1 00:00:08,508 --> 00:00:13,263 Nobusuke Kishi, bekas perdana menteri dan pengerusi jawatankuasa pengebumian, 2 00:00:13,346 --> 00:00:15,015 akan menyampaikan ucapan takziah. 3 00:00:15,682 --> 00:00:17,308 En. Yasunaga. 4 00:00:17,809 --> 00:00:21,646 Apabila ada masalah timbul di sini dan di negara lain, 5 00:00:22,147 --> 00:00:27,360 pemimpin dari semua sektor akan datang dan minta nasihat awak. 6 00:00:27,861 --> 00:00:30,488 Setiap kali awak terima kedatangan mereka, 7 00:00:30,572 --> 00:00:33,283 awak akan gunakan ajaran budaya dan zaman dulu 8 00:00:33,366 --> 00:00:37,203 untuk menerangkan prinsip-prinsip asas. 9 00:00:37,996 --> 00:00:40,540 Tapi awak sudah tiada di sini. 10 00:00:41,207 --> 00:00:43,001 Apa akan terjadi kepada Jepun? 11 00:01:06,149 --> 00:01:07,150 Silakan. 12 00:01:08,234 --> 00:01:10,070 En. Yasunaga! 13 00:01:27,087 --> 00:01:31,633 Maafkan saya kerana tak ada di sisi awak, En. Yasunaga! 14 00:01:36,054 --> 00:01:38,640 Hei, kami tak nampak apa-apa! 15 00:01:51,528 --> 00:01:52,487 En. Yasunaga! 16 00:02:03,748 --> 00:02:06,334 Berkaitan perkahwinan Kazuko dan Yasunaga, 17 00:02:06,417 --> 00:02:10,088 keluarga Yasunaga memfailkan petisyen untuk membatalkannya. 18 00:02:10,171 --> 00:02:11,673 Melalui usaha damai, 19 00:02:12,173 --> 00:02:15,385 perkahwinan itu telah dibatalkan dalam daftar keluarga. 20 00:02:20,348 --> 00:02:21,474 Ibu nak tidur. 21 00:02:21,558 --> 00:02:23,309 Okey, selamat malam. 22 00:02:31,109 --> 00:02:36,906 Tapi Kazuko selalu mengakui dirinya sebagai isteri Yasunaga, 23 00:02:36,990 --> 00:02:39,075 untuk menguatkan pengaruhnya. 24 00:02:40,952 --> 00:02:43,830 Selepas menjadi pengurus Chiyoko Shimakura, 25 00:02:43,913 --> 00:02:47,125 Kazuko sedar apa yang disukai oleh media 26 00:02:47,208 --> 00:02:50,003 dan cara untuk menarik perhatian mereka. 27 00:02:50,503 --> 00:02:51,838 Sebab itulah, 28 00:02:51,921 --> 00:02:55,758 Kazuko Hosoki, tukang tilik dengan sejarah peribadi yang unik, 29 00:02:55,842 --> 00:02:58,303 berjaya menarik perhatian orang ramai. 30 00:02:58,386 --> 00:03:00,054 HANSHIN DI TANGGA TERATAS! 31 00:03:00,138 --> 00:03:04,475 Sejak itu, dia meramalkan dua peristiwa yang telah menarik perhatian. 32 00:03:04,559 --> 00:03:05,935 Ramalannya yang tepat 33 00:03:06,019 --> 00:03:09,105 menjadikannya tetamu popular dalam rancangan TV. 34 00:03:09,189 --> 00:03:13,443 Tapi kebanyakan ramalannya tak tepat. 35 00:03:13,484 --> 00:03:14,819 AKINA NAKAMORI 36 00:03:15,528 --> 00:03:17,572 Perkembangan ekonomi menghidupkan suasana. 37 00:03:18,156 --> 00:03:23,119 Sementara Kazuko membina statusnya sebagai selebriti TV, 38 00:03:23,203 --> 00:03:27,248 buku ramalannya juga laris dijual. 39 00:03:27,332 --> 00:03:29,209 LIMA JUTA NASKHAH TERJUAL! 40 00:03:38,843 --> 00:03:40,887 MIREI SEI (77) MENTOR TILIKAN NASIB 41 00:03:40,970 --> 00:03:43,473 KENAL KAZUKO HOSOKI PADA TAHUN 1973 42 00:03:56,486 --> 00:03:58,112 Terima kasih sudi tunggu. 43 00:04:05,828 --> 00:04:10,875 Saya setuju nak jumpa awak sebab saya ingat ini sambungan temu bual 44 00:04:10,959 --> 00:04:13,211 dengan majalah mingguan itu. 45 00:04:14,420 --> 00:04:16,965 Ada majalah mingguan temu bual awak? 46 00:04:17,799 --> 00:04:22,845 Mereka mahu dedahkan perbuatan jahat wanita itu. 47 00:04:24,847 --> 00:04:26,140 Jadi, 48 00:04:26,891 --> 00:04:29,811 apa yang awak nak tanya? 49 00:04:30,645 --> 00:04:34,941 Saya dengar awak yang ajar Cik Hosoki tentang tilikan nasib. 50 00:04:36,442 --> 00:04:40,238 Itu yang dia ceritakan kepada awak? 51 00:04:41,531 --> 00:04:43,116 Salahkah? 52 00:04:47,036 --> 00:04:50,665 Dulu dia kerap datang untuk mendapatkan nasihat, 53 00:04:51,165 --> 00:04:55,628 jadi saya ajar dia asas kepada Empat Rukun Nasib. 54 00:04:56,254 --> 00:04:59,215 Tapi apabila digelar mentornya… 55 00:05:01,926 --> 00:05:04,053 Sejujurnya, 56 00:05:04,137 --> 00:05:06,014 itu satu penghinaan. 57 00:05:10,268 --> 00:05:12,937 Saya dengar awak pinjamkan dia buku. 58 00:05:13,479 --> 00:05:14,355 Ya. 59 00:05:14,856 --> 00:05:19,235 Tapi selepas 20 tahun, dia masih belum pulangkan. 60 00:05:22,447 --> 00:05:25,533 Buku pertamanya diterbitkan setahun kemudian. 61 00:05:26,576 --> 00:05:30,913 Jika awak nak jadi tukang tilik, tipu helah biasa tak memadai. 62 00:05:31,664 --> 00:05:37,670 Saya suruh dia belajar selama 10 tahun sebelum dia mula buat apa-apa. 63 00:05:39,714 --> 00:05:43,134 Dia kata En. Yasunaga pun ajar tentang Empat Rukun Nasib. 64 00:05:43,217 --> 00:05:47,513 En. Yasunaga pakar dalam I Ching, 65 00:05:47,597 --> 00:05:51,934 tapi dia bukan pakar dalam konsep Empat Rukun Nasib. 66 00:06:00,109 --> 00:06:05,698 Awak mungkin akan tulis buku supaya dia nampak hebat. 67 00:06:05,782 --> 00:06:08,159 Tidak, bukan itu niat saya. 68 00:06:09,994 --> 00:06:11,913 Boleh awak pergi sekarang? 69 00:06:13,456 --> 00:06:14,957 Soalan terakhir. 70 00:06:16,000 --> 00:06:18,461 Apa pendapat awak tentang Cik Hosoki? 71 00:06:21,589 --> 00:06:25,176 Tilikan nasib boleh jadi berbahaya. 72 00:06:26,511 --> 00:06:27,887 Berbahaya? 73 00:06:28,388 --> 00:06:34,394 Satu kesilapan boleh menjadikan kita orang yang mampu mengawal takdir orang. 74 00:06:34,894 --> 00:06:39,315 Ada yang akan rasa seronok. 75 00:06:40,400 --> 00:06:42,068 Melihat situasinya sekarang, 76 00:06:42,652 --> 00:06:46,114 dia berlagak seperti orang yang berpengaruh, bukan? 77 00:06:47,198 --> 00:06:48,616 Tambahan pula, 78 00:06:49,158 --> 00:06:51,994 saya rasa sedikit kasihan kepadanya. 79 00:06:53,162 --> 00:06:55,164 Kasihan? 80 00:06:56,791 --> 00:07:02,839 Dia dah cipta persona palsu sebagai Kazuko Hosoki, 81 00:07:02,922 --> 00:07:05,258 jadi dia tak boleh patah balik. 82 00:07:06,759 --> 00:07:10,805 Dia mesti meneruskan hidup sebagai persona palsu ini. 83 00:07:11,305 --> 00:07:14,225 Ia seperti memakai solekan tebal. 84 00:07:15,059 --> 00:07:18,020 Satu pembohongan atas pembohongan lain. 85 00:07:19,272 --> 00:07:25,319 Buku awak akan menambah selapis lagi pembohongan. 86 00:07:31,742 --> 00:07:37,373 Tuah wanita itu akan mula merosot. 87 00:07:38,082 --> 00:07:42,044 Jika saya guna istilah yang dia sendiri cipta, 88 00:07:42,128 --> 00:07:43,379 tahun depan ialah… 89 00:07:43,463 --> 00:07:44,964 Zaman Malapetakanya. 90 00:07:46,507 --> 00:07:50,344 Cik Hosoki akan memasuki Zaman Malapetakanya. 91 00:07:56,893 --> 00:08:00,813 Tiada siapa boleh melawan takdir. 92 00:08:01,606 --> 00:08:05,443 Takdir orang yang berkuasa sangat menyedihkan. 93 00:08:06,319 --> 00:08:09,113 Cuma tunggu masa saja. 94 00:08:24,545 --> 00:08:25,755 Awak buat apa? 95 00:08:25,838 --> 00:08:27,006 Rumah. 96 00:08:28,716 --> 00:08:30,259 Rumah untuk siapa? 97 00:08:30,343 --> 00:08:31,677 Semut? 98 00:08:32,345 --> 00:08:33,846 Kumbang kura-kura? 99 00:08:34,347 --> 00:08:37,183 Rumah untuk ibu dan saya. 100 00:08:42,605 --> 00:08:46,400 Ibu rasa ibu nak berhenti tulis buku. 101 00:08:46,484 --> 00:08:47,401 Tak apa. 102 00:08:47,485 --> 00:08:48,653 Apa? 103 00:08:49,195 --> 00:08:50,488 Awak tak kisah? 104 00:08:51,280 --> 00:08:54,784 Kalau ibu berhenti, kita tak boleh pindah ke rumah baru. 105 00:08:54,867 --> 00:08:57,787 Tak apa. Saya akan bina rumah untuk kita. 106 00:09:01,499 --> 00:09:02,875 Begitu. 107 00:09:04,961 --> 00:09:06,504 Terima kasih. 108 00:09:16,472 --> 00:09:17,723 Helo? 109 00:09:18,224 --> 00:09:20,268 En. Teppei Yanagi? 110 00:09:20,935 --> 00:09:22,937 Saya dapat mel suara awak. 111 00:09:23,813 --> 00:09:26,148 Macam mana awak dapat nombor saya? 112 00:09:26,649 --> 00:09:29,235 Daripada kenalan keluarga Edogawa-ikka. 113 00:09:29,735 --> 00:09:31,445 Maaf sebab telefon tiba-tiba. 114 00:09:32,071 --> 00:09:35,283 Saya dengar awak orang kanan Masaya Hotta, 115 00:09:35,366 --> 00:09:36,993 ketua keluarga itu. 116 00:09:37,785 --> 00:09:41,998 Boleh awak ceritakan tentang Cik Hosoki dan En. Hotta? 117 00:09:43,416 --> 00:09:46,669 Datang ke Dewan Bandaraya Kashiwa pukul 9 pagi, esok. 118 00:09:56,470 --> 00:09:58,764 Mereka dihumban ke dalam kandang 119 00:09:58,848 --> 00:10:01,892 dan wang kebajikan mereka disonglap. 120 00:10:02,852 --> 00:10:04,353 Ia perniagaan kemiskinan? 121 00:10:04,437 --> 00:10:06,939 Itu gambaran yang menarik. 122 00:10:08,399 --> 00:10:11,861 Gaya hidup yakuza hanya bertahan hingga era Showa. 123 00:10:11,944 --> 00:10:16,198 Sejak ekonomi merudum, kami pun terdesak nak hidup. 124 00:10:18,200 --> 00:10:21,912 Jadi, apa yang awak nak tahu tentang bos kami, Hotta? 125 00:10:22,455 --> 00:10:27,668 Cik Hosoki kata dia satu-satunya lelaki yang dicintai oleh Cik Hosoki. 126 00:10:28,169 --> 00:10:30,129 Tapi selepas dengar cerita orang, 127 00:10:30,630 --> 00:10:31,547 rupanya mereka… 128 00:10:32,131 --> 00:10:34,759 Awak ingat mereka bersama untuk duit? 129 00:10:35,301 --> 00:10:36,302 Ya. 130 00:10:37,345 --> 00:10:40,556 Bos ialah yakuza tradisional. 131 00:10:41,057 --> 00:10:45,311 Dia tak pandai buat duit, jadi dia bergantung kepada Cik Hosoki. 132 00:10:45,811 --> 00:10:49,357 Cik Hosoki suka gelaran ketua keluarga Edogawa-ikka. 133 00:10:49,440 --> 00:10:53,152 Sebut saja nama dia, mesti semua orang akan tunduk. 134 00:10:56,447 --> 00:10:59,742 Dia kenal ramai ketua yakuza melalui bos kami, 135 00:10:59,825 --> 00:11:03,162 jadi dia berlagak seperti orang tengah dan telefon kami sesuka hatinya. 136 00:11:03,245 --> 00:11:06,123 Dia masih ada hubungan dengan yakuza? 137 00:11:07,166 --> 00:11:09,919 Pada zaman sekarang, dia kena buat diam-diam. 138 00:11:19,095 --> 00:11:23,474 Jadi, dia tak bersama En. Hotta disebabkan rasa cinta, bukan? 139 00:11:24,975 --> 00:11:26,852 Saya tak kata begitu. 140 00:11:27,687 --> 00:11:29,313 Apa maksud awak? 141 00:11:31,399 --> 00:11:34,151 Semasa dia lihat bos nazak, dia… 142 00:11:34,235 --> 00:11:35,945 Nanti. 143 00:11:36,946 --> 00:11:40,032 Bukankah mereka berpisah disebabkan Cik Shimakura? 144 00:11:52,962 --> 00:11:57,842 Bos menghidap kanser tahap akhir, jadi dia kembali kepada Cik Hosoki. 145 00:12:00,594 --> 00:12:04,181 Dia terima kedatangan bos tanpa banyak soal. 146 00:12:23,409 --> 00:12:24,952 Sedap tak? 147 00:12:27,288 --> 00:12:28,622 Langsung tak sedap. 148 00:12:30,708 --> 00:12:35,171 Kalau awak boleh cakap merepek, mesti lama lagi awak akan mati. 149 00:12:35,796 --> 00:12:38,340 Saya akan hidup sampai umur 100 tahun. 150 00:13:10,456 --> 00:13:12,416 Suapkan lagi. 151 00:13:15,419 --> 00:13:18,297 Cik Hosoki menjaganya dengan penuh kasih sayang. 152 00:13:19,465 --> 00:13:23,260 Bos pun rasa tenang bila Cik Hosoki ada di sisinya. 153 00:13:23,886 --> 00:13:26,847 Macam suami isteri yang dah lama hidup bersama. 154 00:13:28,557 --> 00:13:32,478 Saya jarang nampak ahli yakuza mati dalam keadaan bahagia. 155 00:13:39,985 --> 00:13:43,614 Saya tak tahu sangat tentang cinta dan kisah romantik. 156 00:13:44,114 --> 00:13:48,327 Tapi saya rasa takdir telah menemukan mereka semula. 157 00:13:48,410 --> 00:13:49,703 Takdir… 158 00:13:50,287 --> 00:13:55,084 Hubungan lelaki dan wanita sukar digambarkan dengan satu perkataan. 159 00:13:58,546 --> 00:14:02,007 Awak selalu jumpa Cik Hosoki? 160 00:14:03,968 --> 00:14:08,556 Kadangkala dia minta saya buatkan kerja untuk dia. 161 00:14:09,056 --> 00:14:11,308 Kerja apa? 162 00:14:13,143 --> 00:14:15,145 Tak penting, bukan? 163 00:14:18,190 --> 00:14:21,235 Dia sangat setia kepada sekutunya, 164 00:14:21,318 --> 00:14:24,864 tapi jika awak menentangnya, dia akan musnahkan awak. 165 00:14:25,990 --> 00:14:27,575 Dia bukan kekasih yakuza. 166 00:14:27,658 --> 00:14:29,285 Dia sendiri yakuza. 167 00:14:31,161 --> 00:14:33,747 Jadi, awak perlu berhati-hati. 168 00:15:00,190 --> 00:15:02,234 Kawatani! 169 00:15:02,985 --> 00:15:05,279 Apa masalah penulis upahan awak? 170 00:15:05,362 --> 00:15:08,198 Begini. 171 00:15:08,282 --> 00:15:11,160 Cik Uozumi bukan penulis upahan, tapi penulis yang dihormati. 172 00:15:11,243 --> 00:15:14,872 Ada ramai penulis baru yang menang anugerah di luar sana! 173 00:15:14,955 --> 00:15:18,250 Penulis apa yang ada satu buku saja? 174 00:15:19,293 --> 00:15:22,212 Bos suruh penulis itu pergi minta maaf. 175 00:15:22,296 --> 00:15:23,297 Baiklah. 176 00:15:23,380 --> 00:15:25,507 Pecat dia dan cari penulis baru! 177 00:15:25,591 --> 00:15:27,885 Apa? Awak suruh pecat dia? 178 00:15:27,968 --> 00:15:29,303 Encik! 179 00:15:33,682 --> 00:15:36,185 Alamak, habislah saya. 180 00:15:49,198 --> 00:15:50,866 Awak dengar tadi? 181 00:15:51,825 --> 00:15:53,160 Ya. 182 00:15:57,623 --> 00:16:01,919 Dah lama awak tak jawab panggilan Cik Hosoki, bukan? 183 00:16:02,711 --> 00:16:05,005 Dia rasa pelik, 184 00:16:05,506 --> 00:16:09,635 jadi dia upah yakuza untuk siasat awak. 185 00:16:09,718 --> 00:16:11,220 Yakuza? 186 00:16:13,055 --> 00:16:15,933 Itu kerja sambilan mereka rupanya. 187 00:16:16,016 --> 00:16:18,018 - Apa? - Tak ada apa-apa. 188 00:16:19,395 --> 00:16:23,565 Dia tak hubungi saya, tapi dia terus beritahu presiden syarikat. 189 00:16:23,649 --> 00:16:25,818 Ketua jabatan pun panik. 190 00:16:28,070 --> 00:16:32,157 Awak pergi jumpa adik dia dan keluarga En. Yasunaga? 191 00:16:33,075 --> 00:16:36,078 Awak dengar cerita tak elok tentang Cik Hosoki? 192 00:16:36,704 --> 00:16:37,788 Ya. 193 00:16:38,288 --> 00:16:40,791 Awak datang jauh-jauh untuk beritahu saya? 194 00:16:40,874 --> 00:16:42,167 Bukan. 195 00:16:42,960 --> 00:16:47,297 Saya tak pasti sama ada saya mahu tulis buku ini. 196 00:16:49,299 --> 00:16:50,759 Ada khabar angin 197 00:16:50,843 --> 00:16:54,388 bahawa sebuah majalah mingguan akan mendedahkan Cik Hosoki. 198 00:16:54,471 --> 00:16:55,848 Awak tahu tak? 199 00:16:56,348 --> 00:17:00,269 Aduhai. Bekas suami awak yang beritahu? 200 00:17:00,769 --> 00:17:01,854 Ya. 201 00:17:03,105 --> 00:17:06,608 Dia kata Cik Hosoki mahu saya tulis buku yang memuji-mujinya 202 00:17:06,692 --> 00:17:09,361 untuk menentang pendedahan itu. 203 00:17:10,237 --> 00:17:11,697 Betulkah? 204 00:17:11,780 --> 00:17:14,950 Begitulah rancangan pihak atasan. 205 00:17:16,201 --> 00:17:18,537 Jadi, dah lama awak tahu semua ini? 206 00:17:20,664 --> 00:17:25,252 Saya hanya nak beri awak peluang untuk terbitkan buku kedua. 207 00:17:25,335 --> 00:17:29,048 Saya peminat buku awak. 208 00:17:29,631 --> 00:17:31,967 Saya baru terbitkan satu buku. 209 00:17:34,053 --> 00:17:39,683 Saya tahu awak akan menulis tanpa mengampu sesiapa. 210 00:17:40,184 --> 00:17:43,187 Itulah buku yang saya nak baca. 211 00:17:45,064 --> 00:17:48,859 Apa kata awak pura-pura akur, tapi tulis apa yang awak nak? 212 00:17:49,401 --> 00:17:51,570 Saya akan cuba lindungi awak. 213 00:17:53,864 --> 00:17:56,617 Tapi saya pun tak membantu sangat. 214 00:17:58,368 --> 00:18:01,789 Atau awak dah tak berminat nak menulisnya? 215 00:18:02,289 --> 00:18:05,834 Tak, saya tak sabar nak tulis buku ini. 216 00:18:05,918 --> 00:18:07,169 Betulkah? 217 00:18:07,669 --> 00:18:09,129 Tapi saya dah dipecat. 218 00:18:09,213 --> 00:18:12,633 Lupakan apa yang awak dengar tadi. 219 00:18:13,133 --> 00:18:15,302 Mungkin Cik Hosoki yang pecat saya. 220 00:18:15,385 --> 00:18:18,347 Itu… 221 00:18:18,430 --> 00:18:21,141 Dia sukar difahami. 222 00:18:22,351 --> 00:18:25,604 Sekarang saya patut minta maaf, bukan? 223 00:18:26,313 --> 00:18:28,148 Maaf, ya. 224 00:19:06,103 --> 00:19:07,855 Selamat sejahtera, cik. 225 00:19:07,938 --> 00:19:08,772 Helo. 226 00:19:08,856 --> 00:19:11,275 Selamat pagi, cik. 227 00:19:24,246 --> 00:19:26,456 CIK KAZUKO HOSOKI 228 00:19:51,857 --> 00:19:54,359 Awak ada di sini, Kawatani? 229 00:19:57,321 --> 00:19:59,865 Oh, saya… 230 00:20:00,449 --> 00:20:01,283 Saya… 231 00:20:01,366 --> 00:20:02,743 Masuklah. 232 00:20:13,212 --> 00:20:16,256 Apa tujuan kamu datang hari ini? 233 00:20:16,757 --> 00:20:19,718 Cik Uozumi nak minta maaf kepada awak. 234 00:20:19,801 --> 00:20:20,636 Minta maaf? 235 00:20:20,719 --> 00:20:21,678 Ya. 236 00:20:22,179 --> 00:20:25,974 Minta maaf kerana bertindak sendiri dan tak jawab panggilan awak. 237 00:20:29,645 --> 00:20:34,816 Awak tak patut khianati kepercayaan saya dan menyiasat secara rahsia. 238 00:20:38,195 --> 00:20:41,657 Tak kisahlah awak jumpa siapa pun. 239 00:20:41,740 --> 00:20:47,287 Tapi Hisao memalukan keluarga saya kerana dia dah dua kali ditangkap polis. 240 00:20:48,747 --> 00:20:50,832 Anak perempuan En. Yasunaga pula 241 00:20:50,916 --> 00:20:54,544 cemburu kerana saya rampas ayahnya. 242 00:20:55,671 --> 00:21:00,133 Saya yakin cerita yang mereka kongsi hanya fitnah semata-mata. 243 00:21:03,470 --> 00:21:05,847 Awak nak saya berhenti menulis? 244 00:21:07,224 --> 00:21:09,851 Jangan merepeklah. Apa maksud awak? 245 00:21:10,352 --> 00:21:14,356 Siapa lagi nak tulis? Awak akan tulis karya agung, bukan? 246 00:21:19,361 --> 00:21:20,487 Tapi ingat… 247 00:21:24,157 --> 00:21:28,287 jangan tulis sebarang fitnah tentang saya. 248 00:21:28,787 --> 00:21:29,997 Faham? 249 00:21:31,707 --> 00:21:33,125 Saya faham. 250 00:21:36,253 --> 00:21:37,379 Masuk. 251 00:21:37,462 --> 00:21:39,715 Maaf kerana mengganggu. 252 00:21:39,798 --> 00:21:41,633 Kita dah kekurangan masa, 253 00:21:41,717 --> 00:21:44,511 jadi boleh kita bermesyuarat dulu? 254 00:21:44,594 --> 00:21:46,346 Okey, kami dah habis berbual. 255 00:21:46,430 --> 00:21:47,931 Terima kasih. 256 00:21:49,016 --> 00:21:51,226 Kami minta diri dulu. 257 00:21:54,521 --> 00:21:55,897 Hei. 258 00:21:56,773 --> 00:22:01,111 Memandangkan awak ada di sini, tontonlah rancangan ini sebelum balik. 259 00:22:04,740 --> 00:22:06,533 Jumpa lagi pada minggu depan! 260 00:22:06,616 --> 00:22:08,160 Selamat tinggal! 261 00:22:14,333 --> 00:22:16,960 Tamat! Terima kasih, semua! 262 00:22:17,044 --> 00:22:19,212 Minta maaf sebab tadi, Cik Hosoki! 263 00:22:19,296 --> 00:22:22,215 Jom, En. HG. 264 00:22:22,299 --> 00:22:24,217 - Terima kasih. - Bagus. 265 00:22:24,301 --> 00:22:26,845 - Teruskan! - Terima kasih. 266 00:22:39,441 --> 00:22:45,238 Saya akan tilik nasib seorang penonton hari ini. 267 00:22:45,322 --> 00:22:49,785 Mungkin kita tak boleh siarkan, tapi kita boleh rakam. 268 00:22:51,703 --> 00:22:54,247 Paling lama pun 30 minit. 269 00:22:54,331 --> 00:22:57,292 Sesekali buat kejutan seronok juga, bukan? 270 00:22:57,918 --> 00:23:00,337 Okey, mari kita buat. 271 00:23:00,420 --> 00:23:01,338 Baiklah. 272 00:23:01,421 --> 00:23:03,048 Boleh, En. Yazawa? 273 00:23:03,632 --> 00:23:05,592 Ya, tapi… 274 00:23:07,219 --> 00:23:08,261 Jadi? 275 00:23:08,345 --> 00:23:10,389 Maaf, tunggu sekejap. 276 00:23:10,472 --> 00:23:11,807 Boleh, Cik Hosoki! 277 00:23:11,890 --> 00:23:14,393 Kita buat saja! 278 00:23:14,476 --> 00:23:15,310 Terima kasih. 279 00:23:16,561 --> 00:23:17,771 Kamera dah mula? 280 00:23:17,854 --> 00:23:19,606 Ya, dah mula. 281 00:23:20,774 --> 00:23:24,111 Tolong tunggu sekejap, ya. 282 00:23:26,154 --> 00:23:28,615 Marilah sini, Minori. 283 00:23:32,786 --> 00:23:35,872 Tunggu apa lagi? Cepatlah datang. 284 00:23:43,171 --> 00:23:44,339 Beg awak. 285 00:23:45,173 --> 00:23:46,758 Terima kasih. 286 00:23:59,813 --> 00:24:01,606 Saya akan pasang mikrofon. 287 00:24:12,242 --> 00:24:13,743 Dia dah sedia. 288 00:24:15,412 --> 00:24:17,664 Rakaman akan bermula. 289 00:24:18,623 --> 00:24:20,083 Mari kita mulakan. 290 00:24:29,634 --> 00:24:33,346 Pertama sekali, beritahu nama dan tarikh lahir awak. 291 00:24:33,430 --> 00:24:34,556 Apa? 292 00:24:34,639 --> 00:24:36,683 Kenapa? Awak gementar? 293 00:24:36,766 --> 00:24:40,312 Siapa tak gementar kalau tiba-tiba dipanggil, bukan? 294 00:24:40,395 --> 00:24:41,730 Betul kata awak. 295 00:24:41,813 --> 00:24:44,608 Amatur dipanggil ke pentas secara tiba-tiba. 296 00:24:44,691 --> 00:24:47,527 Cik Hosoki yang panggil dia, bukan? 297 00:24:47,611 --> 00:24:48,612 Minta maaf, ya. 298 00:24:48,695 --> 00:24:51,948 Kadangkala kami pun tak tahan dengan sikapnya. 299 00:24:52,032 --> 00:24:54,075 Apa awak merepek? 300 00:24:56,536 --> 00:24:59,831 Macam mana? Awak dah tenang sekarang? 301 00:24:59,915 --> 00:25:00,999 Ya. 302 00:25:01,791 --> 00:25:04,503 Beritahu saya nama dan tarikh lahir awak. 303 00:25:05,837 --> 00:25:07,255 Jangan risau. 304 00:25:07,339 --> 00:25:10,884 Mereka akan tapis kalau awak tak selesa. 305 00:25:10,967 --> 00:25:14,221 Mereka boleh kaburkan wajah awak. 306 00:25:17,390 --> 00:25:18,892 Nama saya Minori Uozumi. 307 00:25:18,975 --> 00:25:22,521 Saya lahir pada 12 Julai 1969. 308 00:25:23,021 --> 00:25:24,606 Pekerjaan awak? 309 00:25:24,689 --> 00:25:25,899 Saya penulis. 310 00:25:25,982 --> 00:25:27,609 Penulis? 311 00:25:28,276 --> 00:25:31,863 Saya tak pernah dengar nama Minori Uozumi. 312 00:25:32,697 --> 00:25:35,659 Sebab saya baru terbitkan satu buku. 313 00:25:36,159 --> 00:25:38,662 Jadi, awak penulis yang tak terkenal. 314 00:25:38,745 --> 00:25:41,248 Awak kena cakap berlapik sikit. 315 00:25:41,331 --> 00:25:44,459 Maaf, itu tabiat buruk saya. 316 00:25:44,543 --> 00:25:46,253 Awak pun sedar, ya? 317 00:25:46,336 --> 00:25:47,170 Betul tak? 318 00:25:52,759 --> 00:25:54,052 Awak… 319 00:25:56,221 --> 00:25:58,807 berada dalam Zaman Malapetaka sehingga tahun lepas. 320 00:25:58,890 --> 00:25:59,933 Awak tahu tak? 321 00:26:00,433 --> 00:26:01,434 Ya. 322 00:26:01,935 --> 00:26:03,853 Awak bernasib malang dengan lelaki? 323 00:26:04,354 --> 00:26:05,355 Ya. 324 00:26:05,438 --> 00:26:07,315 Awak ada pangkah, bukan? 325 00:26:08,108 --> 00:26:09,025 Apa? 326 00:26:09,109 --> 00:26:11,152 Awak pernah bercerai. 327 00:26:12,153 --> 00:26:13,947 Ya, saya pernah bercerai. 328 00:26:15,115 --> 00:26:16,908 Saya dah agak. 329 00:26:17,409 --> 00:26:20,161 Awak nampak muram dan tak menawan. 330 00:26:20,245 --> 00:26:23,123 Tak hairanlah lelaki lari daripada awak. 331 00:26:23,873 --> 00:26:26,501 Kerjaya awak pun mengalami masalah, 332 00:26:26,585 --> 00:26:28,795 dan hidup awak susah. 333 00:26:29,546 --> 00:26:34,843 Awak mesti dalam kesakitan dan tenggelam dalam kebimbangan. 334 00:26:35,635 --> 00:26:37,053 Betul tak? 335 00:26:37,554 --> 00:26:38,388 Ya. 336 00:26:39,222 --> 00:26:40,849 Tapi tak apa. 337 00:26:41,349 --> 00:26:44,352 Awak akan jumpa seseorang yang akan selamatkan awak. 338 00:26:44,853 --> 00:26:46,146 Tidak… 339 00:26:47,981 --> 00:26:49,190 awak dah jumpa dia. 340 00:26:52,110 --> 00:26:53,570 Pertemuan itu… 341 00:26:55,530 --> 00:26:56,948 harus dihargai. 342 00:27:06,082 --> 00:27:07,917 Boleh saya cerita masalah saya? 343 00:27:09,586 --> 00:27:10,420 Boleh. 344 00:27:16,968 --> 00:27:18,637 Masalah saya 345 00:27:19,387 --> 00:27:21,681 melibatkan buku yang akan saya tulis. 346 00:27:22,891 --> 00:27:24,059 Kemudian? 347 00:27:24,893 --> 00:27:28,897 Saya sedang mengumpul maklumat tentang kehidupan seorang wanita. 348 00:27:29,397 --> 00:27:31,191 Tapi watak utama itu 349 00:27:31,274 --> 00:27:34,235 jauh lebih rumit daripada sangkaan saya. 350 00:27:34,736 --> 00:27:36,655 Baguslah. 351 00:27:37,155 --> 00:27:41,409 Lebih seronok daripada protagonis yang membosankan. 352 00:27:42,160 --> 00:27:43,078 Ya. 353 00:27:43,578 --> 00:27:46,998 Perwatakannya sangat menarik. 354 00:27:48,083 --> 00:27:49,250 Tapi… 355 00:27:51,878 --> 00:27:53,546 Tapi apa? 356 00:27:55,548 --> 00:27:57,467 Dia menipu saya. 357 00:27:58,385 --> 00:28:00,261 Alamak… 358 00:28:01,930 --> 00:28:03,848 Menurut apa yang dia ceritakan, 359 00:28:04,349 --> 00:28:08,186 hidupnya dihimpit oleh takdir yang kejam. 360 00:28:08,269 --> 00:28:11,481 Dia wira yang berusaha keras dan akhirnya hidup senang. 361 00:28:14,109 --> 00:28:15,443 Tapi dia ada dua sisi. 362 00:28:16,486 --> 00:28:22,450 Dia menipu orang dan menjatuhkan mereka, mengumpul kekayaan dan kuasa. 363 00:28:22,534 --> 00:28:24,494 Dia penjahat yang keji. 364 00:28:26,037 --> 00:28:27,580 Mana satu awak akan tulis? 365 00:28:30,500 --> 00:28:32,669 Saya akan tulis buku saya sendiri. 366 00:28:35,714 --> 00:28:37,924 Itu cabaran seorang penulis gagal? 367 00:28:39,926 --> 00:28:40,760 Ya. 368 00:28:41,886 --> 00:28:43,722 Mesti menarik. 369 00:28:44,264 --> 00:28:45,765 Saya tak sabar nak baca. 370 00:29:05,243 --> 00:29:09,622 POTRET DIRI SEORANG WANITA OLEH MINORI UOZUMI 371 00:29:28,224 --> 00:29:32,187 POTRET DIRI TOPENG SAYA 372 00:29:48,036 --> 00:29:52,373 ASAL-USULNYA 373 00:30:37,544 --> 00:30:41,631 Zaman kanak-kanak kami sangat menyedihkan. 374 00:30:42,757 --> 00:30:45,176 Kami selalu kelaparan. 375 00:30:46,761 --> 00:30:50,682 Sebab itulah generasi kami lebih tamak daripada generasi lain. 376 00:30:52,350 --> 00:30:56,062 Kak Kazuko ialah contoh terbaik. 377 00:30:58,398 --> 00:30:59,732 Pernah sekali, 378 00:31:00,692 --> 00:31:03,486 ibu guna duit simpanannya untuk beli bir di pasaran gelap. 379 00:31:04,237 --> 00:31:07,198 Tapi botol itu diisi dengan teh barli. 380 00:31:07,282 --> 00:31:11,536 Kak Kazuko kata jika kami ditipu, kami patut tipu orang lain. 381 00:31:12,036 --> 00:31:14,372 Dia cuba jual bir itu di pasaran gelap. 382 00:31:14,873 --> 00:31:15,790 Terima kasih! 383 00:31:15,874 --> 00:31:17,458 Terima… Aduh! 384 00:31:18,251 --> 00:31:19,919 Kau tipu aku, budak jahat! 385 00:31:21,880 --> 00:31:24,883 Tapi rancangannya tak berjaya. 386 00:31:25,383 --> 00:31:28,094 - Ibu. - Ya? 387 00:31:28,177 --> 00:31:31,055 Orang lemah dianggap mangsa, bukan? 388 00:31:31,556 --> 00:31:33,725 Salah mereka sebab tertipu, bukan? 389 00:31:33,808 --> 00:31:36,060 Menipu orang lain itu salah. 390 00:31:36,144 --> 00:31:37,520 Kazuko. 391 00:31:38,021 --> 00:31:41,774 Orang yang buat jahat akan masuk neraka. 392 00:31:42,317 --> 00:31:45,445 Tapi dia menjalani hidup dengan melawan kata-kata ibu. 393 00:31:47,864 --> 00:31:50,658 Sehingga kini, pada setiap tahun, 394 00:31:50,742 --> 00:31:54,037 dia akan melawat kubur ibu pada ulang tahun kematian ibu. 395 00:31:54,579 --> 00:31:57,999 Awal pagi, supaya dia tak jumpa kami. 396 00:32:00,418 --> 00:32:03,546 Mungkin itu cara dia menebus dosanya. 397 00:32:27,820 --> 00:32:32,909 Jumlahnya lebih 10 juta yen. 398 00:32:32,992 --> 00:32:35,954 Anak awak masih mengurung diri walaupun dah berusia 40-an. 399 00:32:36,037 --> 00:32:38,498 Dia juga bertindak ganas terhadap awak. 400 00:32:38,998 --> 00:32:40,041 Betul. 401 00:32:40,124 --> 00:32:41,167 Jangan risau. 402 00:32:42,126 --> 00:32:44,712 Usaha awak pasti akan berhasil. 403 00:32:45,713 --> 00:32:49,008 Pastikan awak buat upacara nenek moyang betul-betul. 404 00:32:50,093 --> 00:32:51,886 Saya tiada pilihan. 405 00:32:52,553 --> 00:32:56,933 Cik Hosoki kata saya tak cukup berjasa kepada nenek moyang saya. 406 00:32:57,684 --> 00:32:59,394 Ini? 407 00:33:00,895 --> 00:33:02,605 Anak saya tampar saya. 408 00:33:03,272 --> 00:33:06,484 Dia masih mengurung diri, macam biasa. 409 00:33:07,360 --> 00:33:09,529 Dia juga dah jadi semakin ganas. 410 00:33:09,612 --> 00:33:10,905 Tapi… 411 00:33:12,407 --> 00:33:15,576 Saya yakin dia akan pulih. 412 00:33:17,036 --> 00:33:20,957 Sebab Cik Hosoki yang cakap begitu. 413 00:33:21,624 --> 00:33:23,668 Dia juga sangat terkenal. 414 00:33:23,751 --> 00:33:25,253 - Brandi termahal! - Ya! 415 00:33:25,336 --> 00:33:27,130 - Richard Hennessy! - Ya! 416 00:33:27,213 --> 00:33:28,840 Terima kasih atas pesanan! 417 00:34:18,973 --> 00:34:23,853 Saya berterima kasih kepada Cik Hosoki untuk kehidupan saya sekarang. 418 00:34:23,936 --> 00:34:27,023 Saya ikut nasihatnya pada malam itu 419 00:34:27,106 --> 00:34:29,859 dan putuskan hubungan dengan kekasih saya. 420 00:34:29,942 --> 00:34:32,487 Selepas itu, hidup saya terus berubah. 421 00:34:32,570 --> 00:34:34,113 Saya bertemu suami saya, 422 00:34:34,197 --> 00:34:36,407 dikurniakan anak, 423 00:34:37,325 --> 00:34:40,411 dan kami buka kedai barang kemas kecil. 424 00:34:40,495 --> 00:34:45,124 Kami juga ada 10 kedai di seluruh Jepun. 425 00:34:46,000 --> 00:34:50,338 Kalau saya tak jumpa dia, entah apa nasib saya sekarang? 426 00:34:51,506 --> 00:34:54,425 Tilikan nasib sangat menakjubkan, bukan? 427 00:34:55,009 --> 00:34:58,012 Ia mampu mengubah hidup kita. 428 00:34:58,596 --> 00:35:03,184 Cik Hosoki umpama dewa bagi saya. 429 00:35:03,267 --> 00:35:05,728 Ya, awak nampak comel. Saya suka. 430 00:35:05,812 --> 00:35:06,729 Bagus. 431 00:35:06,813 --> 00:35:08,523 Bawa masuk Tiara. 432 00:35:09,357 --> 00:35:11,943 Aduhai, comelnya Tiara! 433 00:35:12,026 --> 00:35:13,486 - Terima kasih. - Cik Hosoki! 434 00:35:13,569 --> 00:35:16,906 Sudikah awak jabat tangan saya? 435 00:35:17,740 --> 00:35:20,910 Biar betul? Saya tak sangka! 436 00:35:21,536 --> 00:35:22,453 Terima kasih. 437 00:35:22,537 --> 00:35:23,830 Ya Tuhan! 438 00:35:23,913 --> 00:35:25,748 - Saya pun mahu. - Terima kasih. 439 00:36:00,700 --> 00:36:02,160 Alamak! 440 00:36:04,704 --> 00:36:07,206 - Maaf terlambat. - Tak apa. Terima kasih. 441 00:36:07,290 --> 00:36:09,041 - Terima kasih. - Jumpa lagi. 442 00:36:09,125 --> 00:36:10,543 Okey, jom kita balik. 443 00:36:11,043 --> 00:36:12,587 - Fuh. - Babai. 444 00:36:12,670 --> 00:36:15,089 - Babai. - Jaga diri, Reina. 445 00:36:15,173 --> 00:36:16,591 Jangan demam. 446 00:36:16,674 --> 00:36:18,092 - Babai. - Babai. 447 00:36:18,176 --> 00:36:20,094 Masuk dalam, Reina. 448 00:36:20,887 --> 00:36:22,263 Hati-hati, hujan lebat. 449 00:36:22,346 --> 00:36:24,265 Okey, terima kasih sekali lagi! 450 00:36:24,348 --> 00:36:26,851 - Pegang kuat-kuat. - Hore! 451 00:37:25,868 --> 00:37:28,955 Okey, okey! Tilikan nasib fohhh! 452 00:37:29,538 --> 00:37:32,208 Cik Hosoki suka goyang gerudi saya? 453 00:37:33,209 --> 00:37:36,671 Cepatlah tengok pinggul saya! 454 00:37:36,754 --> 00:37:38,005 Aduhai. 455 00:37:38,089 --> 00:37:41,425 Tak perlu baca tapak tangan. Baca punggung saya. 456 00:37:41,509 --> 00:37:42,426 Aduhai. 457 00:37:42,510 --> 00:37:45,721 Gerakan pinggul hanya untuk bilik tidur. 458 00:37:46,222 --> 00:37:47,306 Saya kata "sei"! 459 00:37:47,390 --> 00:37:50,935 Itu tak cukup untuk halang saya! 460 00:37:51,018 --> 00:37:52,019 Saya tak mahulah. 461 00:37:52,103 --> 00:37:53,521 - Sei! - Sudahlah. 462 00:37:53,604 --> 00:37:54,689 Cik Hosoki! 463 00:37:54,772 --> 00:37:55,690 Tunggu dulu. 464 00:37:55,773 --> 00:37:58,276 Tak apa, mari kita duduk dulu. 465 00:37:58,359 --> 00:37:59,819 - Tolonglah. - Bodoh! 466 00:38:00,653 --> 00:38:03,489 Cik Hosoki seorang penghibur genius. 467 00:38:03,572 --> 00:38:05,616 Dia tak perlukan arahan kami. 468 00:38:06,409 --> 00:38:08,661 Dia tahu cara menghiburkan penonton. 469 00:38:08,744 --> 00:38:12,039 Bukan melalui logik, tapi melalui nalurinya. 470 00:38:12,123 --> 00:38:14,583 Bekerja di kelab malam dan menilik nasib 471 00:38:14,667 --> 00:38:17,336 menyebabkan dia biasa berdepan dengan orang. 472 00:38:17,420 --> 00:38:20,423 Mungkin pengalaman itu memberi kelebihan kepadanya. 473 00:38:20,506 --> 00:38:23,926 Maaf kerana awak dimalukan di hadapan kamera. 474 00:38:25,052 --> 00:38:27,805 Kami takkan siarkan, okey? 475 00:38:30,141 --> 00:38:32,310 Saya benci melihat sisi itu. 476 00:38:33,019 --> 00:38:36,564 Mungkin kekuatan itu datang daripada cabaran hidupnya. 477 00:38:36,647 --> 00:38:38,399 Kata-katanya meyakinkan. 478 00:38:38,482 --> 00:38:40,609 Itu semua helah. Tin kosong. 479 00:38:40,693 --> 00:38:43,321 Orang Jepun suka benda begitu. 480 00:38:43,404 --> 00:38:44,780 Saya menyampah betul. 481 00:38:44,864 --> 00:38:46,365 Skandal dia? 482 00:38:47,450 --> 00:38:51,329 Mungkin dia pernah buat sesuatu dulu, 483 00:38:51,412 --> 00:38:53,539 tapi saya tak dengar apa-apa pun. 484 00:38:53,622 --> 00:38:54,790 Itu bohong. 485 00:38:54,874 --> 00:38:56,250 Ada khabar angin 486 00:38:56,334 --> 00:38:59,128 tentang majalah yang akan mendedahkannya. 487 00:38:59,628 --> 00:39:03,841 Kami akan tunggu dan lihat, tapi pihak atasan dah mula takut. 488 00:39:03,924 --> 00:39:06,052 - Selamat malam! - Selamat malam! 489 00:39:12,475 --> 00:39:13,434 Jika perlu, 490 00:39:13,517 --> 00:39:16,854 mereka akan tamatkan rancangan dan cari penggantinya. 491 00:39:17,855 --> 00:39:20,483 Lagipun, penonton mudah lupa. 492 00:39:20,566 --> 00:39:22,485 Begitulah dunia hiburan. 493 00:39:23,069 --> 00:39:27,323 Bila kita sudah berada di puncak, tiada tempat lain untuk dituju. 494 00:41:00,207 --> 00:41:04,295 APAKAH NASIB YANG MENANTI KAZUKO? 495 00:41:04,378 --> 00:41:10,384 ASTROLOGI ENAM BINTANG DIA PUN TAK MAMPU MEMBERIKAN JAWAPAN. 496 00:41:29,111 --> 00:41:30,905 Ibu dah siapkan. 497 00:42:39,348 --> 00:42:40,391 Tunggu! 498 00:42:49,233 --> 00:42:52,695 En. Kawatani pun belum baca. Awak pembaca pertama. 499 00:42:58,325 --> 00:43:02,037 Ramai penerbit rangkaian TV akan berkumpul pada Ahad depan 500 00:43:02,121 --> 00:43:04,206 untuk parti di rumah saya. 501 00:43:04,290 --> 00:43:05,249 Datanglah. 502 00:43:06,041 --> 00:43:06,875 Baiklah. 503 00:43:07,835 --> 00:43:09,545 Jumpa awak nanti. 504 00:45:20,926 --> 00:45:22,594 Biar saya uruskan. 505 00:45:33,272 --> 00:45:36,108 - Biar saya simpankan beg awak. - Tak apa. 506 00:45:36,191 --> 00:45:37,609 Silakan berseronok. 507 00:45:54,460 --> 00:45:55,836 Gembira jumpa awak. 508 00:45:55,919 --> 00:45:57,421 Helo. 509 00:45:59,673 --> 00:46:01,049 Cik Uozumi. 510 00:46:03,135 --> 00:46:04,678 Awak datang. 511 00:46:04,762 --> 00:46:05,637 Awak seorang? 512 00:46:05,721 --> 00:46:08,515 Ya, terima kasih sebab bantu saya. 513 00:46:09,600 --> 00:46:13,020 Semua tetamu di sini orang penting dalam media. 514 00:46:13,103 --> 00:46:16,148 Dia macam permaisuri, bukan? 515 00:46:18,108 --> 00:46:20,444 - Boleh saya cakap dengan awak? - Ya. 516 00:46:22,738 --> 00:46:25,115 Bagaimana dengan penulisan buku itu? 517 00:46:25,199 --> 00:46:26,492 Semuanya okey. 518 00:46:26,575 --> 00:46:28,285 Awak nak tulis tentang apa? 519 00:46:28,368 --> 00:46:30,579 Saya pun belum pasti. 520 00:46:31,079 --> 00:46:33,999 Saya risau tengok kamu bercakap di atas pentas. 521 00:46:34,082 --> 00:46:37,085 Itu bukan sesuatu yang boleh disiarkan. 522 00:46:37,586 --> 00:46:40,506 Maaf kalau awak rasa saya keterlaluan, 523 00:46:41,048 --> 00:46:44,134 tapi jangan tulis apa-apa yang buat Cik Hosoki marah. 524 00:46:44,218 --> 00:46:45,469 Apa kamu bualkan? 525 00:46:45,552 --> 00:46:49,056 Cik Hosoki! Kami cuma berbual kosong. 526 00:46:49,139 --> 00:46:50,516 Saya minta diri. 527 00:46:52,059 --> 00:46:54,436 Terima kasih kerana jemput saya. 528 00:46:54,937 --> 00:46:56,814 Boleh tunggu semua orang balik? 529 00:46:56,897 --> 00:46:57,940 Okey. 530 00:46:59,358 --> 00:47:01,318 Ada banyak minuman sedap. 531 00:47:01,401 --> 00:47:03,195 Minumlah puas-puas, ya? 532 00:47:30,347 --> 00:47:33,350 Berbual dengan orang memang memenatkan, bukan? 533 00:47:35,477 --> 00:47:36,854 Saya dah baca. 534 00:47:37,354 --> 00:47:39,106 Terima kasih. 535 00:47:46,989 --> 00:47:48,907 Saya seronok membacanya. 536 00:47:51,201 --> 00:47:56,665 Awak guna perkataan dan ungkapan yang buat awak nampak cerdik, 537 00:47:56,748 --> 00:47:59,042 sama macam penulis gagal lain. 538 00:47:59,126 --> 00:48:02,212 Tapi penulisan awak boleh tahan hebat. 539 00:48:09,511 --> 00:48:10,804 Tapi… 540 00:48:12,222 --> 00:48:15,183 Awak tak boleh terbitkan buku ini. 541 00:48:16,351 --> 00:48:17,561 Kenapa? 542 00:48:17,644 --> 00:48:19,855 Awak tahu sebabnya. 543 00:48:23,400 --> 00:48:25,819 Kita berdua serasi. 544 00:48:26,361 --> 00:48:28,614 Saya ingat kita saling memahami. 545 00:48:30,032 --> 00:48:31,491 Saya pun sangka begitu. 546 00:48:32,367 --> 00:48:33,869 Tapi awak kecewakan saya. 547 00:48:34,369 --> 00:48:36,496 Ini fitnah untuk memburukkan saya. 548 00:48:36,580 --> 00:48:37,831 Bukan itu niat saya… 549 00:48:37,915 --> 00:48:40,167 Ini macam tabloid murahan. 550 00:48:40,250 --> 00:48:42,419 Buku dan tabloid tak sama. 551 00:48:42,502 --> 00:48:45,380 Tapi pembaca akan percaya ini kisah hidup saya. 552 00:48:49,092 --> 00:48:52,387 Menipu Ochiyo dan mencuri wangnya, 553 00:48:52,471 --> 00:48:55,682 paksa En. Yasunaga berkahwin untuk guna namanya… 554 00:48:55,766 --> 00:48:58,310 Mereka akan percaya semua penipuan ini! 555 00:48:59,561 --> 00:49:03,357 Saya tak dapat bezakan yang mana satu kebenaran. 556 00:49:03,982 --> 00:49:07,569 Tapi saya tertarik dengan gaya hidup watak utama. 557 00:49:09,071 --> 00:49:10,948 Dia membesar dalam kemiskinan. 558 00:49:11,031 --> 00:49:15,410 Dia ditipu, dieksploitasi dan dikawal oleh lelaki. 559 00:49:15,494 --> 00:49:18,330 Dia cuba cari duit dengan menipu orang lain, 560 00:49:18,413 --> 00:49:20,874 sebab dia nak jadi orang berpengaruh. 561 00:49:21,917 --> 00:49:27,172 Semasa saya menulisnya, keinginan dia yang kuat buat saya kagum. 562 00:49:28,423 --> 00:49:30,467 Mungkin ada yang tak suka, tapi pembaca akan… 563 00:49:30,550 --> 00:49:33,220 Saya tak nak dengar semua itu! 564 00:49:35,138 --> 00:49:37,766 Tulis semula ikut arahan saya. 565 00:49:38,266 --> 00:49:39,810 Saya tak mahu. 566 00:49:40,811 --> 00:49:45,357 Kalau begitu, buku ini takkan diterbitkan. 567 00:49:46,441 --> 00:49:49,277 Tak apa. Saya dah agak ini akan berlaku. 568 00:49:49,361 --> 00:49:50,612 Yakah? 569 00:49:51,154 --> 00:49:53,323 Kalau begitu, buang sajalah. 570 00:50:04,001 --> 00:50:07,713 Kenapa awak nak terbitkan buku tentang diri awak? 571 00:50:08,255 --> 00:50:11,008 Itu tawaran daripada syarikat penerbitan. 572 00:50:14,302 --> 00:50:16,805 Saya dengar ada majalah mingguan 573 00:50:16,888 --> 00:50:19,349 nak dedahkan masa silam awak. 574 00:50:24,521 --> 00:50:28,150 Awak takut awak akan jatuh dari puncak industri hiburan? 575 00:50:32,821 --> 00:50:34,364 Apa yang awak merepek? 576 00:50:34,448 --> 00:50:37,993 Awak nak gunakan saya untuk lawan majalah mingguan itu, 577 00:50:39,202 --> 00:50:40,328 melalui buku saya. 578 00:50:42,998 --> 00:50:45,083 Bila saya fikir tentang buku, 579 00:50:45,709 --> 00:50:48,420 ia bukan saja cara untuk cari makan. 580 00:50:50,714 --> 00:50:52,758 Buku ialah sebab saya wujud. 581 00:50:53,258 --> 00:50:54,760 Sebab saya hidup. 582 00:51:07,022 --> 00:51:09,775 Awak tak pernah menyesal dalam hidup? 583 00:51:12,778 --> 00:51:15,280 Satu-satunya penyesalan saya, 584 00:51:15,906 --> 00:51:18,533 ialah tidak mempunyai anak. 585 00:51:19,493 --> 00:51:20,994 Ada lagi? 586 00:51:21,078 --> 00:51:22,537 Tak ada. 587 00:51:22,621 --> 00:51:23,497 Satu pun? 588 00:51:23,580 --> 00:51:24,748 Ya. 589 00:51:24,831 --> 00:51:26,333 Betulkah? 590 00:51:26,416 --> 00:51:27,250 Ya. 591 00:51:31,296 --> 00:51:32,923 Watak utama dalam buku saya 592 00:51:33,006 --> 00:51:38,386 pernah rasa kesakitan ditipu dan menjadi mangsa penipuan. 593 00:51:39,721 --> 00:51:42,432 Jadi, apabila dia mula menipu orang lain, 594 00:51:42,516 --> 00:51:46,520 dia selalu rasa menyesal dan rasa bersalah kerana menipu. 595 00:51:47,145 --> 00:51:49,189 Berkali-kali. 596 00:51:50,232 --> 00:51:52,484 Tapi dia tak boleh berpatah balik. 597 00:51:52,984 --> 00:51:55,946 Dia telah diperangkap oleh wang. 598 00:51:56,988 --> 00:51:59,991 Dia perlu teruskan dan sembunyikan kelemahannya. 599 00:52:03,954 --> 00:52:06,039 Awak tak rasa begitu? 600 00:52:10,293 --> 00:52:13,588 Saya buat macam-macam untuk jadi kaya raya. 601 00:52:14,256 --> 00:52:16,925 Saya buat macam-macam untuk berjaya. 602 00:52:17,008 --> 00:52:18,969 Apa salahnya? 603 00:52:19,803 --> 00:52:21,304 Saya tak menyesal. 604 00:52:24,724 --> 00:52:26,226 Awak tahu tak? 605 00:52:26,726 --> 00:52:29,020 Saya takkan maafkan orang yang fitnah saya. 606 00:52:29,104 --> 00:52:32,649 Saya akan pastikan mereka tak boleh jatuhkan saya. 607 00:52:32,732 --> 00:52:34,609 Itulah cara hidup saya. 608 00:52:34,693 --> 00:52:36,653 Itulah Kazuko Hosoki. 609 00:52:48,123 --> 00:52:51,168 Saya tiada apa-apa lagi nak dikatakan. 610 00:52:52,836 --> 00:52:53,837 Awak boleh pergi. 611 00:52:59,885 --> 00:53:03,263 Awak kata awak suka baca buku saya. 612 00:53:04,055 --> 00:53:05,765 Betulkah? 613 00:53:10,562 --> 00:53:11,646 Ya. 614 00:53:14,191 --> 00:53:15,942 Tapi itu kerana 615 00:53:16,735 --> 00:53:18,904 kisah hidup saya menarik. 616 00:53:20,572 --> 00:53:23,283 Awak cuma tukang cerita. 617 00:53:25,410 --> 00:53:29,331 Saya dah lalui banyak kesusahan sehingga sekarang. 618 00:53:29,414 --> 00:53:32,042 Saya menanggung kesakitan yang teruk. 619 00:53:32,542 --> 00:53:34,920 Tapi saya tak pernah mengalah. 620 00:53:36,046 --> 00:53:40,717 Walau apa pun yang berlaku, saya tetap meneruskan hidup. 621 00:53:41,927 --> 00:53:44,638 Sebab itulah kata-kata saya berkuasa. 622 00:53:44,721 --> 00:53:46,514 Orang ramai dengar cakap saya. 623 00:53:48,892 --> 00:53:51,728 Apa pun cerita yang awak cipta, 624 00:53:52,479 --> 00:53:54,689 awak rasa ia ada kuasa sebegitu? 625 00:54:02,614 --> 00:54:04,157 Saya tak tahu. 626 00:54:06,868 --> 00:54:08,912 Tapi saya akan tulis buku begitu. 627 00:54:10,914 --> 00:54:13,041 Kalau begitu, buatlah yang terbaik. 628 00:54:14,918 --> 00:54:16,002 Baiklah. 629 00:54:21,424 --> 00:54:22,676 Minori. 630 00:54:25,637 --> 00:54:27,681 Air mata sebenar 631 00:54:28,181 --> 00:54:30,350 boleh dititiskan bila berseorangan. 632 00:54:37,190 --> 00:54:38,525 Jaga diri. 633 00:54:39,150 --> 00:54:41,695 Sebab Zaman Malapetaka awak akan bermula. 634 00:54:44,739 --> 00:54:46,992 Saya tak percaya tilikan nasib. 635 00:55:20,275 --> 00:55:21,735 Helo? 636 00:55:21,818 --> 00:55:24,487 Ibu, ibu masih bekerja? 637 00:55:24,988 --> 00:55:26,281 Ibu baru habis. 638 00:55:26,990 --> 00:55:28,366 Kerja ibu dah habis. 639 00:55:28,450 --> 00:55:30,243 Ibu nak balik sekarang? 640 00:55:30,744 --> 00:55:31,578 Ya. 641 00:55:32,495 --> 00:55:34,581 Tunggu ya, sekejap lagi ibu sampai. 642 00:55:34,664 --> 00:55:35,832 Okey. 643 00:55:36,333 --> 00:55:37,459 Jumpa nanti. 644 00:56:15,163 --> 00:56:16,081 Tiara? 645 00:56:18,041 --> 00:56:19,459 Tiara? 646 00:56:32,931 --> 00:56:34,474 Tiara? 647 00:56:38,144 --> 00:56:39,020 Tiara? 648 00:56:44,025 --> 00:56:45,402 Tiara? 649 00:56:52,117 --> 00:56:52,951 Tiara. 650 00:57:00,500 --> 00:57:01,626 Ia ke mana? 651 00:57:02,210 --> 00:57:03,378 Tiara. 652 00:57:05,547 --> 00:57:06,714 Tiara? 653 00:57:09,759 --> 00:57:11,094 Tiara. 654 00:58:00,185 --> 00:58:02,437 Awak akan terus masuk ke neraka. 655 00:58:05,773 --> 00:58:08,776 Dah banyak kali saya melihat neraka. 656 00:58:09,360 --> 00:58:11,571 Saya langsung tak rasa takut. 657 00:58:23,875 --> 00:58:25,502 Pada tahun 2006, 658 00:58:26,002 --> 00:58:31,007 Weekly Gendai menerbitkan pendedahan Kazuko Hosoki selama 15 minggu. 659 00:58:31,591 --> 00:58:34,928 Skandal Kazuko pada masa lalu telah didedahkan. 660 00:58:36,429 --> 00:58:39,891 Kazuko terpaksa berundur daripada program TV tetapnya, 661 00:58:39,974 --> 00:58:44,479 dan terus hilang daripada perhatian ramai. 662 00:58:49,984 --> 00:58:51,444 Namun… 663 00:58:52,737 --> 00:58:55,823 dia terus bekerja sebagai tukang tilik. 664 00:58:55,907 --> 00:58:58,952 Dia bina laman web tentang Astrologi Enam Bintang, 665 00:58:59,035 --> 00:59:01,829 dan dapat lebih banyak duit daripada program TV, 666 00:59:01,913 --> 00:59:05,250 mencecah lebih tujuh bilion setahun. 667 00:59:06,042 --> 00:59:08,419 Anak saudaranya dijadikan anak angkat, 668 00:59:08,503 --> 00:59:12,715 dan dia hidup aman dikelilingi keluarga. 669 00:59:13,508 --> 00:59:15,218 Kazuko Hosoki 670 00:59:15,718 --> 00:59:17,428 berjaya mendapatkan 671 00:59:18,179 --> 00:59:20,598 semua yang diimpikannya. 672 00:59:24,602 --> 00:59:27,188 KAZUKO HOSOKI 673 00:59:27,272 --> 00:59:32,735 MENINGGAL DUNIA PADA 8 NOVEMBER 2021 PADA USIA 83 TAHUN 674 01:03:15,708 --> 01:03:18,628 Terjemahan sari kata oleh AMG