1 00:00:07,007 --> 00:00:09,009 Kisah ini adalah rekaan semata-mata 2 00:00:09,092 --> 00:00:10,928 Keselamatan haiwan dan kanak-kanak diutamakan 3 00:00:16,016 --> 00:00:17,267 Berdasarkan Siri WEBTOON 4 00:00:17,351 --> 00:00:18,352 oleh Alphatart, Sumpul, HereLee 5 00:00:38,038 --> 00:00:40,666 THE REMARRIED EMPRESS 6 00:01:22,499 --> 00:01:23,500 Mari. 7 00:02:12,799 --> 00:02:16,386 KERAJAAN BARAT 8 00:03:07,312 --> 00:03:08,313 Tuanku. 9 00:03:26,331 --> 00:03:27,332 Awak dah sampai. 10 00:03:51,773 --> 00:03:53,316 Tuanku nampak sihat. 11 00:03:56,111 --> 00:03:57,112 Heinrey, 12 00:03:58,238 --> 00:03:59,239 awak masih ingat? 13 00:04:01,324 --> 00:04:03,535 Zamrud hijau yang tertanam pada dinding merah, 14 00:04:04,536 --> 00:04:05,537 kampung halaman kita. 15 00:04:09,082 --> 00:04:10,750 Tempat yang kita tak boleh kembali. 16 00:04:15,714 --> 00:04:17,215 Itulah ibu kota Kerajaan Barat. 17 00:04:23,346 --> 00:04:25,432 Abang tak pernah lupakannya. 18 00:04:46,453 --> 00:04:48,205 Semasa abang menaiki takhta, 19 00:04:49,039 --> 00:04:52,334 abang dah bersumpah takkan naik kereta kuda lagi 20 00:04:52,417 --> 00:04:54,836 sehingga kita rampas pelabuhan dari Empayar Timur. 21 00:04:55,712 --> 00:04:57,631 Selepas tuanku dah sihat, 22 00:04:58,298 --> 00:04:59,758 kita akan merampasnya semula. 23 00:05:00,342 --> 00:05:01,343 Heinrey. 24 00:05:07,808 --> 00:05:08,809 Tak lama lagi… 25 00:05:11,186 --> 00:05:12,437 awak akan menaiki takhta. 26 00:05:14,606 --> 00:05:15,857 Dengar sini baik-baik. 27 00:05:16,566 --> 00:05:18,568 Kerajaan Barat mampu berdiri teguh 28 00:05:18,819 --> 00:05:20,904 disebabkan keluarga permaisuri. 29 00:05:20,987 --> 00:05:23,031 Kalau awak tak dapat sokongan mereka, 30 00:05:24,324 --> 00:05:26,201 negara ini akan jadi huru-hara. 31 00:05:26,993 --> 00:05:28,578 Untuk mengekalkan sokongan, 32 00:05:29,329 --> 00:05:30,330 awak mungkin perlu… 33 00:05:35,794 --> 00:05:39,422 Awak mungkin perlu kahwini Krista. 34 00:05:50,183 --> 00:05:51,852 Abang minta maaf 35 00:05:52,936 --> 00:05:54,312 sebab merampas Krista. 36 00:05:56,273 --> 00:05:57,274 Abang tak boleh 37 00:05:58,149 --> 00:05:59,651 melawan takdir. 38 00:06:00,652 --> 00:06:02,070 Abang nak rampas pelabuhan 39 00:06:02,320 --> 00:06:04,489 dan wariskan Kerajaan Barat… 40 00:06:07,868 --> 00:06:08,869 kepada awak. 41 00:06:09,786 --> 00:06:10,787 Tapi akhirnya, 42 00:06:11,496 --> 00:06:13,290 abang hanya mampu wariskan kesakitan. 43 00:06:14,541 --> 00:06:15,542 Tuanku. 44 00:06:15,625 --> 00:06:16,668 Heinrey. 45 00:06:20,922 --> 00:06:22,674 Adikku sayang. 46 00:06:24,426 --> 00:06:26,261 Panggil abang, "abang". 47 00:06:35,520 --> 00:06:36,521 Abang. 48 00:06:37,022 --> 00:06:38,023 Ingat. 49 00:06:38,773 --> 00:06:39,941 Sama seperti dulu… 50 00:06:43,695 --> 00:06:45,363 Abang sentiasa ada di sisi awak. 51 00:07:31,826 --> 00:07:34,287 Berita kemangkatan Walton III 52 00:07:34,746 --> 00:07:37,624 membuatkan beta sedih, seperti kehilangan seorang kawan. 53 00:07:39,626 --> 00:07:42,379 Beta dan seluruh Empayar Timur 54 00:07:42,462 --> 00:07:45,090 berkongsi kesedihan rakyat Kerajaan Barat. 55 00:07:45,173 --> 00:07:50,428 Patik akan sampaikan ucapan takziah tuanku kepada Raja Heinrey. 56 00:07:50,887 --> 00:07:54,015 Urusan pewarisan takhta sedang berjalan lancar? 57 00:07:54,099 --> 00:07:57,811 Putera Heinrey, adik kepada Walton III, sudah menaiki takhta. 58 00:07:58,269 --> 00:08:00,563 Baginda menguruskan pengebumian serta pertabalan. 59 00:08:01,147 --> 00:08:05,985 Beta doakan semoga Raja Heinrey menjadi pemerintah yang baik. 60 00:08:12,117 --> 00:08:14,035 Heinrey dah jadi raja rupanya. 61 00:08:14,119 --> 00:08:18,039 Baginda keluar dari istana, berfoya-foya dan tak masuk campur politik. 62 00:08:18,123 --> 00:08:21,292 Walaupun baginda sudah jadi raja, kaum bangsawan akan menindasnya. 63 00:08:24,045 --> 00:08:27,549 Majlis Tetua Kerajaan Barat masih teguh? 64 00:08:27,632 --> 00:08:31,469 Duke Zemensia selaku penguasa majlis, berkongsi pengaruh dengan mendiang raja. 65 00:08:31,553 --> 00:08:35,515 Kami tak tahu hubungan apa yang diharapkan dengan Raja Heinrey. 66 00:08:35,598 --> 00:08:38,852 Mungkin ada pergolakan akan berlaku sebelum kuasa baru stabil. 67 00:08:38,935 --> 00:08:42,605 Raja Heinrey penuh muslihat, bukan senang nak berurusan dengannya. 68 00:08:43,773 --> 00:08:45,191 Apa pendapat awak? 69 00:08:46,943 --> 00:08:48,153 Semasa dia di sini, 70 00:08:49,154 --> 00:08:50,697 dia sangat rapat dengan awak. 71 00:08:53,491 --> 00:08:56,661 Ramai delegasi asing akan berkumpul untuk majlis pertabalannya. 72 00:08:57,162 --> 00:08:58,788 Demi menjaga nama Empayar Timur, 73 00:08:58,872 --> 00:09:01,249 kita perlu berhati-hati memilih ahli delegasi. 74 00:09:03,043 --> 00:09:05,962 Bincang dengan menteri luar negeri untuk pilih ahli delegasi. 75 00:09:11,468 --> 00:09:14,012 Awak mesti takkan hadiri 76 00:09:15,889 --> 00:09:16,890 majlis Rashta… 77 00:09:18,683 --> 00:09:20,101 untuk menyambut kehamilannya. 78 00:09:22,812 --> 00:09:24,773 Itu lebih baik sebenarnya. 79 00:09:25,607 --> 00:09:28,401 Kalau tak, tetamu yang datang untuk meraikan bayi itu 80 00:09:29,152 --> 00:09:31,237 akan rasa tak selesa 81 00:09:32,280 --> 00:09:33,865 disebabkan kehadiran awak. 82 00:09:45,376 --> 00:09:50,090 Bila tuanku nak benarkan Sir Kosair 83 00:09:50,173 --> 00:09:51,883 datang ke Istana Diraja? 84 00:09:52,300 --> 00:09:54,469 Beta perlu lihat keadaan Rashta dulu. 85 00:09:54,552 --> 00:09:57,931 Kalau keadaan dia bertambah teruk, Kosair perlu tanggung akibatnya. 86 00:09:58,014 --> 00:09:59,891 Kita perlu berhati-hati. 87 00:10:26,626 --> 00:10:30,547 Saya suruh Annie pergi Bilik Mawar untuk dapatkan maklumat. 88 00:10:30,630 --> 00:10:33,299 Sir Artina kata ada orang yang mencurigakan 89 00:10:33,383 --> 00:10:36,302 selalu melawat Cik Rashta, jadi saya pun siasat. 90 00:10:37,262 --> 00:10:38,429 Mencurigakan? 91 00:10:39,347 --> 00:10:40,348 Siapa? 92 00:10:40,431 --> 00:10:42,142 Bekas tuan Cik Rashta, 93 00:10:42,517 --> 00:10:43,768 Viscount Lotteshu. 94 00:10:45,103 --> 00:10:48,523 Maharaja tahu Rashta jumpa lelaki itu? 95 00:10:48,606 --> 00:10:51,359 - Rasanya tidak. - Bukan itu saja, tuanku. 96 00:10:51,442 --> 00:10:54,320 Patik diberitahu Cik Rashta sedang diperas ugut 97 00:10:54,404 --> 00:10:56,072 untuk menyerahkan wang dan barang kemasnya. 98 00:11:00,952 --> 00:11:02,453 Ini kali terakhir. 99 00:11:03,371 --> 00:11:04,664 Semua barang aku dah habis. 100 00:11:18,386 --> 00:11:20,680 Mesti dia simpan rahsia Rashta. 101 00:11:20,763 --> 00:11:22,765 Itulah sangkaan patik. 102 00:11:24,350 --> 00:11:25,977 Apa rahsia yang dia tahu? 103 00:11:28,313 --> 00:11:31,274 Patik dapat tahu dia baru pindah ke ibu kota. 104 00:11:35,653 --> 00:11:36,779 Kalau tuanku setuju, 105 00:11:37,280 --> 00:11:39,991 patik akan siasat Viscount Lotteshu. 106 00:11:53,463 --> 00:11:54,797 Aduhai! 107 00:11:55,798 --> 00:11:58,927 Kata orang, ini majlis paling meriah selepas Majlis Tahun Baru. 108 00:12:06,935 --> 00:12:07,936 Anakku, 109 00:12:08,811 --> 00:12:10,605 awak dengar bunyi di luar ini? 110 00:12:11,689 --> 00:12:13,608 Semua orang bangsawan sombong 111 00:12:13,691 --> 00:12:15,944 datang ke sini untuk melawat awak. 112 00:12:16,611 --> 00:12:18,780 Orang-orang yang pandang ibu dengan hina 113 00:12:18,863 --> 00:12:22,992 sedang beratur membawa hadiah untuk memenangi hati awak. 114 00:12:24,369 --> 00:12:25,787 Mereka semua 115 00:12:25,870 --> 00:12:27,914 akan tunduk di depan awak nanti. 116 00:12:40,802 --> 00:12:41,803 Tuanku. 117 00:12:45,515 --> 00:12:46,557 Awak tak letih? 118 00:12:47,183 --> 00:12:48,184 Patik tak apa-apa. 119 00:12:55,858 --> 00:12:56,859 Mana cincin awak? 120 00:12:57,610 --> 00:12:58,611 Yang mana? 121 00:12:58,695 --> 00:12:59,696 Yang mana lagi? 122 00:13:00,071 --> 00:13:02,240 Cincin Merah Delima dengan batu permata merah. 123 00:13:18,256 --> 00:13:20,925 Tangan patik bengkak, jadi patik tanggal sekejap. 124 00:13:23,219 --> 00:13:25,930 Itu boleh sembuhkan awak. Awak kena pakai selalu. 125 00:13:26,806 --> 00:13:29,142 Ia akan menjadikan awak lebih sihat. 126 00:13:30,518 --> 00:13:31,519 Apa? 127 00:13:31,602 --> 00:13:34,981 Kali pertama kita bertemu, badan awak dipenuhi luka, bukan? 128 00:13:36,691 --> 00:13:40,361 Beta berikan awak cincin itu supaya awak lekas sembuh. 129 00:13:42,030 --> 00:13:44,991 Ia khazanah mistik diraja yang diwarisi turun-temurun. 130 00:13:50,580 --> 00:13:51,789 Tuanku. 131 00:14:26,032 --> 00:14:27,075 Kenapa? 132 00:14:38,127 --> 00:14:39,128 Siapa? 133 00:14:41,422 --> 00:14:42,423 Apa? 134 00:14:43,257 --> 00:14:45,676 Aku datang nak ambil barang penting. 135 00:14:46,052 --> 00:14:47,053 Apa dia? 136 00:14:47,720 --> 00:14:49,806 Cincin yang ada batu permata merah. 137 00:14:51,974 --> 00:14:54,018 Kau kena pulangkan cincin itu. 138 00:14:54,102 --> 00:14:55,436 Aku tak simpan. 139 00:14:56,020 --> 00:14:57,021 Apa maksud kau? 140 00:14:57,605 --> 00:14:58,606 Aku dah jual. 141 00:15:00,024 --> 00:15:01,025 Kau tak boleh jual. 142 00:15:01,734 --> 00:15:03,444 Tak boleh. Pergi cari sekarang. 143 00:15:03,528 --> 00:15:06,364 Kalau kau tak jumpa, semua orang akan dihukum! 144 00:15:06,447 --> 00:15:08,741 Maharaja sedang cari cincin itu. 145 00:15:12,036 --> 00:15:13,121 Dia tahu tentangnya? 146 00:15:13,538 --> 00:15:16,541 Maharaja suruh Cik Rashta pakai cincin itu sekarang juga. 147 00:15:16,624 --> 00:15:19,252 Kalau dia tahu kau yang ambil, 148 00:15:19,335 --> 00:15:21,337 kau, aku dan Cik Rashta… 149 00:15:21,420 --> 00:15:23,548 Kita semua akan dihukum! 150 00:15:24,882 --> 00:15:27,009 Tunggu. Biar aku pergi ambil balik. 151 00:15:31,597 --> 00:15:32,598 Tak guna. 152 00:15:50,616 --> 00:15:51,617 Tak guna. 153 00:16:36,495 --> 00:16:38,998 Makanlah dulu. Awak mati kebuluran nanti. 154 00:16:44,545 --> 00:16:46,505 KEDAI PAJAK GADAI SENARAI BARANG LELONGAN 155 00:16:47,506 --> 00:16:50,218 - Apa ini? - Awak tahu kedai pajak gadai itu? 156 00:16:50,801 --> 00:16:52,720 Ini senarai barang lelongan. 157 00:16:53,804 --> 00:16:55,431 Ada sesuatu yang menarik. 158 00:16:59,894 --> 00:17:02,688 Ini batu delima merah. 159 00:17:03,522 --> 00:17:04,774 Ini cincin maharaja? 160 00:17:06,359 --> 00:17:08,361 Ia ada di kedai pajak gadai? 161 00:17:21,707 --> 00:17:23,709 Buka pintu cepat! 162 00:17:23,793 --> 00:17:25,002 Buka pintu kedai! Buka! 163 00:17:26,671 --> 00:17:29,423 - Bukalah. - Apa masalah kamu semua? Aduhai. 164 00:17:30,675 --> 00:17:32,385 Kedai dah tutup. Datang balik esok… 165 00:17:33,469 --> 00:17:34,470 Tuan. 166 00:17:34,554 --> 00:17:36,806 Kau tahu cincin yang aku nak lelongkan? 167 00:17:36,889 --> 00:17:39,058 - Pulangkan balik. - Itu… 168 00:17:40,434 --> 00:17:42,395 Kenapa? Mana cincin itu? 169 00:17:44,355 --> 00:17:45,606 Kau cari cincin ini? 170 00:17:47,858 --> 00:17:49,235 Dia dah beli. 171 00:17:49,318 --> 00:17:51,612 Lajunya kau jual. 172 00:17:57,785 --> 00:18:01,247 Aku dah tukar fikiran. Aku nak balik cincin itu. 173 00:18:03,583 --> 00:18:05,501 Harganya dah naik sikit, 174 00:18:07,461 --> 00:18:08,921 tapi kita cuba tawar dulu. 175 00:18:09,505 --> 00:18:10,506 Tawar? 176 00:18:13,968 --> 00:18:15,970 Mesti kau orang baru. 177 00:18:17,471 --> 00:18:19,348 Aku Lotteshu. 178 00:18:19,932 --> 00:18:23,519 Kalau kau tinggal di sini, mesti kau kenal aku. 179 00:18:24,562 --> 00:18:26,063 Tak apalah, itu tak penting. 180 00:18:26,564 --> 00:18:27,773 Aku nak cepat. 181 00:18:28,190 --> 00:18:29,191 Aku boleh bayar… 182 00:18:32,528 --> 00:18:34,030 Aku kenal kau. 183 00:18:34,739 --> 00:18:37,533 Aku Kosair. 184 00:18:37,617 --> 00:18:38,618 Kosair? 185 00:18:39,744 --> 00:18:40,870 Jeneral yang kejam itu? 186 00:19:09,106 --> 00:19:10,650 Aku bayar 5,000 cran kalau kau bunuh dia, 187 00:19:13,194 --> 00:19:16,280 dan 10,000 cran kalau dia ditangkap hidup-hidup. 188 00:19:48,354 --> 00:19:49,355 Cincin ini… 189 00:19:50,147 --> 00:19:52,024 Betina itu yang beri kepada kau? 190 00:19:52,108 --> 00:19:54,568 Betina mana, tuan? 191 00:19:54,652 --> 00:19:59,615 Betina yang pernah jadi hamba kau dan sekarang dah jadi gundik maharaja. 192 00:20:00,866 --> 00:20:01,867 Kau tak nak jawab? 193 00:20:02,618 --> 00:20:03,619 Ya. 194 00:20:03,703 --> 00:20:04,704 Kau… 195 00:20:05,871 --> 00:20:07,707 Kau sedang peras ugut dia? 196 00:20:08,457 --> 00:20:11,836 Kau nak beritahu semua orang dia pernah jadi hamba? 197 00:20:14,797 --> 00:20:16,465 Sebab itu kau boleh peras ugut dia? 198 00:20:19,260 --> 00:20:20,261 Ya. 199 00:20:20,344 --> 00:20:22,263 Ya, betul. 200 00:20:27,977 --> 00:20:29,270 Aku kata, jangan menipu. 201 00:20:32,148 --> 00:20:35,860 Maharaja dah tahu Rashta seorang hamba. 202 00:20:36,777 --> 00:20:38,237 Tak mungkin sebab itu kau ugut dia. 203 00:20:40,197 --> 00:20:41,407 Mesti ada rahsia lain. 204 00:20:42,074 --> 00:20:43,075 Betul tak? 205 00:20:48,164 --> 00:20:53,794 Rahsia antara kau dan Rashta yang maharaja tak tahu. 206 00:20:55,588 --> 00:20:56,589 Beritahu aku. 207 00:21:00,217 --> 00:21:01,761 Kalau kau menipu lagi, 208 00:21:02,219 --> 00:21:04,346 aku korek mata kau yang sebelah lagi. 209 00:21:06,307 --> 00:21:09,185 Anaknya! Dia ada anak… 210 00:21:09,268 --> 00:21:11,937 Dia ada anak. Ada anak… 211 00:21:13,898 --> 00:21:14,899 Anak? 212 00:21:15,775 --> 00:21:16,776 Anak apa? 213 00:21:18,235 --> 00:21:20,362 Rashta pernah melahirkan anak. 214 00:21:25,576 --> 00:21:26,577 Biar betul? 215 00:21:27,536 --> 00:21:28,537 Siapa ayahnya? 216 00:21:28,621 --> 00:21:32,333 Betina itu goda anak aku menggunakan rupanya. 217 00:21:37,129 --> 00:21:39,673 Maksudnya bayi yang Rashta lahirkan itu 218 00:21:40,674 --> 00:21:41,884 cucu kau? 219 00:21:41,967 --> 00:21:43,803 Betina itu gunakan bayinya 220 00:21:43,886 --> 00:21:45,846 dan cakap dia akan kahwini anak aku. 221 00:21:46,347 --> 00:21:49,850 Jadi, aku hukum dia. Sebab itu dia lari. 222 00:21:50,851 --> 00:21:51,852 Dia lari, ya? 223 00:22:07,618 --> 00:22:09,161 Celaka, Rashta… 224 00:22:19,588 --> 00:22:20,756 Siapa kau? 225 00:22:23,717 --> 00:22:24,718 Ini aku. 226 00:22:26,512 --> 00:22:27,513 Siapa mereka? 227 00:22:27,596 --> 00:22:28,931 Pembunuh upahan Charles. 228 00:22:29,014 --> 00:22:30,015 Charles? 229 00:22:38,274 --> 00:22:40,192 Celaka betul! 230 00:22:51,537 --> 00:22:54,331 Buka ikatan aku dulu. Hei, Kosair! 231 00:23:03,007 --> 00:23:04,884 Hantar cincin ini kepada maharani. 232 00:23:04,967 --> 00:23:06,302 Tentang Rashta… 233 00:23:06,886 --> 00:23:08,846 - Saya dengar semuanya. - Bagus. 234 00:23:36,832 --> 00:23:38,375 Pergi, nanti Navier terlibat. 235 00:23:38,459 --> 00:23:40,169 - Pergi. - Jeneral. 236 00:23:40,252 --> 00:23:41,337 Itu arahan. 237 00:23:41,712 --> 00:23:42,713 Pergi sekarang. 238 00:24:11,200 --> 00:24:14,244 Apa dia? Kenapa? Tunggu. 239 00:24:15,537 --> 00:24:19,166 Apa? Tunggu. Kita nak ke mana? 240 00:24:19,249 --> 00:24:20,793 Kita nak ke mana? 241 00:24:20,876 --> 00:24:23,170 Tunggu! Hei, tunggu! 242 00:24:23,671 --> 00:24:25,422 Hei, tunggu! 243 00:24:41,981 --> 00:24:44,233 Tuanku tak tidur malam tadi? 244 00:24:47,069 --> 00:24:49,321 Apa yang tuanku baca hingga tak boleh tidur? 245 00:24:49,405 --> 00:24:51,073 Senarai aset diraja, 246 00:24:51,782 --> 00:24:53,409 masalah kutipan cukai, 247 00:24:53,492 --> 00:24:55,202 penempatan tentera di sempadan… 248 00:24:56,036 --> 00:24:57,287 Banyaknya masalah. 249 00:24:58,288 --> 00:25:01,583 Tak sangka abang beta uruskan semua ini semasa dia sakit teruk. 250 00:25:04,628 --> 00:25:06,505 Apa pendapat tuanku… 251 00:25:08,632 --> 00:25:10,384 tentang Lady Krista pula? 252 00:25:16,390 --> 00:25:18,851 Tuanku cakap tuanku takkan ikut arahan Majlis Tetua. 253 00:25:20,936 --> 00:25:23,439 Mereka semua yakin perkahwinan 254 00:25:23,522 --> 00:25:26,233 antara tuanku berdua akan berlaku. 255 00:25:26,775 --> 00:25:28,736 - Apa pendapat awak? - Patik? 256 00:25:30,279 --> 00:25:32,906 Patik pula 257 00:25:32,990 --> 00:25:34,992 akan terus berada di sisi tuanku, 258 00:25:36,160 --> 00:25:38,328 walau apa pun keputusan tuanku. 259 00:25:38,412 --> 00:25:41,957 Walaupun beta dihalau keluar sebab enggan patuh pada mereka? 260 00:25:42,041 --> 00:25:44,501 Patik akan berseronok dengan tuanku di luar. 261 00:25:44,960 --> 00:25:47,504 Orang yang setia dengan tuanku 262 00:25:47,588 --> 00:25:49,465 dan akan sentiasa menemani tuanku 263 00:25:50,257 --> 00:25:51,592 ialah patik, McKenna. 264 00:25:56,472 --> 00:25:58,015 Walau apa pun keputusan beta? 265 00:25:59,391 --> 00:26:00,434 Asalkan bukan… 266 00:26:02,519 --> 00:26:03,854 Maharani Empayar Timur. 267 00:26:04,480 --> 00:26:05,773 Kalau bukan maharani, 268 00:26:06,523 --> 00:26:08,776 patik akan sokong siapa pun 269 00:26:09,359 --> 00:26:10,527 yang tuanku pilih. 270 00:26:11,320 --> 00:26:12,488 Itulah maksud patik. 271 00:26:19,995 --> 00:26:20,996 McKenna. 272 00:26:22,289 --> 00:26:23,290 Ya, tuanku. 273 00:26:24,333 --> 00:26:25,334 Awak tahu tak? 274 00:26:26,794 --> 00:26:28,087 Beta betul-betul rindu dia. 275 00:26:32,633 --> 00:26:33,884 Semasa beta buka buku, 276 00:26:35,511 --> 00:26:37,054 sehingga beta tutup buku. 277 00:26:39,056 --> 00:26:40,099 Dari waktu pagi, 278 00:26:40,891 --> 00:26:42,017 hingga waktu malam. 279 00:26:43,811 --> 00:26:44,978 Bila bulan menjelma, 280 00:26:45,979 --> 00:26:47,356 bila beta lihat bunga-bunga. 281 00:26:49,650 --> 00:26:50,984 Beta rasa, 282 00:26:52,694 --> 00:26:54,571 semuanya berkaitan dengan dia. 283 00:26:57,157 --> 00:26:58,700 Semua tempat di dunia ini, 284 00:27:00,494 --> 00:27:01,787 ada jejaknya… 285 00:27:03,080 --> 00:27:04,081 dan bau wanginya. 286 00:27:58,594 --> 00:28:01,555 Ada khabar daripada Sir Artina? 287 00:28:02,139 --> 00:28:04,433 Belum lagi, tuanku. 288 00:28:15,152 --> 00:28:16,987 - Itu kerja Kosair? - Betul, tuanku. 289 00:28:17,070 --> 00:28:19,781 Dia tangkap Viscount Lotteshu dan menyeksanya 290 00:28:19,865 --> 00:28:22,534 untuk mengetahui rahsia Cik Rashta. 291 00:28:23,452 --> 00:28:24,912 Rahsia Rashta… 292 00:28:24,995 --> 00:28:27,289 Mesti dia nak buktikan 293 00:28:27,372 --> 00:28:29,583 Cik Rashta hamba kepada Viscount Lotteshu. 294 00:28:30,292 --> 00:28:34,004 Dia nak burukkan nama anak Cik Rashta 295 00:28:34,087 --> 00:28:38,008 dengan status hamba ibunya sebelum bayi itu dilahirkan. 296 00:28:38,967 --> 00:28:42,596 Tuanku mesti ambil tindakan ke atas Sir Kosair. 297 00:28:42,679 --> 00:28:44,514 Dia takkan berhenti. 298 00:28:44,598 --> 00:28:45,599 Dia akan… 299 00:28:46,475 --> 00:28:48,310 cederakan bayi itu. 300 00:28:50,228 --> 00:28:51,980 Bedebah. 301 00:28:52,481 --> 00:28:53,482 Tuanku. 302 00:28:54,399 --> 00:28:56,568 Tuanku mesti lindungi bayi itu. 303 00:28:57,152 --> 00:28:59,321 Walaupun bayi itu dikandung oleh gundik, 304 00:28:59,404 --> 00:29:02,199 dia masih darah daging tuanku. 305 00:29:02,282 --> 00:29:03,742 Ada kemungkinan 306 00:29:04,368 --> 00:29:07,788 bayi itu akan mewarisi takhta, bukan? 307 00:29:15,379 --> 00:29:16,380 Apa maksud awak? 308 00:29:18,715 --> 00:29:20,050 Yang Mulia Maharani 309 00:29:20,759 --> 00:29:22,678 tak boleh mengandung. 310 00:29:31,061 --> 00:29:32,729 Takkan tuanku tak tahu? 311 00:29:35,232 --> 00:29:36,358 Kata-kata awak itu… 312 00:29:38,694 --> 00:29:40,278 Apa buktinya? 313 00:29:41,196 --> 00:29:42,280 Aduhai! 314 00:29:44,282 --> 00:29:47,703 Ia berlaku semasa kamu berdua masih kecil. 315 00:29:48,704 --> 00:29:51,999 Tuanku ingat semasa tuanku curi biskut 316 00:29:52,082 --> 00:29:53,792 di sebuah dewan 317 00:29:53,875 --> 00:29:56,628 semasa maharani terdahulu mengadakan majlis minum petang? 318 00:30:00,340 --> 00:30:01,967 Kamu makan biskut itu? 319 00:30:12,686 --> 00:30:13,687 Biskut? 320 00:30:14,187 --> 00:30:17,566 Tuanku rasa sebab apa 321 00:30:18,150 --> 00:30:20,610 gundik-gundik maharaja terdahulu gagal menimang anak? 322 00:30:22,029 --> 00:30:24,740 Biskut itu disediakan oleh maharani terdahulu, 323 00:30:24,823 --> 00:30:28,910 khas untuk gundik-gundik maharaja. 324 00:30:30,203 --> 00:30:31,329 Ia menyebabkan kemandulan 325 00:30:32,205 --> 00:30:33,874 yang tak boleh dirawat. 326 00:30:36,168 --> 00:30:37,836 - Kemandulan? - Ya, tuanku. 327 00:30:37,919 --> 00:30:40,172 Ia menyebabkan seseorang mandul, 328 00:30:40,255 --> 00:30:41,715 dan jika dimakan wanita hamil, 329 00:30:41,798 --> 00:30:43,425 kandungannya akan gugur. 330 00:30:57,022 --> 00:31:00,859 Kenapa awak rahsiakan semua ini? 331 00:31:02,986 --> 00:31:04,988 Awak ingat anak cucu awak 332 00:31:05,822 --> 00:31:09,951 boleh jadi maharaja kalau beta tiada pewaris? 333 00:31:10,494 --> 00:31:13,288 Bukan, tuanku! Jangan salah sangka! 334 00:31:13,371 --> 00:31:15,624 Patik takkan mengkhianati tuanku. 335 00:31:16,166 --> 00:31:19,836 Tapi patik dah berjanji dengan maharani terdahulu 336 00:31:19,920 --> 00:31:22,756 untuk merahsiakan perkara ini. 337 00:31:22,839 --> 00:31:25,926 Sebab itu patik rahsiakan. 338 00:31:32,182 --> 00:31:33,391 Janji? 339 00:31:36,770 --> 00:31:38,313 Awak kata "janji"? 340 00:31:42,275 --> 00:31:43,777 Awak seronok 341 00:31:45,237 --> 00:31:47,823 gunakan alasan itu sementara beta dan maharani 342 00:31:47,906 --> 00:31:51,493 berusaha mendapatkan anak? 343 00:31:52,077 --> 00:31:54,412 Patik betul-betul lega 344 00:31:54,496 --> 00:31:57,249 melihat tuanku subur. Patik tak tipu. 345 00:31:58,583 --> 00:32:01,711 Patik tak tahu cara nak meluahkan 346 00:32:02,295 --> 00:32:05,549 kesedihan patik terhadap masalah tuanku. 347 00:32:22,899 --> 00:32:23,900 Nampaknya, 348 00:32:25,360 --> 00:32:28,446 biskut itu hanya memberi kesan kepada kesuburan maharani. 349 00:32:30,740 --> 00:32:32,242 Kehamilan Cik Rashta 350 00:32:33,201 --> 00:32:35,537 membuktikan kesuburan tuanku, bukan? 351 00:32:37,122 --> 00:32:38,206 Lante! 352 00:32:42,377 --> 00:32:43,378 Ya, tuanku. 353 00:32:45,672 --> 00:32:49,009 Kosair sedang dikurung di rumah ladang Charles. 354 00:32:49,092 --> 00:32:50,677 Hantar kesateria ke sana 355 00:32:51,178 --> 00:32:53,180 dan bawa Kosair ke sini. 356 00:32:54,431 --> 00:32:56,141 Kurung dan asingkan dia 357 00:32:57,309 --> 00:32:59,060 supaya dia tak hubungi sesiapa. 358 00:33:11,698 --> 00:33:12,741 Pergi. 359 00:33:46,566 --> 00:33:50,028 Yang Mulia Maharani tak boleh mengandung. 360 00:33:51,029 --> 00:33:54,532 Tuanku rasa sebab apa 361 00:33:55,116 --> 00:33:57,869 gundik-gundik maharaja terdahulu gagal menimang anak? 362 00:33:57,953 --> 00:34:03,583 Ia menyebabkan kemandulan yang tak boleh dirawat. 363 00:34:11,800 --> 00:34:12,801 Awak sudah… 364 00:34:14,844 --> 00:34:15,929 buat semakan? 365 00:34:16,012 --> 00:34:17,013 Sudah, tuanku. 366 00:34:17,097 --> 00:34:20,600 Kami dah semak rekod pemerintahan, termasuk kitab undang-undang lama, 367 00:34:21,351 --> 00:34:22,936 tapi kami tak jumpa asas 368 00:34:23,019 --> 00:34:26,481 untuk mengangkat anak gundik menjadi pewaris takhta. 369 00:34:27,607 --> 00:34:29,526 Hanya anak yang dilahirkan maharani 370 00:34:30,318 --> 00:34:31,987 boleh menjadi pewaris… 371 00:34:40,912 --> 00:34:44,499 Awak dah tengok senarai delegasi yang disediakan oleh Duchy Baltin? 372 00:34:44,582 --> 00:34:45,583 Belum lagi. 373 00:34:45,667 --> 00:34:48,336 Katanya mereka akan diiringi oleh pedagang kaya. 374 00:34:48,420 --> 00:34:50,255 Mesti mereka merancang nak beli 375 00:34:50,672 --> 00:34:54,009 mineral-mineral khas Kerajaan Barat dengan harga yang murah. 376 00:34:54,634 --> 00:34:56,469 Nak masukkan pedagang sekali? 377 00:35:02,851 --> 00:35:04,853 Sir Artina dah kembali. 378 00:35:04,936 --> 00:35:06,605 Dia ingin jumpa tuanku sekarang. 379 00:35:15,113 --> 00:35:16,114 Awak cedera? 380 00:35:17,157 --> 00:35:18,658 - Panggil tabib… - Tunggu. 381 00:35:19,159 --> 00:35:21,369 Patik datang untuk melaporkan sesuatu. 382 00:35:21,870 --> 00:35:23,872 Nyawa Sir Kosair dalam bahaya, tuanku. 383 00:35:24,956 --> 00:35:26,041 Kosair? 384 00:35:26,625 --> 00:35:29,085 Dia suruh patik berikan cincin ini. 385 00:35:37,385 --> 00:35:40,221 Cik Rashta ada seorang anak. 386 00:35:42,265 --> 00:35:43,266 Anak? 387 00:35:44,726 --> 00:35:47,854 Anak itu hasil hubungannya dengan anak Viscount Lotteshu. 388 00:35:48,438 --> 00:35:50,649 Bayi itu berumur lima atau enam bulan. 389 00:36:03,203 --> 00:36:05,205 Kenapa tuanku teragak-agak? 390 00:36:05,288 --> 00:36:09,334 Keluarga Albani dan Cik Rashta bersekongkol untuk menipu maharaja. 391 00:36:09,417 --> 00:36:11,419 Tolong beritahu maharaja perkara sebenar 392 00:36:13,171 --> 00:36:14,798 dan selamatkan Sir Kosair. 393 00:36:19,094 --> 00:36:21,179 Kesateria maharaja sudah dihantar ke sana. 394 00:36:22,263 --> 00:36:23,348 Bukankah itu bermakna 395 00:36:24,474 --> 00:36:26,476 maharaja sudah tahu segalanya? 396 00:36:30,814 --> 00:36:32,315 Beta akan jumpa maharaja. 397 00:36:33,024 --> 00:36:34,234 Nampaknya tiada cara lain 398 00:36:34,901 --> 00:36:36,236 untuk selamatkan Kosair. 399 00:37:01,636 --> 00:37:02,929 Patik dah lakukan semua 400 00:37:03,430 --> 00:37:05,306 yang diarahkan tuanku, tapi… 401 00:37:08,059 --> 00:37:09,060 Lante. 402 00:37:10,812 --> 00:37:11,813 Ya, tuanku. 403 00:37:20,530 --> 00:37:21,531 Beta… 404 00:37:30,039 --> 00:37:31,458 perlu ceraikan maharani. 405 00:37:51,311 --> 00:37:52,312 Tuanku. 406 00:38:51,079 --> 00:38:52,664 Apa maksud tuanku? 407 00:38:55,959 --> 00:38:57,335 Tuanku nak bercerai? 408 00:38:58,211 --> 00:38:59,212 Betul. 409 00:39:00,630 --> 00:39:02,465 Beta akan ceraikan maharani. 410 00:39:04,092 --> 00:39:05,093 Kenapa… 411 00:39:06,094 --> 00:39:07,095 Maksud patik… 412 00:39:07,679 --> 00:39:09,848 Apa yang akan berlaku? 413 00:39:22,777 --> 00:39:24,404 Awak akan jadi maharani. 414 00:39:31,870 --> 00:39:33,329 Kalau maharani diceraikan, 415 00:39:34,998 --> 00:39:37,125 baginda takkan berdiam diri. 416 00:39:38,042 --> 00:39:40,086 Keluarganya pun takkan setuju. 417 00:39:41,129 --> 00:39:42,630 Sudah tentu. 418 00:39:42,714 --> 00:39:44,340 Apa tuanku akan buat? 419 00:39:46,134 --> 00:39:47,427 Beta akan uruskan. 420 00:39:48,678 --> 00:39:50,179 Awak tak perlu risau. 421 00:39:53,808 --> 00:39:55,226 Patik akan buat yang terbaik. 422 00:39:58,605 --> 00:39:59,606 Awak hanya perlu 423 00:40:00,732 --> 00:40:03,234 pastikan badan awak cukup sihat. 424 00:40:04,235 --> 00:40:05,361 Buat masa ini, 425 00:40:05,445 --> 00:40:07,906 awak perlu rahsiakan perkara ini. 426 00:41:16,933 --> 00:41:18,226 Saya akan jadi maharani? 427 00:41:23,147 --> 00:41:24,148 Saya? 428 00:41:36,828 --> 00:41:37,829 Maharani… 429 00:41:40,248 --> 00:41:41,249 Rashta. 430 00:41:47,463 --> 00:41:49,132 Maharani Empayar Timur, 431 00:41:50,633 --> 00:41:51,634 Rashta 432 00:41:52,552 --> 00:41:53,553 Ishka 433 00:41:54,971 --> 00:41:55,972 Botulin. 434 00:42:22,790 --> 00:42:25,209 Apa yang perlu dibuat oleh balu seorang raja? 435 00:42:25,293 --> 00:42:27,920 Balunya perlu keluar dan tinggal di estet di Compshire. 436 00:42:28,421 --> 00:42:31,382 Tiada undang-undang khusus, tapi ada dalam rekod pemerintahan. 437 00:42:31,966 --> 00:42:34,260 - Bawa rekod itu ke sini. - Baik, tuanku. 438 00:42:40,808 --> 00:42:41,809 Heinrey. 439 00:42:45,229 --> 00:42:46,689 Mari kita bersiar-siar. 440 00:42:47,565 --> 00:42:50,943 Seperti semasa kita masih berkawan dulu. 441 00:42:54,697 --> 00:42:56,199 Semasa kita berkawan? 442 00:42:56,991 --> 00:42:57,992 Ya. 443 00:43:00,161 --> 00:43:02,288 Awak dah biasa dengan kehidupan di istana? 444 00:43:03,164 --> 00:43:07,001 Saya dilahirkan dan dibesarkan di sini, jadi saya boleh biasakan diri. 445 00:43:07,585 --> 00:43:10,338 Tapi mereka masih tak iktiraf saya. 446 00:43:11,798 --> 00:43:13,925 Majlis Tetua memang suka menyusahkan. 447 00:43:14,759 --> 00:43:18,513 Kalau awak mengalah dalam hal cukai, banyak masalah akan selesai. 448 00:43:18,596 --> 00:43:19,722 Kalau awak nak lawan, 449 00:43:19,806 --> 00:43:21,766 rancang betul-betul supaya awak menang. 450 00:43:21,849 --> 00:43:24,936 Jangan jatuh dalam perangkap ayah saya. 451 00:43:25,019 --> 00:43:26,562 Tentukan jalan sendiri. 452 00:43:27,563 --> 00:43:28,898 Jangan tergesa-gesa. 453 00:43:29,899 --> 00:43:32,110 Awak ajak saya berjalan-jalan 454 00:43:32,652 --> 00:43:34,112 untuk berbual tentang politik? 455 00:43:35,154 --> 00:43:38,783 Ada tetua yang menghargai semangat dan cita-cita raja baru. 456 00:43:40,910 --> 00:43:42,120 Awak dah banyak berubah. 457 00:43:43,412 --> 00:43:46,666 Mendiang raja juga selalu tak sependapat dengan ayah saya. 458 00:43:46,749 --> 00:43:47,875 Sebab saya nampak awak 459 00:43:47,959 --> 00:43:50,628 berdiri di sebelahnya supaya dia rasa bersemangat. 460 00:43:52,296 --> 00:43:53,965 Awak boleh gunakan saya 461 00:43:54,674 --> 00:43:56,759 untuk politik awak. 462 00:43:58,219 --> 00:43:59,971 Awak ada pilihan. 463 00:44:01,222 --> 00:44:02,223 Krista. 464 00:44:09,689 --> 00:44:11,858 Mereka berpendapat kita patut berkahwin, 465 00:44:11,941 --> 00:44:15,027 tapi kita sendiri tak pernah berbincang tentang hal ini, bukan? 466 00:44:17,071 --> 00:44:19,115 Begitulah perkahwinan diraja. 467 00:44:20,116 --> 00:44:22,410 Kemahuan kita tak penting. 468 00:44:22,493 --> 00:44:23,786 Ia sekadar janji politik. 469 00:44:25,496 --> 00:44:29,041 Pengaruh saya akan terjamin kalau saya kahwini awak, 470 00:44:29,500 --> 00:44:30,960 tapi bukan itu dunia yang saya mahu. 471 00:44:31,961 --> 00:44:34,422 Saya takkan jadi raja yang melindungi Majlis Tetua. 472 00:44:34,505 --> 00:44:36,591 Kerajaan ini bukan untuk Majlis Tetua, 473 00:44:36,674 --> 00:44:38,509 sebab saya nak cipta kerajaan baru 474 00:44:39,302 --> 00:44:41,220 yang akan memberi manfaat kepada rakyat. 475 00:44:41,304 --> 00:44:43,472 Awak sudah ada calon keluarga? 476 00:44:43,556 --> 00:44:45,057 Awak ada… 477 00:44:46,475 --> 00:44:47,476 calon isteri? 478 00:44:53,232 --> 00:44:54,442 Saya menaruh perasaan… 479 00:44:55,776 --> 00:44:56,777 pada seorang wanita. 480 00:45:12,877 --> 00:45:15,421 Patik dengar semalam ada fros, 481 00:45:16,547 --> 00:45:19,175 tapi pagi tadi dah cair. 482 00:45:24,096 --> 00:45:25,473 Tuanku dan beritahu 483 00:45:26,057 --> 00:45:28,142 maharaja tentang Cik Rashta? 484 00:45:28,935 --> 00:45:30,645 Apa kata baginda? 485 00:45:30,728 --> 00:45:32,188 Beta belum jumpa maharaja. 486 00:45:35,691 --> 00:45:36,692 Countess Eliza. 487 00:45:38,194 --> 00:45:39,237 Awak kata 488 00:45:39,987 --> 00:45:42,198 guru-guru terbaik ditugaskan mengajar Rashta? 489 00:45:42,281 --> 00:45:43,491 Ya. 490 00:45:43,950 --> 00:45:47,536 Maharaja sendiri memilih guru-guru itu. 491 00:45:47,620 --> 00:45:48,871 Ada antara mereka… 492 00:45:50,331 --> 00:45:53,542 pernah mengajar tuanku semasa tuanku kecil. 493 00:45:53,626 --> 00:45:58,256 Dia diberikan guru-guru yang biasanya mengajar anak bangsawan ternama, 494 00:45:58,339 --> 00:46:01,550 dan dia disuruh menghafal sejarah keluarga diraja, 495 00:46:01,634 --> 00:46:04,178 nama-nama keluarga bangsawan dan semua menteri. 496 00:46:04,262 --> 00:46:06,806 Bila pelajaran itu bermula? 497 00:46:07,890 --> 00:46:09,350 Selepas dia hamil. 498 00:46:10,393 --> 00:46:11,852 Selepas dia hamil? 499 00:46:18,025 --> 00:46:21,279 Malam ini dijadualkan bersama maharaja. 500 00:46:21,362 --> 00:46:23,823 Tuanku berdua akan makan malam bersama. 501 00:46:24,657 --> 00:46:26,117 Tuanku nak pakai baju apa? 502 00:46:28,661 --> 00:46:30,037 Baju berwarna terang. 503 00:46:30,997 --> 00:46:32,331 - Baik, tuanku. - Baik. 504 00:46:51,017 --> 00:46:53,436 Berapa lama awak merancang 505 00:46:54,395 --> 00:46:55,479 nak kurung abang saya? 506 00:47:06,657 --> 00:47:08,701 Mana awak tahu saya kurung dia? 507 00:47:08,784 --> 00:47:11,620 Saya tahu semua perkara yang berlaku di istana ini. 508 00:47:12,621 --> 00:47:14,457 Awak juga tahu 509 00:47:15,207 --> 00:47:16,751 yang saya tahu semuanya. 510 00:47:20,463 --> 00:47:22,757 Kalau awak tahu saya kurung Kosair, 511 00:47:24,175 --> 00:47:27,636 mesti awak tahu sebabnya, bukan? 512 00:47:27,720 --> 00:47:31,057 Dia belasah seorang lelaki 513 00:47:32,308 --> 00:47:33,684 untuk tahu rahsia Rashta. 514 00:47:35,770 --> 00:47:37,396 Lelaki yang awak maksudkan itu 515 00:47:38,481 --> 00:47:39,774 Viscount Lotteshu, 516 00:47:40,274 --> 00:47:43,152 lelaki yang awak butakan sebelah mata dan halau keluar 517 00:47:43,819 --> 00:47:45,696 selepas memaksa dia merahsiakan 518 00:47:46,614 --> 00:47:48,616 asal usul Rashta selama-lamanya? 519 00:47:52,995 --> 00:47:54,330 Saya dah beri amaran. 520 00:47:56,290 --> 00:47:58,834 Kalau apa-apa berlaku pada Rashta lagi, 521 00:47:59,543 --> 00:48:02,004 saya akan utamakan keselamatan anak saya. 522 00:48:13,682 --> 00:48:15,059 Saya akan… 523 00:48:16,602 --> 00:48:18,771 usir Kosair dari empayar ini demi anak saya. 524 00:48:18,854 --> 00:48:20,147 Usir? 525 00:48:20,731 --> 00:48:22,400 Saya tak boleh percayakan dia. 526 00:48:22,483 --> 00:48:23,609 Saya juga tahu 527 00:48:24,193 --> 00:48:26,237 awak tak boleh kawal dia, 528 00:48:27,029 --> 00:48:29,907 dan itu takkan berubah. 529 00:48:32,660 --> 00:48:34,578 Awak tahu 530 00:48:36,288 --> 00:48:38,249 apa Viscount Lotteshu beritahu Kosair? 531 00:48:39,542 --> 00:48:42,670 Mesti dia cari dokumen hamba yang tak wujud. Saya tahu. 532 00:48:43,671 --> 00:48:45,172 Awak nak cakap apa-apa lagi? 533 00:48:46,048 --> 00:48:48,217 Kenapa awak benci melihat seorang gadis 534 00:48:48,300 --> 00:48:51,470 hidup senang setelah membesar dalam keadaan susah? 535 00:48:51,554 --> 00:48:54,723 Dia tiada apa-apa dan awak ada segalanya. 536 00:48:54,807 --> 00:48:59,395 Dia tiada sifat tamak, keinginan, keluarga atau pengaruh. 537 00:48:59,478 --> 00:49:03,691 Dia tak cukup kuat atau berani untuk melawan awak. 538 00:49:03,774 --> 00:49:09,196 Tapi disebabkan dia hamil anak saya, darah daging awak sendiri, 539 00:49:09,280 --> 00:49:11,365 daripada keluarga yang berpengaruh, 540 00:49:12,741 --> 00:49:14,952 berani memijak maruahnya? 541 00:49:45,232 --> 00:49:46,567 Saya tak lalu makan. 542 00:49:48,110 --> 00:49:49,528 Saya minta diri. 543 00:50:05,211 --> 00:50:06,253 Saya akan pergi 544 00:50:08,005 --> 00:50:09,340 ke majlis pertabalan 545 00:50:13,135 --> 00:50:14,303 di Kerajaan Barat… 546 00:50:19,350 --> 00:50:22,520 THE REMARRIED EMPRESS 547 00:54:20,340 --> 00:54:22,342 Diterjemahkan oleh AMG