1 00:00:09,968 --> 00:00:12,053 Awak berhak untuk berdiam diri. 2 00:00:12,554 --> 00:00:15,682 Semua yang awak cakap akan digunakan di mahkamah. 3 00:00:16,474 --> 00:00:19,519 Awak berhak ditemani peguam semasa disoal siasat. 4 00:00:20,103 --> 00:00:21,771 Kalau tak mampu upah peguam, 5 00:00:21,855 --> 00:00:25,358 peguam akan dilantik untuk awak sebelum soal siasat. 6 00:00:27,694 --> 00:00:29,529 Jangan rumitkan keadaan. 7 00:00:29,612 --> 00:00:33,491 Beritahu kami lokasi Noah Stiles dan suami awak. 8 00:00:33,575 --> 00:00:36,578 Selepas budak itu ditemui dan Coltrane ditahan, 9 00:00:36,661 --> 00:00:39,414 kami akan minta pendakwa raya lepaskan awak. 10 00:00:41,833 --> 00:00:43,251 Saya nak buat panggilan. 11 00:00:46,171 --> 00:00:47,172 Sekarang. 12 00:00:48,548 --> 00:00:52,302 - Dia tak nak buka mulut. - Yang pasti, dia tahu sesuatu. 13 00:00:52,385 --> 00:00:56,431 Tak, dia tahu segalanya, termasuk lokasi dan cara nak cari Noah. 14 00:00:56,514 --> 00:00:58,600 Betulkah tiada sesiapa culik dia? 15 00:00:58,683 --> 00:01:01,561 Tiada tanda pergelutan dan bilik dia kemas. 16 00:01:01,644 --> 00:01:03,480 Noah curi-curi keluar sendiri. 17 00:01:03,563 --> 00:01:05,774 Sebab itu dia tak bawa telefon. Dia… 18 00:01:06,566 --> 00:01:08,902 Dia nak cari Coltrane dan balas dendam. 19 00:01:08,985 --> 00:01:11,362 - Mana awak tahu? - Saya akan buat macam itu. 20 00:01:11,905 --> 00:01:15,742 - Moga-moga dia belum jumpa Coltrane. - Atau sebaliknya. 21 00:01:15,825 --> 00:01:19,579 Malik baru saja keluarkan waran tangkap untuk Wilder. 22 00:01:19,662 --> 00:01:22,707 - Sebab bunuh Amos. - Macam mana dia boleh setuju? 23 00:01:22,791 --> 00:01:26,628 Kami periksa rakaman CCTV di dalam kelab bogel itu 24 00:01:26,711 --> 00:01:30,131 dan nampak Harper bagi pistol awak kepada Coltrane. 25 00:01:31,049 --> 00:01:31,883 Nic Harper? 26 00:01:31,966 --> 00:01:34,803 Selama ini, dia kerja untuk Coltrane. 27 00:01:34,886 --> 00:01:37,722 Kalau macam itu, mungkin dia tengah cari Noah. 28 00:01:37,806 --> 00:01:40,517 Dia yang hantar Noah ke balai polis. 29 00:01:40,600 --> 00:01:43,019 Mungkin Noah percaya dan ikut dia. 30 00:01:43,103 --> 00:01:45,480 Dave, awak mesti paksa Ebony buka mulut. 31 00:01:45,563 --> 00:01:49,943 Dia cari siapa? Dia telefon siapa? Mungkin itu cara nak cari Coltrane. 32 00:01:50,026 --> 00:01:55,031 Dalam banyak-banyak tempat, dia telefon spa untuk batalkan janji temu. 33 00:01:55,115 --> 00:01:58,493 Ebony Wilder. Tinggalkan pesanan selepas nada. 34 00:01:58,576 --> 00:02:02,455 Ebony, dah 30 minit saya telefon. Awak di mana? 35 00:02:02,539 --> 00:02:05,208 PANGGILAN MASUK SPA EDEN'S BLISS 36 00:02:06,709 --> 00:02:07,919 Coltrane Wilder. 37 00:02:08,002 --> 00:02:10,296 Selamat siang, tuan. Spa Eden's Bliss. 38 00:02:10,380 --> 00:02:14,717 Kami nak maklumkan isteri tuan batalkan janji temu hari ini. 39 00:02:18,054 --> 00:02:19,264 Okey. 40 00:02:20,765 --> 00:02:22,308 Dia ada beritahu sebabnya? 41 00:02:22,392 --> 00:02:24,894 Dia kena jumpa kawan-kawan tuan di bandar. 42 00:02:24,978 --> 00:02:28,314 - Dia cakap tuan kenal mereka. - Ya, kenal sangat. 43 00:02:29,858 --> 00:02:33,695 Awak tahu berapa lama supaya saya boleh buat janji temu baharu? 44 00:02:33,778 --> 00:02:36,781 Sebenarnya, dia minta tuan buat sesi sendirian saja. 45 00:02:36,865 --> 00:02:41,411 Mungkin di spa tepi pantai yang tuan pergi tahun lepas di Montenegro. 46 00:02:42,912 --> 00:02:44,873 Boleh saya cakap dengan pengurus? 47 00:02:44,956 --> 00:02:48,251 - Maaf, pengurus tiada hari ini. - Sampai bila? 48 00:02:48,334 --> 00:02:49,544 Saya tak pasti. 49 00:03:00,180 --> 00:03:02,557 - Helo. - LAPD dan RHD tangkap Ebony. 50 00:03:02,640 --> 00:03:04,017 Dia di balai sekarang. 51 00:03:04,100 --> 00:03:07,729 Awak kena pergi ke sana dan tolong dia sebaik mungkin. 52 00:03:07,812 --> 00:03:11,566 - Ada waran tangkap untuk awak. - Lantaklah, Sam. Dengar sini. 53 00:03:11,649 --> 00:03:14,569 Saya risau pasal Ebony. Dia suruh saya lari. 54 00:03:14,652 --> 00:03:17,989 Betul cakap dia. Awak patut tinggalkan Los Angeles. 55 00:03:18,072 --> 00:03:22,702 Saya takkan tinggalkan isteri saya. Pergi jumpa dia sekarang, Sam. 56 00:03:22,785 --> 00:03:25,038 Okey, tapi saya nak ingatkan awak. 57 00:03:25,121 --> 00:03:27,457 Ebony mungkin terpaksa serahkan awak. 58 00:03:27,540 --> 00:03:29,626 Sebab itu dia suruh awak lari. 59 00:03:31,336 --> 00:03:32,545 Dia mengandung, Sam. 60 00:03:32,629 --> 00:03:35,089 Seriuslah? Saya ingat kamu berlakon saja. 61 00:03:35,173 --> 00:03:38,927 Saya takkan tinggalkan isteri dan anak saya. 62 00:03:39,010 --> 00:03:42,555 Kalau awak kena tangkap, awak akan hilang mereka atau sebaliknya. 63 00:03:43,139 --> 00:03:46,142 Macam mana mereka boleh dapat waran? Apa buktinya? 64 00:05:03,344 --> 00:05:07,807 - Apa kau buat di sini? - Gilalah, Noah! Dah ada pistol sekarang. 65 00:05:10,643 --> 00:05:13,396 Nasib baik aku tak tembak kau. 66 00:05:13,479 --> 00:05:17,734 - Kenapa curi-curi masuk? - Kami nak memperingati atuk kau hari ini. 67 00:05:17,817 --> 00:05:19,819 Dia layak dapat penghormatan. 68 00:05:20,445 --> 00:05:22,989 Aku datang nak ambil barang peribadi dia. 69 00:05:23,906 --> 00:05:26,200 Aku simpati atas kehilangan kau. 70 00:05:27,076 --> 00:05:27,952 Kau cari apa? 71 00:05:29,746 --> 00:05:31,039 Pistol ini. 72 00:05:32,040 --> 00:05:33,708 Aku nak bunuh pembunuh dia. 73 00:05:35,209 --> 00:05:37,128 Mana suami awak, Ebony? 74 00:05:38,671 --> 00:05:42,300 Saya takkan beritahu. Awak tak tahu keistimewaan perkahwinan? 75 00:05:42,383 --> 00:05:44,969 Hanya terpakai kalau Coltrane beritahu awak, 76 00:05:45,053 --> 00:05:48,222 bukannya awak tahu sendiri dan saya yakin awak tahu. 77 00:05:49,182 --> 00:05:52,894 Apa pun, awak tahu nyawa Noah dalam bahaya. 78 00:05:52,977 --> 00:05:54,437 Kalau bukan suami awak… 79 00:05:54,520 --> 00:05:55,730 Bukan. 80 00:05:56,898 --> 00:06:00,109 Detektif Harper? Awak nak telefon dia? 81 00:06:03,404 --> 00:06:05,281 Kami akan tahu juga, Ebony. 82 00:06:05,365 --> 00:06:08,910 Kami akan kaitkan awak dengan semua ini. 83 00:06:08,993 --> 00:06:12,080 Kalau Noah mati, awak akan dipenjara seumur hidup. 84 00:06:14,791 --> 00:06:16,918 Anak awak akan membesar tanpa awak. 85 00:06:18,252 --> 00:06:20,797 Dia akan dibesarkan oleh orang lain. 86 00:06:22,882 --> 00:06:26,302 Anak yang awak kandung takkan kenal awak 87 00:06:27,470 --> 00:06:30,848 melainkan awak beritahu saya segala-galanya. 88 00:06:33,226 --> 00:06:35,561 Okey. 89 00:06:35,645 --> 00:06:38,439 Bagi ruang kepada anak guam saya, Detektif Cruz. 90 00:06:38,523 --> 00:06:39,649 Nanti dia rimas. 91 00:06:39,732 --> 00:06:42,110 Suruh dia beritahu lokasi Noah Stiles. 92 00:07:11,347 --> 00:07:13,391 CHARLIE NOAH DAH MATI? 93 00:07:15,643 --> 00:07:19,647 HARPER SEKEJAP LAGI. 94 00:07:22,108 --> 00:07:24,235 CHARLIE CEPAT SIKIT. 95 00:07:32,326 --> 00:07:33,870 Saya tak boleh duduk saja. 96 00:07:33,953 --> 00:07:36,497 Awak tak tahu Ebony akan telefon siapa? 97 00:07:36,581 --> 00:07:40,001 Dia tak pernah cakap! Awak tak boleh cari? Awak polis! 98 00:07:40,084 --> 00:07:44,297 Dia tak guna telefon bimbit atau talian tetap sebab takut kantoi. 99 00:07:44,380 --> 00:07:46,048 Dia guna telefon satelit. 100 00:07:46,132 --> 00:07:47,758 Dia soroknya di rumah. 101 00:07:47,842 --> 00:07:52,638 Saya yakin polis tengah cari Noah. Saya boleh suruh mereka cari telefon itu. 102 00:07:52,722 --> 00:07:55,266 Tak, biar polis fokus cari Noah. 103 00:07:55,349 --> 00:07:58,603 Lagi-lagi kalau betul cakap awak yang dia cari Coltrane. 104 00:07:58,686 --> 00:07:59,687 Percayalah. 105 00:08:03,524 --> 00:08:04,358 Jimmy. 106 00:08:04,442 --> 00:08:06,986 Kenapa telefon? Awak kena tahanan rumah. 107 00:08:07,069 --> 00:08:08,696 Sampai bila? 108 00:08:08,779 --> 00:08:12,492 Dave kata tuan jumpa bukti mengaitkan Harper dan Coltrane. 109 00:08:12,575 --> 00:08:14,327 Saya tak boleh buat apa-apa. 110 00:08:14,410 --> 00:08:17,413 Awak kena tahanan rumah bukan sebab Amos mati saja, 111 00:08:17,497 --> 00:08:20,708 tapi sebab awak halang siasatan IAD. 112 00:08:20,791 --> 00:08:22,960 Saya tak boleh tolong awak. 113 00:08:23,044 --> 00:08:26,088 Saya kena keluar dan cari anak saya, Jimmy. 114 00:08:26,172 --> 00:08:30,635 Saya takkan tenang selagi Coltrane Wilder masih bebas. 115 00:08:34,555 --> 00:08:36,349 Fikir dulu sebelum jawab. 116 00:08:36,432 --> 00:08:39,101 Awak nak telefon siapa untuk selamatkan Noah Stiles? 117 00:08:40,520 --> 00:08:44,065 Saya tak tahu siapa dia, tapi bukan Coltrane. 118 00:08:44,148 --> 00:08:46,400 Coltrane takkan bunuh dia untuk selamatkan diri. 119 00:08:46,484 --> 00:08:49,529 Awak boleh telefon dia dan suruh dia lepaskan Noah? 120 00:08:49,612 --> 00:08:53,533 Boleh, tapi nyawa orang yang saya sayang akan dipertaruhkan. 121 00:08:53,616 --> 00:08:56,577 Awak takkan keluar dari sini selagi tak buka mulut. 122 00:08:56,661 --> 00:08:59,038 Bagi mereka Coltrane atau orang itu. 123 00:08:59,121 --> 00:09:02,959 Saya tak nak langgar nilai hidup dan kepercayaan saya. 124 00:09:03,042 --> 00:09:04,043 Prinsip saya. 125 00:09:04,126 --> 00:09:05,920 Awak boleh tutup mulut, Ebony, 126 00:09:06,003 --> 00:09:08,089 tapi kalau Noah mati dan Coltrane kena tangkap, 127 00:09:08,172 --> 00:09:10,550 kamu berdua akan dipenjara seumur hidup. 128 00:09:10,633 --> 00:09:14,887 Kalau polis tak jumpa Coltrane, mereka akan jadikan awak kambing hitam. 129 00:09:16,597 --> 00:09:19,308 Bagi mereka sesuatu. Awak tiada pilihan. 130 00:09:23,813 --> 00:09:25,398 Ada berita baik, Jimmy? 131 00:09:25,481 --> 00:09:28,651 Dia tak nak buka mulut, tapi Cruz akan paksa dia. 132 00:09:28,734 --> 00:09:30,319 Kita akan jumpa budak itu. 133 00:09:30,403 --> 00:09:32,446 - Pergi mampus dengan dia. - Fred. 134 00:09:32,530 --> 00:09:36,242 Saya dan bos awak, datuk bandar, tak peduli pasal budak itu. 135 00:09:36,325 --> 00:09:37,952 Isaiah Stiles memang gila, 136 00:09:38,035 --> 00:09:41,372 tapi dia betul pasal penglibatan Coltrane Wilder. 137 00:09:41,455 --> 00:09:44,333 Kalau Wilder suspek keempat di Century City, 138 00:09:44,417 --> 00:09:45,751 dia pembunuh polis. 139 00:09:45,835 --> 00:09:48,629 Itulah tajuk berita yang buat kita naik pangkat. 140 00:09:48,713 --> 00:09:51,882 - Saya tak nak kejar pangkat. - Oh, tolonglah! 141 00:09:51,966 --> 00:09:54,385 Kalau Ebony Wilder serahkan suami dia, 142 00:09:54,468 --> 00:09:57,305 kita dakwa dan hukum Coltrane seberat-beratnya. 143 00:09:57,388 --> 00:10:00,975 Kita kena tangkap dia dulu. Lepaskan dan jadikan dia umpan. 144 00:10:01,058 --> 00:10:03,019 Coltrane datang, kita tangkap. 145 00:10:03,102 --> 00:10:06,022 Pada masa yang sama, Noah Stiles mati kena bunuh. 146 00:10:06,105 --> 00:10:11,402 - Dia mesti beritahu kita lokasi Noah. - Persetankan Noah Stiles dan ayah dia! 147 00:10:11,485 --> 00:10:13,654 Coltrane Wilder ialah fokus kita. 148 00:10:13,738 --> 00:10:16,157 Awak dah gilakah, Fred? 149 00:10:16,240 --> 00:10:18,909 - Jimmy. - Okey, bagi saya satu jam. 150 00:10:18,993 --> 00:10:20,828 Saya akan paksa dia buka mulut. 151 00:10:22,121 --> 00:10:23,789 Satu jam. 152 00:10:24,373 --> 00:10:25,374 Okey. 153 00:10:26,167 --> 00:10:30,463 Kalau dia tetap tak nak buka mulut, menjawablah kau orang berdua. 154 00:10:32,923 --> 00:10:34,425 Pastikan dia buka mulut. 155 00:10:40,139 --> 00:10:42,767 Maaf cakap, tapi saya jenis yang realistik. 156 00:10:42,850 --> 00:10:46,479 Kalau tak jumpa budak itu, guna Ebony untuk cari Coltrane. 157 00:10:46,562 --> 00:10:49,523 Saya pun jenis yang realistik, Encik Jacobson. 158 00:10:50,107 --> 00:10:53,194 Dalam situasi ini, cari Noah ialah tindakan terbaik. 159 00:10:53,819 --> 00:10:56,656 Sebab mungkin kita takkan jumpa Coltrane Wilder. 160 00:10:57,907 --> 00:10:59,825 Mungkin dia dah lama cabut. 161 00:12:30,958 --> 00:12:31,792 Helo. 162 00:12:31,876 --> 00:12:33,294 Dia okey? 163 00:12:33,377 --> 00:12:36,922 Saya tak boleh main 18 lubang. Dia tak okey. Habislah dia. 164 00:12:37,006 --> 00:12:37,965 Saya tiada masa. 165 00:12:38,048 --> 00:12:40,760 Kalau saya serah diri, polis akan lepaskan dia? 166 00:12:40,843 --> 00:12:43,471 Saya tak boleh menang. Mustahil. 167 00:12:43,554 --> 00:12:47,266 Kalau saya main ti merah saja pun… Polis takkan lepaskan dia. 168 00:12:47,349 --> 00:12:49,477 Senang cerita, jangan jadi bodoh. 169 00:12:49,560 --> 00:12:54,064 Awak patut main di Montreux, Switzerland. Awak patut lari ke luar negara. 170 00:12:54,148 --> 00:12:56,066 Saya takkan tinggalkan dia. 171 00:12:56,650 --> 00:12:58,527 Awak tiada pilihan. 172 00:12:58,611 --> 00:13:00,780 Kalau kejohanan itu tamat… Kalau budak itu mati… 173 00:13:00,863 --> 00:13:03,491 …semuanya sia-sia. …habislah kita semua. 174 00:13:03,574 --> 00:13:07,953 Kalau dah habis cakap pasal golf, saya nak bincang pasal nasib klien awak. 175 00:13:08,037 --> 00:13:10,414 - Awak nak lepaskan klien saya? - Tak. 176 00:13:11,999 --> 00:13:14,460 Sambung nanti, Dave. Awak pergilah dulu. 177 00:13:14,543 --> 00:13:16,879 Trafik LAX sesak. Lari sekarang! 178 00:13:23,177 --> 00:13:25,429 JIMMY MASIH TAK JUMPA NOAH. 179 00:13:26,847 --> 00:13:28,182 Sial. 180 00:14:07,263 --> 00:14:08,347 Tak kunci. 181 00:14:24,154 --> 00:14:27,700 Macam mana Ebony kenal Brenda Johnson? 182 00:14:28,909 --> 00:14:31,161 TAHNIAH, IVY LEAGUE SAYANG KAMU, DIK 183 00:14:31,245 --> 00:14:32,246 Adik? 184 00:14:32,955 --> 00:14:34,790 Siapa Charlie? 185 00:14:37,251 --> 00:14:38,252 Sial. 186 00:14:38,335 --> 00:14:41,755 Saya tak mampu bayangkan perasaan awak sekarang. 187 00:14:42,590 --> 00:14:45,759 Semalam, di aras ini, di dalam bangunan ini, 188 00:14:45,843 --> 00:14:47,094 awak gertak kami, 189 00:14:47,177 --> 00:14:51,599 kononnya awak dan suami awak mangsa buli polis 190 00:14:51,682 --> 00:14:53,684 dan ugut nak saman kami. 191 00:14:56,103 --> 00:14:57,938 Nampaknya, situasi dah berubah. 192 00:14:58,022 --> 00:15:00,566 Tak payah perli anak guam saya, Malik. 193 00:15:00,649 --> 00:15:02,651 Bukti awak, rakaman Candace itu, 194 00:15:02,735 --> 00:15:05,362 alasan penahanan ini, mahkamah takkan terima. 195 00:15:05,446 --> 00:15:06,655 Mungkin… 196 00:15:09,700 --> 00:15:11,118 tapi cuba tengok ini. 197 00:15:12,494 --> 00:15:15,039 Bungkusan itu mengandungi pistol Leftenan Stiles 198 00:15:15,122 --> 00:15:18,250 yang dirampas oleh Kapten James Sealey. 199 00:15:19,126 --> 00:15:21,795 Pistol yang digunakan untuk bunuh Amos Stiles. 200 00:15:22,296 --> 00:15:25,883 Rakaman ini membuktikan pistol itu ada di tangan suami awak 201 00:15:25,966 --> 00:15:27,801 beberapa jam sebelum Amos mati. 202 00:15:27,885 --> 00:15:30,971 Itu beg kertas makanan biasa. Mungkin dia bagi donat. 203 00:15:31,055 --> 00:15:33,057 Itu bukan donat, Sam. 204 00:15:34,975 --> 00:15:36,393 Saya suka jawapan awak. 205 00:15:37,311 --> 00:15:39,396 Detektif Harper dah hilang. 206 00:15:40,314 --> 00:15:42,149 Ya, dia dah lari. 207 00:15:42,232 --> 00:15:46,946 Mustahil dia cabut lari sebab bagi Coltrane donat, betul? 208 00:15:47,029 --> 00:15:47,988 Betul. 209 00:15:48,072 --> 00:15:50,908 Kami dah dapat waran tangkap untuk suami awak 210 00:15:50,991 --> 00:15:53,535 atas tuduhan membunuh Amos Stiles, 211 00:15:53,619 --> 00:15:56,622 sekali gus mengaitkan dia dengan pembunuhan Andrei Malakian 212 00:15:56,705 --> 00:16:00,209 dan ramai lagi anggota polis dalam kejadian di Century City. 213 00:16:00,709 --> 00:16:04,296 Selepas kami tangkap Harper dan dia petik nama Coltrane, 214 00:16:04,380 --> 00:16:07,758 sebab sebagai polis, dia takkan rela masuk penjara, 215 00:16:07,841 --> 00:16:10,010 rakaman ini akan jadi bukti kukuh 216 00:16:10,094 --> 00:16:14,473 dan keterangan Harper akan buat Coltrane dihukum mati. 217 00:16:14,556 --> 00:16:18,227 Awak takkan dapat buktikannya, apatah lagi tangkap Coltrane. 218 00:16:18,310 --> 00:16:21,271 Mungkin, tanpa bantuan awak. 219 00:16:21,355 --> 00:16:24,692 Sebaiknya awak telefon saja suami awak, 220 00:16:24,775 --> 00:16:27,444 minta lokasi dia dan biar kami tangkap dia. 221 00:16:27,528 --> 00:16:28,946 Dia takkan diapa-apakan. 222 00:16:29,029 --> 00:16:32,741 Dia tak selamat di luar sana. Polis akan cari dan bunuh dia. 223 00:16:32,825 --> 00:16:34,535 - Itu ugutan? - Itu realiti. 224 00:16:34,618 --> 00:16:36,245 Ebony, ada satu cara lagi. 225 00:16:36,328 --> 00:16:39,289 Beritahu semua yang awak tahu pasal Noah Stiles. 226 00:16:39,373 --> 00:16:41,458 Kalau dia selamat, awak boleh balik. 227 00:16:42,543 --> 00:16:45,421 Okey, kami nak bincang sekejap. 228 00:16:45,504 --> 00:16:46,505 Okey. 229 00:16:47,923 --> 00:16:52,553 Terus terang saja dengan dia, Sam. Kami tak main-main. 230 00:16:53,137 --> 00:16:55,514 - Dia pun boleh dihukum mati. - Keluar! 231 00:16:55,597 --> 00:16:56,807 Selamat tinggal. 232 00:17:04,273 --> 00:17:07,401 Kalaulah dia lupakan pasal Stiles dan ikut cakap saya, 233 00:17:07,484 --> 00:17:08,902 kami dah lama cabut. 234 00:17:11,155 --> 00:17:13,157 Sekurang-kurangnya, dia dah lari. 235 00:17:13,240 --> 00:17:15,534 Ebony, Coltrane masih di Los Angeles. 236 00:17:15,617 --> 00:17:17,453 Apa? Sam, saya suruh dia lari. 237 00:17:17,536 --> 00:17:21,331 Saya pun sama, tapi dia takkan lari tanpa awak berdua. 238 00:17:24,334 --> 00:17:25,502 Dia nak serah diri. 239 00:17:25,586 --> 00:17:29,631 - Tak, polis akan bunuh dia. - Ya! Mereka baru cakap. 240 00:17:30,340 --> 00:17:31,759 Terpulang pada awak. 241 00:17:33,177 --> 00:17:35,763 Beritahu apa awak tahu pasal Noah Stiles. 242 00:17:37,222 --> 00:17:38,682 Masa dah tamat. 243 00:17:42,311 --> 00:17:43,312 Telefon. 244 00:17:44,480 --> 00:17:48,108 Untuk kepastian, kalau dia telefon dan budak itu selamat, 245 00:17:48,192 --> 00:17:49,777 dia boleh balik? 246 00:17:52,362 --> 00:17:55,074 Ya. Sekarang, serahkan suami awak. 247 00:17:56,950 --> 00:17:59,411 Atau Noah. Awak pilih. 248 00:18:01,080 --> 00:18:02,164 Sekarang! 249 00:18:06,126 --> 00:18:07,211 Pembesar suara. 250 00:18:09,755 --> 00:18:11,006 Silakan. 251 00:18:19,848 --> 00:18:21,934 Spa Eden's Bliss, boleh saya bantu? 252 00:18:23,477 --> 00:18:25,354 Saya nak cakap dengan pengurus. 253 00:18:26,313 --> 00:18:27,356 Sebentar. 254 00:18:29,149 --> 00:18:30,984 Helo? Ada apa, Ivy League? 255 00:18:31,068 --> 00:18:32,611 Tolong saya. 256 00:18:32,694 --> 00:18:33,821 Tolong macam mana? 257 00:18:35,072 --> 00:18:37,241 Pastikan Noah Stiles selamat. 258 00:18:41,370 --> 00:18:44,331 Pastikan dia pulang ke pangkuan ibu dan ayah dia. 259 00:18:48,001 --> 00:18:50,754 Awak janji awak akan buat apa saja untuk saya. 260 00:18:53,465 --> 00:18:55,175 Siapa ada di situ, Ebony? 261 00:19:00,764 --> 00:19:02,266 Mereka nak dia atau awak? 262 00:19:04,476 --> 00:19:05,686 Dia. 263 00:19:05,769 --> 00:19:07,396 Saya dah agak. 264 00:19:07,896 --> 00:19:10,858 - Saya tiada pilihan. - Awak sentiasa ada pilihan. 265 00:19:12,067 --> 00:19:13,360 Ini pilihan awak. 266 00:19:13,443 --> 00:19:15,904 - Saya letak telefon dulu. - Tolonglah. 267 00:19:15,988 --> 00:19:17,698 Anak Stiles selamat. 268 00:19:20,033 --> 00:19:23,328 Selamat tinggal, Ebony. Jangan telefon saya lagi. 269 00:19:44,224 --> 00:19:45,225 Hei. 270 00:19:47,394 --> 00:19:49,354 Kau lepak di sini sekarang? 271 00:19:49,438 --> 00:19:51,273 Aku datang sebab atuk aku. 272 00:19:52,524 --> 00:19:55,527 Pertama sekali, aku nak bunuh orang yang tembak dia. 273 00:19:55,611 --> 00:19:58,739 Aku suruh dia datang. Kita akan ikut dia, okey? 274 00:19:59,281 --> 00:20:00,407 Mestilah. 275 00:20:03,410 --> 00:20:05,829 - Aku nak ambil air. - Okey. 276 00:20:06,330 --> 00:20:07,789 Bagi sini. 277 00:20:24,514 --> 00:20:25,474 Noah! 278 00:20:43,742 --> 00:20:44,826 Sini. 279 00:20:51,750 --> 00:20:54,086 Apa? Bukankah ayah kena tahanan rumah? 280 00:20:54,169 --> 00:20:56,546 Ayah terpaksa keluar untuk cari kamu. 281 00:20:56,630 --> 00:20:57,589 Sini. 282 00:20:58,715 --> 00:20:59,716 Wah! 283 00:21:02,219 --> 00:21:03,303 Seriuslah, Noah? 284 00:21:05,347 --> 00:21:08,100 Kunci pun tidak? Kamu dah gilakah? 285 00:21:08,183 --> 00:21:10,060 - Saya nak bunuh dia! - Jangan… 286 00:21:10,143 --> 00:21:13,480 Coltrane Wilder musnahkan hidup dan keluarga kita! 287 00:21:13,563 --> 00:21:14,606 Dia mesti bayar! 288 00:21:14,690 --> 00:21:17,109 Jangan cakap polis akan tangkap dia! 289 00:21:17,192 --> 00:21:19,736 Polis tangkap ayah sebab bunuh atuk! 290 00:21:19,820 --> 00:21:22,197 Polis tak percaya ayah dan saya. 291 00:21:22,281 --> 00:21:23,824 Saya tahu apa saya nampak. 292 00:21:23,907 --> 00:21:26,076 Saya tahu apa dia buat, jadi dia patut mati. 293 00:21:32,416 --> 00:21:35,252 Macam mana kalau ayah janji dengan kamu? 294 00:21:36,461 --> 00:21:38,338 Ayah akan uruskan Coltrane. 295 00:21:39,881 --> 00:21:40,924 Tangkap dia? 296 00:21:41,008 --> 00:21:43,552 Tak, penjara terlalu selesa untuk dia. 297 00:21:43,635 --> 00:21:45,053 Bukan itu maksud ayah. 298 00:21:51,310 --> 00:21:52,394 Ayah janji? 299 00:21:55,022 --> 00:21:56,356 Ayah janji, nak. 300 00:21:59,651 --> 00:22:01,737 Dahlah, jom balik. Jom. 301 00:22:15,125 --> 00:22:18,587 CHARLIE - LUPAKAN NOAH. SASARAN BAHARU. TUNGGU LOKASI. 302 00:22:18,670 --> 00:22:20,672 HARPER OKEY. 303 00:22:25,052 --> 00:22:28,513 Berapa lama nak tunggu untuk pastikan Noah dah selamat? 304 00:22:28,597 --> 00:22:30,932 Mungkin dia cuma berlakon. 305 00:22:31,016 --> 00:22:33,894 - Apa bukti kami boleh percaya dia? - Percayalah. 306 00:22:39,191 --> 00:22:40,233 Tunggu. 307 00:22:41,318 --> 00:22:42,736 Encik Jacobson, tengok. 308 00:22:44,988 --> 00:22:46,907 Noah ada dengan ayah dia. 309 00:22:47,949 --> 00:22:49,242 Dia selamat. 310 00:22:50,369 --> 00:22:52,120 Macam mana awak buat? 311 00:22:53,872 --> 00:22:55,540 Otis, Gail. 312 00:22:58,001 --> 00:23:00,670 Apa kamu buat? Kamu kena tahanan rumah. 313 00:23:00,754 --> 00:23:02,714 Kamu nak masuk penjarakah? 314 00:23:02,798 --> 00:23:04,299 Oh, Tuhan. Noah. 315 00:23:04,383 --> 00:23:06,635 Oh, Tuhan. Noah, kamu okey? 316 00:23:06,718 --> 00:23:10,764 Sayang, kamu pergi mana? Susah hati kami dibuatnya. 317 00:23:10,847 --> 00:23:12,516 Kuatnya bau ganja. 318 00:23:12,599 --> 00:23:15,352 Atuk dah pesan jangan kawan dengan orang hisap ganja. 319 00:23:15,435 --> 00:23:16,812 Okey, cukup. Dia penat. 320 00:23:16,895 --> 00:23:18,522 Bagi dia ruang. 321 00:23:18,605 --> 00:23:21,191 Dah okey sikit, dia akan cerita semua. 322 00:23:21,274 --> 00:23:22,901 Jom, Gail. 323 00:23:22,984 --> 00:23:24,444 Biar dia rehat dulu. 324 00:23:25,779 --> 00:23:27,406 - Jom. - Oh, geramnya saya! 325 00:23:31,535 --> 00:23:33,203 Ayah faham kamu, 326 00:23:34,079 --> 00:23:36,123 tapi kamu mesti faham ayah juga. 327 00:23:37,040 --> 00:23:41,336 Kalau kamu nak ayah tunaikan janji ayah, ayah mesti pergi sekarang. 328 00:23:42,254 --> 00:23:46,216 Kamu kena janji dengan ayah yang kamu takkan keluar lagi, okey? 329 00:23:56,601 --> 00:23:58,145 Kamu kena pakai ini, Noah. 330 00:23:58,228 --> 00:24:00,272 Apa? Tak naklah. 331 00:24:00,355 --> 00:24:02,357 Coltrane masih bebas. 332 00:24:02,441 --> 00:24:05,902 Kalau dia datang ke sini, atuk dan nenek pun dalam bahaya. 333 00:24:05,986 --> 00:24:08,738 Kalau dia culik kamu, ayah boleh cari kamu. 334 00:24:13,034 --> 00:24:14,453 Ayah minta maaf, Noah. 335 00:24:20,125 --> 00:24:22,461 Okey, ayah. 336 00:24:29,926 --> 00:24:30,969 Mana ayah nak cari dia? 337 00:24:38,101 --> 00:24:39,186 Anak aku… 338 00:24:41,229 --> 00:24:45,400 saksikan satu pembunuhan dan pembunuh itu tahu. 339 00:24:45,484 --> 00:24:47,569 Pembunuh itu sangat teliti. 340 00:24:48,195 --> 00:24:49,446 Sangat berhati-hati. 341 00:24:50,071 --> 00:24:52,365 Dia tahu ramai orang tengah cari dia. 342 00:24:55,785 --> 00:24:58,538 Benda yang aku buat untuk kau 343 00:24:59,456 --> 00:25:01,291 semasa aku selamatkan anak kau, 344 00:25:03,168 --> 00:25:05,420 aku nak kau buat benda yang sama. 345 00:25:05,504 --> 00:25:06,755 Kau polis. 346 00:25:06,838 --> 00:25:09,883 Satu batalion LAPD boleh tolong kau. 347 00:25:09,966 --> 00:25:12,052 Aku yakin FBI pun boleh tolong kau. 348 00:25:13,512 --> 00:25:15,722 Macam mana aku nak tolong kau? 349 00:25:17,307 --> 00:25:19,476 Aku dah janji nak bunuh dia 350 00:25:21,186 --> 00:25:22,604 supaya anak aku selamat. 351 00:25:24,397 --> 00:25:26,608 Aku nak kau tunaikan janji kau… 352 00:25:28,610 --> 00:25:30,987 tapi kau kena cakap, Leftenan Stiles. 353 00:25:32,864 --> 00:25:36,826 Apa sebenarnya yang kau nak aku buat untuk kau? 354 00:25:39,579 --> 00:25:41,957 Aku nak kau bunuh Coltrane Wilder. 355 00:25:43,750 --> 00:25:45,794 Police Navidad. 356 00:25:48,964 --> 00:25:52,509 Pucuk dicita, ulam mendatang. 357 00:25:52,592 --> 00:25:56,221 Aku sangat berbesar hati dapat tolong kau. 358 00:25:56,721 --> 00:26:00,684 Sebagai seorang ayah dan sekarang, 359 00:26:01,601 --> 00:26:02,561 seorang kawan. 360 00:26:07,649 --> 00:26:09,109 Kita akan berhubung. 361 00:26:11,194 --> 00:26:12,195 JABATAN POLIS 362 00:26:12,279 --> 00:26:13,488 Kita belum selamat. 363 00:26:13,572 --> 00:26:15,240 Sekarang, awak jadi umpan. 364 00:26:15,323 --> 00:26:19,160 Mereka lepaskan awak untuk umpan Coltrane keluar dan tangkap dia. 365 00:26:21,079 --> 00:26:23,873 Pergi ke rumah kawan awak. Kelirukan polis. 366 00:26:23,957 --> 00:26:26,835 Moga-moga esok, awak dah lari ke luar negara. 367 00:26:27,752 --> 00:26:28,587 Selamanya. 368 00:26:30,338 --> 00:26:33,842 - Saya tak boleh balik? - Bukan sebagai Ebony Wilder. 369 00:26:34,467 --> 00:26:39,889 Dua puluh empat jam dari sekarang, awak bukan lagi Ebony Wilder. 370 00:26:42,684 --> 00:26:45,604 Aku tak tahu macam mana nak balas budi kau. 371 00:26:49,983 --> 00:26:51,735 Oh, lebih daripada cukup! 372 00:26:53,570 --> 00:26:55,864 Apa cerita Stro dan mamat Korea itu? 373 00:26:56,364 --> 00:26:57,449 Mereka okey? 374 00:26:58,283 --> 00:27:00,160 Macam-macam aku dengar. 375 00:27:00,243 --> 00:27:02,621 Huru-hara sikit, tapi aku ada rancangan. 376 00:27:03,371 --> 00:27:06,374 Stro dan Choi akan baik-baik saja. Aku dah janji. 377 00:27:07,125 --> 00:27:08,168 Baguslah. 378 00:27:09,544 --> 00:27:11,755 Itu kereta manual. Kau pandai bawa? 379 00:27:12,756 --> 00:27:13,965 Tiada masalah. 380 00:27:15,258 --> 00:27:17,510 - Jaga diri baik-baik. - Kau pun. 381 00:27:17,594 --> 00:27:18,595 Okey. 382 00:27:50,085 --> 00:27:52,045 KEPADA: EBONY SAYA DI TEMPAT KITA. 383 00:27:52,128 --> 00:27:55,632 DATANG JUMPA SAYA DI SINI. KITA LARI SAMA-SAMA. 384 00:27:59,094 --> 00:28:00,595 VPN LOKASI SWITZERLAND 385 00:28:02,555 --> 00:28:06,267 PERGERAKAN DIKESAN - PINTU DEPAN KAMERA - KAMERA 1 386 00:28:06,851 --> 00:28:07,894 Syukurlah. 387 00:28:11,106 --> 00:28:14,651 KAMERA 5 - SUAPAN 388 00:28:54,023 --> 00:28:56,192 Apa awak buat di dalam rumah saya? 389 00:28:56,276 --> 00:29:00,363 Macam mana awak boleh bebas? Siapa perempuan ini? 390 00:29:01,364 --> 00:29:04,451 Nama dia Brenda Johnson dan dia tak kenal awak. 391 00:29:04,534 --> 00:29:07,829 Rupa-rupanya, nama dia Charlie dan dia kakak awak? 392 00:29:07,912 --> 00:29:09,539 Bagi sini! 393 00:29:09,622 --> 00:29:11,458 - Berambus. - Jangan cabar saya! 394 00:29:11,541 --> 00:29:16,171 Berambus dari rumah saya, Candace! Saya tak perlu jelaskan apa-apa! 395 00:29:16,254 --> 00:29:18,840 Awak kena jelaskan kepada seseorang! 396 00:29:18,923 --> 00:29:23,428 Saya tahu kenapa awak balik. Awak cari ini, bukan? 397 00:29:23,511 --> 00:29:24,721 Bagi telefon itu. 398 00:29:24,804 --> 00:29:25,889 Ada orang telefon. 399 00:29:25,972 --> 00:29:27,891 - Ada orang cari awak! - Bagilah! 400 00:29:27,974 --> 00:29:31,978 Saya akan pastikan yang kali ini, polis takkan lepaskan awak! 401 00:29:42,697 --> 00:29:43,782 Cari sampai dapat! 402 00:29:44,783 --> 00:29:45,784 Kosong! 403 00:29:47,452 --> 00:29:48,995 - Dah jumpa dia? - Tiada. 404 00:29:49,537 --> 00:29:51,623 - Cari lagi! - Bawah katil. 405 00:29:52,165 --> 00:29:54,167 Tiada sesiapa di sini, bos! 406 00:30:06,471 --> 00:30:09,140 Apa jadah, Harper? Apa awak buat ini? 407 00:30:09,224 --> 00:30:10,558 Buat kerjalah, bodoh. 408 00:30:13,895 --> 00:30:14,938 Berhenti! 409 00:30:20,652 --> 00:30:23,655 Kita bincang dulu! Benda boleh bincang! 410 00:30:25,949 --> 00:30:26,866 Sial! 411 00:30:27,367 --> 00:30:30,411 Kalau Charlie yang hantar awak, kita boleh bincang. 412 00:30:30,495 --> 00:30:33,915 Kalau awak kenal Charlie, awak tahu itu mustahil. 413 00:30:33,998 --> 00:30:35,834 Kalau awak tak mati, saya mati. 414 00:30:36,417 --> 00:30:38,545 Menyerah saja, Coltrane. 415 00:31:03,194 --> 00:31:05,655 KEPADA: CHARLIE COLTRANE DAH MATI. 416 00:31:13,621 --> 00:31:15,582 Ebony? Sayang, awak okey? 417 00:31:15,665 --> 00:31:16,791 Kami dah dapat dia. 418 00:31:17,709 --> 00:31:20,712 Kau nak dia balik? Kau nak berdamai? Datang sini. 419 00:31:20,795 --> 00:31:21,880 Faham? 420 00:31:25,592 --> 00:31:28,386 - Apa khabar, leftenan? - Boleh kami masuk? 421 00:31:28,469 --> 00:31:30,096 - Masuklah. - Okey. 422 00:31:31,222 --> 00:31:32,974 - Mana Noah? - Noah. 423 00:31:36,060 --> 00:31:40,189 Syukurlah kamu selamat, Noah. Kami risau pasal kamu. 424 00:31:40,273 --> 00:31:43,151 Gembira jumpa pak cik. Jangan risau, saya okey. 425 00:31:43,234 --> 00:31:45,403 - Bagus. - Kenapa pak cik datang? 426 00:31:45,486 --> 00:31:49,866 Saya nak beritahu yang Fred benarkan awak bertugas semula sepenuhnya, 427 00:31:49,949 --> 00:31:51,367 berkuat kuasa tiga jam lepas. 428 00:31:51,451 --> 00:31:53,369 Ayah dah cakap, bukan? 429 00:31:53,453 --> 00:31:55,705 - Seriuslah? - IAD bagi lampu hijau. 430 00:31:55,788 --> 00:31:59,208 Semua orang dah tahu Wilder dalang kejadian di Century City 431 00:31:59,292 --> 00:32:01,502 dan dia yang bunuh ayah awak. 432 00:32:02,795 --> 00:32:07,258 Ketaasuban dan gangguan awak terhadap Wilder nampaknya berasas. 433 00:32:07,342 --> 00:32:09,469 Itu yang saya beritahu mereka. 434 00:32:09,552 --> 00:32:12,889 Saya datang nak buka alat pemantau buku lali awak, 435 00:32:12,972 --> 00:32:15,934 tapi nampaknya awak dah buka sendiri. 436 00:32:16,017 --> 00:32:19,938 Kenapa dia yang pakai? Saya mesti laporkan ini, leftenan. 437 00:32:20,021 --> 00:32:21,648 Kevin, dengar sini. 438 00:32:21,731 --> 00:32:24,734 Kita tahu Coltrane Wilder penjenayah yang berbahaya. 439 00:32:24,817 --> 00:32:25,985 Betul. 440 00:32:26,069 --> 00:32:28,446 Anak saya saksi utama dalam kes ini. 441 00:32:28,529 --> 00:32:32,283 Selagi Coltrane bebas, kita patut pantau pergerakan dia, bukan? 442 00:32:32,367 --> 00:32:35,620 Kita perlu tahu lokasi dia sepanjang masa. 443 00:32:35,703 --> 00:32:37,497 Entahlah, leftenan. 444 00:32:38,748 --> 00:32:41,250 - Okey. - Isaiah. 445 00:32:43,753 --> 00:32:46,464 Okey, saya bagi kamu 48 jam. Au revoir. 446 00:32:46,547 --> 00:32:48,383 Selamat malam. 447 00:32:51,177 --> 00:32:53,221 - Selamat malam, pak cik. - Ya. 448 00:32:54,597 --> 00:32:57,725 - Jom tangkap Coltrane. - Saya tak nak tangkap dia. 449 00:32:57,809 --> 00:33:02,480 Saya jadi kambing hitam untuk kejadian di Century City itu. 450 00:33:02,563 --> 00:33:05,942 Selama ini, Harper sabotaj kita di depan mata saya. 451 00:33:06,025 --> 00:33:08,778 Tak, Jimmy. Biar saya teka. 452 00:33:10,363 --> 00:33:13,408 Jangan cakap apa-apa pasal rancangan mereka nak kenakan saya 453 00:33:13,491 --> 00:33:15,326 dan awak boleh dapat pencen penuh. 454 00:33:15,410 --> 00:33:17,620 Pencen saya sedang disemak semula, 455 00:33:17,704 --> 00:33:20,790 tapi awak boleh bertugas semula tanpa dibicarakan. 456 00:33:25,378 --> 00:33:27,505 Tangkap puki mak itu untuk kita. 457 00:33:29,298 --> 00:33:33,636 - Jangan korbankan karier awak untuk saya. - Nyawa saya lebih penting. 458 00:33:35,638 --> 00:33:38,891 Amos dah tiada. Awak tanggungjawab saya sekarang. 459 00:33:40,852 --> 00:33:42,854 Hati-hati di luar sana, nak. 460 00:34:05,043 --> 00:34:06,711 ISAIAH JANGAN BUNUH DIA. 461 00:34:08,296 --> 00:34:10,381 ERNESTO DAH TERLAMBAT. 462 00:34:43,873 --> 00:34:46,584 Siapa yang upah kau untuk culik bini aku? 463 00:34:46,667 --> 00:34:48,836 Bos aku cuma tolong kawan dia. 464 00:34:48,920 --> 00:34:50,922 Polis kulit Hitam itu. 465 00:35:00,723 --> 00:35:01,724 Sayang. 466 00:35:03,101 --> 00:35:04,936 - Candace? - Coltrane? 467 00:35:05,812 --> 00:35:07,605 Saya takkan apa-apakan awak. 468 00:35:08,189 --> 00:35:09,690 Saya takkan… 469 00:35:09,774 --> 00:35:11,317 Mana Ebony? 470 00:35:11,400 --> 00:35:13,736 Saya tak tahu. 471 00:35:13,820 --> 00:35:16,697 - Kenapa saya ada di sini? - Mereka salah orang. 472 00:35:17,949 --> 00:35:19,951 Awak dengar lelaki itu cakap tadi? 473 00:35:20,034 --> 00:35:22,328 Semua ini kerja polis kulit Hitam itu. 474 00:35:22,912 --> 00:35:26,165 Bukan Isaiah. Dia takkan buat macam ini. 475 00:35:26,833 --> 00:35:29,418 Dia lelaki yang baik. 476 00:35:29,502 --> 00:35:33,339 Dia suruh mereka culik Ebony untuk perangkap dan bunuh saya. 477 00:35:33,422 --> 00:35:37,009 Dia polis yang upah kartel Alvarez untuk bunuh orang. 478 00:35:37,093 --> 00:35:39,178 "Lelaki yang baik" bukan macam itu. 479 00:35:39,262 --> 00:35:42,223 Alvarez? Maksud awak, Paola Alvarez? 480 00:35:42,306 --> 00:35:46,018 - Awak tipu! Awak bunuh Amos! - Saya baru selamatkan nyawa awak. 481 00:35:46,686 --> 00:35:49,814 Percayalah, bukan saya yang nak bunuh anak awak. 482 00:35:49,897 --> 00:35:53,693 Ebony buat satu panggilan dan Noah terus dibebaskan. 483 00:35:53,776 --> 00:35:56,529 Dia terpaksa berkorban untuk selamatkan Noah. 484 00:35:58,531 --> 00:35:59,866 Tolong saya cari dia. 485 00:36:00,700 --> 00:36:03,911 Okey? Tolong saya cari dia. 486 00:36:09,584 --> 00:36:10,835 Candace, awak okey? 487 00:36:13,838 --> 00:36:17,091 Terima kasih sebab selamatkan Noah. 488 00:36:19,135 --> 00:36:22,221 Ebony yang beritahu lokasi Noah atau… 489 00:36:22,305 --> 00:36:25,725 Dia telefon Spa Eden's Bliss. Orang itu panggil dia Ivy League. 490 00:36:26,684 --> 00:36:29,103 Dua minit selepas itu, Stiles jumpa Noah, 491 00:36:29,187 --> 00:36:31,314 tapi kami masih tak tahu siapa orang itu. 492 00:36:31,397 --> 00:36:34,025 Jadi, awak lepaskan dia? 493 00:36:34,108 --> 00:36:35,484 Pada mulanya, ya. 494 00:36:35,568 --> 00:36:38,779 Kami ada di Good Samaritan sekarang. Dia ditahan. 495 00:36:39,363 --> 00:36:40,239 Apa dah jadi? 496 00:36:40,323 --> 00:36:41,866 Ebony cuba larikan diri 497 00:36:41,949 --> 00:36:45,661 apabila ada orang tembak polis yang perhati rumah Wilder 498 00:36:45,745 --> 00:36:47,246 dan serang dia. 499 00:36:47,330 --> 00:36:51,042 Dia berjaya larikan diri, tapi dia cedera sebab terjatuh. 500 00:36:53,878 --> 00:36:55,546 Macam mana kandungan dia? 501 00:36:55,630 --> 00:36:58,382 Ebony ditidurkan, tapi kandungan dia selamat. 502 00:36:59,467 --> 00:37:03,512 - Kalau ada apa-apa, saya beritahu. - Okey. Terima kasih, Yvette. 503 00:37:05,890 --> 00:37:09,185 Kalau awak pergi ke hospital, polis akan tangkap awak. 504 00:37:09,268 --> 00:37:10,811 Dia isteri saya. 505 00:37:12,563 --> 00:37:14,607 Dia perlukan saya. Saya tiada pilihan. 506 00:37:23,407 --> 00:37:24,951 Musnahkan telefon ini. 507 00:37:25,034 --> 00:37:26,577 Kita kena bincang. 508 00:37:30,790 --> 00:37:32,291 Harper dah mati. 509 00:37:32,375 --> 00:37:35,962 Saya tak marah awak cuba bunuh saya. Saya dah jadi liabiliti. 510 00:37:36,045 --> 00:37:38,631 Saya pun akan buat benda yang sama. 511 00:37:38,714 --> 00:37:42,510 Bukan sebab liabiliti. Ebony rela hilang saya daripada awak. 512 00:37:42,593 --> 00:37:46,013 Sebab dia sayang saya, tapi awak tetap kakak dia, Charlie. 513 00:37:46,097 --> 00:37:49,058 Awak suruh dia pilih, tapi semua itu tak penting. 514 00:37:49,141 --> 00:37:52,144 Kita mesti ketepikan emosi kita. Ebony cedera. 515 00:37:52,228 --> 00:37:55,356 Dia ada di hospital dan dalam tahanan polis. 516 00:37:57,400 --> 00:38:00,069 Awak mesti tolong saya selamatkan dia. 517 00:38:01,570 --> 00:38:05,199 Saya ada rancangan, tapi awak takkan suka. 518 00:38:11,455 --> 00:38:12,456 Stiles. 519 00:38:13,958 --> 00:38:14,959 Saya… 520 00:38:16,377 --> 00:38:17,378 Saya… 521 00:38:18,921 --> 00:38:22,174 Saya minta maaf pasal beberapa hari ini. 522 00:38:23,843 --> 00:38:25,845 Saya pun tertipu dengan Coltrane. 523 00:38:28,514 --> 00:38:30,433 Dia tipu ramai orang, Cruz. 524 00:38:31,767 --> 00:38:34,103 Saya takkan lupa pertolongan awak. 525 00:38:36,147 --> 00:38:37,982 Saya bukan saja tolong awak. 526 00:38:39,608 --> 00:38:41,444 Saya berjaya tutup kes ini. 527 00:38:42,945 --> 00:38:46,741 Selepas Ebony ditahan, saya suruh Yamaguchi periksa cap jari dia. 528 00:38:46,824 --> 00:38:50,911 Ingat cap jari tak dikenali di kedai ganja tempat Shaw ditembak? 529 00:38:50,995 --> 00:38:51,912 Ya. 530 00:38:52,663 --> 00:38:53,873 Itu cap jari dia. 531 00:38:57,710 --> 00:39:00,212 Ebony ada di situ pada hari Manny dibunuh? 532 00:39:00,296 --> 00:39:04,884 Cap jari itu bukti Wilder ada kaitan dengan pembunuhan Manny Shaw. 533 00:39:04,967 --> 00:39:09,013 Bukti kukuh yang boleh dibawa ke mahkamah. Kita pasti menang. 534 00:39:11,307 --> 00:39:14,060 Kita belum menang selagi Coltrane masih bebas. 535 00:39:14,143 --> 00:39:16,479 Kami akan tahan dia sampai Coltrane muncul. 536 00:39:16,562 --> 00:39:18,898 Dia akan datang. Kami akan tangkap dia. 537 00:39:21,233 --> 00:39:23,986 - Ya. Cruz, sambung nanti. - Okey. 538 00:39:31,243 --> 00:39:33,996 - Leftenan Stiles. - Jangan bunuh dia. 539 00:39:34,080 --> 00:39:35,289 Pergi mampus. 540 00:39:35,790 --> 00:39:37,583 Aku mesti tangkap dia. 541 00:39:37,666 --> 00:39:40,419 Puki mak itu dah bunuh enam orang kami. 542 00:39:41,796 --> 00:39:43,172 Rancangan diteruskan. 543 00:39:43,255 --> 00:39:44,423 Dia mesti mati. 544 00:39:46,175 --> 00:39:47,093 Sial! 545 00:39:52,807 --> 00:39:53,641 Candace. 546 00:39:56,477 --> 00:39:57,978 Masuklah. 547 00:40:02,066 --> 00:40:04,193 Candace, apa awak buat di sini? 548 00:40:04,276 --> 00:40:05,319 Saya nak telefon, 549 00:40:05,403 --> 00:40:08,614 tapi saya buat apa Isaiah akan buat, naik Uber dan… 550 00:40:08,697 --> 00:40:11,409 Isaiah? Dia ada apa-apakan awak? 551 00:40:12,034 --> 00:40:13,202 Lebih kurang. 552 00:40:13,911 --> 00:40:15,704 Candace, saya tak faham. 553 00:40:15,788 --> 00:40:18,165 Dengar sini. Saya boleh tolong awak. 554 00:40:19,542 --> 00:40:21,293 Sini. 555 00:40:50,156 --> 00:40:51,615 PESAKIT STROMAN, D 556 00:40:59,290 --> 00:41:00,583 PESAKIT CHOI, C 557 00:41:01,584 --> 00:41:03,669 Besar betul dugaan awak. 558 00:41:04,462 --> 00:41:06,464 Nah, minum teh ini. 559 00:41:06,964 --> 00:41:09,717 - Wiski pun ada. - Saya nak wiski. 560 00:41:09,800 --> 00:41:10,801 Okey. 561 00:41:11,719 --> 00:41:16,682 Kereta peronda dan koroner dah bergerak ke lokasi yang awak beritahu tadi. 562 00:41:16,765 --> 00:41:19,268 Berapa orang Coltrane Wilder bunuh? 563 00:41:20,269 --> 00:41:21,770 Rasanya, enam. 564 00:41:22,396 --> 00:41:26,192 Entahlah, tapi dia bunuh mereka sebab mereka nak bunuh dia. 565 00:41:27,026 --> 00:41:28,694 Mereka ingat saya Ebony. 566 00:41:28,777 --> 00:41:30,905 Kenapa mereka ingat awak Ebony? 567 00:41:32,031 --> 00:41:36,494 Kenapa kartel Alvarez nak perangkap dan bunuh Coltrane Wilder? 568 00:41:38,329 --> 00:41:39,622 Coltrane, dia… 569 00:41:40,539 --> 00:41:42,917 Dia cuma nak selamatkan isteri dia. 570 00:41:44,084 --> 00:41:45,794 Dia cuma mempertahankan diri. 571 00:41:46,378 --> 00:41:48,422 Jangan cakap awak menyebelahi dia. 572 00:41:48,506 --> 00:41:50,841 Entahlah, saya tak tahu. 573 00:41:51,550 --> 00:41:52,593 Yang saya tahu, 574 00:41:54,303 --> 00:41:56,889 saya tipu diri saya selama ini. 575 00:41:57,723 --> 00:41:58,724 Semua ini… 576 00:41:59,642 --> 00:42:03,854 Isaiah betul-betul dah berubah sejak dia buru Coltrane. 577 00:42:05,481 --> 00:42:07,650 Saya dah tak kenal dia. 578 00:42:09,068 --> 00:42:11,570 Diri sendiri pun saya dah tak kenal. 579 00:42:12,196 --> 00:42:13,948 Mungkin saya yang silap 580 00:42:15,241 --> 00:42:16,825 selama ini 581 00:42:18,410 --> 00:42:20,621 sebab pilih Isaiah berbanding awak. 582 00:42:23,707 --> 00:42:25,376 Awak dengan saya sekarang. 583 00:42:27,169 --> 00:42:32,383 Candace, saya janji akan sentiasa ada untuk awak. 584 00:42:35,928 --> 00:42:39,348 Saya akan pastikan awak sentiasa selamat di sisi saya. 585 00:42:55,239 --> 00:42:57,658 HOSPITAL MEMORIAL SAN ANTONIO 586 00:43:08,043 --> 00:43:10,504 Oh, Tuhan! Apa jadah? 587 00:43:10,588 --> 00:43:13,173 Pergi ke Kecemasan. Tulang awak terkeluar. 588 00:43:13,966 --> 00:43:15,301 Bawa dia pergi. 589 00:43:33,777 --> 00:43:35,362 Boleh zum dekat? 590 00:43:39,575 --> 00:43:41,243 Coltrane Wilder ada di sini. 591 00:43:41,327 --> 00:43:43,245 - Tangga sebelah barat. - Terima. 592 00:43:43,329 --> 00:43:45,497 Saya nak periksa pesakit. 593 00:43:48,626 --> 00:43:51,462 - Sekejap lagi saya periksa awak pula. - Okey. 594 00:44:09,730 --> 00:44:10,648 TANGGA 4 595 00:44:15,819 --> 00:44:20,616 Suspek tiada di tangga barat aras empat. 596 00:44:20,699 --> 00:44:21,909 Berpecah dan cari! 597 00:44:50,145 --> 00:44:50,979 Jom. 598 00:45:03,450 --> 00:45:04,660 Tepi! 599 00:45:05,452 --> 00:45:06,829 Tepi! LAPD! 600 00:45:07,788 --> 00:45:08,789 Tepi! 601 00:45:21,844 --> 00:45:23,804 Kita nak pergi mana? 602 00:45:28,350 --> 00:45:29,601 Tepi! 603 00:45:30,102 --> 00:45:31,103 Tepi! 604 00:45:41,613 --> 00:45:44,950 - Cerullo, mana dia? - Dia dah hilang! 605 00:46:10,309 --> 00:46:11,351 Kakak. 606 00:46:12,227 --> 00:46:14,772 Semua akan okey. Kakak takkan tinggal kamu. 607 00:46:14,855 --> 00:46:17,566 - Maaf, kakak. - Kamu kena rehat. 608 00:46:20,360 --> 00:46:22,070 Macam mana dengan Coltrane? 609 00:46:22,154 --> 00:46:24,948 Jangan risau, okey? Kakak ada rancangan. 610 00:46:25,032 --> 00:46:28,327 Kita akan berlepas 20 minit lagi. Ada doktor ikut kita. 611 00:46:28,994 --> 00:46:31,497 Kamu dan kandungan kamu akan selamat. 612 00:46:36,418 --> 00:46:38,086 Terima kasih, kakak. 613 00:46:40,923 --> 00:46:45,594 Kakak dah janji yang kakak akan sentiasa ada untuk kamu. 614 00:46:48,639 --> 00:46:49,890 Terima kasih. 615 00:47:04,571 --> 00:47:09,451 Suspek memandu Dodge Hellcat merah menghala ke selatan Figueroa! 616 00:47:09,535 --> 00:47:10,536 Sial. 617 00:47:27,094 --> 00:47:30,055 Suspek memandu Dodge Hellcat merah dikesan. 618 00:47:34,184 --> 00:47:36,270 Satu unit mengekori rapat. 619 00:47:40,649 --> 00:47:42,442 Suspek ubah haluan. 620 00:47:42,526 --> 00:47:45,028 Ulang, suspek ubah haluan. 621 00:48:02,379 --> 00:48:03,630 Bill, nampak dia? 622 00:48:03,714 --> 00:48:06,383 Suspek menghala ke barat 55th Street. 623 00:48:06,466 --> 00:48:08,302 Semua unit, ambil perhatian. 624 00:48:18,645 --> 00:48:21,356 Orang awam berkerumun di 55th Street. 625 00:48:27,613 --> 00:48:29,406 Apa jadah? Bill, nampak dia? 626 00:48:29,489 --> 00:48:33,118 Dia hilang di Inglewood. Saya tak boleh masuk ruang udara LAX. 627 00:48:33,201 --> 00:48:36,163 Semua unit, 55th Street terhalang. Cari jalan lain. 628 00:48:37,456 --> 00:48:38,665 KEVIN PANGGILAN MASUK 629 00:48:38,749 --> 00:48:40,042 Bukan sekarang. 630 00:48:51,303 --> 00:48:52,137 Kenapa? 631 00:48:54,640 --> 00:48:57,559 Kalau awak takut nak beritahu Isaiah, biar saya beritahu. 632 00:48:57,643 --> 00:49:00,062 Isaiah tak perlu tahu apa-apa. 633 00:49:00,854 --> 00:49:01,855 Saya cuma… 634 00:49:02,564 --> 00:49:05,233 Saya rasa saya tak patut datang ke sini. 635 00:49:05,317 --> 00:49:08,153 Candace, jangan salahkan diri awak. 636 00:49:08,695 --> 00:49:10,614 Awak tak salah dan sekarang, 637 00:49:10,697 --> 00:49:13,700 awak bersama orang yang betul-betul sayang awak. 638 00:49:14,368 --> 00:49:17,079 Isaiah masih suami saya. 639 00:49:18,288 --> 00:49:22,209 Kami ada Noah. Walaupun berpisah, kami saling mencintai. 640 00:49:22,292 --> 00:49:24,586 Isaiah langsung tak cari awak. 641 00:49:24,670 --> 00:49:28,131 Awak kena culik, kena ugut bunuh dan hilang berjam-jam. 642 00:49:28,715 --> 00:49:30,092 Dia tak telefon pun. 643 00:49:38,433 --> 00:49:39,601 Mungkin itu dia. 644 00:49:39,685 --> 00:49:41,520 Jangan harap. 645 00:49:45,107 --> 00:49:45,941 Jacobson. 646 00:49:46,024 --> 00:49:49,653 Encik Jacobson, saya ini, Kevin Keach. 647 00:49:49,736 --> 00:49:51,113 Juruteknik itu? 648 00:49:51,697 --> 00:49:54,950 Awak boleh buka alat pemantau buku lali Leftenan Stiles. 649 00:49:55,534 --> 00:49:56,994 Dia dah bertugas semula. 650 00:49:57,077 --> 00:49:59,329 Saya bukan telefon sebab Stiles. 651 00:49:59,413 --> 00:50:01,415 Bukan sebab Leftenan Stiles. 652 00:50:01,498 --> 00:50:05,085 Saya dah tanggal alat itu dan pasangnya di kaki anak dia. 653 00:50:05,168 --> 00:50:09,089 Tak, dia yang pasang sendiri dan suruh saya pantau lokasi anak dia, 654 00:50:09,172 --> 00:50:12,509 kalau-kalau Wilder dan Harper cuba buat sesuatu. 655 00:50:12,592 --> 00:50:14,970 Dia suruh telefon kalau ada masalah. 656 00:50:15,053 --> 00:50:18,432 Kevin, relaks. Noah Stiles pakai alat pemantau itu? 657 00:50:18,515 --> 00:50:20,017 - Ya, tuan. - Di mana dia? 658 00:50:20,100 --> 00:50:20,976 Inglewood. 659 00:50:23,854 --> 00:50:27,107 - Kau okey? - Weh, kawan kau masuk berita! 660 00:50:28,400 --> 00:50:29,526 Dia masih hidup. 661 00:50:29,609 --> 00:50:30,777 Tengoklah. 662 00:50:31,445 --> 00:50:34,406 - Siaran langsung. - Ayah aku janji nak bunuh dia. 663 00:50:37,075 --> 00:50:39,578 - Dia tipu. - Kau tak boleh percaya polis. 664 00:50:41,204 --> 00:50:42,706 Betul itu. 665 00:50:42,789 --> 00:50:44,708 Dia suruh aku pakai benda ini. 666 00:50:44,791 --> 00:50:46,251 Hal kecil saja. 667 00:50:59,431 --> 00:51:00,265 Sial! 668 00:51:06,730 --> 00:51:08,648 Mampuslah kau, setan! 669 00:51:12,986 --> 00:51:16,239 - Hei, itu mereka! - Berhenti! 670 00:51:43,600 --> 00:51:44,601 Celaka! 671 00:52:09,000 --> 00:52:10,001 Sial! 672 00:52:11,211 --> 00:52:13,922 Kau bunuh atuk aku! Aku nampak kau! 673 00:52:15,048 --> 00:52:16,299 Pusing! 674 00:52:16,383 --> 00:52:17,884 Aku nak kau tengok aku! 675 00:52:20,887 --> 00:52:25,058 Kalau kau tarik picu itu dan bunuh aku, gelaplah masa depan kau. 676 00:52:25,767 --> 00:52:30,605 - Ayah aku janji nak bunuh kau! - Dia dah cuba, tapi dia tak cukup bijak. 677 00:52:30,689 --> 00:52:32,274 Bukan macam kau. 678 00:52:33,233 --> 00:52:35,110 Kau boleh jadi lebih baik. 679 00:52:36,111 --> 00:52:39,197 - Letak pistol itu. - Aku bosan dengar cakap orang! 680 00:52:39,281 --> 00:52:41,491 Okey, jadi kau nak apa? 681 00:52:44,578 --> 00:52:46,955 Aku tak nak semua ini berlaku! 682 00:52:47,038 --> 00:52:47,873 Okey. 683 00:52:49,082 --> 00:52:50,167 Noah! 684 00:52:52,252 --> 00:52:53,170 Ayah! 685 00:52:53,253 --> 00:52:55,922 - Noah! - Letak pistol awak, Stiles! Letak! 686 00:52:56,006 --> 00:52:57,757 - Ayah! - Lepaskan anak saya! 687 00:52:57,841 --> 00:53:00,343 Kalau saya lepas, dia akan mati. 688 00:53:00,427 --> 00:53:01,553 Letak pistol! 689 00:53:02,846 --> 00:53:04,681 Saya blah. Awak ganti saya. 690 00:53:04,764 --> 00:53:06,975 Tekan, panggil ambulans, dia selamat. 691 00:53:07,058 --> 00:53:08,977 Kalau saya letak pistol, kami mati. 692 00:53:09,060 --> 00:53:10,937 - Percaya saya. - Ayah, tolong! 693 00:53:11,021 --> 00:53:12,480 Saya nak blah, Isaiah! 694 00:53:12,564 --> 00:53:14,524 Saya nak lari dengan isteri saya. 695 00:53:15,567 --> 00:53:19,529 Awak boleh selamatkan dia dan jumpa keluarga awak atau kejar saya. 696 00:53:19,613 --> 00:53:20,572 Tak guna. 697 00:53:21,072 --> 00:53:23,533 - Kasihan Candace kalau Noah mati! - Ayah! 698 00:53:23,617 --> 00:53:26,870 Awak cuma ada dua pilihan! Pilih! 699 00:53:29,706 --> 00:53:31,166 Tahan. 700 00:53:31,249 --> 00:53:32,250 Brinkley! 701 00:53:32,334 --> 00:53:33,752 Pandang saya, Brinkley! 702 00:53:36,504 --> 00:53:37,714 Ayah! 703 00:53:39,007 --> 00:53:39,841 Okey. 704 00:53:46,097 --> 00:53:47,265 Noah. 705 00:53:48,058 --> 00:53:50,644 Kamu akan selamat. Ayah ada. 706 00:53:50,727 --> 00:53:54,439 One-king-20. Hantar ambulans sekarang juga. 707 00:53:54,522 --> 00:53:56,233 - Terima, one-king-20. - Okey. 708 00:53:56,316 --> 00:53:57,609 - Kamu okey. - Stiles! 709 00:53:59,694 --> 00:54:01,238 Awak takkan menang! 710 00:54:03,823 --> 00:54:07,369 - Ayah, kaki saya sakit! - Kamu okey! Pandang ayah! 711 00:54:08,328 --> 00:54:09,496 Kamu okey. 712 00:54:09,579 --> 00:54:10,664 Kamu akan selamat. 713 00:54:11,248 --> 00:54:12,707 Pandang ayah. 714 00:55:47,302 --> 00:55:49,429 Terjemahan sari kata oleh Saffura