1 00:00:14,920 --> 00:00:17,200 THE FINAL PROBLEM 2 00:01:04,760 --> 00:01:08,239 Kau bunuh isteri aku. Aku akan pastikan kau mati. 3 00:01:08,240 --> 00:01:10,320 - Nein! - Berhenti! 4 00:01:11,400 --> 00:01:14,079 - Nein? - Ini agak klise, bukan? 5 00:01:14,080 --> 00:01:16,559 Itu dah bagus, tapi mari rakam semula. 6 00:01:16,560 --> 00:01:18,319 Okey, ikut suka awaklah. 7 00:01:18,320 --> 00:01:20,880 Ini juga rasa macam dipaksa-paksa. 8 00:01:21,880 --> 00:01:23,199 Sudah berapa kali? 9 00:01:23,200 --> 00:01:25,040 Termasuk yang tadi, 12 kali. 10 00:01:25,840 --> 00:01:28,479 - Kenapa banyak sangat, Fonseca? - Semuanya bagus. 11 00:01:28,480 --> 00:01:30,479 Klemmer dibunuh dari belakang. 12 00:01:30,480 --> 00:01:33,799 Takkan saya nak cakap kuat-kuat, "Kau bunuh isteri aku." 13 00:01:33,800 --> 00:01:35,639 Penulis skrip ini tiada otak. 14 00:01:35,640 --> 00:01:37,600 - Kawan awak, Foxá. - Dia bukan kawan saya. 15 00:01:39,320 --> 00:01:40,320 Maafkan saya. 16 00:01:48,600 --> 00:01:51,039 - Awak cari siapa? - Maaf? 17 00:01:51,040 --> 00:01:52,040 Adela? 18 00:01:53,440 --> 00:01:54,440 Helo. 19 00:01:55,400 --> 00:01:56,400 Kenapa awak datang? 20 00:01:57,000 --> 00:01:58,919 Apa awak buat di Sepanyol? 21 00:01:58,920 --> 00:02:03,040 Basil tulis surat kepada saya dan jemput saya datang. 22 00:02:04,560 --> 00:02:05,680 Mari ikut saya. 23 00:02:06,600 --> 00:02:07,600 Awak pula? 24 00:02:08,400 --> 00:02:09,760 Saya kerja dengan Fonseca. 25 00:02:10,480 --> 00:02:12,360 Saya penulis skrip filem ini. 26 00:02:19,920 --> 00:02:23,640 Kami nak ambil kesempatan atas kejadian yang berlaku di sana. 27 00:02:24,160 --> 00:02:25,720 Tiga Pembunuhan Menjelang Fajar. 28 00:02:27,680 --> 00:02:29,480 Detektif itu pembunuhnya. 29 00:02:30,000 --> 00:02:31,200 Balasan setimpal. 30 00:02:32,120 --> 00:02:35,320 - Jadi, hubungan kamu berdua… - Kami… 31 00:02:36,480 --> 00:02:39,320 Kami berdua bukan lagi kawan. 32 00:02:41,040 --> 00:02:43,119 Dia pernah tuduh saya membunuh. 33 00:02:43,120 --> 00:02:45,999 En. Basil, pengarah berpuas hati dengan rakaman tadi. 34 00:02:46,000 --> 00:02:48,840 - Tugas awak dah selesai. - Baguslah. Adela. 35 00:02:49,760 --> 00:02:51,640 - Awak dah pergi hotel? - Ya. 36 00:02:52,160 --> 00:02:55,640 Pemandu itu tunggu saya daftar masuk dan bawa saya ke sini. 37 00:02:56,480 --> 00:02:57,559 - Foxá. - Basil. 38 00:02:57,560 --> 00:03:01,439 Adela. Saya tak tahu awak nak datang. 39 00:03:01,440 --> 00:03:03,519 Kenapa saya tak tahu apa-apa? 40 00:03:03,520 --> 00:03:05,519 Sebab awak penerbit. 41 00:03:05,520 --> 00:03:08,239 Ingatkan saya kalau ada filem seterusnya. 42 00:03:08,240 --> 00:03:09,760 - Mari? - Okey. 43 00:03:14,040 --> 00:03:16,319 Begini cara filem dibuat? 44 00:03:16,320 --> 00:03:18,120 Awak ingat macam mana? 45 00:03:19,320 --> 00:03:22,840 Janganlah formal sangat. Kita bukan lagi di Santa Águeda. 46 00:03:23,680 --> 00:03:25,680 - Terkejut? - Ya. 47 00:03:26,440 --> 00:03:28,360 Sebab saya nampak hotel itu. 48 00:03:34,040 --> 00:03:38,000 - Ke mana awak nak bawa saya? - Tengoklah nanti. 49 00:03:38,480 --> 00:03:41,439 - En. Basil, awak ingat saya? - Sudah tentu. 50 00:03:41,440 --> 00:03:44,440 - Harap kita boleh bekerjasama lagi. - Betul. 51 00:03:45,960 --> 00:03:47,480 Saya tak kenal dia. 52 00:03:49,000 --> 00:03:50,480 Mana awak jumpa saya? 53 00:03:51,520 --> 00:03:54,480 Saya minta alamat awak daripada kedutaan Brazil. 54 00:03:54,960 --> 00:03:55,999 Yakah? 55 00:03:56,000 --> 00:03:59,039 Saya ingat suami awak orang Brazil. 56 00:03:59,040 --> 00:04:01,960 Jadi, saya pun cuba hubungan kedutaan. 57 00:04:02,680 --> 00:04:05,560 Mereka kongsi alamat baru awak di Tasik Garda. 58 00:04:06,240 --> 00:04:09,920 Saya ada vila di San Vigilio. Peninggalan suami saya. 59 00:04:14,360 --> 00:04:15,360 Ikut sini. 60 00:04:18,000 --> 00:04:19,440 Saya nak tunjuk sesuatu. 61 00:04:34,240 --> 00:04:35,279 Basil? 62 00:04:35,280 --> 00:04:36,760 Ya, di sini. 63 00:04:39,680 --> 00:04:41,399 Apa Foxá beritahu awak? 64 00:04:41,400 --> 00:04:42,400 Foxá? 65 00:04:42,920 --> 00:04:44,720 Saya nampak kamu berbual. 66 00:04:45,560 --> 00:04:47,120 Dia gembira jumpa saya. 67 00:04:49,320 --> 00:04:52,360 Dia sebab awak hantar telegram itu, bukan? 68 00:04:53,520 --> 00:04:56,920 "Masalah terakhir selesai. Saya perlukan bantuan awak." 69 00:04:59,440 --> 00:05:01,480 Awak ada bukti baru tentang Foxá? 70 00:05:02,000 --> 00:05:03,320 Anggaplah… 71 00:05:03,960 --> 00:05:05,320 Saya ada bukti baru. 72 00:05:17,920 --> 00:05:19,000 Apa pendapat awak? 73 00:05:19,920 --> 00:05:22,720 Kami belum rakam babak kematian Elisa. 74 00:05:24,360 --> 00:05:27,120 Saya juga rasa skrip itu boleh diperbaiki. 75 00:05:27,840 --> 00:05:30,199 Sebab awak ada teori lain. 76 00:05:30,200 --> 00:05:31,400 Tepat sekali. 77 00:05:32,080 --> 00:05:35,560 Saya ada teori baru disebabkan set ini. 78 00:05:36,200 --> 00:05:39,439 Awak tak rasa awak dah mula taasub 79 00:05:39,440 --> 00:05:41,160 dengan kes ini? 80 00:05:41,920 --> 00:05:44,920 "Kes ini" ialah pembunuhan kawan awak. 81 00:05:45,520 --> 00:05:47,400 Awak kena teruskan hidup. 82 00:05:48,280 --> 00:05:51,200 Sherlock Holmes pun pernah gagal selesaikan kes. 83 00:05:52,840 --> 00:05:56,520 Kenapa awak sebut tentang kegagalan saya? 84 00:06:00,160 --> 00:06:02,920 Sebab saya tak pernah gagal. 85 00:06:05,280 --> 00:06:08,000 Kes itu masih belum ditutup. 86 00:06:08,560 --> 00:06:11,719 - Saya tak ingat kabinet minuman ini. - Ia tak wujud. 87 00:06:11,720 --> 00:06:14,119 Kawan-kawan saya yang buat set 88 00:06:14,120 --> 00:06:15,879 sediakannya untuk saya. 89 00:06:15,880 --> 00:06:17,240 Awak nak minum? 90 00:06:19,440 --> 00:06:20,640 Tak apalah. 91 00:06:26,680 --> 00:06:29,879 Boleh awak beritahu saya sebab awak ajak saya datang? 92 00:06:29,880 --> 00:06:31,240 Untuk bantu saya. 93 00:06:31,840 --> 00:06:33,840 Saya dah beritahu awak. 94 00:06:34,720 --> 00:06:35,800 Saya perlukan bantuan. 95 00:06:37,360 --> 00:06:41,239 Saya masih teringat kata-kata awak di Santa Águeda. 96 00:06:41,240 --> 00:06:44,999 Awak kata siasatan saya sebagai Sherlock 97 00:06:45,000 --> 00:06:46,440 mengapi-apikan pembunuh. 98 00:06:47,720 --> 00:06:49,160 Apa yang awak mahu? 99 00:06:50,480 --> 00:06:54,039 Cuba bayangkan kita berada di Santa Águeda. 100 00:06:54,040 --> 00:06:57,280 Awak jadi kawan awak, saya jadi pembunuh. 101 00:06:58,080 --> 00:06:59,920 Awak jadi pembunuh dan saya jadi Elisa. 102 00:07:00,520 --> 00:07:03,840 - Ini hanya filem rekaan. - Awak nak saya jadi Foxá? 103 00:07:06,640 --> 00:07:11,880 Kesilapan saya ialah membuat andaian semasa kita berada di Santa Águeda. 104 00:07:12,600 --> 00:07:14,599 Tapi dia suspek utama awak. 105 00:07:14,600 --> 00:07:15,600 Betul. 106 00:07:16,120 --> 00:07:17,679 Saya juga ada bukti. 107 00:07:17,680 --> 00:07:19,920 Kunci Seruya… Banyak kali saya ditipu. 108 00:07:20,720 --> 00:07:24,119 Dia kata dia diberi kunci itu, macam saya diberi pembuka surat. 109 00:07:24,120 --> 00:07:25,519 Dia juga kidal. 110 00:07:25,520 --> 00:07:27,920 Itu kesilapan pertama saya. 111 00:07:28,400 --> 00:07:29,760 Kekidalannya. 112 00:07:30,360 --> 00:07:31,760 Boleh saya buat? 113 00:07:36,160 --> 00:07:41,320 Saya sangka Elisa tak sedar dia dipukul 114 00:07:41,840 --> 00:07:44,200 guna tangan kiri, dari belakang. 115 00:07:46,360 --> 00:07:50,600 Tapi macam mana kalau Elisa kenal pembunuhnya? 116 00:07:52,920 --> 00:07:55,159 Jadi, Elisa tak rasa pelik 117 00:07:55,160 --> 00:07:56,839 melihat dia angkat kerusi. 118 00:07:56,840 --> 00:07:57,720 Begini. 119 00:07:58,440 --> 00:08:00,399 Teruskan membayang. 120 00:08:00,400 --> 00:08:01,480 Saya Elisa. 121 00:08:02,080 --> 00:08:05,760 Cuba awak datang dan diam-diam… 122 00:08:07,080 --> 00:08:10,559 Elisa tak takut pembunuhnya. 123 00:08:10,560 --> 00:08:14,200 Pembunuhnya pukul dia guna tangan kanan, dari depan. 124 00:08:15,280 --> 00:08:18,520 Kemudian pembunuh itu ambil tali. 125 00:08:21,320 --> 00:08:25,320 Dia lilit di leher mangsa. Begini. 126 00:08:26,600 --> 00:08:30,400 Dia masukkan tali dalam takal dengan memanjat ke atas meja, 127 00:08:31,280 --> 00:08:34,600 dan menariknya sebelum mengikatnya. 128 00:08:36,480 --> 00:08:38,399 Elisa yang malang itu 129 00:08:38,400 --> 00:08:40,560 tentu tersedar, 130 00:08:41,080 --> 00:08:43,520 tapi malangnya, sudah terlambat. 131 00:08:44,120 --> 00:08:46,440 Dia cuba bebaskan dirinya, 132 00:08:47,240 --> 00:08:53,720 tapi tali itu menjadi lebih ketat dan menyebabkan dia mati serta-merta. 133 00:08:55,040 --> 00:08:56,759 Akhir sekali, 134 00:08:56,760 --> 00:09:00,319 berat badan Elisa dan luka daripada pisau 135 00:09:00,320 --> 00:09:01,560 menyebabkan mayatnya jatuh. 136 00:09:03,880 --> 00:09:04,960 Menakjubkan. 137 00:09:07,120 --> 00:09:09,200 Tapi saya masih tak tahu 138 00:09:09,720 --> 00:09:13,400 cara pembunuh itu buka dan tutup pintu yang dikunci dari dalam. 139 00:09:15,200 --> 00:09:19,480 Pening kepala saya memikirkannya. 140 00:09:20,320 --> 00:09:22,959 Jawapan yang belum ditemui. 141 00:09:22,960 --> 00:09:24,320 Cuba lihat. 142 00:09:29,240 --> 00:09:31,399 Habuk kayu dari set. 143 00:09:31,400 --> 00:09:34,079 Di pulau itu, ada pasir dari pantai. 144 00:09:34,080 --> 00:09:38,560 Tentu awak ingat di pulau itu, pasir berterbangan ditiup angin. 145 00:09:39,080 --> 00:09:41,600 Jadi, ada lapisan habuk di atas lantai. 146 00:09:45,760 --> 00:09:48,280 Kecuali di dalam pintu ini. 147 00:09:48,800 --> 00:09:52,000 Macam ia telah disapu. Aneh, bukan? 148 00:09:53,200 --> 00:09:54,760 Bagaimana? 149 00:09:55,920 --> 00:09:56,920 Kenapa? 150 00:09:57,960 --> 00:10:01,319 Saya hampir berputus asa memikirkannya. 151 00:10:01,320 --> 00:10:02,920 Tapi saya jumpa jawapannya. 152 00:10:06,040 --> 00:10:07,040 Selendang saya. 153 00:10:07,960 --> 00:10:11,200 Ini tak perlu dibuat semula. Ini memang selendang awak. 154 00:10:11,720 --> 00:10:14,360 Selendang yang dipakai Elisa semasa dia dibunuh. 155 00:10:15,160 --> 00:10:16,920 Saya sangka dah hilang. 156 00:10:18,040 --> 00:10:21,680 Saya menemuinya di celahan rumpai laut sebelum saya naik bot. 157 00:10:23,440 --> 00:10:24,440 Cuba lihat. 158 00:11:03,480 --> 00:11:06,720 Banyak kali saya buat untuk dapatkan kepastian. 159 00:11:07,320 --> 00:11:09,879 Sebab itulah lantai disapu. 160 00:11:09,880 --> 00:11:13,119 Sebab itu juga selendang awak hilang. 161 00:11:13,120 --> 00:11:14,480 Semuanya rancangan 162 00:11:15,000 --> 00:11:18,600 untuk buat kita percaya yang Elisa Mander bunuh diri. 163 00:11:19,320 --> 00:11:20,440 Jenayah sempurna. 164 00:11:22,000 --> 00:11:24,280 Saya dah mula rasa dahaga. 165 00:11:24,760 --> 00:11:26,759 Apa kata saya belanja awak makan 166 00:11:26,760 --> 00:11:29,280 dan ceritakan selebihnya sambil minum Château D'Yquem? 167 00:11:30,960 --> 00:11:31,960 Awak okey? 168 00:11:32,480 --> 00:11:33,680 Ya, saya okey. 169 00:11:34,560 --> 00:11:36,520 Saya nak pergi tukar baju dulu. 170 00:11:37,920 --> 00:11:39,320 Tunggu saya di pintu. 171 00:11:52,280 --> 00:11:53,280 Helo? 172 00:11:53,800 --> 00:11:54,800 Adela? 173 00:11:56,560 --> 00:11:59,159 - Vicky? - Biar betul? 174 00:11:59,160 --> 00:12:01,640 Saya tak sangka awak ada di sini. 175 00:12:02,240 --> 00:12:03,400 Apa khabar? 176 00:12:05,080 --> 00:12:06,239 Awak terkejut? 177 00:12:06,240 --> 00:12:08,120 Saya rasa sejuk sikit. 178 00:12:08,920 --> 00:12:10,080 Apa watak awak? 179 00:12:10,680 --> 00:12:12,799 Ini? Ada latihan pakai kostum. 180 00:12:12,800 --> 00:12:15,399 Saya jadi wanita Mexico dalam filem Barat. 181 00:12:15,400 --> 00:12:17,640 Kenapa awak datang ke sini? 182 00:12:21,120 --> 00:12:23,480 Oh, baru saya faham. 183 00:12:25,840 --> 00:12:28,079 Awak akan bermalam di sini? 184 00:12:28,080 --> 00:12:28,999 Entahlah. 185 00:12:29,000 --> 00:12:32,039 Sudah, Vicky. Kami nak pergi La Cabaña. 186 00:12:32,040 --> 00:12:34,720 Okey, nanti kita berbual lagi. 187 00:12:40,320 --> 00:12:43,160 Vicky tinggalkan Fonseca untuk Foxá. 188 00:12:45,360 --> 00:12:49,960 Rupanya Fonseca salah seorang mangsa kejadian di pulau itu. 189 00:12:50,480 --> 00:12:52,280 Patutkah saya tumpang gembira? 190 00:12:53,320 --> 00:12:57,120 Bergembiralah untuk industri filem. Dia pelakon yang agak… 191 00:13:00,240 --> 00:13:02,200 Ingatkan awak dah berhenti minum. 192 00:13:04,080 --> 00:13:05,080 Saya pun sama. 193 00:13:29,560 --> 00:13:32,639 Lebih baik kita makan di luar. Cuaca sangat baik. 194 00:13:32,640 --> 00:13:35,240 - Kami mahu meja di hujung. - Sudah tentu. 195 00:13:35,760 --> 00:13:36,760 Terima kasih. 196 00:13:54,040 --> 00:13:57,640 Kenapa kita kena datang ke sini untuk meneruskan perbualan? 197 00:13:58,360 --> 00:14:00,800 Sebab saya nak makan dengan awak. 198 00:14:01,480 --> 00:14:03,720 - Awak nak minum? - Tak apa. 199 00:14:10,040 --> 00:14:13,720 Awak sudah bersedia nak dengar kesimpulan saya? 200 00:14:14,240 --> 00:14:15,479 Ceritalah. 201 00:14:15,480 --> 00:14:17,839 Kita mulakan dengan Seruya. 202 00:14:17,840 --> 00:14:21,600 Awak ingat tali yang saya tunjukkan? 203 00:14:22,120 --> 00:14:25,159 Seperti saya, Seruya boleh agak apa yang berlaku. 204 00:14:25,160 --> 00:14:27,799 Dia sangka maklumat itu 205 00:14:27,800 --> 00:14:30,080 mahu dirahsiakan oleh seseorang. 206 00:14:30,560 --> 00:14:32,239 Dia cuba ugut pembunuh itu. 207 00:14:32,240 --> 00:14:33,240 Malang sekali. 208 00:14:34,280 --> 00:14:37,879 Pembunuh itu tikam lehernya menggunakan pembuka surat. 209 00:14:37,880 --> 00:14:40,520 Mesti awak ingat apa yang berlaku. 210 00:14:43,080 --> 00:14:44,600 En. Klemmer pula? 211 00:14:46,480 --> 00:14:49,840 Dia mangsa jenayah sendiri. 212 00:14:51,640 --> 00:14:53,359 Dia juga pembunuh? 213 00:14:53,360 --> 00:14:56,600 Elisa tak pernah cerita cara suaminya meninggal dunia? 214 00:14:57,440 --> 00:14:58,680 Dia ditembak, bukan? 215 00:14:59,200 --> 00:15:00,519 Dia juruterbang. 216 00:15:00,520 --> 00:15:02,999 Ya, dia ditembak di Dresden. 217 00:15:03,000 --> 00:15:04,760 Tapi dia tak mati terhempas. 218 00:15:05,280 --> 00:15:06,520 Dia menjadi tawanan. 219 00:15:08,440 --> 00:15:10,160 Takkan awak tak tahu? 220 00:15:10,840 --> 00:15:14,559 Seminggu kemudian, dia cuba melarikan diri dari kem Gorbitz 221 00:15:14,560 --> 00:15:16,639 dengan lapan orang askar lain. 222 00:15:16,640 --> 00:15:18,599 Mereka ditangkap askar Jerman. 223 00:15:18,600 --> 00:15:21,560 Pada malam yang sama, mereka semua mati dibunuh. 224 00:15:24,800 --> 00:15:26,879 Apa kaitannya dengan kita? 225 00:15:26,880 --> 00:15:29,599 Arahan hukuman bunuh itu diberikan 226 00:15:29,600 --> 00:15:33,920 oleh Sturmbannführer Hans Ludwig Klemmer. 227 00:15:37,480 --> 00:15:39,479 Selepas perang, 228 00:15:39,480 --> 00:15:41,319 Klemmer membela dirinya 229 00:15:41,320 --> 00:15:44,759 dengan mengatakan arahan itu diberikan oleh komander 230 00:15:44,760 --> 00:15:46,279 yang bernama Eichenberg. 231 00:15:46,280 --> 00:15:48,439 Eichenberg telah digantung. 232 00:15:48,440 --> 00:15:50,519 Klemmer pula dibebaskan 233 00:15:50,520 --> 00:15:53,480 selepas beberapa minggu di penjara. 234 00:15:55,800 --> 00:15:57,359 Mana awak tahu? 235 00:15:57,360 --> 00:15:58,400 Paris Match. 236 00:15:59,320 --> 00:16:02,600 Awak ingat kepingan kertas yang digenggam oleh Klemmer? 237 00:16:04,160 --> 00:16:06,800 Itu artikel tentang perbicaraannya. 238 00:16:07,400 --> 00:16:11,280 Sebab itu dia pergi ke bilik membaca seorang diri. 239 00:16:19,720 --> 00:16:22,719 - Maaf. - Wah, strawberi. 240 00:16:22,720 --> 00:16:25,159 Saya suka strawberi. 241 00:16:25,160 --> 00:16:26,160 Awak suka tak? 242 00:16:28,480 --> 00:16:31,200 Sedapnya. Awak tak nak rasa? 243 00:16:33,520 --> 00:16:36,439 - Mana awak tahu tentang Mander? - RAF. 244 00:16:36,440 --> 00:16:41,400 Mereka memang hebat dalam menyimpan rekod dan menjaga arkib. 245 00:16:42,320 --> 00:16:45,519 Mereka juga hantar kepada saya salinan sijil kahwin 246 00:16:45,520 --> 00:16:48,160 Elisa dan John T. Mander. 247 00:16:49,120 --> 00:16:51,919 Mereka berkahwin di sebuah gereja kecil 248 00:16:51,920 --> 00:16:54,240 pada 30 Januari 1945. 249 00:16:55,160 --> 00:16:57,199 Awak rasa Klemmer bunuh Elisa? 250 00:16:57,200 --> 00:16:58,200 Sebaliknya. 251 00:17:00,000 --> 00:17:01,720 Awak yang bunuh Klemmer. 252 00:17:07,280 --> 00:17:09,800 Awak tak nak rasa pencuci mulut itu? 253 00:17:11,160 --> 00:17:13,880 Tak. Saya tak suka strawberi. 254 00:17:16,160 --> 00:17:17,440 Kebetulan pula. 255 00:17:18,600 --> 00:17:22,399 Ini lagu yang Gerard mainkan untuk Elisa 256 00:17:22,400 --> 00:17:23,760 pada malam terakhirnya. 257 00:17:27,360 --> 00:17:29,119 Awak rasa saya bunuh Klemmer 258 00:17:29,120 --> 00:17:31,839 untuk balas dendam bagi pihak kawan saya? 259 00:17:31,840 --> 00:17:32,680 Tidak. 260 00:17:33,200 --> 00:17:35,000 Saya rasa awak bunuh dia… 261 00:17:35,760 --> 00:17:37,440 Sebab awak nak balas dendam. 262 00:17:42,320 --> 00:17:44,080 Awak Elisa Mander. 263 00:17:47,960 --> 00:17:49,719 Awak nampak gelisah. 264 00:17:49,720 --> 00:17:51,800 Mungkin kita patut menari. 265 00:18:06,240 --> 00:18:09,239 Saya asyik terfikir mulut Elisa yang comot 266 00:18:09,240 --> 00:18:11,360 semasa kita jumpa mayatnya. 267 00:18:12,680 --> 00:18:16,200 Elisa Mander sebenar alah dengan strawberi. 268 00:18:17,520 --> 00:18:19,320 Menurut rekod tentera awak. 269 00:18:20,360 --> 00:18:23,120 Dulu rambut awak masih perang gelap. 270 00:18:23,880 --> 00:18:25,880 Dulu saya bukan seperti sekarang. 271 00:18:29,760 --> 00:18:31,640 Ada orang datang. 272 00:18:38,160 --> 00:18:39,560 Tolong bawa saya pergi. 273 00:18:40,720 --> 00:18:42,319 Wah, tak sangka. 274 00:18:42,320 --> 00:18:45,079 Lihat siapa ada di sini, Foxá. 275 00:18:45,080 --> 00:18:46,479 Awak tak sangka? 276 00:18:46,480 --> 00:18:48,959 Awak kena cuba perbaiki lakonan awak. 277 00:18:48,960 --> 00:18:49,880 Nak balik dah? 278 00:18:50,720 --> 00:18:54,079 - Adela tak sihat. - Dari tadi dia nampak tak sihat. 279 00:18:54,080 --> 00:18:55,639 Nak pergi bilik air? 280 00:18:55,640 --> 00:18:58,159 Tak apalah. Saya dah okey. 281 00:18:58,160 --> 00:19:00,840 Marilah, awak boleh segarkan diri. 282 00:19:03,640 --> 00:19:05,120 Apa awak nak, Foxá? 283 00:19:06,680 --> 00:19:08,160 Apa Adela beritahu awak? 284 00:19:09,160 --> 00:19:11,480 Ada apa-apa dia patut beritahu saya? 285 00:19:12,800 --> 00:19:17,559 Saya mengaku apabila difikirkan semula, ada beberapa perkara 286 00:19:17,560 --> 00:19:18,919 yang menunjukkan saya salah. 287 00:19:18,920 --> 00:19:22,360 Tapi ada juga perkara lain yang menunjukkan saya salah. 288 00:19:23,160 --> 00:19:24,599 Jangan risau. 289 00:19:24,600 --> 00:19:26,160 Saya tahu perkara sebenar. 290 00:19:26,640 --> 00:19:28,720 Kita berdua bukan Moriarty. 291 00:19:30,120 --> 00:19:31,120 Kawan? 292 00:19:35,480 --> 00:19:36,680 Awak mabuk. 293 00:19:37,680 --> 00:19:39,120 Itu bukan urusan awak. 294 00:19:40,360 --> 00:19:43,280 Apa saya boleh cakap? Saya dah bosan dengan Fonsi. 295 00:19:44,360 --> 00:19:47,440 Dia selalu berjanji saya boleh jadi pelakon terkenal… 296 00:19:47,960 --> 00:19:49,000 Kata-kata kosong. 297 00:19:49,520 --> 00:19:51,120 Saya pun mahu berjaya. 298 00:19:52,320 --> 00:19:53,680 Saya nak ambil angin. 299 00:19:54,720 --> 00:19:55,799 Selamat malam. 300 00:19:55,800 --> 00:19:57,759 - Selamat malam. - Foxá. 301 00:19:57,760 --> 00:19:59,120 Selamat malam. 302 00:20:01,400 --> 00:20:03,839 - Apa kamu bualkan? - Pegang tangan saya. 303 00:20:03,840 --> 00:20:04,840 Apa? 304 00:20:05,320 --> 00:20:07,560 Supaya mereka fikir kita bersama. 305 00:20:08,320 --> 00:20:09,560 Kita nak ke mana? 306 00:20:10,840 --> 00:20:13,840 Ke rumah saya. Penjelasan saya belum selesai. 307 00:20:20,880 --> 00:20:21,880 Selamat malam. 308 00:20:36,560 --> 00:20:38,280 Kenapa awak mengesyaki saya? 309 00:20:39,600 --> 00:20:40,840 Tangan awak. 310 00:20:44,320 --> 00:20:46,600 "Tangan pemain piano." 311 00:20:47,600 --> 00:20:49,600 Saya tak tahu main alat muzik. 312 00:20:50,320 --> 00:20:51,400 Betul. 313 00:20:51,920 --> 00:20:54,799 Tapi nampaknya tangan pemain piano 314 00:20:54,800 --> 00:20:57,520 hampir sama dengan tangan jurutaip. 315 00:20:58,560 --> 00:21:03,720 Tangan mayat itu ialah tangan seorang wanita yang tak bekerja. 316 00:21:04,680 --> 00:21:06,199 Bukan macam tangan awak. 317 00:21:06,200 --> 00:21:08,280 Awak juga selalu gigit kuku. 318 00:21:09,000 --> 00:21:10,480 Janganlah minum lagi. 319 00:21:14,960 --> 00:21:16,520 Awak tak patut memandu. 320 00:21:18,080 --> 00:21:23,120 Kamu mendaftar di Hotel Ausländer guna nama satu sama lain, bukan? 321 00:21:25,040 --> 00:21:26,199 Itu permainan. 322 00:21:26,200 --> 00:21:28,839 Ya, tapi peraturannya tak sama. 323 00:21:28,840 --> 00:21:32,120 Dia hanya nak berseronok, tapi awak ada rancangan lain. 324 00:21:32,720 --> 00:21:35,439 Klemmer sasaran awak sejak awak tiba di sana. 325 00:21:35,440 --> 00:21:37,320 Awak tahu dia ada di sana. 326 00:21:38,040 --> 00:21:40,479 Awak sendiri tanya Ausländer 327 00:21:40,480 --> 00:21:44,680 semasa awak telefon sebagai wakil Pusat Dokumentasi Orang Yahudi. 328 00:21:45,520 --> 00:21:47,920 Tapi apabila awak sampai, awak terfikir… 329 00:21:49,680 --> 00:21:52,119 Sambil menyelam, awak boleh minum air. 330 00:21:52,120 --> 00:21:56,560 Awak boleh bunuh Adela Figueroa dan gantikan tempat dia. 331 00:21:57,680 --> 00:21:58,760 Hati-hati! 332 00:22:04,800 --> 00:22:06,160 Awak dah gila! 333 00:22:11,840 --> 00:22:13,560 Awak tak nak kongsi sebatang? 334 00:22:20,200 --> 00:22:23,119 Saya sangka awak bukan perokok. 335 00:22:23,120 --> 00:22:24,679 Mungkin awak silap. 336 00:22:24,680 --> 00:22:25,960 Mungkin juga. 337 00:22:32,640 --> 00:22:33,759 Saya tak faham 338 00:22:33,760 --> 00:22:37,440 sebab kawan awak biar permainan itu berterusan. 339 00:22:45,680 --> 00:22:47,800 Dia pun dapat berseronok juga. 340 00:22:49,200 --> 00:22:52,920 Mungkin awak tak percaya, tapi dia cadangkan kami tukar baju. 341 00:23:00,280 --> 00:23:03,520 Wajah kami hampir serupa, tapi ada yang perlu diubah. 342 00:23:15,800 --> 00:23:18,399 Kami berlagak macam remaja 343 00:23:18,400 --> 00:23:20,440 yang menukar identiti. 344 00:23:29,480 --> 00:23:30,799 Segelas negroni. 345 00:23:30,800 --> 00:23:35,680 Gadis kaya itu boleh jadi orang lain dan buat sesuka hatinya. 346 00:23:42,600 --> 00:23:44,719 Ada perkara tak boleh dibuat 347 00:23:44,720 --> 00:23:46,600 oleh wanita kaya seperti dia. 348 00:23:54,080 --> 00:23:56,520 - Pn. Figueroa. - Selamat malam. 349 00:23:57,520 --> 00:23:59,800 Saya pun boleh jadi orang lain. 350 00:24:00,520 --> 00:24:02,799 Bukan Elisa Mander si jurutaip 351 00:24:02,800 --> 00:24:04,799 yang tinggal di bilik sewa kecil 352 00:24:04,800 --> 00:24:07,240 dan berjimat untuk pemanas elektrik. 353 00:24:15,200 --> 00:24:17,800 Kami berpura-pura jadi kawan baik. 354 00:24:19,720 --> 00:24:21,760 Tapi Adela bencikan saya. 355 00:24:23,080 --> 00:24:26,200 Saya ada kelebihan sebab saya tahu rahsia dia. 356 00:24:27,400 --> 00:24:31,560 Mesti awak pun tak berapa sukakan dia. 357 00:24:35,760 --> 00:24:37,000 Saya benci dia. 358 00:24:37,480 --> 00:24:38,800 Tapi saya sembunyikan. 359 00:24:40,400 --> 00:24:41,600 Apa saya boleh buat? 360 00:24:42,600 --> 00:24:44,759 Dia bayar hotel, 361 00:24:44,760 --> 00:24:46,320 makanan kami… 362 00:24:47,480 --> 00:24:51,040 Dia juga beri saya sedikit duit supaya saya boleh berbelanja. 363 00:24:52,680 --> 00:24:55,119 Dia layan saya macam orang gaji. 364 00:24:55,120 --> 00:24:57,959 Dia akan gunakan saya sehingga dia bosan. 365 00:24:57,960 --> 00:25:01,920 Jadi, awak takkan biar semua itu berlaku. 366 00:25:04,080 --> 00:25:07,159 Dia tak buat apa-apa untuk jadi kaya. 367 00:25:07,160 --> 00:25:08,360 Kenapa pula? 368 00:25:09,600 --> 00:25:11,760 Saya layak menggantikannya. 369 00:25:14,760 --> 00:25:16,840 Awak tahu apa yang menanti awak? 370 00:25:21,160 --> 00:25:22,160 Penjara? 371 00:25:22,760 --> 00:25:24,000 Garotte. 372 00:25:32,600 --> 00:25:34,160 Boleh saya minta sesuatu? 373 00:25:36,200 --> 00:25:39,000 - Apa? - Saya nak serah diri sendiri. 374 00:25:40,280 --> 00:25:42,240 Supaya maruah saya terjaga. 375 00:25:45,920 --> 00:25:47,560 Awak boleh dipercayai? 376 00:25:49,400 --> 00:25:50,840 Sudah tentu. 377 00:25:53,880 --> 00:25:54,880 Baiklah. 378 00:25:55,840 --> 00:25:56,960 Kasi kunci. 379 00:25:57,640 --> 00:25:59,000 Awak nak bunuh saya? 380 00:25:59,520 --> 00:26:01,000 Biar saya pandu. 381 00:26:04,000 --> 00:26:06,319 Awak kena tunjuk jalan ke balai polis. 382 00:26:06,320 --> 00:26:07,840 Saya tak tahu tempatnya. 383 00:26:19,560 --> 00:26:21,920 Ada sesuatu yang saya masih tak faham. 384 00:26:23,400 --> 00:26:24,440 Kenapa saya? 385 00:26:26,640 --> 00:26:29,680 Kenapa semua kematian dikaitkan dengan saya? 386 00:26:32,280 --> 00:26:33,960 Kenapa awak mahu… 387 00:26:35,040 --> 00:26:36,600 mempermainkan saya? 388 00:29:22,000 --> 00:29:23,000 Tak guna! 389 00:29:25,360 --> 00:29:26,400 Tak guna. 390 00:31:41,400 --> 00:31:42,520 Tak sangka! 391 00:31:46,920 --> 00:31:49,760 Ingatkan awak nak pergi balai polis. 392 00:31:52,080 --> 00:31:53,520 Awak terlupa sesuatu? 393 00:31:56,160 --> 00:31:57,320 Ini? 394 00:31:59,280 --> 00:32:02,680 Awak patut simpan rekod RAF awak baik-baik. 395 00:32:04,880 --> 00:32:08,720 Saya belum ucap terima kasih sebab tumpangkan saya tadi. 396 00:32:10,560 --> 00:32:14,120 Tapi awak lupa tutup enjin semasa awak keluar tadi. 397 00:32:15,000 --> 00:32:16,320 Awak tipu saya. 398 00:32:17,120 --> 00:32:20,040 Sebagai seorang pelakon, saya rasa bangga. 399 00:32:20,640 --> 00:32:23,040 - Terima kasih. - Awak ingat apa? 400 00:32:23,960 --> 00:32:26,400 Awak ingat saya akan serah diri? 401 00:32:28,520 --> 00:32:31,520 Itu pengakhiran yang sesuai untuk watak awak. 402 00:32:32,920 --> 00:32:34,399 Watak apa? 403 00:32:34,400 --> 00:32:35,960 Adela Figueroa. 404 00:32:38,680 --> 00:32:41,080 Tapi sekarang saya sedar 405 00:32:41,960 --> 00:32:45,600 saya sedang bersama dengan Elisa Mander. 406 00:32:49,920 --> 00:32:53,040 Adela Figueroa jahat dan manipulatif. 407 00:32:54,440 --> 00:32:56,799 Tapi saya tahu dalam dunia orang kaya, 408 00:32:56,800 --> 00:32:58,799 tempat asal usul awak, 409 00:32:58,800 --> 00:33:01,720 Elisa bukan seseorang yang penting bagi awak. 410 00:33:04,000 --> 00:33:05,400 Apa maksud awak? 411 00:33:06,600 --> 00:33:09,319 Awak tak pernah fikir tentang dia. 412 00:33:09,320 --> 00:33:12,280 Macam mana saya nak fikirkan awak? Kita baru kenal. 413 00:33:13,680 --> 00:33:14,840 Awak pasti? 414 00:33:24,000 --> 00:33:25,040 Cuba bayangkan. 415 00:33:26,600 --> 00:33:28,760 Kita sedang buat andaian, bukan? 416 00:33:31,720 --> 00:33:33,080 Bayangkan… 417 00:33:34,440 --> 00:33:36,279 Seorang gadis yang ingin jadi pelakon 418 00:33:36,280 --> 00:33:39,960 dan seorang pelakon terkenal yang berlakon di Lope de Vega. 419 00:33:40,920 --> 00:33:41,920 Awak ingat tak? 420 00:33:45,480 --> 00:33:46,439 Itu… 421 00:33:46,440 --> 00:33:47,640 Itu semasa… 422 00:33:48,480 --> 00:33:51,240 Saya baru nak berpindah ke Hollywood. 423 00:33:53,760 --> 00:33:54,999 Berapa umur awak? 424 00:33:55,000 --> 00:33:57,160 Saya agak berumur semasa itu. 425 00:33:58,720 --> 00:34:01,240 Awak inspirasi kepada gadis muda itu. 426 00:34:04,600 --> 00:34:08,120 Dia dan kawannya menghadiri parti seorang penulis terkenal. 427 00:34:10,160 --> 00:34:12,360 Awak suka melihat kejanggalannya. 428 00:34:13,840 --> 00:34:16,040 Mungkin awak rasa dia cantik. 429 00:34:19,200 --> 00:34:21,040 Semuanya berjalan lancar. 430 00:34:26,960 --> 00:34:28,640 Pelakon itu lucu. 431 00:34:29,160 --> 00:34:33,280 Dia kenal ramai pelakon yang gadis itu nampak dalam majalah. 432 00:34:34,200 --> 00:34:35,720 Gadis itu kagum. 433 00:34:36,240 --> 00:34:37,840 Dia gembira berada di sana, 434 00:34:38,480 --> 00:34:40,360 minum dengan pelakon itu. 435 00:34:41,000 --> 00:34:42,000 Pelakon sebenar. 436 00:34:54,720 --> 00:34:57,440 Selepas itu, mereka sering bermalam bersama. 437 00:34:59,600 --> 00:35:01,680 Gadis itu tak pernah rasa begitu. 438 00:35:07,240 --> 00:35:10,800 Gadis itu meluahkan perasaan dan bercerita tentang impiannya. 439 00:35:13,360 --> 00:35:14,360 "Tahu tak? 440 00:35:15,120 --> 00:35:17,200 Saya nak jadi pelakon, macam awak." 441 00:35:17,840 --> 00:35:21,479 Ia kecil, tapi di kawasan kejiranan saya. 442 00:35:21,480 --> 00:35:25,079 Dia mula bercerita tentang sekolah lakonannya. 443 00:35:25,080 --> 00:35:28,320 Watak yang dia pernah mainkan dalam lakonan kecil… 444 00:35:29,440 --> 00:35:31,599 Pelakon itu berpura-pura dengar. 445 00:35:31,600 --> 00:35:32,520 Sudah tentu. 446 00:35:33,080 --> 00:35:34,960 Saya akan belajar semua bahasa. 447 00:35:35,720 --> 00:35:37,839 Perancis. Un petit peu. 448 00:35:37,840 --> 00:35:40,240 Pelakon itu beri nasihat. Sudah tentu. 449 00:35:42,520 --> 00:35:45,279 Dia janji nak tolong gadis itu. Baiknya dia. 450 00:35:45,280 --> 00:35:49,679 Saya rasa gembira kalau dapat berlakon di Lope de Vega. 451 00:35:49,680 --> 00:35:51,039 Itu impian saya. 452 00:35:51,040 --> 00:35:53,999 Dia kata gadis itu istimewa. 453 00:35:54,000 --> 00:35:55,640 Dia kata gadis itu unik. 454 00:35:56,160 --> 00:35:59,160 Dia akan cari jalan untuk dapatkan sesi uji bakat. 455 00:36:02,400 --> 00:36:03,840 Tapi saya mungkir janji. 456 00:36:07,560 --> 00:36:09,440 Sanggup dia tipu gadis itu? 457 00:36:12,560 --> 00:36:15,120 Gadis itu tak dapat hubungi dia. 458 00:36:16,400 --> 00:36:18,520 Berkali-kali dia telefon teater. 459 00:36:19,840 --> 00:36:22,759 Tapi dia dapat tahu pelakon hebat itu beri arahan 460 00:36:22,760 --> 00:36:24,800 untuk menolak panggilan gadis itu. 461 00:36:28,520 --> 00:36:30,480 Gadis itu bukan mangsa pertama. 462 00:36:31,760 --> 00:36:34,640 Tentu ada ramai gadis senasib dengan dia. 463 00:36:35,880 --> 00:36:38,360 - Itu masa dulu. - Betul. 464 00:36:42,320 --> 00:36:44,120 Macam perkara lain. 465 00:36:44,600 --> 00:36:46,879 Klemmer dan kem penjara itu pun 466 00:36:46,880 --> 00:36:48,400 berlaku pada masa dulu. 467 00:36:50,640 --> 00:36:52,200 Awak tak jadi pelakon. 468 00:36:55,960 --> 00:36:57,000 Awak rasa? 469 00:37:00,040 --> 00:37:03,160 Saya menjadi pengasuh kepada pasangan Inggeris. 470 00:37:04,960 --> 00:37:07,840 Semasa perang bermula, saya dibawa ke London. 471 00:37:10,680 --> 00:37:12,400 Selebihnya, awak pun tahu. 472 00:37:13,680 --> 00:37:15,320 John, perang itu dan… 473 00:37:16,160 --> 00:37:17,400 Santa Águeda. 474 00:37:19,640 --> 00:37:20,640 Saya minta maaf. 475 00:37:21,320 --> 00:37:23,120 Itu sudah tak bermakna. 476 00:37:24,520 --> 00:37:28,360 Saya rasa kotor, ditipu dan tak berguna. 477 00:37:31,400 --> 00:37:33,240 Tapi awak seorang lelaki. 478 00:37:33,960 --> 00:37:35,840 Awak tak faham perasaan saya. 479 00:37:42,080 --> 00:37:44,000 Pergilah telefon polis. 480 00:37:46,440 --> 00:37:47,920 Ada tiga kematian. 481 00:37:50,160 --> 00:37:52,160 Penjenayah mesti dihukum. 482 00:38:00,040 --> 00:38:01,080 Rasanya. 483 00:38:04,560 --> 00:38:05,640 Rasanya? 484 00:38:08,440 --> 00:38:12,120 Apa awak buat kalau awak tahu tiada sesiapa tahu tentang ini? 485 00:38:14,640 --> 00:38:18,399 Maksud awak, kalau awak seorang tahu? 486 00:38:18,400 --> 00:38:19,560 Betul. 487 00:38:32,000 --> 00:38:33,280 Saya akan bunuh awak. 488 00:38:34,800 --> 00:38:37,200 - Jenayah keempat. - Ya. 489 00:38:38,080 --> 00:38:39,880 - Sekarang? - Bila lagi? 490 00:38:41,120 --> 00:38:44,760 Berapa lama awak perlukan untuk bunuh seseorang? 491 00:38:50,480 --> 00:38:52,040 Jangan jadi bodoh. 492 00:39:02,720 --> 00:39:03,800 Bukan… 493 00:39:04,720 --> 00:39:06,360 Dr. Moriarty… 494 00:39:07,000 --> 00:39:09,160 yang buat jenayah di pulau itu. 495 00:39:12,200 --> 00:39:14,040 Tapi Irene Adler. 496 00:39:16,000 --> 00:39:17,160 Nampaknya begitu. 497 00:39:20,960 --> 00:39:23,960 Sepanjang kerjaya saya, ada beberapa kali 498 00:39:25,080 --> 00:39:30,240 saya sedar menemui penjenayah membawa lebih banyak keburukan… 499 00:39:33,120 --> 00:39:35,200 daripada jenayah yang mereka buat. 500 00:39:42,960 --> 00:39:44,760 Apa cadangan awak? 501 00:39:47,000 --> 00:39:48,120 Saya bebas? 502 00:39:50,600 --> 00:39:53,360 Awak takkan bebas sepenuhnya. 503 00:39:54,480 --> 00:39:57,880 Mungkin saya akan buat keputusan untuk laporkan semuanya. 504 00:39:58,400 --> 00:40:01,480 Mungkin saya akan simpan rahsia awak selamanya. 505 00:40:02,320 --> 00:40:03,800 Itulah hukuman awak. 506 00:40:07,280 --> 00:40:08,840 Saya boleh hilangkan diri. 507 00:40:10,480 --> 00:40:11,640 Itu lebih bagus. 508 00:40:13,360 --> 00:40:15,520 Entahlah, tapi saya rasa… 509 00:40:16,240 --> 00:40:19,080 Vila indah di Tasik Garda itu 510 00:40:19,960 --> 00:40:22,000 bakal dijual tak lama lagi. 511 00:40:26,840 --> 00:40:28,080 Kenapa awak buat begini? 512 00:40:29,320 --> 00:40:32,440 Sebab lelaki yang memainkan watak Sherlock Holmes 513 00:40:33,920 --> 00:40:35,640 rupanya pernah berhutang… 514 00:40:37,520 --> 00:40:40,320 dengan seorang gadis yang ingin menjadi pelakon. 515 00:40:42,240 --> 00:40:44,320 Tapi lelaki itu tak menghargainya, 516 00:40:45,400 --> 00:40:46,400 membantunya, 517 00:40:48,040 --> 00:40:49,120 atau mencintainya. 518 00:40:55,280 --> 00:40:57,280 Ini pengakhiran kita? 519 00:40:58,440 --> 00:40:59,480 Lebih kuranglah. 520 00:41:00,560 --> 00:41:01,560 Kita seri. 521 00:41:14,200 --> 00:41:18,320 Saya rasa gembira dapat mengenali awak, Pn. Adler. 522 00:41:20,400 --> 00:41:24,920 Saya pun rasa gembira mengenali awak, En. Holmes. 523 00:41:38,080 --> 00:41:39,600 Ada apa-apa lagi? 524 00:41:40,960 --> 00:41:42,840 Apa yang saya ingin katakan 525 00:41:43,480 --> 00:41:45,640 sudah terlintas di fikiran awak. 526 00:41:46,240 --> 00:41:49,320 Jawapan saya pun sudah terlintas di fikiran awak. 527 00:41:51,360 --> 00:41:52,360 Selamat tinggal. 528 00:42:44,400 --> 00:42:46,480 En. Basil, rakaman akan bermula. 529 00:42:47,840 --> 00:42:51,760 Bagi Sherlock Holmes, dia hanya digelar "gadis itu". 530 00:42:52,280 --> 00:42:55,520 Dia tak pernah sebut nama gadis itu. 531 00:42:56,120 --> 00:43:00,680 Perasaannya terhadap Irene Adler bukanlah rasa cinta. 532 00:43:01,960 --> 00:43:05,519 Semua perasaan, terutamanya perasaan ini, 533 00:43:05,520 --> 00:43:09,799 dianggap menjelikkan oleh mindanya 534 00:43:09,800 --> 00:43:11,960 yang tajam, teliti dan cukup tenang. 535 00:43:26,360 --> 00:43:30,880 SKANDAL DI BOHEMIA 536 00:43:39,200 --> 00:43:41,960 THE FINAL PROBLEM 537 00:46:14,000 --> 00:46:19,000 Terjemahan sari kata oleh AMG