1 00:00:16,792 --> 00:00:22,792 STAR WARS VISIONS MEMPERSEMBAHKAN 2 00:00:30,208 --> 00:00:34,667 {\an8}Episod 8: JEDI KESEMBILAN 3 00:02:19,625 --> 00:02:21,625 Pergi dapatkan kristal! 4 00:02:36,250 --> 00:02:39,125 Kalau begini, kita takkan sempat. 5 00:02:40,083 --> 00:02:41,083 Ikut sini! 6 00:02:47,292 --> 00:02:48,292 Apa kita boleh buat? 7 00:02:51,833 --> 00:02:53,791 Pemasangan kristal dah selesai, 8 00:02:53,792 --> 00:02:58,667 dan penentukuran akhir meriam sedang dijalankan. 9 00:03:23,042 --> 00:03:25,832 Semua orang sasarkan bahagian tengah meriam kyber. 10 00:03:25,833 --> 00:03:28,750 Cepat, jangan bazir masa lagi! 11 00:03:31,250 --> 00:03:33,791 Jangan biarkan mereka mendekati kubu. 12 00:03:33,792 --> 00:03:35,917 Musnahkan batu-batu itu! 13 00:03:46,208 --> 00:03:48,125 Awak takkan dapat halang kami! 14 00:04:21,125 --> 00:04:24,832 Terlalu banyak serangan balas, kita tak boleh pergi lebih dekat. 15 00:04:24,833 --> 00:04:28,249 Kara, Ethan, apa situasi kamu? 16 00:04:28,250 --> 00:04:30,041 Boleh kamu musnahkan meriam itu? 17 00:04:30,042 --> 00:04:33,917 Ethan, Ethan! Awak dengar tak? 18 00:04:34,708 --> 00:04:36,082 Ya, saya terima. 19 00:04:36,083 --> 00:04:39,041 Berita buruk. Kami belum sampai ke pusat kawalan. 20 00:04:39,042 --> 00:04:40,624 Teruskan usaha. 21 00:04:40,625 --> 00:04:43,124 Kami tetap akan serang turet itu. 22 00:04:43,125 --> 00:04:45,457 Kwana, tumpukan serangan awak pada unit kuasa! 23 00:04:45,458 --> 00:04:47,749 Apa? Tunggu. Jika kita buat begitu… 24 00:04:47,750 --> 00:04:49,666 Jika mereka terhempas ke Hy Izlan, 25 00:04:49,667 --> 00:04:51,999 ia akan melumpuhkan meriam dan beri kita masa, bukan? 26 00:04:52,000 --> 00:04:54,666 Itu mungkin berkesan secara teori, bagaimana dengan awak? 27 00:04:54,667 --> 00:04:56,249 Tak perlu risau tentang kami. 28 00:04:56,250 --> 00:04:57,583 Kami akan cari jalan nanti! 29 00:04:58,875 --> 00:05:00,541 Four-Nines, bawa kita keluar dari sini. 30 00:05:00,542 --> 00:05:02,750 Guna autopilot untuk kawal kapal dari jauh. 31 00:05:06,542 --> 00:05:09,458 Saya pasti Kara boleh uruskannya, 32 00:05:14,375 --> 00:05:16,041 Baiklah, semua. 33 00:05:16,042 --> 00:05:17,916 Sasaran kita telah bertukar. 34 00:05:17,917 --> 00:05:19,249 Ledakkan enjin, 35 00:05:19,250 --> 00:05:22,624 kita akan hancurkan seluruh timbunan besi buruk terapung itu. 36 00:05:22,625 --> 00:05:23,874 - Diterima! - Diterima! 37 00:05:23,875 --> 00:05:24,875 Ya. Diterima. 38 00:05:56,875 --> 00:05:59,250 Kami dah buat segalanya yang boleh, Kara! 39 00:05:59,958 --> 00:06:00,958 Kara! 40 00:06:02,208 --> 00:06:04,208 Selebihnya terpulang kepada awak. 41 00:06:32,958 --> 00:06:35,749 Bukankah awak kata awak akan cari jalan? 42 00:06:35,750 --> 00:06:36,833 Saya sedang usahakannya. 43 00:06:48,417 --> 00:06:50,500 Kuasa Force sangat kuat dalam dirinya. 44 00:07:05,708 --> 00:07:07,332 Kerosakan pada enjin utama. 45 00:07:07,333 --> 00:07:09,708 Pendaratan kecemasan di Hy Izlan dimulakan. 46 00:07:10,542 --> 00:07:13,917 Alihkan kuasa ke pendorong kawalan. 47 00:07:20,042 --> 00:07:21,667 Penurunan diteruskan. 48 00:07:45,167 --> 00:07:47,416 Baiklah, kita mungkin terselamat, 49 00:07:47,417 --> 00:07:49,666 tapi kerosakan itu tak seteruk yang diharapkan. 50 00:07:49,667 --> 00:07:50,667 Nawaam… 51 00:07:56,917 --> 00:07:58,667 Ada sebarang kerosakan pada meriam kyber? 52 00:07:59,625 --> 00:08:01,458 Tiada kerosakan fungsi dikesan. 53 00:08:02,375 --> 00:08:05,582 Kita akan tembak sebaik saja persiapan selesai. 54 00:08:05,583 --> 00:08:08,999 Kita akan gunakannya untuk musnahkan armada pertahanan mereka. 55 00:08:09,000 --> 00:08:12,082 Pasukan kita berada dalam kawasan tembakan. 56 00:08:12,083 --> 00:08:13,874 Itu tak penting. 57 00:08:13,875 --> 00:08:15,041 Faham. 58 00:08:15,042 --> 00:08:16,291 Bersedia untuk menembak. 59 00:08:16,292 --> 00:08:17,958 Pengecas meriam kyber bermula. 60 00:08:22,875 --> 00:08:24,416 Bersedia untuk menembak. 61 00:08:24,417 --> 00:08:26,499 Pengecas meriam kyber bermula. 62 00:08:26,500 --> 00:08:27,916 Bersedia untuk menembak… 63 00:08:27,917 --> 00:08:30,582 Dengar sini. Lord Dunbai, Lady Tafflah. 64 00:08:30,583 --> 00:08:32,999 Mereka sudah bersedia untuk tembak meriam itu. 65 00:08:33,000 --> 00:08:34,874 Bawa semua kapal kamu sejauh mungkin. 66 00:08:34,875 --> 00:08:36,666 Itu bukan satu pilihan. 67 00:08:36,667 --> 00:08:38,124 Senjata itu terlalu membinasakan. 68 00:08:38,125 --> 00:08:41,166 Jika ia dilancarkan, seluruh galaksi ini akan hancur berderai. 69 00:08:41,167 --> 00:08:45,124 Saya tak mahu sejarah hitam yang menimpa Bibin berulang lagi. 70 00:08:45,125 --> 00:08:47,875 Kita akan selesaikan perhitungan ini, tak kira apa pun. 71 00:08:49,292 --> 00:08:51,583 Semua kapal, turun ke Hy Izlan! 72 00:09:00,375 --> 00:09:02,458 Nampaknya ia masih terpulang kepada kita. 73 00:09:11,500 --> 00:09:12,916 Status kristal Kyber. 74 00:09:12,917 --> 00:09:14,375 Sedang mengecas. 75 00:09:17,125 --> 00:09:20,082 Tetapan senjata selesai. Tentukur dan sejajarkan meriam kyber. 76 00:09:20,083 --> 00:09:21,250 Baiklah. 77 00:09:33,208 --> 00:09:35,583 Musnahkan semuanya! 78 00:09:56,625 --> 00:09:59,750 Pasukan musuh baru sahaja menceroboh bilik kawalan. 79 00:10:00,458 --> 00:10:02,541 Mereka memang gigih. 80 00:10:02,542 --> 00:10:03,749 Sebagai tanda hormat, 81 00:10:03,750 --> 00:10:06,625 biar saya sendiri tamatkan riwayat mereka. 82 00:10:25,667 --> 00:10:29,457 Jadi, awak pilih untuk kembali, Master Zhima? 83 00:10:29,458 --> 00:10:31,124 Saya tak boleh lepas tangan 84 00:10:31,125 --> 00:10:33,792 dan biarkan dosa-dosa jenayah awak menjadi lebih berat. 85 00:10:50,042 --> 00:10:51,332 Ada apa, Kara? 86 00:10:51,333 --> 00:10:54,208 Ayah saya dan Nawaam sedang bertempur sekarang. 87 00:11:09,708 --> 00:11:11,291 Awak tak nampak yang cara awak 88 00:11:11,292 --> 00:11:14,707 cuma untungkan penjenayah dan orang bodoh yang gila kuasa, 89 00:11:14,708 --> 00:11:17,166 sementara orang biasa yang baik terpaksa menderita? 90 00:11:17,167 --> 00:11:19,374 Mereka yang menentang berhak menderita. 91 00:11:19,375 --> 00:11:22,624 Saya dah kumpul cukup kuasa untuk buat setiap makhluk tunduk kepada saya. 92 00:11:22,625 --> 00:11:23,832 Awak salah. 93 00:11:23,833 --> 00:11:27,167 Awak tak boleh paksa kehendak awak atas orang lain dengan kekuatan saja. 94 00:11:29,875 --> 00:11:33,957 Baiklah, Master, saya tak perlukan awak lagi. 95 00:11:33,958 --> 00:11:37,708 Tiada apa yang boleh halang saya, termasuk awak. 96 00:11:39,125 --> 00:11:41,167 Tiada apa-apa yang boleh buat awak ubah fikiran? 97 00:12:03,417 --> 00:12:04,417 Kara! 98 00:12:05,417 --> 00:12:06,417 Ayah saya… 99 00:12:17,542 --> 00:12:19,708 Saya tak pernah mahu bertarung dengan awak. 100 00:12:21,042 --> 00:12:22,875 Maksudnya, awak sengaja menahan diri. 101 00:12:23,542 --> 00:12:25,458 Awak silap menilai kemampuan saya, bukan? 102 00:12:35,875 --> 00:12:39,000 Ya, awak guna lightsaber itu untuk bunuh master awak. 103 00:12:40,458 --> 00:12:44,583 Baiklah, tunjukkan kemampuan sebenar awak. 104 00:13:08,000 --> 00:13:09,625 Ada orang datang! 105 00:13:10,417 --> 00:13:11,417 Zhima? 106 00:13:35,375 --> 00:13:36,375 Nawaam… 107 00:13:40,000 --> 00:13:41,416 Biar saya teka. 108 00:13:41,417 --> 00:13:42,708 Kamu harapkan Zhima, bukan? 109 00:13:44,833 --> 00:13:45,833 Ayah… 110 00:13:48,125 --> 00:13:51,291 Saya takkan benarkan kamu musnahkan meriam kyber. 111 00:13:51,292 --> 00:13:53,999 Saya lebih rela bunuh kamu semua, seperti saya bunuh Zhima. 112 00:13:54,000 --> 00:13:56,375 Awak akan terima balasannya. 113 00:13:57,667 --> 00:14:00,833 Lightsaber awak pun berwarna perak. Menarik. 114 00:14:01,500 --> 00:14:02,500 Biar saya uruskan dia. 115 00:14:03,125 --> 00:14:04,874 Pergi dapatkan kristal itu. 116 00:14:04,875 --> 00:14:06,000 Kara! Tidak! 117 00:14:17,250 --> 00:14:19,333 Ethan, kita mesti tuju ke meriam itu. 118 00:14:58,250 --> 00:15:00,374 Kita tak boleh buat apa-apa untuk bantu dia. 119 00:15:00,375 --> 00:15:01,542 Semuanya terpulang pada dia. 120 00:15:03,458 --> 00:15:06,333 Tugas kita sekarang ialah memusnahkan meriam itu. 121 00:15:18,917 --> 00:15:21,374 Awak dah pandai kawal emosi awak. 122 00:15:21,375 --> 00:15:24,749 Malangnya, awak tetap tak boleh kalahkan saya. 123 00:15:24,750 --> 00:15:28,791 Awak tak bawa ketenteraman kepada galaksi dengan apa yang awak buat. 124 00:15:28,792 --> 00:15:29,875 Awak cuma menakluknya. 125 00:15:30,458 --> 00:15:31,916 Apa bezanya? 126 00:15:31,917 --> 00:15:35,499 Kalau awak memerintah dengan kekerasan, rakyat akan memberontak. 127 00:15:35,500 --> 00:15:39,166 Pemimpin yang memerintah tanpa belas kasihan akan disingkirkan. 128 00:15:39,167 --> 00:15:40,332 Itu mengarut. 129 00:15:40,333 --> 00:15:42,541 Sungguh menyedihkan. 130 00:15:42,542 --> 00:15:45,582 Awak cuma budak kecil, terbiar tanpa bimbingan. 131 00:15:45,583 --> 00:15:47,000 Terpaksa bawa diri untuk terus hidup. 132 00:15:48,042 --> 00:15:50,541 Awak nak kata awak kasihankan saya? 133 00:15:50,542 --> 00:15:51,542 Bukan begitu. 134 00:15:52,458 --> 00:15:55,124 Awak kata awak cuba kosongkan hati awak. 135 00:15:55,125 --> 00:15:58,416 Tapi dalam hati awak masih ada budak kecil itu. 136 00:15:58,417 --> 00:16:00,667 Itu bermakna hati awak tak betul-betul kosong. 137 00:16:02,583 --> 00:16:03,583 Berani awak? 138 00:16:11,167 --> 00:16:13,207 Tahap cas dah separuh penuh. 139 00:16:13,208 --> 00:16:16,250 Bagaimana dengan bekalan tenaga, boleh kita putuskannya? 140 00:16:18,292 --> 00:16:20,833 Kalau kita tak boleh godam sistem mereka, 141 00:16:22,083 --> 00:16:24,082 kita perlu musnahkan meriam itu secara fizikal. 142 00:16:24,083 --> 00:16:27,208 Bagaimana kita nak hancurkan benda sebesar itu? 143 00:16:28,250 --> 00:16:29,332 Baiklah. 144 00:16:29,333 --> 00:16:33,000 Kalau tak boleh rosakkan meriam, kita perlu musnahkan kristal kyber itu! 145 00:16:34,542 --> 00:16:37,874 Ini adalah kristal agung dan suci dari Hy Izlan 146 00:16:37,875 --> 00:16:39,917 yang Juro sendiri bersumpah untuk lindungi. 147 00:16:42,042 --> 00:16:43,958 Tapi kita tiada pilihan lain. 148 00:17:19,583 --> 00:17:23,374 Semasa ayah saya bunuh masternya, itu kerana dia tiada pilihan lain. 149 00:17:23,375 --> 00:17:28,041 Selepas itu, dia tinggalkan pedangnya, supaya dia tak hanyut ke sisi gelap itu. 150 00:17:28,042 --> 00:17:30,832 Jika awak berkeras untuk memerintah begini, 151 00:17:30,833 --> 00:17:33,249 lambat-laun, awak akan ditelan oleh sisi gelap. 152 00:17:33,250 --> 00:17:37,541 Konsep cahaya dan kegelapan hanya pemikiran lapuk yang tak berasas. 153 00:17:37,542 --> 00:17:42,208 Terikat dengan jurang itu takkan membawa kestabilan kepada galaksi. 154 00:17:48,792 --> 00:17:49,958 Langsung tiada kesan. 155 00:17:52,375 --> 00:17:53,375 Tak, tunggu! 156 00:18:17,042 --> 00:18:19,291 Awak lupa kita sedang sibuk sekarang? 157 00:18:19,292 --> 00:18:21,249 Awak tak nampak tadi? 158 00:18:21,250 --> 00:18:23,957 Awak tahu tak berapa ramai orang tak bersalah akan mati 159 00:18:23,958 --> 00:18:26,124 kalau awak tembak meriam itu sekali lagi? 160 00:18:26,125 --> 00:18:28,416 Inilah yang buatkan Jedi lemah. 161 00:18:28,417 --> 00:18:29,499 Keterbatasan mereka. 162 00:18:29,500 --> 00:18:33,457 Jangan biarkan empati mengganggu fokus pada matlamat awak, 163 00:18:33,458 --> 00:18:35,332 tak kira berapa ramai yang terpaksa jadi korban. 164 00:18:35,333 --> 00:18:36,708 Awak salah! 165 00:19:01,750 --> 00:19:03,167 Apa yang berlaku tadi? 166 00:19:05,125 --> 00:19:07,457 Apa yang saya dah buat? 167 00:19:07,458 --> 00:19:09,416 Saya dah belah dia. 168 00:19:09,417 --> 00:19:11,792 Tapi, dia masih hidup. 169 00:19:13,667 --> 00:19:15,667 Awak tak nak bunuh sesiapa lagi. 170 00:19:16,583 --> 00:19:17,583 Betul tak? 171 00:19:19,375 --> 00:19:20,750 Begitu rupanya… 172 00:19:30,958 --> 00:19:34,333 Jadi mengikut pengiraan awak, itu baru sebahagian kecil kuasa penuhnya? 173 00:19:37,125 --> 00:19:39,625 Kita perlu buat sesuatu tentang ini… cepat. 174 00:19:47,125 --> 00:19:50,292 - Apa? - Nampaknya kita tak boleh mendekatinya. 175 00:20:15,542 --> 00:20:16,542 Kurang ajar! 176 00:20:33,708 --> 00:20:35,750 Apa yang saya nampak ini? 177 00:21:30,917 --> 00:21:33,124 Bagaimana ini boleh berlaku? 178 00:21:33,125 --> 00:21:34,792 Bagaimana lightsaber awak jadi hijau? 179 00:21:36,125 --> 00:21:39,875 Awak sanggup tinggalkan fasa kekosongan demi jalan hidup Jedi? 180 00:21:41,125 --> 00:21:42,332 Awak tak nampakkah? 181 00:21:42,333 --> 00:21:44,832 Jedi sendiri tak mampu perjuangkan matlamat mereka! 182 00:21:44,833 --> 00:21:49,000 Lightsaber ini cuma bertindak balas pada apa yang ada dalam hati saya. 183 00:21:50,292 --> 00:21:53,667 Awak sanggup korbankan banyak nyawa demi visi awak. 184 00:21:55,042 --> 00:21:56,667 Itu kejahatan yang nyata. 185 00:21:57,375 --> 00:22:00,416 Kebaikan dan kejahatan akhirnya tiada beza. 186 00:22:00,417 --> 00:22:02,374 Dua-dua melengkapi satu entiti yang sama. 187 00:22:02,375 --> 00:22:04,792 Jika awak tak terima kedua-duanya, awak akan terus sesat. 188 00:22:14,833 --> 00:22:18,042 Lightsaber awak tunjukkan warna sebenar hati awak sekarang. 189 00:23:04,875 --> 00:23:05,875 Ayah… 190 00:23:45,667 --> 00:23:47,417 Kenapa saya belum mati? 191 00:23:48,792 --> 00:23:51,875 Tidak, nanti dulu. Saya dah mati sebenarnya. 192 00:24:10,000 --> 00:24:13,874 Dia guna Force untuk matikan bilah pedang itu. 193 00:24:13,875 --> 00:24:14,875 Mustahil. 194 00:24:16,625 --> 00:24:20,708 Kara dah sampai ke tahap yang jauh melebihi apa yang kita pernah capai. 195 00:24:23,792 --> 00:24:25,167 Saya telah dikalahkan. 196 00:24:37,625 --> 00:24:39,208 Pecahlah! 197 00:24:48,667 --> 00:24:50,250 Tembak. 198 00:25:33,333 --> 00:25:36,249 Meriam kyber telah dimusnahkan. 199 00:25:36,250 --> 00:25:38,458 Enjin kubu pun telah dimusnahkan. 200 00:25:39,417 --> 00:25:42,292 Sistem komunikasi akan dimatikan sebentar lagi. 201 00:25:43,958 --> 00:25:45,457 Apa yang berlaku? Mana Nawaam? 202 00:25:45,458 --> 00:25:47,833 Dipercayai telah mati di tangan Jedi. 203 00:26:15,958 --> 00:26:18,833 Kamu berjaya, Kara. Kamu dah berkembang sejauh ini. 204 00:26:20,583 --> 00:26:21,583 Ayah? 205 00:26:28,333 --> 00:26:31,500 Akhirnya, ternyata hatinya tak kosong seperti yang disangka. 206 00:26:35,542 --> 00:26:39,000 Hei, Kara! 207 00:28:33,042 --> 00:28:34,417 Diilhamkan STAR WARS ciptaan GEORGE LUCAS 208 00:30:14,958 --> 00:30:16,958 Diterjemahkan oleh Areefah Ezani