1 00:00:21,230 --> 00:00:24,233 Apa perasaan awak tentang nyamuk? 2 00:00:25,151 --> 00:00:27,070 Nyamuk buat saya jengkel. 3 00:00:28,488 --> 00:00:30,156 Pada musim panas di Seattle, 4 00:00:30,698 --> 00:00:34,035 nyamuk akan gigit dan badan kita berbintat. 5 00:00:41,584 --> 00:00:45,755 Tapi saya tak pernah tinggal di tempat yang ada malaria. 6 00:00:46,714 --> 00:00:51,385 Nyamuk genus Anopheles pembawa malaria kepada manusia. 7 00:00:51,469 --> 00:00:54,472 Malaria dipindahkan daripada manusia kepada serangga 8 00:00:54,555 --> 00:00:56,182 kepada manusia semula. 9 00:00:58,017 --> 00:01:01,687 Malaria bunuh 400,000 kanak-kanak setahun. 10 00:01:03,606 --> 00:01:07,235 Tapi bukan di negara kaya. 11 00:01:07,819 --> 00:01:10,613 Jadi, ia sejenis penyakit yang terabai. 12 00:01:11,572 --> 00:01:12,657 MUSUH AWAM NOMBOR 1 13 00:01:12,740 --> 00:01:14,450 Dalam menangani penyakit, 14 00:01:14,534 --> 00:01:18,454 ada peluang untuk mengembangkan teknologi canggih 15 00:01:18,538 --> 00:01:20,706 seperti vaksin, antibodi 16 00:01:20,790 --> 00:01:24,585 dan kaedah yang lebih kontroversi seperti suntingan gen, 17 00:01:25,086 --> 00:01:28,381 dan gunakannya untuk cuba membasmi penyakit 18 00:01:28,464 --> 00:01:29,757 dari muka planet ini. 19 00:01:32,802 --> 00:01:36,514 Ia semestinya antara pencapaian terbesar manusia 20 00:01:37,056 --> 00:01:39,016 jika kita dapat hapuskan malaria. 21 00:01:44,856 --> 00:01:49,569 BOLEHKAH KITA MENGAKALI PENYAKIT? 22 00:01:58,411 --> 00:02:03,249 WAD MALARIA WILAYAH SIAYA, KENYA 23 00:02:08,296 --> 00:02:10,631 Malaria satu masalah besar di sini. 24 00:02:10,715 --> 00:02:12,133 Kami perlu ke hospital, 25 00:02:12,216 --> 00:02:17,680 dan jika kami tiada duit, malaria akan membunuh kami. 26 00:02:18,764 --> 00:02:20,016 Ia boleh bunuh bayi. 27 00:02:21,100 --> 00:02:23,477 Malaria bunuh ramai bayi. 28 00:02:23,978 --> 00:02:27,523 Malaria bunuh bayi yang rapat dengan saya. 29 00:02:29,442 --> 00:02:30,818 Anak kakak saya. 30 00:02:32,778 --> 00:02:34,322 Dia mula terkejang-kejang. 31 00:02:34,405 --> 00:02:36,908 Dia demam panas. Saya tak buang masa. 32 00:02:36,991 --> 00:02:39,827 Saya tumpang orang dan bawa dia ke sini. 33 00:02:40,328 --> 00:02:42,872 Dia menghidap malaria yang sangat kuat. 34 00:02:43,831 --> 00:02:46,083 Maaf, sayang. 35 00:02:46,167 --> 00:02:48,085 Kita ada satu saja tong oksigen. 36 00:02:48,169 --> 00:02:50,796 Boleh isikan semula tong oksigen ini? 37 00:02:53,925 --> 00:02:58,346 Jika diperhatikan, keadaan di wad sentiasa sibuk 38 00:02:58,429 --> 00:03:02,350 kerana wad tak pernah cukup kakitangan, 39 00:03:02,433 --> 00:03:04,769 sebab malaria ialah penyakit bermusim. 40 00:03:04,852 --> 00:03:06,395 Apabila musim hujan tiba, 41 00:03:06,479 --> 00:03:10,441 populasi nyamuk naik mencanak-canak. 42 00:03:15,821 --> 00:03:20,576 Semasa kecil, banyak kali saya kena malaria. 43 00:03:21,077 --> 00:03:24,080 Saya masih boleh bayang ayah saya. 44 00:03:24,163 --> 00:03:25,081 PENYIASAT UTAMA 45 00:03:25,164 --> 00:03:28,584 Dia berdiri di sebelah katil, memandang saya. 46 00:03:28,668 --> 00:03:32,421 Saya nampak ketakutan di matanya. 47 00:03:33,839 --> 00:03:39,887 Jika malaria membunuh 600,000 orang di AS atau Eropah, 48 00:03:40,638 --> 00:03:42,848 ia pasti sudah berjaya ditangani. 49 00:03:48,020 --> 00:03:51,274 YAYASAN GATES 50 00:03:55,695 --> 00:03:58,948 Malaria biasanya tertumpu dalam populasi 51 00:03:59,031 --> 00:04:03,160 paling miskin dan terhad akses terhadap penjagaan kesihatan. 52 00:04:04,578 --> 00:04:08,249 Wilayah yang merangkumi Mali, Burkina Faso, Côte d'Ivoire, 53 00:04:08,332 --> 00:04:11,252 melalui Nigeria dan Republik Demokratik Congo, 54 00:04:11,836 --> 00:04:15,840 menghadapi kadar transmisi melampau yang perlu dihentikan 55 00:04:15,923 --> 00:04:18,676 dan ia cabaran yang kami tak pernah hadapi. 56 00:04:18,759 --> 00:04:21,429 CARA NYAMUK SEBARKAN PENYAKIT 57 00:04:22,138 --> 00:04:26,684 Malaria berpunca daripada parasit yang disebarkan melalui gigitan nyamuk. 58 00:04:27,768 --> 00:04:30,479 Parasit itu bergerak dan menjangkiti hati. 59 00:04:30,563 --> 00:04:33,482 Selepas tinggal dalam hati untuk satu jangka masa, 60 00:04:33,566 --> 00:04:38,529 satu sel hati yang dijangkiti akan bebaskan 400,000 parasit tambahan 61 00:04:38,612 --> 00:04:41,032 yang mula menyerang sel darah merah. 62 00:04:41,532 --> 00:04:45,369 Parasit menyerang sel darah merah, mengurai sel darah merah, 63 00:04:45,453 --> 00:04:49,081 kemudian memecahkan sel darah merah untuk terus menyerang. 64 00:04:49,999 --> 00:04:52,001 Ia ambil alih saluran darah kita. 65 00:04:53,044 --> 00:04:57,256 Apabila semua sel darah merah yang dijangkiti pecah, kita merasainya. 66 00:04:57,340 --> 00:05:01,427 Kita rasa seram sejuk, demam secara tiba-tiba, peluh. 67 00:05:01,510 --> 00:05:03,220 Kita rasa letih. 68 00:05:03,304 --> 00:05:05,556 Adakala ia menyerang begitu kuat, 69 00:05:05,639 --> 00:05:07,600 kita rasa loya, muntah-muntah, 70 00:05:07,683 --> 00:05:09,643 dan itu kes yang agak ringan. 71 00:05:10,353 --> 00:05:11,896 Jika ia melarat, 72 00:05:11,979 --> 00:05:14,440 ia boleh menyebabkan masalah pernafasan, 73 00:05:14,523 --> 00:05:16,317 anemia berpanjangan, 74 00:05:16,400 --> 00:05:18,110 keradangan otak 75 00:05:18,611 --> 00:05:21,405 dan kerap kali boleh membawa maut. 76 00:05:21,906 --> 00:05:26,577 Kanak-kanak kecil, mereka yang rentan dan wanita hamil akan menanggung 77 00:05:26,660 --> 00:05:28,871 kesan malaria yang dahsyat. 78 00:05:33,501 --> 00:05:38,839 Asalnya, malaria ialah alga akuatik, kira-kira 600 hingga 800 juta tahun lalu. 79 00:05:38,923 --> 00:05:42,218 Ia masih ada sedikit kesan fotosintesis. 80 00:05:42,301 --> 00:05:45,388 Malaria moden datang daripada burung, 81 00:05:45,471 --> 00:05:47,556 kira-kira 130 juta tahun lalu. 82 00:05:50,351 --> 00:05:52,311 Ia hubungan simbiosis. 83 00:05:52,395 --> 00:05:55,981 Patogen menggunakan kita, untuk membantunya membiak, 84 00:05:56,649 --> 00:05:58,901 dan malaria perlukan dua perumah. 85 00:05:58,984 --> 00:06:02,154 Ia memerlukan nyamuk dan perumah kedua, 86 00:06:02,238 --> 00:06:05,324 sama ada manusia, reptilia, amfibia, beruk besar. 87 00:06:06,158 --> 00:06:07,576 Kita semua ada malaria. 88 00:06:09,161 --> 00:06:11,080 Orang tak pedulikannya. 89 00:06:11,163 --> 00:06:14,875 Orang Amerika memang pandai tak memikirkan masalah 90 00:06:14,959 --> 00:06:17,169 jika mereka tak terkesan serta-merta. 91 00:06:18,712 --> 00:06:21,924 Malaria menjejaskan datuk dan nenek saya. 92 00:06:22,550 --> 00:06:26,345 Pada permulaan abad ke-20, ia masalah besar. 93 00:06:26,429 --> 00:06:29,014 Pusat Kawalan Penyakit berada di Atlanta 94 00:06:29,098 --> 00:06:32,143 sebab malaria melanda Atlanta dengan amat dahsyat. 95 00:06:32,726 --> 00:06:34,895 Nyamuk pembawa malaria berdekatan, 96 00:06:34,979 --> 00:06:37,815 mencari darah manusia untuk santapan malam. 97 00:06:37,898 --> 00:06:41,026 Malaria masalah besar di negara ini dulu, 98 00:06:41,110 --> 00:06:44,989 tapi masalah besar itu lenyap. 99 00:06:45,072 --> 00:06:48,284 Orang dah tak mati akibat malaria. Kita berjaya mengawalnya. 100 00:06:51,036 --> 00:06:55,207 Jika kita ingat semula usaha pembasmian malaria global yang besar 101 00:06:55,291 --> 00:06:57,710 yang dilancarkan pertengahan abad ke-20, 102 00:06:57,793 --> 00:06:59,879 kaedah yang digunakan pada masa itu 103 00:06:59,962 --> 00:07:02,214 seperti pengubahsuaian alam sekitar, 104 00:07:02,298 --> 00:07:05,009 memastikan tiada tapak pembiakan nyamuk, 105 00:07:05,092 --> 00:07:07,678 penyemburan racun serangga besar-besaran, 106 00:07:07,761 --> 00:07:10,097 semua usaha itu berkesan pada masa itu. 107 00:07:10,181 --> 00:07:14,727 Kaedah tersebut tak semestinya sesuai digunakan untuk zaman ini 108 00:07:14,810 --> 00:07:17,688 di tempat-tempat malaria masih berleluasa. 109 00:07:21,775 --> 00:07:23,819 Lompat ski. Mengujakan, bukan? 110 00:07:23,903 --> 00:07:27,740 Pada tahun 1990-an, saya dan Melinda berbincang, 111 00:07:27,823 --> 00:07:30,326 "Ke mana kita harus agihkan sumber kita?" 112 00:07:30,409 --> 00:07:34,788 Kami lihat punca kematian kanak-kanak 113 00:07:34,872 --> 00:07:39,376 dan terkejut apabila dapat tahu ia pneumonia, cirit-birit dan malaria. 114 00:07:39,460 --> 00:07:43,047 Apabila saya lihat betapa sedikitnya dana untuk malaria, 115 00:07:43,130 --> 00:07:45,132 ia sesuatu yang mengejutkan. 116 00:07:46,926 --> 00:07:50,346 Bertan-tan DDT digunakan untuk melawan penyakit ngeri 117 00:07:50,429 --> 00:07:52,223 yang menyerang anak-anak kita. 118 00:07:52,306 --> 00:07:54,600 Sekali lagi, perang dahsyat 119 00:07:54,683 --> 00:07:57,311 menyumbang penemuan yang menyelamatkan nyawa. 120 00:07:57,394 --> 00:07:59,480 Tentera membiayai kajian malaria 121 00:07:59,563 --> 00:08:02,358 sebab askar dikerah ke kawasan malaria dan mati. 122 00:08:02,983 --> 00:08:07,196 Kemudian ubat yang melindungi askar dianggap cukup bagus, 123 00:08:07,279 --> 00:08:09,865 dan ia tidak lagi jadi keutamaan mereka. 124 00:08:11,825 --> 00:08:15,829 Lebih banyak wang dibelanjakan untuk rawatan keguguran rambut 125 00:08:16,539 --> 00:08:18,082 berbanding untuk malaria. 126 00:08:18,791 --> 00:08:21,043 Memanglah teruk jika keguguran rambut. 127 00:08:22,711 --> 00:08:27,007 Pada tahun 2000, Yayasan Gates ditubuhkan, 128 00:08:28,008 --> 00:08:32,721 dan menyelamatkan nyawa kanak-kanak boleh jadi keutamaan kami 129 00:08:32,805 --> 00:08:35,516 dan boleh bawa perubahan positif. 130 00:08:39,019 --> 00:08:40,563 Malaria semakin teruk. 131 00:08:41,188 --> 00:08:43,607 Kelambu boleh bawa perbezaan besar. 132 00:08:44,108 --> 00:08:46,610 Akhirnya akan ada vaksin. 133 00:08:46,694 --> 00:08:49,738 Dari segi nilai untuk wang yang rakyat Amerika mahu, 134 00:08:49,822 --> 00:08:52,324 tiada pulangan yang lebih bernilai. 135 00:08:52,408 --> 00:08:57,913 Saya jumpa Bill Gates untuk membincangkan kesihatan global… 136 00:08:57,997 --> 00:08:59,623 PEMUZIK DAN AKTIVIS 137 00:08:59,707 --> 00:09:01,417 …sambil makan burger keju. 138 00:09:01,500 --> 00:09:04,169 Saya rasa dia rasa bengang 139 00:09:04,253 --> 00:09:09,717 dengan sebarang bentuk pembaziran yang bodoh dan melampau. 140 00:09:09,800 --> 00:09:11,969 Nyawa manusia paling utama. 141 00:09:13,012 --> 00:09:14,680 Itu buat dia amat marah. 142 00:09:14,763 --> 00:09:16,307 Dia memang suka berdebat. 143 00:09:17,141 --> 00:09:20,311 Masa mula dulu memang gila. 144 00:09:20,394 --> 00:09:22,313 Kami gelar dia Kill Bill. 145 00:09:22,396 --> 00:09:26,984 Dalam mesyuarat dengan menteri kewangan dia kata, 146 00:09:27,067 --> 00:09:29,528 "Kamu tipu. 147 00:09:29,612 --> 00:09:32,156 Itu penipuan. Kamu tahu ia tak benar." 148 00:09:32,239 --> 00:09:33,449 Reaksi saya… 149 00:09:34,366 --> 00:09:37,828 Bill Gates ada sifat memberontak. Tak sangka, bukan? 150 00:09:37,911 --> 00:09:41,123 Vaksinasi baru diperlukan supaya kanak-kanak hidup. 151 00:09:41,874 --> 00:09:46,045 Sejauh mana kita, sebagai manusia, cuba saling membantu? 152 00:09:47,296 --> 00:09:51,091 Kami memperuntukkan $30 juta untuk penyelidikan malaria. 153 00:09:51,175 --> 00:09:55,012 Saya terkejut mendapati kami penyumbang terbesar dalam bidang ini. 154 00:09:57,056 --> 00:10:01,018 Orang yang mati akibat malaria tiada suara dalam pasaran. 155 00:10:01,101 --> 00:10:03,520 Tiada peluang untuk kaut keuntungan. 156 00:10:03,604 --> 00:10:09,318 Pasaran makanan anjing 40 kali ganda lebih besar daripada pasaran malaria. 157 00:10:10,152 --> 00:10:14,823 Kemiskinan tegar dan kematian kanak-kanak dikurangkan sebanyak 50% sejak 1990. 158 00:10:15,616 --> 00:10:19,912 Jika Bill kata kita mampu buat sesuatu, kita cenderung mempercayainya. 159 00:10:19,995 --> 00:10:21,246 Mampukah kita? 160 00:10:21,914 --> 00:10:23,082 Sudah tentu. 161 00:10:27,378 --> 00:10:29,254 Beritahu saya tentang Diabaté. 162 00:10:29,338 --> 00:10:32,883 Diabaté mengetuai usaha Target Malaria di Burkina Faso. 163 00:10:32,966 --> 00:10:35,678 Dia berpengetahuan dalam bidang entomologi. 164 00:10:35,761 --> 00:10:36,595 Nyamuk? 165 00:10:36,679 --> 00:10:40,933 Ya, dia pakar dalam mengenal pasti tempat nyamuk akan mengawan. 166 00:10:48,524 --> 00:10:51,568 - Hai, selamat berkenalan. - Selamat berkenalan. 167 00:10:52,736 --> 00:10:56,031 Pertama sekali, statistik menceritakan kisah menarik. 168 00:10:57,032 --> 00:11:00,953 Daripada 247 juta kes di seluruh dunia setiap tahun, 169 00:11:01,912 --> 00:11:05,833 Afrika menanggung kira-kira 235 juta kes. 170 00:11:05,916 --> 00:11:07,292 - Banyaknya. - Afrika sahaja. 171 00:11:07,835 --> 00:11:09,211 Masalah kita hari ini, 172 00:11:09,294 --> 00:11:12,047 jika lihat kaedah biasa yang kita ada, 173 00:11:12,131 --> 00:11:15,843 kelambu, ubat baru dan lain-lain, 174 00:11:15,926 --> 00:11:18,095 semua itu memang berkesan. 175 00:11:18,178 --> 00:11:19,430 Tapi buat masa ini, 176 00:11:19,513 --> 00:11:23,058 ia sudah mencapai had keberkesanan perlindungan. 177 00:11:23,642 --> 00:11:25,227 Dengan kaedah zaman ini, 178 00:11:25,310 --> 00:11:31,442 ia bagaikan duduk di dalam kereta laju untuk menyasar bulan. 179 00:11:32,025 --> 00:11:33,152 Macam mana nak sampai? 180 00:11:33,652 --> 00:11:35,738 Kita perlukan enjin yang berbeza. 181 00:11:37,197 --> 00:11:42,786 Banyak usaha dan kajian diperlukan untuk menghasilkan kaedah baru. 182 00:11:43,328 --> 00:11:44,455 MENGANALISIS SAMPEL 183 00:11:44,538 --> 00:11:48,041 Kita perlu gabungkan pelbagai kaedah untuk tewaskan malaria. 184 00:11:48,125 --> 00:11:52,838 Kita perlu sasar nyamuk dan halang ia jangkiti manusia dengan lebih berkesan. 185 00:11:52,921 --> 00:11:55,591 Kita juga perlu lindungi orang 186 00:11:55,674 --> 00:11:58,844 dan bunuh parasit dengan lebih berkesan. 187 00:11:58,927 --> 00:12:02,556 Kami juga memikirkan, bagaimana lindungi orang apabila digigit 188 00:12:02,639 --> 00:12:06,059 untuk pastikan parasit tak berpeluang untuk bertapak? 189 00:12:06,935 --> 00:12:10,105 Kita masih menanganinya 190 00:12:10,189 --> 00:12:13,734 sebab kitaran hayat parasit malaria rumit. 191 00:12:13,817 --> 00:12:17,821 Parasit itu nampak berbeza pada setiap peringkat kitaran hayatnya. 192 00:12:19,114 --> 00:12:22,367 Parasit malaria mempunyai set mekanisme yang amat rumit 193 00:12:22,451 --> 00:12:25,412 yang boleh mengelirukan sistem imun, 194 00:12:25,496 --> 00:12:28,791 untuk mengelak serangan kuat sistem imun kita. 195 00:12:29,291 --> 00:12:30,959 Parasit alami evolusi. 196 00:12:31,710 --> 00:12:34,505 Ubat yang selamatkan banyak nyawa 197 00:12:34,588 --> 00:12:37,257 kini tidak berkesan kepada parasit. 198 00:12:37,883 --> 00:12:42,054 Untuk menghasilkan vaksin, kita perlu mengakali parasit. 199 00:12:43,514 --> 00:12:48,060 Matlamat utama ialah menghasilkan vaksin yang berkesan, 200 00:12:48,143 --> 00:12:50,312 yang murah, boleh dipercayai 201 00:12:50,395 --> 00:12:52,815 dan boleh diedarkan ke seluruh dunia. 202 00:12:56,527 --> 00:13:00,364 WILAYAH SIAYA, KENYA 203 00:13:08,413 --> 00:13:09,248 Apa khabar? 204 00:13:09,915 --> 00:13:10,749 Ya. 205 00:13:11,250 --> 00:13:16,630 Di sinilah kajian seminal untuk vaksin malaria RTS,S dilaksanakan. 206 00:13:17,673 --> 00:13:19,508 Percubaan vaksin pertama 207 00:13:19,591 --> 00:13:21,677 dilakukan di dalam dua bilik ini. 208 00:13:22,719 --> 00:13:25,722 Jadi, saya ada banyak sejarah dalam kedua-dua bilik. 209 00:13:26,557 --> 00:13:30,602 Saya buat penyelidikan vaksin malaria hampir tujuh tahun. 210 00:13:31,395 --> 00:13:34,439 Kami teruja waktu mulakan percubaan ini. 211 00:13:34,523 --> 00:13:36,024 Saya sangka ia akan berhasil. 212 00:13:36,108 --> 00:13:39,152 tapi keputusan yang kami dapat amat mengecewakan. 213 00:13:40,445 --> 00:13:43,323 Malaria menyebabkan kematian setiap dua minit. 214 00:13:43,407 --> 00:13:45,951 Saya rasa itulah statistiknya. 215 00:13:46,034 --> 00:13:49,663 Kira-kira 10, 15 ribu kematian seminggu. 216 00:13:49,746 --> 00:13:51,957 Setiap minggu, setiap tahun. 217 00:13:53,584 --> 00:13:56,003 Kita perlu ambil data yang ada, 218 00:13:56,086 --> 00:13:58,755 menelitinya dan cari penyelesaian lain. 219 00:13:58,839 --> 00:14:02,968 Itu buat saya beralih kepada intervensi baru. 220 00:14:04,845 --> 00:14:08,098 Kami mengasingkan antibodi monoklonal 221 00:14:08,181 --> 00:14:12,019 yang sangat berkesan dalam mencegah malaria. 222 00:14:12,811 --> 00:14:14,605 Jadi, persoalannya, 223 00:14:14,688 --> 00:14:17,441 "Adakah ini sesuatu yang selamat dan berkesan?" 224 00:14:22,529 --> 00:14:25,908 Memandangkan hanya ada beberapa ratus parasit malaria 225 00:14:25,991 --> 00:14:28,994 yang disuntik setiap kali nyamuk gigit, 226 00:14:29,077 --> 00:14:32,998 jika kita boleh hentikan parasit itu dengan suntikan antibodi, 227 00:14:33,081 --> 00:14:37,669 kita boleh hentikan malaria di dalam perumah manusia. 228 00:14:39,379 --> 00:14:42,758 Ia menyekat parasit sebelum masuk ke dalam hati. 229 00:14:42,841 --> 00:14:45,302 Ia dipanggil "mengawal perumah". 230 00:14:45,385 --> 00:14:48,388 Kita beri tindak balas imun yang diingini. 231 00:14:49,389 --> 00:14:52,851 Bolehkah beri satu dos pada satu masa, 232 00:14:53,393 --> 00:14:58,899 dan bolehkah dos antibodi itu beri perlindungan selama setahun, 233 00:14:59,691 --> 00:15:02,569 atau perlukah dos kedua selepas enam bulan? 234 00:15:02,653 --> 00:15:06,490 Begitulah kajian ini direka, dan kami dah separuh jalan. 235 00:15:06,573 --> 00:15:08,158 Kami beri satu dos, 236 00:15:08,241 --> 00:15:10,786 dan akan lihat data enam bulan. 237 00:15:13,413 --> 00:15:14,247 Sudah. 238 00:15:15,290 --> 00:15:21,296 Kami merekrut 324 kanak-kanak untuk bahagian kedua percubaan ini. 239 00:15:21,380 --> 00:15:23,840 AMBULANS KERAJAAN WILAYAH SIAYA 240 00:15:29,596 --> 00:15:34,017 Picagari kita 1 ml. 241 00:15:34,101 --> 00:15:35,894 Sahkan ia 1 ml. 242 00:15:36,937 --> 00:15:39,439 Bayi datang untuk lawatan berjadual. 243 00:15:39,523 --> 00:15:40,732 Bayi tak sakit. 244 00:15:40,816 --> 00:15:42,150 Ini lawatan ke berapa? 245 00:15:42,234 --> 00:15:43,777 - Lawatan 112. - 112. 246 00:15:43,860 --> 00:15:44,820 - Ya. - Okey. 247 00:15:46,321 --> 00:15:49,157 Kebanyakannya ibu-ibu yang menyertai percubaan. 248 00:16:02,629 --> 00:16:04,089 Saya Bernadina Odhiambo. 249 00:16:04,172 --> 00:16:05,799 WILAYAH SIAYA, KENYA 250 00:16:05,882 --> 00:16:07,175 Umur saya 26 tahun. 251 00:16:12,014 --> 00:16:13,640 Saya ada dua orang anak. 252 00:16:15,600 --> 00:16:18,186 Ian dan Margaret. 253 00:16:21,231 --> 00:16:25,193 Risiko malaria tinggi di Siaya. 254 00:16:27,904 --> 00:16:32,951 Kami tahu ada langkah yang boleh diambil untuk mengawalnya sendiri. 255 00:16:34,036 --> 00:16:37,247 Saya dah bersihkan kawasan sebersih mungkin. 256 00:16:38,415 --> 00:16:41,251 Tiada air bertakung di sini. 257 00:16:44,254 --> 00:16:47,799 Kami tidur dalam kelambu yang dirawat. 258 00:16:47,883 --> 00:16:50,552 Kami boleh guna ubat nyamuk. 259 00:16:52,971 --> 00:16:57,392 Kami dengar tentang kajian malaria yang dijalankan di Wilayah Siaya. 260 00:16:57,934 --> 00:17:02,230 Saya amat berminat kerana saya mangsa malaria. 261 00:17:05,025 --> 00:17:09,696 Anak sulung saya menghidap malaria ketika dia berusia dua bulan. 262 00:17:12,115 --> 00:17:16,870 Jadi, saya ingin sertai kajian mereka. 263 00:17:20,832 --> 00:17:24,211 Sebaik saja kajian dimulakan, kami dipanggil. 264 00:17:24,711 --> 00:17:26,797 Kami pergi ke Kogelo. 265 00:17:28,340 --> 00:17:31,134 Darah mereka diambil untuk diuji. 266 00:17:31,218 --> 00:17:34,721 Selepas itu, mereka diberi dos untuk malaria. 267 00:17:40,685 --> 00:17:44,815 Kita memandu di Kenya barat, tapi kiri kanan ladang jagung. 268 00:17:44,898 --> 00:17:47,859 Nampak macam berada di Nebraska barat. 269 00:17:47,943 --> 00:17:51,530 Ini tapak kedua kita. Ini dispensari Kogelo. 270 00:17:52,114 --> 00:17:54,533 Kogelo kawasan pedalaman. 271 00:17:54,616 --> 00:17:59,079 Ia dikenali sebagai tempat lahir bapa Presiden Obama. 272 00:18:00,163 --> 00:18:04,417 Kita harus sedar apabila nak memperkenalkan kaedah baru, 273 00:18:04,501 --> 00:18:07,963 mereka yang terlibat perlu memahami data yang ada. 274 00:18:10,382 --> 00:18:12,926 Kita gembira Bob ada di sini hari ini 275 00:18:13,009 --> 00:18:17,681 untuk beri maklumat terkini berkenaan antibodi monoklonal malaria. 276 00:18:17,764 --> 00:18:18,765 Silakan. 277 00:18:22,853 --> 00:18:25,522 Selamat datang dan terima kasih kerana datang. 278 00:18:26,064 --> 00:18:28,108 Apabila kita divaksin, 279 00:18:28,191 --> 00:18:31,695 tubuh kita akan hasilkan tindak balas antibodi. 280 00:18:32,612 --> 00:18:35,866 Tubuh hasilkan antibodi baik yang akan melindungi kita. 281 00:18:35,949 --> 00:18:38,660 Ia juga hasilkan antibodi yang tak buat apa-apa. 282 00:18:38,743 --> 00:18:41,413 Sekarang kita ada sepasukan antibodi. 283 00:18:42,414 --> 00:18:44,332 Siapa kenal Michael Jordan? 284 00:18:44,916 --> 00:18:46,168 Pemain bola keranjang. 285 00:18:48,670 --> 00:18:49,754 Tak kenal? 286 00:18:50,338 --> 00:18:51,381 Kenal Mbappe? 287 00:18:51,464 --> 00:18:53,216 Mampukah dia? Mbappé! 288 00:18:53,300 --> 00:18:55,677 Penamat yang hebat! 289 00:18:55,760 --> 00:18:59,097 Katakan seluruh pasukan kamu, setiap pemain ialah Mbappe. 290 00:18:59,598 --> 00:19:02,350 Kemungkinan pasukan itu menang akan meningkat. 291 00:19:02,434 --> 00:19:04,686 Itulah antibodi monoklonal. 292 00:19:04,769 --> 00:19:07,606 Berapa dos perlu diberi? 293 00:19:08,106 --> 00:19:11,026 Kita di tahap satu dos berkesan selama enam bulan. 294 00:19:11,109 --> 00:19:14,571 Kami nak sasar satu dos berkesan selama setahun. 295 00:19:14,654 --> 00:19:17,115 - Terima kasih. - Terima kasih atas soalan itu. 296 00:19:17,824 --> 00:19:20,327 Selalunya orang tanya tentang kos. 297 00:19:20,410 --> 00:19:23,371 Bagi saya, itulah cabaran terbesar. 298 00:19:23,455 --> 00:19:27,000 Cabaran yang dihadapi bukanlah cabaran sains, 299 00:19:28,210 --> 00:19:32,297 tapi cabaran meyakinkan orang ia boleh dihasilkan dengan lebih murah. 300 00:19:34,591 --> 00:19:38,511 Jika mereka boleh kurangkan kos dan keberkesanannya sangat tinggi, 301 00:19:38,595 --> 00:19:42,974 mana-mana saja antibodi itu diberi, kanak-kanak takkan dijangkiti malaria. 302 00:19:44,559 --> 00:19:50,857 Strategi utama tangani malaria selama ini ialah makan ubat sebaik saja demam. 303 00:19:52,025 --> 00:19:56,238 Pokok cinchona ialah pokok yang tumbuh tinggi di Amerika Selatan. 304 00:19:56,321 --> 00:19:58,073 Seseorang menyedari 305 00:19:58,156 --> 00:20:02,202 jika kulit pokok itu direbus, iaitu kuinin, lalu minum, 306 00:20:02,285 --> 00:20:05,413 kita boleh sembuh daripada malaria dengan cepat. 307 00:20:05,497 --> 00:20:07,332 KUININ SEMBUHKAN MALARIA 308 00:20:07,415 --> 00:20:09,668 Ada satu fakta menarik tentang kuinin. 309 00:20:09,751 --> 00:20:12,963 Ia salah satu bahan dalam air tonik. 310 00:20:14,089 --> 00:20:18,301 "Tonik" perkataan yang kita guna untuk merujuk ubat. 311 00:20:18,385 --> 00:20:21,012 Air tonik, air kuinin, 312 00:20:21,096 --> 00:20:24,474 digunakan kelasi pada abad ke-18 dan ke-19 313 00:20:24,557 --> 00:20:27,143 sebagai langkah pencegahan. 314 00:20:29,104 --> 00:20:30,397 Rasanya sangat pahit, 315 00:20:30,480 --> 00:20:33,900 jadi penjajah British di India tambah gin untuk kurangkan pahit. 316 00:20:33,984 --> 00:20:35,819 Lahirlah gin dan tonik. 317 00:20:36,403 --> 00:20:40,073 Sekarang orang tak minum gin dan tonik sebagai ubat antimalaria. 318 00:20:41,241 --> 00:20:43,159 Kopi juga ada kaitan. 319 00:20:43,243 --> 00:20:46,913 Asalnya, kopi digembar-gemburkan sebagai penawar malaria, 320 00:20:47,414 --> 00:20:50,083 Bermulalah naratif tentang kopi. 321 00:20:50,166 --> 00:20:53,420 Ia diiklankan sehingga akhir 1800-an 322 00:20:53,503 --> 00:20:55,297 sebagai penawar demam malaria. 323 00:20:56,840 --> 00:20:59,968 Orang Mesir purba mandi dalam air kencing manusia. 324 00:21:00,051 --> 00:21:04,222 Orang Rom pakai tangkal di leher dengan perkataan ajaib "abracadabra". 325 00:21:04,306 --> 00:21:07,267 Dari situlah asalnya, untuk hindar malaria. 326 00:21:09,894 --> 00:21:12,230 Malaria sangat sukar untuk dihapuskan. 327 00:21:12,814 --> 00:21:14,858 Ada banyak percubaan yang gagal. 328 00:21:17,444 --> 00:21:19,571 Sekian lama kita membincangkan 329 00:21:19,654 --> 00:21:22,699 sama ada penyakit berjangkit boleh dihapuskan. 330 00:21:22,782 --> 00:21:25,577 Kita berjaya hapuskan cacar. 331 00:21:26,244 --> 00:21:30,040 Kita hampir hapuskan polio, tapi belum berjaya sepenuhnya. 332 00:21:30,123 --> 00:21:34,669 Tapi perbincangan tentang malaria berbeza. 333 00:21:43,553 --> 00:21:45,472 - Bill, apa khabar? - Apa khabar? 334 00:21:45,555 --> 00:21:47,766 - Selamat datang. - Terima kasih. 335 00:21:47,849 --> 00:21:49,142 Jemput masuk. 336 00:21:49,225 --> 00:21:50,477 100 ORANG PALING BERPENGARUH 337 00:21:50,560 --> 00:21:53,980 Saya rasa kajian antibodi yang sedang dilakukan 338 00:21:54,064 --> 00:21:58,276 di Kenya dan di tempat lain, bukti konsep yang penting. 339 00:21:58,360 --> 00:22:05,075 Tapi saya risau kita hilang perhatian sebelum sampai ke penamat. 340 00:22:05,158 --> 00:22:07,410 Saya percaya penghapusan malaria 341 00:22:07,494 --> 00:22:13,833 di kawasan berbeza, di pelbagai negara, boleh dicapai. 342 00:22:14,542 --> 00:22:20,465 Pembasmian sepenuhnya amat sukar 343 00:22:20,548 --> 00:22:25,220 kerana kelaziman nyamuk, iklim dan langkah kawalan yang diperlukan. 344 00:22:25,303 --> 00:22:28,390 Jadi, saya ada harapan besar terhadap kuasa sains. 345 00:22:28,473 --> 00:22:31,142 Apabila kaedah kita jadi lebih berkesan, 346 00:22:31,226 --> 00:22:34,479 kita akan jadi lebih yakin dan berani sasar kawasan 347 00:22:34,562 --> 00:22:38,108 dan guna intervensi yang amat ekstrem 348 00:22:38,191 --> 00:22:41,444 hingga berjaya basmi parasit sepenuhnya di kawasan itu.. 349 00:22:41,528 --> 00:22:46,783 Ada banyak langkah dan pendekatan. Nyamuk, rawatan, pencegahan. 350 00:22:46,866 --> 00:22:51,246 Apakah keperluan kesihatan awam, dan apakah peluang sains yang ada? 351 00:22:51,329 --> 00:22:55,291 Kita boleh manfaatkan peluang sains yang sedia ada 352 00:22:55,375 --> 00:22:59,129 atau kita boleh cipta peluang baru. 353 00:23:01,631 --> 00:23:03,425 Untuk melawan ancaman nyamuk, 354 00:23:04,008 --> 00:23:07,470 ahli sains terus mengkaji nyamuk yang membawa penyakit. 355 00:23:08,263 --> 00:23:11,266 Mereka cari cara baru untuk kawal dan musnahkannya. 356 00:23:12,767 --> 00:23:16,146 Untuk mencapai sifar, kita perlu beri ubat, 357 00:23:16,229 --> 00:23:19,858 tapi kita juga perlu sasar nyamuk. 358 00:23:21,067 --> 00:23:24,237 Saya rasa salah satu kesukaran kita ialah 359 00:23:24,320 --> 00:23:27,740 kita ada penyakit yang boleh dicegah dan dirawat. 360 00:23:27,824 --> 00:23:31,744 Saya mulakan kerjaya saya dengan memerhati sangkar nyamuk 361 00:23:31,828 --> 00:23:36,207 dan tiba-tiba sedar, jika kita bunuh nyamuk ini, 362 00:23:36,291 --> 00:23:39,377 kita boleh cegah segala yang berlaku selepas itu. 363 00:23:42,755 --> 00:23:43,882 Dari segi sejarah, 364 00:23:43,965 --> 00:23:47,510 DDT senjata paling terkenal untuk memerangi nyamuk. 365 00:23:48,386 --> 00:23:50,305 Ia memberi kesan negatif. 366 00:23:50,388 --> 00:23:54,434 Aktivis alam sekitar menggesa supaya tidak lagi menggunakan. 367 00:23:54,517 --> 00:23:57,228 Kini ada idea dipanggil pemacu gen 368 00:23:57,312 --> 00:24:03,818 yang menggunakan genetik nyamuk untuk mengawal populasinya. 369 00:24:03,902 --> 00:24:06,237 Itu perkara paling mengujakan sekarang. 370 00:24:12,452 --> 00:24:16,873 Saya ceburi bidang ini kerana saya berminat benda hidup sejak kecil. 371 00:24:16,956 --> 00:24:20,210 Mak dan ayah bawa saya ke Galápagos dan saya mula baca Darwin. 372 00:24:23,296 --> 00:24:24,839 Saya terpesona dengan 373 00:24:24,923 --> 00:24:29,135 kerumitan dan keindahan kehidupan 374 00:24:29,219 --> 00:24:31,763 dan terfikir mahu mempelajarinya. 375 00:24:31,846 --> 00:24:34,933 Saya nak belajar membentuk spesies. 376 00:24:36,893 --> 00:24:40,438 Jika anda boleh cipta teknologi membasmi malaria selamanya, 377 00:24:40,522 --> 00:24:41,356 anda buat tak? 378 00:24:42,273 --> 00:24:44,526 Jawapannya mesti libatkan CRISPR. 379 00:24:45,735 --> 00:24:48,947 Teknologi suntingan genom CRISPR, ialah gunting genomik 380 00:24:49,030 --> 00:24:52,116 yang membolehkan kita memotong urutan genom tertentu 381 00:24:52,200 --> 00:24:57,372 dan letakkan urutan DNA di tempat yang telah dipotong. 382 00:24:57,455 --> 00:25:00,166 Ia boleh digunakan untuk bina pemacu gen 383 00:25:00,250 --> 00:25:04,420 yang membolehkan kita sebar perubahan genetik satu organisma 384 00:25:04,504 --> 00:25:07,048 ke seluruh populasi di alam liar. 385 00:25:08,800 --> 00:25:12,262 Versi paling berkuasa, pemacu gen yang membiak sendiri, 386 00:25:12,345 --> 00:25:15,682 melampaui sempadan spesies. 387 00:25:15,765 --> 00:25:18,768 Maksudnya, jika ada aliran gen dalam populasi, 388 00:25:18,851 --> 00:25:21,479 ia akan tersebar ke seluruh populasi. 389 00:25:23,147 --> 00:25:26,943 Jika ada CRISPR, keupayaan untuk mengubah gen, 390 00:25:27,443 --> 00:25:31,531 dan ada pemacu gen yang memastikan pewarisan, 391 00:25:32,156 --> 00:25:37,287 kita boleh tulis semula gen untuk memutuskan apa diwariskan, 392 00:25:37,954 --> 00:25:39,622 dan jadikan semuanya jantan. 393 00:25:39,706 --> 00:25:42,750 Dengan cara ini, ia takkan mengawan. 394 00:25:42,834 --> 00:25:47,213 Jika semua nyamuk jantan, itulah penamat spesies itu. 395 00:25:47,297 --> 00:25:50,425 Serta penamat penyakit itu secara teorinya. 396 00:25:51,801 --> 00:25:54,512 Bolehkah ia keluar daripada nyamuk? 397 00:25:54,596 --> 00:26:00,226 Bolehkah ia berpindah kepada serangga pendebungaan yang beri kita buah? 398 00:26:00,310 --> 00:26:03,980 Ia kebimbangan wajar tentang penggunaan teknik yang kuat ini. 399 00:26:07,233 --> 00:26:09,694 Nyamuk beri manfaat kepada masyarakat. 400 00:26:09,777 --> 00:26:11,904 Ia sebahagian daripada ekosistem semula jadi. 401 00:26:12,655 --> 00:26:14,532 Haiwan lain makan nyamuk. 402 00:26:14,616 --> 00:26:16,951 Trout, salmon dan ikan lain yang makan di permukaan. 403 00:26:17,035 --> 00:26:19,579 Burung dan kelawar makan nyamuk. 404 00:26:20,246 --> 00:26:25,376 Sesetengah orkid mungkin akan pupus jika spesies nyamuk itu pupus. 405 00:26:25,460 --> 00:26:30,673 Jadi, nyamuk adalah bahagian yang berharga mana-mana ekosistem semula jadi. 406 00:26:31,883 --> 00:26:34,594 Mengeluarkan satu spesies daripada ekosistem 407 00:26:34,677 --> 00:26:36,846 akan berlaku fenomena lata trofik, 408 00:26:36,929 --> 00:26:39,474 akibat tak diingini kepada ekosistem lain. 409 00:26:39,557 --> 00:26:42,226 Contohnya, apabila mamot berbulu pupus, 410 00:26:42,310 --> 00:26:45,813 kutu malang yang makan mamot berbulu turut sama pupus. 411 00:26:48,691 --> 00:26:51,903 Ada lebih seribu spesies nyamuk di Afrika. 412 00:26:51,986 --> 00:26:53,237 Ada begitu banyak spesies 413 00:26:53,321 --> 00:26:55,865 jadi, mengeluarkan spesies yang sebar malaria 414 00:26:55,948 --> 00:26:57,367 yang tak banyak pun, 415 00:26:57,450 --> 00:27:01,663 kemungkinan berlakunya isu ekologi adalah sangat rendah. 416 00:27:01,746 --> 00:27:04,082 Bukan tak ada langsung tapi sangat rendah. 417 00:27:12,715 --> 00:27:14,884 Proses penyelidikan panjang. 418 00:27:15,468 --> 00:27:16,844 Kita mahu hasil segera, 419 00:27:16,928 --> 00:27:23,101 tapi membangunkan teknologi khusus seperti ini mengambil masa. 420 00:27:25,978 --> 00:27:28,606 Saya ahli projek Target Malaria. 421 00:27:28,690 --> 00:27:33,486 Kami guna alat genetik canggih untuk hapuskan malaria pada masa depan. 422 00:27:34,696 --> 00:27:38,825 Kami tiada nyamuk pemacu gen di Afrika atas banyak sebab. 423 00:27:38,908 --> 00:27:41,452 Ada banyak aspek lain yang perlu diambil kira, 424 00:27:41,536 --> 00:27:44,247 dan semuanya perlu sejajar 425 00:27:44,330 --> 00:27:47,083 untuk memastikan kita ada sesuatu yang kukuh 426 00:27:47,166 --> 00:27:49,210 dan sangat selamat untuk komuniti. 427 00:27:51,045 --> 00:27:53,172 Malaria berlaku di luar bandar, 428 00:27:53,256 --> 00:27:55,508 dan ia berlaku pada musim hujan. 429 00:27:56,134 --> 00:27:58,803 Menggunakan nyamuk untuk sebar gen, 430 00:27:58,886 --> 00:28:01,556 walaupun di kawasan yang susah, 431 00:28:02,056 --> 00:28:05,435 kalau tak boleh masuk pun, nyamuk akan jalankan tugasnya. 432 00:28:05,518 --> 00:28:08,855 Kami rasa ini kaedah yang beri impak besar. 433 00:28:08,938 --> 00:28:11,983 Melepaskan nyamuk di lapangan mudah sahaja. 434 00:28:12,066 --> 00:28:16,446 30 minit siap, tapi kami ambil masa tujuh tahun untuk sampai ke tahap ini. 435 00:28:16,529 --> 00:28:19,115 Jika terus mula dengan pemacu gen dan ia merebak, 436 00:28:19,198 --> 00:28:23,286 tapi tak pertimbangkan aspek berbeza, sah ia akan jadi sukar. 437 00:28:23,369 --> 00:28:26,247 Perlu ada kerjasama komuniti untuk dapatkan lesen sosial. 438 00:28:26,330 --> 00:28:28,458 Ia bukan sesuatu yang diberi secara automatik. 439 00:28:28,541 --> 00:28:30,918 Kita perlu bina kepercayaan dengan mereka. 440 00:28:31,002 --> 00:28:34,881 Saya tak boleh masuk kampung dengan sebaldi nyamuk 441 00:28:34,964 --> 00:28:38,134 kerana saya ahli sains yang berkhidmat demi kebaikan masyarakat. 442 00:28:38,217 --> 00:28:41,137 Orang perlu faham apa kita buat. 443 00:28:45,558 --> 00:28:46,684 Selamat pagi. 444 00:28:46,768 --> 00:28:47,643 Apa khabar? 445 00:28:47,727 --> 00:28:48,770 Khabar baik. 446 00:28:48,853 --> 00:28:49,812 Selamat pagi. 447 00:28:49,896 --> 00:28:51,230 - Apa khabar? - Baik. 448 00:28:51,314 --> 00:28:52,356 Khabar baik. 449 00:28:52,440 --> 00:28:54,984 Kami gembira sambut kamu pagi ini. 450 00:28:55,067 --> 00:28:59,363 Ini ialah insektari kami. Semua nyamuk ada di sini. 451 00:29:01,824 --> 00:29:05,244 Kami tahu ada kebimbangan di luar sana. 452 00:29:06,078 --> 00:29:10,082 Jadi, ada baiknya jemput ketua komuniti 453 00:29:10,166 --> 00:29:12,919 ke dalam insektari dan tunjukkan kepada mereka 454 00:29:13,002 --> 00:29:15,213 cara nyamuk diubah, 455 00:29:15,296 --> 00:29:18,758 dan benarkan mereka tanya soalan. 456 00:29:18,841 --> 00:29:23,095 Kamu boleh lihat seluruh bangunan dicat dengan warna putih. 457 00:29:23,179 --> 00:29:27,600 Lebih mudah lihat jika ada sesuatu hinggap di dinding. 458 00:29:28,267 --> 00:29:35,274 Jika berdiri di sini, kita boleh rasa angin kipas. 459 00:29:35,358 --> 00:29:39,487 Semuanya direka untuk memastikan nyamuk kekal di dalam. 460 00:29:39,570 --> 00:29:45,785 Semua nyamuk di garisan ini telah diubah suai secara genetik. 461 00:29:45,868 --> 00:29:48,621 Ini parafin. Ia seperti kulit manusia. 462 00:29:48,704 --> 00:29:51,582 Ada sumber haba di sini. 463 00:29:51,666 --> 00:29:56,045 Ia buat parafin hangat. Nyamuk dapat merasainya serta-merta. 464 00:29:56,546 --> 00:29:59,966 Apabila nyamuk merasainya, ia datang dan mula menghisap. 465 00:30:00,967 --> 00:30:03,469 Banyak saya belajar di insektari hari ini. 466 00:30:03,553 --> 00:30:08,099 Saya kagum apabila dapat tahu nyamuk boleh diubah. 467 00:30:08,182 --> 00:30:09,809 Nyamuk itu sangat kecil. 468 00:30:09,892 --> 00:30:15,064 Tak sangka ia boleh diubah. 469 00:30:15,147 --> 00:30:18,150 Itu yang kita panggil sebagai "DNA". 470 00:30:19,318 --> 00:30:22,613 Apabila DNA yang diubah dimasukkan ke dalam genom nyamuk, 471 00:30:22,697 --> 00:30:25,157 kita boleh lihat matanya jadi merah. 472 00:30:25,783 --> 00:30:30,162 Jadi, nyamuk yang tak diubah tak bermata merah? 473 00:30:30,246 --> 00:30:32,456 Ya, matanya tak merah. 474 00:30:35,710 --> 00:30:39,297 Sukar ubah genetik spesies 475 00:30:39,380 --> 00:30:43,509 dan tahu kesan jangka panjangnya. 476 00:30:44,260 --> 00:30:50,558 Kita boleh ubah reseptor pada sel yang boleh mencegah jangkitan HIV. 477 00:30:51,058 --> 00:30:54,812 Ia akan meningkatkan peluang mereka dapat penyakit West Nile. 478 00:30:54,896 --> 00:30:58,399 Ramai orang akan kata, "Itu pilihan yang mudah," 479 00:30:58,482 --> 00:31:01,360 tapi adakah ia pilihan mudah 10,000 tahun lagi? 480 00:31:01,444 --> 00:31:04,947 Ada kemungkinan penyakit West Nile akan hapuskan umat manusia. 481 00:31:05,531 --> 00:31:08,701 Sukar untuk ramal masa depan. 482 00:31:12,163 --> 00:31:14,081 Ada orang akan kata 483 00:31:14,165 --> 00:31:17,001 manfaat mengurangkan kematian disebabkan malaria 484 00:31:17,919 --> 00:31:20,504 tak mewajarkan potensi bahaya. 485 00:31:20,588 --> 00:31:23,174 Saya amat tak setuju dengan kenyataan itu. 486 00:31:23,257 --> 00:31:26,719 Jika ada beberapa spesies saja di Afrika, 487 00:31:26,802 --> 00:31:30,806 kita boleh kurangkan 80% impak penyakit. 488 00:31:30,890 --> 00:31:36,020 Ia tiada dalam senarai senjata bahaya Dr. Evil. 489 00:31:37,605 --> 00:31:40,107 Malangnya ada banyak senjata bahaya di luar sana. 490 00:31:40,191 --> 00:31:42,610 - Tapi ini bukan salah satunya. - Ya. 491 00:31:45,029 --> 00:31:47,073 Ramai yang tanya saya, 492 00:31:47,156 --> 00:31:50,534 apa akan jadi apabila nyamuk dihapuskan? 493 00:31:51,410 --> 00:31:55,164 Dengan 600,000 kematian setiap tahun, 494 00:31:55,247 --> 00:31:57,208 perkara buruk sedang berlaku. 495 00:31:57,917 --> 00:32:00,044 Kita perlu buat sesuatu. 496 00:32:03,881 --> 00:32:08,135 Masih sukar jika kita dari luar 497 00:32:08,219 --> 00:32:11,180 dan beritahu sebuah negara, kami mahu guna rakyat kamu, 498 00:32:11,263 --> 00:32:15,643 dengan manfaat yang tidak pasti 499 00:32:15,726 --> 00:32:20,356 dan lepas selesai kami yang akan tentukan penggunaan teknologi tersebut. 500 00:32:20,856 --> 00:32:26,237 Seluruh sejarah kolonialisme ialah orang putih pergi ke Afrika 501 00:32:26,320 --> 00:32:30,366 untuk menggunakan manusia seolah-olah mereka mineral. 502 00:32:32,827 --> 00:32:38,833 Penduduk mahu projek ini berjaya 503 00:32:38,916 --> 00:32:42,461 kerana kami sudah lihat sendiri 504 00:32:42,545 --> 00:32:43,713 keseriusan malaria. 505 00:32:43,796 --> 00:32:45,464 WAKIL DAERAH 506 00:32:45,548 --> 00:32:48,884 Penduduk amat memerlukan 507 00:32:48,968 --> 00:32:51,846 penyelesaian yang berkesan. 508 00:32:53,848 --> 00:32:55,891 Jika ia persekitaran awak, awak tentukan. 509 00:32:55,975 --> 00:32:59,562 Saya tak tinggal di Afrika. Anak saya tak berisiko dijangkiti malaria. 510 00:32:59,645 --> 00:33:04,650 Tapi jika mereka hadapi risiko itu dan tinggal di sana, saya sokong. 511 00:33:04,734 --> 00:33:05,985 Biar ia biak sendiri. 512 00:33:06,068 --> 00:33:09,655 Dah tak payah buat ujian lapangan ekologi tempatan. 513 00:33:09,739 --> 00:33:12,450 Jika anak saya dalam bahaya, saya akan kata, "Buatlah." 514 00:33:12,533 --> 00:33:14,201 Jangan tunggu. 515 00:33:15,619 --> 00:33:17,496 Ini contoh yang baik 516 00:33:17,580 --> 00:33:20,666 kenapa kita di dunia maju 517 00:33:20,750 --> 00:33:24,962 perlu beri perhatian global kepada penyakit global. 518 00:33:25,046 --> 00:33:26,714 Saya rasa ada dua sebab. 519 00:33:26,797 --> 00:33:30,843 Satu, kita ada tanggungjawab moral sebagai negara kaya 520 00:33:30,926 --> 00:33:35,723 untuk elak orang menderita akibat penyakit yang boleh dicegah dan dirawat 521 00:33:35,806 --> 00:33:38,517 hanya kerana mereka lahir di kawasan itu. 522 00:33:38,601 --> 00:33:41,312 Dua, kita perlu akui ada aspek kepentingan diri 523 00:33:41,395 --> 00:33:44,065 apabila berurusan dengan penyakit berjangkit. 524 00:33:44,148 --> 00:33:46,776 Ia boleh merebak ke kawasan lain. 525 00:33:52,073 --> 00:33:53,908 CDC keluarkan amaran kesihatan baru 526 00:33:53,991 --> 00:33:57,620 selepas mengesahkan lima kes malaria di AS. 527 00:33:57,703 --> 00:33:59,330 Berita tergempar dari Maryland… 528 00:33:59,413 --> 00:34:02,458 Jangkitan malaria pertama dalam lebih empat dekad. 529 00:34:03,751 --> 00:34:06,003 Malaria penyakit yang kejam. 530 00:34:06,087 --> 00:34:08,214 Dengan perubahan iklim, 531 00:34:08,297 --> 00:34:10,508 lebih banyak masalah akan timbul. 532 00:34:10,591 --> 00:34:14,136 Kita tak mahu dunia berada dalam situasi apabila ada masalah, 533 00:34:14,220 --> 00:34:17,473 puluhan hingga ratusan ribu orang mati akibat malaria. 534 00:34:19,642 --> 00:34:26,023 Bahagian selatan AS panas dan amat sesuai untuk nyamuk membiak. 535 00:34:26,107 --> 00:34:28,651 Nyamuk Anopheles wujud. 536 00:34:28,734 --> 00:34:32,363 Potensi penularan tempatan amat membimbangkan. 537 00:34:32,446 --> 00:34:36,826 MARYLAND MELAPORKAN JANGKITAN MALARIA PERTAMA DALAM 40 TAHUN 538 00:34:46,460 --> 00:34:48,587 - Helo, semua. - Helo. 539 00:34:48,671 --> 00:34:50,297 - Keluarga baik? - Ya. 540 00:34:50,381 --> 00:34:52,007 - Kamu semua sihat? - Ya. 541 00:34:52,091 --> 00:34:54,593 Tahu apa jadi pagi tadi? 542 00:34:54,677 --> 00:34:55,678 Apa? 543 00:34:55,761 --> 00:35:00,724 Saya pergi ke makmal untuk lihat perkembangan kajian malaria. 544 00:35:01,392 --> 00:35:07,898 Bagaimana nak kenal nyamuk yang telah diubah? 545 00:35:07,982 --> 00:35:11,652 Nyamuk yang diubah bermata merah. 546 00:35:24,498 --> 00:35:25,916 Kamu semua, apa khabar? 547 00:35:26,000 --> 00:35:27,209 Baik. 548 00:35:28,169 --> 00:35:30,254 Ian, sapa doktor! 549 00:35:32,673 --> 00:35:33,674 Okey. 550 00:35:35,176 --> 00:35:37,720 Sepanjang sebulan ini, 551 00:35:37,803 --> 00:35:41,557 sejak datang ke klinik, anak awak sihat? 552 00:35:41,640 --> 00:35:43,309 - Dia sihat. - Okey. 553 00:35:43,392 --> 00:35:47,646 Awak nak lapor apa-apa tentang anak awak? 554 00:35:47,730 --> 00:35:49,356 Enam bulan dah berlalu. 555 00:35:50,816 --> 00:35:54,028 Lawatan ke rumah, klinik, lawatan ke rumah dan klinik. 556 00:35:56,697 --> 00:36:00,701 Saya rasa bertuah sertai kajian ini 557 00:36:01,827 --> 00:36:04,163 sebab anak saya sihat setakat ini. 558 00:36:04,246 --> 00:36:07,625 Tiada kesan malaria selama enam bulan. 559 00:36:08,751 --> 00:36:10,377 Sebelum ini, saya takut 560 00:36:10,461 --> 00:36:13,672 kerana saya salah seorang mangsa malaria. 561 00:36:14,632 --> 00:36:18,010 Walaupun ia belum dibuktikan yang ia akan berhasil, 562 00:36:18,093 --> 00:36:21,180 saya harap ia berhasil beberapa tahun lagi. 563 00:36:21,263 --> 00:36:24,600 Saya berdoa dengan rendah hati, 564 00:36:24,683 --> 00:36:26,018 antibodi ini 565 00:36:27,394 --> 00:36:28,729 akah berhasil. 566 00:36:30,022 --> 00:36:31,482 Saya dah tak takut. 567 00:36:35,444 --> 00:36:41,075 Nyamuk yang diubah suai itu akan kekal bersama mereka 568 00:36:41,158 --> 00:36:43,744 di dalam makmal? 569 00:36:43,827 --> 00:36:46,830 Kita tak perlu takut pada nyamuk yang diubah. 570 00:36:47,414 --> 00:36:52,795 Matlamat mereka ialah menghapuskan nyamuk betina 571 00:36:52,878 --> 00:36:55,422 untuk membanteras malaria. 572 00:36:55,506 --> 00:36:59,510 Kami takut sebab kami selalu dengar orang putih buat itu ini 573 00:36:59,593 --> 00:37:01,262 dan menambah penyakit kita. 574 00:37:01,929 --> 00:37:04,890 Jika pergi ke makmal, 575 00:37:04,974 --> 00:37:08,727 sebenarnya ia menakjubkan. 576 00:37:08,811 --> 00:37:12,898 Mereka di sana sedang bekerja keras dan perkembangannya positif. 577 00:37:16,527 --> 00:37:19,905 Kita perlu ingat, malaria penyakit kemiskinan. 578 00:37:19,989 --> 00:37:21,532 Apabila kanak-kanak sakit, 579 00:37:21,615 --> 00:37:23,993 mereka tak boleh ke sekolah dan belajar. 580 00:37:24,076 --> 00:37:26,829 Jika tak belajar, susah nak dapat kerja 581 00:37:26,912 --> 00:37:29,999 untuk menyara diri mereka. 582 00:37:30,082 --> 00:37:32,918 Ibu bapa perlu jaga anak dan tak boleh bekerja. 583 00:37:33,002 --> 00:37:35,629 Mereka perlu keluar duit untuk rawat malaria. 584 00:37:35,713 --> 00:37:38,048 Kos penjagaan kesihatan meningkat. 585 00:37:38,132 --> 00:37:43,345 Penting keluar dari kitaran itu untuk keluar dari kitaran kemiskinan. 586 00:37:45,806 --> 00:37:50,144 Selagi malaria membunuh orang di Afrika 587 00:37:51,020 --> 00:37:53,188 dan musnahkan ekonomi kami, 588 00:37:54,315 --> 00:37:55,858 sukar untuk kami maju. 589 00:37:56,400 --> 00:38:00,029 Ini tempat asal saya. Saya dilahirkan dan dibesarkan di sini. 590 00:38:00,112 --> 00:38:01,572 Semua keluarga saya di sini. 591 00:38:01,655 --> 00:38:03,991 Tiada siapa yang bangunkan negara saya untuk saya. 592 00:38:05,784 --> 00:38:07,119 Saya perlu lakukannya. 593 00:38:07,870 --> 00:38:09,079 Kita perlu lakukannya. 594 00:38:10,414 --> 00:38:11,248 Babai. 595 00:38:11,332 --> 00:38:12,750 - Babai. - Babai. 596 00:38:18,672 --> 00:38:25,220 Saya harap kita dapat basmi malaria dalam hayat saya. 597 00:38:25,304 --> 00:38:30,059 Saya nak basmi dalam hayat saya. Itu cabaran yang lebih sukar. 598 00:38:30,559 --> 00:38:33,354 Awak sihat. Jaga kesihatan. 599 00:38:52,956 --> 00:38:55,376 Perlu ada sesuatu sebelum beri input. 600 00:38:55,459 --> 00:38:58,712 Putuskan dulu apa nak letak dalam penyimpanan sementara, 601 00:38:58,796 --> 00:39:01,673 tapi pakar matematik… 602 00:39:01,757 --> 00:39:04,343 Bill Gates berada di tempat yang sepatutnya. 603 00:39:05,969 --> 00:39:09,473 Minda seperti mindanya yang berusaha selesaikan masalah 604 00:39:10,808 --> 00:39:12,726 dengan pelbagai cara, 605 00:39:14,436 --> 00:39:15,979 itu amat bagus. 606 00:39:16,063 --> 00:39:19,983 Kita boleh hasilkan seni bina sistem… 607 00:39:20,067 --> 00:39:22,069 Jika dia tak wujud, kita perlu reka dia. 608 00:39:22,152 --> 00:39:25,906 Tapi jika kita reka, orang takkan percaya watak itu. 609 00:39:26,865 --> 00:39:30,327 Saya cuma rasa dia mahu jadi berguna. 610 00:39:31,286 --> 00:39:32,788 Ia agak indah. 611 00:39:32,871 --> 00:39:34,665 Ia tentang hasil. 612 00:39:35,916 --> 00:39:39,962 Mereka yang kaya-raya pun 613 00:39:40,754 --> 00:39:43,966 tak boleh selesaikan masalah besar begini. 614 00:39:44,049 --> 00:39:45,968 Kita perlukan sokongan kerajaan. 615 00:39:46,051 --> 00:39:47,886 Di sinilah pentingnya sokongan, 616 00:39:47,970 --> 00:39:51,473 serta pencerita dan penceritaan. 617 00:39:51,557 --> 00:39:55,727 Otak kiri dan kanan bercakap, di situlah kita perlu berada. 618 00:40:08,615 --> 00:40:12,035 Dunia sedang berdepan banyak cabaran besar. 619 00:40:12,870 --> 00:40:14,621 Saya percaya kita boleh selesaikannya. 620 00:40:20,002 --> 00:40:21,920 Dunia dah banyak kemajuan, 621 00:40:22,004 --> 00:40:25,799 dan saya gembira jadi sebahagian kecil daripadanya. 622 00:40:28,594 --> 00:40:29,928 Kita berdepan cabaran. 623 00:40:30,012 --> 00:40:32,097 Polarisasi politik. 624 00:40:32,598 --> 00:40:34,057 Sumber yang terhad. 625 00:40:34,141 --> 00:40:36,351 Mengelak bencana iklim. 626 00:40:37,311 --> 00:40:41,648 Kita perlu memacu inovasi untuk mengharungi cabaran itu. 627 00:40:44,151 --> 00:40:45,235 Kita akan berjaya. 628 00:40:45,319 --> 00:40:49,573 Entah 15 tahun, 20 tahun atau 30 tahun? 629 00:40:49,656 --> 00:40:53,452 Itu bergantung pada usaha yang hebat dan menjadikannya keutamaan. 630 00:41:32,074 --> 00:41:35,077 Terjemahan sari kata oleh NNorhan