1 00:00:02,000 --> 00:00:07,000 Downloaded from YTS.BZ 2 00:00:08,000 --> 00:00:13,000 Official YIFY movies site: YTS.BZ 3 00:00:21,396 --> 00:00:23,732 Sepanjang hidup saya, 4 00:00:24,232 --> 00:00:27,610 saya sudah melawat banyak tempat luar biasa. 5 00:00:31,531 --> 00:00:34,784 Saya sudah jumpa banyak makhluk yang menarik. 6 00:00:37,495 --> 00:00:42,834 Namun, ada sesetengah makhluk yang saya rasa sangat rapat. 7 00:00:52,385 --> 00:00:55,055 Ia ada kekuatan dan semangat 8 00:00:57,098 --> 00:00:59,559 yang jauh mengatasi kita. 9 00:01:02,103 --> 00:01:03,521 Namun, apabila saya melihatnya, 10 00:01:04,022 --> 00:01:08,068 bukan saiz dan kuasanya yang buat saya kagum, 11 00:01:09,360 --> 00:01:14,157 tapi kepintaran dan kesedaran yang saya nampak dalam matanya 12 00:01:14,657 --> 00:01:17,035 apabila ia memandang saya. 13 00:01:23,958 --> 00:01:30,381 Ia memberi saya rasa kagum dan ketakutan yang luar biasa. 14 00:01:36,137 --> 00:01:38,473 Namun, bukan takut padanya. 15 00:01:41,101 --> 00:01:46,106 Ketakutan yang saya, kita, mungkin terlepas pandang sesuatu. 16 00:01:47,107 --> 00:01:49,192 Sesuatu yang penting. 17 00:01:50,735 --> 00:01:54,447 Pemahaman yang lebih mendalam tentang apa dan siapa ia… 18 00:01:57,325 --> 00:02:00,328 dan apa maknanya bagi kita. 19 00:02:12,173 --> 00:02:14,175 HIDUPAN DI BUMI 20 00:02:18,513 --> 00:02:22,809 Saya masih ingat kali pertama saya jumpa gorila gunung. 21 00:02:27,772 --> 00:02:31,401 "Isnin, 9 Januari 1978." 22 00:02:33,945 --> 00:02:37,824 "Kon gunung berapi Virunga yang sempurna di hadapan." 23 00:02:37,907 --> 00:02:40,034 AFRIKA TIMUR 24 00:02:43,788 --> 00:02:47,625 "Kami mulakan perjalanan selama satu jam setengah mendaki gunung." 25 00:02:49,586 --> 00:02:52,005 "Perlahan-lahan, semak yang tidak menarik 26 00:02:52,088 --> 00:02:55,675 berubah menjadi hutan hujan altitud tinggi." 27 00:03:01,723 --> 00:03:05,310 "Pokok-pokok berdahan panjang penuh dengan lapisan epifit." 28 00:03:07,812 --> 00:03:10,106 "Paku-pakis hijau berdaun reben 29 00:03:10,190 --> 00:03:13,776 dengan lumut Sepanyol yang nipis dan pucat di mana-mana." 30 00:03:22,118 --> 00:03:26,122 "Kami jumpa sekumpulan gorila betina dan anak gorila di kawasan lapang kecil." 31 00:03:27,790 --> 00:03:31,044 "Tak disangka-sangka, ia membenarkan saya mendekatinya." 32 00:03:40,803 --> 00:03:43,181 "Perkara ini tak mungkin berlaku 33 00:03:43,264 --> 00:03:46,976 tanpa usaha perintis Dian Fossey." 34 00:03:49,354 --> 00:03:52,148 "Dia tinggal dalam kalangan gorila, 35 00:03:54,108 --> 00:03:58,071 mengkaji butiran intim hidupnya." 36 00:04:01,074 --> 00:04:04,911 Sebab kami buat seperti yang diarahkan oleh Dian, 37 00:04:04,994 --> 00:04:07,705 gorila itu terima kami dengan cara yang sama. 38 00:04:09,415 --> 00:04:12,794 "Saya perlu berhenti dan bertukar-tukar dengusan yang garau." 39 00:04:12,877 --> 00:04:16,005 "Bunyi menenangkan yang bermaksud, 'Saya di sini.'" 40 00:04:21,552 --> 00:04:25,223 Penglihatan, pendengaran, deria baunya 41 00:04:26,057 --> 00:04:27,517 sama seperti kita. 42 00:04:27,600 --> 00:04:31,729 Maka, kita lihat dunia dengan cara yang sama sepertinya. 43 00:04:33,690 --> 00:04:37,610 Jadi, jika ada kemungkinan untuk lari daripada keadaan manusia 44 00:04:37,694 --> 00:04:42,991 dan hidup dengan penuh imaginasi dalam dunia makhluk lain, 45 00:04:43,616 --> 00:04:45,368 pastinya hidup dengan gorila. 46 00:04:51,082 --> 00:04:52,959 Apa yang saya tak cakap di sana 47 00:04:53,459 --> 00:05:00,341 ialah ia bukan filem bertemu dengan gorila secara terus. 48 00:05:01,217 --> 00:05:03,594 Fungsi babak itu 49 00:05:03,678 --> 00:05:07,724 ialah kepentingan ibu jari dan jari telunjuk yang boleh mencengkam. 50 00:05:10,226 --> 00:05:12,895 Kami tak sangka kami akan berhubung dengannya. 51 00:05:12,979 --> 00:05:15,523 Kami duduk saja dan bercakap tentangnya. 52 00:05:17,650 --> 00:05:21,070 Saya pusing. Ia terbaring di tanah. Saya pandang kamera. 53 00:05:21,154 --> 00:05:23,948 Kaki saya terasa berat. 54 00:05:24,449 --> 00:05:27,035 Saya pandang ke bawah. Ada Pablo. 55 00:05:29,120 --> 00:05:33,958 BERUMUR 3 TAHUN 56 00:05:34,042 --> 00:05:37,170 Saya tak boleh cakap tentang evolusi ibu jari dan jari telunjuk. 57 00:05:37,253 --> 00:05:38,838 Saya duduk dan biarkan saja. 58 00:05:58,274 --> 00:06:00,526 Lihatlah makhluk yang cantik ini. 59 00:06:00,610 --> 00:06:03,363 Ia sangat menarik. Kita nak peluknya. 60 00:06:04,530 --> 00:06:08,201 Kebahagiaan semata-mata. 61 00:06:13,081 --> 00:06:15,958 Ramai orang akan fikir ia babak paling penting 62 00:06:16,042 --> 00:06:17,335 dalam siri itu. 63 00:06:18,044 --> 00:06:22,673 Jika bukan, dalam hidup saya yang dirakam. 64 00:06:24,300 --> 00:06:29,263 Ada lebih banyak makna dan pemahaman bersama 65 00:06:29,347 --> 00:06:33,017 dalam bertukar pandangan dengan gorila 66 00:06:34,602 --> 00:06:36,312 daripada haiwan lain yang saya kenal. 67 00:06:39,107 --> 00:06:40,942 Saya tak tahu ketika itu 68 00:06:41,025 --> 00:06:43,820 betapa hebatnya hidup yang Pablo bakal jalani… 69 00:06:46,197 --> 00:06:48,991 atau legasi yang ia akan tinggalkan. 70 00:06:52,161 --> 00:06:55,832 Sekarang saya ada peluang untuk menceritakan kisah Pablo 71 00:06:55,915 --> 00:06:57,875 dan kisah keturunannya 72 00:06:57,959 --> 00:07:02,088 yang masih mendiami cerun-cerun gunung di Virunga itu. 73 00:07:13,683 --> 00:07:15,852 Hampir 50 tahun kemudian, 74 00:07:15,935 --> 00:07:20,314 keluarga gorila ini, kini dikenali sebagai kumpulan Pablo, 75 00:07:20,398 --> 00:07:23,025 berada di titik genting dalam kisahnya. 76 00:07:36,289 --> 00:07:41,502 Silverback dominan dan ketua dalam kumpulan ini ialah Gicurasi. 77 00:07:41,586 --> 00:07:44,005 27 TAHUN 78 00:07:55,892 --> 00:08:00,104 Ia antara gorila yang paling tua dan paling berpengalaman 79 00:08:00,188 --> 00:08:01,647 di gunung itu. 80 00:08:07,528 --> 00:08:12,992 Kumpulan Pablo telah menikmati zaman kestabilan di bawah kepimpinannya. 81 00:08:19,290 --> 00:08:24,712 Kestabilan itu, sebahagiannya, disebabkan sekutunya yang paling penting. 82 00:08:29,091 --> 00:08:32,011 Teta ialah gorila betina dominan. 83 00:08:32,094 --> 00:08:35,681 13 TAHUN 84 00:08:41,020 --> 00:08:43,439 Ia disanjung tinggi 85 00:08:43,940 --> 00:08:45,858 sebagai pemimpin kumpulan itu. 86 00:08:54,367 --> 00:08:56,619 Teta dan Gicurasi 87 00:08:57,537 --> 00:09:00,373 berkongsi ikatan yang unik. 88 00:09:09,590 --> 00:09:12,051 Dengan Teta di sisinya, 89 00:09:12,134 --> 00:09:16,639 Girucasi telah mengekalkan kuasa selama lima tahun. 90 00:09:37,827 --> 00:09:41,956 Kedua-duanya jantung keluarga gorila ini. 91 00:09:55,761 --> 00:10:01,017 Namun, Gicurasi sudah semakin uzur. 92 00:10:03,769 --> 00:10:06,939 Malah, ada waris lain yang menanti. 93 00:10:11,485 --> 00:10:12,820 Ubwuzu… 94 00:10:12,903 --> 00:10:15,573 17 TAHUN 95 00:10:15,656 --> 00:10:18,326 …silverback yang sedang meningkat naik. 96 00:10:20,828 --> 00:10:22,079 Sangat besar, 97 00:10:23,372 --> 00:10:24,624 sangat kuat, 98 00:10:26,542 --> 00:10:29,253 dengan cita-citanya sendiri. 99 00:10:33,716 --> 00:10:36,761 Gicurasi semakin lemah… 100 00:10:40,765 --> 00:10:44,935 dan Ubwuzu mahu mengambil alih sebagai ketua. 101 00:11:09,043 --> 00:11:14,423 Namun, buat masa sekarang, kumpulan itu tertumpu pada bayi Teta. 102 00:11:18,469 --> 00:11:20,304 Sama seperti kita, 103 00:11:20,388 --> 00:11:23,891 bayi baru lahir itu sumber daya tarikan. 104 00:11:34,235 --> 00:11:37,071 Namun, usianya baru beberapa bulan. 105 00:11:37,655 --> 00:11:40,908 Jadi, Teta mesti jauhkan ia daripada bahaya, 106 00:11:42,159 --> 00:11:45,079 lebih-lebih lagi sewaktu keadaan menjadi hiruk-pikuk. 107 00:12:00,970 --> 00:12:04,682 Gorila dari semua peringkat umur suka bermain. 108 00:12:13,441 --> 00:12:18,320 Ia unsur penting dalam menjalinkan dan mengekalkan ikatan. 109 00:12:39,049 --> 00:12:43,471 Namun, Ubwuzu tidak berminat dalam permainan. 110 00:12:52,021 --> 00:12:55,983 Sekarang, ia fokus pada Gicurasi. 111 00:12:59,445 --> 00:13:05,367 Saiznya kini lebih besar daripada Gicurasi dan ia cuba menakutkannya. 112 00:13:18,672 --> 00:13:23,052 Namun, mengetuai sekumpulan gorila bukan hanya soal kekuatan fizikal… 113 00:13:26,597 --> 00:13:31,060 seperti yang saya sendiri nampak bertahun-tahun lalu di Rwanda. 114 00:13:37,775 --> 00:13:41,237 "Silverback dominan ialah Beethoven, mungkin berusia 30 tahun." 115 00:13:50,955 --> 00:13:53,165 "Ia ada gaya berjalan yang agresif." 116 00:13:54,542 --> 00:13:57,002 Ia datang. Saiznya sangat besar. 117 00:13:57,086 --> 00:13:59,505 Maksud saya… lebih besar berbanding dengan kita. 118 00:13:59,588 --> 00:14:03,259 Satu tumbukan saja boleh pecahkan kepala kita. 119 00:14:06,136 --> 00:14:09,682 Namun, Beethoven ada sifat lain, 120 00:14:10,891 --> 00:14:15,396 dan ia didedahkan kepada saya melalui hubungannya dengan Pablo. 121 00:14:18,732 --> 00:14:22,570 Tak lama selepas saya jumpa ia, ibunya menghilang. 122 00:14:23,070 --> 00:14:26,532 Ia terpaksa hidup sendiri. 123 00:14:32,121 --> 00:14:36,000 Tanpa perlindungan ibunya, gorila sebaya Pablo 124 00:14:36,083 --> 00:14:38,043 akan bergelut untuk terus hidup. 125 00:14:39,295 --> 00:14:42,256 Namun, sesuatu yang luar biasa berlaku. 126 00:14:42,339 --> 00:14:47,469 Beethoven, silverback yang besar ini, membelanya. 127 00:14:53,934 --> 00:14:57,646 Ia berusaha menjaganya sebagaimana yang ibunya akan buat. 128 00:15:03,777 --> 00:15:06,906 Pablo sentiasa di sisinya. 129 00:15:16,540 --> 00:15:17,625 Ia memerhati. 130 00:15:22,296 --> 00:15:23,756 Ia belajar. 131 00:15:30,512 --> 00:15:32,723 Dengan Beethoven sebagai sosok ayah, 132 00:15:34,600 --> 00:15:36,852 hidup Pablo mula maju. 133 00:15:38,854 --> 00:15:43,609 Ia satu hubungan yang akan mengubah hidup Pablo selamanya. 134 00:15:53,744 --> 00:15:55,913 Sama seperti gorila-gorila yang saya jumpa, 135 00:15:58,207 --> 00:16:03,128 ada banyak personaliti berbeza dalam kumpulan Pablo sekarang. 136 00:16:08,300 --> 00:16:12,513 Ada seekor gorila yang mengingatkan saya pada Pablo sendiri. 137 00:16:12,596 --> 00:16:15,557 2 TAHUN 138 00:16:19,269 --> 00:16:21,355 Ia bukan saja nampak serupa, 139 00:16:22,815 --> 00:16:26,360 ia nampaknya ada keberanian dan rasa ingin tahu yang sama. 140 00:16:30,864 --> 00:16:36,120 Namun, ia cukup tertarik pada seekor gorila. 141 00:16:39,164 --> 00:16:40,457 Imfura. 142 00:16:40,541 --> 00:16:43,961 14 TAHUN 143 00:16:58,892 --> 00:17:01,895 Imfura berada pada fasa usia yang sukar. 144 00:17:03,230 --> 00:17:05,441 Ia sudah dewasa, 145 00:17:05,941 --> 00:17:09,903 dan belakangnya mula menunjukkan tanda-tanda warna perak. 146 00:17:12,114 --> 00:17:14,491 Namun, mindanya masih muda. 147 00:17:30,883 --> 00:17:33,427 Gorila makhluk yang berjiwa sosial 148 00:17:33,510 --> 00:17:37,723 dan wujud dalam rangkaian hubungan yang berbeza-beza 149 00:17:38,265 --> 00:17:40,642 yang membantu membentuk dirinya sekarang 150 00:17:41,143 --> 00:17:43,437 dan pada masa hadapan. 151 00:17:48,692 --> 00:17:53,947 Jelas yang Imfura penyayang dan suka bermain. 152 00:17:56,075 --> 00:17:59,912 Namun, saiz dan kekuatannya baharu baginya. 153 00:18:02,498 --> 00:18:05,334 Ia disedari yang lain. 154 00:18:52,548 --> 00:18:57,177 Imfura parah dicederakan oleh Ubwuzu. 155 00:19:00,139 --> 00:19:01,557 Nampak kejam, 156 00:19:01,640 --> 00:19:05,435 tapi setiap silverback ada sifat ganas. 157 00:19:08,981 --> 00:19:14,695 Memang lumrah bagi Ubwuzu untuk cuba hapuskan pesaingnya. 158 00:19:18,782 --> 00:19:21,368 Namun, Imfura masih muda. 159 00:19:23,495 --> 00:19:26,165 Ia tidak tahu mempertahankan diri. 160 00:19:54,193 --> 00:19:57,321 Kumpulan Pablo sudah bangun. 161 00:20:07,831 --> 00:20:09,917 Pada ketinggian 12,000 kaki, 162 00:20:10,584 --> 00:20:13,921 inilah puncak tertinggi kerajaan gunungnya. 163 00:20:46,703 --> 00:20:49,373 Ubwuzu sedang bergerak. 164 00:20:55,003 --> 00:20:58,465 Banyak silverback telah memerintah pergunungan ini. 165 00:21:00,092 --> 00:21:03,804 Kini, Ubwuzu bersedia untuk ambil gilirannya. 166 00:21:24,533 --> 00:21:28,161 Namun, ahli kumpulan lain masih belum yakin, 167 00:21:29,329 --> 00:21:32,207 dan kesabarannya menipis. 168 00:21:42,175 --> 00:21:44,303 Tujuannya bukan untuk menakutkannya. 169 00:21:49,474 --> 00:21:52,811 Ia mahu tunjukkan betapa menakutkannya ia. 170 00:21:54,479 --> 00:21:58,191 Betapa hebatnya ia jika dijadikan ketua. 171 00:22:03,155 --> 00:22:05,490 Gicurasi memerhati. 172 00:22:07,492 --> 00:22:10,954 Entah mengapa, ia tidak bertindak balas. 173 00:22:20,672 --> 00:22:23,216 Apabila kita lihat mana-mana gorila, 174 00:22:23,717 --> 00:22:28,597 kita tak boleh bayangkan apa yang ia fikir atau rasa. 175 00:22:30,932 --> 00:22:32,392 Apa yang ia mahukan, 176 00:22:33,894 --> 00:22:36,063 atau apa yang ia mahu buat. 177 00:22:40,984 --> 00:22:43,487 Mustahil untuk benar-benar tahu. 178 00:22:46,490 --> 00:22:49,451 Kita hanya boleh memerhati dan tertanya-tanya. 179 00:22:53,997 --> 00:22:55,832 Namun, satu perkara yang pasti. 180 00:22:55,916 --> 00:22:57,584 Walaupun saiznya besar, 181 00:22:57,667 --> 00:23:01,004 gorila makhluk yang rumit dan sensitif. 182 00:23:03,090 --> 00:23:04,549 Setiap satu berbeza 183 00:23:04,633 --> 00:23:07,052 dengan personaliti tersendiri. 184 00:23:13,392 --> 00:23:14,935 Seperti kita, 185 00:23:15,018 --> 00:23:18,230 ia dibentuk oleh semua pengalaman hidupnya. 186 00:23:18,313 --> 00:23:19,356 Yang baik 187 00:23:20,524 --> 00:23:21,858 dan yang buruk. 188 00:23:41,044 --> 00:23:42,879 Luka Imfura semakin sembuh… 189 00:23:45,048 --> 00:23:47,300 tapi ia menjauhkan diri daripada kumpulan itu. 190 00:24:02,232 --> 00:24:03,650 Pada fasa kehidupan ini, 191 00:24:03,733 --> 00:24:07,863 gorila jantan mudah mengasingkan diri. 192 00:24:14,536 --> 00:24:18,165 Malah, keluarga sendiri akan berjaga-jaga dengannya. 193 00:24:28,133 --> 00:24:30,218 Gorila jantan muda seperti Imfura 194 00:24:30,302 --> 00:24:32,471 kadangkala memilih untuk meninggalkan kumpulan 195 00:24:32,554 --> 00:24:34,931 untuk memulakan keluarga sendiri. 196 00:24:37,017 --> 00:24:41,688 Kadangkala ia tiada pilihan selain pergi. 197 00:25:01,708 --> 00:25:04,252 Ada kumpulan lain di luar sana. 198 00:25:05,504 --> 00:25:07,506 Imfura tak nampak ia, 199 00:25:08,965 --> 00:25:10,592 tapi ia boleh mendengarnya. 200 00:25:16,139 --> 00:25:21,353 Ada yang lebih besar dan berkuasa daripada kumpulan Pablo. 201 00:25:36,326 --> 00:25:40,580 Dengan jumlah sebesar itu dan silverback yang banyak, 202 00:25:40,664 --> 00:25:43,542 keganasan lebih kerap berlaku. 203 00:25:51,508 --> 00:25:55,136 Tertangkap seorang diri oleh salah satu kumpulan besar ini 204 00:25:55,220 --> 00:25:58,765 sangat berbahaya bagi Imfura. 205 00:26:40,932 --> 00:26:44,644 Ubwuzu sedang mencari makanan dengan beberapa ahli keluarga. 206 00:26:52,110 --> 00:26:56,823 Habitat kumpulan Pablo sebesar kira-kira tiga batu persegi… 207 00:26:59,326 --> 00:27:02,537 dan ia mengandungi pelbagai jenis tumbuhan 208 00:27:02,621 --> 00:27:05,040 yang membentuk sebahagian besar daripada dietnya. 209 00:27:12,380 --> 00:27:15,091 Namun, gorila mahir mengambil kesempatan. 210 00:27:25,185 --> 00:27:28,647 Ubwuzu terjumpa sesuatu yang berbeza. 211 00:27:42,869 --> 00:27:44,371 Semut. 212 00:27:47,415 --> 00:27:51,378 Namun, ini semut askar yang mempunyai rahang yang kuat. 213 00:28:02,263 --> 00:28:03,932 Ia menggigit balik. 214 00:28:32,001 --> 00:28:34,254 Keterujaan memanggil yang lain. 215 00:28:56,901 --> 00:28:59,946 Salah satu tugas silverback dominan 216 00:29:00,029 --> 00:29:03,324 adalah untuk membawa kumpulan ke tempat makan yang bagus… 217 00:29:13,418 --> 00:29:17,547 dan yang lebih penting, untuk menyatukan kumpulan. 218 00:29:25,805 --> 00:29:29,476 Pengaruh Ubwuzu semakin meluas. 219 00:29:41,863 --> 00:29:45,575 Silverback berkomunikasi dengan cara yang rumit… 220 00:29:47,702 --> 00:29:50,914 dan bahasa gerak-geri memainkan peranan penting. 221 00:30:03,551 --> 00:30:06,513 Tempat kita duduk dan cara kita bergerak 222 00:30:06,596 --> 00:30:08,014 menggambarkan segalanya. 223 00:30:19,317 --> 00:30:22,862 Ubwuzu mencabar Gicurasi 224 00:30:22,946 --> 00:30:25,740 dengan bergerak terus ke arahnya. 225 00:30:27,742 --> 00:30:31,788 Sebagai ketua kumpulan, Gicurasi sepatutnya mencabarnya. 226 00:30:33,498 --> 00:30:35,208 Namun, ia berdiam sahaja. 227 00:30:39,546 --> 00:30:42,090 Teta sedang memerhati. 228 00:30:49,722 --> 00:30:54,435 Konfrontasi antara silverback boleh meningkat dengan cepat. 229 00:30:58,773 --> 00:31:01,526 Ubwuzu menyerang. 230 00:31:15,999 --> 00:31:20,044 Silverback bersaiz dua kali lebih besar daripada lelaki dewasa. 231 00:31:25,133 --> 00:31:27,427 Ia jauh lebih kuat. 232 00:31:35,476 --> 00:31:37,729 Pergaduhan boleh menyebabkan kematian. 233 00:32:03,129 --> 00:32:06,049 Ubwuzu muncul tanpa tercedera. 234 00:32:15,224 --> 00:32:17,769 Namun, tiada tanda-tanda Gicurasi. 235 00:32:40,541 --> 00:32:43,252 Gicurasi terselamat daripada pergaduhan itu. 236 00:32:45,129 --> 00:32:47,048 Namun, ia dipukul teruk. 237 00:32:48,299 --> 00:32:52,220 Didominasi oleh gorila jantan muda di hadapan seluruh kumpulan. 238 00:33:05,358 --> 00:33:07,318 Sebagai gorila betina dominan, 239 00:33:07,402 --> 00:33:11,364 Teta mesti tunjukkan kepada kumpulan pihak yang ia sokong. 240 00:33:20,748 --> 00:33:23,418 Ia pergi dengan gorila jantan yang tua itu. 241 00:33:26,879 --> 00:33:28,840 Maka, kumpulan itu ikut. 242 00:33:32,802 --> 00:33:35,304 Setelah memimpin kumpulan selama lima tahun, 243 00:33:35,388 --> 00:33:38,558 Gicurasi telah mendapat kesetiaan ahlinya. 244 00:33:44,856 --> 00:33:47,775 Ubwuzu telah ditolak. 245 00:33:54,532 --> 00:33:58,286 Bukan semua silverback ada kebolehan untuk memimpin. 246 00:33:59,954 --> 00:34:03,958 Berjaya atau gagal bergantung pada perwatakan. 247 00:34:10,089 --> 00:34:13,051 Saya cuma kenal Pablo ketika ia berusia tiga tahun. 248 00:34:13,551 --> 00:34:17,930 Tapi memang jelas ia ada perwatakan unik, sejak dulu. 249 00:34:19,557 --> 00:34:22,852 Setelah dipelihara dan dibesarkan oleh silverback yang kuat, 250 00:34:23,436 --> 00:34:25,480 pada usia 18 tahun, 251 00:34:25,563 --> 00:34:27,815 ia sedia memimpin sendiri. 252 00:34:29,317 --> 00:34:33,696 BERUMUR 18 TAHUN 253 00:34:33,780 --> 00:34:37,992 Ia berpecah untuk membentuk kumpulannya sendiri, kumpulan Pablo. 254 00:34:42,830 --> 00:34:47,251 Namun, Pablo pemimpin yang luar biasa. 255 00:34:47,335 --> 00:34:50,004 Apabila ia dicabar oleh silverback lawan 256 00:34:50,088 --> 00:34:51,798 daripada kumpulannya sendiri, 257 00:34:51,881 --> 00:34:53,174 daripada bergaduh, 258 00:34:53,674 --> 00:34:55,468 Pablo ambil peluang itu 259 00:34:55,551 --> 00:34:58,096 untuk membentuk pakatan yang kuat dengannya. 260 00:34:59,347 --> 00:35:03,518 Dengan menggantikan keagresifan dengan kerjasama, 261 00:35:03,601 --> 00:35:08,022 sesama sendiri, kumpulan itu menjadi semakin kuat. 262 00:35:10,483 --> 00:35:14,403 Pada kemuncak kejayaannya, kumpulan Pablo berjumlah 65 ekor, 263 00:35:14,487 --> 00:35:17,073 kumpulan gorila gunung terbesar yang pernah diketahui. 264 00:35:38,845 --> 00:35:39,971 Dalam kumpulan itu, 265 00:35:40,054 --> 00:35:44,892 ada seekor gorila jantan muda yang akan menjadi ketua suatu hari nanti. 266 00:35:47,103 --> 00:35:48,437 Gicurasi. 267 00:35:59,282 --> 00:36:03,578 Tapi sekarang, penguasaan Gicurasi sedang dicabar. 268 00:36:05,496 --> 00:36:08,374 Persoalannya, adakah ia akan melawan? 269 00:36:08,875 --> 00:36:12,336 Atau bolehkah ia belajar bekerjasama dengan Ubwuzu? 270 00:36:36,819 --> 00:36:39,822 Walaupun menang melawan Gicurasi, 271 00:36:39,906 --> 00:36:42,617 Ubwuzu masih belum diterima 272 00:36:42,700 --> 00:36:45,244 sebagai ketua oleh ahli kumpulan yang lain. 273 00:36:48,164 --> 00:36:49,415 Atau Teta. 274 00:36:50,666 --> 00:36:53,544 Tanpa sokongan gorila betina dominan, 275 00:36:54,378 --> 00:36:57,465 Ubwuzu mungkin takkan mendapat sokongan kumpulan itu. 276 00:37:42,260 --> 00:37:45,513 Namun, kesetiaan Teta mungkin sedang berubah. 277 00:37:50,810 --> 00:37:55,314 Dengan meninggalkan pihak Gicurasi dan menyertai Ubwuzu, 278 00:37:57,566 --> 00:38:01,529 ia memberikan sokongan kepada gorila jantan muda itu. 279 00:38:20,548 --> 00:38:23,968 Maka, Gicurasi berundur. 280 00:38:57,960 --> 00:39:02,757 Ubwuzu kini ketua kumpulan Pablo. 281 00:39:03,716 --> 00:39:05,760 Namun, ini baru permulaan. 282 00:39:08,220 --> 00:39:10,848 Mengambil alih tampuk kepimpinan itu satu perkara. 283 00:39:12,892 --> 00:39:14,518 Kekal di puncak 284 00:39:14,602 --> 00:39:18,522 dan memastikan semua ahli selamat itu perkara lain. 285 00:39:50,971 --> 00:39:53,933 Ada ketibaan baharu dalam kumpulan ini, 286 00:39:55,101 --> 00:39:59,105 pendatang betina dari seberang gunung. 287 00:40:02,525 --> 00:40:05,528 Inyange meninggalkan kumpulan tempat ia dilahirkan… 288 00:40:05,611 --> 00:40:06,445 6 TAHUN 289 00:40:06,529 --> 00:40:11,200 …dan menyertai kumpulan Pablo agar ia boleh membina keluarga sendiri. 290 00:40:14,036 --> 00:40:18,082 Langkah yang sukar, tapi didorong oleh naluri. 291 00:40:18,165 --> 00:40:20,709 Ia mengelakkan pembiakan dalam. 292 00:40:23,212 --> 00:40:26,465 Ia perlu membentuk hubungannya sendiri di sini, 293 00:40:26,966 --> 00:40:29,969 tapi ia masih dianggap pendatang asing oleh kumpulan Pablo 294 00:40:31,846 --> 00:40:33,806 dan harus berhati-hati. 295 00:41:19,727 --> 00:41:22,980 Ubwuzu dan Gicurasi sedang menyesuaikan diri 296 00:41:23,063 --> 00:41:24,982 dengan hubungan baharunya. 297 00:41:28,194 --> 00:41:30,779 Memandangkan Ubwuzu kini berkuasa, 298 00:41:30,863 --> 00:41:33,824 ia perlu belajar mengawal sikap agresifnya. 299 00:41:34,909 --> 00:41:39,288 Gicurasi pula perlu belajar menghormati kuasanya. 300 00:41:45,336 --> 00:41:47,171 Hubungan masih tegang, 301 00:41:48,088 --> 00:41:53,093 tapi bahasa gerak-gerinya menunjukkan satu tahap kerjasama mungkin berkembang, 302 00:41:54,470 --> 00:41:57,640 yang membuatkan ahli kumpulan lain tenang. 303 00:42:44,478 --> 00:42:48,107 Ketika semuanya tidur, 304 00:42:50,985 --> 00:42:53,821 semangat kebersamaan dan kepunyaan yang tinggi 305 00:42:53,904 --> 00:42:58,909 dizahirkan dalam rantaian sentuhan fizikal yang lembut. 306 00:43:03,205 --> 00:43:09,336 Ikatan sebuah keluarga gorila yang intim dan cukup jelas. 307 00:43:18,929 --> 00:43:23,726 Ahli-ahli kumpulan yang lebih muda tidak akan berehat lama. 308 00:43:33,652 --> 00:43:36,238 Ubi juga sudah terjaga. 309 00:43:46,248 --> 00:43:49,960 Ia meninggalkan ibunya untuk meneroka. 310 00:44:02,473 --> 00:44:06,810 Imfura sedang pulih daripada dipukul lagi. 311 00:44:20,532 --> 00:44:25,537 Ia sudah hilang hampir semua hubungan bermakna dengan kumpulan itu. 312 00:44:28,540 --> 00:44:33,712 Nampaknya Ubi satu-satunya kawan Imfura yang tinggal. 313 00:44:48,686 --> 00:44:51,438 Namun, ada sesuatu yang tak kena. 314 00:45:15,462 --> 00:45:18,215 Ibu Ubi ada berdekatan. 315 00:45:34,606 --> 00:45:38,110 Nampaknya ia mahu memberitahu Imfura sesuatu. 316 00:45:38,819 --> 00:45:41,947 "Jauhi anak saya." 317 00:46:00,799 --> 00:46:04,845 Semuanya tidak menghiraukan Imfura. 318 00:46:35,375 --> 00:46:38,378 Inyange, gorila betina yang baru tiba, 319 00:46:38,462 --> 00:46:41,423 telah memerhatikan kumpulan itu buat seketika. 320 00:46:42,341 --> 00:46:43,967 Terutamanya Teta. 321 00:46:46,720 --> 00:46:52,267 Sebagai betina dominan, hubungan ini mungkin sangat penting bagi Inyange. 322 00:47:04,571 --> 00:47:08,826 Jika Teta membenarkan Inyange merapati keluarganya, 323 00:47:08,909 --> 00:47:12,204 ia akan menjadi isyarat buat ahli kumpulan yang lain. 324 00:47:22,548 --> 00:47:25,634 Teta nampaknya mengalu-alukannya. 325 00:47:29,972 --> 00:47:33,350 Malah, ia mempercayai Inyange untuk memegang bayinya. 326 00:47:37,729 --> 00:47:40,440 Gorila betina muda bertindak begini mengikut naluri. 327 00:47:40,524 --> 00:47:43,235 Ia mempersiapkan diri untuk menjadi ibu. 328 00:47:54,246 --> 00:47:57,541 Ketibaan Inyange satu petanda positif 329 00:47:57,624 --> 00:48:01,670 untuk kumpulan Pablo dan Ubwuzu. 330 00:48:05,674 --> 00:48:08,886 Keluarga gorila selalu ingin berkembang. 331 00:48:10,387 --> 00:48:12,389 Ada kekuatan dalam jumlah yang besar. 332 00:48:27,571 --> 00:48:31,783 Inyange tiba pada masa yang tepat. 333 00:48:34,286 --> 00:48:37,331 Ubwuzu, setelah mengambil alih sebagai ketua, 334 00:48:37,414 --> 00:48:39,958 ingin memiliki anak sendiri. 335 00:49:06,401 --> 00:49:08,737 Dengan ketibaan gorila-gorila betina baharu… 336 00:49:10,948 --> 00:49:13,450 dan harap-harap, bayi-bayi baharu, 337 00:49:15,410 --> 00:49:17,245 kumpulan ini mungkin akan berkembang 338 00:49:17,329 --> 00:49:21,375 dan menjadi lebih berkuasa di bawah kepimpinan Ubwuzu. 339 00:49:53,323 --> 00:49:57,202 Imfura telah diasingkan daripada kehidupan berkumpulan 340 00:49:57,285 --> 00:49:58,620 selama berbulan-bulan. 341 00:50:12,300 --> 00:50:16,847 Sekarang ia menuruni gunung sendirian. 342 00:50:23,854 --> 00:50:28,191 Sebuah tembok menandakan had hutan gorila. 343 00:50:36,616 --> 00:50:40,454 Imfura sudah tiba di hujung dunia gorila. 344 00:51:07,731 --> 00:51:11,443 Ia memasuki dunia manusia. 345 00:51:16,656 --> 00:51:19,868 Orang sudah tinggal di sini selama beribu tahun. 346 00:51:23,413 --> 00:51:26,541 Mereka juga bergantung pada tanah. 347 00:52:06,331 --> 00:52:09,126 Hubungan antara manusia dengan gorila 348 00:52:09,209 --> 00:52:11,169 sentiasa sukar. 349 00:52:11,670 --> 00:52:14,381 Semasa saya di Rwanda hampir 50 tahun lalu, 350 00:52:14,464 --> 00:52:19,427 pemburuan haram telah menjadikan populasi gorila hampir pupus. 351 00:52:19,511 --> 00:52:24,766 Hanya ada 250 gorila yang tinggal di Pergunungan Virunga. 352 00:52:31,064 --> 00:52:33,817 Mungkin tiada lagi gorila gunung sekarang 353 00:52:33,900 --> 00:52:36,570 jika bukan kerana Dian Fossey. 354 00:52:44,744 --> 00:52:49,958 Apabila pemburu haram mula membunuh gorila yang dia kenal dan sayang… 355 00:52:50,792 --> 00:52:51,626 PAK CIK BERT 356 00:52:51,710 --> 00:52:54,045 …dia mengabdikan hidupnya untuk melindunginya… 357 00:52:56,339 --> 00:52:57,966 dengan apa-apa cara sekalipun. 358 00:53:03,471 --> 00:53:06,349 TIADA SESIAPA LEBIH CINTA AKAN GORILA BERSEMADI DENGAN TENANG 359 00:53:06,433 --> 00:53:07,851 Walaupun selepas kematian dia, 360 00:53:07,934 --> 00:53:11,188 kajian perintisnya tentang gorila bersambung. 361 00:53:13,857 --> 00:53:15,192 Selama bertahun-tahun, 362 00:53:15,275 --> 00:53:18,737 ramai yang terdorong untuk melindungi gorila 363 00:53:20,197 --> 00:53:23,658 di Rwanda dan di luar. 364 00:53:26,119 --> 00:53:30,498 Cubaan untuk memuliharanya menjadi semakin berjaya. 365 00:53:39,633 --> 00:53:44,012 Hari ini, populasi gorila Rwanda telah pulih. 366 00:53:49,726 --> 00:53:52,646 Namun, sementara populasinya berkembang, 367 00:53:54,105 --> 00:53:56,233 pergunungan itu tetap sama. 368 00:54:07,244 --> 00:54:09,746 Apakah maksudnya bagi Imfura? 369 00:54:13,875 --> 00:54:15,919 Ke mana ia akan pergi? 370 00:54:20,590 --> 00:54:23,802 Banyak gorila tinggal di ruang yang sama. 371 00:54:24,302 --> 00:54:30,100 Ia mengubah tingkah lakunya dan hubungan antara satu sama lain. 372 00:54:35,230 --> 00:54:39,359 Imfura tidak dialu-alukan dalam kumpulan Pablo. 373 00:54:42,237 --> 00:54:44,197 Ia sudah mendaki gunung 374 00:54:45,615 --> 00:54:47,909 dan juga menuruninya. 375 00:54:51,955 --> 00:54:54,499 Ia tiada pilihan. 376 00:55:06,803 --> 00:55:11,224 Ia mungkin ditakdirkan menjadi silverback tunggal, 377 00:55:12,225 --> 00:55:15,895 haiwan yang paling sukar dijangka di gunung itu. 378 00:55:52,307 --> 00:55:56,144 Ubwuzu kini berada di puncak. 379 00:55:58,730 --> 00:56:02,609 Kumpulan ini stabil. Ia juga berkembang. 380 00:56:06,237 --> 00:56:08,948 Terdapat dua bayi baharu… 381 00:56:12,786 --> 00:56:15,288 salah satu daripadanya ialah anak Inyange. 382 00:56:17,207 --> 00:56:20,293 Anak pertama Ubwuzu sebagai ketua. 383 00:56:25,924 --> 00:56:29,636 Gorila yang baru lahir bergantung sepenuhnya pada ibunya. 384 00:56:31,513 --> 00:56:35,642 Ibu gorila pula setia pada bayinya. 385 00:56:39,479 --> 00:56:43,566 Ia tidak berenggang selama beberapa bulan pertama kehidupan. 386 00:56:56,371 --> 00:56:59,499 Inyange menjadi ibu buat kali pertama 387 00:56:59,582 --> 00:57:02,460 dan rasa gementar itu sememangnya wajar. 388 00:57:11,386 --> 00:57:14,722 Ubwuzu memerhatikannya, 389 00:57:15,598 --> 00:57:18,351 dan ia melindunginya dengan baik. 390 00:57:25,525 --> 00:57:27,986 Namun, sebagai silverback dominan, 391 00:57:28,069 --> 00:57:31,531 Ubwuzu tidak boleh menjaga Inyange sahaja. 392 00:57:33,032 --> 00:57:36,744 Ada betina lain yang mahukan perhatiannya. 393 00:57:46,546 --> 00:57:50,216 Peragaan ini ialah undangan untuk mengawan. 394 00:58:06,483 --> 00:58:08,234 Ubwuzu menerima 395 00:58:09,777 --> 00:58:13,156 dan membiarkan kumpulan itu terdedah kepada bahaya. 396 00:58:52,654 --> 00:58:55,365 Semasa Ubwuzu terganggu, 397 00:58:55,448 --> 00:58:58,076 sesuatu yang dahsyat telah berlaku. 398 00:59:15,552 --> 00:59:19,264 Bayi Inyange telah dibunuh. 399 00:59:27,313 --> 00:59:32,277 Kecederaannya menunjukkan bahawa seekor gorila pelakunya. 400 01:00:12,442 --> 01:00:16,362 Gorila betina lain dalam kumpulan mengelilinginya. 401 01:00:29,208 --> 01:00:33,254 Hanya Inyange tahu apa yang berlaku… 402 01:00:36,549 --> 01:00:38,718 dan pelakunya. 403 01:00:43,806 --> 01:00:46,601 Ia mungkin baru tiba dalam kumpulan, 404 01:00:47,185 --> 01:00:50,897 tapi pemergian anaknya telah membuatkan semua ahli terkesan. 405 01:01:11,334 --> 01:01:14,295 Inyange membawa diri. 406 01:01:17,840 --> 01:01:20,259 Namun, sekurang-kurangnya ia tidak bersendirian. 407 01:01:24,806 --> 01:01:27,517 Ubwuzu ialah ayah bayi itu. 408 01:01:30,645 --> 01:01:34,148 Namun, ia gagal mempertahankan Inyange dan bayinya. 409 01:02:05,346 --> 01:02:10,351 Sudah empat hari berlalu sejak bayi Inyange dibunuh. 410 01:02:12,186 --> 01:02:14,731 Kehilangan bayi dengan cara ini 411 01:02:14,814 --> 01:02:18,359 boleh menyebabkan kumpulan itu hilang keyakinan terhadap ketuanya. 412 01:02:20,194 --> 01:02:22,905 Malah, ia mungkin memecahkan kumpulan. 413 01:02:30,788 --> 01:02:34,500 Namun, buat masa sekarang, kumpulan itu mengerumuni Ubwuzu. 414 01:02:36,127 --> 01:02:39,380 Inyange berada di sisinya. 415 01:02:49,932 --> 01:02:52,351 Ada sesuatu yang menggerunkannya. 416 01:02:59,400 --> 01:03:01,861 Imfura telah kembali. 417 01:03:04,781 --> 01:03:08,910 Reaksinya memberitahu Ubwuzu segala-galanya yang ia perlu tahu. 418 01:03:09,410 --> 01:03:13,164 Imfura bunuh bayi Inyange. 419 01:03:16,501 --> 01:03:19,295 Sekarang ia ancaman terhadap seluruh kumpulan. 420 01:03:27,345 --> 01:03:29,013 Ubwuzu menyerang. 421 01:03:40,566 --> 01:03:43,986 Namun, sekarang Imfura jauh lebih kuat. 422 01:03:50,701 --> 01:03:52,495 Gicurasi turut menyerang. 423 01:04:14,100 --> 01:04:15,893 Imfura terlepas. 424 01:04:22,942 --> 01:04:24,735 Namun, ia tidak pergi jauh. 425 01:04:30,491 --> 01:04:32,034 Sepanjang tahun lepas, 426 01:04:32,118 --> 01:04:34,745 sementara ia diasingkan daripada kehidupan berkumpulan, 427 01:04:35,830 --> 01:04:38,332 ia tidak pernah meninggalkannya sepenuhnya. 428 01:04:44,380 --> 01:04:47,425 Namun, sekarang ia sudah melampaui batas. 429 01:04:49,719 --> 01:04:53,097 Ia bunuh ahli keluarganya sendiri. 430 01:05:04,066 --> 01:05:07,904 Kumpulan itu berkumpul di sekeliling ketuanya, Ubwuzu. 431 01:05:20,917 --> 01:05:24,462 Sekarang, ia mengetuai kumpulan dalam satu misi. 432 01:05:42,855 --> 01:05:46,317 Imfura sedang mendaki gunung. 433 01:05:47,026 --> 01:05:49,028 Namun, ia tidak bersendirian. 434 01:05:51,113 --> 01:05:53,324 Ubwuzu menyusul di belakang, 435 01:05:54,158 --> 01:05:57,662 dengan Teta dan Gicurasi di sisinya. 436 01:06:12,176 --> 01:06:15,721 Ia menghalau Imfura keluar. 437 01:06:36,033 --> 01:06:41,539 Imfura menyeberangi lembah sebelah sendirian. 438 01:06:58,514 --> 01:07:01,726 Mungkin takdirnya memang di sini. 439 01:07:03,853 --> 01:07:08,607 Atau mungkin ia tidak tahan lagi dipukul. 440 01:07:21,704 --> 01:07:25,166 Imfura mungkin akan merayau-rayau di pergunungan ini sendirian 441 01:07:25,249 --> 01:07:26,459 selama bertahun-tahun. 442 01:07:28,586 --> 01:07:32,548 Atau mungkin ia akan menemukan keluarganya sendiri suatu hari nanti. 443 01:07:35,009 --> 01:07:36,719 Hanya masa penentunya. 444 01:08:10,127 --> 01:08:13,089 Ada sekurang-kurangnya satu ahli kumpulan 445 01:08:13,172 --> 01:08:15,382 yang akan merindui Imfura. 446 01:08:19,637 --> 01:08:25,518 Ubi mungkin terlalu muda untuk faham peristiwa yang berlaku di sini. 447 01:08:27,937 --> 01:08:30,856 Namun, Imfura sahabatnya. 448 01:08:31,982 --> 01:08:35,236 Sekarang sahabatnya sudah pergi. 449 01:08:51,252 --> 01:08:56,132 Namun, Ubi, sama seperti Pablo, mudah menyesuaikan diri. 450 01:08:57,341 --> 01:09:01,720 Ia nampak bersungguh-sungguh untuk mencari kawan dewasa baharu. 451 01:09:08,018 --> 01:09:09,103 Ubwuzu. 452 01:09:22,950 --> 01:09:26,120 Tahun ini cukup mencabar buat Ubwuzu, 453 01:09:26,787 --> 01:09:29,165 tapi ia semakin mantap sebagai pemimpin. 454 01:09:33,460 --> 01:09:38,632 Mungkin persahabatan dengan Ubi yang ia perlukan dalam hidupnya sekarang. 455 01:10:02,823 --> 01:10:06,243 Gicurasi tidak lagi berkuasa di sini, 456 01:10:06,744 --> 01:10:08,996 tapi ia mengisi peranan baharu 457 01:10:09,079 --> 01:10:12,750 dengan menyokong silverback yang lebih muda dan kuat. 458 01:10:14,710 --> 01:10:19,423 Ilmunya luas, dan ia akan membantu Ubwuzu. 459 01:10:22,051 --> 01:10:26,180 Peranan ini mungkin yang paling penting dalam hidupnya. 460 01:10:36,190 --> 01:10:42,071 Teta telah memainkan peranan penting dalam menyokong peralihan kepimpinan. 461 01:10:42,988 --> 01:10:45,908 Hidupnya dan keluarganya baik-baik saja. 462 01:10:49,411 --> 01:10:52,790 Anaknya sudah hampir dua tahun. 463 01:10:56,126 --> 01:10:58,671 Ia berkembang dari segi kekuatan, 464 01:10:59,880 --> 01:11:01,423 serta perwatakan. 465 01:11:20,901 --> 01:11:23,570 Inyange menghadapi kesukaran. 466 01:11:24,321 --> 01:11:26,365 Ia kehilangan anak pertamanya. 467 01:11:26,448 --> 01:11:31,787 Kita hanya boleh bayangkan bahawa hal ini akan memberinya kesan yang berkekalan. 468 01:11:33,580 --> 01:11:38,127 Namun, sekarang ia ahli kumpulan Pablo yang mapan… 469 01:11:42,423 --> 01:11:47,469 dan sebahagian daripada sesuatu yang penting dalam kehidupan gorila. 470 01:11:53,309 --> 01:11:54,476 Keluarga. 471 01:12:04,486 --> 01:12:08,073 Kumpulan Pablo bukan keluarga yang sempurna. 472 01:12:09,825 --> 01:12:11,535 Tiada keluarga yang sempurna. 473 01:12:16,999 --> 01:12:21,503 Namun, kumpulan itu tetap bersama mengharungi masa yang sukar. 474 01:12:27,926 --> 01:12:32,056 Sekarang keadaan semakin baik untuk kumpulan Pablo… 475 01:12:36,018 --> 01:12:39,646 Malah, untuk spesies ini secara keseluruhan. 476 01:12:47,696 --> 01:12:51,492 Hari ini ada lebih 600 gorila gunung 477 01:12:51,575 --> 01:12:53,952 di Pergunungan Virunga. 478 01:12:54,620 --> 01:12:59,750 Populasinya meningkat dua kali ganda sejak saya di sana hampir 50 tahun lalu. 479 01:13:12,721 --> 01:13:16,350 Ia salah satu kisah kejayaan pemuliharaan terhebat 480 01:13:16,433 --> 01:13:17,643 yang saya saksikan. 481 01:13:22,356 --> 01:13:25,234 Mungkin ia disebabkan hubungan yang mendalam 482 01:13:25,317 --> 01:13:28,028 yang orang rasa terhadap gorila. 483 01:13:28,987 --> 01:13:33,534 Hubungan yang kekal dengan saya seumur hidup saya. 484 01:13:37,704 --> 01:13:42,209 Semuanya bermula dengan seekor gorila kecil yang istimewa. 485 01:13:47,464 --> 01:13:49,842 Walaupun permulaan hidupnya sukar, 486 01:13:50,717 --> 01:13:54,805 Pablo menjadi pemimpin yang kuat dan berkarisma. 487 01:14:00,227 --> 01:14:05,274 Ia tetap setia pada keluarganya sehingga akhirnya. 488 01:14:11,488 --> 01:14:15,617 Rakaman ini antara rakaman terakhir Pablo. 489 01:14:17,911 --> 01:14:20,038 Pada usia 33 tahun, 490 01:14:20,122 --> 01:14:23,417 semasa mempertahankan kumpulannya daripada gorila lawan, 491 01:14:23,917 --> 01:14:26,837 silverback yang hebat ini terbunuh. 492 01:14:30,340 --> 01:14:32,801 Saya takkan lupakannya… 493 01:14:36,013 --> 01:14:38,974 atau kesannya terhadap saya. 494 01:14:43,520 --> 01:14:45,105 Kata-kata yang saya gunakan ialah, 495 01:14:45,189 --> 01:14:49,776 "Ada lebih banyak makna dalam bertukar pandangan dengan gorila 496 01:14:49,860 --> 01:14:52,404 daripada haiwan lain yang saya kenal." 497 01:14:53,030 --> 01:14:54,573 Saya berpegang padanya. 498 01:14:55,073 --> 01:14:56,617 Saya rasa ia betul. 499 01:16:34,339 --> 01:16:37,009 Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi