1
00:00:20,146 --> 00:00:22,773
Saya akan suntik
komponen kumpulan mesin mikro "B"
2
00:00:22,857 --> 00:00:27,236
ke dalam kawasan oksipital
dan temporal awak, En. Soma.
3
00:00:27,319 --> 00:00:30,448
Saya tak cederakan otak awak, bukan?
4
00:00:30,531 --> 00:00:33,951
Saya dah suruh awak
beri saya ubat tahan sakit, tak guna!
5
00:00:34,076 --> 00:00:35,953
{\an8}Itu ada kos tambahan.
6
00:00:36,036 --> 00:00:40,416
{\an8}Kira-kira 70 peratus komponen "B"
yang disuntikkan alami jerapan balikan
7
00:00:40,499 --> 00:00:41,876
{\an8}melalui daya van der Waals
8
00:00:41,959 --> 00:00:44,086
{\an8}pada kawasan suntikan
komponen "A" sebelum ini.
9
00:00:44,170 --> 00:00:46,213
{\an8}Dalam beberapa milisaat,
ia sintesis polimer,
10
00:00:46,297 --> 00:00:48,758
{\an8}membentuk ikatan ionik dan mengikat kuat.
11
00:00:48,841 --> 00:00:52,678
{\an8}Apa? Jika begitu, saya patut dapat
bayaran balik untuk baki 30 peratus!
12
00:00:52,762 --> 00:00:54,764
{\an8}Dengan kawalan pola,
jika tolerans terlalu ketat,
13
00:00:54,847 --> 00:00:56,557
{\an8}sistem tak berfungsi dengan baik.
14
00:00:56,640 --> 00:00:57,975
{\an8}Perlu ada ruang lega.
15
00:00:58,100 --> 00:01:01,061
{\an8}Awak tak nak keluarkan
mesin mikro yang lama?
16
00:01:01,145 --> 00:01:03,272
{\an8}Apabila dah berakar
macam mesin mikro awak,
17
00:01:03,355 --> 00:01:05,232
{\an8}jika kita cuba mencabutnya,
18
00:01:05,316 --> 00:01:07,485
{\an8}kerosakan teruk
akan berlaku pada sel otak.
19
00:01:07,568 --> 00:01:11,030
Seterusnya, kita guna matriks EM untuk
pastikan mesin mikro di semua koordinat
20
00:01:11,113 --> 00:01:15,201
dirangkaikan dengan transformer
yang dipasang pada tulang oksipital.
21
00:01:15,284 --> 00:01:18,621
Barisan imbasan meningkat
selaras dengan saiz mesin mikro,
22
00:01:18,704 --> 00:01:20,581
yang akan mengambil masa.
23
00:01:20,664 --> 00:01:24,502
Inilah caranya mesin mikro
di dalam otak boleh menghantar
24
00:01:24,585 --> 00:01:28,255
dan menerima maklumat
"keadaan otak serta taburan isyarat otak."
25
00:01:28,339 --> 00:01:31,008
Perkongsian deria pula dibuat
di saraf sensori.
26
00:01:31,091 --> 00:01:33,511
Kognisi dan ingatan pula
agak susah untuk dihantar
27
00:01:33,594 --> 00:01:36,806
disebabkan perbezaan agihan isyarat
dan bayangan minda tertentu,
28
00:01:36,889 --> 00:01:39,934
jadi ia ditetapkan seiring
input pertuturan dan sensori visual.
29
00:01:40,351 --> 00:01:43,145
Pusat pertuturan digunakan
untuk mengawal suis otak siber
30
00:01:43,229 --> 00:01:44,980
dan pelbagai fungsinya.
31
00:01:45,523 --> 00:01:46,774
Kami asingkan
32
00:01:46,857 --> 00:01:49,485
bahagian arteri karotid dalaman
dengan kokot boleh serap.
33
00:01:49,568 --> 00:01:51,570
Setelah ia hilang melalui hemolisis,
34
00:01:51,654 --> 00:01:53,489
tekanan intrakranium kembali normal,
35
00:01:53,572 --> 00:01:55,491
rasa berdenyut akan hilang
36
00:01:55,574 --> 00:01:58,452
dan implan analgesik larut sepenuhnya!
37
00:01:58,536 --> 00:02:00,204
Akhir sekali, ia diuji untuk pastikan
38
00:02:00,287 --> 00:02:01,997
semua selaras dengan imej model.
39
00:02:02,081 --> 00:02:04,291
Itu tak perlu, doktor.
40
00:02:05,835 --> 00:02:11,131
Saya dah tersambung
dengan rangkaian yang saya mahu.
41
00:03:43,515 --> 00:03:44,892
JAWATANKUASA GHOST IN THE SHELL
42
00:03:48,979 --> 00:03:52,733
TARIKH 2 MEI 2030
PERTUKARAN SENYAP
43
00:03:56,612 --> 00:03:58,864
Saya akan pulang petang ini.
44
00:03:58,948 --> 00:04:02,242
Berdasarkan pakaian itu,
saya agak sama ada perbicaraan rahsia
45
00:04:02,368 --> 00:04:05,245
atau pertemuan
persatuan veteran di kelab awak.
46
00:04:05,371 --> 00:04:08,958
Kenapa nak rosakkan
hubungan kita dengan spekulasi liar?
47
00:04:09,041 --> 00:04:11,460
Awak rasa Seksyen 9 terlalu tegas
48
00:04:11,961 --> 00:04:15,047
atau Seksyen 1 terlalu santai dan bebas?
49
00:04:17,758 --> 00:04:19,885
Itu En. Sabita dari tingkat empat.
50
00:04:20,010 --> 00:04:22,930
Orang yang gelar dirinya artis manga
yang suka ketenangan.
51
00:04:23,055 --> 00:04:25,641
Mungkin kita terlalu bising malam tadi.
52
00:04:30,562 --> 00:04:31,480
Motoko!
53
00:04:31,563 --> 00:04:32,690
Berlindung!
54
00:04:41,281 --> 00:04:42,992
PAKU BESI
55
00:04:49,123 --> 00:04:52,668
Bunuhlah pengganas seramainya,
pengganas baharu pasti akan muncul.
56
00:04:52,751 --> 00:04:55,421
Jadi, bagaimana awak nak tangani hal ini?
57
00:04:55,629 --> 00:04:59,883
Jangan hancurkan kumpulan itu, tapi
kawal mereka, Leftenan Komander Santos.
58
00:04:59,967 --> 00:05:03,846
Mungkin, tapi itu bermakna
perlu bertolak ansur dengan mereka
59
00:05:03,929 --> 00:05:05,848
dan di negara saya, ikatan antara tentera,
60
00:05:05,931 --> 00:05:08,267
dadah, keganasan, Mafia dan polis rasuah
61
00:05:08,350 --> 00:05:10,686
berakar umbi dan sering tak terkawal.
62
00:05:10,769 --> 00:05:13,105
Hasil mendahului prinsip.
63
00:05:13,230 --> 00:05:14,273
Maafkan saya.
64
00:05:14,398 --> 00:05:16,859
Ada kecemasan di katil Kusanagi.
65
00:05:16,942 --> 00:05:19,653
Respons C lengkap. Respons B dalam proses.
66
00:05:19,737 --> 00:05:20,863
Minta arahan.
67
00:05:20,946 --> 00:05:24,199
Tutup lapangan terbang dan pelabuhan
terdekat dan hubungi ibu pejabat!
68
00:05:24,658 --> 00:05:26,618
Maklumkan semua anggota dan bersedia!
69
00:05:26,702 --> 00:05:28,287
Saya dan Batou akan ke hospital!
70
00:05:31,749 --> 00:05:33,834
- Berapa minit dah berlalu?
- Dua belas.
71
00:05:33,917 --> 00:05:36,253
Ishikawa! Siapa ada bidang kuasa
di lokasi siasatan?
72
00:05:36,336 --> 00:05:38,380
- Kita sampai dulu.
- Bagus.
73
00:05:39,840 --> 00:05:42,593
Batou! Tingkat satu, Bilik Bedah 4!
74
00:05:43,635 --> 00:05:44,887
PEMBEDAHAN BERLANGSUNG
75
00:05:49,725 --> 00:05:52,478
Nampak? Saya menang, tepat pada masanya.
76
00:05:52,561 --> 00:05:54,354
Seksyen 9 tiba lebih cepat.
77
00:05:54,897 --> 00:05:56,815
Ini memang bukan hari saya.
78
00:05:56,899 --> 00:05:59,401
Itu saya tak nak. Ia dah hangus.
79
00:06:02,071 --> 00:06:04,782
Beritahulah kami
jika awak tak apa-apa, bodoh!
80
00:06:04,865 --> 00:06:06,617
Penatnya.
81
00:06:06,700 --> 00:06:08,827
Ketua. Kami dah sedia beri laporan awal.
82
00:06:08,911 --> 00:06:10,245
Tunggu 30 saat lagi.
83
00:06:11,455 --> 00:06:12,956
Nanti saya telefon awak.
84
00:06:20,547 --> 00:06:22,424
Maaf kerana ganggu saat ini!
85
00:06:22,508 --> 00:06:23,801
Batou, jangan mulakan.
86
00:06:24,259 --> 00:06:27,471
Awak dah tujuh bulan
keluar dengan lelaki itu!
87
00:06:27,554 --> 00:06:28,597
Itu rekod baharu awak!
88
00:06:30,933 --> 00:06:32,351
Boleh kita mulakan, Ketua?
89
00:06:32,434 --> 00:06:34,186
Pertama sekali,
90
00:06:34,269 --> 00:06:36,522
ada selongsong peluru senapang patah
di luar pintu.
91
00:06:36,605 --> 00:06:39,608
Di dalam,
ada 12 selongsong peluru Seburo M5.
92
00:06:40,234 --> 00:06:43,028
Tentu Mejar menembak dari sini,
berdiri seperti ini.
93
00:06:44,029 --> 00:06:47,241
Di luar pintu,
ada satu mayat dan satu bom C-4.
94
00:06:47,324 --> 00:06:48,492
Satu sisi bersalut
95
00:06:48,575 --> 00:06:50,536
dan permukaannya dipenuhi skru dan paku.
96
00:06:51,036 --> 00:06:52,371
Mejar tak apa-apa, bukan?
97
00:06:52,454 --> 00:06:55,499
Dia beri Mejar masa untuk berlindung,
jadi dia cuma menggertak.
98
00:06:56,458 --> 00:06:59,336
Ishikawa, naik kereta lain
apabila awak pergi.
99
00:07:00,087 --> 00:07:02,923
Kita berdua mengesyaki pelaku yang sama?
100
00:07:03,465 --> 00:07:04,883
Awak ada syak sesiapa?
101
00:07:05,259 --> 00:07:06,343
Ya, ada.
102
00:07:07,136 --> 00:07:10,848
Satu-satunya lelaki yang kami gagal bunuh.
103
00:07:11,348 --> 00:07:13,142
Pengganas, Toru Soma.
104
00:07:13,809 --> 00:07:15,185
Kenapa awak syak dia?
105
00:07:15,269 --> 00:07:18,689
Saya guna taktik yang sama
untuk bunuh enam kawannya.
106
00:07:19,523 --> 00:07:21,483
Saya andaikan dia juga dah mati.
107
00:07:23,110 --> 00:07:25,737
Sebagai balasan
kerana dia bunuh dua orang saya,
108
00:07:25,821 --> 00:07:28,532
saya buat dia tembak anak lelakinya.
109
00:07:28,615 --> 00:07:29,950
Dari sebalik pintu.
110
00:07:31,118 --> 00:07:33,162
Anaknya berusia 16 tahun,
111
00:07:33,245 --> 00:07:36,165
tapi bermegah
kerana turut menyeksa orang saya.
112
00:07:39,251 --> 00:07:44,214
Selepas letupan itu, kami masuk
ke bilik itu untuk sahkan kematiannya,
113
00:07:44,298 --> 00:07:47,676
{\an8}tapi kami cuma jumpa
tapak kaki daripada sut perisai.
114
00:07:48,385 --> 00:07:50,095
{\an8}Itu empat tahun lepas.
115
00:07:51,638 --> 00:07:54,266
Jadi, ini pengisytiharan perang
untuk balas dendam.
116
00:07:54,349 --> 00:07:56,518
Baiklah.
Fokuskan siasatan kita dari sudut itu.
117
00:07:56,602 --> 00:08:00,147
Ishikawa. Kumpulan yang Soma sertai
pasti ada yang kawal.
118
00:08:00,230 --> 00:08:01,273
Berhubung dengannya.
119
00:08:01,356 --> 00:08:03,150
Batou, jejaki pembelian senjata itu.
120
00:08:03,233 --> 00:08:04,735
Tunggu dulu, Ketua!
121
00:08:04,818 --> 00:08:07,654
Saya tahu saya tak boleh terlibat
dalam kes ini, tapi…
122
00:08:07,738 --> 00:08:10,908
Mengarut! Awak perlu terlibat
untuk dijadikan umpan.
123
00:08:10,991 --> 00:08:12,784
Pergi mulakan siasatan sekarang.
124
00:08:13,869 --> 00:08:16,580
Saya pantau dari jauh
dan suruh Togusa bantu awak.
125
00:08:16,663 --> 00:08:19,041
Saya akan sentiasa jaga orang saya.
126
00:08:19,124 --> 00:08:21,960
Saya anggap awak macam anak saya!
127
00:08:22,044 --> 00:08:24,588
Anggaplah saya sebagai cucu awak…
128
00:08:30,594 --> 00:08:34,181
Tak guna, dia selalu naik angin.
129
00:08:34,806 --> 00:08:37,226
Mungkin saya juga patut jadi cyborg penuh.
130
00:08:38,185 --> 00:08:40,229
Tingkat satu, Bilik Bedah 4.
131
00:08:40,312 --> 00:08:41,438
Pintu kereta tak ditutup.
132
00:08:42,814 --> 00:08:45,025
Saya mahir gunakan alat.
133
00:08:45,108 --> 00:08:46,944
Jika ada yang berisiko, panggil saya.
134
00:08:50,113 --> 00:08:53,283
Saya lalai!
Kereta saya dah dipasang bahan letupan?
135
00:08:54,576 --> 00:08:55,827
Pemburuan pengganas?
136
00:08:55,911 --> 00:08:58,914
Cuti saya dah rosak, jadi saya tak kisah.
137
00:08:59,915 --> 00:09:02,584
Baiklah.
Saya sampai di sana 30 minit lagi.
138
00:09:03,377 --> 00:09:05,379
Boleh awak jawab soalan saya?
139
00:09:06,129 --> 00:09:09,007
Awak pernah tunjukkan
gambar saya kepada sesiapa?
140
00:09:09,091 --> 00:09:11,843
Ada sesiapa yang tahu
nama atau alamat saya?
141
00:09:13,428 --> 00:09:16,640
Saya tak nak jawab,
tapi saya juga tak nak tipu awak.
142
00:09:17,432 --> 00:09:19,726
Awak siasat tentang saya
di Seksyen 1, bukan?
143
00:09:20,435 --> 00:09:23,272
Saya dapat tabiat itu
selepas salah satu isteri orang saya
144
00:09:23,355 --> 00:09:26,441
bocorkan maklumat selama empat tahun
kepada pengganas upahan.
145
00:09:27,109 --> 00:09:30,696
Ketua Seksyen 1
dan dua orang saya ada fail awak.
146
00:09:31,238 --> 00:09:32,155
Saya tak kisah.
147
00:09:32,656 --> 00:09:35,033
Lagipun, saya pun suruh
Seksyen 9 siasat awak.
148
00:09:48,213 --> 00:09:50,090
Kenapa tak panggil skuad bom?
149
00:09:50,173 --> 00:09:51,925
Saya takkan panggil.
150
00:09:52,009 --> 00:09:54,469
Saya akan diejek generasi demi generasi.
151
00:10:02,978 --> 00:10:05,897
Hei! Bodoh! Kenapa ceraikan
kereta awak di sini?
152
00:10:05,981 --> 00:10:06,857
Alihkan kereta itu!
153
00:10:06,940 --> 00:10:09,985
Diamlah! Nyawa saya dalam bahaya!
154
00:10:10,068 --> 00:10:13,989
- Apa? Ini zon larangan meletak kenderaan!
- Suka hati sayalah!
155
00:10:18,827 --> 00:10:19,870
Tentu lebih mudah
156
00:10:20,620 --> 00:10:22,706
jika teman lelaki awak orang awam.
157
00:10:24,291 --> 00:10:25,751
Ya, mungkin.
158
00:10:35,177 --> 00:10:36,553
Belok kiri di depan sana.
159
00:10:42,392 --> 00:10:43,602
Belok kiri lagi.
160
00:10:51,693 --> 00:10:53,445
Ada kereta ekori kita.
161
00:10:53,862 --> 00:10:55,614
Apabila ketahuan, mereka akan serang.
162
00:10:55,697 --> 00:10:58,033
Apa kawasan terbiar yang berdekatan?
163
00:10:58,116 --> 00:11:01,078
Belok kanan di depan sana
dan pecut di lorong kanan.
164
00:11:01,161 --> 00:11:03,872
Ada kilang besar terbiar
dalam 15 minit ke selatan.
165
00:11:03,955 --> 00:11:06,917
Ini macam rancangan TV gred-E.
166
00:11:07,000 --> 00:11:08,418
Awak bawa Fuchikoma?
167
00:11:08,919 --> 00:11:13,340
Ia 90 meter di belakang dan senjatanya
diacukan ke kereta yang ekori kita.
168
00:11:13,924 --> 00:11:15,384
Jika mereka lama ekori awak,
169
00:11:15,467 --> 00:11:18,553
kenapa tak serang awak
di ambulans atau di hospital?
170
00:11:18,637 --> 00:11:20,680
Mungkin mereka tiada senjata jarak jauh
171
00:11:20,764 --> 00:11:23,392
atau mereka nak menikmatinya,
pilih salah satu.
172
00:11:23,475 --> 00:11:24,768
Sampai saja di kilang itu,
173
00:11:24,851 --> 00:11:26,770
kita akan dapatkan maklumat daripada dia.
174
00:11:34,361 --> 00:11:35,487
Inilah masanya.
175
00:11:47,165 --> 00:11:48,083
Siapa di sana?
176
00:11:58,969 --> 00:12:02,639
Orang yang melawat dengan
penyamaran optik pasti polis, bukan?
177
00:12:02,722 --> 00:12:05,475
Saya ada janji temu. Seksyen 9.
178
00:12:05,559 --> 00:12:07,102
Ayuh beri maklumat.
179
00:12:08,520 --> 00:12:10,272
Ada ramai askar dan polis
180
00:12:10,355 --> 00:12:12,816
yang bersekutu
dengan pertubuhan jenayah sekarang ini.
181
00:12:13,275 --> 00:12:14,109
Jadi?
182
00:12:14,192 --> 00:12:15,902
Toru Soma.
183
00:12:15,986 --> 00:12:17,988
Akhirnya dia berhenti berselindung
184
00:12:18,071 --> 00:12:19,406
dan tonjolkan dirinya ya?
185
00:12:19,906 --> 00:12:22,701
Apa dia dah buat? Tembak-menembak
dengan keluarga Benten?
186
00:12:22,784 --> 00:12:26,455
Saya dengar awak yang beri
kumpulan itu bantuan.
187
00:12:26,538 --> 00:12:28,206
Kecuali Soma.
188
00:12:28,290 --> 00:12:30,167
Dia cuma jaguh di tempat dia.
189
00:12:30,250 --> 00:12:31,543
Dia nak pintas kumpulan itu
190
00:12:31,626 --> 00:12:34,129
dan buat perjanjian terus
dengan keluarga Benten.
191
00:12:35,714 --> 00:12:38,383
Dadah, senjata,
pemerdagangan orang dan sebagainya.
192
00:12:39,134 --> 00:12:41,261
Tapi keluarga Benten tolak.
193
00:12:41,887 --> 00:12:45,348
Rangkaian bekalan kumpulan itu
luas dan kukuh.
194
00:12:45,765 --> 00:12:49,019
Ini foto muka terbaru Toru Soma
yang kami ada.
195
00:12:49,686 --> 00:12:51,771
Keluarga Benten juga tak suka dia,
196
00:12:51,855 --> 00:12:54,149
jadi dia mungkin buka kedai
semasa hilangkan diri.
197
00:12:54,232 --> 00:12:55,942
Selain itu, saya tak tahu.
198
00:12:58,278 --> 00:13:01,490
- Dasar kelip-kelip.
- Kelip-kelip?
199
00:13:02,324 --> 00:13:05,702
{\an8}Kelip-kelip: Ertinya sut orang yang duduk
seharian di meja jadi lusuh dan berkilat.
200
00:13:10,707 --> 00:13:13,585
Kilang ini pasti dah diubah suai
selepas pelannya dilukis.
201
00:13:13,877 --> 00:13:16,630
Tiada masalah,
sekejap lagi semua akan selesai.
202
00:13:16,713 --> 00:13:18,048
Kita juga ada Fuchikoma.
203
00:13:18,131 --> 00:13:19,382
Jangan fikir begitu, Togusa.
204
00:13:19,466 --> 00:13:21,009
Walaupun berdepan budak mentah,
205
00:13:21,092 --> 00:13:22,511
kita tetap perlu waspada.
206
00:13:28,475 --> 00:13:29,601
Tengok.
207
00:13:29,684 --> 00:13:34,105
Mereka bukan budak mentah,
tapi menerima latihan lanjutan.
208
00:13:34,189 --> 00:13:36,316
Tapi arahan operasi mereka lemah.
209
00:13:40,737 --> 00:13:42,781
Orang tua, janganlah buat saya terkejut!
210
00:13:42,864 --> 00:13:44,032
Ada masalahkah?
211
00:13:44,616 --> 00:13:46,117
Ada apa?
212
00:13:46,201 --> 00:13:48,245
Kami takkan berpindah dari sini.
213
00:13:48,328 --> 00:13:50,872
Kami nak kamu sembunyi sekejap, okey?
214
00:13:54,417 --> 00:13:55,669
Okey, punggah ia!
215
00:13:56,753 --> 00:14:00,340
Togusa! Musnahkan lori itu
dengan Fuchikoma sekarang!
216
00:14:10,976 --> 00:14:12,435
Fuchikoma dah musnah!
217
00:14:12,519 --> 00:14:16,273
Ibu pejabat! Hantar empat Fuchikoma
segera, lengkap bersenjata!
218
00:14:16,856 --> 00:14:17,857
Mejar!
219
00:14:17,941 --> 00:14:20,694
Jika masih beroperasi,
buat-buat ia mati!
220
00:14:20,777 --> 00:14:22,821
Bawa ia ke tempat yang tak ramai orang!
221
00:14:23,572 --> 00:14:24,781
Wau!
222
00:14:25,907 --> 00:14:27,492
Saya kenal benda ini!
223
00:14:27,576 --> 00:14:29,411
Saya nampak di pertunjukan senjata!
224
00:14:29,494 --> 00:14:31,830
Itu kereta kebal pintar buatan Jerman!
225
00:14:31,913 --> 00:14:33,582
Tapi otaknya buatan Jepun.
226
00:14:33,665 --> 00:14:34,749
Paparkan datanya.
227
00:14:35,250 --> 00:14:37,544
Mejar dan Togusa ada masalah besar!
228
00:14:37,627 --> 00:14:39,462
Mereka tak mampu lawan benda itu.
229
00:14:39,546 --> 00:14:42,716
Hubungi Penguasa Miyazaki,
Bahagian Senjata Khas Agensi Pertahanan.
230
00:14:42,799 --> 00:14:44,467
Saito, cari berapa unit yang ada,
231
00:14:44,551 --> 00:14:47,178
di mana ia dijual
dan jika ada yang dicuri! Cepat!
232
00:14:51,558 --> 00:14:53,226
Apa rancangan kita, Mejar?
233
00:14:53,852 --> 00:14:56,938
Kita lengahkan masa
hingga Borma dan Paz sampai.
234
00:14:57,689 --> 00:14:59,649
Jika boleh ke hujung kilang dengan kereta,
235
00:14:59,733 --> 00:15:01,151
kita boleh elakkan askar itu.
236
00:15:01,234 --> 00:15:05,238
Nampaknya kita tak berdepan
dengan Soma dan orangnya saja.
237
00:15:05,864 --> 00:15:08,283
Ini unit lengkap bersenjata yang tersusun
238
00:15:08,366 --> 00:15:10,201
yang nampak macam askar betul.
239
00:15:10,702 --> 00:15:13,913
Jadi, ada pertubuhan sah
yang membantu Soma.
240
00:15:14,331 --> 00:15:16,333
Saya tak suka hala tuju kes ini.
241
00:15:21,755 --> 00:15:24,674
{\an8}Tapi kereta itu berperisai!
Mereka guna peluru halaju tinggi.
242
00:15:25,842 --> 00:15:27,886
Togusa! Jauhi kereta itu!
243
00:16:12,681 --> 00:16:14,849
Togusa! Togusa, awak dengar tak?
244
00:16:16,142 --> 00:16:19,437
Jika gerak dari bumbung ke bumbung,
kita boleh jauhinya.
245
00:16:19,521 --> 00:16:22,565
Perisainya amat tebal,
ia terlalu berat untuk memanjat!
246
00:16:23,149 --> 00:16:25,610
Tambahan pula
dinding dan siling ini nipis!
247
00:16:45,880 --> 00:16:48,883
Apa Motoko buat di sini?
248
00:16:49,718 --> 00:16:51,219
Apa yang sedang berlaku?
249
00:16:52,887 --> 00:16:55,348
Ibu pejabat! Mesej untuk Ketua, penting!
250
00:16:55,432 --> 00:16:57,600
Kita melawan Seksyen 1 Keselamatan Awam!
251
00:16:57,684 --> 00:16:59,018
Mereka Seksyen 1!
252
00:17:00,311 --> 00:17:04,274
Ibu pejabat kepada Kusanagi.
Ketua kini dalam perjalanan ke Seksyen 1…
253
00:17:05,108 --> 00:17:06,025
Aduhai.
254
00:17:09,487 --> 00:17:12,574
Kereta kebal ini milik bahagian awak!
Kami dah padankan nombornya.
255
00:17:12,657 --> 00:17:15,034
Ia sedang memburu orang saya sekarang!
256
00:17:15,827 --> 00:17:17,704
Aduhai, betulkah?
257
00:17:19,706 --> 00:17:21,958
Hentikan kereta kebal itu! Sekarang!
258
00:17:22,041 --> 00:17:24,127
Tunggu! Jangan terburu-buru!
259
00:17:24,210 --> 00:17:26,671
Baiklah, saya akan hentikan ia!
260
00:17:26,755 --> 00:17:30,467
Semua anggota, berundur!
Batalkan operasi! Berundur!
261
00:17:30,550 --> 00:17:33,344
Sekarang, beritahu saya hal yang sebenar.
262
00:17:33,428 --> 00:17:37,140
Berdasarkan maklumat yang diterima,
ada yang akan terima padahnya!
263
00:17:38,516 --> 00:17:41,102
Operasi ini untuk dapatkan
nama sebenar Anaconda
264
00:17:41,186 --> 00:17:42,687
dan bukti terhadapnya.
265
00:17:43,480 --> 00:17:45,732
Anaconda? Raja dadah itu?
266
00:17:45,815 --> 00:17:47,901
Orang yang digelar Hantu Amerika Selatan?
267
00:17:48,401 --> 00:17:51,154
Dalam perjanjian itu,
Motoko Kusanagi akan jadi pertukaran.
268
00:17:51,237 --> 00:17:53,782
Ia dibuat dengan Toru Soma?
269
00:17:53,865 --> 00:17:56,409
Sebagai balasan
Keluarga Benten menolak tawarannya,
270
00:17:56,493 --> 00:17:59,704
dia cuba serahkan Anaconda,
rakan kongsi kumpulan itu.
271
00:18:00,288 --> 00:18:02,290
Jika boleh buat perjanjian
dengan Seksyen 1,
272
00:18:02,373 --> 00:18:04,584
pasti mudah untuk dia jejaki Kusanagi.
273
00:18:04,667 --> 00:18:08,963
Anaconda jatuhkan Keluarga Benten,
kami tangkap Anaconda
274
00:18:09,047 --> 00:18:11,174
dan Toru Soma dapat Kusanagi.
275
00:18:11,257 --> 00:18:14,594
Ini bukan operasi awak, tapi operasi Soma!
276
00:18:15,303 --> 00:18:16,471
Dia di mana?
277
00:18:17,180 --> 00:18:19,474
Dia tak percayakan kami.
278
00:18:19,557 --> 00:18:21,392
Dia di dalam kereta kebal pintar.
279
00:18:21,476 --> 00:18:25,814
Saya akan pastikan
awak terima padahnya kelak.
280
00:18:25,897 --> 00:18:28,817
Saito! Tunggu di sini
dan awasi lelaki ini!
281
00:18:30,568 --> 00:18:32,529
Dengar tak? Dia suruh berundur.
282
00:18:32,612 --> 00:18:34,948
Apa kita nak buat dengan Soma?
283
00:18:35,031 --> 00:18:38,409
Ketua! Ketua tak dengar
arahan berundur tadi?
284
00:18:38,493 --> 00:18:40,537
Lepaskan saya! Kita perlu halang Soma!
285
00:18:40,620 --> 00:18:41,955
Arahan kita bagaimana?
286
00:18:42,038 --> 00:18:43,957
Motoko akan dibunuh!
287
00:18:44,874 --> 00:18:47,502
Kita ada misil di kereta, pergi ambil!
288
00:18:47,585 --> 00:18:49,587
Aduhai.
289
00:18:52,257 --> 00:18:54,676
Tunggu! Jangan tembak!
290
00:18:54,759 --> 00:18:57,387
Semua dah berakhir! Dah tamat.
291
00:18:58,388 --> 00:19:00,098
Apa maksud awak?
292
00:19:00,849 --> 00:19:01,891
Mejar!
293
00:19:23,246 --> 00:19:25,415
Pelurunya dah habis?
294
00:19:41,931 --> 00:19:45,351
- Ketua!
- Serahkan ia! Biar saya yang buat!
295
00:19:48,897 --> 00:19:53,026
Ini angkara Soma! Dia nampak kita
letak ia di dalam kereta dan dia sabotaj!
296
00:19:53,109 --> 00:19:54,527
Tak guna!
297
00:19:54,611 --> 00:19:55,737
Motoko!
298
00:20:09,918 --> 00:20:11,669
Tepat pada masanya!
299
00:20:20,553 --> 00:20:21,846
Mejar!
300
00:20:39,364 --> 00:20:40,949
Selamat tinggal, pengganas.
301
00:20:41,491 --> 00:20:45,703
Jika benci sangat dunia ini,
jangan kembali dari dunia satu lagi.
302
00:20:55,713 --> 00:20:57,090
Mana awak dapat benda itu?
303
00:20:57,590 --> 00:21:00,301
En. Miya daripada Senjata Khas
yang pinjamkan.
304
00:21:00,385 --> 00:21:02,845
Rangka awak dah tak stabil, Mejar.
305
00:21:02,929 --> 00:21:05,974
Bawa Togusa ke hospital.
Dia kehilangan banyak darah.
306
00:21:21,656 --> 00:21:23,574
Keadaan awak sangat teruk, Kusanagi.
307
00:21:24,367 --> 00:21:27,453
Bila awak sedar
ketua Seksyen 1 dah dipergunakan?
308
00:21:27,537 --> 00:21:32,000
Apabila kami ekori kereta kebal pintar itu
dan dengar sendiri cerita dia.
309
00:21:32,792 --> 00:21:36,462
Soma mungkin berhubung
dengan Keluarga Benten
310
00:21:36,546 --> 00:21:39,090
untuk dapatkan maklumat
yang Seksyen 1 tak dapat tolak.
311
00:21:39,507 --> 00:21:43,052
Saya tak rasa Soma mengenali Anaconda.
312
00:21:43,136 --> 00:21:47,890
Tapi, andainya itu benar,
kita dah lepaskan ikan besar!
313
00:21:47,974 --> 00:21:51,310
Apa maksud awak "kita"? Cuma Seksyen 1.
314
00:21:53,229 --> 00:21:55,982
Saya pakai pakaian seragam
pagi tadi, ingat tak?
315
00:21:56,899 --> 00:22:00,862
Saya sepatutnya minum
dengan menteri keselamatan awam.
316
00:22:03,072 --> 00:22:07,201
Untuk raikan kejayaan mereka
dalam operasi membunuh Anaconda.
317
00:22:08,953 --> 00:22:11,873
SULIT
318
00:23:40,837 --> 00:23:41,921
JAWATANKUASA GHOST IN THE SHELL
319
00:23:42,839 --> 00:23:44,340
Ketua Seksyen 1 Keselamatan Awam
320
00:23:44,465 --> 00:23:47,093
dilanggar lari petang tadi
dan kini kritikal.
321
00:23:47,176 --> 00:23:50,888
- Encik, saya tinggalkan kunci di sini.
- Belum ada butiran.
322
00:23:51,347 --> 00:23:53,224
Aduhai, penatnya…
323
00:23:54,475 --> 00:23:57,061
EPISOD SETERUSNYA
EPISOD 07: SELAMAT TINGGAL JASAD
324
00:23:57,145 --> 00:23:58,604
AKAN BERSAMBUNG…
325
00:24:01,858 --> 00:24:03,860
{\an8}Terjemahan sari kata oleh Aminuddin Buang