1 00:00:07,924 --> 00:00:11,302 Tragedi Shakespeare dalam kisah ini 2 00:00:11,886 --> 00:00:18,143 ialah kejayaan besar yang dinikmati oleh Vincent Kennedy McMahon 3 00:00:18,143 --> 00:00:21,896 didorong oleh motivasinya untuk menebus 4 00:00:22,480 --> 00:00:27,861 pengalaman pahit yang dilaluinya sepanjang 12 tahun pertama dalam hidupnya. 5 00:00:28,695 --> 00:00:33,992 Matlamat hidup dia adalah untuk keluar daripada penderitaan itu, 6 00:00:35,285 --> 00:00:37,037 jadi dia cipta sebuah dunia 7 00:00:38,079 --> 00:00:45,086 yang mana dia tak boleh disentuh dan kebal daripada anasir luar, 8 00:00:45,712 --> 00:00:49,799 dan berupaya mengawal takdirnya sendiri. 9 00:00:54,179 --> 00:00:56,347 Kita cuma tahu zaman kanak-kanak Vince McMahon 10 00:00:57,182 --> 00:00:59,476 melalui cerita Vince McMahon. 11 00:01:00,727 --> 00:01:04,272 Dia pernah buat temu bual Playboy dan cakap pasal itu. 12 00:01:04,272 --> 00:01:05,857 VINCE McMAHON TEMU BUAL PLAYBOY 13 00:01:05,857 --> 00:01:10,111 Pasal penderaan fizikal semasa dia didera oleh ayah tirinya 14 00:01:11,279 --> 00:01:13,948 dan menyebut secara tak langsung, 15 00:01:15,075 --> 00:01:18,870 gangguan seksual yang dilakukan oleh ibunya sendiri. 16 00:01:22,582 --> 00:01:24,959 Saya tak suka cakap pasal masa silam. 17 00:01:24,959 --> 00:01:29,130 Mungkin saya takut, tapi buat apa ingat hal yang dah lepas? 18 00:01:30,507 --> 00:01:32,258 Tiada apa-apa akan berubah. 19 00:01:33,134 --> 00:01:37,889 Ia memang sukar. Bergaduh, bertumbuk, sumbang mahram... 20 00:01:37,889 --> 00:01:40,308 Saya tak suka semua itu, 21 00:01:40,308 --> 00:01:44,020 tapi semasa kecil, saya fikir setiap kali saya kena pukul, 22 00:01:44,604 --> 00:01:48,817 kalau selepas itu saya masih bernafas, maksudnya saya menang. 23 00:01:50,318 --> 00:01:52,654 Saya tahu dari sudut psikologi, 24 00:01:52,654 --> 00:01:55,907 orang yang didera semasa kecil cenderung untuk mendera. 25 00:01:56,407 --> 00:01:58,409 Saya rasa itu cuma alasan. 26 00:01:59,369 --> 00:02:01,162 Saya tak jadi pendera. 27 00:02:01,162 --> 00:02:04,249 Semua perkara buruk yang pernah berlaku kepada kita, 28 00:02:04,833 --> 00:02:05,667 buang jauh-jauh. 29 00:02:07,460 --> 00:02:11,172 Adakah kenangan pahit itu akan menghantui kita? Semestinya. 30 00:02:11,172 --> 00:02:14,384 Namun, campaknya ke belakang dan langkah ke depan. 31 00:02:19,139 --> 00:02:22,934 EPISOD 5: PERNIAGAAN KELUARGA 32 00:02:29,190 --> 00:02:30,441 Maaf, tumpang lalu. 33 00:02:35,238 --> 00:02:37,782 Selepas ini, buat julung kalinya, 34 00:02:37,782 --> 00:02:41,536 Shane dan Stephanie McMahon, anak-anak Vince dan Linda McMahon, 35 00:02:41,536 --> 00:02:46,249 akan berkongsi kisah hidup mereka di depan kamera secara langsung. 36 00:02:46,749 --> 00:02:47,959 Saya tertanya-tanya. 37 00:02:47,959 --> 00:02:50,837 Macam mana rasanya jadi anak McMahon? 38 00:02:53,423 --> 00:02:55,758 Awak nak cakap dulu? Silakan. 39 00:02:57,218 --> 00:03:01,264 Sebagai anak Vince McMahon, saya membesar dalam dunia yang menarik. 40 00:03:05,810 --> 00:03:08,271 Saya memang nak masuk industri gusti. 41 00:03:08,271 --> 00:03:10,815 Lebih spesifik lagi, jadi ahli gusti. 42 00:03:12,192 --> 00:03:13,860 Saya mula sejak remaja. 43 00:03:16,613 --> 00:03:19,157 Duduk di belakang pentas atau jadi penonton. 44 00:03:19,157 --> 00:03:21,743 Di mana-mana saja untuk belajar semuanya. 45 00:03:23,203 --> 00:03:26,539 Saya sapu gelanggang dan pegangkan jaket ahli gusti. 46 00:03:27,540 --> 00:03:28,374 Satu... 47 00:03:28,374 --> 00:03:31,127 Kemudian, saya jadi pengadil dan juruhebah. 48 00:03:31,127 --> 00:03:33,880 Perlahan-lahan, saya mula dari bawah. 49 00:03:34,797 --> 00:03:37,759 Shane dan Encik McMahon! 50 00:03:38,301 --> 00:03:43,014 {\an8}Karier saya sebagai penghibur bermula apabila saya jadi pengganti ayah. 51 00:03:43,014 --> 00:03:45,558 Nampak Shane pegang tali untuk ayah dia? 52 00:03:45,558 --> 00:03:49,479 Kalau tak puas hati dengan ayah, mereka tak boleh terus jumpa dia. 53 00:03:49,479 --> 00:03:51,397 Mereka kena jumpa saya dulu. 54 00:03:52,023 --> 00:03:53,691 Peminat suka gimik itu. 55 00:03:53,691 --> 00:03:56,444 Semua orang suka, jadi kami teruskan saja. 56 00:03:57,028 --> 00:04:00,323 Seluruh arena mengebu si anak emas, 57 00:04:00,323 --> 00:04:01,991 pewaris takhta... 58 00:04:01,991 --> 00:04:03,493 Saya sukakannya. 59 00:04:03,493 --> 00:04:07,956 Saya dapat buat sesuatu yang saya impikan sejak kecil. 60 00:04:08,998 --> 00:04:10,708 - Shane! - Shane McMahon! 61 00:04:15,964 --> 00:04:19,092 Dari situlah berkembangnya dinamik keluarga kami, 62 00:04:19,092 --> 00:04:21,052 yang turut disertai Stephanie. 63 00:04:21,052 --> 00:04:23,680 Izinkan saya mencelah. 64 00:04:23,680 --> 00:04:28,434 Saya memang nak sertai WWE dan bangga jadi sebahagian daripadanya. 65 00:04:29,644 --> 00:04:32,981 Saya membesar dalam persekitaran yang menyeronokkan. 66 00:04:33,564 --> 00:04:36,317 Walaupun masih kecil, saya boleh rasanya. 67 00:04:36,317 --> 00:04:39,279 Ia antara pengalaman paling mengujakan bagi saya. 68 00:04:40,613 --> 00:04:41,864 Biar betul! 69 00:04:42,740 --> 00:04:44,575 WWE sentiasa berpolarisasi 70 00:04:44,575 --> 00:04:46,828 dan semasa saya kecil, 71 00:04:46,828 --> 00:04:50,039 sesetengah orang berkawan dengan saya kerana ayah saya 72 00:04:50,039 --> 00:04:52,959 dan sesetengah orang langsung tak pandang saya 73 00:04:52,959 --> 00:04:54,544 kerana ayah saya. 74 00:04:54,544 --> 00:04:59,215 {\an8}Vince McMahon bersama anak perempuannya, Stephanie McMahon. 75 00:04:59,799 --> 00:05:03,094 {\an8}Bila kali pertama idea watak awak dibincangkan? 76 00:05:03,678 --> 00:05:05,972 Selepas saya habis kolej. 77 00:05:05,972 --> 00:05:08,725 Relaks, jangan takut. Semuanya baik-baik saja. 78 00:05:08,725 --> 00:05:11,519 - Awak akan beri saya muka? - Mestilah. 79 00:05:11,519 --> 00:05:14,063 Ayah terus setuju dengan idea itu 80 00:05:14,647 --> 00:05:16,566 untuk lihat penerimaan peminat. 81 00:05:16,566 --> 00:05:17,650 - Jomlah! - Tak! 82 00:05:17,650 --> 00:05:22,655 Sejak Steph mula bergusti untuk WWE, watak dia terus berkembang. 83 00:05:23,823 --> 00:05:25,241 Ada satu jalan cerita. 84 00:05:25,241 --> 00:05:28,536 Steph patut kahwin dengan seorang ahli gusti, Test, 85 00:05:29,579 --> 00:05:33,082 tapi penulis tiada idea untuk tutup jalan cerita itu. 86 00:05:34,000 --> 00:05:36,336 Jalan cerita itu tiada penamat. 87 00:05:37,503 --> 00:05:41,132 Saya ada satu idea dan usulkannya kepada Vince. 88 00:05:41,132 --> 00:05:43,051 Tengok ini. 89 00:05:43,968 --> 00:05:47,472 "Macam mana kalau saya buat dia mabuk di parti bujang 90 00:05:48,222 --> 00:05:52,977 dan kahwin koboi dengan dia di Vegas?" 91 00:05:54,312 --> 00:05:55,563 Vince suka idea itu. 92 00:05:56,147 --> 00:05:58,858 - Oh, Tuhan! - Aku benci kau! 93 00:05:58,858 --> 00:06:00,777 Kemudian, dia cakap, 94 00:06:00,777 --> 00:06:03,279 "Vince, ini bukan soal 'kalau'..." 95 00:06:03,279 --> 00:06:07,784 ...tapi soal berapa kali kami menyempurnakan perkahwinan itu? 96 00:06:08,743 --> 00:06:10,536 Oh, Tuhan. Gila betul. 97 00:06:10,536 --> 00:06:14,332 Kali pertama kami kembali bersiaran selepas drama itu, 98 00:06:14,332 --> 00:06:17,585 penonton di arena benci dia dan selar dia "jalang". 99 00:06:17,585 --> 00:06:20,880 Jalang! 100 00:06:21,464 --> 00:06:25,510 Apabila Vince nampak reaksi itu, dia pandang saya dan buat... 101 00:06:26,302 --> 00:06:27,970 Maksudnya, "Duit." 102 00:06:27,970 --> 00:06:30,598 Jalang! 103 00:06:32,600 --> 00:06:37,105 Saya tersenyum lebar kerana maksudnya, penonton ambil bahagian. 104 00:06:37,105 --> 00:06:41,776 Kalau penonton ambil bahagian, maksudnya mereka suka apa yang kita buat. 105 00:06:41,776 --> 00:06:43,403 Jalang! 106 00:06:43,403 --> 00:06:46,906 Steph jadi penjahat yang sangat dibenci. 107 00:06:46,906 --> 00:06:49,492 Dia sanggup buat apa-apa saja. 108 00:06:49,492 --> 00:06:52,703 Dia sentiasa beri kerjasama untuk jayakan idea saya. 109 00:06:52,703 --> 00:06:54,247 Dia tahu rancangan saya. 110 00:06:54,247 --> 00:06:55,456 {\an8}ANAK MANJA AYAH 111 00:06:55,456 --> 00:06:59,127 Cakap pasal kongkek, kaulah yang paling handal. 112 00:07:00,586 --> 00:07:02,839 Semasa di awal penglibatan saya, 113 00:07:02,839 --> 00:07:05,508 saya setuju saja dengan semua idea ayah. 114 00:07:06,008 --> 00:07:07,552 Lepaskan! Tengok ini! 115 00:07:08,052 --> 00:07:12,473 Kalau tengok balik sekarang, macam tak percaya saya buat semua itu. 116 00:07:13,683 --> 00:07:14,976 Ya. 117 00:07:15,560 --> 00:07:18,271 Awak tak pelik dia suruh awak buat semua itu? 118 00:07:20,189 --> 00:07:22,692 Ya. Ada kalanya, saya rasa ia agak pelik, 119 00:07:23,818 --> 00:07:27,113 tapi industri gusti pada masa itu berbeza. 120 00:07:27,613 --> 00:07:31,242 Jalang! 121 00:07:31,242 --> 00:07:33,828 Antara semua perkara gila yang berlaku, 122 00:07:33,828 --> 00:07:37,498 sejak saya jadi peminat gusti sehinggalah jadi ahli gusti, 123 00:07:38,958 --> 00:07:41,711 drama keluarga itulah yang paling gila. 124 00:07:41,711 --> 00:07:43,337 Kamu suami isteri yang sah. 125 00:07:43,921 --> 00:07:49,469 Selepas drama saya kahwin dengan Steph tanpa kerelaan dia, 126 00:07:50,261 --> 00:07:52,930 bermulalah Era McMahon-Helmsley 127 00:07:52,930 --> 00:07:55,016 dan kami mula menerajui WWE. 128 00:07:55,558 --> 00:07:58,227 Era McMahon-Helmsley. 129 00:07:59,187 --> 00:08:02,148 Sejak itu, kami berkepit setiap hari. 130 00:08:03,274 --> 00:08:05,693 Kami mula kenal hati budi masing-masing. 131 00:08:05,693 --> 00:08:07,862 Saya tak boleh bercinta dengan ahli gusti kami, 132 00:08:07,862 --> 00:08:12,783 tapi ironinya, ayah sendiri yang menyatukan kami. 133 00:08:13,910 --> 00:08:15,786 Paul seorang lelaki budiman. 134 00:08:15,786 --> 00:08:19,040 Dia kawan saya dan saya sendiri yang cakap, 135 00:08:19,040 --> 00:08:23,628 "Steph, kamu patut cari lelaki yang budiman macam Triple H." 136 00:08:23,628 --> 00:08:25,755 Abang saya kata, "Bukan Triple H." 137 00:08:25,755 --> 00:08:30,384 Ayah pun menyampuk, "Bukan Triple H, tapi lelaki macam dia." 138 00:08:30,885 --> 00:08:34,096 Shane bangkang habis-habisan. Dia tak boleh terima. 139 00:08:34,096 --> 00:08:35,473 - Jom. - Meluat aku! 140 00:08:35,473 --> 00:08:37,642 Relakslah, Shane. Peluk aku. 141 00:08:38,643 --> 00:08:41,687 Benda paling asas. 142 00:08:42,271 --> 00:08:44,190 Jangan bercinta dengan anak bos. 143 00:08:44,690 --> 00:08:48,402 Shane kata, "Ayah benarkan Steph bercinta dengan ahli gusti?" 144 00:08:49,987 --> 00:08:52,281 "Shane, ayah ahli gusti. 145 00:08:53,282 --> 00:08:55,910 Ayah hiburkan orang dengan bergusti. Apa maksud kamu?" 146 00:08:55,910 --> 00:08:59,997 Sebab itulah saya tak hairan kalau Stephanie bercinta 147 00:08:59,997 --> 00:09:02,917 dan berkahwin dengan ahli gusti macam Paul. 148 00:09:04,126 --> 00:09:05,920 Usai masa berlalu, 149 00:09:05,920 --> 00:09:11,259 ada ketikanya Vince biar sifat oportunis dia menguasai situasi. 150 00:09:11,259 --> 00:09:15,513 Contohnya ketika kami cari lokasi untuk majlis perkahwinan kami. 151 00:09:15,513 --> 00:09:19,016 Dia nak majlis itu dilangsungkan dalam siaran berbayar. 152 00:09:19,517 --> 00:09:25,273 "Macam mana kalau majlis kahwin Stephanie dan Paul disiarkan secara langsung? 153 00:09:26,232 --> 00:09:28,859 Orang mesti akan tonton! Kayalah aku." 154 00:09:29,569 --> 00:09:31,696 Steph jawab, "Tidak." 155 00:09:32,196 --> 00:09:36,659 Apabila Steph tolak permintaan dia, 156 00:09:36,659 --> 00:09:38,786 dia cakap Steph pentingkan diri. 157 00:09:38,786 --> 00:09:41,205 "Ayah tak sangka kamu pentingkan diri." 158 00:09:42,456 --> 00:09:46,752 {\an8}Kemudian, Vince atur perlawanan antara dia dengan Steph. 159 00:09:46,752 --> 00:09:48,629 Macam gaduh jalanan, 160 00:09:49,213 --> 00:09:53,050 enam hari sebelum majlis perkahwinan kami yang sah. 161 00:09:53,050 --> 00:09:54,844 Dia nak malukan anaknya! 162 00:09:54,844 --> 00:09:57,096 Saya ingat ibu saya ugut ayah saya. 163 00:09:57,096 --> 00:10:00,016 Kalau mata saya lebam atau buku lali saya patah, 164 00:10:00,016 --> 00:10:02,184 dia akan ceraikan ayah serta-merta. 165 00:10:02,852 --> 00:10:05,813 Syukurlah, mata saya tak lebam dan buku lali saya tak patah. 166 00:10:05,813 --> 00:10:09,275 Mungkin saya kena cekik, tapi itu cerita lain. 167 00:10:09,775 --> 00:10:13,112 Ya, memang gila. Gila segila-gilanya. 168 00:10:13,112 --> 00:10:16,365 Apa jadahnya keluarga mentua aku ini? 169 00:10:16,866 --> 00:10:17,700 Gila, bukan? 170 00:10:17,700 --> 00:10:19,994 Kau orang anak-beranak 171 00:10:19,994 --> 00:10:25,499 ialah keluarga paling gila di dunia ini! 172 00:10:27,627 --> 00:10:30,129 Mereka buat drama keluarga McMahon 173 00:10:30,129 --> 00:10:33,674 {\an8}dan anak-anak mereka jadi sangat popular. 174 00:10:34,717 --> 00:10:36,677 Apa kata Linda pasal semua ini? 175 00:10:37,178 --> 00:10:39,221 Dialah watak utamanya. 176 00:10:39,221 --> 00:10:41,724 Linda McMahon! 177 00:10:42,892 --> 00:10:45,269 {\an8}Peranan Linda sangat penting dalam WWE. 178 00:10:45,853 --> 00:10:49,440 {\an8}Orang kenal WWE sebagai syarikat Vince McMahon, 179 00:10:49,440 --> 00:10:52,276 tapi orang jarang dengar nama Linda McMahon 180 00:10:52,902 --> 00:10:56,572 dan dialah Ketua Pegawai Eksekutif WWE. 181 00:10:57,573 --> 00:11:00,117 Semasa saya sertai WWE, tak banyak jawatan. 182 00:11:00,117 --> 00:11:03,329 {\an8}Vince bos nombor satu dan Linda bos nombor dua. 183 00:11:04,413 --> 00:11:08,751 Linda urus bahagian pentadbiran. Vince urus bahagian kreatif dan visi. 184 00:11:09,627 --> 00:11:13,422 Ibu saya yang kenalkan saya kepada Linda, isteri saya. 185 00:11:13,923 --> 00:11:15,925 Rasanya umur saya 16 tahun. 186 00:11:16,676 --> 00:11:19,387 Linda berasal daripada keluarga kelas pertengahan. 187 00:11:19,970 --> 00:11:22,640 Ibu bapa dia bekerja dan rumah dia cantik. 188 00:11:23,140 --> 00:11:25,601 Tak kaya, tapi selesa, 189 00:11:25,601 --> 00:11:28,813 dan saya nak hidup macam itu. 190 00:11:30,564 --> 00:11:34,235 Semasa di sekolah tinggi, orang label dia budak nakal 191 00:11:34,235 --> 00:11:37,405 dan saya pula sebaliknya. 192 00:11:38,155 --> 00:11:39,990 Tapi sejujurnya, saya suka. 193 00:11:41,492 --> 00:11:44,829 Kami kahwin semasa umur Linda 17 tahun. Muda sangat. 194 00:11:45,496 --> 00:11:47,915 Saya janji akan mencintai dia selamanya. 195 00:11:48,416 --> 00:11:51,419 Saya janji dia takkan bosan dengan saya. 196 00:11:51,419 --> 00:11:54,296 Rasanya saya dah tunaikan janji itu. 197 00:11:57,425 --> 00:11:59,593 - Oh, Tuhan! - Tidak! 198 00:12:00,219 --> 00:12:01,220 Oh, Tuhan! 199 00:12:02,263 --> 00:12:05,266 Saya akan lebih terluka berbanding ibu. 200 00:12:05,266 --> 00:12:06,892 Belasah dia! Apa? 201 00:12:07,685 --> 00:12:10,146 Ibu tak pernah berminat untuk masuk TV. 202 00:12:10,146 --> 00:12:11,856 Dia tak suka masuk TV. 203 00:12:11,856 --> 00:12:15,901 Ibu kata, "Vince, saya tak nak masuk TV. Saya tak pandai berlakon." 204 00:12:15,901 --> 00:12:20,406 Antara kami berempat, saya yang paling kekok di depan kamera. 205 00:12:20,406 --> 00:12:24,034 {\an8}Saya tak pandai berlakon macam Shane, Stephanie dan Vince. 206 00:12:24,034 --> 00:12:27,121 Tahniah, Triple H. 207 00:12:27,121 --> 00:12:29,206 Dia tahu dia tak pandai berlakon, 208 00:12:29,206 --> 00:12:32,543 tapi memandangkan saya, Shane dan Stephanie berlakon, 209 00:12:32,543 --> 00:12:34,587 kami cipta satu watak untuk dia. 210 00:12:35,337 --> 00:12:38,090 Tanpa melengahkan masa, 211 00:12:38,090 --> 00:12:40,885 izinkan saya memperkenalkan isteri saya, Linda, 212 00:12:40,885 --> 00:12:45,765 ditemani oleh Trish yang cantik jelita. 213 00:12:47,308 --> 00:12:50,644 Saya sertai industri gusti melalui cara yang berbeza. 214 00:12:50,644 --> 00:12:53,314 Saya model kecergasan. 215 00:12:54,148 --> 00:12:57,193 Model kecergasan untuk kulit majalah Muscle. 216 00:12:58,027 --> 00:12:59,361 {\an8}Trish Stratus. 217 00:13:00,738 --> 00:13:04,992 Saya sangat suka Cyndi Lauper semasa dia dengan Wendi Richter. 218 00:13:04,992 --> 00:13:09,288 Saya sangat teruja ada ahli gusti wanita lain sebaya saya, 219 00:13:10,372 --> 00:13:12,541 tapi semasa mula bergusti pada 2000, 220 00:13:13,083 --> 00:13:15,961 watak ahli gusti perempuan tersangatlah seksual. 221 00:13:16,712 --> 00:13:18,506 Baiklah, Trish. 222 00:13:18,506 --> 00:13:20,090 Encik McMahon. 223 00:13:20,090 --> 00:13:23,636 Sejak awal, saya dah digandingkan dengan Vince McMahon. 224 00:13:23,636 --> 00:13:27,056 Saya dapat bergandingan dengan bos, Encik McMahon, 225 00:13:27,056 --> 00:13:29,266 dan ia satu peluang keemasan. 226 00:13:29,266 --> 00:13:31,352 Saya sangat teruja. 227 00:13:31,352 --> 00:13:32,394 Ya. 228 00:13:32,394 --> 00:13:36,816 Saya rasa jalan ceritanya bukan, "Kau akan jadi perempuan simpanan Vince." 229 00:13:36,816 --> 00:13:38,692 Saya sangat nakal, Vince. 230 00:13:38,692 --> 00:13:40,277 Awak patut hukum saya. 231 00:13:40,861 --> 00:13:43,739 "Kemudian, beri dadah kepada isteri dia... 232 00:13:43,739 --> 00:13:46,742 - Kau gandakan dos Linda, bukan? - Ya. 233 00:13:46,742 --> 00:13:49,870 ...jadi saya fikir, "Apa aku nak buat sekarang?" 234 00:13:50,454 --> 00:13:54,124 Jalan cerita itu berkembang, saya mengimprovisasi 235 00:13:55,000 --> 00:13:57,253 dan hasilnya agak menarik. 236 00:13:57,253 --> 00:13:58,587 Dengar sini. 237 00:13:58,587 --> 00:14:03,342 Saya cium Trish Stratus di depan isteri saya yang berkerusi roda. 238 00:14:03,342 --> 00:14:04,844 Biar betul? Oh, Tuhan. 239 00:14:04,844 --> 00:14:09,139 Kami buat macam itu untuk tunjuk betapa kejinya saya. 240 00:14:09,139 --> 00:14:11,308 Tiada yang lebih keji daripada itu. 241 00:14:12,434 --> 00:14:16,814 Kami sedar tindakan kami akan menyemarakkan lagi jalan cerita itu 242 00:14:16,814 --> 00:14:19,358 dan Linda pun sangat sporting. 243 00:14:19,358 --> 00:14:22,194 Kami semua sama-sama terlibat. 244 00:14:22,194 --> 00:14:24,780 Ada satu babak saya tunduk dan cium Linda. 245 00:14:25,281 --> 00:14:26,740 Itu idea Linda. 246 00:14:26,740 --> 00:14:30,369 Dia kata, "Orang mesti meluat kalau kau cium dahi aku." 247 00:14:31,704 --> 00:14:34,957 Tugas kami ialah membangkitkan emosi penonton. 248 00:14:34,957 --> 00:14:38,002 Tak kisahlah perasaan marah atau gembira. 249 00:14:38,002 --> 00:14:42,631 Waima meluat sekalipun, kalau si penjahat dah keterlaluan. 250 00:14:43,340 --> 00:14:45,467 Pokoknya, semuanya soal emosi. 251 00:14:45,467 --> 00:14:47,636 Selamat Hari Valentine, Linda. 252 00:14:48,596 --> 00:14:50,723 Drama hubungan sulit dengan Trish. 253 00:14:50,723 --> 00:14:53,309 Apa reaksi keluarga terhadap jalan cerita itu? 254 00:14:53,809 --> 00:14:57,271 Saya rasa keluarga kami tak membantah 255 00:14:57,271 --> 00:15:00,274 kerana mereka tahu saya cuma berlakon. 256 00:15:00,274 --> 00:15:01,692 Trish pun berlakon. 257 00:15:01,692 --> 00:15:04,737 Seingat saya, tiada sesiapa yang membangkang. 258 00:15:05,821 --> 00:15:09,700 Biasanya kalau berkait dengan ibu, saya takkan setuju. 259 00:15:09,700 --> 00:15:13,579 Saya sayang ibu saya, jadi saya tak suka jalan cerita itu. 260 00:15:13,579 --> 00:15:16,498 - Shane kata dia tak suka... - Siapa? Okey. 261 00:15:18,459 --> 00:15:21,128 Shane paling konservatif antara kami berempat, 262 00:15:21,128 --> 00:15:23,881 jadi Shane tak suka jalan cerita itu 263 00:15:23,881 --> 00:15:27,676 kerana dia tak boleh bezakan antara realiti dan fiksyen. 264 00:15:27,676 --> 00:15:31,722 Bagi saya, ia cuma jalan cerita untuk hiburkan penonton. 265 00:15:31,722 --> 00:15:33,265 Apa masalahnya? 266 00:15:40,731 --> 00:15:42,858 Walaupun selepas 15 tahun, 267 00:15:42,858 --> 00:15:47,446 soalan pasal adegan itu pasti ditanya setiap kali saya buat temu bual. 268 00:15:47,446 --> 00:15:50,240 Mereka akan tanya, "Ada sekali itu..." 269 00:15:50,240 --> 00:15:51,158 Saya angguk. 270 00:15:51,158 --> 00:15:55,329 "...awak melutut dan menyalak macam anjing." 271 00:15:56,288 --> 00:15:58,958 Maafkan aku! Aku betul-betul menyesal! 272 00:15:58,958 --> 00:16:00,334 Minta maaf? 273 00:16:01,251 --> 00:16:03,671 Kalau kau betul-betul menyesal, 274 00:16:03,671 --> 00:16:06,674 buktikan betapa besarnya kesalan kau. 275 00:16:08,050 --> 00:16:10,803 Melutut macam anjing! 276 00:16:10,803 --> 00:16:13,389 Oh, Tuhan! 277 00:16:13,389 --> 00:16:16,934 Orang takkan lupa adegan "menyalak macam anjing" itu dan... 278 00:16:18,102 --> 00:16:19,853 Saya harap mereka tak buat adegan itu. 279 00:16:19,853 --> 00:16:24,233 Dulu, aku ada anjing betina dan anjing itu ikut semua cakap aku. 280 00:16:24,233 --> 00:16:26,360 Melutut sekarang! 281 00:16:26,360 --> 00:16:27,444 Dia dah melampau! 282 00:16:27,444 --> 00:16:30,823 Menyalak macam anjing dan minta maaf. 283 00:16:33,409 --> 00:16:35,160 Adegan "menyalak macam anjing" itu, 284 00:16:35,160 --> 00:16:39,081 mereka nak saya tunjuk yang kononnya ia sangat teruk. 285 00:16:39,081 --> 00:16:43,210 Hakikatnya, itulah perasaan yang kami nak penonton rasa. 286 00:16:43,794 --> 00:16:49,550 Kalau kau betul-betul menyesal, Trish, buka baju kau sekarang! 287 00:16:49,550 --> 00:16:51,093 Ya! 288 00:16:51,093 --> 00:16:52,678 Buka baju kau sekarang! 289 00:16:53,387 --> 00:16:55,222 Lelaki jenis apa yang... 290 00:16:55,723 --> 00:17:01,562 Sebagai penjahat, adegan itu ialah serampang dua mata 291 00:17:01,562 --> 00:17:03,522 kerana pada masa yang sama, 292 00:17:03,522 --> 00:17:07,609 {\an8}dia buat semua orang tahu yang kita patut benci dia 293 00:17:07,609 --> 00:17:09,486 {\an8}dengan buat pertunjukan lucah. 294 00:17:09,486 --> 00:17:11,697 Kau menyesal? 295 00:17:11,697 --> 00:17:14,324 Tanggalkan baju dalam kau sekarang! 296 00:17:14,324 --> 00:17:16,493 Walaupun tahu dia tak patut buat macam itu, 297 00:17:16,493 --> 00:17:21,331 penonton sangat terhibur apabila tengok Trish dimalukan. 298 00:17:23,042 --> 00:17:26,462 Saya rasa adegan itu teruk, tapi apa boleh buat? 299 00:17:26,462 --> 00:17:29,131 Majoriti peminat gusti adalah lelaki 300 00:17:29,131 --> 00:17:31,633 yang suka akan perempuan seksi, 301 00:17:31,633 --> 00:17:33,302 tapi pada masa yang sama, 302 00:17:33,302 --> 00:17:36,013 mereka tak suka kerana mereka takkan dapat perempuan itu. 303 00:17:36,013 --> 00:17:39,475 Sebab itu mereka seronok apabila tengok perempuan seksi 304 00:17:39,475 --> 00:17:40,976 dimalukan di khalayak ramai. 305 00:17:40,976 --> 00:17:41,894 TRISH SAMPAH 306 00:17:41,894 --> 00:17:45,272 Mungkin bunyinya kasar, tapi itulah hakikatnya. 307 00:17:46,607 --> 00:17:49,902 Kami tahu persembahan kami sensitif. 308 00:17:49,902 --> 00:17:53,322 Kami tahu ia akan diperkatakan, ditafsir dan disalah tafsir. 309 00:17:53,322 --> 00:17:57,618 Kami tahu semua itu, tapi apabila kami buat adegan itu, 310 00:17:57,618 --> 00:18:00,662 ia akan jadi habuan WrestleMania, pentas terhebat. 311 00:18:04,458 --> 00:18:07,002 {\an8}Semuanya memuncak semasa WrestleMania 17 312 00:18:07,002 --> 00:18:09,546 dalam perlawanan antara Shane dan ayah. 313 00:18:11,757 --> 00:18:13,801 Perlawanan antara anak dan ayah. 314 00:18:13,801 --> 00:18:17,805 Di satu sudut, ada teman wanita saya, Trish. 315 00:18:17,805 --> 00:18:19,139 Jalan cerita. 316 00:18:19,139 --> 00:18:22,559 Di sudut Shane pula ada Linda, isteri saya. 317 00:18:23,769 --> 00:18:27,189 Saya mesti lawan ayah demi mempertahankan nasib ibu saya. 318 00:18:27,189 --> 00:18:30,567 Sebenarnya lebih tepat lagi, saya dah hilang sabar. 319 00:18:30,567 --> 00:18:33,946 Sebaliknya tanpa rasa bersalah, adik saya sokong mereka. 320 00:18:33,946 --> 00:18:35,030 Kejam macam ayah. 321 00:18:36,198 --> 00:18:39,576 Saya sangat gementar dalam perlawanan itu 322 00:18:40,160 --> 00:18:42,579 kerana saya tak pernah pukul ayah saya. 323 00:18:43,080 --> 00:18:44,540 Ayah yang pukul saya. 324 00:18:45,874 --> 00:18:48,961 Semasa saya masih muda, kami selalu bergusti. 325 00:18:49,711 --> 00:18:52,881 Pernah sekali, ayah cekak rusuk saya. 326 00:18:52,881 --> 00:18:56,260 Dia cekak kulit sampai ke tulang. Saya jerit, "Aduh!" 327 00:18:56,260 --> 00:18:59,304 Kemudian, dia tarik rambut saya dan tolak saya. 328 00:18:59,304 --> 00:19:02,432 Saya jerit, "Tipu! Ayah main kasar!" 329 00:19:02,432 --> 00:19:05,769 Dia balas, "Itulah kerja ayah. Menang dengan menipu. 330 00:19:07,187 --> 00:19:09,898 Ingat itu. Ada masanya, kita kena main tipu." 331 00:19:09,898 --> 00:19:11,984 Saya balas, 'Okey, ayah." 332 00:19:13,235 --> 00:19:17,406 Sebelum loceng permulaan dibunyikan, saya mula panik. 333 00:19:17,406 --> 00:19:19,616 Saya fikir, "Aku tak boleh buat." 334 00:19:20,742 --> 00:19:24,163 Saya suruh Shane serang saya dan dia kata, "Tak boleh." 335 00:19:24,163 --> 00:19:25,956 "Tampar ayah! Kamu boleh." 336 00:19:25,956 --> 00:19:27,082 "Tak boleh." 337 00:19:28,041 --> 00:19:29,084 Ayah boleh tampar kamu. 338 00:19:30,878 --> 00:19:32,296 Tampar anak sendiri. 339 00:19:32,296 --> 00:19:35,674 Loceng berbunyi. Ayah tampar saya empat kali. 340 00:19:35,674 --> 00:19:37,176 Serta-merta. 341 00:19:37,801 --> 00:19:39,928 Saya tumbuk dia beberapa kali dulu. 342 00:19:39,928 --> 00:19:42,389 Barulah dia berani pukul saya. 343 00:19:42,389 --> 00:19:43,515 Saya pula... 344 00:19:43,515 --> 00:19:45,976 Mata saya terus bengkak. 345 00:19:45,976 --> 00:19:48,020 "Oh, kacang saja rupanya!" 346 00:19:50,230 --> 00:19:52,065 - Jangan guna monitor saya! - Oh, Tuhan! 347 00:19:52,065 --> 00:19:53,066 Shane, cukup! 348 00:19:58,363 --> 00:20:00,616 Itu saat WrestleMania saya tahun itu. 349 00:20:00,616 --> 00:20:03,994 Saya dapat balas dendam kepada Vince McMahon. 350 00:20:03,994 --> 00:20:06,413 Saya masih ingat saat itu. 351 00:20:06,413 --> 00:20:08,457 Dia kata, "Jangan takut-takut." 352 00:20:08,457 --> 00:20:10,292 Saya tampar dia sekuat hati. 353 00:20:10,876 --> 00:20:15,339 Vince baru sedar isteri dia yang diberikan sedatif ada di sini! 354 00:20:18,217 --> 00:20:21,595 Semasa perlawanan dengan Shane, Linda tiba-tiba berdiri. 355 00:20:26,516 --> 00:20:29,353 Tepat ke kelangkang McMahon! 356 00:20:29,937 --> 00:20:32,439 Kuat betul dia tendang dan ia pun tamat. 357 00:20:32,439 --> 00:20:36,485 Tunggu sekejap. Vince di sudut sana, Shane di sudut sini. 358 00:20:36,485 --> 00:20:38,946 Penonton suka lakonan yang hidup. 359 00:20:39,696 --> 00:20:40,906 Oh, Tuhan! 360 00:20:40,906 --> 00:20:43,992 Ada kalanya, memang hidup. Inilah keluarga McMahon. 361 00:20:44,743 --> 00:20:49,623 Kami bina konflik, watak dan tamatkannya dengan sempurna. 362 00:20:49,623 --> 00:20:51,250 Kepuasannya tak terkata. 363 00:20:51,250 --> 00:20:54,419 Shane McMahon kalahkan ayah dia 364 00:20:54,419 --> 00:20:58,215 dalam pergaduhan jalanan di WrestleMania! 365 00:21:03,011 --> 00:21:05,514 Bagi Vince, tiada apa-apa yang keterlaluan. 366 00:21:06,932 --> 00:21:09,351 Dia tak kisah pasal realiti dan fantasi. 367 00:21:09,351 --> 00:21:12,813 Kalau benda itu buat dia kaya, buat penonton suka, 368 00:21:12,813 --> 00:21:16,733 buat perniagaan dia lebih berjaya, dia akan buat. 369 00:21:16,733 --> 00:21:20,654 Beritahu ibu kamu yang tak lama lagi, 370 00:21:20,654 --> 00:21:25,617 selepas kami sah bercerai, ayah akan cari Puan McMahon baharu. 371 00:21:25,617 --> 00:21:26,535 CUKUP VINCE 372 00:21:26,535 --> 00:21:30,497 Puan McMahon yang seksi, yang boleh puaskan nafsu ayah. 373 00:21:32,749 --> 00:21:36,461 Vince sangat pandai mengaburkan jalan cerita. 374 00:21:36,461 --> 00:21:41,008 {\an8}Dia akan putar belit sesuatu yang pada awalnya adalah realiti 375 00:21:41,008 --> 00:21:44,428 {\an8}dan kembangkannya sedikit demi sedikit 376 00:21:44,428 --> 00:21:48,682 sehingga kita tak boleh bezakan sama ada ia realiti atau fantasi. 377 00:21:49,558 --> 00:21:52,060 Kau terhutang budi dengan aku, Sable. 378 00:21:53,395 --> 00:21:55,647 Kalau orang macam kau berhutang dengan aku... 379 00:21:58,442 --> 00:22:01,653 aku akan tuntut. 380 00:22:03,405 --> 00:22:08,368 Sable salah satu contoh kejayaan pemasaran untuk jangka masa singkat. 381 00:22:08,368 --> 00:22:11,913 {\an8}Dia salah satu watak yang paling kurang mendapat perhatian. 382 00:22:12,456 --> 00:22:15,292 Dialah yang buat rating WWE mencanak-canak. 383 00:22:15,959 --> 00:22:20,130 Setiap kali Sable buat kemunculan, setengah juta orang akan tonton. 384 00:22:20,630 --> 00:22:23,091 Yang pegang rekod itu selain dia cuma Austin. 385 00:22:24,343 --> 00:22:29,681 Malangnya, dia berhenti di puncak popularitinya dan saman WWE. 386 00:22:29,681 --> 00:22:34,269 {\an8}Di satu sudut ialah bekas juara wanita WWE, Sable, 387 00:22:34,269 --> 00:22:36,480 {\an8}menentang lawannya, Vince McMahon, 388 00:22:36,480 --> 00:22:39,733 {\an8}dalam drama saman-menyaman berjumlah 110 juta dolar 389 00:22:39,733 --> 00:22:42,402 {\an8}yang termasuk tuduhan gangguan seksual. 390 00:22:42,402 --> 00:22:45,614 Mereka suruh awak buat sesuatu tanpa kerelaan awak? 391 00:22:45,614 --> 00:22:46,907 - Ya. - Lebih kurang. 392 00:22:46,907 --> 00:22:49,993 Mereka paksa saya buat sesuatu tanpa kerelaan saya. 393 00:22:50,660 --> 00:22:54,122 Sable saman awak, WWE, sebanyak 110 juta dolar, 394 00:22:54,122 --> 00:22:58,168 atas pelbagai tuduhan kerana dia rasa maruahnya dijatuhkan. 395 00:22:58,168 --> 00:23:01,588 Saya tak pernah suruh dia buat apa-apa yang menjatuhkan maruah dia. 396 00:23:02,506 --> 00:23:07,427 Dalam kes saman lain, siapa Sable dan macam mana dia boleh sertai WWE? 397 00:23:07,427 --> 00:23:10,597 Saya tak berapa ingat pasal kes saman Sable itu. 398 00:23:10,597 --> 00:23:14,142 Awak tak ingat tuduhan atau isu yang timbul selepas itu? 399 00:23:14,142 --> 00:23:16,019 Tak, saya tak ingat. 400 00:23:16,019 --> 00:23:18,522 Yang saya tahu, dia kembali ke WWE, jadi... 401 00:23:19,898 --> 00:23:25,195 Stephanie McMahon. Kenalkan pembantu baharu kamu, Sable. 402 00:23:27,364 --> 00:23:29,908 Adakah badan Sable buat ayah lupa 403 00:23:29,908 --> 00:23:33,620 yang Sable saman syarikat kita berjuta-juta dolar? 404 00:23:33,620 --> 00:23:37,833 Yang Sable pun sama macam barua lain yang cuba saman syarikat kita? 405 00:23:37,833 --> 00:23:41,294 Semuanya pasal duit. Itu saja yang penting bagi Sable. 406 00:23:41,294 --> 00:23:44,548 Sable saman kita atas tuduhan apa? 407 00:23:44,548 --> 00:23:46,967 Atas tuduhan gangguan seksual! 408 00:23:47,884 --> 00:23:52,222 Masalahnya, Vince sanggup buat apa-apa saja 409 00:23:52,222 --> 00:23:55,684 yang dia rasa menguntungkan, termasuk terima semula Sable. 410 00:23:55,684 --> 00:24:00,063 Aku tahu cara nak ucap terima kasih kepada kau. 411 00:24:01,314 --> 00:24:03,108 Apa kata kita mula dengan ini? 412 00:24:04,609 --> 00:24:09,114 Ada jalan cerita hubungan sulit awak dengan dia selepas dia kembali ke WWE. 413 00:24:09,114 --> 00:24:10,073 Dengan siapa? 414 00:24:10,073 --> 00:24:11,158 Dengan Sable. 415 00:24:11,158 --> 00:24:12,117 - Saya? - Ya. 416 00:24:13,994 --> 00:24:16,621 - Jalan cerita. - Jalan cerita. 417 00:24:17,247 --> 00:24:18,206 Oh, Tuhan. 418 00:24:19,499 --> 00:24:21,460 Apabila di gelanggang, 419 00:24:21,460 --> 00:24:25,922 kita akan terhibur dengan perkara yang dia cakap atau buat, 420 00:24:25,922 --> 00:24:28,425 tapi kita ada penafian yang munasabah 421 00:24:28,425 --> 00:24:32,262 kerana ia cuma gusti dan semuanya hanya lakonan. 422 00:24:32,262 --> 00:24:36,183 Kita ambil mudah yang Vince McMahon, dalam usaha membina wataknya, 423 00:24:36,183 --> 00:24:41,271 terpaksa hidangkan kehidupan peribadi dia untuk menghiburkan kita. 424 00:24:41,271 --> 00:24:44,941 Awak ingat temu bual Playboy yang awak buat pada tahun 2001? 425 00:24:45,650 --> 00:24:46,485 Ingat. 426 00:24:48,153 --> 00:24:51,656 Dalam temu bual itu, awak sebut pasal hubungan sulit awak. 427 00:24:52,240 --> 00:24:55,452 PLAYBOY: IA BERLAKU PADA MASA BERLAINAN ATAU SERENTAK? 428 00:24:55,452 --> 00:24:58,246 McMAHON: PADA MASA BERLAINAN. 429 00:25:00,665 --> 00:25:04,711 Kenapa awak cakap pasal itu dalam temu bual tersebut? 430 00:25:05,253 --> 00:25:09,007 Dalam temu bual itu, saya cuma nak berterus terang. 431 00:25:09,007 --> 00:25:11,218 Saya tak pegang apa-apa watak. 432 00:25:11,218 --> 00:25:15,764 Itulah jawapan jujur untuk soalan-soalan yang diajukan. 433 00:25:15,764 --> 00:25:19,392 McMAHON: SEKSNYA HEBAT, TAPI SAYA MENYESAL. 434 00:25:19,392 --> 00:25:21,019 PLAYBOY: AWAK DAH BERUBAH? 435 00:25:21,019 --> 00:25:24,523 McMAHON: SEBAGAI SUAMI, SAYA SEDAR AKIBATNYA KALAU CURANG. 436 00:25:24,523 --> 00:25:27,901 Awak rasa jalan-jalan cerita yang dibina selepas itu, 437 00:25:27,901 --> 00:25:30,820 awak masukkan unsur-unsur sama dalam hidup awak? 438 00:25:30,820 --> 00:25:32,781 Atau ia langsung tiada kaitan? 439 00:25:33,365 --> 00:25:34,574 Tiada kaitan. 440 00:25:34,574 --> 00:25:39,079 Sebagai seorang manusia, perawakan saya tak sama macam watak itu, 441 00:25:39,079 --> 00:25:42,999 walaupun ada kalanya, orang ingat saya sama macam itu, 442 00:25:42,999 --> 00:25:44,751 tapi sebenarnya, bukan. 443 00:25:47,796 --> 00:25:53,009 Vince McMahon hanya jalinkan satu hubungan monogami 444 00:25:53,009 --> 00:25:54,678 sepanjang hidupnya, 445 00:25:54,678 --> 00:25:57,931 yakni dengan perniagaan yang dia bina. 446 00:25:58,848 --> 00:26:03,770 Itulah jiwa, raga dan nyawa dia. 447 00:26:04,521 --> 00:26:06,523 Vince bukan tuan kepada WWE, 448 00:26:07,148 --> 00:26:09,693 tapi WWE ialah tuan kepada Vince McMahon 449 00:26:10,318 --> 00:26:17,200 dan Vince menyembahnya dengan sepenuh hati, masa dan tenaga. 450 00:26:18,451 --> 00:26:21,788 Meskipun ia mengguris perasaan Linda, perasaan Stephanie, 451 00:26:21,788 --> 00:26:26,876 perasaan Shane, perasaan ayah dia atau perasaan dia sendiri, 452 00:26:28,461 --> 00:26:29,921 dia tak peduli. 453 00:26:32,465 --> 00:26:33,925 OKTOBER 2000 454 00:26:33,925 --> 00:26:36,219 Dengan populariti gusti yang meningkat naik, 455 00:26:36,219 --> 00:26:39,931 para pemilik World Wrestling Entertainment memutuskan 456 00:26:39,931 --> 00:26:42,934 untuk menjual saham dalam sarkas mereka. 457 00:26:43,602 --> 00:26:46,354 WWE tersenarai dalam bursa saham. 458 00:26:48,023 --> 00:26:49,941 Ada beberapa maksud. 459 00:26:50,734 --> 00:26:56,072 Pertama, untuk kesahan, tapi sebab utamanya cuma perniagaan. 460 00:26:56,656 --> 00:26:59,951 Jumlah modal yang dimiliki oleh syarikat, 461 00:27:00,869 --> 00:27:03,955 membolehkan kami menceburi bidang perniagaan kasino... 462 00:27:03,955 --> 00:27:06,207 KASINO WWE GANTI HOTEL DEBBIE REYNOLDS 463 00:27:06,207 --> 00:27:08,501 {\an8}...dan bidang makanan serta minuman. 464 00:27:08,501 --> 00:27:10,086 {\an8}Peminat gusti menggila 465 00:27:10,086 --> 00:27:13,465 {\an8}di pembukaan bar restoran di Times Square New York. 466 00:27:13,465 --> 00:27:16,051 {\an8}Di tengah-tengah New York. Selayaknya. 467 00:27:16,926 --> 00:27:18,845 Dengan adanya minat pelabur, 468 00:27:18,845 --> 00:27:22,766 kita boleh gerakkannya dan labur semula untuk kegunaan peribadi, 469 00:27:22,766 --> 00:27:24,351 macam yang kami selalu buat 470 00:27:24,351 --> 00:27:27,520 sambil intai peluang lain yang lebih menguntungkan. 471 00:27:28,855 --> 00:27:31,941 {\an8}Sekali lagi, selamat datang diucapkan ke WCW! 472 00:27:31,941 --> 00:27:33,151 {\an8}WCW NITRO 31 JULAI 2000 473 00:27:33,151 --> 00:27:38,573 {\an8}Kidman dan The Franchise melampiaskan dendam di gelanggang 474 00:27:38,573 --> 00:27:41,201 dalam perlawanan Viagra di tiang. 475 00:27:41,201 --> 00:27:42,952 Menjelang tahun 2000, 476 00:27:42,952 --> 00:27:47,666 WWE dah pun mendahului WCW dalam Monday Night Wars. 477 00:27:48,166 --> 00:27:49,876 Kami cuma ketawakannya. 478 00:27:49,876 --> 00:27:52,837 - Oh, Tuhan! - Mulut dia penuh dengan Viagra. 479 00:27:52,837 --> 00:27:55,006 Kekalahan yang tak berpenghujung. 480 00:27:56,925 --> 00:28:01,805 Pihak pengurusan WCW silih berganti dan ia tak boleh diselamatkan lagi. 481 00:28:01,805 --> 00:28:03,348 Banyaknya Twinkies! 482 00:28:03,932 --> 00:28:06,476 WCW dah kekeringan idea. 483 00:28:08,770 --> 00:28:12,399 {\an8}Dari perspektif perang, WCW dah berjuang sehabis baik, 484 00:28:12,399 --> 00:28:14,234 tapi kita tak boleh menang 485 00:28:14,234 --> 00:28:18,905 {\an8}kalau tiada panglima perang hebat yang buat keputusan tepat. 486 00:28:19,489 --> 00:28:21,074 Berambus dari pejabat aku! 487 00:28:21,074 --> 00:28:24,577 Aku nak ingatkan kau. Jangan memalukan aku. 488 00:28:24,577 --> 00:28:27,247 Kebanyakan keputusan Eric Bischoff tepat? Mungkin. 489 00:28:27,247 --> 00:28:29,165 Dia banyak buat silap? Ya. 490 00:28:29,165 --> 00:28:31,668 Dia bos, tapi dia yang hancurkannya. 491 00:28:32,711 --> 00:28:35,046 Orang boleh cakap, "Tengoklah Eric. 492 00:28:35,046 --> 00:28:38,717 Dulu, dia sangat berjaya. Malangnya, dia terlalu angkuh." 493 00:28:38,717 --> 00:28:40,719 Saya faham kalau orang cakap macam itu, 494 00:28:40,719 --> 00:28:46,683 tapi mereka tak tahu hal sebenar yang berlaku di balik tabir. 495 00:28:47,517 --> 00:28:51,396 Syarikat media dan hiburan terbesar yang pertama di dunia. 496 00:28:51,396 --> 00:28:56,901 Penggabungan 7.5 bilion dolar Time Warner dan Turner Broadcasting telah dimeterai. 497 00:28:57,736 --> 00:29:02,866 Situasi dalaman WCW makin parah disebabkan penggabungan AOL-Time Warner. 498 00:29:02,866 --> 00:29:06,619 Saya terpaksa duduk semeja dengan 14 eksekutif berlagak bagus 499 00:29:07,203 --> 00:29:11,458 yang cuba ajar saya pasal gusti sedangkan mereka tak pernah tonton gusti. 500 00:29:12,000 --> 00:29:13,209 Oh, Tuhan! 501 00:29:13,209 --> 00:29:18,465 Tiada seorang pun eksekutif itu nak WCW jadi sebahagian AOL-Time Warner. 502 00:29:18,965 --> 00:29:22,802 {\an8}Mereka anggap gusti hiburan sampah, walaupun ia popular. 503 00:29:22,802 --> 00:29:25,388 Adakah ini pengakhiran sebuah era? 504 00:29:25,388 --> 00:29:29,142 Naratifnya selepas penggabungan itu, mereka tak nak gusti. 505 00:29:29,142 --> 00:29:31,895 Itu alasan. Sebenarnya, WCW memang teruk. 506 00:29:31,895 --> 00:29:33,897 Perang gerila di kolam renang! 507 00:29:33,897 --> 00:29:35,607 Buzzkill datang! 508 00:29:35,607 --> 00:29:36,524 Nombor 69... 509 00:29:36,524 --> 00:29:38,359 Ada orang beritahu saya, 510 00:29:38,359 --> 00:29:43,156 "Kalau rating WCW kekal dan tak merugikan syarikat, tak apa." 511 00:29:43,156 --> 00:29:45,617 Memandangkan ia merugikan syarikat, 512 00:29:45,617 --> 00:29:50,038 semestinya mereka akan jual dan Vince rebut kesempatan itu. 513 00:29:50,038 --> 00:29:51,956 Dengar sini, okey? 514 00:29:51,956 --> 00:29:54,042 Turner telefon WWE dan cakap, 515 00:29:54,042 --> 00:29:56,586 "Kami nak jual WCW. Berminat nak beli?" 516 00:29:57,545 --> 00:29:58,797 Jawapannya, ya. 517 00:29:58,797 --> 00:30:00,340 Dalam masa tiga hari, 518 00:30:00,340 --> 00:30:02,592 seluruh landskap industri berubah. 519 00:30:03,718 --> 00:30:05,887 Saya selalu teringatkan Ted Turner. 520 00:30:05,887 --> 00:30:10,975 Dia cakap, "Kalau aku mahu, aku boleh pijak dia macam semut." 521 00:30:13,478 --> 00:30:14,604 Itu tak berlaku. 522 00:30:16,648 --> 00:30:19,859 Vince beli WCW dengan harga 2.5 juta dolar 523 00:30:19,859 --> 00:30:23,238 dan dia dapat untung mungkin sejuta kali ganda. 524 00:30:23,238 --> 00:30:26,574 Senang kata, dia dapat cepumas. 525 00:30:27,158 --> 00:30:29,702 Saya bertuah ada di dalam penerbangan carter 526 00:30:29,702 --> 00:30:31,871 pada malam dia beli WCW. 527 00:30:31,871 --> 00:30:33,706 Kami raikannya bersama. 528 00:30:35,166 --> 00:30:39,462 Penerbangan pada malam itu memang gila, 529 00:30:40,338 --> 00:30:41,589 tapi esoknya? 530 00:30:42,423 --> 00:30:44,050 Kerja macam biasa. 531 00:30:44,634 --> 00:30:47,303 Pembelian itu dimeterai secara senyap, 532 00:30:48,304 --> 00:30:54,227 tapi kami sampaikannya kepada semua peminat WCW 533 00:30:54,227 --> 00:30:56,104 melalui siaran langsung. 534 00:30:57,897 --> 00:31:01,442 {\an8}SIARAN LANGSUNG WCW NITRO 26 MAC 2001 535 00:31:02,527 --> 00:31:03,611 Bayangkan. 536 00:31:04,320 --> 00:31:07,699 Saya muncul dalam program WCW. 537 00:31:08,908 --> 00:31:10,201 Kenapa? 538 00:31:11,244 --> 00:31:12,912 Ada satu sebab saja. 539 00:31:12,912 --> 00:31:15,373 Semua orang tahu yang lambat-laun, 540 00:31:15,373 --> 00:31:21,296 saya, Vince McMahon, akan beli syarikat pesaing saya. 541 00:31:21,296 --> 00:31:25,383 Ya. Sayalah pemilik WCW sekarang. 542 00:31:25,383 --> 00:31:27,760 Dalam rundingan itu, salah satu permintaan saya 543 00:31:27,760 --> 00:31:31,264 ialah dua siaran lintas langsung di rangkaian berbeza. 544 00:31:31,890 --> 00:31:33,766 {\an8}Kami buat siar serentak langsung, 545 00:31:33,766 --> 00:31:36,561 {\an8}Nitro WCW terakhir di Panama City 546 00:31:36,561 --> 00:31:38,271 dan WWE di Cleveland. 547 00:31:38,271 --> 00:31:40,565 Barulah semua peminat tahu. 548 00:31:40,565 --> 00:31:44,652 {\an8}Pemenang Monday Night Wars, tuan-tuan dan puan-puan, 549 00:31:44,652 --> 00:31:46,738 Vincent K. McMahon! 550 00:31:46,738 --> 00:31:49,032 Penonton terkejut. 551 00:31:49,032 --> 00:31:52,493 Kami berjaya rahsiakannya sehingga pengumuman malam itu. 552 00:31:53,161 --> 00:31:59,584 Anda semua dah tahu yang saya dah beli WCW. 553 00:32:04,380 --> 00:32:07,634 Saya nak tengok, tapi tak sanggup. 554 00:32:07,634 --> 00:32:12,972 Kalau saya tengok, maksudnya saya mengaku saya kalah. 555 00:32:12,972 --> 00:32:14,891 Saya tak sanggup. 556 00:32:14,891 --> 00:32:18,019 Kita mesti cekak leher pesaing kita 557 00:32:18,019 --> 00:32:21,397 dan cekik dia kuat-kuat sampai mati. 558 00:32:21,898 --> 00:32:24,233 Macam yang saya buat kepada WCW! 559 00:32:28,863 --> 00:32:31,908 Bukan sebab saya rasa puas apabila menang. 560 00:32:32,450 --> 00:32:35,912 Bunyinya memang poyo, tapi saya tahu saya akan menang. 561 00:32:36,704 --> 00:32:41,250 Saya tak rasa, "Hore, aku menang! Hebatnya!" 562 00:32:41,250 --> 00:32:43,086 Bukan macam itu. 563 00:32:43,086 --> 00:32:45,171 Memuaskan, tapi sekejap saja. 564 00:32:46,381 --> 00:32:49,550 Dia patut bangga kerana WCW buat dia nyaris lingkup 565 00:32:49,550 --> 00:32:52,929 dan dia berjaya bangkit semula, 566 00:32:53,846 --> 00:32:56,099 tapi ia pahit manis dari sudut lainnya 567 00:32:56,099 --> 00:33:00,395 kerana motivasi dia ialah tekanan dan persaingan yang sihat. 568 00:33:00,395 --> 00:33:02,313 Itu buat dia jadi lebih hebat. 569 00:33:03,606 --> 00:33:06,067 Kalau semangat itu hilang, habislah. 570 00:33:06,067 --> 00:33:10,488 Memandangkan dia dah tiada pesaing, dia mulakan liga bola sepak. 571 00:33:10,989 --> 00:33:14,450 Peminat bola sepak Amerika pasti teruja. 572 00:33:14,450 --> 00:33:15,994 Ada liga baharu... 573 00:33:15,994 --> 00:33:19,163 Pemilik WWE, Vince McMahon. 574 00:33:19,163 --> 00:33:22,166 Dia bawa kepintarannya dari gelanggang ke padang. 575 00:33:22,166 --> 00:33:28,297 Dengan bangganya, kami umumkan jenama baharu kami, XFL. 576 00:33:29,007 --> 00:33:33,386 Tiba-tiba saja, saya buat liga bola sepak Amerika baharu. 577 00:33:33,970 --> 00:33:37,640 Tanpa persediaan dan ilmu tentang bola sepak Amerika, 578 00:33:37,640 --> 00:33:41,519 tapi ada peluang untuk main bola sepak macam NFL. 579 00:33:41,519 --> 00:33:44,939 McMahon kata ia perlawanan paling menyeronokkan. 580 00:33:44,939 --> 00:33:48,568 Liga bola sepak Amerika baharu dengan sentuhan luar biasa. 581 00:33:48,568 --> 00:33:53,406 Liga yang menagih persediaan dan latihan ekstrem daripada pemainnya. 582 00:33:53,406 --> 00:33:54,866 Itu idea dia. 583 00:33:55,533 --> 00:34:00,580 Suntik elemen hiburan WWE ke dalam liga bola sepak Amerika. 584 00:34:00,580 --> 00:34:04,667 Kamera dan mikrofon pada pemain, jurulatih dan di bilik persalinan. 585 00:34:05,376 --> 00:34:08,337 Saya nak bola sepak Amerika yang orang boleh faham. 586 00:34:08,337 --> 00:34:12,467 Semua orang ada watak dan jadikannya satu bentuk hiburan. 587 00:34:12,467 --> 00:34:16,637 Kembangkan jalan cerita supaya orang berminat dengan wataknya. 588 00:34:16,637 --> 00:34:18,765 Ia akan berjaya atas banyak sebab. 589 00:34:18,765 --> 00:34:23,102 Kami faham Amerika dan selera hiburan rakyat Amerika. 590 00:34:23,102 --> 00:34:25,730 Pada pendapat saya, ia takkan gagal. 591 00:34:27,023 --> 00:34:30,151 Dari stadium yang penuh di Las Vegas, 592 00:34:30,151 --> 00:34:32,612 minggu pertama XFL. 593 00:34:32,612 --> 00:34:38,242 Tuan-tuan dan puan-puan, inilah XFL! 594 00:34:40,161 --> 00:34:41,412 XFL ialah keberanian! 595 00:34:47,043 --> 00:34:51,047 Rating XFL pada minggu pertama sangat tinggi. 596 00:34:51,047 --> 00:34:53,591 Pada pendapat saya, ia berjaya. 597 00:34:53,591 --> 00:34:57,095 Penonton yang ingin tahu memeriahkan malam pertama XFL. 598 00:34:57,095 --> 00:35:00,515 Ratingnya dua kali ganda berbanding jangkaan pengiklan. 599 00:35:01,182 --> 00:35:05,645 Adakah orang mahu bereksperimen dengan liga bola sepak Amerika McMahon? 600 00:35:05,645 --> 00:35:06,896 Jawapannya, ya. 601 00:35:07,730 --> 00:35:09,232 Semua orang nak tengok. 602 00:35:09,232 --> 00:35:13,736 Masalahnya, kualiti permainan sangat teruk. 603 00:35:14,695 --> 00:35:17,115 Larry, dalam serangan Hitmen, dari 45... 604 00:35:17,115 --> 00:35:18,324 Mereka dapat bola! 605 00:35:18,324 --> 00:35:20,743 Bukan kena tepis, tapi terlepas! 606 00:35:21,661 --> 00:35:25,581 Pembukaan XFL meriah kerana promosinya yang gila-gila. 607 00:35:26,082 --> 00:35:29,710 {\an8}Saya tak kisah pasal mutu perlawanan pada malam itu, 608 00:35:29,710 --> 00:35:35,258 {\an8}tapi saya kisah pasal aura WWE di stadium itu. 609 00:35:36,717 --> 00:35:41,389 Saya rasa ia tak masuk akal dan bodoh. 610 00:35:41,389 --> 00:35:44,892 Saya suka Amerika! Perempuan cantik di mana-mana saja! 611 00:35:44,892 --> 00:35:48,437 Mungkin orang akan kata saya kolot, 612 00:35:48,437 --> 00:35:51,399 tapi semua benda ada tempatnya. 613 00:35:51,399 --> 00:35:53,276 Lainlah kalau ada unsur seni, 614 00:35:53,276 --> 00:35:57,822 kebijaksanaan atau kemahiran tinggi yang menyelubunginya, 615 00:35:57,822 --> 00:36:00,825 {\an8}saya tak kisah pun, okey? 616 00:36:00,825 --> 00:36:02,326 Saya tak peduli. 617 00:36:02,827 --> 00:36:05,037 Masalahnya, satu pun tiada. 618 00:36:05,037 --> 00:36:08,833 {\an8}Apakah kelompok demografi peminat yang XFL cuba sasarkan? 619 00:36:08,833 --> 00:36:12,712 Lelaki Tak Guna Memphis Yang Masih Duduk di Bawah Ketiak Ibu. 620 00:36:13,296 --> 00:36:18,467 NBC percaya mereka dah menguasai media dan media akan layan kami dengan baik. 621 00:36:18,467 --> 00:36:22,096 Semua eksekutif NBC yang bertanggungjawab menerbitkan XFL 622 00:36:22,096 --> 00:36:25,433 akan dicampak sampai mati. Ya, betul itu. 623 00:36:27,226 --> 00:36:28,936 XFL produk gagal. 624 00:36:30,313 --> 00:36:32,690 Semasa saya temu bual Vince, 625 00:36:32,690 --> 00:36:35,651 XFL mencatatkan rating paling rendah 626 00:36:35,651 --> 00:36:39,030 dalam sejarah televisyen siaran waktu perdana Amerika. 627 00:36:39,030 --> 00:36:43,367 Rating XFL turun 75 peratus daripada minggu pertama. 628 00:36:43,367 --> 00:36:45,745 Saya beritahu Vince di bilik hijau. 629 00:36:45,745 --> 00:36:49,916 "Ada beberapa soalan provokatif. Berasas, tapi provokatif." 630 00:36:49,916 --> 00:36:50,833 Dia jawab, "Okey." 631 00:36:50,833 --> 00:36:54,921 Saya ingat saya kena cakap pasal XFL dan mempromosikannya. 632 00:36:54,921 --> 00:36:58,090 Patutnya macam itu, tapi Costas mula buat saya marah. 633 00:36:58,090 --> 00:37:00,593 Persembahan praperlawanan, terutamanya minggu pertama, 634 00:37:00,593 --> 00:37:03,346 - ialah benda paling mengarut... - Mana ada? 635 00:37:04,430 --> 00:37:07,850 Bob buat kerja dia dengan cemerlang. Saya yang bodoh. 636 00:37:07,850 --> 00:37:11,103 - Boleh saya habiskan? - Saya tanya awak soalan. 637 00:37:11,103 --> 00:37:14,398 Kalau macam itu, diam dan biar saya jawab. 638 00:37:14,398 --> 00:37:15,942 Saya akan jawab. 639 00:37:15,942 --> 00:37:18,736 Makin lama, kesabaran saya makin menipis. 640 00:37:18,736 --> 00:37:24,325 Saya asyik terbayang-bayang yang tangan saya cekik leher dia. 641 00:37:24,325 --> 00:37:26,911 Awak tak tahu apa-apa. 642 00:37:27,411 --> 00:37:30,164 Sebenarnya, watak Encik McMahon 643 00:37:30,164 --> 00:37:33,417 ialah perwatakan sebenar Vince yang ditokok tambah, 644 00:37:33,417 --> 00:37:36,462 jadi mungkin pada masa itu, kedua-duanya bergabung. 645 00:37:36,462 --> 00:37:38,923 - Boleh saya habiskan? - Silakan. 646 00:37:38,923 --> 00:37:41,592 Dengar jawapan saya sambil tersenyum lebar. 647 00:37:41,592 --> 00:37:44,929 - Saya terhibur. - Ya! Awak buat saya terhibur. 648 00:37:44,929 --> 00:37:47,139 Saya marah diri sendiri kerana terjerat. 649 00:37:47,139 --> 00:37:50,101 Saya patut boleh agak, tapi terkena juga. 650 00:37:50,101 --> 00:37:53,688 - XFL tak cukup WWE untuk penonton itu. - Betul. 651 00:37:53,688 --> 00:37:57,024 XFL tak cukup bola sepak Amerika untuk peminat sukan sejati. 652 00:37:57,608 --> 00:38:01,487 Saya seorang usahawan. Saya yang menggerakkan syarikat ini. 653 00:38:01,487 --> 00:38:05,908 Peranan saya dan syarikat saya adalah untuk menghiburkan Amerika. 654 00:38:05,908 --> 00:38:07,702 Saya ambil risiko. 655 00:38:07,702 --> 00:38:08,703 XFL DIBATALKAN! 656 00:38:08,703 --> 00:38:12,999 Nampaknya, musim pertama XFL adalah yang terakhir. 657 00:38:12,999 --> 00:38:17,169 Liga itu tak dapat sambutan penonton dan sokongan daripada pengkritik. 658 00:38:20,006 --> 00:38:23,759 XFL gagal kerana ia bukan produk yang bagus. 659 00:38:24,302 --> 00:38:26,137 Dalam tahun-tahun terbaiknya, 660 00:38:26,137 --> 00:38:32,101 daripada perspektif sukan gusti, WWE ialah produk yang sangat bagus. 661 00:38:32,727 --> 00:38:34,478 XFL bukan produk yang bagus. 662 00:38:35,187 --> 00:38:38,024 Saya rasa XFL dihentikan selepas satu tahun. 663 00:38:38,024 --> 00:38:40,693 Vince dah beri yang terbaik untuk XFL. 664 00:38:40,693 --> 00:38:43,487 Logo XFL yang orang nampak 665 00:38:43,487 --> 00:38:46,907 ialah bayang Vince pegang bola XFL sambil pandang kamera. 666 00:38:48,034 --> 00:38:48,951 Tak guna. 667 00:38:50,077 --> 00:38:51,245 Ia memang hebat. 668 00:38:51,996 --> 00:38:54,582 Pada masa itu, ia tak bagus. 669 00:38:55,291 --> 00:38:58,461 Ada saja yang tak kena. 670 00:38:59,086 --> 00:39:03,716 Parap "WWF" tidak lagi boleh digunakan oleh World Wrestling Federation. 671 00:39:03,716 --> 00:39:07,553 Hari ini, syarikat itu disaman oleh World Wildlife Fund. 672 00:39:08,429 --> 00:39:10,306 Semasa saman itu difailkan, 673 00:39:10,306 --> 00:39:13,184 macam kebanyakan saman lain, kami cuba lawan. 674 00:39:13,184 --> 00:39:15,895 Malangnya, kami tahu kami takkan menang. 675 00:39:16,479 --> 00:39:20,483 Hakikatnya, mereka guna parap WWF berpuluh tahun dulu sebelum kami. 676 00:39:21,067 --> 00:39:25,988 Kami ubah daripada WWF kepada WWE kerana kami dalam dunia hiburan. 677 00:39:27,698 --> 00:39:31,285 Kami terpaksa tukar nama, jadi ia bukan benda baik. 678 00:39:31,285 --> 00:39:34,288 Saya tak nak tukar, tapi tak boleh buat apa-apa. 679 00:39:34,288 --> 00:39:37,666 Sekali kita gagal, kita mesti bangkit dan teruskan. 680 00:39:39,668 --> 00:39:41,087 Setiap kali saya gagal 681 00:39:42,213 --> 00:39:44,465 dan dah banyak kali saya gagal, 682 00:39:45,508 --> 00:39:48,552 kalau asyik difikirkan, kita akan rasa menyesal. 683 00:39:48,552 --> 00:39:52,181 "Kalau buat itu, mesti berjaya." Boleh gila dibuatnya. 684 00:39:52,681 --> 00:39:55,643 Lupakannya dan fikir akan sesuatu yang positif. 685 00:39:55,643 --> 00:39:58,604 Buat sesuatu yang positif, bukan negatif. 686 00:39:59,980 --> 00:40:06,570 Semua orang tahu yang Vince susah nak melatah, 687 00:40:07,405 --> 00:40:09,573 jadi dia tak simpan dalam hati. 688 00:40:09,573 --> 00:40:11,742 Kalau esoknya kita pergi kerja 689 00:40:11,742 --> 00:40:15,704 dan pada masa itu, secara rasminya XFL dah dibubarkan, 690 00:40:15,704 --> 00:40:17,206 kita takkan tahu. 691 00:40:17,206 --> 00:40:20,501 Fokus dia cuma, "Apa idea untuk RAW? Teruskan." 692 00:40:22,545 --> 00:40:25,172 Saya ingat perbualan saya dengan Vince. 693 00:40:25,172 --> 00:40:29,218 Dia tarik saya dan kata, "Apa kata kita bawa Hulk Hogan balik? 694 00:40:29,218 --> 00:40:33,013 Aku nak kau orang lawan di WrestleMania. Apa pendapat kau?" 695 00:40:33,013 --> 00:40:38,102 Saya terus kata, "Aku suka idea itu." 696 00:40:38,811 --> 00:40:39,937 Ikon lawan Ikon. 697 00:40:39,937 --> 00:40:41,730 IKON LAWAN KCON WRESTLEMANIA X8 698 00:40:42,440 --> 00:40:43,732 - Apa khabar? - Sihat. 699 00:40:43,732 --> 00:40:49,822 Saya kembali selepas hampir sepuluh tahun jadi pesaing Vince bersama WCW 700 00:40:50,489 --> 00:40:52,700 dan cuba buat dia gulung tikar. 701 00:40:53,784 --> 00:40:56,745 Kami tak cakap pasal hal lama. 702 00:40:58,164 --> 00:41:01,167 Dah banyak kali Hogan kecewakan saya 703 00:41:01,167 --> 00:41:03,919 dan ada masanya, saya rasa nak cekik saja dia, 704 00:41:05,546 --> 00:41:08,174 tapi orang berniaga tak boleh berdendam. 705 00:41:08,174 --> 00:41:12,219 Saya percaya walau apa pun jadi secara peribadi, 706 00:41:12,219 --> 00:41:13,679 apa yang penonton mahu? 707 00:41:13,679 --> 00:41:15,014 HULK MASIH BERKUASA 708 00:41:15,723 --> 00:41:17,308 Mereka nak dihiburkan, 709 00:41:17,308 --> 00:41:21,020 jadi saya sanggup beralah, telan maruah saya, 710 00:41:21,020 --> 00:41:23,481 bawa dia balik dan hiburkan penonton. 711 00:41:25,065 --> 00:41:26,859 {\an8}Ini istimewa, J.R.! 712 00:41:26,859 --> 00:41:30,738 {\an8}Ini sangat unik! Perlawanan terhebat sepanjang zaman! 713 00:41:30,738 --> 00:41:36,327 Kalau ingat semula WrestleMania itu, meremang bulu roma saya. 714 00:41:37,077 --> 00:41:41,290 Kami dapat rasa keterujaan penonton pada malam itu. 715 00:41:42,249 --> 00:41:44,668 Dalam perlawanan itu, ada detik ikonik 716 00:41:44,668 --> 00:41:47,505 yang mana mereka mula serap reaksi penonton 717 00:41:47,505 --> 00:41:51,091 dan masing-masing toleh ke kiri dan kanan secara serentak. 718 00:41:51,675 --> 00:41:53,552 Detik itu bukan dibuat-buat, 719 00:41:53,552 --> 00:41:57,139 tapi itu bukti dua legenda yang pandai memanipulasi penonton 720 00:41:57,139 --> 00:41:59,225 dan ia jadi detik yang paling diingati. 721 00:42:00,434 --> 00:42:02,603 Dua era bergabung. 722 00:42:03,562 --> 00:42:07,358 Mereka tak tahu reaksi penonton di arena pada malam itu. 723 00:42:07,358 --> 00:42:08,359 Saya tak tahu. 724 00:42:08,859 --> 00:42:11,362 Mereka bersedia untuk apa jua kemungkinan. 725 00:42:13,447 --> 00:42:16,033 Saya jadi jahat, The Rock jadi hero. 726 00:42:18,994 --> 00:42:22,957 Apabila The Rock mula tumbuk saya, seluruh arena bu dia. 727 00:42:25,668 --> 00:42:27,336 Skrip mesti diubah. 728 00:42:29,296 --> 00:42:31,924 Penonton yang tentukan dinamik perlawanan. 729 00:42:34,510 --> 00:42:39,139 "Kami sayang kau Rock, tapi kami nak tengok Hogan malam ini." 730 00:42:40,015 --> 00:42:46,188 Saya terpaksa bertukar dalam sekelip mata dan bernuansa dalam perlawanan itu. 731 00:42:47,481 --> 00:42:49,316 Kami tak ubah skrip penamat. 732 00:42:50,359 --> 00:42:51,944 Saya menang malam itu, 733 00:42:52,945 --> 00:42:55,406 tapi pemenang sebenar ialah Hulk Hogan. 734 00:42:59,827 --> 00:43:03,664 Awak rasa Vince masih percaya awak selepas awak sertai WCW? 735 00:43:06,625 --> 00:43:11,839 Saya rasa dia lebih percaya saya sekarang, berbanding dulu. 736 00:43:13,882 --> 00:43:16,051 Sejujurnya, saya rasa lega 737 00:43:16,051 --> 00:43:19,805 apabila tak perlu lagi koyak baju dan tarik 100,000 penonton. 738 00:43:22,141 --> 00:43:26,437 Setiap keputusan dia adalah demi kebaikan perniagaan. 739 00:43:27,605 --> 00:43:32,192 Bawa balik orang yang dia pecat, orang yang saman dia di mahkamah, 740 00:43:32,192 --> 00:43:34,778 waima orang yang kutuk dia dalam temu bual. 741 00:43:34,778 --> 00:43:38,032 Dia akan bawa mereka balik kalau ia menguntungkan. 742 00:43:38,616 --> 00:43:43,078 Izinkan saya memperkenalkan pengurus besar baharu RAW, 743 00:43:43,078 --> 00:43:45,372 Eric Bischoff! 744 00:43:46,332 --> 00:43:47,666 Saya tak percaya! 745 00:43:47,666 --> 00:43:50,836 Orang tak nak bermusuh dengan Vince. 746 00:43:50,836 --> 00:43:55,591 Saya kata, "Biasanya, Vince beri musuh dia peluang kedua." 747 00:43:55,591 --> 00:43:57,384 Sebab itu cara Vince. 748 00:43:58,427 --> 00:44:00,220 Awak rasa atas dasar kuasa? 749 00:44:00,220 --> 00:44:02,556 Saya rasa atas dasar cabaran. 750 00:44:03,140 --> 00:44:04,642 Kalau orang jatuhkan dia, 751 00:44:04,642 --> 00:44:07,811 dia akan buktikan orang itu akan kembali kepada dia. 752 00:44:07,811 --> 00:44:09,730 Terima kasih. Selamat datang. 753 00:44:09,730 --> 00:44:10,773 Lima minggu... 754 00:44:11,857 --> 00:44:13,859 Saya tak pernah biar perasaan saya 755 00:44:13,859 --> 00:44:16,528 mempengaruhi cara saya bekerja. 756 00:44:20,741 --> 00:44:23,911 Pengajaran daripada Manipulasi Montreal. 757 00:44:23,911 --> 00:44:26,997 Tiada yang lebih memuaskan daripada double-cross. 758 00:44:27,706 --> 00:44:28,749 Saya ahli perniagaan 759 00:44:30,542 --> 00:44:32,044 dan itu keutamaan saya. 760 00:44:37,007 --> 00:44:38,592 Dari sudut pandangan awam, 761 00:44:38,592 --> 00:44:41,929 zaman kegemilangan WWE adalah antara 1998 hingga 2002 762 00:44:41,929 --> 00:44:46,767 ketika WWE mendahului dan akhirnya mengambil alih WCW. 763 00:44:46,767 --> 00:44:50,729 Selepas WWE beli WCW, industri gusti lumpuh. 764 00:44:51,522 --> 00:44:54,900 Tanpa persaingan, dinamik industri gusti jadi hambar 765 00:44:54,900 --> 00:44:58,612 dan ahli gusti terpaksa isi kelompangan itu. 766 00:44:59,697 --> 00:45:03,367 Ketika itu, saya sangat popular dan berjaya, 767 00:45:03,367 --> 00:45:06,620 tapi saya kecewa dengan proses kreatif. 768 00:45:07,871 --> 00:45:10,791 Ada masanya ketika mereka beri idea kepada Steve, 769 00:45:11,375 --> 00:45:13,293 Steve boleh cakap, 770 00:45:13,293 --> 00:45:17,715 "Aku takkan cakap macam ini. Aku tak suka idea ini." 771 00:45:17,715 --> 00:45:20,551 {\an8}Steve, ceritalah. Apa masalahnya? 772 00:45:20,551 --> 00:45:22,678 {\an8}Masalahnya, semua teruk. 773 00:45:22,678 --> 00:45:27,516 {\an8}Saya tak suka hala tuju Stone Cold Steve Austin dan WWE. 774 00:45:27,516 --> 00:45:29,977 Pada masa itu, hubungan saya dan Vince dingin. 775 00:45:30,644 --> 00:45:35,107 Memandangkan saya dah banyak kali cedera, saya putuskan untuk berhenti. 776 00:45:35,107 --> 00:45:40,362 Mungkin bersara ialah pilihan yang terbaik untuk saya. 777 00:45:41,280 --> 00:45:44,116 Dia bintang terkenal dan dia pilih untuk bersara. 778 00:45:44,867 --> 00:45:47,327 WWE ialah produk yang mudah dibentuk. 779 00:45:48,036 --> 00:45:49,913 Bintang takkan kekal lama. 780 00:45:49,913 --> 00:45:54,460 Contohnya, The Rock. Sebab dia berjaya dalam bidang lakonan. 781 00:45:56,170 --> 00:45:58,046 The Rock dan Austin, 782 00:45:58,046 --> 00:46:02,509 saya rasa itulah dua nama yang paling besar dalam WWE. 783 00:46:02,509 --> 00:46:04,845 Mereka berdua bersara pada 2004, 784 00:46:04,845 --> 00:46:07,514 jadi WWE terpaksa lahirkan bintang baharu. 785 00:46:09,516 --> 00:46:13,187 Dalam satu promosi terkenal, Vince cakap pasal jadual RAW... 786 00:46:13,187 --> 00:46:17,399 Untuk sampai ke tahap ini, aku perlukan lebih daripada satu kualiti. 787 00:46:18,317 --> 00:46:20,778 Salah satu kualiti itu ialah... 788 00:46:21,695 --> 00:46:23,822 Dia kata, "Keagresifan tanpa ihsan." 789 00:46:24,406 --> 00:46:26,450 ...keagresifan tanpa ihsan. 790 00:46:27,743 --> 00:46:31,288 Dia berucap di depan semua ahli gusti. 791 00:46:31,288 --> 00:46:33,957 {\an8}Dia kata, "Kami sedang mencari. 792 00:46:33,957 --> 00:46:37,711 {\an8}Inilah masanya. Aku perlukan seseorang yang agresif." 793 00:46:37,711 --> 00:46:42,758 Siapa yang cukup agresif untuk korbankan segala-galanya? 794 00:46:42,758 --> 00:46:47,054 Aku cari seseorang yang berani cakap, "Okey, akulah orangnya." 795 00:46:47,054 --> 00:46:51,558 Siapa antara kau orang yang nak jadi bintang terkenal? 796 00:46:52,851 --> 00:46:55,979 Pada masa itu, saya baru sertai WWE, 797 00:46:55,979 --> 00:46:59,107 jadi saya tiada semasa Vince buat ucapan itu, 798 00:46:59,107 --> 00:47:00,984 tapi tiga hari selepas itu, 799 00:47:00,984 --> 00:47:04,988 saya ada dalam rakaman TV kerana The Undertaker tak dapat hadir. 800 00:47:05,906 --> 00:47:09,618 Cepatlah! Takkan tiada seorang pun yang berani cabar aku? 801 00:47:09,618 --> 00:47:14,873 Mereka cari seseorang dan produksi kata, "Macam mana dengan John Cena?" 802 00:47:15,874 --> 00:47:18,544 Itulah perlawanan TV pertama saya. 803 00:47:18,544 --> 00:47:22,172 Ini John Cena. Kita tahu serba sedikit pasal dia... 804 00:47:22,172 --> 00:47:27,177 Saya kena lawan Kurt Angle, ahli gusti tersohor WWE. 805 00:47:27,177 --> 00:47:30,806 Apa kualiti yang kau ada 806 00:47:31,723 --> 00:47:33,267 yang buat kau fikir 807 00:47:34,268 --> 00:47:39,439 kau boleh masuk ke gelanggang ini dan kalahkan bintang gusti paling hebat? 808 00:47:39,439 --> 00:47:42,192 John Cena jawab, "Kenapa aku nak kalahkan kau? 809 00:47:42,192 --> 00:47:44,695 Sebab keagresifan tanpa ihsan." 810 00:47:46,029 --> 00:47:48,907 Keagresifan tanpa ihsan. 811 00:47:50,659 --> 00:47:53,620 Frasa itu jadi trend selama beberapa tahun 812 00:47:53,620 --> 00:47:57,958 dan era selepas itu dikenali sebagai Era Keagresifan Tanpa Ihsan. 813 00:47:59,960 --> 00:48:02,588 Ahli gusti semasa era itu lebih realistik 814 00:48:02,588 --> 00:48:05,132 dan tak buat benda bukan-bukan. 815 00:48:05,132 --> 00:48:07,384 Tunjuk kebolehan masing-masing. 816 00:48:07,384 --> 00:48:10,137 Eddie Guerrera, Kurt Angle... 817 00:48:10,137 --> 00:48:12,180 Mereka guna nama sebenar. 818 00:48:12,180 --> 00:48:16,518 Brock Lesnar, Randy Orton, Chris Benoit dan Bautista. 819 00:48:16,518 --> 00:48:18,937 Ia fasa realisme, 820 00:48:19,605 --> 00:48:23,442 jadi saya terpaksa jadi John Cena dan saya tak kenal diri saya. 821 00:48:24,610 --> 00:48:27,029 {\an8}Saya tiada personaliti. 822 00:48:27,029 --> 00:48:29,197 Saya cuma John Cena. 823 00:48:30,073 --> 00:48:31,241 Membosankan. 824 00:48:32,200 --> 00:48:33,911 Kau memang sampah, John Cena! 825 00:48:33,911 --> 00:48:37,247 Saya hampir dibuang kerana terlalu membosankan. 826 00:48:38,290 --> 00:48:40,125 John Cena kecewa. 827 00:48:40,125 --> 00:48:44,379 Saya tahu saya akan dibuang, jadi saya buat sesuka hati saya. 828 00:48:45,255 --> 00:48:49,217 Kebetulan, ada orang menyanyi rap di belakang bas. 829 00:48:49,843 --> 00:48:52,763 Saya pun bangun dan pergi ke belakang. 830 00:48:53,347 --> 00:48:57,059 Selama lima minit, saya buat semua orang tergamam. 831 00:48:57,809 --> 00:49:00,354 Saya tak tahu Stephanie McMahon pun ada. 832 00:49:00,354 --> 00:49:02,397 Dia tanya, "Nak nyanyi dalam TV?" 833 00:49:03,774 --> 00:49:05,609 Saya jawab, "Ya!" 834 00:49:06,526 --> 00:49:09,279 Selain komediri Ada satu lagi aku benci 835 00:49:09,279 --> 00:49:11,990 Gusti ramai-ramai Macam dulu-dulu 836 00:49:11,990 --> 00:49:14,701 Aku akan saksikan Aku akan bina nama sendiri 837 00:49:14,701 --> 00:49:17,871 Tunjuk Vinnie Mac Aku ada keagresifan tanpa ihsan 838 00:49:17,871 --> 00:49:19,498 John boleh menyanyi rap. 839 00:49:20,082 --> 00:49:20,916 Terbaik. 840 00:49:20,916 --> 00:49:25,754 Daripada seseorang yang mungkin dibuang daripada jadual, 841 00:49:25,754 --> 00:49:30,509 dia jadi aset berharga bagi WWE. Lain daripada yang lain. 842 00:49:30,509 --> 00:49:34,972 John Cena, Doktor Samseng Ekonomi. 843 00:49:34,972 --> 00:49:38,767 Dia beri segala-galanya dan bawa watak itu dengan jayanya. 844 00:49:39,643 --> 00:49:43,063 Tiba-tiba, dia jadi bintang terkenal dan penonton suka dia. 845 00:49:43,772 --> 00:49:49,236 ...untuk juara baharu WWE, John Cena! 846 00:49:49,236 --> 00:49:51,571 Cena! 847 00:49:51,571 --> 00:49:53,198 Apabila kita dah popular 848 00:49:53,865 --> 00:49:57,327 dan penonton mula faham serta bereaksi terhadap kita, 849 00:49:58,161 --> 00:50:01,999 ketika itulah perhatian Vince akan mula tertumpu kepada kita. 850 00:50:02,749 --> 00:50:04,626 Kau buat aku teringat. 851 00:50:04,626 --> 00:50:06,461 Aku pun lancang macam kau. 852 00:50:06,461 --> 00:50:09,172 Kau tak peduli pasal orang lain, bukan? 853 00:50:09,673 --> 00:50:13,010 Sejak itulah, saya dan Vince mula rapat. 854 00:50:14,052 --> 00:50:17,597 Vince banyak ajar saya pasal gusti dan selok-belok industri. 855 00:50:18,598 --> 00:50:23,270 Sebagai penyanyi rap, saya guna semua yang saya tak suka 856 00:50:23,270 --> 00:50:25,981 dan memanfaatkannya untuk bina watak saya. 857 00:50:27,524 --> 00:50:30,986 Sama macam Vince buat untuk kembangkan watak Encik McMahon. 858 00:50:34,990 --> 00:50:38,243 Untuk menghidupkan watak saya, Encik McMahon, 859 00:50:38,744 --> 00:50:41,455 salah satu kelemahan dan kelebihan saya 860 00:50:41,455 --> 00:50:44,958 ialah saya buat apa-apa saja yang terlintas dalam kepala. 861 00:50:48,670 --> 00:50:54,593 Semoga Tuhan merahmati Vincent Kennedy McMahon! 862 00:50:55,177 --> 00:50:57,220 Pergi masuk neraka! 863 00:50:57,220 --> 00:50:58,513 Tidak! 864 00:50:59,306 --> 00:51:05,187 Pernahkah awak dapat skrip atau arahan dan rasa, "Ini dah keterlaluan." 865 00:51:05,187 --> 00:51:06,104 Pernah... 866 00:51:06,104 --> 00:51:08,690 Aku dah pecahkan otak kau. 867 00:51:08,690 --> 00:51:10,776 ...tapi Vince suruh buat juga. 868 00:51:11,359 --> 00:51:13,862 Sesama ahli gusti, kami takut 869 00:51:13,862 --> 00:51:17,365 kalau kami tak ikut arahan, kami akan dihukum 870 00:51:17,365 --> 00:51:22,204 dan pernah beberapa kali, ada antara kami dihukum kerana itu. 871 00:51:23,121 --> 00:51:25,791 Pada masa itu, saya juara. 872 00:51:25,791 --> 00:51:29,961 Tiba-tiba ada satu babak, saya kena beromen dengan perempuan lain 873 00:51:29,961 --> 00:51:33,507 dan ia berlawanan dengan peribadi watak saya. 874 00:51:35,634 --> 00:51:39,096 Saya kalah kejuaraan minggu depannya. Adakah ia kebetulan? 875 00:51:39,096 --> 00:51:43,308 ...Trish Stratus! Cukupkah? Ya, cukup! Kita ada juara baharu! 876 00:51:43,308 --> 00:51:44,392 Mungkin. 877 00:51:44,976 --> 00:51:46,978 Mungkin saya dihukum. Entahlah. 878 00:51:47,479 --> 00:51:49,022 Juara wanita baharu... 879 00:51:49,022 --> 00:51:51,983 Awak kata ada beberapa kali, awak tak nak buat. 880 00:51:51,983 --> 00:51:54,736 Awak ingat apa yang awak tak nak buat? 881 00:51:55,487 --> 00:51:56,488 Ya. 882 00:51:59,616 --> 00:52:01,785 Ya. Ada sekali dua, tapi... 883 00:52:01,785 --> 00:52:05,997 Saya tak nak sebut yang mana satu. 884 00:52:08,125 --> 00:52:12,212 Salah satu idea jalan cerita saya ialah Stephanie mengandung 885 00:52:12,879 --> 00:52:16,591 dan saya rasa sayalah bapa kepada anak itu. 886 00:52:16,591 --> 00:52:18,135 Watak saya. 887 00:52:18,135 --> 00:52:20,053 Lebih kurang macam itulah. 888 00:52:20,053 --> 00:52:22,848 Steph tak nak buat, jadi idea itu terkubur. 889 00:52:25,225 --> 00:52:29,020 Steph terpaksa hadap Encik McMahon, watak itu, 890 00:52:29,604 --> 00:52:32,149 Vince McMahon, bos WWE, 891 00:52:33,066 --> 00:52:34,651 dan ayah dia. 892 00:52:35,152 --> 00:52:37,612 Susah dia nak bezakannya. 893 00:52:41,241 --> 00:52:44,995 Di arena, saya panggil Vince. Di rumah, saya panggil ayah. 894 00:52:44,995 --> 00:52:48,039 Ayah saya tak sama macam bos saya. 895 00:52:48,623 --> 00:52:51,001 Bos saya lebih tegas daripada ayah saya. 896 00:52:51,001 --> 00:52:56,631 Dia tagih komitmen yang tak berbelah bagi, terutamanya daripada keluarga dia. 897 00:52:57,424 --> 00:53:01,052 Vince tak suka lebihkan anak-anak dia. 898 00:53:01,052 --> 00:53:04,055 Ia mempengaruhi kredibiliti mereka anak-beranak, 899 00:53:04,055 --> 00:53:07,184 jadi dia suruh mereka buat kerja-kerja rencam 900 00:53:07,184 --> 00:53:09,811 sebelum pegang jawatan dalam syarikat. 901 00:53:09,811 --> 00:53:11,855 Vince tegas dengan mereka. 902 00:53:11,855 --> 00:53:15,400 Kalau Shane dan Stephanie beri idea, dia tolak mentah-mentah. 903 00:53:15,400 --> 00:53:17,194 Dia cakap idea mereka teruk. 904 00:53:17,903 --> 00:53:20,280 Dia nak naikkan standard mereka. 905 00:53:20,780 --> 00:53:23,366 Ayah awak tegas dengan awak semasa kecil? 906 00:53:23,366 --> 00:53:26,786 Ayah memang tegas dengan saya. Malah, hingga ke saat ini. 907 00:53:27,287 --> 00:53:32,292 Saya lebih tegas dengan anak-anak saya berbanding orang lain. 908 00:53:33,418 --> 00:53:36,713 Sebab saya nak mereka jadi yang terbaik. 909 00:53:36,713 --> 00:53:40,091 Mereka mesti buktikan mereka layak jadi McMahon. 910 00:53:40,091 --> 00:53:41,635 Satu, dua... 911 00:53:41,635 --> 00:53:44,679 Standardnya tinggi. Saya bawa nama keluarga 912 00:53:44,679 --> 00:53:48,516 dan saya mesti jaga nama baik itu sebaik-baiknya. 913 00:53:48,516 --> 00:53:50,060 Mariss, tunduk sikit. 914 00:53:50,060 --> 00:53:51,436 - Okey. - Satu, dua... 915 00:53:52,270 --> 00:53:55,607 Ayah lebih lembut dengan saya berbanding Shane, 916 00:53:55,607 --> 00:53:58,276 tapi saya tak cabar ayah macam Shane. 917 00:53:58,276 --> 00:54:02,280 Mungkin itulah bezanya hubungan antara ayah dan anak lelaki. 918 00:54:02,280 --> 00:54:03,615 Ayah dan anak! 919 00:54:03,615 --> 00:54:04,866 Tunggu sekejap. 920 00:54:04,866 --> 00:54:09,162 Orang hantar artikel, buku atau apa saja pasal perniagaan keluarga. 921 00:54:09,162 --> 00:54:12,457 Saya tak pernah jumpa mana-mana anak yang cakap, 922 00:54:12,457 --> 00:54:14,251 "Saya rapat dengan ayah saya. 923 00:54:14,251 --> 00:54:18,296 Ayah wariskan perniagaan kepada saya. Kami baik sehingga ayah mati..." 924 00:54:18,880 --> 00:54:20,423 Itu dongeng. Tipu. 925 00:54:20,423 --> 00:54:22,217 Shane, apa kamu buat? 926 00:54:24,010 --> 00:54:26,221 Contoh terbaik ialah Shane. 927 00:54:26,221 --> 00:54:28,348 Ayah tak pernah peduli pasal saya. 928 00:54:28,348 --> 00:54:30,642 Saya tak pernah elok di mata ayah! 929 00:54:30,642 --> 00:54:32,143 Semuanya tak kena! 930 00:54:32,143 --> 00:54:37,565 Ayah tak pernah hargai setiap titis peluh dan duit yang saya cari untuk ayah! 931 00:54:37,565 --> 00:54:41,611 Orang luar tak tahu dinamik dalaman sebenar 932 00:54:41,611 --> 00:54:45,073 yang berlaku dalam keluarga McMahon. 933 00:54:45,073 --> 00:54:48,285 Orang akan ingat, "McMahon memang macam inikah?" 934 00:54:48,285 --> 00:54:50,453 Satu saja saya minta daripada ayah. 935 00:54:50,453 --> 00:54:53,915 Saya cuma nak ayah bangga dengan saya! 936 00:54:53,915 --> 00:54:55,417 Anak lelaki ayah! 937 00:54:56,960 --> 00:55:00,380 Akhirnya, saya sedar yang saya takkan dapat benda itu 938 00:55:00,380 --> 00:55:02,340 kerana semuanya tentang ayah. 939 00:55:02,340 --> 00:55:05,552 Semuanya tentang ayah! Ayah seorang saja! 940 00:55:06,219 --> 00:55:09,055 Namun, kami tak hidangkan semuanya 941 00:55:09,055 --> 00:55:12,267 kerana kami nak orang bercakap pasal kami. 942 00:55:12,267 --> 00:55:14,936 Ini perniagaan keluarga kita. 943 00:55:14,936 --> 00:55:18,481 Ini tentang kita, ayah. Pasal kita anak-beranak. 944 00:55:18,982 --> 00:55:22,277 Tak, ini bukan lagi soal perniagaan keluarga. 945 00:55:22,277 --> 00:55:25,447 Ini perniagaan ayah. 946 00:55:26,239 --> 00:55:31,661 Apa kata kamu berambus saja dari sini? Lantaklah siapa pun kamu! 947 00:55:31,661 --> 00:55:33,455 Sekarang. 948 00:55:35,582 --> 00:55:37,917 Selama ini, saya tak pernah faham 949 00:55:37,917 --> 00:55:41,463 kedudukan Shane dalam semuanya. 950 00:55:41,463 --> 00:55:46,426 Kadangkala, dia diterima. Kadangkala, dia tak diendahkan. 951 00:55:46,426 --> 00:55:49,012 Saya tak pernah faham situasi sebenarnya, 952 00:55:49,012 --> 00:55:53,183 tapi saya selalu rasa dia kambing hitam dalam keluarga McMahon 953 00:55:53,183 --> 00:55:55,935 dan saya tak pernah tahu cerita sebenar 954 00:55:55,935 --> 00:55:59,397 yang berlaku antara dia dengan ayahnya. 955 00:56:00,982 --> 00:56:06,529 Shane nak jadi McMahon yang seterusnya dan dia percaya itulah masa depan dia. 956 00:56:06,529 --> 00:56:07,530 Sampai satu tahap, 957 00:56:07,530 --> 00:56:11,659 dia suruh Vince belikan sebuah syarikat untuk dia urus 958 00:56:11,659 --> 00:56:15,497 dan buktikan dia layak mewarisi legasi penganjuran McMahon 959 00:56:15,497 --> 00:56:17,665 sebelum dia ambil alih WWE. 960 00:56:18,666 --> 00:56:19,751 Ayuh, sayang... 961 00:56:20,335 --> 00:56:23,922 Pada masa itu, UFC dihimpit masalah kewangan. 962 00:56:23,922 --> 00:56:28,426 Mereka datang dan tanya kami, "WWE nak beli UFC?" 963 00:56:29,177 --> 00:56:32,597 Saya kata, "Menarik! Ayah, kita patut beli." 964 00:56:33,723 --> 00:56:36,434 Saya yakin kami boleh kembangkan jenama itu 965 00:56:36,434 --> 00:56:39,521 kerana ia sealiran dengan WWE. 966 00:56:40,021 --> 00:56:42,982 Kami ada pasukan penerbitan, acara langsung dan barang dagangan. 967 00:56:42,982 --> 00:56:45,610 Semuanya dah sedia untuk digerakkan. 968 00:56:45,610 --> 00:56:47,695 Bagi saya, kerjanya sangat mudah. 969 00:56:48,530 --> 00:56:51,241 Semasa idea itu dibentangkan, 970 00:56:51,241 --> 00:56:53,535 saya tak suka model perniagaan UFC. 971 00:56:54,411 --> 00:56:57,622 {\an8}Sebab model perniagaan WWE ialah penciptaan watak. 972 00:56:57,622 --> 00:56:59,582 {\an8}Macam Disney dan lain-lain. 973 00:56:59,582 --> 00:57:01,543 {\an8}Model itu tak lapuk dek zaman, 974 00:57:02,377 --> 00:57:06,005 {\an8}berbanding sukan tinju atau UFC. 975 00:57:06,005 --> 00:57:09,259 Sekali tercedera, karier mereka akan terkubur. 976 00:57:09,259 --> 00:57:11,845 {\an8}Mereka betul-betul bertinju, bukan berlakon! 977 00:57:11,845 --> 00:57:14,597 Mustahil lakonan mereka sehebat ini. 978 00:57:15,265 --> 00:57:17,725 WWE ialah hiburan, tapi UFC sukan. 979 00:57:18,226 --> 00:57:21,479 Selepas fikir masak-masak, ayah lepaskan peluang itu dan... 980 00:57:22,230 --> 00:57:25,150 Dia lepaskan peluang itu dan itulah ceritanya. 981 00:57:26,276 --> 00:57:28,570 Awak rasa ia pelaburan yang bijak? 982 00:57:28,570 --> 00:57:32,073 Terang lagi bersuluh. Ia memang pelaburan yang bijak. 983 00:57:33,783 --> 00:57:37,328 {\an8}Sepuluh tahun kemudian, UFC dijual pada harga lebih tinggi 984 00:57:37,912 --> 00:57:42,041 dan Shane mengungkit dan cakap kami patut beli UFC. 985 00:57:42,041 --> 00:57:44,961 Shane yakin ia pelaburan yang bijak. 986 00:57:44,961 --> 00:57:48,631 Kalau itu yang dia fikir, pergilah beli guna duit sendiri. 987 00:57:48,631 --> 00:57:50,925 Dia tiada duit. Macam mana nak beli? 988 00:57:51,718 --> 00:57:54,762 Ia satu pelaburan besar dan Shane tak cukup modal, 989 00:57:54,762 --> 00:57:57,015 ia bukan pelaburan yang bijak. 990 00:57:58,683 --> 00:58:02,812 Saat paling definitif saya pernah saksikan antara Vince dan Shane 991 00:58:03,396 --> 00:58:06,566 ialah pertengkaran kreatif yang berlaku pada satu malam. 992 00:58:06,566 --> 00:58:11,070 Shane ada idea yang dia rasa sangat bagus, 993 00:58:11,070 --> 00:58:13,198 tapi Vince tolaknya mentah-mentah. 994 00:58:13,698 --> 00:58:17,285 Macam kebanyakan perkara yang melibatkan Vince, 995 00:58:17,827 --> 00:58:21,164 apabila ia mula memuncak, ia memuncak dalam sekelip mata. 996 00:58:22,123 --> 00:58:26,336 Vince pandang Shane dan cakap, "Langkah mayat ayah dulu." 997 00:58:27,170 --> 00:58:30,089 Ketika itu, Vince sedang makan. 998 00:58:30,089 --> 00:58:32,717 Dia ambil pisau dan berikannya kepada Shane. 999 00:58:32,717 --> 00:58:36,888 Vince cakap, "Nah, bunuhlah ayah! 1000 00:58:36,888 --> 00:58:41,726 Kalau beria-ia sangat, tikam jantung ayah sekarang. 1001 00:58:42,268 --> 00:58:46,814 Kamu mesti bunuh ayah dulu sebelum buat keputusan itu. 1002 00:58:47,398 --> 00:58:50,235 Kalau kamu tak bunuh ayah sekarang, 1003 00:58:51,194 --> 00:58:53,488 maksudnya kamu belum cukup berani 1004 00:58:53,488 --> 00:58:56,366 dan ia akan mempengaruhi keputusan ayah. 1005 00:58:56,866 --> 00:58:59,702 Atau kamu boleh beli syarikat ayah 1006 00:59:00,912 --> 00:59:03,414 macam ayah beli syarikat datuk kamu. 1007 00:59:03,414 --> 00:59:05,625 Kalau ayah masih halang kamu, 1008 00:59:06,668 --> 00:59:09,337 kamu boleh buang ayah 1009 00:59:09,337 --> 00:59:12,340 sama macam ayah buang datuk kamu 1010 00:59:12,340 --> 00:59:15,677 apabila dia tak nak ikut cara ayah." 1011 00:59:20,348 --> 00:59:24,227 Bukan mudah nak buat keputusan itu kerana gusti satu-satunya minat 1012 00:59:24,227 --> 00:59:26,896 dan bidang yang saya nak ceburi, 1013 00:59:27,480 --> 00:59:30,775 tapi ayah saya masih menerajui takhta, 1014 00:59:30,775 --> 00:59:35,613 jadi saya rasa dah tiba masanya untuk saya cuba benda baharu. 1015 00:59:37,282 --> 00:59:38,950 Shane tinggalkan WWE 1016 00:59:38,950 --> 00:59:43,454 kerana dia nak ambil alih tempat saya dan dia rasa saya patut undur diri. 1017 00:59:44,706 --> 00:59:48,793 Shane ada banyak kualiti, tapi ini bukan syarikat dia. 1018 00:59:48,793 --> 00:59:49,794 Ini syarikat saya. 1019 00:59:50,295 --> 00:59:53,881 Susah kalau libatkan keluarga dalam perniagaan. 1020 00:59:54,465 --> 00:59:57,385 Kami asyik berbalah dan semuanya serba tak kena. 1021 00:59:57,385 --> 00:59:59,178 Hubungan jadi renggang. 1022 00:59:59,846 --> 01:00:02,098 Kami tak sependapat dalam banyak hal, 1023 01:00:02,098 --> 01:00:04,183 tapi dia bos. 1024 01:00:04,684 --> 01:00:07,228 Kalau dia kata biru, birulah jawapannya. 1025 01:00:07,979 --> 01:00:12,567 Saya cuma boleh tunggu dan tengok saja semuanya jahanam 1026 01:00:12,567 --> 01:00:15,653 atau undur diri dan angkat kaki. 1027 01:00:15,653 --> 01:00:19,782 Dia ayah saya. Saya tak nak kami bermusuhan, 1028 01:00:19,782 --> 01:00:21,868 jadi saya pilih untuk undur diri. 1029 01:00:24,412 --> 01:00:27,790 Saya ucap terima kasih, peluk ayah dan berlalu pergi. 1030 01:00:28,916 --> 01:00:31,502 Semua orang mesti realistik dan sedar diri. 1031 01:00:31,502 --> 01:00:35,131 Apabila anak saya sendiri rasa yang dia lebih pandai... 1032 01:00:35,131 --> 01:00:38,885 Berambus! Ini pentas saya! Saya yang berkuasa di sini! 1033 01:00:39,886 --> 01:00:41,721 ...sedangkan dia tiada visi 1034 01:00:42,513 --> 01:00:45,933 sebagai seseorang yang pernah membangunkan empayar. 1035 01:00:46,934 --> 01:00:49,896 Mungkin visi mereka akan berjaya, 1036 01:00:49,896 --> 01:00:52,106 tapi mereka mesti ikut visi saya. 1037 01:00:53,691 --> 01:00:58,029 Semuanya serba tak kena bagi Shane McMahon malam ini! 1038 01:00:58,029 --> 01:01:01,032 Ini nasihat saya. Jangan libatkan keluarga dalam perniagaan. 1039 01:01:01,032 --> 01:01:01,949 Buruk padahnya. 1040 01:01:01,949 --> 01:01:04,243 Sampai satu masa, semuanya jahanam. 1041 01:01:06,621 --> 01:01:09,582 Selama berdekad-dekad, McMahon mengangkat WWE 1042 01:01:09,582 --> 01:01:12,835 menjadi pentas hiburan yang bernilai jutaan dolar... 1043 01:01:12,835 --> 01:01:13,836 HUJUNG TANDUK 1044 01:01:13,836 --> 01:01:16,506 ...tapi besar kemungkinan, pucuk pimpinan mungkin berubah. 1045 01:01:16,506 --> 01:01:17,423 {\an8}SKANDAL WWE 1046 01:01:17,423 --> 01:01:19,676 {\an8}Dakwaan gangguan seksual baharu. 1047 01:01:19,676 --> 01:01:21,135 {\an8}Ini memang memalukan. 1048 01:01:21,135 --> 01:01:22,136 {\an8}Gila betul! 1049 01:01:22,136 --> 01:01:24,555 Adakah Vince akan dibuang? Saya tak tahu. 1050 01:01:24,555 --> 01:01:27,058 Masa depan syarikat kabur. 1051 01:01:27,058 --> 01:01:31,646 Skandal terbaharu ini akan menggemparkan dunia. 1052 01:01:36,275 --> 01:01:42,949 PADA 1999, SAMAN RENA LESNAR (SABLE) KE ATAS TITAN SPORTS (WWE) DISELESAIKAN. 1053 01:02:59,358 --> 01:03:01,360 Terjemahan sari kata oleh Saffura