1 00:00:12,012 --> 00:00:13,639 Jangan bergerak. 2 00:00:16,265 --> 00:00:18,936 - Nat, mana adik kamu? - Dia ke rumah seberang. 3 00:00:19,436 --> 00:00:20,938 Jangan! Biar saya pergi. 4 00:00:21,021 --> 00:00:22,523 Awak naik atas, almari saya. 5 00:00:22,606 --> 00:00:23,815 Kodnya, tarikh lahir Nat. 6 00:00:23,899 --> 00:00:25,150 Natalie, hubungi polis. 7 00:00:35,744 --> 00:00:36,912 Nah. 8 00:00:38,163 --> 00:00:39,873 Kalau dia bergerak, tembak. 9 00:00:42,876 --> 00:00:43,961 Jangan. 10 00:00:51,885 --> 00:00:53,846 Apa awak mahu buat esok? 11 00:00:55,013 --> 00:00:56,181 Apa saja awak mahu. 12 00:00:58,725 --> 00:01:00,018 Boleh kita pergi memancing lagi? 13 00:01:01,019 --> 00:01:03,105 Saya cuma nak luangkan masa dengan awak. 14 00:01:04,188 --> 00:01:05,190 Sudah tentu. 15 00:01:08,402 --> 00:01:09,778 Kini, awak bersama saya. 16 00:01:13,240 --> 00:01:14,449 Awak anak saya. 17 00:01:20,873 --> 00:01:22,291 Apa itu? 18 00:01:22,374 --> 00:01:25,961 Penyekat Wi-Fi. Tentu dia gunakannya untuk ganggu penggera. 19 00:01:26,044 --> 00:01:27,254 Bagaimana kamu tahu? 20 00:01:27,337 --> 00:01:29,381 Awak tak beritahu mak awak tentang janji temu kita? 21 00:01:34,219 --> 00:01:35,470 Nat, mereka dah sampai? 22 00:01:35,554 --> 00:01:36,889 Awak tahu cara guna pistol? 23 00:01:36,972 --> 00:01:38,265 Tutup mulut awak! 24 00:01:39,349 --> 00:01:41,101 Awak betul-betul nak tembak saya, ya? 25 00:01:41,685 --> 00:01:42,853 Duduk. 26 00:01:49,693 --> 00:01:50,694 Awak tak boleh buat. 27 00:01:53,530 --> 00:01:55,115 Oh, Tuhan! Tak guna! 28 00:01:57,242 --> 00:01:58,827 - Jangan melawan. - Tak guna! 29 00:02:03,248 --> 00:02:04,416 Zack! 30 00:02:04,499 --> 00:02:05,751 Apa lelaki itu mahu? 31 00:02:06,752 --> 00:02:07,753 - Zack! - Jangan risau. 32 00:02:15,010 --> 00:02:16,470 Zack! Mana dia? 33 00:02:16,970 --> 00:02:18,430 - Oh, Tuhan. - Dia ketakutan. 34 00:02:18,514 --> 00:02:19,806 Jangan masuk campur! 35 00:02:19,890 --> 00:02:20,891 Hei! 36 00:02:21,433 --> 00:02:22,893 Jangan ganggu ayah saya. 37 00:02:22,976 --> 00:02:24,686 - Sudahlah. Keluar, nak. - Tidak. 38 00:02:24,770 --> 00:02:26,688 - Saya tak mahu beredar. - Tidak. Kita akan beredar! 39 00:02:26,772 --> 00:02:28,857 - Awak menyakiti dia! - Ayah! 40 00:02:28,941 --> 00:02:29,942 Tidak! Hentikan! 41 00:02:30,025 --> 00:02:32,069 - Awak sakiti dia! Dia masih budak! - Jangan. Hentikan. 42 00:02:32,152 --> 00:02:33,529 - Kamu perlu balik. - Saya tak mahu balik. 43 00:02:33,612 --> 00:02:35,030 - Tom! Awak sakiti dia. - Kamu perlu balik. 44 00:02:35,113 --> 00:02:36,448 - Tidak. Ayah. - Dia masih budak! 45 00:02:36,532 --> 00:02:38,450 Jangan biarkan dia bawa saya pulang. Tak guna. 46 00:02:38,534 --> 00:02:40,077 Dia bukan lagi anak awak, Tom. 47 00:02:40,160 --> 00:02:41,370 Dia anak saya. 48 00:02:52,005 --> 00:02:53,090 Mari sini. 49 00:03:01,807 --> 00:03:04,434 Tom, berhenti! Dia boleh mati! 50 00:03:09,106 --> 00:03:10,315 Dia ada pisau! 51 00:03:11,608 --> 00:03:12,693 Oh, Tuhan. 52 00:03:16,613 --> 00:03:19,074 Ayah. Semua akan okey, ayah. 53 00:03:21,493 --> 00:03:22,494 Ayah akan selamat. 54 00:03:47,811 --> 00:03:51,273 POLIS SAVANNAH 55 00:04:26,934 --> 00:04:28,519 BERDASARKAN NOVEL "THE EXECUTIONERS" 56 00:04:28,602 --> 00:04:29,811 KARYA JOHN D. MACDONALD 57 00:04:29,895 --> 00:04:30,979 BERDASARKAN FILEM-FILEM "CAPE FEAR" 58 00:04:31,063 --> 00:04:32,648 LAKON LAYAR OLEH WESLEY STRICK DAN JAMES R. WEBB 59 00:04:36,944 --> 00:04:39,988 - Perlukah awak serang dia? - Lelaki yang culik anak saya? 60 00:04:40,072 --> 00:04:42,658 Yang anak perempuannya tinggal dalam dinding rumah kami? 61 00:04:42,741 --> 00:04:43,784 Lelaki itu? Tolonglah. 62 00:04:43,867 --> 00:04:45,661 Sekurang-kurangnya, dia tak buat dakwaan. 63 00:04:45,744 --> 00:04:48,205 Ya, supaya dia dianggap lebih mulia. Dia suka semua ini. 64 00:04:48,288 --> 00:04:50,791 Apa awak beritahu polis tentang lubang tembakan pada dinding? 65 00:04:50,874 --> 00:04:53,710 Saya beritahu hal sebenar. Dia beri kami dadah dan berlaku kemalangan. 66 00:04:55,879 --> 00:04:56,880 Mereka 67 00:04:56,964 --> 00:05:00,634 jumpa bebuli dalam dinding, macam ubat mabuk perjalanan. 68 00:05:00,717 --> 00:05:03,595 Jika ia ditemui dalam darah Zack, mungkin itu satu komplot. 69 00:05:03,679 --> 00:05:05,639 Tapi, tiada bukti Cady berkomplot, bukan? 70 00:05:05,722 --> 00:05:07,975 Nevaeh masih menafikan penglibatan Max. 71 00:05:08,642 --> 00:05:12,646 Kami ada idea untuk cari bukti. 72 00:05:13,272 --> 00:05:14,314 Cari? 73 00:05:14,398 --> 00:05:16,149 Jangan cari apa-apa. 74 00:05:16,233 --> 00:05:19,194 Awak tak rasa awak dah terlambat untuk tunjukkan tentangan? 75 00:05:19,278 --> 00:05:21,071 Awak punca kami ditimpa musibah ini, okey? 76 00:05:21,154 --> 00:05:23,699 Saya tahu. Saya silap tentang Max. 77 00:05:23,782 --> 00:05:25,993 Saya buat silap. Maafkan saya. 78 00:05:26,076 --> 00:05:28,203 Tapi, kita perlu bijak. 79 00:05:28,287 --> 00:05:32,666 Mungkin ini tak penting. Berkaitan wanita berpelitup muka 80 00:05:32,749 --> 00:05:34,668 yang awak kata mungkin tahu sesuatu tentang Max… 81 00:05:35,335 --> 00:05:38,505 Saya dapat nombor platnya dari kamera keselamatan di hotel di Macon. 82 00:05:39,006 --> 00:05:41,967 Namanya Val Tierney, dari Piney Grove, Carolina Utara. 83 00:05:42,926 --> 00:05:44,303 Bukankah berdekatan tempat Cady membesar? 84 00:05:44,386 --> 00:05:45,804 Serta Amy Brancato. 85 00:05:46,305 --> 00:05:48,307 Mungkin dia dah lama kenal Max. 86 00:05:48,849 --> 00:05:53,270 Jika wanita itu ada sebarang bukti Max paksa Amy buat pengakuan palsu, 87 00:05:53,353 --> 00:05:55,772 - itu dikira mengganggu keadilan. - Betul. 88 00:05:56,273 --> 00:05:57,399 - Kami akan ikut awak. - Ya. 89 00:05:57,482 --> 00:06:00,694 Tidak. Kamu berdua tak boleh tambah kesalahan lagi. 90 00:06:00,777 --> 00:06:03,030 - Ray akan jumpa Val. Kamu berdua… - Saya tak mahu diam saja 91 00:06:03,113 --> 00:06:04,239 dan tak buat apa-apa, Noa. 92 00:06:04,323 --> 00:06:05,949 Bukan awak saja yang mahu singkirkan dia. 93 00:06:06,033 --> 00:06:07,826 Penglibatan si celaka ini terlalu banyak 94 00:06:07,910 --> 00:06:10,037 dalam organisasi yang saya bangunkan seumur hidup saya. 95 00:06:10,621 --> 00:06:12,122 Jadi, kita akan jatuhkan dia. 96 00:06:12,956 --> 00:06:14,708 Tapi, perlu guna cara yang betul. 97 00:06:16,502 --> 00:06:18,795 Helo. Ya. 98 00:06:18,879 --> 00:06:19,880 Dari hospital. 99 00:06:20,506 --> 00:06:22,841 Bagaimana keadaannya? Boleh kami jumpa dia sekarang? 100 00:06:24,968 --> 00:06:26,136 Ya, kami akan ke sana. 101 00:06:28,639 --> 00:06:30,307 - Baiklah. - Anna Deveraux 102 00:06:30,390 --> 00:06:32,935 dan Tom Bowden kenal di fakulti perundangan. 103 00:06:33,018 --> 00:06:35,854 Adakah Anna hamil anak bersama tunangnya, 104 00:06:35,938 --> 00:06:38,357 atau bersama rakan sekelas fakulti perundangan, Tom? 105 00:06:39,650 --> 00:06:40,984 Sampai bila saya perlu tinggal di sini? 106 00:06:41,068 --> 00:06:44,738 Ayah janji dengan mak kamu untuk pastikan kamu selamat sehingga hal reda. 107 00:06:44,821 --> 00:06:48,242 Aduhai. Tengok. Masuk Citizen. 108 00:06:51,662 --> 00:06:53,914 Ayah tahu, Tom ada isu. 109 00:06:54,414 --> 00:06:55,666 Kenapa ayah benci sangat dengan dia? 110 00:06:55,749 --> 00:06:56,875 Ayah tak benci Tom. 111 00:06:57,584 --> 00:06:59,419 Dia selalu tertekan… 112 00:07:00,170 --> 00:07:03,257 Sebab dia dan mak berasmara ketika ayah dan mak masih bertunang? 113 00:07:05,092 --> 00:07:06,510 Dia bapa kandung saya? 114 00:07:08,971 --> 00:07:10,681 Kenapa kamu tanya sekarang? 115 00:07:11,390 --> 00:07:13,433 Kenapa ayah tak nafikan? 116 00:07:16,603 --> 00:07:17,604 Okey… 117 00:07:18,856 --> 00:07:19,898 Ayah rasa, kamu anak ayah. 118 00:07:22,651 --> 00:07:23,944 Ayah serius? 119 00:07:25,070 --> 00:07:27,781 Jika kamu mahu ayah cakap ayah yakin seratus peratus 120 00:07:27,865 --> 00:07:29,783 ayah ialah bapa kandung kamu, ayah akan cakap. 121 00:07:38,166 --> 00:07:40,252 Bagus. Mak dah sampai nak jemput saya. 122 00:07:41,003 --> 00:07:43,338 - Cepatnya. Dia kata… - Telefonlah dia kalau tak percaya. 123 00:07:47,467 --> 00:07:48,510 LOKASI SAYA KONGSI LOKASI SAYA 124 00:07:48,594 --> 00:07:49,595 TIDAK BERKONGSI LOKASI 125 00:07:50,554 --> 00:07:52,890 Kami bukan nak keluarkan dia. Kami cuma nak jenguk anak kami. 126 00:07:52,973 --> 00:07:54,183 Kami tak boleh buat apa-apa. 127 00:07:54,266 --> 00:07:58,103 Maaf, tapi beginilah prosedur tahanan psikiatri tanpa kerelaan. 128 00:07:58,770 --> 00:08:00,397 Buat masa ini, dia tak waras. 129 00:08:01,273 --> 00:08:04,276 Tom, dia tikam awak dan dia alami serangan disosiatif. 130 00:08:04,776 --> 00:08:06,987 Jadi, dia masih kata dia… 131 00:08:08,488 --> 00:08:10,073 anak Max Cady? 132 00:08:10,866 --> 00:08:11,909 Ya. 133 00:08:12,743 --> 00:08:15,078 Antara dadah dalam badannya, 134 00:08:15,162 --> 00:08:18,540 yang paling merisaukan saya ialah skopolamina. 135 00:08:18,624 --> 00:08:19,875 Awak tahu itu dadah apa? 136 00:08:20,876 --> 00:08:23,003 Itu untuk mabuk perjalanan? 137 00:08:23,086 --> 00:08:28,717 Betul, ya. Tapi, jika dosnya banyak, boleh akibatkan kepatuhan atau depersonalisasi. 138 00:08:29,384 --> 00:08:32,846 Skopolamina diberikan jika kita mahu kawal seseorang 139 00:08:32,929 --> 00:08:34,597 atau padam personaliti mereka. 140 00:08:35,724 --> 00:08:37,142 Perempuan itu basuh otak Zack. 141 00:08:38,309 --> 00:08:41,772 Itu bukan istilah klinikalnya, tapi, betul. 142 00:08:43,524 --> 00:08:45,943 Berapa lama tempoh sembuh? 143 00:08:47,361 --> 00:08:49,947 Kami tak tahu berapa banyak Zack diberikan dadah itu, 144 00:08:50,030 --> 00:08:53,742 sudah berapa lama atau jika dadah itu burukkan lagi isu Zack yang sedia ada. 145 00:08:54,326 --> 00:08:55,661 Contoh isu sedia ada? 146 00:08:56,620 --> 00:08:59,957 Maksud saya, seseorang dengan isu dasar, 147 00:09:00,040 --> 00:09:02,668 jika mereka ada pendedahan berlanjutan terhadap dadah ini, 148 00:09:03,585 --> 00:09:05,796 ia boleh akibatkan psikosis kekal. 149 00:09:07,881 --> 00:09:09,258 Psikosis kekal? 150 00:09:24,898 --> 00:09:25,899 Tom? 151 00:09:28,652 --> 00:09:29,862 Saya… 152 00:09:30,863 --> 00:09:32,531 Tempoh hari, saya alami satu mimpi. 153 00:09:34,825 --> 00:09:35,826 Saya 14 tahun. 154 00:09:36,702 --> 00:09:39,288 Ketika itu, musim panas sebelum abang saya masuk kolej. 155 00:09:40,455 --> 00:09:41,665 Kami sedang makan malam. 156 00:09:43,584 --> 00:09:45,169 Ayah saya cakap… 157 00:09:47,546 --> 00:09:50,465 "Abang kamu akan mati ketika cuti Hari Kesyukuran." 158 00:09:52,885 --> 00:09:55,512 "Dia akan balik, terlibat dalam kemalangan kereta dan mati." 159 00:09:58,390 --> 00:09:59,892 Mak saya pula cakap, 160 00:10:01,560 --> 00:10:02,561 "Betul. 161 00:10:03,604 --> 00:10:04,605 Dia akan mati." 162 00:10:07,441 --> 00:10:08,984 Saya pandang mereka berdua dan kata, 163 00:10:09,067 --> 00:10:10,652 "Kamu tak mahu buat sesuatu?" 164 00:10:12,988 --> 00:10:14,573 Mereka tak pandang saya pun. 165 00:10:16,783 --> 00:10:18,160 Saya pandang abang saya, 166 00:10:18,869 --> 00:10:23,290 tapi reaksinya kosong. Dia kaku. 167 00:10:25,959 --> 00:10:27,628 Baru saya sedar, dia bukan abang saya. 168 00:10:27,711 --> 00:10:28,795 Dia… 169 00:10:52,903 --> 00:10:54,571 Hei, Natalie, kamu okey? 170 00:10:54,655 --> 00:10:55,697 Saya ada soalan. 171 00:10:56,406 --> 00:10:58,116 Mak tipu saya selama saya hidup? 172 00:10:59,284 --> 00:11:01,370 Natalie, keadaan sekarang agak teruk. 173 00:11:01,453 --> 00:11:03,372 Apabila kamu telefon, mak sangka ada sesuatu… 174 00:11:03,455 --> 00:11:05,707 Paul kata, dia tak pasti jika dia bapa kandung saya. 175 00:11:08,335 --> 00:11:10,212 Mak tak tahu kenapa dia tergamak cakap begitu. 176 00:11:10,295 --> 00:11:11,672 LENKOV VODKA PREMIUM 177 00:11:11,755 --> 00:11:13,298 Jadi, betulkah? 178 00:11:13,382 --> 00:11:14,883 Mak tahu siapa bapa kandung saya? 179 00:11:16,093 --> 00:11:18,887 Tom ayah kamu sebab dia besarkan kamu. 180 00:11:18,971 --> 00:11:20,806 Paul ialah bapa kandung kamu. 181 00:11:22,266 --> 00:11:24,351 Jadi, mak dah ambil ujian paterniti? 182 00:11:24,434 --> 00:11:27,104 Itu soalan yang tak wajar ditanya kepada ibu kamu. Kamu tahu tak? 183 00:11:27,187 --> 00:11:28,188 Kenapa? 184 00:11:28,272 --> 00:11:29,773 Mak mahu saya berhenti bertanya, 185 00:11:29,857 --> 00:11:33,610 tapi, mak paksa saya bersekongkol dalam masalah mak. 186 00:11:34,695 --> 00:11:37,072 - Apa maksud kamu? - Ramai orang kata 187 00:11:37,155 --> 00:11:39,867 mak dan Tom jalin hubungan ketika perbicaraan itu. 188 00:11:39,950 --> 00:11:41,243 Jika ada orang tahu tentangnya… 189 00:11:41,326 --> 00:11:42,411 Tidak. Bukan begitu… 190 00:11:42,494 --> 00:11:44,121 Max tentu boleh dibebaskan bertahun lalu. 191 00:11:44,204 --> 00:11:45,914 Tidak, Natalie, kamu perlu berhenti. 192 00:11:45,998 --> 00:11:48,292 Adakah saya hasil daripada salah laku mak 193 00:11:48,375 --> 00:11:50,961 dan mak tipu saya sebab mak perlu tipu semua orang? 194 00:11:51,044 --> 00:11:53,630 Jangan baca penipuan dalam Internet. 195 00:11:53,714 --> 00:11:54,965 Jangan tengok telefon setiap masa 196 00:11:55,048 --> 00:11:56,300 dan kamu perlu tinggal di rumah Paul 197 00:11:56,383 --> 00:11:57,843 sehingga keadaan selamat untuk kamu pulang. 198 00:11:58,719 --> 00:12:01,346 Okey, mak. Saya akan tinggal di rumah Paul. 199 00:12:10,856 --> 00:12:12,065 Natalie? 200 00:12:13,275 --> 00:12:14,818 Saya nampak awak balik. 201 00:12:15,861 --> 00:12:18,864 Begini. Kucing ini asyik datang saja. 202 00:12:20,240 --> 00:12:21,700 Saya pulangkan kepada awak. 203 00:12:25,162 --> 00:12:27,164 Cakap, "Hai, Natalie. 204 00:12:28,332 --> 00:12:29,625 Saya nak balik." 205 00:12:32,669 --> 00:12:33,670 Okey. 206 00:12:47,476 --> 00:12:48,727 Hai. 207 00:12:54,775 --> 00:12:55,984 Terima kasih sebab bawa ia pulang. 208 00:12:57,945 --> 00:12:58,946 Baiklah. 209 00:13:05,160 --> 00:13:06,161 Awak okey? 210 00:13:07,162 --> 00:13:08,163 Ya! 211 00:13:08,664 --> 00:13:10,374 Ya, saya okey. Awak okey? 212 00:13:11,750 --> 00:13:12,793 Kenapa pula saya tak okey? 213 00:13:15,045 --> 00:13:18,674 Awak percaya ibu bapa awak. Okey. 214 00:13:20,175 --> 00:13:23,846 Awak fikir, saya suruh gadis itu buat semua itu kepada awak, bukan? 215 00:13:23,929 --> 00:13:25,764 Maksud awak, anak perempuan awak? 216 00:13:27,391 --> 00:13:29,309 Yang tinggal dalam dinding rumah saya dan beri adik saya dadah? 217 00:13:29,393 --> 00:13:32,020 Dia ada beritahu polis, saya suruh dia buat begitu? 218 00:13:32,104 --> 00:13:35,482 - Tidak, tapi… - Dia beritahu awak, saya suruh? 219 00:13:36,191 --> 00:13:37,609 Dia tak perlu beritahu. Semua masuk akal. 220 00:13:37,693 --> 00:13:38,861 Masuk akal. 221 00:13:40,320 --> 00:13:42,489 Saya tak begitu pasti. 222 00:13:42,573 --> 00:13:44,908 Tengoklah. 223 00:13:46,285 --> 00:13:49,746 Dia taasub dengan idea yang saya bapanya, 224 00:13:49,830 --> 00:13:52,416 dan dia fikir, jika dia lunaskan dendam saya, saya akan sayang dia. 225 00:13:52,499 --> 00:13:53,500 JANGAN BUAT KERJA BODOH. MARI CARI TEMAN BERBUAL BUAT KAMU. 226 00:13:53,584 --> 00:13:54,585 LUPAKAN. MEREKA PERLU RASA TAKUT DAN KEHILANGAN. SELURUH KELUARGA ITU 227 00:13:54,668 --> 00:13:55,669 JANGAN GANGGU MEREKA. AWAK AKAN BURUKKAN LAGI KEADAAN 228 00:13:55,752 --> 00:13:57,963 Awak nampak? Saya larang dia ganggu kamu. 229 00:13:59,089 --> 00:14:00,257 Dia perlukan bantuan. 230 00:14:03,343 --> 00:14:04,636 Wah! 231 00:14:04,720 --> 00:14:05,804 "Wah." Ya. 232 00:14:06,889 --> 00:14:07,890 Okey. 233 00:14:08,724 --> 00:14:09,725 Babai. 234 00:14:09,808 --> 00:14:11,268 Boleh saya tanya sesuatu? 235 00:14:13,562 --> 00:14:16,315 Saya minta maaf jika dia sakiti awak, tapi itu saja saya tahu. 236 00:14:17,858 --> 00:14:19,860 Bukan tentang Nevaeh. Tapi, ibu saya. 237 00:14:22,029 --> 00:14:23,864 Awak perlu cakap dengan dia. 238 00:14:24,531 --> 00:14:25,532 Saya pergi dulu. 239 00:14:26,825 --> 00:14:28,076 Max, ini hal penting. 240 00:14:28,160 --> 00:14:29,828 Ya, tapi saya perlu bertolak sekarang. 241 00:15:30,138 --> 00:15:31,473 Hei. 242 00:15:32,349 --> 00:15:33,350 Saya nak ikut. 243 00:15:34,101 --> 00:15:35,853 Tapi, awak tak tahu saya nak ke mana. 244 00:15:37,104 --> 00:15:38,105 Perjalanannya lama. 245 00:15:38,730 --> 00:15:42,025 Awak kata, jumpa awak jika saya tanya mak tapi dia tak jawab. 246 00:15:42,526 --> 00:15:44,069 Saya dah tanya dan dia tak jawab. 247 00:15:45,320 --> 00:15:46,572 Saya gembira awak percayakan saya. 248 00:15:47,823 --> 00:15:49,032 Saya tak cakap begitu. 249 00:15:49,116 --> 00:15:50,784 Saya dah kongsi lokasi dengan kawan saya. 250 00:15:50,868 --> 00:15:53,203 Jika sesuatu menimpa saya, dia akan hubungi 911. 251 00:15:53,287 --> 00:15:54,371 Okey. 252 00:15:54,955 --> 00:15:56,456 - Saya serius. - Saya percaya. 253 00:15:56,540 --> 00:15:57,958 Suka hati awaklah. 254 00:15:58,542 --> 00:15:59,543 Masuk. 255 00:16:27,571 --> 00:16:30,782 Ramai orang kata, mak saya lain ketika dia jadi peguam awak. 256 00:16:33,160 --> 00:16:35,913 Mungkin dia semakin pandai bersembunyi. 257 00:16:38,624 --> 00:16:39,917 Apa maksudnya? 258 00:16:41,752 --> 00:16:43,962 Mak awak selalu… 259 00:16:46,173 --> 00:16:50,427 buat segalanya yang termampu untuk sembunyi daripada dirinya. 260 00:16:56,850 --> 00:16:57,935 Contohnya, minum arak? 261 00:17:02,022 --> 00:17:03,023 Serta perkara lain? 262 00:17:05,776 --> 00:17:06,777 "Perkara lain." 263 00:17:09,029 --> 00:17:10,196 Sebenarnya… 264 00:17:11,198 --> 00:17:12,991 Siapa nama tunangnya? 265 00:17:13,075 --> 00:17:15,243 Paul? Betul? Paul? 266 00:17:16,118 --> 00:17:18,329 Lelaki itu mencuranginya. 267 00:17:18,413 --> 00:17:21,791 Jadi, kenapa dia patut hormat lelaki itu? 268 00:17:21,875 --> 00:17:23,794 Bagaimana awak tahu dia curang? 269 00:17:24,920 --> 00:17:25,921 Mak awak beritahu saya. 270 00:17:31,134 --> 00:17:32,219 Ketika saya kenal dia, 271 00:17:34,012 --> 00:17:38,934 kami berdua sangka isteri saya tinggalkan saya, dan… 272 00:17:41,520 --> 00:17:44,106 kami jadi rapat. 273 00:17:48,485 --> 00:17:52,906 Kemudian, polis jumpa mayat isteri saya dan sesuatu berubah. 274 00:18:12,593 --> 00:18:13,844 Hei. 275 00:18:16,513 --> 00:18:18,182 Apa jadi dengan anak lelaki kita? 276 00:18:47,628 --> 00:18:48,629 Helo? 277 00:18:50,964 --> 00:18:51,965 Helo? 278 00:18:59,556 --> 00:19:00,599 Hei, helo. 279 00:19:00,682 --> 00:19:01,683 Hai. 280 00:19:02,476 --> 00:19:03,644 Val Tierney ada? 281 00:19:04,520 --> 00:19:05,854 Siapa awak? 282 00:19:05,938 --> 00:19:10,234 Saya cari pemilik station wagon K Plymouth Reliant 1994. 283 00:19:10,901 --> 00:19:13,737 Ray Rawlins. Insurans Liberty State. 284 00:19:14,530 --> 00:19:18,075 Awak mungkin layak terima pampasan berkumpulan akibat caj premium berlebihan. 285 00:19:18,158 --> 00:19:19,451 Biar betul. 286 00:19:19,535 --> 00:19:21,119 Saya jual untuk dapat tunai. 287 00:19:21,203 --> 00:19:23,455 Perempuan itu akan dapat pampasan saya? 288 00:19:23,539 --> 00:19:26,333 Jangan risau tentang itu. Ini bayaran pendahuluan. 289 00:19:27,459 --> 00:19:28,585 Jangan beritahu bos saya. 290 00:19:30,504 --> 00:19:31,547 Awak jual kepada siapa? 291 00:19:31,630 --> 00:19:33,841 Awak perlu berhati-hati. 292 00:19:34,550 --> 00:19:37,010 Dia tak siuman. 293 00:19:37,094 --> 00:19:40,138 Asyik keluar masuk pelbagai klinik sejak bertahun-tahun. 294 00:19:40,639 --> 00:19:41,849 Siapa namanya? 295 00:19:43,517 --> 00:19:44,935 Namanya Crystal Cady. 296 00:19:45,686 --> 00:19:46,687 Crystal Cady? 297 00:19:48,814 --> 00:19:50,232 Adakah dia berkahwin dengan Max Cady? 298 00:19:50,858 --> 00:19:52,442 Perempuan itu adiknya. 299 00:19:53,861 --> 00:19:54,945 Adiknya? 300 00:19:56,280 --> 00:19:58,115 Inikah perempuannya? 301 00:19:58,907 --> 00:19:59,950 Biar saya tengok. 302 00:20:02,661 --> 00:20:04,496 Susah nak cam sebab berpelitup muka. 303 00:20:05,914 --> 00:20:08,333 Ya. Betullah. 304 00:20:10,085 --> 00:20:11,086 Kasihan dia. 305 00:20:13,589 --> 00:20:15,465 Kalau dia tak dikurung, 306 00:20:17,217 --> 00:20:18,343 di mana dia tinggal? 307 00:20:33,567 --> 00:20:35,277 - Awak okey? - Ya, saya okey. 308 00:20:36,028 --> 00:20:37,779 CHARLESTON - 80 KILOMETER 309 00:20:40,407 --> 00:20:41,450 Kita mahu ke mana? 310 00:20:41,533 --> 00:20:43,619 Saya dah kata, perjalanan lama. 311 00:20:44,745 --> 00:20:47,915 Ingat. Saya dah kongsi lokasi. Kalau berlaku sesuatu, saya… 312 00:20:47,998 --> 00:20:51,502 Baguslah. Awak perempuan bijak. 313 00:20:53,504 --> 00:20:55,672 Ya. Saya suka. 314 00:20:57,341 --> 00:20:58,509 Awak culik saya? 315 00:21:09,978 --> 00:21:12,189 Saya paksa awak masuk kereta saya? 316 00:21:14,483 --> 00:21:15,651 Saya tak paksa. 317 00:21:18,237 --> 00:21:19,488 Kelakarnya. 318 00:21:20,197 --> 00:21:22,491 Awak nak balik menaiki bas? 319 00:21:22,574 --> 00:21:23,742 Boleh. 320 00:21:25,077 --> 00:21:26,286 Betul. Awak boleh. 321 00:21:27,955 --> 00:21:29,623 Tapi, saya gembira awak ikut. 322 00:21:30,791 --> 00:21:37,464 Sebab saya, akan melawat ibu bapa saya di tempat saya dibesarkan. 323 00:21:40,634 --> 00:21:42,261 Bukankah di Carolina Utara? 324 00:21:42,344 --> 00:21:44,471 Saya dah kata perjalanannya lama. 325 00:21:46,098 --> 00:21:48,809 Situasinya tentu takkan mudah. 326 00:21:48,892 --> 00:21:52,646 Jadi, saya gembira saya tak ke sana bersendirian. 327 00:21:56,859 --> 00:21:58,443 Kenapa tak mudah? 328 00:22:00,070 --> 00:22:01,196 Mereka layan awak dengan buruk? 329 00:22:01,989 --> 00:22:04,783 Bapa saya bela banyak anjing. 330 00:22:08,370 --> 00:22:09,413 Seperinduk. 331 00:22:09,496 --> 00:22:12,749 Jika saya tak cakap bahasa Inggeris, 332 00:22:12,833 --> 00:22:14,835 dia akan kurung saya dalam sangkar macam anjing. 333 00:22:19,047 --> 00:22:20,716 Mak awak tak halang dia? 334 00:22:20,799 --> 00:22:23,427 Dari tanah kubur di Sepanyol? Dia tak dapat halang. 335 00:22:24,303 --> 00:22:27,139 Mak tiri saya boleh buat sesuatu tentangnya, 336 00:22:27,222 --> 00:22:30,142 tapi dia pun tak halang ayah saya. 337 00:22:30,809 --> 00:22:32,978 Sebab baginya, saya tetamu tak diundang. 338 00:22:34,271 --> 00:22:35,272 Saya bersimpati… 339 00:22:35,355 --> 00:22:36,607 Max. 340 00:22:36,690 --> 00:22:37,983 - Tak guna! - Max! 341 00:22:38,859 --> 00:22:39,860 Tak guna! 342 00:22:40,485 --> 00:22:41,653 Max! 343 00:22:48,243 --> 00:22:50,579 Tekan brek! 344 00:22:53,540 --> 00:22:55,709 - Natalie, pil. - Apa? 345 00:22:55,792 --> 00:22:57,503 Pil. Pil di sini. 346 00:23:21,735 --> 00:23:22,819 Apa jadi? 347 00:23:25,280 --> 00:23:27,783 Saya alami kabur otak. 348 00:23:27,866 --> 00:23:29,368 Kadangkala, saya alami kabur otak. 349 00:23:30,244 --> 00:23:34,540 Semasa di penjara, mereka pecahkan tengkorak saya di sini. 350 00:23:35,541 --> 00:23:38,001 Alamak. Teruknya. 351 00:23:39,127 --> 00:23:40,337 Tak guna. 352 00:23:40,420 --> 00:23:42,422 Kemudian, ayah awak pukul kepala saya. 353 00:23:45,425 --> 00:23:46,510 Tak guna. 354 00:23:46,593 --> 00:23:48,220 Itu tak membantu. 355 00:23:49,137 --> 00:23:50,639 Itu tak membantu. 356 00:23:52,975 --> 00:23:55,394 Apa awak buat jika keseorangan ketika gangguan itu berlaku? 357 00:24:05,988 --> 00:24:08,073 Awak sangat berani, Natalie. 358 00:24:08,156 --> 00:24:10,784 Aduhai. Terima kasih. Awak okey? 359 00:24:11,577 --> 00:24:12,578 Ya. 360 00:24:12,661 --> 00:24:13,829 - Baiklah. - Awak? 361 00:24:13,912 --> 00:24:14,997 Ya, saya okey. 362 00:24:16,957 --> 00:24:20,627 Lebih baik awak yang pandu. 363 00:24:21,670 --> 00:24:23,505 Saya nak berehat. 364 00:24:26,258 --> 00:24:27,759 Awak ada lesen, bukan? 365 00:24:29,803 --> 00:24:31,972 - Ya, saya ada lesen. - Okey. 366 00:24:40,939 --> 00:24:43,942 Polis tak jumpa bebuli skopolamina yang Nevaeh simpan di situ. 367 00:24:44,526 --> 00:24:46,612 Tentu ada cap jari Nevaeh padanya. 368 00:24:48,113 --> 00:24:52,367 Kalau polis jumpainya di rumah Max, ia boleh buktikan mereka berkomplot. 369 00:24:52,451 --> 00:24:53,744 Awak mahu perangkap Max? 370 00:24:53,827 --> 00:24:56,163 Bukan perangkap kalau dia bersalah. 371 00:24:56,246 --> 00:24:57,956 Itu pembelaan awak? 372 00:24:58,040 --> 00:25:00,751 Saya tak perlukan pembelaan sebab saya takkan tertangkap. 373 00:25:00,834 --> 00:25:02,669 Awak tak rasa, polis akan tahu kita pelakunya 374 00:25:02,753 --> 00:25:05,547 jika ada orang laporkan tentang skopolamina di rumah Max? 375 00:25:05,631 --> 00:25:07,966 Anna, orang itu akan kata, heroin atau kokaina. 376 00:25:08,050 --> 00:25:09,551 Tapi, mereka akan jumpa skopolamina. 377 00:25:11,094 --> 00:25:12,471 Kereta Max tiada. 378 00:25:13,138 --> 00:25:14,723 Saya perlu buat sekarang. 379 00:25:14,806 --> 00:25:16,975 Hei. 380 00:25:17,559 --> 00:25:19,353 Siapa akan lindung keluarga kita jika awak dipenjarakan? 381 00:25:19,436 --> 00:25:21,021 Kita tak boleh berdiam diri saja. 382 00:25:21,104 --> 00:25:23,273 Mungkin kita patut berpindah. Mungkin kita patut jual rumah. Saya… 383 00:25:23,357 --> 00:25:25,359 Kemudian, nak buat apa jika dia ekori kita? 384 00:25:25,442 --> 00:25:26,610 Berpindah lagi? 385 00:25:27,653 --> 00:25:31,073 Habiskan setiap saat risau tentang anak kita setiap kali mereka tiada? 386 00:25:32,324 --> 00:25:33,700 Jika awak ada idea lebih bagus, beritahu saya 387 00:25:33,784 --> 00:25:35,369 sebab percayalah, ini saja idea saya ada. 388 00:25:35,452 --> 00:25:36,453 Okey. 389 00:25:40,290 --> 00:25:42,084 Tapi, awak tak boleh pecah masuk rumah Max. 390 00:25:42,167 --> 00:25:44,044 Awak tak pernah buat perkara begitu sebelum ini. 391 00:25:49,716 --> 00:25:51,552 Kita kenal seseorang yang pernah. 392 00:26:11,446 --> 00:26:12,447 Apa? 393 00:26:14,408 --> 00:26:15,409 Entahlah. 394 00:26:16,493 --> 00:26:17,619 Awak nampak… 395 00:26:19,371 --> 00:26:20,622 Awak nampak relaks. 396 00:26:24,585 --> 00:26:26,170 Seronok dapat memandu. 397 00:26:28,005 --> 00:26:29,423 Lupakan segalanya sekejap. 398 00:26:34,970 --> 00:26:36,972 Awak pernah tengok Sungai Cape Fear? 399 00:26:38,599 --> 00:26:40,184 Bukankah ia amat tercemar? 400 00:26:40,267 --> 00:26:42,186 Tidak. Saya dibaptis di situ. 401 00:26:43,187 --> 00:26:44,438 - Dalam sungai? - Ya. 402 00:26:44,521 --> 00:26:46,899 Betul-betul di sana. Di Bluff's Point. 403 00:26:48,901 --> 00:26:49,943 Saya… 404 00:26:50,527 --> 00:26:52,154 Tak boleh berenang. 405 00:26:53,071 --> 00:26:54,656 Sebenarnya, tak pandai. 406 00:26:55,490 --> 00:26:57,910 Tapi, ayah saya paksa. 407 00:26:58,827 --> 00:27:01,288 Untuk bersihkan dosa dan… 408 00:27:02,539 --> 00:27:03,957 Saya ketakutan. 409 00:27:04,041 --> 00:27:06,043 Saya takut akan lemas. 410 00:27:07,836 --> 00:27:11,840 Tapi, awak tahu apa berlaku selepas saya naik ke permukaan? 411 00:27:14,301 --> 00:27:17,888 Saya jadi orang berbeza. Suci. 412 00:27:21,225 --> 00:27:22,893 Saya bukan lagi budak lelaki itu. 413 00:27:24,937 --> 00:27:26,104 Saya ialah diri saya. 414 00:27:31,109 --> 00:27:34,112 CAPE FEAR 19 KILOMETER 415 00:27:58,679 --> 00:28:00,180 Awak membesar di sini? 416 00:28:06,061 --> 00:28:07,771 - Saya nak ikut awak. - Tunggu di sini. 417 00:28:07,855 --> 00:28:08,856 Saya pergi sekejap saja. 418 00:28:32,713 --> 00:28:33,714 Helo. 419 00:28:36,008 --> 00:28:38,427 Hai. 420 00:28:38,510 --> 00:28:39,511 Hei. 421 00:28:40,929 --> 00:28:43,682 Hai, sayang. Comelnya awak. 422 00:28:45,642 --> 00:28:47,477 Apa awak buat? 423 00:28:48,020 --> 00:28:49,104 Maafkan saya. 424 00:28:52,107 --> 00:28:54,610 Awak suka kalau saya tiba-tiba belai awak? 425 00:28:56,653 --> 00:28:58,238 Ia nampak jinak. 426 00:28:58,864 --> 00:29:00,407 Awak patut basuh tangan. 427 00:29:01,200 --> 00:29:02,284 Ia ada cacing. 428 00:29:09,625 --> 00:29:10,667 Saya Natalie. 429 00:29:11,168 --> 00:29:12,503 Semua ini anjing awak? 430 00:29:13,545 --> 00:29:14,630 Bukan. 431 00:29:16,882 --> 00:29:18,425 Tapi, saya sayang semua anjing ini. 432 00:29:19,551 --> 00:29:20,677 Baguslah. 433 00:29:22,137 --> 00:29:23,639 Terutamanya yang pemalu. 434 00:29:26,683 --> 00:29:30,103 Saya sedang tunggu seseorang. 435 00:29:30,187 --> 00:29:31,980 Saya akan tunggu dalam kereta. 436 00:29:32,564 --> 00:29:33,732 Boleh saya cium awak? 437 00:29:37,986 --> 00:29:38,987 Apa? 438 00:29:44,910 --> 00:29:45,911 Sekali saja. 439 00:29:46,745 --> 00:29:48,038 Saya pergi dulu. Maaf. 440 00:30:16,316 --> 00:30:17,568 Aduhai. 441 00:30:18,527 --> 00:30:21,029 Tengoklah apa anjing muntahkan. 442 00:30:28,871 --> 00:30:30,622 Ada orang "ajar" kamu, ya? 443 00:30:32,207 --> 00:30:33,292 Ya. 444 00:30:34,293 --> 00:30:35,377 Macam yang pernah… 445 00:30:37,296 --> 00:30:38,422 ayah buat. 446 00:30:39,423 --> 00:30:41,383 Jangan merintih macam anjing kacukan. 447 00:30:45,470 --> 00:30:46,471 SURAT PERHATIAN SEGERA 448 00:30:46,555 --> 00:30:48,140 NOTIS NILAI CADANGAN 2026 ROBERT CADY 449 00:30:48,223 --> 00:30:49,975 Hei! Jangan pegang-pegang. 450 00:30:50,601 --> 00:30:53,437 Apa kata kamu pulang ke tempat asal kamu? 451 00:30:55,397 --> 00:30:58,150 Okey. Di mana Crystal? 452 00:31:00,819 --> 00:31:02,154 Cukuplah kamu kelirukan dia. 453 00:31:03,363 --> 00:31:05,365 Kalau kamu dekati dia, 454 00:31:06,033 --> 00:31:07,451 ayah akan belasah kamu. 455 00:31:09,703 --> 00:31:12,456 Saya boleh paksa ayah beritahu saya. 456 00:31:12,539 --> 00:31:13,790 Ayah pun tahu. 457 00:31:25,052 --> 00:31:27,888 Kamu ingat, kamu boleh paksa ayah? 458 00:31:32,100 --> 00:31:33,936 Semua perkara yang kamu tahu buat, 459 00:31:35,729 --> 00:31:37,105 ayah tahu dulu. 460 00:31:41,985 --> 00:31:43,111 Woof! 461 00:31:45,322 --> 00:31:46,365 Nampak? 462 00:31:47,449 --> 00:31:49,117 Jika kita pandai latih anjing… 463 00:31:51,495 --> 00:31:53,121 ia takkan lupakan tuannya. 464 00:31:55,916 --> 00:31:56,917 Kamu masih akur? 465 00:32:00,003 --> 00:32:02,005 Di mana Crystal? 466 00:32:04,091 --> 00:32:05,717 Kamu nak dikurung dalam sangkar lagi? 467 00:32:06,426 --> 00:32:08,095 Ia masih terbuka untuk kamu. 468 00:32:09,638 --> 00:32:10,639 Duduk. 469 00:32:12,015 --> 00:32:13,016 Guling. 470 00:32:16,645 --> 00:32:18,313 Ya, ayah dah agak. 471 00:32:19,106 --> 00:32:20,232 Kamu tak berguna. 472 00:32:22,276 --> 00:32:23,777 Kamu cuma anak anjing lemah. 473 00:32:23,861 --> 00:32:25,445 Asyik kencing atas ambal. 474 00:32:25,529 --> 00:32:27,531 Sebab itu ayah tumbuk hidung kamu. 475 00:32:28,115 --> 00:32:29,283 Tapi, kamu tak belajar apa-apa pun. 476 00:32:30,617 --> 00:32:33,704 Maaf. Ada lelaki tegur saya tadi. 477 00:32:33,787 --> 00:32:35,038 Itu Luke. 478 00:32:35,122 --> 00:32:36,874 Dia beri anjing makan. 479 00:32:39,543 --> 00:32:41,128 Siapa ini? 480 00:32:41,211 --> 00:32:42,588 Agak muda, bukan? 481 00:32:42,671 --> 00:32:43,672 Mari sini. 482 00:32:44,923 --> 00:32:46,466 Apa kata kamu pulang ke Savannah, 483 00:32:46,550 --> 00:32:49,011 lepak dengan Deveraux perempuan yang penjarakan kamu? 484 00:32:49,094 --> 00:32:50,262 Deveraux? 485 00:32:51,430 --> 00:32:54,266 Anna Deveraux. 486 00:32:54,349 --> 00:32:56,810 Hester, awak nampak sihat. 487 00:32:57,644 --> 00:33:01,815 Awak masih tergilakan si syaitan? 488 00:33:01,899 --> 00:33:04,151 Saya bukan Anna, puan. 489 00:33:04,234 --> 00:33:06,236 Saya tahu perbuatan awak, cik adik. 490 00:33:06,320 --> 00:33:10,949 Awak penjarakan dia, sebab awak malu kerana mendambakan dia. 491 00:33:11,033 --> 00:33:12,743 Mari, sayang. Masuk tidur semula. 492 00:33:12,826 --> 00:33:13,869 Hester. 493 00:33:13,952 --> 00:33:15,287 - Apa khabar Crystal? - Ya. 494 00:33:16,413 --> 00:33:17,831 - Dengar sini. - Ya? 495 00:33:17,915 --> 00:33:21,960 Keadaan Crystal lebih baik daripada ketika di klinik itu. 496 00:33:22,044 --> 00:33:24,171 - Hester. - Dia sudah ada rumah sendiri 497 00:33:24,254 --> 00:33:26,548 - yang besar di tepi sungai. - Hester. 498 00:33:26,632 --> 00:33:28,008 Sungai? 499 00:33:29,176 --> 00:33:30,344 Tak guna! 500 00:33:31,762 --> 00:33:33,847 - Ya. - Nampaknya, kamu masih saling menyayangi. 501 00:33:33,931 --> 00:33:35,516 Mari kita pergi dari sini. 502 00:33:48,529 --> 00:33:49,571 Hei, Crystal. 503 00:33:50,489 --> 00:33:52,115 Ada hal penting nak beritahu. 504 00:33:54,785 --> 00:33:56,286 Maaf awak perlu saksikannya. 505 00:33:57,746 --> 00:33:59,998 Saya bersimpati awak membesar sebegitu. 506 00:34:00,749 --> 00:34:02,000 Awak tentu lapar. 507 00:34:13,469 --> 00:34:14,888 Apa maksud perempuan tadi? 508 00:34:14,972 --> 00:34:17,349 Awak mencintai ibu saya atau apa? 509 00:34:19,101 --> 00:34:20,101 "Atau apa." 510 00:34:23,105 --> 00:34:24,731 Perjalanan balik pun akan lama. 511 00:34:26,275 --> 00:34:27,442 Awak tak lapar? 512 00:34:28,569 --> 00:34:29,820 Saya hilang selera. 513 00:34:42,498 --> 00:34:43,625 Sedap? 514 00:34:44,751 --> 00:34:45,918 Pic Georgia. 515 00:34:46,837 --> 00:34:48,005 Ya. Kita patut beredar. 516 00:35:01,560 --> 00:35:03,020 Cantiknya kolam renang. 517 00:35:07,399 --> 00:35:09,902 Di situkah kamu benarkan tukang kebun dan sebagainya masuk? 518 00:35:12,988 --> 00:35:15,157 Ia cuma pagar belakang. 519 00:35:18,493 --> 00:35:20,621 Seronok dapat jumpa kamu, Annie. 520 00:35:21,455 --> 00:35:22,915 Kamu lebih tinggi daripada yang ayah ingat. 521 00:35:23,707 --> 00:35:25,375 Sebab saya di atas tangga, ayah. 522 00:35:27,753 --> 00:35:28,754 Ayah pula semakin rendah. 523 00:35:29,296 --> 00:35:30,923 Semakin tua, kita akan semakin rendah. 524 00:35:31,548 --> 00:35:32,841 Sebab graviti agaknya. 525 00:35:33,509 --> 00:35:34,927 Awak memang nampak lebih kecil. 526 00:35:36,762 --> 00:35:40,140 Saya anggap, sebab saya dah semakin tua. 527 00:35:42,059 --> 00:35:43,060 Anak-anak ada? 528 00:35:44,019 --> 00:35:45,020 Tiada. 529 00:35:55,113 --> 00:35:56,949 Ayah tak tahu tujuan kamu hubungi ayah. 530 00:35:57,032 --> 00:35:59,785 Ayah cuma gembira akhirnya kamu hubungi ayah. 531 00:36:04,665 --> 00:36:06,500 Ayah dah lama berusaha. 532 00:36:07,709 --> 00:36:10,295 Jika ada sesuatu ayah boleh buat 533 00:36:10,379 --> 00:36:13,882 untuk dapat semula kepercayaan kamu, Annie, ayah… 534 00:36:15,592 --> 00:36:17,010 ayah sanggup lakukannya. 535 00:36:20,597 --> 00:36:21,598 Okey. 536 00:36:22,099 --> 00:36:23,100 Mari kita berbincang. 537 00:36:54,423 --> 00:36:55,507 Helo? 538 00:37:02,014 --> 00:37:03,140 Helo? 539 00:38:27,933 --> 00:38:29,977 Enam tahun lalu, 540 00:38:31,019 --> 00:38:35,440 ayah berubah dan berpindah ke Savannah. 541 00:38:36,441 --> 00:38:39,611 Ayah fikir, lambat laun kamu berdua akan beri ayah peluang. 542 00:38:39,695 --> 00:38:43,031 Mungkin anak-anak akan datang, tonton filem dan sebagainya. 543 00:38:43,615 --> 00:38:48,036 Tapi, kamu mahu ayah pecah masuk rumah lelaki ini dan letak dadah untuk kamu. 544 00:38:49,705 --> 00:38:52,541 Ayah ingat, kalau kami ada pilihan lebih baik, kami akan hubungi ayah? 545 00:38:55,460 --> 00:38:57,671 - Mungkin saya tak patut hubungi. - Tidak. Hei. 546 00:38:58,547 --> 00:39:00,007 Ayah tak menolak. 547 00:39:01,550 --> 00:39:05,053 Annie, ayah tahu ayah bukan bapa terbaik buat kamu. 548 00:39:06,471 --> 00:39:08,557 Ayah bukan lelaki sebegitu lagi. 549 00:39:09,183 --> 00:39:12,186 Sayang, jika ayah tolong dan masalah timbul, 550 00:39:12,269 --> 00:39:14,771 ayah akan dipenjarakan semula seumur hidup. 551 00:39:16,481 --> 00:39:20,235 Ayah tak kisah angkut dadah, tapi sekarang, ayah ada kerja. 552 00:39:20,777 --> 00:39:23,488 Ayah ada rumah cantik di Garden City… 553 00:39:23,572 --> 00:39:25,490 Tak secantik rumah ini, tapi… 554 00:39:27,284 --> 00:39:28,744 Ayah boleh kehilangan sesuatu. 555 00:39:28,827 --> 00:39:30,370 Tugas awak sangat mudah. 556 00:39:31,246 --> 00:39:33,916 Awak letakkan dadah, kami hubungi CrimeStoppers. 557 00:39:35,125 --> 00:39:36,668 McGruff, Anjing Cegah Jenayah? 558 00:39:36,752 --> 00:39:38,003 Ia talian tanpa nama. 559 00:39:38,086 --> 00:39:40,464 Polis akan datang, tiada siapa persoalkan. 560 00:39:40,547 --> 00:39:46,470 Kami ada klien yang dipenjarakan 20 tahun kerana maklumat yang dilaporkan. 561 00:39:49,014 --> 00:39:51,308 Ayah sangka, kamu tergerak hati mahu maafkan ayah. 562 00:39:55,812 --> 00:39:58,815 Hei, nampaknya, kita sama saja, bukan? 563 00:40:00,776 --> 00:40:02,486 - Tidak. Ini satu kesilapan. - Makan malam. 564 00:40:05,113 --> 00:40:06,114 Sebulan sekali. 565 00:40:08,283 --> 00:40:10,327 Kita berdua. Supaya ayah boleh berbual dengan kamu. 566 00:40:15,332 --> 00:40:17,668 Ayah dapat jumpa cucu. 567 00:40:18,961 --> 00:40:21,380 Ayah ingat, saya akan benarkan ayah jumpa anak-anak saya? 568 00:40:21,463 --> 00:40:23,799 Kamu mahu sesuatu daripada ayah, ayah mahu sesuatu daripada kamu. 569 00:40:33,684 --> 00:40:35,102 Kita buat perkara yang betul. 570 00:40:44,778 --> 00:40:46,071 Ray, bagaimana keadaan di sana? 571 00:40:46,154 --> 00:40:50,993 Hei, Val Tierney bukan perempuan yang mengekori awak. 572 00:40:53,036 --> 00:40:56,623 Perempuan berjaket hijau itu ialah Crystal Cady. 573 00:40:56,707 --> 00:40:58,458 Adik tiri Max Cady. 574 00:40:59,710 --> 00:41:00,919 Adiknya? 575 00:41:01,628 --> 00:41:02,921 - Ray? - Helo? 576 00:41:04,047 --> 00:41:05,048 Helo? 577 00:41:07,634 --> 00:41:09,970 Keluarga Max Cady tak datang perbicaraan. 578 00:41:11,013 --> 00:41:13,015 Ketika itu, adik perempuannya dimasukkan ke hospital psikiatri. 579 00:41:13,098 --> 00:41:15,100 Kenapa dia ekori Max sekarang? 580 00:41:15,184 --> 00:41:16,185 Saya tak tahu. 581 00:41:17,644 --> 00:41:19,855 Tapi, ia takkan mengubah tindakan kita. 582 00:42:08,987 --> 00:42:09,988 Hei! 583 00:42:11,156 --> 00:42:13,158 Kenapa datang dari jauh ke sini? 584 00:42:14,159 --> 00:42:15,744 Cari pemilik sebuah kereta. 585 00:42:17,579 --> 00:42:18,705 Awak pula? 586 00:42:20,499 --> 00:42:21,917 Saya membesar di kawasan sini. 587 00:42:25,170 --> 00:42:26,672 Kebetulan pula. 588 00:42:28,340 --> 00:42:30,008 Awak jumpa pemiliknya? 589 00:42:32,135 --> 00:42:33,136 Tidak. 590 00:42:34,054 --> 00:42:35,222 Tiada orang di sini. 591 00:42:38,600 --> 00:42:39,601 Okey… 592 00:42:40,143 --> 00:42:41,311 Sakitkah? 593 00:42:42,980 --> 00:42:45,816 Apa? Tak. Tak sakit pun. 594 00:42:48,944 --> 00:42:50,153 Seronok jumpa awak di sini. 595 00:42:51,280 --> 00:42:54,658 Pintu itu memang terbuka, ya? 596 00:42:54,741 --> 00:42:56,493 Awak boleh masuk sesuka hati? 597 00:42:57,077 --> 00:42:58,245 Melihat-lihat? 598 00:42:59,204 --> 00:43:00,247 Tapi… 599 00:43:01,790 --> 00:43:02,916 awak patut berhati-hati. 600 00:43:03,792 --> 00:43:05,586 Kalau awak bukan orang sini… 601 00:43:08,714 --> 00:43:10,257 amat mudah nak menyinggung orang. 602 00:43:14,178 --> 00:43:17,806 Hei, Max, awak tahu perasaan paling memuaskan di dunia ini? 603 00:43:18,932 --> 00:43:20,017 Terima hakikat. 604 00:43:21,185 --> 00:43:22,519 Walau apa pun nasib malang awak, 605 00:43:23,103 --> 00:43:24,771 walau apa pun kesakitan dan kehilangan, 606 00:43:25,397 --> 00:43:27,816 terima saja. 607 00:43:35,032 --> 00:43:37,659 Baiklah. Saya balik dulu. 608 00:43:38,493 --> 00:43:39,578 Perjalanan lama. 609 00:43:40,287 --> 00:43:42,623 Kenapa tergesa-gesa? Mari saya belanja minum. 610 00:43:42,706 --> 00:43:43,999 Saya tahu satu kedai di hujung jalan. 611 00:43:44,583 --> 00:43:45,834 Lain kali sajalah. 612 00:43:48,712 --> 00:43:50,005 Adakah itu Natalie? 613 00:43:51,423 --> 00:43:53,300 - Natalie! - Ray. 614 00:43:56,178 --> 00:43:57,221 Okey. 615 00:44:01,517 --> 00:44:02,559 Betul kata awak. 616 00:44:02,643 --> 00:44:05,229 "Terima saja." 617 00:44:39,388 --> 00:44:41,014 Kita di mana? 618 00:44:41,098 --> 00:44:42,099 Hei. 619 00:44:44,726 --> 00:44:46,353 Apa jadi? 620 00:44:46,436 --> 00:44:47,521 Awak tertidur. 621 00:44:56,822 --> 00:44:57,865 Apa itu? 622 00:44:58,574 --> 00:45:00,617 Hati-hati. 623 00:45:03,787 --> 00:45:06,623 Dunia ini lebih indah dengan kehadiran awak, okey? 624 00:45:10,419 --> 00:45:11,420 Apa? 625 00:45:17,342 --> 00:45:18,343 Apa? 626 00:45:22,514 --> 00:45:24,766 Bila mereka jumpa mayat isteri awak? 627 00:45:28,395 --> 00:45:29,438 Kenapa? 628 00:45:30,230 --> 00:45:32,316 Awak kata, sesuatu berubah selepas… 629 00:45:35,152 --> 00:45:36,737 mereka jumpa mayatnya dan mak saya… 630 00:45:38,822 --> 00:45:42,367 mewakili awak semasa musim panas 2008? 631 00:45:46,830 --> 00:45:48,665 Awak juga kata, kamu berdua rapat. 632 00:45:52,044 --> 00:45:53,879 Serta awak ada perasaan terhadapnya. 633 00:45:58,717 --> 00:45:59,843 Oktober. 634 00:46:00,886 --> 00:46:02,054 Tahun 2008. 635 00:46:08,227 --> 00:46:09,811 Saya lahir bulan Julai. 636 00:46:11,897 --> 00:46:13,148 Tahun 2009. 637 00:46:18,487 --> 00:46:19,821 Tom bukan bapa saya. 638 00:46:21,448 --> 00:46:22,658 Begitu juga Paul. 639 00:46:23,492 --> 00:46:24,493 Ya. 640 00:46:30,749 --> 00:46:34,711 Saya tak mahu jumpa awak semasa saya di penjara. 641 00:46:37,214 --> 00:46:40,926 Tapi, saya sentiasa ingat awak, 642 00:46:41,885 --> 00:46:42,928 Natalie. 643 00:46:56,984 --> 00:46:59,611 BLUFF'S POINT 60 METER 644 00:48:06,845 --> 00:48:08,430 Saya tak rasa berbeza. 645 00:48:09,765 --> 00:48:11,433 Sebab awak tak berubah. 646 00:48:15,395 --> 00:48:17,022 Awak memang diri awak. 647 00:48:26,198 --> 00:48:27,741 Ayuh. Mari kita pulang 648 00:48:45,425 --> 00:48:48,387 Saya tak sangka, dia tak ambil ujian paterniti. 649 00:49:10,367 --> 00:49:11,785 Mungkin ini boleh membantu awak. 650 00:49:21,378 --> 00:49:22,504 Terima kasih. 651 00:49:24,965 --> 00:49:26,258 Tunggu. 652 00:49:26,341 --> 00:49:28,343 Beg awak. Jangan lupa beg awak. 653 00:49:29,845 --> 00:49:30,929 Saya boleh… 654 00:49:35,559 --> 00:49:36,560 Apa? 655 00:50:20,270 --> 00:50:22,856 Natalie, kenapa kamu balik rumah? 656 00:50:24,900 --> 00:50:27,152 Saya tak suka menetap di rumah Paul, jadi, saya panggil Uber. 657 00:50:35,202 --> 00:50:36,620 Kita akan teruskan? 658 00:50:37,412 --> 00:50:39,414 Kita cuma pulangkan paku buah keras. 659 00:50:40,040 --> 00:50:41,458 Kita tengok jika dia suka. 660 00:50:52,761 --> 00:50:54,513 Talian tanpa nama CrimeStoppers. 661 00:50:54,596 --> 00:50:56,723 Saya mahu laporkan tentang sejumlah besar narkotik 662 00:50:56,807 --> 00:50:58,642 dalam sebuah rumah di Jalan West Jones. 663 00:52:28,690 --> 00:52:30,692 Terjemahan sari kata oleh Hamizah