41:19,560 --> 00:41:23,147 Mereka kata mereka tak mahu apa-apa dalam dokumen 673 00:41:23,230 --> 00:41:25,983 supaya mereka boleh menafikannya. 674 00:41:27,067 --> 00:41:28,569 Itu kata-kata mereka. 675 00:41:29,069 --> 00:41:31,739 DISENARAI HITAM DAN DISEKAT DARIPADA JAWATAN LAIN 676 00:41:31,822 --> 00:41:34,617 Kemudian, mereka buat pelan tindakan pembetulan. 677 00:41:35,117 --> 00:41:36,160 DIUGUT DENGAN PEMECATAN 678 00:41:36,243 --> 00:41:38,245 Saya hampir dipecat. 679 00:41:45,127 --> 00:41:49,465 Tekanan, penghinaan dan permusuhan terhadap saya 680 00:41:49,548 --> 00:41:51,175 melemahkan saya. 681 00:41:54,678 --> 00:41:56,972 Selepas 30 tahun dalam industri 682 00:41:57,056 --> 00:42:00,726 dan dianggap sebagai orang penting, 683 00:42:00,809 --> 00:42:04,980 tiba-tiba saya dianggap sebagai sampah organisasi. 684 00:42:05,981 --> 00:42:07,441 Bagaimana nak hadapinya? 685 00:42:13,864 --> 00:42:16,325 Jadi, saya akhirnya bersara. 686 00:42:26,168 --> 00:42:31,799 Tapi selepas saya pergi, saya tahu masalah masih wujud. 687 00:42:33,467 --> 00:42:35,761 Hal itu membebankan hati saya. 688 00:42:38,973 --> 00:42:41,725 Mungkin saya patut berjumpa dengan presiden Boeing 689 00:42:42,393 --> 00:42:43,769 dan bukan naib presiden saja. 690 00:42:43,852 --> 00:42:46,981 Saya tak dapat elak daripada memikirkan perkara itu. 691 00:42:47,064 --> 00:42:48,566 Apa yang boleh saya ubah? 692 00:42:52,361 --> 00:42:55,281 Saya duduk dan fikir, "Apa yang patut aku buat?" 693 00:42:57,116 --> 00:43:00,286 Sama ada saya duduk diam 694 00:43:00,369 --> 00:43:01,620 atau dedahkannya. 695 00:43:08,335 --> 00:43:11,880 Ini soal pesawat, nyawa orang awam, nyawa penumpang. 696 00:43:13,173 --> 00:43:15,593 Saya tak boleh berdiam diri. 697 00:43:23,350 --> 00:43:25,561 Saya takkan berdiam diri. 698 00:43:27,354 --> 00:43:30,107 John Barnett berkata dia bekerja selama 32 tahun di Boeing 699 00:43:30,190 --> 00:43:32,318 dan akan mendedahkan salah laku tempat kerjanya. 700 00:43:32,401 --> 00:43:35,738 Semuanya tentang jadual dan mencepatkan kerja. 701 00:43:35,821 --> 00:43:37,781 Siapkan pesawat. Kita dah lewat. 702 00:43:37,865 --> 00:43:40,951 Saya tahu apa yang berlaku dan ia menakutkan. 703 00:43:41,035 --> 00:43:42,745 TUKANG ADU DI BOEING 704 00:43:42,828 --> 00:43:48,167 Saya rasa amat penting untuk orang ramai tahu tentang aktiviti 705 00:43:48,250 --> 00:43:52,338 dalam Boeing yang boleh menjejaskan nyawa mereka. 706 00:43:52,921 --> 00:43:55,215 Cuba lihat 737 MAX. 707 00:43:57,259 --> 00:43:59,386 Nyawa dan keluarga mereka… 708 00:44:01,639 --> 00:44:03,307 Sebab itu saya terus bercerita. 709 00:44:03,390 --> 00:44:05,768 Seseorang perlu masuk campur dan tanganinya. 710 00:44:08,187 --> 00:44:09,897 DAKWAAN PENGELUARAN YANG CUAI 711 00:44:09,980 --> 00:44:11,899 Semasa kami teruskan kajian… 712 00:44:11,982 --> 00:44:13,275 KAWALAN KUALITI DIPERIKSA 713 00:44:13,359 --> 00:44:16,570 …kami sedar ada sekumpulan kecil pekerja 714 00:44:16,654 --> 00:44:20,658 yang tampil untuk mengatakan bahawa ada masalah pembuatan 715 00:44:20,741 --> 00:44:22,451 di kilang Boeing, 716 00:44:22,534 --> 00:44:24,161 bahawa keadaan huru-hara. 717 00:44:24,244 --> 00:44:27,164 Ada antara mereka menghubungi kami secara peribadi. 718 00:44:30,084 --> 00:44:31,502 Kami berbesar hati bekerjasama 719 00:44:31,585 --> 00:44:34,213 dengan ramai daripada anda selama beberapa tahun. 720 00:44:34,296 --> 00:44:35,339 Ada banyak… 721 00:44:35,422 --> 00:44:38,634 Kami mula berhubung dengan ramai tukang adu. 722 00:44:39,301 --> 00:44:42,221 Kami telah membentuk kumpulan pada peringkat ini. 723 00:44:42,930 --> 00:44:45,516 Ada beberapa mesyuarat dengan mereka, 724 00:44:45,599 --> 00:44:47,935 ada secara bersemuka, ada dalam talian. 725 00:44:50,104 --> 00:44:52,898 Kami tak boleh berdiam diri. 726 00:44:52,981 --> 00:44:56,652 Sebagai keluarga, kami perlu rasa orang tersayang kami penting. 727 00:44:58,237 --> 00:45:02,032 Tapi juga kerana keadilan dan kebertanggungjawaban sebenar 728 00:45:02,116 --> 00:45:04,785 boleh menghalang bencana pada masa depan. 729 00:45:05,953 --> 00:45:06,787 MEI 2022 730 00:45:06,870 --> 00:45:09,415 PERJANJIAN PENDAKWAAN TERTUNDA TAMAT DALAM TEMPOH 2 TAHUN 731 00:45:09,498 --> 00:45:12,084 Berapa lama kita akan berada di sana? 732 00:45:12,167 --> 00:45:13,377 - Mesyuarat? - Ya. 733 00:45:13,460 --> 00:45:15,003 Tiga, empat jam lagi. 734 00:45:17,548 --> 00:45:20,759 Kemudian, kami mula adakan mesyuarat dengan FAA. 735 00:45:22,219 --> 00:45:24,888 FAA ialah Pentadbiran Penerbangan Persekutuan. 736 00:45:24,972 --> 00:45:30,394 Tugas mereka memastikan reka bentuk dan pembuatan pesawat selamat. 737 00:45:30,477 --> 00:45:34,189 Tugas mereka juga memantau dan memeriksa Boeing. 738 00:45:36,233 --> 00:45:37,401 MEI 2022 739 00:45:37,484 --> 00:45:41,822 Perjanjian pendakwaan tertunda ini akan tamat dalam tempoh dua tahun. 740 00:45:41,905 --> 00:45:44,450 Jadi, setiap minggu, kami maklumkan kepada FAA 741 00:45:44,533 --> 00:45:46,493 bahawa masih ada banyak masalah. 742 00:45:46,577 --> 00:45:50,873 Kami nampak masalah berterusan pada pesawat baharu 743 00:45:50,956 --> 00:45:52,958 yang tak ada pada pesawat lama. 744 00:45:53,041 --> 00:45:55,544 Gila betul masalah itu tak diselesaikan. 745 00:45:57,045 --> 00:46:01,175 Mereka kata, "Kamu tak perlu risau. 746 00:46:01,800 --> 00:46:05,763 Boeing dah berubah dan ia syarikat yang hebat sekarang." 747 00:46:06,346 --> 00:46:08,474 BOEING BINA SEMULA BUDAYA KESELAMATAN 748 00:46:08,557 --> 00:46:12,644 Kami akan kongsi semua isu supaya jika ada masalah, 749 00:46:12,728 --> 00:46:16,482 kami boleh atasinya dengan semua pekerja dan orang awam. 750 00:46:20,319 --> 00:46:21,987 Ramai orang berharap 751 00:46:22,070 --> 00:46:24,114 Calhoun akan mengubah syarikat itu. 752 00:46:24,198 --> 00:46:26,617 CEO Boeing menyebut panduan… 753 00:46:26,700 --> 00:46:28,702 Kami perlukan seseorang untuk bawa perubahan. 754 00:46:28,786 --> 00:46:31,705 Harap-harap dia orangnya yang akan mengubah syarikat kami. 755 00:46:32,456 --> 00:46:36,210 Dave Calhoun komited untuk membaharui proses. 756 00:46:36,877 --> 00:46:38,962 Ia menyusun semula organisasi kejuruteraan. 757 00:46:39,046 --> 00:46:40,589 Ia mewujudkan Ketua Keselamatan. 758 00:46:40,672 --> 00:46:45,344 Semua jawatan taktikal berbeza ini membolehkan mereka memastikan 759 00:46:45,427 --> 00:46:46,637 hal ini tak berlaku lagi. 760 00:46:46,720 --> 00:46:48,555 E-MEL CEO DAVID CALHOUN KEPADA PEKERJA 761 00:46:48,639 --> 00:46:52,476 Mereka mula mencipta sistem di mana kepimpinan mendengar 762 00:46:52,559 --> 00:46:54,144 apa yang berlaku di pihak bawahan. 763 00:46:54,228 --> 00:46:57,064 Selamat datang ke panggilan persidangan Boeing Company. 764 00:46:57,147 --> 00:47:00,150 Kami akan memberi pekerja ganjaran kerana bersuara 765 00:47:00,234 --> 00:47:03,028 untuk memperlahankan sesuatu perkara jika perlu. 766 00:47:03,111 --> 00:47:04,696 BERSUARA 767 00:47:04,780 --> 00:47:09,493 Program Speak Up akan memudahkan pekerja 768 00:47:09,576 --> 00:47:12,579 untuk mengenal pasti masalah etika, 769 00:47:12,663 --> 00:47:15,457 tingkah laku buruk dan kebimbangan keselamatan 770 00:47:15,541 --> 00:47:17,209 untuk tindakan yang lebih cepat. 771 00:47:17,292 --> 00:47:19,795 Kami hilang ketelusan seketika. 772 00:47:19,878 --> 00:47:23,090 Kami perlu dapatkannya semula kerana ia melibatkan kepercayaan 773 00:47:23,173 --> 00:47:25,259 dunia terhadap kami. 774 00:47:29,221 --> 00:47:33,892 Berita tergempar. Boeing 737 MAX dibenarkan terbang semula. 775 00:47:33,976 --> 00:47:36,478 FAA baru saja menarik balik larangan pagi ini. 776 00:47:36,562 --> 00:47:38,981 Syarikat itu telah mengemas kini perisian, 777 00:47:39,064 --> 00:47:41,733 komputer dan latihan juruterbang untuk MAX. 778 00:47:41,817 --> 00:47:44,361 Anda menaiki Boeing 737 MAX. 779 00:47:44,444 --> 00:47:46,321 Di dalam kabin American Airlines ini, 780 00:47:46,405 --> 00:47:50,284 sorakan diberikan untuk bab baharu keselamatan 737 MAX, 781 00:47:50,367 --> 00:47:53,871 apabila penerbangan domestik pertama berlepas dari landasan. 782 00:47:53,954 --> 00:47:56,957 Saya bangga dengan pasukan kami dan pesawat itu. 783 00:47:57,040 --> 00:48:02,504 Ia mesin yang hebat dan selamat seperti pesawat lain. 784 00:48:04,256 --> 00:48:06,842 Selepas pesawat itu dibenarkan terbang, 785 00:48:06,925 --> 00:48:10,012 saya yakin pesawat MAX selamat. 786 00:48:10,095 --> 00:48:11,555 Ia selamat untuk terbang. 787 00:48:13,432 --> 00:48:16,310 Berita baik untuk Boeing dan 737 MAX. 788 00:48:16,393 --> 00:48:19,479 …pesanan bernilai berbilion dolar untuk Southwest Airlines. 789 00:48:19,563 --> 00:48:21,940 Ryanair memesan 75 pesawat MAX 790 00:48:22,024 --> 00:48:24,610 …untuk meningkatkan pengeluaran pesawat 737 MAX. 791 00:48:24,693 --> 00:48:27,946 Sewa dan barisan penerbangan sangat sibuk malam ini. 792 00:48:28,030 --> 00:48:30,282 CEO Ryanair berkata pesawat MAX 793 00:48:30,365 --> 00:48:34,161 kini pesawat paling selamat dalam sejarah penerbangan. 794 00:48:37,122 --> 00:48:39,416 Sebaik saja MAX kembali beroperasi, 795 00:48:40,459 --> 00:48:41,877 suasana berubah. 796 00:48:43,921 --> 00:48:46,298 Boeing kembali beroperasi seperti biasa. 797 00:48:46,798 --> 00:48:49,885 Masa untuk buat duit lagi. Mari jual pesawat dan buat duit. 798 00:48:51,470 --> 00:48:52,971 Kerja bertambah. 799 00:48:53,055 --> 00:48:57,517 Saya bertanggungjawab untuk 10 kali ganda jumlah pesawat yang biasa. 800 00:48:58,644 --> 00:49:01,563 Jadualnya padat dan kelam-kabut. 801 00:49:02,564 --> 00:49:05,108 Kami menghadapi banyak masalah. 802 00:49:05,901 --> 00:49:10,322 Kami kira ada 50,000 komponen yang memintas kawalan kualiti 803 00:49:10,405 --> 00:49:12,491 dan dipasang pada pesawat. 804 00:49:13,283 --> 00:49:15,577 Banyak komponen penting penerbangan juga. 805 00:49:16,161 --> 00:49:17,162 DINDING SEKAT HADAPAN 806 00:49:17,245 --> 00:49:19,873 Jadi, saya laporkan hal ini melalui program Speak Up. 807 00:49:19,957 --> 00:49:21,249 MASALAH SISTEM 808 00:49:21,792 --> 00:49:24,753 Banyak rekod ketidakpatuhan saya masih terbuka 809 00:49:24,836 --> 00:49:27,381 dan biasanya kerana komponen itu hilang. 810 00:49:27,464 --> 00:49:31,426 Ketua lembaga semakan bahan kami membuat keputusan 811 00:49:31,510 --> 00:49:33,845 untuk padamkan rekod ketidakpatuhan itu. 812 00:49:35,639 --> 00:49:37,140 Itu satu jenayah. 813 00:49:37,224 --> 00:49:40,602 Jadi, saya buat laporan melalui sistem Speak Up. 814 00:49:42,354 --> 00:49:46,483 Kami nampak banyak kecacatan di kawasan sambungan 815 00:49:47,150 --> 00:49:49,277 di mana komponen disambungkan. 816 00:49:50,362 --> 00:49:52,864 Saya laporkan dalam Speak Up. 817 00:49:53,699 --> 00:49:55,283 Tapi saya tak rasa 818 00:49:55,367 --> 00:49:58,245 tukang adu hubungi Speak Up lebih daripada sekali. 819 00:50:00,247 --> 00:50:04,292 Sebab apabila kami buat begitu, kami terus dibalas dendam. 820 00:50:11,633 --> 00:50:15,387 Bos saya datang ke meja saya dan memarahi saya. 821 00:50:15,470 --> 00:50:19,307 Dia kata, "Saya pasti akan bunuh orang yang kata begitu." 822 00:50:20,684 --> 00:50:21,810 Apa yang saya kata? 823 00:50:21,893 --> 00:50:25,772 Saya kata kami perlu pertimbangkan asas kejuruteraan. 824 00:50:27,524 --> 00:50:30,027 Mereka cuba ambil tindakan pembetulan 825 00:50:30,110 --> 00:50:32,904 dan kata saya tak dengar cakap ketua semasa bekerja. 826 00:50:34,656 --> 00:50:36,825 Penasihat etika hubungi saya 827 00:50:36,908 --> 00:50:39,619 dan kata, "Merle, awak akan dipinggirkan 828 00:50:39,703 --> 00:50:41,455 dan dijadikan contoh." 829 00:50:41,538 --> 00:50:42,831 TINDAKAN PEMBETULAN PEKERJA 830 00:50:42,914 --> 00:50:47,627 Pengurus kanan saya kata, "Ada 12 perkara yang awak buat salah. 831 00:50:47,711 --> 00:50:50,255 Betulkannya dalam 30 hari atau saya pecat awak." 832 00:50:54,134 --> 00:50:57,763 Saya mula menyimpan dokumen tentang kebimbangan keselamatan. 833 00:50:58,513 --> 00:51:00,974 PENGHANTARAN KOMPONEN YANG SEPATUTNYA DILUPUSKAN 834 00:51:01,058 --> 00:51:02,768 Saya fikir, 835 00:51:03,602 --> 00:51:05,437 "Aku tak nak hubungi media." 836 00:51:05,520 --> 00:51:07,355 UNDANG-UNDANG TIDAK MELINDUNGI KEBOCORAN 837 00:51:07,439 --> 00:51:09,775 Sebab saya tahu akibat mengadu. 838 00:51:09,858 --> 00:51:12,486 Saya akan kehilangan kerja dan komuniti saya. 839 00:51:14,613 --> 00:51:17,532 Saya buat aduan dalaman selama beberapa tahun, 840 00:51:17,616 --> 00:51:19,951 tapi saya tak nak dedahkannya kepada umum. 841 00:51:21,161 --> 00:51:23,288 Sebab saya cuma pekerja biasa. 842 00:51:24,039 --> 00:51:25,707 Saya akan dihukum. 843 00:51:28,376 --> 00:51:32,756 Ramai rakan sekerja saya takut untuk tampil, 844 00:51:32,839 --> 00:51:34,091 walaupun dalam syarikat. 845 00:51:34,174 --> 00:51:35,258 "BERSUARA" 846 00:51:36,259 --> 00:51:41,348 Tapi apabila saya nampak masalah yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa, 847 00:51:41,431 --> 00:51:44,059 saya akan bersuara habis-habisan. 848 00:51:45,435 --> 00:51:47,479 Jadi, saya teruskan. 849 00:51:48,605 --> 00:51:52,859 Akhirnya, mereka keluarkan saya daripada program Dreamliner. 850 00:51:56,363 --> 00:51:58,824 Kemudian, tayar saya dipotong. 851 00:52:00,033 --> 00:52:01,618 Saya tak tahu dalangnya, 852 00:52:02,119 --> 00:52:04,704 tapi saya rasa itu amaran. 853 00:52:05,539 --> 00:52:08,834 Keadaan lebih serius, sebenarnya. 854 00:52:12,295 --> 00:52:14,131 Saya jadi tak keruan. 855 00:52:14,214 --> 00:52:17,843 Saya terjaga daripada mimpi ngeri 856 00:52:18,343 --> 00:52:19,719 setiap pukul 3 pagi. 857 00:52:19,803 --> 00:52:23,932 Saya berbincang dengan tiga pakar psikologi 858 00:52:24,015 --> 00:52:25,142 pada masa itu 859 00:52:26,143 --> 00:52:28,603 untuk menghadapinya. 860 00:52:38,947 --> 00:52:41,158 Banyak nyawa yang terancam. 861 00:52:44,035 --> 00:52:48,081 Saya selalu mimpi pesawat terhempas dekat dengan saya. 862 00:52:48,165 --> 00:52:53,461 Mimpi pesawat terhempas dekat dengan saya sampai rasa bahangnya. 863 00:52:56,715 --> 00:52:58,091 Saya tak boleh tidur. 864 00:52:58,175 --> 00:53:01,052 Saya harap tiada lagi pesawat MAX terhempas, 865 00:53:01,136 --> 00:53:02,929 tapi saya tak boleh tidur. 866 00:53:06,391 --> 00:53:09,060 Selepas tewas berulang kali 867 00:53:09,144 --> 00:53:11,938 dan dikhianati berulang kali, 868 00:53:12,856 --> 00:53:14,774 ia cuma akan membebankan kita. 869 00:53:16,735 --> 00:53:17,986 Saya rasa tak berdaya. 870 00:53:21,698 --> 00:53:25,785 Para pekerja mahu memberitahu orang ramai, 871 00:53:26,870 --> 00:53:29,456 tapi mereka takut kehilangan kerja. 872 00:53:30,457 --> 00:53:33,668 Mereka ada bertahun-tahun lagi untuk bekerja. 873 00:53:34,211 --> 00:53:38,048 Mereka tak mampu dipecat daripada jawatan mereka. 874 00:53:39,341 --> 00:53:42,886 Memang ada budaya rasa takut. 875 00:53:47,807 --> 00:53:51,269 CHARLESTON, CAROLINA SELATAN 876 00:53:53,355 --> 00:53:57,275 Selepas John meninggalkan Boeing, dia terus nampak masalah ini 877 00:53:57,359 --> 00:53:59,152 dan ia membuatkan dia risau. 878 00:53:59,903 --> 00:54:01,863 Jadi, kami failkan kes. 879 00:54:02,989 --> 00:54:05,367 Kes John Barnett terhadap Boeing 880 00:54:05,450 --> 00:54:08,328 melibatkan persekitaran kerja yang bermusuhan, 881 00:54:09,079 --> 00:54:13,208 dengan dakwaan balas dendam oleh Boeing terhadap dia. 882 00:54:14,376 --> 00:54:19,589 Dia disemai ragu selama bertahun-tahun ketika dia bekerja di sana. 883 00:54:19,673 --> 00:54:22,175 En. Barnett, awak beri keterangan 884 00:54:22,259 --> 00:54:24,886 bahawa dia akan buat awak patah semangat? 885 00:54:24,970 --> 00:54:26,554 Dia akan tekan sampai saya patah. 886 00:54:26,638 --> 00:54:29,557 Okey. Dia bergurau semasa berkata begitu? 887 00:54:29,641 --> 00:54:30,767 Tidak sama sekali. 888 00:54:31,977 --> 00:54:33,436 Kami buat aduan 889 00:54:33,520 --> 00:54:37,274 dan kami paksa Boeing untuk keluarkan dokumen. 890 00:54:38,441 --> 00:54:41,820 Lama untuk dapat jawapan daripada Boeing. 891 00:54:44,364 --> 00:54:45,782 Kes tukang adu 892 00:54:46,283 --> 00:54:48,451 ialah kes yang sangat rumit. 893 00:54:48,535 --> 00:54:51,705 Selalunya, apabila tukang adu mendedahkan maklumat, 894 00:54:51,788 --> 00:54:53,581 apabila mereka dipecat, 895 00:54:54,082 --> 00:54:58,503 majikan akan merampas komputer riba atau telefon mereka. 896 00:54:59,629 --> 00:55:03,550 Maka, tiada bukti untuk menyokong. Hanya kata-kata. 897 00:55:06,386 --> 00:55:10,015 Apa yang membezakan situasi John dengan orang lain 898 00:55:10,098 --> 00:55:12,892 ialah John telah mendokumenkan semuanya. 899 00:55:13,393 --> 00:55:15,395 SERPIHAN TITANIUM AKAN JATUH KE WAYAR 900 00:55:15,478 --> 00:55:18,315 Dia kata suatu hari nanti, 901 00:55:18,398 --> 00:55:20,525 Boeing akan diadili 902 00:55:20,608 --> 00:55:24,154 dan dia akan ada bukti untuk menunjukkan kesalahan mereka. 903 00:55:25,238 --> 00:55:28,825 Mari kita bincangkan siasatan oksigen itu. 904 00:55:28,908 --> 00:55:35,790 Sekitar Julai 2016, ada isu dengan kanister oksigen rosak. Betul? 905 00:55:35,874 --> 00:55:36,708 Betul. 906 00:55:36,791 --> 00:55:38,043 SKUIB OKSIGEN ROSAK 907 00:55:38,126 --> 00:55:42,088 Awak dapati ada beberapa skuib oksigen 908 00:55:42,172 --> 00:55:44,466 tak mengeluarkan oksigen dengan betul. 909 00:55:45,425 --> 00:55:47,802 Ada 15 peratus yang tak berfungsi. 910 00:55:49,220 --> 00:55:52,515 Awak baru saja buat ujian tak rasmi 911 00:55:52,599 --> 00:55:55,935 dan mendapati kadar kegagalannya 15 peratus, betul? 912 00:55:56,436 --> 00:55:59,397 Tidak, ia bukan ujian tak rasmi. 913 00:55:59,981 --> 00:56:00,815 ADUAN TUKANG ADU 914 00:56:00,899 --> 00:56:03,151 Saya kata, "Kita perlu siasat." 915 00:56:03,234 --> 00:56:06,446 Jadi, saya ambil skuib baharu dari stor 916 00:56:06,529 --> 00:56:11,034 yang masih di dalam bungkusan dan kami hantar kumpulan kawalan itu. 917 00:56:11,117 --> 00:56:13,620 DIANALISIS UNTUK MENGESAN KECACATAN 918 00:56:13,703 --> 00:56:16,122 Kadar kegagalan meningkat kepada 25 peratus. 919 00:56:16,206 --> 00:56:19,626 Keputusan itu membimbangkan. Saya rasa ia isu serius. 920 00:56:21,378 --> 00:56:23,630 Bayangkan kita terbang pada ketinggian 40,000 kaki 921 00:56:23,713 --> 00:56:28,551 dan kabin kehilangan tekanan. Topeng oksigen jatuh. 922 00:56:31,679 --> 00:56:34,432 Kita ada 20 saat untuk pakai topeng 923 00:56:34,516 --> 00:56:36,684 sebelum kekurangan oksigen. 924 00:56:36,768 --> 00:56:40,563 Ia akan menyebabkan kerosakan otak dan dalam sesetengah kes, kematian. 925 00:56:42,357 --> 00:56:44,359 Bayangkan kita tak dapat oksigen. 926 00:56:46,027 --> 00:56:47,904 Bayangkan kita bersama anak-anak. 927 00:56:48,405 --> 00:56:50,281 Siapa dapat oksigen? Siapa tak dapat? 928 00:56:53,743 --> 00:56:56,496 BARNETT DIKECAM KERANA MENDOKUMENKAN ISU INI 929 00:56:56,579 --> 00:57:01,042 Semasa awak mendokumenkan isu skuib oksigen, 930 00:57:01,126 --> 00:57:04,629 tiada sesiapa mengecam awak kerana mendokumenkan isu itu, betul? 931 00:57:04,712 --> 00:57:06,673 Sebenarnya, kami ada e-mel. 932 00:57:07,632 --> 00:57:08,675 Agak biadab. 933 00:57:10,260 --> 00:57:12,595 Dia suruh berhenti buat kerja gila. 934 00:57:12,679 --> 00:57:15,473 Itulah sikapnya. Dia… 935 00:57:15,557 --> 00:57:17,600 Kami tak nampak dalam e-mel tadi. 936 00:57:17,684 --> 00:57:20,478 - Bukan ini, tapi awak ada salinannya. - Okey. 937 00:57:22,814 --> 00:57:26,568 John pernah kata ia ambil masa lapan, 10, 12 tahun 938 00:57:26,651 --> 00:57:28,570 untuk kecacatan itu muncul. 939 00:57:29,320 --> 00:57:31,865 Jadi, dia sangat bimbang akan masalah ini, 940 00:57:31,948 --> 00:57:34,951 yang akan berlaku dan menyebabkan bencana. 941 00:57:37,120 --> 00:57:37,954 DISEMBER 2023 942 00:57:38,037 --> 00:57:41,291 PERJANJIAN PENDAKWAAN TERTUNDA TAMAT DALAM TEMPOH 1 BULAN 943 00:57:43,084 --> 00:57:46,337 Tempoh percubaan tiga tahun daripada Jabatan Kehakiman 944 00:57:46,421 --> 00:57:48,715 akan tamat dalam tempoh sebulan. 945 00:57:48,798 --> 00:57:52,469 Itu satu proses mental dan proses psikologi 946 00:57:52,552 --> 00:57:54,137 yang kami semua lalui. 947 00:57:56,681 --> 00:57:59,767 Mesyuarat berlangsung selama berbulan-bulan. 948 00:58:01,936 --> 00:58:04,481 Saya terbang ke Washington 949 00:58:04,564 --> 00:58:06,900 untuk berjumpa dengan Jabatan Kehakiman 950 00:58:07,484 --> 00:58:11,112 untuk menjelaskan kebimbangan kami bahawa tiada apa-apa yang berubah 951 00:58:11,196 --> 00:58:14,616 dalam budaya Boeing dan di kilang-kilang Boeing. 952 00:58:16,534 --> 00:58:20,038 Kami berjumpa dengan ketua bahagian penipuan, Glenn Leon. 953 00:58:21,164 --> 00:58:24,042 Kemudian, dia mula membaca skrip. 954 00:58:24,125 --> 00:58:28,046 Kalau kami kata, "Bagaimana dengan apa yang kami nak kata?" 955 00:58:28,671 --> 00:58:30,798 Dia mungkin akan merungut sekejap. 956 00:58:30,882 --> 00:58:33,468 Kemudian, dia bercakap dan abaikan kami. 957 00:58:35,553 --> 00:58:40,350 Nampaknya Jabatan Kehakiman cuba melindungi Boeing. 958 00:58:43,895 --> 00:58:45,438 Kami pergi ke mahkamah. 959 00:58:45,522 --> 00:58:49,275 Jabatan Kehakiman dan peguam Boeing berada di satu sisi mahkamah, 960 00:58:49,359 --> 00:58:52,070 berbual sesama sendiri. Kami berada di sisi lain. 961 00:58:52,153 --> 00:58:53,738 Macamlah kami penjenayah. 962 00:58:54,989 --> 00:58:59,035 Apabila kita lihat bilangan peguam yang berpindah dari Boeing 963 00:58:59,118 --> 00:59:01,829 ke Jabatan Kehakiman dan dari Jabatan Kehakiman 964 00:59:01,913 --> 00:59:04,082 ke firma guaman Boeing, 965 00:59:04,165 --> 00:59:07,168 ia pertembungan politik. 966 00:59:07,252 --> 00:59:12,006 AMERIKA SYARIKAT - PLAINTIF LAWAN BOEING COMPANY - TERTUDUH 967 00:59:12,090 --> 00:59:15,593 Perjanjian pendakwaan tertunda akan tamat. 968 00:59:15,677 --> 00:59:17,428 KERAJAAN TIDAK AKAN MENDAKWA BOEING 969 00:59:17,512 --> 00:59:19,722 Tiada harapan. Tiada keadilan. 970 00:59:19,806 --> 00:59:21,766 Tiada kebertanggungjawaban. 971 00:59:21,849 --> 00:59:23,601 Lupakan saja. Baliklah. 972 00:59:25,436 --> 00:59:29,941 Jabatan Kehakiman nampaknya tak berminat untuk menghukum penjenayah. 973 00:59:30,024 --> 00:59:35,196 Mereka berminat untuk menutup kes ini dengan apa cara sekalipun. 974 00:59:35,280 --> 00:59:38,575 Mereka akan biarkan penjenayah terus melakukan… 975 00:59:38,658 --> 00:59:41,494 Tiada sesiapa akan belajar daripada kes ini. 976 00:59:41,578 --> 00:59:47,750 Sekarang, kami menunjukkan terdapat banyak isu kualiti pengeluaran. 977 00:59:47,834 --> 00:59:49,586 Bila nahas seterusnya? 978 00:59:49,669 --> 00:59:51,337 Harapnya tak berlaku, 979 00:59:51,421 --> 00:59:53,631 tapi inilah yang kita hadapi. 980 00:59:57,802 --> 00:59:58,636 5 JANUARI 2024 981 00:59:58,720 --> 01:00:02,265 PERJANJIAN PENDAKWAAN TERTUNDA TAMAT DALAM TEMPOH 2 HARI 982 01:00:07,478 --> 01:00:09,105 Kawalan Darat, Alaska 1282, 983 01:00:09,188 --> 01:00:11,232 mara ke Charlie 7 20-18. 984 01:00:11,816 --> 01:00:13,860 Pushback dibenarkan, 2-8 kiri. 985 01:00:14,736 --> 01:00:19,490 Ia permulaan perlepasan yang biasa. 986 01:00:20,867 --> 01:00:23,828 Alaska 1282. Landasan 2-8 kiri, sedia berlepas. 987 01:00:24,537 --> 01:00:26,372 Selamat jalan, Alaska 1282. 988 01:00:27,832 --> 01:00:31,127 Anak perempuan saya keluarkan semua bahan melukis 989 01:00:31,210 --> 01:00:32,754 semasa pesawat berlepas. 990 01:00:34,797 --> 01:00:36,966 Anak lelaki saya duduk di riba saya. 991 01:00:37,050 --> 01:00:41,679 Anak tiga tahun saya di tengah. Anak lima tahun saya di tepi tingkap. 992 01:00:44,974 --> 01:00:46,643 Pesawat sedang naik. 993 01:00:46,726 --> 01:00:50,938 Saya masih ingat saya menoleh untuk lihat keadaan keluarga saya. 994 01:00:51,856 --> 01:00:54,942 Seattle, Alaska 1282, 11,000 naik kepada 15,000. 995 01:00:55,026 --> 01:00:59,030 Alaska 1282, Pusat Seattle, naik dan kekalkan aras 2-3-0. 996 01:01:02,992 --> 01:01:05,620 Ada bunyi siulan bernada tinggi. 997 01:01:06,120 --> 01:01:08,748 Kemudian, bunyi dentuman. 998 01:01:11,417 --> 01:01:15,588 1282 kami isytihar kecemasan. Kami sedang turun kepada 10,000… 999 01:01:18,883 --> 01:01:21,177 Topeng oksigen jatuh dengan serta-merta 1000 01:01:21,260 --> 01:01:23,971 dan saya sedar ada sesuatu yang tak kena. 1001 01:01:24,055 --> 01:01:25,431 Kami perlu turun. 1002 01:01:25,515 --> 01:01:26,432 TELINGA BERDARAH 1003 01:01:26,516 --> 01:01:31,729 Saya jadi tak keruan, tapi cepat-cepat menoleh. Saya nampak… 1004 01:01:34,816 --> 01:01:36,025 langit. 1005 01:01:37,694 --> 01:01:39,779 Saya sangat terkejut. 1006 01:01:42,115 --> 01:01:46,202 Saya kepit kaki anak setahun saya di antara kaki saya dan pegang dia. 1007 01:01:47,704 --> 01:01:49,330 Dia menjerit sepanjang masa. 1008 01:01:52,083 --> 01:01:55,169 Apabila saya pakai topeng, tiada udara masuk. 1009 01:01:55,253 --> 01:01:57,004 TOPENG OKSIGEN TIDAK BERFUNGSI 1010 01:01:57,088 --> 01:01:59,340 Cuba bernafas lagi. Tiada oksigen. 1011 01:01:59,424 --> 01:02:01,175 ANAK KAPAL MEMBANTU KANAK-KANAK 1012 01:02:04,262 --> 01:02:06,097 TOPENG TIDAK BERFUNGSI 1013 01:02:07,306 --> 01:02:09,559 Saya pandang anak perempuan saya 1014 01:02:09,642 --> 01:02:11,602 dan nampak rambutnya berterbangan. 1015 01:02:12,395 --> 01:02:14,897 Dia berada dua baris di depan bukaan itu. 1016 01:02:18,067 --> 01:02:21,028 Kami fikir panel seterusnya akan rosak 1017 01:02:21,821 --> 01:02:24,866 dan kami takkan selamat dalam penerbangan itu. 1018 01:02:26,743 --> 01:02:28,870 SAYA TAK TAHU KENAPA, TAPI ADA MASALAH 1019 01:02:28,953 --> 01:02:30,580 Oksigen dah habis. 1020 01:02:30,663 --> 01:02:32,623 Kami mula rasa pening semula 1021 01:02:32,707 --> 01:02:34,333 dan penglihatan saya mula kabur. 1022 01:02:36,002 --> 01:02:39,213 Kedua-dua anak saya memandang saya dengan takut. 1023 01:02:40,256 --> 01:02:43,384 Saya tak kata semuanya akan okey sebab saya tak tahu. 1024 01:02:43,468 --> 01:02:46,053 MAK, KABIN HILANG TEKANAN. KAMI BERTOPENG. SAYANG MAK 1025 01:02:46,137 --> 01:02:49,932 Saya anggap saya ada beberapa minit dengan keluarga saya. 1026 01:02:50,641 --> 01:02:53,686 Jadi, saya hulurkan tangan dan letak tangan di belakang isteri saya. 1027 01:02:54,937 --> 01:02:57,940 Saya mula berdoa. 1028 01:02:58,024 --> 01:03:00,860 KAMU ANUGERAH TERINDAH DALAM HIDUP MAK 1029 01:03:00,943 --> 01:03:06,199 Saya hantar mesej kepada anak lelaki saya untuk ucap selamat tinggal. 1030 01:03:06,282 --> 01:03:10,787 Saya beritahu dia dia anugerah terindah dalam hidup saya. 1031 01:03:10,870 --> 01:03:13,539 SAYA TAKUT - SAYANG AWAK - SELAMANYA 1032 01:03:14,040 --> 01:03:16,793 TOLONG BERITAHU MAK AYAH SAYA SAYA SAYANG MEREKA 1033 01:03:16,876 --> 01:03:18,628 TOLONG DOAKAN SAYA 1034 01:03:18,711 --> 01:03:21,005 SAYA TAK NAK MATI, TOLONG 1035 01:03:24,217 --> 01:03:27,887 Saya pandang ke luar tingkap dan pesawat turun di bawah awan. 1036 01:03:29,472 --> 01:03:31,098 Kami boleh bernafas semula. 1037 01:03:34,477 --> 01:03:37,271 Saya dapat lihat anak-anak saya dan kata, "Kita selamat." 1038 01:03:51,577 --> 01:03:53,329 Kita mulakan dengan berita tergempar. 1039 01:03:53,913 --> 01:03:56,040 Berita tergempar dari Oregon. 1040 01:03:56,123 --> 01:03:59,377 Lihat video ini dari dalam pesawat 1041 01:03:59,460 --> 01:04:00,711 yang masih di udara 1042 01:04:00,795 --> 01:04:05,633 selepas sebahagian besar daripada fiuslaj tercabut semasa penerbangan. 1043 01:04:06,217 --> 01:04:07,510 FIUSLAJ TERCABUT 1044 01:04:07,593 --> 01:04:09,470 Semasa insiden Alaska berlaku, 1045 01:04:09,554 --> 01:04:11,931 saya hanya kumpul maklumat seperti orang lain. 1046 01:04:12,014 --> 01:04:13,975 Saya tak tahu apa yang berlaku. 1047 01:04:14,058 --> 01:04:16,978 Saya berada di dapur dan telefon saya berbunyi. 1048 01:04:17,061 --> 01:04:20,064 Saya tahu ada sesuatu yang tak kena. 1049 01:04:20,147 --> 01:04:23,234 Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara sedang menyiasat. 1050 01:04:23,317 --> 01:04:26,445 Pada altitud jelajah, pesawat itu boleh terhempas. 1051 01:04:26,529 --> 01:04:30,324 Pesawat itu ialah Boeing 737 MAX yang baru saja disahkan. 1052 01:04:31,033 --> 01:04:33,536 Yang tercabut ialah palam pintu. 1053 01:04:33,619 --> 01:04:35,913 Ia bukan pintu sebenar, tapi ada bukaan di situ 1054 01:04:35,997 --> 01:04:38,708 yang sesetengah syarikat penerbangan letak pintu tambahan. 1055 01:04:39,292 --> 01:04:42,003 Saya hubungi kenalan rapat di Boeing dan beritahu dia, 1056 01:04:42,086 --> 01:04:44,297 "Benda ini boleh menyebabkan pesawat digantung." 1057 01:04:45,006 --> 01:04:48,843 FAA menggantung semua 737 MAX 9 di AS. 1058 01:04:48,926 --> 01:04:53,431 …mengatakan apa yang berlaku mungkin wujud atau berlaku di pesawat lain. 1059 01:04:53,514 --> 01:04:56,017 Boeing menafikan liabiliti, mengatakan produknya 1060 01:04:56,100 --> 01:04:58,603 "tidak diselenggara dengan betul atau disalah guna 1061 01:04:58,686 --> 01:05:01,814 oleh orang dan/atau entiti selain Boeing." 1062 01:05:01,898 --> 01:05:05,109 Tugas kami adalah untuk memahami semua yang berlaku. 1063 01:05:05,693 --> 01:05:10,156 Boeing tak beri kami dokumen dan maklumat 1064 01:05:10,239 --> 01:05:13,284 yang kami minta banyak kali sejak beberapa bulan lalu. 1065 01:05:13,367 --> 01:05:16,996 Mereka cakap tentang ketelusan, tapi setakat ini, 1066 01:05:17,079 --> 01:05:19,999 mereka tak telus tentang apa yang berlaku dengan palam itu. 1067 01:05:22,877 --> 01:05:25,546 Saya tak terkejut dengan insiden itu. 1068 01:05:26,047 --> 01:05:28,090 Saya dah berjuang selama beberapa tahun 1069 01:05:28,174 --> 01:05:30,509 dan tahu benda macam itu akan berlaku. 1070 01:05:32,595 --> 01:05:34,805 Saya cuma lega tiada yang mati. 1071 01:05:36,891 --> 01:05:40,645 Kegagalan sebegitu memang menggerunkan. 1072 01:05:42,897 --> 01:05:44,482 Saya kata kepada diri sendiri, 1073 01:05:44,565 --> 01:05:48,152 "Inilah yang berlaku jika tiada orang dipertanggungjawabkan." 1074 01:05:50,571 --> 01:05:53,115 Apabila saya nampak berita pintu tercabut itu, 1075 01:05:53,199 --> 01:05:56,118 saya dah jangka apa yang mereka akan temukan 1076 01:05:56,202 --> 01:05:57,828 semasa siasatan. 1077 01:06:03,042 --> 01:06:05,962 Insiden panel tercabut daripada pesawat ini 1078 01:06:06,045 --> 01:06:09,382 berpunca daripada kecuaian kualiti di kilang. 1079 01:06:11,092 --> 01:06:12,551 Pada tahun 2023, 1080 01:06:12,635 --> 01:06:17,223 sebuah pesawat sedang dibina di kilang 737 Boeing Seattle 1081 01:06:17,306 --> 01:06:20,559 dan ia menjadi pesawat Alaska 1282. 1082 01:06:21,435 --> 01:06:23,562 Ada kekecohan di kilang itu 1083 01:06:23,646 --> 01:06:27,525 kerana Boeing cuba mengekalkan peningkatan pengeluarannya 1084 01:06:27,608 --> 01:06:29,527 dan berurusan dengan penyumberluaran. 1085 01:06:31,070 --> 01:06:35,950 Siasatan mendapati pasukan pintu di Boeing 1086 01:06:36,033 --> 01:06:37,910 telah menanggalkan palam pintu 1087 01:06:37,994 --> 01:06:41,998 untuk membetulkan kesilapan pembekal mereka. 1088 01:06:43,040 --> 01:06:46,043 Mereka perlu menanggalkan empat bolt penahan. 1089 01:06:48,754 --> 01:06:51,048 Ada satu foto dalam laporan awal 1090 01:06:51,132 --> 01:06:52,383 yang sangat penting. 1091 01:06:54,593 --> 01:06:59,724 Tiga daripada empat penjuru palam pintu itu dapat dilihat. 1092 01:06:59,807 --> 01:07:05,271 Bolt penahan yang diperlukan untuk mengikatnya tidak ada. 1093 01:07:07,189 --> 01:07:08,691 Ia tak dipasang semula. 1094 01:07:11,277 --> 01:07:15,239 Selepas itu, pesawat itu diterbangkan sebanyak 154 kali. 1095 01:07:15,322 --> 01:07:18,117 Setiap kali ia mendarat atau berlepas, 1096 01:07:18,200 --> 01:07:21,954 getaran mengalihkan palam pintu sedikit demi sedikit 1097 01:07:22,038 --> 01:07:23,497 sehinggalah akhirnya, 1098 01:07:23,581 --> 01:07:26,417 pada 5 Januari 2024, 1099 01:07:27,126 --> 01:07:27,960 ia tercabut. 1100 01:07:29,587 --> 01:07:32,298 Setakat ini, kami belum temukan dokumen yang merekodkan 1101 01:07:32,381 --> 01:07:36,177 penanggalan palam MED kiri 8789. 1102 01:07:36,260 --> 01:07:37,303 Betul. 1103 01:07:37,386 --> 01:07:40,306 Orang yang buat kerja itu tidak merekodkannya. 1104 01:07:40,389 --> 01:07:44,435 Kenapa? Mungkin kerana seseorang mahu ia siap cepat. 1105 01:07:45,686 --> 01:07:48,647 Keseluruhan sistem ini tidak mencukupi. 1106 01:07:50,983 --> 01:07:54,612 Perkara ini nyaris membawa padah. 1107 01:07:54,695 --> 01:07:56,197 Di Capitol Hill hari ini, 1108 01:07:56,280 --> 01:08:00,242 ketua FAA berkata kawalan kualiti Boeing jelas gagal. 1109 01:08:00,326 --> 01:08:03,913 Tanpa budaya keselamatan, sukar untuk buat pesawat selamat. 1110 01:08:05,372 --> 01:08:08,918 Semua yang kami katakan, 1111 01:08:09,001 --> 01:08:10,753 budaya Boeing yang rosak 1112 01:08:10,836 --> 01:08:14,507 dan pesawat yang cacat terus diterbangkan, 1113 01:08:15,257 --> 01:08:17,343 telah terbukti benar. 1114 01:08:17,426 --> 01:08:19,720 KEMALANGAN BERLAKU SEBELUM PERJANJIAN 737 MAX TAMAT 1115 01:08:19,804 --> 01:08:21,097 Ia berlaku dua hari 1116 01:08:21,180 --> 01:08:24,767 sebelum perjanjian pendakwaan tertunda tamat tempoh. 1117 01:08:25,351 --> 01:08:26,352 BOEING NYARIS TERLEPAS 1118 01:08:26,435 --> 01:08:27,812 Ia satu keajaiban 1119 01:08:27,895 --> 01:08:30,689 kerana bukan sahaja tiada sesiapa terbunuh, 1120 01:08:30,773 --> 01:08:33,692 tapi tak mungkin mereka boleh kata Boeing baik 1121 01:08:33,776 --> 01:08:36,445 semasa tempoh percubaan mereka? Tak mungkin. 1122 01:08:37,446 --> 01:08:41,951 Jabatan Kehakiman mengumumkan Boeing melanggar perjanjian 2021 1123 01:08:42,034 --> 01:08:44,370 yang melindunginya daripada sebarang pertuduhan. 1124 01:08:44,453 --> 01:08:45,704 Boeing menjawab. 1125 01:08:45,788 --> 01:08:48,040 "Kami telah mematuhi syarat perjanjian." 1126 01:08:48,124 --> 01:08:49,500 Persoalannya, 1127 01:08:49,583 --> 01:08:52,336 apakah bentuk hukuman yang bakal dikenakan kepada Boeing? 1128 01:08:52,419 --> 01:08:54,296 Tiada sesiapa yang tahu. 1129 01:08:55,422 --> 01:08:56,757 Semuanya dibuka semula. 1130 01:08:58,425 --> 01:09:00,427 Siasatan oleh Jabatan Kehakiman 1131 01:09:01,137 --> 01:09:02,638 dan pendakwaan jenayah. 1132 01:09:03,639 --> 01:09:05,432 Semuanya diteliti semula. 1133 01:09:08,769 --> 01:09:10,479 8 MAC 2024 1134 01:09:10,563 --> 01:09:14,150 Pada hari-hari sebelum awak tinggalkan Boeing, 1135 01:09:14,233 --> 01:09:16,527 awak ada bercakap dengan sesiapa 1136 01:09:16,610 --> 01:09:19,905 tentang tekanan yang awak alami di tempat kerja? 1137 01:09:19,989 --> 01:09:21,115 Saya beritahu doktor. 1138 01:09:21,198 --> 01:09:22,992 Apa yang doktor awak kata? 1139 01:09:23,075 --> 01:09:26,537 Dia kata saya akan kena serangan jantung dan mati, 1140 01:09:26,620 --> 01:09:29,707 atau saya boleh kena serangan jantung dan mati di persekitaran itu. 1141 01:09:29,790 --> 01:09:31,792 Dia kata semasa janji temu 1142 01:09:31,876 --> 01:09:34,962 awak boleh kena serangan jantung dan mati jika tak berhenti. Betul? 1143 01:09:35,045 --> 01:09:36,589 Jika saya tak keluar dari situ. 1144 01:09:36,672 --> 01:09:37,756 - Okey. - Ya. 1145 01:09:48,184 --> 01:09:49,727 Boleh kita berehat sekejap? 1146 01:09:52,605 --> 01:09:56,483 Peguam Boeing ambil keterangannya selama tujuh jam. 1147 01:09:57,735 --> 01:09:59,820 John sangat letih. 1148 01:09:59,904 --> 01:10:02,615 Dia kata dia nak balik rumah 1149 01:10:02,698 --> 01:10:05,826 dan sambung keterangannya pada tarikh lain. 1150 01:10:07,328 --> 01:10:09,830 Boeing membantah permintaan John. 1151 01:10:11,999 --> 01:10:14,335 Pada tahap ini, John tak mahu buat apa-apa 1152 01:10:14,418 --> 01:10:17,755 yang akan menyebabkan perbicaraan ditangguhkan. 1153 01:10:17,838 --> 01:10:22,509 Dia akan datang semula pada keesokan pagi untuk habiskannya. 1154 01:10:24,428 --> 01:10:26,347 Dia balik ke hotelnya. 1155 01:10:30,434 --> 01:10:34,480 Pada pagi Sabtu, 9 Mac, 1156 01:10:35,356 --> 01:10:37,524 ribut melanda di luar. 1157 01:10:37,608 --> 01:10:40,402 Guruh, kilat dan hujan lebat. 1158 01:10:41,654 --> 01:10:45,032 Menjelang pukul 10, kami tak dengar apa-apa daripada John. 1159 01:10:46,492 --> 01:10:49,036 Apabila hujan mula reda, 1160 01:10:49,119 --> 01:10:50,162 kami semua ke sana. 1161 01:11:01,131 --> 01:11:05,552 Kami berharap kami cuma akan jumpa John di hotel 1162 01:11:05,636 --> 01:11:09,223 yang jatuh sakit, tapi dia akan selamat. 1163 01:11:15,479 --> 01:11:19,566 Mungkin dia mengalami serangan panik yang teruk 1164 01:11:19,650 --> 01:11:20,859 atau yang seumpamanya. 1165 01:11:21,360 --> 01:11:23,654 Tapi apabila kami masuk ke hotel, 1166 01:11:24,154 --> 01:11:26,198 pengurus bawa kami ke belakang. 1167 01:11:26,282 --> 01:11:30,035 Perkara pertama yang dia kata, "Saya ucap takziah." 1168 01:11:30,119 --> 01:11:35,416 Ia sangat mengejutkan dan menyedihkan 1169 01:11:36,125 --> 01:11:39,753 apabila kami dapat tahu mereka jumpa John di dalam trak dia… 1170 01:11:40,838 --> 01:11:42,798 dengan luka tembakan di kepala. 1171 01:11:45,175 --> 01:11:49,346 Detektif polis percaya kemungkinan besar dia bunuh diri. 1172 01:11:51,307 --> 01:11:53,267 Kami ada banyak soalan 1173 01:11:54,018 --> 01:11:57,396 dan kami nak pastikan polis 1174 01:11:57,479 --> 01:11:59,857 buat siasatan yang penuh dan lengkap. 1175 01:12:01,859 --> 01:12:04,570 Kami nak tengok kandungan telefon dia. 1176 01:12:06,322 --> 01:12:09,992 Saya nak tengok kenyataan saksi yang disoal siasat. 1177 01:12:11,327 --> 01:12:13,954 Adakah mereka ambil cap jari di luar trak? 1178 01:12:16,665 --> 01:12:20,127 Bekas pekerja syarikat pembuat pesawat AS, Boeing, 1179 01:12:20,210 --> 01:12:22,504 yang menjadi tukang adu, ditemui mati. 1180 01:12:22,588 --> 01:12:27,092 TUKANG ADU BOEING, JOHN BARNETT, DITEMUI MATI DI AS 1181 01:12:28,218 --> 01:12:31,013 Saya bercakap dengan dia pada Isnin sebelum itu. 1182 01:12:32,681 --> 01:12:35,517 Saya tanya dia, "Bila kamu nak balik?" 1183 01:12:36,018 --> 01:12:40,189 Dia kata, "Mereka tangguhkan mesyuarat. Saya kena tinggal di sini. 1184 01:12:40,272 --> 01:12:42,524 Saya tak sabar nak balik. 1185 01:12:43,025 --> 01:12:45,652 Saya nak tidur di katil saya." 1186 01:12:48,572 --> 01:12:51,825 Kami masih ada banyak soalan yang belum terjawab. 1187 01:12:53,619 --> 01:12:55,746 Kami cuma nak tahu apa yang berlaku. 1188 01:13:04,421 --> 01:13:05,589 Saya terkejut. 1189 01:13:10,844 --> 01:13:16,850 Tiada sesiapa nak terima hakikat bahawa John akan buat begini 1190 01:13:16,934 --> 01:13:21,063 apabila dia hampir mencapai apa yang dia nak capai, 1191 01:13:21,146 --> 01:13:27,069 iaitu menyedarkan orang ramai bahawa Boeing mengabaikan kualiti. 1192 01:13:27,986 --> 01:13:29,780 Dia dah hampir berjaya. 1193 01:13:33,033 --> 01:13:35,411 Ditemui di dalam trak macam itu 1194 01:13:37,579 --> 01:13:39,623 nampaknya bukan 1195 01:13:40,124 --> 01:13:44,211 John yang kami kenal. 1196 01:13:44,711 --> 01:13:47,881 APA YANG SEBENARNYA BERLAKU KEPADA JOHN BARNETT? 1197 01:13:47,965 --> 01:13:49,174 ADA SESUATU YANG TAK KENA 1198 01:13:49,258 --> 01:13:51,301 Selepas itu, keadaan jadi sangat pelik. 1199 01:13:51,385 --> 01:13:52,970 KAMI TAHU APA YANG BERLAKU 1200 01:13:53,053 --> 01:13:55,639 Macam masuk ke alam semesta lain. 1201 01:13:56,432 --> 01:13:59,560 Dia jelas diperhatikan dengan teliti, 1202 01:13:59,643 --> 01:14:02,062 tapi cukupkah untuk dia bunuh diri? 1203 01:14:02,146 --> 01:14:04,523 Itulah yang semua orang nak tahu. 1204 01:14:04,606 --> 01:14:07,860 Kami cuba menentukan masa kematian John Barnett 1205 01:14:07,943 --> 01:14:10,195 dan jika ini sememangnya kes bunuh diri. 1206 01:14:10,279 --> 01:14:12,364 Orang ramai tertanya-tanya. 1207 01:14:12,948 --> 01:14:15,492 Ada yang kata John dibunuh 1208 01:14:15,576 --> 01:14:18,370 untuk menutup mulut orang lain. 1209 01:14:18,454 --> 01:14:19,746 DIA TAHU TERLALU BANYAK 1210 01:14:19,830 --> 01:14:23,876 Dia kata, "Kalau apa-apa berlaku kepada saya, sebabnya bukan bunuh diri." 1211 01:14:23,959 --> 01:14:28,255 Saya tahu dia tak bunuh diri. Tak mungkin. 1212 01:14:28,839 --> 01:14:31,049 Ia tak masuk akal. 1213 01:14:31,133 --> 01:14:32,551 Kami pun rasa begitu. 1214 01:14:32,634 --> 01:14:37,181 Polis Bandar Charleston dan koroner sedang menyiasat. 1215 01:14:38,557 --> 01:14:42,811 Kami cuma menunggu laporan polis dan koroner 1216 01:14:42,895 --> 01:14:44,855 tentang apa yang mereka percaya berlaku. 1217 01:14:46,565 --> 01:14:48,817 Suasana sangat tegang. 1218 01:14:49,401 --> 01:14:54,364 Malah, saya sendiri mula tak pasti apa yang berlaku. 1219 01:15:03,499 --> 01:15:07,085 Apabila saya dengar John Barnett meninggal dunia, 1220 01:15:07,169 --> 01:15:08,337 saya trauma. 1221 01:15:09,129 --> 01:15:11,131 Tapi yang buat saya marah 1222 01:15:11,215 --> 01:15:15,385 adalah apabila saya tahu cara pihak pengurusan melayan dia 1223 01:15:16,094 --> 01:15:19,431 selama bertahun-tahun, sebab saya faham perasaannya. 1224 01:15:22,768 --> 01:15:24,102 Saya berang. 1225 01:15:27,064 --> 01:15:30,859 Mereka berpeluang untuk betulkan keadaan, tapi mereka tak buat apa-apa. 1226 01:15:33,237 --> 01:15:35,656 Jadi, saya hubungi wartawan The New York Times. 1227 01:15:36,490 --> 01:15:38,075 Saya kata, gunakan nama saya 1228 01:15:38,158 --> 01:15:41,495 dan beritahu orang saya beri awak dokumen Boeing. 1229 01:15:42,079 --> 01:15:46,333 BEKAS PENGURUS BOEING BERKATA PEKERJA MENGENDALIKAN KOMPONEN SECARA CUAI 1230 01:15:46,416 --> 01:15:48,001 UNTUK MENEPATI JADUAL 1231 01:15:48,085 --> 01:15:51,838 Saya tak suka mendedahkan hal ini kepada umum. 1232 01:15:51,922 --> 01:15:55,968 Saya tak suka perhatian. 1233 01:15:56,051 --> 01:16:00,305 Roy Irvin bercakap di hadapan kamera buat kali pertama. 1234 01:16:01,098 --> 01:16:03,392 John Barnett umpama rumah api. 1235 01:16:03,892 --> 01:16:05,978 Semasa saya mula bekerja di syarikat itu, 1236 01:16:06,061 --> 01:16:08,397 dia membimbing orang ke arah yang betul. 1237 01:16:08,480 --> 01:16:10,649 Dia masih melakukannya sekarang. 1238 01:16:10,732 --> 01:16:14,611 Roy ingin menyelesaikan apa yang Barnett mulakan. 1239 01:16:15,195 --> 01:16:16,196 Saya bukan John, 1240 01:16:16,697 --> 01:16:18,740 tapi seseorang perlu terus berjuang. 1241 01:16:21,034 --> 01:16:23,453 Keluarga saya risau 1242 01:16:23,537 --> 01:16:26,331 tentang penglibatan saya dalam filem ini, 1243 01:16:27,708 --> 01:16:29,251 tapi saya buat untuk John. 1244 01:16:33,880 --> 01:16:35,674 Saya sangat takut, 1245 01:16:36,842 --> 01:16:39,970 tapi saya berjanji kepada diri sendiri 1246 01:16:40,053 --> 01:16:44,808 saya akan bersuara walau apa pun akibatnya. 1247 01:16:45,601 --> 01:16:49,229 Saya datang hari ini kerana saya rasa saya perlu tampil. 1248 01:16:49,313 --> 01:16:54,192 Saya sangat bimbang akan keselamatan pesawat 787 dan 777 1249 01:16:54,276 --> 01:16:57,404 dan saya sanggup ambil risiko profesional untuk bersuara. 1250 01:16:57,487 --> 01:16:58,488 SIAPA SAM MOHAWK? 1251 01:16:58,572 --> 01:17:02,743 Kami dapat tahu ada tukang adu baharu bernama Sam Mohawk. 1252 01:17:03,327 --> 01:17:06,079 - Saya jadi sasaran besar. - Jadi, kenapa awak buat? 1253 01:17:06,663 --> 01:17:10,917 Sebab saya risau tentang keselamatan. Kawan dan keluarga saya naik pesawat ini. 1254 01:17:12,252 --> 01:17:13,962 Sejak John meninggal dunia, 1255 01:17:14,046 --> 01:17:17,883 kami dihubungi oleh berpuluh-puluh 1256 01:17:17,966 --> 01:17:19,593 tukang adu penerbangan. 1257 01:17:20,636 --> 01:17:24,389 Mereka ada kebimbangan yang sama seperti John Barnett. 1258 01:17:24,890 --> 01:17:28,060 The New York Times menemu bual berpuluh-puluh pekerja Boeing 1259 01:17:28,143 --> 01:17:30,437 yang mengatakan tenaga kerja telah "berkurangan", 1260 01:17:30,520 --> 01:17:33,065 proses pemeriksaan "lemah" 1261 01:17:33,148 --> 01:17:37,235 dan kelajuan pengeluaran diutamakan berbanding dengan kawalan kualiti. 1262 01:17:38,195 --> 01:17:40,656 John telah mendorong ramai orang tampil. 1263 01:17:43,992 --> 01:17:46,411 3 MEI 2024 1264 01:17:48,288 --> 01:17:50,791 Kami nak ke pejabat koroner Daerah Charleston 1265 01:17:50,874 --> 01:17:52,125 untuk berjumpa koroner 1266 01:17:52,209 --> 01:17:56,797 yang telah mencapai kesimpulan tentang kematian John Barnett. 1267 01:17:56,880 --> 01:18:01,009 Mereka akan mendedahkan hasil siasatan mereka, 1268 01:18:01,093 --> 01:18:05,514 termasuk hasil forensik dan hasil bedah siasat. 1269 01:18:06,014 --> 01:18:07,724 Ya, banyak persoalan. 1270 01:18:09,601 --> 01:18:12,229 Hari ini hari yang sukar untuk keluarga John. 1271 01:18:14,773 --> 01:18:16,358 Boleh dengar saya, semua? 1272 01:18:16,983 --> 01:18:18,151 Ya, terima kasih. 1273 01:18:18,860 --> 01:18:21,279 - Selamat pagi, Rodney. Dengar, tak? - Ya. 1274 01:18:22,155 --> 01:18:24,074 Kami diberitahu 1275 01:18:24,741 --> 01:18:28,286 tentang kematian di dalam kenderaan di hotel itu. 1276 01:18:28,370 --> 01:18:31,915 Kenderaan itu berkunci dan mereka terpaksa membukanya. 1277 01:18:32,833 --> 01:18:36,586 Kami ambil gambar semuanya yang kami jumpa. 1278 01:18:40,507 --> 01:18:44,803 Jabatan Polis Charleston menemukan kira-kira 80 cap jari 1279 01:18:44,886 --> 01:18:45,929 milik John. 1280 01:18:48,265 --> 01:18:51,268 Tiada sebarang petunjuk yang menunjukkan pergelutan 1281 01:18:51,351 --> 01:18:52,811 atau perkara seumpamanya. 1282 01:18:55,564 --> 01:18:59,109 Kami dapatkan rakaman kamera litar tertutup. 1283 01:18:59,192 --> 01:19:02,863 Kami nampak John masuk ke lobi 1284 01:19:02,946 --> 01:19:07,325 dan keluar dari hotel pada pukul 8.37 pagi. 1285 01:19:08,744 --> 01:19:13,331 Traknya dilihat mengundur ke tempat letak kereta pada pukul 8.45. 1286 01:19:15,083 --> 01:19:18,962 Tiada sesiapa dilihat masuk atau keluar daripada kenderaan 1287 01:19:19,045 --> 01:19:21,506 sehingga pasukan penyelamat menemuinya. 1288 01:19:24,259 --> 01:19:27,137 Salah satu soalan yang berlegar-legar, 1289 01:19:27,220 --> 01:19:30,932 adakah peluru itu sepadan dengan pistol? 1290 01:19:31,016 --> 01:19:33,894 Ya. Peluru yang ditemukan di bumbung 1291 01:19:33,977 --> 01:19:36,772 sepadan dengan pistolnya. 1292 01:19:38,231 --> 01:19:42,277 Saya rasa ia konsisten bahawa ia senjata John. 1293 01:19:42,360 --> 01:19:46,490 Dia berada di dalam kenderaannya dan cara kematian ialah bunuh diri. 1294 01:19:47,449 --> 01:19:49,034 LAPORAN TAMBAHAN KES 1295 01:19:49,117 --> 01:19:53,830 JENIS INSIDEN: BUNUH DIRI 1296 01:19:56,958 --> 01:19:58,043 Hati saya luluh… 1297 01:20:00,170 --> 01:20:02,881 apabila tahu apa yang anak saya lalui 1298 01:20:02,964 --> 01:20:05,926 dan saya nampak sebahagiannya, 1299 01:20:06,009 --> 01:20:11,097 tapi saya tak sedar betapa ia mengganggu dia. 1300 01:20:12,224 --> 01:20:13,683 Hubungi saya jika perlu. 1301 01:20:13,767 --> 01:20:14,643 Terima kasih. 1302 01:20:14,726 --> 01:20:15,894 Sama-sama. 1303 01:20:15,977 --> 01:20:17,354 - Bai. - Bai. 1304 01:20:20,065 --> 01:20:21,691 Peluk mak. 1305 01:20:31,326 --> 01:20:35,622 Ini barang-barang yang dipulangkan oleh Jabatan Polis Bandar Charleston 1306 01:20:35,705 --> 01:20:36,540 kepada kami. 1307 01:20:37,541 --> 01:20:39,709 Komputer riba John. 1308 01:20:43,213 --> 01:20:44,840 Telefon bimbitnya. 1309 01:20:47,217 --> 01:20:48,635 Buku nota John. 1310 01:20:53,890 --> 01:20:55,517 Di dalamnya, 1311 01:20:55,600 --> 01:20:58,395 ada nota bunuh diri yang John tinggalkan 1312 01:20:59,145 --> 01:21:00,564 sebelum dia bunuh diri. 1313 01:21:04,776 --> 01:21:05,861 "Boeing keparat." 1314 01:21:07,571 --> 01:21:09,990 "Aku tak sanggup lagi. Cukup." 1315 01:21:10,866 --> 01:21:14,953 "Aku doakan orang yang musnahkan hidup aku dibalas." 1316 01:21:15,036 --> 01:21:17,455 "Aku doakan Boeing dibalas." 1317 01:21:20,250 --> 01:21:23,795 "Kebumikan aku tertiarap supaya Boeing dan pemimpin mereka 1318 01:21:23,879 --> 01:21:25,297 boleh cium punggung aku." 1319 01:21:26,923 --> 01:21:29,509 "Kepada keluarga dan rakan, aku temukan tujuan hidup." 1320 01:21:29,593 --> 01:21:32,095 "Aku tenang. Aku lebih sayang kamu." 1321 01:21:32,178 --> 01:21:35,849 Kemudian, dia tandatangan John/Mitch, atau Swampy. 1322 01:21:35,932 --> 01:21:38,602 AKU TEMUKAN TUJUAN HIDUP AKU TENANG! SAYANG KAMU 1323 01:21:38,685 --> 01:21:42,480 Ia salah satu perkara yang membuatkan kita tertanya-tanya, 1324 01:21:42,564 --> 01:21:44,774 "Apa yang sepatutnya aku buat?" 1325 01:21:45,442 --> 01:21:46,359 Ya. 1326 01:21:48,612 --> 01:21:50,405 Tapi satu perkara yang pasti, 1327 01:21:50,488 --> 01:21:51,698 iaitu, 1328 01:21:52,198 --> 01:21:54,492 Boeing mungkin tak tembak dia, 1329 01:21:54,576 --> 01:21:56,286 tapi Boeing bertanggungjawab 1330 01:21:56,786 --> 01:21:57,954 atas kematian John. 1331 01:22:02,542 --> 01:22:03,376 18 JUN 2024 1332 01:22:03,460 --> 01:22:04,920 Hari ini, pendengaran kongres 1333 01:22:05,003 --> 01:22:08,715 fokus kepada keselamatan dan kualiti jet komersial Boeing. 1334 01:22:10,550 --> 01:22:13,470 Selepas nahas 737 MAX, 1335 01:22:13,553 --> 01:22:15,847 Boeing berjanji untuk berubah. 1336 01:22:16,139 --> 01:22:16,973 SENATOR 1337 01:22:17,057 --> 01:22:22,646 Tukang adu melaporkan kepada kami bahawa sebenarnya, 1338 01:22:23,396 --> 01:22:24,773 perkara sama masih berlaku. 1339 01:22:25,732 --> 01:22:27,692 Pemasangan yang tak betul, 1340 01:22:28,276 --> 01:22:30,820 penggunaan komponen yang rosak, 1341 01:22:31,446 --> 01:22:33,573 kecuaian kualiti pembuatan. 1342 01:22:35,241 --> 01:22:40,956 Ada bukti kukuh bahawa pendakwaan adalah wajar. 1343 01:22:41,831 --> 01:22:46,378 Kami semakin rasa kami perlu tuntut kebertanggungjawaban. 1344 01:22:46,461 --> 01:22:50,215 Itulah sebabnya Dave Calhoun, 1345 01:22:50,298 --> 01:22:53,301 CEO, akan menjadi saksi hari ini. 1346 01:23:02,435 --> 01:23:04,270 Ini anak saya, Danielle Moore. 1347 01:23:04,354 --> 01:23:06,606 Danielle baru berusia 24 tahun 1348 01:23:07,148 --> 01:23:11,820 apabila dia meninggal dunia di dalam pesawat Boeing 737 MAX. 1349 01:23:11,903 --> 01:23:14,072 Nama saya Zipporah Kuria 1350 01:23:14,155 --> 01:23:16,741 dan saya kehilangan ayah saya, Joseph Kuria Waithaka. 1351 01:23:17,575 --> 01:23:20,996 Sebagai agensi yang terlibat dalam membuat keputusan penting, 1352 01:23:21,079 --> 01:23:23,999 jika kamu gagal mendakwa, jika kamu gagal mengajari sejarah 1353 01:23:24,082 --> 01:23:26,876 keadilan sebenar dan ia berulang, 1354 01:23:26,960 --> 01:23:29,170 bagaimana kamu nak tanggung bebannya? 1355 01:23:43,184 --> 01:23:45,812 Awak rampas nyawa anak lelaki kami 1356 01:23:45,895 --> 01:23:48,648 dan awak bunuh anak-anak kami. 1357 01:23:48,732 --> 01:23:52,902 Kami tiada peluang untuk jumpa mereka dan peluk mereka 1358 01:23:52,986 --> 01:23:55,196 seperti awak dan keluarga awak. 1359 01:23:55,280 --> 01:23:57,198 Beri kami jawapan. 1360 01:23:57,282 --> 01:23:59,409 Berhenti utamakan keuntungan. 1361 01:23:59,492 --> 01:24:02,787 Bayangkan enam minit terakhir anak saya bertarung nyawa. 1362 01:24:02,871 --> 01:24:03,705 Malu. 1363 01:24:04,664 --> 01:24:07,459 Enam minit mencari saya! 1364 01:24:07,542 --> 01:24:12,338 Lima tahun lalu, 346 orang yang tak bersalah terkorban 1365 01:24:12,422 --> 01:24:14,132 dalam dua tragedi yang boleh dielak. 1366 01:24:14,799 --> 01:24:19,095 Selepas tragedi itu, Boeing berjanji untuk berubah. 1367 01:24:19,804 --> 01:24:24,184 Buat seketika, ada yang percaya Boeing mungkin sudah berubah. 1368 01:24:24,267 --> 01:24:26,186 Namun, pada Januari lalu, 1369 01:24:26,269 --> 01:24:30,231 topeng itu benar-benar terlucut 1370 01:24:30,315 --> 01:24:34,194 dan menampakkan janji kosong Boeing kepada dunia. 1371 01:24:35,195 --> 01:24:39,699 Isu yang kita bincangkan hari ini merupakan soal hidup dan mati. 1372 01:24:39,783 --> 01:24:41,576 Pendengaran kes ini 1373 01:24:42,285 --> 01:24:43,787 ialah masa untuk menilai. 1374 01:24:45,413 --> 01:24:48,792 Saya ingin mengalu-alukan beberapa ahli 1375 01:24:48,875 --> 01:24:51,669 penonton yang hadir hari ini. 1376 01:24:52,378 --> 01:24:54,172 Keluarga John Barnett. 1377 01:24:55,215 --> 01:25:00,053 Ibunya, Vicky Stokes, dan abangnya, Rodney Barnett. 1378 01:25:01,137 --> 01:25:02,514 Seorang tukang adu Boeing 1379 01:25:03,264 --> 01:25:06,518 yang membunuh diri disebabkan tekanan yang hebat 1380 01:25:06,601 --> 01:25:10,271 oleh syarikat kerana dia membangkitkan isu keselamatan. 1381 01:25:12,232 --> 01:25:14,442 David Calhoun telah berkhidmat 1382 01:25:14,526 --> 01:25:17,070 sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif Boeing 1383 01:25:17,153 --> 01:25:19,280 sejak Januari 2020. 1384 01:25:19,364 --> 01:25:21,157 Dia memulakan kerjayanya 1385 01:25:21,241 --> 01:25:26,204 di General Electric Company, GE, selama 26 tahun. 1386 01:25:27,914 --> 01:25:31,000 En. Calhoun, nampaknya setiap hari 1387 01:25:31,084 --> 01:25:33,586 ada berita masalah baharu atau kebimbangan keselamatan 1388 01:25:33,670 --> 01:25:35,004 pesawat Boeing. 1389 01:25:35,088 --> 01:25:38,550 Jadi, apakah punca kegagalan sistem ini? 1390 01:25:38,633 --> 01:25:41,970 Bagaimana kamu nak baikinya? Siapa yang patut dipertanggungjawabkan? 1391 01:25:42,053 --> 01:25:44,722 Adakah kamu yang bertanggungjawab atau orang lain? 1392 01:25:45,390 --> 01:25:52,063 Punca kebanyakan masalah selain kemalangan Alaska 1393 01:25:52,147 --> 01:25:55,483 berkaitan dengan pelbagai input 1394 01:25:55,567 --> 01:25:58,319 pada peringkat operasi dan penyelenggaraan 1395 01:25:58,403 --> 01:26:00,613 dan lain-lain dengan pesawat. 1396 01:26:02,407 --> 01:26:05,034 Punca kemalangan Alaska ialah kecacatan pembuatan. 1397 01:26:05,118 --> 01:26:07,662 Saya tak tahu tentang yang lain. 1398 01:26:08,621 --> 01:26:11,541 Pembekal alat ganti dan komponen, 1399 01:26:12,834 --> 01:26:14,502 Boeing salahkan mereka. 1400 01:26:15,253 --> 01:26:20,550 Pekerja yang terancam, Boeing salahkan mereka. 1401 01:26:21,134 --> 01:26:24,888 Juruterbang yang menerbangkan pesawat, 1402 01:26:24,971 --> 01:26:26,639 Boeing salahkan mereka. 1403 01:26:26,723 --> 01:26:28,099 Boeing salahkan semua orang 1404 01:26:28,683 --> 01:26:30,018 kecuali dirinya. 1405 01:26:30,685 --> 01:26:33,771 Sebahagian besar berkaitan dengan tenaga kerja tak terlatih. 1406 01:26:33,855 --> 01:26:37,108 Semuanya tentang itu, sejujurnya. 1407 01:26:39,027 --> 01:26:43,239 En. Calhoun, berapa gaji kamu sekarang? 1408 01:26:44,407 --> 01:26:48,369 Tn. Senator, perkara itu didedahkan dalam dokumen proksi kami 1409 01:26:48,453 --> 01:26:50,288 setiap tahun saya bekerja. 1410 01:26:50,371 --> 01:26:51,581 Ya, tapi berapa? 1411 01:26:52,081 --> 01:26:54,959 - Jumlahnya besar. - Biar saya bantu. 1412 01:26:55,043 --> 01:26:57,128 Tahun ini 32.8 juta dolar. Betul? 1413 01:26:57,712 --> 01:26:58,546 Ya, betul. 1414 01:26:58,630 --> 01:27:02,217 Peningkatan 45 peratus berbanding dengan tahun lalu. Betul? 1415 01:27:02,967 --> 01:27:04,010 Ya. 1416 01:27:04,093 --> 01:27:06,346 Untuk apa kamu dibayar sebenarnya? 1417 01:27:06,971 --> 01:27:08,723 Untuk uruskan Boeing Company. 1418 01:27:08,806 --> 01:27:12,310 Ya. Adakah kualiti sebahagian daripada pakej pampasan kamu? 1419 01:27:12,393 --> 01:27:15,480 Sebab ramai tukang adu datang kepada jawatankuasa ini 1420 01:27:15,563 --> 01:27:19,108 dan mendakwa bahawa Boeing mengabaikan setiap aspek 1421 01:27:19,192 --> 01:27:21,945 kualiti dan keselamatan, bukan sahaja dahulu, 1422 01:27:22,028 --> 01:27:22,862 tapi sekarang. 1423 01:27:22,946 --> 01:27:25,531 Bahawa kamu hapuskan pemeriksaan keselamatan, 1424 01:27:25,615 --> 01:27:28,534 kurang pemeriksa yang buat pemeriksaan kualiti. 1425 01:27:28,618 --> 01:27:31,913 Apabila mereka bangkitkan sesuatu isu, 1426 01:27:31,996 --> 01:27:34,749 mereka dipindahkan, mereka dibalas dendam, 1427 01:27:34,832 --> 01:27:36,709 mereka diugut secara fizikal. 1428 01:27:36,793 --> 01:27:39,671 Bagi saya, itu bukan tumpuan kepada kualiti. 1429 01:27:39,754 --> 01:27:44,217 Namun, kamu dibayar 33 juta dolar setahun. 1430 01:27:46,636 --> 01:27:50,556 ANGGARAN PAMPASAN - $110.8 JUTA 1431 01:27:50,640 --> 01:27:53,184 Keadaan Boeing sangat teruk. 1432 01:27:53,685 --> 01:27:56,562 Apa yang sukar diterima 1433 01:27:57,063 --> 01:28:00,525 ialah eksekutif yang buat semua keputusan 1434 01:28:00,608 --> 01:28:02,694 bernilai ratusan juta dolar. 1435 01:28:04,028 --> 01:28:05,822 Boeing kucar-kacir. 1436 01:28:06,322 --> 01:28:08,366 Segelintir lelaki 1437 01:28:08,866 --> 01:28:10,493 yang menjadikan syarikat begitu 1438 01:28:10,576 --> 01:28:13,913 adalah antara orang terkaya di dunia. 1439 01:28:15,832 --> 01:28:19,627 Terdapat ramai eksekutif yang menyertai Boeing, 1440 01:28:19,711 --> 01:28:21,713 menyertai syarikat di seluruh Amerika 1441 01:28:22,547 --> 01:28:23,923 menganggap kerja mereka 1442 01:28:24,590 --> 01:28:26,384 sebagai pemotongan kos, 1443 01:28:27,927 --> 01:28:31,597 memerah wang daripada syarikat untuk meningkatkan keuntungan. 1444 01:28:32,348 --> 01:28:33,516 Kamu kaut untung. 1445 01:28:33,599 --> 01:28:35,226 Kamu kaut untung Boeing. 1446 01:28:35,310 --> 01:28:37,437 Ia antara syarikat Amerika terhebat dahulu. 1447 01:28:37,520 --> 01:28:40,106 Ia menggaji ribuan orang di negeri saya. 1448 01:28:40,189 --> 01:28:44,360 Tapi kamu kaut keuntungan dan nilai pemegang saham, 1449 01:28:44,444 --> 01:28:45,903 dan kamu diberi ganjaran. 1450 01:28:45,987 --> 01:28:48,906 Gaji kamu dinaikkan dengan banyak. 1451 01:28:48,990 --> 01:28:53,161 Jadi, ia menguntungkan kamu, tapi bukan untuk rakyat Amerika. 1452 01:28:54,245 --> 01:28:58,958 Ramai eksekutif ini tiada kaitan dengan produk yang mereka buat. 1453 01:28:59,042 --> 01:29:02,170 Mereka diambil bekerja kerana ada ijazah perniagaan. 1454 01:29:02,253 --> 01:29:06,466 …yang syarikat berjaya ada dan syarikat gagal tiada. 1455 01:29:06,549 --> 01:29:10,595 …kami buat 47 sebulan. Kami akan naikkannya kepada 52 sebulan. 1456 01:29:10,678 --> 01:29:12,972 Ramalan itu semakin kukuh setiap hari. 1457 01:29:13,056 --> 01:29:14,432 Jika Kongres boleh bantu, 1458 01:29:14,515 --> 01:29:17,018 kami akan dapat keuntungan itu. 1459 01:29:17,894 --> 01:29:22,065 Penerbangan 2688 Frontier, landasan 2-8 kiri. Boleh berlepas. 1460 01:29:22,648 --> 01:29:24,692 2-8 kiri, boleh berlepas. 1461 01:29:25,860 --> 01:29:28,696 Boeing suka menyerang gejalanya. 1462 01:29:29,197 --> 01:29:33,117 Kalau ada komponen tercabut daripada pesawat atau enjin terbakar, 1463 01:29:33,951 --> 01:29:37,205 mereka mahu cari penyelesaian yang cepat 1464 01:29:37,288 --> 01:29:39,374 dan kata mereka buat sesuatu. 1465 01:29:39,457 --> 01:29:42,168 Boeing tak pernah menyerang penyakitnya, 1466 01:29:42,668 --> 01:29:44,754 iaitu model kepimpinan mereka. 1467 01:29:46,881 --> 01:29:49,384 Mengejar wang dengan apa cara sekalipun 1468 01:29:50,176 --> 01:29:54,180 dan bukannya menghasilkan pesawat terbaik di dunia. 1469 01:29:56,724 --> 01:29:59,727 Di kebanyakan syarikat, nyawa orang bukan taruhan. 1470 01:30:00,395 --> 01:30:02,563 Tapi di Boeing, ya. 1471 01:30:05,525 --> 01:30:07,985 Apabila kualiti Boeing merosot, 1472 01:30:08,653 --> 01:30:09,529 orang mati. 1473 01:30:12,198 --> 01:30:14,951 Kita semua perlukan perjalanan udara yang selamat. 1474 01:30:15,660 --> 01:30:17,245 Kita perlukan pesawat yang selamat. 1475 01:30:18,454 --> 01:30:20,581 Boeing perlu bertanggungjawab. 1476 01:30:23,501 --> 01:30:27,922 EMPAT CEO BOEING TERAKHIR MENERIMA PAMPASAN DAN FAEDAH PERSARAAN 1477 01:30:28,005 --> 01:30:30,049 BERJUMLAH HAMPIR $500 JUTA. 1478 01:30:30,133 --> 01:30:32,552 SETAKAT MAC 2026, JABATAN PESAWAT KOMERSIAL BOEING 1479 01:30:32,635 --> 01:30:34,720 TIDAK MEMPEROLEH KEUNTUNGAN SEJAK TAHUN 2018, 1480 01:30:34,804 --> 01:30:37,181 DIANGGARKAN RUGI $40 BILION SEPANJANG TEMPOH ITU. 1481 01:30:37,932 --> 01:30:39,600 PADA OGOS 2025, BOEING MENYELESAIKAN 1482 01:30:39,684 --> 01:30:43,271 TUNTUTAN TUKANG ADU JOHN "SWAMPY" BARNETT DENGAN JUMLAH YANG TIDAK DIDEDAHKAN. 1483 01:30:43,354 --> 01:30:48,067 TUNTUTAN KEDUA TERHADAP BOEING, ATAS KEMATIAN AKIBAT KECUAIAN, 1484 01:30:48,151 --> 01:30:49,694 MASIH BELUM SELESAI. 1485 01:30:50,361 --> 01:30:52,905 PADA NOVEMBER 2025, JABATAN KEHAKIMAN MENGGUGURKAN KESNYA 1486 01:30:52,989 --> 01:30:54,574 TERHADAP BOEING ATAS NAHAS 737 MAX. 1487 01:30:54,657 --> 01:30:56,909 BOEING DIDENDA $1.1 BILION DAN DIWAJIBKAN KOMITED 1488 01:30:56,993 --> 01:30:58,661 MEMBAIKI KESELAMATAN, KUALITI DAN PEMATUHAN. 1489 01:30:58,744 --> 01:31:00,121 TIADA CEO BOEING PERNAH DIDAKWA. 1490 01:31:00,204 --> 01:31:02,540 Mereka nak singkirkan kami, 1491 01:31:03,374 --> 01:31:06,002 tapi saya tak boleh kata, 1492 01:31:06,085 --> 01:31:08,337 "Tiada apa-apa boleh dibuat" dan mengalah. 1493 01:31:09,964 --> 01:31:12,758 Tiada keadilan, tiada kebertanggungjawaban. 1494 01:31:14,010 --> 01:31:15,553 Saya sangat marah. 1495 01:31:17,472 --> 01:31:19,974 Saya rasa kita perlu terus berjuang. 1496 01:31:22,310 --> 01:31:25,313 Perkara ini tak boleh berterusan. 1497 01:31:27,523 --> 01:31:29,734 Sesuatu perlu diubah. 1498 01:31:33,571 --> 01:31:37,116 SELEPAS MENOLAK UNTUK TERLIBAT DALAM FILEM INI, 1499 01:31:37,200 --> 01:31:40,828 BOEING BERSETUJU UNTUK MENJAWAB SOALAN KAMI SECARA BERTULIS: 1500 01:31:40,912 --> 01:31:45,124 "DAKWAAN DALAM FILEM INI TELAH DILAPORKAN SECARA MELUAS SELAMA BERTAHUN-TAHUN. 1501 01:31:45,208 --> 01:31:47,710 ADA YANG KEKAL TIDAK BERASAS SEHINGGA HARI INI, 1502 01:31:47,793 --> 01:31:49,629 MANAKALA YANG SELEBIHNYA IALAH ISU 1503 01:31:49,712 --> 01:31:52,673 YANG TELAH BOEING TANGANI ATAU TERUS DITAMBAH BAIK… 1504 01:31:52,757 --> 01:31:58,304 DI BAWAH KEPIMPINAN CEO BAHARU KAMI DAN DENGAN MAKLUM BALAS PEKERJA KAMI, 1505 01:31:58,387 --> 01:32:01,015 KAMI MEMPERKENALKAN NILAI DAN TINGKAH LAKU BAHARU 1506 01:32:01,098 --> 01:32:02,808 YANG MENGUKUHKAN BUDAYA KAMI…" 1507 01:33:07,456 --> 01:33:09,417 Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi