1
00:00:56,015 --> 00:00:59,310
SEMINGGU SEBELUM ACARA
ANUGERAH KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN
2
00:00:59,393 --> 00:01:02,104
Setiausaha Han, awak dah periksa
jadual perjalanan Tn. Yoon?
3
00:01:02,438 --> 00:01:04,190
Kita perlu beri kepada dia malam ini.
4
00:01:04,565 --> 00:01:08,360
Draf pelan pelaburan peralatan memori
dan hantar kepada saya hujung minggu ini.
5
00:01:10,696 --> 00:01:13,407
Dua orang yang minta
untuk sahkan pendapatan yang dikekalkan
6
00:01:13,491 --> 00:01:15,159
yang Tn. Yoon siasat ialah
7
00:01:15,910 --> 00:01:17,661
Pengarah Eksekutif Yoon Na-jung
8
00:01:17,745 --> 00:01:19,914
dan Ketua Setiausaha Na Man-seok.
9
00:01:34,261 --> 00:01:38,349
Selepas Setiausaha Han meninggal dunia,
mereka berdua datang berjumpa pengerusi.
10
00:01:40,434 --> 00:01:43,103
Okey. Saya letak dulu.
11
00:01:48,692 --> 00:01:50,986
Selepas Cik Yoon pergi,
12
00:01:53,531 --> 00:01:55,449
En. Na masuk jumpa pengerusi.
13
00:02:00,996 --> 00:02:01,872
Lagi satu…
14
00:02:03,916 --> 00:02:05,793
Tuan perlu tutup kes ini dengan cepat.
15
00:02:06,669 --> 00:02:08,504
Mereka beritahu pengerusi perkara sama.
16
00:02:08,587 --> 00:02:10,381
Dia perlu tutup kes ini.
17
00:02:13,509 --> 00:02:15,177
Pada luarannya, mereka risau
18
00:02:15,261 --> 00:02:17,304
tentang imej syarikat
dan Tn. Yoon, suspek…
19
00:02:17,388 --> 00:02:19,181
Tapi mereka ada niat lain.
20
00:02:20,975 --> 00:02:24,353
Mereka takut siasatan itu
akan dedahkan dana haram mereka.
21
00:02:31,694 --> 00:02:32,653
Macam mana kalau
22
00:02:33,737 --> 00:02:35,698
gosip yang kita tahu sesuatu tersebar?
23
00:02:39,326 --> 00:02:40,744
Awak rasa apa akan berlaku?
24
00:02:42,454 --> 00:02:44,039
Awak nak bocorkan maklumat ini?
25
00:02:45,457 --> 00:02:48,377
Orang yang bersalah akan mula panik.
26
00:02:48,460 --> 00:02:51,422
Mereka hanya akan makan umpan
jika khabar angin itu meyakinkan.
27
00:02:51,505 --> 00:02:53,048
Kita buat ia meyakinkan.
28
00:02:53,674 --> 00:02:58,137
Kita juga boleh tahu sejauh mana
hubungan mereka dengan polis.
29
00:03:00,431 --> 00:03:03,559
Orang yang bersalah akan mula panik.
30
00:03:03,642 --> 00:03:07,980
Kita juga boleh tahu sejauh mana
hubungan mereka dengan polis.
31
00:03:08,355 --> 00:03:10,024
Dia nak gunakan kita?
32
00:03:13,444 --> 00:03:15,362
HARI ANUGERAH KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN
33
00:03:15,446 --> 00:03:16,447
Sebelum ini,
34
00:03:16,530 --> 00:03:19,033
ada satu perkara yang saya lupa nak cakap.
35
00:03:19,116 --> 00:03:22,494
Saya beri Setiausaha Han
pen perakam sebagai hadiah.
36
00:03:22,995 --> 00:03:23,996
Saya jumpa pen itu.
37
00:03:24,079 --> 00:03:25,915
Awak nak serahkan sebagai bukti?
38
00:03:25,998 --> 00:03:26,999
Dia tiada pen itu.
39
00:03:28,250 --> 00:03:30,669
Tn. Yoon minta, jadi dia terpaksa beri.
40
00:03:33,631 --> 00:03:34,840
Apa kandungan rakaman itu?
41
00:03:35,424 --> 00:03:36,467
Awak dah dengar?
42
00:03:36,550 --> 00:03:37,885
Tidak.
43
00:04:00,282 --> 00:04:02,451
Lee Hye-jung ada pen perakam
44
00:04:02,534 --> 00:04:04,745
selain daripada fail itu.
45
00:04:06,455 --> 00:04:08,999
Dia kata dia tak tahu
kandungan rakaman itu.
46
00:04:41,740 --> 00:04:43,534
Hye-jung, sedarlah!
47
00:04:43,617 --> 00:04:45,285
Lee Hye-jung!
48
00:04:45,619 --> 00:04:48,163
Awak dah gila? Apa yang awak buat?
49
00:04:48,455 --> 00:04:49,790
-Hye-jung.
-Telefon ambulans.
50
00:04:49,873 --> 00:04:51,875
-Ya.
-Hye-jung.
51
00:04:51,959 --> 00:04:53,836
Awak okey? Hye-jung.
52
00:04:55,462 --> 00:04:57,256
Awak okey?
53
00:04:59,508 --> 00:05:00,884
Awak okey, Cik Lee?
54
00:05:05,597 --> 00:05:06,765
Dia di dalam rumah?
55
00:05:07,933 --> 00:05:10,060
Awak nampak muka dia?
56
00:05:15,441 --> 00:05:16,692
Tatu?
57
00:05:17,067 --> 00:05:18,027
Tunjukkan gambar.
58
00:05:20,404 --> 00:05:21,780
Adakah tatu ini?
59
00:05:23,866 --> 00:05:24,742
Ya.
60
00:05:24,825 --> 00:05:26,785
-Kejar. Dia mungkin ada berdekatan.
-Ya.
61
00:05:28,370 --> 00:05:30,080
Siapa dia?
62
00:05:30,164 --> 00:05:32,458
Lelaki yang dilihat
di sekitar rumah Park Min-hwan.
63
00:05:53,604 --> 00:05:56,648
Anugerah Kepimpinan
dan Pengurusan Korea 2026
64
00:05:56,732 --> 00:05:59,902
akan bermula dengan ucapan pembukaan
oleh Pengarah Urusan
65
00:05:59,985 --> 00:06:02,112
Kumpulan Taekang, Yoon Yi-jun.
66
00:06:14,958 --> 00:06:17,628
-Helo?
-Hye-jung boleh mati kalau kami terlambat.
67
00:06:18,587 --> 00:06:19,880
Setiausaha Lee…
68
00:06:21,006 --> 00:06:21,882
Apa?
69
00:06:21,965 --> 00:06:23,675
Semuanya okey di sana, bukan?
70
00:06:26,428 --> 00:06:27,805
Tuan perlu tampil.
71
00:06:29,723 --> 00:06:30,766
Kang Jae-hee!
72
00:06:51,912 --> 00:06:53,288
Saya perlu tangkap dia.
73
00:07:04,299 --> 00:07:05,801
Tuan, kita perlu bangun.
74
00:07:06,802 --> 00:07:09,346
-Halang mereka!
-Berhenti ambil gambar!
75
00:07:10,222 --> 00:07:12,558
-Awak tak boleh ambil gambar.
-Berhenti.
76
00:07:13,100 --> 00:07:14,518
Letakkan kamera!
77
00:07:14,935 --> 00:07:15,978
Simpan!
78
00:07:16,061 --> 00:07:17,980
Awak! Berhenti ambil gambar!
79
00:07:18,063 --> 00:07:19,731
-Tak dibenarkan.
-Tuan okey?
80
00:07:20,816 --> 00:07:21,817
Awak?
81
00:07:24,528 --> 00:07:27,656
-Halang mereka.
-Hei, saya dah cakap jangan ambil gambar.
82
00:07:37,374 --> 00:07:42,045
Saya minta maaf atas kesulitan ini.
Ucapan pembukaan untuk acara ini
83
00:07:42,129 --> 00:07:45,424
telah dibatalkan
atas sebab-sebab yang tak diduga.
84
00:07:45,507 --> 00:07:48,093
Saya minta maaf sekali lagi
atas kesulitan ini.
85
00:07:48,177 --> 00:07:50,095
Seperti disenaraikan
dalam atur cara rasmi,
86
00:07:50,179 --> 00:07:54,224
kita akan mula perkenalkan
tetamu dari seluruh dunia.
87
00:08:03,483 --> 00:08:04,735
Saya periksa keselamatan.
88
00:08:11,116 --> 00:08:12,868
Awak okey?
89
00:08:16,538 --> 00:08:19,166
Awak ada cedera?
90
00:08:24,379 --> 00:08:25,964
Baguslah.
91
00:08:28,467 --> 00:08:29,760
Jangan buat begitu lagi.
92
00:08:30,510 --> 00:08:32,304
Jangan bertindak terburu-buru
93
00:08:33,180 --> 00:08:34,598
tanpa fikir akibatnya.
94
00:08:36,642 --> 00:08:37,976
Sama juga dengan tuan.
95
00:08:38,852 --> 00:08:40,145
Jangan buat begitu lagi.
96
00:08:41,605 --> 00:08:45,525
Saya bertanggungjawab untuk lindungi tuan,
tapi tuan pula tidak.
97
00:08:47,611 --> 00:08:49,196
-Kenapa?
-Itulah sebabnya
98
00:08:49,279 --> 00:08:51,823
saya dibayar jutaan won setiap bulan.
99
00:08:51,907 --> 00:08:55,535
Saya cuma buat
apa yang saya dibayar untuk buat.
100
00:09:00,832 --> 00:09:02,668
Buat apa yang awak dibayar untuk buat?
101
00:09:03,710 --> 00:09:05,963
Ya, jadi tolonglah
102
00:09:06,755 --> 00:09:11,009
jangan halang saya buat kerja saya.
103
00:09:11,093 --> 00:09:12,469
Cukuplah.
104
00:09:19,893 --> 00:09:21,603
Saya dah cakap itu bahaya.
105
00:09:22,521 --> 00:09:24,189
Kalau tuan terus buat mereka marah,
106
00:09:24,523 --> 00:09:26,942
tuan akan jadi sasaran seperti hari ini.
107
00:09:27,025 --> 00:09:28,110
Awak tanya kenapa…
108
00:09:30,195 --> 00:09:32,072
saya ambil awak bekerja waktu begini.
109
00:09:34,658 --> 00:09:36,994
Saya perlukan seseorang
untuk lindungi saya.
110
00:09:37,077 --> 00:09:39,788
Saya gembira
awak yang akan buat kerja itu.
111
00:09:43,834 --> 00:09:44,960
Tapi sebab itu juga
112
00:09:47,129 --> 00:09:49,089
saya tak boleh biar awak cedera.
113
00:09:51,258 --> 00:09:53,135
Jadi jangan cakap
114
00:09:53,218 --> 00:09:55,304
awak buat apa
yang awak dibayar untuk buat.
115
00:10:05,897 --> 00:10:06,815
Tuan.
116
00:10:10,277 --> 00:10:11,903
Jangan buat begitu lagi…
117
00:10:16,825 --> 00:10:18,493
demi saya.
118
00:10:44,102 --> 00:10:45,354
EPISOD 8
119
00:10:45,437 --> 00:10:47,022
Buat masa ini saja, okey?
120
00:10:49,858 --> 00:10:51,026
Silakan masuk.
121
00:10:52,611 --> 00:10:54,237
Tutup pintu.
122
00:10:57,074 --> 00:10:58,784
Saya boleh tinggal di hotel.
123
00:10:59,409 --> 00:11:01,661
Anggap saja rumah saya
macam hotel. Lebih cantik.
124
00:11:01,745 --> 00:11:03,705
-Saya akan ke rumah kawan saya.
-Tolonglah.
125
00:11:04,247 --> 00:11:06,500
Kita berdua tahu awak tak ada kawan.
126
00:11:08,960 --> 00:11:10,962
Nak minuman hangat? Teh atau susu?
127
00:11:11,046 --> 00:11:13,465
Saya boleh beli ubat
yang boleh bantu awak bertenang.
128
00:11:13,548 --> 00:11:14,424
Lupakan saja.
129
00:11:15,675 --> 00:11:17,344
Awak boleh peluk saya.
130
00:11:21,306 --> 00:11:22,140
Tak nak, tak apa.
131
00:11:31,650 --> 00:11:34,945
Saya rasa awak
yang perlukan ubat penenang.
132
00:11:35,529 --> 00:11:37,197
Jantung awak berdegup kencang.
133
00:11:38,365 --> 00:11:39,408
Itu
134
00:11:40,325 --> 00:11:41,701
kerana awak…
135
00:11:43,912 --> 00:11:45,747
Awak menangis tadi.
136
00:11:46,331 --> 00:11:48,125
Awak hampir menangis.
137
00:11:50,710 --> 00:11:52,879
Tiada siapa menangis, okey?
138
00:11:55,215 --> 00:11:56,925
Saya akan pakai ini.
139
00:11:59,177 --> 00:12:00,220
Bagus.
140
00:12:01,179 --> 00:12:03,974
Baguslah awak jumpa.
Saya tinggalkan untuk awak.
141
00:12:12,441 --> 00:12:13,567
Mak.
142
00:12:14,359 --> 00:12:15,694
Mak.
143
00:12:15,777 --> 00:12:16,987
Mak, bangun.
144
00:12:19,531 --> 00:12:21,533
Setiausaha Han.
145
00:12:21,616 --> 00:12:23,702
Mak.
146
00:12:24,327 --> 00:12:25,787
Mak, bangun.
147
00:12:26,413 --> 00:12:28,123
Bangun.
148
00:12:38,049 --> 00:12:40,343
Awak polis yang sedang menyamar.
149
00:12:41,553 --> 00:12:43,847
Saya percaya awak,
tapi jangan biar dia kawal awak.
150
00:12:45,682 --> 00:12:47,642
Semuanya jadi gelap,
151
00:12:48,518 --> 00:12:50,562
tapi saya cuma boleh fikirkan awak.
152
00:12:52,731 --> 00:12:53,982
Jadi…
153
00:12:55,525 --> 00:12:57,110
kekal begini dulu.
154
00:12:57,194 --> 00:12:58,778
Jangan buat begitu lagi…
155
00:13:03,783 --> 00:13:05,327
demi saya.
156
00:13:23,386 --> 00:13:25,096
-Helo.
-Kapten.
157
00:13:25,180 --> 00:13:26,806
Dah ada nombor telefon penghantar?
158
00:13:26,890 --> 00:13:28,308
Aduhai, letihnya.
159
00:13:28,892 --> 00:13:30,060
Dah jumpa?
160
00:13:32,646 --> 00:13:34,231
Saya dah sahkan pemilik nombor.
161
00:13:34,314 --> 00:13:35,941
Tolong siapkan sebelum 10:00 pagi.
162
00:13:45,867 --> 00:13:49,829
Budak ini bersedia
untuk buat masalah lagi.
163
00:13:55,710 --> 00:13:59,256
PERKHIDMATAN PENGHANTARAN DAN KURIER
164
00:13:59,339 --> 00:14:02,300
Ada apa? Saya sangat sibuk.
165
00:14:02,384 --> 00:14:03,593
Ada orang nak jumpa awak.
166
00:14:06,137 --> 00:14:07,430
Detektif!
167
00:14:13,728 --> 00:14:14,563
Hei.
168
00:14:16,273 --> 00:14:17,732
Saya dah kata tak ingat.
169
00:14:17,816 --> 00:14:21,236
Saya hantar berdozen bungkusan sehari.
Bagaimana ingat semua?
170
00:14:21,319 --> 00:14:23,280
Mungkin ini akan bantu ingat.
171
00:14:29,703 --> 00:14:32,872
Angguk kepala kalau ini awak.
172
00:14:33,290 --> 00:14:34,374
Tengok.
173
00:14:37,919 --> 00:14:38,837
Wanita ini…
174
00:14:40,213 --> 00:14:41,673
Dia menakutkan saya.
175
00:14:41,756 --> 00:14:42,924
Tapi…
176
00:14:44,593 --> 00:14:48,179
dia bayar 300,000 won
termasuk bayaran penghantaran.
177
00:14:48,263 --> 00:14:50,640
Jadi saya cuma hantar, itu saja.
178
00:14:50,724 --> 00:14:52,267
Tapi kenapa awak lari?
179
00:14:52,350 --> 00:14:55,145
Kalau dah lama buat kerja ini,
kita akan ada naluri.
180
00:14:55,228 --> 00:14:58,565
Awak tahu? Penerima bungkusan itu
kejar saya macam orang gila.
181
00:14:58,648 --> 00:15:00,150
Takkan saya diam saja?
182
00:15:00,233 --> 00:15:01,526
Seperti orang gila?
183
00:15:01,610 --> 00:15:02,485
Ya.
184
00:15:06,281 --> 00:15:07,240
Awak nampak ini?
185
00:15:07,907 --> 00:15:08,825
Lihatlah.
186
00:15:09,826 --> 00:15:11,745
-Awak nampak?
-Ya.
187
00:15:16,374 --> 00:15:17,459
Awak sudah siasat?
188
00:15:17,542 --> 00:15:19,002
Yoon Na-jung dalangnya?
189
00:15:19,085 --> 00:15:20,795
Dia makan ginseng liar?
190
00:15:20,879 --> 00:15:23,006
Kenapa dia begitu bersemangat?
191
00:15:24,424 --> 00:15:27,469
Modus operandi sama digunakan
untuk bunuh Han Eun-young.
192
00:15:27,552 --> 00:15:30,972
Dia buka kunci Lee Hye-jung
walaupun kita dan pengawal ada di sana.
193
00:15:31,056 --> 00:15:33,141
Awak makan ginseng liar juga?
194
00:15:33,224 --> 00:15:35,018
Mari kita makan dulu.
195
00:15:37,312 --> 00:15:38,647
Saya siasat Pengurus Choi.
196
00:15:38,730 --> 00:15:40,440
Betul juga cakap Detektif Kang.
197
00:15:40,523 --> 00:15:42,484
Bukan penghantar saja.
198
00:15:42,567 --> 00:15:44,694
Yoon Na-jung dah hasut
orang-orang Yoon Yi-jun.
199
00:15:44,778 --> 00:15:47,113
Kalau siasat Pengurus Choi,
perkara yang berlaku…
200
00:15:47,197 --> 00:15:49,366
Awak fikir saya tak tahu
apa yang awak dah tahu?
201
00:15:50,200 --> 00:15:52,285
Orang kata kita perlu cuba dulu.
202
00:15:52,786 --> 00:15:55,330
Mari makan dulu, okey?
203
00:15:55,997 --> 00:15:57,791
Saya risaukan Detektif Kang.
204
00:15:58,708 --> 00:16:00,001
Dia mungkin cedera.
205
00:16:00,835 --> 00:16:03,338
Awak patut siasat Pengurus Choi dulu.
206
00:16:04,089 --> 00:16:06,007
-Jae-hee tak boleh tambah kerja.
-Okey.
207
00:16:08,426 --> 00:16:09,678
Tak guna.
208
00:16:11,012 --> 00:16:12,430
Awak bayar.
209
00:16:16,267 --> 00:16:18,186
-Dia daripada artikel itu, bukan?
-Betul.
210
00:16:18,561 --> 00:16:20,146
Saya dah tengok video itu. Awak?
211
00:16:20,230 --> 00:16:22,148
-Ya.
-Tn. Yoon selamatkan dia.
212
00:16:23,566 --> 00:16:25,318
-Saya tahu.
-Menarik.
213
00:16:25,735 --> 00:16:26,569
Itu dia.
214
00:16:27,237 --> 00:16:28,488
Jaga-jaga!
215
00:16:34,452 --> 00:16:35,704
Ini kopi awak.
216
00:16:35,787 --> 00:16:37,080
Terima kasih.
217
00:16:43,044 --> 00:16:44,838
KESATERIA BERPERISAI DATANG MENYELAMAT
218
00:16:44,921 --> 00:16:46,548
APA BERLAKU DI MAJLIS ANUGERAH?
219
00:16:50,969 --> 00:16:52,762
LEE SI-A
220
00:16:56,474 --> 00:16:59,436
Pewaris jutawan selamatkan
setiausaha peribadinya.
221
00:16:59,519 --> 00:17:02,647
Yi-jun, awak dah jadi bintang terkenal.
222
00:17:02,731 --> 00:17:04,524
Cakap sajalah.
223
00:17:05,525 --> 00:17:07,026
Semakin rumit, bukan?
224
00:17:07,610 --> 00:17:08,611
Patut letak telefon?
225
00:17:08,695 --> 00:17:10,864
Hidup ini macam loteri, Yi-jun.
226
00:17:10,947 --> 00:17:15,034
Dalam hidup, 99 daripada 100 perkara
takkan jadi macam yang kita nak.
227
00:17:15,118 --> 00:17:17,162
Saya akan letak kalau awak asyik merepek.
228
00:17:17,245 --> 00:17:18,830
Berapa lama saya perlu tunggu?
229
00:17:18,913 --> 00:17:22,250
Awak tahu saya dah hilang sabar.
230
00:17:28,465 --> 00:17:30,300
KESATERIA BERPERISAI DATANG MENYELAMAT
231
00:17:31,092 --> 00:17:32,302
Kecoh di Internet.
232
00:17:32,385 --> 00:17:35,013
Walaupun muka dikaburkan,
orang terus cam awak.
233
00:17:35,096 --> 00:17:38,016
Orang kata itu seperti babak
dalam filem romantik.
234
00:17:38,767 --> 00:17:41,060
Bagaimana rasa menjadi bintang
dalam sekelip mata?
235
00:17:41,644 --> 00:17:43,188
Sangat tak selesa
236
00:17:44,689 --> 00:17:45,815
dan tak menyenangkan.
237
00:17:47,442 --> 00:17:48,693
Duduk saja di sini.
238
00:17:50,195 --> 00:17:51,863
Awak nak bertemu janji?
239
00:17:51,946 --> 00:17:54,282
Pembantu Pengurus Kim
minta saya kenalkan awak.
240
00:17:55,658 --> 00:17:56,993
Dia cantikkah?
241
00:17:57,076 --> 00:17:59,370
Awak tanya soalan yang betul.
242
00:17:59,454 --> 00:18:01,331
Awak suka orang bagaimana?
243
00:18:01,414 --> 00:18:04,626
Seseorang yang tak memilih,
selalu senyum dan naif.
244
00:18:08,296 --> 00:18:11,466
Bersedialah. Tak lama lagi
ulang tahun kematian ibu Tn. Yoon.
245
00:18:11,549 --> 00:18:14,677
Tn. Yoon jadi pertapa
sepuluh hari sebelum dan selepas itu.
246
00:18:15,261 --> 00:18:18,097
Bukankah dia meninggal dunia
semasa Tn. Yoon masih kecil?
247
00:18:18,181 --> 00:18:21,142
-Dia masih sedih?
-Ya, mungkin sehingga dia mati.
248
00:18:22,227 --> 00:18:23,478
Saya pun akan trauma.
249
00:18:33,404 --> 00:18:36,074
Sangat tak selesa dan tak menyenangkan.
250
00:18:43,540 --> 00:18:44,415
Dia cantikkah?
251
00:18:54,968 --> 00:18:56,010
Dia cantikkah?
252
00:19:01,224 --> 00:19:02,183
Dia cantikkah?
253
00:19:04,435 --> 00:19:06,521
Dia cantikkah?
254
00:19:06,604 --> 00:19:08,398
Dia cantikkah?
255
00:19:08,481 --> 00:19:09,691
Jadi dia cantikkah?
256
00:19:09,774 --> 00:19:11,401
Dia cantikkah? Yakah?
257
00:19:11,484 --> 00:19:12,318
Cantik? Yakah?
258
00:19:12,402 --> 00:19:13,987
Jadi dia cantik? Tentu cantik.
259
00:19:20,535 --> 00:19:21,661
Setiausaha Jung.
260
00:19:21,744 --> 00:19:24,747
Hei, Cik Kim.
Ini Kim So-mi, Bahagian Hal Ehwal Luar.
261
00:19:24,831 --> 00:19:27,250
-Helo.
-Helo.
262
00:19:28,042 --> 00:19:29,919
-Awak nak pergi makan?
-Ya.
263
00:19:30,295 --> 00:19:32,672
-Awak sudah makan?
-Belum lagi.
264
00:19:32,755 --> 00:19:36,175
Kalau awak tak kisah,
awak nak sertai saya?
265
00:19:37,468 --> 00:19:41,306
Baiklah, kamu berdua
pergilah makan bersama.
266
00:19:41,389 --> 00:19:42,432
Baguslah.
267
00:19:43,016 --> 00:19:44,642
Ini cukup sempurna.
268
00:19:44,726 --> 00:19:47,270
Pasangan yang secocok.
269
00:19:48,354 --> 00:19:50,857
Saya pula tak dapat tidur disebabkan awak.
270
00:19:54,652 --> 00:19:55,653
Maafkan saya.
271
00:19:55,737 --> 00:19:58,948
Saya dah beritahu Setiausaha Jung,
tapi dia tak beritahu awak.
272
00:19:59,365 --> 00:20:02,118
Dia dah beritahu.
Saya dengar awak tolak janji temu itu.
273
00:20:03,912 --> 00:20:06,289
Tapi saya tetap nak jumpa awak.
274
00:20:06,998 --> 00:20:08,708
Kita tak tahu kalau tak jumpa.
275
00:20:12,003 --> 00:20:14,255
Tentu seronok jika kita bercinta.
276
00:20:19,761 --> 00:20:22,221
-Jemput makan.
-Ya, terima kasih.
277
00:20:36,694 --> 00:20:38,947
Dia tertekan tentang sesuatukah?
278
00:20:39,030 --> 00:20:40,615
Jadi khabar angin itu benar.
279
00:20:40,698 --> 00:20:43,451
Dia makan banyak apabila dia tertekan.
280
00:20:44,035 --> 00:20:45,536
Kenapa tak makan? Sedap.
281
00:20:45,620 --> 00:20:48,706
Bakar di dalam ketuhar
menjadikannya sedap dan hangat.
282
00:20:50,959 --> 00:20:53,252
Apa yang buat dia tertekan hari ini?
283
00:20:54,545 --> 00:20:56,631
Di mana Setiausaha Kang? Tak makan?
284
00:20:57,507 --> 00:21:00,343
Setiausaha Kang agak popular.
285
00:21:00,426 --> 00:21:02,553
Ramai wanita, termasuk Cik Kim,
286
00:21:02,637 --> 00:21:05,473
yang beratur untuk minta saya
perkenalkan dia kepada mereka.
287
00:21:05,556 --> 00:21:09,978
Begitu. Setiausaha Kang ada janji temu?
288
00:21:10,770 --> 00:21:12,939
Ini ketenangan sebelum ribut,
tapi jangan risau.
289
00:21:13,022 --> 00:21:15,400
Sebab itulah saya dah fikir panjang.
290
00:21:15,483 --> 00:21:19,529
Dengan khabar angin tentang tuan
dan Setiausaha Kang sebab video itu…
291
00:21:19,612 --> 00:21:22,615
Jadi Setiausaha Kang
berjanji temu dengan wanita?
292
00:21:22,699 --> 00:21:25,952
Itu akan hentikan khabar angin
tentang hubungan persaudaraan itu.
293
00:21:26,035 --> 00:21:28,287
Awak tak tertekan. Angin awak baik.
294
00:21:29,247 --> 00:21:31,082
Aduhai, tengoklah awak makan.
295
00:21:31,165 --> 00:21:32,917
KESATERIA BERPERISAI DATANG MENYELAMAT
296
00:21:33,001 --> 00:21:34,919
TN. YOON ASYIK TANYA JIKA SETIAUSAHA OKEY
297
00:21:35,003 --> 00:21:37,547
Dia menggigil melihat tali pinggang.
298
00:21:38,339 --> 00:21:39,799
Apa yang mereka merepek?
299
00:21:41,092 --> 00:21:43,261
-Apa?
-Jangan ganggu dia lagi.
300
00:21:43,928 --> 00:21:46,556
Dia dah susah hati pada waktu begini
walaupun tanpa awak.
301
00:21:47,974 --> 00:21:50,351
Kakak ingat saya tak susah hati?
302
00:21:50,435 --> 00:21:53,646
Saya lebih susah hati.
Kenapa semua bela dia?
303
00:21:54,022 --> 00:21:56,566
Saya menyebelahi awak, bukan?
304
00:21:56,983 --> 00:21:59,944
Adik awak tiada sesiapa
untuk menyebelahi dia.
305
00:22:00,611 --> 00:22:02,238
Jadi saya patut diam dan minum teh?
306
00:22:02,321 --> 00:22:03,489
Bagus.
307
00:22:06,743 --> 00:22:10,455
Apa yang setiausaha itu rakam?
308
00:22:11,831 --> 00:22:13,166
Kakak tahu?
309
00:22:16,544 --> 00:22:18,212
Tentu seronok tak perlu risau.
310
00:22:18,296 --> 00:22:21,090
Teruskan begitu,
anak sulung yang suka keamanan.
311
00:22:23,801 --> 00:22:25,928
Awak tak suka, tapi tetap tengok.
312
00:22:26,888 --> 00:22:28,806
Awak juga agak pelik.
313
00:22:28,890 --> 00:22:31,142
Tak masuk akal
apabila semua orang puji dia
314
00:22:31,225 --> 00:22:32,810
kerana selamatkan setiausahanya.
315
00:22:32,894 --> 00:22:36,022
Semua cakap mereka nampak secocok.
316
00:22:36,105 --> 00:22:37,899
Saya akui mereka memang nampak secocok.
317
00:22:57,335 --> 00:22:58,377
Kakak.
318
00:23:00,171 --> 00:23:01,339
Jumpa di majlis mak.
319
00:23:04,425 --> 00:23:05,551
Awak nak ke mana?
320
00:23:07,345 --> 00:23:09,180
Mari jumpa Yi-jun bersama-sama.
321
00:23:10,807 --> 00:23:13,309
Dia takkan keluar. Biarkan saja dia.
322
00:23:23,611 --> 00:23:26,239
Dia tak marah
walau datang kerja lewat 30 minit?
323
00:23:26,322 --> 00:23:28,032
Dia juga beri jus dia?
324
00:23:30,576 --> 00:23:32,620
-Terima kasih.
-Saya juga fikir
325
00:23:32,703 --> 00:23:34,872
saya berhalusinasi.
326
00:23:37,542 --> 00:23:38,417
Minumlah.
327
00:23:39,752 --> 00:23:42,380
Nampaknya saya terlalu lembab untuk faham.
328
00:23:44,173 --> 00:23:45,383
Nah.
329
00:23:47,260 --> 00:23:48,344
Sekejap.
330
00:23:50,513 --> 00:23:53,057
Dia takkan sembunyikannya di rumah,
331
00:23:53,141 --> 00:23:55,226
tapi cari sesuatu seperti pen perakam.
332
00:23:55,309 --> 00:23:56,894
Ya, puan.
333
00:24:00,857 --> 00:24:02,358
Pengurus Choi.
334
00:24:03,317 --> 00:24:04,569
Ya?
335
00:24:07,488 --> 00:24:09,031
Apa yang awak nampak hari itu…
336
00:24:28,509 --> 00:24:32,889
Saya tak beritahu sesiapa kecuali puan,
seperti yang puan arahkan.
337
00:24:34,807 --> 00:24:36,017
Kalau nak hidup,
338
00:24:37,059 --> 00:24:38,394
baik awak diam.
339
00:24:39,353 --> 00:24:40,188
Ya, puan.
340
00:24:56,120 --> 00:24:57,622
-Aduhai.
-Cik Choi Myeong-suk.
341
00:24:58,206 --> 00:24:59,207
Saya polis.
342
00:25:00,958 --> 00:25:02,543
Mari kita berbual.
343
00:25:07,715 --> 00:25:09,675
Maaf sebab datang tiba-tiba.
344
00:25:10,218 --> 00:25:13,763
Ayah cakap dia akan buang saya
kalau saya tak datang lagi?
345
00:25:14,222 --> 00:25:15,723
Kalau tahu, datanglah.
346
00:25:19,894 --> 00:25:22,480
Yi-jun, hari peringatan mak…
347
00:25:22,563 --> 00:25:25,691
Tak patut buat begini kepada mak
yang pergi sebab bencikan rumah itu.
348
00:25:27,485 --> 00:25:31,322
Ayah tak suka adakan hari peringatan
di tempat lain.
349
00:25:31,405 --> 00:25:32,531
Saya pun tak suka.
350
00:25:33,115 --> 00:25:34,450
Saya tak suka ke sana.
351
00:25:34,533 --> 00:25:36,661
Kenapa kakak fikir
saya nak pergi hari itu?
352
00:25:36,744 --> 00:25:38,120
Tolonglah faham.
353
00:25:42,208 --> 00:25:45,461
Na-jung cakap sesuatu yang pelik tadi.
354
00:25:46,003 --> 00:25:49,590
Sesuatu tentang
bekas setiausaha awak merakam sesuatu.
355
00:25:51,509 --> 00:25:52,718
Itu yang dia cakap?
356
00:25:53,261 --> 00:25:54,929
Semuanya okey, bukan?
357
00:25:56,055 --> 00:25:58,641
Kakak cuma risau awak dapat masalah lagi.
358
00:26:01,769 --> 00:26:04,188
Jangan risau.
Kakak akan dapat lebih banyak kedutan.
359
00:26:17,493 --> 00:26:19,203
Awak melindungi saya.
360
00:26:20,413 --> 00:26:23,416
Dia cepat faham hari itu,
tapi apabila saya nak
361
00:26:23,499 --> 00:26:26,252
dia tahu perasaan saya, dia jadi lembab.
362
00:26:29,672 --> 00:26:30,715
Dia cantikkah?
363
00:26:30,798 --> 00:26:32,383
"Dia cantikkah"?
364
00:26:34,385 --> 00:26:38,889
Kalau tentang rupa, saya tak pernah kalah.
365
00:26:40,766 --> 00:26:43,352
Baiklah, pergilah berjanji temu.
366
00:26:43,936 --> 00:26:45,604
Dah jelas apa akan berlaku.
367
00:26:51,527 --> 00:26:53,487
-Saya cintakan awak.
-Saya juga.
368
00:26:55,156 --> 00:26:56,741
-Mari berkahwin.
-Ya.
369
00:27:19,764 --> 00:27:21,724
Jadi Setiausaha Kang pergi berjanji temu.
370
00:27:22,808 --> 00:27:26,145
Sebab itukah angin awak tak baik, sayang?
371
00:27:26,228 --> 00:27:29,190
Awak dah bayangkan mereka berkahwin.
372
00:27:29,273 --> 00:27:32,109
Mereka berbulan madu juga?
Aduhai, melampau.
373
00:27:35,988 --> 00:27:37,323
Awak nak dia kerja lama.
374
00:27:38,366 --> 00:27:39,909
Awak patut dah boleh agak.
375
00:27:40,743 --> 00:27:42,953
Awak juga tak patut masuk campur
waktu acara itu.
376
00:27:43,037 --> 00:27:45,623
Macam mana tak masuk campur
sedangkan dia akan cedera?
377
00:27:46,832 --> 00:27:49,001
Ini bukan hal remeh.
378
00:27:49,085 --> 00:27:50,753
Kalau tak boleh sorok perasaan awak,
379
00:27:51,587 --> 00:27:54,256
tunggu masa saja sebelum semua orang tahu.
380
00:27:56,842 --> 00:27:58,677
PEJABAT PENGERUSI
381
00:28:00,012 --> 00:28:01,389
Itu dia.
382
00:28:10,231 --> 00:28:12,733
Lupakan cemburu buta awak itu dulu.
383
00:28:14,235 --> 00:28:15,403
Apa awak nak buat?
384
00:28:15,486 --> 00:28:17,154
Awak nak bocorkannya?
385
00:28:27,289 --> 00:28:30,292
Pewaris Taekang dan setiausaha lelakinya.
386
00:28:30,376 --> 00:28:34,588
Awak boleh abaikan kata-kata dan tuduhan.
387
00:28:36,340 --> 00:28:37,675
Tapi Setiausaha Kang?
388
00:28:39,760 --> 00:28:42,096
Pengerusi panggil awak hari ini.
389
00:28:43,139 --> 00:28:44,265
Tapi lain kali?
390
00:28:47,101 --> 00:28:48,853
Saya risau.
391
00:28:48,936 --> 00:28:51,605
Saya benar-benar risau.
392
00:28:53,732 --> 00:28:55,025
Bersemangatlah.
393
00:29:25,890 --> 00:29:27,892
PEJABAT PENGERUSI KUMPULAN TAEKANG
394
00:29:35,774 --> 00:29:37,151
Dia dipanggil ke atas.
395
00:29:37,985 --> 00:29:38,944
Dia baru naik?
396
00:29:39,028 --> 00:29:41,363
Apa isi kotak itu sampai awak kejar?
397
00:29:42,072 --> 00:29:44,867
Kalau awak tak buat begitu,
Tn. Yoon takkan kejar awak.
398
00:29:46,118 --> 00:29:48,162
Saya perlu periksa sebagai setiausahanya.
399
00:29:54,001 --> 00:29:57,254
Pasukan setiausaha Pn. Yoon cakap
mereka akan tiba dalam lima minit.
400
00:29:58,130 --> 00:30:00,174
Mereka akan ungkit isu awak juga.
401
00:30:01,008 --> 00:30:02,259
Bersedialah.
402
00:30:07,389 --> 00:30:08,933
Jadi, inilah yang berlaku.
403
00:30:10,893 --> 00:30:12,686
Masa saya sudah tiba.
404
00:30:17,316 --> 00:30:18,275
Hei.
405
00:30:22,571 --> 00:30:25,699
Patutlah. Awak cantik bagi seorang lelaki.
406
00:30:28,827 --> 00:30:31,580
Keluarga boleh jadi lebih teruk
daripada orang asing.
407
00:30:34,792 --> 00:30:36,710
Tak sangka
408
00:30:38,087 --> 00:30:39,755
cita rasa adik saya begitu.
409
00:30:42,466 --> 00:30:43,676
Awak goda dia?
410
00:30:45,594 --> 00:30:47,179
Atau dia goda awak?
411
00:30:47,888 --> 00:30:49,640
Saya abaikan kata-kata tak sopan itu.
412
00:30:49,723 --> 00:30:51,433
Tak kisah siapa goda siapa.
413
00:30:51,517 --> 00:30:54,562
Disebabkan itu, dia dah jahanam.
414
00:30:56,939 --> 00:31:00,192
Pasukan CM sedang berusaha
halang video itu daripada tersebar.
415
00:31:00,276 --> 00:31:04,029
Tapi ia tersebar cepat.
Entah berapa banyak kita boleh kawal.
416
00:31:05,614 --> 00:31:07,866
Kelakuan semberono kamu
417
00:31:07,950 --> 00:31:09,994
memburukkan nama syarikat ini.
418
00:31:11,579 --> 00:31:15,583
Saya akan cari jalan
untuk pulihkan imej syarikat.
419
00:31:22,506 --> 00:31:24,925
Bertanggungjawab dan uruskannya.
420
00:31:28,804 --> 00:31:32,808
Awak belum hantar
laporan pemasaran mingguan?
421
00:31:33,309 --> 00:31:36,770
Pejabat setiausaha sedang siapkan.
Kami akan hantar nanti.
422
00:31:36,854 --> 00:31:37,896
Tak apa.
423
00:31:40,024 --> 00:31:42,067
Saya akan buat taklimat sendiri.
424
00:31:49,825 --> 00:31:52,870
Pengarah Urusan Yoon Yi-jun
dapat pengiktirafan awam,
425
00:31:52,953 --> 00:31:54,580
jadi walau cuba hadkan pendedahan,
426
00:31:54,663 --> 00:31:58,834
reaksi di media sosial
dan komuniti dalam talian sangat tegang.
427
00:31:58,917 --> 00:32:02,338
Jualan telefon Elektronik Taekang Siri 7
dan peranti boleh pakai
428
00:32:02,421 --> 00:32:04,882
yang jatuh semasa cuba
selamatkan setiausaha saya
429
00:32:04,965 --> 00:32:06,842
naik 12 peratus berbanding minggu lepas.
430
00:32:06,925 --> 00:32:09,595
Taekang Motors CV90 yang saya bawa juga
431
00:32:09,678 --> 00:32:11,722
dapat banyak pertanyaan tempahan.
432
00:32:11,805 --> 00:32:14,516
Pakaian dan kasut yang saya pakai hari itu
433
00:32:14,600 --> 00:32:17,186
jadi eksklusif
di Pusat Beli-belah Taekang.
434
00:32:17,269 --> 00:32:18,937
Ia dah habis dijual,
435
00:32:19,688 --> 00:32:21,523
meletakkan Taekang dalam kedudukan baik
436
00:32:21,607 --> 00:32:24,568
sebelum pembaharuan kontrak akan datang
dengan ibu pejabat Itali.
437
00:32:26,570 --> 00:32:29,365
Syarikat habiskan berpuluh bilion
setiap tahun promosi imej.
438
00:32:29,448 --> 00:32:30,699
Acara anugerah sia-sia itu?
439
00:32:31,325 --> 00:32:34,119
Ini lebih menguntungkan
daripada menerima anugerah.
440
00:32:38,499 --> 00:32:40,668
Oh, ya. Saya lupa cakap.
441
00:32:41,543 --> 00:32:42,628
Nampaknya,
442
00:32:42,711 --> 00:32:45,839
komen dan gambar yang dimuat naik
anak yang melawat Fantasy Land
443
00:32:45,923 --> 00:32:48,717
pada hari jadi ibunya
juga menjadi buah mulut.
444
00:32:52,805 --> 00:32:56,266
Sebab inilah kita patut
layan orang lain dengan baik.
445
00:32:56,350 --> 00:32:58,394
Buat baik dibalas baik.
446
00:33:08,987 --> 00:33:10,489
Saya akan hadiri
447
00:33:11,907 --> 00:33:13,492
upacara memperingati mak.
448
00:33:15,160 --> 00:33:17,371
Saya pun nak beritahu ayah sesuatu.
449
00:33:30,384 --> 00:33:32,428
Puan ada bukti dia dah jahanam?
450
00:33:32,803 --> 00:33:34,680
Ya. Ke tepi.
451
00:33:37,349 --> 00:33:38,308
Sebab saya ada.
452
00:33:39,351 --> 00:33:40,352
Saya ada bukti.
453
00:33:49,945 --> 00:33:51,029
Bagaimana dengan ini?
454
00:33:55,868 --> 00:33:57,536
Di mana muka saya dalam ini?
455
00:33:58,454 --> 00:34:00,289
Saya dah sahkan dengan penghantar.
456
00:34:00,914 --> 00:34:03,417
Patutkah saya minta polis siasat?
457
00:34:05,419 --> 00:34:09,006
Siapa tahu? Ini mungkin bukan
kali pertama puan buat begini.
458
00:34:10,215 --> 00:34:12,760
Secara teknikalnya,
semua ini berlaku sebab kotak itu.
459
00:34:13,343 --> 00:34:14,762
Puan masih nak masuk?
460
00:34:17,222 --> 00:34:18,640
Awak buat saya marah.
461
00:34:20,434 --> 00:34:24,396
Hei, kalau saya yang buat pun,
462
00:34:25,856 --> 00:34:28,275
apa awak nak buat?
463
00:34:30,110 --> 00:34:33,405
Terima kasih sebab
hantar kotak itu, Na-jung.
464
00:34:56,386 --> 00:34:58,180
Bagaimana awak dapat rakaman CCTV?
465
00:34:58,263 --> 00:35:01,350
Siapa suruh awak siasat
sesuatu yang berbahaya?
466
00:35:01,433 --> 00:35:04,561
Saya tak boleh biar saja,
jadi saya minta bantuan penganjur.
467
00:35:04,645 --> 00:35:07,314
Saya nak beritahu tuan,
tapi keadaan jadi rumit.
468
00:35:07,397 --> 00:35:10,984
Dia nak guna khabar angin buruk itu
untuk cemarkan nama baik tuan.
469
00:35:11,068 --> 00:35:13,612
Saya fikir perlu halang
sebelum dia beritahu pengerusi.
470
00:35:14,404 --> 00:35:17,324
Khabar angin buruk?
Mencemarkan nama baik saya?
471
00:35:17,407 --> 00:35:20,285
Khabar angin itu
takkan membantu kita berdua.
472
00:35:20,911 --> 00:35:22,996
Kita perlu betulkan keadaan
sementara boleh.
473
00:35:25,249 --> 00:35:27,751
Saya tak buat semua itu
474
00:35:28,877 --> 00:35:31,129
hanya untuk jadi bintang khabar angin.
475
00:35:34,633 --> 00:35:37,928
Tuan patut bersiap cepat.
Kalau tidak, kita akan terlambat.
476
00:35:53,151 --> 00:35:55,529
Awak baru bergaduh
dengan Yoon Na-jung, bukan?
477
00:35:57,072 --> 00:35:59,575
Berapa ramai pemberi maklumat awak?
478
00:35:59,658 --> 00:36:02,369
Jujurlah. Khabar angin yang tersebar.
479
00:36:03,537 --> 00:36:04,913
Yoon Yi-jun suka awak, bukan?
480
00:36:06,498 --> 00:36:11,336
Awak cuba selesaikan siasatan
seperti dunia akan berakhir.
481
00:36:11,795 --> 00:36:13,005
Sebab tahu dia suka awak.
482
00:36:17,175 --> 00:36:19,094
Dia suka awak walaupun awak lelaki?
483
00:36:19,887 --> 00:36:21,513
Saya tahu awak perempuan, tapi…
484
00:36:21,597 --> 00:36:25,517
Maksud saya, dia sangka awak lelaki.
485
00:36:25,601 --> 00:36:28,687
Dia takkan datang dekat.
Dia tak akan mampu.
486
00:36:29,730 --> 00:36:31,565
Dia akan kehilangan banyak benda.
487
00:36:31,648 --> 00:36:33,108
Awak tak boleh, Jae-hee.
488
00:36:33,901 --> 00:36:36,403
Awak tahu tak boleh.
Itu tak boleh berlaku.
489
00:36:38,155 --> 00:36:39,031
Jangan risau.
490
00:36:47,331 --> 00:36:49,583
Awak okey? Baguslah.
491
00:36:50,334 --> 00:36:51,960
Jangan buat begitu lagi.
492
00:36:52,711 --> 00:36:54,755
Jangan bertindak terburu-buru
493
00:36:55,339 --> 00:36:56,632
tanpa fikir akibatnya.
494
00:36:58,592 --> 00:37:02,346
Lebih mudah untuk lupakan dia
kalau dia cuma menjengkelkan.
495
00:37:04,932 --> 00:37:07,517
Saya tak buat semua itu
496
00:37:08,602 --> 00:37:10,604
hanya untuk jadi bintang khabar angin.
497
00:37:13,440 --> 00:37:16,944
Kenapa awak terpengaruh
dengan setiap kata-katanya?
498
00:37:18,695 --> 00:37:19,988
Kawal diri awak.
499
00:37:24,493 --> 00:37:28,580
Mungkinkah En. Kang Jae-hee ada kekasih?
500
00:37:29,164 --> 00:37:32,751
Yalah. Saya dengar dia kata
dia tak nak pergi janji temu.
501
00:37:32,834 --> 00:37:34,795
Jadi kenapa dia makan dengan awak?
502
00:37:34,878 --> 00:37:36,296
Entahlah.
503
00:37:36,380 --> 00:37:40,676
Dia minta maaf, tapi dia sangat sopan
sampai saya rasa lebih sakit hati.
504
00:37:40,759 --> 00:37:45,180
Dia kata dia gunakan saya tanpa niat.
505
00:37:45,973 --> 00:37:47,015
Tak sangka betul.
506
00:37:52,521 --> 00:37:55,190
Raja pembersihan bulan ini.
507
00:37:55,273 --> 00:37:57,985
Bin!
508
00:37:58,068 --> 00:37:59,569
Tahniah.
509
00:38:00,445 --> 00:38:02,864
Terima kasih kepada Cik Cho
510
00:38:02,948 --> 00:38:05,575
dan semua rakan
kerana bantu saya menangi anugerah ini.
511
00:38:06,868 --> 00:38:08,954
Saya berani berjanji
512
00:38:09,037 --> 00:38:11,915
yang saya, Jung Wan-bin,
513
00:38:12,958 --> 00:38:16,253
akan menang menentang kulat!
514
00:38:19,297 --> 00:38:21,383
-Bunuh kulat itu!
-Bunuh kulat itu!
515
00:38:22,634 --> 00:38:23,969
Minum.
516
00:38:25,387 --> 00:38:28,223
Makanlah. Hari ini, Bin belanja.
517
00:38:28,306 --> 00:38:29,266
Makanlah!
518
00:38:29,349 --> 00:38:30,600
Terima kasih!
519
00:38:30,684 --> 00:38:32,185
-Terima kasih!
-Terima kasih!
520
00:38:32,269 --> 00:38:33,770
Boleh beri saya daging lagi?
521
00:38:33,854 --> 00:38:36,857
-Cepat!
-Daging lagi!
522
00:38:37,774 --> 00:38:40,277
-Mari makan.
-Mari makan.
523
00:38:40,360 --> 00:38:42,112
-Hanya 100,000 won?
-Makanlah lagi.
524
00:38:42,195 --> 00:38:44,448
Bin, sudah sedia untuk ambil gambar?
525
00:38:45,824 --> 00:38:47,743
Baiklah. Senyum.
526
00:38:47,826 --> 00:38:48,869
Puan.
527
00:38:49,911 --> 00:38:51,663
Saya ada hak potret.
528
00:38:52,080 --> 00:38:55,584
Ini bukan muka yang awak
boleh ambil gambar sesuka hati.
529
00:38:55,667 --> 00:38:57,961
Awak mungkin salah seorang Bin,
530
00:38:58,336 --> 00:39:00,130
tapi ada batas awak tak boleh langgar.
531
00:39:01,089 --> 00:39:04,885
Kita masih perlu kekalkan tradisi kita.
532
00:39:04,968 --> 00:39:06,136
Nah.
533
00:39:07,095 --> 00:39:08,430
Apa ini?
534
00:39:09,556 --> 00:39:12,100
Ini penghargaan
untuk raja pembersihan Taekang.
535
00:39:15,228 --> 00:39:17,022
RAJA PEMBERSIHAN BULAN NOVEMBER
536
00:39:17,105 --> 00:39:18,065
Siapa ini?
537
00:39:18,148 --> 00:39:20,692
Itu En. Kim.
538
00:39:21,485 --> 00:39:24,654
Dia kerja di tingkat berapa?
Saya tak pernah nampak.
539
00:39:24,738 --> 00:39:26,615
Dia tak datang hari ini?
540
00:39:26,698 --> 00:39:28,825
Dia berhenti tak lama sebelum awak datang.
541
00:39:28,909 --> 00:39:30,327
Begitu.
542
00:39:31,244 --> 00:39:33,205
Kenapa dia bertutup?
543
00:39:33,288 --> 00:39:37,209
Dia ada banyak tatu di badannya.
544
00:39:37,959 --> 00:39:39,294
Tatu?
545
00:39:39,377 --> 00:39:41,004
Saya tanya dia sepintas lalu
546
00:39:41,088 --> 00:39:44,132
dan dia kata dia tak nak sesiapa terkejut.
547
00:39:45,383 --> 00:39:47,135
Dia dari Yayasan Kebudayaan Taekang.
548
00:39:47,219 --> 00:39:50,847
Jadi saya agak berhati-hati dengan dia.
Saya agak berat sebelah.
549
00:39:50,931 --> 00:39:55,644
Tapi dia sangat pendiam dan bersih.
550
00:39:55,727 --> 00:39:58,939
Sayangnya dia berhenti sebaik saja
perkara itu berlaku,
551
00:39:59,022 --> 00:40:01,149
-jadi tak sempat ucap selamat tinggal.
-Betul.
552
00:40:01,233 --> 00:40:02,317
Perkara itu?
553
00:40:02,984 --> 00:40:04,486
-Aduhai…
-Awak tahu.
554
00:40:05,278 --> 00:40:08,323
Kes setiausaha daripada Pasukan TF itu.
555
00:40:08,406 --> 00:40:09,616
Begitu.
556
00:40:09,699 --> 00:40:11,535
Aduhai.
557
00:40:12,160 --> 00:40:14,579
-Malang betul.
-Gelas saya kosong.
558
00:40:14,663 --> 00:40:16,206
Aduhai.
559
00:40:20,669 --> 00:40:23,505
RAJA PEMBERSIHAN BULAN NOVEMBER
560
00:40:34,391 --> 00:40:37,477
Cik Kim? Awak seronok makan dengan dia?
561
00:40:39,104 --> 00:40:41,314
-Ya.
-Awak suka dia?
562
00:40:42,440 --> 00:40:44,484
Awak nak bercinta dengan dia?
563
00:40:46,611 --> 00:40:47,779
Saya sedang fikirkan.
564
00:42:31,299 --> 00:42:32,968
Tuan sangat rindukan mak tuan?
565
00:42:37,639 --> 00:42:38,640
Tak apalah.
566
00:42:46,982 --> 00:42:47,941
Awak tahu?
567
00:42:52,153 --> 00:42:55,407
Saya teringat hari itu
setiap kali nampak tali pinggang.
568
00:43:00,120 --> 00:43:01,538
Kadangkala orang buat
569
00:43:02,914 --> 00:43:04,708
keputusan salah dalam hidup.
570
00:43:07,711 --> 00:43:09,129
Mak saya juga
571
00:43:10,547 --> 00:43:12,590
buat perkara yang sama hari itu.
572
00:43:22,100 --> 00:43:23,226
Yoon Yi-jun.
573
00:43:23,310 --> 00:43:26,187
Mak kata jangan ganggu semasa mak melukis.
574
00:43:27,605 --> 00:43:30,400
Mak selalu senyum
apabila saya buat kejutan.
575
00:43:31,109 --> 00:43:32,068
Dia suka.
576
00:43:32,152 --> 00:43:33,361
NA-JUNG
577
00:43:43,288 --> 00:43:44,122
Mak!
578
00:43:46,124 --> 00:43:47,334
Dia alami kemurungan.
579
00:43:50,837 --> 00:43:54,299
Jika difikirkan,
Na-jung juga berusia 11 tahun.
580
00:43:54,382 --> 00:43:55,759
En. Kim!
581
00:43:57,552 --> 00:43:59,846
Kalau saya tak buka pintu itu,
582
00:44:01,723 --> 00:44:03,224
dia takkan lihat kejadian
583
00:44:03,308 --> 00:44:05,393
-yang terukir dalam memorinya.
-Na-jung.
584
00:44:06,144 --> 00:44:07,228
Tak apa.
585
00:44:07,896 --> 00:44:08,855
Tak apa.
586
00:44:10,231 --> 00:44:12,859
Dia takkan fikir yang dia sentiasa
587
00:44:13,360 --> 00:44:16,196
nombor dua di mata ayah kami.
588
00:44:18,531 --> 00:44:19,616
Sejak hari itu,
589
00:44:20,325 --> 00:44:22,744
bersembunyi menjadi tabiat
590
00:44:23,912 --> 00:44:25,622
dan berdiam diri menjadi keselesaan.
591
00:44:26,956 --> 00:44:28,625
Kalau saya terus berdiam diri,
592
00:44:30,251 --> 00:44:32,504
tiada apa yang lebih teruk berlaku.
593
00:44:35,340 --> 00:44:37,342
Macam yang awak juga harapkan.
594
00:44:37,425 --> 00:44:38,426
Tidak.
595
00:44:40,678 --> 00:44:44,391
Saya cuma harapkan keselamatan tuan,
bukan berdiam diri.
596
00:44:50,563 --> 00:44:51,815
Tapi peliknya,
597
00:44:54,484 --> 00:44:55,944
sejak saya jumpa awak,
598
00:44:58,113 --> 00:45:00,281
semakin sukar
untuk sembunyikan perasaan saya.
599
00:45:03,284 --> 00:45:04,953
Semakin saya cuba sembunyikan,
600
00:45:06,746 --> 00:45:08,081
ia jadi semakin jelas.
601
00:45:11,251 --> 00:45:12,544
Mungkin sebab itulah
602
00:45:13,711 --> 00:45:16,214
awak dah tahu perasaan saya…
603
00:45:19,634 --> 00:45:21,177
terhadap awak.
604
00:45:22,846 --> 00:45:24,180
Walaupun dah tahu,
605
00:45:26,474 --> 00:45:28,184
awak tak tunjuk.
606
00:45:29,352 --> 00:45:30,270
Itu kejam.
607
00:45:31,020 --> 00:45:32,480
Sebab itu tugas saya.
608
00:45:36,359 --> 00:45:37,735
Macam mana kalau…
609
00:45:40,405 --> 00:45:41,823
Macam mana kalau…
610
00:45:45,743 --> 00:45:47,745
Kalau saya batalkan
perkahwinan dengan Si-a…
611
00:45:50,498 --> 00:45:51,708
awak akan suka saya?
612
00:45:54,043 --> 00:45:55,670
Kalau saya lepaskan
613
00:45:55,753 --> 00:45:58,006
gelaran saya dan jadi lelaki biasa…
614
00:46:00,091 --> 00:46:01,468
awak akan suka saya?
615
00:46:05,597 --> 00:46:08,391
Tuan kata nak saya kerja lama.
616
00:46:10,560 --> 00:46:12,395
Sama juga dengan saya.
617
00:46:14,355 --> 00:46:15,815
Ini cuma andaian.
618
00:46:17,734 --> 00:46:18,818
Kalau itu berlaku?
619
00:46:22,614 --> 00:46:24,741
Macam mana kalau
salah seorang daripada kita…
620
00:46:28,786 --> 00:46:30,246
lelaki dan perempuan?
621
00:46:34,792 --> 00:46:36,544
Awak akan suka saya?
622
00:46:38,922 --> 00:46:41,799
Tuan kata tak suka andaian yang sia-sia.
623
00:46:41,883 --> 00:46:45,428
Kalau betul pun,
apa yang tuan cakap takkan berlaku.
624
00:46:47,639 --> 00:46:49,474
Saya kata akan jaga tuan.
625
00:46:50,767 --> 00:46:53,186
Saya tak pernah kata
saya ada perasaan terhadap tuan.
626
00:46:58,107 --> 00:46:59,651
Tapi kenapa saya rasa…
627
00:47:02,820 --> 00:47:05,323
awak juga ada perasaan terhadap saya?
628
00:48:34,245 --> 00:48:35,538
Tidak.
629
00:48:42,712 --> 00:48:43,755
Tuan berdebar?
630
00:48:44,589 --> 00:48:46,007
Saya langsung tak berdebar.
631
00:48:49,135 --> 00:48:50,386
Tuan terpana?
632
00:48:50,470 --> 00:48:51,971
Saya tak rasa apa-apa.
633
00:48:52,055 --> 00:48:54,057
-Apa…
-Tuan nak bukti lagi?
634
00:48:59,270 --> 00:49:01,147
Apa yang awak buat ini?
635
00:49:01,230 --> 00:49:02,607
Walaupun cium 100 kali,
636
00:49:03,483 --> 00:49:04,984
saya takkan rasa apa-apa.
637
00:49:09,197 --> 00:49:10,907
Saya takkan pernah rasa perasaan ini
638
00:49:12,700 --> 00:49:15,370
kalau bukan kerana awak.
639
00:49:19,457 --> 00:49:22,418
Saya akan pura-pura tak dengar.
640
00:49:44,107 --> 00:49:44,941
Biar saya pandu.
641
00:49:49,153 --> 00:49:50,697
Kalau tuan terus begini,
642
00:49:51,739 --> 00:49:53,658
saya terpaksa berhenti.
643
00:49:53,741 --> 00:49:55,952
Itu saja ugutan yang awak ada?
644
00:49:56,035 --> 00:49:58,162
Awak fikir saya akan berdiam diri
645
00:49:58,246 --> 00:50:00,415
kalau awak anggap ini
salah guna kuasa saya?
646
00:50:00,498 --> 00:50:02,333
Kita tak ada masa untuk ini.
647
00:50:02,667 --> 00:50:03,835
Bukankah tuan kata
648
00:50:05,002 --> 00:50:06,295
akan cari dana haram itu?
649
00:50:07,922 --> 00:50:10,466
Tuan juga umpan polis
dengan pen perakam itu.
650
00:50:10,550 --> 00:50:12,301
Candelier, susu dan tali pinggang…
651
00:50:12,385 --> 00:50:14,053
Tuan dalam bahaya beberapa kali.
652
00:50:15,096 --> 00:50:16,931
Tuan perlu hadapi realiti dulu
653
00:50:17,432 --> 00:50:19,100
apabila dalam bahaya.
654
00:50:19,183 --> 00:50:21,978
Kalau boleh, saya takkan berdiri di sini
macam orang gila.
655
00:50:38,202 --> 00:50:39,245
Awak dah…
656
00:50:41,914 --> 00:50:43,332
jadi realiti saya.
657
00:50:45,877 --> 00:50:46,836
Saya…
658
00:50:49,464 --> 00:50:51,174
suka awak, Kang Jae-hee.
659
00:51:30,838 --> 00:51:31,756
Sayang.
660
00:52:06,457 --> 00:52:07,708
Kenapa?
661
00:52:14,715 --> 00:52:16,467
Masukkan gear neutral.
662
00:52:18,052 --> 00:52:19,470
Tak boleh. Tak berfungsi.
663
00:52:23,641 --> 00:52:25,142
Tn. Yoon!
664
00:52:25,977 --> 00:52:27,019
Kang Jae-hee.
665
00:53:28,998 --> 00:53:31,250
Tentu awak penjenayah sebenar.
666
00:53:32,710 --> 00:53:33,961
Saya yang lindungi dia.
667
00:54:10,539 --> 00:54:12,208
Saya takkan benarkan.
668
00:55:38,044 --> 00:55:39,503
Kalau begitu,
669
00:55:40,087 --> 00:55:43,966
kita akan mulakan upacara
memperingati Michaela Na Ji-hyun.
670
00:55:44,633 --> 00:55:48,220
Dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus.
671
00:55:48,721 --> 00:55:49,597
Amin.
672
00:55:52,725 --> 00:55:54,560
Saudara dan saudari sekalian,
673
00:55:54,643 --> 00:55:59,482
kita berkumpul di sini hari ini
untuk memperingati Michaela Na Ji-hyun.
674
00:56:00,274 --> 00:56:04,737
Atas belas kasihan Tuhan
terhadap mendiang Michaela Na Ji-hyun,
675
00:56:05,321 --> 00:56:06,697
kita mulakan upacara…
676
00:56:06,781 --> 00:56:07,740
PEN PERAKAM DIPEROLEH
677
00:56:07,823 --> 00:56:09,992
…dengan doa untuk keamanan dan ketenangan
678
00:56:10,618 --> 00:56:12,870
bagi kita yang masih hidup.
679
00:56:20,503 --> 00:56:21,879
JALAN DITUTUP
680
00:56:30,513 --> 00:56:32,807
Awak okey? Awak dengar?
681
00:56:34,391 --> 00:56:36,185
Awak perlu bertenang.
682
00:56:36,644 --> 00:56:38,312
Awak dalam kesakitan?
683
00:56:39,146 --> 00:56:40,940
Ada seorang lagi bersama saya.
684
00:56:41,023 --> 00:56:43,067
-Setiausaha saya bersama saya.
-Betul.
685
00:56:43,150 --> 00:56:45,194
-Kami baru selesai merawat penumpang.
-Ya.
686
00:56:47,071 --> 00:56:49,365
Apa yang berlaku? Dia cedera terukkah?
687
00:56:49,698 --> 00:56:52,868
Kecederaannya serius, jadi kami akan bawa
ke wad kecemasan terdekat.
688
00:56:52,952 --> 00:56:54,787
Awak penjaga wanita itu?
689
00:56:57,998 --> 00:57:00,209
Awak kata "wanita"?
690
00:57:02,795 --> 00:57:03,963
Sekejap!
691
00:57:24,692 --> 00:57:28,279
Saya pasti ada beberapa orang
salah faham tentang awak di kem tentera.
692
00:57:29,321 --> 00:57:31,991
Ada sesiapa pernah beritahu
yang awak cantik?
693
00:57:34,827 --> 00:57:35,870
Apa awak buat?
694
00:57:36,537 --> 00:57:37,997
Saya penyangkut baju tuan.
695
00:57:38,080 --> 00:57:42,334
Jadi kenapa penyangkut baju berpaling?
696
00:57:42,418 --> 00:57:43,794
Awak okey, Pasukan Khas?
697
00:57:45,588 --> 00:57:47,381
Awak betul-betul malukah?
698
00:57:55,264 --> 00:57:59,226
Ingat saya kata saya akan jatuh cinta
kalau awak perempuan?
699
00:58:00,186 --> 00:58:02,354
Kalau saya betul-betul perempuan,
700
00:58:04,273 --> 00:58:05,566
tuan akan jatuh cinta?
701
00:58:06,775 --> 00:58:09,486
Itu perkara sia-sia.
702
00:58:55,908 --> 00:58:57,910
TERIMA KASIH CHOI HEE-JIN DAN JUNG YOO-MIN
703
00:59:02,539 --> 00:59:03,791
Kenapa awak…
704
00:59:03,874 --> 00:59:05,668
Saya nak jadi teman lelaki awak.
705
00:59:05,751 --> 00:59:06,585
Saya suka…
706
00:59:06,669 --> 00:59:08,671
Awak jadi manja dan ditolak lagi?
707
00:59:09,505 --> 00:59:11,048
Itu tak berlaku!
708
00:59:11,131 --> 00:59:12,466
Awak dah gila.
709
00:59:12,549 --> 00:59:14,885
Kenapa tak cakap
awak sengaja hilangkan pen itu?
710
00:59:14,969 --> 00:59:17,137
Tapi lama-kelamaan, saya menyesal.
711
00:59:17,221 --> 00:59:18,973
Macam mana awak boleh beri hati awak?
712
00:59:19,056 --> 00:59:22,101
Awak patut beritahu saya
semasa saya luahkan perasaan kepada awak.
713
00:59:22,184 --> 00:59:23,936
Saya pengecut, Tn. Yoon.
714
00:59:24,019 --> 00:59:26,272
Datang dan umumkan perkahwinan.
715
00:59:26,355 --> 00:59:27,773
Saya cintakan Jae-hee.
716
00:59:28,440 --> 00:59:30,109
Jadi jangan ganggu dia.
717
00:59:30,484 --> 00:59:33,487
Terjemahan sari kata oleh: Kamelia Narisya