1 00:00:06,507 --> 00:00:08,258 …pulau yang tiada penghuni sebelum ini, 2 00:00:08,342 --> 00:00:11,720 sejauh 78 kilometer dari pantai New England kolonial, 3 00:00:12,304 --> 00:00:14,515 mula dikenali sebagai Widow's Bay. 4 00:00:15,265 --> 00:00:18,310 Sekarang ia mempunyai 3,000 penduduk, 5 00:00:18,393 --> 00:00:22,606 bandar yang terdiri daripada nelayan, keluarga dan kawan-kawan, 6 00:00:22,689 --> 00:00:24,942 semuanya disebabkan seorang lelaki. 7 00:00:25,025 --> 00:00:27,569 Terima kasih kerana menyertai kami dalam perjalanan Richard Warren 8 00:00:27,653 --> 00:00:29,154 daripada tukang biasa 9 00:00:29,238 --> 00:00:32,783 kepada Reeve Prime pertama dan Pelindung Pulau, 10 00:00:32,866 --> 00:00:37,204 jawatan yang kini digelar "Datuk Bandar" oleh bandar tersebut. 11 00:00:49,132 --> 00:00:54,096 Ini Richard, si duda dengan isteri kedua yang disayangi, Sarah Warren. 12 00:00:54,680 --> 00:00:57,057 Di sini dia menyediakan makan malam. 13 00:00:57,558 --> 00:00:59,476 Kami juga ada jurnal dia. 14 00:01:00,102 --> 00:01:02,229 Kamu semua dari mana? 15 00:01:03,021 --> 00:01:05,065 Kami tak pernah ada begitu ramai pelawat. 16 00:01:15,701 --> 00:01:17,911 KEDAI AISKRIM 17 00:01:26,879 --> 00:01:30,883 KELASI 18 00:01:56,200 --> 00:01:58,577 Tiada isyarat telefon di pulau ini. 19 00:01:59,620 --> 00:02:00,621 Terima kasih. 20 00:02:02,039 --> 00:02:03,040 Boleh saya bantu? 21 00:02:04,416 --> 00:02:05,751 Tak, saya ada peta. Terima kasih. 22 00:02:06,251 --> 00:02:07,419 Ya, saya yang buatnya. 23 00:02:07,503 --> 00:02:09,045 Amaran, ia tak mengikut skala. 24 00:02:10,631 --> 00:02:11,882 Maaf, saya datuk bandar. 25 00:02:12,633 --> 00:02:14,843 Gambar saya di halaman empat. 26 00:02:20,849 --> 00:02:21,850 Itu menyeronokkan. 27 00:02:23,310 --> 00:02:25,979 Awak patut tahu yang masalahnya bukan peta, 28 00:02:26,563 --> 00:02:27,773 tapi papan tanda jalan. 29 00:02:28,607 --> 00:02:31,401 Kecuali ini betul-betul "Jalan Bedebah"? 30 00:02:32,819 --> 00:02:33,862 Bukan. 31 00:02:35,447 --> 00:02:37,157 Awak mahu ke mana? Boleh saya hantarkan? 32 00:02:39,660 --> 00:02:40,661 Baik. Cuma… 33 00:02:41,370 --> 00:02:42,663 jangan bunuh saya. 34 00:02:45,916 --> 00:02:48,335 Kami tiba malam tadi, tapi kami terus tidur. 35 00:02:48,919 --> 00:02:50,838 Kami tentu pilih Vegas dahulu, 36 00:02:50,921 --> 00:02:54,967 tapi sekarang ini parti bujang di tempat seperti ini lebih sesuai dengan kami. 37 00:02:56,093 --> 00:02:57,928 - Awak akan berkahwin? - Saya? Tak. 38 00:02:59,304 --> 00:03:00,889 Tak, saya cuma pengapit. 39 00:03:02,057 --> 00:03:03,308 Kami tinggal di rumah penginapan. 40 00:03:04,768 --> 00:03:06,144 Bagaimana dengan penginapan awak? 41 00:03:06,854 --> 00:03:08,397 Ia cantik dan unik. 42 00:03:08,480 --> 00:03:09,481 - Bagus. - Ya. 43 00:03:10,357 --> 00:03:11,984 Jika saya tinggal di sini, 44 00:03:12,067 --> 00:03:14,987 saya akan ke pantai dengan kopi dan teka silang kata setiap pagi. 45 00:03:15,863 --> 00:03:17,322 Awak patut datang pembukaan esok. 46 00:03:17,406 --> 00:03:19,575 Saya akan buat renangan perasmian. 47 00:03:21,243 --> 00:03:22,953 Ia salah satu tradisi pulau ini. 48 00:03:23,036 --> 00:03:25,122 Datuk bandar berenang di laut setiap tahun 49 00:03:25,205 --> 00:03:27,040 untuk tunjukkan ia selamat daripada… 50 00:03:28,292 --> 00:03:30,085 sejarah bahaya lautan… 51 00:03:31,962 --> 00:03:33,213 di pulau ini. 52 00:03:33,297 --> 00:03:34,506 - Menarik. - Ya. 53 00:03:35,007 --> 00:03:38,468 Kami juga membuat majlis koktel senja selepas itu. 54 00:03:39,011 --> 00:03:41,763 Jika awak dan kawan awak mahu hiburan waktu malam. 55 00:03:42,264 --> 00:03:44,057 Malam ini mereka mahu pergi ke… 56 00:03:44,141 --> 00:03:45,142 PANDUAN PULAU WIDOW'S BAY 57 00:03:45,225 --> 00:03:46,310 …Bar Barnabus. 58 00:03:46,393 --> 00:03:47,978 - Nampaknya ia sebuah bar murah. - Ya. 59 00:03:48,061 --> 00:03:49,521 Awak pergi ke sana? 60 00:03:50,856 --> 00:03:51,857 Ya, kadangkala. 61 00:03:53,358 --> 00:03:55,152 Mungkin kita akan jumpa di sana. 62 00:03:56,612 --> 00:03:58,280 Ya. Mungkin. 63 00:04:02,868 --> 00:04:05,370 Beberapa perniagaan tunai di pusat bandar 64 00:04:05,454 --> 00:04:07,497 rasa keberatan dengan idea cukai jualan bandar. 65 00:04:07,581 --> 00:04:09,458 Sebenarnya mereka kata, 66 00:04:09,958 --> 00:04:12,794 "Jika kamu mahu duit kotor ini, datang dan ambil sendiri." 67 00:04:12,878 --> 00:04:13,962 Itu seperti ancaman. 68 00:04:14,046 --> 00:04:16,839 Entahlah, saya buntu. Apa pendapat awak, Tom? 69 00:04:20,469 --> 00:04:22,095 Ya. 70 00:04:22,179 --> 00:04:24,473 Sudah tentu. Ya, itu bagus. 71 00:04:24,556 --> 00:04:28,477 Hei, kita dah hebahkan tentang koktel senja? 72 00:04:29,228 --> 00:04:31,855 Saya rasa seperti tiada orang tahu tentangnya. 73 00:04:33,732 --> 00:04:35,484 Saya sendiri dah hebahkan 74 00:04:35,567 --> 00:04:38,695 dan Rosemary mengedar risalah sepanjang pagi. 75 00:04:38,779 --> 00:04:41,073 Ya, rasanya dia hanya merokok di luar. 76 00:04:41,156 --> 00:04:43,700 Awak perlu uruskan ini sebab saya berbual dengan seorang wanita 77 00:04:43,784 --> 00:04:44,952 dan dia tak tahu tentangnya. 78 00:04:46,036 --> 00:04:47,788 - Wanita mana? - Hanya seorang wanita. 79 00:04:48,580 --> 00:04:50,541 - Kamu berbual di mana? - Dalam kereta saya. 80 00:04:50,624 --> 00:04:51,750 Saya tak faham. 81 00:04:51,834 --> 00:04:53,585 Dia sesat, 82 00:04:53,669 --> 00:04:56,797 jadi saya hantar dia sebab itu tindakan yang sepatutnya. 83 00:04:57,297 --> 00:04:59,633 - Sudah tentu. Maaf. - Tak mengapa. 84 00:04:59,716 --> 00:05:03,887 Mari pastikan setiap penginapan ada semua maklumat. 85 00:05:03,971 --> 00:05:07,683 Restoran juga. Saya juga mahu bincang tentang muzik. 86 00:05:07,766 --> 00:05:09,852 Apa muzik akan dimainkan semasa saya berjalan dari platform 87 00:05:09,935 --> 00:05:12,563 ke laut untuk berenang? Saya tak mahu ia menjadi kekok. 88 00:05:12,646 --> 00:05:15,357 - Dia cantik? - Saya tak perasan. 89 00:05:15,983 --> 00:05:18,443 - Berapa umur dia? - Umur dia sesuai. 90 00:05:20,529 --> 00:05:23,323 Cara pelik untuk gambarkan seseorang yang awak baru hantar. 91 00:05:26,034 --> 00:05:27,995 Patricia, sebagai datuk bandar, 92 00:05:28,871 --> 00:05:31,123 keselamatan penduduk… 93 00:05:31,206 --> 00:05:34,960 dan pelancong ke kampung tepi pantai kita ialah keutamaan saya. 94 00:05:35,043 --> 00:05:38,380 Jika ada wanita sesat dan perlu bantuan, ya, saya akan bantu. 95 00:05:38,463 --> 00:05:39,882 Okey, berapa had umurnya? 96 00:05:39,965 --> 00:05:42,009 Awak pernah nampak tayar saya pancit 97 00:05:42,092 --> 00:05:44,094 - dan awak terus memandu. - Saya tak nampak awak. 98 00:05:44,178 --> 00:05:45,762 Ruth tiada kereta. Dia berjalan ke pejabat. 99 00:05:45,846 --> 00:05:47,723 Saya fikir dia suka bersenam. 100 00:05:49,683 --> 00:05:50,767 Hei, Ruth, 101 00:05:51,602 --> 00:05:53,353 boleh saya hantar awak malam ini? 102 00:05:53,979 --> 00:05:55,522 - Tak mengapa. - Ya. 103 00:05:56,190 --> 00:05:57,900 Waktu pagi yang sukar. 104 00:06:10,871 --> 00:06:13,165 Semua tapak Detroit penuh. Tiada orang tersingkir. 105 00:06:13,665 --> 00:06:16,126 Sementara Boston cuba mengecilkan jurang mata. 106 00:06:17,503 --> 00:06:22,341 Detroit ada dua mata pada ining pertama dan sekarang Boston dalam masalah. 107 00:06:22,424 --> 00:06:24,843 Giliran memukul Detroit akan bermula pada ining keempat. 108 00:06:27,930 --> 00:06:29,806 Mereka perlu sekurang-kurangnya enam ining… 109 00:06:34,645 --> 00:06:35,646 Helo. 110 00:06:37,439 --> 00:06:38,440 Hei. 111 00:06:40,984 --> 00:06:42,986 - Sekarang masa yang kurang sesuai? - Tak. 112 00:06:44,613 --> 00:06:45,781 Ayah mahu ke mana? 113 00:06:47,074 --> 00:06:49,576 Berjumpa rakan sekerja di Barnabus. 114 00:06:50,869 --> 00:06:52,246 - Rakan sekerja? - Ya. 115 00:06:53,705 --> 00:06:57,084 Okey. Saya akan tunggu di rumah. 116 00:06:57,167 --> 00:06:59,378 - Betul, sebab awak dihukum. - Ya, baiklah. 117 00:07:07,344 --> 00:07:09,930 Awak mengubah Jalan Dickens menjadi Jalan Bedebah? 118 00:07:11,515 --> 00:07:12,516 Ada orang buat begitu? 119 00:07:13,517 --> 00:07:14,518 Itu teruk. 120 00:07:18,105 --> 00:07:19,773 Berseronoklah dengan rakan sekerja ayah. 121 00:07:51,430 --> 00:07:55,434 BAR BARNABUS 122 00:08:30,802 --> 00:08:32,429 Maaf, puan? 123 00:08:36,350 --> 00:08:37,351 Cik? 124 00:08:38,393 --> 00:08:39,770 Awak mahu saya hantar? 125 00:08:47,903 --> 00:08:48,904 Cik? 126 00:09:00,707 --> 00:09:01,708 Helo? 127 00:09:09,550 --> 00:09:10,551 Tak guna. 128 00:09:23,105 --> 00:09:24,398 Tak guna. 129 00:09:49,506 --> 00:09:50,966 MANGSA WANITA TUA - MUNGKIN LEMBAP 130 00:09:51,049 --> 00:09:52,551 PANTAS BAGI WANITA TUA! 131 00:09:52,634 --> 00:09:53,844 Awak dah tulis itu? 132 00:09:54,803 --> 00:09:57,598 Dia mungkin wanita gelandangan yang menaiki feri secara percuma, 133 00:09:57,681 --> 00:10:01,476 tapi awak patut hubungi hospital mental di tanah besar untuk periksa. 134 00:10:01,560 --> 00:10:03,478 Sediakan sempadan di sekeliling pulau. 135 00:10:04,188 --> 00:10:05,355 Pulau ada sempadan. 136 00:10:05,439 --> 00:10:06,648 Ia dipanggil laut. 137 00:10:07,816 --> 00:10:09,985 Okey. Saya tahu awak tak sabar pagi ini, 138 00:10:10,068 --> 00:10:11,945 tapi awak dah tulis dia pantas? 139 00:10:12,654 --> 00:10:13,655 Ya. 140 00:10:15,616 --> 00:10:16,742 Dengar, saya ada… 141 00:10:23,207 --> 00:10:25,792 Awak pasti ini bukan sebab binatang? 142 00:10:26,293 --> 00:10:29,171 Tak. Kenapa? Ia nampak seperti luka sebab binatang? 143 00:10:29,254 --> 00:10:30,881 Tak bagi saya. 144 00:10:30,964 --> 00:10:34,551 Jadi kenapa awak… Saya masih boleh berenang di laut dengan ini, bukan? 145 00:10:34,635 --> 00:10:35,844 Tak boleh. 146 00:10:36,803 --> 00:10:38,847 Air masin bagus untuk luka, bukan? 147 00:10:38,931 --> 00:10:41,183 Dari mana awak dapat ijazah perubatan? 148 00:10:41,266 --> 00:10:42,518 Saya tak mahu bertengkar lagi. 149 00:10:42,601 --> 00:10:44,269 Saya perlu berenang di laut hari ini. 150 00:10:44,353 --> 00:10:47,147 Awak buat latihan perubatan dengan Dr. MacArthur, 151 00:10:47,231 --> 00:10:48,941 - betul? - Hentikannya. 152 00:10:49,024 --> 00:10:51,985 Saya minta maaf. Semuanya dah dirancang, orang akan menunggu. 153 00:10:54,655 --> 00:10:57,449 Siapa takkan datang untuk koktel senja? 154 00:10:57,533 --> 00:11:00,202 Minuman percuma dan matahari terbenam. 155 00:11:00,285 --> 00:11:01,495 - Tom. - Apa? 156 00:11:02,204 --> 00:11:03,455 Kenapa dengan tangan awak? 157 00:11:04,331 --> 00:11:08,460 Wanita tua mencakar saya. 158 00:11:09,044 --> 00:11:10,212 Dia berumur 40-an? 159 00:11:12,339 --> 00:11:14,258 Saya cuba buat sesuatu yang baik. Saya… 160 00:11:14,341 --> 00:11:16,844 Saya nampak wanita berjalan seorang diri pada lewat malam… 161 00:11:16,927 --> 00:11:18,095 Saya mahu hantar dia, 162 00:11:18,178 --> 00:11:19,596 dia cakar saya dan darah tak berhenti. 163 00:11:19,680 --> 00:11:21,932 Tom, ada pelawat mahu jumpa awak tadi. Mersa. 164 00:11:24,226 --> 00:11:26,895 Marissa? Dia ada di sini? Apa dia kata? 165 00:11:27,646 --> 00:11:30,357 Dia tanya jika awak ada. Saya kata tiada. 166 00:11:30,983 --> 00:11:32,484 Dia tinggalkan nombor? 167 00:11:32,568 --> 00:11:35,362 Tak, tapi… Dia kata… 168 00:11:42,911 --> 00:11:43,996 - Ruth. - Dia kata… 169 00:11:44,955 --> 00:11:46,081 - Dia kata… - Ya. 170 00:11:46,164 --> 00:11:48,292 "Mungkin kita jumpa… 171 00:11:49,835 --> 00:11:52,087 semasa awak berenang…" Ada satu perkataan lagi, tunggu. 172 00:11:54,756 --> 00:11:55,757 Hari ini. 173 00:11:56,967 --> 00:11:57,968 Terima kasih. 174 00:11:59,469 --> 00:12:02,472 "Saya merasmikan lautan." 175 00:12:05,601 --> 00:12:07,561 Bunyi seperti Nenek Kebayan Laut. 176 00:12:08,937 --> 00:12:10,314 Apa? 177 00:12:10,397 --> 00:12:11,607 Luka awak. 178 00:12:12,191 --> 00:12:13,942 Cerita rakyat nelayan lama, awak pernah dengar? 179 00:12:14,902 --> 00:12:18,238 Tak, sebab saya tak ingat semua cerita mengarut di pulau ini. 180 00:12:18,322 --> 00:12:19,740 Jangan duduk di sini. 181 00:12:19,823 --> 00:12:22,993 Rosemary, saya tak mahu dengar cerita pelik awak sekarang. 182 00:12:23,076 --> 00:12:24,453 Ceritanya begini, 183 00:12:25,037 --> 00:12:28,624 nenek kebayan mencari kelasi yang bersendirian dan mengikutnya balik. 184 00:12:29,249 --> 00:12:34,338 Dia mencakar untuk dapatkan kulit di kukunya, 185 00:12:34,421 --> 00:12:37,174 supaya dia boleh menjejaki orang itu seperti anjing pemburu. 186 00:12:37,841 --> 00:12:39,218 Dia licik. 187 00:12:39,968 --> 00:12:43,388 Tunggu sehingga dia buat awak bersendirian dan lemah. 188 00:12:56,610 --> 00:12:58,320 Awak tak boleh ambil air saya. 189 00:12:58,403 --> 00:13:01,907 Saya tak mahu dengar ini. Saya tiada masa. 190 00:13:05,702 --> 00:13:07,412 Semuanya tak kena hari ini. 191 00:13:14,461 --> 00:13:17,381 RENANGAN PERASMIAN TAHUNAN DATUK BANDAR 192 00:13:27,724 --> 00:13:28,725 Kenapa? 193 00:13:29,268 --> 00:13:32,437 Tiada cara untuk bekalkan elektrik ke pantai. 194 00:13:33,897 --> 00:13:36,024 Kenapa saya baru tahu sekarang? 195 00:13:36,859 --> 00:13:40,404 Awak tahu ini Patrici… Mana dia? 196 00:13:41,154 --> 00:13:43,448 Dia sibuk dengan waktu koktel, 197 00:13:43,532 --> 00:13:45,325 tapi saya dah suruh Garrett sambungkan 198 00:13:45,409 --> 00:13:48,078 bekalan elektrik marina dengan penukar dan dia dalam perjalanan. 199 00:13:49,413 --> 00:13:51,456 Berapa lama masa yang diperlukan? 200 00:13:58,463 --> 00:14:00,299 Jangan terburu-buru, Garrett. Ambil masa awak. 201 00:14:06,221 --> 00:14:08,015 Dia menunggang basikal? 202 00:14:08,974 --> 00:14:10,601 Aduhai! 203 00:14:10,684 --> 00:14:11,685 Dia berhenti. 204 00:14:14,563 --> 00:14:17,191 Tak. Jangan… 205 00:14:18,567 --> 00:14:20,194 Tidak. 206 00:14:22,446 --> 00:14:23,697 Aduhai! 207 00:14:26,617 --> 00:14:28,493 Jangan bawa basikal ke sana semula! 208 00:14:38,295 --> 00:14:39,546 Okey. 209 00:14:39,630 --> 00:14:41,131 - Ia berfungsi? - Ya. 210 00:14:41,215 --> 00:14:43,383 Terima kasih. 211 00:14:45,886 --> 00:14:46,970 Helo, semua. 212 00:14:50,432 --> 00:14:51,517 Helo. 213 00:14:51,600 --> 00:14:52,601 Ia tak berfungsi. 214 00:14:57,272 --> 00:14:59,233 Ia satu penghormatan bagi saya… Ia tak berfungsi. 215 00:14:59,316 --> 00:15:00,317 Saya dengar. 216 00:15:01,985 --> 00:15:03,403 Helo, semua! 217 00:15:05,614 --> 00:15:10,494 Sebagai datuk bandar, ia satu penghormatan untuk meneruskan tradisi ini. 218 00:15:11,036 --> 00:15:15,290 Saya mengalu-alukan semua kawan baharu yang menyertai kita tahun ini. 219 00:15:16,834 --> 00:15:19,962 Untuk musim panas yang selamat dan menakjubkan. 220 00:15:20,045 --> 00:15:23,549 Saya merasmikan pembukaan lautan! 221 00:15:36,436 --> 00:15:37,437 Ini dia. 222 00:17:10,531 --> 00:17:11,781 Oh Tuhan! 223 00:17:13,282 --> 00:17:15,493 Hei. Marilah. 224 00:17:15,993 --> 00:17:17,996 Hei. Semuanya okey. 225 00:18:08,297 --> 00:18:09,298 Zenith. Hebat. 226 00:18:10,132 --> 00:18:12,759 Awak mahu beritahu sebab awak datang? 227 00:18:13,927 --> 00:18:16,847 Saya mahu periksa keadaan awak. 228 00:18:16,930 --> 00:18:18,849 Periksa. Pemeriksaan kesihatan? 229 00:18:18,932 --> 00:18:19,933 Okey. 230 00:18:21,268 --> 00:18:26,857 Apa yang buat awak bunyikan loceng pintu saya akhirnya? 231 00:18:44,541 --> 00:18:47,085 Awak pernah dengar tentang nenek kebayan? 232 00:18:47,836 --> 00:18:52,633 Wanita tua yang mencakar dan menjejaki kita? 233 00:18:55,552 --> 00:18:59,223 Semua kelasi tahu cerita nenek kebayan. 234 00:19:11,151 --> 00:19:15,113 Ucap selamat tinggal kepada Leftenan Muda Trag 235 00:19:16,657 --> 00:19:21,828 Dia pergi ke pantai dan bertemu nenek kebayan 236 00:19:22,538 --> 00:19:27,793 Mereka mempunyai ikatan hanya dengan satu luka 237 00:19:28,710 --> 00:19:34,174 Dia mengekori kelasi di darat dan di laut 238 00:19:35,425 --> 00:19:40,097 Jika kau biar dia melukai kulitmu 239 00:19:41,723 --> 00:19:47,396 Di celah pahanya, dosa terakhirmu 240 00:19:53,735 --> 00:19:55,988 Saya tak faham. Bagaimana kita mati? 241 00:19:56,822 --> 00:19:59,157 Dia naik ke katil dan duduk di muka kita. 242 00:20:03,370 --> 00:20:05,539 Tak sangka saya biar awak mempengaruhi saya lagi. 243 00:20:06,540 --> 00:20:08,625 - Tak guna. - Tunggu, Tom! 244 00:20:09,793 --> 00:20:12,045 Bila dia cakar awak? 245 00:20:13,797 --> 00:20:14,798 Ia tak penting. 246 00:20:15,674 --> 00:20:18,927 Cari peti, kunci diri awak dari dalam. 247 00:20:19,428 --> 00:20:22,681 - Peti? - Ya. Luka itu akan melumpuhkan awak. 248 00:20:22,764 --> 00:20:24,308 Awak akan jadi penat. 249 00:20:24,391 --> 00:20:26,935 Awak tak boleh bergerak malam ini. 250 00:20:27,019 --> 00:20:30,063 Tunggu di dalamnya selama 72 jam. 251 00:20:31,190 --> 00:20:35,068 Sehingga luka sembuh dan dia tak boleh menjejaki awak lagi. 252 00:20:35,152 --> 00:20:38,113 Kalau tak, dia akan memburu awak. 253 00:21:08,727 --> 00:21:10,604 Helo, Gil. PJ. 254 00:21:10,687 --> 00:21:11,688 - Apa khabar? - Hei. 255 00:21:12,189 --> 00:21:14,566 Hei, mereka mahu bermalam di rumah Shawn. 256 00:21:15,359 --> 00:21:17,653 Awak dihukum. Awak tak boleh bawa kawan ke sini. 257 00:21:18,153 --> 00:21:19,154 Ya. 258 00:21:19,738 --> 00:21:20,948 Ya. 259 00:21:21,031 --> 00:21:24,034 Ada wanita bernama Marissa hubungi 260 00:21:24,117 --> 00:21:27,412 dan kata dia mahu ke Driftwood sekarang jika ayah ada masa. 261 00:21:29,748 --> 00:21:31,291 Siapa wanita bertuah itu, En. Loftis? 262 00:21:32,251 --> 00:21:33,377 Dia seorang kawan, PJ. 263 00:21:33,460 --> 00:21:35,587 Hei, saya boleh… 264 00:21:36,463 --> 00:21:39,967 Saya boleh ke rumah Shawn untuk main permainan 265 00:21:40,050 --> 00:21:42,427 dengan kawan jika ayah tiada di rumah. 266 00:21:43,971 --> 00:21:46,265 Awak takkan balik lewat? 267 00:21:46,348 --> 00:21:49,977 Ini parti untuk bermalam? 268 00:21:50,060 --> 00:21:53,272 Ya, parti untuk bermalam. Ya. 269 00:21:55,023 --> 00:21:56,024 Okey. 270 00:21:57,276 --> 00:21:58,986 Okey, jangan menipu 271 00:21:59,069 --> 00:22:00,696 dengan kata awak bermalam di rumah Shawn 272 00:22:00,779 --> 00:22:03,198 dan beritahu ibu bapa Shawn awak di sini. Duduk di sana, 273 00:22:03,282 --> 00:22:04,575 okey? Ayah percayakan awak. 274 00:22:05,075 --> 00:22:06,159 Ya, baiklah. 275 00:22:06,243 --> 00:22:07,703 Kita jujur antara satu sama lain. 276 00:22:08,704 --> 00:22:09,705 Betul? 277 00:22:15,544 --> 00:22:17,504 Ayah awak akan berasmara. 278 00:22:17,588 --> 00:22:18,589 Apa? 279 00:23:06,637 --> 00:23:09,264 Maaf sebab makanan kita lambat. 280 00:23:09,765 --> 00:23:11,642 Oh Tuhan. Awak benci dia. 281 00:23:11,725 --> 00:23:13,977 Tak, saya tak benci dia. Betul. 282 00:23:15,145 --> 00:23:17,272 Jika saya tahu Kathy bekerja di Driftwood malam ini, 283 00:23:17,356 --> 00:23:18,982 saya akan batalkan. 284 00:23:19,608 --> 00:23:20,609 Betulkah? 285 00:23:21,193 --> 00:23:23,695 - Bukan berpindah tempat. - Tak, batalkan. 286 00:23:24,780 --> 00:23:26,281 Saya bukan jahat. 287 00:23:26,365 --> 00:23:27,616 Tak, saya tak jahat, 288 00:23:27,699 --> 00:23:29,826 tapi saya melihat dia baca buku dia sepanjang malam. 289 00:23:30,577 --> 00:23:31,703 Dia patut membacanya. 290 00:23:34,665 --> 00:23:36,166 Terima kasih, Kathy. 291 00:23:39,586 --> 00:23:40,754 Dia kawan baik saya. 292 00:23:45,342 --> 00:23:47,970 Awak tak pesan itu. 293 00:23:49,304 --> 00:23:50,889 Ya, saya pesan aiskrim sundae. 294 00:23:50,973 --> 00:23:52,224 Saya tahu. 295 00:23:53,016 --> 00:23:54,476 Wau! 296 00:25:07,049 --> 00:25:08,967 Awak selalu berjanji temu? 297 00:25:09,051 --> 00:25:10,427 Sebagai 298 00:25:11,261 --> 00:25:12,679 datuk bandar. 299 00:25:13,472 --> 00:25:15,933 Tak, sejak saya dan Kathy berpisah. 300 00:25:16,016 --> 00:25:17,809 Tak ramai orang yang sesuai. 301 00:25:19,061 --> 00:25:20,687 Awak pernah berkahwin, bukan? 302 00:25:23,440 --> 00:25:24,441 Ya. 303 00:25:25,901 --> 00:25:27,611 Sudah berapa lama awak bercerai? 304 00:25:29,488 --> 00:25:32,366 Kami tak bercerai. 305 00:25:32,449 --> 00:25:33,742 Dia meninggal dunia. 306 00:25:35,577 --> 00:25:36,787 Saya bersimpati. 307 00:25:37,371 --> 00:25:38,372 Sudah lama. 308 00:25:42,000 --> 00:25:43,627 Komplikasi daripada bersalin. 309 00:25:45,379 --> 00:25:46,797 Hei, kamu. 310 00:25:46,880 --> 00:25:49,383 - Kamu mahu pencuci mulut? - Boleh tunggu sebentar? 311 00:25:49,466 --> 00:25:50,551 Baiklah. 312 00:25:51,552 --> 00:25:53,762 - Maaf. - Tak mengapa. 313 00:25:54,638 --> 00:25:56,640 Selalunya hanya kami berdua 314 00:25:56,723 --> 00:25:59,268 dan keadaan kami okey. 315 00:26:00,644 --> 00:26:03,772 Saya tak dapat bayangkan keadaan apabila awak bersendirian. 316 00:26:04,731 --> 00:26:07,025 Kehilangan seseorang seperti itu. 317 00:26:08,527 --> 00:26:09,528 Itu teruk. 318 00:26:15,951 --> 00:26:17,619 Oh Tuhan. 319 00:26:18,120 --> 00:26:20,038 - Apa? - Saya perlu ke koktel senja. 320 00:26:21,248 --> 00:26:22,332 Awak perlu pergi? 321 00:26:23,125 --> 00:26:26,295 Rakan sekerja saya, Patricia, akan bawa pistol ke pejabat jika saya tak pergi. 322 00:26:27,588 --> 00:26:28,589 Saya minta maaf. 323 00:26:30,174 --> 00:26:31,175 Tak mengapa. 324 00:26:32,509 --> 00:26:33,719 Awak mahu ikut? 325 00:26:37,639 --> 00:26:39,433 Kita boleh pergi ke tempat lain? 326 00:26:41,435 --> 00:26:43,979 Ini seronok. Saya mahu berbual lagi. 327 00:26:47,024 --> 00:26:49,109 Mungkin kita boleh ke rumah awak? 328 00:26:58,368 --> 00:27:01,079 Maaf, itu pelik? Saya minta maaf. 329 00:27:02,247 --> 00:27:03,248 Saya minta maaf. 330 00:27:03,332 --> 00:27:06,210 Biasanya saya tak pergi ke rumah lelaki. 331 00:27:06,710 --> 00:27:08,420 Tak, sudah tentu. Cuma… 332 00:27:10,756 --> 00:27:11,965 Malam ini tak sesuai. 333 00:27:12,466 --> 00:27:14,218 Ya. Saya faham. 334 00:27:27,022 --> 00:27:28,357 Tunggu. 335 00:27:28,440 --> 00:27:30,150 Awak tak pernah ke Boston? 336 00:27:30,234 --> 00:27:31,235 - Itu mengarut. - Tak. 337 00:27:31,318 --> 00:27:34,279 Saya pernah ke sana. Mereka tak pernah keluar dari pulau ini. 338 00:27:34,363 --> 00:27:37,991 Apa? Kamu tak pernah keluar dari sini? 339 00:27:38,075 --> 00:27:39,535 Tak mungkin. 340 00:27:41,203 --> 00:27:42,829 Kamu buat begini di Boston? 341 00:27:55,926 --> 00:27:58,136 Ya, kami buat begitu di Boston. 342 00:28:04,101 --> 00:28:05,269 Paderi Bryce? 343 00:28:12,067 --> 00:28:13,652 Ada kejahatan di sini. 344 00:28:50,898 --> 00:28:52,191 Tom. 345 00:28:52,274 --> 00:28:55,194 Saya tak tahu awak di mana, tapi saya ada di majlis… 346 00:28:57,029 --> 00:28:58,488 yang awak kata awak akan hadir! 347 00:29:03,202 --> 00:29:04,828 Jawab, Loftis. 348 00:29:06,038 --> 00:29:09,041 Dia akan cari jalan jika dia belum masuk lagi. 349 00:29:10,834 --> 00:29:12,628 Awak tak boleh melawan dia… 350 00:29:57,256 --> 00:29:58,340 Helo? 351 00:29:59,216 --> 00:30:00,467 Hai, ini saya. 352 00:30:02,177 --> 00:30:04,304 Kami minum gelas kecil dan mereka hantar saya. 353 00:30:05,597 --> 00:30:07,224 Bagaimana awak tahu alamat rumah saya? 354 00:30:09,268 --> 00:30:11,395 Pekerja di pejabat awak beritahu saya. 355 00:30:13,772 --> 00:30:16,900 Saya tak pernah jumpa kawan awak dan… 356 00:30:17,943 --> 00:30:22,698 dan penduduk bandar ini tak tahu tentang parti bujang. 357 00:30:25,617 --> 00:30:29,288 Awak boleh jumpa mereka esok jika awak mahu. 358 00:30:32,332 --> 00:30:33,834 Awak tak mahu benarkan saya masuk? 359 00:30:34,626 --> 00:30:36,128 Kenapa awak tanya begitu? 360 00:30:39,089 --> 00:30:40,174 Seperti apa? 361 00:30:41,091 --> 00:30:43,510 Okey, saya rasa keliru sekarang. 362 00:30:44,178 --> 00:30:45,345 Boleh kita berbincang? 363 00:30:45,929 --> 00:30:47,055 Tak. 364 00:30:48,390 --> 00:30:50,893 Tak, saya tahu siapa awak. 365 00:31:17,628 --> 00:31:20,881 - Itu memalukan. - Kenapa? Apa terjadi? 366 00:31:42,528 --> 00:31:43,529 Tak guna. 367 00:32:18,939 --> 00:32:20,190 Kenapa awak begitu bingung? 368 00:32:23,235 --> 00:32:24,236 Entahlah. 369 00:32:32,119 --> 00:32:33,787 Saya fikir awak dah ke pejabat. 370 00:32:36,999 --> 00:32:38,000 Belum lagi. 371 00:32:43,839 --> 00:32:44,923 Terima kasih. 372 00:32:45,007 --> 00:32:46,008 Sama-sama. 373 00:33:39,937 --> 00:33:41,522 Ayuh. 374 00:34:49,047 --> 00:34:50,465 Hei. 375 00:35:19,494 --> 00:35:21,079 Kenapa ini berlaku? 376 00:35:24,124 --> 00:35:25,209 Entahlah. 377 00:35:25,792 --> 00:35:27,878 Kita hanya cuba bertahan. 378 00:35:36,094 --> 00:35:37,304 Ayuh. 379 00:35:39,640 --> 00:35:42,017 Tom, ini Bryce. 380 00:35:43,727 --> 00:35:44,728 Saya dah dengar. 381 00:35:45,604 --> 00:35:48,524 Saya minta maaf. Tuhan maafkan saya. 382 00:35:57,407 --> 00:36:00,410 Stesen penyelamat satu. Ini Syerif Clemons. 383 00:36:00,494 --> 00:36:02,037 Semua bomba dan penyelamat yang ada. 384 00:36:02,955 --> 00:36:04,331 Koktel Patricia. 385 00:36:04,414 --> 00:36:06,250 Saya tak tahu apa yang berlaku! 386 00:37:39,009 --> 00:37:41,011 Terjemahan sari kata oleh Nazri Yusof